Transcript
Page 1: | 12 Oktober 2014 5 Di sebalik fenomena gerhana

EUSTAZ FIRDAUS YAHYA

GERHANA merupakan satu fenomena yang menga-gumkan. Ia jarang dapat dilihat.

Apabila ia berlaku, umat Islam dianjurkan melaku-kan solat sunat gerhana.

Dan mungkin sebagai menunjukkan betapa istime-wanya gerhana ini, cara solat sunat tersebut dikerjakanagak berlainan daripada solat sunat lain.

Keunikan solat sunat gerhana ini terletak kepada em-pat bacaan surah Al-Fatihah, empat kali rukuk dalamdua rakaat sahaja.

Ini bermakna setiap rakaat mengandungi dua pem-bacaan surah Al-Fatihah dan dua kali rukuk.

Kelainan pengerjaan solat sunat gerhana ini tidak ter-henti di situ sahaja.

Ketika Rasulullah saw mengerjakan solat tersebut,baginda membaca surah-surah panjang seperti surahAl-Baqarah. Ia diikuti dengan khutbah pendek.

Walaupun kita jarang dapat melihat gerhana, ia sebe-narnya sesuatu yang pasti berlaku saban tahun. Malah,setiap tahun mesti ada sekurang-kurangnya empat ger-hana. Ada kalanya sampai enam gerhana berlakudalam setahun.

Empat gerhana yang wajib berlaku setiap tahun ter-diri daripada dua gerhana bulan dan dua gerhana ma-tahari. Bermakna, gerhana datang berpasangan.

Apabila berlaku gerhana bulan pada pertengahanbulan Hijriyah, ia akan diikuti gerhana matahari padapenghujung bulan tersebut. Atau gerhana matahari te-lah berlaku pada awal bulan tersebut.

Tetapi mengapakah kita jarang dapat melihat gerha-na, terutama sekali gerhana matahari?

Jawapannya terletak pada hakikat bahawa bumi inibulat. Kawasan yang dapat melihat gerhana mataharimestilah berada pada bahagian siang bumi.

Manakala kawasan yang dapat melihat gerhana bu-lan mestilah berada pada bahagian malam bumi.

Jika berlaku gerhana matahari dan Singapura bera-da di kawasan malam bumi, maka sudah pasti rakyatSingapura tidak dapat melihat gerhana tersebut.

Begitu juga, jika berlaku gerhana bulan, dan Singa-pura berada di kawasan siang bumi, maka sudah pastikita tidak dapat lihat gerhana bulan tersebut.

Oleh kerana itu, peristiwa gerhana bukan sesuatuyang kita dapat lihat dengan kerap.

Apatah lagi jika ia gerhana penuh matahari. Ini ada-lah kerana kawasan yang terlindung dengan bayang-ba-yang bulan ketika gerhana matahari berlaku adalahamat kecil.

Lebarnya hanya lebih kurang 100 kilometer sahaja.Singapura, sebagai contoh, tidak dapat meyaksikan

sebarang gerhana penuh matahari sejak 21 Disember1843.

Ketika itu, lebih kurang 80 peratus permukaan ma-tahari dilindungi bulan. Suasana menjadi amat kelamseperti awan tebal yang menutupi bumi.

Sebelum itu, atau 22 tahun sebelumnya, iaitu pada 4Mac 1821, berlaku satu lagi gerhana penuh matahariyang dapat dilihat di Singapura.

Kali ini, lebih 95 peratus permukaan matahari terlin-dung. Suasana yang gelap hampir seperti waktu magh-rib.

Mengikut riwayat, seorang yang digelarkan Tok La-sam datang ke Singapura pada Februari tahun tersebutdan membuka sebuah perkampungan di kawasan timurSingapura.

Oleh kerana berlaku gerhana penuh matahari padaketika itu, dan kawasan menjadi gelap, maka perkam-pungan itu dinamakan sebagai Kampung Siglap.

Nama tersebut kekal sehingga sekarang.Selepas kededua gerhana tersebut, Singapura tidak

dapat lagi menyaksikan gerhana penuh matahari. Seh-inggalah nanti pada 26 Disember 2019.

Pada tarikh tersebut, akan berlaku gerhana cincinmatahari. Kemuncak gerhana akan berlaku di kawasanPulau Pedang, Sumatera, lebih kurang 140 kilometer dibarat Singapura.

Pada jam 1.18 tengahari, keadaan yang terang ben-derang akan bertukar gelap seperti waktu maghrib. Iniakan berlarutan selama 3 minit 40 saat.

Fenomena gerhana ini adalah sesuatu yang menakut-kan manusia pada waktu dahulu kerana ia jarang dapatdilihat.

Mereka tidak faham sebab disebalik peristiwa terse-but. Maka timbul berbagai cerita dongeng seperti nagamemakan bulan dan sebagainya.

Ada pula yang mengaitkan peristiwa gerhana ini de-ngan kelahiran atau kematian raja atau pembesar nega-ra.

Sejarah mencatatkan bahawa anak Rasulullah sawbernama Ibrahim meninggal dunia pada tahun kesepu-luh Hijrah, sejurus sebelum berlakunya gerhana ma-tahari di Madinah.

Mengikut perkiraan, ia berlaku pada 27 Januari 632,bersamaan dengan 29 Syawal 10 Hijriyah.

Gerhana cincin ini berlanjutan dari jam 7.25 pagihingga 10.15 pagi, dengan kemuncak gerhana berlakupada jam 8.40 pagi.

Ada di kalangan para sahabat yang menafsirkan ger-hana tersebut sebagai tanda dukacitanya alam terhadapkematian Ibrahim.

Namun, Rasulullah saw menjelaskan dan mendidikumat Islam dalam khutbah gerhananya bahawa gerha-na salah satu daripada tanda kebesaran Allah swt.

Ia tidak berlaku kerana kematian atau kelahiranseseorang. Ia adalah fenomena semula jadi.

Allah swt menjadikan gerhana ini sebagai tanda un-tuk menakutkan sebahagian hamba-Nya apabila mere-ka tidak mengkaji bagaimana gerhana boleh berlaku.

Dengan penerangan itu, Rasulullah saw membasmisebarang kaitan tahyul dan khurafat terhadap gerhana.

Sebaliknya, fenomena gerhana perlu mengukuhkanlagi keimanan kita kepada Allah swt.

Dalam kita menghadapi fenomena gerhana bulandan matahari, kajilah bagaimana gerhana boleh berlakudan keunikannya bagi bumi sahaja bukan di planet lain.

Nescaya akan tersingkap keagungan Allah swt danakan bertambah keimanan kita, terutama apabila kitamengerjakan solat sunat gerhana.

E Penulis pengasas pusat pendidikan Darul Huffaz.

Di sebalik fenomena gerhana

IKLANEncik Hussein bin Kassim diminta hadir kePejabat Pendaftaran Pernikahan Singapura, 7Canning Rise, Singapura 179869 sebelum 21 Dec2014 kerana mewalikan pernikahan anak saudaranya, Junaidah bte Bachok dengan MohammadKamalruzaman bin Abdullah. Jika tidak hadirpernikahan akan dijalankan secara Wali Hakim.

GERHANA BULAN PENUH: Bulan berubah warna semasa gerhana seperti dilihat dari Golden, Colorado Rabu lalu. – Foto REUTERS.

Ingin nikmati berita terkini?

beritaharian.sg/galeri-video

IKUTI KAMI

DI

Berita Minggu | 12 Oktober 2014 5

Berita SETEMPAT

Top Related