Download - - Soalan 3 Mona
4..0 BINCANGKAN DAN HURAIKAN TIGA MASALAH PENTAKSIRAN
FORMAL DAN TIDAK FORMAL PENDIDIKAN MORAL DI
SEKOLAH DAN CARA MENGATASINYA .
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan. Ia
hendaklah dilaksanakan secara formal dan tidak formal selaras dengan Seksyen 19
Akta Pendidikan 1996. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujun untuk
mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentasiran membolehkan guru
mengambil tindakan susulan berkesan dan seterusnya membantu guru
mengembnagkan potensi murid ketahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor.
P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya
bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Menurut Polson & Jeffries
(1985), mereka telah mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan
kemahiran penyelesaian masalah. Manakala menurut Ennis (1985, 1991) berpendapat
pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik. Selain itu,Galotti
(1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu
“formal reasoning” dan “everyday reasoning”
4.1 Kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Pentaksiran Formal)
· i) Membebankan guru
Setiap sesuatu perkara atau benda mesti terdapat kelebihan dan kelemahan. Hal yang
sama juga berlaku dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Pertama sekali kelemahan
pentaksiran berasaskan sekolah ialah membebankan guru-guru disekolah. Hal ini
demikian kerana terdapat kelemahan dalam sistem yang ditubuhkan. Antara
kelemahannya ialah guru perlu merekod band murid-murid. Jika setiap guru mengajar
dalam 120 orang murid dalam satu sekolah, maka hal ini akan membebankan. Ini
adalah kerana guru bukan sahaja memfokuskan untuk menyiapkan kerja ini sahaja
malah tanggungjawab lain yang ditanggung lagi terlalu banyak. Masa yang diberikan
juga amat terhad. Selain itu, hal ini juga pernah dinyatakan dalam dada-dada akhar
tentang rungutan guru-guru tentang beban ini. Disamping itu juga, sekiranya pentaksiran
ini tidak dapat disiapkan di sekolah, guru akan membawa pulang kerja ini ke rumah dan
ini akan mengganggu masa guru tersebut bersama keluarga. Maka, jelaslah bahawa
pentaksiran berasaskan sekolah ini amat membebankan guru-guru.
·ii) Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan PBS
Pentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua guru
perlu ada jalur lebar atau dalam kata lain “broadband” untuk menyiapkan program ini.
Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan pentaksiran berasaskan sekolah berlaku
apabila jika seseorang guru melakukan aktiviti merekod band-band murid ke dalam data,
dan berhenti seketika untuk melakukan tugas lain. Kemudian guru tersebut ingin
menyambung kembali tugasan itu, beliau perlu bermula dari awal dan menekan butang
“next” sehinggalah sampai rekod yang terakhir. Hal ini amat menyukarkan guru dan
telah mengambil masa yang lama, tambahan lagi jika jalur lebar yang ada adalah
lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh guru dalam blog dan akhbar-akhbar
yang lepas dan mengharapkan pihak berkenaan mengubah proses ini ke arah yang
lebih cepat dan maju.
· iii) Ibu bapa tidak mengetahui tahap IQ anak-anak
Sistem yang digunakan oleh pentaksiran berasaskan sekolah adalah band iaitu dari
band 1 hingga band 6. Berbeza dengan sebelum ini yang menggunakan gred iaitu gred
A, B, C dan seterusnya. Pengggunaan band ini tidak disukai oleh para ibu bapa kerana
mereka tidak dapat mengetahui lebih terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak.
Sesetengah ibu bapa yang kurang pandai pula tidak tahu apa itu band?, anak-anak
lemah dimana? Dan sebagainya persoalan yang timbul dalam fikiran ibu bapa. Selain
itu, melalui penggunaan pentaksiran berasaskan sekolah ini juga menyebabkan ibu
bapa akan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Hal ini berlaku kerana takut
anak-anak akan gagal pada masa peperiksaan sebenar. Disamping itu juga, ibu bapa
tidak dapat tahu secara terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak kerana guru
sahaja yang menyimpan maklumat murid-murid yang sebenar dan ibu bapa hanya dapat
maklumat yang umum sahaja. Tuntasnya, kelemahan ini amat dikesali oleh ibu bapa
kerana mereka menginginkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi sebaliknya berlaku
iaitu ibu bapa tidak dapat mengukur tahap kecerdasan anak-anak mereka.
4.2 Kelemahan Pentaksiran Tidak Formal
4.3 Cara Mengatasi Kelemahan Pentaksiran Formal Dan tidak Formal
Cara formal dalam penilaian formatif memerlukan penyediaan ujian yang melibatkan
beberapa langkah seperti berikut :
1. Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai
2. Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki.
3. Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu.
4. Membetulkan item ujian.
Berdasarkan pernyataan di atas, beberapa langkah mengatasi kelemahan Pentaksiran
Formal dan Tidak Formal perlu dilakukan. Antaranya ialah:
4.3.1. Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai.
Pada peringkat ini, guru perlu mengenalpasti dan menyusun tajuk-tajuk pembelajaran
yang akan diajar. Tajuk-tajuk pembelajaran ini pula hendaklah disusun mengikut tahap
kesukaran dari mudah kepada sukar dan dipecahkan kepada tajuk-tajuk kecil yang
mudah sekiranya ia mencakupi tajuk yang luas.
4.3. 2. Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki.
Setelah tajuk-tajuk yang akan diajar disusun, guru perlu menetapkan peringkat
pencapaian yang dikehendaki berdasarkan objektif pembelajaran dan isi pelajaran yang
terdapat dalam tajuk tersebut. Sebagai contoh, guru menetapkan murid-murid perlu
dapat membezakan najis mukhaffafah dan najis mutawasittah pada tajuk ibadah tahun
4.
4.3.3. Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu.
Pada peringkat ini, penyediaan ujian formatif merangkumi pencapaian yang dikehendaki
sebelum ini. Ianya tertakluk hanya pada unit atau tajuk-tajuk pembelajaran yang tertentu
secara khusus. Guru mempersiapkan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit atau
tajuk pembelajaran tertentu yang telah diajar sahaja.
4.3.4. Membetulkan item ujian
Selepas perlaksanaan ujian dilakukan, guru perlu membuat refleksi pembelajaran dan
pengajaran berdasarkan keputusan ujian formatif tersebut. Kelemahan dan penguasaan
murid secara optimum dalam seseuatu topik atau unit pembelajaran dapat dikenalpasti
selepas itu. Tindakan susulan perlu dilakukan yang mana melibatkan pemulihan bagi
mengatasi kelemahan murid dan pengayaan bagi memastikan murid terus menguasai
sesuatu kemahiran di dalam sesebuah tajuk pembelajaran yang telah diajar.
Perlaksanaan ujian formatif secara tidak formal adalah seperti mengadakan sesi soal
jawab secara lisan, latihan congak, kuiz dan memeriksa hasil lembaran kerja murid.
Manakala perlaksanaan ujian formatif secara formal adalah seperti mengadakan ujian
kertas-pensel selepas beberapa unit kemahiran atau sesuatu unit pembelajaran telah
diajar. Perlaksanaan ujian ini seterusnya boleh dilaksanakan secara individu, kumpulan
atau kelas. Ianya tidak membabitkan tingkatan atau keseluruhan jumlah murid yang
ramai dalam sesuatu tahun pada sesuatu masa.
Secara amnya, ujian formatif yang dilaksanakan secara tidak formal tidak direkodkan.
Bagi ujian formatif yang dilaksanakan secara formal pula, ianya direkodkan
menggunakan senarai semak atau rekod prestasi murid. Melalui perlaksanaan ujian
formatif ini, tindakan seterusnya adalah membetulkan kesilpan murid dan menyediakan
program pemulihan atau pengayaan sesuai dengan tahap pencapaian murid.
Melalui ujian ini, murid-murid bermotivasi dan yakin untuk terus berusaha memperbaiki
kelamahan dan berusaha ke arah kecemerlangan kelak.