Transcript

RINGKASAN KERTAS KERJA

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH

26-29 MARCH 2015

TEMPAT

KG.SEMELOR, 33300 GERIK, PERAK

ANJURAN

EXCO MASYARAKAT DAN KHIDMAT SOSIAL

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA

(PEMATRA)

TEMA

“ MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN ”

RINGKASAN KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015 FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TUJUAN

Sukacitanya kertas kerja ini dikemukakan adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM dan pihak Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

PENGENALAN

Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) ini merupakan program yang dicadangkan oleh ahli Exco Masyarakat dan Khidmat Sosial PEMATRA UKM sesi 2014/2015. Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang perihatin terhadap anak-anak bangsa, tanpa mengira agama, bangsa, pangkat dan sebagainya. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan jurang diantara masyarakat dengan mahasiswa selain untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan yang ada selama bergelar mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, dijangkakan program ini dapat memupuk nilai-nilai seorang pemimpin dalam diri para ahli jawatankuasa pelaksana seperti profesionalisme, berkeyakinan, berketerampilan dan juga semangat untuk berbakti kepada masyarakat

MISI

1. Berbakti dan menyumbang kepada masyarakat2. Menjalinkan ikatan yang utuh antara mahasiswa dengan masyarakat3. Menonjolkan keperibadian dan jatidiri mahasiswa/i yang tinggi sebagai tauladan kepada

masyarakat4. membantu meningkatkan kecemerlangan melalui paduan antara ilmu, teori dan pengalaman

ke arah kesejahteraan masyarakat dalam membangunkan prasarana fizikal dan pembangunan insaniah

MATLAMAT

1. Menjalin hubungan mesra dan kerjasama yang baik antara mahasiswa/i khusunya daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan komuniti setempat.

2. Membimbing serta memberi motivasi kepada para remaja, khususnya mereka yang berminat menceburi bidang kejuruteraan kelak tanpa mengira kaum.

3. Melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dan berkarisma serta mampu memberi sumbangan kepada UKM amnya dan khususnya kepada kerajaan negeri dan masyarakat setempat.

4. Berbakti kepada masyarakat dan mewujudkan hubungan baharu dengan masyarakat orang asli.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat setempat dengan mahasiswa untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan.

2. Merapatkan lagi jurang di antara barisan exco PEMATRA di samping menanam sikap mementingkan „teamwork‟ dalam organisasi dengan menyusun aktiviti yang memerlukan kerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat.

3. Memberi peluang kepada mahasiswa untuk berinteraksi dengan penduduk setempat serta mengenali budaya dan cara kehidupan mereka dari segi adat dan budaya.

4. Mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyrakat yang berbilang bangsa 5. Memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjadikan aktiviti kemasyarakatan seperti ini

sebagai satu platform untuk berbakti kepada masyarakat orang asli.6. Mengasas kemampuan mahasiswa untuk berhadapan dengan cabaran dunia luar yang

penuh dengan rintangan serta onak duri.7. Menerapkan nilai sikap, etika dan profesionalisme dalam diri mahasiswa/i dengan

menunjukkan tingkah laku profesional sepanjang program dijalankan. Mahasiswa/i juga akan melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah serta menunjukkan sikap kesukarelaan dan bekerjasama.

TEMA

“ MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN ”

ANJURAN

Exco Masyarakat dan Khidmat Sosial, Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Sesi 2014/2015, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh : 26 March (Khamis) hingga 29 March (Ahad) 2015 Masa : 9.00 malam (Khamis) hingga 11.00 malam (Ahad)

TEMPAT PROGRAM

Tempat yang dicadangkan: Kg Semelor, 33300 Gerik, PERAK

CADANGAN PERASMI

Y.B. Dato‟ Hasbullah Bin Osman, Ahli Parlimen Gerik.

PUBLISITI

Antara strategi publisti dan hebahan bagi program ini ialah:

1. Poster dan flyers tentang program diedarkan di seluruh Kampus UKM.2. Banner di sekitar kawasan program dan di dalam Kampus UKM.3. Laman web Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

www.facebook.com/PEMATRA

PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Seramai 40 orang mahasiswa/i UKM yang terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) yang menjadi sukarelawan khidmat masyarakat di perkampungan orang asli Kg Semelor, 33300 Gerik, Perak.

STRUKTUR ORGANISASI

GAMBAR A

TENTATIF

GAMBAR B

BELANJAWAN

GAMBAR C

PENUTUP

Adalah diharapkan agar program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang bertempat di Hutan Belum, Perak bagi sesi 2014/2015 ini mendapat kelulusan daripada pihak Pusat Akreditasi Pelajar (PAP) dan pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan.

GAMBAR A

GAMBAR B

GAMBAR C


Top Related