download (1848kb)

215
1 BAB PENDAHULUAN

Upload: hoangkhuong

Post on 13-Jan-2017

264 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

Page 1: Download (1848Kb)

1

BAB

PENDAHULUAN

Page 2: Download (1848Kb)

2

BAB PENDAHULUAN

0.1 Pengenalan

Zaman mutakhir ini, muncul satu semangat atau gerakan penjernihan semula al-

Sirah al-Nabawiyyah. Di Malaysia, ia banyak dibincangkan di internet,1 ceramah-

ceramah agama dan sebagainya, gerakan ini berkembang pesat sehingga kadang-kadang

dilihat menimbulkan polemik kepada masyarakat umum umat Islam yang hanya

mengetahui perkara-perkara asas dalam Islam. Dengan mengeluarkan kenyataan dan

pandangan yang terlalu akademik serta pelbagai pandangan yang berbeza, ini amat

menyusahkan masyarakat Islam yang sudah tentu sukar untuk memahaminya.

Perbezaan riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab sirah, tarikh, maghazi dan

sebagainya, amat sukar untuk disemak kembali riwayat-riwayat yang dibawa, ini

termasuk cara kebanyakan ahli sejarah Islam atau mu‟arrikhun yang membawa riwayat

sejarah tanpa menyaring terlebih dahulu sebelum dimuatkan di dalam kitab-kitab

mereka. Rentetan dari cara tersebut, para ulama‟ mutakhir yang mahu menilai dan

menyaring kembali kisah-kisah tersebut mula melakukan penyaringan berdasarkan

bidang kepakaran masing-masing. Disebabkan sikap sesetengah ulama‟ yang menilai

sesuatu kisah sirah dari satu perspektif sahaja, ia menimbulkan polemik yang agak

besar apabila ia melibatkan kisah junjungan besar Nabi s.a.w. Tapisan semula turut

melibatkan tentang tarikh kelahiran, perkahwinan baginda, peristiwa Hijrah ke Madinah

dan sebagainya. Bagi sesetengah ulama‟, mereka hanya mengambil sesuatu riwayat

sejarah tanpa menilai periwayatan kisah tersebut terlebih dahulu, lantaran itu, ia juga

memberi impak yang besar kepada masyarakat untuk memahami Sirah Nabawi yang

sebenar. Di samping itu, riwayat yang diambil secara melulu dan semborono memberi

kesan negatif kepada kefahaman masyarakat Islam umumnya.

1 Pusat Pengajian Darul Kautsar, http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/pemurniansejarah.htm , 2 Ogos 2006

Page 3: Download (1848Kb)

3

Penilaian semula riwayat sejarah Islam hendaklah dilakukan semula dengan

melihat dari segenap aspek, terutamanya yang melibatkan periwayatan menurut ulama‟

hadith atau muhaddithun seterusnya membandingkan kaedah penerimaan dan

bagaimana sesuatu riwayat itu diambil menurut pandangan dan kriteria mu‟arrikhun,

bukan sahaja dari sudut sanad, perawi, al-jarh wa al-ta„dil dan sebagainya, tetapi dilihat

juga dari sudut bagaimana mu‟arrikhun menilai sesuatu kisah untuk dimuatkan di dalam

tulisan-tulisan mereka. Dengan membuat penilaian yang adil bagi kedua-dua belah

pihak iaitu muhaddithun dan mu‟arrikhun, kita akan dapat mengenal pasti kisah-kisah

yang sahih dan sebenar dari kedua-dua perspektif.

0.2 Latar belakang Kajian

Kegiatan pemalsuan hadith dan kisah-kisah sejarah yang berleluasa dengan

kemunculan pelbagai puak atau kumpulan mazhab dan politik yang mencipta hadith dan

kisah-kisah bagi menyokong kepentingan politik dan ajaran mereka.

Setelah umat Islam melalui beberapa period pemerintahan, kegiatan menyaring

kembali riwayat sejarah Islam sama ada kisah Nabi s.a.w. atau kisah para sahabat r.a.

tidak begitu menonjol. Disebabkan berleluasanya pemalsuan dan penciptaan hadith-

hadith palsu, para ulama‟ dan inteligensia Islam melakukan usaha mengumpulkan

hadith dan menyaring kembali hadith-hadith yang dihimpunkan. Walaupun terdapat

kisah-kisah yang disampaikan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w berkenaan Sirah

Nabawi, Maghazi dan sebagainya. Namun pada masa itu, riwayat berbentuk sejarah

tidak diberi perhatian yang khusus.

Walaupun terdapat usaha-usaha pengumpulan riwayat-riwayat sejarah seperti

mana yang diusahakan oleh para ulama‟ seperti Ibn Ishaq (m. 151H) , al-Tabari (m.

310H) dan lain-lain, namun kaedah penerimaan riwayat tersebut, tidak mengikut

spesifikasi yang digunakan oleh ulama‟ hadith. Walaupun kaedah periwayatan

Page 4: Download (1848Kb)

4

mengutamakan riwayat bersanad, tetapi terdapat kecacatan yang agak ketara pada cara

penerimaan, kerana terdapat banyak riwayat sanadnya yang terputus,2 riwayat dan

perawi yang diragui3 serta kisah yang bercanggah dengan maklumat yang disampaikan.

Kita juga maklum, para ulama‟ hadith berusaha bersungguh-sungguh bagi

mengumpul, menyaring dan memurnikan hadith-hadith tersebar di seluruh pelusuk

negara Islam, namun penekanan yang diberikan adalah penyaringan terhadap hadith

secara umum dan tidak tertumpu pada satu-satu skop terutama Sirah Nabawi. Walaupun

terdapat banyak riwayat berkenaan sejarah khususnya sirah Nabi s.a.w. dalam karya-

karya ulama‟ hadith seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Ahmad bin

Hanbal dan sebagainya. Namun ia tidak menyeluruh serta susunan kisah yang tidak

mengikut kaedah pensejarahan kerana ia berdasarkan cara penyusunan yang

diaplikasikan oleh ulama‟ berkenaan.

Setelah sekian lama masa berlalu, gerakan atau semangat untuk menjernih dan

memurnikan kembali Sirah Nabawi dan sejarah para sahabat mula diberi fokus oleh

para ulama mutakhir.4 Kebanyakan pakar sejarah Islam dan ulama‟-ulama‟ hadith

kontemporari, mereka menilai sesuatu kisah atau sirah hanya berpandukan kepada

kepakaran masing-masing. Walaupun terdapat sedikit sebanyak keserasian berlaku,

tetapi ia masih tidak menampakkan penyatuan fokus dan metodologi.5

2 Ini banyak berlaku di dalam tulisan Ibn Ishaq (m. 151H) di dalam Sirah al-Rasul. Lihat, Muhammad Hamidullah (1967),

Muhammad Ibn Ishaq The Biographer of the Holy Prophet, t.c., Karachi : Pakistan Historical Society, h. 18. 3 Perkara ini berlaku di dalam karya Tarikh Rusul wa al-Muluk karya al-Tabari (m. 310H), yang mana beliau membawa riwayat-

riwayat daripada perawi-perawi yang diragui. Perawi-perawi ini membawa riwayat yang bersifat prejudis sehingga menggambarkan

para sahabat itu kelompok yang tidak baik dan suka bertelingkah. Lihat, Muhd Asri Zainul Abidin (2003), Pertelingkahan Para

Sahabat Nabi s.a.w. Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah, Kuala Lumpur : Pustaka Yamien Sdn. Bhd., h. 47-49. 4 Ini dapat dilihat dengan wujudnya banyak karya-karya ulama‟ yang pakar dalam bidang hadith dan sejarah telah menulis kembali

sirah nabawi mengikut tertib yang tersusun serta kronologi yang mantap. Antara karya-karya tersebut adalah seperti, Akram Diya‟

al-„Umari (1995), al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah Muhawalah li Tatbiq Qawa„id al-Muhaddithin fi Naqd Riwayat al-Sirah al-Nabawiyyah. Riyad : Maktabah al-„Ubaykan; Akram Diya‟ al-„Umari (1414H), „Asr al-Khilafah al-Rasyidah Muhawalah li Naqd

al-Riwayah al-Tarikhiyyah Waqf Manahij al-Muhaddithin, c. 1, Riyad : Maktabah al-„Ubaykan; Muhammad bin Muhammad Abu

Syahbah (1999), al-Sirah al-Nabawiyah fi Daw‟ al-Qur‟an wa al-Sunnah : Dirasah Muharrarah Jama„at Bayna Asalah al-Qadim Wajiddah al-Hadith. Dimasyq : Dar al-Qalam; Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992), al-Sirah al-Nabawiyyah fi Daw‟ al-Masadir al-

Asliyyah Dirasah Tahliliyyah, c. 1, Riyad : Markaz al-Malik Faysal; Ibrahim al-„Ali (1995), Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah, c.1,

Jordan : Dar al-Nafa‟is; Al-Sulami, Muhammad bin Rizq bin Tarhuni (1414H), Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah al-Musammah al-Sirah al-Dhahabiyyah, al-Qahirah : Maktabah Ibn Taymiyyah. 5 Ini dapat dilihat perbahasan mengenai riwayat berkaitan Halimah al-Sa„diyah sebagai salah seorang ibu susu Rasulullah s.a.w.

Terdapat percanggahan pendapat yang mengatakan bahawa riwayat berkenaan hasan oleh Ibrahim al-„Ali dan Syeikh al-Albani (m.

Page 5: Download (1848Kb)

5

Dengan melakukan perbandingan manhaj, ia dapat memberikan fokus dan

kaedah yang lebih khusus bagaimana untuk menilai sesuatu kisah atau sirah dengan

membuat penilaian dari kedua-dua persepektif. Proses asimilasi dan penyatuan manhaj

ini amat sukar untuk diteliti dan dinilai kembali kerana ia harus dilihat secara saksama

bersama dasar yang tepat dan sahih tanpa prejudis.

0.3 Pernyataan Masalah Kajian

Sebagaimana kita maklum, kebanyakan kisah-kisah sejarah Islam khususnya al-

Sirah al-Nabawiyyah bersumberkan riwayat secara lisan. Boleh dikatakan hampir

kesemuanya dalam bentuk riwayat lisan. Jika sekiranya terdapat sumber-sumber yang

berbentuk dokumen bertulis, ia cuma berkaitan tulisan-tulisan berkaitan dengan surat-

surat Nabi s.a.w. kepada pemerintah-pemerintah pada ketika itu.

Justeru, fokus kajian ini adalah untuk merungkaikan beberapa isu dan masalah

yang timbul berkaitan dengan tajuk kajian akan dikemukakan. Di antara permasalahan

utama kajian ini ialah :-

i. Apakah metode muhaddithun khususnya al-Bukhari (m. 256H) terhadap

riwayat berbentuk sejarah khususnya riwayat al-Sirah al-Nabawiyyah?

ii. Apakah metode mu‟arrikhun khususnya Ibn Ishaq (m. 151H) terhadap

riwayat berbentuk sejarah khususnya riwayat al-Sirah al-Nabawiyyah?

iii. Apakah perbezaan dan persamaan metode muhaddithun dan mu‟arrikhun

terhadap penerimaan riwayat berbentuk sejarah khususnya di antara al-

Bukhari (m. 256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H)?

1999M) mengatakan da„if. Lihat, Ibrahim al-„Ali (1995), op. cit. h. 38-39; Muhammad Nasir al-Din al-Albani (t.t.), Difa„ „an al-

Hadith al-Nabawi wa al-Sirah fi al-Rad „ala Juhalat al-Duktur al-Buti fi Kitabih, Dimasyq : Mu‟assasah wa Maktabah al-Khafiqin,

h. 38-40; Akram Diya‟ al-„Umari (1995), al-Sirah, op. cit. h. 102-103.

Page 6: Download (1848Kb)

6

iv. Apakah kedudukan sebenar Ibn Ishaq (m. 151H) terhadap autoriti beliau di

dalam periwayatan hadith khususnya hadith-hadith yang mengandungi

kisah-kisah, isu-isu sejarah dan seumpamanya?

v. Bagaimanakah cara berinteraksi yang sebenar dengan riwayat-riwayat Ibn

Ishaq (m. 151H) yang terkandung di dalam Sirah Ibn Ishaq dan Sirah Ibn

Hisyam?

Di samping itu, penulis juga menghuraikan beberapa masalah kajian tentang

batas sempadan di antara muhaddithun dan mu‟arrikhun terhadap manhaj masing-

masing.

0.4 Objektif Kajian

Penyelidikan ini telah menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai iaitu :

i. Mengenal pasti metodologi atau manhaj muhaddithun khususnya Imam al-

Bukhari (m. 256H) dalam menilai riwayat sejarah khususnya riwayat Sirah

Nabawi.

ii. Mengenal pasti metodologi mu‟arrikhun khususnya Muhammad bin Ishaq

(m. 151H) dalam menilai riwayat sejarah khususnya riwayat Sirah Nabawi.

iii. Menganalisis persamaan dan perbezaan antara al-Bukhari (m. 256H) dan

Muhammad bin Ishaq (m. 151H) dalam membuat penilaian terhadap riwayat

sejarah khususnya riwayat Sirah Nabawi.

iv. Mengenal pasti cara dan kaedah berinteraksi dengan riwayat berbentuk

sejarah bagi Sirah Nabawi yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Ishaq (m.

151H) di dalam Sirah Ibn Ishaq dan Sirah Ibn Hisyam.

Page 7: Download (1848Kb)

7

0.5 Kepentingan Kajian

Menilai periwayatan sejarah Islam dari segenap sudut terutama dari sudut

penilaian hadith dan pensejarahan Islam itu sendiri akan memberi satu kebenaran fakta

yang jelas dan sahih. Penyatuan manhaj atau metode ini adalah amat penting dalam

menilai sesuatu riwayat sejarah kerana kaedah penilaian dari dua sudut ini

menampakkan perbezaan yang amat ketara. Oleh itu, penyelidikan ini penting untuk:

i. Memurnikan kembali kisah dan riwayat sejarah Islam terutamanya al-Sirah

al-Nabawiyyah dengan menggunakan satu manhaj yang khusus, hasil

daripada penyatuan dua metodologi iaitu manhaj muhaddithun dan

mu‟arrikhun.

ii. Melakukan penyaringan semula riwayat-riwayat sejarah terutama riwayat

sejarah Nabi Muhammad s.a.w. atau al-Sirah al-Nabawiyyah secara

keseluruhannya.

iii. Memberi kesedaran kepada umat Islam betapa pentingnya menilai kembali

sejarah-sejarah yang ditatap sejak sekian lama dengan melakukan kajian dan

penyelidikan yang konsisten dan berkesan.

Oleh itu, kajian ini adalah sangat signifikan dengan perkembangan dunia Islam

yang semakin tersebar dengan semangat kembali kepada Al-Quran dan Sunnah

Rasulullah s.a.w. Umat Islam mestilah berusaha untuk mendapatkan kisah-kisah Sirah

Nabawi dan sejarah Islam yang sahih dan benar. Kajian ini juga sangat penting untuk

penyelidikan Historiografi Islam secara keseluruhannya kepada pengkaji-pengkaji

sejarah Islam.

Page 8: Download (1848Kb)

8

0.6 Definisi Tajuk

Tajuk kajian ini ialah Metodologi Penerimaan Riwayat Sejarah Antara al-Bukhari dan

Ibn Ishaq : Kajian Perbandingan

Metodologi

Metodologi menurut Kamus Dewan ialah sistem yang merangkumi kaedah dan

prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya.6 Manakala

kata dasar metode di dalam bahasa Inggeris bermaksud sistem, aturan, cara membuat

sesuatu atau kaedah. 7

Justeru, metodologi yang dilihat sebagai satu disiplin bermaksud

satu sistem yang merangkumi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan di

dalam sesuatu kegiatan.

Riwayat

Riwayat atau dalam bahasa Arab disebut al-Riwayah bermaksud pemindahan

kata-kata seseorang kepada seseorang yang lain. Menurut ulama‟ hadith, al-Riwayah

bermaksud, memindahkan hadith dan sanad kepada orang yang disampaikan melalui

salah satu lafaz atau sighah penyampaian hadith. Sighah tersebut antaranya ialah,

haddathana, akhbarana, sami„tu, „an dan seumpamanya.8 Kamus Dewan pula

menafsirkan riwayat sebagai keterangan atau berita tentang perbuatan (perkataan dan

lain-lain) Nabi yang disampaikan isteri dan sahabat-sahabat baginda sebagai satu nas.9

Maka penulis menggunakan perkataan riwayat kerana ia telah di‟melayu‟kan dan

pentakrifannya hampir menyamai dengan definisi yang dikemukakan oleh para ulama‟.

6 Kamus Dewan, op. cit. h. 1030. 7 Dewan Bahasa dan Pustaka (1985), Kamus Dwi Bahasa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h 781. 8 Muhammad Abu Layth al-Khayr Abadi (2004/1425), Mu„jam al-Mustalahat al-Hadithiyyah, Selangor : Dar al-Syakir, h. 40. 9 Kamus Dewan, op. cit. h. 1337.

Page 9: Download (1848Kb)

9

Sejarah

Dari segi bahasa, sejarah mempunyai dua pengertian, pertama bermaksud asal-

usul (keturunan), kedua bermaksud peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu

lampau.10

Perkataan sejarah sebenarnya berasal daripada bahasa Arab iaitu al-Syajarah

yang bermaksud pohon kayu. Dalam bahasa Inggeris sejarah disebut history yang

berasal daripada bahasa Yunani iaitu historia yang bermaksud penyelidikan.11

Ia juga

sinonim dengan perkataan annals12

dan chronicles13

.14

Sejarah dalam bahasa Arab

disebut al-Tarikh. Menurut al-Sakhawi (m. 902H), al-tarikh bermaksud, catatan kepada

peristiwa-peristiwa yang berlaku dan juga catatan berita yang yang bersandarkan

masa.15

Justeru, sejarah Islam ialah catatan-catatan sejarah yang berhubungan dengan

umat Islam dan kerajaan Islam bermula dari kelahiran Islam sehingga kini.16

Al-Bukhari.

Al-Bukhari di dalam kajian ini merujuk kepada tokoh yang terkenal di dalam

bidang hadith iaitu Muhammad bin Isma„il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah

al-Ju„fi al-Bukhari.17

Beliau lebih dikenali dengan nama al-Bukhari yang dinisbahkan

kepada sebuah negeri yang terkenal yang banyak melahirkan para ulama di dalam

pelbagai bidang iaitu di Bukhara.18

Al-Imam al-Bukhari (m. 256H) dilahirkan pada 3

10 Ibid, h. 1411. 11 Collingwood, R. G. (1985), Idea Sejarah, terj. Muhd Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 7. 12 Annals bermaksud riwayat, hikayat, laporan peristiwa tahun demi tahun dan rekod sejarah. Lihat, Hawkins, Joyce M. (2004),

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga, c. 13, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti, h. 15. 13 Chronicles bermaksud babad, rekod peristiwa dan rekod dalam babad. Ibid, h. 67. 14 Ensiklopedia Islam (1998), Kuala Lumpur : Malaysian Encyclopedia Research Center, j. 10, h. 255. 15 Syams al-Din Muhammad bin „Abd al-Rahman al-Sakhawi (t.t.), al-I„lam bi al-Tawbikh liman Dhamma al-Tarikh, Bayrut ; Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, h. 17. 16 Wan Yahya Wan Ahmad (1992), Pensejarahan Awal Islam. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 1. 17 Ibn Hajar al-„Asqalani (t.t), Tahdhib al-Tahdhib, j. 3, c. 1, t.t.p. : Mu‟assasah al-Risalah, h. 508. Selepas ini disebut Tahdhib; Abi al-„Abbas Syams al-Din bin Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan (t.t.), Wafayat al-A„yan wa Anba‟ Abna‟ al-Zaman,

j. 4, t.c., Bayrut : Dar al-Sadir, h. 188; Taj al-Din Abi Nasr „Abd al-Wahhab bin „Ali bin „Abd al-Kafi al-Subki (t.t.), Tabaqat al-

Syafi„iyyah al-Kubra, j. 2, c. 1, al-Qahirah : Dar Ihya‟ al-Kutub al-„Arabiyyah, h. 212; Syams al-Din Muhammad bin Ahmad bin „Uthman al-Dhahabi (1988/1409), Siyar A„lam al-Nubala‟, j. 12, c. 2, Bayrut : Mu‟assasah al-Risalah, h. 391. Selepas ini disebut

Siyar. 18 „Iz al-Din Ibn al-Athir al-Jazari (t.t), Al-Lubab fi Tahdhib al-Ansab, j. 1, c. 1, Baghdad : Maktabah al-Muthanna, h.125.

Page 10: Download (1848Kb)

10

Syawal 194H.19

Beliau telah banyak menyumbang di dalam bidang penulisan

khususnya bidang hadith dan ulum al-hadith. Kitab beliau yang paling masyhur ialah

kitab Jami„ al-Sahih20

yang memuatkan hadith-hadith yang dinilai sahih menurut

piawaian ketat menurut al-Imam al-Bukhari (m. 256H). Kitab ini bukan sahaja diiktiraf

oleh ulama‟ hadith, malah seluruh ulama‟ dan umat Islam mengiktirafnya sebagai

sebuah kitab yang paling sahih selepas al-Quran. Al-Bukhari meninggal pada malam

hari raya fitrah tahun 256H.21

Ibn Ishaq

Ibn Ishaq pula merujuk kepada seorang tokoh terkenal di dalam bidang sejarah

Islam khususnya al-Sirah al-Nabawiyyah. Nama penuh beliau ialah Muhammad bin

Ishaq bin Yasar bin Kuthan atau bin Khiyar al-Madani.22

Beliau sempat melihat Anas bin Malik, Salim bin „Abdullah bin „Umar dan

Sa„id bin Musayyab.23

Menurut Ibn Ma„in (m. 223H), Ibn Ishaq (m. 151H) pernah

mendengar (hadith) daripada Abi Salamah bin „Abd al-Rahman.24

Beliau masyhur

sebagai orang yang menulis tentang al-Sirah al-Nabawiyyah atau Maghazi serta diakui

sebagai orang paling berautoriti dalam perkara ini.25

Para ulama‟ berselisih pendapat

tentang autoriti beliau terhadap periwayatan hadith. Perbincangan tentang perkara ini

19 Muhammad bin Ahmad bin „Abd al-Hadi al-Dimasyqi al-Salihi (1996/1417), Tabaqat Ulama‟ Hadith, j. 2, c. 2, Bayrut :

Muassasah al-Risalah, h. 244. 20 Nama penuh judul karya ini ialah al-Jami„ al-Sahih li Musnad min Hadith Rasul li Allah wa Ayyamih, namun lebih dikenali dengan judul Sahih al-Bukhari. 21 Ibid, h. 245. 22 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit. j. 7, h. 33; Muhammad „Abd Allah Abu Sa„aylayk (1994), Muhammad ibn Ishaq Imam ‟Ahl al-Maghazi wa al-Siyar, Dimasyq : Dar al-Qalam, h. 16. 23 Jamal al-Din Abi al-Hajjaj Yusuf al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib al-Kamal fi Asma‟ al-Rijal, c. 1, Bayrut : Mu‟assasah al-Risalah,

j. 24, h. 406. Selepas ini disebut Tahdhib. 24 Abi „Abdullah Muhammad bin Ahmad bin „Uthman al-Dhahabi (t.t.), Mizan al-IÑtidal fi Naqd al-Rijal, Bayrut : Dar al-

MaÑrifah, j. 3, h. 468. 25 Allama Shibli Nu‟mani (2000), Sirat-un-Nabi, Budayuni, terj., M. Tayyib Bakhsh Budayuni, New Delhi : Kitabbhavan, j. 1, h. 17.

Page 11: Download (1848Kb)

11

akan dimurni dan dirungkaikan di dalam bab yang kedua. Ibn Ishaq meninggal pada

tahun 151H.26

Perbandingan.

Perbandingan ialah perbuatan membandingkan sesuatu untuk melihat perbezaan

dan persamaan antara dua benda.27

0.7 Skop Kajian

Bagi kajian ini, penulis mengkaji metodologi penerimaan riwayat sejarah secara

umum. Namun, skop kajian penulis adalah terhadap riwayat-riwayat sejarah pada period

zaman Rasulullah s.a.w merujuk kepada al-Sirah al-Nabawiyyah. Signifikan fokus

kajian penulis terhadap riwayat sejarah period zaman Rasulullah s.a.w adalah dengan

beberapa sebab utama, iaitu pertama, kajian mengenai riwayat sejarah pada zaman

sahabat r.a. telah dilakukan di dalam disertasi sarjana Mohd Asri Zainul Abidin.28

Kedua, kajian mengenai riwayat-riwayat sejarah pada zaman Rasulullah s.a.w.

lebih utama daripada kajian terhadap riwayat-riwayat sejarah pada zaman Khulafa‟ al-

Rasyidun dan selepasnya sama ada zaman Bani Umayyah, Bani „Abbasiyyah dan

seterusnya. Fokus ini dilakukan adalah kerana riwayat-riwayat sejarah pada zaman Nabi

s.a.w. selain daripada mengandungi fakta-fakta sejarah, ia juga mempunyai dalil atau

nas yang mendasari syariat Islam itu sendiri. Maka, kajian terhadap riwayat-riwayat

sejarah pada zaman Nabi s.a.w. amat signifikan bagi mengekalkan keabsahan dan

kelangsungan Sirah Nabawi sebagai sumber syariat Islam.

26 Terdapat perbezaan berkenaan tarikh kematian Ibn Ishaq, ada pandangan mengatakan 150H, 152H dan 153H. Pendapat yang

masyhur adalah pada tahun 151H. Lihat, al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit. h. 55. 27 Kamus Dewan (2005), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 120. 28 Mohd Asri Zainul Abidin (1997), Al-Sahabah : Kontradiksi Antara Nas-nas Islam Dengan Riwayat Sejarah. Disertasi Sarjana.

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Page 12: Download (1848Kb)

12

Bagi menganalisis metodologi daripada perspektif muhaddithun, penulis

mengambil metodologi Imam al-Bukhari (m. 256H) sebagai tokoh kajian. Signifikasi

penulis mengambil metodologi Imam al-Bukhari (m. 256H) dalam penerimaan riwayat

sejarah kerana beliau merupakan tokoh yang terkemuka di dalam bidang hadith.

Di samping itu, karya beliau yang masyhur iaitu al-Jami„ al-Sahih mempunyai

riwayat-riwayat berbentuk sejarah. Beliau telah meletakkan satu kitab di dalam kitab ini

yang bertajuk Kitab al-Maghazi. Riwayat yang berbentuk begini banyak terdapat di

dalam Sahih al-Bukhari. Selain daripada Kitab al-Maghazi, riwayat-riwayat sejarah

juga berada di dalam kitab-kitab yang lain seperti Kitab al-Manaqib, Kitab Fada‟il al-

Sahabah, Kitab Manaqib al-Ansar dan sebagainya. Lantaran itu, pemilihan al-Imam al-

Bukhari dan karyanya al-Jami„ al-Sahih di dalam kajian penulis bagi mengenal pasti

metodologi ahl al-hadith di dalam menerima riwayat sejarah adalah tepat sekali.

Manakala bagi tokoh Muhammad bin Ishaq (m. 151H), beliau merupakan antara

tokoh terawal yang menulis al-Sirah Nabawiyyah iaitu pada kurun kedua hijrah. Di

samping itu, Ibn Ishaq (m. 151H) sangat berpengaruh dalam soal sirah nabawi,

sehingga boleh dikatakan hampir semua karya-karya sirah, pasti akan terdapat riwayat

daripada beliau. Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini terdapat kritikan-kritikan keras

terhadap tokoh sirah ini. Ini dapat dilihat di dalam tulisan Muhammad Asri Yusoff.29

Jadi, pada pendapat penulis, tokoh sejarah ini harus diberi perhatian bagi mengenal pasti

keabsahan kritikan terhadap beliau atau ia perlu disemak dan diteliti dengan lebih

mendalam lagi. Selain itu, Ibn Ishaq (m. 151H) mempunyai cara tersendiri ketika

memuatkan riwayat-riwayat sejarah di dalam karya beliau. Kaedah ini adalah berbeza

dengan kaedah muhaddithun. Jadi, penulis akan menggunakan karya Ibn Ishaq (m.

29 Muhammad Asri Yusoff (2004), Ibnu Ishaq Peranannya Dalam Penyebaran Fahaman Syi`ah di Kalangan Ummah, c. 2,

Kelantan : Pustaka Bisyarah.

Page 13: Download (1848Kb)

13

151H) yang masyhur iaitu Sirah Ibn Ishaq30

dan Sirah Ibn Hisyam.31

Justeru, pemilihan

tokoh-tokoh di atas adalah tepat bagi mengenal pasti metodologi bidang masing-masing

untuk diteliti secara saksama bagi meluruskan pemahaman kita terhadap sirah Nabi

Muhammad s.a.w.

Ketika melakukan analisis perbandingan metodologi, penulis akan mengambil

beberapa kisah al-Sirah Nabawiyyah bagi melakukan perbandingan metodologi. Penulis

menumpukan kajian terhadap riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab tokoh-tokoh

di atas dan ini memudahkan kajian penulis kerana ia lebih fokus dan konsisten.

0.8 Sorotan Literasi

Ketika melakukan penelitian kajian-kajian terdahulu, penulis mendapati banyak

kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan sejarah Islam secara umumnya.

Penulis dapat mengklasifikasikan kepada beberapa jenis kajian berdasarkan pola atau

spesifikasi kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji Islam dan para ulama‟.

1. Muhammad Faisal Ismail (2003), Keprihatinan Ulama Hadith Terhadap

Sanad Hadith : Suatu Kajian Terhadap Aplikasinya Dalam Kitab al-Sirah

al-Nabawiyyah, Karya Ibn Hisham. Kajian ini merupakan disertasi (Sarjana

Usuluddin), Jabatan Al-Quran dan Hadith, di Akademi Pengajian Islam.

Universiti Malaya. Kajian Muhammad Faisal ini merupakan kajian yang

memfokuskan terhadap penggunaan sanad yang diaplikasikan di dalam kitab al-

Sirah al-Nabawiyyah karya Ibn Hisyam (m. 183H). Walaupun fokus kajian ini

terhadap karya sejarah, namun ia lebih cenderung terhadap kajian dari perspektif

hadith dan „ulum al-hadith. Di samping itu, Muhammad Faisal membincangkan

tentang penggunaan lafaz tahammul dan ada‟ yang digunakan di dalam kitab al-

30 Sirah Ibn Ishaq ini adalah edisi riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) kepada Yunus bin Bukayr (m. 199H). 31 Sirah Ibn Hisyam ialah edisi riwayat Ibn Ishaq kepada Ziyad bin „Abdullah al-Bakka‟i kepada „Abd al-Malik bin Hisyam (Ibn

Hisyam). Kedua-dua edisi ini amat penting bagi mengenal pasti riwayat yang sebenar kerana di dalam kedua-dua edisi ini terdapat

perbezaan riwayat di mana Ibn Ishaq melakukan pembetulan terhadap fakta-fakta yang beliau riwayatkan.

Page 14: Download (1848Kb)

14

Sirah al-Nabawiyyah ini serta bagaimana sanad di dalam kitab ini dinilai dari

perspektif „ulum al-hadith. Walaupun terdapat sedikit sebanyak perbandingan

dari kedua-dua sudut iaitu sudut hadith dan dan sejarah Islam, namun ia tidak

diberi penekanan yang jelas, kerana fokus pengkaji lebih tertumpu kepada

perspektif hadith.

2. Wan Kamal Mujani (1999), “Pandangan Ulama Terhadap Karya dan

Ketokohan Muhammad Ibn Ishaq”. Kajian ini merupakan artikel yang

dimuatkan di dalam Jurnal Islamiyyat, Fakulti Pengajian Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Artikel ini membincangkan tentang

kedudukan Ibn Ishaq menurut pandangan ulama‟ Islam. Secara umum, artikel ini

bersifat pengenalan terhadap pandangan dan pendapat para ulama‟ tentang

kedudukan Ibn Ishaq (m. 151H) terhadap hadith dan sejarah. Sebelum itu, Wan

Kamal Mujani melakukan review terhadap karya Ibn Ishaq (m. 151H) iaitu, al-

Mubtada‟, al-Mab„ath, al-Maghazi.32

Walaupun terdapat sedikit sebanyak

penilaian yang dibuat dari sudut perspektif hadith, contohnya perbincangan

tentang riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) yang mempunyai sanad dan sebagainya,

namun penelitian yang dilakukan tidak begitu konsisten dan jitu.

3. Mohd Asri Zainul Abidin (1997), Al-Sahabah : Kontradiksi Antara Nas-nas

Islam Dengan Riwayat Sejarah. Kajian ini merupakan kajian disertasi

peringkat sarjana di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang. Kajian ini merupakan kajian yang baik bagi

membincangkan tentang kedudukan sebenar sejarah para sahabat Rasulullah

s.a.w. berdasarkan riwayat-riwayat yang dimuatkan di dalam karya ulama‟

silam. Fokus kajian ini lebih kepada metode ahli sejarah Islam khususnya

32 Terdapat kajian lain yang meneliti kandungan Sirah Ibn Ishaq sama ada secara umum atau secara khusus. Lihat, Guillaume, Alfred (1956), “A Note on the “Sira” of Ibn Ishaq” Bulletin of the School of Oriental and African Studies, v. 18, b. 1, New York :

Cambridge University Press, h. 1-4; Newby, Gordon D. (1972), “An Example of Coptic Literary Influence on Ibn Ishaq's Sirah”,

Journal of Near Eastern Studies, v. 31, b. 1, Chicago : The University of Chicago Press, h. 22-28.

Page 15: Download (1848Kb)

15

Muhammad bin Jarir al-Tabari (m. 310H) di dalam karya masyhur beliau Tarikh

al-Umam wa al-Muluk atau lebih dikenali dengan nama Tarikh al-Tabari.

Walaupun di dalam Tarikh al-Tabari ini mengandungi kisah-kisah berkenaan

sirah nabawi, namun fokus kajian ini lebih tertumpu kepada zaman selepas

kewafatan baginda s.a.w. iaitu zaman sahabat r.a. Seterusnya, pengkaji

membawa kisah-kisah di dalam Tarikh al-Tabari untuk dinilai sejauh mana

riwayat tersebut menepati disiplin „ulum al-hadith. Antara kisah-kisah tersebut

seperti, Peristiwa Saqifah, pembunuhan „Uthman bin „Affan r.a., Peperangan

Jamal dan Siffin dan Peristiwa Tahkim. Kajian ini telah diringkas dan dimuatkan

di dalam Jurnal Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.33

Kajian ini juga dapat memberi serba sedikit input dalam membuat penilaian

sebenar terhadap riwayat sejarah secara keseluruhan.

4. Muhammad Qasim Zaman (1996), Maghazi and the Muhaddithun:

Reconsidering the Treatment of “Historical” Materials in Early Collections

of Hadith. Kajian ini terdapat di dalam International Journal of Middle East

Studies, volum 28, bilangan. 1, diterbikan oleh Cambridge University Press,

New York. Muhammad Qasim Zaman membincangkan tentang kedudukan

riwayat-riwayat bersifat sejarah yang terdapat karya-karya awal tentang hadith.

Fokus kajian beliau merujuk kepada Musannaf „Abd al-Razzaq bin Hammam al-

San„ani (m. 211H), Musannaf Ibn Abi Syaybah (m. 235H) dan al-Jami„ al-Sahih

karya al-Bukhari (m. 256H). Namun begitu, Muhammad Qasim lebih tertumpu

kepada hadith-hadith di dalam Kitab al-Maghazi di dalam ketiga-tiga karya di

atas. Perbahasan di dalam kajian ini berkaitan persoalan perawi asal riwayat,

kisah-kisah yang terdapat di dalamnya dan sebagainya. Kajian ini dapat

33 Mohd Asri Zainul Abidin (2001M), “Kaedah Pengambilan Riwayat Sejarah al-Sahabat : Satu Kajian Terhadap Tarikh al-Tabari”,

Jurnal Usuluddin, Bil 13, Jamadil al-Awwal 1422 H / Julai 2001. Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam.

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, h. 51-64.

Page 16: Download (1848Kb)

16

membantu penulis bagi memahami berkaitan kedudukan riwayat-riwayat sejarah

di dalam karya-karya hadith yang terawal dan berautoriti.

5. J. M. B. Jones (1957), The Chronology of the “Maghazi” -- A Textual

Survey. Kajian ini dimuatkan di dalam Bulletin of the School of Oriental and

African Studies, volum 19, bilangan 2, yang diterbitkan oleh Cambridge

University Press, New York. Di dalam kajian ini, Jones telah memasukkan data-

data berkenaan tarikh-tarikh utama peristiwa di dalam sejarah Nabi s.a.w. Beliau

telah meletakkan tarikh yang terdapat di dalam kitab al-Maghazi karya al-

Waqidi sebagai penanda aras untuk dibandingkan dengan sumber-sumber yang

lain. Jones membincangkan isu-isu tentang kronologi peristiwa yang berlaku

berdasarkan tarikh-tarikh yang dikemukakan. Kedudukan sesuatu tarikh itu

dinilai berdasarkan penilaian dari perspektif historiografi berkaitan kronologi.

Banyak peristiwa-peristiwa yang telah dinilai di dalam kajian ini dengan

berpandukan tarikh-tarikh yang telah dikemukakan.

Dengan berpandukan kajian-kajian yang telah dinyatakan di atas, penulis dapat

membuat perbandingan metodologi dengan lebih saksama tanpa prejudis kepada mana-

mana pihak dan mazhab. Kepentingan meneliti dengan lebih tuntas dan tekun akan

memberi penjelasan yang lebih sahih terhadap riwayat sejarah yang sebenar, bukan

sahaja dari satu perspektif malah dari pelbagai perspektif yang berkaitan.

0.9 Metodologi Penyelidikan

Metodologi penyelidikan merupakan kunci utama bagi melaksanakan sesuatu

kajian akademik. Kekuatan sesuatu kajian itu bergantung kepada kaedah pengkaji itu

menggerakkan penyelidikan selari dengan kerangka metodologi penyelidikannya. Bagi

Page 17: Download (1848Kb)

17

kajian ini, penulis memilih bentuk kajian perpustakaan34

sebagai kajian utama. Justeru,

penulis mengambil data dan maklumat daripada pelbagai bahan bercetak sama ada tesis,

disertasi, latihan ilmiah, buku, monograf, majalah, artikel dan bahan-bahan lain yang

berkaitan. Bahan-bahan tersebut diambil dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa

Melayu, Arab dan Inggeris supaya dapatan data dikumpulkan secara menyeluruh dan

berkesan.

Data dan maklumat di atas, penulis mengambil daripada beberapa buah

perpustakaan universiti dan awam sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan.35

Selain itu, penulis juga mengambil bahan-bahan daripada koleksi peribadi penulis dan

orang perseorangan.

Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah atau metod

bagi menjalan proses mendapatkan data yang diperlukan, menganalisis data dan

membuat keputusan supaya kajian yang diperolehi menepati kualiti ilmiah dan

kesarjanaan. Dalam kajian ini, penulis menggunakan beberapa kaedah iaitu :

0.9.1 Metode Penentuan Subjek

Di sini subjek bermaksud kelompok orang atau benda yang hendak dikaji36

.

Oleh itu, di sini metode penentuan subjek bermaksud kaedah atau cara sesuatu perkara

yang hendak dikaji ditentukan.

Bagi kajian ini, penulis telah menetapkan skop untuk kajian ini, iaitu metodologi

al-Imam al-Bukhari dan Muhammad bin Ishaq di dalam menerima dan menilai riwayat.

34 Kajian perpustakaan adalah teknik kajian di mana penyelidik mendapat data-data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod serta melalui hasil karya yang berkaitan. Lihat, Safie Abu Bakar (1987), Metodologi Penyelidikan, Bangi : Penerbitan

Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 41 35 Perpustakaan universiti terdiri daripada perpustakaan di Universiti Malaya iaitu Perpustakaan Utama, Perpustakaan Pengajian Islam, Perpustakaan Pengajian Islam di Nilam Puri, Kelantan, Perpustakaan Peringatan Za‟ba, Perpustakaan Undang-undang dan

sebagainya. Manakala di universiti lain seperti Library International Islamic University Malaysia (Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia) dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (Universiti Kebangsaan Malaysia). Bagi perpustakaan awam pula penulis mendapat bahan dari Perpustakaan Awam Islam di Pusat Islam (Kuala Lumpur), Perpustakaan Negara (Kuala Lumpur) dan Perpustakaan Az-

Zahra‟ (Kota Bharu, Kelantan). 36 Kenneth D. Bailey (1984), Kaedah Penyelidikan Sosial, terj. Hasyim Awang, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 121

Page 18: Download (1848Kb)

18

Tumpuan skop kajian ini merujuk kepada karya kedua-dua tokoh di atas, iaitu al-Jami„

al-Sahih bagi al-Bukhari (m. 256H) dan Sirah Ibn Ishaq dan Sirah Ibn Hisyam bagi

Muhammad bin Ishaq (m. 151H). Fokus penentuan metodologi kedua tokoh di atas

terhadap penerimaan riwayat ialah riwayat yang bersifat sejarah. Di dalam al-JamiÑ al-

Sahih tumpuan kajian penulis ialah terhadap Kitab al-Manaqib al-Ansar dan Kitab al-

Maghazi.

Bagi menghuraikan secara terperinci berkaitan metodologi al-Bukhari (m. 256H)

dan Ibn Ishaq (m. 151H) terhadap riwayat sejarah untuk dilakukan perbandingan,

penulis akan menjelaskan perbezaan manhaj muhaddithin dan muarrikhin terhadap

riwayat sejarah serta di manakah titik pertemuan di antara kedua-dua manhaj. Ini sangat

penting untuk membentuk landasan teori bagi menjelaskan metodologi al-Bukhari (m.

256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H) terhadap riwayat sejarah.

0.9.2 Metode Pengumpulan Data

Data yang dimaksudkan di sini ialah maklumat yang dikumpulkan dan dianalisis

dalam sesuatu kajian37

. Data-data yang diambil akan dinilai kekuatan dan kelemahan

untuk dianalisis secara tersusun dan berkesan.

Data itu pada asasnya terbahagi kepada dua iaitu data asas dan data sumber

kedua. Data asas adalah data yang langsung dikumpulkan dari objek atau sumbernya

manakala data sumber kedua ialah data yang diperolehi dari sumber kedua seperti

penerbitan38

.

Terdapat beberapa jenis kaedah yang digunakan bagi mendapatkan data kajian yang

diperlukan, seperti :

37 Ibid, h. 756 38 J. Supranto (1986), Kaedah Penyelidikan : Penggunaannya Dalam Pemasaran, Kuala Lumpur : Dewab Bahasa dan Pustaka, h.

41-44

Page 19: Download (1848Kb)

19

i. Kaedah Historis. Kaedah ini bermaksud suatu proses untuk menguji dan

menganalisa secara kritis rakaman dan peninggalan masa lalu.39

Penggunaan

kaedah ini adalah untuk mendapatkan data-data yang bernilai sejarah bagi

menentukan kesahihan sesuatu kejadian yang berlaku. Kaedah ini amat

penting dalam mengumpulkan data kajian bagi menentukan sesuatu riwayat

tersebut mempunyai nilai sejarah yang sahih dari sudut penilaian

pensejarahan Islam. Penerimaan sesuatu riwayat tersebut dinilai adakah ia

tepat dengan apa yang sebenarnya berlaku atau terdapat percanggahan yang

jelas pada periwayatan sejarah tersebut.

ii. Kaedah Dokumentasi. Disebabkan kajian ini berbentuk kajian perpustakaan,

maka kaedah dokumentasi perlu diaplikasi untuk mengukuhkan landasan

teori dan proses penyelidikan. Dokumen di sini bermaksud benda bertulis

yang dapat memberi pelbagai keterangan. Bahan-bahan tersebut termasuk

sama ada gambar, kumpulan hukum, peraturan-peraturan, keputusan

peradilan dan seumpamanya.40

Di samping surat-surat peribadi, buku atau

catatan harian, surat khabar juga dikira sebagai dokumen.41

Hampir semua

data yang berkaitan landasan teori iaitu aspek-aspek penting bagi metodologi

ulama‟ menerima riwayat sejarah, bentuk-bentuk penulisan sejarah Islam

khususnya Sirah Nabawi dan sejarah perkembangan diperolehi daripada

kaedah dokumentasi.

0.9.3 Kaedah Analisis Data

Data-data yang telah dikumpul berdasarkan kaedah-kaedah yang telah

dinyatakan di atas, maklumat dan data-data tersebut akan dikumpulkan seterusnya akan

39 Gottschalk, Louis (1975), Mengerti Sejarah Pengantar Metode Sejarah, terj. Nugroho Notosusanto, t.t.p. : Yayasan Penerbit

Universitas Indonesia, h. 32. 40 Imam Barnadib (1987), Arti dan Metode Sejarah Pendidikan, Yogjakarta : Yayasan Penerbitan FIK-IKIP, h. 55 41 Ahmad Mazlan Ayob (1998), Kaedah Penyelidikan Sosio Ekonomi : Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka, h. 49

Page 20: Download (1848Kb)

20

dianalisis, dinilai dan disaring dengan menggunakan beberapa kaedah. Kaedah-kaedah

tersebut adalah seperti berikut :

i. Induktif

Kaedah ini adalah satu cara menganalisis data melalui penelitian dan

pemerhatian terhadap fakta-fakta yang khusus untuk menggagaskan teori dan

prinsip yang bersifat umum.42

Dengan membawa fakta dan keterangan

secara generatif bagi membentuk dan merumuskan suatu gagasan fikiran.

Contohnya, penggunaan kaedah ini dapat dilakukan dalam melakukan

menganalisis metodologi muhaddithun dan mu‟arrikhun terhadap

penerimaan riwayat sejarah bagi membuat satu kesimpulan umum berkaitan

manhaj ulama‟ dalam menerima dan menilai riwayat yang bersifat sejarah.

ii. Deduktif

Kaedah deduktif ialah pembentukan pola fikiran yang diteliti dengan

berasaskan kepada teori umum dan general untuk diaplikasi dan dianalisa

daripada fakta-fakta dan kes-kes yang khusus.43

Dalam kajian ini, dengan

menggunakan beberapa riwayat sejarah yang diambil daripada data-data

yang sahih untuk digunakan sebagai sampel kajian. Ia akan dianalisis bagi

mengenal pasti ketepatan dan kesahihan riwayat tersebut dari sudut kedua-

dua perspektif.

iii. Komparatif

Kaedah ini bertujuan untuk mencari persamaan dan perbezaan dua unsur

(atau lebih) yang serupa dengan cara membandingkannya.44

Kaedah ini amat

42 Babbie, Earl (2005), The Basics of Social Research, Carlifornia : Thomson Wadsworth, h. 484. 43 Ibid. h. 482. 44 Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidikan Satu Sorotan, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 36.

Page 21: Download (1848Kb)

21

penting bagi kajian ini dalam melakukan perbandingan metodologi

penerimaan riwayat sejarah antara muhaddithun dan mu‟arrikhun. Kaedah

ini sangat signifikan bagi memastikan penilaian terhadap riwayat sejarah itu

dinilai dan dianalisis menurut kedua-dua metodologi.

0.10 Sistematika Penulisan

Kajian ini dibahagikan kepada lima (5) bab utama dan dibawahnya terdapat sub-

bab dan topik-topik berkaitan. Berikut adalah bab-bab tersebut :-

0.10.1 Bab Pendahuluan. Bab ini merupakan bab pengenalan terhadap kajian ini.

Ia merangkumi latar belakang kajian, kepentingan kajian, objektif kajian, skop

kajian, metodologi penyelidikan, sorotan literasi dan sistematika penulisan.

0.10.2 Bab Satu : Metodologi Muhaddithun dan Muarrikhun Terhadap

Riwayat Sejarah. Pada bab ini, penulis akan mengupas berkenaan perkembangan

muhaddithin dan muarrikhin dalam sejarah Islam. Penulis akan merungkaikan

batas sempadan metode kedua-dua kumpulan di atas terhadap riwayat khususnya

yang berbentuk sejarah.

0.10.3 Bab Dua : Metodologi al-Bukhari (m. 256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H)

Terhadap Riwayat Berbentuk Sejarah. Di dalam bab ini, penulis akan

mengupas tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh al-Bukhari (m. 256H) dan

Ibn Ishaq (m. 151H) dalam menerima riwayat-riwayat sejarah. Kaedah ini

meliputi kaedah pengambilan riwayat, penilaian terhadap perawi, kritikan

terhadap matan dan sanad serta perkara-perkara yang berkaitan. Sebelum itu,

penulis juga akan mengupas dan menjelaskan isu berkenaan autoriti Muhammad

bin Ishaq (m. 151H) dalam periwayatan hadith serta meneliti kembali pandangan

dan kritikan ulama‟ terhadap beliau.

Page 22: Download (1848Kb)

22

0.10.4 Bab Tiga : Analisis Kisah-Kisah Terpilih dan Perbandingan

Metodologi al-Bukhari (m. 256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H). Bagi bab ini,

penulis akan mengambil beberapa kisah sirah nabawi untuk dijadikan sampel

untuk dianalisis. Ia dinilai dari sudut kekuatan riwayat sama ada pada sanad dan

matan. Di samping itu, ia juga dilihat dari sudut tujuan dan matlamat penulisan,

kronologi peristiwa, keabsahan kisah itu diterima serta menepati prinsip yang

digariskan al-Quran, al-Sunnah dan ijma„ para ulama‟.

0.10.5 Bab Empat : Kesimpulan, Saranan dan Cadangan Kajian Lanjutan.

Bab ini merupakan bab yang terakhir. Penulis akan membuat kesimpulan

menyeluruh bagi kajian disertasi ini serta membawa cadangan serta saranan

kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian. Kemudian, penulis akan

mencadangkan beberapa kajian lanjutan hasil daripada penyelidikan disertasi ini

untuk dilakukan kajian seterusnya.

0.11 Penutup

Di dalam bab pendahuluan ini, penulis telah menggariskan beberapa perkara

yang mendasari kajian yang akan dilakukan. Kerangka yang digariskan ini akan dijujuki

dengan teliti agar kajian ini menepati objektif yang akan dicapai kelak. Keselarasan

antara kerangka kajian dan proses menyelidik perlu dititikberatkan bagi memberi fokus

yang tertumpu agar tidak tersasar jauh.

Page 23: Download (1848Kb)

23

.: BAB SATU :. PERKEMBANGAN RIWAYAT AL-

SIRAH AL-NABAWIYYAH

Page 24: Download (1848Kb)

24

BAB SATU : PERKEMBANGAN RIWAYAT AL-SIRAH AL-NABAWIYYAH

1.1 Pengenalan

Firman Allah s.w.t.

ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ ېئ وئ ۇئچ

چی ی ی جئ ىئ ىئ ىئ ی

Terjemahan : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri

Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang

sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik)

hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah

banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) al-Ahzab : 21

Ayat di atas adalah hujah bahawa tiada manusia yang boleh dijadikan model dan

ikutan bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat melainkan mengikut jejak langkah

Muhammad bin „Abd Allah, Rasulullah s.a.w. Bagi mengikut deretan jejak yang

baginda s.a.w. tinggalkan, tidak ada cara yang lain kecuali mempelajari dan memahami

kehidupan baginda s.a.w. atau lebih dikenali dengan al-Sirah al-Nabawiyyah.

Segala tutur bicara, gerak laku, diam bermakna, susuk badan dan senyum tawa

baginda s.a.w. menjadi memori para sahabat r.a. yang mengambil tata hukum, melihat

makna iman, dan mencungkil makna Islam. al-Sirah al-Nabawiyyah memberi platfom

yang kukuh bagi pencinta Nabi s.a.w. memahami kehidupan al-Amin s.a.w. ini sama

ada jasmani dan rohani sebagai panduan hidup sendiri, keluarga, masyarakat dan

negara.

Page 25: Download (1848Kb)

25

1.1.1 Definisi al-Sirah

Dari sudut terminologi, al-Sirah bermaksud tariqah iaitu jalan,45

sunnah,

peristiwa yang berkaitan dengan manusia.46

Istilah al-Sirah al-Nabawiyyah bermaksud

al-Tariqah iaitu jalan, merangkumi peristiwa peperangan-peperangan. Apabila disebut

sirah fulan, bermaksud tarikh hayatuh iaitu sejarah hidupnya.47

Dari sudut istilah pula, al-Sirah pula bermaksud riwayat hidup Nabi Muhammad

s.a.w. secara ma‟thur.48

Bermaksud, kisah-kisah riwayat hidup baginda s.a.w. yang

dikhabarkan secara ma‟thur melalui lidah para sahabat r.a., bukan melalui ijtihad,

pandangan atau andaian seseorang. Apabila kita meneliti kitab-kitab sirah yang awal

dan terkini, kita akan dapati sejarah hidup Rasulullah s.a.w. dikisahkan bukan bermula

baginda s.a.w. mendapat wahyu bahkan sebelum baginda s.a.w. lahir lagi. Ada yang

bermula dengan nasab keturunan asal baginda bermula Nabi Ismail a.s. Seterusnya,

kisah „Abd Allah bin „Abd al-Mutalib ayah baginda berkahwin dengan ibu baginda

Aminah bint Wahb, kisah Aminah mengandungkan Rasulullah s.a.w. dan seterusnya.49

Di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengandungi perkataan al-Sirah iaitu;

چڱ ں ڱڱ ڱڳ ڳ ڳ ڳچ

Terjemahan : Allah berfirman: “Tangkaplah akan dia, dan

janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada

keadaannya yang asal.” (Taha : 21)

45 Ibn Manzur (t.t.), Lisan al-„Arab, j. 3, t.c., al-Qahirah : Dar al-Ma„arif, h. 2170. 46 Ibrahim Unays et. al. (1972/1392), al-Mu„jam al-Wasit, t.c. t.t.t. : t.p., h. 467. 47 ibid. 48 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), Manahij al-Ta‟lif fi al-Sirah al-Nabawiyyah Khilal al-Qurun al-Arba„ah al-Ula min al-Hijrah al-Nabawiyyah, c. 1, Bayrut : Dar al-Kalim al-Tayyib, h. 68. 49 al-Sayyid Muhammad „Uqayl bin „Ali al-Mahdali (1996/1416), Madkhal ila al-Sirah al-Nabawiyyah al-Dirasat wa Minhajuha, c.

1, al-Qahirah : Dar al-Hadith, h. 10.

Page 26: Download (1848Kb)

26

Ayat ini bermaksud mengembalikan keadaan sesuatu yang diketahui sebagai

mana asalnya.50

1.1.2 Definisi al-Maghazi

Al-Maghazi adalah jama„ bagi kalimah al-Ghazwah bermaksud lokasi serangan

atau penyerangan.51

Manakala dari sudut istilah bermaksud peristiwa-peristiwa

berkaitan peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w. termasuk ekspedisi ke tempat-

tempat tertentu. Namun, apabila diteliti pada karya-karya al-Maghazi, kita akan dapati

kandungannya bukan sahaja mengenai peperangan Rasulullah s.a.w. malah ia

merangkumi perjalanan dakwah baginda s.a.w. membawa risalah Islam.52

Sudah menjadi tradisi masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam di mana

mereka mengambil berat tentang kisah-kisah peperangan antara kabilah, lalu

menceritakan secara lisan kepada anak cucu mereka. Justeru, istilah al-Maghazi ini

kekal sebagai satu cara masyarakat Islam di Tanah Arab merakamkan kehidupan Nabi

s.a.w. sebagai mana masa sebelum kedatangan Islam. Lalu ia menjadi satu pengetahuan

yang khusus bagi merujuk kepada kisah-kisah peperangan serta perjalanan hidup

Rasulullah s.a.w.53

Imam al-Bukhari (m. 256H) menulis satu kitab khusus berjudul Kitab al-

Maghazi di dalam al-Jami„ al-Sahih bagi merujuk kepada peperangan-peperangan yang

berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Tetapi beliau juga memasukkan kisah-kisah lain

50 „Imad al-Din Abi al-Fida‟ Isma„il bin Kathir al-Dimasyqi (2000/1421), Tafsir al-Qur‟an al-„Azim, j. 9, c. 1, al-Qahirah :

Mu‟assasah Qurtubah, h. 321. 51 Ibn Manzur (t.t.), op. cit. j. 5, , h. 3254. 52 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 67. 53 „Allama Shibli Nu„mani (2000), Sirat-un Nabi,terj. M. Tayyib Bakhsh Budayuni, j. 1, c. 1, New Delhi : Kitab Bhavan, h. 13.

Page 27: Download (1848Kb)

27

seperti kisah Rasulullah s.a.w. ditimpa sakit, kewafatan baginda s.a.w., surat-surat

kepada pemimpin negara dan sebagainya.54

1.2 Perkembangan Riwayat Sejarah Pada Zaman Rasulullah s.a.w. dan Para

Sahabat r.a.

Apabila Rasulullah s.a.w. didatangi Jibril a.s. membawa perutusan dari Allah

s.w.t. di Gua Hira‟ bagi melantik baginda sebagai Rasul akhir zaman, ia memberi kesan

amat besar kepada alam seluruhnya. Bermula dengan dengan ayat Iqra‟, Rasulullah

s.a.w. memikul tugas dan tanggungjawab bagi membawa manusia dari gelap pekat

kekufuran kepada cahaya taufiq dan hidayah.

Apabila Islam disebarkan secara sembunyi seterusnya secara terang-terangan,

hampir semua peristiwa dan perintah Allah s.w.t. dirakamkan di dalam ayat-ayat al-

Quran yang turun kepada Rasulullah s.a.w. Penat jerih, tawa tangis baginda s.a.w.

dirakamkan al-Quran dan masih kekal hingga 1400 tahun kemudiannya. Kisah ini

dibaca, diteliti dan dikaji oleh para sahabat r.a., tabi„in r.h. dan terus sehingga ke hari

ini.

Seterusnya, para sahabat Rasulullah s.a.w. berjuang bersama baginda s.a.w.

membawa risalah Islam. Mereka merakamkan segala tingkah laku dan peristiwa yang

dialami mereka bersama baginda s.a.w. Mereka seterusnya berkongsi dengan kumpulan

yang tidak sempat bersama Nabi s.a.w. Kisah-kisah lanjut daripada sahabat r.a. yang

sanggup berkongsi pengalaman hidup bersama Rasulullah s.a.w. sudah tentu memberi

nilai keindahan dan kecintaan daripada interpretasi iman yang mereka anuti melalui

risalah Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w.

54 Sila rujuk Kitab al-Maghazi iaitu kitab yang ke-64 di dalam Sahih al-Bukhari. Lihat, Muhammad bin Isma„il al-Bukhari

(2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3, Riyad : Dar al-Salam, h. 322-366.

Page 28: Download (1848Kb)

28

Al-Sirah al-Nabawiyyah tersebar kepada umat Islam adalah hasil usaha

bersungguh-sungguh para sahabat Rasulullah r.a. Faktor utama berlaku penyebaran

sirah nabawi adalah disebabkan sikap dan cara sahabat r.a. berinteraksi dengan

Rasulullah s.a.w. semasa hayat baginda. Di antara sikap para sahabat r.a. itu, ialah;

Pertama; bersungguh-sungguh untuk mendekati Rasulullah s.a.w. untuk

mendengar dan melihat ajaran yang ditunjuk baginda secara langsung sama ada pada

perbuatan atau kata-kata. Sikap ini menjadikan kisah-kisah berhubungkait dengan

peribadi Rasulullah s.a.w. dirakamkan dengan jelas dan terperinci. Sebagai contoh, satu

riwayat daripada „Abd Allah bin „Umar r.a.55

katanya;

Apabila Rasulullah s.a.w. memasuki al-Bayt (Kaabah) [sewaktu

Hajjah al-Wida„] bersama baginda Usamah bin Zayd, Bilal dan

„Uthman bin Talhah. Lalu pintu [Kaabah] ditutup. Apabila

[pintu] dibuka saya adalah orang yang pertama meluru masuk.

Saya berjumpa Bilal lalu bertanya beliau, “Adakah Rasulullah

s.a.w. bersolat di dalamnya [Kaabah]? Bilal menjawab, “Ya,

[baginda bersolat] di antara dua tiang Yaman.56

Ini hanya satu contoh daripada sekian banyak riwayat yang menggambarkan

sikap para sahabat r.a. yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui amalan dan ucapan

Rasulullah s.a.w. di setiap tempat dan masa. Sudah tentu contoh yang ditunjukkan oleh

„Abd Allah bin „Umar r.a. yang suka meniru kelakuan baginda s.a.w. walaupun bukan

dalam perkara ibadah sekalipun memberi manfaat kepada umat Islam selepas itu hingga

sekarang bagi mengenali personaliti Rasulullah s.a.w. Contoh yang jelas ialah riwayat

dari al-Sunan al-Kubra karya al-Bayhaqi (m. 458H) :

Zayd bin Aslam berkata, “Saya melihat Ibn „Umar bersolat

dalam keadaan butang baju beliau terbuka, lalu saya bertanya

55 Beliau ialah „Abd Allah bin „Umar bin al-Khattab bin Nufayl al-Qurasyi al-„Adawi. Ibn „Umar dilahirkan tiga tahun selepas

Nubuwwah. Beliau berhijrah ke Madinah pada usia sepuluh tahun. Beliau banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah s.a.w. Ibn „Umar telah meninggal dunia pada tahun 84H. Lihat, Ahmad bin „Ali bin Hajar al-„Asqalani al-Syafi„i (1992/1412), al-Isabah fi

Tamyiz al-Sahabah, j. 4, t.c. Bayrut : Dar al-Jil, h. 181-187. Selepas ini disebut al-Isabah. 56 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Haj, h. 126, No. Hadith 1598.

Page 29: Download (1848Kb)

29

tentang perbuatan beliau itu. Beliau menjawab, Rasulullah

s.a.w. melakukan demikian.”57

Jejak-jejak sebegini membantu umat Islam mengenali Rasulullah s.a.w. dengan

lebih dekat. Daripada perkara sekecil-kecil seperti butang baju hinggalah kepada urusan

pentadbiran negara.

Kedua; mengukuhkan riwayat Rasulullah s.a.w. sama ada kata-kata atau

perbuatan baginda s.a.w. Para sahabat r.a. menerima ajaran Islam daripada baginda

s.a.w. secara langsung dan mereka banyak mendengar kata-kata dan melihat peri laku

baginda s.a.w. dengan jelas serta terperinci. Pada ketika itu, mereka merujuk apa jua

persoalan dan kekeliruan kepada Rasulullah s.a.w. secara langsung. Nabi s.a.w.

menegur kesilapan, membetul kesalahan, membentuk kepincangan yang dilakukan oleh

sahabat r.a. Hasil daripada tindakan baginda s.a.w. itu, maka para sahabat r.a.

mengambil kefahaman hukum dan pengajaran adab untuk dijadikan panduan bagi

melengkapkan cara hidup Islam.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., para sahabat r.a. menyebarkan hadith dan

ajaran baginda s.a.w. Para sahabat mengukuhkan lagi ajaran baginda s.a.w. dengan

menyampaikan ajaran-ajaran Nabi s.a.w. di samping berhati-hati ketika

meriwayatkannya. Ketelitian para sahabat r.a. menerima sesuatu dapat dilihat dalam

kisah yang berlaku kepada Khalifah Abu Bakr al-Siddiq r.a.

Daripada Qubaysah bin Dhu‟ayb bahawa seorang nenek datang

menemui Abu Bakr lalu bertanyakan bahagian pusaka miliknya.

Abu Bakr berkata, “Saya tidak dapati bahagian kamu dalam al-

Qur‟an dan saya tidak tahu sama ada Rasulullah s.a.w

memperuntukkan untuk kamu sesuatu bahagian.” Lalu beliau

bertanya kepada orang ramai. Lantas al-Mughirah bangun dan

berkata, “Saya mendengar yang Rasulullah s.a.w. memberikan

untuknya satu perenam (1/6).” Kemudian Abu Bakr bertanya,

“Adakah orang lain bersama kamu [memperakui hadith

tersebut]?” Lalu Muhammad bin Maslamah al-Ansari kemudian

57 Abi Bakr Ahmad bin al-Husayn bin „Ali al-Bayhaqi (2003/1424), al-Sunan al-Kubra, j. 2, c. 3, Bayrut : Dar al-Kutub al-

„Ilmiyyah, h. 340, No. Hadith 3296.

Page 30: Download (1848Kb)

30

memperakuinya. Maka Abu Bakr melaksanakannya [hukum

tersebut].58

Hadith ini dijadikan hujah bahawa para sahabat r.a. begitu teliti di dalam menilai

sesebuah hadith yang diterima. Daripada sikap para sahabat yang berhati-hati dalam

menerima sesuatu hadith, membantu para ulama‟ selepas itu untuk menilai sejauh mana

kekuatan sesuatu hadith termasuk juga riwayat berkaitan sirah nabawi. Ketegasan para

sahabat r.a. dapat dilihat daripada sikap „Umar bin al-Khattab r.a. yang dinukil oleh

Imam Malik bin Anas (m. 179H) dalam satu riwayat yang panjang.59

Daripada kisah di atas, jelas bahawa sikap para sahabat r.a. terhadap hadith

Rasulullah s.a.w. Manhaj ini akan mengukuhkan lagi riwayat-riwayat yang disampaikan

Rasulullah s.a.w. Sikap ini juga sudah tentu meningkatkan kedudukan dan kualiti

sesebuah riwayat serta mengukuhkan lagi apa-apa sandaran kepada Nabi s.a.w. sama

ada kata-kata, tingkah laku, taqrir, sifat, akhlak dan seluruh kehidupan baginda s.a.w.

Pengukuhan riwayat-riwayat baginda s.a.w. juga berlaku melalui penyampaian

hadith dan riwayat Nabi s.a.w. sama ada formal secara khusus atau sebaliknya.

Penyampaian riwayat-riwayat ini juga termasuk pengkisahan sirah nabawi.

Pengkisahan ini berlaku secara tidak langsung melalui penyampaian riwayat berkaitan

isu yang berbeza. Sebagai contoh, periwayatan berkaitan tafsir ayat-ayat al-Quran

58 Abi „Isa Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah bin Musa al-Tirmidhi (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c.

3, Riyad : Dar al-Salam, Kitab al-al-Fara‟id, h. 1861, No. Hadith 2101. 59 Riwayat tersebut ialah;

Abu Musa al-Asy„ari telah datang ke rumah „Umar bin al-Khattab r.a. dan meminta izin [untuk masuk ke dalam] sebanyak tiga

kali. Kemudian beliau [Abu Musa r.a.] beredar dari situ [setelah „Umar tidak memberi keizinan]. Kemudian „Umar bertanya

kepada beliau apakah yang menghalang beliau dari memasuki rumahnya. Abu Musa berkata, “Saya mendengar Rasulullah s.a.w.

bersabda, “Apabila kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diberi izin maka pulanglah.” „Umar lantas bertegas,

“Siapakah yang mengetahui hal [hadith] ini? Jika kamu tidak bawa kepada aku sesiapa [saksi] yang mengetahui perkara [hadith] ini, sudah tentu aku akan apa-apakan kamu.”

Lalu Abu Sa'id al-Khudri pergi dari situ dan menuju ke satu majlis di masjid. Beliau pun membuat ucapan kepada ahli majlis

tersebut di kalangan orang-orang Ansar, katanya, “Sesungguhnya saya telah mengkhabarkan kepada „Umar bin al-Khattab bahawa sesungguh saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, apabila kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak

diberi izin maka pulanglah. Dan „Umar telah berkata [kepada saya], sekiranya kamu [Abu Musa] tidak membawa orang [saksi]

yang mengetahui tentang perkara [hadith] ini, sudah tentu aku akan apa-apakan kamu. Jika sekira ada di kalangan anda semua yang pernah mendengar [hadith ini], saya minta bangkitlah [menjadi saksi] bersama saya. Maka mereka [ahli majlis] berkata

kepada Abu Sa„id al-Khudri, bangunlah bersamanya [Abu Musa], Abu Sa„id pada ketika itu [hadith disabdakan] masih kecil, lalu

beliau [Abu Sa„id] bangun bersamanya [Abu Musa]. Lantas mengkhabarkan [tentang adanya saksi] kepada „Umar. Lalu „Umar berkata kepada Abu Musa, “Saya tidak mahu menuduh kamu, tetapi saya bimbang nanti orang ramai akan mereka-reka kata-kata

atas [nama] Rasulullah s.a.w.” Lihat, Malik bin Anas (1997/1417), al-Muwatta‟ li Imam Dar al-Hijrah Malik bin Anas, j. 2, c. 2,

Bayrut : Dar al-Gharb al-Islami, h. 553-554, No. Hadith 2767.

Page 31: Download (1848Kb)

31

mengandungi peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.

mengandungi riwayat-riwayat berkaitan sirah nabawi. Banyak ayat-ayat al-Quran yang

diturunkan berkaitan peperangan yang berlangsung seperti Peperangan Badr,

Peperangan Uhud, Peperangan Hunayn dan sebagainya.

Contohnya, riwayat tentang Peperangan Badr. Terdapat ayat yang diturunkan

perihal tindakan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. terhadap tawanan Peperangan

Badr. Pada peristiwa ini, selepas Peperangan Badr ramai dalam kalangan kaum

musyrikin telah ditawan oleh kaum muslimin. Lalu baginda mengadakan mesyuarat

antara sahabat r.a. berkaitan status tawanan tersebut. Kemudian baginda memutuskan

untuk mengambil bayaran tebusan bagi tawanan-tawanan tersebut.60

Kemudian Allah

s.w.t. menurunkan ayat ini;

ېۈ ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ ې ېچ

وئ وئ ۇئ ەئې ى ى ائ ائ ەئ

چۇئ Terjemahan : Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai

orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-

banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda

dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk

kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi

Maha Bijaksana. (al-Anfal : 67)

Imam Muslim (m. 261H) menukilkan riwayat tentang kisah di atas melalui

riwayat Ibn „Abbas r.a. terus kepada „Umar bin al-Khattab r.a.61

Ini akan memberi nilai

tambah kepada kisah ini kerana ia di ambil daripada riwayat „Umar bin al-Khattab r.a.

sendiri yang terlibat sama dalam musyawarah tersebut bagi mengambil tindakan

60 Untuk lebih lanjut kisah di atas. Lihat, Isma„il bin Kathir Abi al-Fida‟ (1403H), al-Fusul fi Sirah al-Rasul, c. 3, Bayrut : Mu‟assasah „Ulum al-Qur‟an, h. 136-137. Selepas ini disebut al-Fusul; Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992/1412), op. cit., h. 358-363. 61 Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyayri al-Naysaburi (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3,

Riyad : Dar al-Salam, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, h. 990-991, No. Hadith 4588.

Page 32: Download (1848Kb)

32

terhadap tawanan Peperangan Badr serta beliau juga memberi pendapat beliau sendiri di

dalam perbincangan tersebut.

Selain riwayat tentang peperangan, banyak lagi riwayat-riwayat yang

dirakamkan oleh para sahabat r.a. terpahat abadi di dalam karya-karya para ulama‟

dalam pelbagai bidang. Semua ini akan memberi input yang besar bagi mendapatkan

maklumat dan sumber bagi al-Sirah al-Nabawiyyah.

1.3 Peringkat Riwayat al-Sirah al-Nabawiyyah

Pada bahagian ini, penulis akan membincangkan tentang perkembangan

periwayatan al-Sirah al-Nabawiyyah pada peringkat awal. Setelah para sahabat r.a.

meriwayatkan banyak kisah dan peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.,

maka ramai dari kalangan tabi„in yang mengambil manfaat dari periwayatan berkenaan

termasuk dari kalangan sighar sahabah r.a. Apabila berlalu beberapa period,

penyebaran riwayat-riwayat bersifat sejarah semakin berkembang dan melalui beberapa

tempoh bagi membentuk pengukuhan sirah nabawi sebagai satu pengkhususan dalam

pengajian di dunia Islam. Penulis telah membahagikan tempoh masa tersebut kepada

dua bahagian iaitu :

1. Peringkat Penyebaran dan Pengumpulan

2. Peringkat Pengumpulan dan Penulisan

1.3.1 Peringkat Penyebaran dan Pengumpulan

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., segala peristiwa yang berlaku pada zaman

baginda dirakam oleh para sahabat r.a. melalui periwayatan lisan dan juga penulisan.

Kisah-kisah yang berlaku pada zaman tersebut termasuk peperangan, ekspidisi dakwah

ke tempat-tempat tertentu dikongsi oleh para sahabat r.a. dengan masyarakat Islam pada

Page 33: Download (1848Kb)

33

ketika itu. Maka, kisah dan riwayat tersebut tersebar dengan meluas di kalangan para

sahabat r.a. dan tabi„in r.h. Penyebaran ini lama kelamaan menonjolkan beberapa tokoh

yang memberi perhatian khusus bagi penyebaran riwayat-riwayat sejarah khususnya

sirah dan maghazi. Tokoh-tokoh yang muncul hasil daripada perkembangan ini adalah

seperti di bawah.

1.3.1.1 „Abd Allah bin „Abbas r.a. (m. 78H)

Antara sahabat r.a. yang banyak menyumbang terhadap penyebaran kisah-kisah

sirah dan maghazi secara khusus ialah „Abd Allah bin al-„Abbas r.a. Nama penuh beliau

ialah „Abd Allah bin al-„Abbas bin „Abd al-Mutalib bin Hasyim. Anak kepada bapa

saudara Nabi s.a.w.62

Jadi, beliau merupakan sepupu Rasulullah s.a.w. sendiri. Ibunya

bernama Um al-Fadl Lubabah al-Kubra binti al-Harith al-Hilaliyyah merupakan saudara

kepada salah seorang isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Maymunah binti al-Harith.63

Ibn „Abbas r.a. (m. 78H) dilahirkan tiga tahun sebelum hijrah dan ketika

Rasulullah s.a.w. wafat beliau berumur lima belas tahun.64

Beliau telah didoa oleh Nabi

s.a.w. supaya dimantapkan kepada ilmu agama dan ilmu ta‟wil.65

Doa tersebut

menjadikan Ibn „Abbas r.a. (m. 78H) sebagai seorang tokoh yang disegani dalam bidang

tafsir dan bidang-bidang lain termasuk sirah dan maghazi. Ibn „Abbas meninggal pada

usia 71 atau 72 tahun di Ta‟if, pada tahun 78H66

62 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 3, h. 331-332; Jamal al-Din Abi al-Hajjaj Yusuf al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib al-Kamal fi Asma‟ al-Rijal, j. 15, c. 1, Bayrut : Mu‟assasah al-Risalah, h. 154-155. 63 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar. op. cit., j. 3, h. 333. 64 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib, op. cit., j. 15, h. 161.

65 Doa tersebut adalah, ( ين وعلمو التأويل و ف الد Maksudnya, “Wahai tuhanku, tetapkan baginya ilmu agama dan .(اللهم ف ق

anugerahkan dia ilmu ta‟wil.” Lihat, Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (1995/1416), al-Musnad, j. 3 c. 1, al-Qahirah : Dar al-Hadith, h. 95, No. Hadith 2397; Fauzi Deraman et. al. (2006), Pengantar Usul al-Tafsir, c. 2, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian

Islam Universiti Malaya, h. 16-17. 66 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib, op. cit., j. 15, h. 162.

Page 34: Download (1848Kb)

34

1.3.1.1.1 Keprihatinan Terhadap Sirah dan Maghazi

Kita semua maklum bahawa Ibn „Abbas r.a. (m. 78H) merupakan seorang tokoh

yang versatil dalam pelbagai bidang ilmu dan menjadi tempat rujukan umat Islam ketika

itu. Ibn Sa„d (m. 230H) menukilkan satu riwayat di dalam al-Tabaqat al-Kubra;

Daripada „Ubayd Allah bin „Abd Allah bin „Utbah katanya,

“...Sesungguhnya Ibn „Abbas akan duduk untuk satu hari, lalu

tiada apa yang ajarkannya melainkan fiqh, satu hari untuk

ta‟wil, satu hari untuk maghazi, satu hari untuk syair dan satu

hari untuk ayyam al-‘arab,...”67

Kedudukan Ibn „Abbas r.a. sebagai seorang tokoh ilmuwan yang serba boleh

dalam pelbagai bidang ilmu membuatkan masyarakat datang mengambil ilmu daripada

beliau. Mereka menulis apa jua ilmu yang mereka kehendaki. „Ata‟ bin Rabah (m.

114H) salah seorang pelajar Ibn „Abbas r.a. (m. 78H) menceritakan,

“Ramai orang yang datang kepada Ibn „Abbas untuk

mengambil ilmu syair, ada yang datang kerana ilmu ansab dan

ada yang datang kerana ilmu ayyam al-„arab serta peristiwa

berkaitan orang Arab. Tiada seorang yang dapat menulis

kecuali mereka yang datang kepada Ibn „Abbas atas apa yang

mereka kehendaki.”68

Di sini kita dapat membuat kesimpulan bahawa kedudukan Ibn „Abbas r.a. (m.

78H) dalam perkembangan sirah dan maghazi pada peringkat ini sangat berpengaruh

dan memberi impak yang jelas terhadap pengajian sirah dan maghazi.

1.3.1.2 „Urwah bin al-Zubayr (m. 94H)

Nama penuh beliau „Urwah bin al-Zubayr bin al-„Awwam bin Khuwaylid bin

Asad bin „Abd al-„Uzza bin Qusay bin Kilab. Ayah beliau Zubayr bin al-„Awwam r.a.

merupakan penolong baginda dalam membawa Risalah Islam. Ibu beliau ialah Asma‟

binti Abu Bakr al-Siddiq r.a. Saudaranya „Abd Allah dan Mus„ab. „Urwah (m. 94)

67 Muhammad bin Sa„d bin Muni„ Abu „Abd Allah al-Basri Al-Zuhri (1968M), al-Tabaqat al-Kubra, j. 2, c.1, Bayrut : Dar Sadir, h.

368. 68 ibid, h. 367.

Page 35: Download (1848Kb)

35

dilahirkan pada tahun 23H. Beliau membesar di Madinah dan sering meriwayatkan

hadith daripada ayah dan ibu sendiri.69

Hadith-hadith riwayat „Urwah (m. 94) banyak direkodkan di dalam Kutub al-

Sittah. Di dalam kitab-kitab sejarah dan sirah, kita akan dapati banyak terdapat di dalam

kitab susunan Ibn Ishaq (m. 151H), Ibn Sayyid al-Nas (m. 734H), Ibn Kathir (m. 774H),

Ibn Hajar (m. 852H), al-Tabari (m. 310H) dan sebagainya.70

„Urwah (m. 94H) termasuk

di kalangan ulama‟ fiqh yang masyhur dan dianggap sebagai salah seorang ulama‟ fiqh

daripada tujuh fuqaha‟ di Madinah.71

1.3.1.2.1 Keprihatinan Terhadap Sirah dan Maghazi

„Urwah bin Zubayr (m. 94) sangat prihatin terhadap sirah dan maghazi. Beliau

sering berutus surat dengan Khalifah „Abd al-Malik bin Marwan berkaitan sirah dan

sejarah Islam. Kandungan-kandungan surat-surat ini direkodkan oleh al-Tabari (m.

310H) di dalam Tarikhnya. Antara kandungan surat-surat berkenaan adalah berkaitan

hijrah ke Habsyah,72

kematian Khadijah bint Khuwaylid r.a.,73

Fath al-Makkah.74

Selain daripada surat-surat yang dinyatakan di atas, „Urwah bin Zubayr (m. 94)

juga terkenal dengan karya Kitab al-Maghazi.75

Al-Maghazi yang diriwayatkan oleh

beliau banyak dinukilkan di dalam karya-karya sejarah seperti Sirah Ibn Ishaq, Maghazi

al-Waqidi, Tabaqat Ibn Sa„d, Tarikh al-Tabari dan banyak lagi.76

Kemudian pada tahun

1981M/1409H, Dr. Mustafa al-„Azami berjaya menerbitkan Maghazi „Urwah bin

69 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., h. 421-422. 70 Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992/1412), op. cit., h. 24. 71 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit. j. 4, h. 421. 72 Lihat, Abi Ja„far Muhammad bin Jarir al-Tabari (t.t.), Tarikh al-Tabari, j. 2, c. 2, Misr : Dar al-Ma„arif, h. 328-329. Selepas ini disebut Tarikh. 73 ibid., j. 2, h. 163-164. 74 ibid., j. 3, h. 55. 75 Josef Horovitz (1927), “The Earliest Biographies of The Prophet and Their Authors”, Islamic Culture, v. 1, Hyderabad : t.p., h.

549. 76 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 187.

Page 36: Download (1848Kb)

36

Zubayr.77

Kitab al-Maghazi ini adalah riwayat daripada murid „Urwah sendiri iaitu Abu

al-Aswad (m. 130H).78

1.3.1.3 Aban bin „Uthman (m. 105H)

Nama penuh beliau Aban bin „Uthman bin „Affan al-Umawi al-Madani. Ayah

beliau „Uthman bin „Affan merupakan khalifah yang ketiga di kalangan Khulafa‟ al-

Rasyidun. Ibu beliau pula ialah Um „Amru bin Jundab.79

Menurut al-Waqidi (m. 207H),

Aban bin „Uthman (m. 105H) menjadi gabenor di Madinah selama tujuh tahun.80

Beliau

merupakan seorang yang faqih dan menurut Yahya bin Sa„id al-Qattan (m. 189H), Aban

(m. 105H) tergolong di kalangan sepuluh fuqaha‟ terkenal.81

Beliau cuma

meriwayatkan hadith daripada bapanya dan Zayd bin Thabit r.a.82

1.3.1.3.1 Penulisan Dalam Maghazi

Josef Horovitz (m. 1931M)83

mengatakan, di antara tabi„in yang pertama yang

dikenal pasti sebagai seorang yang berautoriti dalam bidang maghazi ialah Aban bin

„Uthman (m. 105H).84

Namun begitu, menurut Wan Yahya Wan Ahmad, Aban (m.

105H) masih menyifatkan usaha beliau dalam bidang maghazi ini termasuk dalam

bidang hadith. Tetapi beliau dikatakan antara orang yang cuba mengasingkan antara

77 Kitab ini merupakan himpunan riwayat „Urwah bin al-Zubayr (m. 94) di dalam karya-karya hadith dan sejarah berkaitan al-

Maghazi. Lihat. Mustafa al-„Azami (1981M/1401H), Maghazi Rasul Allah s.a.w. li „Urwah bin al-Zubayr bi Riwayah Abi al-Aswad „anhu, Riyad : Maktabah al-Tarbiyah al-„Arabi. 78 Beliau ialah Abu al-Aswad, Muhammad bin „Abd al-Rahman bin Nawfal bin al-Aswad bin Nawfal bin Khuwaylid al-Qurasyi al-

Asadi al-Madani. Datuknya Nawfal salah seorang rombongan hijrah ke Habsyah dan beliau meninggal di sana. Ayahnya „Abd al-Rahman yang termasuk dalam kalangan sighar al-Sahabah. Meninggal pada tahun 130H. Lihat, Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op.

cit. j. 6, h. 150. Lihat juga, Mustafa al-„Azami (1981M/1401H), op. cit. h. 61-62. 79 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit. j. 4, h. 351. 80 Muhammad bin Sa„d (1968M), op. cit. j. 5, h. 152. 81 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit. j. 4, h. 353. 82 Manakala orang yang mengambil hadith daripada beliau ialah „Amru bin Dinar, Ibn Syihab Abu Zinad dan ramai lagi. Lihat, Ibid., h. 352. 83 Josef Horovitz merupakan seorang orientalis dari Jerman yang berbangsa Yahudi. Beliau dilahirkan di Luxemberg pada tahun

1874M. Pengajian ijazah beliau di Universiti Berlin, Jerman dan menjadi pensyarah di sana pada tahun 1902M. Tesis Ph.D beliau adalah berkaitan kitab al-Maghazi karya al-Waqidi pada tahun 1898M. Seterusnya beliau telah mentahqiq dua jilid kitab Tabaqat

Ibn Sa„d. Beliau pernah melakukan penyelidikan di India pada tahun 1908M hingga 1914M. Kemudian beliau kembali ke Jerman

pada tahun 1914M dan menjadi pensyarah di Universiti Frankfurt. Horovitz telah menerbitkan beberapa tulisan antaranya, Koranische Untersuchungen (Perbahasan Tentang al-Quran) pada tahun 1926M. Tulisan yang menjadi rujukan penulis ini adalah

artikel yang dimuatkan di dalam majalah Islamic Culture pada tahun 1927 dan Januari, April, Oktober 1928 dalam Bahasa Inggeris.

Artikel ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Jerman dalam bentuk tulisan bertaip (typoscript) dan telah diterjemahkan oleh Marmaduke Pickthall. Keterangan lanjut mengenai Joseph Horovitz; lihat, Badawi, „Abd al-Rahman (1993), Mawsu„ah al-

Mustasyriqin, c. 3, Dar al-„Ilm li al-Malayin, h. 621. 84 Josef Horovitz (1927), op. cit., h. 536.

Page 37: Download (1848Kb)

37

hadith dan maghazi.85

Ibn Sa„d (m. 230H) ada menceritakan tentang salah seorang

murid Aban bin „Uthman (m. 105H);

Beliau [al-Mughirah] merupakan seorang yang thiqah tetapi

hadithnya agak kurang kecuali dalam bidang Maghazi

Rasulullah s.a.w. Beliau mengambilnya [maghazi] daripada

Aban bin „Uthman. 86

Ini menunjukkan bahawa Aban bin „Uthman (m. 105H) terkenal dalam bidang

Maghazi. Namun begitu, riwayat-riwayat beliau jarang ditemui di dalam kitab-kitab

sirah yang masyhur seperti Sirah Ibn Ishaq.

1.3.1.4 Wahb bin Munabbih (m. 120H)

Beliau ialah Abu „Abd Allah Wahb bin Munabbih al-Abnawi al-Yamani al-

Dhimari al-San„ani. Beliau lahir pada zaman Khalifah „Uthman bin „Affan r.a. iaitu

pada tahun 34H di Dhimar. Saudaranya bernama Hammam, Ma„qil dan Ghaylan bin

Munabbih.87

Ada berpendapat bahawa beliau pada asalnya tidak Islam, tetapi mengikut

pendapat yang tepat, beliau telah Islam sejak lahir kerana bapanya telah memeluk Islam

pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu pada tahun 10H.88

Bapanya berasal dari Khurasan

dan berpindah ke Yaman pada zaman Rasulullah s.a.w.89

Wahb bin Munabbih (m. 120H) sering mengambil riwayat daripada „Abd Allah

bin al-„Abbas, Abu Hurayrah r.a.90

Walaupun beliau dikatakan terkenal dalam bidang

maghazi, namun catatannya jarang sekali dinukilkan oleh sejarawan Islam di dalam

karya masing-masing.91

Selain itu, Wahb bin Munabbih juga mahir dalam bahasa-

bahasa asing. Beliau mampu membaca tulisan-tulisan kuno seperti bahasa „Ibrani

85 Wan Yahya Wan Ahmad (1992), Pensejarahan Awal Islam, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 56. 86 Muhammad bin Sa„d (1968M), op. cit. j. 5, h. 210. 87 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit. j. 4, h. 544-545. 88 Josef Horovitz (1927), op. cit., h. 553. 89 Wan Yahya Wan Ahmad (1992), op. cit., h. 57. 90 Al-Nasa‟i (m. 303H) dan Ibn Hajar (m. 852H) mengkategorikan beliau sebagai thiqah dan Ibn Hibban (m. 183H) memasukkan

beliau di dalam al-Thiqat. Lihat, Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit. j. 4, h. 545; al-„Asqalani, Abi al-Fadl Ahmad bin „Ali bin Hajar Syihab al-Din (1995/1416), Tahdhib al-Tahdhib, j. 4, t.c. Bayrut : Mu‟assasah al-Risalah, h. 332. Selepas ini disebut Tahdhib;

Ahmad bin „Ali bin Hajar al-„Asqalani (1413H), Taqrib al-Tahdhib, t.c. t.t.t : Dar al-„Asimah, h. 1045. Selepas ini disebut Taqrib. 91 Josef Horovitz (1927), op. cit. h. 555.

Page 38: Download (1848Kb)

38

(Hebrew), Siryani, Arami, Himyari dan Yunani.92

Ini terbukti apabila beliau dapat

menterjemahkan batu bersurat yang dijumpai semasa pemerintahan Khalifah al-Walid

bin „Abd al-Malik.93

Wahb bin Munabbih meninggal dunia pada tahun 120H.94

1.3.1.4.1 Kitab al-Maghazi

Ramai di kalangan ulama‟ mengakui bahawa Wahb bin Munabbih (m. 120H)

juga menyumbang dalam penghasilan karya-karya sirah dan maghazi. Terdapat satu

manuskrip papirus telah ditemui daripada koleksi Schott-Reinhardt yang tersimpan di

Heidelberg, Jerman. Manuskrip ini telah ditulis pada tahun 228H/844M lebih kurang

seratus tahun selepas kematian Wahb bin Munabbih (m. 120H).95

Kitab ini mempunyai

dua bahagian yang memuatkan kisah yang berbeza. 96

Selain daripada kitab ini, Wahb bin Munabbih (m. 120H) mempunyai pelbagai

karya-karya lain. Seperti mana yang disenaraikan oleh Profesor Fuat Sezgin,97

antara

karya-karya tersebut ialah, Kitab al-Mubtada‟,98

Qisas al-Anbiya‟, Risalah fi Sirah al-

Nabi dan beberapa karya-karya yang lain.99

92 Ibid. 93 Pada suatu ketika, Khalifah al-Walid bin „Abd al-Malik telah menjumpai sebuah batu bersurat ketika membina al-Jami„ al-Umawi

(Masjid al-Umawi). Tulisan pada batu tersebut ditulis bukan dalam bahasa Arab. Lalu beliau mengemukakan batu berkenaan kepada beberapa ahli kitab. Tiada sesiapapun dalam kalangan mereka yang mampu menterjemahkan tulisan pada batu tersebut. Lalu

khalifah mengunjurkan batu bersurat tersebut kepada Wahb bin Munabbih (m. 120H) dan beliau dapat membaca tulisan pada batu

bersurat tersebut. Lihat, Sayyidah Isma„il Kasyif (1983), Masadir al-Tarikh al-Islami wa Manahij al-Bahth fih. Bayrut : Dar al-Ra‟id al-`Arabi, h. 27. 94 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit. j. 4, h. 556. 95 Josef Horovitz (1927), op. cit. h. 558. 96 Bahagian pertama, kitab ini mengisahkan tentang kisah umat terdahulu dan Nabi Dawud a.s. Bahagian kedua, mengisahkan

tentang Perjanjian „Aqabah, hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah bersama Abu Bakr al-Siddiq. Lihat, Nabia Abbott (1977), “Wahb B.

Munabbih: A Review Article”, Journal of Near Eastern Studies, v. 36, b. 2, Chicago : The University of Chicago Press, h. 103. 97 Profesor Fuat Sezgin dilahirkan pada tahun 1924 di Istanbul. Sekarang beliau bertugas di Turkish Academy of Sciences, Turki

sebagai Profesor Emeritus sejak tahun 2005. Bidang kepakaran beliau adalah Sejarah Literasi Arab-Islam. Prof. Fuat Sezgin banyak

menghasilkan karya-karya masyhur, antaranya, Geschichte des Arabischen Schrifttums (Tarikh al-Turath al-„Arabi), The Sources of al-Bukhari (dalam Bahasa Turki) dan banyak lagi. Beliau juga banyak dianugerahkan dengan pelbagai anugerah daripada kerajaan

Arab Saudi dan juga Jerman. Lihat, Laman web Turkish Academy of Sciences, http://www.tuba.gov.tr, 18 Mac 2009. 98 Kitab ini mengisahkan tentang kejadian manusia yang diambil daripada catatan kuno sama ada dari Perjanjian Lama dan Baru serta catatan kuno yang lain. Ia mengandungi kisah-kisah dongeng, hadith-hadith yang tidak kuat dan lagenda-lagenda sejarah.

Lihat, Nabia Abbott (1977), op. cit. h. 104. 99 Fu‟ad Sizkin (1991/1411), Tarikh al-Turath al-„Arabi, j. 1, t.c. Riyad : Idarah al-Thaqafah wa al-Nasyr bi al-Jami„ah, h. 124-125.

Page 39: Download (1848Kb)

39

1.3.3 Peringkat Pengumpulan dan Penulisan

Setelah proses penyebaran dan pengumpulan riwayat-riwayat sirah dan maghazi

berkembang, usaha untuk mengkhususkan riwayat-riwayat berkenaan dalam pengajian

yang khusus dilakukan oleh tokoh yang menjadi murid kepada ulama‟ sebelum ini. Jadi,

di sini kita dapat membuat andaian awal bahawa, usaha penulisan sirah secara khusus

dan serius tidak berlaku pada peringkat awal.

Setelah sekian lama, perubahan sosio budaya umat Islam telah berubah.

Terdapat usaha untuk menyusun catatan-catatan Islam di dalam tajuk yang khusus. Jadi,

hadith-hadith Nabi s.a.w. berbentuk sejarah mula diasingkan. Lalu, wujudlah catatan

sejarah yang telah diasingkan atau lebih dikenali dengan al-maghazi wa al-sirah.100

Pada peringkat ini beberapa ulama‟ telah dikenal pasti terlibat pada peringkat

pengumpulan dan penulisan.

1.3.3.1 „Asim bin „Umar bin Qatadah (m. 120H)

Beliau ialah „Asim bin „Umar bin Qatadah bin Nu„man bin Zayd bin „Amir bin

Sawad bin Ka„ab.101

Kunyah dan laqab beliau Abu „Umar al-Zafari al-Ansari al-

Madani. Ada yang mengatakan Abu „Amru.102

Manakala datuk beliau Qatadah terlibat

sama dalam Peperangan Badr dan Peperangan Hunayn.

1.3.3.1.1 Autoriti Dalam Sirah dan Maghazi

„Asim (m. 120H) merupakan antara tokoh yang terkenal dalam bidang maghazi.

Disebabkan kedudukan beliau sebagai seorang yang berautoriti dalam bidang sirah dan

maghazi, beliau telah diminta oleh Khalifah „Umar bin „Abd al-„Aziz untuk mengajar

100 Taha Husayn (1995), Fusul al-Mukhtarah fi Kutub al-Tarikh, j. 1, t.c., t.t.p. : Wizarah al-Tarbiyyah wa Ta„lim al-Qasimi, h. 5. 101 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 13, h. 528-529. 102 Beliau juga mengambil riwayat daripada ayah beliau sendiri „Umar bin Qatadah bin Nu„man, Jabir bin „Abd Allah, Mahmud bin

Labid, Anas bin Malik, nenek beliau sendiri Rumaythah dan ramai lagi. Lihat, Al-Dhahabi, (1988/1409), Siyar. op. cit., j. 5, h. 240;

al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., h. 529.

Page 40: Download (1848Kb)

40

sirah Rasulullah s.a.w. di Masjid Dimasyq. Beliau mengajar tentang maghazi manaqib

dan para sahabat r.a. serta dibayar gaji untuk tujuan tersebut. Setelah sekian lama,

„Asim (m. 120H) kembali semula ke Madinah.103

Setelah kembali ke Madinah pada

tahun 101H, „Asim meneruskan lagi kuliah beliau berkaitan sirah nabawi selama dua

puluh (20) tahun sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 120H.104

„Asim (m. 120H) merupakan antara orang yang paling berautoriti bagi Ibn Ishaq

(m. 151H) serta menjadi sumber bagi Waqidi (m. 207H) dan Ibn Sa„d (m. 230H) di

dalam al-Maghazi dan al-Tabaqat. Selain itu, „Asim (m. 120H) juga memberi perhatian

dan perincian tentang riwayat hidup baginda di Makkah sewaktu remaja seperti mana

yang terdapat di dalam al-Tabaqat karya Ibn Sa„d (m. 230H).105

1.3.3.2 Syurahbil bin Sa„d (m. 123H)

Beliau ialah Syurahbil bin Sa„d, Abu Sa„d al-Khatmi al-Madani.106

Beliau

dilahirkan pada saat-saat akhir khilafah „Umar bin al-Khattab r.a. tahun 23H.107

Muhammad Faisal bin Ismail @ Shamsuddin tidak memasukkan Syurahbil (m. 123H)

di dalam senarai ulama‟ yang terlibat dalam perkembangan sirah dan maghazi sama ada

dalam peringkat pertama atau kedua.108

Shibli al-Nu„mani (m. 1914M/1332H)109

juga

tidak menyenaraikan Syurahbil (m. 123H) sebagai tokoh sirah pada peringkat awal.110

103 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., h. 530. 104 Josef Horovitz (Januari 1928), “The Earliest Biographies of The Prophet and Their Authors”, Islamic Culture, v. 2, Hyderabad : t.p., h. 32-33. 105 Ibid, h. 33. 106 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 12, h. 413; al-„Asqalani, (1995/1416), Tahdhib op. cit,. j. 2, h. 157. 107 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 195. 108 Muhammad Faisal Ismail (2003), Keprihatinan Ulama Hadith Terhadap Sanad Hadith : Suatu Kajian Terhadap Aplikasinya

Dalam Kitab al-Sirah al-Nabawiyyah, Karya Ibn Hisham. Disertasi Sarjana Usuluddin. Jabatan Al-Quran dan Hadith, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya, h. 95-109. 109 Shibli Nu„mani atau Muhammad Shibli Nu„mani adalah seorang ulama yang disegani daripada Benua Kecil India. Beliau

dilahirkan pada 3 Jun 1957M/1274H di sebelah Utara India. Bapa beliau menamakan Shibli dan nama Nu„mani merujuk kepada pengasas mazhab Hanafi iaitu Imam Abu Hanifah al-Nu„man bin Thabit r.h. Beliau banyak belajar daripada guru-guru yang

disegani pada ketika itu, seperti Fayd al-Hasan al-Saharanfuri, (m. 1304H), Mawlana Ahmad bin „Ali al-Saharanfuri (m. 1297H)

dan al-„Allamah Muhammad Faruq bin „Ali Akbar al-„Abbasi al-Jaryakuti (m. 1327H). Al-„Allamah Muhammad Faruq pernah berkata kepada Shibli Nu„mani, “Saya adalah singa (asad) dan kamu adalah anak singa (syibl).” Di antara murid Shibli Nu„mani

yang masyhur ialah Syaykh al-Sayyid Sulayman al-Nadwi. Shibli Nu„mani banyak memberi sumbangan kepada dunia Islam sama

ada dalam gerakan Islam atau dalam penulisan. Beliau juga terlibat sama dalam mengasaskan Nadwah al-„Ulama‟. Shibli Nu„mani meninggal pada 18 November 1914M/1332H di Azamgarh. Lihat, laman web Shibli Academy,

http://www.shibliacademy.org/shibli-nomani, 5 November 2008. 110 „Allama Shibli Nu„mani (2000), op. cit., j. 1, h. 21.

Page 41: Download (1848Kb)

41

Terdapat kekeliruan pada nama Syurahbil bin Sa„d (m. 123H) menyebabkan ada di

antara sarjana yang tersilap ketika menyatakan nama Syurahbil (m. 123H) kerana keliru

dengan seorang tokoh lain yang bernama Syurahbil bin Sa„id bin Sa„d bin „Ubadah al-

Ansari al-Khazraji111

(t.t.m.).112

1.3.3.2.1 Autoriti Dalam Sirah dan Maghazi

Ketokohan Syurahbil (m. 123H) sebagai seorang yang alim dalam bidang sirah

dan maghazi diakui oleh Sufyan bin „Uyaynah (m. 198H) katanya;

“Tiada sesiapa yang lebih „alim tentang maghazi dan tentang

sahabat r.a. yang terlibat dalam peperangan Badar selain

daripada beliau.”113

Namun begitu, Muhammad bin Ishaq (m. 151H) dan al-Waqidi (m. 207H) tidak

mengambil riwayat daripada Syurahbil (m. 123H).114

Sebaliknya, Ibn Sa„d (m. 230H)

telah menukilkan riwayat daripada Syurahbil berkaitan tentang peristiwa Hijrah Nabi

s.a.w. ke Madinah khususnya perjalanan baginda dari Quba‟ ke Madinah. Akan tetapi,

pada riwayat ini, Syurahbil (m. 123H) tidak membawa sanad yang penuh, sebaliknya

terus meriwayatkan kisah tersebut secara mu„allaq.115

1.3.3.3 Muhammad bin Muslim bin „Ubayd Allah bin Syihab al-Zuhri (m. 124H)

Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Muslim bin „Ubayd Allah bin „Abd

Allah bin Syihab bin „Abd Allah bin al-Harith bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin

111 Beliau ialah Syurahbil bin Sa„id bin Sa„d bin „Ubadah al-Ansari al-Khazraji. Beliau mengambil riwayat daripada datuk beliau Sa„d bin „Ubadah, ayah beliau Sa„id bin Sa„d. Tidak ramai orang yang mengambil riwayat daripada beliau, antaranya „Abd Allah

bin Muhammad bin „Uqayl, anak beliau sendiri, „Amru bin Syurahbil bin Sa„id. Al-Nasa‟i (m. 303H) meriwayatkan satu hadith

sahaja di dalam Sunannya. Manakala tentang tarikh kematian beliau tidak dinyatakan mana-mana kitab rijal. Lihat, al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib, op. cit. j. 12, h. 417-418. 112 Antara sarjana yang telah tersilap menukilkan tokoh di atas seperti Fuat Sezgin dan Dr. Mahdi Rizq Allah Ahmad. Fuat Sezgin

meletakkan nama Syurahbil bin Sa„id tetapi meletakkan tarikh kematian pada tahun 123H bersama dengan pujian ulama‟ kepada Syurahbil bin Sa„d (m. 123H) bukan Syurahbil bin Sa„id (t.t.m.). Manakala Dr. Mahdi meletakkan nama Syurahbil bin Sa„id bin

Sa„d bin „Ubadah tetapi meletakkan tarikh kematian tahun 123H walaupun tahun kematian bagi Syurahbil bin Sa„id tidak

dinyatakan dalam kebanyakan kitab-kitab rijal. Lihat, Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 72; Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992/1412), op. cit., h. 25. 113 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 12, h. 414; al-„Asqalani, (1995/1416), Tahdhib. op. cit., j. 2, h. 157. 114 Josef Horovitz (1927), op. cit., h. 553. 115 Riwayat tersebut ialah, Majma„ bin Ya„qub menyampaikan kepada saya [bahawa] Syurahbil bin Sa„d telah mendengar, katanya

: “Apabila Rasulullah s.a.w. hendak keluar dari Quba‟, lalu Bani Salim menghalang [tindakan baginda]…” Lihat, Muhammad bin

Sa„d (1968M), op. cit., j. 1, h. 237.

Page 42: Download (1848Kb)

42

Ka„b bin Lu‟ay bin Ghalib. Kunyah dan laqab beliau ialah Abu Bakr al-Qurasyi al-

Zuhri al-Madani.116

Ulama‟ berselisih pendapat tentang kelahiran beliau, namun

pendapat yang lebih tepat ialah pada tahun 51H. Nasab beliau bertemu dengan nasab

Rasulullah s.a.w. pada Kilab bin Murrah.117

Al-Zuhri (m. 124H) mengambil riwayat daripada ramai dalam kalangan para

sahabat r.a. dan tabi„in r.h. pada ketika itu.118

Selain itu, disebabkan keilmuan beliau

yang luas dan konsisten, ramai di kalangan ulama‟ pada zamannya datang mengambil

riwayat dan belajar daripada beliau.119

Beliau banyak belajar daripada para sahabat

r.a.120

serta banyak menelaah buku-buku sehingga beliau hampir melupakan urusan

duniawi.121

Oleh kerana itu beliau diiktiraf sebagai seorang tokoh yang terkemuka pada

zamannya. Keilmuan beliau diakui oleh kebanyakan ulama‟.122

Al-Zuhri telah meninggal dunia pada tahun 124H.123

Profesor Fuat Sezgin telah

menyenaraikan beberapa karya al-Zuhri (m. 124H) antaranya, Nasb Qurasy, Asnan al-

Khulafa‟,124

Al-Nasikh wa al-Mansukh fi al-Qur‟an,125

Ahadith, Tanzil al-Qur‟an,

Masyahid al-Nabi.126

116 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op.c it., j. 5, h. 326; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 26, h. 419-420, No. Biografi 5606;

Ahmad Farid (1998/1418), Min A„lam al-Salaf, j. 1, c. 1, Iskandariyyah : Dar al-Iman, h. 174. 117 Zuhrah bin Kilab adalah abang sulung kepada Qusay bin Kilab iaitu moyang Nabi s.a.w. Lihat, Muhammad bin Muslim bin „Ubayd Allah bin „Abd Allah bin Syihab (1981/1401), al-Maghazi, t.c. Dimasyq : Dar al-Fikr, h. 23. 118 Antaranya, Anas bin Malik, Aban bin „Uthman, Ibrahim bin „Abd Allah bin Hunayn, Ibrahim bin „Abd al-Rahman bin „Awf,

Jabir bin „Abd Allah, Habib mawla „Urwah bin Zubayr, Hafs bin „Asim bin „Umar bin al-Khattab, Hamzah bin „Abd Allah bin „Umar bin al-Khattab, Humayd bin „Abd al-Rahman bin „Awf dan ramai lagi. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 26,

h. 420-427. 119 Antara tokoh-tokoh tersebut adalah, Malik bin Anas, „Abd Allah bin Abi Bakr bin Muhammad bin „Amru bin Hazm, Sufyan bin „Uyaynah, „Abd Allah bin Dinar, adik beliau sendiri „Abd Allah bin Muslim bin Syihab „Umar bin „Abd al-„Aziz, „Amru bin Dinar,

al-Layth bin Sa„d, Muhammad bin Ishaq, Musa bin „Uqbah, Ma„mar bin Rasyid, anak saudara beliau Muhammad bin „Abd Allah

bin Muslim bin Syihab al-Zuhri dan ramai lagi. Lihat, ibid, h. 427-431. 120 Imam Malik (m. 179H) memberitahu, al-Zuhri pernah berkata, “Aku duduk belajar dengan Sa„id bin Musayyab selama lapan (8)

tahun.” Lihat, al-Mizzi, Jamal al-Din Abi al-Hajjaj Yusuf (1982/1402), op. cit., h. 433. 121 Isteri al-Zuhri pernah berkata, “Demi Allah! Sesungguhnya kitab-kitab ini lebih membebankan diriku daripada tiga orang madu.” Lihat, Al-Zuhri (1981/1401), op. cit., h. 24. 122 Sebagai contoh riwayat yang dinukilkan oleh al-Dhahabi (m. 748H);

Al-Imam Makhul pernah ditanya seseorang, “Siapakah orang yang paling berilmu yang pernah engkau jumpa wahai Abu „Abd Allah?” Beliau menjawab, “Ibn Syihab al-Zuhri.” Lalu ditanya lagi, “Kemudian siapa lagi?” Makhul menjawab, “Ibn Syihab.”

Ditanya lagi, “Kemudian siapa lagi?” Beliau menjawab, “Ibn Syihab.”

Lihat, Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op.c it., j. 5, h. 326; Al-Zuhri (1981/1401), op. cit. h. 27-28. 123 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., h. 441. 124 Al-Zuhri (m. 124H) meriwayatkan kitab ini daripada datuk beliau sendiri „Ubayd Allah bin Syihab al-Zuhri. Al-Tabari (m. 310H)

telah menukilkan petikan kitab ini;

Page 43: Download (1848Kb)

43

1.3.3.3.1 Keprihatinan al-Zuhri Kepada Sirah dan Maghazi

Al-Zuhri (m. 124H) merupakan seorang tokoh versatil dalam semua bidang dan

menguasai hampir semua ilmu al-Din pada zamannya. Beliau merupakan di antara

tokoh yang mengasaskan Madrasah al-Tarikh di Madinah. Keilmuan beliau terhadap

sirah meliputi hampir keseluruhan sirah Rasulullah s.a.w. Di samping itu, beliau juga

„alim dalam bidang Ansab.127

Al-Zuhri (m. 124H) merupakan antara orang yang mengasaskan pengkhususan

„ilm al-tarikh. Beliau mencatat dan mengumpulkan ilmu-ilmu tersebut dan

membahagikan ilmu berkenaan kepada ilmu-ilmu lain yang khusus. Seperti mana al-

Maghazi, beliau telah mengkhususkan ilmu tersebut daripada hadith Rasulullah s.a.w.

Ini merupakan satu titik mula dalam perkembangan pengajian al-Tarikh dalam dunia

Islam.128

Di samping itu, al-Zuhri (m. 124H) juga merupakan individu pertama yang

menggunakan istilah al-Sirah bagi merujuk kepada sejarah hidup Rasulullah s.a.w.129

Beliau juga membezakan pengkhususan ilmu di antara Sirah dan Maghazi.130

Justeru, al-Zuhri (m. 124H) boleh dianggap sebagai individu yang mengasaskan

Madrasah al-Tarikhiyyah di Madinah yang dikenali dengan Madrasah al-Maghazi.131

Beliau telah kumpulkan riwayat-riwayat yang beliau terima. Kemudian beliau asingkan

ومات يزيد بن : ، فكان فيما كتب من ذلكأن الزىري كتب لجده أسنان الخلفاءحدثنا حممد بن حيىي، عن ىشام بن الوليد املخزومي، : حدثين عمر بن شبة، قال

.مثانية أشهر: معاوية وىو ابن تسع وثالثني؛ وكانت واليتو ثالث سنني وستة أشهر ف قول بعضهم، ويقال

Lihat, al-Tabari, (t.t.), Tarikh. op. cit., j. 5, h. 499. 125 Menurut A. Rippin, Dr. Fuat Sezgin telah tersilap ketika menyatakan kedudukan manuskrip kitab ini apabila beliau menyatakan

terdapat satu manuskrip di Ma„had al-Makhtutat, Kaherah. Tetapi ia sebenarnya manuskrip al-Nasikh wa al-Mansukh karya „Abd al-Qahir al-Baghdadi. Manuskrip yang sebenar terletak di dua tempat iaitu Princeton University Library, Amerika Syarikat seperti

mana di dalam senarai Catalogue of Arabic Manuscripts (Yahuda Section) in the Garrret Collection dan di Beyazit, Turki. A.

Rippin telah membuat salinan daripada manuskrip ini dengan membuat beberapa anotasi pada teks tersebut. Keterangan lebih lanjut berkaitan karya dan salinan halaman pertama manuskrip ini. Lihat, A. Rippin, (1984), “"Naskh al-Qur‟ān" and the Problem of Early

“Tafsir” Texts”, Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London, v. 47, b. 1, Cambridge : Cambridge

University Press, h. 25. 126 Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 78-79. 127 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 200-201. 128 Al-Zuhri (1981/1401), op. cit., h. 27. 129 „Abd al-„Alim „Abd al-Rahman Khadr (1995/1415), al-Muslimun wa Kitabah al-Tarikh Dirasah fi al-Ta‟sil al-Islami li „Ilm al-

Tarikh, t.c., t.t.t. : al-Dar al-„Alamiyyah li al-Kitab al-Islami, h. 87. 130 Muhammad Mohar Ali (1997/1417), Sirat al-Nabi and the Orientalist, j. 1, c. 1, Madinah : King Fahd Complex, h. 15. 131 Selain itu, para khalifah Bani Umayyah selalu mengadakan pengajian bersama al-Zuhri (m. 124H). Khalifah „Abd al-Malik

sering mempelawa al-Zuhri (m. 124H) bagi mengadakan halaqah pengajian. Sehingga wujud satu tempat di dalam kawasan

pentadbiran Umawi satu tempat pengajian al-Tarikh dan ilmu-ilmu lain. Lihat, (1981/1401), op. cit. h. 28.

Page 44: Download (1848Kb)

44

riwayat-riwayat tersebut mengikut pengkhususan tertentu khususnya berkaitan

maghazi.132

1.3.3.3.2 Al-Maghazi Karya al-Zuhri

Al-Zuhri (m. 124H) terkenal sebagai seorang tokoh yang mementingkan tulisan

dan catatan. Beliau mencatat apa yang dengar dan riwayat bagi menguatkan lagi ingatan

beliau. Ini menjadikan riwayat beliau lebih bernilai daripada riwayat-riwayat tokoh-

tokoh yang lain.133

Menurut Dr. Fuat Sezgin, manuskrip al-Maghazi al-Zuhri terdapat di

Maktabah al-Zahiriyyah.134

Al-Bukhari (m. 256H) telah merekodkan catatan al-Zuhri (m. 124H) tentang

Maghazi di dalam al-Jami„ al-Sahih melalui riwayat murid al-Zuhri (m. 124H), Musa

bin „Uqbah (m. 141H);

للو رسول اللو صلى ا ىذه مغازي عن موسى بن عقبة عن ابن شهاب قال ...ف قال رسول اللو صلى اللو عليو وسلم عليو وسلم فذكر الديث

Terjemahan : Dari Musa bin „Uqbah dari Ibn Syihab berkata;

Ini adalah Maghazi Rasulullah s.a.w., lalu beliau menyebut

hadith tersebut; Rasulullah s.a.w. bersabda...135

Dr. al-Duri telah merekodkan riwayat-riwayat sirah atau maghazi yang

diriwayatkan oleh al-Zuhri (m. 124H) daripada pelbagai sumber sama ada daripada

Tarikh al-Tabari, Tabaqat al-Kubra karya Ibn Sa„d (m. 230H) dan sebagainya.136

Selain itu, atas hasil usaha Dr. Suhayl Zakkar, al-Maghazi karya al-Zuhri (m. 124H)

berjaya diterbitkan.137

132 ibid, h. 31. 133 „Abd al-„Aziz Al-Duri (1993), Bahth Nasy‟ah „Ilm al-Tarikh „ind al-„Arab, c. 2, Bayrut : Dar al-Masyriq, h. 79. 134 Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 77-78. 135 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 328, No. Hadith 4026. 136 Al-Duri (1993), op. cit., h. 82-92; A. A. Duri, (1957), “Al-Zuhri : A Study on the Beginnings of History Writing in Islam”, Bulletin of the School of Oriental and African Studies, v. 19, b. 1, Cambridge : Cambridge University Press, h. 3-7. 137 Karya ini telah diterbitkan dengan judul al-Maghazi al-Nabawiyyah pada tahun 1981M/1401H oleh Dar al-Fikr di Damsyiq.

Namun begitu, Dr. Suhayl Zakkar mengambil riwayat-riwayat tersebut daripada Musannaf „Abd al-Razzaq al-San„ani. Beliau

Page 45: Download (1848Kb)

45

1.3.3.4 „Abd Allah bin Abi Bakr bin Muhammad bin „Amru bin Hazm (m. 135H)

Nama penuh beliau ialah‟Abd Allah bin Abi Bakr bin Muhammad bin „Amru

bin Hazm al-Ansari.138

Kunyah beliau ialah Abu Muhammad dan pendapat lain

mengatakan Abu Bakr al-Madani.139

Antara gelaran beliau ialah Sahib al-Maghazi.140

„Abd Allah bin Abi Bakr (m. 135H) mengikuti jejak langkah ayahnya dan menjadi salah

seorang muhaddith dan fuqaha‟ yang terkenal pada masa itu.141

Kebanyakan ulama‟ mengiktiraf keilmuan beliau, Imam Malik (m. 179H)

berkata, “Beliau mempunyai banyak hadith dan seorang lelaki yang benar.” Manakala

al-Nasa‟i (m. 303H) memberi komentar kepada beliau sebagai thiqah thabit. „Abd Allah

bin Hazm meninggal dunia pada tahun 135H142

dalam usia 70 tahun.143

1.3.3.4.1 Keprihatinan Terhadap Maghazi

Walaupun saudaranya Muhammad bin Abi Bakr merupakan seorang qadi bagi

penduduk Madinah, tetapi „Abd Allah (m. 135H) tidak begitu berminat dengan urusan-

urusan rasmi sebegitu. Beliau lebih suka memberi fokus kepada hadith dan sirah.

Isterinya Fatimah bint Qays juga mengambil riwayat daripada „Amrah daripada

„A‟isyah r.a. Riwayat-riwayat „Abd Allah berkenaan sirah meliputi riwayat tentang

peperangan dan perutusan (al-wufud) termasuk kisah-kisah berkaitan riwayat hidup

Rasulullah s.a.w. ketika remaja.144

kumpulkan riwayat-riwayat al-Zuhri berkaitan sirah dan maghazi dan menyusunnya mengikut kronologi. Lihat, Muhy al-Din Dib

Mastu (2000/1420), op. cit., h. 203-204; (1981/1401), op. cit. 138 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 5, h. 314. 139 al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 14, h. 349, No. Biografi 3190. 140 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 5, h. 315. 141 Beliau juga mengambil riwayat daripada Anas bin Malik, „Abd al-Rahman bin Aban bin „Uthman bin „Affan, „Abd Allah bin

Waqid bin „Abd Allah bin „Umar bin al-Khattab, Sulayman bin Yasar, „Urwah bin Zubayr, Muhammad bin Muslim bin Syihab al-

Zuhri dan ramai lagi. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 14, h. 350. 142 ibid, h. 351. 143 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 5, h. 315. 144 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 205.

Page 46: Download (1848Kb)

46

Ini terbukti dengan apabila rujuk di dalam al-Fihrist Ibn Nadim, terdapat karya

anak saudara „Abd Allah bin Abi Bakr sendiri iaitu „Abd al-Malik bin Muhammad bin

Abi Bakr yang berjudul al-Maghazi.145

Menurut Horovitz (m. 1931M), berkemungkinan

„Abd al-Malik mengambil riwayat berkaitan maghazi daripada bapa saudaranya „Abd

Allah bin Abi Bakr (m. 135H).146

1.3.3.5 Musa bin „Uqbah al-Asadi al-Madani (m. 141H)

Nama penuh beliau ialah Musa bin „Uqbah bin Abi „Ayyasy al-Qurasyi al-Asadi

al-Mitrafi al-Madani. Kunyah beliau ialah Abu Muhammad. Beliau merupakan mawla

kepada keluarga al-Zubayr bin al-„Awwam147

atau lebih tepat lagi beliau merupakan

mawla kepada isteri al-Zubayr iaitu Um Khalid bin Sa„id bin al-„As.148

Kelahiran Musa bin „Uqbah (m. 141H) menjadi perbahasan di kalangan sarjana

Islam dan bukan Islam. Ia tidak dinyatakan di dalam mana-mana kitab rijal atau

tarajum berkaitan kelahiran Musa bin „Uqbah. Namun, Horovitz (m. 1931M)

berpendapat tahun kelahiran Musa bin „Uqbah (m. 141H) tidak lebih daripada tahun

55H.149

Musa bin „Uqbah (m. 141H) pernah bertemu dengan Anas bin Malik r.a., Sahl

bin Sa„d r.a. dan „Abd Allah bin „Umar r.a.150

Selain itu, ramai di kalangan tokoh dan

ulama‟ pada ketika itu mengambil riwayat daripada beliau.151

145 Muhammad bin Ishaq al-Nadim (1971/1391), Kitab al-Fihrist, j. 2, t.c. t.t. : t.p. h. 282; Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 284; Muhammad Mohar Ali (1997/1417), op. cit., j. 1, h. 36. 146 Josef Horovitz (Januari 1928), op. cit., h. 26. 147 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 29, h. 115-116, No. Biografi 6282. 148 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 6, h. 114; al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 29, h. 116. 149 Josef Horovitz (Januari 1928), op. cit., h. 164-165. 150 Musa bin „Uqbah juga mengambil riwayat daripada mawla beliau Um Khalid bin Sa„id bin al-„As, selain itu Ishaq bin Yahya bin al-Walid bin „Ubadah bin al-Samit, Hamzah bin „Abd Allah bin „Umar bin al-Khattab, „Abd Allah bin Dinar, „Abd Allah bin „Ali

bin al-Husayn bin „Ali bin Abi Talib, Muhammad bin Muslim bin Syihab al-Zuhri dan ramai lagi. Lihat, al-Mizzi (1982/1402),

Tahdhib. op. cit., j. 29, h. 116-117; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 6, h. 114-115. 151 Antaranya, Ibrahim bin Tahman, Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad al-Farrazi, anak saudara beliau Isma„il bin Ibrahim bin

„Uqbah, Sufyan al-Thawri, Sufyan bin „Uyaynah, Malik bin Anas, Fudayl bin Sulayman al-Numayri dan ramai lagi. Lihat, al-Mizzi,

(1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 29, h. 117-118.

Page 47: Download (1848Kb)

47

1.3.3.5.1 Ketokohan Dalam Bidang Sirah dan Maghazi

Musa bin „Uqbah (m. 141H) merupakan seorang tokoh yang terkenal dalam

bidang sirah dan maghazi. Ketokohan beliau diakui oleh ramai sarjana dan para ulama‟.

Ini diakui oleh Imam Malik bin Anas (m. 179H) apabila ditanya tentang maghazi,

katanya “Berpeganglah kamu dengan maghazi seorang lelaki soleh Musa bin „Uqbah.

Ini kerana ia adalah maghazi yang paling sahih.”152

Selain itu, Yahya bin Ma„in (m. 223H),153

Imam al-Syafi„i (m. 204H)154

dan

Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H)155

juga memuji dan mengiktiraf Maghazi Musa bin

„Uqbah. Keilmuan dan ketokohan Musa bin „Uqbah (m. 141H) terhadap sirah dan

maghazi diakui oleh kebanyakan ulama‟ dan cendekiawan. Beliau telah meninggal pada

tahun 141H atau 142H.156

1.3.3.5.2 Maghazi Musa bin ‘Uqbah

Ketika menyatakan tentang Musa bin „Uqbah (m. 141H), Dr. Fuat Sezgin hanya

menyenaraikan hanya satu karya sahaja, iaitu al-Maghazi.157

Karya ini banyak

diperkatakan oleh para ulama‟ dan sarjana. Al-Dhahabi (m. 748H) telah memberi ulasan

berkaitan Maghazi Musa bin „Uqbah, katanya;

Maghazi Musa bin „Uqbah adalah satu jilid dan tidak tebal.

Kami telah mendengarnya dan sebahagian besarnya adalah

sahih dan juga mengandungi riwayat mursal yang baik. Tetapi

152 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 6, h. 115; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 29, h. 119. 153 Yahya bin Ma„in (m. 223H) berkata, “Kitab Musa bin „Uqbah daripada al-Zuhri adalah kitab yang paling sahih.” Lihat, al-

Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 29, h. 119; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 6, h. 117. 154 Imam al-Syafi„i (m. 204H) berkata, “Tiada pada karya maghazi yang lebih sahih daripada kitab beliau walaupun agak kecil. Ia

juga terhindar daripada [kesilapan] yang banyak disebut di dalam karya-karya yang lain.” Lihat, Muhammad bin Ja„far al-Kattani

(1986/1406), al-Risalah al-Mustatrafah li Bayan Masyhur Kutub al-Sunnah al-Musannafah, c. 4, Bayrut : Dar al-Basya‟ir al-Islamiyyah, h. 106. 155 Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H) berkata, “Berpeganglah kamu semua dengan Maghazi Musa bin „Uqbah, sesungguhnya

beliau seorang yang thiqah.” Lihat, Abu „Abd Allah Muhammad bin Ahmad bin „Abd al-Hadi al-Dimasyqi al-Salihi (1996/1417), Tabaqat „Ulama‟ al-Hadith, j. 1, c. 2, Bayrut : Mu‟assasah , h. 231. 156 al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 29, h. 121-122. 157 Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 85.

Page 48: Download (1848Kb)

48

kitab ini adalah ringkas yang memerlukan kepada keterangan

tambahan dan penyempurnaan yang lain.158

Usaha bagi menyempurnakan Maghazi Musa bin „Uqbah ini dilakukan al-

Bayhaqi,159

al-Dhahabi (m. 748H) menambah;

Sesungguhnya al-Hafiz Abu Bakr al-Bayhaqi telah melakukan

usaha yang baik dalam melakukan tambahan dan

penyempurnaan tersebut pada tulisan beliau Dala‟il al-

Nubuwwah.160

Manakala al-Hafiz Ibn Hajar al-„Asqalani (m. 852H) banyak menukilkan

riwayat daripada Musa bin „Uqbah (m. 141H) secara terpotong-potong di dalam al-

Isabah.161

Kebanyakan para sarjana menyatakan terdapat satu manuskrip di Prussian

State Library, Berlin, Jerman.162

Naskah ini bernombor 1554, telah diterbitkan oleh

orientalis Edward Sachau yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Jerman. Cetakan ini

telah diterbitkan pada tahun 1904M.163

Manuskrip Maghazi Musa bin „Uqbah yang

berada di Berlin itu adalah hasil himpunan yang dilakukan oleh Yusuf bin Muhammad

bin „Umar bin Qadi Syahbah (m. 789H), karya ini diberi judul Ahadith Muntkhabah min

Maghazi Musa bin „Uqbah.164

Di dalam karya ini, terdapat dua puluh (20) buah hadith.

158 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 6, h. 116. 159 Penulis mendapati banyak riwayat daripada Musa bin „Uqbah (141H) yang dinukilkan oleh al-Bayhaqi (m. 458H) daripada al-

Maghazi di dalam Dala‟il al-Nubuwwah sehinggakan al-Bayhaqi (m. 458H) telah menamakan satu bab di dalam kitab ini dengan

Maghazi Musa bin „Uqbah. Bab tersebut ialah ( وسى بن عقبة رمحو اهللباب سياق قصة اخلندق من مغازي م ). Lihat, Abi Bakr Ahmad bin al-

Husayn al-Bayhaqi (1988/1408), Dala‟il al-Nubuwwah wa Ma„rifah Ahwal Ashab al-Syari„ah, j. 3, c. 1, Bayrut : Dar al-Kutub al-

„Ilmiyyah, h. 398. Selepas ini disebut Dala‟il. 160 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 6, h. 116. 161 Ahmad bin „Ali bin Hajar al-„Asqalani (1992/1412), al-Isabah. op. cit., j.1, h. 424, 481, j. 2, h. 614, j. 3, h. 440, 587, 595, 600, j.

4, h. 424, 433, 726, j. 5, h. 252, 581, 708, 716, 741, 743, j. 6, h. 43, 144, 217, 459, 594, 624, 655; Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 85. 162 Josef Horovitz (April 1928), “The Earliest Biographies of The Prophet and Their Authors”, Islamic Culture, v. 2, Hyderabad :

t.p., h. 165. 163 Yusuf bin Muhammad bin „Umar bin Qadi Syahbah (1991/1412), Ahadith Muntkhabah min Maghazi Musa bin „Uqbah, c. 1,

Bayrut : Mu‟assasah al-Rayyan, h. 33. 164 Karya ini berjaya ditahqiq oleh Masyhur Hasan Salman dan diterbitkan pada tahun 1991M/1412H. Edisi ini diterbitkan oleh Mu‟assasah al-Rayyan di Beirut dengan kerjasama Dar Ibn Hazm. Kitab ini diterbitkan dengan 104 halaman sahaja dan diberi

pengenalan tentang biografi Musa bin „Uqbah serta perkara yang berkaitan karya dan isu-isu yang bersangkut paut dengan Maghazi

Musa bin „Uqbah khususnya yang ditimbulkan oleh orientalis Joseph Schacht. Lihat, ibid, h. 33-46.

Page 49: Download (1848Kb)

49

Sembilan belas (19) daripadanya adalah riwayat Musa bin „Uqbah (m. 141H)165

dan

satu (1) daripada riwayat Sayf bin „Umar (m. 180H).166

Sebagai kesimpulan, Musa bin „Uqbah (m. 141H) adalah salah seorang tokoh

sirah dan maghazi yang teliti dan berhemah terhadap riwayat yang diterima. Usaha

mengumpulkan riwayat-riwayat beliau berkaitan sirah yang wujud secara terpisah perlu

dilakukan bagi menonjolkan Musa bin „Uqbah (m. 141H) sebagai salah seorang tokoh

utama dalam sirah dan maghazi.

1.4 Penulisan Karya-karya Sejarah

Setelah berlaku usaha-usaha pengumpulan dan penulisan, gerakan pembukuan

dan penyusunan secara sistematik giat dilakukan. Kemudian tokoh-tokoh ini

membukukan riwayat-riwayat yang khusus berkenaan sirah dan maghazi dan diajar

kepada masyarakat pada masa itu sebagai satu ilmu yang khusus.167

1.4.1 Muhammad bin Ishaq (m. 151H)

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Ishaq bin Yasar bin Kuthan atau bin

Khiyar al-Madani. Kunyah beliau ialah Abu Bakr. Ada pendapat mengatakan Abu „Abd

Allah.168

Beliau digelar Sahib al-Sirah al-Nabawiyyah. Beliau dilahirkan pada tahun

80H169

atau 85H.170

Ibn Ishaq pernah berjumpa Anas bin Malik, Sa„id bin al-

Musayyab,171

Salim bin „Abd Allah bin „Umar.172

165 Musa bin „Uqbah (m. 141H) membawa sangat banyak riwayat yang bersumberkan daripada al-Zuhri (m. 124H). Beliau membawa riwayat daripada al-Zuhri (m. 124H) sebanyak sebelas (11) hadith. Manakala riwayat Nafi‟ tiga (3) hadith, Salim dua (2)

hadith, „Abd Allah bin al-Fadl dua (2) hadith dan Sa„ad bin Ibrahim satu (1) hadith. Lihat, ibid, h. 59-95. 166 Hadith riwayat Sayf bin „Umar (m. 180H) adalah riwayat yang terakhir. Penulis tidak dapat mengenal pasti alasan Yusuf bin Muhammad bin „Umar bin Qadi Syahbah (m. 789H) memasukkan riwayat Sayf bin „Umar (m. 180H) di dalam karya ini. Lihat, ibid,

h. 96. 167 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 250. 168 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 405-406, No. Biografi 5057. 169 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 7, h. 33. 170 Menurut Mustafa al-Saqa dan lain-lain, tahun 85H adalah yang paling tepat. Lihat, Ibn Hisyam (t.t.), al-Sirah al-Nabawiyyah, j. 1, t.c., t.t.t. : Turath al-Islam, h. 14; Muhammad Surur bin Nayif Zin al-„Abidin (1988/1408), Dirasat fi al-Sirah al-Nabawiyyah, c.

2, Birmingham : Dar al-Arqam, h. 88; Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 87. 171 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 406.

Page 50: Download (1848Kb)

50

Ibn Ishaq telah meninggal pada tahun 151H.173

Perbincangan lanjut tentang

riwayat hidup Muhammad bin Ishaq (m. 151H) dan metodologi beliau akan

dibincangkan di dalam bab seterusnya. Karya beliau yang masyhur ialah Sirah Ibn

Ishaq atau Sirah Ibn Hisyam sebagai mana dijelaskan sebelum ini pada bab

pendahuluan.

1.4.2 Muhammad bin „Umar al-Waqidi (m. 207H)

Nama penuh al-Waqidi ialah Muhammad bin „Umar bin Waqid al-Aslami.174

Kunyah beliau Abu „Abd Allah al-Madani.175

Beliau adalah mawla kepada „Abd Allah

bin Buraydah al-Aslami.176

Gelaran masyhur beliau ialah Sahib al-Tasanif al-Maghazi.

Beliau pernah menjadi qadi di Baghdad.177

Menurut al-Dhahabi (m. 748H) beliau dilahirkan selepas tahun 120H.178

Beliau

mengambil riwayat daripada ramai ulama‟ pada ketika itu.179

Selain itu, di antara orang-

orang yang mengambil riwayat daripada al-Waqidi (m. 207H) ialah Muhammad bin

Sa„d (m. 230H) atau Ibn Sa‟d murid beliau yang terkenal, al-Imam al-Syafi„i (m. 204H)

dan ramai lagi.180

Al-Bukhari (m. 256H) menyatakan, al-Waqidi (m. 207H) adalah matruk al-

hadith dan ini disepakati oleh Ahmad bin Hanbal (m. 223H) dan lain-lain.181

Muslim

(m. 261H) juga berpendapat demikian.182

Perbincangan berkaitan jarh wa ta„dil ke atas

172 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 7, h. 33. 173 Terdapat perselisihan pendapat berkenaan tarikh meninggal Ibn Ishaq, namun pendapat yang lebih tepat ialah 151H. Lihat, ibid,

h. 55. 174 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 26, h. 180, No. Biografi 5501; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 9, h. 454. 175 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 26, h. 180. 176 ibid. 177 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 9, h. 454. 178 ibid. 179 Antaranya, Usamah bin Zayd bin Aslam, Isma„il bin Ibrahim bin „Uqbah, Rabi„ah bin „Uthman al-Taymi, Sufyan al-Thawri,

„Abd al-Rahman bin „Amru al-Awza„i dan ramai lagi. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 26, h. 180. 180 ibid., h. 181-182. 181 ibid, h. 185-186. 182 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 9, h. 457.

Page 51: Download (1848Kb)

51

al-Waqidi (m. 207H) dibincangkan oleh Ibn Sayyid al-Nas (m. 734H)183

dan sarjana

yang lain.184

Al-Bukhari (m. 256H) berpendapat Al-Waqidi meninggal pada Zulhijjah

tahun 207H.185

Al-Waqidi (m. 207H) merupakan seorang tokoh di dalam bidang sejarah yang

prolifik dan banyak menghasilkan karya. Dr. Fuat Sezgin menyenaraikan semua karya-

karya al-Waqidi sehingga mencecah dua puluh karya.186

Ibn Nadim dan Horovitz (m.

1931M) juga menyenaraikan banyak karya-karya al-Waqidi (m. 207H) di dalam tulisan

masing-masing sehingga mencecah dua puluh lapan (28) judul.187

1.4.2.1 Kitab al-Maghazi.

Secara ringkas karya ini telah diterbitkan kali pertama pada tahun 1948M

bersamaan 1367H. Edisi ini diterbitkan di Kaherah dalam satu jilid. Seterusnya Kitab

al-Maghazi ini telah ditahqiq oleh Dr. Marsden Jones pada tahun 1966M dan

diterbitkan oleh Universiti Oxford.188

Namun begitu, menurut Fuat Sezgin cetakan yang

terawal sekali ialah pada tahun 1882M di Berlin, Jerman. Penerbitan ini diusahakan

oleh Welhausen dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Jerman.189

Edisi tahqiq Dr.

Marsden Jones masih lagi digunakan hingga sekarang yang diterbitkan oleh „Alam al-

Kutub sebanyak tiga jilid.190

183 Ibn Sayyid al-Nas (t.t.), „Uyun al-Athar fi Funun al-Maghazi wa al-Syama‟il wa al-Siyar, j. 2, al-Madinah al-Munawwarah :

Maktabah Dar al-Turath, h. 68-72. 184 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 284-286. 185 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 9, h. 467. 186 Antara karya-karya tersebut adalah seperti Kitab al-Maghazi, Mawlid al-Nabi, Kitab al-Riddah, Karya-karya al-Futuh, Tu„am al-

Nabi, Maqtal al-Husayn, Kitab Siffin, Kitab al-Syura, Al-Tafsir, Kitab al-Sawa‟if, Kitab Akhbar Makkah, Kitab al-Tabaqat, Kitab Maqtal „Uthman dan Kitab Azwaj al-Nabi. Lihat, Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 2, h. 102-106. 187 Muhammad bin Ishaq al-Nadim (1971/1391), op. cit., j. 1, h. 111; Josef Horovitz (Oktober 1928), “The Earliest Biographies of

The Prophet and Their Authors”, Islamic Culture, v. 2, Hyderabad : t.p., h. 515. 188 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 287. 189 Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 102. 190 al-Waqidi (1984/1404), al-Maghazi, c. 3, t.t.p. : „Alam al-Kutub.

Page 52: Download (1848Kb)

52

1.4.3 Muhammad bin Sa„d (m. 230H)

Nama penuh Ibn Sa„d ialah Muhammad bin Sa„d bin Muni„ al-Qurasyi. Kunyah

dan laqab beliau adalah Abu „Abd Allah al-Basri191

al-Baghdadi.192

Beliau terkenal

dengan gelaran Katib al-Waqidi.193

Menurut al-Dhahabi (m. 748H), Ibn Sa„d (m. 230H)

lahir pada tahun selepas 160H atau 168H.194

Beliau banyak mengambil riwayat daripada

tokoh-tokoh terkemuka pada zamannya.195

Ibn Sa„d meninggal pada tahun 230H.

1.4.3.1 Al-Tabaqat al-Kubra

Di dalam al-Fihrist, Ibn Nadim hanya menyenaraikan satu karya sahaja iaitu

Kitab Akhbar al-Nabi. Namun begitu, terdapat sedikit maklumat berkaitan karya Ibn

Sa„d (m. 230H), yang menyatakan bahawa Kitab Akhbar al-Nabi adalah sebahagian

kecil daripada kitab al-Tabaqat al-Kubra dan disenaraikan juga Tabaqat al-Saghir.196

Manakala Fuat Sezgin menambah satu lagi karya Ibn Sa„d (m. 230H) selain daripada

karya di atas.197

Di antara karya-karya sejarah, kitab Tabaqat al-Kubra ini adalah antara karya

sejarah yang khusus tentang tabaqat yang terawal ditulis. Kompilasi ini dijaga dan

disampaikan oleh murid-murid Ibn Sa„d (m. 230H) lalu dapat diterbitkan untuk tatapan

umat Islam.198

Menurut Horovitz (m. 1931M), al-Tabaqat al-Kubra ini telah dijaga oleh

191 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 25, h. 255-256, No. Biografi 5237. 192 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 10, h. 664. 193 al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 25, h. 256; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 10, h. 664. 194 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 10, h. 664. 195 Antara tokoh-tokoh tersebut ialah, Isma‘il bin „Ulayyah, Sufyan bin „Uyaynah, Muhammad bin Isma‘il bin Abi Fudayk, Muhammad bin „Umar al-Waqidi, Abi al-Walid al-Tayalisi dan ramai lagi. Manakala orang-orang yang mengambil riwayat

daripada Ibn Sa„d antaranya ialah, Ahmad bin „Ubayd, Ahmad bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Abu Bakr „Abd Allah bin

Muhammad bin Abi al-Dunya, al-Husayn bin Muhammad bin „Abd al-Rahman bin al-Fahm dan lain-lain lagi. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 25, h. 256. 196 Al-Nadim, Muhammad bin Ishaq (1971/1391), op. cit., j. 1, h. 111-112. 197 Karya tersebut ialah al-Qasidah al-Huluwaniyyah fi Iftikhar al-Qahtaniyyin „ala al-„Adnaniyyin. Lihat, Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 113. 198 Ghada Osman (2001), “Oral vs. Written Transmission: The Case of Tabari and Ibn Sa„d”, Arabica, v. 48, b. 1, Leiden : BRILL,

h. 68.

Page 53: Download (1848Kb)

53

al-Husayn bin Fahm (m. 289H).199

Manakala metode Ibn Sa„d (m. 230H) di dalam

karya beliau ini saling tidak tumpah dengan manhaj guru beliau al-Waqidi (m. 207H).

Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan tertentu yang ketara antara karya Ibn Sa„d

(m. 230H) dan gurunya al-Waqidi (m. 207H).200

Selain itu, beberapa kajian telah

dilakukan ke atas karya ini.201

1.4.4 Muhammad bin Jarir al-Tabari (m. 310H)

Ulama‟ yang terkenal dalam bidang tafsir dan sejarah ini bernama Muhammad

bin Jarir bin Yazid bin Kathir bin Ghalib al-Tabari.202

Kunyah beliau ialah Abu Ja„far

dan digelar Sahib al-Tasanif al-Badi„ah203

atas sumbangan beliau dalam pengkaryaan

yang banyak memberi manfaat kepada umat Islam. Al-Tabari (m. 310H) dilahirkan

pada tahun 224H204

di Amil, Tabaristan.205

Ibn Nadim telah membincangkan dengan

terperinci berkaitan al-Tabari dan karya-karyanya.206

1.4.4.1 Tarikh al-Rusul wa al-Muluk

Di antara karya al-Tabari (m. 310H) yang terkenal dalam bidang sejarah ialah

Tarikh al-Rusul wa al-Muluk atau Tarikh al-Umam wa al-Muluk.207

Karya ini penuh

dengan segala fakta, maklumat dan informasi berkaitan sejarah Islam sehingga kurun

ketiga hijrah. Walaupun karya ini sangat bermanfaat kepada umat Islam umumnya,

199 Beliau ialah al-Husayn bin Muhammad bin „Abd al-Rahman bin Fahm bin Muhraz al-Baghdadi. Beliau di antara murid Ibn Sa„d

(m. 230H). Lahir pada tahun 211H dan meninggal pada tahun 289H. Lihat, Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 13, h. 427. 200 Di antara perbezaan tersebut ialah di dalam al-Tabaqat, Ibn Sa„d (m. 230H) membuat tajuk-tajuk yang lebih khusus ketika menukilkan kisah-kisah berkaitan Nabi s.a.w. Cara yang beliau lakukan ialah dengan membuat penyusunan secara sistematik

terhadap material riwayat yang beliau ambil daripada pelbagai sumber sama ada daripada Sirah Ibn Ishaq dan Maghazi Musa bin

„Uqbah termasuk guru beliau sendiri al-Waqidi (m. 207H). Lihat, Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 308; Josef Horovitz (Oktober 1928), op. cit., h. 523. 201 Antaranya, „Abd al-Rahman bin „Umar Jurdi al-Madkhali (1422H), Takhrij wa Dirasah al-Ahadith wa al-Athar al-Waridah fi al-

Tabaqat al-Kubra li Muhammad bin Sa„d bin Muni„, Tesis Doktor Falsafah, Jabatan al-Sunnah wa „Ulumih, Kuliyyah Usul al-Din, Universiti al-Imam Muhammad bin Sa„ud al-Islamiyyah. 202 Ahmad bin Muhammad al-Adnadawi (1997/1417), al-Tabaqat al-Mufassirin, c. 1, al-Madinah al-Munawwarah : Maktabah al-

„Ulum wa al-Hikam, h. 48. 203 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 14, h. 267. 204 ibid. 205 al-Tabari, (t.t.), Tarikh. op. cit., j. 1, h. 6. (Muqaddimah) 206 Lihat, Muhammad bin Ishaq al-Nadim (1971/1391), op. cit., j. 1, h. 291. 207 Penulis tidak pasti judul yang manakah lebih tepat atau berkemungkinan juga kedua-dua judul di atas juga benar. Lihat, al-Tabari

(t.t.), Tarikh. op. cit., j. 1, h. 21. (Muqaddimah)

Page 54: Download (1848Kb)

54

namun terdapat tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada al-Tabari (m. 310H),

disebabkan kandungan karya ini yang pelbagai dan variasi, bahkan ada yang

mengatakan beliau sebagai Syiah yang tulen.208

1.5 Perkembangan Riwayat Sejarah Dalam Karya Hadith

Bagi membincangkan berkaitan riwayat-riwayat sejarah di dalam karya-karya

hadith. Penulis telah membawa beberapa pendekatan kerana isu tentang riwayat sejarah

ini terlalu umum. Jadi, penulis meneliti riwayat-riwayat sejarah berpandukan kitab dan

susunan abwab di dalam karya-karya hadith utama. Ia bukan sahaja dilihat pada

kandungan matan hadith semata-mata. Jika tidak, semua hadith yang mengandungi

unsur-unsur sejarah perlu diteliti. Justeru, penulis akan menganalisa karya, kitab dan

abwab seperti jadual di bawah :

Bil. Karya Kitab

1. Musannaf „Abd al-Razzaq al-San„ani Kitab al-Maghazi

2. Musannaf Ibn Abi Syaybah Kitab al-Maghazi

3. Sahih al-Bukhari 1. Kitab Manaqib al-Ansar

2. Kitab al-Maghazi.

Jadual 1.0

Daripada jadual di atas, terdapat kitab yang terdapat di dalam karya-karya di atas

tidak diteliti untuk analisa metode muhaddithun terhadap riwayat sejarah di dalam karya

hadith. Walaupun pada zahir dan kandungan matan riwayat berkenaan mempunyai

unsur-unsur sejarah. Contohnya riwayat berkaitan Manaqib,209

Fada‟il Sahabah r.a.,210

Anbiya‟a.s., dan tempat-tempat tertentu,211

serta riwayat-riwayat di dalam Kitab al-

208 Allama Habib-ur-Rahman Siddiqui Kandhalvi (1998), Age of „Aishah, terj. Nigar Erfaney, c. 2, Karachi : Al-Rahman Publishing Trust, h. 83. 209 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Manaqib, h. 285-296; Al-Tirmidhi (2000/1421), Mawsu„ah al-

Hadith, op. cit., Abwab al-Manaqib, h. 2023-2055. 210 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Fada‟il Ashab al-Nabi s.a.w., h. 296-306. 211 Abi Bakr „Abd Allah bin Muhammad bin Ibrahim Ibn Abi Syaybah (2004/1425), al-Musannaf, j. 5, c. 1, Riyad : Maktabah al-

Rusyd Nasyirun, Kitab al-Fada‟il, h. 5-242.

Page 55: Download (1848Kb)

55

Jihad212

atau Kitab al-Siyar,213

biasanya banyak terdapat di dalam Kutub al-Sittah dan

kitab-kitab hadith yang lain. Tetapi penulis memilih kitab tertentu (Jadual 1.0) untuk

dikaji disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :

1. Keseluruhan atau sebahagian abwab di dalam kitab berkenaan adalah mengikut

susunan kronologi peristiwa yang sebenar. Sebaliknya, kebanyakan kitab yang

dinyatakan di atas seperti kitab fada‟il sahabah, jihad, siyar dan sebagainya

tidak mengikut kronologi serta sesetengah kitab tertentu lebih cenderung kepada

perbahasan fiqh.214

Atas alasan ini, penulis juga mengambil riwayat sejarah di

dalam Kitab Manaqib al-Ansar untuk diteliti kerana pada akhir kitab ini terdapat

abwab yang disusun mengikut kronologi, bermula daripada Bab Tazwij al-Nabi

s.a.w. Khadijah wa Fadluha r.a.215

hingga akhir kitab iaitu Bab Islam Salman

al-Farisi r.a.216

dan Kitab al-Maghazi217

secara keseluruhan.

2. Asas yang diletakkan oleh al-Imam al-Bukhari (m. 256H) di dalam al-Jami„ al-

Sahih memberi gambaran bahawa perbahasan yang terkandung di dalam Kitab

al-Maghazi adalah berkaitan isu sejarah manakala Kitab al-Jihad wa al-Siyar

adalah perbahasan tentang jihad dan hukum-hukum berkaitan. Ini lebih jelas

apabila diteliti pada syarah yang dikemukakan oleh Ibn Hajar al-„Asqalani (m.

852H) di dalam Fath al-Bari ketika membuat ulasan pada Kitab al-Maghazi.

Beliau lebih cenderung membuat ulasan dari perspektif historiografi serta

212 Abi Dawud Sulayman bin al-Asy„ath bin Ishaq al-Azdi Al-Sajastani (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-

Sittah, c. 3, Riyad : Dar al-Salam, Kitab al-Jihad, h. 1406-1431; Al-Tirmidhi (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Abwab al-Jihad, h. 1823-1828, Abi „Abd al-Rahman Ahmad bin Syu„ayb bin „Ali Ibn Sinan al-Nasa‟i (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith al-

Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3, Riyad : Dar al-Salam, Kitab al-Jihad, h. 2286-2294; Abi „Abd Allah Muhammad bin Yazid al-Rab„i

bin Majah al-Qazwini (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3, Riyad : Dar al-Salam, Abwab al-Jihad, h. 2643-2651. 213 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Jihad wa al-Siyar, h. 224-248; al-Naysaburi, Muslim bin al-Hajjaj

(2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-al-Jihad wa al-Siyar, h. 985-1004; Al-Tirmidhi (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Abwab al-Siyar, h. 1810-1818, al-Bayhaqi (1423/2003), Sunan. op. cit., j. 9, Kitab al-Siyar, h. 4-80; Ibn Abi

Syaybah (2004/1425), op. cit., j. 5, Kitab al-Siyar, h. 243-506. 214 Ini jelas dilihat di dalam al-Jami„ al-Sahih karya al-Bukhari (m. 256H) di mana beliau meletakkan dua kitab yang mengandungi riwayat sejarah iaitu Kitab al-Jihad wa al-Siyar dan Kitab al-Maghazi di mana kandungannya hampir sama tetapi perbahasan pada

abwab berbeza. Perbincangan di dalam Kitab al-Jihad wa al-Siyar lebih cenderung kepada perbahasan fiqh manakala Kitab al-

Maghazi, susunan riwayatnya disusun mengikut susunan kronologi yang tepat seperti mana di dalam kitab-kitab sirah. 215 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 310. 216 ibid, h. 322. 217 ibid, Kitab al-Maghazi, h. 322-366.

Page 56: Download (1848Kb)

56

perbezaan riwayat yang dikemukakan tokoh-tokoh sejarah Islam yang lain

seperti Musa bin „Uqbah, Ibn Ishaq (m. 151H), Ibn Sa„d (m. 230H) dan lain-

lain.

Justeru, penulis memilih fokus kajian seperti di atas untuk dianalisis bagi

mengenal pasti elemen pensejarahan di dalam karya-karya hadith dan metodologi

penyusunan serta penulisannya. Justeru, telahan awal pada karya-karya hadith terawal

dan berautoriti juga mengandungi riwayat-riwayat sejarah yang disusun mengikut

kronologi sejarah Islam dan ia dinilai serta dilihat sebagai catatan sejarah yang

berautoriti.

1.5.1 ‘Abd al-Razzaq al-San„ani (m. 211H) – al-Musannaf

Nama penuh beliau „Abd al-Razzaq bin Hammam bin Nafi„ al-Himyari al-

Yamani al-San„ani. Kunyah beliau ialah Abu Bakr.218

Beliau digelar Sahib al-

Tasanif.219

„Abd al-Razzaq (m. 211H) dilahirkan pada tahun 126H, dan beliau

meninggal dunia pada bulan Syawal tahun 211H 220

dalam usia 87 atau 88 tahun.221

Abd al-Razzaq (m. 211H) mengambil riwayat daripada Ma„mar bin Rasyid,

Ibrahim bin „Umar bin Kaysan al-San„ani, Malik bin Anas, Sufyan al-Thawri, Sufyan

bin „Uyaynah dan ramai lagi. Manakala ramai dalam kalangan tokoh-tokoh utama

mengambil riwayat daripada beliau.222

Di antara karya beliau ialah, al-Musannaf fi al-

Hadith, al-Tafsir, Kitab al-Solah dan al-Amali fi Athar al-Sahabah.223

218 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 9, h. 563-564; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 18, h. 52, No. Biografi 3415;

Syams al-Din Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1995/1416), Mizan al-I„tidal fi Naqd al-Rijal, j. 4, c. 1, Bayrut : Dar al-Kutub al-

„Ilmiyyah, h. 342. Selepas ini disebut Mizan. 219 Al-Salihi (1996/1417), op. cit., j. 1, h. 520. 220 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 9, h. 565. 221 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 18, h. 61. 222 Antaranya „Ali bin Madini, anak saudara beliau sendiri Ibrahim bin „Abd Allah bin Hammam, Ahmad bin Muhammad bin

Hanbal, Ishaq bin Ibrahim bin Rahawayh dan ramai lagi. Lihat, ibid, h. 52-56. 223 Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 184-185.

Page 57: Download (1848Kb)

57

1.5.1.1 Al-Musannaf

Al-Musannaf „Abd al-Razzaq merupakan musannaf yang lebih kecil daripada al-

Musannaf Ibn Abi Syaybah. Susunan hadith di dalam kitab ini adalah disusun mengikut

abwab al-fiqh224

.225

Hadith-hadith yang terdapat di dalamnya termasuk hadith marfu„,

hadith mawquf, hadith maqtu„ dan fatwa-fatwa para tabi„in.226

Kandungan hadith di

dalam kitab ini bercampur baur antara hadith-hadith sahih, hasan, da„if dan mawdu„

tidak kira sama ada keadaan hadith berkenaan hadith yang gharib, syadh, munkar atau

maqlub sekalipun. Ini kerana di dalam kitab ini, hadith-hadith di dalamnya tidak

disaring dan disemak dengan baik.227

Begitu juga dengan susunan hadith, „Abd al-Razzaq (m. 211H) tidak meletakkan

hadith marfu„ lebih dahulu daripada hadith mawquf, bahkan susunan hadith-hadith

tersebut tidak tersusun mengikut kedudukan hadith seperti mana yang digariskan oleh

para ulama‟.228

Manakala jumlah keseluruhan hadith di dalam al-Musannaf ialah sebanyak

21,199 hadith. Sebanyak 5,117 sahaja hadith yang diriwayatkan secara marfu„ manakala

selebihnya adalah aqwal para sahabat r.a., fatwa tabi„in dan tabi„ al-tabi„in.229

Sumber

utama riwayat „Abd al-Razzaq (m. 211H) di dalam al-Musannaf bergantung kepada

empat (4) orang tokoh terkemuka di dalam bidang hadith dan periwayatan.230

Harald

224 Abwab al-Fiqh bermaksud susunan kitab-kitab dan bab-bab di dalam Musannaf ini mengikut judul seperti mana kitab fiqh iaitu dimulai dengan Kitab al-Taharah, Kitab al-Solah dan seterusnya. Lihat, Mahmud al-Tahhan (1996/1417), Usul al-Takhrij wa

Dirasat al-Asanid, c. 3, Riyad : Maktabah al-Ma„arif, h. 114. 225 Ahmad Mukhtar Ramzi (2005/1426), Siyar A„lam al-Muhaddithin, c. 1, Bayrut : Dar al-Basya‟ir Islamiyyah, h. 926. 226 Mahmud al-Tahhan (1996/1417), op. cit., h. 118. 227 Sayuti „Abd al-Manas et. al. (2006), Manahij al-Muhaddithin min al-Qarn al-Thani ila al-Qarn al-Khamis al-Hijri Qira‟ah fi

Tatawwur al-Tadwin li al-Sunnah al-Nabawiyyah Jam„an wa Tasnifan wa Takhrijan, c. 1, Kuala Lumpur : Markaz al-Buhuth al-Jami„ah al-Islamiyyah al-„Alamiyyah Maliziya, h. 39. 228 ibid, h. 40. 229 Ariffin bin Omar et. al (2005), Biografi Ulamak-ulamak Hadith, c.1, Johor Bharu : Perniagaan Jahabersa, h. 119. 230 Mereka adalah Ma„mar bin Rasyid, Ibn Jurayj, al-Thawri dan Ibn „Uyaynah. Lihat, Harald Motzki (1991), “The Musannaf of

„Abd al-Razzaq al-San„ani as a Source of Authentic Ahadith of the First Century A. H.,” Journal of Near Eastern Studies, v. 5, b. 1,

Chicago : The University of Chicago Press, h. 3.

Page 58: Download (1848Kb)

58

Motzki231

telah membawa data deskriptif tentang peratusan riwayat syuyukh „Abd al-

Razzaq (m. 211H).232

1.5.1.2 Kitab al-Maghazi

Tulisan ini merupakan antara karya terawal di dalam pengkaryaan hadith

khususnya dalam perihal al-Maghazi berbanding karya-karya lain seperti Musannaf Ibn

Abi Syaybah dan Sahih al-Bukhari.233

Kitab al-Maghazi234

ini terletak selepas Kitab al-

Jihad235

dan sebelum Kitab Ahl al-Kitab.236

Kitab al-Maghazi ini mengandungi enam puluh enam (66) riwayat sahaja237

di

dalam empat puluh empat (44) bab. Bermula dengan Bab Ma Ja‟a fi Hafr Zamzam238

dan berakhir dengan [Bab] Tazwij Fatimah Rahimahu Allah „Alayha.239

Walau

bagaimanapun, setiap riwayat di dalam Kitab al-Maghazi dinukilkan dengan panjang

sehingga mencecah lebih daripada dua halaman bagi satu riwayat.

Dalam keadaan perhatian tertumpu kepada sirah nabawi di dalam Kitab al-

Maghazi, terdapat tiga (3) bab berkaitan dengan kisah umat-umat terdahulu240

iaitu

231 Sehingga tahun 2000, Harald Motzki merupakan Profesor Madya di Universiti Catholic, Nijmegen. Beliau mendapat Ph.D. pada

tahun 1978 di Universiti Bonn. Pernah menjadi pensyarah dan Fellow Penyelidik di Universiti Hamburg. Pengkajian beliau tertumpu kepada sejarah sosial Islam, hadith, perundangan awal Islam dan tamadun Islam. Banyak menghasilkan karya-karya dalam

bidang tersebut. Lihat, Harald Motzki ed. (2000), The Biography of Muhammad the Issue of the Sources, v. 32, Leiden : BRILL, h.

312. 232 Harald Motzki (1991), op. cit., h. 3-4. 233 Muhammad Qasim Zaman (1996), “Maghazi and the Muhaddithun: Reconsidering the Treatment of "Historical" Materials in

Early Collections of Hadith”, International Journal of Middle East Studies, v. 28, b. 1, Cambridge : Cambridge University Press, h. 2. 234 Abu Bakr „Abd al-Razzaq bin Hammam al-San„ani (1972/1392), al-Musannaf, j. 5, c. 1, Johannesburg : al-Majlis al-„Ilmi, h.

313-492. 235 ibid, h. 171-311. 236 ibid, j. 6, h. 3-132. 237 Jumlah ini berdasarkan penomboran yang diletakkan oleh pentahqiq iaitu no. 9718 hingga 9784. 238 ibid, j. 5, h. 313. 239 ibid, h. 485. 240 Muhammad Qasim Zaman (1996), op. cit., h. 4.

Page 59: Download (1848Kb)

59

Bab] Hadith Ashab al-Ukhdud,241

[Bab] Hadith Ashab al-Kahf242

dan [Bab] Bunyan

Bayt al-Muqaddis.243

1.5.2 Ibn Abi Syaybah (m. 235H) – al-Musannaf

Nama penuh beliau ialah „Abd Allah bin Muhammad bin Abi Syaybah Ibrahim

bin „Uthman bin Khawasti al-„Absi. Kunyah dan laqab beliau ialah Abi Bakr al-„Abbasi

al-Kufi.244

Namun begitu, beliau lebih dikenali dengan panggilan Ibn Abi Syaybah (m.

235H) dan beliau dilahirkan pada tahun 159H.245

Ramai di kalangan tokoh-tokoh yang disegani dan terkenal mengambil riwayat

daripada beliau, antaranya al-Bukhari (m. 256H), Muslim (m. 261H), Abu Dawud (m.

275H), Ibn Majah (m. 273H), Ahmad bin Yahya bin Jabir al-Balazuri (m. 279H) dan

ramai lagi.246

Menurut Ibn Sa„d (m. 230H), Ibn Abi Syaybah (m. 235H) pernah

mengembara ke Basrah dan mengambil riwayat daripada syaykh-syaykh.247

Ketokohan Ibn Abi Syaybah (m. 235H) diiktiraf dalam bidang hadith kerana

hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau direkodkan di dalam karya-karya utama

hadith terutama al-Kutub al-Sittah. Imam Muslim (m. 261H) banyak meriwayatkan

hadith daripada beliau iaitu sebanyak 1540 buah hadith.248

Ibn Abi Syaybah meninggal

dunia pada bulan Muharram tahun 235H.249

Di antara karya-karya beliau ialah, al-

241 Abu Bakr „Abd al-Razzaq bin Hammam al-San„ani (1972/1392), op. cit., j. 5, h. 420-423. 242 ibid, h. 423-426. 243 ibid, h. 426-428. 244 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 11, h. 122; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 16, h. 52, No. Biografi 3526; Al-

Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 4, h. 182, No. Biografi 4554. 245 Ibn Abi Syaybah (2004/1425), op. cit., h. 27. (Muqaddimah) 246 ibid, j. 16, h. 35-39. 247 Antara lain beliau mengambil riwayat daripada Ahmad bin Ishaq al-Hadrami, Ahmad bin „Abd al-Malik bin Waqid al-Harrani,

Ahmad bin al-Mufaddal al-Hafari, Hammad bin Khalid al-Khayyat, Abi Dawud Sulayman bin Dawud al-Tayalisi dan ramai lagi. Lihat, al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 16, h. 35-39; Muhammad bin Sa„d (1968M), op. cit., j. 6, h. 413. 248 Lihat, Ibn Abi Syaybah (2004/1425), op. cit., j. 1, h. 63. (Muqaddimah) 249 Lihat, ibid,, h. 30.

Page 60: Download (1848Kb)

60

Musannaf, al-Tarikh, Kitab al-Iman dan Kitab al-Adab.250

Selain itu, terdapat karya-

karya beliau yang lain dalam pelbagai bidang.251

1.5.2.1 Al-Musannaf Ibn Abi Syaybah

Nama penuh kitab ini ialah al-Musannaf fi al-Ahadith wa al-Athar. Al-Musannaf

ini muncul selepas al-Musannaf karya „Abd al-Razzaq al-San„ani (m. 211H). Apabila

dilihat kepada bilangan kitab antara dua karya ini. Al-Musannaf Ibn Abi Syaybah dilihat

lebih besar daripada al-Musannaf „Abd al-Razzaq al-San„ani. Al-Musannaf Ibn Abi

Syaybah mengandungi empat puluh (40) kitab manakala al-Musannaf „Abd al-Razzaq

mengandungi dua puluh sembilan (29) kitab. Begitu juga dengan jumlah riwayat yang

terdapat di dalam dua karya ini. Al-Musannaf Ibn Abi Syaybah mengandungi 38,938

riwayat252

manakala al-Musannaf „Abd al-Razzaq mengandungi 21,199 riwayat seperti

mana yang dinyatakan sebelum ini.

Walau bagaimanapun kandungan riwayat di al-Musannaf Ibn Abi Syaybah

adalah bervariasi, sama seperti al-Musannaf „Abd al-Razzaq. Kandungan riwayat

tersebut bercampur-campur antara hadith marfu„, mawquf dan maqtu„. Bagi cetakan al-

Salafiyyah, bilangan riwayat mengikut klasifikasi ini adalah seperti jadual di bawah :253

Bil. Klasifikasi Hadith Bilangan

1. Marfu„ 7,915

2. Mawquf 11,050

3. Maqtu„ 17,259

Jumlah 36,224

Jadual 2.0

250 Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 206-207. 251 Antaranya al-Musnad, al-Tafsir, al-Awa‟il, Thawab al-Qur‟an, al-Sunnah, al-Maghazi, al-Rad „ala Abi Hanifah, al-Fitan, al-Jamal, Siffin, al-Futuh, al-Ahkam, al-Sunan, al-Zakah, Fada„il al-Qur‟an, al-Zuhd, al-„Ayn, al-Kuna dan al-Asyribah. Lihat, Ibn

Abi Syaybah (2004/1425), op. cit., j. 1, h. 72-99. (Muqaddimah) 252 Terdapat perbezaan bagi setiap suntingan (tahqiq) dan penerbitan. Sebagai contoh, bagi cetakan Dar al-Taj, Beirut sebanyak 37,943 riwayat, manakala bagi cetakan Salafiyyah, Kaherah sebanyak 36,224 riwayat dan cetakan Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, Beirut

sebanyak 37,930 riwayat. Lihat, Ibn Abi Syaybah (2004/1425), op. cit., j. 1, h. 351. 253 ibid, h. 270.

Page 61: Download (1848Kb)

61

Berdasarkan Jadual 2.0, jurang perbezaan antara hadith marfu„ dengan hadith

mawquf dan maqtu„ begitu ketara.

1.5.2.2 Kitab al-Maghazi

Kitab al-Maghazi di dalam al-Musannaf Ibn Abi Syaybah merupakan antara

karya awal dalam perihal maghazi di dalam kitab hadith selain daripada Kitab al-

Maghazi di dalam al-Musannaf „Abd al-Razzaq dan Sahih al-Bukhari. Walau

bagaimanapun isi kandungan Kitab al-Maghazi di dalam al-Musannaf Ibn Abi Syaybah

didakwa lebih luas skopnya berbanding Kitab al-Maghazi di dalam al-Musannaf „Abd

al-Razzaq al-San„ani dan Sahih al-Bukhari.254

Kitab al-Maghazi ini terletak selepas

Kitab al-Rad „ala Abi Hanifah255

dan sebelum Kitab al-Fitan.256

Permulaan bab di

dalam kitab ini pula dimulai dengan Bab Ma Zukira fi Abi Yaksum wa Amr al-Fil257

dan

diakhiri Bab Ma Ja‟a fi Laylah al-„Aqabah.258

1.5.3 Muhammad bin Isma„il al-Bukhari (m. 256H) – Sahih al-Bukhari.

Sebagai seorang ulama‟ yang masyhur seantero dunia, nama penuh al-Bukhari

(m. 256H) ialah Muhammad bin Isma„il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah.259

Kunyah dan laqab beliau ialah Abu „Abd Allah al-Bukhari al-Ju„fi. Beliau dilahirkan

selepas solat pada hari Jumaat,260

bulan Syawal tahun 194H.261

Beliau memulakan

pengajian hadith seawal kurang dari sepuluh tahun. Memulakan pengembaraan mencari

254 Muhammad Qasim Zaman (1996), op. cit., h. 3. 255 Ibn Abi Syaybah (2004/1425), op. cit., j. 13, h. 80-195. 256 ibid, j. 14, h. 5-231. 257 ibid, j. 13, Kitab al-Maghazi, h. 196. 258 ibid, h. 500. 259 Lafaz ini mempunyai beberapa sebutan dan ejaan, selain Bardizbah terdapat lafaz lain seperti, Yazdhibah, Yazdizbah, Badhidhbih, Bardizabah, Badhirbah dan Badhduzbah. Namun begitu, Ibn Hajar al-„Asqalani (m. 852H) dan kebanyakan kitab-kitab

rijal, mendahulukan lafaz Bardizbah. Lihat, Ahmad bin „Ali bin Hajar al-„Asqalani (2001/1421), Hadi al-Sari Muqaddimah Fath al-

Bari, c. 1, al-Riyad : Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah Athna‟ al-Nasyr, h. 501. Selepas ini disebut Hadi; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 12, h. 391-392; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 430-431, No. Biografi 5059; Al-

Salihi (1996/1417), op. cit., j. 2, h. 243-244; Abi al-„Abbas Syams al-Din bin Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan

(t.t.), op. cit., j. 4, h. 188; al-Subki (t.t.), op. cit., j. 2, h. 212. 260 Abi al-„Abbas Syams al-Din bin Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan (t.t.), op. cit., j. 4, h. 190. 261 al-„Asqalani (2001/1421), Hadi. op. cit., h. 501; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 12, h. 391-392; Al-Salihi (1996/1417),

op. cit., j. 2, h. 243-244; al-Subki (t.t.), op. cit., j. 2, h. 212.

Page 62: Download (1848Kb)

62

ilmu dan hadith seawal usia enam belas tahun.262

Kisah pengembaraan al-Bukhari (m.

256H) ini tidak perlu penulis perincikan kerana ia telah dinyatakan dengan jelas dan

menyeluruh oleh ulama‟-ulama‟ silam dan semasa di dalam karya masing-masing.263

Hasil pengembaraan al-Bukhari (m. 256H), beliau berjaya belajar dan

meriwayatkan hadith daripada ramai syuyukh di serata pelusuk tempat utama Daulah

Islam ketika itu. Syuyukh beliau berada di merata tempat seperti di Bukhara, Naysabur,

Baghdad, Basrah, Kufah, Makkah, Madinah, Mesir, Syam dan sebagainya.264

Bagi

mengesahkan tentang jumlah sebenar syuyukh beliau, al-Bukhari (m. 256H) pernah

berkata sebulan sebelum kematian beliau;

“Saya telah menulis daripada lapan puluh ribu (80,000) orang

yang tiada apa-apa padanya kecuali mereka meriwayatkan

hadith. Mereka semua berkata, iman itu adalah perkataan dan

perbuatan, ia bertambah dan berkurangan.”265

Manakala ramai pula yang mengambil riwayat daripada beliau, contohnya Abu

„Isa al-Tirmidhi, Abu Hatim, Ibrahim bin Ishaq al-Harbi, Abu Bakr bin Abi Dunya, Abu

Bakr Ahmad bin „Amru bin „Abi „Asim, Salih bin Muhammad Hazarah dan ramai

lagi.266

Al-Mizzi (m. 742H) telah menyenaraikan nama-nama murid al-Bukhari (m.

256H) dengan panjang lebar yang disusun mengikut abjad.267

Al-Imam al-Bukhari (m.

256H) telah menulis banyak karya dalam pelbagai bidang.268

Masih banyak lagi sumbangan-sumbangan al-Bukhari (m. 256H) kepada dunia

Islam dalam pengkaryaan ilmu Islam khususnya bidang hadith. Beliau mendapat

262 Maklumat ini berdasarkan perbualan Muhammad bin Abi Hatim dengan al-Bukhari (m. 256H) sendiri. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 439-440. 263 Antaranya lihat, Abu Bakr Kafi (2000/1421), Manhaj al-Imam al-Bukhari fi Tashih al-Ahadith wa Ta„liluha min Khilal Jami„ al-

Sahih, c. 1, Bayrut : Dar Ibn Hazm, h. 44-46. 264 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 12, h. 394-395. 265 ibid, h. 395. 266 ibid, h. 397; 267 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 434-436. 268 Antara karya-karya beliau ialah, al-Jami„ al-Sahih, al-Adab al-Mufrad, al-Tarikh al-Kabir, al-Tarikh al-Awsat, al-Tarikh al-

Saghir, Khalq Af„al al-„Ibad, al-Rad „ala al-Jahmiyyah, al-Jami„ al-Kabir, al-Musnad al-Kabir, al-Asyribah, al-Hibah, Asami al-Sahabah al-Wihdan, al-Mabsut, al-Mu‟talif wa al-Mukhtalif, al-„Ilal, al-Kuna, al-Fawa‟id, Qadaya al-Sahabah wa al-Tabi„in, Raf„

al-Yadayn fi al-Solah, al-Qira‟ah Khalf al-Imam, Bir al-Walidayn dan al-Du„afa‟. Lihat, Abu Bakr Kafi (2000/1421), op. cit., h. 53-

54.

Page 63: Download (1848Kb)

63

pengiktirafan semua ulama‟ di segenap pelusuk negara Islam dahulu dan sekarang.

Pengiktirafan ini bukan sahaja dari sudut ketinggian ilmu, bahkan dari segi akhlak,

wara„, ibadah, zuhud beliau dan sebagainya.269

Sebelum kematian al-Bukhari (m.

256H), „Abd al-Wahid bin Adam al-Tawawisi berkata,

“Beberapa hari sebelum kematian al-Bukhari, aku telah melihat

Rasulullah di dalam mimpi bersama kumpulan para sahabat.

Lalu aku memberi salam dan baginda membalasnya. Kemudian

aku bertanya kepada baginda, apakah yang membuat engkau

berada di sini? Baginda menjawab, aku sedang menunggu

Muhammad bin Isma„il al-Bukhari.”270

Maka pada tanggal malam Sabtu selepas solat Isyak ketika umat Islam

menyambut „Id al-Fitri bersamaan 1 Syawal tahun 256H, al-Imam al-Bukhari (m. 256H)

menghembuskan nafas akhirnya. Pemergian al-Bukhari ini setelah beliau berusia 62

tahun.271

Jenazah beliau telah dikebumikan selepas solat Zohor pada Hari Raya „Id al-

Fitri.272

Beliau meninggal di sebuah tempat di Samarqand yang bernama Khartank.273

1.5.3.1 Al-Jami‘ al-Sahih

Nama penuh kitab ini adalah al-Jami„ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min

Umur Rasuli Allah Salla Allah „Alayh wa Sallam wa Sunanih wa Ayyamih.274

Secara

ringkas, al-Jami„ al-Sahih mengandungi 97 buah kitab dan 3,450 bab yang merangkumi

semua isu dalam Islam275

termasuk al-Sirah al-Nabawiyyah. Berkaitan jumlah hadith di

dalam al-Jami„, terdapat beberapa pandangan yang berbeza, antaranya ada pendapat

mengatakan jumlah keseluruhan hadith di dalam Sahih al-Bukhari ialah 7,275 hadith

269 Bagi mengetahui sejauh mana pujian para ulama‟ dan ketinggian ilmu serta akhlak, wara„ dan zuhud beliau. Lihat, ibid, h. 47-52. 270 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 465-467. 271 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 467; al-Subki (t.t.), op. cit., j. 2, h. 232; Abi al-„Abbas Syams al-Din bin Ahmad

bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan (t.t.), op. cit., j. 4, h. 190. 272 ibid. 273 Abi al-„Abbas Syams al-Din bin Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan (t.t.), op. cit., j. 4, h. 191. 274 Mahmud al-Tahhan (1996/1417), op. cit., h. 97. 275 Abu Bakr Kafi (2000/1421), op. cit., h. 58.

Page 64: Download (1848Kb)

64

termasuk hadith yang berulang. Jumlah sebenar hadith tanpa pengulangan lebih kurang

4,000.276

Pendapat lain mengatakan jumlah keseluruhan ialah 8,397 hadith termasuk yang

berulang. Jumlah ini tidak termasuk hadith mu„allaq, mawquf dan mutaba„at. Jadi,

jumlah sebenar tanpa pengulangan adalah 2,602 hadith.277

Hadith-hadith yang

terkandung di dalam al-Jami„ al-Sahih adalah hadith yang telah disaring daripada

jumlah yang amat banyak. Al-Bukhari (m. 256H) memberitahu;

Saya telah menulis kitab (al-Sihah) itu selama enam belas (16)

tahun yang mana saya telah keluarkan [hadith-hadith itu]

daripada 600,000 ribu hadith. Dan saya menjadikannya sebagai

hujjah di antara saya dan Allah.278

Proses pengumpulan hadith dan riwayat yang dilakukan oleh al-Bukhari (m.

256H) telah dibahas dan dibincangkan dengan lebih detail oleh ulama‟ silam dan

semasa. Begitu juga sanjungan dan pujian para ulama‟ terhadap beliau.

1.5.3.2 Kitab Manaqib al-Ansar dan Kitab al-Maghazi

Kitab Manaqib al-Ansar terletak di antara Kitab Fada‟il Ashab al-Nabi s.a.w.279

dan Kitab al-Maghazi. Manakala Kitab al-Maghazi terletak di antara Kitab Manaqib al-

Ansar280

dan Kitab al-Tafsir.281

Sebagai mana dijelaskan sebelum ini, penulis memilih

Kitab Manaqib al-Ansar dan Kitab al-Maghazi adalah kerana berkaitan rapat dengan

susunan bab-bab di dalam kitab ini yang menepati jujukan kronologi sebagai mana

peristiwa. Kitab al-Maghazi dengan jelas disusun mengikut kronologi peristiwa sebenar

berlaku. Manakala bagi Kitab Manaqib al-Ansar pula susunan kronologi berlaku pada

276 Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud bin Ahmad al-„Ayni (2001/1421), „Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, j. 1, c. 1,

Bayrut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, h. 4. (Muqaddimah) 277 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 237. 278 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 449. Riwayat daripada al-Dhahabi tidak menyatakan jumlah 600,000 hadith.

Lihat, Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 12, h. 405. 279 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., h. 296-306. 280 ibid, h. 307-322. 281 ibid, h. 366-432.

Page 65: Download (1848Kb)

65

tiga puluh tiga (33) bab-bab terakhir kitab tersebut. Susunan abwab di dalam Kitab al-

Maghazi pula secara umum mengikut aturan kronologi yang sebenar peperangan yang

berlaku dan berakhir dengan Peperangan Tabuk. Seterusnya diikuti dengan bab

peristiwa kewafatan Nabi s.a.w.

Sepanjang penelitian penulis, susunan seperti ini tidak terdapat di dalam karya-

karya hadith yang lain. Ia memberi satu nilai tambah terhadap karya al-Imam al-Bukhari

(m. 256H) di samping kualiti hadith yang dinukilkan di dalamnya. Ketepatan

mendapatkan maklumat sejarah yang autoriti dan benar akan meningkatkan kualiti dan

mutu fakta sejarah berkenaan.

1.7 Kesimpulan

Perkembangan periwayatan dan penulisan al-Sirah al-Nabawiyyah yang melalui

beberapa peringkat sehinggalah ia menjadi satu bentuk penulisan yang khusus di dalam

karya-karya para ulama‟. Variasi penyusunan dalam karya-karya sejarah dan hadith

dapat memberi gambaran tentang kepelbagaian pemikiran, metode, kefahaman dan

fakta sejarah yang disusun oleh para sarjana, cendikiawan dan ulama‟ muktabar Islam.

Variasi ini dapat memberi input kepada kita tentang maklumat dan fakta sejarah

khususnya al-Sirah al-Nabawiyyah.

Page 66: Download (1848Kb)

66

.: BAB DUA :. PERBANDINGAN METODOLOGI

MU‟ARRIKHUN DAN MUHADDITHUN

TERHADAP RIWAYAT SEJARAH

Page 67: Download (1848Kb)

67

BAB DUA : PERBANDINGAN METODOLOGI MU’ARRIKHUN DAN

MUHADDITHUN TERHADAP RIWAYAT SEJARAH

2.1. Pengenalan

Pada bab sebelum, penulis telah membuat sorotan terhadap perkembangan

riwayat sejarah. Ia merangkumi beberapa peringkat perkembangan, iaitu peringkat

penyebaran dan pengumpulan, peringkat pengumpulan dan penulisan dan peringkat

penyusunan di dalam karya. Pada bab ini, penulis telah mengenal pasti beberapa elemen

dan metodologi tokoh-tokoh berkenaan terhadap periwayatan dan penulisan riwayat

sejarah.

2.2 Metodologi Mu’arrikhun Peringkat Penyebaran dan Pengumpulan

Pada peringkat ini, kebanyakan tokoh yang dinyatakan di atas tidak mempunyai

manhaj yang khusus di dalam penyebaran dan pengumpulan riwayat yang berbentuk

sejarah. Cuma di sana terdapat beberapa kaedah atau manhaj yang ditimbulkan hasil

daripada gaya dan corak periwayatan dan nukilan yang dibuat oleh mereka. Para sarjana

telah meneliti dan mengenal pasti terdapat beberapa elemen dan bentuk-bentuk tertentu

dalam periwayatan dan penulisan riwayat sejarah bagi tokoh-tokoh yang terlibat pada

peringkat ini.

Secara umum, pada peringkat ini terdapat beberapa metodologi yang melibatkan

tokoh-tokoh yang berkenaan :

1. Ibn „Abbas (m. 78H) telah menyampaikan pengajaran beliau dalam pelbagai

variasi ilmu.282

Maka para tabi„in r.h. selepas itu menggabungkan hasil

282 Lihat riwayat „Ata‟ bin Abi Rabah tentang pengajaran Ibn „Abbas r.a.;

Terjemahan : “... Sesungguhnya Ibn „Abbas akan duduk untuk satu hari, lalu tiada apa yang ajarkannya melainkan fiqh, satu hari

untuk ta‟wil, satu hari untuk maghazi, satu hari untuk syair dan satu hari untuk ayyam al-„arab,...” Lihat, Muhammad bin Sa„d

(1968M), op. cit., j. 2, h. 368.

Page 68: Download (1848Kb)

68

pengajaran dari para sahabat r.a. ini dalam riwayat dan nukilan mereka. Ini jelas

dilihat daripada cara „Urwah bin Zubayr (m. 94H), Wahb bin Munabbih (m.

120H) dan lain-lain memasukkan ayat-ayat al-Quran dan syair-syair Arab di

dalam riwayat mereka.283

Tetapi Wahb bin Munabbih (m. 120H) dilihat ekstrem

dalam nukilan syair-syair yang mana diambil daripada orang-orang kafir.284

2. Pada peringkat awal, kaedah periwayatan kisah-kisah dan peristiwa adalah

melalui disiplin hadith285

dengan mengambil daripada sumber yang sahih dan

autentik.286

3. Sesetengah tokoh dilihat berhati-hati dalam membawa riwayat dan mereka

memastikan supaya riwayat yang dinukilkan benar-benar sah. Sebagai contoh

„Urwah bin Zubayr (m. 94) sangat berwaspada dengan riwayat yang dibawa.

Sekiranya beliau syak terhadap maklumat yang diriwayatkan, beliau akan

menggunakan lafaz yang berbeza. Contohnya di dalam Tarikh al-Tabari,

„Urwah (m. 94) menyatakan;

...والذي نفسي بيده: أن رسول اهلل صلى اهلل عليو وسلم، قال فزعموا

Terjemahan : ...mereka menyangka bahawa Rasulullah s.a.w.

berkata : Demi diri di tanganNya... 287

4. Selain itu, manhaj Wahb bin Munabbih (m. 120H) begitu berbeza dalam

menukilkan riwayat yang berkisar tentang sirah dan maghazi. Beliau dilihat

tidak membezakan antara riwayat yang dinukilkan sama ada ia adalah sirah,

maghazi, kisah para nabi a.s., Bani Isra‟il, sejarah Yaman dan sebagainya.

Beliau juga dikenal pasti agak keterlaluan apabila memasukkan unsur-unsur

283 Wan Yahya Wan Ahmad (1992), op. cit., h. 28. 284 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 194. 285 ibid., h. 189. 286 Sebagai contoh, antara sumber „Urwah bin Zubayr adalah dari kalangan keluarganya sendiri termasuk ayahnya, ibu saudaranya „A‟isyah r.a., Usamah bin Zayd r.a., „Abd Allah bin „Amru bin al-„As r.a., Abu Dhar r.a. dan sebagainya. Lihat, Wan Yahya Wan

Ahmad (1992), op. cit., h. 28. 287 al-Tabari, (t.t.), Tarikh. op. cit.. j. 2 h. 423.

Page 69: Download (1848Kb)

69

khayalan, mitos purba kala dan seumpamanya di dalam tulisan beliau. Jadi,

uslub beliau berbeza dengan al-uslub al-tarikhi termasuk gaya bahasa

muhaddithin.288

5. Walaupun „Urwah bin Zubayr (m. 94) antara tokoh terawal mempelopori

periwayatan sirah dan maghazi ini, namun begitu beliau tidak membuat

penjernihan terhadap tarikh dan masa sesuatu peristiwa. Justeru, riwayat-riwayat

yang dinukilkan tidak dinyatakan tarikh sebenar peristiwa yang berlaku.289

Pada peringkat ini, tumpuan khusus telah dibuat oleh tokoh-tokoh berkenaan

bagi periwayatan dan penulisan riwayat sejarah. Justeru, kelangsungan legasi kelompok

ini dapat dilihat pada kelompok seterusnya di peringkat seterusnya.

2.3 Metodologi Mu’arrikhun Peringkat Pengumpulan dan Penulisan

Apabila periwayatan kisah-kisah sejarah mula tersebar dan diwujudkan satu

pengajian khusus. Lalu muncul beberapa tokoh yang telah dinyatakan di atas membuat

beberapa pembaharuan dalam meriwayatkan kisah-kisah sejarah ini. Kebanyakan tokoh-

tokoh pada peringkat ini adalah murid kepada tokoh-tokoh pada peringkat sebelum ini.

Mereka meriwayatkan hadith daripada tokoh-tokoh tersebut sama ada riwayat bersifat

sejarah atau riwayat hadith yang lain.

Di antara manhaj dan metodologi mu‟arrikhun pada peringkat ini ialah :

1. Lazimnya, kebanyakan mu‟arrikhun pada peringkat ini, memasukkan syair-syair

Arab di dalam riwayat mereka. Antara tokoh berkenaan seperti Asim bin „Umar

(m. 120H),290

„Abd Allah bin Abi Bakr bin Hazm (m. 135H)291

dan Musa bin

288 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 194-195. 289 Wan Yahya Wan Ahmad (1992), op. cit., h. 26. 290 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 199. 291 ibid, h. 207.

Page 70: Download (1848Kb)

70

„Uqbah (m. 141H).292

Manakala al-Zuhri (m. 124H) jarang menukilkan syair-

syair di dalam riwayat beliau.293

2. Kebanyakan tokoh pada peringkat ini meriwayatkan kisah dengan membawa

sanad yang penuh, tetapi kadang kala sebaliknya. Antaranya seperti Asim bin

„Umar (m. 120H) dan Abd Allah bin Abi Bakr bin Hazm (m. 135H).294

Al-Zuhri

(m. 124H) juga walaupun beliau komited dalam periwayatan,295

tetapi beliau

juga dilihat terlepas pandang dalam hal ini.296

Manakala Musa bin „Uqbah (m.

141H) pula lebih berhati-hati dengan membawa sanad yang lengkap,297

tetapi

beliau dikenal pasti menukilkan riwayat tanpa sanad.298

3. Beberapa tokoh telah membuat penambahbaikan terhadap riwayat-riwayat

diterima dengan menyusunnya mengikut kronologi peristiwa yang berlaku.

Orang yang pertama dilihat melakukan demikian ialah „Abd Allah bin Abi Bakr

bin Hazm (m. 135H)299

kemudian diikuti Musa bin „Uqbah (m. 141H).300

4. Ada di antara tokoh-tokoh pada peringkat ini melakukan pembaharuan dalam

periwayatan kisah. Misalnya, al-Zuhri (m. 124H) telah melakukan

penggabungan sanad daripada riwayat yang diambil daripada pelbagai

sumber.301

292 ibid, h. 211. 293 Muhammad bin Muhammad al-„Awaji (2009/1430), Marwiyyat al-Imam al-Zuhri fi al-Maghazi, c. 2, Madinah : „Imarah al-

Bahth al-„Ilmi, h. 158. 294 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 207. 295 Muhammad bin Muhammad al-„Awaji (2009/1430), op. cit., h. 158. 296 Muhammad Mohar Ali (1997/1417), op. cit., j. 1, h. 15. 297 „Allama Shibli Nu„mani (2000), op. cit., j. 1, h. 17; Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 211. 298 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 211. 299 Contoh riwayat tersebut ialah,

...أول غزوة غزاىا ودان. جميع ما غزا رسول اهلل صلى اهلل عليو وسلم بنفسو ستا وعشرين غزوة كان: عن عبد اهلل بن أيب بكر، قال

„Abd Allah bin Abi Bakr menyebut satu persatu peperangan yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. sebanyak dua

puluh enam (26) peperangan yang berakhir dengan Peperangan Ta‟if. Lihat, al-Tabari, (t.t.), Tarikh. op. cit., j. 3, h. 152-153. 300 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 211. 301 Contohnya, riwayat yang direkodkan di dalam Sahih al-Bukhari di dalam Kitab al-Maghazi berkaitan peristiwa Hadith al-Ifk

dalam matan yang panjang;

Page 71: Download (1848Kb)

71

Cara ini diakui oleh para ulama‟ sebagai satu reformasi yang menjadikan

periwayatan dengan menggabungkan isnad tanpa memotong riwayat tersebut

dan al-Zuhri (m. 124H) merupakan orang pertama melakukan demikian.302

Kaedah inilah yang membezakan al-Zuhri (m. 124H) dan guru beliau „Urwah

bin Zubayr (m. 94H) serta menjadikan riwayat beliau lebih mantap dan

komprehensif.303

5. „Asim bin „Umar (m. 120H) dan „Abd Allah bin Abi Bakr bin Hazm (m. 135H)

pula memasukkan pandangan peribadi mereka di dalam sesetengah riwayat bagi

menjelaskan motif sesuatu peristiwa itu berlaku.304

Ini jelas terkandung di dalam

kitab sejarah seperti Sirah Ibn Hisyam, Tarikh al-Tabari dan sebagainya.305

Hasil daripada pengumpulan dan penyusunan tokoh-tokoh ini, ia dapat

membantu generasi selepas itu untuk menyusun dan memuatkan di dalam karya

masing-masing. Ia menjadi tatapan umat Islam sehingga kini.

2.4 Metodologi Mu’arrikhun di Dalam Karya Sejarah

Setelah diperkenalkan tokoh-tokoh yang menghasilkan karya-karya sejarah pada

bab sebelum. Maka penulis mengenal pasti beberapa metodologi umum yang

diimplementasikan di dalam karya tokoh tersebut. Berikut adalah beberapa manhaj

tersebut :

ثين عروة بن الزب ي وسعيد بن المسيب وعلقمة بن وقاص وعب يد اللو بن عبد العن ابن شهاب قال ها زوج النب صلى لو بن عتبة بن مسعود حد عن عائشة رضي اللو عن

...عليو وسلم اللو

Terjemahan : Ibn Syihab berkata, „Urwah bin al-Zubayr, Sa„id bin al-Musayyab, „Alqamah bin Waqas dan „Ubayd Allah bin „Abd

Allah bin „Utbah bin Mas„ud telah menyampaikan kepada saya, daripada „A‟isyah r.a. isteri Nabi s.a.w.…

Lihat, al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 339, No. Hadith 4141. 302 Akram Diya‟ al-„Umari (1995/1416), op. cit., j. 1, h. 55. 303 M. M. A„zami (2000), Studies in Early Hadith Literature, t. c. Kuala Lumpur : Islamic Book Trust, h. 280. 304 Josef Horovitz (Januari 1928), op. cit., h. 33. 305 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam al-Ma„afiri (1998/1418), al-Sirah al-Nabawiyyah, j. 1, c. 1, Riyad : Maktabah al-

„Ubaykan, h. 52; al-Tabari, (t.t.), Tarikh. op. cit., j. 2, h. 363-364; al-Bayhaqi, (1988/1408), op. cit., j. 2, h. 450.

Page 72: Download (1848Kb)

72

1. Seperti mana tokoh-tokoh sebelum ini, penulisan riwayat sejarah di dalam karya

juga dimasukkan bersama syair-syair Arab306

dan ayat-ayat al-Quran. Nukilan

ini banyak terdapat di dalam tulisan Ibn Ishaq (m. 151H)307

dan al-Waqidi (m.

207H).308

Ibn Ishaq (m. 151H) juga mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang

dinukilkan mengikut pendapat beliau sendiri.309

2. Tumpuan terhadap sanad sesuatu riwayat tidak diberi perhatian sepenuhnya

sehingga terdapat riwayat-riwayat yang dimasukkan secara munqati„ dan ini

banyak berlaku di dalam tulisan Ibn Ishaq (m. 151H). Manakala bagi al-Waqidi

(m. 207H), walaupun beliau membawa sesetengah riwayat dengan sanad yang

lengkap, namun beliau sering menukilkan riwayat tanpa sanad dan memulakan

riwayat dengan lafaz, ( ...قالوا ).310

3. Berbeza dengan al-Tabari (m. 310H), beliau memberi tumpuan sepenuhnya

terhadap sanad bagi riwayat-riwayat yang dinukilkan. Tetapi kandungan tulisan

beliau mengandungi riwayat-riwayat bercampur dan kontradik antara satu sama

lain. Ini berlaku kerana semakan terhadap kandungan riwayat yang direkodkan

tidak disaring dengan diteliti. Namun beliau memastikan setiap riwayat yang

dinukilkan mempunyai sanad yang lengkap.311

Kesan ini jelas dinyatakan oleh

al-Tabari (m. 310H) di dalam permulaan tulisan beliau.312

306 Isu ini menjadi perbincangan berkaitan kualiti syair-syair Arab di dalam karya-karya sejarah terutama al-Sirah al-Nabawiyyah. Lihat, W. „Arafat, (1958), “Early Critics of the Authenticity of the Poetry of the “Sira”,” Bulletin of the School of Oriental and

African Studies, University of London, v. 21, b. 1/3, Cambridge : Cambridge University Press, h. 453-463. 307 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 267. 308 ibid, h. 290. 309 Antara contoh riwayat sedemikian ialah mengenai kisah Peperangan Badr. Lihat, Muhammad bin Ishaq bin Yasar al-Matlibi al-

Madani (2004/1424), op. cit., h. 314-315. 310 Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 288. 311 Muhammad Fathi „Uthman (1992), al-Madkhal ila al-Tarikh al-Islami, t.c., Lubnan : Dar al-Nafa‟is, h. 167. 312 Al-Tabari (m. 310H) menyatakan di awal tulisan beliau di dalam Tarikh al-Tabari;

Apa yang terdapat di dalam kitab saya ini adalah sebahagian daripada cerita orang pada masa yang lalu. Di antara kisah-kisah

tersebut akan menyebabkan pembacanya berasa benci dan pendengarnya merasa jelik. Disebabkan dia (pembaca dan pendengar)

tidak dapat menerima kisah tersebut sebagai cerita yang sahih atau sesuatu yang hakikat. Ketahuilah, sesungguhnya kisah-kisah tersebut bukan datang daripada kami, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikan kepada kami. Kami telah

meriwayatkannya seperti mana yang disampaikan kepada kami.

Page 73: Download (1848Kb)

73

4. Kepakaran dalam meneliti sumber sejarah dilihat dengan cara yang berbeza oleh

sesetengah mu‟arrikhun. Oleh yang demikian, al-Waqidi (m. 207H) telah

mengambil inisiatif meneliti tempat lokasi peristiwa yang berlaku di samping

mengambil riwayat-riwayat daripada pelbagai sumber. Di dalam Masadir al-

Sirah al-Nabawiyah wa Taqwimuha, Prof. Dr. Faruq Hamadah313

telah memetik

kata-kata al-Waqidi (m. 207H) berhubung perkara ini;

“Aku tidak akan berjumpa dengan anak-anak para sahabat dan

anak para syuhada‟ atau hamba mereka melainkan aku

bertanya; Adakah kamu mendengar daripada ahli keluargamu

yang memberitahu tentang pertempuran dan tempat terkorban

[ahli peperangan]. Jika mereka memberitahuku, aku akan pergi

ke tempat kejadian sehingga aku dapat melihatnya sendiri. Aku

telah pergi ke al-Muraysi„ dan telah melihatnya [tempat

kejadian]. Tidak ada peperangan yang aku ketahui melainkan

aku pergi ke tempat itu sehingga aku dapat lihat [tempat

kejadian] sendiri.”314

Ibn Sayyid al-Nas (m. 734H) juga menukilkan satu riwayat berkaitan perkara

tersebut;

Harun al-Farawi telah berkata, “Saya melihat al-Waqidi di

Makkah sambil membawa rikwah (bekas air daripada kulit).”

Lalu saya bertanya, “Kamu mahu ke mana?” Al-Waqidi

menjawab, “Saya mahu menuju ke Hunayn untuk melihat

tempat dan kedudukan lokasi tersebut.”315

Justeru, jelas di sini bahawa metodologi kelompok mu‟arrikhun sama ada di

dalam penulisan atau periwayatan mempunyai manhaj tersendiri. Sebagai mana kita

maklum, fokus kelompok ini lebih kepada pengkisahan bahan sejarah yang diperolehi.

Jadi, tumpuan mereka terhadap sumber dan sanad riwayat tidak diberi tumpuan yang

jitu dan khusus, sama ada dari sudut sambungan sanad ataupun kualiti perawi.

Lihat, al-Tabari, (t.t.), Tarikh. op. cit., j. 1, h. 8. 313 Profesor Dr. Faruq Hamadah merupakan profesor di Universiti Muhammad al-Khamis, Maghribi. Beliau mendapat ijazah peringkat sarjana dan doktof falsafah di Universiti al-Azhar. Antara karya beliau ialah, Manhaj al-Islami fi Jarh wa Ta„dil Dirasah

Manhajiyyah fi „Ulum al-Hadith, Dalil al-Raghibin ila Riyad al-Salihin dan sebagainya. Lihat, BSM.60/98 : Penilai Luar Untuk

Perlantikan ke Kursi, dan Perlantikan / Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Kanan, Profesor, Reader dan Profesor Madya yang Dicadangkan Bagi Pelbagai Jawatan Akademik, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 4. 314 Faruq Hamadah (2004), Masadir al-Sirah al-Nabawiyah wa Taqwimuha, c. 1, Dimasyq : Dar al-Qalam, h. 95. 315 Ibn Sayyid al-Nas (t.t.), „op. cit., j. 2, h. 68-69.

Page 74: Download (1848Kb)

74

2.5 Metode Muhaddithun Terhadap Riwayat Sejarah di Dalam Karya

Setelah dilakukan beberapa sorotan yang jelas pada bab sebelum. Penulis telah

mengenal pasti beberapa elemen yang penting bagi metodologi muhaddithun terhadap

riwayat sejarah di dalam karya hadith. Elemen-elemen ini telah dikenal pasti adalah; (1)

pemilihan sumber riwayat (rawi al-a„la), (2)kronologi abwab dan (3) kandungan

riwayat sejarah.

Karya-karya yang terlibat adalah seperti mana dimaklumkan pada bab sebelum

iaitu, al-Musannaf karya „Abd al-Razzaq al-San„ani (m. 211H), al-Musannaf karya Ibn

Abi Syaybah (m. 235H) dan Sahih al-Bukhari karyaMuhammad bin Isma„il al-Bukhari

(m. 256H).

2.5.1 Metodologi „Abd al-Razzaq al-San„ani (m. 211H) – al-Musannaf

Penilaian terhadap al-Musannaf oleh al-San‟ani adalah pada Kitab al-Maghazi

sahaja, di mana ia menepati indikator ciri-ciri riwayat sejarah yang menjadi skop kajian

penulis seperti mana dijelaskan pada bab sebelum.

2.5.1.1 Pemilihan Sumber Riwayat (Rawi al-A‘la)

Berkaitan rawi al-a„la, „Abd al-Razzaq (m. 211H) menukilkan daripada

pelbagai sumber khususnya para sahabat r.a. termasuk isteri Rasulullah s.a.w. Banyak

riwayat yang dinukilkan daripada penyaksi asal kisah contohnya, kisah tentang hijrah

Rasulullah s.a.w. di dalam [Bab] Hijrah al-Rasul s.a.w., beliau menukilkan riwayat

tersebut daripada „A‟isyah r.a.,316

begitu juga dengan riwayat tentang peristiwa Hadith

al-Ifk.317

316 ibid, h. 388, No. Hadith 9743. 317 ibid, h. 410, No. Hadith 9748.

Page 75: Download (1848Kb)

75

Di samping itu, di dalam bab peperangan Badar,318

terdapat juga riwayat

daripada sahabat r.a yang terlibat dengan peristiwa tersebut iaitu „Ikrimah bin Abu Jahl

r.a. (m. 15H).319

Walaupun pada ketika peristiwa tersebut berlaku, „Ikrimah r.a. masih

lagi kafir tetapi beliau terlibat secara langsung dengan peristiwa berkenaan. Terdapat

juga riwayat-riwayat yang diambil bukan daripada penyaksi asal kisah tersebut.

Selain itu di dalam [Bab] Man Asar al-Nabi s.a.w. Min Ahl Badr terdapat satu

riwayat yang menggabungkan dua rawi al-a„la sedangkan kedua-duanya tidak terlibat

dengan peristiwa tersebut.320

Mereka adalah Qatadah (m. 117H atau 118H)321

dan

„Uthman al-Jazari (t.t.m.).322

Kedua perawi ini adalah tabi„in dan sudah tentu bukan

sebagai penyaksi asal bagi kisah di atas.

2.5.1.2 Kronologi Abwab

Apabila diteliti pada susunan abwab Kitab al-Maghazi, pada peringkat awal

susunan adalah mengikut kronologi seperti mana di dalam karya-karya al-sirah. Ini

dapat dilihat pada sepuluh bab yang pertama di antara Bab Ma Ja‟a fi Hafr Zamzam dan

[Bab] Dhikr Ba„d Ma Yata„allaq bi al-Isra‟.323

318 ibid, h. 348, No. Hadith 9727. 319 Nama sebenar „Ikrimah ialah „Amru bin Hisyam bin al-Mughirah bin „Abd Allah bin „Umar bin Makhzum al-Qurasyi al-

Makhzumi. Kunyah beliau ialah Abu „Uthman. Beliau merupakan anak kepada Abu Jahl atau kunyah asal beliau Abu al-Hakam.

Gelaran Abu Jahl diberi oleh Rasulullah s.a.w. sendiri bagi menggambarkan kejahilannya terhadap Islam. Ikrimah memeluk Islam selepas peristiwa Fath al-Makkah dan syahid dalam Peperangan Yarmuk ketika pemerintahan Saydina „Umar bin al-Khattab pada

tahun 15H. Lihat, al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 20, h. 247, No. Biografi 4003. 320 Abu Bakr „Abd al-Razzaq bin Hammam al-San„ani (1972/1392), op. cit., j. 5, h. 352, No. Hadith 9728. 321 Beliau ialah Qatadah bin Di„amah bin „Aziz bin „Amru bin al-Harith bin Sadus. Qatadah dilahirkan pada tahun 60H. Beliau

mengambil riwayat daripada Anas bin Malik, Budayl bin Maysarah al-„Uqayli, Sa„id bin al-Musayyab, „Amru bin Dinar, „Imran bin

„Asim dan ramai lagi. Yahya bin Ma„in menilai beliau sebagai thiqah dan tergolong dalam kelompok tabi„in. Riwayat beliau diriwayatkan oleh majoriti ulama‟ hadith seperti al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibn Majah, al-Nasa’i dan al-Tirmidhi. Beliau

meninggal pada tahun 117H atau 118H dalam usia 56 tahun. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 23, h. 498-517, No.

Biografi 4848. 322 Beliau ialah „Uthman bin „Amru bin Saj al-Qurasyi. Kunyah beliau Abu Saj al-Jazari. Beliau mengambil riwayat daripada

Muhammad bin Ishaq, Ma„mar bin Rasyid, Ibn Syihab al-Zuhri (secara mursal) dan ramai lagi. Al-Nasa’i ada meriwayatkan hadith

beliau di dalam Sunan (Kitab al-Sawm) serta di dalam Kitab „Amal al-Yawm wa al-Laylah. Ibn Hibban memasukkan „Uthman di dalam kitab al-Thiqat. Ada pendapat yang menyatakan beliau da„if. „Uthman termasuk di dalam tabaqat kesembilan di kalangan

tabi„in. Tiada tarikh meninggal dinyatakan. Lihat, ibid, j. 19, h. 467-469, No. Biografi 3850. 323 Abu Bakr „Abd al-Razzaq bin Hammam al-San„ani (1972/1392), op. cit., j. 5, h. 313-330.

Page 76: Download (1848Kb)

76

Selepas itu, susunan bab di dalam Kitab al-Maghazi ini mula tidak teratur

dengan baik. Sebagai contoh, [Bab] Ghazwah al-Hudaybiyyah324

(Bab Peperangan al-

Hudaybiyyah) diletakkan lebih dahulu daripada [Bab] Waqa‟ah Badr325

(Bab

Peperangan Badar). Sedangkan Peperangan Badar berlaku pada bulan Ramadhan tahun

2H manakala Peperangan al-Hudaybiyyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 6H.326

Selain itu, [Bab] Ghazwah al-Fath327

(Bab Peperangan Pembukaan Makkah)

diletakkan lebih dahulu daripada [Bab] Waqa„ah Bi‟r Ma„unah328

(Bab Pertempuran

Bi‟r Ma„unah), [Bab] Man Hajara ila al-Habsyah329

(Bab Siapa yang Berhijrah ke

Habsyah) dan [Bab] Hijrah al-Rasul s.a.w.330

(Bab Hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah).

Sedangkan Fath al-Makkah berlaku pada bulan Ramadhan tahun 8H,331

manakala

Pertempuran Bi‟r Ma„unah berlaku pada bulan Safar tahun 2H iaitu 36 bulan selepas

hijrah.332

Peristiwa hijrah ke Habsyah dan hijrah ke Madinah pula berlaku pada

peringkat awal penyebaran Islam.

2.5.1.3 Kandungan Riwayat Sejarah

Ma„mar bin Rasyid (m. 153H) merupakan antara sumber utama „Abd al-Razzaq

(m. 211H) di dalam al-Musannaf. Oleh yang demikian, majoriti riwayat di dalam Kitab

al-Maghazi adalah bersumberkan daripada Ma„mar bin Rasyid (m. 153H).333

Selain itu, sepanjang penelitian penulis, terdapat qawl perawi yang

mengutarakan pendapat mereka berkaitan kisah berkenaan. Perkara sebegini biasanya

berlaku di dalam kitab-kitab sirah yang khusus seperti Sirah Ibn Ishaq, al-Maghazi

324 ibid, h. 330-344. 325 ibid, h. 347. 326 Abi al-Fida‟, Isma„il bin Kathir (1403H), op. cit., h. 128 & 184. 327 Abu Bakr „Abd al-Razzaq bin Hammam al-San„ani (1972/1392), op. cit., j. 5, h. 374. 328 ibid, h. 383. 329 ibid, h. 384. 330 ibid, h. 388. 331 Isma„il bin Kathir Abi al-Fida‟ (1403H), op. cit., h. 195. 332 Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992/1412), op. cit., h. 413. 333 Harald Motzki (1991), op. cit., h. 3.

Page 77: Download (1848Kb)

77

karya al-Waqidi (m. 207H) dan karya-karya masyhur lain. Di antara contoh qawl

berkenaan adalah daripada Ma„mar bin Rasyid (m. 153H) sendiri.

،صحاب الصوامع كانوا يومئذ مسلمنيوأحسب أن أ: قال معمر

Terjemahan : Ma„mar berkata : Saya berpendapat ahli rumah

ibadat itu tergolong di kalangan orang-orang Islam.334

Pendapat ini terkandung di dalam [Bab] Hadith Ashab al-Ukhdud.335

Selain itu,

riwayat-riwayat di dalam Kitab al-Maghazi bukan sahaja merangkumi tentang riwayat-

riwayat sirah nabawi, tetapi juga dimasukkan bersama riwayat berkaitan peristiwa

selepas kewafatan Nabi s.a.w. Contohnya, peristiwa pelantikan Abu Bakr al-Siddiq r.a.

sebagai khalifah336

dan peristiwa pembunuhan „Umar bin al-Khattab r.a. oleh Abu

Lu‟lu‟ah.337

Ini termasuk kisah-kisah umat terdahulu seperti mana yang dinyatakan di

atas.

2.5.2 Metodologi Ibn Abi Syaybah (m. 235H) – al-Musannaf

Seperti mana al-Musannaf oleh al-San„ani (m. 211), kitab yang dinilai di dalam

al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaybah adalah pada Kitab al-Maghazi juga bagi mengenal

pasti metodologi terhadap riwayat sejarah berdasarkan elemen-elemen yang telah

dikenal pasti. Jumlah riwayat di dalam Kitab al-Maghazi ini lebih banyak dan lebih

besar berbanding riwayat di dalam Kitab al-Maghazi di dalam al-Musannaf oleh al-

San„ani (m. 211H)

2.5.2.1 Pemilihan Sumber Riwayat (Rawi al-A‘la)

Berkaitan dengan sumber riwayat atau rawi al-a„la pula, Ibn Abi Syaybah (m.

235H) mengambil daripada pelbagai sumber sama ada penyaksi asal kisah tersebut atau

334 Abu Bakr „Abd al-Razzaq bin Hammam al-San„ani (1972/1392), op. cit., j. 5, h. 421. 335 ibid, h. 420-423. 336 ibid, h. 439-447. 337 ibid, h. 474-480.

Page 78: Download (1848Kb)

78

sebaliknya. Berdasarkan pemerhatian penulis, terdapat beberapa riwayat yang diambil

daripada penyaksi asal kisah berkenaan. Sebagai contoh, riwayat tentang peristiwa

Rasulullah s.a.w. berhijrah dari rumah Abu Bakr r.a. diambil daripada riwayat Asma‟

bint Abi Bakr r.a. sendiri.338

Begitu juga berkaitan riwayat dalam Peperangan Badar,

terdapat riwayat yang diambil daripada „Umar bin al-Khattab r.a. sendiri.339

Walaupun

begitu, terdapat juga riwayat di dalam bab yang sama diambil daripada riwayat bukan

penyaksi asal atau diriwayatkan secara mursal. Antaranya kisah yang diriwayatkan oleh

„Ubaydah al-Salmani (m. 73H atau 74H),340

Sa„id bin al-Musayyab (m. 94H),341

al-

„Ayzar bin Hurayth (m. akhir abad pertama hijrah)342

dan ramai lagi.

Pada bab-bab lain, terdapat juga riwayat yang diambil daripada para tabi„in iaitu

bukan penyaksi asal kisah tersebut. Contohnya riwayat berkaitan hijrah Rasulullah

s.a.w. ke Madinah yang diriwayatkan oleh „Umayr bin Ishaq343

(t.t.m.),344

manakala

bagi kisah berkaitan penurunan wahyu pertama, „Abd Allah bin Syaddad bin al-Had345

(m. 82H).346

Selain itu, terdapat juga sumber asal riwayat diambil daripada perawi yang

mubham. Ini menyebabkan sukar untuk ditentukan dengan tepat sumber asal bagi kisah

tersebut. Contohnya seperti berikut;

338 Ibn Abi Syaybah (2004/1425), op. cit., j. 13, h. 237, No. Hadith 37605. 339 ibid, h. 269, No. Hadith 37681. 340 ibid, h. 271-272, No. Hadith 37683. 341 ibid, h. 277-278, No. Hadith 37696 342 ibid, h. 269, No. Hadith 37679. 343 Beliau ialah „Umayr bin Ishaq al-Qurasyi. Kunyah beliau adalah Abu Muhammad dan mawla kepada Bani Hasyim. Beliau mengambil riwayat daripada al-Hasan bin „Ali bin Abi Talib, „Amru bin al-„As, Marwan bin al-Hakam, al-Miqdad bin al-Aswad,

Abu Hurayrah dan lain-lain. Yahya bin Ma„in menilai beliau sebagai thiqah manakala al-Nasa‟i menilai beliau sebagai laysa bihi

ba‟s. Ibn Hibban pula memasukkan nama „Umayr di dalam al-Thiqat. Al-Bukhari meriwayatkan hadith beliau di dalam al-Adab al-Mufrad dan al-Nasa‟i meriwayatkan hadith di dalam karyanya. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 22, h. 369-371, No.

Biografi 4512; 344 Ibn Abi Syaybah (2004/1425), op. cit., j. 13, Kitab al-Maghazi, h. 237, No. Hadith 37606. 345 „Abd Allah bin Syaddad bin al-Had juga dikenali dengan nama Usamah bin „Amru bin „Abd Allah bin Jabir. Beliau mengambil

riwayat daripada al-„Abbas bin „Abd al-Mutalib, „Abd Allah bin Ja„far bin Abi Talib, „Abd Allah bin al-„Abbas, „Abd Allah bin

„Umar dan ramai lagi. Abu Zur„ah dan al-Nasa’i menilai beliau sebagai thiqah. Ramai dalam kalangan muhaddithin mengambil hadith riwayat „Abd Allah bin Syaddad. Beliau meninggal pada tahun 82H. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 15, h.

81-85, No. Biografi 3330. 346 Ibn Abi Syaybah (2004/1425), op. cit., j. 13, Kitab al-Maghazi, h. 205, No. Hadith 37551.

Page 79: Download (1848Kb)

79

Ja„far bin „Awn telah menyampaikan kepada kami, daripada

Sufyan, daripada Abi Ishaq, daripada „Amru bin Maymun,

daripada „Abd Allah bahawa Nabi s.a.w. bersabda…347

Dapat dilihat di sini bahawa sumber asal bagi riwayat di dalam Kitab al-

Maghazi agak bercampur-campur antara penyaksi kisah atau sebaliknya. Bahkan pada

pandangan penulis, riwayat-riwayat yang dinukil dengan rawi al-a„la yang mubham

akan mengurangkan kualiti riwayat sebagai satu sumber sejarah.

2.5.2.2 Kronologi Abwab

Susunan kronologi di dalam Kitab al-Maghazi ni lebih kemas berbanding Kitab

al-Maghazi di dalam al-Musannaf „Abd al-Razzaq. Tetapi kadang kala terdapat

beberapa bab yang disusun tidak mengikut jujukan peristiwa. Sebagai contoh, bab

berkaitan hijrah ke Madinah348

diletakkan lebih dahulu daripada bab berkaitan hijrah ke

Habsyah.349

Selain itu, Bab Ghazwah Bani Lihyan350

(Peperangan Bani Lihyan) diletakkan

selepas Bab Ghazwah al-Hudaybiyyah351

(Peperangan al-Hudaybiyyah). Sedangkan

Pertempuran Bani Lihyan berlaku pada bulan Rabi„ al-Awwal tahun 6H, tetapi

Peperangan al-Hudaybiyyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun yang sama.352

Manakala Bab Ghazwah Dhi Qarad353

(Pertempuran Dhi Qarad) diletakkan selepas

Fath Makkah, Ghazwah Mu‟tah (Peperangan Mu‟tah) dan Ghazwah Hunayn

(Peperangan Hunayn). Walaupun Pertempuran Dhi Qarad berlaku pada tahun 7H,354

347 ibid, h. 265-266, No. Hadith 37674.

348 Tajuk penuh bab itu ialah (ما قالوا ف مهاجر النب عليو السالم وأيب بكر وقدوم من قدم). Lihat, ibid, h. 237-245.

349 Tajuk penuh bab ini ialah (ما جاء ف البشة وأمر النجاشي وقصة إسالمو). Lihat, ibid, h. 254-257.

350 ibid, h. 354-355. 351 ibid, h. 326-354. 352 Isma„il bin Kathir Abi al-Fida‟ (1403H), op. cit., h. 177 & 184. 353 Ibn Abi Syaybah (2004/1425), op. cit., j. 13, Kitab al-Maghazi, h. 436-442. 354 Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992/1412), op. cit., h. 497.

Page 80: Download (1848Kb)

80

manakala Fath Makkah, Peperangan Mu„tah, Peperangan Hunayn berlaku pada tahun

8H pada bulan yang berbeza.355

2.5.2.3 Kandungan Riwayat Sejarah

Apabila diteliti pada kandungan riwayat di dalam Kitab al-Maghazi ini. Kita

dapati fokus huraian Ibn Abi Syaybah (m. 235H) adalah berkaitan kisah-kisah

peperangan atau maghazi. Huraian yang beliau berikan berkaitan peperangan adalah

panjang dan terperinci. Sebagai contoh, riwayat berkaitan Peperangan Badar mencecah

sehingga tiga puluh dua (32) halaman dengan 111 buah riwayat.356

Skop perbahasan tentang al-Ghazawat (Peperangan) memberi nilai tambah ke

atas karya Ibn Abi Syaybah (m. 235H) ini berbanding karya sebelumnya seperti al-

Musannaf „Abd al-Razzaq yang menukilkan riwayat dengan ringkas sesuatu peristiwa

yang berkaitan peperangan. Manakala huraian al-Imam al-Bukhari (m. 256H) di dalam

Sahih juga tidak sebanyak riwayat yang dinukilkan oleh Ibn Abi Syaybah (m. 235H).357

Pada pandangan penulis, mengunggulkan nukilan tentang al-ghazawat dalam

Kitab al-Maghazi bagi al-Musannaf Ibn Abi Syaybah berbanding Kitab al-Maghazi di

dalam Sahih al-Bukhari adalah dinilai dari sudut bilangan riwayat yang banyak dan

skop yang lebih luas. Bukan dinilai dari sudut kualiti dan kekuatan riwayat tersebut

sama ada pada sanad atau matan.

Walaupun riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh Ibn Abi Syaybah (m. 235H)

di dalam Kitab al-Maghazi lebih tertumpu kepada al-ghazawat, namun apa yang

dilakukan beliau ini adalah untuk menyempurnakan apa yang telah dilakukan oleh

„Abd al-Razzaq al-San„ani di dalam Kitab al-Maghazi bagi al-Musannaf „Abd al-

355 Isma„il bin Kathir Abi al-Fida‟ (1403H), op. cit., h. 193-204. 356 Riwayat tersebut adalah dari nombor 37648 hingga 37738. Lihat, Ibn Abi Syaybah (2004/1425), op. cit., j. 13, Kitab al-Maghazi, h. 258-289. 357 Sulayman al-Rahili (1416/1417), “al-Tarikh „Inda Ibn Abi Syaybah,” Majallah al-Jami„ah al-Islamiyyah, b. 103-104, al-Madinah

al-Munawwarah : al-Jami„ah al-Islamiyyah, h. 569.

Page 81: Download (1848Kb)

81

Razzaq. Jadi, di dalam Kitab al-Maghazi bagi Al-Musannaf Ibn Abi Syaybah, tidak

terdapat bab dan riwayat tentang peristiwa Pertempuran Bani al-Nadir. Ini kerana di

dalam al-Musannaf „Abd al-Razzaq nukilan berkaitan Pertempuran Bani Nadir358

telah

direkodkan dengan jelas dan terperinci.359

2.5.3 Metodologi Muhammad bin Isma„il al-Bukhari (m. 256H) – Sahih al-

Bukhari.

Sebagai salah satu kitab hadith yang masyhur, Sahih al-Bukhari akan dinilai

pada sebahagian akhir Kitab Manaqib al-Ansar dan keseluruhan Kitab al-Maghazi.

Penulis tidak akan menilai dari sudut kesahihan hadith atau kedudukan riwayat sejarah

yang terkandung di dalam kitab ini. Penilaian hanya dibuat dari sudut-sudut yang

berkaitan elemen sejarah bagi mengenal pasti metode dan manhaj beliau terhadap

periwayatan dan penyusunan riwayat-riwayat berbentuk sejarah.

2.5.3.1 Pemilihan Sumber Riwayat (Rawi al-A‘la)

Kaedah al-Bukhari (m. 256H) dalam membawa riwayat-riwayat yang bersifat

sejarah adalah menepati pengambilan sumber sejarah yang sebenar. Al-Bukhari (m.

256H) telah mengambil riwayat daripada sumber yang asal iaitu daripada sahabat r.a.

yang mengalami atau terlibat secara langsung dalam peristiwa berkenaan dan menurut

Dr. Akram Diya‟ al-Umari, kaedah yang diaplikasikan oleh al-Bukhari (m. 256H) ini

menepati kaedah yang digunakan dalam historiografi moden.360

Contohnya, al-Bukhari

(m. 256H) mengambil riwayat tentang peristiwa Hadith al-Ifk daripada „A‟isyah bint

Abu Bakr r.a. sendiri.361

Manakala bagi kisah Asma‟ memotong tali pinggang beliau

358 Abu Bakr „Abd al-Razzaq bin Hammam al-San„ani (1972/1392), op. cit., j. 5, Kitab al-Maghazi, h. 357-363. 359 Sulayman al-Rahili (1416/1417), op. cit., h. 570. 360 Akram Diya‟ al-„Umari (1995), op. cit., j. 1, h. 19 361 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 339, No. Hadith 4141.

Page 82: Download (1848Kb)

82

untuk mengikat makanan semasa peristiwa Hijrah al-Rasul s.a.w. juga diambil daripada

Asma‟ bint Abu Bakr r.a. sendiri.362

Dalam hal ini, manhaj ini bukan sahaja diaplikasikan dalam riwayat-riwayat

berbentuk sejarah, malah al-Bukhari (m. 256H) juga menggunakan kaedah yang sama

pada riwayat-riwayat di dalam bab yang lain. Ini dapat dilihat pada hadith tentang

turunnya Surah al-Munafiqun,363

dan Surah al-Jum„ah. 364

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa riwayat yang diambil daripada perawi

yang tidak terlibat secara langsung dengan peristiwa berkenaan. Contohnya, di dalam

Kitab al-Maghazi, hadith pertama di dalam bab ke-29.365

Perawi pertama atau rawi al-

a„la bagi hadith ini adalah daripada Abu Hurayrah r.a.366

Pertempuran al-Raji dan Bi‟r

Ma„unah berlangsung selepas Peperangan Uhud,367

manakala Abu Hurayrah r.a. pula

memeluk Islam di antara Peperangan al-Hudaybiyyah atau Peperangan Khaybar.368

Perbahasan lanjut berkaitan hal ini akan dibincangkan di dalam bab yang seterusnya.

2.5.3.2 Kronologi Abwab

Abwab yang dikaji di dalam Kitab Manaqib al-Ansar bermula daripada bab ke-

20 iaitu Bab Tazwij al-Nabi s.a.w. Khadijah wa Fadluha r.a.369

hingga akhir kitab (ke-

53) iaitu Bab Islam Salman al-Farisi r.a.370

Manakala bagi Kitab al-Maghazi, ia dimulai

dengan Bab Ghazwah al-„Usyayrah (aw al-„Usayrah)371

dan berakhir dengan Bab Kam

362 ibid, Kitab Manaqib al-Ansar, h. 319, No. Hadith 3907. 363 Al-Bukhari (m. 256H) mengambil hampir kesemua riwayat tentang surah ini daripada Zayd bin Arqam r.a. Lihat, ibid, Kitab al-

Tafsir, h. 420-421, No. Hadith 4900, 4901, 4902, 4903, 4904 dan 4906. 364 Al-Bukhari (m. 256H) mengambil riwayat daripada Jabir bin „Abd Allah al-Ansari r.a. Lihat, ibid, Kitab al-Tafsir, h. 420, No.

Hadith 4899. 365 Judul bab ini agak panjang iaitu;

( ي ب وأصحابو باب غزوة الرجيع ورعل وذكوان وبئر معونة وحديث عضل والقارة وعاصم بن ثابت وخب ). Lihat, ibid, Kitab al-Maghazi, h. 334.

366 ibid, Kitab al-Maghazi, h. 334, No. Hadith 4086. 367 Kedua-dua pertempuran ini berlangsung pada tahun kedua hijrah atau lebih tepat lagi pada bulan Safar, tiga puluh (30) bulan

selepas hijrah. Lihat, Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992/1412), op. cit., h. 413. 368 Ahmad bin „Ali bin Hajar al-„Asqalani (1992/1412), al-Isabah. op. cit., j. 7, h. 434. 369 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 310. 370 ibid, Kitab Manaqib al-Ansar,h. 322. 371 ibid, Kitab al-Maghazi, h. 322.

Page 83: Download (1848Kb)

83

Ghazza al-Nabi.372

Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, secara general susunan

abwab di dalam Kitab al-Maghazi disusun mengikut kronologi sebenar sebagai mana

kitab-kitab sirah dan maghazi lain.

Justeru, aturan abwab yang dibawa oleh al-Bukhari (m. 256H) di dalam Kitab

al-Maghazi dilihat menepati susunan yang dilakarkan oleh sejarawan Islam terawal dan

terkemudian. Hasil usaha al-Bukhari (m. 256H) menghasilkan satu karya sejarah di

dalam karya hadith memberi satu implikasi dan kesan, bahawa kedua-dua manhaj dan

metodologi ini dapat disatukan dan dijana bagi menghasilkan penulisan sejarah yang

anjal, komprehensif dan universal.

2.5.3.3 Kandungan Riwayat Sejarah

Sebagai mana kita lihat di dalam al-Jami„ al-Sahih, al-Bukhari (m. 256H)

menukilkan riwayat-riwayat yang dikemukakan tanpa apa-apa tambahan pandangan

beliau sendiri di dalam riwayat berkenaan. Kadang kala ia memerlukan penjelasan

lanjut bagi sesetengah riwayat bagi memahami kandungan riwayat berkenaan. Sebagai

contoh hadith di dalam Bab Dhikr Hudhayfah bin al-Yaman al-„Absi r.a.;

Isma„il bin Khalil telah menyampaikan kepada kami bahawa

Salamah bin Raja‟ mengkhabarkan kepada kami bahawa

daripada Hisyam bin „Urwah daripada bapanya daripada

„A‟isyah r.a. katanya : Sewaktu Peperangan Uhud sedang

berlangsung, kaum musyrikin telah mengalami kekalahan yang

nyata. Lalu Iblis pun menjerit; Wahai hamba-hamba Allah,

[lihat] di belakang kalian. Maka pasukan hadapan kembali ke

belakang dan berperang dengan pasukan di belakang.

Hudhayfah melihat bapanya berada di tempat tersebut. Lalu

beliau menjerit; Wahai hamba-hamba Allah, ayahku, ayahku.

„A‟isyah berkata, mereka tidak membiarkannya sehingga

membunuhnya. Hudhayfah berkata, semoga Allah memberi

ampunan kepada kamu semua. Ayahku berkata, demi Allah,

pada diri Hudhayfah itu sentiasa ada saki baki kebajikan

372 ibid, h. 366.

Page 84: Download (1848Kb)

84

daripada kejadian itu sehingga beliau bertemu Allah „Azza wa

Jalla.373

Frasa yang telah digarishitamkan adalah daripada lafaz asal matan hadith yang

terkandung di dalam Kitab al-Maghazi. Apabila dibaca sepintas lalu, tentu kita akan

faham bahawa individu yang dimaksudkan di dalam frasa tersebut adalah bapa kepada

„A‟isyah r.a. kerana „A‟isyah r.a. merupakan rawi al-a„la bagi hadith ini. Tetapi,

menurut Ibn Hajar (m. 852H), frasa “Ayahku berkata...” ( قال أيب) diucapkan oleh

Hisyam bin „Urwah dan kalimah „ayahku‟ itu merujuk kepada bapa Hisyam iaitu

„Urwah bin Zubayr (m. 94H). Lafaz bagi riwayat ini374

diriwayatkan oleh „Urwah bin

Zubayr (m. 94H) secara mursal.375

Bagi penulis, secara umumnya pada sesetengah

riwayat dan hadith, penjelasan lanjut daripada pakar dan ulama‟ berautoriti perlu dilihat

bagi memahami kandungan Sahih al-Bukhari atau karya-karya hadith yang lain.

2.6 Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas, di sini penulis dapat membuat beberapa

kesimpulan berkaitan metode al-Musannaf Abd al-Razzaq al-San„ani, al-Musannaf Ibn

Abi Syaybah dan al-Bukhari (m. 256H) berkaitan riwayat-riwayat sejarah. Pertama,

riwayat di dalam al-Musannaf Abd al-Razzaq dan al-Musannaf Ibn Abi Syaybah agak

bercampur-campur antara penyaksi asal kisah atau sebaliknya. Bahkan riwayat-riwayat

yang terkandung di dalam al-Musannaf Ibn Abi Syaybah lebih variasi dengan

mengandungi hadith marfu‟, mawquf dan maqtu‟.

Ini berbeza dengan metode al-Bukhari (m. 256H) yang mana beliau mengambil

riwayat-riwayat sejarah daripada sahabat r.a. yang terlibat secara langsung dengan

373 ibid, Kitab Manaqib al-Ansar, h. 310, No. Hadith 3824.

374 Riwayat yang dimaksudkan ialah potongan daripada hadith di atas iaitu; ( ها بقية خي حت لقي اللو عز قال أيب ف واللو ما زالت ف حذي فة من Lihat, ibid, h. 310, No. Hadith 3824 .(وجل

375 Ahmad bin Hajar al-„Asqalani (2001/1421), Fath al-Bari bi Syarh Sahih Abi „Abd Allah Muhammad bin Isma„il al-Bukhari, j. 7,

c.1, Riyad : Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, h. 173.

Page 85: Download (1848Kb)

85

peristiwa berkenaan. Ini meningkatkan lagi kualiti riwayat yang dinukilkan. Namun

begitu, terdapat juga riwayat-riwayat yang diambil daripada sahabat r.a. yang tidak

terlibat dengan peristiwa berkenaan, namun ia tidak sedikit pun mengurangkan kualiti

riwayat berkenaan. Penjelasan lanjut bagi metodologi al-Bukhari (m. 256H) terhadap

riwayat sejarah akan dibahaskan pada bab seterusnya.

Kedua, susunan kronologi peristiwa di dalam Kitab al-Maghazi bagi al-

Musannaf Abd al-Razzaq dan al-Musannaf Ibn Abi Syaybah tidak diberi tumpuan

khusus bagi kedua-dua tokoh ini. Walau bagaimanapun ia tidak mengurangkan autentik

riwayat di dalam karya ini kerana fokusnya berbeza dengan penulisan karya sejarah

khususnya sirah dan maghazi. Manakala, al-Bukhari (m. 256H) menyusun riwayat-

riwayat yang dinukilkan khususnya di dalam Kitab al-Maghazi adalah mengikut

susunan kronologi yang sebenar.376

Ketiga, dari sudut kandungan riwayat sejarah, al-Bukhari (m. 256H)

menukilkan riwayat tanpa apa-apa penambahan dan ulasan. Walaupun terdapat

beberapa penjelasan perlu dikenal pasti, beliau tetap tidak membuat apa-apa huraian dan

keterangan. Manakala, riwayat-riwayat maghazi di dalam Kitab al-Maghazi di dalam

al-Musannaf Ibn Abi Syaybah lebih banyak dan terperinci, namun kualiti riwayat di

dalam kitab ini perlu diteliti dan disaring kembali bagi mengesahkan kekuatan riwayat-

riwayat tersebut.

2.7 Perbezaan dan Persamaan Metodologi Muhaddithun dan Mu’arrikhun

Terhadap Riwayat Sejarah

Pada bahagian ini, penulis membuat pemerhatian dan penelitian terhadap

perbandingan muhaddithun dan mu‟arrikhun terhadap riwayat-riwayat yang bersifat

sejarah. Penulis telah mengenal pasti item-item yang penting untuk dinilai bagi

376 Penjelasan lanjut bagi isu kronologi di dalam Kitab al-Maghazi akan dibincangkan lebih lanjut pada bab seterusnya.

Page 86: Download (1848Kb)

86

menyiasat perbezaan dan persamaan antara dua kelompok ini. Antara item-item tersebut

ialah :

1. Kualiti Riwayat

2. Perawi Pertama (Rawi al-A„la)

3. Kronologi

4. Kandungan dan Penulisan Riwayat

Alasan pemilihan empat item di atas kerana ia adalah fokus terpenting dalam

pengkaryaan sejarah Islam. Selain itu, ia menepati ciri-ciri analisis dan pemprosesan

sumber berdasarkan historiografi moden.

2.7.1 Kualiti Riwayat

Bagi membuat perbandingan antara kelompok muhaddithun dan mu‟arrikhun

ini, isu yang menjadi fokus utama ialah sumber sejarah. Sumber dalam konteks kajian

ini adalah riwayat-riwayat yang diperolehi. Apabila membicarakan tentang sumber, ia

tidak boleh lari dari dua aspek, iaitu proses mendapatkan sumber dan proses menilai

sumber. Dalam ilmu sejarah moden, proses ini lebih dikenali dengan proses Heuristik377

dan proses Kritik.

Dalam konteks ini, konsep heuristik digunapakai sebagai usaha atau kegiatan

mencari dan mengumpulkan sumber dan bahan-bahan sejarah yang bertaburan.378

Jadi,

proses ini adalah proses mencari dan mendapatkan sumber dan riwayat sejarah. Usaha

ini dilakukan oleh para ulama‟ daripada kedua-dua kelompok mendapatkan riwayat dan

hadith-hadith sama ada tentang sirah dan maghazi atau tentang perkara lain. Bagi

golongan mu‟arrikhun sudah tentu fokus mereka kepada riwayat-riwayat berkaitan

377 Heuristik berasal dari Bahasa Greek iaitu heuriskein yang bermaksud mencari dan menemukan. Dalam Bahasa Latin disebut ars inveniendi bermaksud kesenian rekaan. Lihat, Abdul Rahman Haji Abdullah (2007), Pengantar Ilmu Sejarah, c. 5, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 70. 378 ibid, h. 70.

Page 87: Download (1848Kb)

87

sejarah khususnya sirah dan maghazi. Jadi, proses pencarian dan mendapatkan riwayat-

riwayat berkaitan tidak menjadi fokus kajian penulis kerana ia melibatkan usaha tokoh-

tokoh berkenaan mendapatkan riwayat dengan melakukan rehlah ilmiah, proses

pengajian, kaedah penerimaan riwayat dan sebagainya.

Manakala proses kritik pula melibatkan proses menilai dan menyaring sumber

yang diambil bagi mengesahkan kebenarannya dengan melihat sejauh mana ia menepati

ciri-ciri kisah yang benar atau sebaliknya. Mengikut pensejarahan barat, proses menilai

sumber mestilah melalui beberapa peringkat. Lazimnya, ia melibatkan dua peringkat

iaitu kritik luaran379

dan kritik dalaman.380

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah,

masalah kritikan sumber ini sebenarnya telah dijana terlebih dahulu oleh umat Islam.381

Ini adalah disebabkan oleh penyebaran hadith-hadith palsu sejak kurun pertama hijrah

lagi. Kaedah ini akan melalui dua proses juga iaitu pertama melalui kajian terhadap

sanad dan perawi. Kedua, melalui kajian matan atau kandungannya. Jadi, di sini boleh

diringkaskan, iaitu kajian terhadap sanad dan perawi boleh dibandingkan dengan kritik

luaran dalam pensejarahan moden. Manakala kajian terhadap matan dan kandungannya

boleh dibandingkan dengan kritik dalaman.382

Di sini dapat kita fahami bahawa kaedah kritikan sumber menurut pensejarahan

moden nampak lebih menyerupai kaedah yang digarap oleh ulama‟ Islam silam. Batu

asas yang ditanam oleh Rasulullah s.a.w. telah memberi impak kepada para sahabat r.a.

dan menjalar kuat di kalangan para tabi„in seterusnya generasi selepas itu. Jadi, di sini

379 Kritik Luaran bermaksud cara untuk menentukan ketulenan dan keaslian (authentic and genuine) sesuatu sumber sejarah. Sekiranya sumber sejarah berkenaan adalah palsu dan tiruan (fake and forgery) maka sumber dan bahan tersebut tidak akan dirujuk

sebagai sumber sejarah. Jadi, kritik luaran adalah untuk memastikan sama ada sesuatu sumber itu tulen tulen atau palsu dan asli atau

tiruan. Abdul Rahman Haji Abdullah (2007), Pengantar Ilmu Sejarah, c. 5, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 76. 380 Kritik Dalaman ialah menentuk kemunasabahan (credibility) atau kewarasan isi kandungan sesuatu sumber. Ini bagi memastikan

kandungan sumber itu benar, rasional atau logik. Mungkin keaslian dan ketulenan sumber itu diterima tetapi sekiranya

kandungannya tidak musabah atau tidak waras, tentunya sumber berkenaan tidak dijadikan sumber sejarah. Lihat, ibid, h. 81. 381 Menurut Arba‟iyah Mohd Nor, intelektual barat mendakwa mereka yang pertama sekali mencetuskan idea kritikan terhadap

sumber-sumber sejarah. Ia dipelopori oleh Leopold von Ranke pada abad ke-19. Timbul idea berkenaan setelah mereka melihat

tulisan-tulisan sejarah mereka telah bercampur aduk dengan kisah-kisah dongeng, mitos dan sebagainya. Lalu, mereka mendapati ulama‟ Islam telah lama mempraktikkan kritikan sejarah, lalu mereka mengkaji seterusnya mengaplikasi kaedah tersebut. Lihat,

Arba‟iyah Mohd Nor (2002), Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, c. 1, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 58-59. 382 Abdul Rahman Haji Abdullah (2007), op. cit., h. 86-87.

Page 88: Download (1848Kb)

88

dapat kita simpulkan bahawa kaedah penilaian hadith dan riwayat yang disusun oleh

ulama‟ silam adalah fleksibel, universal, integriti dan komprehensif.

2.7.2 Metodologi Muhaddithun dan Mu’arrikhun Dari Sudut Kualiti Riwayat

Sejarah

Apabila diteliti dari sudut kualiti riwayat-riwayat yang bersifat sejarah. Kita

dapat lihat perbezaan ketara antara dua kelompok ini. Ini kerana fokus masing-masing

berbeza menurut perspektif masing-masing. Perbezaan manhaj kedua-dua golongan ini

dapat dilihat daripada beberapa sudut iaitu :

1. Sambungan Sanad : Kesan ketara dapat dilihat pada sanad sesebuah riwayat

yang bersifat sejarah. Disebabkan fokus golongan mu‟arrikhun lebih

menumpukan perhatian terhadap kandungan riwayat berkenaan, maka mereka

tidak begitu menumpukan kepada sanad riwayat berkenaan. Lantaran itu, banyak

dilihat di dalam karya-karya sirah dan maghazi riwayat-riwayat yang mursal,

munqati„, mu„allaq dan sebagainya. Namun begitu terdapat pengecualian di

dalam sesetengah karya-karya sirah dan maghazi. Ini kerana ketelitian tokoh

berkenaan menilai riwayat-riwayat di dalam karya beliau.

Sebagai contoh, Maghazi Musa bin „Uqbah. Karya ini adalah karya yang sangat

ringkas kerana ketelitian Musa bin „Uqbah (m. 141H) meneliti sesebuah riwayat

menyebabkan kandungan riwayat di dalam maghazi beliau agak sedikit.383

Manakala bagi golongan muhaddithun, fokus lebih tertumpu kepada kekuatan

sanad dengan memastikan ittisal al-sanad sesebuah riwayat menepati garis

panduan yang telah ditetapkan. Ini dilihat di dalam karya-karya hadith yang

terawal seperti Musannaf Abd al-Razzaq al-San„ani dan Musannaf Ibn Abi

383 „Allama Shibli Nu„mani (2000), op. cit., j. 1, h. 17.

Page 89: Download (1848Kb)

89

Syaybah. Tetapi oleh kerana sesetengah muhaddithun tidak begitu teliti dalam

menilai dan menyaring riwayat yang dinukilkan mereka, maka terdapat

sesetengah riwayat yang tidak menepati ciri-ciri hadith sahih yang digariskan

oleh para ulama‟ hadith.

Justeru, titik pertemuan antara dua golongan ini adalah mereka menukilkan

riwayat-riwayat di dalam karya dan tulisan mereka adalah untuk menyebarkan

sirah Rasulullah s.a.w. kepada seluruh masyarakat. Namun begitu, fokus dan

penelitian kedua golongan ini adalah berbeza dari sudut sanad sesebuah riwayat.

Tetapi dalam masa yang sama terdapat metodologi sebilangan tokoh dari kedua-

dua kelompok saling bertemu antara satu sama lain. Sebagai contoh sikap Musa

bin „Uqbah (m. 141H) yang teliti dan cermat dalam menukilkan riwayat sirah

dan maghazi di dalam karya beliau.

2. Kualiti Perawi : Apabila diteliti dengan lebih mendalam, kita akan dapati

perbezaan antara kedua-dua golongan ini lebih jelas dengan meneliti dari sudut

kualiti sanad riwayat yang dimuatkan di dalam tulisan mereka. Kontradiksi

antara dua kelompok berlaku apabila dinilai perawi-perawi yang diambil riwayat

mereka. Seterusnya riwayat-riwayat berkenaan dimuatkan di dalam tulisan dan

karya-karya mereka yang memberi mafhum bahawa fokus kedua-dua golongan

ini adalah jelas berbeza. Pada pandangan penulis, kelompok mu‟arrikhun lebih

menumpukan perhatian kepada pengkisahan sejarah yang ingin dikisahkan.

Bahkan mereka juga menukilkan riwayat-riwayat daripada perawi-perawi yang

majhul dan tidak dikenali.

Justeru, tumpuan mereka terhadap kebolehpercayaan para perawi yang diambil

riwayat tidak diberi perhatian yang lebih jitu. Kesannya dapat dilihat di dalam

karya-karya sejarah khususnya sirah dan maghazi di mana wujud para perawi

Page 90: Download (1848Kb)

90

yang ditolak oleh ulama‟ hadith dalam meriwayatkan apa jua hadith. Sebagai

contoh riwayat daripada Sirah Ibn Hisyam yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq (m.

151H);

Ibn Ishaq berkata : Layth bin Abi Sulaym telah menyampaikan

kepadaku, bahawa daripada Syahr bin Hawsyab al-„Asy„ari,

daripada „Amru bin Kharijah katanya, „Attab bin Asid mengutus

aku untuk bertemu Rasulullah s.a.w...384

Di dalam riwayat di atas terdapat perawi yang dinukilkan oleh Ibn Ishaq (m.

151H) yang perlu dinilai iaitu Layth bin Abi Sulaym.385

Beliau merupakan

perawi yang banyak dikritik oleh ulama‟ jarh wa ta„dil.386

Riwayat daripada perawi yang majhul;

عت رسول اللو من ال أتم وحدثين : قال ابن إسحاق عن أيب ىري رة أنو قال س ...صلى اللو عليو وسلم

Terjemahan : Ibn Ishaq berkata : Orang yang tidak aku ragui

telah menyampaikan kepada aku bahawa daripada Abi Hurayrah

katanya; aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda...387

Berdasarkan riwayat di atas, jelas dilihat bahawa syaykh Ibn Ishaq (m. 151H)

tidak dinyatakan dengan jelas menyebabkan status hadith berkenaan dinilai

da„if.388

384 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 4, h. 216. 385 Beliau ialah Layth bin Abi Sulaym bin Zunaym. Kunyah dan laqab beliau adalah Abu Bakr al-Qurasyi al-Kufi. Beliau telah mengambil riwayat daripada Asy‟ath bin al-Sya„tha‟, Thabit bin „Ajlan, „Abd al-Rahman bin al-Qasim bin Muhammad bin Abi

Bakr al-Siddiq, „Ata‟ bin Abi Rabah, „Ikrimah mawla Ibn „Abbas, Muhammad bin Bisyr al-Hamdani, Syahr bin Khawsyab dan

ramai lagi. Manakala ramai individu yang mengambil riwayat daripada Layth bin Abi Sulaym, iaitu Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad al-Fazari, Dawud bin „Isa al-Nakha„i, Muhammad bin Fudayl bin Ghazwan, Ma„mar bin Rasyid dan ramai lagi. Ramai

di kalangan tokoh jarh wa ta„dil menda„ifkan Layth bin Abi Sulaym. Antaranya, Yahya bin Sa„id al-Qattan, Abu Zur„ah, Yahya bin

Ma„in, Ibn „Uyaynah, Ahmad bin Hanbal, Ibn Hibban dan lain-lain. Layth meninggal pada tahun 138H. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 279-288, No. Biografi 5017; Jamal al-Din Abi al-Farraj „Abd al-Rahman bin „Ali bin

Muhammad Ibn Jawzi (1986/1406), Kitab al-Du„afa‟ wa al-Matrukin, j. 3, c. 1, Bayrut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, h. 29, No.

Biografi 2815. 386 Antaranya Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Beliau [Layth] seorang mudtarib dalam hadith tetapi ramai orang mengambil

hadith daripada beliau.” Manakala menurut Ibn Hibban, apabila Layth telah meningkat tua beliau sering bercampur-campur dan

sering melakukan irsal al-sanad. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 282; Ibn Jawzi (1986/1406), op. cit., j. 3, h. 29. 387 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 4, h. 209. 388 ibid, h. 209.

Page 91: Download (1848Kb)

91

2.7.3 Perawi Pertama (Rawi al-A‘la)

Item perawi pertama atau rawi al-a„la ini dimasukkan adalah kerana ia berkait

rapat isu penting dalam pensejarahan, iaitu sumber sejarah. Sumber akan menentukan

sejauh mana kedudukan kisah berkenaan, sama ada ia benar atau sebaliknya.

Berdasarkan pensejarahan moden, sumber sejarah terdiri daripada dua bahagian iaitu,

sumber pertama (primary sources) dan sumber kedua (secondary sources).389

Lazimnya

sumber pertama lebih dikenali sebagai sumber primer, manakala sumber kedua dikenali

sebagai sumber sekunder.390

Pada umumnya, sumber pertama bermaksud keterangan daripada penyaksi atau

individu yang terlibat sendiri dalam sesuatu peristiwa. Manakala sumber kedua pula

sebaliknya individu yang tidak terlibat dan tidak menyaksikan peristiwa berkenaan.

Jelasnya, semakin banyak sumber pertama diambil maka semakin tinggi kemungkinan

untuk mencapai tahap kebenaran serta bermutu tinggi. Jika sebaliknya, kualiti sesuatu

sumber tersebut semakin kurang.391

Tumpuan terhadap rawi al-a„la adalah untuk mengenal pasti adakah perawi

pertama itu adalah penyaksi asal (sumber primer) kisah tersebut atau sebaliknya

(sumber sekunder). Jika tidak kualiti riwayat berkenaan perlu dinilai dengan jujur

kerana dibimbangi mengandungi unsur-unsur bias dan prejudis.392

2.7.4 Metodologi Muhaddithun dan Mu’arrikhun Dari Sudut Perawi Pertama

(Rawi al-A‘la)

Di antara perbezaan yang dapat dilihat antara kelompok muhaddithun dan

mu‟arrikhun adalah dengan meneliti rawi al-a„la atau perawi pertama. Jika kita meneliti

389 Abdul Rahman Haji Abdullah (2007), op. cit., h. 74. 390 Arba‟iyah Mohd Nor (2002), op. cit., h. 51. 391 Abdul Rahman Haji Abdullah (2007), op. cit., h. 74 & 75. 392 Isu prejudis tidak timbul kerana sekiranya periwayatan sekunder ini berlaku kepada sahabat r.a. kerana para sahabat r.a. diakui

secara keseluruhan adalah „adil.

Page 92: Download (1848Kb)

92

nukilan-nukilan para muhaddithun, mereka menekankan soal rawi al-a„la dengan

mengambil riwayat-riwayat daripada sumber primer bagi mengelak riwayat berkenaan

mengandungi ulasan dan kupasan dari individu yang tidak terlibat. Tetapi penekanan ini

bergantung kepada manhaj ulama‟ berkenaan sama ada mereka memberi fokus terhadap

isu ini. Ketelitian terhadap perawi pertama dapat dilihat pada sikap al-Bukhari (m.

256H) dalam mengambil sesebuah riwayat dan memastikan supaya riwayat yang

dinukilkan adalah daripada sumber pertama bukan sebaliknya. Ini akan memberi kualiti

yang tuntas terhadap riwayat-riwayat yang direkodkan di dalam karya beliau.

Walaupun begitu, wujud juga sebilangan riwayat di dalam karya-karya hadith

terawal yang mengandungi riwayat yang diambil daripada sumber kedua atau sumber

sekunder. Ini dapat kita lihat di dalam karya hadith seperti Musannaf „Abd al-Razzaq al-

San„ani dan Musannaf Ibn Abi Syaybah. Di dalam karya ini banyak dinukilkan riwayat-

riwayat secara maqtu„ iaitu riwayat daripada para tabi„in dalam membicarakan tentang

peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.

Memang diakui bahawa kredibiliti sesetengah perawi berkenaan berkaitan sirah

dan maghazi, namun penilaian harus dibuat dengan tekun kerana kefahaman terhadap

peristiwa tersebut agak berbeza dengan individu yang terlibat secara langsung dalam

peristiwa berkenaan. Riwayat sebegini banyak terdapat di dalam karya-karya

mu‟arrikhun khususnya sirah, maghazi, tarikh dan tabaqat seperti Sirah Ibn Ishaq,

Sirah Ibn Hisyam, Tarikh al-Rusul wa al-Muluk karya al-Tabari (m. 310H), Tabaqat Ibn

Sa„d dan lain-lain.

Ini sangat berbeza dengan cara muhaddithun khususnya al-Bukhari (m. 256H)

yang mana majoriti rawi al-a„la riwayat berkaitan sirah dan maghazi diambil daripada

penyaksi asal peristiwa tersebut.393

Sebagai contoh, kisah Asma‟ bint Abu Bakr r.a.

393 Akram Diya‟ al-„Umari (1995), op. cit., j. 1, h. 19.

Page 93: Download (1848Kb)

93

mengoyakkan tali pinggang beliau untuk membawa bekalan makanan Rasulullah s.a.w.

untuk berhijrah ke Madinah, diambil daripada Asma‟ r.a. sendiri. Begitu juga peristiwa

Hadith al-Ifk, diambil daripada „A‟isyah bint Abu Bakr r.a. sendiri walaupun ramai

yang terlibat dengan peristiwa berkenaan. Riwayat-riwayat seperti ini banyak didapati

di dalam Sahih al-Bukhari. Pada pandangan penulis, ketelitian al-Bukhari (m. 256H)

dalam mengambil sesebuah riwayat bukan sahaja dinilai dari sudut sanad dan matan,

bahkan dinilai dari sudut ketepatan kisah tersebut dengan mengambil riwayat kisah

berkenaan daripada orang yang terlibat atau melihat secara langsung peristiwa

berkenaan.

Dengan mengambil riwayat daripada sumber pertama, penilaian yang bias dan

berpihak dapat dielakkan. Ini kerana sekiranya pengambilan riwayat daripada sumber

kedua atau sekunder, ia akan menyebabkan pembawa kisah berkenaan mempunyai

penilaian tersendiri dan kebiasaan manusia mereka lazimnya berpihak atau dipengaruhi

oleh cara pemikiran dan kefahaman berbeza terhadap sesuatu peristiwa.394

2.7.5 Kronologi

Menurut Kamus Dewan, kronologi bermaksud susunan peristiwa (kejadian)

menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.395

Kronologi merupakan salah satu

elemen penting dalam pensejarahan moden. Ia sering digandingkan dengan ilmu

geografi dan keduanya digelar sebagai „dua biji mata sejarah‟ (two eyes of history).

Kronologi merupakan ilmu tentang hitungan atau susunan masa. Kronologi dianggap

sangat penting dalam pensejarahan kerana ia adalah berkait rapat dengan masa,

manakala geografi pula berkaitan dengan tempat. Tanpa kedua-duanya, sejarah akan

394 Abdul Rahman Haji Abdullah (2007), op. cit., h. 106-107. 395 Kamus Dewan, op. cit. h. 831.

Page 94: Download (1848Kb)

94

menjadi sesuatu yang kosong (vaccum) sahaja.396

Yakni, sejarah itu wujud tanpa masa

dan tempat tertentu.

2.7.6 Metodologi Muhaddithun dan Mu’arrikhun Dari Sudut Kronologi

Perbahasan mengenai kronologi ini sudah tentu lebih cenderung kepada

golongan mu‟arrikhun yang mementingkan jujukan kronologi yang tersusun dan teratur.

Ini jelas dilihat pada karya-karya sejarah Islam seperti, Sirah Ibn Ishaq, Sirah Ibn

Hisyam, Tarikh al-Rusul wa al-Muluk dan sebagainya. Berbeza dengan kelompok

muhaddithun, mereka tidak memberi perhatian yang serius terhadap kronologi peristiwa

di dalam karya masing-masing bahkan memasukkan riwayat-riwayat yang tidak ada

kena mengena dengan sirah dan maghazi di dalam kitab tersebut seperti kisah umat-

umat terdahulu dan sebagainya.397

Walaupun kelompok muhaddithun dilihat tidak memberi perhatian terhadap

jujukan kronologi, namun begitu al-Bukhari (m. 256H) telah menyusun sebuah kitab di

dalam Jami„ al-Sahih iaitu Kitab al-Maghazi. Di dalam kitab ini, beliau telah menyusun

setiap abwab mengikut susunan kronologi sebenar seperti mana karya-karya sirah dan

maghazi yang lain. Susunan yang cantik dan tersusun memberi nilai tambah kepada

riwayat-riwayat terkandung di dalamnya di samping kualiti riwayat yang disepakati

oleh para ulama‟. Perbincangan lanjut tentang kronologi di dalam Kitab al-Maghazi ini

akan dibahaskan pada bab seterusnya.

2.7.7 Kandungan dan Penulisan Riwayat

Item terakhir ini adalah hasil akhir proses penilaian sumber sejarah. Kandungan

juga dinilai bagi menentukan sejauh mana keabsahan sejarah yang ditulis dan dinukil.

396 Abdul Rahman Haji Abdullah (2007), op. cit., h. 96-97. 397 Contohnya di dalam al-Musannaf Abd al-Razzaq al-San„ani mengandungi bab-bab tentang umat terdahulu iaitu, [Bab] Hadith

Ashab al-Ukhdud, [Bab] Hadith Ashab al-Kahf dan [Bab] Bunyan Bayt al-Muqaddis. Lihat, Abu Bakr „Abd al-Razzaq bin

Hammam al-San„ani (1972/1392), op. cit., j. 5, h. 420-428.

Page 95: Download (1848Kb)

95

Mengikut pensejarahan moden, kandungan dan penulisan sejarah boleh dibahagikan

kepada dua konsep iaitu, konsep objektif dan konsep subjektif.398

Konsep objektif bermaksud persembahan penulisan sejarah secara tepat sebagai

mana ia berlaku. Maksudnya kandungan penulisan tidak mengandungi unsur

penambahan, pengadilan moral atau bias dan ia berdasarkan kepada fakta-fakta atau

sumber-sumber utama yang boleh dipercayai.399

Ia boleh dikatakan sebagai histoire-

realite iaitu sejarah sebagai mana ia terjadi.400

Manakala konsep subjektif pula

bermaksud sejarah yang ditulis dan dikisahkan (histoire-recite).401

Gaya penulisan ini

boleh menimbulkan bias dan berat sebelah yang kadang kala dilihat sebagai penulisan

sejarah yang agak ekstrem.402

Ini bermaksud, konsep ini mengandungi pandangan-

pandangan peribadi individu yang tidak terlibat dengan sesuatu peristiwa itu berlaku.

Lalu mereka memberi pendapat-pendapat yang kadang kala dilihat memihak dan

cenderung kepada pihak dan kumpulan tertentu.

Perhatian diberikan terhadap konsep bentuk penulisan dan nukilan riwayat-

riwayat sejarah. Ia dapat mengenal pasti kecenderungan muhaddithun dan mu‟arrikhun

dalam penulisan dan nukilan riwayat mereka sama ada condong terhadap konsep yang

bersifat objektif atau subjektif.

2.7.8 Metodologi Muhaddithun dan Mu’arrikhun Dari Sudut Kandungan dan

Penulisan Riwayat

Apabila membahaskan tentang kandungan dan penulisan riwayat sejarah

daripada kaedah muhaddithun dan mu‟arrikhun sudah tentu dapat dilihat perbezaan

yang sangat ketara antara kedua-dua kelompok ini. Nukilan-nukilan para mu‟arrikhun

398 Ishak Saat (2007), Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, c. 1, Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd., h. 4. 399 ibid, h. 4-5. 400 Abdul Rahman Haji Abdullah (2007), op. cit., h. 105. 401 ibid, h. 105 402 Ishak Saat (2007), op. cit., h. 12-13.

Page 96: Download (1848Kb)

96

mengandungi ulasan dan kupasan tokoh-tokoh yang diakui keilmuan mereka berkaitan

sirah dan maghazi. Tambahan ulasan ini lazimnya jarang sekali terdapat di dalam

nukilan para muhaddithun. Sebagai contoh, sebuah riwayat yang dinukilkan oleh Ibn

Ishaq (m.151H) di dalam Sirah Ibn Hisyam mengandungi ulasan yang dibuat oleh

„Asim bin „Umar bin Qatadah (m. 120H) dan „Abd Allah bin Abi Bakr bin Hazm (m.

135H) dalam satu riwayat dalam peristiwa Bay„ah al-„Aqabah berkaitan ucapan al-

„Abbas bin „Ubadah bin Nadlah al-Ansari r.a.403

(m. 2H);404

„Asim bin „Umar bin Qatadah berkata; “Demi Allah! Al-„Abbas

tidak berkata demikian melainkan untuk menguatkan ikatan

perjanjian mereka dengan Rasulullah s.a.w.”

„Abd Allah bin Abu Bakr pula berkata; “Al-„Abbas berkata

demikian agar kaum Ansar melewatkan pelaksanaan baiah pada

malam tersebut, dengan harapan majlis itu sempat dihadiri oleh

„Abd Allah bin Ubay bin Salul agar urusan kaum [Ansar]

menjadi lebih kuat.”405

Kedua-dua kupasan di atas boleh diandaikan benar kerana ia dilihat berdasarkan

perspektif yang berbeza serta keilmuan tokoh yang diakui kredibiliti mereka. Namun

begitu, ia tidak menggambarkan realiti sebenar tujuan ucapan al-„Abbas bin „Ubadah

r.a. (m. 2H) itu. Perbezaan ulasan ini adalah disebabkan kedua-dua tokoh ini tidak

berada di tempat kejadian berkenaan dan mereka berdua membuat kesimpulan mengikut

perspektif dan kajian masing-masing. Jadi, ini merupakan satu nukilan kisah sejarah

403 Beliau ialah al-„Abbas bin „Ubadah bin Nadlah bin Malik bin al-„Ajlan bin Zayd bin Ghanam bin Salim bin „Awf al-Ansari al-Khazraji. Beliau merupakan salah seorang daripada Ashab al-„Aqabah. Al-„Abbas telah menetap di Makkah sehingga Rasulullah

s.a.w. berhijrah dan beliau juga turut berhijrah ke Madinah. Jadi, beliau juga seorang Ansar kerana beliau penduduk tetap Madinah

dan juga Muhajirin kerana berhijrah bersama-sama Nabi s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Al-„Abbas telah syahid dalam Peperangan Uhud. Lihat, Ahmad bin „Ali bin Hajar al-„Asqalani al-Syafi„i (1992/1412), al-Isabah. op. cit., j. 3, h. 630. 404 Ucapan al-„Abbas bin „Ubadah r.a. (m. 2H) itu adalah riwayat daripada Asim bin „Umar bin Qatadah (m. 120H) iaitu, “Wahai

orang al-Khazraj! Adakah kamu semua tahu atas dasar apakah kamu membaiah lelaki ini? Mereka [Ansar] menjawab; Ya, kami tahu. Al-„Abbas bin „Ubadah berkata; Sesungguhnya kamu semua membaiah beliau untuk memerangi yang berkulit merah dan

berkulit hitam di kalangan manusia. Jika sekiranya kamu menganggap bahawa harta kamu akan habis itu sebagai musibah dan

kematian pemimpin-pemimpin kamu sebagai pembunuhan, maka menyerahlah sekarang. Demi Allah! Jika kamu melakukan demikian itulah kehinaan di dunia dan di akhirat. Jika sekiranya kamu yakin bahawa dengan menyahut seruannya kepada kamu,

walaupun ia akan mengurangkan harta kamu dan mengorbankan pemimpin-pemimpin di kalangan kamu, maka ambillah dia. Demi

Allah! Itulah kebaikan di dunia dan di akhirat. Mereka [Ansar] berkata; Kami mengambilnya walaupun ia akan mengurangkan harta kami dan mengorbankan pemimpin-pemimpin. Apakah yang akan kami dapat wahai Rasulullah jika kami melakukan perkara

tersebut? Baginda menjawab; Syurga. Mereka [Ansar] berkata; Hulurkanlah tanganmu. Rasulullah menghulurkan tangan baginda,

lalu mereka [Ansar] membaiah baginda.” Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 1, h. 52; al-Tabari, (t.t.), Tarikh. op. cit., j. 2, h. 363-364; al-Bayhaqi (1988/1408), Dala‟il. op. cit., j. 2, h. 450. 405 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 1, h. 52; al-Tabari, (t.t.), Tarikh. op. cit., j. 2, h. 363-364; al-

Bayhaqi (1988/1408), Dala‟il. op. cit., j. 2, h. 450.

Page 97: Download (1848Kb)

97

yang bersifat subjektif yang mana sejarawan selepas itu membuat ulasan bagi sesebuah

kisah.

Manakala bagi golongan muhaddithun pula, mereka lebih memberi perhatian

kepada kandungan asal matan. Yakni, mereka lebih membiarkan riwayat kisah tersebut

dikisahkan seperti mana ia berlaku tanpa apa-apa pentafsiran daripada perawi riwayat

tersebut atau tokoh-tokoh tertentu. Bagi mengetahui perbezaan kedua-dua golongan kita

dapat lihat riwayat antara al-Bukhari (m. 256H) di dalam al-Jami„ dan Ibn Ishaq (m.

1515H) di dalam Sirah Ibn Hisyam. Contohnya kisah dan riwayat berkaitan jumlah

bilangan orang yang terlibat dengan Peperangan Badar. Di dalam Sahih al-Bukhari

terdapat satu bab berkaitan isu ini iaitu Bab „Iddah Ashab Badr (Bab Bilangan Ahli

[Peperangan] Badar). al-Bukhari (m. 256H) mengambil semua riwayat di dalam bab ini

daripada riwayat al-Barra‟ r.a. (m. 72H).406

Di antara salah satu contoh riwayat tersebut

ialah;

Daripada al-Barra‟, beliau berkata: “Kami adalah sahabat-

sahabat Nabi Muhammad s.a.w., kami telah membincangkan

tentang jumlah sahabat-sahabat yang turut serta dalam

[Peperangan] Badar adalah sama dengan sahabat-sahabat raja

Talut yang menyeberangi sungai bersamanya. Tidak ada yang

dapat menyeberanginya, melainkan orang yang beriman, iaitu

tiga ratus sepuluh orang lebih.”407

Tetapi Ibn Ishaq (m. 151H) di dalam Sirah Ibn Hisyam menyenaraikan dengan

panjang lebar senarai nama-nama individu yang terlibat di dalam peperangan Badar

tanpa membawa apa-apa riwayat dari mana-mana perawi. Catatan yang beliau nukilkan

bukan seperti penulisan-penulisan sejarah pada peringkat awal yang bersandarkan

kepada mana-mana perawi atau penyampai kisah berkenaan. Bahkan Ibn Ishaq (m.

406 Beliau ialah al-Barra‟ bin „Azib bin al-Harith bin „Adi bin Jusym bin Majda„ah bin Harithah bin al-Harith bin „Amru bin Malik

bin al-Aws. Kunyah dan laqab beliau ialah Abu „Ammarah al-Awsi al-Ansari. Beliau banyak menyertai peperangan pada zaman

Rasulullah s.a.w. Beliau masih muda ketika Peperangan Badar berlangsung. Al-Barra‟ meninggal pada tahun 72H. Lihat, Ahmad bin „Ali bin Hajar al-„Asqalani (1992/1412), al-Isabah. op. cit., j. 1, h. 278; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 4, h. 34-37,

No. Biografi 650; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 3, h. 194-196. 407 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 323, No. Hadith 3958.

Page 98: Download (1848Kb)

98

151H) tidak menyatakan informan yang menyampaikan maklumat berkenaan. Ini dapat

dilihat daripada nukilan beliau di dalam Sirah Ibn Hisyam;

Ibn Ishaq berkata : Ini ialah nama-nama mereka yang terlibat

dalam [Peperangan] Badar dalam kalangan Muslimin.

Kemudian dalam kalangan Quraisy, kemudian dalam kalangan

Bani Hasyim bin „Abd Manaf dan Bani al-Mutallib bin „Abd

Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka„b bin Lu‟ay bin

Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadr bin Kinanah.408

Seterusnya senarai ini disusun mengikut susunan nama-nama qabilah-qabilah

antaranya, Bani Nawfal bin „Abd al-Manaf, Bani Asad bin „Abd al-„Uzza, Bani Zuhrah

dan lain-lain. Ini termasuk qabilah dari kalangan Ansar, seperti Bani „Aws, Bani Zayd

bin Malik bin Tha„labah, Bani al-„Ajalan bin Zayd dan banyak lagi.409

Justeru, pada pandangan penulis, perbezaan kandungan riwayat sejarah antara

muhaddithun dan mu‟arrikhun boleh dilihat dengan jelas pada nukilan dan huraian

mereka. Kelompok mu‟arrikhun lebih cenderung membuat huraian dan ulasan terhadap

riwayat-riwayat yang dinukilkan sama ada huraian mereka sendiri atau daripada tokoh-

tokoh lain yang berautoriti. Ini jelas dilihat di dalam karya seperti Sirah Ibn Ishaq, Sirah

Ibn Hisyam dan karya-karya sejarah yang lain. Berbeza dengan kelompok muhaddithun,

sikap mereka lebih cenderung untuk menukilkan riwayat-riwayat sejarah seperti mana

mereka ambil dari para perawi yang berautoriti menurut manhaj mereka. Walaupun

pada dasarnya kelompok muhaddithun mempunyai kefahaman yang tersendiri terhadap

riwayat yang dinukilkan di dalam karya mereka, namun mereka tetap membiarkan

matan riwayat itu tanpa apa-apa huraian. Manhaj ini memberi kebebasan kepada

pembaca karya mereka untuk menilai dan memahami, sesuai dengan perspektif dan

pandangan masing-masing.

408 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 1, h. 267. 409 ibid, h. 267-290.

Page 99: Download (1848Kb)

99

Maka kelompok muhaddithun dilihat lebih cenderung kepada nukilan sejarah

yang bersifat objektif iaitu nukilan sejarah sebagai mana ia terjadi (histoire-realite).

Bermaksud penceritaan sejarah itu berdasarkan maklumat yang diperolehi secara

mentah tanpa apa-apa tambahan dan sebagainya. Mereka hanya bersumberkan input

yang diambil daripada penyaksi asal kisah atau mereka yang hidup pada zaman tersebut.

Tetapi terdapat sebilangan golongan muhaddithun yang mengambil riwayat daripada

sumber yang kedua410

bagi menguatkan lagi maklumat sumber yang pertama.

Manakala bagi kelompok mu‟arrikhun, nukilan-nukilan riwayat yang

terkandung di dalam karya-karya mereka telah bercampur dengan huraian-huraian yang

telah dibuat sama ada dari penulis karya atau tokoh-tokoh lain. Kupasan-kupasan ini

adalah untuk membantu pembaca memahami situasi dan signifikasi peristiwa tertentu,

di samping membetulkan persepsi masyarakat terhadap peristiwa yang berlaku pada

zaman Rasulullah s.a.w. Justeru, golongan mu‟arrikhun lebih cenderung kepada

pengkisahan sejarah yang bersifat subjektif. Gaya penulisan ini kadang kala dilihat

ekstrem bagi sesetengah karya-karya mu‟arrikhun. Ini diakui sendiri oleh sejarawan

Islam terkenal Muhammad bin Jarir al-Tabari (m. 310H) terhadap karya beliau Tarikh

al-Rusul wa al-Muluk.411

Beliau menulis di dalam kitab ini;

Apa yang terdapat di dalam kitab saya ini adalah sebahagian

daripada cerita orang pada masa yang lalu. Di antara kisah-

kisah tersebut akan menyebabkan pembacanya berasa benci dan

pendengarnya merasa jelik. Disebabkan dia (pembaca dan

pendengar) tidak dapat menerima kisah tersebut sebagai cerita

yang sahih atau sesuatu yang hakikat. Ketahuilah,

sesungguhnya kisah-kisah tersebut bukan datang daripada

kami, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikan

410 Sumber kedua bermaksud riwayat yang diambil daripada golongan tabi„in yang tidak hidup bersama Rasulullah s.a.w. atau lebih

dikenali dengan hadith maqtu„. Ini banyak dilihat di dalam karya hadith seperti Musannaf Abd al-Razzaq dan Musannaf Ibn Abi

Syaybah. 411 Kisah-kisah yang ekstrem dan melampau ini adalah disebabkan al-Tabari (m. 310H) mengambil riwayat-riwayat tanpa

menyaringnya terlebih dahulu serta diambil daripada individu tertentu yang tidak terlibat secara langsung dengan peristiwa

berkenaan. Individu berkenaan cenderung kepada kumpulan tertentu yang mana sudah tentu akan mencerca kumpulan yang berselisih dengan kumpulan yang disokongnya. Maka, banyak riwayat-riwayat yang mencerca para sahabat Rasulullah s.a.w. serta

memberi gambaran yang buruk terhadap mereka. Biasanya kisah-kisah tersebut merujuk kepada peristiwa yang berlaku selepas

kewafatan Rasulullah s.a.w. terutama pada zaman khalifah Ali bin Abi Talib r.a.

Page 100: Download (1848Kb)

100

kepada kami. Kami telah meriwayatkannya seperti mana yang

disampaikan kepada kami.412

Kita semua mengakui bahawa para sahabat r.a. tidak akan membawa riwayat-

riwayat yang jelik dan mencerca sesama mereka. Riwayat-riwayat yang melampaui

batas ini dibawa dan diriwayatkan oleh orang-orang yang tidak terlibat dengan peristiwa

berkenaan atau riwayat-riwayat daripada individu yang terlibat tetapi bersikap bias dan

berpihak.413

2.8 Kesimpulan

Secara ringkas, perbezaan antara muhaddithun dan mu‟arrikhun dalam

kandungan riwayat sejarah adalah ketara dari sudut beberapa aspek yang penting,

namun ia menampakkan beberapa titik pertemuan dalam isu-isu tertentu. Jelas dilihat

bahawa manhaj dan metodologi kedua-dua golongan adalah berbeza kerana fokus dan

tumpuan yang berbeza.

Di sini penulis boleh rungkaikan bahawa kedua-dua manhaj dan metodologi

kedua-dua kelompok iaitu muhaddithun dan mu‟arrikhun adalah saling melengkapi

antara satu sama lain bagi membuat penilaian yang adil dan saksama terhadap riwayat-

riwayat yang bersifat sejarah. Perbezaan di antara kedua-dua kelompok ini adalah

disebabkan perbezaan matlamat dan tujuan mereka dalam menyusun riwayat-riwayat

tersebut. Asimilasi manhaj perlu digarap bagi membuat kaedah khusus untuk menilai

riwayat yang bersifat sejarah. Penyelarasan kaedah disusun bagi memberi penyaringan

yang tepat, adil dan jitu. Kemas kini proses berdasarkan prinsip atau kaedah lama dan

moden akan menghasilkan satu usul dan manhaj yang universal, anjal dan berkesan.

412 al-Tabari (t.t.), Tarikh. op. cit., j. 1, h. 8. 413 Perkara ini berlaku di dalam karya Tarikh Rusul wa al-Muluk karya al-Tabari (m. 310H), yang mana beliau membawa riwayat-riwayat daripada perawi-perawi yang dikritik. Contohnya seperti, Lut bin Yahya (m. 157H) atau lebih dikenali Abu Mikhnaf yang

sering membawa riwayat yang mencerca para sahabat r.a. dan beliau dinilai matruk al-hadith. Lihat, Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar

op. cit., j. 7, h. 301-302. Lihat juga, Muhd Asri Zainul Abidin (2003), op. cit., h. 47-49.

Page 101: Download (1848Kb)

101

.: BAB TIGA :. METODOLOGI AL-BUKHARI DAN

IBN ISHAQ TERHADAP RIWAYAT

BERBENTUK SEJARAH

Page 102: Download (1848Kb)

102

BAB TIGA : METODOLOGI AL-BUKHARI DAN IBN ISHAQ

TERHADAP RIWAYAT BERBENTUK SEJARAH

3.1 Pendahuluan

Setelah dikenal pasti manhaj dan metodologi mu‟arrikhun dan muhaddithun

secara umum. Penulis akan membuat penelitian lebih khusus terhadap dua tokoh bagi

kajian disertasi ini iaitu al-Bukhari (m. 256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H). Pada bahagian

ini, penulis akan terus kepada manhaj al-Bukhari (m. 256H) terhadap riwayat sejarah di

dalam al-Jami„ al-Sahih.414

Seterusnya, penulis akan memperincikan biografi Ibn Ishaq

(m. 151H) serta kritikan ulama‟ terhadap beliau. Kemudian, penulis akan meneliti

metodologi Ibn Ishaq (m. 151H) terhadap kisah-kisah sejarah berdasarkan riwayat yang

terkandung di dalam Sirah Ibn Ishaq dan Sirah Ibn Hisyam.

3.2 Pengenalan Kitab Manaqib al-Ansar dan Kitab al-Maghazi.

Kitab Manaqib al-Ansar dan Kitab al-Maghazi ini adalah kitab yang ke-63 dan

64. Ia berada di antara Kitab Fada‟il Ashab al-Nabi s.a.w.415

dan Kitab al-Tafsir.416

Penulis telah mendapati terdapat tanda […] pada Kitab Manaqib al-Ansar. Contohnya

seperti ini, [ كتاب مناقب النصار].417

Menurut al-„Ayni (m. 855H), kitab ini juga dinamai

dengan Bab Manaqib al-Ansar.418

Ini berlainan dengan Kitab al-Maghazi yang tidak

diletakkan tanda kurungan seperti di atas.419

Penulis berpendapat, Kitab Manaqib al-

Ansar adalah rangkuman bab dengan kitab sebelum.

414 Berkenaan biografi al-Bukhari (m. 256H) penulis tidak akan sentuh pada bahagian ini kerana keperibadian dan personaliti al-Bukhari (m. 256H) telah banyak dikaji oleh para ulama‟ dan ahli akademik di Malaysia dan di seluruh dunia Islam. 415 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., h. 296-306. 416 ibid., h. 366-432. 417 ibid., h. 307. 418 Al-„Ayni (2001/1421), op. cit., j. 16, h. 349. 419 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., h. 322.

Page 103: Download (1848Kb)

103

Abwab yang dikaji di dalam Kitab Manaqib al-Ansar bermula daripada bab ke-

20 iaitu Bab Tazwij al-Nabi s.a.w. Khadijah wa Fadluha r.a.420

hingga akhir kitab (ke-

53) iaitu Bab Islam Salman al-Farisi r.a.421

Manakala bagi Kitab al-Maghazi, ia dimulai

dengan Bab Ghazwah al-„Usyayrah (aw al-„Usayrah)422

dan berakhir dengan Bab Kam

Ghazza al-Nabi.423

Menurut Ibn Hajar (m. 852H), jumlah hadith marfu„ di dalam Kitab

Manaqib al-Ansar yang berkaitan kebangkitan Nabi s.a.w., hijrah baginda s.a.w. dan

sebagainya adalah sebanyak 120 hadith.424

Manakala bagi Kitab al-Maghazi pula,

jumlah keseluruhan hadith marfu„ adalah sebanyak 563 hadith.425

3.3 Metode al-Bukhari (m. 256H) Terhadap Riwayat Sejarah

Bagi mengenal pasti manhaj al-Bukhari (m. 256H) di dalam Kitab Manaqib al-

Ansar dan Kitab al-Maghazi, penulis akan meneliti kedudukan dua kitab ini

berdasarkan beberapa item penting iaitu :

1. Pemilihan Sumber Riwayat dan Rawi al-A„la

2. Kronologi Abwab

3. Kandungan Riwayat Sejarah

3.3.1 Pemilihan Sumber Riwayat dan Rawi al-A‘la

Seperti mana dinyatakan sebelum ini, al-Bukhari (m. 256H) sangat teliti dalam

mengambil riwayat-riwayat di dalam al-Jami„ termasuk riwayat yang bersifat sejarah.

Di kebanyakan tempat, beliau akan menukilkan riwayat-riwayat dengan mengambil

riwayat daripada para sahabat r.a. yang terlibat secara langsung atau melihat peristiwa

tersebut. Sebagai contoh lain, dalam membicarakan tentang keislaman Sa„d bin Abi

420 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 310. 421 ibid., h. 322. 422 ibid., Kitab al-Maghazi, h. 322. 423 ibid., h. 366. 424 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 325. 425 ibid., h. 761.

Page 104: Download (1848Kb)

104

Waqas r.a. di dalam Bab Islam Sa„d bin Abi Waqas r.a., al-Bukhari (m. 256H)

membawa riwayat dari Sa„id bin Abi Waqas r.a. sendiri.426

Begitu juga riwayat tentang

keislaman „Umar bin al-Khattab r.a. juga dinukilkan riwayat daripada „Umar r.a. dan

anak beliau „Abd Allah bin „Umar r.a.427

Namun begitu, di kebanyakan tempat, al-

Bukhari (m. 256H) juga menukilkan riwayat-riwayat daripada para sahabat r.a. yang

tidak terlibat dengan sesuatu peristiwa. Ini telah dinyatakan penulis sebelum ini pada

bab satu.

Kadang kala terdapat juga hadith yang dinukilkan oleh al-Bukhari (m. 256H)

yang dirangkumkan dalam satu riwayat merupakan perawi yang tidak terlibat dengan

peristiwa berkenaan. Di dalam hadith tersebut yang diriwayatkan oleh „A‟isyah r.a.

terdapat potongan riwayat daripada „Urwah bin al-Zubayr (m. 94H);

Maka „Amir bin Fuhayrah dibunuh pada hari [pertempuran]

Bi‟r Ma„unah dan daripada Abi Usamah berkata bahawa

Hisyam bin „Urwah berkata ayahku telah mengkhabarkan

kepada aku (Hisyam) [dengan] berkata apabila telah dibunuh

[orang-orang] yang berada di Bi‟r Ma„unah dan menawan

„Amru bin Umayyah al-Damri...428

Menurut Ibn Hajar (m. 852H), hadith yang tercantum di atas diriwayatkan secara

mursal oleh „Urwah bin Zubayr.429

Walau bagaimanapun riwayat yang mawsul telah

dinukilkan oleh al-Bayhaqi (m. 458H) di dalam Dala‟il al-Nubuwwah.430

Selain itu, terdapat sanad hadith yang agak berbeza pada susunan perawi.

Apabila diteliti pada sanad riwayat tentang Hadith al-Ifk, terdapat perbezaan pada

426 al-Bukhari, (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 313, No. Hadith 3858. 427 ibid., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 314, No. Hadith 3864, 3865 & 3866. 428 ibid., Kitab al-Maghazi, h. 335, No. Hadith 4093. 429 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 451. 430 Riwayat berkenaan adalah daripada riwayat „A‟isyah r.a. Lihat, al-Bayhaqi (1988/1408), Dala‟il. op. cit., j. 3, h. 352.

Page 105: Download (1848Kb)

105

nukilan sanad hadith tersebut. Sanad berkenaan adalah gabungan daripada empat

sumber perawi yang dirangkumkan bersama.431

Nukilan tersebut adalah seperti berikut ;

Ibn Syihab berkata, „Urwah bin al-Zubayr, Sa„id bin al-

Musayyab, „Alqamah bin Waqas dan „Ubayd Allah bin „Abd

Allah bin „Utbah bin Mas„ud telah menyampaikan kepada saya,

daripada „A‟isyah r.a. isteri Nabi s.a.w.…432

Riwayat di atas jelas tertera al-Zuhri (m. 124H) telah meriwayatkan hadith

dengan menyebutkan empat syaykh433

yang beliau riwayatkan dengan

menggabungkannya. Semua empat perawi ini mengambil riwayat daripada „A‟isyah r.a.

Cara ini diterima oleh al-Bukhari (m. 256H) sebagai satu cara untuk meriwayatkan

hadith daripada pelbagai sumber. Kaedah ini juga banyak dilakukan oleh sejarawan

Islam khususnya Ibn Ishaq (m. 151H).434

Sebelum membawa riwayat daripada „A‟isyah

r.a. tentang Hadith al-Ifk, al-Zuhri (m. 124H) berkata;

Semua [perawi hadith] menyampaikan kepada saya (al-Zuhri)

sebahagian daripada hadithnya („A‟isyah r.a.). Sebahagian

daripada mereka lebih memahami hadithnya („A‟isyah r.a.)

daripada sebahagian yang lain dan lebih tepat ketika

menceritakannya…435

Jadi, al-Bukhari (m. 256H) menerima kaedah ini sebagai salah satu cara untuk

meriwayatkan hadith yang berbentuk sejarah.

3.3.2 Kronologi Abwab

Apabila melibatkan kisah dan riwayat sejarah, elemen kronologi adalah item

yang sangat penting. Al-Bukhari (m. 256H) telah memasukkan elemen ini pada akhir

Kitab Manaqib al-Ansar dan keseluruhan Kitab al-Maghazi.

431 Terdapat dalam muhaddithun yang menggabungkan hadith sama ada dua atau lebih hadith dengan meletakkan pada satu riwayat.

Lihat, Sayuti „Abd al-Manas et. al. (2008), op. cit., h. 161. 432 Riwayat tentang peristiwa Hadith al-Ifk dalam matan yang panjang. Lihat, al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit.,

Kitab al-Maghazi, h. 339, No. Hadith 4141. 433 Empat syaykh berkenaan adalah, „Urwah bin al-Zubayr, Sa„id bin al-Musayyab, „Alqamah bin Waqas dan „Ubayd Allah bin „Abd Allah bin „Utbah bin Mas„ud. 434 Muhammad Hamidullah (1967), op. cit., h. 17-18. 435 al-Bukhari, (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 339, No. Hadith 4141.

Page 106: Download (1848Kb)

106

Al-Bukhari (m. 256H) dilihat cuba memberi justifikasi tentang elemen kronologi

di dalam Kitab al-Maghazi dengan memberi penegasan tentang kedudukan bab yang

disusun dan bagi menyatakan waktu sebenar kisah itu berlaku. Sebagai contoh, pada

Bab Ghazwah al-Raji„, al-Bukhari (m. 256H) membuat penegasan selepas menyatakan

bab ini dengan mengambil pendapat daripada „Asim bin „Umar melalui Ibn Ishaq (m.

151H) iaitu,

ث نا عاصم بن عمر أن ها ب عد أحد قال ابن إسحاق حد

Terjemahan : Ibn Ishaq berkata „Asim bin „Umar telah

menyampaikan kepada kami bahawa ia [Pertempuran al-Raji„

dan Bi‟r Ma„unah] berlaku selepas [peperangan] Uhud.436

Selain itu, al-Bukhari (m. 256H) juga menyatakan tarikh dan masa sesuatu

peristiwa di awal bab dengan menukilkan pendapat daripada tokoh-tokoh berautoriti.

Sebagai contoh pada awal Bab Ghazwah al-Khandaq wa hiya al-Ahzab;

ع قال موسى بن عقبة كانت ف شوال سنة أرب

Terjemahan : Musa bin „Uqbah berkata bahawa ia [Peperangan

Khandaq] berlaku pada bulan Syawal tahun keempat

[hijrah].437

Tetapi di dalam abwab di dalam Kitab Manaqib al-Ansar terdapat beberapa bab

yang dilihat secara zahir bertindih dan tidak teratur. Sebagai contoh, Bab Dhikr Jarir

bin „Abd Allah al-Bajali r.a.438

dan Bab Dhikr Hudhayfah bin al-Yaman al-„Absi r.a. 439

diletakkan sebelum Bab Bunyan al-Ka„bah440

(Bab Pembinaan Ka„bah) dan Bab

Mab„ath al-Nabi s.a.w.441

(Bab Kebangkitan Nabi s.a.w.)

436 ibid., Kitab al-Maghazi, h. 334 437 ibid., Kitab al-Maghazi, h. 336. 438 Bab ini mengandungi riwayat daripada Jabir bin „Abd Allah r.a. yang menceritakan tentang sikap baginda kepada beliau dan

sebagainya. Menurut Ibn Hajar (m. 852H), Jabir bin „Abd Allah r.a. memeluk Islam pada tahun 7H atau pendapat lain mengatakan 40 hari sebelum kewafatan Nabi s.a.w. Lihat, al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h.

310; Al-„Asqalani, (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 172. 439 Bab ini mengandungi hadith yang diriwayatkan oleh „A‟isyah r.a. yang berkisar tentang peristiwa semasa Peperangan Uhud berlangsung. Lihat, al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 310. 440 ibid., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 311. 441 ibid., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 312.

Page 107: Download (1848Kb)

107

Menurut Ibn Hajar al-„Asqalani (m. 852H), biasanya kedua bab tersebut442

berada selepas Bab Tazwij al-Nabi s.a.w. Khadijah wa Fadluha r.a.,443

tetapi di dalam

sesetengah manuskrip, kedua bab itu berada sebelum bab perkahwinan Nabi s.a.w.

dengan Khadijah r.a., bahkan inilah yang lebih tepat.444

Jadi, al-Bukhari (m. 256H)

sengaja meletakkan bab perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Khadijah r.a. selepas kedua

bab itu kerana penjelasan tentang manaqib para sahabat r.a. iaitu Hudhayfah al-Yamani

dan Jarir bin „Abd Allah al-Bajali perlu dinukilkan terlebih dahulu dan diikuti dengan

Bab Tazwij al-Nabi s.a.w. Khadijah wa Fadluha r.a.445

Selain itu, Bab Mawt al-Najasyi446

juga tidak mengikut kronologi yang sebenar.

Bab ini terletak selepas Bab Hijrah al-Habasyah447

dan sebelum Bab Taqasum al-

Musyrikin „ala al-Nabi s.a.w.448

Isu kematian al-Najasyi seperti mana yang dijelaskan

oleh Ibn Hajar (m. 852H) berlaku pada tahun 9H dan sepatutnya berada di dalam Kitab

al-Maghazi berdasarkan kronologi sebenar. Tetapi al-Bukhari (m. 256H) memuatkan

hadith tentang kematian al-Najasyi pada bab ini kerana riwayat tentang keislaman al-

Najasyi mungkin tidak menepati ciri-ciri kesahihan hadith menurut beliau. Lalu beliau

memuatkan hadith Rasulullah s.a.w. mensolatkan al-Najasyi yang telah meninggal

dunia449

pada tahun 9H itu sebagai tanda keislamannya.450

Bagi penulis, walaupun

berlaku pertindanan atau overlaping bab pada susunan abwab ini, ia adalah kecil dan

terpencil serta tidak mengurang dan mencacatkan aturan-aturan bab yang lain.

442 Iaitu Bab Dhikr Hudhayfah bin al-Yaman al-„Absi r.a dan Bab Dhikr Jarir bin „Abd Allah al-Bajali r.a. Lihat, ibid., Kitab

Manaqib al-Ansar, h. 310. 443 ibid., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 310. 444 Maksudnya, kedudukan dua bab tersebut terletak sebelum Bab Tazwij al-Nabi s.a.w. Khadijah wa Fadluha r.a. 445 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 173. 446 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 315. 447 ibid., h. 314. 448 ibid., h. 315. 449 ibid., No. Hadith 3877-3881. 450 Bagi penulis, ini bukan kesilapan al-Bukhari (m. 256H) sama ada disengajakan atau tidak. Tetapi ketelitian al-Bukhari (m. 256H) dalam menukilkan riwayat dan penamaan bab yang sesuai bagi hadith berkenaan. Kedudukan bab yang tidak sesuai kerana tidak

mengikut kronologi adalah untuk membantu pembaca untuk mendapatkan maklumat tentang keislaman al-Najasyi sekaligus kisah

kematian beliau. Lebih lanjut lihat, al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 231.

Page 108: Download (1848Kb)

108

Sebelum ini, penulis membuat andaian umum bahawa abwab di dalam Kitab al-

Maghazi disusun mengikut kronologi sebenar. Apabila diteliti dan diselidiki dengan

lebih mendalam, terdapat beberapa bab yang dilihat tidak disusun mengikut

kronologi.451

Contohnya, pada bab Peperangan al-Khandaq, al-Bukhari (m. 256H) telah

menukilkan pendapat Musa bin „Uqbah (m. 141H) pada awal bab yang berpendapat

peristiwa ini berlaku pada tahun 4H.452

Tetapi menurut Ibn Hajar (m. 852H),

Peperangan al-Khandaq sebenarnya berlangsung pada tahun 5H menurut pendapat

majoriti ulama‟.453

Kemudian al-Bukhari (m. 256H) meletakkan Bab Peperangan Bani

al-Mustaliq selepas Bab Peperangan al-Khandaq.454

Tetapi Ibn Hajar al-„Asqalani (m. 852H) membuat kesimpulan bahawa

Peperangan Bani al-Mustaliq berlaku sebelum Peperangan al-Khandaq. Yakni,

Peperangan Bani al-Mustaliq berlaku pada bulan Sya„ban tahun 5H manakala

Peperangan al-Khandaq pula berlaku pada bulan Syawal tahun yang sama.455

Begitu juga dengan Bab Ghazwah Dhat al-Riqa„, al-Bukhari (m. 256H) telah

meletakkan bab ini sebelum Bab Ghazwah Khaybar, tetapi beliau dengan jelas

menyatakan pada awal bab bahawa Peperangan Dhat al-Riqa„ berlaku selepas

Peperangan Khaybar, al-Bukhari (m. 256H) menyatakan;

451 Susunan kronologi yang dimaksudkan penulis adalah berdasarkan pemerhatian umum dengan membuat perbandingan dengan karya-karya sirah yang lain. Tetapi disebabkan banyak berlaku percanggahan antara para ulama‟ sejarah berkaitan tarikh dan waktu

tertentu bagi sesebuah peristiwa, maka al-Bukhari (m. 256H) juga dilihat mengeluarkan pendapat beliau berdasarkan susunan abwab

yang disusun beliau. Namun, al-Hafiz Ibn Hajar al-„Asqalani (m. 852H) menghuraikan dengan agak panjang apabila membahas sesuatu isu berkaitan tarikh peristiwa tertentu dan beliau juga membuat beberapa pembetulan terhadap susunan abwab berkenaan.

Ini jelas tertera dalam perbahasan dalam Bab Peperangan al-Khandaq, Bab Peperangan Bani al-Mustaliq dan peristiwa-peristiwa

lain. Namun, ia masih berada di ruang lingkup ijtihadi kerana isu tarikh dan masa beberapa peristiwa penting dilihat masih belum muktamad dan perlu kepada penyelidikan yang lebih khusus. J.M.B. Jones telah menimbulkan persoalan tentang isu tarikh dan masa

peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. ini dengan merekodkan khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan para ulama‟

hadith dan sejarah. Beliau menggunakan asas yang disusun oleh al-Waqidi di dalam al-Tabaqat al-Kubra kerana beliau mendakwa ia lebih konsisten berbanding karya-karya sejarah yang lain. Lihat, Jones, J. M. B. (1957), “The Chronology of the “Maghazi” - A

Textual Survey”, Bulletin of the School of Oriental and African Studies, v. 19, b. 2, Cambridge : Cambridge University Press, h.

245-280. 452 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 336. 453 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 454. 454 Selepas bab Peperangan al-Khandaq adalah bab Peperangan Bani al-Qurayzah dan bab Peperangan Dhat al-Riqa„ kemudian diikuti bab Peperangan Bani al-Mustaliq. Lihat, Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 336-

339. 455 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 494-496.

Page 109: Download (1848Kb)

109

Ia adalah Peperangan Muharib Khasafah daripada Bani

Tha„labah daripada Ghatafan. Baginda telah singgah di Nakhl

dan ia [peperangan ini] terjadi selepas Peperangan Khaybar

kerana Abu Musa r.a. datang selepas [peperangan] Khaybar.456

Ini berdasarkan hadith-hadith di dalam Bab Ghazwah Dhat al-Riqa„ yang

menyatakan bahawa Abu Musa al-Asy„ari r.a. hadir dalam peperangan ini.457

Perkara ini

dipersetujui oleh Ibn Hajar (m. 852H) bahawa Peperangan Dhat al-Riqa„ berlaku

selepas Khaybar.458

Tetapi penulis tidak dapat mengenal pasti alasan al-Bukhari (m.

256H) meletakkan Bab Ghazwah Dhat al-Riqa„ lima (5) bab sebelum Bab Ghazwah

Khaybar. Walaupun beliau sendiri menyatakan Peperangan Dhat al-Riqa„ berlaku

selepas Peperangan Khaybar.

Walaupun demikian, usaha dan garapan susunan abwab yang dilakukan oleh al-

Bukhari (m. 256H) dengan mengintegrasikan elemen pensejarahan dan hadith,

menunjukkan autoriti dan kredibiliti beliau terhadap riwayat-riwayat berbentuk sejarah.

3.3.3 Kandungan Riwayat Sejarah

Sebagai mana dijelaskan sebelum ini, al-Bukhari (m. 256H) lebih cenderung

terhadap nukilan dan penulisan sejarah bersifat objektif. Walau bagaimanapun terdapat

beberapa bentuk dan corak nukilan lain yang dapat dilihat pada Sahih al-Bukhari

khususnya Kitab al-Maghazi. Penulis dapat membahagikan kepada beberapa bentuk

nukilan dan tulisan tersebut. Antara bentuk dan corak berkenaan ialah :

Pertama : Memasukkan ayat-ayat al-Quran serta riwayat yang berkaitan

penurunan ayat al-Quran.

Di dalam kebanyakan penulisan sejarah sama ada di dalam karya hadith atau

karya sejarah khususnya sirah dan maghazi, kebanyakan ulama‟ memula atau

456 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 338. 457 Hadith tersebut diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy„ari r.a. di dalam Bab Ghazwah Dhat al-Riqa„. Lihat, ibid., Kitab al-

Maghazi, h. 338, No. Hadith 4128. 458 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 483.

Page 110: Download (1848Kb)

110

memasukkan ayat-ayat al-Quran bagi menerangkan sesuatu peristiwa serta menyatakan

pengukuhan terhadap nukilan kisah yang diriwayatkan. Al-Imam al-Bukhari (m. 256H)

juga membawa ayat-ayat al-Quran bagi menerangkan peristiwa-peristiwa yang

dinukilkan di dalam Kitab al-Maghazi. Sebagai contoh, ketika memulakan kisah

Peperangan Badr al-Kubra, al-Bukhari (m. 256H) memetik daripada Surah Ali „Imran

ayat 123 hingga 127,459

manakala pada permulaan bab tentang Peperangan Uhud, al-

Bukhari (m. 256H) juga memetik ayat daripada Surah Ali „Imran ayat 121, 139 hingga

143, 152 dan 169.460

Selain itu, al-Bukhari (m. 256H) juga meletakkan ayat-ayat al-Quran sebagai

nama bab di dalam tulisan beliau khususnya Kitab al-Maghazi. Biasanya, sama ada

beliau memulakan dengan lafaz, ( ول اللو ت عال باب ق ) dan diikuti dengan ayat al-Quran461

atau terus kepada ayat berkenaan contohnya, bab ke-18 (باب) [Ali „Imran : 122].462

Manakala di dalam Bab Haj Abi Bakr bi al-Nas fi Sanah Tis„ (Bab Abu Bakr

Menunaikan Haji Bersama Orang Ramai Pada Tahun Kesembilan), al-Bukhari (m.

256H) membawa riwayat yang menerangkan tentang penurunan surah yang terakhir.463

Jika dilihat pada zahir riwayat tersebut, ia tidak berkaitan langsung dengan peristiwa

ibadat haji Abu Bakr r.a. dan para sahabat r.a. Tetapi menurut Ibn Hajar (m. 852H), al-

Bukhari (m. 256H) sebenarnya ingin memberi isyarat tentang ayat 28 di dalam Surah

459 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 322. 460 ibid., Kitab al-Maghazi, h. 331.

Contohnya,461

باب ق ول اللو ت عال إل ق ولو

[al-Taubah : 25-27]

Lihat, ibid., Kitab al-Maghazi, h. 352.

462

باب [Ali „Imran : 122]

Lihat, ibid., Kitab al-Maghazi, h. 331.

463 Daripada al-Barra‟ r.a. katanya, “Surah terakhir yang turun secara sempurna ada [Surah] Bara‟ah dan surah terakhir turun

adalah penutup Surah al-Nisa‟ ( يست فتونك قل اللو ي فتيكم ف الكاللة). Lihat, ibid., Kitab al-Maghazi, h. 357.

Page 111: Download (1848Kb)

111

al-Tawbah.464

Kebiasaan meletakkan ayat al-Quran pada awal bab juga berlaku pada

karya-karya lain termasuk karya sirah seperti Sirah Ibn Ishaq.

Kedua : Menerima riwayat-riwayat yang mengandungi syair-syair Arab sama ada

daripada Nabi s.a.w. atau para sahabat r.a.

Selain itu, riwayat-riwayat yang dinukilkan oleh al-Bukhari (m. 256H) juga

mengandungi syair-syair Arab sama ada dari Rasulullah s.a.w. sendiri atau dari para

sahabat r.a. yang lain. Contohnya, riwayat daripada al-Barra‟ bin „Azib r.a. (m. 72H)

berkaitan Peperangan Khandaq, Nabi s.a.w. telah bersyair;

نا * واللو لوال اللو ما اىتدي نا ق نا وال صلي وال تصدنا نا * فأنزلن سكينة علي وث بت القدام إن الق ي

نا نا * إن الل قد ب غوا علي نة أب ي إذا أرادوا فت

Terjemahan :

Demi Allah, kalau tidak kerana Allah tiada hidayah untuk kita

Kita tidak akan bersedekah dan tidak bersolat

Maka turunkanlah ketenangan kepada kami [semua]

Tetapkan kaki kami jika bertemu musuh [yang jahat]

Sungguh mereka berbuat zalim kepada kita

Jika mereka mahukan fitnah kita menolak465

Manakala riwayat lain, terdapat syair-syair yang didendangkan oleh sahabat r.a.

seperti Hasan bin Thabit r.a.,466

„Amir bin al-Akwa„ r.a.467

dan sebagainya.

Ketiga : Memberi penerangan kalimah tertentu dari sudut bahasa Arab.

Selain memasukkan ayat-ayat al-Quran dan syair-syair Arab, al-Bukhari (m.

256H) juga menerangkan kalimah-kalimah tertentu pada permulaan sesetengah bab.

Contohnya di permulaan Bab Ityan al-Yahud al-Nabi s.a.w. hin Qadima al-Madinah,

beliau menyatakan;

464 Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka

menghampiri Masjid Al-Haram sesudah tahun ini. (al-Taubah : 28). Lihat, al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 684. 465 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 336, No. Hadith 4104. 466 Riwayat di dalam bab tentang peristiwa Hadith al-Ifk atau kisah fitnah terhadap „A‟isyah r.a. Lihat, ibid., Kitab al-Maghazi, h.

341, No. Hadith 4146. 467 Riwayat tentang Peperangan Khaybar. Lihat, ibid., Kitab al-Maghazi, h. 344, No. Hadith 4196.

Page 112: Download (1848Kb)

112

ا ق ولو ص } ىادوا { نا ىائد تائب } ىدنا{اروا ي هودا وأم ت ب

Terjemahan : [Kalimah] “Hadu”468

[bermaksud] mereka

menjadi Yahudi, manakala firmanNya “Hudna”469

[bermaksud]

kami bertaubat, “Ha‟id” [bermaksud] orang yang bertaubat.470

Penerangan sebegini juga terdapat di permulaan Bab Hadith al-Ifk.471

Penjelasan

al-Bukhari (m. 256H) itu adalah untuk memberi penjelasan lanjut berkaitan kalimah al-

Ifk pada bab yang dinyatakan oleh beliau. Huraian tambahan ini akan memberi satu

kelebihan kepada al-Bukhari (m. 256H) bagi menjelaskan kekeliruan makna sesuatu

perkataan yang dimasukkan ke dalam al-Jami„ al-Sahih, khususnya Kitab al-Maghazi.

Keempat : al-Bukhari (m. 256H) memasukkan pendapat sendiri di dalam bab-bab

tertentu.

Isu pendapat al-Bukhari (m. 256H) yang terdapat di dalam al-Jami„ ini dilihat

berdasarkan sandaran fakta yang dimuati. Lazimnya, apabila al-Bukhari (m. 256H)

membawa pendapat tokoh-tokoh tertentu, beliau akan menyebut nama tokoh berkenaan.

Sebagai contoh, ( قال موسى بن عقبة). Tetapi, terdapat juga pendapat-pendapat yang

dimasukkan tidak disandarkan kepada mana-mana tokoh dan ulama‟ tertentu.

Contohnya, di permulaan Bab Ghazwah Dhat al-Riqa„, al-Bukhari (m. 256H)

menyatakan;

Ia adalah Peperangan Muharib Khasafah daripada Bani

Tha„labah daripada Ghatafan. Baginda telah singgah di Nakhl

468

Terjemahan : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh… (al-

Baqarah : 62)

469

Terjemahan : Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadamu. (Al-A„raf : 156) 470 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 322. 471 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 339.

Page 113: Download (1848Kb)

113

dan ia [peperangan ini] terjadi selepas Peperangan Khaybar

kerana Abu Musa r.a. datang selepas [peperangan] Khaybar.472

Antara contoh lain ialah pendapat yang dimuatkan di awal Bab Ghazwah Dhat

Qarad;

Peperangan ini yang mana [disebabkan] mereka telah

menyerang unta-unta Nabi s.a.w. tiga (3) hari sebelum

[peperangan] Khaybar.473

Pendapat yang dinyatakan oleh al-Bukhari (m. 256H) bukanlah hanya pendapat

tanpa apa-apa sandaran. Menurut Ibn Hajar (m. 852H), pendapat tentang Peperangan

Dhat Qarad itu berdasarkan hadith474

yang diriwayatkan di dalam bab tersebut.475

Pendapat seperti ini juga terdapat di dalam bab-bab lain seperti, Bab Ghazwah Sif al-

Bahr476

dan Bab Ghazwah Tabuk.477

Jadi, pada pendapat penulis, kemungkinan besar ia

merupakan pendapat al-Bukhari (m. 256H) sendiri.

Namun begitu terdapat pendapat yang agak panjang apabila diteliti di dalam

Kitab al-Maghazi ini. Imam al-Bukhari (m. 256H) memasukkan satu bab berkaitan

dengan nama-nama para sahabat yang terlibat dengan Peperangan Badar. Bab tersebut

ialah;

472 ibid., h. 338. 473 ibid., h. 344. 474 ibid., h. 344, No. Hadith 4194. 475 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 526.

476 Pendapat tersebut ialah, ( ون عيا لقريش وأميىم أبو عب يدة بن الراح رضي اللو عنو ,(وىم ي ت لق

Terjemahan : Mereka (kaum Muslimin) mahu menghalang rombongan dagangan Quraysy dan ketua mereka (kaum Muslimin)

adalah Abu „Ubaydah bin al-Jarrah r.a.

Pendapat ini adalah berdasarkan riwayat yang kedua di dalam bab ini, Lihat, al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit.,

Kitab al-Maghazi, h. 357, No. Hadith 4361.

477 Terdapat tambahan nama pada bab Peperangan Tabuk yang dinamakan sebagai Ghazwah al-„Usrah (Peperangan Sulit), ( باب غزوة ,dan nama ini adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan di dalam bab ini juga. Lihat, ibid., Kitab al-Maghazi (ت بوك وىي غزوة العسرة

h. 361, No. Hadith 4415.

Page 114: Download (1848Kb)

114

باب تسمية من سي من أىل بدر ف الامع الذي وضعو أبو عبد اللو على حروف المعجم

Bab Nama Orang yang Dinamakan Dalam Kalangan Ahli

[Peperangan] Badr Pada al-Jami„ yang Diletakkan oleh Abu

„Abd Allah Mengikut Huruf Mu„jam.478

Apabila diteliti, ia bukanlah riwayat seperti mana biasa kerana ia adalah senarai

nama-nama yang terlibat dengan Peperangan Badr yang direkodkan tanpa sanad.

Senarai berkenaan tidak lengkap kerana al-Bukhari (m. 256H) hanya menyenaraikan

seramai 44 nama sahaja. Ia dimulai dengan nama Nabi Muhammad bin „Abd Allah

s.a.w., diikuti empat Khulafa‟ al-Rasyidun r.a., kemudian Iyas bin al-Bukayr r.a.

seterusnya berakhir dengan nama Hilal bin Umayyah al-Ansari r.a.479

Walau

bagaimanapun, terdapat perbezaan susunan nama-nama berkenaan pada edisi cetakan

yang berbeza.480

Walaupun al-Bukhari (m. 256H) hanya meletakkan senarai nama berkenaan

seramai 44 orang, beliau tidak menyatakan hujah dan alasan beliau berbuat demikian.

Selain itu, terdapat nama yang dinyatakan adalah berbeza dengan senarai yang terdapat

di dalam mana-mana kitab sirah dan maghazi lain. Contohnya, nama yang ke-24 iaitu

„Utbah bin Mas„ud r.a. (m. 44H).481

Menurut Ibn Hajar al-„Asqalani (m. 852H), nama

478 ibid., Kitab al-Maghazi, h. 327. 479 Nukilan ini tidak diletakkan nombor. Lihat, ibid.. 480 Penulis mendapati, terdapat pada sesetengah cetakan, nama empat Khulafa‟ al-Rasyidun tidak diletakkan dalam senarai awal

selepas Rasulullah s.a.w. Senarai tersebut bermula dengan Nabi Muhammad s.a.w. kemudian terus diikuti dengan nama Iyas bin al-Bukayr r.a. Kemudian nama empat khalifah r.a. itu berada ditengah-tengah senarai mengikut urutan abjad. Di dalam senarai

berkenaan nama empat khalifah tersebut ditulis seperti berikut; Abu Bakr r.a. („Abd Allah bin „Uthman Abi Bakr al-Siddiq al-

Qurasyi), „Umar r.a. („Umar bin al-Khattab al-„Adawi), „Uthman r.a. („Uthman bin „Affan al-Qurasyi, dibenarkan Nabi s.a.w. tidak terlibat kerana menjaga anak baginda dan diberikan bahagian rampasan perang) dan „Ali r.a. („Ali bin Abi Talib al-Hasyimi). Lihat,

Muhammad bin Isma„il al-Bukhari (1400H), al-Jami„ al-Sahih, j. 3, c. 1, al-Qahirah : Maktabah al-Salafiyyah, Kitab al-Maghazi, h.

96-97. 481 Beliau ialah „Utbah bin Mas„ud bin Ghafil bin Habib bin Syamkh bin Fa‟r bin Makhzum bin Sahilah bin Kahil bin al-Harith bin

Tamim bin Sa„d bin Hudhayl al-Hudhli. „Utbah r.a. merupakan saudara kepada „Abd Allah bin Mas„ud r.a. Keluarga beliau adalah

halif (ikat setia) kepada Bani Zuhrah melalui „Abd al-Harith bin Zuhrah. „Utbah telah ikut serta berhijrah ke Habsyah. Terlibat sama dalam Peperangan Badar dan Uhud. Beliau telah meninggal pada tahun 44H pada zaman Khalifah „Umar bin al-Khattab r.a. Lihat,

Ahmad bin „Ali bin Hajar al-„Asqalani (1992/1412), al-Isabah. op. cit., j. 4, h. 440; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 1, h.

500.

Page 115: Download (1848Kb)

115

„Utbah tidak dimasukkan ke dalam senarai ahli Peperangan Badr di dalam mana-mana

kitab sirah dan maghazi.482

Penulis mendapati, Ibn Ishaq (m. 151H) tidak memasukkan nama „Utbah bin

Mas„ud r.a. (m. 44H) di dalam senarai ahli Peperangan Badr.483

Justeru, penulis

berpendapat al-Imam al-Bukhari (m. 256H) telah membuat penjernihan semula dengan

memasukkan nama „Utbah bin Mas„ud r.a. (m. 32H) di dalam senarai ahli Badr. Bagi

Ibn Hajar (m. 852H), al-Bukhari (m. 256H) merupakan ulama‟ yang paling cermat dan

autentik dalam hal ini.484

Berdasarkan penelitian penulis, secara zahir al-Bukhari (m. 256H) dilihat

mengikut manhaj ulama‟ sejarah dalam menukilkan senarai nama tersebut, tetapi beliau

tidak memberi apa-apa ulasan atau pandangan terhadap senarai yang dikemuka.

Walaupun terdapat nama individu yang tidak dinyatakan di dalam mana-mana kitab

sirah dan maghazi, beliau tetap tidak membawa apa-apa hujah dan pandangan bagi

menyatakan alasan beliau memasukkan nama berkenaan secara langsung. Tetapi

disebabkan ketokohan dan wibawa beliau dalam bidang hadith dan sejarah serta teliti

dan cermat beliau dalam menukilkan riwayat di dalam al-Jami„. Maka dengan rendah

hati dan penuh kehormatan, kita menerima senarai nama tersebut lantaran autoriti beliau

dalam bidang-bidang ini.

Kelima : Menukilkan pendapat para sejarawan awal Islam di permulaan bab.

Selain pendapat beliau sendiri, al-Bukhari (m. 256H) juga menukilkan pendapat

ulama‟ sejarah yang lain seperti, al-Zuhri (m. 124H), Musa bin „Uqbah (m. 141H), Ibn

Ishaq (m. 151H) dan lain-lain. Contohnya pada permulaan Bab Ghazwah Bani al-

482 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 381. 483 Lihat senarai nama di bawah senarai daripada qabilah Bani Zuhrah dan orang yang berikat setia (halif) dengannya. Nama saudara

„Utbah iaitu „Abd Allah bin Mas„ud r.a. (m. 32H) termasuk di dalam senarai tersebut tetapi saudaranya „Utbah bin Mas„ud r.a. (m. 44H) sendiri tidak dimasukkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H). Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j.

2, h. 270. 484 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 382.

Page 116: Download (1848Kb)

116

Mustaliq min Khuza„ah wa Hiya Ghazwah al-Muraysi„, al-Bukhari (m. 256H)

menukilkan;

Ibn Ishaq berkata ia (Peperangan Bani al-Mustaliq) [berlaku

pada] tahun keenam [hijrah]. Musa bin „Uqbah berkata [pada]

tahun keempat [hijrah]. Al-Nu„man bin Rasyid berkata,

daripada al-Zuhri bahawa [peristiwa] Hadith al-Ifk [berlaku]

ketika Peperangan al-Muraysi„.485

Masih banyak lagi contoh-contoh lain berkenaan pendapat tokoh-tokoh sejarah

yang dimuatkan oleh al-Bukhari (m. 256H) sebagai mana dinyatakan di dalam

perbahasan mengenai kronologi sebelum ini. Walaupun terdapat perbezaan pendapat

antara tokoh-tokoh yang dinukilkan beliau, al-Bukhari (m. 256H) juga tidak membuat

ulasan terhadap pendapat yang kontradik itu.

Keenam : Memasukkan riwayat secara mu‘allaq.

Berkenaan tentang hadith-hadith mu„allaq di dalam Kitab Manaqib al-Ansar dan

Kitab al-Maghazi. Menurut Ibn Hajar (m. 852H), di dalam Kitab Manaqib al-Ansar,

berkaitan peristiwa kebangkitan Nabi s.a.w serta peristiwa hijrah dan sebagainya, ia

mengandungi tujuh belas (17) hadith mu„allaq dan mutaba„at.486

Sebagai contoh, di

dalam Bab Hadith Zayd bin „Amru bin Nufayl, al-Bukhari (m. 256H) menukilkan;

Dan al-Layth berkata, Hisyam telah menulis kepada saya

[bahawa] daripada ayahnya daripada Asma‟ bint Abi Bakr r.a.

katanya [Asma‟], “Saya pernah melihat Zayd bin „Amru bin

Nufayl...”487

Menurut Ibn Hajar (m. 852H) dan al-„Ayni (m. 855H) riwayat di atas adalah

mu„allaq488

dan Ibn Hajar (m. 852H) meriwayatkan secara mawsul dengan sanad beliau

sendiri489

di dalam karya Taghliq al-Ta„liq „ala Sahih al-Bukhari.490

Seterusnya di

485 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 339. 486 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 325. 487 Pentahqiq telah meletakkan nombor bagi riwayat mu„allaq ini. Lihat, al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit.,

Kitab Manaqib al-Ansar, h. 310, No. Hadith 3828. 488 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 178; Al-„Ayni (2001/1421), op. cit., j. 16, h. 394-395. 489 Al-„Ayni (m. 855H) juga menyatakan bahawa riwayat mu„allaq di atas diriwayatkan secara mawsul melalui sanad yang sama

seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hajar (m. 852H), tetapi Ibn Hajar (m. 852H) dengan jelas menyebut di dalam Fath al-Bari, “...

Page 117: Download (1848Kb)

117

dalam Bab al-Hijrah al-Habasyah, al-Bukhari (m. 256H) telah menukilkan satu hadith

mu„allaq riwayat „A‟isyah r.a dipermulaan bab;

„A‟isyah telah berkata [bahawa] Nabi s.a.w. bersabda, “Aku

telah diperlihatkan negeri hijrah kamu semua yang mempunyai

pohon kurma di antara dua tempat berbatu hitam.491

Walaupun al-Bukhari (m. 256H) meriwayatkan hadith ini secara mu„allaq

namun beliau sebenarnya ingin memberi penerangan terhadap bab berkenaan. Hadith di

atas diriwayatkan oleh al-Bukhari (m. 256H) secara mawsul di dalam Bab Hijrah al-

Nabi s.a.w. wa Ashabih ila al-Madinah dengan riwayat yang panjang.492

Ini ditegaskan

oleh Ibn Hajar (m. 852H) dan al-„Ayni (m. 855H) di dalam karya masing-masing.493

Selain Kitab Manaqib al-Ansar, Kitab al-Maghazi juga mengandungi banyak

hadith dan riwayat yang dinukilkan oleh al-Bukhari (m. 256H) secara mu„allaq.

Menurut Ibn Hajar (m. 852H) di dalam Kitab al-Maghazi sebanyak tujuh puluh enam

(76) hadith yang diklasifikasikan sebagai mu„allaq.494

Lazimnya, al-Bukhari (m. 256H)

menukilkan riwayat berstatus mu„allaq ini di permulaan bab dengan satu riwayat,495

tetapi terdapat di dalam bab tertentu yang mengandungi lebih daripada satu riwayat,

contohnya di dalam Bab Ghazwah Dhat al-Riqa„, al-Bukhari (m. 256H) telah

menukilkan enam (6) hadith mu„allaq.496

Di antara contoh hadith-hadith tersebut ialah;

Dan Bakr bin Sawadah berkata bahawa Ziyad bin Nafi„ telah

menyampaikan kepada kami [bahawa] daripada Abi Musa

bahawa Jabir telah menyampaikan kepada mereka [katanya],

riwayat mu„allaq ini telah kami riwayatkan dengan sanad yang mawsul daripada Hadith Zughbah melalui riwayat Abi Bakr bin Abi

Dawud daripada „Isa bin Hammad yang lebih dikenali dengan Zughbah daripada al-Layth.” Al-„Ayni (m. 855H) juga menyatakan

demikian juga tanpa menyebut di mana riwayat tersebut berada atau beliau meriwayatkannya atau tidak. Lihat, Al-„Ayni (2001/1421), op. cit., j. 16, h. 394-395; al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 178 490 Ahmad bin „Ali bin Hajar al-„Asqalani (1985/1405), Taghliq al-Ta„liq „ala Sahih al-Bukhari, j. 4, c. 1, al-Maktab al-Islami, h.

83. 491 Pentahqiq tidak meletakkan nombor bagi riwayat ini. Lihat, al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab

Manaqib al-Ansar, h. 310. 492 Lihat, ibid., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 317, No. Hadith 3805. 493 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 228; Al-„Ayni (2001/1421), op. cit., j. 17, h. 16. 494 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 761. 495 Contohnya pada awal Bab Dukhul al-Nabi s.a.w. min A„la Makkah, Bab Qudum al-Asy„ariyyin wa Ahl al-Yaman dan abwab yang dinyatakan di atas. Lihat, Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 350 & 359. 496 Semua enam (6) hadith yang dinukilkan oleh al-Bukhari (m. 256H) ini telah diletakkan nombor oleh pentahqiq walaupun hadith

tersebut berstatus mu„allaq. Lihat, al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 487-488.

Page 118: Download (1848Kb)

118

“Nabi s.a.w. telah bersolat bersama-sama mereka pada hari

Muharib dan Tha„labah.497

Dan Ibn Ishaq telah berkata, saya mendengar Wahb bin Kaysan

[berkata] saya mendengar Jabir [berkata], “Nabi s.a.w. telah

keluar menuju ke Dhat al-Riqa„ di dalam wilayah Nakhl.

Baginda bertemu dengan kumpulan daripada [suku] Ghatafan

[tetapi] tidak berlaku apa-apa pertempuran. Orang ramai

menakut-nakutkan antara satu sama lain, lalu Nabi s.a.w.

mengerjakan solat khawf dua rakaat.”498

Hadith-hadith mu„allaq seperti di atas, banyak terdapat pada abwab Kitab

Manaqib al-Ansar dan Kitab al-Maghazi. Apa yang berbeza, sama ada ia dinukilkan

secara penuh, secara potongan atau diletakkan bersama dengan penamaan bab atau

secara terpisah.

Ketujuh : Memasukkan riwayat peristiwa yang berlaku selepas zaman

Nubuwwah.

Pada pemerhatian penulis, terdapat riwayat yang direkodkan di dalam Kitab al-

Maghazi merupakan kisah yang berlangsung selepas zaman Nubuwwah yakni selepas

kewafatan Rasulullah s.a.w. Walaupun bab tersebut menggambarkan peristiwa yang

berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Contohnya, di dalam Bab Qissah Wafd Tayyi‟ wa

Hadith „Adi bin Hatim,499

al-Bukhari (m. 256H) telah membawa kisah yang

berlangsung pada zaman Khalifah „Umar bin al-Khattab r.a. iaitu;

Daripada „Adi bin Hatim, beliau berkata, “ Kami berjumpa

„Umar dalam satu delegasi. Lalu beliau memanggil seorang

demi seorang dan menyebut nama-nama mereka. Maka saya

berkata, “Adakah tuan mengenali saya, wahai Amir al-

Mu‟minin?” Beliau menjawab, “Bahkan saya mengenalimu,

anda memeluk Islam disaat mereka mereka kufur, anda datang

disaat mereka mundur, anda memenuhi janji disaat mereka

497 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 338, No. Hadith 4126. 498 ibid., Kitab al-Maghazi, h. 338, No. Hadith 4127. 499 Menurut al-„Ayni (m. 855H), di dalam sesetengah manuskrip, bab ini disebut Bab Qissah Wafd Tayyi‟ (tanpa kalimah wa Hadith

„Adi bin Hatim), manakala di tempat lain disebut Bab Wafd Tayyi‟ wa Hadith „Adi bin Hatim tanpa perkataan Qissah. Lihat, Al-

„Ayni (2001/1421), op. cit., j. 18, h. 45.

Page 119: Download (1848Kb)

119

khianati, anda mengetahui disaat mereka ingkar.” „Adi berkata,

“[Kalau begitu] saya tidak kisah [lagi].500

Riwayat di atas adalah untuk mengisyaratkan kepada peristiwa sebenar yang

berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. tentang keislaman dan sumbangan „Adi bin

Hatim kepada Rasulullah s.a.w.501

Ibn Hajar (m. 852H) telah menyatakan riwayat-

riwayat tentang peristiwa yang berkenaan pada zaman Rasulullah s.a.w. daripada

pelbagai sumber.502

Bagi penulis, walaupun nukilan riwayat di atas dilihat tidak mempunyai

kesinambungan dengan kisah-kisah sebelumnya, tetapi al-Bukhari (m. 256H)

menukilkan juga riwayat lain bagi menggambarkan tentang peristiwa berkenaan.

Kemungkinan besar riwayat yang wujud tidak mencapai tahap sahih menurut kriteria

yang ditetapkan oleh beliau.

3.4 Kesimpulan

Perbahasan di atas adalah menggambarkan manhaj dan kaedah al-Bukhari (m.

256H) dalam menukilkan riwayat serta cara penulisan beliau di dalam Kitab Manaqib

al-Ansar dan Kitab al-Maghazi. Ia merangkumi susunan kronologi, perawi asal kisah,

kandungan dan penulisan riwayat di dalam Kitab Manaqib al-Ansar dan Kitab al-

Maghazi.

Apabila diteliti pada kandungan riwayat secara keseluruhan, penulis dapat

mengeneralisasikan bahawa kandungan kisah di dalam Sahih al-Bukhari adalah

penulisan bersifat objektif. Al-Bukhari (m. 256H) hanya membawa riwayat-riwayat

yang sahih menurut penilaian beliau. Kualiti dan autentik riwayat dapat dikekalkan,

walaupun terdapat ketidaksinambungan peristiwa sama ada pada susunan abwab, atau

500 Al-Bukhari, (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 360, No. Hadith 4394. 501 Peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. adalah pada bulan Sya„ban tahun 9H, tetapi menurut al-Waqidi (m. 207H)

pada tahun 10H. Lihat, Al-„Ayni (2001/1421), op. cit., j. 18, h. 46. 502 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 706.

Page 120: Download (1848Kb)

120

susunan hadith di dalam setiap bab. Ketidaksinambungan ini tidak mengurangkan

sedikitpun kualiti riwayat sejarah di dalam Sahih al-Bukhari. Bahkan, ia akan

mengekalkan lagi status quo kriteria al-Bukhari (m. 256H) dalam menilai sesebuah

hadith sama ada ia bersifat sejarah atau bentuk-bentuk yang lain.503

Kronologi juga merupakan salah satu elemen penting dalam penulisan sejarah,

ini dapat dilihat pada susunan abwab bahagian akhir Kitab Manaqib al-Ansar dan

keseluruhan Kitab al-Maghazi secara umum. Namun, disebabkan terdapat pelbagai

perbezaan pendapat dalam kalangan ulama‟ sejarah berkaitan masa peristiwa,

susunannya dilihat sedikit terganggu. Gangguan ini tidak memberi impak yang negatif

kepada riwayat di dalam dua kitab ini, tetapi ia dapat dikenalpasti bahawa fokus utama

al-Bukhari (m. 256H) adalah terhadap kualiti riwayat yang menepati kriteria kesahihan

menurut ketetapan beliau. Tambahan pula, al-Bukhari (m. 256H) dilihat menukilkan

riwayat yang sangat berkualiti walaupun riwayat sejarah yang sesuai tidak menepati

ketetapan beliau untuk dimuatkan ke dalam bab-bab pada al-Jami„ al-Sahih.504

Saringan yang ketat dan konsisten walaupun pada riwayat-riwayat berbentuk sejarah

akan mengekalkan kedudukan Sahih al-Bukhari sebagai karya hadith yang paling

berautoriti sekaligus sebagai karya sejarah yang autentik.

503 Maksudnya al-Bukhari (m. 256H) tidak meletakkan satu kriteria khusus dalam membuat penilaian terhadap sanad dan perawi

yang meriwayatkan hadith-hadith berbentuk sejarah. Ini berbeza manhaj ulama‟ selepas itu yang dilihat tasahul pada riwayat berbentuk kisah dan sebagainya. Ibn Kathir (m. 774H) berkata;

“Diharuskan bagi riwayat yang mencakupi topik [berkenaan dengan] al-targhib dan al-tarhib, kisah-kisah dan pengajaran serta

[riwayat] yang seumpamanya, kecuali pada [isu-isu] berkaitan sifat-sifat Allah „Azza wa Jalla dan pada topik halal dan haram.”

Lihat, Ibn Kathir (t.t.), al-Ba„ith al-Hathith fi Ikhtisar „Ulum al-Hadith, c. 1, Bayrut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, h. 85. 504 Bagi penulis, ini dapat dikenal pasti apabila al-Bukhari (m. 256H) memasukkan riwayat-riwayat yang dilihat tidak sesuai pada

susunan abwab serta realiti sebenar peristiwa berkenaan. Sebagai contoh, Bab Mawt al-Najasyi diletakkan selepas Bab Hijrah al-Habasyah dan riwayat yang dimasukkan adalah untuk menggambarkan tentang keislaman al-Najasyi serta kematiannya. Sedangkan

kematian al-Najasyi berlaku pada tahun 9H. Tetapi ini mungkin disebabkan tiada riwayat tentang keislaman al-Najasyi yang

menepati kriteria yang ditetapkan al-Bukhari (m. 256H), maka beliau memasukkan riwayat tentang kematian al-Najasyi.

Page 121: Download (1848Kb)

121

3.5 Biografi Muhammad bin Ishaq

Antara fokus kajian penulis di dalam kajian ini adalah tentang metodologi Ibn

Ishaq (m. 151H) terhadap riwayat sejarah. Walaupun sebagai seorang tokoh yang

terkenal dalam bidang sejarah khususnya al-Sirah al-Nabawiyyah, riwayat hidup Ibn

Ishaq (m. 151H) tidak begitu diketahui oleh umat Islam berbanding kehidupan al-

Bukhari (m. 256H). Jadi, di sini penulis cuba memperkenalkan peribadi Ibn Ishaq (m.

151H) yang lebih dikenali Sahib al-Sirah al-Nabawiyyah.

3.5.1 Nama dan Keturunan

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Ishaq bin Yasar bin Khiyar al-

Madani. Terdapat pendapat yang berbeza pada nama moyang beliau, iaitu sama ada

Khiyar atau Kuthan.505

Namun begitu, menurut Muhammad Hamidullah (m. 2002M),506

kedua-dua nama tersebut adalah tepat, ini kerana Kuthan telah ditawan di dalam

peperangan pada tahun 12H. Apabila dia memeluk Islam maka namanya ditukar kepada

Khiyar.507

Al-Khatib al-Baghdadi (m. 463H) menukilkan beberapa riwayat yang

menjelaskan tentang kunyah Ibn Ishaq (m. 151H). Ada pendapat yang mengatakan

505 Terdapat perbezaan terhadap nama moyang Ibn Ishaq iaitu Kuthan. Terdapat pendapat lain mengatakan nama moyang beliau Kutan dan ada pendapat mengatakan Kuman. Lihat, al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit. j. 7, h. 33. 506 Muhammad Hamidullah dilahirkan pada 1908 di Hyderabad Deccan, Benua Kecil India. Beliau memulakan pengajian menengah

di Darul „Ulum, kemudian meneruskan di Kolej Nizam, seterusnya di University Osmania dan mendapat ijazah peringkat sarjana dan LLB dalam bidang Undang-undang Antarabangsa. Pada tahun 1933-1935 beliau meneruskan pengajian di Eropah dan mendapat

doktor falsafah di Universiti Bonn, Jerman. Kemudian beliau menetap di Perancis setelah berlaku pergolakan politik di Benua Kecil

India sehingga tahun 1996. Pada tahun 1996, disebabkan oleh kesakitan yang dialami, adik beliau Sadida terpaksa membawa beliau ke Amerika Syarikat untuk dijaga dengan sepenuhnya. Beliau tidak mempunyai ahli keluarga kerana beliau tidak berkahwin

sehingga akhir usia. Tokoh ini menguasai sebanyak dua puluh dua (22) bahasa seluruh dunia. Ketika beliau berusia lapan puluh

empat (84) tahun, beliau telah mempelajari Bahasa Thai. Beliau mempunyai karya-karya dalam pelbagai bidang serta dalam pelbagai bahasa, iaitu Bahasa Jerman, Bahasa Perancis, Bahasa Urdu dan Bahasa Arab. Tulisan-tulisan beliau direkodkan sebanyak

250 karya dalam pelbagai bidang termasuk sejarah Islam. Beliau juga menterjemahkan al-Quran ke dalam Bahasa Perancis serta

karya-karya masyhur Islam ke dalam bahasa-bahasa di Eropah. Antara karya beliau dalam bidang hadith ialah beliau telah mentahqiq Sahifah Hammam bin Munabbih yang mana beliau menerbitkan tulisan ini dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis.

Manuskrip sahifah ini diambil di Syria dan di Berlin, Jerman dan dibuat beberapa perbandingan. Selain itu, beliau juga telah

mentahqiq Sirah Ibn Ishaq yang diterbitkan sehingga kisah Peperangan Uhud. Muhammad Hamidullah telah meninggal dunia pada 17 Disember 2002 dalam usia 95 tahun di Jacksonville, Amerika Syarikat.

Lihat, http://www.albalagh.net/general/dr_hamidullah.shtml, 22 April 2009. 507 Muhammad Hamidullah (1967), op. cit., h. 2.

Page 122: Download (1848Kb)

122

kunyah beliau ialah Abu Bakr manakala pendapat lain mengatakan Abu „Abd Allah.508

Beliau dilahirkan pada tahun 80H509

atau 85H510

di al-Madinah al-Munawwarah.511

Nenek moyang Ibn Ishaq (m. 151H) telah ditawan dalam Peperangan „Ayn al-

Tamar512

pada tahun 12H.513

Perselisihan berlaku antara ulama‟ tentang individu yang

ditawan dalam peperangan tersebut, ada berpendapat bahawa individu yang ditawan itu

adalah Yasar,514

manakala menurut riwayat di dalam al-Tarikh al-Baghdadi, individu

berkenaan adalah Khiyar.515

Menurut Muhammad Hamidullah (m. 2002M), pendapat yang lebih tepat adalah

adalah Khiyar. Tambah beliau, Khiyar telah ditawan dalam peperangan tersebut pada

tahun 12H semasa masih kanak-kanak lagi. Kemudian, beliau dikurniakan anak

bernama Yasar lebih kurang pada tahun 20H, seterusnya Yasar mendapat anak bernama

Ishaq pada tahun 53H, dan Ibn Ishaq (m. 151H) dilahirkan pada tahun 85H. Sekiranya

Yasar telah ditawan pada tahun 12H, maka beliau harus menunggu sehingga tahun 53H

untuk mendapat anak bernama Ishaq, ayah kepada Ibn Ishaq (m. 151H).516

3.5.2 Kembara Ilmu, Guru dan Murid Ibn Ishaq

Muhammad bin Ishaq (m. 151H) telah dilahirkan di Madinah dalam suasana

ilmu yang sedang berkembang pada ketika itu. Beliau hidup dalam bi‟ah dan suasana

508 Abi Bakr Ahmad bin „Ali bin Thabit al-Khatib al-Baghdadi (2001/1422), Tarikh Madinah al-Salam wa Akhbar Muhaddithiha wa Dhikr Quttaniha al-„Ulama‟ min Ghayr Ahliha wa Waridiha, j. 2, c. 1, Bayrut : Dar al-Gharb al-Islami, h. 9-11. 509 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar op. cit., j. 7, h. 33. 510 Menurut Mustafa al-Saqa dan lain-lain, tahun 85H adalah yang paling tepat. Lihat, Ibn Hisyam (t.t.), al-Sirah al-Nabawiyyah, j. 1, t.c., t.t.t. : Turath al-Islam, h. 14; Muhammad Surur bin Nayif Zin al-„Abidin (1988/1408), op. cit., h. 88; Fu‟ad Sizkin

(1991/1411), op. cit., j. 1, h. 87. 511 Ibn Hisyam (t.t.), op. cit., j. 1, h. 14. 512 Peperangan ini berlaku semasa kepimpinan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq. Moyang Ibn Ishaq (m. 151H) telah ditawan oleh Khalid

al-Walid r.a. Lihat, Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 33-34; Abi al-„Abbas Syams al-Din bin Ahmad bin Muhammad

bin Abi Bakr bin Khallikan (t.t.), op. cit., j. 4, h. 276. 513 Ibn Hisyam (t.t.), op. cit., j. 1, h. 14. 514 Pendapat dinukilkan oleh Ibn Sa„d (m. 230H), Ibn Khallikan (m. 681H), al-Dhahabi (m. 748H) dan lain-lain. Lihat, Al-Dhahabi

(1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 33; Abi al-„Abbas Syams al-Din bin Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan (t.t.), op. cit., j. 4, h. 276; Muhammad bin Sa„d (1968M), op. cit., j. 7, h. 321. 515 Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 9. 516 Muhammad Hamidullah (1967), op. cit., h. 2.

Page 123: Download (1848Kb)

123

keilmuan dan disebarkan di serata pelusuk, apatah lagi di Masjid Nabawi.517

Beliau juga

sempat bertemu dengan para sahabat r.a. pada ketika itu seperti Anas bin Malik r.a.

sewaktu beliau masih kanak-kanak.518

Oleh kerana kesungguhan beliau terhadap ilmu,

beliau banyak belajar dan mengambil riwayat daripada tokoh terkemuka kibar al-

tabi„in, seperti Aban bin „Uthman (m. 101H-105H), Al-Qasim bin Muhammad bin Abu

Bakr al-Siddiq (m. 107H), Muhammad bin „Ali bin al-Husayn bin „Ali bin Abi Talib

(m. 110H), „Asim bin „Umar bin Qatadah bin al-Nu„man al-Ansari (m. 129H) dan ramai

lagi.519

Selama beberapa tahun, Ibn Ishaq (m. 151H) telah mengembara untuk menuntut

ilmu. Tempat pertama beliau mengembara ialah ke Mesir.520

Pernah diriwayatkan

bahawa beliau telah singgah ke Iskandariyyah pada tahun 115H. Di sana beliau telah

belajar dengan tokoh terkemuka di Mesir pada masa itu, termasuk Yazid bin Abi Habib

(m. 128H).521

Jika dikira, usia beliau pada ketika itu adalah dalam lingkungan 30 tahun.

Seterusnya, beliau dikatakan telah kembali ke Madinah pada tahun 123H dan

diperkenalkan oleh al-Zuhri (m. 124H) kepada orang ramai. Kemudian beliau bertemu

Sufyan bin „Uyaynah (m. 198H) pada tahun 132H.522

Seterusnya beliau telah

mengembara ke tempat utama dunia Islam seperti, al-Jazirah, al-Ray, al-Hirah dan

berakhir di Baghdad.523

Di tempat-tempat ini beliau juga banyak mengajar dan

menyampaikan riwayat kepada orang ramai sehingga bilangan murid beliau lebih ramai

daripada murid beliau di Madinah.524

517 „Abd al-Syaqi Muhammad „Abd al-Latif (2007/1428), Buhuth fi al-Sirah al-Nabawiyyah wa al-Tarikh al-Islami, c. 1, al-Qahirah : Dar al-Salam, h. 32-33. 518 Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 11. 519 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 34; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 406-410; Huda „Ali Jawad al-Syamri (2004) al-Hadith al-Nabawi al-Syarif Riwayah Muhammad bin Ishaq, c. 1, Oman : Mu‟assasah al-Waraq, h. 37-58. 520 „Abd al-Syaqi Muhammad „Abd al-Latif (2007/1428), op. cit., h. 34. 521 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 424. 522 Josef Horovitz (April 1928), op. cit., h. 170. 523 Ibn Hisyam (t.t.), op. cit., j. 1, h. 14. 524 Josef Horovitz (April 1928), op. cit., h. 172.

Page 124: Download (1848Kb)

124

Senarai murid-murid beliau terlalu ramai untuk disenaraikan satu persatu,

namun antara murid-murid beliau yang terkemuka yang telah meriwayatkan sirah beliau

ialah; Ibrahim bin Sa„d al-Zuhri (m. 183H), Yunus bin Bukayr al-Syaybani (m. 199H),

Salamah bin Fadl al-Razi (m. 191H), Muhammad bin Salamah al-Harrani (m. 191H),

Ziyad bin „Abd Allah al-Bakka‟i (m. 187H), „Abd Allah bin Idris al-Awdi (m. 192H),

Yahya bin Sa„id bin Aban al-Umawi (m. 194H), Jarir bin Hazim bin Zayd al-Azdi (m.

170H) dan Harun bin Abi „Isa al-Syami (m. 190H).525

Selain itu, ramai lagi murid-

murid beliau seperti mana yang dikemukakan oleh al-Mizzi (m. 742H) dan al-Dhahabi

(m. 748H).526

3.5.3 Ibn Ishaq Meninggal Dunia

Ibn Ishaq (m. 151H) telah meninggal dunia di Baghdad, Iraq. Ulama telah

berselisih tentang tahun beliau meninggal dunia. Ada pendapat menyatakan beliau

meninggal pada tahun 144H,527

149H,528

150H, 151H, 152H529

dan 153H.530

Walau bagaimanapun, Ibn Khallikan (m. 681H) berpendapat bahawa tahun

151H adalah lebih tepat.531

Jenazah Ibn Ishaq (m. 151H) telah dikebumikan di sebuah

tempat di Baghdad bernama al-Khayzuran.532

3.6 Karya Ibn Ishaq

Beberapa maklumat tentang karya-karya Ibn Ishaq (m. 151H) telah diambil,

antaranya daripada tulisan Dr. Fuat Sezgin. Beliau telah menyenaraikan beberapa karya

525 Muta„al-Tarabisyi (1994/1414) Ruwwat Muhammad bin Ishaq bin Yasar fi al-Maghazi wa al-Siyar wa Sa‟ir al-Marwiyyat, c. 1, Dimasyq : Dar al-Fikr, h. 57; Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), op. cit., h. 261-264. 526 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 35; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 410-411. 527 Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 34. 528 Ibn Qanfadh al-Qasnatini, Abi al-„Abbas Ahmad bin Hasan bin „Ali bin al-Khatib (1984/1403), al-Wafiyat, c. 4, Bayrut : Dar al-

Afaq al-Jadidah, h. 128 529 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 55. 530 Abi al-„Abbas Syams al-Din bin Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan (t.t.), op. cit., j. 4, h. 288. 531 ibid. 532 Khayzuran tempat yang diberi nama sempena nama ibu Khalifah Harun al-Rasyid. Lihat, ibid.

Page 125: Download (1848Kb)

125

Ibn Ishaq (m. 151H) termasuk karya-karya lain yang dinisbahkan kepada Ibn Ishaq (m.

151H).533

Karya-karya berkenaan ialah :

1. Kitab al-Maghazi : Karya ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu al-

Mubtada‟, al-Mab„ath dan al-Maghazi.534

Karya ini merupakan naskah daripada

riwayat Yunus bin Bukayr (m. 199H). Manuskrip karya ini terletak di al-

Maktabah al-Qarawiyyin di Faz, Maghribi bernombor 202, sebanyak 150

halaman. Selain itu, terdapat di al-Maktabah al-Zahiriyyah, Syria bernombor

150, sebanyak 157 hingga 173 halaman.535

Ibn Hisyam (m. 183H) telah melakukan semakan pada Sirah Ibn Ishaq yang

diriwayatkan daripada murid Ibn Ishaq (m. 151H) iaitu Ziyad bin „Abd Allah al-

Bakka‟i (m. 187H). Ibn Hisyam (m. 183H) telah menyaring kembali riwayat-

riwayat serta syair-syair yang terdapat pada riwayat Ibn Ishaq (m. 151H).536

2. Tarikh al-Khulafa’ : Menurut Ibn Nadim, ia diriwayatkan oleh al-Umawi.537

Al-Duri telah membuat salinan kembali riwayat yang terkandung dalam kitab

533 Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 89-91. 534 Wan Kamal Mujani telah memperincikan maklumat tentang kandungan karya ini. Lihat, Wan Kamal Mujani (1999/1419),

“Pandangan Ulama Terhadap Karya dan Ketokohan Muhammad Ibn Ishaq”, Islamiyyat, Bil. 20, Bangi : Fakulti Pengajian

Islam,Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 24-25; ___________ (2009) : “Ibn Ishaq Perawi Kisah-kisah Isra‟iliyyat”. Al-Islam, Mei, h. 37-38. 535 Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 89. 536 Ini menepati apa yang dikemukakan oleh Ibn Hisyam (m. 183H) di dalam manhaj beliau terhadap penulisan kembali karya ini. Beliau berkata,

Insya Allah saya memulakan buku ini dengan menyebut Isma‘il bin Ibrahim, dan orang yang melahirkan Rasulullah s.a.w. daripada

anaknya [Isma‘il], dan anak-anak mereka dan keturunan mereka. Pertama sekali adalah [tentang] daripada Isma‘il [hingga] kepada Rasulullah s.a.w. dan apa yang berlaku [dalam kalangan] mereka. [Saya] meningggalkan kisah tentang orang lain dalam

kalangan anak-anak Isma‘il adalah untuk meringkaskan [tulisan ini] kepada kisah sirah Rasulullah s.a.w. dan [saya] tinggalkan

sebahagian daripada kenyataan Ibn Ishaq di dalam buku ini daripada apa yang bukan daripada Rasulullah s.a.w. yang disebutnya. [Termasuk] apa-apa peristiwa yang tidak diturunkan al-Quran mengenai peristiwa berkenaan. Serta tidak ada sebab [yang wajar]

yang terkandung dalam buku ini, tiada penafsiran padanya dan tidak ada hujah [yang kuat] padanya. Penyataan saya ini adalah

untuk meringkas [sahaja]. Syair-syair yang terkandung di dalamnya, saya dapati tiada seorang pun dalam kalangan ahli ilmu yang mengetahuinya, sebahagiannya tidak sesuai dibincang, sebahagian yang lain menghina orang lain, sebahagiannya tidak diakui

oleh al-Bakka’i dalam periwayatannya. Saya [hanya] mengemukakan –insya Allah – riwayat yang lain adalah diakui [oleh Ibn

Ishaq] adalah hasil periwayatan dan keilmuan [beliau] dengannya.

Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 1, h. 64-65. 537 Ibn Nadim tidak menjelaskan dengan lebih lanjut identiti al-Umawi itu. Lihat, Muhammad bin Ishaq al-Nadim(1971/1391), op.

cit., j. 2, h. 105.

Page 126: Download (1848Kb)

126

ini. Ia adalah berkisar tentang pembunuhan Saydina „Umar bin al-Khattab r.a.

serta pembentukan ahli majlis syura.538

3. Kitab al-Futuh : Kitab ini dikenal pasti sebagai salah satu karya Ibn Ishaq (m.

151H) . Ia menjadi kerangka asas dalam penulisan karya-karya tentang al-futuh

yang ditulis oleh al-Waqidi (m. 207H).539

4. Akhbar Kulayb wa Jassas : Manuskrip karya ini terdapat di Maktabah „Ali

Sayyid „Isa al-„Atar yang terletak di Baghdad, Iraq.540

Selain daripada karya-karya di atas, terdapat beberapa lagi karya Ibn Ishaq (m.

151H) yang lain.541

Sebagai seorang yang diiktiraf sebagai ahli sejarah yang berautoriti,

semua karya yang dinyatakan di atas, adalah berkisar tentang sejarah. Di sini dapat kita

lihat bahawa tumpuan dan fokus Ibn Ishaq (m. 151H) adalah dalam bidang sejarah.

3.7 Sirah Ibn Ishaq dan Sirah Ibn Hisyam

Seperti mana dinyatakan sebelum ini, Sirah Ibn Ishaq adalah merujuk kepada

riwayat daripada Yunus bin Bukayr (m. 199H) manakala Sirah Ibn Hisyam adalah

riwayat daripada Ziyad bin „Abd Allah al-Bakka’i (m. 187H).542

Kedua karya ini telah

melalui beberapa proses penerbitan. Kali pertama, Sirah Ibn Hisyam telah diusahakan

untuk penerbitan oleh Dr. Ferdinand Westernfield543

pada tahun 1857M hingga 1860M

538 Al-Duri (1993), op. cit., 182-183. 539 Karya al-Futuh tulisan al-Waqidi (m. 207H) seperti, Futuh al-Syam, Futuh Misr, Futuh al-Jazirah wa al-Khabur wa Diyar Bakr

fi al-„Iraq, Futuh al-Bahnasa, Futuh Afriqiyyah, Futuh al-„Iraq dan Futuh Amid. Lihat, Fu‟ad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 2, h. 91

& 102-106. 540 ibid., h. 91. 541 Antaranya, Kitab Hurrab, Siyar al-„Arab al-Arba„, Hadith Isra‟ wa al-Mi„raj dan Akhbar Siffin. Lihat, ibid. 542 Akram Diya‟ al-„Umari (1995/1416), op. cit., j. 1, h. 59. 543 Nama penuh beliau ialah Heinrich Ferdinand Westernfield. Beliau dilahirkan pada tahun 31 Julai 1808M di Munden, Jerman.

Beliau menyambung pengajian di Universiti Gottingen sehingga mendapat doktor falsafah pada tahun 1831. Seterusnya beliau

bertugas di universiti yang sama sebagai pensyarah bahasa seperti bahasa Arab, Parsi, Siryani, Sanskrit dan lain-lain. Beliau dianugerahkan profesor pada tahun 1853 oleh Universiti Gottingen. Beliau banyak melakukan tahqiq terhadap karya-karya sejarah

seperti karya tabaqat, tarajim al-rijal, sirah dan tulisan sejarah yang lain. Antara karya-karya yang diusahakan beliau ialah, Wafayat

al-A„yan karya Ibn Khallikan (m. 681H) tahun 1837, Kitab Tabaqat al-Huffaz karya al-Dhahabi (m. 748H) tahun 1833, Kitab Tahdhib al-Asma‟ karya al-Nawawi (m. 676H) tahun 1832, al-Ma„arif karya Ibn Qutaybah (m. 276H) tahun 1850, Mu„jam al-

Buldan karya Yaqut al-Hamawi tahun 1866-1873, al-Sirah karya Ibn Ishaq (m. 151H) tahun 1857-1860 dan banyak lagi. Lihat,

„Abd al-Rahman Badawi, (1993), op. cit., h. 399-402.

Page 127: Download (1848Kb)

127

di Jerman dalam dua jilid.544

Kemudian, edisi ini telah diterbitkan oleh Matba„ah al-

Amiriyyah di Bulaq pada tahun 1295H dalam tiga jilid dan Matba„ah al-Khayriyyah di

Mesir dalam tiga jilid pada tahun 1329H545

bersama ta„liq oleh Syaykh Muhammad al-

Tahtawi.546

Kemudian, Prof. A. Guillaume telah menterjemahkan karya ini ke dalam

Bahasa Inggeris547

pada tahun 1953M548

berdasarkan edisi ringkasan oleh Gustav Weil

dalam Bahasa Jerman cetakan tahun 1864M.549

Sirah Ibn Ishaq pula dilihat agak

terlewat dalam proses penerbitannya. Terdapat edisi tahqiq oleh Dr. Muhammad

Hamidullah (m. 2002M)550

dan tahqiq Suhayl Zakkar pada tahun 1978M.551

Selain itu,

terdapat tahqiq Ahmad Farid al-Mazidi pada tahun 1424H/2004M.552

Seterusnya, Sirah Ibn Hisyam melalui beberapa edisi tahqiq dan penerbitan lain.

Pada tahun 1938M/1356H, Syaykh Muhammad Muhy al-Din „Abd al-Hamid dan lain-

lain telah mentahqiq Sirah Ibn Hisyam. Kemudian, Mustafa al-Saqa, Ibrahim al-Abyari

dan „Abd al-Hafiz Syalabi telah mentahqiq karya ini pada tahun 1955H.553

Edisi tahqiq

ini melalui beberapa proses percetakan dan ia masih dicetak sehingga ke hari ini.

544 Penulis berjaya memperoleh edisi cetakan ini. Edisi ini mengandungi sebanyak 340 halaman (tidak termasuk kulit hadapan dan

belakang). Ia ditulis dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Jerman. Namun teks asal manuskrip Sirah Ibn Hisyam tidak diterjemahkan ke dalam Bahasa Jerman. Di awal buku ini, Dr. Ferdinand membincangkan dengan panjang lebar tentang biografi

Muhammad bin Ishaq (m. 151H) dengan mengambil daripada pelbagai sumber seperti Wafayat al-A„yan karya Ibn Khallikan (m.

681H), Tabaqat al-Huffaz karya al-Suyuti (m. 911H), „Uyun al-Athar karya Ibn Sayyid al-Nas (m. 734H) dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga membuat ulasan yang agak panjang terhadap kritikan para ulama‟ terhadap Ibn Ishaq (m. 151H) dari segi

al-jarh wa al-ta„dil. Penulis juga sukar untuk meneliti karya ini kerana metodologi tahqiq yang dilakukan agak berbeza dengan

kebiasaan edisi tahqiq masa kini. Kajian lanjut berkaitan karya ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti metodologi Dr. Ferdinand Westernfield dalam menerbitkan Sirah Ibn Hisyam ini buat kali pertama. Lihat, Abd el-Malik Ibn Hischâm (1860), Kitab Sirah

Rasulullah : Das Leben Muhammed‟s nach Muhammed Ibn Ishâk, t.c., Gõttingen : Dieterichsche Universitats – Buchhandlung. 545 C. A. Storey (1935), Persian Literature : A Bio-bibliography Survey, Seksyen 2, London : Luzac & Co., h. 172-173. 546 Laman blog Khazanah al-Turath al-„Arabi. http://khizana.blogspot.com/2008/12/blog-post_1726.html, 18 Jun 2009. 547 Terdapat kritikan terhadap terjemahan karya ini. Ini kerana Prof. A. Guillaume dilihat melakukan kesilapan terjemahan dalam

menterjemah perkataan-perkataan tertentu sehingga mengubah maksud sebenar kandungan riwayat-riwayat di dalam Sirah Ibn Hisyam. Lihat, R. B. Serjeant (1958), “Professor A. Guillaume's Translation of the "Sirah"”, Bulletin of the School of Oriental and

African Studies, University of London, v. 21, b. 1/3, Cambridge : Cambridge University Press, h. 1-14. 548 Menurut Muhammad Hamidullah (m. 2002M), A. Guillame telah menterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dengan dengan membuang semua catatan Ibn Hisyam (m. 183H) dan menambah riwayat yang diriwayatkan oleh al-Tabari (m. 310H) bersumberkan

riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) yang lain. Lihat, Muhammad Hamidullah (1967), op. cit., h. 23-24. 549 Storey, C. A. (1935), op. cit., h. 172-173. 550 Ibn Ishaq (1981), Sirah Ibn Ishaq al-Musamma bi Kitab al-Mubtada‟ wa al-Mab„ath wa al-Maghazi, t.c., Konya : Khidmah al-

Khayriyyah. 551 Muhammad bin Ishaq (1978/1398), Siyar wa al-Maghazi, c. 1, Bayrut : Dar al-Fikr 552 Muhammad bin Ishaq bin Yasar al-Matlibi al-Madani, (2004/1424), al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Ishaq, c. 1, Bayrut : Dar al-

Kutub al-„Ilmiyyah. 553 Muhammad Faisal Ismail (2003), op. cit., h. 144.

Page 128: Download (1848Kb)

128

Di tangan penulis, terdapat beberapa edisi tahqiq yang lain, antaranya tahqiq

Majdi Fathi al-Sayyid554

dan tahqiq al-Syaykh „Adil Ahmad „Abd al-Mawjud bersama

al-Syaykh „Ali Muhammad Mu„awwid dibantu oleh Prof. Dr. Fathi „Abd al-Rahman

Ahmad Hijazi, Profesor di Fakulti Bahasa Arab, Universiti al-Azhar yang diterbitkan

oleh Maktabah al-„Ubaykan tahun 1998M/1418H.555

Selain itu, Sirah Ibn Ishaq dan

Sirah Ibn Hisyam ini melalui beberapa fasa terjemahan kepada bahasa lain.556

3.8 Hadith-hadith Riwayat Ibn Ishaq (m. 151H)

Ibn Ishaq (m. 151H) sebagai seorang tabi„in yang banyak meriwayatkan hadith

daripada kibar al-tabi„in lain sudah tentu hadith beliau banyak terdapat di dalam karya-

karya hadith. Karya-karya hadith berkenaan termasuk al-Sunan al-Arba„ah, Musnad

Ahmad bin Hanbal, Sunan al-Kubra karya al-Bayhaqi (m. 458H) dan sebagainya.

3.8.1 Hadith Riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) di Dalam al-Kutub al-Sittah

Hadith-hadith yang diriwayatkan di dalam al-Kutub al-Sittah direkodkan dalam

pelbagai bentuk. Ini disebabkan manhaj muhaddithun bagi setiap karya berkenaan

adalah berbeza. Bagi al-Bukhari (m. 256H), riwayat-riwayat Ibn Ishaq (m. 151H)

dinukilkan hanya dalam bentuk hadith mu„allaq dan mutaba„at. Ini menunjukkan

riwayat Ibn Ishaq (m. 256H) tidak mencapai tahap piawaian yang ditetapkan oleh al-

Bukhari (m. 256H) menurut penilaian beliau yang tersendiri. Berikut adalah senarai

jumlah hadith di dalam al-Kutub al-Sittah :557

554 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1995/1416), Sirah al-Nabi s.a.w., c. 1, Tanta : Dar al-Sahabah li al-Turath. 555 Pada pendapat penulis, kedua-dua tahqiq yang dinyatakan di atas adalah tahqiq yang lengkap kerana pentahqiq menyatakan

dengan jelas sumber-sumber riwayat yang terkandung di dalam karya ini dan memberi hukum terhadap riwayat berkenaan. Kadang kala, terdapat juga riwayat yang tidak dinyatakan apa-apa hukum, tetapi hanya dinyatakan sumber sahaja. 556 Menurut Muhammad Hamidullah (m. 2002M), terjemahan ke dalam Bahasa Parsi telah dilakukan oleh Abu Bakr bin Sa„d bin

Zangi pada kurun ketujuh hijrah. Manakala terjemahan Bahasa Urdu oleh Mr. Shattari telah diterbitkan oleh Universiti Osmania, Hyderabad. Lihat, Muhammad Hamidullah (1967), op. cit., h. 23. 557 Senarai hadith ini telah disemak oleh Dr. Huda „Ali Jawad al-Syamri di dalam kajian beliau. Lihat, Huda „Ali Jawad al-Syamri

(2004) op. cit., h. 83-96.

Page 129: Download (1848Kb)

129

il. Karya Hadith Bil. Hadith

1. Sahih al-Bukhari (Mu„allaq & Mutaba„at) 17558

2. Sahih Muslim (Syawahid dan Mutaba„at) 6

3. Sunan al-Tirmidhi 50

4. Sunan Abu Dawud 165

5. Sunan al-Nasa‟i 39

6. Sunan Ibn Majah 78

Jumlah 354

Berdasarkan jadual di atas, jumlah keseluruhan riwayat hadith yang

diriwayatkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H) termasuk hadith yang berstatus mu„allaq atau

sebagai syawahid dan mutaba„at adalah 354 hadith. Peratusan riwayat Ibn Ishaq (m.

151H) di dalam al-Kutub al-Sittah adalah seperti graf di bawah;

Carta di atas menunjukkan bahawa Sunan Abu Dawud merupakan jumlah

tertinggi bagi riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) sebanyak 46 peratus. Kemudian diikuti

dengan Sunan Ibn Majah sebanyak 22 peratus seterusnya Sunan al-Tirmidhi 14 peratus

dan Sunan al-Nasa’i 11 peratus.

558 Jumlah 17 hadith ini adalah semakan daripada Dr. „Awwad al-Khalaf di dalam tesis Ph.D beliau (diterbitkan) berbanding

semakan Dr. Huda „Ali Jawad al-Syamri yang menyatakan sebanyak 16 hadith. Dr. „Awwad membahagikan jumlah berkenaan

kepada dua bahagian, iaitu lima (5) hadith adalah riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) dengan lafaz Sima„ yang jelas dan dua belas (12) hadith adalah riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) secara „An„anah. Semua riwayat ini dinukilkan secara mu„allaq dan mutaba„at. Lihat,

„Awwad al-Khalaf (1421H), Riwayat al-Mudallisin fi Sahih al-Bukhari Jam„uha, Takhrijuha, al-Kalam „Alayha, t.c., t.t.p. : Dar al-

Basya‟ir al-Islamiyyah, h. 579-582; Huda „Ali Jawad al-Syamri (2004) op. cit., h. 83-85.

Page 130: Download (1848Kb)

130

3.8.2 Hadith Riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) Selain al-Kutub al-Sittah

Jumlah hadith-hadith riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) yang direkodkan di dalam

kitab hadith selain daripada al-Kutub al-Sittah telah dikenal pasti. Karya-karya tersebut

ialah, Musnad Ahmad bin Hanbal, Sunan al-Darimi dan Sunan al-Bayhaqi. Berikut

adalah jumlah hadith riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) yang direkodkan di dalam karya-

karya tersebut :559

Bil. Karya Hadith Bil. Hadith

1. Musnad Ahmad bin Hanbal 593

2. Sunan al-Darimi 66

3. Sunan al-Bayhaqi 478

Jumlah 1137

Jumlah keseluruhan riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) yang terdapat di dalam tiga

karya ini adalah sebanyak 1137 hadith. Jurang bilangan hadith yang jauh berbeza adalah

disebabkan jumlah riwayat yang terkandung di dalam karya-karya tersebut. Maka,

jumlah keseluruhan hadith riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) di dalam Musnad Ahmad bin

Hanbal adalah lebih banyak berbanding Sunan al-Bayhaqi dan Sunan al-Darimi.

Bagi Musnad Ahmad bin Hanbal, banyak hadith-hadith yang diriwayatkan oleh

Ibn Ishaq (m. 151H) daripada tokoh-tokoh terkemuka, seperti al-Zuhri (m. 124H), „Abd

Allah bin Bakr bin „Amru bin Hazm (m. 135H), Hisyam bin „Urwah (m. 145H) dan

ramai lagi.560

3.9 Pandangan Ulama‟ Terhadap Ibn Ishaq (m. 151H)

Apabila diteliti di dalam kitab-kitab rijal, dapat penulis generalisasikan

perbincangan tentang kedudukan Ibn Ishaq (m. 151H) sebagai satu perbahasan yang

559 Jumlah ini telah disemak oleh Dr. Huda „Ali Jawad al-Syamri di dalam tulisan beliau. Lihat, ibid., h. 97-102. 560 Sebagai contoh, banyak terdapat di dalam riwayat-riwayat daripada „A‟isyah r.a. Hampir semua riwayat ini dinilai sahih oleh pentahqiq. Lihat, Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (1995/1416), op. cit., j. 18, h. 195-205, No. Hadith 26216, 26217, 26218,

26219, 26220, 26223, 26224, 26225, 26226, 26227, 26228, 26230, 26233, 26234, 26235, 26236, 26237, 26238, 26239, 26240,

26241, 26242 dan 26243.

Page 131: Download (1848Kb)

131

kontroversi dalam kalangan para ulama‟ al-jarh wa al-ta„dil. Wujud pelbagai

pandangan yang bercanggah sesama mereka, bahkan pandangan daripada ulama‟ yang

sama juga kelihatan bercanggah pada waktu yang berbeza. Penulis telah meneliti

dengan sedaya upaya bagi mengenal pasti kedudukan Ibn Ishaq (m. 151H) dengan

membuat penelitian dengan bersungguh-sungguh bagi mengabsahkan kedudukan

sebenar tokoh sejarah ini. Di sini penulis mendapati pandangan para ulama‟ al-jarh wa

al-ta„dil terbahagi kepada tiga (3) kelompok.

3.9.1 Pujian dan Sanjungan Kepada Ibn Ishaq

Terdapat ramai para ulama‟ yang mengiktiraf ketokohan Ibn Ishaq (m. 151H)

dalam bidang sejarah dan periwayatan hadith. Selain daripada pujian dan sanjungan,

banyak pendapat-pendapat ini adalah untuk menjawab kritikan yang dibuat terhadap Ibn

Ishaq (m. 151H). Berikut adalah beberapa pujian dan sanjungan para ulama‟ kepada Ibn

Ishaq (m. 151H).

Ibn Ma„in (m. 223H) telah ditanya tentang Ibn Ishaq (m. 151H), beliau

menjawab, “Thiqah dan hasan al-hadith.”561

Abu Zur„ah al-Dimasyqi (m. 281H) telah

bertanya kepada Yahya bin Ma„in (m. 223H),

“Jika sekiranya seseorang berkata [bahawa] Muhammad bin

Ishaq [individu yang boleh dijadikan] hujjah [adakah dia] salah

[dalam pendapatnya itu]?” Ibn Ma„in menjawab, “Tidak,

beliau [merupakan seorang] yang thiqah.”562

„Ali bin al-Madini (m. 234H) telah berkata,

“Hadith Rasulullah s.a.w. telah tersebar di kalangan enam

orang.” Lalu beliau memberitahu nama-nama mereka [yang

berkenaan]. Beliau menyambung, “Ilmu enam orang [tersebut]

561 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 35, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 411. 562 al-Sayyid Abu al-Ma„ati Al-Nuri, et. al (1992/1412), al-Jami„ fi Jarh wa al-Ta„dil, j. 2, c. 1, Bayrut : „Alam al-Kutub, h. 449.

Page 132: Download (1848Kb)

132

telah tersebar di kalangan dua belas orang dan salah seorang

[dalam kalangan] mereka adalah Ibn Ishaq.”563

Ibn al-Madini (m. 234H) berkata,

“Saya telah mendengar Sufyan berkata, bahawa Ibn Syihab

telah ditanya tentang maghazinya (Ibn Ishaq). Lalu Ibn Syihab

menjawab, “[Orang] ini adalah orang yang paling alim

tentangnya (maghazi).”564

„Asim bin „Umar bin Qatadah (m. 120H) telah berkata, “Tiada sesiapa dalam

kalangan manusia yang mencapai ilmu seperti mana Ibn Ishaq.”565

Al-Bukhari (m.

256H) berkata, “Saya telah melihat (mendapati) „Ali bin „Abd Allah berhujjah dengan

hadith Ibn Ishaq.”566

Selain itu, Al-Bukhari (m. 256H) juga berkata,

“Ibrahim bin Hamzah telah berkata kepada saya; “Di sisi

[riwayat] Ibrahim bin Sa„ad daripada Ibn Ishaq adalah

sebanyak tujuh belas ribu (17,000) hadith yang merangkumi

hadith ahkam termasuk maghazi.”567

Al-Syafi„i (m. 204H) berkata, “Sesiapa yang ingin luas ilmunya tentang

maghazi, maka dia akan terhutang budi dengan Muhammad bin Ishaq.”568

„Ali bin al-

Madini (m. 234H) pula berkata, “Hadith beliau (Ibn Ishaq) disisi saya [adalah]

sahih.”569

Manakala Syu„bah (m. 160H) berkata, “Ibn Ishaq [adalah] amir al-mu‟minin

fi al-hadith.”570

Selain itu, di tempat lain, Syu„bah (m. 160H) pula berkata, “Beliau

[adalah] saduq.”571

Al-„Ijli (m. 261H) di dalam Tarikh al-Thiqat telah

563 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 36; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 412; Al-Baghdadi

(2001/1422), op. cit., j. 2, h. 13; al-„Asqalani (1995/1416), Tahdhib op. cit., j. 3, h. 504. 564 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 36, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 412-413; Al-Baghdadi

(2001/1422), op. cit., j. 2, h. 14. 565 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 36, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 413; Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 15. 566 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 39. Muhammad bin Isma„il al-Bukhari (t.t.), Khayr al-Kalam fi al-Qira‟ah Khalf

al-Imam, (t.c.), Bayrut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h. 36-37. Selepas ini disebut al-Qira‟ah. 567 Al-Dhahabi (m. 748H) menambah, “Yakni [jumlah hadith riwayat Ibrahim bin Sa„d daripada Ibn Ishaq] adalah pengulangan

turuq hadith-hadith [tersebut], manakala matan-matan berkaitan hukum-hakam yang diriwayatkan [oleh Ibrahim bin Sa„ad] hanya

merangkumi satu persepuluh (1/10) sahaja (lebih kurang 1,700 hadith).” Lihat, Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 39-40. 568 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 36, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 413; Al-Baghdadi

(2001/1422), op. cit., j. 2, h. 15. 569 Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57. 570 Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 26; Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57. 571 Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57.

Page 133: Download (1848Kb)

133

mengklasifikasikan Ibn Ishaq (m. 151H) sebagai thiqah.572

Muhammad bin „Abd Allah

bin Numayr (m. 234H) berkata, “[Ibn Ishaq] telah dituduh sebagai Qadariyah, [tetapi]

beliau jauh daripadanya (tuduhan tersebut).”573

Kenyataan ini disokong oleh

keterangan Sufyan bin „Uyaynah (m. 198H) katanya, “Saya tidak melihat seorang

[pun] menuduh Ibn Ishaq [dengan apa-apa tuduhan]574

.575

Manakala Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H) berkata, “Beliau hasan al-

hadith.”576

Tetapi di tempat lain, Imam Ahmad (m. 241H) menyatakan pendapat yang

bercampur-campur. Antara kenyataan Imam Ahmad (m. 241H) ialah beliau mengatakan

Ibn Ishaq (m. 151H) seorang da„if. Pada tempat lain beliau telah berkata, “Beliau (Ibn

Ishaq) adalah salih al-hadith dan [dibolehkan] berhujah dengannya juga.”577

Selain

itu, apabila diminta membuat pilihan di antara dua orang tokoh iaitu Musa bin

„Ubaydah (m. 153H)578

dan Muhammad bin Ishaq (m. 151H), Imam Ahmad (m. 241H)

memilih Muhammad bin Ishaq (m. 151H).579

Apabila ditanya tentang riwayat Muhammad bin Ishaq (m. 151H) daripada al-

Zuhri (m. 124H), Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H) menjawab, “Beliau thiqah, tetapi

Ma„mar dan Malik, kedua-duanya lebih thiqah daripada beliau (Ibn Ishaq).”580

Banyak

lagi pendapat-pendapat Imam Ahmad (m. 241H) yang bercampur-campur antara

572 Ahmad bin „Abd Allah bin Salih Abi al-Hasan al-„Ijli (1985/1405), Tarikh al-Thiqat, c. 1, Bayrut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, h. 400, No. Biografi 1433. 573 Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57; Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 23. 574 Kenyataan Sufyan bin „Uyaynah (m. 198H) ini dilihat bercanggah keterangan beliau yang lain. Al-Dhahabi (m. 748H) di dalam Mizan al-I„tidal telah menukilkan kisah tersebut, Sufyan bin „Uyaynah (m. 198H) berkata, “Saya telah melihat Ibn Ishaq di dalam

masjid al-Khayf, saya berasa malu jika seseorang melihat saya bersamanya. [Mereka] menuduh beliau [berfahaman] Qadariyah.”

Di sini penulis membuat andaian bahawa Sufyan bin „Uyaynah (m. 198H) masih lagi sangsi dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Ibn Ishaq (m. 151H). Justeru, beliau berasa malu sekiranya dilihat bersama Ibn Ishaq (m. 151H) pada ketika itu kerana

bimbang sekiranya tuduhan yang dilemparkan itu adalah benar. Tetapi kenyataan di atas menggambarkan bahawa Sufyan bin

„Uyaynah (m. 198H) benar-benar yakin bahawa Ibn Ishaq (m. 151H) bersih daripada tuduhan berkenaan. Lihat, Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57. 575 Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 416; Al-Baghdadi

(2001/1422), op. cit., j. 2, h. 25. 576 Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57; Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 20. 577 al-Sayyid Abu al-Ma„ati al-Nuri, et. al (1997/1417), Mawsu„ah Aqwal al-Imam Ahmad bin Hanbal fi Rijal al-Hadith wa „Ilalihi,

j. 3, c. 1, Bayrut : „Alam al-Kutub, h. 236. 578 Musa bin „Ubaydah ialah Musa bin „Ubaydah bin Nasyit bin „Amru al-Harith al-Rabzi. Beliau adalah mawla „Umar al-Khattab

r.a. Beliau meninggal di Madinah pada tahun 153H. Kebanyakan ulama‟ hadith menghukum beliau sebagai da‟if, munkar al-hadith

dan sebagainya. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 29, h. 104-114, No. Biografi 6280. 579 al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 421 Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 29; al-„Asqalani (1995/1416),

Tahdhib op. cit., j. 3, h. 506. 580 Al-Sayyid Abu al-Ma„ati al-Nuri, et. al (1997/1417), op. cit., j. 3, h. 240.

Page 134: Download (1848Kb)

134

menerima dan menolak periwayatan Ibn Ishaq (m. 151H). Walaupun terdapat banyak

pendapat para ulama‟ yang memberi pujian dan sanjungan atas kredibiliti Ibn Ishaq (m.

151H) terhadap periwayatan hadith, tetapi dapat dilihat bahawa rata-rata ulama‟

memberi sanjungan atas keilmuan beliau terhadap sirah dan maghazi.

3.9.2 Kritikan dan Tuduhan Terhadap Ibn Ishaq

Oleh kerana Ibn Ishaq (m. 151H) merupakan seorang tokoh yang diperselisih

wibawanya di dalam bidang hadith, ramai juga dalam kalangan ulama‟ al-jarh wa al-

ta„dil yang mengkritik beliau. Antaranya, Imam Malik bin Anas (m. 179H) berkata,

“Dajjal di antara dajjal-dajjal (Dajjajilah).”581

Manakala Al-Nasa‟i (m. 303H) pula

berkata, “Laysa bi al-qawi.”582

Al-Daraqutni (m. 385H) berkata, “La yuhtaj bihi (Tidak

boleh dijadikan hujah dengannya).”583

Kemudian Hisyam bin „Urwah (m. 145H)

berkata, “Ibn Ishaq pendusta (kadhdhab).”584

„Abd al-Rahman bin Mahdi (m. 198H) pula berkata, “[Bahawa] Yahya bin Sa„id

al-Ansari dan Malik mengkritik Ibn Ishaq.”585

Selain itu, Ibn Ishaq (m. 151H) juga

didakwa berfahaman Muktazilah586

dan Qadariyah.587

Manakala Abu Hatim al-Razi (m.

277H) mengklasifikasikan Ibn Ishaq (m. 151H) sebagai da„if.588

Imam Ahmad bin

Hanbal (m. 241H) pula berkata, “Ibn Ishaq laysa bi hujjah.”589

Selain itu, Ibn Ishaq (m

151H) juga dilihat mengambil kisah dan riwayat daripada ahl al-kitab.590

al-Khatib al-

581 Abi Ahmad „Abd Allah bin „Adi al-Jarjani (1988/1409), al-Kamil fi Du„afa‟ al-Rijal, j. 6, c. 3, Bayrut : Dar al-Fikr, h. 103. 582 Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 424. 583 idem, (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57. 584 idem, (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 48. 585 idem, (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57. 586 Al-Sayyid Abu al-Ma„ati al-Nuri, et. al (1992/1412), op. cit., j. 2, h. 446. 587 Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 23. 588 Al-Sayyid Abu al-Ma„ati al-Nuri, et. al (1992/1412), op. cit., j. 2, h. 446. 589 Al-Sayyid Abu al-Ma„ati al-Nuri, et. al (1997/1417), op. cit., j. 3, h. 239; Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 29. 590 Al-Dhahabi (m. 748H) menyatakan bahawa mengambil kisah dan riwayat daripada ahl al-kitab dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w.

dan tiada larangan dalam soal ini. Tetapi dengan syarat riwayat tersebut tidak melibatkan hukum-hakam. Lihat, Al-Dhahabi

(1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 52.

Page 135: Download (1848Kb)

135

Baghdadi (m. 463H) mengatakan bahawa Ibn Ishaq (m. 151H) berfahaman Syiah,591

Qadariyah dan juga mengamalkan tadlis pada hadith.592

Manakala Muhammad bin

Isma‘il al-Bukhari (m. 256H) telah berkata,

“Ibn Ishaq mempunyai [sebanyak] seribu hadith [yang beliau

meriwayatkannya] bersendirian dan tidak [diriwayatkan]

bersama dengan riwayat orang lain.”593

Oleh kerana itu, Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H) telah ditanya, sekiranya

Ibn Ishaq (m. 151H) tafarrud (bersendirian) ketika meriwayatkan hadith sama ada

beliau menerimanya atau tidak. Imam Ahmad (m. 241H) menjawab,

“Tidak, demi Allah, sesungguhnya saya telah melihat [hadith

beliau] yang diriwayatkan daripada sekumpulan [perawi]

dengan meletakkan di dalam satu hadith. Tidak dinyatakan

ucapan perawi dengan perawi [yang lain].594

Yahya bin Ma„in (m. 223H) telah ditanya beberapa kali tentang kedudukan Ibn

Ishaq (m. 151H). Beliau telah memberi kenyataan yang pelbagai, antara kenyataan

beliau ialah; “Muhammad bin Ishaq laysa bihi ba‟s,”595

“Laysa bidhaka, da„if,”

“Muhammad bin Ishaq di sisi (pada pandangan) saya saqim (dusta) laysa bi al-qawi,”

“Muhammad bin Ishaq da„if,” “Muhammad bin Ishaq thiqah, wa laysa bi hujjah,”596

dan;

“Janganlah kamu bergantung sedikitpun daripada hadith Ibn

Ishaq kerana sesungguhnya Ibn Ishaq laysa huwa bi al-qawi fi

al-hadith.”597

591 Menurut Muhammad Hamidullah (m. 2002M), pendapat yang mengatakan bahawa Ibn Ishaq (m. 151H) seorang Syiah adalah kerana beliau berpendapat „Ali bin Abi Talib r.a. adalah individu yang lebih layak berbanding „Uthman bin „Affan r.a. bagi jawatan

khalifah selepas „Umar bin al-Khattab r.a. Pendapat ini sudah cukup untuk beliau dikatakan sebagai seorang Syiah. Tambahan pula,

pada ketika itu adalah pemerintahan Bani Umayyah yang mana dilihat berselisih antara pihak penyokong „Ali pada ketika itu. Lihat, Muhammad Hamidullah (1967), op. cit., h. 4-5. 592 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 416. 593 Maksudnya, Ibn Ishaq (m. 151H) tafarrud dalam periwayatan dengan meriwayatkan secara bersendirian tanpa sokongan daripada riwayat orang lain pada hadith yang sama. Lihat, Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 25; al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op.

cit., j. 24, h. 419. 594 Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 30; al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 422. 595 Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57. 596 al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 423. 597 Abi Ahmad „Abd Allah bin „Adi al-Jarjani (1988/1409), op. cit., j. 6, h. 104.

Page 136: Download (1848Kb)

136

Majoriti kenyataan Yahya bin Ma„in (m. 223H) di atas adalah tidak menerima

Ibn Ishaq (m. 151H) sebagai perawi hadith yang berautoriti. Manakala suatu hari,

Yahya bin Sa„id al-Qattan (m. 189H) telah bertanya kepada „Ubayd Allah;598

“Anda mahu ke mana?” Beliau (Ubayd Allah) menjawab,

“Saya mahu menuju ke [tempat] Wahb bin Jarir, saya [mahu]

menulis al-sirah.” Yahya berkata, “[Maka akan] ditulis

pendustaan yang banyak.”599

Yahya al-Qattan (m. 189H) menegaskan lagi bahawa beliau tidak menerima

riwayat Ibn Ishaq (m. 151H), kata beliau;

“Saya tidak tinggalkan hadith beliau (Ibn Ishaq) kecuali kerana

Allah,600

[dan] saya bersaksi bahawa beliau seorang pendusta

(kadhdhab).”601

Hammad bin Salamah (m. 167H) pula berkata, “Saya tidak meriwayatkan

[hadith] daripada Ibn Ishaq kecuali [dalam keadaan] terpaksa.”602

Selain daripada

kenyataan di atas, masih banyak lagi pendapat daripada ulama‟ al-jarh wa al-ta„dil yang

mengkritik kredibiliti dan autoriti Ibn Ishaq (m. 151H) dalam periwayatan hadith sama

ada sirah, maghazi dan sebagainya. Keterangan daripada para ulama‟ dalam hal ini

dilihat banyak percanggahan antara satu sama lain.

Justeru, penulis telah meletakkan satu kriteria pendapat-pendapat yang lain

sebagai penerimaan bersyarat. Ini kerana wujud keterangan yang lebih jelas tentang

kedudukan Ibn Ishaq (m. 151H) dalam periwayatan dengan meletakkan syarat-syarat

tertentu bagi membentuk satu penanda aras dalam menerima atau menolak riwayat

daripada Ibn Ishaq (m. 151H).

598 Penulis tidak mengenal pasti siapakah identiti sebenar „Ubayd Allah yang dimaksudkan di atas kerana nama tersebut dinukilkan

terlalu umum untuk disemak. 599 Al-Dhahabi (m. 748H) membuat penjelasan atas kenyataan Yahya bin Sa„id (m. 189H) itu, al-Dhahabi (m. 748H) berkata,

“Bahawa Wahb meriwayatkan daripada bapanya, [dan] daripada Ibn Ishaq. Yahya al-Qattan mahu mengisyaratkan kepada apa

yang terkandung di dalam Sirah [Ibn Ishaq] berkenaan [nukilan] yang lemah berkaitan syair dan daripada sebahagian athar yang munqati„ dan munkar, jika sekiranya [nukilan tersebut] dibuang daripadanya (al-sirah), maka [kandungan al-sirah itu] menjadi

elok.” Lihat, Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 52.

600 Teks asal lafaz ini ialah ( ...ما تركت حديثو إال هلل ) maksudnya, Yahya bin Sa„id al-Qattan (m. 189H) ingin menegaskan bahawa

beliau meninggalkan hadith riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) kerana Allah s.w.t. 601 Ibn al-Jawzi (1986/1406), op. cit., j. 3, h. 41. 602 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 52.

Page 137: Download (1848Kb)

137

3.9.3 Penerimaan Bersyarat

Lazimnya, kenyataan pada bahagian ini dilihat bercampur-campur sama ada ia

adalah kritikan atau sebaliknya. Contohnya, kenyataan daripada Imam Ahmad bin

Hanbal (m. 241H) tentang kriteria periwayatan Ibn Ishaq (m. 151H) yang dilihat

kontradik dengan kenyataan sebelum ini. Antara keterangan beliau;

“Beliau (Ibn Ishaq) sangat banyak [melakukan] tadlis, tetapi

hadith beliau baik (hasan) disisi saya [sekiranya] beliau

berkata akhbarani dan sami„tu.”603

Imam Ahmad (m. 241H) juga berkata;

“Ibn Ishaq [melakukan] tadlis, kecuali [daripada] tulisan

Ibrahim bin Sa„d jika sekiranya [dengan lafaz] Sima„ [iaitu]

lafaz, haddathani, jika berlaku sebaliknya [beliau

menggunakan] lafaz qala.”604

Antara kenyataan yang jelas ialah daripada anak Imam Ahmad (m. 241H)

sendiri iaitu, apabila ditanya seorang lelaki tentang Muhammad bin Ishaq (m. 151H),

„Abd Allah bin Ahmad (m. 290H) memberitahu,

Terjemahan : “Ayah saya telah menyelidiki hadith beliau (Ibn

Ishaq) dan banyak menulisnya (hadith) [daripada] sanad „ali

dan nazil. Beliau (Ahmad bin Hanbal) memasukkan di dalam al-

Musnad dan saya tidak lihat beliau menafikan hadith

[riwayat]nya sekalipun.” [Kemudian] ditanya kepada beliau

(„Abd Allah), “[Adakah boleh] dijadikan hujah dengannya

(hadith)?” [„Abd Allah] berkata, “Tidak boleh sekali-kali

berhujah dengannya (hadith) dalam soal al-sunan (hadith-

hadith hukum).”605

Selain daripada kenyataan Imam Ahmad (m. 241H) di atas, terdapat beberapa

keterangan daripada ulama‟ lain berkenaan sempadan penerimaan riwayat Ibn Ishaq (m.

151H), antaranya Muhammad bin „Abd Allah bin Numayr (m. 281H) berkata,

“Apabila beliau (Ibn Ishaq) mendengar hadith daripada

kalangan orang yang dikenali, maka ia adalah hadith yang baik

603 Al-Sayyid Abu al-Ma„ati al-Nuri, et. al (1997/1417), op. cit., j. 3, h. 238. 604 ibid., h. 239. 605 Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 29; Al-Sayyid Abu al-Ma„ati al-Nuri, et. al (1997/1417), op. cit., j. 3, h. 239.

Page 138: Download (1848Kb)

138

(hasan al-hadith) dan benar (saduq). Sekiranya [hadith

berkenaan] dibawa daripada kalangan yang tidak dikenali

maka hadith-hadith [berkenaan adalah] batil.”606

Dapat difahami daripada kenyataan di atas, bahawa para ulama‟ al-jarh wa al-

ta„dil bukan menerima periwayatan Ibn Ishaq (m. 151H) secara total. Tetapi, mereka

meletakkan beberapa syarat seperti lafaz sima„ yang jelas, tidak tafarrud pada riwayat

dan sebagainya.

3.10 Analisis Kritikan Terhadap Ibn Ishaq

Variasi pendapat yang dinyatakan di atas hanyalah simpulan daripada sekian

banyak pandangan. Pada penelitian umum penulis, kebanyakan karya membahaskan

dengan panjang lebar pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh ulama‟ al-jarh wa al-

ta„dil terhadap Muhammad bin Ishaq (m. 151H). Contohnya, Siyar A„lam al-Nubala‟

karya al-Dhahabi (m. 748H) menukilkan pelbagai pandangan para ulama‟ sehingga

mencecah dua puluh (20) halaman termasuk huraian biografi, manakala al-Tarikh al-

Baghdadi karya al-Khatib al-Baghdadi (m. 463H) mencecah dua puluh lapan (28)

halaman termasuk ulasan biografi.

Terdapat beberapa perbincangan utama yang difokuskan oleh ulama‟ al-jarh wa

al-ta„dil di dalam karya-karya mereka. Antara perbincangan penting yang dikemukakan

adalah kritikan yang diutarakan oleh Imam Malik bin Anas (m. 179H), Hisyam bin

„Urwah (m. 145H) dan Yahya Sa„id al-Qattan (m. 189H).

3.10.1 Pendapat Imam Malik bin Anas (m. 179H)

Seperti mana dinyatakan di atas, Imam Malik bin Anas (m. 179H) telah

mengkritik Ibn Ishaq (m. 151H) dengan mengatakan Ibn Ishaq (m. 151H) sebagai

606 Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 24-25; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 43.

Page 139: Download (1848Kb)

139

dajjal.607

Kritikan ini menjadi perbahasan di antara para ulama‟ al-jarh wa al-ta„dil.

Ulama‟ al-jarh wa al-ta„dil cuba mencari punca yang menyebabkan Imam Malik (m.

179H) mengkritik Ibn Ishaq (m. 151H) sedemikian rupa. Ramai berpendapat bahawa ia

berpunca dari kata-kata Ibn Ishaq (m. 151H) yang merendah-rendahkan kredibiliti

beliau. Kisah tersebut adalah seperti mana yang dinyatakan oleh „Abd Allah bin Idris al-

Za„afiri al-Kufi (m. 192H), katanya;

“[Suatu ketika] kami bersama Malik, lalu diceritakan kepada

beliau bahawa sesungguh Ibn Ishaq berkata, “Tunjukkan

kepada aku ilmu Malik [kerana] sesungguhnya aku adalah

pembedahnya (penyemak ilmu tersebut).” Lalu Malik berkata,

“Lihatlah kepada dajjal daripada (dalam kalangan) dajjal-

dajjal (al-Dajjajilah).”608

Peristiwa ini berlaku adalah disebabkan pertikaman lidah yang berlaku sebelum

ini yang mana Ibn Ishaq (m. 151H) sebagai seorang yang banyak mengkaji sejarah,

beliau telah mendakwa, bahawa Imam Malik (m. 179H) berketurunan Raja Yaman Dhi

Asbah secara muwalah609

bukan secara pertalian darah. Tetapi Imam Malik (m. 179H)

tetap bertegas bahawa beliau berketurunan secara pertalian darah. Kemudian apabila

Imam Malik (m. 179H) menulis al-Muwatta‟, Ibn Ishaq (m. 151H) pula

mengungkapkan kata-kata seperti di atas.610

Ramai dalam kalangan ulama‟ yang tidak menerima kritikan Imam Malik (m.

179H) terhadap Ibn Ishaq (m. 151H). Antaranya, „Ali bin Madini (m. 234H), Khatib al-

Baghdadi (m. 463H), al-Dhahabi (m. 748H), al-Bukhari (m. 256H) dan lain-lain. „Ali

bin Madini (m. 234H) telah ditanya tentang kritikan Imam Malik bin Anas (m. 179H)

kepada Ibn Ishaq (m. 151H) beliau menjawab, “Malik tidak duduk (belajar)

607 Menurut pembahagian para ulama‟, lafaz Dajjal ini adalah lafaz al-Tajrih yang paling keras di samping lafaz-lafaz yang lain. Lafaz ini berada di peringkat yang keenam daripada enam peringkat kesemuanya. Lihat, Abi al-Hasan Mustafa bin Isma„il

(1991/1411), Syifa‟ al-„Alil bi Alfaz wa Qawa„id al-Jarh wa al-Ta„dil, c. 1, al-Qahirah : Maktabah Ibn Taymiyyah, h. 261. 608 Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57. 609 Muwalat adalah jama‟ daripada perkataan Mawla yang bermaksud seseorang yang memeluk Islam di tangan seorang Islam dan

menjadi hubungan kekeluargaan antara mereka. Lihat, Ibn Manzur (t.t.), op. cit., j. 6, h. 4921. 610 Ibn Sayyid al-Nas (t.t.), op. cit., j. 2, h. 66.

Page 140: Download (1848Kb)

140

[bersama]nya (Ibn Ishaq) dan tidak mengenalinya (Ibn Ishaq).”611

Manakala al-Khatib

al-Baghdadi (m. 463H) mengkritik keras pendapat Imam Malik (m. 179H) itu, katanya,

“Sesetengah pihak menyebut, sesungguhnya Malik telah

memalukan jama„ah daripada ahli ilmu pada zamannya

disebabkan oleh kata-kata beliau kepada kumpulan yang telah

dikenali sebagai [orang yang] baik, beragama, thiqah dan

amanah.”612

Tetapi al-Dhahabi (m. 748H) menegur kenyataan al-Khatib al-Baghdadi (m.

463H) di atas.613

Walau bagaimanapun al-Bukhari (m. 256H) dan al-Dhahabi (m. 748H)

telah membuat beberapa perbahasan terhadap isu ini. Di dalam Siyar A„lam al-Nubala‟

karya al-Dhahabi (m. 748H) dan Khayr al-Kalam fi al-Qira‟ah Khalf al-Imam karya al-

Bukhari (m. 256H), al-Bukhari (m. 256H) menyebut;

“Ibrahim bin Munzir berkata, “„Umar bin „Uthman

menyampaikan kepada kami, bahawa al-Zuhri telah mengambil

al-Maghazi daripada Ibn Ishaq yang diriwayatkan daripada

„Asim bin „Umar. Manakala apa yang dinyatakan oleh Malik

tentang Ibn Ishaq tidak memberi keterangan yang jelas.614

[Dan] Isma‘il bin Abi Uways adalah di antara orang yang

bersetuju dengan pandangan kami terhadap Malik. Apabila

ditunjukkan kepada saya kitab-kitab Ibn Ishaq daripada

bapanya berkenaan al-Maghazi dan sebagainya, maka saya

mengambil banyak apa yang terkandung padanya (kitab)” 615

Al-Bukhari (m. 256H) menyambung;

“Kebanyakan manusia tidak selamat daripada pandangan

manusia yang lain kepada mereka. Contohnya apa yang disebut

oleh Ibrahim al-Nakha‘i di dalam pendapat beliau terhadap al-

Sya„bi dan pandangan al-Sya„bi terhadap „Ikrimah. Mereka

mengambil kira dari sudut pandangan peribadi dan maruah

diri. Ahli ilmu tidak menerima perkara ini kecuali dengan

penjelasan dan hujah, serta tidak gugur „Adalah mereka [yang

611 al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 420. 612 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 38. 613 Al-Dhahabi (m. 748H) berkata, “Tidak sekali-kali, beliau (Imam Malik) tidak memalukan mereka kecuali mereka berselisih

pendapat dengan beliau dalam isu tersebut. [Tindakan] itu mendapat ganjaran atas perkara tersebut, dan sesungguhnya [beliau]

tersalah pada ijtihadnya, [semoga] Allah merahmati ke atas beliau.” Lihat, ibid.

614 Lafaznya, (والذي يذكر عن مالك ف ابن إسحاق ال يكاد يبني). Lihat, Al-Bukhari (t.t.), al-Qira‟ah, op. cit., h. 36; Al-Dhahabi

(1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 36. 615 ibid.

Page 141: Download (1848Kb)

141

dikatakan itu] melainkan dengan keterangan yang kukuh dan

hujah. Pendapat dalam hal ini banyak [diperkatakan].616

Al-Dhahabi (m. 748H) menambah, “[Nama] Ibn Ishaq tidak dinyatakan [oleh]

Abu „Abd Allah al-Bukhari di dalam kitab al-Du„afa‟ [tulisan] beliau.”617

Oleh yang

demikian, al-Dhahabi (m. 748) telah memberi kata muktamad berkenaan perkara ini.

Menurut beliau, kata-kata di antara dua orang tokoh ini adalah bersifat sentimen yang

mana wujud di setengah pihak untuk menjatuhkan pihak yang lain. Kata-kata Ibn Ishaq

(m. 151H) itu tidak merendahkan sedikit pun kredibiliti Imam Malik (m. 179H).

Manakala kedudukan Ibn Ishaq (m. 151H) juga tidak berganjak atas kritikan Imam

Malik (m. 179H). Namun, autoriti beliau (Ibn Ishaq) dalam periwayatan hadith tidak

mencapai tahap sahih tetapi hanya bertaraf hasan kecuali jika terdapat beberapa

kecacatan maka riwayat berkenaan tidak boleh diterima.618

Menurut Ibn Hibban (m. 739H), kritikan Imam Malik (m. 179H) itu adalah

kerana beliau tidak bersetuju terhadap Ibn Ishaq (m. 151H) tentang cara pengambilan

riwayat Ibn Ishaq (m. 151H). Ibn Ishaq (m. 151H) telah membuat penyelidikan tentang

peristiwa peperangan pada zaman Nabi s.a.w. dengan mengambil riwayat daripada

kanak-kanak Yahudi yang telah memeluk Islam yang masih mengingati peristiwa

berkenaan seperti Peperangan Khaybar dan sebagainya.619

Menurut Ibn Sayyid al-Nas (m. 734H), pergeseran ini reda apabila Ibn Ishaq (m.

151H) berhasrat mahu berhijrah ke Iraq. Lalu Imam Malik (m. 179H) datang berjumpa

Ibn Ishaq (m. 151H) dan memberi lima puluh (50) dinar kepada beliau sebagai bekalan

musafir.620

616 Al-Bukhari (t.t.), al-Qira‟ah, op. cit., h. 36; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 36-37; Syams al-Din Abi „Abd Allah Muhammad bin Ahmad bin „Uthman bin Qaymaz al-Dhahabi (2004/1425), Tadhhib al-Tahzib al-Kamal fi Asma‟ al-Rijal, j. 8, c. 1,

al-Qahirah : al-Fazuq al-Hadithah, h. 30, No. Biografi 5774; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 40. 617 Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 58. 618 idem, (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 39-40. 619 al-„Asqalani (1995/1416), Tahdhib op. cit., j. 3, h. 507-508. 620 Ibn Sayyid al-Nas (t.t.), op. cit., j. 2, h. 66; Wan Kamal Mujani (1999), op. cit., h. 30.

Page 142: Download (1848Kb)

142

3.10.2 Pendapat Hisyam bin „Urwah (m. 145H)

Hisyam bin „Urwah (m. 145H) merupakan salah seorang tokoh yang berautoriti

dalam periwayatan hadith dan al-jarh wa al-ta„dil. Beliau telah mengkritik Ibn Ishaq

(m. 151H) sebagai pendusta (kadhdhab). Ulama‟ al-jarh wa al-ta„dil telah mengenal

pasti faktor yang menyebabkan Hisyam bin „Urwah (m. 145H) membuat kritikan

berkenaan.

Apabila diceritakan kepada Hisyam bin „Urwah (m. 145H) bahawa Ibn Ishaq

(m. 151H) telah meriwayatkan hadith daripada isteri beliau Fatimah bin al-Mundhir

(t.t.m.),621

Hisyam menyangkalnya dan menuduh Ibn Ishaq (m. 151H) berdusta.622

Yahya bin Sa„id al-Qattan (m. 189H) menceritakan, apabila dikhabarkan kepada

Hisyam bin „Urwah (m. 145H) berkenaan Ibn Ishaq (m. 151H) meriwayatkan hadith

daripada isterinya, beliau berkata, “Musuh Allah itu berdusta, dia meriwayatkan

daripada isteriku[?] Di manakah dia melihatnya (Fatimah)?!”623

Kata-kata ini dilihat oleh para ulama‟ sebagai pendapat yang bersifat peribadi

kerana kebanyakan ulama‟ mengiktiraf periwayatan Ibn Ishaq (m. 151H) daripada

Fatimah bin al-Mundhir. Antaranya, Sufyan bin „Uyaynah (m. 198H), Ahmad bin

Hanbal (m. 241H), al-Dhahabi (m. 748H) dan lain-lain. Apabila diceritakan kritikan

Hisyam bin „Urwah (m. 145H) ini kepada Sufyan bin „Uyaynah (m. 198H), beliau

berkata, “Ibn Ishaq telah mengambil hadith daripada Fatimah seperti mana Hisyam

mengambil hadith [daripada Fatimah juga].”624

621 Beliau ialah Fatimah bint al-Mundhir bin al-Zubayr bin al-„Awwam al-Qurasyiyyah al-Asadiyyah. Beliau ialah saudara kepada

„Asim bin al-Mundhir dan cucu kepada al-Zubayr bin al-„Awwam r.a. Dilahirkan pada tahun 48H. Sering mengambil riwayat

daripada Asma‟ bint Abi Bakr r.a., „Amrah bin „Abd al-Rahman al-Ansariyyah dan Um Salamah isteri Nabi s.a.w. Majoriti ulama‟ hadith menerima periwayatan beliau. Penulis tidak mengenal pasti tahun kematian beliau kerana tidak dinyatakan di dalam mana-

mana kitab rijal yang dirujuk. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 35, h. 265-266; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op.

cit., j. 3, 381. 622 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 51; al-„Asqalani (1995/1416), Tahdhib op. cit., j. 3, h. 505. 623 Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 19. 624 Al-Sayyid Abu al-Ma„ati al-Nuri, et. al (1992/1412), op. cit., j. 2, h. 446.

Page 143: Download (1848Kb)

143

Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H) berkata,

“Kemungkinan besar beliau (Ibn Ishaq) mendengar

daripadanya (Fatimah) [ketika] keluar menuju ke masjid atau

[sewaktu] keluar [rumah], wa Allah a„lam.”625

Al-Dhahabi (m. 748H) menegaskan bahawa perkara ini biasa berlaku antara para

tabi„in dan sahabiyah r.a. Mereka mengambil riwayat daripada para sahabiyah r.a.

sewaktu mereka masih kanak-kanak atau muda remaja. Para tabi„in ini menghafaz apa

yang mereka riwayati. Selain itu, keadaan para sahabiyah r.a. pada ketika itu sudah

lanjut usia dan mungkin tidak mampu untuk keluar menyampaikan hadith. Begitu juga

dengan isu Fatimah bint Mundhir ini. Jarak usia antara beliau dan Ibn Ishaq (m. 151H)

agak jauh,626

dan menurut al-Dhahabi (m. 748H), sewaktu beliau meriwayatkan hadith

kepada Ibn Ishaq (m. 145H), usia Fatimah adalah dalam lingkungan enam puluh (60)

tahun.627

Bagi penulis, apa yang dikritik oleh Hisyam bin „Urwah (m. 145H) kepada Ibn

Ishaq (m. 151H) adalah bersifat peribadi semata-mata dan bukan dalam isu periwayatan

hadith. Bahkan apabila diteliti di dalam kitab-kitab hadith, terdapat hadith-hadith yang

ditemui, di mana Ibn Ishaq (m. 151H) meriwayatkan hadith daripada Fatimah bint al-

Mundhir (t.t.m.)628

dan Hisyam bin „Urwah (m. 145H) sendiri.629

625 idem, (1997/1417), op. cit., j. 3, h. 238. 626 Apabila dilihat tahun kelahiran Ibn Ishaq (m. 151H) dan Fatimah bint Mundhir iaitu 85H dan 48H. Usia mereka berbeza lebih

kurang sebanyak 37 tahun. Namun Fatimah bint Mundhir bukanlah tergolong dalam kalangan sahabiyah r.a. Lihat, al-Mizzi,

(1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 35, h. 266; Ibn Hisyam (t.t.), op. cit., j. 1, h. 14; Muhammad Surur bin Nayif Zin al-„Abidin (1988/1408), op. cit., h. 88. 627 Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 42. 628 Contoh hadith riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) daripada Fatimah bin al-Mundhir. Lihat, Abi Dawud Sulayman al-Sajastani (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith op. cit., Kitab al-Taharah, h. 1250, No. Hadith 360. 629 Contoh hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H) daripada Hisyam bin „Urwah (m. 145H). Hadith ini dinilai sahih oleh

pentahqiq. Lihat, Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (1995/1416), op. cit., j. 18, h. 195 & 202, No. Hadith 26217 dan 26236.

Page 144: Download (1848Kb)

144

3.10.3 Pendapat Yahya bin Sa„id al-Qattan (m. 189H)630

Di antara pendapat yang mendapat perhatian para ulama‟ al-jarh wa al-ta„dil,

ialah pendapat yang dikemukakan oleh Yahya bin Sa„id al-Qattan (m. 189H) terhadap

Ibn Ishaq (m. 151H). Seperti mana dinyatakan di atas, Yahya al-Qattan (m. 189H) telah

mengkritik Ibn Ishaq (m. 151H) dengan mengatakan Ibn Ishaq (m. 151H) seorang

pendusta (kadhdhab).631

Kritikan ini mendapat perhatian ulama‟ al-jarh wa al-ta„dil

kerana Yahya al-Qattan (m. 189H) ini adalah salah seorang ulama‟ yang berkredibiliti

dan berautoriti dalam membuat kritikan terhadap perawi hadith.

Namun, ramai ulama‟ melihat kritikan yang dilakukan oleh Yahya al-Qattan (m.

189H) terhadap Ibn Ishaq (m. 151H) sebagai satu kritikan yang agak keras. Oleh kerana

itulah, Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H) memberi komentar terhadap isu ini, beliau

berkata;

“Tidak pernah saya melihat kritikan keras Yahya bin Sa„id

kepada [mana-mana] individu [selain] kepada Layth,

Muhammad bin Ishaq dan Hammam.632

Tiada sesiapa pun yang

dapat memujuk beliau untuk menerima mereka.”633

Selain daripada itu, Yahya bin Sa„id al-Qattan (m. 189H) merupakan seorang

ulama‟ al-jarh wa al-ta„dil yang keras (syadid) dalam sesetengah keadaan. Ulama‟

menetapkan sekiranya Yahya al-Qattan dan „Abd al-Rahman bin Mahdi (m. 198H)

mengkritik (jarh) seseorang perawi, maka kritikan tersebut diterima dan perawi tersebut

ditolak periwayatannya. Sekiranya, Yahya al-Qattan (m. 189H) mentajrih seorang

perawi manakala „Abd al-Rahman bin Mahdi (m. 198H) pula menta„dilkan perawi

tersebut, maka para ulama‟ akan mengambil pendapat „Abd al-Rahman bin Mahdi (m.

630 Yahya bin Sa„id al-Qattan bin Farukh al-Tamimi. Beliau seorang tokoh dalam bidang „ilm rijal dan hadith. Ulama‟ hadith

mengiktiraf autoriti beliau di dalam hadith. Yahya bin SaÑid lahir pada tahun 120H dan meninggal pada tahun 198H. Lihat, al-

Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 31, h. 329, No. Biografi 6834. 631 Ibn al-Jawzi (1986/1406), op. cit., j. 3, h. 41. 632 Hammam ialah Hammam bin Yahya bin Dinar al-„Awzi al-Mahlami. Kunyah dan laqab beliau adalah Abu „Abd Allah atau Abu

Bakr al-Basri. Keluarga beliau adalah mawla kepada Bani „Awdh bin Sawd. Kebanyakan ulama‟ menta„dil beliau, antara ulama‟ berkenaan ialah Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H), Yahya bin Ma„in (m. 223H), „Abd al-Rahman al-Mahdi (m. 98H) dan lain-

lain. Hammam meninggal pada 163 atau 164H. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 30, h. 302-310, No. Biografi 6602. 633 Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 282.

Page 145: Download (1848Kb)

145

198H) kerana Yahya al-Qattan (m. 189H) telah tasyaddud dalam kritikan634

serta perawi

berkenaan akan dibincangkan dengan lebih mendalam oleh para ulama‟.635

Dalam kes Ibn Ishaq (m. 151H) ini, seperti mana dinyatakan di atas, „Abd al-

Rahman al-Mahdi (m. 198H) dilihat tidak memberi apa-apa komentar sebaliknya

mengatakan bahawa Yahya al-Qattan (m. 189) dan Malik bin Anas (m. 179H)

mengkritik Ibn Ishaq (m. 151H).636

Namun, berdasarkan kenyataan Imam Ahmad bin

Hanbal (m. 241H) di atas, boleh dibuat kesimpulan bahawa Yahya bin Sa„id al-Qattan

(m. 189H) dilihat keras ketika membuat kritikan terhadap Ibn Ishaq (m. 151H).637

3.10.4 Justifikasi Analisis Pandangan Ulama‟ Terhadap Ibn Ishaq

Justeru, dapat dibuat kesimpulan bahawa Ibn Ishaq (m. 151H) merupakan

seorang tokoh yang diterima periwayatan beliau secara umum tetapi haruslah diteliti

dan disokong oleh riwayat yang lain,638

serta beliau menggunakan lafaz sima„ yang

jelas.639

Pengiktirafan ini dapat kita lihat, apabila al-Bukhari (m. 256H) juga

634 Muhammad Diya‟ al-Rahman al-A„zami (1995/1415), Dirasah fi Jarh wa Ta„dil, c. 1, Bayrut : „Alam al-Kutub, h. 271. 635 Abu Lubabah Hussein (1988), al-Jarh wa al-Ta„dil (Kritteria Bagi Memastikan Keadilan/Kecurangan Para Perawi Hadith Nabawi), terj., Ismail bin Mohd. Hassan, t.c. Kuala Terengganu : Yayasan Islam Terengganu, h. 47. 636 Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57. 637 Para ulama‟ telah membuat beberapa ketetapan bagi mengatasi isu pertindihan pendapat dan kritikan terhadap perawi-perawi

hadith. Mereka dapat mengenal pasti gaya dan manhaj sebahagian ulama‟ al-jarh wa al-ta„dil yang dilihat mutasyaddid dan

mu„tadil sekiranya terdapat percanggahan. Ketetapan ini dibuat bagi menentukan penanda aras (benchmark) sekiranya berlaku ta„arud atau percanggahan pendapat al-jarh wa al-ta„dil antara ulama‟ yang berkredibiliti. Ulama‟ hadith telah menetapkan

pasangan atau regu antara ulama‟ al-jarh wa al-ta„dil bagi melihat pertindihan pandangan mereka dalam melakukan al-jarh wa al-

ta„dil. Ketetapan tersebut adalah seperti berikut :

Bil. Mu‘tadil Mutasyaddid

1. Sufyan al-Thawri (m. 161H) Syu„bah bin al-Hajjaj (m. 160H)

2. „Abd al-Rahman bin Mahdi (m. 198H) Yahya bin Sa„id al-Qattan (m. 189H)

3. Ahmad bin Hanbal (m. 241H) Yahya bin Ma„in (m. 223H)

4. Al-Bukhari (m. 256H) Abu Hatim al-Razi (m. 327H)

Sekiranya kedua-dua pihak melakukan jarh ke atas seseorang perawi, maka perawi tersebut ditolak periwayatannya. Sekiranya bercanggah, maka kelompok mutasyaddid dilihat keras dalam kritikan (jarh) mereka dan kelompok mu„tadil dilihat benar pada

pendapat mereka. Contohnya, sekiranya Abu Hatim al-Razi (m. 327H) mengkritik (jarh) terhadap seorang perawi, manakala al-

Bukhari (m. 256H) menta„dilkan perawi yang sama. Maka, Abu Hatim al-Razi (m. 327H) telah syadid dalam kritikan beliau dan pandangan al-Bukhari (m. 256H) akan diterima atau kedudukan perawi berkenaan perlu diteliti dengan lebih mendalam lagi. Lihat,

Faruq Hamadah (1989/1409), al-Manhaj al-Islami fi al-Jarh wa al-Ta„dil Dirasah Manhajiyyah fi „Ulum al-Hadith, c. 2, al-Rabat :

Dar li Nasyr al-Ma„rifah, h. 36; al-Jawwabi, Muhammad Tahir (1997M), al-Jarh wa al-Ta„dil Bayna al-Mutasyaddidin wa al-Mutasahilin, t.c., t.t.t. : al-Dar al-„Arabiyyah li al-Kitab, h. 449-459; al-Syarif Hatim bin „Arif al-„Awni (1421H), Khulasah al-Ta‟sil

li „Ilm al-Jarh wa al-Ta„dil, c. 1, Makkah al-Mukarramah : Dar „Alam al-Fawa‟id, h. 31-32. 638 Seperti mana pendapat Imam Ahmad bin Hanbal (m. 223H) terhadap riwayat Ibn Ishaq (m. 151H). Lihat, al-Sayyid Abu al-Ma„ati al-Nuri, et. al (1997/1417), op. cit., j. 3, h. 238. 639 Muhammad „Abd Allah Abu SaÑaylayk (1994 / 1415), Muhammad bin Ishaq Imam Ahl al-Maghazi wa al-Siyar, c. 1, Dimasyq :

Dar al-Qalam, h. 61.

Page 146: Download (1848Kb)

146

menukilkan riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) secara mu„allaq dengan matan yang penuh,

serta meletakkan riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) sebagai mutaba„at kepada riwayat yang

dinukili. Jika sekiranya Ibn Ishaq (m. 151H) merupakan seorang perawi yang

merbahaya dan membawa dakyah-dakyah negatif kepada umat Islam, sudah tentu al-

Bukhari (m. 256H) awal-awal lagi menolak sepenuhnya periwayatan Ibn Ishaq (m.

151H) walaupun secara mu„allaq.640

Manakala Imam Muslim (m. 261H) pula meletakkan riwayat Ibn Ishaq (m.

151H) sebagai syawahid pada beberapa tempat di dalam Sahih Muslim. Beliau juga

menukilkan syawahid riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) dengan membawa sanad yang

penuh.641

Pengiktirafan ini disokong oleh Muhammad bin Tahir al-Maqdisi (m. 507H)

apabila beliau meletakkan Muhammad bin Ishaq (m. 151H) dalam kalangan perawi

Muslim (m. 261H) di dalam tulisan beliau.642

Selain itu, Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m.

751H) juga menerima periwayatan Ibn Ishaq (m. 151H) dan mengiktiraf sanjungan

ulama‟ terhadap Ibn Ishaq (m. 151H). Tetapi beliau dilihat berhati-hati kerana

dibimbangi berlaku tadlis di dalam riwayat.643

Oleh yang demikian, Ibn „Adi al-Jarjani (m. 365H) telah membuat semakan

terhadap hadith-hadith Ibn Ishaq (m. 151H) dan beliau mengatakan bahawa beliau tidak

menemui hadith-hadith yang diriwayatkan da„if secara qat„i. Tetapi menurut beliau, Ibn

Ishaq (m. 151H) juga melakukan kesalahan seperti mana yang dilakukan oleh orang

lain. Namun, riwayat-riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) banyak diriwayatkan oleh orang lain

termasuk dalam kalangan ulama‟ yang berkredibiliti dan berwibawa.644

640 Sila rujuk riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) yang dinukilkan secara mu„allaq dan pentahqiq meletakkan nombor bagi riwayat ini.

Lihat, al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 338, No. Hadith 4127. 641 Lihat, Muslim bin al-Hajjaj (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Jum„ah, h. 814, No. Hadith 2015. 642 Lihat, Abi al-Fadl Muhammad bin Tahir bin „Ali al-Maqdisi Ibn al-Qaysarani al-Syaybani (1405H), Kitab li Jam„ Bayn Kitabay

Abi Nasr al-Kalabadhi wa Abi Bakr al-Asfahani Rahimahuma Allah Ta„ala fi Rijal al-Bukhari wa Muslim, j. 2, c. 2, Bayrut : Dar al-

Kutub al-„Ilmiyyah, h. 468. 643 Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub Ibn Qayyim al-Jawziyyah,(t.t.), Jila‟ al-Afham fi Fadl al-Salah wa al-Salam „ala Khayr al-

Anam s.a.w., (t.c.), (t.t.p) : Dar „Ilm al-Fawa‟id, h. 7-9. 644 Abi Ahmad „Abd Allah bin „Adi al-Jarjani (1988/1409), op. cit., j. 3, h. 112.

Page 147: Download (1848Kb)

147

3.11 Metode Ibn Ishaq (m. 151H) Terhadap Riwayat Sejarah

Setelah dijelaskan tentang pendapat dan kritikan para ulama‟ terhadap Ibn Ishaq

(m. 151H), pada bahagian ini kita akan cuba meneliti gaya dan manhaj beliau terhadap

riwayat sejarah. Selain daripada manhaj sebagai seorang ahli sejarah, penelitian harus

dilihat dari sudut perspekrif muhaddithin bagi melihat keserasian dan percanggahan

yang wujud antara kedua-dua kelompok ini. Bagi meneliti manhaj dan gaya Ibn Ishaq

(m. 151H) terhadap riwayat sejarah, penulis telah meneliti di dalam dua tulisan sirah

beliau, iaitu Sirah Ibn Hisyam dan Sirah Ibn Ishaq . Berikut adalah manhaj Ibn Ishaq

(m. 151H) terhadap riwayat sejarah.

3.11.1 Menghimpun Sanad

Manhaj dan kaedah menghimpun sanad ini adalah dengan menukilkan riwayat

daripada pelbagai sumber atau perawi dengan meletakkannya di dalam satu riwayat.645

Ini terbukti apabila al-Bukhari (m. 256H) menerima kaedah ini dan direkodkan di dalam

Sahih al-Bukhari. Terdapat beberapa contoh yang boleh dikemukakan bagi mengetahui

kaedah Ibn Ishaq (m. 151H) menggabungkan sanad di dalam karya-karya beliau.

Berikut adalah beberapa contoh riwayat yang telah dihimpunkan sanadnya :

1. Peperangan Uhud

Ibn Ishaq (m. 151H) menyatakan semasa ingin menceritakan peristiwa

Peperangan Uhud;

[Maka telah] menyampaikan kepada saya [daripada]

Muhammad bin Muslim al-Zuhri, Muhammad bin Yahya bin

Hibban, „Asim bin „Umar bin Qatadah, al-Husayn bin „Abd al-

Rahman bin „Amru bin Sa„d bin Mu‟adh dan lain-lain dalam

[kalangan] ulama‟ kami. Mereka semua telah menyampaikan

sebahagian hadith tentang hari (peperangan) Uhud dan saya

himpunkan hadith [riwayat] mereka semua [dan] saya susun

645 Sayuti „Abd al-Manas (2008), op. cit., h. 161.

Page 148: Download (1848Kb)

148

[ke dalam] hadith ini berkenaan hari (peperangan) Uhud.

Mereka berkata atau salah seorang daripada mereka telah

berkata.646

Rekod di atas menunjukkan empat (4) nama perawi yang telah menyampaikan

kepada Ibn Ishaq (m. 151H). Beliau telah meletakkan empat riwayat ke dalam satu

hadith.

2. Peperangan Bani al-Mustaliq

Ibn Ishaq berkata : Maka [telah] menyampaikan kepada saya

„Asim bin „Umar bin Qatadah, „Abd Allah bin Abi Bakr dan

Muhammad bin Yahya bin Hibban, semua telah menyampaikan

kepada saya sebahagian hadith Bani Mustaliq, mereka

berkata...647

Riwayat di atas diambil daripada tiga (3) orang perawi dan dicantumkan ke

dalam satu riwayat.

3. Hadith al-Ifk

Bagi peristiwa Hadith al-Ifk, Ibn Ishaq (m. 151H) telah menggabungkan sanad

dalam dua (2) bentuk seperti di bawah.

Ibn Ishaq berkata : al-Zuhri telah menyampaikan kepada saya

[bahawa] daripada „Alqamah bin Waqas, Sa„id bin Jubayr,

„Urwah bin al-Zubayr, „Ubayd bin „Abd Allah bin „Utbah,

katanya (al-Zuhri) [mereka] menyampaikan kepada saya

sebahagian daripada hadith ini dan sebahagian daripada

mereka lebih memahami daripada sebahagian yang lain, saya

kumpulkan untuk kamu [daripada] orang yang menyampaikan

kepada saya.

Muhammad bin Ishaq berkata, „Abbad bin „Abd Allah bin al-

Zubayr telah menyampaikan kepada saya, [bahawa] daripada

ayahnya, daripada „A‟isyah, dan „Abd Allah bin Abi Bakr,

daripada „Amrah bint „Abd al-Rahman daripada „A‟isyah...648

646 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 5; Muhammad bin Ishaq bin Yasar al-Matlibi al-Madani

(2004/1424), op. cit., h. 330. 647 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 245; Muhammad bin Ishaq bin Yasar al-Matlibi al-Madani (2004/1424), op. cit., h. 439. 648 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 251-252; Muhammad bin Ishaq bin Yasar al-Matlibi al-

Madani (2004/1424), op. cit., h. 444.

Page 149: Download (1848Kb)

149

Berdasarkan nukilan di atas, ketara sekali manhaj Ibn Ishaq (m. 151H) yang

menggabungkan sanad riwayat yang diterima beliau dan dicantumkan ke dalam satu

riwayat. Cara ini akan mengelakkan pembaca tidak berulang kali membaca kisah yang

sama daripada sumber yang berbeza.

Manakala bagi riwayat „Abbad bin „Abd Allah bin al-Zubayr dan „Abd Allah

bin Abi Bakr, Ibn Ishaq (m. 151H) menggabungkan dua (2) sanad riwayat dengan

menukilkan keseluruhan sanad sehingga ke rawi al-a„la iaitu „A‟isyah r.a.

3.11.2 Meriwayatkan Tanpa Sanad

Di dalam Sirah Ibn Ishaq atau Sirah Ibn Hisyam banyak didapati riwayat-

riwayat yang dinukilkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H) tanpa disertakan bersama sanad yang

lengkap. Biasanya, murid Ibn Ishaq (m. 151H) hanya menyatakan dengan lafaz ( قال ابن

Maksudnya, Ibn Ishaq (m. 151H) meriwayatkan hadith dan kisah berkenaan .(إسحاق

tanpa dinyatakan dari mana sumber kisah tersebut. Antara contoh yang boleh dilihat, di

dalam kisah hijrah ke Madinah seperti mana di dalam Sirah Ibn Hisyam649

;

Ibn Ishaq berkata : Abu Bakr r.a. adalah seorang lelaki yang

mempunyai harta. Semasa beliau meminta izin kepada

Rasulullah s.a.w. untuk berhijrah, lalu Rasulullah s.a.w. berkata

kepada beliau, “Janganlah kamu terburu-buru. Semoga Allah

memberikan kepada kamu teman [untuk berhijrah].”650

Ibn Ishaq berkata : Apabila Abu Bakr r.a. mendekatkan dua

unta tersebut kepada Rasulullah s.a.w., [beliau] memberi dua

unta yang paling baik. Kemudian beliau berkata, “Naiklah,

ayahku dan ibuku menjadi tebusan untukkmu.” Lalu Rasulullah

s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya aku tidak akan menunggang

unta yang bukan dari milikku.”.651

649 Di dalam Sirah Ibn Ishaq, penulis tidak mendapati tentang kisah ini, dan ia terhenti pada peristiwa Isra‟ dan Mi„raj dan

disambung dengan kisah peperangan yang berlaku selepas hijrah ke Madinah. 650 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 82; Ibn Hisyam (t.t.), op. cit., j. 1, h. 484; Abi

Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1995/1416), op. cit., j. 2, h. 105. 651 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 84.

Page 150: Download (1848Kb)

150

Riwayat yang penulis kemukakan di atas adalah contoh daripada sekian banyak

riwayat yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H) secara mursal tanpa apa-apa

sumber daripada sahabat r.a. dan dinukilkan oleh Ibn Hisyam (m. 183H). Ini juga

berlaku di dalam Sirah Ibn Ishaq. Contohnya riwayat tentang Peperangan al-Khandaq;

Ibn Ishaq berkata : Maka [kumpulan] Quraysy [pun] keluar

diketuai oleh Sufyan bin Harb, [kumpulan] Ghatafan [juga]

keluar yang diketuai oleh „Uyaynah bin Hisn bin Hudhayfah bin

Badr,...652

Justeru, kedudukan riwayat-riwayat sebegini harus disemak dengan diteliti

dengan berpandukan kepada riwayat-riwayat lain yang semakna dengan riwayat yang

dikemukakan oleh Ibn Ishaq (m. 151H). Kebiasaannya, al-Tabari (m. 310H)

meriwayatkan kisah-kisah riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) ini dengan sanad yang lengkap

melalui periwayatan Ibn Ishaq (m. 151H). Namun, ia masih perlu disemak untuk

memastikan sama ada Ibn Ishaq (m. 151H) meriwayatkan riwayat berkenaan secara

tafarrud atau sebaliknya.

3.11.3 Tidak Menjelaskan Nama Perawi

Item ini penulis masukkan di dalam manhaj Ibn Ishaq (m. 151H) kerana banyak

didapati riwayat-riwayat yang dinyatakan sumber oleh Ibn Ishaq (m. 151H) tetapi tidak

diterangkan dengan jelas perawi bagi riwayat berkenaan. Dalam erti kata lain, syaykh

yang beliau ambil riwayat berkenaan tidak dinyatakan nama perawi berkenaan secara

khusus yakni majhul. Sebagai contoh riwayat tentang Isra‟ dan Mi„raj;

أن عائشة زوج النب صلى : ب عض آل أيب بكر وحدثين : قال ابن إسحاق لى اللو عليو وسلم اللو عليو وسلم كانت ت قول ما فقد جسد رسول اللو ص

.ولكن اللو أسرى بروحو

Ibn Ishaq berkata : sebahagian daripada keluarga Abu Bakr

telah menyampaikan kepada saya : bahawa „A‟isyah isteri Nabi

652 Muhammad bin Ishaq bin Yasar al-Matlibi al-Madani (2004/1424), op. cit., h. 393.

Page 151: Download (1848Kb)

151

s.a.w. telah berkata, “Rasulullah s.a.w. tidak dibawa [dengan]

jasad, tetapi Allah mengisra‟kan dengan ruh baginda.”653

Riwayat di atas, tidak dijelaskan individu dalam keluarga Abu Bakr r.a. tersebut.

Di dalam kisah lain juga terdapat nukilan-nukilan sebegini, contohnya;

قال العلم من بين جذمية أىل ب عض أصحابنا من فحدثين : قال ابن إسحاق ...لما أمرنا خالد أن نضع السالح

Ibn Ishaq berkata : sebahagian daripada sahabat kami dalam

kalangan ahli ilmu dari Bani Jadhimah telah menyampaikan

kepada saya, katanya, “Apabila Khalid memerintahkan kami

untuk meletakkan senjata…654

Riwayat ini, Ibn Ishaq (m. 151H) tidak menyatakan dengan jelas individu dari

Bani Jadhimah yang menyampaikan kisah di atas kepada beliau. Jadi, riwayat yang

dikemukakan di atas adalah di antara contoh cara Ibn Ishaq (m. 151H) menukilkan

riwayat beliau. Apabila kita membelek satu persatu halaman Sirah Ibn Hisyam dan

Sirah Ibn Ishaq, kita akan dapati banyak nukilan riwayat sedemikian.

Selain itu, apabila ditelusuri lebih mendalam, Ibn Ishaq (m. 151H) sering

menukilkan riwayat dengan menyatakan sumber dengan lafaz ( من ال أتم) bermaksud

“orang [yang] aku tidak ragu.” Antara contoh nukilan berkenaan;

عن عروة بن الزب ي ، عن عائشة أم من ال أتم فحدثين : قال ابن إسحاق ...أن ها قالت المؤمنني

Ibn Ishaq berkata : orang [yang] saya tidak ragu telah

menyampaikan kepada saya, daripada „Urwah bin al-Zubayr,

daripada „A‟isyah Um al-Mu‟minin sesungguhnya telah

berkata,...

653 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 11. 654 ibid., j. 4, h. 43.

Page 152: Download (1848Kb)

152

Lafaz di atas banyak didapati pada beberapa tempat di dalam tulisan Ibn Ishaq

(m. 151H) ini.655

3.11.4 Metode Sampingan Ibn Ishaq

Sebelum ini di dalam bab kedua telah dinyatakan bahawa di antara manhaj

kebanyakan mu‟arrikhun yang cenderung kepada penulisan sejarah bersifat subjektif.

Sebagai mana perbahasan tentang hal ini di dalam Bab Satu yang lepas. Manhaj ini

adalah memasukkan pendapat mereka sendiri atau pendapat ahli sejarah yang lain di

dalam tulisan mereka. Ibn Ishaq (m. 151H) juga termasuk di dalam kelompok yang

melakukan demikian.

Di samping itu, penulis mendapati beberapa gaya dan stail Ibn Ishaq (m. 151H)

yang terdapat di dalam tulisan beliau. Bagi penulis, cara ini dilihat berbeza dengan

kaedah muhaddithun dalam menukilkan riwayat khususnya yang bersifat sejarah.

1. Menyatakan sumber riwayat selepas nukilan kisah; ia dapat dikesan pada

kisah hijrah „Ali bin Abi Talib r.a. Selepas Ibn Ishaq (m. 151H) menceritakan

kisah hijrah „Ali r.a. tanpa apa-apa sanad dan sumber di awal kisah, kemudian di

akhir riwayat beliau menyatakan;

وحدثين ىذا، من حديث علي رضي اللو عنو ىند بن سعد بن سهل بن .حن يف، رضي اللو عنو

Hind bin Sa„d bin Sahl bin Hunayf r.a. telah menyampaikan

kepada saya [kisah] ini daripada hadith „Ali r.a. [di atas].656

2. Memberi penerangan tambahan tentang nama tertentu; contohnya dapat

dilihat pada penerangan tentang nama al-Najasyi. Ibn Ishaq (m. 151H) berkata;

655 ibid., j. 2, h. 16, 78, 82, 140, 143, 198, 224, j. 3, 55, 78, 175, 183, 206, 233, 239. 656 ibid., j. 2, h. 93.

Page 153: Download (1848Kb)

153

Bahawa nama al-Najasyi ialah Ashamah, di dalam [bahasa]

„Arab [ialah] „Atiyyah, dan [nama] al-Najasyi adalah nama

[bagi] raja, seperti mana [nama] Kisra dan Harqal.657

3. Tidak memilih salah satu riwayat kisah yang kontradik; sekiranya terdapat

kisah-kisah yang bercanggah antara satu sama lain, kadang kala Ibn Ishaq (m.

151H) dilihat tidak menentukan kisah yang sebenar menurut pandangan beliau.

Sebaliknya beliau mengatakan pada akhir riwayat dengan lafaz ( اللو أعلم).

Contohnya pada riwayat tentang persinggahan Nabi s.a.w. di Quba‟ semasa

hijrah ke Madinah. Terdapat dua kisah tentang rumah yang disinggahi Nabi

s.a.w.; pertama, baginda singgah di rumah Kulthum bin Hidm saudara kepada

Bani „Amru bin „Awf, kemudian menuju ke rumah daripada Bani „Ubayd,

kedua; baginda singgah di rumah Sa„d bin Khaythamah. Di akhir riwayat

berkenaan Ibn Ishaq (m. 151H) berkata, ( عنافاللو أعل م أي ذلك كان كال قد س )

bermaksud, “Allah lebih Mengetahui, yang mana satu [lebih benar], kedua-dua

[kisah di atas] kami telah dengar.”658

Lafaz sebegini kita tidak temui di dalam

karya hadith terutama Sahih al-Bukhari khususnya pada Kitab Manaqib al-

Ansar dan Kitab al-Maghazi.

Justeru, manhaj dan metodologi yang dikemukakan di atas adalah menunjukkan

bahawa cara yang dilakukan oleh Ibn Ishaq (m. 151H) adalah disebabkan fokus beliau

kepada pengkisahan riwayat. Manakala tumpuan beliau kepada sumber dan sanad kisah

tidak begitu diberi perhatian yang konsisten. Walaupun banyak didapati pada nukilan-

nukilan beliau yang dibawa, terdapat sumber dan sanad yang jelas, namun masih

banyak lagi di tempat lain berlaku sebaliknya.

657 Penulis tidak menemui riwayat ini di dalam Sirah Ibn Hisyam kecuali hanya di dalam Sirah Ibn Ishaq. Lihat, Muhammad bin

Ishaq bin Yasar al-Matlibi al-Madani (2004/1424), op. cit., h. 253. 658 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 91.

Page 154: Download (1848Kb)

154

Namun begitu, Ibn Ishaq (m. 151H) telah memberi satu inovasi baru dalam

penulisan karya sejarah, sehingga karya beliau terkenal dalam kalangan umat Islam

pada ketika itu. Penulisan berdasarkan kronologi peristiwa memberi satu perspektif baru

terhadap penulisan karya sejarah pada peringkat awal. Kaedah ini berterusan sehingga

ke hari ini, dan ia diterima sebagai salah satu elemen yang paling penting dalam

pensejarahan moden. Di samping itu, elemen-elemen lain seperti membuat senarai

terperinci terhadap ahli-ahli peperangan yang berlaku, termasuk angka korban sama ada

daripada umat Islam yang syahid atau golongan musyrikin yang terbunuh, juga dilihat

sebagai salah satu cara penulisan sejarah.

3.12 Kesimpulan

Kedua-dua metodologi daripada al-Bukhari (m. 256H) dan Muhammad bin

Ishaq (m. 151H) telah diperincikan dengan lebih mendalam. Manhaj yang dikemukakan

adalah berdasarkan penulisan dan riwayat yang dinukilkan oleh al-Bukhari (m. 256H)

dan Ibn Ishaq (m. 151H) di dalam karya masing-masing. Secara ringkas, dapat dikenal

pasti bahawa manhaj al-Bukhari (m. 256H) adalah bersifat objektif. Beliau

memasukkan riwayat-riwayat berbentuk sejarah di dalam Kitab Manaqib al-Ansar dan

Kitab al-Maghazi tanpa apa-apa komentar daripada sejarawan Islam yang lain.

Al-Bukhari (m. 256H) menekankan soal sumber yang sahih apabila beliau tidak

memasukkan mana-mana riwayat yang berkaitan sesuatu peristiwa sewenang-

wenangnya. Bahkan beliau konsisten dengan manhaj beliau dalam menerima sesebuah

riwayat. Manakala Ibn Ishaq (m. 151H) bersikap longgar dan tidak memberi penekanan

yang khusus terhadap riwayat-riwayat yang dikemuka. Namun, beberapa perincian

kisah yang dimasukkan tanpa melibatkan apa-apa hukum dan prinsip Islam, maka

bolehlah diterima secara umum dan memerlukan beberapa penelitian yang lebih khusus

bagi mengelakkan berlaku apa-apa keraguan yang jelas. Bagi penulisan riwayat pula,

Page 155: Download (1848Kb)

155

Ibn Ishaq (m. 151H) mengemukakan riwayat yang lebih bersifat subjektif. Selain

daripada pendapat beliau sendiri, Ibn Ishaq (m. 151H) memasukkan pandangan tokoh-

tokoh sejarah yang lain bagi mengetahui maksud sebenar sesuatu peristiwa itu berlaku.

Metodologi yang mantap daripada kedua-dua tokoh dapat digabungkan untuk

diaplikasikan dalam membuat penilaian terhadap riwayat-riwayat sejarah yang terdapat

di dalam tulisan-tulisan para ulama‟. Tetapi, beberapa kelemahan daripada kedua-dua

manhaj dapat diperbaiki dengan melakukan beberapa pemurnian dan penjernihan

kembali dengan saduran daripada pelbagai ilmu lain bagi memberi satu inovasi baru

terhadap metodologi sedia ada.659

659 Perincian manhaj ini dapat dilakukan dengan memasukkan ilmu-ilmu lain bagi memberi satu nilai tambah terhadap penilaian terhadap riwayat-riwayat sejarah. Sebagai contoh, di dalam al-Rahiq al-Makhtum karya al-Mubarakfuri, beliau mengambil pendapat

seorang ahli falak iaitu Mahmud Basya dari Mesir berkaitan tarikh kelahiran Nabi s.a.w. iaitu 9 Rabi„ al-Awwal. Di samping itu, Dr.

Syawqi Abu Khalil telah membuat pemetaan kisah sirah nabawi dengan melakarkan kembali topografi tempat berlaku sesuatu peristiwa. Ilmu pemetaan atau topografi ini digabungkan dengan beberapa ilmu lain seperti geologi dan sebagainya, akan

memantapkan lagi pengkisahan sesuatu riwayat berkaitan sirah nabawi. Cara ini juga dilakukan oleh Muhammad Hamidullah (m.

2002M) di dalam karya beliau, The Battlefields of the Prophet. Lihat, Safi al-Rahman al-Mubarakfuri (2004/1424), al-Rahiq al-Makhtum Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah „ala Sahibih Afdal al-Salah wa al-Salam, c. 6, Riyad : Dar al-Salam, h. 65; Syawqi Abu

Khalil (2003/1423), Atlas al-Sirah al-Nabawiyyah, c. 2, Dimasyq : Dar al-Fikr, h. 76-77; Muhammad Hamidullah (1392/1973), The

Battlefields of the Prophet, t.c., Hyderabad : t.p.

Page 156: Download (1848Kb)

156

.: BAB EMPAT :. ANALISIS KISAH-KISAH TERPILIH DAN

PERBANDINGAN METODOLOGI AL-BUKHARI

DAN IBN ISHAQ TERHADAP RIWAYAT SEJARAH

Page 157: Download (1848Kb)

157

BAB EMPAT : ANALISIS KISAH-KISAH TERPILIH DAN PERBANDINGAN

METODOLOGI AL-BUKHARI DAN IBN ISHAQ TERHADAP RIWAYAT SEJARAH

4.1 Pengenalan

Pada bab ini, penulis telah memilih beberapa kisah untuk dianalisis bagi

membandingkan manhaj al-Bukhari (m. 256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H) untuk

mengenal pasti kedudukan sebenar metodologi mereka di dalam karya masing-masing.

Penulis akan membandingkan dari sudut sumber dan kandungan kisah berkenaan bagi

menyiasat sekiranya wujud keserasian atau percanggahan antara kedua-dua nukilan.

Manhaj kedua-dua tokoh ini sudah tentu mempunyai cara dan kaedah tersendiri

dalam membuat penilaian terhadap riwayat-riwayat yang berbentuk sejarah. Jadi,

perbahasan pada bab ini adalah untuk mengenal pasti sama ada wujud persamaan antara

kedua-duanya dan perbezaan pada sudut tertentu dalam menilai penerimaan terhadap

riwayat sejarah.

4.2 Pemilihan Kisah

Bagi pemilihan kisah, penulis telah mengambil dua kisah utama yang berada di

dalam dua bab berasingan. Manakala salah satu kisah utama tersebut, mempunyai tiga

sub-kisah. Dalam erti kata lain, ia adalah plot-plot cerita yang wujud dalam satu kisah

utama. Kisah dan sub-kisah berkenaan adalah seperti berikut :

1. Peristiwa Nabi s.a.w. Berhijrah ke Madinah

a) Kisah Nabi s.a.w. Berhijrah ke Madinah Dari Rumah Abu Bakr r.a.

b) Kisah Asma‟ bint Abu Bakr r.a. Memotong Tali Pinggang

c) Kisah Suraqah bin Malik Mengejar Nabi s.a.w.

Page 158: Download (1848Kb)

158

2. Peperangan Bani al-Mustaliq

Bagi menganalisis kisah-kisah di atas, penulis akan menyelidik berdasarkan

beberapa elemen penting dalam pensejarahan sebagai mana perbahasan pada bab-bab

yang lepas. Elemen tersebut adalah seperti berikut :

4.2.1 Sumber dan Rawi al-A‘la

Penulis meletakkan item ini pada perbahasan pertama adalah untuk memberi

maklum bahawa penentuan kesahihan kisah dan riwayat haruslah terlebih dahulu

melalui penilaian terhadap sumber dan sanad riwayat. Dalam hal ini, sudah tentu dapat

membuat telahan awal bahawa sudah tentu al-Bukhari (m. 151H) lebih unggul kerana

metodologi beliau lebih konsisten dan padu. Tetapi, perbahasan ini juga adalah untuk

mengenal pasti sumber penyaksi kisah serta kualiti riwayat yang dikemukakan oleh Ibn

Ishaq (m. 151H).

4.2.2 Kronologi

Elemen ini adalah untuk memberi fokus kepada susunan di dalam kedua-dua

karya terutama di dalam Sahih al-Bukhari. Ia dapat mengenal pasti manhaj al-Bukhari

(m. 256H) sebagai seorang ulama‟ yang versatil dan faqih dalam pelbagai bidang ilmu.

Beliau sudah tentu mempunyai manhaj dan metodologi tersendiri di dalam menyusun

riwayat sejarah di dalam abwab Kitab Manaqib al-Ansar dan Kitab al-Maghazi. Di sini

juga dapat diselidik bahawa kedudukan bab kisah-kisah di atas sama ada mempunyai

keserasian antara al-Bukhari (m. 256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H) atau sebaliknya.

4.2.3 Kandungan dan Penulisan Riwayat

Elemen ini adalah untuk membandingkan nukilan kedua-dua tokoh di dalam

karya masing-masing. Ia diselidiki bagi mengenal pasti sama ada wujud kandungan atau

Page 159: Download (1848Kb)

159

matan yang sama antara keduanya atau persamaan dari sudut makna sahaja. Selain itu,

elemen ini juga dapat mengenal pasti perbezaan kandungan riwayat antara kedua-dua

karya sama ada ia adalah perbezaan yang major atau percanggahan minor sahaja.

Analisa terhadap sub-sub kisah di atas diteliti pada bahagian ini untuk dianalisis

dengan lebih terperinci. Jadi, perbahasan tentang sub-sub kisah di atas tidak terdapat

pada bahagian sumber dan kronologi kerana ia berada di dalam bab yang sama.

4.3 Peristiwa Hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah

Penulis memilih peristiwa Hijrah al-Rasul s.a.w. ini kerana riwayat yang

terkandung di dalam Sahih al-Bukhari dan Sirah Ibn Ishaq menampakkan keserasian.

Keserasian itu wujud apabila terdapat riwayat di dalam kedua-dua karya mempunyai

kisah yang sama bersumberkan daripada rawi al-a„la yang sama. Maka, ia perlu dilihat

dengan lebih terperinci agar dapat dimurni dan diserasikan antara satu sama lain. Bagi

peristiwa ini, penulis akan memecahkan kepada tiga sub-kisah bagi menganalisis

kandungan dan penulisan riwayat. Ini kerana riwayat-riwayat yang terkandung di dalam

Bab Hijrah al-Nabi s.a.w. wa Ashabih ila al-Madinah secara zahir mempunyai

persamaan dengan kisah yang sama di dalam Sirah Ibn Ishaq. Pendek kata, pemilihan

kisah ini untuk dianalisis adalah sesuai.

4.3.1 Sinopsis

Umat Islam pada peringkat awal di Makkah mendapat pelbagai sekatan dan

halangan daripada kelompok musyrikin Makkah untuk mengamal dan menyebarkan

ajaran Islam. Musyrikin Makkah menindas, menyeksa dan mendera umat Islam dengan

begitu teruk. Setelah sekian lama, berlaku peristiwa Bay„ah al-„Aqabah antara Nabi

s.a.w. dan rombongan dari Yathrib (Madinah). Nabi s.a.w. mendapat jaminan

perlindungan daripada penduduk Yathrib sekiranya Nabi s.a.w. berhijrah ke sana. Lalu,

Page 160: Download (1848Kb)

160

umat Islam diizinkan berhijrah ke Madinah, sehingga rombongan yang berhijrah ke

Habasyah, kembali ke Makkah dan menyusul ke Madinah.660

4.3.2 Sumber dan Rawi al-A‘la – al-Bukhari

Al-Bukhari (m. 256H) telah meletakkan satu bab khusus tentang hijrah Nabi

s.a.w. ke Madinah. Bab tersebut ialah, Bab Hijrah al-Nabi s.a.w. wa Ashabih ila al-

Madinah. Berdasarkan penelitian penulis, terdapat sebanyak 23 hadith yang direkodkan

dengan sanad yang penuh, lima (5) hadith mu„allaq dan satu riwayat mutabi„.

Terdapat hadith yang mawsul direkodkan secara berasingan, tetapi al-Bukhari

(m. 256H) tidak meletakkan sanad yang lengkap kerana ia selari dengan sanad hadith

sebelumnya. Contohnya pada hadith no. 3900, al-Bukhari (m. 256H) memulakan hadith

dengan lafaz ( قال حيىي بن محزة).661 Menurut Ibn Hajar (m. 852H), hadith ini diriwayatkan

secara mawsul melalui sanad hadith sebelumnya melalui syaykh al-Bukhari (m. 256H)

iaitu Ishaq bin Yazid al-Dimasyqi.662

Ini juga berlaku pada hadith no. 3906 riwayat Ibn

Syihab al-Zuhri (m. 124H) tentang peristiwa Suraqah bin Malik bin Ju„syum663

yang

mana ia diriwayatkan secara mawsul melalui sanad pada riwayat bernombor 3905

daripada riwayat Yahya bin Bukayr.664

Selain itu, terdapat juga riwayat-riwayat sebegini ditengah-tengah riwayat dan

lazimnya ia dinukilkan secara rangkuman dalam satu riwayat. Contohnya, pada hadith

no. 3905, riwayat Um al-Mu‟minin „A„isyah r.a. tentang peristiwa Abu Bakr al-Siddiq

r.a. dengan Ibn Daghinah, ia dirangkumkan bersama dengan riwayat tentang peristiwa

660 Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992), op. cit., h. 257-259. 661 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 317, No. Hadith 3900. 662 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 270. 663 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 318, No. Hadith 3906. 664 ibid., h. 317-318, No. Hadith 3905.

Page 161: Download (1848Kb)

161

hijrah Nabi s.a.w. dari rumah Abu Bakr r.a. Al-Bukhari (m. 256H) mengasingkan

rangkuman ini dengan lafaz ( قال ابن شهاب قال عروة قالت عائشة).665

Menurut Ibn Hajar (m. 852H), sanad lafaz ini adalah sama dengan sanad asal di

awal hadith sebelumnya iaitu no. 3905.666

Daripada jumlah keseluruhan riwayat

sebanyak 23 hadith, berikut adalah jadual bagi jumlah hadith mengikut rawi al-a„la di

dalam bab ini :

Bil. Rawi al-Aʻla Bil. Hadith

1. ʻAbdullah bin al-ʻAbbas r.a. 2

2. ʻAbdullah bin ʻUmar al-Khattab r.a. 3

3. Abu Bakr al-Siddiq r.a. 1

4. Abu Saʻid al-Khudri r.a. 2

5. ʻAʼisyah bint Abu Bakr r.a. 3

6. al-Barraʼ bin ʻAzib r.a. 3

7. Anas bin Malik r.a. 2

8. Asmaʼ bin Abu Bakr r.a. 1

9. Khabbab r.a. 3

10. Saʻd bin Muʻadh r.a. 1

11. ʻUmar bin al-Khattab r.a. 2

Jumlah 23

Berdasarkan jadual di atas, jumlah hadith yang paling banyak direkodkan pada

seorang sahabat r.a. ialah sebanyak 3 hadith. Rawi al-A„la bagi hadith-hadith tersebut

ialah „A‟isyah r.a., Khabbab r.a., „Abd Allah bin „Umar r.a. dan al-Barra‟ bin „Azib r.a.

Walau bagaimanapun, riwayat „A‟isyah r.a. adalah yang paling banyak kerana ia

termasuk hadith-hadith lain yang dinukilkan secara rangkuman atau riwayat yang tidak

dinukilkan sanad yang penuh. Riwayat tersebut ialah hadith no. 3905 dan 3906.667

665 ibid., h. 317-318, No. Hadith 3905. 666 Sanad penuh berkenaan ialah;

ث نا الليث عن عقيل قال ابن شهاب فأخب رن عروة بن الزب ي ث نا حيىي بن بكي حد ها زوج النب صلى اللو عليو وسلم قالت حد ... أن عائشة رضي اللو عن

Lihat, Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 317, No. Hadith 3905; al-„Asqalani

(2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 277. 667 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 317-318.

Page 162: Download (1848Kb)

162

Berkenaan hadith-hadith mu„allaq dan mutaba„at, sebagai mana dinyatakan sebelum

ini, hadith mu„allaq di dalam bab ini adalah sebanyak 5 hadith. Hadith-hadith tersebut

adalah riwayat daripada „Abd Allah bin Zayd r.a., Abu Hurayrah r.a., Abu Musa al-

Asy„ari r.a.,668

„A‟isyah r.a.,669

Anas bin Malik r.a.670

dan Abu Sa„id al-Khudri r.a.671

Manakala satu riwayat mutaba„at yang terdapat dalam ini adalah riwayat daripada

Asma‟ bint Abu Bakr r.a.672

4.3.3 Sumber dan Rawi al-A‘la – Ibn Ishaq

Penulis agak sukar untuk menentukan sumber dan rawi al-a„la kisah ini yang

diriwayatkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H). Ini kerana gaya penulisan beliau tidak memberi

fokus kepada sumber dan sanad riwayat. Cara ini menimbulkan masalah, kerana

disebabkan kaedah nukilan sumber tidak konsisten dan padu menyebabkan kebanyakan

riwayat beliau boleh dipertikaikan. Bahkan terdapat ulama‟ dan cendekiawan Islam

yang menolak hampir keseluruhan riwayat yang dinukilkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H) di

dalam Sirah beliau.673

Bagi mengenal pasti sumber dan rawi al-a„la kisah hijrah Nabi s.a.w. ke

Madinah, Ibn Ishaq (m. 151H) menceritakan kisah hijrah dengan panjang lebar dengan

melalui beberapa sumber dan nukilan secara munqati„. Berdasarkan penelitian awal

668 Riwayat-riwayat ini tercantum bersama di awal bab. Lihat, ibid., h. 317. 669 Al-Bukhari (m. 256H) menukilkan riwayat ini melalui riwayat Aban bin Zayd dan tercantum bersama hadith no. 3901. Lihat,

Hadith-hadith ini tercantum bersama di awal bab. Lihat, ibid., h. 317. 670 Hadith ini dinukilkan oleh al-Bukhari (m. 256H) melalui riwayat Duhaym. Hadith ini juga diletakkan nombor. ibid., h. 320, No.

Hadith 3920. 671 Hadith ini dinukilkan oleh al-Bukhari (m. 256H) melalui tariq Muhammad bin Yusuf yang tercantum bersama bersama sanad yang mawsul pada hadith no. 3923. Kedua sanad ini bertemu pada perawi bernama al-Awza„i. Lihat, ibid., h. 320, No. Hadith 3923. 672 Riwayat ini tercantum bersama hadith no. 3909 melalui tariq Khalid bin Makhlad. Lihat, ibid., h. 319, No. Hadith 3909. 673 Isu ini telah timbul apabila pengasas Darul Kautsar, Maulana Asri Yusof telah menerbitkan sebuah buku yang menolak periwayatan Ibn Ishaq (m. 151H). Beliau dilihat tidak menerima hampir keseluruhan riwayat yang dibawa oleh Ibn Ishaq (m. 151H)

sama ada dalam periwayatan sirah dan sebagainya. Lihat, Muhammad Asri Yusoff (2004), Ibnu Ishaq Peranannya Dalam

Penyebaran Fahaman Syi`ah di Kalangan Ummah, c. 2, Kelantan : Pustaka Bisyarah, h. 57-77.

Page 163: Download (1848Kb)

163

penulis, kisah hijrah Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. ke Madinah, bermula pada selepas

pengkisahan tentang Bay„ah al-„Aqabah.674

Tetapi bagi melakukan perbandingan yang lebih jitu, penulis meneliti riwayat-

riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) yang dilihat hampir sama dengan riwayat yang terdapat di

dalam Sahih al-Bukhari berkenaan peristiwa hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah. Riwayat-

riwayat tersebut di dalam Sahih al-Bukhari ini adalah riwayat nombor 3905,675

3906676

dan 3907.677

Bagi riwayat-riwayat di atas, Ibn Ishaq (m. 151H) telah menukilkan riwayat

tentang peristiwa yang hampir sama daripada pelbagai sumber. Bagi riwayat tentang

hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah dari rumah Abu Bakr al-Siddiq r.a., Ibn Ishaq (m 151H)

juga menukilkan riwayat daripada „A‟isyah r.a. juga. Tetapi nukilan beliau adalah da„if

kerana syaykh Ibn Ishaq (m. 151H) bagi riwayat ini adalah majhul.678

Namun begitu, al-

Tabari (m. 310H) telah meriwayatkan hadith ini dengan sanad yang lengkap.679

Tetapi

bagi kisah Ibn Daghinah dengan Abu Bakr r.a., Ibn Ishaq (m. 151H) telah meriwayatkan

kisah ini secara terpisah dengan sanad yang sama,680

maka kisah ini (Ibn Daghinah)

tidak akan dianalisis untuk dibuat perbandingan.

674 Ibn Ishaq (m. 151H) memulakan pengkisahan tentang hijrah Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. ke Madinah dengan membawa

faktor-faktor penghijrahan berlaku dan maklumat tentang para sahabat r.a. yang berhijrah lebih awal dan sebagainya. Perkara ini

akan dibincang lanjut pada bahagian kronologi dan kandungan riwayat. Maklumat awal rujuk, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 66. 675 Hadith ini diriwayatkan oleh „A‟isyah r.a. berkaitan peristiwa Abu Bakr r.a. dengan Abu Daghinah serta peristiwa Hijrah Nabi

s.a.w. dan Abu Bakr r.a. dari rumah Abu Bakr r.a. sendiri. Lihat, Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 317-318, No. Hadith 3905. 676 Hadith ini diriwayatkan oleh Suraqah bin Malik bin Ju„syum r.a. tentang peristiwa Suraqah mengejar Nabi s.a.w. ketika dalam

perjalanan ke Madinah. Lihat, ibid., h. 318-319, No. Hadith 3906. 677 Hadith ini diriwayatkan Asma‟ bint Abu Bakr r.a. tentang peristiwa Asma‟ r.a. memotong tali pinggang beliau untuk mengikat

bekalan makanan Nabi s.a.w. untuk perjalanan ke Madinah. Lihat, ibid., h. 319, No. Hadith 3907.

678 Sanad riwayat tersebut adalah seperti berikut, ( قال ابن إسحاق : فحدثين من ال أتم عن عروة بن الزب ي ، عن عائشة أم المؤمنني). Ibn Ishaq (m.

151H) tidak menyatakan dengan jelas individu yang meriwayat peristiwa ini kepada beliau. Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik

bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 82. 679 Riwayat tersebut adalah riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) daripada Muhammad bin „Abd al-Rahman bin „Abd Allah bin al-Husayn

al-Tamimi. Penulis tidak menemui biografi perawi ini (m, 151H) ini di dalam kitab-kitab rijal. Lihat, al-Tabari (t.t.), Tarikh. op. cit.,

j. 2, h. 322. 680 Menurut pentahqiq, Ibn Ishaq (m. 151H) telah meriwayatkan kisah ini dengan sanad yang jayyid melalui tariq al-Zuhri (m.

124H). Hadith ini diriwayatkan oleh „A‟isyah r.a. Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j.1, h.

384.

Page 164: Download (1848Kb)

164

Seterusnya bagi kisah Suraqah bin Malik r.a., Ibn Ishaq (m. 151H) telah

membawa sanad yang lengkap seperti mana sanad yang diriwayatkan oleh al-Bukhari

(m. 256H) juga melalui riwayat al-Zuhri (m. 124H), tetapi dengan matan yang

berbeza.681

Manakala bagi kisah Asma‟ bint Abu Bakr r.a. tentang tali pinggang beliau,

Ibn Ishaq (m. 151H) menukilkan riwayat tanpa dinyatakan apa-apa sumber.682

4.3.4 Kronologi – al-Bukhari

Bab Hijrah al-Nabi s.a.w. wa Ashabih ila al-Madinah ini berada di dalam Kitab

al-Manaqib al-Ansar pada bab yang ke-45.683

Bab ini terletak selepas Bab Tazwij al-

Nabi s.a.w. „A‟isyah wa Qudumiha al-Madinah wa bina‟ihi biha684

dan sebelum Bab

Maqdam al-Nabi wa Ashabih al-Madinah.685

Berdasarkan pada susunan abwab di dalam Kitab Manaqib al-Ansar, bab yang

dikaji berada di dalam susunan kronologi yang sesuai, tetapi ia sedikit tersasar pada

kedudukan yang sebenar. Walaupun kisah perkahwinan „A‟isyah r.a. dengan Rasulullah

s.a.w. berlaku sebelum hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah, tetapi berdasarkan riwayat yang

terdapat di dalam bab tersebut, „A‟isyah r.a. telah berkahwin dengan baginda semasa

berusia enam (6) tahun dan tinggal bersama Nabi s.a.w. selepas hijrah pada usia

sembilan (9) tahun.686

Ibn Hajar al-„Asqalani (m. 852H) tidak memberi apa-apa ulasan terhadap

susunan bab-bab di atas. Secara zahir, ia tidak mengikut kronologi sebenar kerana

pernikahan „A‟isyah r.a. dengan Rasulullah s.a.w. berlangsung tiga (3) tahun sebelum

hijrah, manakala Bay„ah al-„Aqabah pula tiga (3) bulan sebelum hijrah.687

Tetapi bab

681 ibid., j. 2, h. 88. 682 ibid., j. 2, h. 83-84. 683 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 317. 684 ibid., h. 317. 685 ibid., h. 320. 686 ibid., h. 317. 687 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 268.

Page 165: Download (1848Kb)

165

berkenaan peristiwa Bay„ah al-„Aqabah diletakkan sebelum perkahwinan „A‟isyah r.a.

dengan Rasulullah s.a.w.

Penulis berpendapat, kemungkinan terdapat beberapa alasan al-Bukhari (m.

256H) meletakkan bab hijrah Nabi ke Madinah selepas bab pernikahan Nabi s.a.w.

dengan „A‟isyah r.a. Antaranya, berdasarkan pada tajuk Bab Tazwij al-Nabi s.a.w.

„A‟isyah wa Qudumiha al-Madinah wa bina‟ihi biha,688

bermaksud, “Bab Perkahwinan

Nabi s.a.w. [dengan] „A‟isyah [r.a.] dan kedatangan beliau ke Madinah serta baginda

tinggal bersama dengannya („A‟isyah r.a.),” al-Bukhari (m. 256H) dilihat

menggabungkan dua kisah, iaitu kisah perkahwinan Nabi s.a.w. dengan „A‟isyah r.a.

dan kisah Rasulullah s.a.w. tinggal bersamanya selepas hijrah ke Madinah.

Ini berlaku kerana hadith-hadith yang terkandung di dalam bab ini adalah

gabungan daripada dua kisah berkenaan dan ini jelas terkandung dalam hadith pertama

di dalam bab ini (Bab Tazwij al-Nabi s.a.w. „A‟isyah...).689

Adalah kurang tepat

sekiranya al-Bukhari (m. 256H) meletakkan bab ini selepas bab hijrah ke Madinah

kerana perkahwinan Nabi s.a.w. dengan „A‟isyah r.a. berlangsung sebelum baginda

hijrah ke Madinah. Jelas di sini bahawa al-Bukhari (m. 256H) tidak memotong riwayat

di dalam bab ini bagi mewujudkan kisah yang terpisah untuk disusun mengikut

kronologi yang sesuai.690

Al-Bukhari (m. 256H) tidak melakukan demikian

berkemungkinan besar kerana ia adalah bentuk asal hadith yang beliau terima.

Justeru, al-Bukhari (m. 256H) telah meletakkan Bab Hijrah al-Nabi s.a.w. wa

Ashabih ila al-Madinah691

selepas Bab Tazwij al-Nabi s.a.w. „A‟isyah wa Qudumiha al-

688 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 317. 689 ibid., h. 317, No. Hadith 3894. 690 Kisah yang terpisah ini maksudnya adalah memotong riwayat yang mengandungi dua kisah yang berbeza untuk diletakkan secara

berasingan di dalam bab yang berbeza. Jadi, al-Bukhari (m. 256H) tidak memisahkan riwayat berkenaan kepada dua riwayat berasingan, iaitu satu riwayat tentang perkahwinan „A‟isyah r.a. dengan Rasulullah s.a.w., manakala satu riwayat tentang Rasulullah

s.a.w. tinggal bersama „A‟isyah r.a. selepas hijrah ke Madinah. 691 ibid., h. 317.

Page 166: Download (1848Kb)

166

Madinah wa bina‟ihi biha692

dan sebelum Bab Maqdam al-Nabi wa Ashabih al-

Madinah adalah tepat. Walaupun pada bab perkahwinan Nabi s.a.w. dengan „A‟isyah

r.a. itu terdapat riwayat yang berlaku selepas hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah.693

Ia tidak

mengurangkan kualiti hadith dan susunan abwab kisah tersebut, kerana fokus al-

Bukhari (m. 256H) di dalam Kitab Manaqib al-Ansar ini694

lebih kepada pengkisahan

riwayat secara objektif agar maklumat yang direkodkan tidak terpengaruh dengan

pendapat dan ulasan individu tertentu termasuk pendapat beliau sendiri.

4.3.5 Kronologi – Ibn Ishaq (m. 151H)

Sebagai mana dibincangkan sebelum ini, Ibn Ishaq (m. 151H ) merupakan salah

seorang sejarawan Islam terawal yang menulis secara tersusun karya sirah. Karya beliau

terkenal dengan susunan kisah yang mengikut kronologi. Maka, perbahasan pada

bahagian ini adalah untuk mengenal pasti tata cara susunan yang dibuat oleh Ibn Ishaq

(m. 151H) bagi mengisahkan peristiwa hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah.

Berdasarkan penelitian penulis, selepas menceritakan tentang kisah perjanjian

Bay„ah al-„Aqabah, Ibn Ishaq (m. 151H) memulakan pengkisahan tentang hijrah ke

Madinah dengan menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan penghijrahan tersebut

berlaku. Beliau juga memasukkan ayat-ayat al-Quran bagi menyokong huraian

tersebut.695

Perkara yang lebih jelas adalah, pada permulaan huraian tentang faktor

penghijrahan ke Madinah Ibn Ishaq (m. 151H) memulakan dengan lafaz Basmalah.696

692 ibid., h. 317. 693 ibid., h. 320. 694 Susunan abwab di dalam Kitab Manaqib al-Ansar agak berbeza dengan Kitab al-Maghazi kerana di dalam Kitab al-Maghazi

susunannya dilihat mengikut kronologi sebenar. Namun, terdapat beberapa lompangan pada susunan yang tidak teratur pada abwab

berkenaan, tetapi pada sesetengah bab, al-Bukhari (m. 256H) menyatakan bersama pendapat sejarawan Islam bagi menyokong kedudukan bab berkenaan, sebagai mana dijelaskan di dalam bab sebelum ini. Pendapat sejarawan Islam ini tidak dimasukkan di

dalam Kitab Manaqib al-Ansar. 695 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1995/1416), op. cit., j. 2, h. 84; Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 66; Ibn Hisyam (t.t.), op. cit., j. 2, h. 467. 696 Mungkin penggunaan lafaz Basmalah menunjukkan bahawa kisah tersebut melalui satu tempoh masa yang berbeza dari sudut

masa dan tempat serta individu yang terlibat. Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 66.

Page 167: Download (1848Kb)

167

Justeru, Ibn Ishaq (m. 151H) telah meletakkan pengkisahan tentang hijrah Nabi

s.a.w. ke Madinah pada susunan yang sesuai kerana peristiwa Bay„ah al-„Aqabah

berlaku sebelum Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah. Ibn Hajar (m. 852H) memetik

pendapat al-Hakim bahawa Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah lebih kurang tiga (3)

bulan selepas peristiwa Bay„ah al-„Aqabah.697

Jadi, jujukan kronologi berkenaan

tampak lebih tersusun dan teratur kerana jarak masa kedua-dua peristiwa berkenaan

adalah hampir.

4.3.6 Perbandingan Kandungan dan Nukilan Riwayat

Sebagai mana dijelaskan sebelum ini, riwayat-riwayat al-Bukhari (m. 256H)

yang terdapat di dalam Kitab Manaqib al-Ansar pada bab ini merangkumi dua puluh

tiga (23) hadith. Ia menceritakan pelbagai kisah yang berkaitan peristiwa hijrah Nabi

s.a.w. dan para sahabat r.a. ke Madinah serta peristiwa yang berlaku sepanjang

perjalanan tersebut.

Pada perbahasan ini, penulis telah memilih tiga (3) kisah bagi membuat

perbandingan antara riwayat al-Bukhari (m. 256H) dan Ibn Ishaq (151H). Ketiga-tiga

riwayat berkenaan adalah peristiwa hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah dari rumah Abu Bakr

al-Siddiq r.a., peristiwa Asma‟ bint Abu Bakr r.a. mengoyak tali pinggang untuk

mengikat bekalan makanan untuk Nabi s.a.w. dan peristiwa Suraqah bin Malik r.a.

mengejar Nabi s.a.w. semasa dalam perjalanan ke Madinah.

4.3.6.1 Kisah Nabi s.a.w.Berhijrah ke Madinah Dari Rumah Abu Bakr r.a.

Bagi kisah ini, al-Bukhari (m. 256H) meriwayatkan hadith ini melalui riwayat

al-Zuhri (m. 124H) yang diriwayatkan oleh „A‟isyah r.a. Kisah ini juga dinukilkan oleh

Ibn Ishaq (m. 151H) melalui sumber yang sama. Namun begitu, kandungan riwayat

697 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 268.

Page 168: Download (1848Kb)

168

daripada kedua-dua tokoh ini mempunyai perbezaan yang ketara. Sebagai contoh, pada

permulaan matan riwayat ini, perbezaan dapat dilihat seolah-olah ia diriwayatkan pada

masa yang berlainan walaupun daripada sumber yang sama atau ia diriwayatkan secara

makna.

Riwayat al-Bukhari (m. 256H);

نما نن ي وما جلوس ف ب يت أيب قال ابن شهاب قال عروة قالت عائشة ف ب ي بكر ف نر الظهية قال قائل ليب بكر ىذا رسول اللو صلى اللو عليو وسلم

عا ف ساعة ل يكن يأتينا فيها مت قن

Riwayat Ibn Ishaq (m. 151H);

فحدثين من ال أتم عن عروة بن الزب ي ، عن عائشة أم : ل ابن إسحاق قاكان ال يطئ رسول اللو صلى اللو عليو وسلم أن يأت المؤمنني أن ها قالت

إما بكرة وإما عشية ب يت أيب بكر أحد طرف الن هار

Penulis telah mencari riwayat yang sama dengan lafaz yang dikemukakan oleh

al-Bukhari (m 256H) dengan melakukan takhrij pada kitab-kitab hadith yang lain.

Maka, penulis telah menemui hadith di atas dengan lafaz yang sama atau hampir sama

di dalam beberapa kitab hadith yang lain, antaranya Sahih Ibn Hibban,698

Sunan Abu

Dawud,699

Musnad Ahmad700

dan Musannaf „Abd al-Razzaq.701

698 Lafaz awal matan hadith ini adalah;

)...فبينا نن جلوس يوما ف بيتنا ف نر الظهية ، إذ قال قائل ليب بكر: قالت عائشة (

Lihat, „Ala‟ al-Din „Ali bin Balban al-Farisi (1993/1414), Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban, j. 14, c. 2, Bayrut : Mu‟assasah al-Risalah, Kitab al-Tarikh, h. 180, No. Hadith 6277 699 Lafaz awal matan hadith ini adalah;

ها( نا نن جلوس ف ب يتنا ف نر الظهية قال قائل ليب بكر رضي اللو عنو قال الزىري قال عروة قالت عائشة رضي اللو عن )...ب ي

Abi Dawud Sulayman bin al-Asy„ath bin Ishaq al-Azdi al-Sajastani (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith op. cit., Kitab al-Libas, h.

1521, No. Hadith 4083. 700 Lafaz awal matan hadith ini adalah;

نا نن ي وما جلو ( )...سا ف ب يتنا ف نر الظهية قال قائالن ليب بكرقال الزىري قال عروة قالت عائشة ف ب ي

Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (1995/1416), op. cit., j. 18, h. 15, No. Hadith 25502. 701 Lafaz awal matan hadith ini adalah;

)...وسا ف بيتنا ، ف نر الظهية ، قال قائل اليب بكرفبينا نن يوما جل: قالت عائشة : قال عروة : قال الزىري (

Lihat, Abu Bakr „Abd al-Razzaq bin Hammam al-San„ani (1972/1392), op. cit., j. 5, Kitab al-Maghazi, h. 388, No. Hadith 9743.

Page 169: Download (1848Kb)

169

Tetapi bagi riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) di atas, penulis tidak menemuinya di

dalam karya-karya hadith yang lain, melainkan di dalam Tarikh al-Tabari702

dan

Bidayah wa al-Nihayah703

melalui riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) juga. Pada pendapat

penulis, Ibn Ishaq (m. 151H) telah tafarrud (bersendirian) dalam periwayatan kisah ini,

seolah-olah kisah ini diolah kembali dengan ayat yang berlainan atau diriwayatkan

secara makna.

Tetapi di dalam riwayat ini terdapat beberapa penambahan maksud di dalam

pengkisahan riwayat ini. Contohnya, di dalam riwayat Ibn Ishaq (m. 151H), apabila

Rasulullah s.a.w. meminta Abu Bakr al-Siddiq r.a. menemani baginda untuk berhijrah;

قالت ف واللو ما شعرت قط ق بل ذلك الي وم أن أحدا ي بكي من الفرح حت رأيت أبا بكر ي بكي ي ومئذ

Terjemahan : „A‟isyah berkata, “Demi Allah, hingga kini aku

belum pernah melihat seseorang menangis kerana gembira

sehingga aku melihat Abu Bakr menangis ketika ini…704

Di dalam riwayat al-Bukhari (m. 256H) babak ini tidak wujud sama sekali.705

Selain itu, terdapat perbezaan pada individu penunjuk jalan perjalanan hijrah Nabi

s.a.w. Di dalam riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) dinyatakan penunjuk jalan tersebut ialah

„Abd Allah bin Arqat, iaitu lelaki dari Bani al-Da‟al bin Bakr dan ibunya berasal dari

Bani Sahm bin „Amru.706

Manakala bagi riwayat al-Bukhari (m. 256H) lelaki tersebut

adalah dari Bani Dayl daripada kelompok Bani „Abd bin „Adi.707

Ibn Hajar (m. 852H)

telah membuat beberapa perbandingan daripada pelbagai sumber termasuk riwayat

702 Al-Tabari (m. 310H) telah menukilkan riwayat ini dengan sanad yang jelas melalui riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) juga berbanding

riwayat di dalam Sirah Ibn Ishaq yang dinukilkan dengan perawi yang tidak jelas. Riwayat tersebut adalah seperti berikut;

حدثين عروة بن الزبي، عن عائشة زوج النب صلى اهلل عليو وسلم، : ل، قاحدثين حممد بن عبد الرمحن بن عبد اهلل بن الصني التميمي: حدثين حممد بن إسحاق، قال كان رسول اهلل صلى اهلل عليو وسلم ال يطئو أحد طرف النهار أن يأت بيت أيب بكر إما بكرة، وإما عشية : قالت

Lihat, al-Tabari, (t.t.), Tarikh. op. cit., j. 2, h. 377. 703 „Imad al-Din Abi al-Fida‟ Isma‘il bin „Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimasyqi (1997/1417), Bidayah wa al-Nihayah, j. 4, c. 1,

t.t.p. : Hijr, h. 444-445. 704 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 82. 705 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 318, No. Hadith 3905. 706 Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 82. 707 al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 318, No. Hadith 3905.

Page 170: Download (1848Kb)

170

daripada Ibn Ishaq (m. 151H). Tetapi beliau dilihat tidak membuat pemurnian yang

jelas terhadap isu ini.708

Justeru, penulis berpendapat riwayat yang dikemukakan oleh

al-Bukhari (m. 256H) adalah lebih tepat berbanding riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) kerana

kualiti riwayat serta sumber kisah yang jelas.

4.3.6.2 Kisah Asma‟ bint Abu Bakr r.a. Memotong Tali Pinggang

Berdasarkan penelitian penulis berkaitan kisah ini, riwayat yang dinukilkan oleh

Ibn Ishaq (m. 151H) dan al-Bukhari (m. 256H) adalah berbeza dari segi sumber dan

kandungan riwayat. Sebagai mana dijelaskan sebelum ini, Ibn Ishaq (m. 151H) tidak

menyatakan dengan jelas sumber kisah ini, sebaliknya meriwayatkan kisah ini secara

mursal tanpa apa-apa sumber daripada sahabat r.a. Manakala al-Bukhari (m. 256H)

dengan jelas meriwayatkan kisah ini pada dua tempat di dalam Bab Hijrah al-Nabi

s.a.w. wa Ashabih ila al-Madinah. Pertama, di dalam riwayat yang panjang tentang

penghijrahan Nabi s.a.w. dari rumah Abu Bakr r.a. daripada riwayat „A‟isyah r.a.,709

kedua, riwayat daripada Asma‟ bint Abu Bakr r.a. sendiri.710

Perbezaan kandungan riwayat antara riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) dan al-

Bukhari (m. 256H) ialah, Ibn Ishaq (m. 151H) dengan jelas menyebut bahawa peristiwa

Asma‟ r.a. memotong tali pinggangnya berlaku di Gua Thur semasa Nabi s.a.w. dan

Abu Bakr r.a. bersembunyi di situ.711

Tetapi bagi riwayat al-Bukhari (m. 256H), penulis

mendapati bagi riwayat „A‟isyah r.a., peristiwa tersebut berlaku di dalam rumah Abu

Bakr r.a. semasa Nabi s.a.w. keluar untuk memulakan perjalanan berdasarkan susunan

kronologi babak seperti berikut;

„A‟isyah berkata, “Lalu kami menyiapkan kedua unta itu

dengan persiapan secepatnya. Kemudian kami membuatkan

708 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 280. 709 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 317-318, No. Hadith 3905. 710 ibid., h. 319, No. Hadith 3907. 711 Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 84.

Page 171: Download (1848Kb)

171

bekal untuk mereka berdua di dalam sufrah. Lalu Asma‟ bint

Abu Bakar memutus ikat pinggangnya dan mengikatkannya

pada muncung bekalan itu. Oleh yang demikian, beliau digelar

dengan Dhat al-Nitaqayn (wanita yang memiliki dua tali

pinggang).” [„A‟isyah] berkata, “Kemudian Rasulullah saw.

dan Abu Bakar menyusul ke gua di Bukit Thawr, dan mereka

bersembunyi di situ tiga malam.”712

Jelas di sini bahawa babak ini berlaku di dalam rumah Abu Bakr r.a. sewaktu

Nabi s.a.w. dan Abu Bakr r.a. mahu memulakan perjalanan mereka. Manakala bagi

riwayat Asma‟ r.a. pula;

Daripada Asma‟ r.a., [katanya], “Aku menyediakan bekalan [di

dalam] sufrah untuk Nabi s.a.w. dan Abu Bakr ketika mereka

mahu menuju ke Madinah.” Lalu aku berkata kepada ayahku,

“Aku tidak temui sesuatu yang [boleh] mengikat [bekalan ini]

kecuali tali pinggangku ini.” [Ayahku] berkata, “Maka belahlah

ia.” Lalu aku melakukan demikian dan aku digelar Dhat al-

Nitaqayn. Ibn „Abbas berkata, “Asma‟ Dhat al-Nitaqayn.”713

Riwayat Asma‟ r.a. di atas tidak dimuatkan di dalam riwayat „A‟isyah r.a.

Mungkin boleh diandaikan bahawa kemungkinan peristiwa ini berlaku di tempat yang

berbeza iaitu di rumah Abu Bakr r.a. dan di Gua Thur. Tetapi, apabila diteliti pada

pengulangan hadith di dalam kitab-kitab yang lain, hadith Asma‟ r.a. didapati berulang

pada Kitab al-Jihad, Bab Haml al-Zad fi al-Ghazw dengan perincian yang lebih jelas.

Hadith tersebut adalah;

ها قالت صن عت سفرة رسول اللو صلى اللو عليو وسلم عن أساء رضي اللو عن ...حني أراد أن ي هاجر إل المدينة ف ب يت أيب بكر

Terjemahan : Daripada Asma‟ r.a., katanya, “Aku menyediakan

bekalan [di dalam] sufrah untuk Nabi s.a.w. di rumah Abu Bakr

ketika mereka berangkat [untuk] berhijrah ke Madinah…”714

Berdasarkan lafaz yang digariskan di atas, jelas bahawa riwayat Asma‟ r.a.

memotong tali pinggang itu berlaku di rumah Abu Bakr r.a. dan ini bercanggah dengan

712 Lihat, Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 318, No. Hadith 3905. 713 ibid., h. 319, No. Hadith 3907. 714 ibid., Kitab al-Jihad, h. 239, No. Hadith 2979.

Page 172: Download (1848Kb)

172

riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) yang mengatakan berlaku di Gua Thur.715

Justeru, riwayat

al-Bukhari (m. 256H) diunggulkan kerana kekuatan riwayat serta sumber yang jelas dan

autentik.

4.3.6.3 Kisah Suraqah bin Malik Mengejar Nabi s.a.w.

Kedua-dua riwayat daripada al-Bukhari (m. 256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H)

adalah diambil daripada sumber yang sama iaitu Suraqah r.a. sendiri melalui riwayat al-

Zuhri (m. 124H).716

Namun, walaupun ia diriwayatkan daripada sumber yang sama

melalui riwayat al-Zuhri (m. 124H), kandungan matan kedua-dua riwayat ketara

berbeza. Penulis telah mentakhrij kedua-dua riwayat tersebut dan penulis mendapati

kedua-dua riwayat ini mempunyai mutaba„at yang lain.

Riwayat al-Bukhari (m. 256H);

ار ق ريش يعلون ف رسول اللو صلى سراقة بن جعشم ي قول جاءنا رسل كفهما من ق ت لو أو أسره ...اللو عليو وسلم وأيب بكر دية كل واحد من

Terjemahan : Suraqah bin Ju„syum berkata, “Kelompok

[daripada] orang-orang kafir Quraysy telah mejadikan

Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakr [r.a.] sebagai tawaran hadiah

bagi setiap seorang [kepada sesiapa] yang membunuh atau

menawannya...717

Takhrij :718

Selain riwayat al-Bukhari (m. 256H), hadith ini juga diriwayatkan oleh

Ahmad (m. 223H) di dalam al-Musnad,719

„Abd al-Razzaq al-San„ani (m. 211H) di

dalam al-Musannaf,720

juga diriwayatkan di dalam Sahih Ibn Hibban721

dan al-Mu„jam

715 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 84. 716 Riwayat al-Bukhari (m. 256H) melalui tariq al-Zuhri (m. 124H) yang diriwayatkan oleh al-Layth daripada „Uqayl manakala Ibn

Ishaq (m. 151H) meriwayatkan terus daripada al-Zuhri (m. 124H) dengan lafaz sima„ yang sarih. Lihat, Al-Bukhari (2000/1421),

Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 318, No. Hadith 3906; Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 88. 717 Lafaz di atas adalah lafaz awal matan daripada matan yang panjang. Penulis menunjukkan matan tersebut adalah untuk

membezakan antara riwayat al-Bukhari (m. 256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H). Lihat, al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 318, No. Hadith 3906. 718 Penulis melakukan takhrij pada kedua-dua riwayat ini adalah untuk melihat sejauh mana kekuatan dan sumber bagi riwayat-

riwayat tersebut. Takhrij tidak dilakukan pada riwayat kisah yang lain adalah kerana kelemahan riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) yang dinukilkan beliau. Ini berbeza dengan riwayat kisah Suraqah bin Malik r.a. ini. 719 Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (1995/1416), op. cit., j. 13, h. 426-427, No. Hadith 17521. 720 Abu Bakr „Abd al-Razzaq bin Hammam al-San„ani (1972/1392), op. cit., j. 5, Kitab al-Maghazi, h. 392-394, No. Hadith 9743

Page 173: Download (1848Kb)

173

al-Kabir al-Tabarani.722

Semua riwayat di atas adalah melalui riwayat Ma„mar bin

Rasyid (m. 153H) daripada al-Zuhri (m. 124H). Selain itu, hadith ini juga diriwayatkan

oleh al-Hakim (m. 405H) di dalam al-Mustadrak „ala al-Sahihayn melalui sumber yang

sama.723

Selain itu, al-Bayhaqi (m. 458H) juga meriwayatkan hadith ini melalui riwayat

„Uqayl daripada al-Zuhri (m. 124H) di dalam Dala’il al-Nubuwwah dengan lafaz yang

ringkas.724

Riwayat Ibn Ishaq (m.151H)

سراقة بن مالك بن جعشم ، قال لما خرج رسول اللو صلى اللو عليو وسلم .من مكة مهاجرا إل المدينة، جعلت ق ريش فيو مئة ناقة لمن رده عليهم

Terjemahan : Suraqah bin Malik bin Ju„syum berkata, “Apabila

Rasulullah s.a.w. keluar daripada Makkah [untuk] berhijrah ke

Madinah, kaum Quraysy telah [menawarkan] seratus ekor unta

untuk sesiapa yang [berjaya] mengembalikan baginda kepada

mereka.725

Takhrij : Selain daripada riwayat Ibn Ishaq (m. 151H), ia juga diriwayatkan oleh al-

Bayhaqi (m. 458H) di dalam Dala‟il al-Nubuwwah melalui riwayat Musa bin „Uqbah

(m. 141H) daripada al-Zuhri (m. 124H).726

Manakala al-Tabarani (m. 360H) di dalam

al-Mu„jam al-Kabir pula terdapat dua riwayat dari sumber yang berbeza. Pertama,

melalui riwayat Musa bin „Uqbah (m. 141H),727

kedua, melalui riwayat Salih bin

721 „Ala‟ al-Din „Ali bin Balban al-Farisi (1993/1414), op. cit., j. 14, Kitab al-Tarikh, h. 184-186, No. Hadith 6280. 722 Abi al-Qasim Sulayman bin Ahmad al-Tabarani (1983/1404), al-Mu„jam al-Kabir, j. 7, c. 2, al-Qahirah : Maktabah Ibn

Taymiyyah, h. 156-157, No. Hadith 6601. 723 Abi „Abd Allah al-Hakim al-Naysaburi (1997/1417), al-Mustadrak „ala al-Sahihayn, j. 3, c. 1, al-Qahirah : Dar al-Haramayn,

Kitab al-Hijrah, h. 7-8, No. Hadith 4328. 724 al-Bayhaqi (1988/1408), Dala‟il. op. cit., j. 2, h. 485-486. 725 Lafaz awal daripada nukilan riwayat Ibn Ishaq (m. 151H). Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op.

cit., j. 2, h. 88. 726 Lafaz awal riwayat al-Bayhaqi (m. 458H);

أن أخاه سراقة بن جعشم أخربه أنو ملا خرج رسول اهلل صلى اهلل عليو وسلم من مكة مهاجرا إل املدينة جعلت قريش ملن رده عليهم مائة ناقة

Lihat, al-Bayhaqi (1988/1408), Dala‟il. op. cit., j. 2, h. 487-488. 727 Lafaz awal riwayat al-Tabarani (m. 360H) melalui Musa bin „Uqbah (m. 141H);

ا خرج رسول اللو صلى اللو عليو "أن أخاه سراقة بن مالك بن جعشم أخب ره، أنو ة مهاجرا إل المدينة لم وسلم، من مكه عليهم مائة ناقة، جعلت ق ريش لمن رد

Lihat, Al-Tabarani (1983/1404), op. cit., j. 7, h. 157-159, No. Hadith 6602.

Page 174: Download (1848Kb)

174

Kaysan.728

Selain itu, hadith ini juga dimuatkan di dalam Ahadith Muntkhabah min

Maghazi Musa bin „Uqbah.729

Walaupun kandungan matan riwayat daripada sumber-sumber di atas adalah

sama dengan riwayat yang dinukilkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H), namun penulis

mendapati wujud penambahan atau idraj pada matan riwayat yang dinukilkan beliau.

Tambahan lafaz tersebut ialah;

...ث ألقاه إل ف عظم أو ف رق عة أو ف خزفة فكتب ل كتابا ...

Terjemahan : ... Maka beliau (Abu Bakr r.a.) telah menulis

kepadaku satu tulisan pada tulang atau pada kepingan kulit

atau pada tembikar kemudian beliau melemparkan tulisan [itu]

kepadaku...730

Lafaz yang digariskan di atas adalah penambahan pada matan yang terdapat

pada riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) di dalam Sirah beliau. Lafaz ini tidak terdapat pada

hadith yang diriwayatkan oleh Musa bin „Uqbah (m. 141H)731

dan Salih bin Kaysan.732

Jadi, penulis berpendapat, lafaz ini adalah tambahan ataupun mudraj733

daripada perawi

kisah ini dan perawi tersebut dilihat ragu terhadap alat tulis tersebut. Walau

728 Lafaz awal riwayat al-Tabarani (m. 360H) melalui Salih bin Kaysan;

ره أنو ا خرج رسول :"أن سراقة بن مالك، أخب ة مهاجرا إل المدينة، جعلت ق ريش لمن اللو صلى اللو عليو وسلم لم ، من مك رده مائة ناقة،

Lihat, Al-Tabarani (1983/1404), op. cit., j. 7, h. 159-160, No. Hadith 6603. 729 Terdapat sedikit perbezaan kalimah dengan riwayat Musa bin „Uqbah (m. 141H) di dalam al-Mu„jam al-Kabir karya al-Tabarani

(m. 360H). Lihat, Yusuf bin Muhammad bin „Umar bin Qadi Syahbah (1991/1412), op. cit., h. 64. No. Hadith 3. 730 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 89. 731 Lafaz hadith berkenaan ialah;

...ث ألقاىا إل فكتب ل،...

Terjemahan : ...Lalu beliau [Abu Bakr r.a.] menulis kepadaku, kemudian melemparkan

kepadaku…

Lihat, Al-Tabarani (1983/1404), op. cit., j. 7, h. 158; al-Bayhaqi (1988/1408), Dala‟il. op. cit., j. 2, h. 488; Yusuf bin Muhammad

bin „Umar bin Qadi Syahbah (1991/1412), op. cit., h. 65. 732 Lafaz hadith tersebut ialah;

فكتب ل كتابا، ث ألقاه إل،

Terjemahan : Lalu beliau [Abu Bakr r.a.] menulis kepadaku [satu] tulisan, kemudian beliau

melemparkan kepadaku,

Lihat, Al-Tabarani (1983/1404), op. cit., j. 7, h. 160. 733 Mudraj bermaksud tambahan lafaz pada matan hadith yang dilakukan oleh perawi hadith. Idraj juga berlaku pada sanad hadith.

Lihat, Ibn Kathir (t.t.), op. cit., h. 69.

Page 175: Download (1848Kb)

175

bagaimanapun, al-Bukhari (m. 256H) telah membuat penjernihan berkenaan alat tulis

berkenaan. Hadith tersebut menyatakan;

Maka aku (Suraqah) meminta kepada baginda agar menulis

kepadaku tulisan (surat) keamanan, lalu baginda menyuruh

„Amir bin Fuhayrah, maka [„Amir pun] menulis pada kulit yang

telah disamak.734

Lafaz bergaris di atas, jelas menyebut bahan yang digunakan untuk menulis

tulisan berkenaan. Maka, secara langsung al-Bukhari (m. 256H) telah menyelesaikan

keraguan yang terkandung pada riwayat Ibn Ishaq (m. 151H).

4.3.6.3.1 Perbandingan Riwayat Kisah Suraqah bin Malik r.a.

Riwayat al-Bukhari (m. 256H) berkenaan kisah ini semestinya diterima sebagai

riwayat yang sahih. Manakala bagi riwayat Ibn Ishaq (m. 151H), Dr. Akram Diya‟ al-

„Umari menyatakan, riwayat di atas adalah sahih li ghayrih kerana dikuatkan oleh

riwayat al-Bukhari (m. 256H).735

Namun begitu, terdapat percanggahan yang jelas pada

kandungan matan kedua-dua riwayat. Percanggahan tersebut ialah;

Riwayat al-Bukhari (m. 256H)

رة فكتب ف رق عة من أدي فسألتو أن يكتب ل كتاب أمن فأمر عامر بن ف هي

Terjemahan : Maka aku (Suraqah) meminta kepada baginda

agar menulis kepadaku tulisan (surat) keamanan, lalu baginda

menyuruh ‘Amir bin Fuhayrah, maka [„Amir pun] menulis

pada kulit yang telah disamak.736

Riwayat Ibn Ishaq (m. 151)

نك: ق لت .قال اكتب لو يا أبا بكر . تكتب ل كتابا يكون آية ب يين وب ي

Terjemahan : Aku (Suraqah) berkata : “Tuliskan kepadaku satu

tulisan (surat) [yang menjadi] bukti antaraku dan engkau.”

734 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 319, No. Hadith 3906. 735 Akram Diya‟ al-„Umari (1995/1416), op. cit., j. 1, h. 216. 736 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 319, No. Hadith 3906

Page 176: Download (1848Kb)

176

Baginda berkata, “Tuliskanlah kepadanya wahai Abu

Bakr.”737

Di dalam riwayat al-Bukhari (m. 256H) Rasulullah s.a.w. dilihat menyuruh

„Amir bin Fuhayrah r.a. menuliskan tulisan berkenaan. Manakala, di dalam riwayat Ibn

Ishaq (m. 151H) pula, Rasulullah s.a.w. dengan jelas meminta Abu Bakr r.a. menuliskan

surat tersebut.

Bagi penulis, percanggahan ini sukar untuk disatukan kerana lafaz jelas tertera

perbezaan pada kandungan riwayat di atas. Walau bagaimanapun ia dapat diselesaikan

kerana riwayat al-Bukhari (m. 256H) adalah lebih akurat dan lebih kuat. Jadi, riwayat

al-Bukhari (m. 256H) di atas diunggulkan berbanding riwayat Ibn Ishaq (m. 151H).

Justeru, klasifikasi darjat hadith yang dinyatakan oleh Dr. Akram di atas adalah

kurang tepat kerana terdapat percanggahan yang jelas pada matan riwayat kisah ini.

Selain itu, penulis berpendapat bahawa al-Bukhari (m. 256H) sudah tentu sedar tentang

percanggahan ini, dan riwayat yang Ibn Ishaq (m. 151H) itu mungkin tidak menepati

syarat-syarat kesahihan hadith menurut beliau. Secara langsung atau sebaliknya, al-

Bukhari (m. 256H) telah membuat penjernihan semula terhadap kisah ini.

Di dalam penulisan karya-karya sirah, para ulama‟ menukilkan kisah di atas

dalam versi yang bercampur-campur. Ibn Kathir (m. 774H) di dalam al-Fusul al-Sirah

al-Rasul menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. meminta Abu Bakr r.a. menulis surat

berkenaan kepada Suraqah r.a. yakni versi Ibn Ishaq (m. 151H).738

Ibn Sayyid al-Nas

(m. 734H) pula menukilkan terus riwayat al-Bukhari (m. 256H) di dalam „Uyun al-

737 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 2, h. 89. 738 Abi al-Fida‟, Isma„il bin Kathir (1403H), al-Fusul, op. cit., h. 116.

Page 177: Download (1848Kb)

177

Athar.739

Manakala al-Maqrizi (m. 845H) di dalam Imta„ al-Asma„ pula menyebut

kedua-dua versi, tetapi beliau dilihat mendahulukan versi Ibn Ishaq (m. 151H).740

Selain itu, penulis mendapati terdapat ulama‟ semasa yang masih meletakkan

riwayat yang dinukilkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H), tanpa diletakkan bersama riwayat al-

Bukhari (m. 256H), sedangkan penilaian yang dibuat oleh ulama‟ berkenaan adalah

bersifat ilmiah dan akademik.741

Manakala karya sirah seperti al-Rahiq al-Makhtum, al-

Mubarakfuri menggunakan versi al-Bukhari (m. 256H) bagi kisah ini.742

Ini juga

berlaku pada karya-karya sirah lain yang bersifat akademik dan ilmiah.743

4.4 Peperangan Bani al-Mustaliq

Penulis memilih peristiwa ini kerana terdapat beberapa alasan. Pertama, di

dalam Bab Ghazwah Bani al-Mustaliq (Bab Peperangan Bani al-Mustaliq), al-Imam al-

Bukhari (m. 256H) hanya meriwayatkan dua hadith sahaja. Sedangkan kisah ini adalah

satu peristiwa yang penting dalam siri perjalanan dakwah Nabi s.a.w. Kedua,

kedudukan kronologi bagi peristiwa ini di dalam Sahih al-Bukhari menyerupai

kedudukannya di dalam Sirah Ibn Ishaq. Hal ini akan dibincangkan dalam isu

kronologi. Maka, pemilihan kisah ini adalah sesuai bagi mengenal pasti sama ada wujud

keserasian dan percanggahan antara kedua-dua metodologi.

4.4.1 Sinopsis

Bani al-Mustaliq merupakan salah satu kabilah daripada keturunan Khuza„ah.

Walaupun mereka dilihat patuh dan cenderung kepada pemerintahan Islam di Madinah,

739 Ibn Sayyid al-Nas (t.t.), op. cit., j. 1, h. 102. 740 Taqi al-Din Ahmad bin „Ali bin „Abd al-Qadir bin Muhammad al-Maqrizi (1999/1420), Imta„ al-Asma„ bima li Nabi s.a.w. min

al-Ahwal wa al-Amwal wa al-Hafadah wa al-Mata„, j. 1, c. 1, Bayrut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, h. 60. 741 Penulis tidak pasti apakah alasan Dr. Akram Diya‟ al-„Umari mengekalkan riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) tanpa dinyatakan

bersama riwayat al-Bukhari (m. 256H) sedangkan di kebanyakan tempat, beliau dilihat cermat dalam penilaian sesuatu riwayat.

Mungkin boleh dibuat andaian yang bersangka baik bahawa beliau mahu menonjolkan riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) kerana riwayat ini juga dinilai sahih dan boleh diterima. Lihat, Akram Diya‟ al-„Umari (1995/1416), op. cit., j. 1, h. 216. 742 Safi al-Rahman al-Mubarakfuri (2004/1424), op. cit., h. 199. 743 Lihat, Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992), op. cit., h. 279; Ibrahim al-„Ali (1995), op. cit., h. 127.

Page 178: Download (1848Kb)

178

namun mereka masih berada dalam keadaan musyrik. Selepas berlakunya Peperangan

Uhud, mereka semakin berani memperlihatkan penentangan terhadap Nabi s.a.w.

Pemimpin mereka Harith bin Abi Dirar telah membuat provokasi dan menghasut

kabilah-kabilah setempat bagi menentang pemerintahan Islam di Madinah.744

Lalu Rasulullah s.a.w. mengutuskan Buraydah bin al-Husayb al-Aslami r.a.

untuk menjadi perisik bagi menyiasat kebenaran penentangan tersebut. Buraydah r.a.

mendapati desas-desus berkenaan adalah benar. Lalu beliau terus melaporkan kepada

Rasulullah s.a.w. tentang usaha penentangan itu. Rasulullah s.a.w. mengumpulkan

seramai 700 orang sahabat r.a. termasuk 30 tentera berkuda menuju tempat Bani al-

Mustaliq.

Berlakulah pertempuran antara kedua-dua pihak. Kaum muslimin berjaya

memerangi kabilah ini dan dapat membunuh seramai 10 orang musyrik Bani al-

Mustaliq serta merampas banyak harta ghanimah. Peperangan ini juga dikenali dengan

Peperangan al-Muraysi„ kerana ia berlaku di sebuah oasis yang bernama al-Muraysi„.745

4.4.2 Sumber Riwayat dan Rawi al-A‘la

Sebagai mana dimaklumi, al-Bukhari (m. 256H) meriwayatkan hanya dua hadith

sahaja di dalam Bab Ghazwah Bani al-Mustaliq.746

Hadith yang pertama diriwayatkan

oleh Abu Sa„id al-Khudri r.a. melalui pertanyaan Ibn Muhayriz. Hadith ini adalah

berkaitan perbuatan azal semasa bersetubuh dan Abu Sa„id al-Khudri r.a. memberi

jawapannya serta mengaitkan perbuatan tersebut semasa peristiwa Peperangan Bani al-

Mustaliq.747

744 Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992), op. cit., h. 432. 745 ibid., h. 432-433. 746 Adalah sesuatu yang menarik apabila al-Bukhari (m. 256H) tidak merencanakan kisah ini lebih terperinci berbanding dengan kisah-kisah lain seperti Peperangan Badr, Peperangan Uhud dan sebagainya. Mungkin boleh dibuat telahan awal bahawa riwayat

tentang perincian kisah ini tidak menepati syarat-syarat kesahihan hadith menurut beliau. 747 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 339, No. Hadith 4138.

Page 179: Download (1848Kb)

179

Hadith kedua pula, diriwayatkan oleh Jabir bin „Abd Allah r.a. Hadith ini

menceritakan peristiwa seorang Badwi mengambil pedang Rasulullah s.a.w. yang

disangkut pada sebatang pohon di tempat Rasul s.a.w. berteduh. Lalu Badwi tersebut

menghunuskan pedang tersebut kepada baginda s.a.w.748

Bagi Ibn Ishaq (m. 151H) pula, sebagai sebuah karya sejarah, sudah tentu beliau

menukilkan banyak riwayat berkaitan peristiwa ini. Namun, berdasarkan penelitian

penulis, hanya terdapat beberapa riwayat yang dikemukakan sumber riwayat yang jelas.

Tetapi, pentahqiq telah membuat beberapa penilaian yang berbeza terhadap riwayat-

riwayat berkenaan. Bagi kisah ini, Ibn Ishaq (m. 151H) dilihat menukilkan sebanyak

empat (4) riwayat yang disertakan sumber. Sama ada sumber tersebut terhenti pada

peringkat sahabat r.a. atau tabi„in r.h.

Riwayat pertama adalah dirangkumi oleh tiga (3) sumber iaitu „Asim bin „Umar

bin Qatadah, „Abd Allah bin Abi Bakr dan Muhammad bin Yahya bin Hibban. Ibn

Ishaq (m. 151H) telah meletakkan tiga (3) sumber ini di dalam satu rangkuman sanad.749

Walau bagaimanapun, pentahqiq telah mengklasifikasi hadith ini sebagai mursal kerana

sumber yang dikemukakan oleh Ibn Ishaq (m. 151H) adalah peringkat tabi„in r.h.750

Riwayat kedua pula, Ibn Ishaq (m. 151H) dengan jelas menyebut lafaz sima„

(haddathani) daripada „Asim bin „Umar bin Qatadah.751

Namun, pentahqiq

mengklasifikasikannya sebagai da„if kerana riwayat ini juga mursal.752

Ini kerana

sumber riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) hanya terhenti pada peringkat tabi„in r.h. iaitu

„Asim bin „Umar bin Qatadah.

748 ibid., h. 339, No. Hadith 4139. 749 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 245. 750 Semakan oleh Majdi Fathi al-Sayyid. Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1995/1416), op. cit., j. 3, h. 285-286. 751 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 247. 752 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1995/1416), op. cit., j. 3, h. 289; Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam

(1998/1418), op. cit., j. 3, h. 248.

Page 180: Download (1848Kb)

180

Manakala riwayat ketiga, Ibn Ishaq (m. 151H) dengan jelas menyatakan rawi al-

a„la di peringkat sahabat r.a. iaitu „A‟isyah r.a. Ibn Ishaq (m. 151H) menggunakan lafaz

sima„ yang jelas (haddathani) yang diriwayatkan daripada Muhammad bin Ja„far bin al-

Zubayr daripada „Urwah bin al-Zubayr daripada „A‟isyah r.a. Riwayat ini telah diberi

penilaian yang berbeza oleh dua edisi tahqiq iaitu iaitu sahih753

dan hasan.754

Riwayat ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad (m. 223H) di dalam al-

Musnad. Hamzah Ahmad al-Zayn menilai hadith ini sahih755

manakala Syu„ayb al-

Arna‟ut menilai hadith ini hasan.756

Selain itu, ia juga diriwayatkan di dalam Sunan Abu

Dawud757

dan dinilai hasan oleh al-Albani (m. 1999M).758

Semua riwayat di atas adalah

melalui riwayat Ibn Ishaq (m. 151H).

Bagi riwayat keempat, Ibn Ishaq (m. 151H) menyatakan sumber riwayat hanya

diperingkat tabi„in r.h. sahaja. Beliau menggunakan lafaz sima„ yang jelas (haddathani)

yang diriwayatkan daripada Yazid bin Ruman. Pentahqiq menilai riwayat ini sebagai

da„if kerana sanad ini telah mursal.759

4.4.3 Kronologi

Di dalam al-Jami„ al-Sahih, al-Bukhari (m. 256H) telah meletakkan Bab

Ghazwah Bani al-Mustaliq min Khuza„ah selepas Bab Ghazwah Dhat al-Riqa„ dan

sebelum Bab Ghazwah Anmar. Manakala Ibn Ishaq (m. 151H) meletakkan kisah

Peperangan Bani al-Mustaliq selepas kisah Peperangan Bani Lihyan dan Peperangan

Dhi Qarad. Atau dalam erti kata lain, kedua-duanya meletakkan kisah Peperangan Bani

753 Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1995/1416), op. cit., j. 3, h. 291. 754 Lihat, idem (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 250. 755 Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (1995/1416), op. cit., j. 18, h. 205, No. Hadith 26243. 756 Ahmad bin Hanbal (1995/1416), Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, j. 43, c. 1, Bayrut : Mu‟assasah al-Risalah, h. 384-385, No. Hadith 26265. 757 Abi Dawud Sulayman bin al-Asy„ath bin Ishaq al-Azdi al-Sajastani (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-„Itq, h.

1511-1512, No. Hadith 3931. 758 idem (1424), Sunan Abu Dawud, c. 2, Riyad : Dar al-Ma„arif, h. 706, No. Hadith 3931. 759 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 251; Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam

(1995/1416), op. cit., j. 3, h. 293.

Page 181: Download (1848Kb)

181

al-Mustaliq ini selepas kisah Peperangan al-Khandaq dan Peperangan Bani al-

Qurayzah.760

Ibn Ishaq (m. 151H) juga jelas menyatakan pada awal kisah Peperangan

Bani al-Mustaliq, iaitu;

Ibn Ishaq berkata : “Rasulullah s.a.w. telah menetap di

Madinah pada sebahagian daripada [bulan] Jamadil Akhir dan

bulan Rejab. Kemudian baginda memerangi Bani al-Mustaliq

daripada [suku] Khuza„ah pada [bulan] Sya‟ban tahun keenam

[hijrah].” 761

Apabila diteliti pada kenyataan al-Bukhari (m. 256H) pada awal Bab Ghazwah

Bani al-Mustaliq, penulis melihat beliau lebih cenderung kepada pendapat Ibn Ishaq (m.

151H), apabila beliau meletakkan pendapat daripada Ibn Ishaq (m. 151H) sebagai

pendapat yang pertama.762

Beliau menyatakan pada judul bab ini;

Terjemahan : Ibn Ishaq berkata, [peristiwa ini] berlaku pada

tahun 6H, Musa bin „Uqbah [pula] berkata, [ia berlaku] pada

tahun 4H, [manakala] al-Nu„man bin Rasyid berkata, daripada

al-Zuhri [katanya], bahawa Hadith al-Ifk [berlaku] ketika

Ghazwah al-Muraysi„ (Peperangan Bani al-Mustaliq).763

Jadi, susunan bab yang diletakkan oleh al-Bukhari (m. 256H) menyamai dengan

apa yang diletakkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H) di dalam Sirah beliau. Namun begitu, Ibn

Hajar (m. 852H) telah membuat perincian tentang waktu sebenar peristiwa ini berlaku.

Beliau mengaitkan dengan beberapa indikasi bagi menentukan tentang kedudukan

sebenar masa peristiwa Peperangan Bani al-Mustaliq. Maka, hasil daripada penjelasan

760 Peperangan Bani Qurayzah berlaku sejuru selepas Peperangan al-Khandaq atau al-Ahzab. Ini berdasarkan hadith yang

diriwayatkan oleh „A‟isyah r.a. di dalam Sahih al-Bukhari. Al-Bukhari (m. 256H) menamakan bab ini dengan Bab Marji„ al-Nabi s.a.w. min al-Ahzab wa Makhrijih ila Bani Qurayzah wa Muhasaratih Iyyahum (Bab Kepulangan Nabi s.a.w. Dari al-Ahzab dan

Keluarnya Baginda ke Bani Qurayzah Serta Pengepungan Kepada Mereka (Bani Qurayzah). Hadith pertama di dalam bab ini;

„A‟isyah r.a. telah berkata, “Ketika mana Nabi s.a.w. kembali daripada [Peperangan] al-Khandaq, baginda meletakkan senjata dan mandi. Lalu Jibril a.s. datang kepada baginda, lalu berkata, “Sesungguhnya engkau telah meletakkan senjata, demi Allah,

kami belum lagi meletakkannya, keluarlah kepada mereka!” Baginda bertanya, “Ke arah mana?” [Jibril] menjawab, “Ke arah

sana.” Sambil mengisyaratkan ke arah Bani Qurayzah. Lalu Nabi s.a.w. keluar menuju ke arah mereka (Bani Qurayzah).”

Lihat, Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 337, No. Hadith 4117. 761 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 244-245. 762 Penulis mendapati, al-Bukhari (m. 256H) juga mengutamakan pendapat tokoh lain berbanding pendapat Ibn Ishaq (m. 151H) berkaitan waktu sesuatu peristiwa yang lain. Ini jelas pada Bab Hadith Bani al-Nadir (Bab Peristiwa Bani al-Nadir), al-Bukhari (m.

256H) meletakkan bab ini selepas abwab tentang Peperangan Badr dan sebelum bab tentang Peperangan Uhud. Beliau telah

menguatkan susunan berkenaan dengan menukilkan pendapat „Urwah bin al-Zubayr (m. 94H) terlebih dahulu iaitu, “Al-Zuhri berkata [bahawa] daripada „Urwah [katanya], [peristiwa ini terjadi] pada enam bulan awal selepas Peperangan Badar dan

sebelum [Peperangan] Uhud.” Selepas itu, beliau menukilkan pendapat Ibn Ishaq (m. 151H) iaitu, “Ibn Ishaq menjadikan

(meletakkan) [peristiwa ini] selepas [peristiwa] Bi‟r Ma„unah dan [Peperangan] Uhud.” Jadi, susunan Bab Hadith Bani al-Nadir ini bercanggah dengan susunan dan pendapat Ibn Ishaq (m. 151H) di dalam karya beliau. Lihat, Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah

al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 329; Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 142. 763 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 339.

Page 182: Download (1848Kb)

182

Ibn Hajar (m. 852H), penulis dapat membuat justifikasi bahawa Peperangan Bani al-

Mustaliq berlaku sebelum Peperangan al-Khandaq dan Peperangan Bani al-Qurayzah

adalah dengan beberapa sebab :

1. Peristiwa Hadith al-Ifk terjadi semasa Peperangan Bani al-Mustaliq. Petunjuk

ini jelas kerana ia disepakati oleh majoriti mu‟arrikhun termasuk Ibn Ishaq (m.

151H) sendiri.764

Al-Bukhari (m. 256H) dengan jelas menukilkan pendapat al-Zuhri

(m. 124H) dalam hal sama.765

Berdasarkan riwayat yang dikemukakan oleh al-

Bukhari (m. 256H) di dalam Bab Hadith al-Ifk, terdapat kisah perbalahan antara

individu daripada Bani Aws dan Khazraj, iaitu antara Sa„d bin Mu„adh r.a. dan Sa„d

bin „Ubadah r.a.766

Individu yang bernama Sa„d bin Mu„adh r.a. dengan jelas

dinyatakan oleh al-Bukhari (m. 256H) bahawa Sa„d bin Mu„adh r.a. meninggal

dunia sewaktu Peperangan Bani Qurayzah berlangsung767

akibat terkena panah

semasa dalam Peperangan al-Khandaq.768

Sekiranya Peperangan Bani al-Mustaliq terjadi selepas Peperangan al-Khandaq dan

Peperangan Bani Qurayzah, ia adalah pendapat yang tidak tepat. Ini kerana tidak

mungkin Sa„d bin Mu„adh r.a. yang meninggal dunia semasa Peperangan Bani

Qurayzah datang kembali semula pada peristiwa Hadith al-Ifk, yang mana ia berlaku

semasa Peperangan Bani al-Mustaliq. Justeru, al-Hafiz Ibn Hajar (m. 852H)

membuat kesimpulan bahawa Peperangan Bani al-Mustaliq berlaku pada bulan

Sya„ban tahun 5H dan Peperangan al-Khandaq atau al-Ahzab pada bulan Syawal

tahun yang sama.769

764 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 251. 765 Al-Bukhari (m. 256H) memetik; Al-Nu„man bin Rasyid berkata, daripada al-Zuhri [katanya], bahawa Hadith al-Ifk [berlaku] ketika Ghazwah al-Muraysi„ (Peperangan Bani al-Mustaliq). Lihat, Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab

al-Maghazi, h. 339. 766 Perbalahan ini berdasarkan riwayat yang panjang berkenaan Hadith al-Ifk. Lihat, ibid., h. 339-340, No. Hadith 4141. 767 Kisah kematian Sa„d bin Mu„adh r.a. diriwayatkan oleh al-Bukhari (m. 256H) di dalam bab Peperangan Bani Qurayzah. Hadith

diriwayatkan oleh „A‟isyah r.a. Lihat, ibid., h. 337-338, No. Hadith 4122. 768 ibid., h. 337, No. Hadith 4121-4122. 769 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 495.

Page 183: Download (1848Kb)

183

2. Penurunan ayat tentang hijab770

sebelum Peperangan Bani al-Mustaliq. Oleh

kerana peristiwa Hadith al-Ifk berlaku semasa Peperangan Bani al-Mustaliq, maka

di dalam riwayat „A‟isyah r.a. tentang Hadith al-Ifk dengan jelas menyebut bahawa

peristiwa Hadith al-Ifk berlaku selepas turunnya ayat hijab. „A‟isyah r.a. berkata

pada riwayat tersebut; “...Maka aku keluar bersama Rasulullah s.a.w. setelah ayat

hijab diturunkan...”771

Kemudian, apabila Safwan al-Mu„attal r.a. menemui beliau

ketika ditinggalkan rombongan tersebut, „A‟isyah r.a. berkata;

Beliau [Safwan] melihat kelibat hitam manusia yang sedang

tidur. Beliau mengecam aku apabila melihatku, dan beliau

pernah melihat aku sebelum [ayat tentang] hijab [turun].772

Jadi, asasnya Peperangan Bani al-Mustaliq berlaku selepas turun ayat pensyariatan

hijab berdasarkan kenyataan „A‟isyah r.a. di dalam riwayat di atas. Tetapi, ulama

berselisih pendapat tentang waktu sebenar penurunan ayat ini. Ini kerana ketika

turunnya ayat tersebut, Rasulullah s.a.w. juga melangsungkan pernikahan baginda

s.a.w. dengan Zaynab bint Jahsy r.a.773

Dalam hal ini, ulama‟ bersetuju pernikahan

tersebut berlaku pada bulan Zulkaedah tetapi berselisih pendapat tentang tahun

berlakunya pernikahan tersebut.774

Terdapat tiga pendapat berkenaan tahun

berlakunya pernikahan Nabi s.a.w. dan Zaynab bint Jahsy r.a.

770 Surah al-Ahzab ayat 53-54;

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan Dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu

dijemput maka masuklah (pada waktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai

dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-bual. Sesungguhnya Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. dan

apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara

Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar

dosanya di sisi Allah. (Awasilah keadaan-keadaan kamu, kerana) jika kamu nyatakan sesuatu atau kamu sembunyikan Dia, maka

Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala-galanya.

Ayat ini turun berdasarkan aduan „Umar bin al-Khattab r.a. kepada Rasulullah s.a.w., kata beliau, “Wahai Rasulullah, [orang

ramai] masuk ke dalam [rumah] engkau [dengan niat] yang baik dan jahat. Adakah engkau menyuruh Ummahat al-Mu‟minin

memakai hijab?” Lalu Allah menurunkan ayat berkaitan hijab (al-Ahzab : 53). Lihat, „Imad al-Din Abi al-Fida‟ Isma„il bin Kathir al-Dimasyqi (2000/1421), Tafsir, op. cit., j. 9, h. 201-202. 771 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 339-340, No. Hadith 4141. 772 Maksudnya, sewaktu Safwan al-Mu„attal menjumpai beliau, „A‟isyah r.a. berpakaian hijab. Sekiranya „A‟isyah r.a. tidak berpakaian hijab, tentu beliau tidak mengungkapkan kata-kata demikian. Jadi, ketika peristiwa Hadith al-Ifk yang berlaku sewaktu

Peperangan Bani al-Mustaliq adalah selepas ayat hijab diturunkan. Lihat, ibid., h. 339-340, No. Hadith 4141. 773 Para Mufassirin juga meletakkan peristiwa ini sebagai asbab al-nuzul bagi ayat ini (al-Ahzab : 53-54). Lihat, Abi al-Hasan „Ali bin Ahmad bin Muhammad bin „Ali al-Wahidi (2005/1426), Asbab al-Nuzul al-Qur‟an, c. 1, Riyad : Dar al-Yaman, h. 571-574. 774 Akram Diya‟ al-„Umari (1995/1416), op. cit., j. 2, h. 402-403.

Page 184: Download (1848Kb)

184

Pertama; ialah pada bulan Zulkaedah tahun 3H menurut pendapat Abu „Ubaydah

dan Khalifah al-Khayyat.775

Kedua; berlaku pada bulan yang sama tahun 5H.

Pendapat ini adalah menurut Qatadah dan al-Waqidi.776

Ketiga; menurut Ibn Hajar

(m. 852H), pendapat yang masyhur tentang ayat tentang hijab turun adalah pada

bulan Zulkaedah tahun 4H.777

Sebagai mana dijelaskan sebelum ini, isu penurunan ayat hijab ini penting bagi

mengesahkan tentang tahun sebenar peristiwa Peperangan Bani al-Mustaliq. Para

ulama‟ bersepakat bahawa peristiwa Hadith al-Ifk berlaku semasa Peperangan Bani

al-Mustaliq.778

Seterusnya, „A‟isyah r.a. dengan jelas menyatakan di dalam Bab

Hadith al-Ifk, bahawa peristiwa ini (Hadith al-Ifk) berlaku selepas turunnya ayat

hijab. Justeru, indikasi daripada tarikh sebenar penurunan wahyu tentang hijab

adalah antara penunjuk bagi menentukan tarikh sebenar peristiwa Peperangan Bani

al-Mustaliq.

Dr. Akram Diya‟ al-„Umari telah beberapa membuat pemurnian terhadap isu

penurunan ayat hijab ini. Menurut beliau, pendapat pertama iaitu tahun 3H adalah

kurang tepat dan rasional kerana Peperangan Uhud baru sahaja tamat pada

pertengahan bulan Syawal tahun 3H. Maka, adalah kurang sesuai di saat Nabi s.a.w.

dan umat Islam bersedih atas kematian (syahid) saudara mereka semasa Peperangan

Uhud, Nabi s.a.w. pula melangsungkan pernikahan dengan Zaynab bin Jahsy r.a.779

Kedua, iaitu pada Zulkaedah tahun 5H juga kurang tepat kerana berdasarkan

perbahasan sebelum ini, dengan jelas bahawa Peperangan Bani al-Mustaliq berlaku

sebelum Peperangan al-Khandaq. Manakala Peperangan al-Khandaq pula berlaku

775 „Imad al-Din Abi al-Fida‟ Isma„il bin Kathir al-Dimasyqi (2000/1421), Tafsir, op. cit., j. 9, h. 202. 776 ibid. 777 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 495. 778 Syams al-Din Abi „Abd Allah Muhammad bin Abi Bakr al-Zar„i al-Dimasyqi Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1994/1415), Zad al-

Ma„ad fi Hadi Khayr al-„Ibad, j. 3, c. 27, Bayrut : Mu‟assasah al-Risalah, h. 265. 779 Akram Diya‟ al-„Umari (1995/1416), op. cit., j. 2, h. 403.

Page 185: Download (1848Kb)

185

pada Syawal tahun 5H di mana Sa„d bin Mu„adh r.a. terkena panah pada peperangan

ini dan meninggal semasa Peperangan Bani Qurayzah. Kemudian beliau

bertelingkah berkaitan fitnah terhadap „A‟isyah r.a. di dalam peristiwa Hadith al-Ifk

dengan individu yang lain. Sekiranya, ayat tentang hijab turun pada Zulkaedah

tahun 5H, ia adalah tidak tepat kerana „A‟isyah r.a. dengan jelas menyebut di dalam

Bab Hadith al-Ifk bahawa rombongan beliau bersama baginda s.a.w. semasa

Peperangan Bani Qurayzah itu, berlaku selepas turunnya ayat hijab.780

Justeru, pendapat ketiga adalah lebih tepat iaitu pada Zulkaedah tahun 4H. Ini

kerana jarak antara penurunan ayat tentang syariat hijab ini dengan peristiwa Hadith

al-Ifk yang berlaku semasa Peperangan Bani al-Mustaliq adalah tidak lama.

Manakala suasana sebelum pernikahan baginda s.a.w. itu tidak berlaku peperangan

atau peristiwa yang memerlukan penglibatan baginda. Pendapat yang ketiga ini

dipersetujui oleh Ibn Hajar (m. 852H)781

dan Dr. Akram Diya‟ al-„Umari782

serta

bersepakat bahawa Peperangan Bani al-Mustaliq berlaku pada bulan Sya„ban tahun

5H. Manakala Dr. Mahdi Rizq Allah Ahmad memetik pendapat al-Waqidi (m.

207H) bahawa Peperangan Bani al-Mustaliq ini bermula pada hari Isnin 2 haribulan

Sya„ban tahun 5H.783

Sebagai kesimpulan, berdasarkan fakta dan maklumat yang dikemukakan di

atas, penulis merumuskan bahawa Peperangan Bani al-Mustaliq berlaku pada tahun 5H

iaitu pada bulan Sya„ban, sebelum berlakunya Peperangan al-Khandaq dan Bani

Qurayzah. Jadi, pendapat Ibn Ishaq (m. 151H) yang mengatakan bahawa Peperangan

Bani al-Mustaliq pada bulan Sya„ban tahun 6H, adalah kurang tepat. Manakala susunan

bab di dalam Sahih al-Bukhari tentang peristiwa ini juga dilihat cenderung kepada

780 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 495; Akram Diya‟ al-„Umari (1995/1416), op. cit., j. 2, h. 403. 781 al-„Asqalani (2001/1421), Fath, op. cit., j. 7, h. 495. 782 Akram Diya‟ al-„Umari (1995/1416), op. cit., j. 2, h. 402-403. 783 Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992/1412), op. cit., h. 432-433; al-Waqidi (1984/1404 op. cit., j. 1, h. 404.

Page 186: Download (1848Kb)

186

pendapat Ibn Ishaq (m. 151H). Ini lebih jelas apabila al-Bukhari (m. 256H) meletakkan

bab ini selepas Peperangan Bani Qurayzah yang berlaku selepas Peperangan al-

Khandaq. Walau bagaimanapun, isu ini tidak melibatkan apa-apa hukum dan hanya

berkaitan tarikh semata-mata.

4.4.4 Perbandingan Kandungan dan Penulisan Riwayat

Sebagai mana dinyatakan sebelum ini, al-Bukhari (m. 256H) memuatkan dua

riwayat sahaja. Pertama riwayat daripada Abu Sa„id al-Khudri r.a. yang berkaitan

perbuatan „azal yang dikaitkan dengan Peperangan Bani al-Mustaliq. Ibn Muhayriz

telah bertanya kepada Abu Sa„id al-Khudri r.a. berkaitan „azal, lalu Abu Sa„id r.a.

menceritakan;

“Kami keluar bersama Rasulullah saw. pada Peperangan Bani

al-Mustaliq. Kami memperoleh sebahagian daripada tawanan

dalam kalangan Arab. Kami tertarik kepada [tawanan] wanita

dan [kami sudah lama] hidup membujang (tanpa isteri) [dan ia]

adalah sangat berat bagi kami. Kami menyukai „azal, maka

kami ingin melakukannya.”

Kami berkata: “Kita telah melakukan „azal, sedangkan

Rasulullah s.a.w. ada di antara kami sebelum kami bertanya

kepada baginda.” Lalu kami bertanya kepada baginda [tentang

hal itu], maka baginda menjawab, “Tidak ada dosa kepada

kamu untuk melakukan[nya]. Tidak ada satu jiwa pun yang

[dianggap] ada sampai Hari Kiamat melainkan jiwa itu telah

ada (lahir ke dunia)”784

Kedua, riwayat daripada Jabir bin „Abd Allah r.a. yang mengisahkan seorang

Badwi menghunuskan pedang milik Nabi s.a.w. yang diambil dari sebatang pohon

berteduh. Menurut Jabir bin „Abd Allah r.a., setelah beliau dan sahabat-sahabat lain

tidur. Rasulullah s.a.w. telah memanggil semua sahabat r.a. Mereka mendapati seorang

Badwi duduk di samping Rasulullah s.a.w. Lalu baginda menceritakan apa yang

berlaku, sabda Nabi s.a.w.;

784 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 339, No. Hadith 4138.

Page 187: Download (1848Kb)

187

“Sesungguhnya orang ini telah mencabut pedang aku semasa

aku tidur. Lalu aku terjaga, sedangkan pedang itu berada di

tangannya dalam keadaan terhunus.” Orang Badwi itu bertanya

kepada aku, “Siapakah yang akan [dapat] menghalangi kamu

daripada [perbuatan] aku?” Aku (Rasulullah) menjawab,

“Allah.” Kemudian dia memasukkan semula pedang ke dalam

sarungnya dan duduk, maka inilah dia [sedang duduk]. Jabir

r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. tidak membalasnya.”785

Di dalam bab ini, hanya dua hadith ini yang dimuatkan oleh al-Bukhari (m.

256H). Tetapi kedua-dua riwayat ini tidak terkandung di dalam Sirah Ibn Ishaq

walaupun kedua-dua riwayat ini adalah berkaitan Peperangan Bani al-Mustaliq. Namun

terdapat beberapa riwayat di dalam al-Jami„ al-Sahih yang dimasukkan ke dalam kitab-

kitab yang lain. Contohnya, terdapat dua hadith berkaitan Peperangan Bani al-Mustaliq

di dalam Kitab al-„Itq786

dan satu hadith di dalam Kitab al-Manaqib.787

Oleh kerana kandungan riwayat yang terdapat di dalam Bab Ghazwah Bani al-

Mustaliq tidak selengkap yang terkandung di dalam Sirah Ibn Ishaq, maka penulis cuba

meneliti babak-babak tertentu yang mempunyai persamaan antara kedua-dua karya.

Penulis telah mendapati terdapat dua babak atau riwayat yang terdapat di dalam

pengkisahan Ibn Ishaq (m. 151H) juga terdapat di dalam Sahih al-Bukhari di dalam

kitab-kitab lain. Riwayat-riwayat tersebut adalah seperti berikut :

1. Kisah berkaitan perselisihan faham antara pemuda Ansar dan Muhajirin di oasis

al-Muraysi„ yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari (m. 256H) di dalam Kitab

al-Tafsir dalam al-Jami„ al-Sahih. Hadith ini telah diriwayatkan oleh Jabir bin

785 ibid., No. Hadith 4139.

786 Kedua hadith ini terkandung di dalam Bab ( رية hadith pertama berkaitan orang (من ملك من العرب رقيقا ف وىب وباع وجامع وفدى وسب الذ

kafir yang ditawan pada Peperangan Bani al-Mustaliq dan kisah Juwayriyyah. Manakala hadith kedua pula adalah sama dengan

hadith yang terdapat di dalam Kitab al-Maghazi, Bab Ghazwah Bani al-Mustaliq yang diriwayatkan oleh Abu Sa„id al-Khudri r.a. berkaitan „azal. Lihat, ibid., Kitab al-„Itq, h. 200, No. Hadith 2541 & 2542. 787 Hadith ini mengenai hasutan „Abd Allah bin Ubay bin Salul kepada kaum Muslimin semasa berada di oasis ketika Peperangan

Bani al-Mustaliq. Lihat, ibid., Kitab al-Manaqib, h. 287, No. Hadith 3518.

Page 188: Download (1848Kb)

188

„Abd Allah r.a. secara ringkas.788

Hadith ini juga diriwayatkan di dalam Kitab

al-Manaqib, seperti mana dinyatakan di atas.789

Perbezaan kedua-dua riwayat ini adalah, Ibn Ishaq (m. 151H) secara terperinci

menyebut nama-nama individu dalam Muhajirin dan Ansar yang bertelingkah

semasa berada di oasis tersebut. Beliau menyebut, individu daripada Muhajirin

adalah Jahjah bin Mas„ud r.a. manakala daripada kalangan Ansar Sinan bin

Wabar al-Juhani r.a., halif bagi Bani „Awf bin al-Khazraj.790

Namun, Ibn Ishaq

(m. 151H) tidak menyebut sumbernya yang jelas bagi kisah ini. Tetapi ia adalah

rangkuman kisah daripada riwayat yang dinukilkan secara mursal daripada

„Asim bin „Umar bin Qatadah, „Abd Allah bin Abi Bakr dan Muhammad bin

Yahya bin Hibban seperti mana dibincangkan dalam isu sumber riwayat.791

Manakala bagi al-Bukhari (m. 256H), babak tersebut dinukilkan secara umum

dan ringkas. Bagi individu yang berselisih faham di tempat oasis itu, al-Bukhari

(m. 256H) tidak menyebut nama individu berkenaan dan hanya dinyatakan ( رجل

.(رجال من النصار ) dan (من المهاجرين 792

Justeru, babak pergaduhan yang berlaku semasa peristiwa Peperangan Bani al-

Mustaliq itu benar-benar berlaku berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan

oleh al-Bukhari (m. 256H). Tetapi perincian kisah berkenaan yang dinukilkan

oleh Ibn Ishaq (m. 151H), perlu diteliti dengan lebih mendalam. Bagi penulis,

nama individu yang dinukilkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H) itu bukanlah

788 Hadith-hadith ini adalah berkaitan dengan penurunan Surah al-Munafiqun. Lihat, ibid., Kitab al-Tafsir, h. 420-421, No. Hadith

4905 & 4907. 789 ibid., Kitab al-Manaqib, h. 287, No. Hadith 3518. 790 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1995/1416), op. cit., j. 3, h. 285-286. 791 idem (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 245. 792 Al-Bukhari, (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Tafsir, h. 420-421, No. Hadith 4905 & 4907.

Page 189: Download (1848Kb)

189

melibatkan apa-apa hukum yang mendasari syariat, tetapi ia tetap perlu disemak

sekiranya terdapat keraguan pada nama-nama berkenaan.

2. Kisah mengenai Zayd bin Arqam r.a. melaporkan kepada Rasulullah s.a.w.

mengenai perbuatan „Abd Allah bin Ubay yang cuba menghasut kaum

Muslimin. Kisah ini dinukilkan dengan ringkas oleh Ibn Ishaq (m. 151H).

Namun ia juga diriwayatkan oleh al-Bukhari (m. 256H) dengan beberapa

perbezaan. Apa yang mewujudkan persamaan antara kedua-dua riwayat adalah

sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Zayd bin Arqam r.a. Al-Bukhari (m. 256H)

dan Ibn Ishaq (m. 151H) meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“[Orang] inilah (Zayd bin Arqam) yang menepati [janji] kepada Allah melalui

telinganya.”793

Apa yang membezakan kedua-dua riwayat ini adalah, bagi riwayat Ibn Ishaq (m.

151H), jelas disebut bahawa Rasulullah s.a.w. memegang telinga Zayd bin

Arqam r.a. semasa mengungkap sabda di atas.794

Sebaliknya bagi riwayat al-

Bukhari (m. 256H), perbuatan Nabi s.a.w. itu tidak ada di dalam riwayat Zayd

bin Arqam r.a.795

Maka, sabda Nabi s.a.w. mengenai Zayd bin Arqam r.a. itu

diterima kerana al-Bukhari (m. 256H) meriwayatkannya di dalam al-Jami„ tetapi

beberapa perincian yang dinukil Ibn Ishaq (m. 151H) perlu disemak dan diteliti.

4.5 Kesimpulan

Sebagai rumusan, al-Bukhari (m. 256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H) mempunyai

beberapa titik persamaan dan perbezaan. Perbezaan yang jelas pada kisah-kisah di atas

adalah pada sumber riwayat. Dalam hal ini al-Bukhari (m. 256H) lebih utama

793 Ibn Ishaq (m. 151H) tidak menyatakan sumber bagi riwayat ini dengan jelas. Lafaz berkenaan ialah ( ىذا الذي أوف اللو لو بأذنو).

Lihat, Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Tafsir, h. 421, No. Hadith 4906; Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 247. 794 Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), op. cit., j. 3, h. 247. 795 Al-Bukhari (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Tafsir, h. 421, No. Hadith 4906.

Page 190: Download (1848Kb)

190

berbanding Ibn Ishaq (m. 151H). Tetapi, bagi sesetengah kisah, al-Bukhari (m.

256H) (m. 256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H) dilihat meriwayatkan kisah yang sama

walaupun Ibn Ishaq (m. 151H) tidak membawa sumber yang jelas.

Selain itu, terdapat beberapa percanggahan kisah yang dikemukakan oleh kedua-

dua tokoh. Oleh kerana kualiti hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (m. 256H)

lebih berkualiti, maka percanggahan yang wujud antara kedua-dua riwayat haruslah

ditentu berdasarkan kualiti riwayat yang lebih sahih dan autentik.

4.6 Analisis Perbandingan Metodologi al-Bukhari dan Ibn Ishaq Terhadap

Riwayat Sejarah

Setelah dibentangkan kedua-dua metodologi pada Bab Dua dan contoh-contoh

perbandingan riwayat pada bab ini, penulis akan menganalisis kedua-dua manhaj

dengan membuat beberapa perbandingan. Pada Bab Satu, penulis telah membuat

beberapa perbandingan secara umum antara mu‟arrikhun dan muhaddithun. Secara

tidak langsung, manhaj al-Bukhari (m. 256H) dan manhaj Ibn Ishaq (m. 151H) juga

dibandingkan secara umum pada bab berkenaan. Kemudian, Bab Dua, penulis

merungkaikan dengan lebih terperinci manhaj al-Bukhari (m. 256H) dan Ibn Ishaq (m.

151H) untuk dikenal pasti dengan lebih mendalam.

Analisis penulis terhadap sebahagian Kitab Manaqib al-Ansar dan keseluruhan

Kitab al-Maghazi bukanlah untuk melakukan koreksi kembali hadith-hadith yang

terkandung di dalamnya, tetapi menganalisis beberapa aspek dari sudut pensejarahan

serta kandungan riwayat berdasarkan beberapa item penting menurut perspektif

historiografi Islam.

Page 191: Download (1848Kb)

191

4.6.1 Sumber Sejarah

Sumber memainkan peranan penting dalam pengkisahan sejarah sama ada

menurut perspektif hadith atau sejarah. Di sesetengah tempat, al-Bukhari (m. 256H) dan

Ibn Ishaq (m. 151H) dilihat berada pada titik yang sama dalam hal ini. Tetapi, al-

Bukhari (m. 256H) lebih konsisten kerana beliau mementingkan sumber riwayat dan

kualiti sanad.

Manakala Ibn Ishaq (m. 151H) pula sering menukilkan kisah atau riwayat tanpa

dinyatakan dengan jelas sumber ambilannya terutama daripada sahabat r.a. Tetapi di

sesetengah tempat, beliau banyak menukilkan riwayat disertakan bersama sanad dan

sumber riwayat dengan lafaz sima„ yang sarih. Ini dapat dilihat sebagai mana

dibincangkan sebelum ini pada peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dari rumah Abu Bakr r.a.,

peristiwa Suraqah bin Malik r.a. dan peristiwa Peperangan Bani al-Mustaliq.

Justeru, Dr. Akram Diya‟ al-„Umari menetapkan bahawa untuk melakukan

saringan terhadap riwayat sejarah, metode muhaddithun perlu diaplikasi bagi melakukan

pemurnian kembali sejarah khususnya sirah kerana sumber sejarah pada ketika itu

adalah berbentuk periwayatan.796

Namun beberapa kelonggaran boleh digunakan bagi

menilai riwayat berbentuk sejarah selagi ia tidak mendasari syariat dan hukum Islam.797

Kesan terhadap hukum Islam sama ada wujud atau tidak,798

memerlukan kajian yang

lebih tuntas untuk mengabsahkan kedudukan sebenar peristiwa berkenaan melalui

asimilasi manhaj muhaddithun dan mu‟arrikhun.

796 Akram Diya‟ al-„Umari (1995/1416), op. cit., j. 1, h. 12. 797 Contohnya riwayat-riwayat yang melibatkan nama-nama individu tertentu, jumlah orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa, tempat peristiwa dan sebagainya. 798 Bagi penulis, kesan terhadap hukum-hakam Islam mungkin berlaku secara tidak langsung sekiranya kita menerima riwayat-

riwayat sejarah yang tidak sahih dan riwayat yang tidak mempunyai sumber. Selain itu, ia juga mempengaruhi welstanchauung umat Islam secara umum terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nubuwwah. Kisah-kisah yang dinukilkan pada

kitab-kitab mawlid yang menyebut bahawa saat kelahiran Rasulullah s.a.w. disambut oleh Masyitah, Asiyah dan Maryam.

Sedangkan riwayat sebegini tidak terdapat pada hadith-hadith yang sahih. Begitu juga dengan kisah api biara Majusi yang padam ketika baginda s.a.w. lahir, yang mana api berkenaan bernyala selama beribu-ribu tahun lamanya, dan kisah istana Kisra di Parsi

yang runtuh saat kelahiran Nabi s.a.w. Boleh dikatakan majoriti karya-karya sirah nabawi dalam Bahasa Melayu menerima kisah-

kisah ini sebagai satu kisah yang benar, sedangkan sumber bagi kisah ini adalah tidak jelas.

Page 192: Download (1848Kb)

192

Beberapa pendekatan telah dikenal pasti untuk menggunakan riwayat-riwayat

yang dikemukakan oleh Ibn Ishaq (m. 151H). Pertama, sekiranya Ibn Ishaq (m. 151H)

meriwayatkan kisah dengan sumber yang jelas dan terdapat pula syawahid atau

mutaba„at daripada riwayat lain, maka riwayat tersebut boleh diterima. Tetapi jika

riwayat berkenaan bertentangan dengan riwayat yang lebih sahih, maka riwayat yang

lebih sahih itu diutamakan berbanding riwayat Ibn Ishaq (m. 151H). Keterangan ini

telah ini dibahaskan pada kisah Suraqah bin Malik r.a.

Kedua, jika riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) itu dinyatakan sumber yang jelas, tetapi

riwayat tersebut tidak mempunyai syawahid yang lain, yakni Ibn Ishaq (m. 151H) telah

tafarrud (bersendirian) dalam periwayatan tersebut. Maka secara umumnya riwayat

berkenaan perlu ditolak. Tetapi, sekiranya riwayat tersebut mahu diterima, ia hendaklah

tidak bertentangan dengan al-Quran, hadith dan akal yang benar serta ia tidak

mengandungi nas-nas yang melibatkan hukum dan prinsip-prinsip Islam. Riwayat

tersebut hendaklah dinyatakan status dan martabatnya bagi mengelakkan salah faham.

4.6.2 Kronologi

Sebagai mana dijelaskan sebelum ini, kronologi memainkan peranan yang

penting dalam pengkisahan sejarah. Kedua-dua tokoh ini memberi satu kesan yang amat

besar dalam isu kronologi. Masing-masing melakukan ijtihad bagi menentukan waktu

peristiwa itu berlaku sama ada berdasarkan penelitian peribadi atau bersandarkan

kepada penyataan ulama‟ yang berautoriti. Al-Bukhari (m. 256H) sendiri, banyak

membawa pendapat para ulama‟ yang berautoriti pada awal bab bagi mengabsahkan

masa peristiwa itu berlaku. Ini jelas tercatat pada abwab di dalam Kitab al-Maghazi

sebagai mana dijelaskan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kadang kala al-Bukhari (m. 256H) dilihat tidak konsisten

dalam penyusunan bab sama ada di dalam Kitab Manaqib al-Ansar atau Kitab al-

Page 193: Download (1848Kb)

193

Maghazi Ini jelas pada perbincangan sebelum ini berkaitan susunan abwab pada bab

Hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah, bab Peperangan Bani al-Mustaliq dan sebagainya.

Perkara ini berlaku kerana fokus utama al-Bukhari (m. 256H) adalah terhadap kualiti

riwayat dan sanad hadith. Namun, inovasi al-Bukhari (m. 256H) untuk menyusun

tarajim abwab di dalam Kitab al-Maghazi mengikut kronologi adalah satu nilai tambah

kepada sebuah karya hadith yang paling autentik. Tetapi susunan berkenaan terdapat

beberapa perbahasan atas ketidakaturannya kerana ia berada diruang lingkup ijtihadi.

Justeru, untuk mengenal pasti susunan kronologi yang sebenar, kajian yang lebih

terperinci perlu dilakukan dan tidak boleh berpada kepada kronologi yang disusun oleh

Ibn Ishaq (m. 151H) atau al-Bukhari (m. 256H) di dalam karya mereka. Kecuali tarikh

dan masa yang telah dipersetujui oleh majoriti ulama‟ sama ada di pihak muhaddithun

dan mu‟arrikhun.

4.6.3 Penulisan dan Nukilan Riwayat

Elemen ini juga memberi satu garis lintang yang jauh antara kedua-dua

metodologi. Dalam pensejarahan moden, kelompok muhaddithun dilihat cenderung

kepada kaedah objektif dan al-Bukhari (m. 256H) menukilkan riwayat-riwayat

berkenaan tanpa apa-apa ulasan tambahan daripada mana-mana tokoh.

Manakala bagi kelompok mu‟arrikhun kecenderungan golongan lebih kepada

kaedah subjektif di mana riwayat-riwayat berkenaan dinukilkan bersama pandangan dan

pendapat tokoh yang berautoriti serta pandangan mereka sendiri. Ini sangat jelas pada

kandungan riwayat yang dinukilkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H) yang mana terdapat

riwayat yang dimasukkan bersama pendapat mu‟arrikhun lain di samping pendapat

beliau sendiri.799

Pendapat beliau juga termasuk huraian tambahan seperti penjelasan

799 Seperti mana pendapat „Asim bin „Umar bin Qatadah dan „Abd Allah bin Abu Bakr bin Hazm terhadap ucapan al-„Abbas bin

„Ubadah bin Nadlah al-Ansari r.a. semasa peristiwa Bay„ah al-„Aqabah. Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam

Page 194: Download (1848Kb)

194

tentang nama-nama individu, nama tempat, jumlah orang yang terlibat dan

sebagainya.800

Perkara ini tampak lebih jelas apabila al-Bukhari (m. 256H) mengambil

beberapa riwayat yang tidak sesuai pada bab tertentu atau riwayat yang berbeza, untuk

memberi penerangan bagi kisah yang lain. Ini dapat dilihat apabila beliau menukilkan

riwayat kisah yang berlaku pada zaman Khulafa‟ al-Rasyidun bagi menggambarkan

peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Seperti mana riwayat di dalam

Bab Qissah Wafd Tayyi‟ wa Hadith „Adi bin Hatim yang mana al-Bukhari (m. 256H)

menukilkan riwayat yang berlaku pada zaman Khalifah „Umar bin al-Khattab r.a.801

Selain itu, riwayat tentang kematian al-Najasyi diletakkan selepas bab hijrah ke

Habsyah802

bagi menggambarkan tentang keislaman al-Najasyi.

Walau bagaimanapun, keserasian juga berlaku antara kedua-dua kelompok

apabila al-Bukhari (m. 256H) sendiri memuatkan satu senarai nama seramai 44 orang

yang terlibat pada Peperangan Badr tanpa sanad dan sumber riwayat secara langsung.803

Manakala Ibn Ishaq (m. 151H) lebih awal lagi melakukan demikian dengan

menyenaraikan semua nama orang yang terlibat dalam Peperangan Badr yang disusun

mengikut kabilah.804

Jelas di sini, bahawa al-Bukhari (m. 256H) sendiri menerima

kaedah nukilan seperti ini. Tetapi, ia bukan bermakna bahawa al-Bukhari (m. 256H)

menerima semua senarai yang dinukilkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H), tetapi beliau cuma

melakukan perkara yang sama dalam hal tersebut dengan sedikit pemurnian.

(1998/1418), op. cit., j. 1, h. 52; al-Tabari (t.t.), Tarikh. op. cit., j. 2, h. 363-364; al-Bayhaqi (1988/1408), Dala‟il. op. cit., j. 2, h.

450. 800 Sebagai contoh, penerangan Ibn Ishaq (m. 151H) tentang nama al-Najasyi. Lihat, Muhammad bin Ishaq bin Yasar al-Matlibi al-Madani (2004/1424), op. cit., h. 253. 801 Al-Bukhari, (2000/1421), Mawsu„ah al-Hadith, op. cit., Kitab al-Maghazi, h. 360, No. Hadith 4394. 802 ibid., Kitab Manaqib al-Ansar, h. 315, No. Hadith 3877-3881. 803 ibid., Kitab al-Maghazi, h. 327. 804 Seperti mana senarai nama sahabat yang terlibat semasa Peperangan Badar. Lihat, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam

(1998/1418), op. cit., j. 1, h. 267-290.

Page 195: Download (1848Kb)

195

4.7 Kesimpulan

Berdasarkan perbahasan yang dikemukakan di atas, metodologi al-Bukhari (m.

256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H) mempunyai beberapa perbezaan serta titik persamaan.

Perbezaan yang paling ketara adalah dari sudut sumber riwayat yang dimuatkan di

dalam karya masing-masing. Al-Bukhari (m. 256H) sebagai salah seorang yang

konsisten terhadap penilaian terhadap hadith yang dimasukkan ke dalam karya beliau,

sudah tentu beliau juga melakukan perkara yang sama walaupun ia melibatkan riwayat

yang bersifat sejarah. Ini mengekalkan kedudukan manhaj beliau di dalam penentuan

kesahihan sesebuah hadith berdasarkan syarat-syarat penilaian beliau.

Ini berbeza dengan Ibn Ishaq (m. 151H), di mana beliau sering kali memuatkan

riwayat tanpa dinyatakan sumber yang jelas. Bahkan, beliau menukilkan kisah-kisah

tersebut dengan merangkumkan daripada banyak riwayat dan diletakkan di dalam satu

rangkuman kisah. Justeru, dapat disimpulkan bahawa al-Bukhari (m. 256H) cenderung

kepada penulisan dan nukilan riwayat yang bersifat objektif manakala Ibn Ishaq (m.

151H) pula cenderung kepada penulisan kisah bersifat subjektif.

Page 196: Download (1848Kb)

196

.:BAB LIMA :. KESIMPULAN, SARANAN DAN

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Page 197: Download (1848Kb)

197

BAB LIMA : KESIMPULAN, SARANAN DAN CADANGAN KAJIAN

LANJUTAN

5.1 Pendahuluan

Pada bab ini, penulis akan kemukakan kesimpulan daripada hasil kajian ini.

Hasil kajian ini adalah rumusan daripada keseluruhan kajian yang mengandungi tiga

bab utama dengan beberapa perincian yang berbeza. Selain itu, penulis juga akan

mengutarakan beberapa saranan kepada pihak-pihak tertentu hasil daripada beberapa

penemuan yang dapat dikenal pasti daripada kajian ini.

Kemudian, penulis juga akan mengemukakan kepada para pengkaji dan ahli

akademik beberapa kajian-kajian lanjutan yang boleh dijalankan hasil daripada

penemuan di dalam disertasi ini. Maka, kajian-kajian lanjutan dapat dilakukan dan

dibuat penambahbaikan dengan lebih fokus dan baik.

5.2 Kesimpulan

Setelah dibuat penyelidikan dan analisis, penulis dapat membuat beberapa

kesimpulan, hasil daripada kajian disertasi ini. Kesimpulan kajian ini adalah hasil

daripada penemuan yang telah dikemukakan pada bab-bab yang lepas. Di bawah ini

penulis dapat kemukakan empat kesimpulan utama bagi kajian ini, iaitu :

5.2.1 Secara umum, kelompok muhaddithun mempunyai manhaj tersendiri semasa

membuat penilaian terhadap riwayat-riwayat bersifat sejarah. Golongan

muhaddithun memberikan fokus yang amat berbeza dengan kelompok

mu‟arrikhun.

Lazimnya, kelompok muhaddithun tidak memberi fokus yang terlalu jitu terhadap

susunan hadith-hadith yang mengikut kronologi. Ini dapat dilihat pada Musannaf

Page 198: Download (1848Kb)

198

„Abd al-Razzzaq dan al-Musannaf karya Ibn Abi Syaybah (m. 235H) di dalam

Kitab al-Maghazi dalam perbahasan pada bab satu. Tetapi al-Bukhari (m. 256H)

telah membuat satu inovasi dengan memasukkan elemen pensejarahan dengan

menyusun abwab di dalam Kitab al-Maghazi mengikut kronologi secara

keseluruhan.805

Ini menunjukkan elemen utama di dalam karya-karya sejarah yang

mementingkan kronologi, diberi perhatian oleh al-Bukhari (m. 256H) sebagai

salah satu elemen yang penting dalam menilai dan menerima riwayat berbentuk

sejarah di dalam al-Jami„ al-Sahih. Namun, terdapat beberapa perbincangan

tentang susunan beberapa bab di dalam Kitab Manaqib al-Ansar dan Kitab al-

Maghazi yang tidak mengikut susunan kronologi sebenar.

Apa yang lebih utama dalam nukilan riwayat berbentuk sejarah di dalam karya-

karya hadith ialah, riwayat-riwayat yang dikemukakan, tidak disadur dengan

pendapat dan pandangan peribadi ulama‟ yang lain atau pendapat sendiri.

Golongan muhaddithun menukilkan riwayat tanpa apa-apa penambahan atau

dalam erti kata lain, ia adalah penulisan sejarah bersifat objektif. Sempadan ini

yang membezakan penulisan antara golongan muhaddithun dan mu‟arrikhun.

5.2.2 Bagi mengenal pasti metodologi mu‟arrikhun secara umum, penulis mendapati

bahawa golongan ini mempunyai manhaj tersendiri berbanding kelompok

muhaddithun. Namun pada peringkat awal,806

golongan mu‟arrikhun juga

meriwayatkan kisah-kisah dengan menggunakan metode muhaddithun. Iaitu

meriwayatkan kisah disertakan dengan sanad yang penuh dan sumber yang jelas.

Selepas melalui beberapa peringkat, kelompok mu‟arrikhun memberi fokus yang

berbeza dengan manhaj muhaddithun di dalam karya masing-masing. Antara

metode yang paling ketara ialah, mereka tidak memberi fokus yang konsisten

805 Seperti mana dijelaskan di dalam Bab Satu dan perincian lebih terperinci pada Bab Dua. 806 Iaitu pada Peringkat Penyebaran dan Pengumpulan dan Peringkat Pengumpulan dan Penulisan. Lihat huraian pada Bab Satu.

Page 199: Download (1848Kb)

199

kepada sanad riwayat yakni sumber sesuatu kisah. Ini dapat dilihat pada karya-

karya sejarah seperti al-Maghazi karya al-Waqidi (m. 207H), Tabaqat Ibn Sa„d

dan sebagainya.807

Tetapi Ibn al-Jarir al-Tabari (m. 310H) di dalam karya beliau

Tarikh al-Rusul wa al-Muluk agak berbeza dengan manhaj mu‟arrikhun yang lain

di mana setiap riwayat yang dinukilkan beliau disertakan bersama sanad dan

sumber yang lengkap. Tetapi riwayat berkenaan tidak dilakukan semakan dan

dinilai mengikut piawaian muhaddithun.

Namun begitu, metodologi Ibn Ishaq (m. 151H) dilihat bercampur-campur dalam

hal ini. Kadang kala beliau menukilkan riwayat dengan lafaz sima„ yang sarih dan

sumber yang jelas hingga ke peringkat sahabat r.a. Tetapi kebanyakan riwayat

yang dinukilkan tidak dinyatakan sumber yang jelas. Pada perbahasan di dalam

Bab Dua dan Tiga, Ibn Ishaq (m. 151H) tidak memberi fokus yang konsisten

terhadap sumber kisah yang dimasukkan, bahkan beliau meriwayatkan kisah-kisah

tersebut tanpa dinyatakan apa-apa sumber. Kadang kala beliau merangkumkan

sanad bagi memudahkan nukilan riwayat untuk dimuatkan dalam tulisan beliau.

Justeru, justifikasi berkaitan sumber kisah oleh Ibn Ishaq (m. 151H) dapat

dibahagi kepada tiga; menghimpun sanad, meriwayatkan tanpa sanad dan tidak

menjelaskan nama perawi.

Selain itu, kelompok mu‟arrikhun mementingkan pengkisahan dan kronologi

peristiwa. Perkara ini jelas terkandung di dalam karya-karya mereka sama ada al-

Maghazi karya al-Waqidi (m. 207H), Tabaqat Ibn Sa„d, Tarikh al-Tabari dan

sebagainya. Sebagai salah satu elemen terpenting dalam pengkisahan sejarah,

kronologi sangat dititikberatkan dalam setiap karya-karya sejarah. Ibn Ishaq (m.

151H) pula menyusun kisah-kisah tersebut mengikut kronologi berdasarkan kajian

dan ijtihad beliau sendiri. Ini jelas dilihat pada kisah Peperangan Bani al-Nadir,

807 Perbahasan tentang hal ini terdapat di dalam Bab Pertama.

Page 200: Download (1848Kb)

200

Peperangan Bani al-Mustaliq dan sebagainya. Oleh kerana Sirah Ibn Ishaq adalah

antara karya sejarah yang terawal, maka Ibn Ishaq (m. 151H) telah melakukan satu

inovasi dan neraca yang baru bagi menyusun riwayat-riwayat berbentuk sejarah.

Ini telah diikuti oleh karya-karya sejarah selepas itu.

5.2.3 Setelah dilakukan beberapa analisis di dalam Bab Dua dan Bab Tiga, penulis

mendapati terdapat beberapa item persamaan dan perbezaan antara al-Bukhari (m.

256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H). Persamaan dan perbezaan tersebut adalah seperti

berikut :

5.2.3.1 Persamaan

a) Dari segi sumber, al-Bukhari (m. 256H) lebih konsisten dalam hal ini.

Namun Ibn Ishaq (m. 151H) juga kadang kala dilihat cuba menukilkan

riwayat dengan sumber yang jelas. Riwayat-riwayat tersebut pula dinilai

sahih atau hasan oleh ulama‟ semasa. Maka, berdasarkan indikasi daripada

kedua-dua manhaj, sumber adalah salah elemen utama dalam pengkisahan

dan nukilan riwayat berbentuk sejarah khususnya al-Sirah al-Nabawiyyah.

b) Dari sudut kronologi, Ibn Ishaq (m. 151H) lebih tersusun dalam hal ini.

Beliau menyusun riwayat-riwayat dan kisah-kisah mengikut kronologi

peristiwa yang sebenar mengikut kajian dan ijtihad beliau sendiri. Manakala

al-Bukhari (m. 256H) dilihat memasukkan elemen ini di bahagian akhir

Kitab Manaqib al-Ansar dan keseluruhan Kitab al-Maghazi. Tetapi susunan

abwab yang dimasukkan oleh al-Bukhari (m. 256H) adalah berpandukan

pendapat sejarawan Islam terawal seperti „Urwah bin al-Zubayr (m. 94H), al-

Zuhri (m. 124H), Musa bin „Uqbah (m. 141H) dan termasuk Ibn Ishaq (m.

151H) sendiri seperti mana terkandung pada tarajim abwab di dalam Kitab

al-Maghazi. Wujud juga susunan bab yang diletakkan oleh al-Bukhari (m.

Page 201: Download (1848Kb)

201

256H) tanpa sandaran kepada mana-mana pendapat para ulama‟. Tetapi,

kadang kala al-Bukhari (m. 256H) juga bersetuju dengan kronologi peristiwa

yang disusun oleh Ibn Ishaq (m. 151H), contohnya pada Bab Ghazwah Bani

al-Mustaliq.

5.2.3.2 Perbezaan

a) Walaupun sumber riwayat dilihat sebagai titik pertemuan antara kedua-dua

tokoh, namun Ibn Ishaq (m. 151H) terlalu bersikap longgar dan kadang kala

dilihat seolah-olah tidak mempedulikan terhadap sumber bagi riwayat yang

dimuatkan walaupun kisah-kisah tersebut diriwayatkan oleh al-Bukhari (m.

256H) dalam al-Jami„ dengan sumber yang jelas. Ini jelas dilihat pada

perbahasan di dalam Bab Tiga berkaitan kisah-kisah yang dianalisis.

b) Sempadan yang paling lebar bagi mengenal pasti perbezaan manhaj kedua-

dua tokoh adalah dari sudut penulisan dan nukilan riwayat. Secara ringkas,

al-Bukhari (m. 256H) yang mewakili kelompok muhaddithun, lebih

cenderung kepada penulisan dan nukilan riwayat yang bersifat objektif.

Keterangan ini jelas terkandung pada hadith-hadith yang diriwayatkan oleh

al-Bukhari (m. 256H), di mana beliau tidak memuatkan apa-apa pandangan

peribadi atau ulama‟ lain.

Manakala bagi Ibn Ishaq (m. 151H) pula, riwayat-riwayat yang dimuatkan

beliau, mengandungi beberapa pandangan peribadi atau tokoh-tokoh sejarah

yang lain. Ini bagi memudahkan kefahaman pembaca untuk memahami

motif sesuatu peristiwa itu berlaku. Kaedah penulisan sebegini adalah

penulisan berbentuk subjektif.

Page 202: Download (1848Kb)

202

c) Kronologi juga banyak memberi perbezaan yang jelas antara al-Bukhari (m.

256H) dan Ibn Ishaq (m. 151H). Walaupun al-Bukhari (m. 256H) menyusun

susunan abwab di dalam Kitab al-Maghazi dan sebahagian Kitab Manaqib

al-Ansar mengikut susunan kronologi sebenar, namun beliau dilihat terlepas

pandang dan kadang kala terdapat beberapa overlaping atau pertindihan

antara bab-bab yang disusun oleh beliau. Ia tidak sedikit pun mengurangkan

kualiti hadith yang diriwayatkan di dalam kedua-dua kitab. Tetapi

disebabkan fokus yang berbeza, menyebabkan susunan tersebut perlu

diperbaiki agar menepati susunan kronologi yang sebenar. Penambaikan ini

bukanlah bererti merendah-rendahkan kredibiliti al-Bukhari (m. 256H)

terhadap hal ini, tetapi isu kronologi adalah elemen yang amat penting dalam

menyampaikan sesuatu kisah.

Tetapi bagi Sirah Ibn Ishaq dan Sirah Ibn Hisyam, susunan yang dibuat oleh

Ibn Ishaq (m. 151H) adalah berdasarkan kajian dan ijtihad beliau sendiri

berpandukan riwayat-riwayat yang diambil oleh guru-guru beliau. Oleh

kerana isu tarikh dan kronologi peristiwa berada di dalam ruang lingkup

ijtihadi, ia masih boleh dikaji dan dianalisis bagi mendapatkan tarikh dan

masa yang tepat kecuali bagi tarikh dan masa yang telah disepakati.

5.2.4 Riwayat-riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) yang terkandung di dalam karya beliau

perlu kepada kaedah dan cara tersendiri sama ada untuk diterima atau ditolak.

Kaedah dan cara berinteraksi dengan riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) ini perlu

dikenal pasti kerana dua sebab iaitu sumber riwayat dan penulisan kisah.

Dari segi sumber, pada kebanyakan tempat, Ibn Ishaq (m. 151H) tidak

menyatakan dengan jelas sumber ambilan riwayat yang dikemukakan beliau. Ini

Page 203: Download (1848Kb)

203

menyebabkan perlu kepada kaedah yang khusus bagi menggunakan riwayat

dinukilkan beliau.

Sekiranya sumber riwayat jelas dikemuka, perlu dipastikan terlebih dahulu

terdapat riwayat-riwayat sokongan yang lain daripada perawi-perawi yang

berautoriti. Sekiranya terdapat riwayat sokongan daripada riwayat lain, riwayat

Ibn Ishaq (m. 151H) itu haruslah tidak bertentangan dengan riwayat yang lebih

sahih. Jika kaedah ini dipenuhi, kisah yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H)

itu boleh diterima.

Jika sekiranya riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) itu tidak mempunyai sokongan

daripada riwayat yang lain, ini menunjukkan Ibn Ishaq (m. 151H) telah tafarrud

pada periwayatan tersebut. Maka riwayat berkenaan tidak dapat diterima, kecuali

terdapat riwayat-riwayat lain yang dinukilkan secara makna yang sama atau

hampir sama dengan riwayat Ibn Ishaq (m. 151H). Ini dijelaskan pada analisis

kisah Peperangan Bani al-Mustaliq.

Bagi penulisan kisah, Ibn Ishaq (m. 151H) memasukkan beberapa elemen yang

tidak terkandung di dalam karya-karya hadith. Antaranya beliau menghuraikan

istilah atau nama-nama tertentu bagi memudahkan kefahaman pembaca. Huraian

sebegini lazimnya tidak bersandarkan kepada mana-mana sumber. Jadi, sekiranya

huraian dinyatakan tidak bercanggah dengan riwayat yang sahih dan logik yang

benar, maka huraian tersebut boleh diterima selagi mana ia tidak berkaitan dengan

hukum syariat Islam.

Ini termasuk senarai nama sahabat yang terlibat dalam peperangan yang berlaku

pada zaman Nabi s.a.w. seperti Peperangan Badr, Uhud dan sebagainya. Selagi

mana senarai nama tersebut tidak bercanggah dengan riwayat-riwayat yang sahih,

ia dapat diterima sebagai satu fakta tetapi penerimaan tersebut bukan secara

Page 204: Download (1848Kb)

204

mutlak. Lantaran itu, al-Bukhari (m. 256H) juga membuat senarai nama ahli Badr

tanpa sanad bagi memberi isyarat bahawa senarai nama sahabat r.a. yang

menyertai peperangan perlu diteliti dan disemak agar tidak bercanggah dengan

mana-mana riwayat yang sahih.

5.3 Saranan

Penulis ingin menyarankan kepada pihak yang berwajib beberapa perkara yang

berkaitan :

5.3.1 Institusi Pendidikan

Penulis ingin menyarankan agar kurikulum yang berkaitan sirah nabawi harus

dilakukan semakan semula (curiculum review) bagi mengenal pasti kisah-kisah yang

benar-benar sahih dan tepat. Majoriti buku-buku teks berkaitan sirah Nabi s.a.w.

berpandukan kisah-kisah yang terdapat di dalam Sirah Ibn Hisyam dan Sirah Ibn Ishaq.

Di samping itu, penulis mencadangkan supaya mata pelajaran yang berkaitan sirah

nabawi ini dibuat penambahbaikan lagi supaya generasi baru mengenali keperibadian

Rasulullah s.a.w. dengan gambaran yang sahih dan benar.

5.3.2 Media Massa

Media massa ini merangkumi media elektronik dan media cetak termasuk

syarikat penerbitan buku. Penulis menggesa agar penerbitan bahan-bahan yang

berkaitan sirah nabawi perlu diteliti terlebih dahulu agar maklumat dan fakta berkaitan

sirah nabawi tidak disalahfahami oleh masyarakat awam. Kesahihan maklumat tentang

kisah perjalanan hidup Nabi s.a.w. akan memberi kesan yang mendalam kepada umat

Islam untuk menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan yang benar. Oleh itu, penulis

mencadangkan agar karya-karya sirah Nabi s.a.w. yang dikarang oleh ulama‟ yang

Page 205: Download (1848Kb)

205

berautoriti diterjemahkan dengan lebih banyak untuk masyarakat awam mendapat

maklumat yang terperinci berkaitan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.

5.3.3 Penceramah dan Pendakwah Bebas

Oleh kerana, penceramah dan pendakwah bebas semakin hari semakin ramai

hadir menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat awam. Jadi, penulis ingin

mencadangkan kepada individu berkaitan agar meneliti dan menyemak terlebih dahulu

kisah-kisah Nabi s.a.w. yang akan disampaikan kepada orang ramai. Ini kerana ramai

dalam kalangan penceramah yang kurang berhati-hati ketika menceritakan sirah Nabi

s.a.w. menyebabkan masyarakat mendapat info yang tidak sahih mengenai keperibadian

Rasulullah s.a.w. Kita juga seolah-olah terlupa bahawa kisah sirah nabawi terdapat di

dalam kitab-kitab hadith yang sahih dan berautoriti seperti Sahih al-Bukhari dan Sahih

Muslim.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Bahagian ini penulis memasukkan beberapa cadangan kajian lanjutan bagi

pengkaji dan ahli akademik melakukan kajian lanjut hasil daripada kajian ini. Penulis

telah mengenal pasti beberapa kajian lanjutan boleh dijalani, antaranya :

5.4.1 Sejarah atau al-Sirah al-Nabawiyyah

Kajian berkaitan kronologi peristiwa. Oleh kerana isu kronologi masih lagi

menjadi perselisihan antara ulama‟ dulu dan sekarang. Menyebabkan para ulama‟ tidak

bersepakat terhadap beberapa peristiwa penting yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w.808

Justeru, para pengkaji dan ahli akademik dapat mengkaji dan mewujudkan satu kaedah

dan usul bagi menentukan tarikh dan masa sesuatu peristiwa. Aplikasi pelbagai bidang

808 Perkara ini dibincangkan di dalam satu artikel. Lihat, Jones, J. M. B. (1957), “The Chronology of the “Maghazi” A Textual

Survey”, Bulletin of the School of Oriental and African Studies, v. 19, b. 2, Cambridge : Cambridge University Press.

Page 206: Download (1848Kb)

206

ilmu harus digarap dan dicernakan dengan penggunaan teknologi moden bagi

mencetuskan kaedah baru dalam menentukan ketepatan sesuatu peristiwa itu berlaku.809

Kajian metodologi ulama‟ di dalam karya sejarah. Penulis mencadangkan

agar karya-karya sejarah khususnya al-Sirah al-Nabawiyyah dikaji manhaj dan

metodologi mereka di dalam karya masing-masing Contohnya, kitab Imta„ al-Asma„

karya al-Maqrizi (m. 845H), al-Fusul fi Sirah al-Rasul karya Ibn Kathir (m. 774H),

„Uyun al-Athar fi Funun al-Maghazi wa al-Syama‟il wa al-Siyar karya Ibn Sayyid al-

Nas (m. 734H) dan sebagainya. Ini termasuk karya-karya semasa seperti Fiqh al-Sirah

karya Dr. Ramadan al-Buti dan karya Syeikh Muhammad al-Ghazali serta karya-karya

yang lain. Segala metodologi para ulama‟ dapat dikumpulkan bagi mencerna satu

kaedah untuk berinteraksi dengan riwayat-riwayat sejarah khusus al-Sirah al-

Nabawiyyah.

5.4.2 Hadith

Kajian riwayat sejarah di dalam karya hadith. Karya-karya hadith sering kali

dilupakan apabila melibatkan sirah nabawi bagi sesetengah pihak. Seolah-olah karya-

karya hadith seperti al-Kutub al-Sittah tidak berautoriti bagi riwayat-riwayat bersifat

sejarah khususnya al-Sirah al-Nabawiyyah. Justeru, penulis ingin mencadangkan agar

kajian dapat dilakukan pada karya-karya hadith bagi mengenal pasti kandungan riwayat

sejarah khususnya al-Sirah al-Nabawiyyah. Ini dapat diperluaskan pada karya-karya

hadith yang lain sama ada karya turath atau kontemporari termasuk karya-karya hadith

di Nusantara. Kajian ini akan dapat mendekatkan lagi sempadan antara manhaj

muhaddithun dan mu‟arrikhun.

809 Hal ini boleh dilihat apabila al-Mubarakfuri mengambil pendapat Mahmud Basya seorang ahli falak dari Mesir berkaitan tarikh

kelahiran Nabi s.a.w. Mahmud Basya telah menetapkan bahawa tarikh kelahiran Nabi s.a.w. yang paling tepat adalah pada 9 Rabi„

al-Awwal. Lihat, Safi al-Rahman al-Mubarakfuri (2004/1424), op. cit., h. 65.

Page 207: Download (1848Kb)

207

Takhrij hadith di dalam karya sirah nabawi. Kajian ini amat penting bagi

menilai riwayat-riwayat yang terkandung di dalam karya-karya sejarah khususnya al-

Sirah al-Nabawiyyah. Di samping ia memudahkan pembaca mengetahui status kisah

tersebut, ia juga dapat mengetahui manhaj ulama‟ berkenaan di dalam karya tersebut.

Justeru, kajian ini amat signifikan sekali bagi mengumpulkan dapatan tentang riwayat-

riwayat yang sahih mengenai al-Sirah al-Nabawiyyah secara mawdu’i.

5.5 Penutup

Penulis berharap agar kajian ini memberi manfaat kepada para pengkaji, ahli

akademik dan masyarakat umumnya. Semoga pengkajian mengenai keperibadian

Rasulullah s.a.w. akan dilakukan sebanyak mungkin bagi mengenal pasti dan

membongkar rahsia dan misteri personaliti Nabi s.a.w. agar dapat dijadikan model dan

panduan untuk umat Islam keseluruhan. Hasil kajian ini dapat digunakan mungkin

sebagai lonjakan bagi menggerakkan pengkajian mengenai al-Sirah al-Nabawiyyah.

Page 208: Download (1848Kb)

208

BIBLIOGRAFI

Sheikh Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-

Qur‟an, c. 12, Kuala Lumpur : Darul Fikir.

Mawsu„ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, Ed., Salih bin „Abd al-„Aziz bin

Muhammad bin Ibrahim Ali al-Syaykh, c. 3, Riyad : Dar al-Salam.

Bahasa Melayu

Arba‟iyah Mohd Nor (2002), Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, c. 1, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Abdullah (2007), Pengantar Ilmu Sejarah, c. 5, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Lubabah Hussein (1988), al-Jarh wa al-Ta„dil (Kritteria Bagi Memastikan

Keadilan/Kecurangan Para Perawi Hadith Nabawi), terj., Ismail bin Mohd.

Hassan, t.c. Kuala Terengganu : Yayasan Islam Terengganu.

Collingwood, R. G. (1985), Idea Sejarah, terj. Muhd Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensiklopedia Islam (1998), Kuala Lumpur : Malaysian Encyclopedia Research Center.

Ishak Saat (2007), Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, c. 1, Shah Alam : Karisma

Publications Sdn. Bhd.

Mohd Asri Zainul Abidin (1997), Al-Sahabah Kontradiksi Antara Nas-nas Islam

Dengan Riwayat Sejarah. Disertasi Sarjana. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

_____________________ (2001 M), “Kaedah Pengambilan Riwayat Sejarah al-

Sahabah : Satu Kajian Terhadap Tarikh al-Tabari”, Jurnal Usuluddin, Bil 13,

Jamadil al-Awwal 1422 H / Julai 2001. Bahagian Pengajian Usuluddin,

Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

______________________ (2003), Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w. Antara

Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah, Kuala Lumpur : Pustaka Yamien

Sdn. Bhd.

Muhammad Asri Yusoff (2004), Ibnu Ishaq Peranannya Dalam Penyebaran Fahaman

Syi`ah di Kalangan Ummah, c. 2, Kelantan : Pustaka Bisyarah.

Muhammad Faisal Ismail (2003), Keprihatinan Ulama Hadith Terhadap Sanad Hadith

: Suatu Kajian Terhadap Aplikasinya Dalam Kitab al-Sirah al-Nabawiyyah,

Karya Ibn Hisham. Disertasi Sarjana Usuluddin. Jabatan Al-Quran dan Hadith,

Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

Wan Kamal Mujani (1999), “Pandangan Ulama Terhadap Karya dan Ketokohan

Muhammad Ibn Ishaq”, Islamiyyat, Bil. 20, 1999 M/1419 H. Fakulti Pengajian

Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Page 209: Download (1848Kb)

209

Wan Yahya Wan Ahmad (1992), Pensejarahan Awal Islam. Kuala Lumpur : Penerbit

Universiti Malaya.

Bahasa Arab

„Abd al-„Alim „Abd al-Rahman Khadr (1995/1415), al-Muslimun wa Kitabah al-Tarikh

Dirasah fi al-Ta‟sil al-Islami li „Ilm al-Tarikh, t.c., t.t.t. : al-Dar al-„Alamiyyah li

al-Kitab al-Islami.

„Abd al-Syaqi Muhammad „Abd al-Latif (2007/1428), Buhuth fi al-Sirah al-

Nabawiyyah wa al-Tarikh al-Islami, c. 1, al-Qahirah : Dar al-Salam.

Abi al-„Abbas Syams al-Din bin Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan

(t.t.), Wafayat al-A„yan wa Anba‟ Abna‟ al-Zaman, tahqiq, Ihsan „Abbas, t.c.,

Bayrut : Dar al-Sadir.

Abi al-Hasan Mustafa bin Isma„il (1991/1411), Syifa‟ al-„Alil bi Alfaz wa Qawa„id al-

Jarh wa al-Ta„dil, c. 1, al-Qahirah : Maktabah Ibn Taymiyyah.

Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1995/1416), Sirah al-Nabi s.a.w., tahqiq,

Majdi Fathi al-Sayyid, c. 1, Tanta : Dar al-Sahabah li al-Turath.

Abu Bakr Kafi (2000/1421), Manhaj al-Imam al-Bukhari fi Tashih al-Ahadith wa

Ta„liluha min Khilal Jami„ al-Sahih, c. 1, Bayrut : Dar Ibn Hazm.

Abu Syahbah, Muhammad bin Muhammad (1999), al-Sirah al-Nabawiyah fi Daw‟ al-

Quran wa al-Sunnah : Dirasah Muharrarah Jama‟at Bayna Asalah al-Qadim

Wajiddah al-Hadith. Dimasyq : Dar al-Qalam.

Al-Adnadawi, Ahmad bin Muhammad (1997/1417), al-Tabaqat al-Mufassirin, tahqiq,

Sulayman bin Salih al-Khazi, c. 1, al-Madinah al-Munawwarah : Maktabah al-

„Ulum wa al-Hikam.

Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (1995/1416), al-Musnad, tahqiq, Ahmad

Muhammad Syakir, Hamzah Ahmad al-Zayn, c. 1, al-Qahirah : Dar al-Hadith.

Ahmad bin Hanbal (1995/1416), Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, tahqiq, Syu„ayb

al-Arna‟ut, „Adil Mursyid, c. 1, Bayrut : Mu‟assasah al-Risalah.

Ahmad Farid (1998/1418), Min A„lam al-Salaf, c. 1, Iskandariyyah : Dar al-Iman.

al-Albani, Muhammad Nasir al-Din (t.t.), Difa„ „an al-Hadith al-Nabawi wa al-Sirah fi

al-Rad „ala Juhalat al-Duktur al-Buti fi Kitabih, Dimasyq : Mu‟assasah wa

Maktabah al-Khafiqin.

Al-„Asqalani, Ahmad bin Hajar (2001/1421), Fath al-Bari bi Syarh Sahih Abi „Abd

Allah Muhammad bin Isma„il al-Bukhari, tahqiq, „Abd al-Qadir Syaybah al-

Hamd, c.1, Riyad : Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah.

___________, Ibn Hajar (t.t), Tahdhib al-Tahdhib, tahqiq, Ibrahim al-Zaybaq, „Adil

Mursyid, c. 1, t.t.p. : Mu‟assasah al-Risalah.

___________, Ahmad bin „Ali bin Hajar (1985/1405), Taghliq al-Ta„liq „ala Sahih al-

Bukhari, tahqiq, Sa„id „Abd al-Rahman al-Qazqi, c. 1, al-Maktab al-Islami.

Page 210: Download (1848Kb)

210

___________, Ahmad bin „Ali bin Hajar (1413H), Taqrib al-Tahdhib, tahqiq, Abu al-

Asybal Saghir Ahmad Syaghif al-Bakistani, t.c. t.t.t : Dar al-„Asimah.

„Awwad al-Khalaf (1421H), Riwayat al-Mudallisin fi Sahih al-Bukhari Jam„uha,

Takhrijuha, al-Kalam „Alayha, t.c., t.t.p. : Dar al-Basya‟ir al-Islamiyyah.

Al-„Awaji, Muhammad bin Muhammad (2004/1425), Marwiyyat al-Imam al-Zuhri fi

al-Maghazi, c. 1, Madinah : Maktabah al-Madinah.

Al-„Awni, al-Syarif Hatim bin „Arif (1421H), Khulasah al-Ta‟sil li „Ilm al-Jarh wa al-

Ta„dil, c. 1, Makkah al-Mukarramah : Dar „Alam al-Fawa‟id.

Al-„Ayni, Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud bin Ahmad (2001/1421), „Umdah al-

Qari Syarh Sahih al-Bukhari, Ed., „Abd Allah Mahmud Muhammad „Umar, c.

1, Bayrut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Al-A„zami, Muhammad Diya‟ al-Rahman (1995/1415), Dirasah fi Jarh wa Ta„dil, c. 1,

Bayrut : „Alam al-Kutub.

Badawi, „Abd al-Rahman (1993), Mawsu„ah al-Mustasyriqin, c. 3, Dar al-„Ilm li al-

Malayin.

Al-Baghdadi, Abi Bakr Ahmad bin „Ali bin Thabit al-Khatib (2001/1422), Tarikh

Madinah al-Salam wa Akhbar Muhaddithiha wa Dhikr Quttaniha al-„Ulama‟

min Ghayr Ahliha wa Waridiha, tahqiq, Basysyar „Awad Ma„ruf, c. 1, Bayrut :

Dar al-Gharb al-Islami.

Al-Bayhaqi, Abi Bakr Ahmad bin al-Husayn (1988/1408), Dala‟il al-Nubuwwah wa

Ma„rifah Ahwal Ashab al-Syari„ah, tahqiq, „Abd al-Mu„ti al-Qal„aji, c. 1, Bayrut

: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

_________, Abi Bakr Ahmad bin al-Husayn bin „Ali (2003/1424), al-Sunan al-Kubra,

tahqiq, Muhammad „Abd al-Qadir „Ata c. 3, Bayrut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Al-Bukhari, Muhammad bin Isma„il (t.t.), Khayr al-Kalam fi al-Qira‟ah Khalf al-Imam,

(tanpa nama pentahqiq), (t.c.), Bayrut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Dhahabi, Syams al-Din Muhammad bin Ahmad bin „Uthman (1988/1409), Siyar

A„lam al-Nubala‟, tahqiq, Syu„ayb al-Arna‟ut et. al., c. 2, Bayrut : Mu‟assasah

al-Risalah.

_________, Abi „Abdullah Muhammad bin Ahmad bin „Uthman (t.t.), Mizan al-IÑtidal

fi Naqd al-Rijal, tahqiq, „Ali Muhammad Mu„awwad et. al., Bayrut : Dar al-

MaÑrifah.

_________, Syams al-Din Abi „Abd Allah Muhammad bin Ahmad bin „Uthman bin

Qaymaz (2004/1425), Tadhhib al-Tahzib al-Kamal fi Asma‟ al-Rijal, tahqiq,

Ghunaym „Abbas Ghunaym, Majdi al-Sayyid Amin, c. 1, al-Qahirah : al-Fazuq

al-Hadithah.

Al-Dimasyqi, „Imad al-Din Abi al-Fida‟ Isma‘il bin „Umar bin Kathir al-Qurasyi

(1997/1417), Bidayah wa al-Nihayah, tahqiq, „Abd Allah bin „Abd al-Muhsin

al-Turki, c. 1, t.t.p. : Hijr.

Page 211: Download (1848Kb)

211

Al-Duri, „Abd „Aziz (1983), Bahth fi Nash'at „Ilm al-Tarikh „Inda al-‟Arab. Bayrut :

Dar al-Masyriq.

Faruq Hamadah (1989/1409), al-Manhaj al-Islami fi al-Jarh wa al-Ta„dil Dirasah

Manhajiyyah fi „Ulum al-Hadith, c. 2, al-Rabat : Dar li Nasyr al-Ma„rifah.

_____________ (2004), Masadir al-Sirah al-Nabawiyah wa Taqwimuha. Dimasyq :

Dar al-Qalam.

Fu‟ad Sizkin (1991/1411), Tarikh al-Turath al-„Arabi, t.c. Riyad : Idarah al-Thaqafah

wa al-Nasyr bi al-Jami„ah.

Ghazali, Muhammad (1987), Fiqh al-Sirah; Kharraj Ahadith al-Kitab al-Muhaddith al-

‟Alamah al-Syaykh Muhammad Nasir al-Din al-„Albani. Dimasyq : Dar al-

Qalam.

Ibn Abi Syaybah, Abi Bakr „Abd Allah bin Muhammad bin Ibrahim (2004/1425), al-

Musannaf, tahqiq, Hamad bin Abd Allah al-Jum„ah, Muhammad bin Ibrahim al-

Lihyadan, c. 1, Riyad : Maktabah al-Rusyd.

Ibn Ishaq (1981), Sirah Ibn Ishaq al-Musamma bi Kitab al-Mubtada‟ wa al-Mab„ath wa

al-Maghazi, tahqiq, Muhammad Hamid Allah, t.c., Konya : Khidmah al-

Khayriyyah.

Ibn al-Jawzi, Jamal al-Din Abi al-Farraj „Abd al-Rahman bin „Ali bin Muhammad

(1986/1406), Kitab al-Du„afa‟ wa al-Matrukin, tahqiq, Abu al-Fida‟ „Abd Allah

al-Qadi, c. 1, Bayrut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Ibn Kathir (t.t.), al-Ba„ith al-Hathith fi Ikhtisar „Ulum al-Hadith, tahqiq, Ahmad

Muhammad Syakir, c. 1, Bayrut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Ibn Manzur (t.t.), Lisan al-„Arab, tahqiq, „Abd Allah „Ali al-Kabir, Muhammad Ahmad

Hasb Allah et. al., t.c., al-Qahirah : Dar al-Ma„arif.

Ibn Qanfadh al-Qasnatini, Abi al-„Abbas Ahmad bin Hasan bin „Ali bin al-Khatib

(1984/1403), al-Wafiyat, tahqiq, „Adil Nuwayhad, c. 4, Bayrut : Dar al-Afaq al-

Jadidah.

Ibn al-Qaysarani al-Syaybani, Abi al-Fadl Muhammad bin Tahir bin „Ali al-Maqdisi

(1405H), Kitab li Jam„ Bayn Kitabay Abi Nasr al-Kalabadhi wa Abi Bakr al-

Asfahani Rahimahuma Allah Ta„ala fi Rijal al-Bukhari wa Muslim, c. 2, Bayrut :

Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub (t.t.), Jila‟ al-Afham fi

Fadl al-Salah wa al-Salam „ala Khayr al-Anam s.a.w., tahqiq, Za‟id bin Ahmad

al-Nusyayri, t.c., t.t.p. : Dar „Ilm al-Fawa‟id.

Ibrahim al-„Ali (1995), Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah, c.1, Jordan : Dar al-Nafa‟is.

Isma„il bin Kathir (1403H), al-Fusul fi Sirah al-Rasul, tahqiq, Muhammad al-„Id al-

Khatrawi, Muhy al-Din Mastu, c. 3, Bayrut : Mu‟assasah „Ulum al-Qur‟an.

Al-Jawwabi, Muhammad Tahir (1997M), al-Jarh wa al-Ta„dil Bayna al-Mutasyaddidin

wa al-Mutasahilin, t.c., t.t.t. : al-Dar al-„Arabiyyah li al-Kitab.

Page 212: Download (1848Kb)

212

Al-Kattani, Muhammad bin Ja„far (1986/1406), al-Risalah al-Mustatrafah li Bayan

Masyhur Kutub al-Sunnah al-Musannafah, c. 4, Bayrut : Dar al-Basya‟ir al-

Islamiyyah.

Al-Khayr Abadi, Muhammad Abu Layth (2004/1425), MuÑjam al-Mustalahat al-

Hadithiyyah, Selangor : Dar al-Syakir.

Al-Ma„afiri, Abi Muhammad „Abd al-Malik bin Hisyam (1998/1418), al-Sirah al-

Nabawiyyah, tahqiq, „Adil Ahmad „Abd al-Mawjud, „Ali Muhammad

Mu„awwid et. al., c. 1, Riyad : Maktabah al-„Ubaykan.

Al-Madani, Muhammad bin Ishaq bin Yasar al-Matlibi (2004/1424), al-Sirah al-

Nabawiyyah li Ibn Ishaq, tahqiq, Ahmad Farid al-Mazidi, c. 1, Bayrut : Dar al-

Kutub al-„Ilmiyyah.

Al-Mahdali, al-Sayyid Muhammad „Uqayl bin „Ali (1996/1416), Madkhal ila al-Sirah

al-Nabawiyyah al-Dirasat wa Minhajuha, c. 1, al-Qahirah : Dar al-Hadith.

Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992), al-Sirah al-Nabawiyyah fi Daw‟ al-Masadir al-

Asliyyah Dirasah Tahliliyyah, c. 1, Riyad : Markaz al-Malik Faysal.

Mahmud al-Tahhan (1996/1417), Usul al-Takhrij wa Dirasat al-Asanid, c. 3, Riyad :

Maktabah al-Ma„arif.

Al-Mizzi, Jamal al-Din Abi al-Hajjaj Yusuf (1982/1402), Tahdhib al-Kamal fi Asma‟

al-Rijal, tahqiq, Basyar „Awwad Ma„ruf, c. 1, Bayrut : Muassasah al-Risalah.

al-Mubarakfuri, Safi al-Rahman (2004/1424), al-Rahiq al-Makhtum Bahth fi al-Sirah

al-Nabawiyyah „ala Sahibih Afdal al-Salah wa al-Salam, c. 6, Riyad : Dar al-

Salam.

Muhammad „Abd Allah Abu Sa„aylayk (1994), Muhammad ibn Ishaq Imam ‟Ahl al-

Maghazi wa al-Siyar, Dimasyq : Dar al-Qalam.

Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah (t.t.), Sunan al-Tirmidhi, Ed. Muhammad Nasir al-Din

al-Albani, c. 1, al-Riyad : Maktabah al-Ma„arif

Muhammad bin Ishaq (1978/1398), Siyar wa al-Maghazi, tahqiq, Suhayl Zakkar c. 1,

Bayrut : Dar al-Fikr.

Muhammad Rashad Khalil (1984), al-Manhaj al-Islami li Dirasah al-Tarikh wa

Tafsirihi. Kaherah : Dar al-Manar.

Muhammad Surur bin Nayif Zin al-„Abidin (1988/1408), Dirasat fi al-Sirah al-

Nabawiyyah, c. 2, Birmingham : Dar al-Arqam.

Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), Manahij al-Ta‟lif fi al-Sirah al-Nabawiyyah

Khilal al-Qurun al-Arba„ah al-Ula min al-Hijrah al-Nabawiyyah, c. 1, Bayrut :

Dar al-Kalim al-Tayyib.

Al-Nadim, Muhammad bin Ishaq (1971/1391), Kitab al-Fihrist, tahqiq, Ibn „Ali bin

Zayn al-„Abidin al-Ha‟ira al-Mazandarani, t.c. t.t. : t.p.

Page 213: Download (1848Kb)

213

Al-Nuri, al-Sayyid Abu al-Ma„ati, et. al (1997/1417), Mawsu„ah Aqwal al-Imam Ahmad

bin Hanbal fi Rijal al-Hadith wa „Ilalihi, c. 1, Bayrut : „Alam al-Kutub.

___________________________, et. al (1992/1412), al-Jami„ fi Jarh wa al-Ta„dil, c. 1,

Bayrut : „Alam al-Kutub.

Al-Sajastani, Abi Dawud Sulayman bin al-Asy„ath (1424), Sunan Abu Dawud, Ed.

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, c. 2, Riyad : Dar al-Ma„arif.

Al-Sakhawi, Syams al-Din Muhammad bin „Abd al-Rahman (t.t.), al-I„lam bi al-

Tawbikh liman Dhamma al-Tarikh, Bayrut ; Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Al-Salihi, Muhammad bin Ahmad bin „Abd al-Hadi al-Dimasyqi (1996/1417), Tabaqat

Ulama‟ Hadith, tahqiq, Akram al-Busyi et. al., c. 2, Bayrut : Mu‟assasah al-

Risalah.

Al-Salmi, Muhammad bin Samil al-‟Alyani (1988), Manhaj Kitabat al-Tarikh al-Islami

wa Tadrisuhu. Al-Mansurah : Dar al-Wafa‟.

Al-San„ani, Abu Bakr „Abd al-Razzaq bin Hammam (1972/1392), al-Musannaf, tahqiq,

„Abd al-Rahman al-A„zami, c. 1, Johannesburg : al-Majlis al-„Ilmi.

Sayuti „Abd al-Manas et. al. (2006), Manahij al-Muhaddithin min al-Qarn al-Thani ila

al-Qarn al-Khamis al-Hijri Qira‟ah fi Tatawwur al-Tadwin li al-Sunnah al-

Nabawiyyah Jam„an wa Tasnifan wa Takhrijan, c. 1, Kuala Lumpur : Markaz

al-Buhuth al-Jami„ah al-Islamiyyah al-„Alamiyyah Maliziya.

Sayyidah Isma‟il Kasyif (1983), Masadir al-Tarikh al-Islami wa Manahij al-Bahth Fih.

Beirut : Dar al-Ra‟id al-‟Arabi.

Al-Subki, Taj al-Din Abi Nasr „Abd al-Wahhab bin „Ali bin „Abd al-Kafi (t.t.), Tabaqat

al-Syafi„iyyah al-Kubra, tahqiq, Mahmud Muhammad al-Tanahi et. al., c. 1, al-

Qahirah : Dar Ihya‟ al-Kutub al-„Arabiyyah.

Sulayman al-Rahili (1416/1417), “al-Tarikh „Inda Ibn Abi Syaybah,” Majallah al-

Jami„ah al-Islamiyyah, b. 103-104, al-Madinah al-Munawwarah : al-Jami„ah al-

Islamiyyah.

Al-Sulami, Muhammad bin Rizq bin Tarhuni (1414H), Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah

al-Musammah al-Sirah al-Dhahabiyyah, al-Qahirah : Maktabah Ibn Taymiyyah.

Al-Syafi„i, Ahmad bin „Ali bin Hajar al-„Asqalani (1992/1412), al-Isabah fi Tamyiz al-

Sahabah, tahqiq, „Ali Muhammad al-Bajawi, t.c. Bayrut : Dar al-Jil.

Al-Syamri, Huda „Ali Jawad (2004) al-Hadith al-Nabawi al-Syarif Riwayah

Muhammad bin Ishaq, c. 1, Oman : Mu‟assasah al-Waraq.

Syawqi Abu Khalil (2003/1423), Atlas al-Sirah al-Nabawiyyah, c. 2, Dimasyq : Dar al-

Fikr.

Al-Tabari, Abi Ja„far Muhammad bin Jarir (t.t.), Tarikh al-Tabari, tahqiq, Muhammad

Abu al-Fadl Ibrahim, c. 2, Misr : Dar al-Ma„arif.

Page 214: Download (1848Kb)

214

Taha Husayn (1995), Fusul al-Mukhtarah fi Kutub al-Tarikh, t.c., t.t.p. : Wizarah al-

Tarbiyyah wa Ta„lim al-Qasimi.

Al-Tarabisyi, Muta„ (1994/1414) Ruwwat Muhammad bin Ishaq bin Yasar fi al-

Maghazi wa al-Siyar wa Sa‟ir al-Marwiyyat, c. 1, Dimasyq : Dar al-Fikr.

Al-„Umari, Akram Diya‟ (1995), al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah Muhawalah li

Tatbiq Qawa‟id al-Muhaddithin fi Naqd Riwayat al-Sirah al-Nabawiyyah, c. 1,

Riyad : Maktabah al-„Ubaykan.

Yusuf bin Muhammad bin „Umar bin Qadi Syahbah (1991/1412), Ahadith Muntkhabah

min Maghazi Musa bin „Uqbah, tahqiq, Masyhur Hasan Salman, c. 1, Bayrut :

Mu‟assasah al-Rayyan.

Al-Zuhri, Muhammad bin Muslim bin „Ubayd Allah bin „Abd Allah bin Syihab

(1981/1401), al-Maghazi, tahqiq, Suhayl Zakkar, t.c. Dimasyq : Dar al-Fikr.

Al-Zuhri, Muhammad bin Sa„d bin Muni„ Abu „Abd Allah al-Basri (1968M), al-

Tabaqat al-Kubra, tahqiq, Ihsan „Abbas, c.1, Bayrut : Dar Sadir.

Bahasa Inggeris

Allama Habib-ur-Rahman Siddiqui Kandhalvi (1998), Age of „Aishah, terj. Nigar

Erfaney, c. 2, Karachi : Al-Rahman Publishing Trust.

„Arafat, W. (1958), “Early Critics of the Authenticity of the Poetry of the “Sira”,”

Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London, v.

21, b. 1/3, Cambridge : Cambridge University Press.

A„zami, M. M. (2000), Studies in Early Hadith Literature, t. c. Kuala Lumpur : Islamic

Book Trust.

Duri, A. A. (1957), “Al-Zuhri : A Study on the Beginnings of History Writing in

Islam”, Bulletin of the School of Oriental and African Studies, v. 19, b. 1,

Cambridge : Cambridge University Press.

Ghada Osman (2001), “Oral vs. Written Transmission: The Case of Ṭabarī and Ibn

Saʿd”, Arabica, v. 48, b. 1, Leiden : BRILL.

Harald Motzki ed. (2000), The Biography of Muhammad the Issue of the Sources, v. 32,

Leiden : BRILL.

_______________ (1991), “The Musannaf of „Abd al-Razzaq al-San„ani as a Source of

Authentic Ahadith of the First Century A. H.,” Journal of Near Eastern Studies,

v. 5, b. 1, Chicago : The University of Chicago Press.

Horovitz, Josef (1927), “The Earliest Biographies of The Prophet and Their Authors”,

Islamic Culture, v. 1, Hyderabad : t.p.

____________ (Januari 1928), “The Earliest Biographies of The Prophet and Their

Authors”, Islamic Culture, v. 2, Hyderabad : t.p.

____________ (April 1928), “The Earliest Biographies of The Prophet and Their

Authors”, Islamic Culture, v. 2, Hyderabad : t.p.

Page 215: Download (1848Kb)

215

Jones, J. M. B. (1957), “The Chronology of the “Maghazi” -- A Textual Survey”,

Bulletin of the School of Oriental and African Studies, v. 19, b. 2, Cambridge :

Cambridge University Press.

Muhammad Hamidullah (1967), Muhammad Ibn Ishaq The Biographer of the Holy

Prophet, t.c., Karachi : Pakistan Historical Society.

___________________ (1392/1973), The Battlefields of the Prophet, t.c., Hyderabad :

t.p.

Muhammad Mohar Ali (1997/1417), Sirat al-Nabi and the Orientalist, c. 1, Madinah :

King Fahd Complex.

Muhammad Qasim Zaman (1996), “Maghazi and the Muhaddithun: Reconsidering the

Treatment of “Historical” Materials in Early Collections of Hadith”,

International Journal of Middle East Studies, v. 28, b. 1, Cambridge :

Cambridge University Press.

Nu‟mani, Allama Shibli (2000), Sirat-un-Nabi, terj., M. Tayyib Bakhsh Budayuni et. al.

New Delhi : Kitabbhavan.

Rippin, A. (1984), “Al-Zuhri, "Naskh al-Qur‟ān" and the Problem of Early “Tafsir”

Texts”, Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of

London, v. 47, b. 1, Cambridge : Cambridge University Press.

Serjeant, R. B. (1958), “Professor A. Guillaume's Translation of the "Sirah"”, Bulletin

of the School of Oriental and African Studies, University of London, v. 21, b.

1/3, Cambridge : Cambridge University Press.

Storey, C. A. (1935), Persian Literature : A Bio-bibliography Survey, Seksyen 2,

London : Luzac & Co.

Laman Web

Shibli Academy, http://www.shibliacademy.org

Khazanah al-Turath al-„Arabi. http://khizana.blogspot.com

Turkish Academy of Sciences, http://www.tuba.gov.tr

http://www.albalagh.net/general/dr_hamidullah.shtml

Pusat Pengajian Darul Kautsar, http://www.darulkautsar.com

Online Journal JSTOR, http://www.jstor.org

Perisian

Al-Maktabah al-Syamilah al-Isdar al-Thani