Transcript
Page 1: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

1

SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

KERAJAAN ISLAM UTHMANIYYAH

Oleh:

Mohd Roslan Mohd Nor, PhD∗

PENDAHULUAN

Pemerintahan Islam pernah menjadi kuasa besar yang mencorak lanskap

pentadbiran dunia selama hampir 14 abad semenjak zaman Rasulullah

S.A.W. Islam tersebar dengan agak pantas, menguasai seluruh Jazirah

Arab, seterusnya meluas ke al-Sham (Jordan, Lubnan, Palestin dan Syria),

Utara Afrika, Iraq, Parsi, Eropah dan juga Asia termasuklah Alam

Melayu. Pemerintahan Islam melalui kerajaan yang terbentuk

memberikan gambaran betapa Islam telah menguasai sebahagian besar

dunia. Ia berlangsung sehinggalah kepada kerajaan Islam yang terakhir

iaitu kerajaan Uthmaniyyah.

Kerajaan Islam Uthmaniyyah juga dikenali sebagai Khilafah

Uthmaniyyah. Gelaran khilafah memberi petunjuk bahawa sistem

pemerintahan yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah berteraskan

∗ Penulis merupakan Pensyarah Kanan dan Ketua, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui email:

[email protected].

Page 2: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

2

kepada sistem khilafah berdasarkan pemerintahan yang diwarisi

semenjak zaman awal Islam.

Kerajaan Uthmaniyyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila

kota Constantinople telah ditakluk oleh seorang pemuda yang

mempunyai kepimpinan dan wawasan yang jelas, iaitu Muhammad al-

Fatih (1432-1481).1 Sejak dari awal era perkembangan Islam pada abad

pertama hijrah (abad ke 7 Masihi), telah terdapat usaha untuk menakluk

kota ini. Sesiapa yang menakluknya merupakan orang yang diiktiraf oleh

Nabi S.A.W sebagai tokoh yang ‘ideal’. Ia bertepatan dengan sabda Nabi

S.A.W:

لمسو هليع لى اللهص بيالن عمس هأن أبيه نع يمثعر الخبش نب الله دبعشيالج كذل شيالج ملنعا وهريأم ريالأم مة فلنعينيططنالقس نحفتقول لتي

Maksudnya: Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya

(yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk)

adalah sebaik-baik tentera.

(Hadis Musnad Ahmad)

Oleh yang demikian, tidak hairanlah tokoh seperti Abu Ayyub al-

Ansari pernah cuba untuk menakluki kota ini demi menyebarkan Islam,

di samping menggapai apa yang dimaksudkan oleh hadis tersebut.

Beliau dirakamkan sebagai pejuang yang berani, walaupun tidak

mendapat kejayaan membuka kota tersebut, tetapi beliau telah berjaya

berada di sisi ahli syurga setelah gugur syahid dalam misi menguasai

Constantinople.

Walaupun beliau gugur syahid, ia tidak bermakna misi membuka

kota tersebut terhenti begitu sahaja. Malah, ia sebenarnya pembuka jalan

serta penyuluh semangat juang umat Islam untuk terus berusaha

merealisasikan sabda Nabi S.A.W itu. Akhirnya, setelah hampir 8 abad

1 Steven Runciman (1965), The Fall of Constantinople, 1453, UK: Cambridge University

Press, pp. 55 – 80; Franz Babinger (1992), Mehmed the Conqueror and His Time, New

Jersey: Princeton University Press, pp. 269 – 278.

Page 3: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

3

kewafatan baginda, kota Contantinople berjaya dibuka oleh umat Islam

pada tahun 1453, setelah dua tahun pemerintahan Muhammad al-Fatih.

Penaklukan kota ini oleh umat Islam telah membawa erti sebuah

kejayaan yang besar iaitu menewaskan pihak yang menjadi seteru

kepada Islam. Ia menjadi lambang kejatuhan empayar yang terkenal iaitu

Empayar Byzantine (Rome) yang berteraskan kepada Kristian. Empayar

Rome Byzantine dan Empayar Parsi adalah antara empayar yang berjaya

ditakluk oleh Islam. Kejatuhan Empayar Byzantine juga telah membuka

ruang dakwah yang luas untuk Islam terus tersebar di Eropah, terutama

Eropah Timur.

Di bawah pemerintahan Islam, kota ini diberi nama Islambol, yang

bermaksud keseluruhan kota itu adalah Islam. Ia dijadikan pusat

pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniyyah.

Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad

ke 13. Pemerintahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa fatrah,

sepertimana berikut:2

i. Peringkat awal penubuhan (1299 – 1453)

ii. Perkembangan dan pengukuhan (1453 – 1682)

iii. Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan

cabaran pihak Barat (1683 – 1827)

iv. Kemerosotan dan kejatuhan (1828 – 1908)

v. Pembubaran pemerintahan (1908 – 1924)

2

Page 4: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

4

Gambarajah 1: Wilayah Pemerintahan Uthmaniyyah.

http://www.ottomansouvenir.com/img/Maps/Ottoman_Empire_Map_1359-1856.jpg

BERMULANYA PEMERINTAHAN UTHMANIYYAH

Pada peringkat awal, penubuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah telah

diasaskan oleh Osman I, yang turut juga dikenali dengan nama Osman

Gazi Khan dan Osman I El-Gazi (1258-1324). Beliau merupakan pengasas

kepada Kerajaan Uthmaniyyah dan mengasaskan Empayar

pemerintahan tersebut. Beliau pada awalnya telah memimpin pasukan

tenteranya untuk membebaskan diri daripada kerajaan Saljuk pada

tahun 1299. Bermula dari itulah beliau telah membentuk sistem

pemerintahan tersendiri yang menjadi pewaris kepada kekhalifahan

yang memerintah Turki. Beliau mengisytiharkan diri sebagai sultan yang

berkuasa ke atas pemerintahan dinasti tersebut.3

Golongan Byzantine yang merasai kehangatan kehadiran Osman di

Turki, sebahagian mereka telah mengambil pendirian untuk

meninggalkan kependudukan mereka menuju ke perkampungan-

perkampungan countryside dalam negara yang dikenali sebagai Anatolia.

3 Suraiya Faroqhi (1999), Approaching Ottoman History: An Introduction to the Sources, UK:

Cambridge University Press, pp. 5 – 15; __________ (2008), The Ottoman Empire: A Short

History, Princeton: Markus Wiener Publisher, pp. 39 – 50.

Page 5: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

5

Kepimpinan pihak Byzantine sedaya upaya ingin mempertahankan

Osman dari menyeberangi ke wilayah Eropah dan cuba untuk

menghalang mereka dari meluaskan kekuasaan ke Barat. Namun, pihak

Osman tidak berdiam diri; mereka terus mara untuk menguasai wilayah-

wilayah di sebelah Barat. Osman berjaya menguasai Eupheses, iaitu

kawasan yang berhampiran dengan Laut Aegen. Pasukan beliau juga

turut bergerak untuk menguasai sebelah timur Anatolia, di mana mereka

telah berjaya menguasai Laut Hitam, kawasan strategik bagi Byzantine.

Ini menyebabkan Byzantine terpaksa melepaskan wilayah tersebut yang

telah membuka jalan kepada Osman untuk melebarkan jajahannya.

Misi terakhir Osman sebelum kematiannya ialah menentang tentera

Byzantine di Bursa pada tahun 1324. Walaupun beliau tidak menyertai

peperangan itu, tetapi beliau cukup bersemangat memberikan nasihat

dan tunjuk ajar sehinggalah pasukannya berjaya menewaskan Byzantine.

Ia merupakan satu kemenangan yang sangat penting dalam sejarah

Uthmaniyyah kerana ia telah membuktikan bahawa pasukan Islam boleh

menewaskan pasukan bukan Islam di kawasan kubu kuat mereka.

Kekalahan Byzantine telah memberi tamparan hebat sehingga mereka

terpaksa berundur. Bursa menjadi tapak perkembangan seterusnya bagi

Uthmaniyyah. Anak yang mewarisi kepimpinan Osman ialah Orhan,

telah menjadikan Bursa sebagai pusat utama pemerintahan mereka.

Kepimpinan Osman Gazi ini telah membuka ruang yang besar

kepada kerajaan yang diasaskan oleh beliau untuk terus menyebarkan

Islam dengan menguasai wilayah-wilayah penting di sebelah Asia dan

Eropah. Penguasaan ke atas beberapa kota sebelum kematiannya juga

memberikan gambaran betapa pasukan pimpinan beliau merupakan satu

pasukan yang hebat dengan membawa misi jelas ke pelosok dunia.

PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN

Setelah kematian Osman, kerajaan Uthmaniyyah tidak luntur. Malah

semangat juang mereka sentiasa membara untuk berhadapan dengan

kelompok Byzantine. Semasa era ini, perkembangan kerajaan

Uthmaniyyah boleh dibahagikan kepada dua kategori:

Page 6: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

6

i. Kejayaan penaklukan kota Constantinople (1453) sehinggalah

Sultan Sulaiman al-Qanuni meninggal dunia pada tahun 1566.

ii. Kelemahan struktur pentadbiran pasca 1566 sehinggalah

kegagalan menguasai Vienna pada tahun 1683.

Pembukaan kota Constantinople oleh Muhammad al-Fatih telah

menjadikan kerajaan Uthmaniyyah terus dihormati oleh pihak Barat.

Kekuatan yang ditunjukkan oleh golongan Byzantine berakhir kerana

kota tersebut merupakan antara kota terpenting bagi mereka. Apabila ia

jatuh ke tangan kaum Muslimin, maka ia membawa maksud kekuatan

yang ada pada tentera Islam tidak dapat ditandingi. Oleh sebab itu,

Byzantine tidak mampu bangkit untuk menentang atau merampas

kembali kota Constantinople tersebut. Kota itu telah menjadi jambatan

penghubung di antara Islam dan Barat, Asia dan Eropah.

Sebelum Kota Constantinople dapat ditakluk, pihak Uthmaniyyah

telah menguasai beberapa wilayah penting di rantau Balkan. Antaranya

ialah kejayaan dalam peperangan Kosovo pada tahun 1389. Kejayaan

tersebut menandakan berakhirnya kuasa Serbia yang merupakan salah

satu dari kuasa Eropah yang ada. Ia adalah kemenangan yang strategik

bagi membuka jalan ke atas pembukaan Kota Constantinople.

Pada peperangan Nicopolis pada tahun 1396, yang dianggap

sebagai peperangan berskala besar, pihak tentera salib menentang

Uthmaniyyah, tidak dapat menyekat kemaraan Uthmaniyyah menguasai

wilayah-wilayah yang berada di bawah Byzantine. Uthmaniyyah telah

berjaya mengawal hampir keseluruhan wilayah Byzantine yang ada di

sekeliling Kota Constantinople. Pihak Byzantine agak lega sedikit kerana

Kerajaan Uthmaniyyah di sebelah Anatolia mengalami pergolakan di

mana Timur4 telah menjajah Anatolia dalam peperangan Ankara 1402,

menyaksikan Sultan Beyazid I telah dipenjara. Ini menyebabkan

sebahagian wilayah yang dikuasai Uthmaniyyah jatuh buat sementara,

antaranya Macedonia dan Kosovo. Pergolakan itu menyebabkan

perancangan penguasaan ke atas Kota Constantinople mengalami

4 Juga dikenali sebagai Tamerlane, merupakan sebuah kuasa dari sebelah Timur yang

wujud pada abad ke 14 di Asia Tengah. Mereka mempunyai kaitan jalur yang panjang

dengan Dinasti Mughal.

Page 7: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

7

gangguan. Ia dapat dikembalikan semula di bawah pemerintahan Sultan

Murad II yang memimpin Kerajaan Uthmaniyyah (1421-1451).

Apabila Muhammad al-Fateh memimpin Kerajaan Uthmaniyyah,

beliau telah menyusun kembali pentadbiran negara dan aspek

ketenteraan. Cicit kepada Sultan Beyazid I ini akhirnya berjaya

memimpin pasukan Uthmaniyyah menawan Kota Constantinople pada

29 Mei 1453, dalam usia beliau yang masih muda iaitu ketika beliau

berusia 21 tahun.

Kerajaan Uthmaniyyah berjaya menjadi suatu kuasa yang kuat

kerana mereka menguasai laut. Armada mereka cukup cekap dalam

mengendalikan pertahanan laut sehingga menggerunkan musuh-musuh

mereka. Mereka juga membentuk pasukan armada laut sehingga ke Laut

Merah bagi menghalang Portugis yang menguasai perdagangan rempah

ratus di pelabuhan-pelabuhan terkenal.

Pasukan tentera Uthmaniyyah turut bersaing dengan kuasa Eropah

lain di Lautan Hindi. Mereka pernah menghantar pasukannya melalui

jalan laut ke Afrika dan juga ke Aceh di Indonesia untuk

mempertahankan wilayah tersebut dari serangan pihak yang tidak

bertanggungjawab.

Dari aspek pemerintahan, Sultan Murad I adalah sultan

Uthmaniyyah pertama yang menggunakan gelaran ’sultan’. Manakala

mulai tahun 1517, Sultan di kalangan pemerintah Uthmaniyyah turut

menjadi khalifah kepada umat Islam dengan pelbagai gelaran yang

diguna bagi menunjukkan kekuasaan mereka dalam pentadbiran.

Zaman kegemilangan Uthmaniyyah berterusan di bawah

pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni yang memerintah dari tahun

1520 – 1566, pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan

Uthmaniyyah. Beliau banyak melakukan perubahan terutama dari aspek

perundangan sehingga beliau mendapat gelaran al-Qanuni, pembuat

undang-undang. Beliau turut berjaya memimpin pasukan Uthmaniyyah

menguasai wilayah Byzantine seperti Hungary, Belgrade dan Rhodes.

Beliau berjaya memperkasa armada laut dengan menguasai Laut

Page 8: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

8

Mediterranian, Laut Merah dan Teluk Parsi, di mana ini merupakan

laluan strategik para pedagang terdahulu. Ini bermakna Kerajaan

Uthmaniyyah turut mengambil berat tentang keselamatan para

pedagang, dan turut menekankan soal pembangunan ekonomi.

Perkembangan pada zaman yang kedua pula menunjukkan bibit-

bibit kemunduran. Pada asasnya, pihak Uthmaniyyah pernah berusaha

untuk menawan Vienna di zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni, tetapi

tidak berjaya. Kekalahan tersebut telah menyebabkan mereka terpaksa

berundur dari sebahagian wilayah di Eropah tersebut. Kekalahan

tersebut juga membuka ruang kepada pihak Kristian untuk merencana

tindakan baru bagi berdepan dengan Uthmaniyyah. Antaranya Paus

yang memimpin kelompok Kristian Katolik di Rome berusaha untuk

membentuk pasukan tentera salib baru bagi tujuan menentang tentera

Uthmaniyyah. Beliau mencetuskan kebangkitan semangat anti Islam agar

golongan salib bangun menentang penguasaan Islam dan Kerajaan

Uthmaniyyah tersebut.

Kekalahan pasukan Uthmaniyyah di Vienna pada tahun 1683 telah

melemahkan kerajaan mereka. Mereka juga kehilangan gah sebagai satu

kuasa di Eropah. Kebangkitan semula masyarakat Eropah menentang

Uthmaniyyah telah memberikan tamparan baru kepada mereka. Ini

adalah kesan daripada kelemahan struktur pentadbiran Uthmaniyyah

pasca 1566 (kematian Sulaiman al-Qanuni). Mereka seakan tidak berdaya

untuk mengemudi wilayah jajahan yang semakin luas merentasi Eropah.

ZAMAN MENDATAR DAN KEBANGKITAN NASIONALISME

Kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman mendatar sebagai sebahagian

daripada proses kemerosotan yang melanda pemerintahannya. Ia

disebabkan oleh banyak faktor yang menjadikan pengembangan yang

dilakukan oleh Uthmaniyyah menjadi tidak aktif. Antara faktor tersebut

ialah kekalahan mereka untuk menguasai Vienna (1683) dan juga

penglibatan mereka di dalam peperangan yang menelan belanja yang

besar. Mereka turut mengalami kekalahan dalam siri-siri peperangan di

Eropah. Antara peperangan yang mereka lalui ialah peperangan

menentang Poland-Lithuania, Rusia dan Autria-Hungary. Peperangan

Page 9: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

9

kerajaan Uthmaniyyah dengan Rusia berlangsung selama 3 abad, dari

kurun ke 17, 18 hingga kurun ke 19. Ia merupakan konflik yang panjang

dalam sejarah peperangan mereka. Ia pastinya menelan belanja yang

besar untuk menampung pasukan barisan hadapan. Kemenangan yang

didambakan tetapi kekalahan yang terpaksa diharungi amat memeritkan

pemerintahannya lantaran kos persenjataan yang amat tinggi.

Pada awal abad ke 18, pihak Uthmaniyyah membuat satu perjanjian

yang dikenali sebagai Perjanjian Passarowitz, di mana ia telah

mewujudkan suasana yang aman pada tahun 1718 – 1730 (selama 12

tahun).5 Melalui perjanjian ini, mereka berupaya mendirikan benteng

pertahanan di sekitar negara Balkan bagi menyekat serangan pihak

Eropah ke atas wilayah Uthmaniyyah. Mereka mula menukar

pendekatan pemerintahan dengan mengemukakan polisi mesra rakyat

dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum, mengurangkan

cukai, meningkatkan taraf infrastruktur awam dan bermacam-macam

lagi.

Pihak Uthmaniyyah juga melakukan pembaharuan terhadap sistem

pendidikan dengan memperkenalkan institusi kemahiran seperti

Universiti Teknikal Istanbul dan lain-lain. Namun begitu, mereka tidak

dapat untuk menandingi kemajuan teknologi yang telah meletus di

Barat. Rentetan dari itu, banyak wilayah Uthmaniyyah telah tewas

kepada Barat terutama kepada Rusia dan Austria pada abad ke 18.

Selain itu, kerajaan Uthmaniyyah turut mempunyai masalah

dalaman dengan wilayah-wilayah Islam lain yang berada di bawah

pemerintahannya. Mereka menghadapi kebangkitan umpamanya dari

Egypt dan Algeria, tetapi kedua-dua negara ini telah dijajah pula oleh

British dan Perancis.

Mereka turut terpaksa berhadapan dengan kebangkitan di negara-

negara Balkan seperti Revolusi Serb (1804-1815). Revolusi ini menjadi

5 Foreign Office London (1855), Treaties Between Turkey and Foreign Powers 1535-1855, UK:

Foreign Office, pp. 67 – 70; Viorel Panaite (2001), ‘On Ottoman-Polish Diplomatic

Relations,’ Stvdia Asiatica: International Journal for Asian Studies, issue II, no. 1-2, pp. 189-

197.

Page 10: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

10

pengasas kepada kebangkitan menentang Uthmaniyyah. Pada tahun

1821, mereka terpaksa pula berdepan dengan pengisytiharan perang

terhadap Sultan oleh Greek. Mereka berjaya menjadi wilayah pertama di

bawah Empayar Uthmaniyyah yang dibebaskan.

Kebangkitan nasionalisme berteraskan bangsa telah menyebabkan

Kerajaan Uthmaniyyah tidak mampu untuk mengendurkan ketegangan.

Satu demi satu wilayahnya menuntut untuk bebas dan keluar dari

pemerintahan Uthmaniyyah. Ini termasuk dalam kes negara Saudi

Arabia di mana pemimpinnya pada waktu tersebut Sharif Husin

ditawarkan dengan pemerintahan sebagai ganti kepada pemberontakan

untuk bebas dari Uthmaniyyah. Namun diskusi Sharif Husin dengan Mc

Mohan di Egypt hanya menjadi bahan ketawa setelah kelicikan pihak

British telah mempersendakan intelek masyarakat Arab. Golongan Arab

ini mudah dipermainkan oleh musuh yang suka memberi janji palsu.

ERA KEJATUHAN DAN PROSES MODENISASI (TANZIMAT)

Dalam era ini, empayar Uthmaniyyah terpaksa berhadapan dengan

cabaran hebat untuk berdepan dan menghadapi tentangan, serangan dan

penjajahan dari kuasa luar, terutamanya dari kalangan Kristian.

Serangan-serangan itu datang dalam bentuk kuasa sesebuah negara di

Eropah yang mula bangkit untuk menentang penguasaan Uthmaniyyah.

Semasa era ini jugalah pihak Uthmaniyyah banyak terlibat dalam

kerjasama membentuk pasukan pertahanan dengan kuasa-kuasa lain

dari sebelah Eropah seperti kerjasama dengan Perancis, Belanda, Britain

dan juga Rusia. Sebagai contoh, ketika berlaku Perang Crimea6 pada

tahun 1853, Uthmaniyyah membentuk pasukan bersama dengan Britain

dan Perancis dalam menentang kuasa Rusia.

Ada sebahagian penduduk Crimea ini yang juga dikenali sebagai

Crimean Tartar, berhijrah ke Turki untuk mendapatkan perlindungan.

6 Perang Crimea telah menyebabkan berlakunya penghijrahan beramai-ramai penduduk

yang dikenali sebagai Crimean Tatar. Penduduknya seramai 300,000 di daerah Tauride.

Ia terletak di selatan Rusia. Sejumlah 200,000 telah melarikan diri ke dalam wilayah

empayar Uthmaniyyah. Hari ini masih ada keturunan Crimea ini yang menetap

kebanyakannya di Uzbekistan dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Page 11: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

11

Mereka terus berada dan tinggal di situ. Mereka turut terlibat di dalam

membangunkan Turki dan membantu di dalam proses modenisasi

pendidikan yang dilakukan pada akhir abad ke 19.

Ketika Uthmaniyyah berada pada zaman melakukan penyusunan

semula dan pembaharuan (tanzimat)7 sekitar tahun 1839-1876, kerajaan

telah melakukan beberapa siri pembaikan kepada undang-undang

negara dan perlembagaan. Ia bermula dengan satu polisi rasmi yang

dikenali sebagai The Imperial Rescript of the Rose Chamber of 1839.8 Ia

merupakan permulaan kepada reformasi di bawah proses tanzimat ketika

pemerintahan Sultan Abdulmecid I dari tahun 1839-1861. Ia juga

penanda penting perubahan sistem pentadbiran kepada sistem yang

lebih sekular. Polisi ini menghapuskan cukai pertanian. Ia menjadikan

para askar mengawal sesuatu wilayah berdasarkan jumlah penduduk.

Secara ringkasnya ia telah membentuk kehidupan sosial baru dalam

kalangan masyarakat.

Tanzimat mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Ia lebih

merupakan proses untuk menangani kejatuhan Empayar Uthmaniyyah

yang sedang berjalan secara perlahan dan beransur-ansur. Sempadan-

sempadan wilayah yang mereka kuasai semakin mengecil lantaran

kebangkitan Eropah. Kerajaan Uthmaniyyah juga dilihat sudah tidak gah

berbanding dengan pasukan tentera Eropah. Oleh kerana wilayah

tadbiran mereka begitu luas, mereka tidak dapat menahan dari serangan-

7 Tanzimat bermaksud era penyusunan semula (reorganization) yang dilakukan oleh

pihak Uthmaniyyah yang bermula dari tahun 1839 sehingga wujudnya Perlembagaan

Pertama (First Consitutional) Uthmaniyyah pada tahun 1876. Ia bagi melindungi

Uthmaniyyah dari gerakan pembebasan berpaksikan bangsa, nasionalis, dan juga

untuk sentiasa berwaspada dengan pihak luar terutama kuasa-kuasa yang ingin

melakukan penjajahan ke atas wilayah mereka. Sewaktu era inilah bermulanya pihak

kerajaan Uthmaniyyah membuka ruang yang lebih dalam mengiktiraf golongan non-

Muslim iaitu dengan memberikan mereka hak kebebasan civil liberty dan hak samarata

equality. Dengan cara ini, Kerajaan Uthmaniyyah dapat memanfaatkan golongan non-

Muslim dan kaum-kaum minoriti lain untuk turut sama dalam mempertahankan

negara. 8 Ia merupakan satu polisi rasmi yang memberikan hak samarata dalam kalangan

Muslim dan non-Muslim. Ia bertujuan untuk menyatukan masyarakat yang tinggal di

bawah pemerintahan Uthmaniyyah, di antara Islam dan non-Muslim, Turki dan Greek,

Armenia dan Yahudi, dan Kurdi dan Arab.

Page 12: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

12

serangan pihak musuh. Kekalahan di dalam beberapa peperangan di

Eropah tersebut, terutama kekalahan di Vienna, telah memberi kesan

kepada proses kejatuhan ini.

Proses tanzimat merangkumi aspek ketenteraan, perbankan dan

mendirikan kilang-kilang moden yang boleh menandingi Eropah.

Mereka turut memasukkan jaminan hak-hak asasi seperti jaminan

samarata (equality) kepada semua penduduk Uthmaniyyah tanpa

mengambil kira soal bangsa dan kepercayaan agama. Polisi ini

menghapuskan sistem millet dalam Empayar Uthmaniyyah. Sistem millet

adalah sistem sosial yang berteraskan kepada agama seseorang, di mana

setiap komuniti agama diberi kebebasan autonomi untuk bergerak,

adakalanya mendapat perhatian istimewa, berdasarkan rumah ibadat

yang mereka anggotai. Sistem ini terhapus dengan menjadikan semua

rakyat adalah sama tanpa mengira fahaman mereka. Kerajaan

Uthmaniyyah melihat bahawa penghapusan sistem millet akan

membolehkan mereka mengawal rakyat mereka terutama golongan non-

Muslim di Barat.9 Begitu juga mereka berasa yakin dapat melegakan

kuasa Eropah dengan tidak lagi perlu untuk membela golongan non-

Muslim kerana pihak Uthmaniyyah telah mengambil pendekatan

proaktif menjamin hak-hak mereka. Tetapi pihak kuasa Eropah

meneruskan kebangkitan mereka dan ini melemahkan kerajaan

Uthmaniyyah.

Jika diteliti, penghapusan sistem millet adalah suatu tindakan yang

pada asasnya boleh diterima kerana suasana pada waktu tersebut

berbeza, di mana gerakan pembebasan dari sebarang cengkaman sedang

berkembang. Tambahan pula dari aspek Islam, ia amat digalakkan untuk

memberi hak sama rata tanpa memilih sesiapa. Itulah yang menjadi

amalan ketika Nabi S.A.W memasuki Madinah dan melakukan

perjanjian dengan penduduk pelbagai kaum di Madinah dengan

memasukkan semua bangsa sebagai satu ummah. Ini menunjukkan

perkara equality ini sebenarnya bukan sesuatu yang pelik di dalam Islam.

Cuma yang menjadi masalah ialah orang yang tidak memahaminya atau

mereka yang cuba menjadi jaguh dengan mengambil ia sebagai contoh

9 Peter F. Sugar (1993), Southeastern Europe under Ottoman Rule, 1354-1804, US: University

of Washington Press, pp. 231-245.

Page 13: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

13

untuk tujuan dan kepentingan tersendiri. Sehingga di dalam konteks

agama pun, ada yang ingin menyamatarafkan semua agama itu sama; ini

suatu yang tidak betul dan tidak tepat dalam penafsiran equality dan

ummah tersebut.

Proses ini dicetuskan oleh Sultan Mahmud II yang memerintah dari

tahun 1808-1839, diteruskan oleh Sultan Abdulmecid I,10 dengan harapan

dapat membawa kebaikan dan faedah daripada pengurusan yang cekap

ke seluruh wilayah di bawah kerajaan Uthmaniyyah melalui institusi-

institusi baru. Antara cetusan baru pihak Uthmaniyyah merangkumi:

i. Pihak Uthmaniyyah berjanji menjaga penduduknya dengan

jaminan keselamatan, kesejahteraan diri dan harta.

ii. Memperkenalkan wang kertas pertama Uthmaniyyah (1840)

iii. Menyusun semula ketenteraan, kaedah pengambilan, gaji

dan penentuan tempoh berkhidmat (1843-1844)

iv. Memperkenalkan lagu kebangsaan dan bendera negara

(1844)

v. Menyusun semula sistem kewangan berdasarkan model

Perancis

vi. Menyusun semula Undang-undang sivil dan jenayah

mengikut model Perancis

vii. Mewujudkan Meclis−i Maarif−i Umumiye (1845) yang menjadi

dasar penubuhan Parlimen Uthmaniyyah Pertama (1876)

viii. Mendirikan universiti moden yang pertama (1848)

ix. Menghapuskan Jizyah ke atas non-Muslim, dengan

memperkenalkan sistem cukai bersepadu (1856)

x. Mewujudkan Bursa Saham di Istanbul pada 1866.

xi. Mendirikan jalan-jalan keretapi, pemodenan kilang industri,

pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatan awam dan

kemajuan perdagangan.

10 Ia turut didokong oleh mereka yang berpendidikan barat seperti Ali Pasha, Fuad Pasha,

Ahmet Cevdet Pasha dan Medhat Pasha. Mereka ini melihat bahawa institusi-institusi

agama dan ketenteraan yang bersifat tradisional sudah tidak sesuai untuk berdepan

dalam zaman moden pada ketika itu. Pembaharuan yang mereka inginkan adalah lebih

kepada mengambil sistem-sistem yang berjaya dijalankan di Eropah. Pembaharuan itu

termasuklah servis wajib untuk pertahanan (conscription), pendidikan, institusi dan

perundangan, dan pendekatan sistematik bagi menghapuskan rasuah.

Page 14: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

14

Semasa proses Tanzimat berlangsung, sebenarnya golongan Kristian

yang mendapat manfaat dari segi pendidikan tinggi. Mereka telah

mengatasi golongan Muslim yang menyebabkan berlakunya sedikit rasa

kesedaran di kalangan Muslim tentang apa yang sedang terjadi. Sebagai

contoh, pada tahun 1861, terdapat kira-kira 571 sekolah dasar dan kira-

kira 94 sekolah peringkat menengah bagi golongan Kristian dengan

jumlah pelajar menjangkau 140 ribu orang. Jumlah ini lebih tinggi

berbanding golongan Muslim yang mendapat pendidikan formal kerana

rata-rata masyarakat Muslim lebih memberikan tumpuan di madrasah

mempelajari Bahasa Arab dan pengajian Islam. Kesan dari pendidikan

formal yang diperolehi oleh golongan Kristian, mereka telah berjaya

menguasai aspek ekonomi. Umpamanya pada tahun 1911, daripada 654

gedung pemborong di Constantinople, 528 dimiliki oleh masyarakat

bukan Islam (Kristian) dari keturunan Greek yang jelas menunjukkan

penguasaan ekonomi semasa masih di bawah pemerintahan

Uthmaniyyah.

Kewujudan Perlembagaan Pertama Uthmaniyyah merupakan

zaman perubahan dari Kanun-i Esasi yang bermaksud undang-undang

asas kepada sistem perlembagaan yang bersifat monarki (constitutional

monarchy). Ini bermaksud mereka memartabatkan Sultan sebagai ketua

negara yang bertindak berdasarkan parameter yang ditetapkan sama ada

bertulis (codified – written), tidak bertulis (uncodified – unwritten) ataupun

kedua-duanya. Ia berbeza dengan monarki mutlak (absolute monarchy) di

mana monarki mutlak bertindak sebagai satu-satunya sumber kuasa

politik di dalam sesebuah negara dan tidak terikat dengan sebarang

perlembagaan.

Perlembagaan Pertama Uthmaniyyah ini ditulis oleh ‘golongan

muda Uthmaniyyah’11 pada 23 November 1876 sehingga 13 Februari

11 Young Ottomans atau Golongan Muda Uthmaniyyah, merupakan satu organisasi rahsia

di kalangan intelektual yang dibentuk pada tahun 1865. Ia dipengaruhi oleh pemikir-

pemikir Barat yang mencetuskan Revolusi Perancis iaitu Monstesquieu dan Rousseau.

Organisasi rahsia ini membentuk konsep Ottomanism yang selari dengan dua pemikir

Perancis tersebut. Mereka mencadangkan pembentukan perlembagaan dan kerajaan

berparlimen. Mereka adalah kumpulan yang tidak puashati dengan birokrasi mutlak

dan ingin mencari jalan ke arah sistem yang lebih mesra dengan mengambil kira

keputusan dibuat secara demokrasi. Salah seorang dari anggota mereka, Namik Kemal,

Page 15: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

15

1878. Ia tidak melibatkan sistem parti. Pada masa tersebut, parlimen

dilihat sebagai tempat untuk menyuarakan pandangan dan hasrat

rakyat, bukan tempat untuk parti politik atau pertubuhan untuk

berbahas. Sebab itulah dalam sistem demokrasi moden, apa yang dibuat

oleh Uthmaniyyah ini mirip kepada Monarki Berperlembagaan, bukan

sistem perwakilan rakyat.

Idea-idea kumpulan ini tidak disenangi sesetengah pihak sehingga

kewujudan Young Ottomans terpaksa diharamkan. Sultan Abdul Hamid

II yang pada awalnya menerima idea Perlembagaan Pertama, menolak

kembali idea-idea tersebut. Selepas dari itu, kumpulan intelektual ini

terus mencari idea untuk membantu Kerajaan Uthmaniyyah, di mana

terbentuknya kumpulan yang dikenali sebagai Young Turks. Mereka

memikirkan polisi-polisi untuk negara sehinggalah kerajaan

Uthmaniyyah menyertai Perang Dunia I.

KESAN TANZIMAT

Pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Uthmaniyyah telah

memberikan kesan kepada perkembangan masyarakat pada waktu

tersebut. Dari aspek pendidikan, ia telah melahirkan tokoh sekular yang

dikenali di Turki dan juga dunia iaitu Mustafa Kamal Atartuk.

Sebahagian menganggap beliau sebagai pemikir dan pemimpin

progresif, namun sebahagian besar umat Islam di luar Turki

menempatkan beliau sebagai pengkhianat kepada sistem khilafah, atau

sistem pemerintahan Islam dengan memperkenalkan sistem sekular.

Mereka turut terpaksa tunduk kepada desakan kuasa Barat yang

menuntut supaya hak diberikan kepada penduduk mereka yang

memperkenalkan konsep vatan [Arab. watan] (fatherland) yakni negara dan konsep

hurriyet [Arab. hurriyat] (freedom) yakni kebebasan. Organisasi ini diisytiharkan haram

pada tahun 1867 dan ahlinya terpaksa hidup dalam buangan. Kegagalan polisi yang

ingin dibawa oleh kumpulan ini dalam usaha menyekat kejatuhan Empayar

Uthmaniyyah telah menyebabkan kelompok intelektual mencari jalan lain. Kemudian

terbentuklah beberapa organisasi, salah satunya Young Turks (Golongan Muda Turki),

di mana mereka telah membawa kerajaan Uthmaniyyah kepada zaman Perlembangaan

Kedua (second constitutional era) dan kemudiannya terlibat dalam Perang Dunia I. Polisi

cadangan mereka berkembang ketika era pemerintahan 3 Pasha.

Page 16: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

16

beragama Kristian, terutama dari golongan kelas menengah. Ini telah

membuka ruang kepada pengukuhan golongan non-Muslim.

Sedangkan bagi pihak Muslim, ia tidak memberikan sebarang

kelebihan kepada mereka, malah menyebabkan status mereka makin

teruk dihimpit oleh permintaan-permintaan non-Muslim. Ini

menyebabkan wujudnya kumpulan anti-Barat yang dipelopori golongan

muda dan mereka yang sedar terhadap polisi yang tidak

menguntungkan umat Islam. Pembaharuan ini mencapai kemuncak pada

tahun 1876 ketika Perlembagaan Pertama dicetuskan, di mana

perlembagaan itu membataskan kuasa pemerintah autokrat para Sultan

yang harus mengikut kehendak perlembagaan.

Perkara utama yang dimasukkan dalam pembaharuan ini

termasuklah kebebasan agama, menghormati undang-undang, dan

pemerkasaan hak. Ia memberi nafas baru kepada non-Muslim yang

meminta supaya perkara ini diberikan kepada mereka terutama dari

aspek jaminan untuk menjalani kehidupan dengan selamat.12 Kesannya

turut dirasai di wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah, termasuk

Lubnan dan Palestin.

Di Palestin, pembaharuan undang-undang tanah telah

membolehkan golongan Yahudi keturunan Rusia membeli tanah di

Palestin dan mendapat hak untuk berhijrah ke tanah tersebut. Ia adalah

sebahagian dari pembaharuan ke atas struktur pemilikan tanah di dalam

Undang-undang Tanah Uthmaniyyah (Ottoman Land Law) 1858.13 Untuk

meningkatkan pendapatan melalui cukai, buat pertama kalinya Kerajaan

Uthmaniyyah meminta supaya masyarakat Arab Palestin untuk

mendaftarkan tanah milik mereka. Oleh kerana kebanyakan golongan

petani fallahin tidak berkemampuan untuk mendaftarkan tanah dan tidak

mempunyai kebolehan membaca, maka golongan ketua kampung

mukhtar mengambil kesempatan dengan mendaftarkan secara kolektif

12 Roderic H. Davison (1954), ‘Turkish Attitudes Concerning Christian-Muslim Equality in

the Nineteenth Century,’ The American Historical Review, Vol. 59, No. 4 (July), pp. 844-

864. 13 Raja Shehadeh (1982), ‘The Land Law of Palestine: An Analysis of the Definition of State

Lands,’ Journal of Palestine Studies, Vol. 11, No. 2 (Winter), pp. 82-99.

Page 17: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

17

tanah-tanah tersebut di atas nama mereka mengikut kampung masing-

masing. Oleh sebab itu ada sebahagian mereka yang tidak amanah,

mengambil kesempatan menjual tanah-tanah tersebut yang mereka

perolehi kepada golongan pendatang Yahudi dan mereka sendiri

memilih untuk berpindah ke tempat baru di Syria atau Turki.

Ini sesuatu yang harus dipelajari terutama dalam konteks negara

kita Malaysia dengan kepelbagaian penduduk yang ada. Pernah pada

satu ketika dahulu, ada pihak-pihak tertentu yang ingin menubuhkan

IFC – Interfaith Commision, bagi membantu memperjuangkan tuntutan

non-Muslim dalam beberapa perkara. Namun, IFC tersebut telah ditolak

oleh pihak kerajaan kerana ia dilihat tidak sesuai dan boleh mencetuskan

ketegangan dalam kalangan umat Islam selaku penduduk majoriti di

dalam negara ini. Ia turut mendapat bantahan kuat dari masyarakat,

termasuk jaringan NGO Islam, Allied Coordinating Committee of Islamic

NGOs (ACCIN).

Kini versi yang hampir sama dengan IFC ditubuhkan oleh kabinet

dengan nama Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan

Keharmonian di antara Penganut Agama (JKMPKPA), di bawah

penyelaras yang dilantik iaitu Datuk Hjh Illani Isahak. Pihak ACCIN

dijemput untuk menganggotai Jawatankuasa ini. Walaupun pihak

ACCIN menerima untuk menganggotainya, namun masih terdapat

ruang perbincangan yang sedang diteliti dari masa ke semasa supaya

Jawatankuasa ini tidak dilihat sebagai rubber stamp untuk membenarkan

tuntutan-tuntutan non-Muslim yang tidak berpaksikan kepada semangat

perlembagaan. Persatuan Ulama Malaysia dan para cendikiawan Islam

sama ada di IPT atau di institusi-institusi lain perlu mengambil jalan

untuk mewacanakan isu-isu sebegini demi memugar hak-hak yang

seharusnya diperkasa untuk masyarakat Islam.

KEMERDEKAAN ATAS SEMANGAT NASIONALISME DAN

PENJAJAHAN ABAD KE 19

Kebangkitan semangat nasionalisme telah melanda banyak negara pada

abad ke 19. Thal ini tidak terkecuali memberi kesan kepada wilayah-

wilayah yang berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah. Bilangan

Page 18: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

18

kumpulan revolusi pejuang politik bertambah dengan banyak, di

samping perjuangan berlandaskan etnik. Ramai di kalangan rakyat Turki

Uthmaniyyah melihat perkara ini dan ingin mendapat kepastian sama

ada ia berpunca daripada polisi negara mereka atau berpunca dari

gerakan luar. Sebahagian melihat bahawa gerakan kebangkitan etnik ini

adalah masalah dalaman tanpa ada kaitan dengan unsur luar dan tidak

berkait dengan polisi pemerintahan. Walaupun era ini ada menunjukkan

kemajuan kepada pihak Uthmaniyyah, tetapi masalah kebangkitan

bangsa yang berlaku ini menyebabkan mereka tidak dapat mentadbir

secara efektif. 14

Pada tahun 1821, Republik Hellenistic (Greece) menjadi wilayah

Balkan pertama yang membubarkan diri dan mengisytiharkan

kemerdekaan dari pihak Uthmaniyyah. Gerakan tanzimat tidak pula

memberi tumpuan kepada negara Balkan lain seperti Serbia yang telah

menjadi wilayah autonomi atau ada yang mengatakan ia sebagai wilayah

semi-merdeka di bawah Uthmaniyyah. Pada tahun 1875, Serbia dan

Montenegoro, dan Wallachia dan Moldavia (kedua-duanya dalam

Romania) telah mengisytiharkan kemerdekaan dari Empayar tersebut.

Ketiga-tiga wilayah ini telah merdeka secara rasmi setelah peperangan

yang berlaku di antara Kerajaan Uthmaniyyah dan kuasa Kristian

Ortodox di sebelah Timur Eropah. Lebih tepat ia dikenali sebagai Russo-

Turkish War yang berlangsung pada tahun 1877-1878, di mana pihak

Rusia telah membebaskan negara Balkan tersebut dengan kemerdekaan

rasmi.

Bosnia dan negara Sanjak of Novi Pazar (Montenegro, Serbia and

Kosovo), sebahagiannya dijajah oleh Austria dan Hungary pada tahun

1878. Walaupun tentera Uthmaniyyah berada di Bosnia, namun ia tidak

menghalang dari kemerdekaan negara tersebut pada tahun 1908,

manakala Novi Pazar pada peperangan pertama yang berlaku di Balkan

iaitu pada tahun 1912. Uthmaniyyah menyerahkan Cyprus kepada

British pada tahun 1878.

14 Kemal H. Karpat (1972), ‘The Transformation of the Ottoman State, 1789-1908,’

International Journal of Middle East Studies, 3, pp. 243-281.

Page 19: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

19

Gambarajah 2: Sanjak of Novi Pazar. Sumber: http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Sanjak_of_Novibazar.png

British menjajah Mesir pada tahun 1882, tetapi Mesir dianggap

masih lagi berada di bawah Uthmaniyyah bersama dengan Sudan secara

undang-undang (de jure) tetapi tanpa kuasa sehingga 1914, iaitu ketika

Uthmaniyyah menyertai pasukan bersekutu terlibat di dalam Perang

Dunia I. Wilayah Uthmaniyyah lain di Utara Afrika dijajah oleh Perancis

bermula dengan Algeria (1830), Tunisia (1881) dan penjajahan Itali ke

atas Libya pada 1912.

Page 20: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

20

Dari sini dapat dilihat bahawa kejatuhan wilayah pemerintahan

Uthmaniyyah satu demi satu telah menyebabkan Kerajaan Uthmaniyyah

semakin mengecil dan pengaruhnya tidak lagi digeruni oleh Barat. Lebih

memenatkan Uthmaniyyah ialah mereka terpaksa berhadapan dengan

jumlah hutang yang tinggi dari bank-bank di Eropah. Ini telah menjadi

parah apabila mereka perlu menubuhkan badan penyelarasan hutang.

Satu perkara yang menyebabkan mereka masih bertahan pada akhir

abad ke 19 ialah kerana wujudnya kuasa yang ingin mengimbangai

kuasa-kuasa Eropah yang lain. Austria dan Rusia ingin terus menguasai

wilayah-wilayah Uthmaniyyah tetapi mereka sering mendapat halangan

pihak British dalam hal tersebut. Ini kerana British tidak mahu Rusia

mendominasi kawasan Timur Mediterranian sehingga nanti boleh

menjadikan mereka suatu kuasa yang kuat tanpa ada kuasa pengimbang.

AWAL ABAD KE 20: ZAMAN TENAT DAN PEMBUBARAN

PEMERINTAHAN

Rentetan dari beberapa peristiwa yang berlaku pada awal abad ke 20,

Kerajaan Uthmaniyyah semakin tertekan.

Kebangkitan Arab (Arab Revolt) yang berlaku pada tahun 1916,

menyaksikan Kerajaan Uthmaniyyah kehilangan kawalan ke atas

wilayahnya di negara Arab terutama di Jazirah Arab (Saudi). Ketika

perjanjian pembahagian wilayah kepada kuasa-kuasa besar dilakukan

pada 30 Oktober 1918,15 sebahagian wilayah di Semenanjung Arab yang

masih berada di bawah Uthmaniyyah hanyalah Yaman, Asir, Madinah,

sebahagian kecil Syria dan sebahagian kecil Iraq.

Perjanjian ini seakan-akan suatu paksaan ke atas Kerajaan

Uthmaniyyah untuk mengiktiraf satu perjanjian sulit yang dilakukan

oleh United Kingdom, Perancis dan Rusia pada tahun 1916, iaitu

15 Perjanjian itu dikenali sebagai Armistice of Mudros di mana Uthmaniyyah perlu

menyerahkan wilayah di luar daripada Anatolia dan membenarkan pasukan bersekutu

memasuki laut Bosporus. Perjanjian itu juga memberi hak kepada pasukan bersekutu

untuk menjajah mana-mana wilayah yang bergolak dan dianggap memberikan

ancaman keselamatan.

Page 21: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

21

Perjanjian Sykes-Picot. Ia adalah perjanjian sulit untuk membahagi-

bahagikan wilayah di bawah Uthmaniyyah kepada kuasa-kuasa tersebut,

termasuklah Palestin. Ia dibuat ketikamana Sir McMohan, wakil British

di Mesir menghubungi Sharif Hussain di Mekah untuk menjayakan Arab

Revolt, dengan menjanjikan wilayah pentadbiran Jazirah Arab untuk

beliau. Namun, sebaliknya berlaku kerana British terlibat dalam

perjanjian rahsia tersebut. Hasilnya, selepas Arab Revolt, Sharif Hussain

pula yang terpaksa keluar dari negaranya ke Jordan.

Pasukan British di bawah pimpinan General Allenby telah berjaya

menawan Palestin daripada naungan Uthmaniyyah. Beliau Berjaya

menawannya pada Disember 1917. Beliau mula melancarkan serangan

terhadap Beersheba pada 31 Oktober lagi. Pergerakan secara taktikal

yang disusun oleh Allenby telah membawa kepada kejayaan British

menawan bahagian selatan Palestin dan juga Jerusalem daripada

pemerintahan Uthmaniyyah.16

Kerajaan Islam Uthmaniyyah mula terbubar pada 1 November 1922

apabila ia tidak lagi menjadi negara yang mempunyai sistem

pemerintahan beraja (monarki). Kerajaan tersebut tidak wujud lagi

bermula apabila pertukaran nama dibuat kepada Republik Turki yang

telah diisytiharkan secara rasmi pada 29 Oktober 1923. Ia telah

menandakan kejatuhan Uthmaniyyah yang telah memimpin dunia Islam

selama lebih 6 abad.

Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah memberi kesan besar kepada

permasalahan yang berlaku di Timur Tengah pada masa kini.

Catherwood menyatakan: “as a result in the twenty – first century we live

with the consequences, namely the so called Muslim terrorism, Palestine vs.

Israel, the intifada, the war in Iraq, Saudi petrodollars and even the wars at the

backyard of Europe, in Bosnia and Kosovo. According to him, these all resulted

from the demise of Ottoman Empire.”17

16 Dov Gavish (2005), A Survey of Palestine under the British Mandate, 1920-1948, hal. 21. 17 Christopher Catherwood (2006), A Brief History of The Middle East, London: Robinson, p.

154.

Page 22: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

22

Baxter and Akbarzadeh juga mempunyai pandangan yang sama

tentang perkara ini. Katanya “the fall of the Ottoman Empire and the

establishment of a system of distinct nation-states signalled a new phase in

regionally history.”18

Secara ringkas, kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah boleh

digambarkan berpunca daripada beberapa perkara, antaranya seperti

berikut:

i. Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyyah berhadapan

dengan kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka

dengan bank-bank Eropah.19 Sebahagian mengatakan terma-

terma pinjaman dari bank di Eropah memberikan keistimewaan

kepada Perancis dan Britain, yang mana dua kuasa inilah pula

yang menjadi penganjur hutang kepada Uthmaniyyah.20

ii. Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah

termasuk di Negara Arab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab

pada tahun 1916. Ia berlaku dengan adanya perbincangan rahsia

di antara kuasa penjajah Barat dengan golongan pemimpin Arab.

Kebangkitan Arab itu berpunca daripada “a blend of political

opportunism, nationalist inclinations, financial incentive (which was

provided by the British) and dynastic ambition.” 21

iii. Perjanjian Sykes-Picot 1916 yang dibuat secara rahsia telah

menjadi plan strategik pihak kuasa Barat untuk

memecahbelahkan kerajaan Uthmaniyyah. Ini juga berlaku

disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan Uthmaniyyah

18 Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the Middle East: The

Root of anti-Americanism, London and New York: Routledge, p. 8. 19 Douglas A Howard (2001), The History of Turkey, London: Greenwood Publishing

Group, p. 71. 20 Sila lihat Robert G. Landen (2006), ‘Financial Imperialism and Its Relationship to

Development; the Ottoman Public Debt Administration, 1881 – 1925’, in Camron

Michael Amin, Benjamin C. Fortna & Elizabeth Brown Frierson (eds.), The Modern

Middle East: a Sourcebook for History, New York: Oxford University Press, pp. 584 – 593;

Murat Birdal (2010), The Political Economy of Ottoman Public Debt: Insolvency and European

Financial Control in the Late Nineteenth Century, UK: Ib Tauris, pp. 1-15. 21 Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the Middle East, p. 12.

Page 23: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

23

akan jatuh apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada

tahun 1914.22

iv. Penyertaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama juga

menjadi penyebab kejatuhan empayar ini. Mungkin mereka

tidak mempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan

untuk mempertahankan wilayahnya yang cuba dirampas.

Selepas Uthmaniyyah menandatangai persetujuan pada bulan

Oktober 1914 untuk menyokong Jerman menentang Rusia

dengan sokongan dari United Kingdom, ia sebenarnya

menambah episod duka buat empayar Uthmaniyyah itu sendiri.

Baxter dan Akbarzadeh menyatakan “had the Ottoman elected to

remain neutral in this conflict, regional history might have taken a very

different cause.”23

Sultan Abdulmecid II menjadi sultan terakhir dari dinasti

pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah. Beliau menjadi sultan kepada

kerajaan Uthmaniyyah di ambang pembubarannya di mana beliau

sempat memerintah selama hampir 17 bulan bermula 19 November 1922

– 3 Mac 1924. Ketika itu, tiada apa yang mampu dilakukan setelah

Republik Turki diisytiharkan dan polisi negara mereka juga telah

berubah kepada mengadaptasi sistem yang lebih terbuka, liberal dan

mengamalkan sekular. Agama tidak lagi menjadi perkara penting di

dalam pertimbangan sebarang polisi negara.

PENUTUP

Kerajaan Uthmaniyyah pernah berada di posisi hebat dengan menguasai

dunia Timur dan Barat, termasuk juga benua Afrika. Penguasaan mereka

ke atas tiga benua ini menjadikan mereka sebagai kuasa yang dihormati.

Namun, seakan membenarkan ’teori kitaran’ Ibn Khaldun, Kerajaan ini

mengalami kitarannya yang tersendiri. Setelah mengalami beberapa

masalah, di samping kesukaran menjaga wilayah mereka yang luas

tersebut, Uthmaniyyah mengalami zaman kemerosotan. Zaman tersebut

22 David Fromkin (1989), A Peace to End All Peace: The Fall of the Ottoman Empire and the

Creation of the Modern Middle East. New York: Owl. pp. 286 – 288. 23 Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the Middle East, p. 10.

Page 24: 1 SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

24

telah diambil kesempatan oleh pihak kuasa Barat untuk bertindak

semula mendapatkan wilayah-wilayah yang pernah jatuh ke tangan

Uthmaniyyah. Kejatuhan Uthmaniyyah ini menandakan berakhirnya

penguasaan empayar Islam ke atas dunia. Cuma pengharapan kita agar

kejatuhan ini adalah sementara, bukan ’syahid’ yang tidak boleh bangkit

lagi. Kebangkitan seterusnya perlukan perencanaan. Ia mungkin sahaja

berbeza bentuknya dengan penguasaan ke atas teknologi, perdagangan,

pendidikan dan seumpamanya. Apa yang penting, sejarah ini perlu

diambil iktibar, bukan semata-mata menjadi catatan yang tersemat di

dalam buku.


Top Related