dokumen sebutharga - integriti | institut integriti...

33
0 DOKUMEN SEBUTHARGA SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, DAN MENGUJITERIMA KOMPUTER MEJA DAN KOMPUTER RIBA UNTUK PEGAWAI SERTA KAKITANGAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA TARIKH TUTUP SEBUTHARGA: 3.00 PETANG, 24 MAC 2017 NO RUJUKAN SEBUTHARGA: INTEGRITI/SH/02/2017 DISEDIAKAN OLEH: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (INTEGRITI)

Upload: vuongdieu

Post on 02-Mar-2019

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

0

DOKUMEN SEBUTHARGA

SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, DAN MENGUJITERIMA KOMPUTER MEJA DAN KOMPUTER RIBA UNTUK PEGAWAI

SERTA KAKITANGAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA:

3.00 PETANG, 24 MAC 2017

NO RUJUKAN SEBUTHARGA: INTEGRITI/SH/02/2017

DISEDIAKAN OLEH:

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

(INTEGRITI)

Page 2: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

1

ISI KANDUANGAN

MUKA SURAT

1 Senarai Semak 2

2 Jadual 1 - Kenyataan Sebutharga 3

.3 Jadual 2 - Arahan kepada Penyebutharga 5

4 Lampiran A - Syarat-Syarat Am 9

5 Lampiran B - Syrat-Syarat Khas 13

6 Lampiran C - Syarat-Syarat Tambahan 15

7 Lampiran D - Keterangan Mengenai Penyebutharga 16

8 Lampiran E - Surat Akuan Penyebutharga 19

9 Lampiran F - Jadual Tawaran Harga 21

10 Lampiran G - Jadual Penentuan Spesifikasi Teknikal 22

11 Lampiran H - Senarai Pengalaman 30

12 Lampiran Q - Sebutharga Bekalan/Perkhidmatan 31

Page 3: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

2

SENARAI SEMAK

Sebutharga bagi membekal, menghantar, memasang, dan mengujiterima komputer meja dan komputer riba untuk pegawai serta kakitangan Institut Integriti Malaysia.

SIla tandakan √ bagi dokumen-dokumen yang disertakan.

Bil Perkara / Dokumen Untuk ditanda

oleh Syarikat

Untuk ditanda oleh

Jawatankuasa Pembuka

Sebutharga

1 LAMPIRAN A1 - Surat Akuan Pembida

2 LAMPIRAN D – Keterangan Mengenai Penyebutharga

3 LAMPIRAN E – Surat Akuan Penyebutharga

4 LAMPIRAN F – Jadual Tawaran Harga

5 LAMPIRAN G – Jadual Penentuan Spesifikasi Teknikal

6 LAMPIRAN H – Senarai Pengalaman

7 LAMPIRAN Q – Sebutharga Untuk Bekalan / Perkhidmatan

8 Salinan sijil pendaftaran kod bidang dengan Kementerian Kewangan

9 Salinan Penyata Akaun bank untuk 3 bulan terkini yang telah disahkan oleh pihak bank

10 Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebutharga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Jawatankuasa Pembuka Sebutharga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecialu bagi perkara bil (jika ada) Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :

Page 4: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

3

KENYATAAN SEBUTHARGA

JADUAL 1

Page 5: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

4

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (INTEGRITI) KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA 1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti dibawah bagi menyertai sebutharga berikut:

Tajuk Sebutharga Kod Bidang Pendaftaran Tarikh Tutup Sebutharga Sebutharga Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Dan Mengujiterima Komputer Meja Dan Komputer Riba Untuk Pegawai Serta Kakitangan Institut Integriti Malaysia

210101 Hardware (low end technology) -Supply all types of computer hardware Including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance. 210102 Hardware (high end technology) - All types of server, mainframe, high end printers, storage area network (SAN, NAS) including maintenance.

3.00 PETANG, 24 MAC 2017 (JUMAAT)

2. Dokumen sebutharga boleh diperolehi mulai 13 Mac 2017 (Isnin) daripada Urus Setia

Perolehan seperti di butiran No. 4 dan No. 5

3. Tawaran sebutharga hendaklah dibuat berdasarkan kepada spesifikasi bekalan/perkhidmatan di Lampiran G yang disertakan.

4. Tawaran sebutharga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga seperti butiran dibawah:

Alamat : Institut Integriti Malaysia

Menara Integriti Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tuanku Abdul Halim 50480 Kuala Lumpur

5. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai sebutharga tersebut,

hendaklah menghubungi pegawai seperti berikut:

Mengenai Skop dan Spesifikasi 1. En Meor Shahram Faiz (03-62092031) 2. En Noranizam Nordin (03-62092032)

Mengenai Dokumen Sebutharga 1. En Umar Chong Shafie (03-62092042) 2. Cik Faranajwa Yahaya (03-62092089)

Page 6: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

5

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

JADUAL 2

Page 7: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

6

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA NO. SEBUTHARGA : INTEGRITI/SH/02/2017

SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, DAN

MENGUJITERIMA KOMPUTER MEJA DAN KOMPUTER RIBA UNTUK PEGAWAI SERTA KAKITANGAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

1. PERIHAL SEBUTHARGA

1.1. Sebutharga ini adalah bagi membekal, menghantar, memasang dan mengujiterima komputer meja dan komputer riba untuk pegawai serta kakitangan Institut Integriti Malaysia.

1.2. Sebutharga ini adalah tertakluk kepada Arahan-Arahan, Syarat-Syarat AM, Syarat-Syarat Khas dan Syarat-Syarat Tembahan yang ditetapkan

2. DOKUMEN SEBUTHARGA 2.1. Sebutharga hendaklah dibuat di atas borang-borang yang telah disediakan dan

selepas ini dipanggil dokumen Sebutharga. Dokumen Sebutharga yang lengkap adalah mengandungi perkara-perkara berikut:

2.1.1. Kenyataan Tawaran 2.1.2. Arahan kepada Penyebutharga 2.1.3. Syarat-syarat Am (Lampiran A) 2.1.4. Lampiran Akuan Pembida (Lampiran A1)

**wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Penyebutharga hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

2.1.5. Syarat-syarat Khas (Lampiran B) 2.1.6. Syarat-syarat Tambahan (Lampiran C) 2.1.7. Keterangan Mengenai Penyebutharga (Lampiran D) 2.1.8. Akuan Penyebutharga (Lampiran E) 2.1.9. Jadual Tawaran Harga (Lampiran F) 2.1.10. Jadual Penentuan Spesifikasi (Lampiran G) 2.1.11. Senarai Pengalaman (Lampiran H)

3. CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUTHARGA

3.1. Penyebutharga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen Sebutharga serta menyemak kandungan dokumen Sebutharga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang Sebutharga.

3.2. Borang Sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah ditaip atau menggunakan pena mata bulat (ball pen) hitam sahaja.

4. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN

4.1. Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga dan Surat Akuan Penyebutharga hendaklah ditandatangan ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen Sebutharga serta dicopkan dengan cop Penyebutharga (syarikat). Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat setentangan dengan kesilapan yang dibetulkan/dipinda. Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.

Page 8: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

7

5. PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

5.1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa–apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana–mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( Akta 694 ).

5.2. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( Akta 694 )

6. DOKUMEN-DOKUMEN TAWARAN PENYEBUTHARGA 6.1. Dokumen Tawaran Kewangan & Teknikal

6.1.1. Penyebutharga hendaklah memasukkan Dokumen Sebutharga yang

ditetapkan ke dalam Peti Sebutharga seperti yang ditetapkan sebelum atau pada 24 Mac 2017 (sebelum jam 3.00 petang)

6.1.2. Harga yang ditawarkan hendaklah termasuk caj GST.

6.1.3. INTEGRITI tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan penerimaan Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal atau kehilangan borang-borang berkaitan Sebutharga tersebut.

7. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUTHARGA

7.1. Dokumen sebutharga hendaklah dikemukakan ke dalam (2) dua sampul surat berasingan ‘A’ dan bahagian ‘B’ seperti berikut :-

7.1.1. Sampul Surat ‘A’ adalah ‘Dokumen Tawaran Kewangan’

i. Lampiran A1 – Surat Akuan Pembida ii. Lampiran D - Keterangan Diri Mengenai Penyebutharga iii. Lampiran E - Surat Akuan Penyebutharga iv. Lampiran F - Jadual Tawaran Harga v. Lampiran Q - Sebutharga Bekalan/ Perkhidmatan vi. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan vii. Salinan 3 bulan Penyata Bank yang disahkan viii. Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

7.1.2. Sampul Surat ‘B’ adalah ‘Dokumen Tawaran Teknikal’

i. Lampiran G - Jadual Penentuan Spesifikasi ii. Lampiran H - Senarai Pengalaman iii. Brosur/risalah

Page 9: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

8

7.2. Penyebutharga hendaklah menyatukan kedua-dua sampul di atas ke dalam (1) satu sampul surat yang lebih besar dan berlakri serta ditandakan sebelah kiri (atas) sampul surat hendaklah ditulis “No Rujukan Sebutharga (INTEGRITI/SH/02/2017)”

7.3. Sebutharga hendaklah dialamatkan kepada :

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia Menara Integriti Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tuanku Abdul Halim 50480 Kuala Lumpur

7.4. Penyebutharga menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan Sebutharga yang disertainya.

7.5. Penyebutharga juga diingatkan agar menghantar dokumen Sebutharga sebelum atau pada jam 3.00 petang (tarikh sebut harga ditutup). Penghantaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

7.6. INTEGRITI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat oleh Penyebutharga sekiranya Sebutharga ini dibatalkan.

Page 10: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

9

LAMPIRAN A SYARAT-SYARAT AM

Penyebutharga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebutharga apabila menyertai Sebutharga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebutharga yang dikemukakan oleh Penyebutharga ditolak.

1. KELAYAKKAN MEMASUKI SEBUTHARGA Pembekal yang menyertai Sebutharga ini mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera dalam bidang Bekalan Peralatan Komputer di bawah Kod Bidang 210101, 210102 serta masih sah pendaftarannya semasa syarikat yang berjaya memulakan kerja-kerja kontrak. Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen Sebutharga. Jika tempoh pendaftaran telah atau hampir tamat, Penyebutharga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan/pembaharuan tempoh pendaftaran telah dibuat. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat.

2. HARGA TAWARAN Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebutharga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebutharga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku Sebutharga iaitu 90 hari.

3. SPESIFIKASI, SKOP DAN STANDARD KUALITI KERJA 3.1. Penyebutharga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi, skop dan

standard kualiti kerja bagi Pembekalan Komputer di dalam Lampiran G supaya tidak timbul masalah kesilapan dalam meletak harga.

3.2. Perkhidmatan Pembekalan Komputer akan dilaksanakan mengikut spesifikasi, skop kerja dan “standard” kualiti kerja yang dinyatakan dalam Lampiran G.

4. KADAR DENDA

Penyebutharga sekiranya ditawarkan sebut harga ini akan dikenakan denda sekiranya berlaku kesalahan seperti berikut :

i. Pembekal gagal melakukan bekalan yang menepati kualiti akan dikenakan potongan bil menurut kadar 10% daripada jumlah harga bekalan yang dihantar.

ii. Pembekal yang menghantar bekalan tiruan haruslah menanggung/mengantikan segala kerugiaan akibat dari bekalan tersebut.

iii. Pembekal gagal lewat menghantar bekalan berdasarkan jadual yang ditetapkan atau mengikut arahan atau permintaan INTEGRITI maka akan dikenakan denda sebanyak 5% dari nilai bekalan tersebut. (**kadar denda tertakluk kepada perubahan sekiranya ada).

Page 11: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

10

5. TEPOH SAH LAKU SEBUTHARGA

Tempoh sahlaku Sebutharga ini adalah selama 90 hari bermula daripada tarikh Sebutharga ditutup.

6. SETUJU TERIMA SEBUTHARGA

INTEGRITI tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau mana-mana Sebutharga yang lain. Keputusan adalah muktamad dan INTEGRITI tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Penyebutharga berhubung sebab – sebab Penyebutharga tidak berjaya.

7. PERUBAHAN SYARAT-SYARAT

7.1. INTEGRITI sentiasa berhak mengubah daripada semasa ke semasa syarat-syarat yang dinyatakan dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan oleh INTEGRITI, peralatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

7.2. Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi pengeluaran, maka harga peralatan yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua – dua pihak secara bertulis.

8. TEMPOH PEMBEKALAN

Tempoh bekalan adalah selama 10 minggu selepas tarikh surat setuju terima sebutharga.

9. PENAMATAN PERSETUJUAN

INTEGRITI berhak menamatkan sesuatu persetujuan.

i. Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya INTEGRITI boleh terus menamatkan persetujuan; atau

ii. Jika Penyebutharga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini; atau

iii. Jika Penyebutharga itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Penyebutharga itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan - keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan; atau

iv. Jika INTEGRITI mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebutharga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebutharga) melakukan perbuatan

Page 12: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

11

rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak INTEGRITI untuk mendapatkan balik ganti rosak.

10. PERTIKAIAN

Apa-apa pertikaian yang terbit di antara INTEGRITI dengan Penyebutharga mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara INTEGRITI dengan Penyebutharga, dirujukkan kepada pertimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh INTEGRITI dan seorang oleh Penyebutharga. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

Page 13: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

12

LAMPIRAN A1

SURAT AKUAN PEMBIDA

Sebutharga INTEGRITI : INTEGRITI/SH/02/2017 Sebutharga Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Dan Mengujiterima Komputer Meja Dan Komputer Riba Untuk Pegawai Serta Kakitangan Institut Integriti Malaysia

Saya, ………………………………………………….. nombor K.P ……………………………….. yang mewakili …………………………………………………………………………………nombor Pendaftaran …………………………….. dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebutharga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender /sebutharga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; dan 2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana- mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……….................………….. (Nama dan No. KP) Cop Syarikat : Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan. ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Page 14: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

13

LAMPIRAN B SYARAT-SYARAT KHAS

1. SPESIFIKASI TEKNIKAL

1.1. INTEGRITI boleh mengubah penentuan spesifikasi dan pembekalan yang ditawarkan jika perlu. Perubahan spesifikasi ini akan dimaklumkan kepada Penyebutharga melalui laman web INTEGRITI sekiranya ada.

1.2. INTEGRITI tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kelewatan untuk membuat cadangan spesifikasi teknikal & harga serta kelewatan menghantar dokumen sokongan Penyebutharga akibat perubahan spesifikasi.

2. HARGA TAWARAN 2.1. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan dalam Ringgit

Malaysia (RM) sahaja dan ia hendaklah termasuk semua kos menghantar, memunggah, mengangkut, memasang dan mengujiterima.

2.2. Penilaian harga antara Penyebutharga adalah berasaskan kepada jumlah harga keseluruhan. Sekiranya timbul masalah berhubung pengiraan harga, harga seunit tiap-tiap item akan diambil kira. Jika terdapat perbezaan jumlah dalam bentuk angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambil kira.

3. BARANGAN 3.1. Semua barangan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

3.2. Spesifikasi Bekalan hendaklah merujuk kepada Lampiran G

3.3. INTEGRITI berhak melantik mana-mana pegawai yang dikehendaki bagi memeriksa

menguji barang-barang tersebut pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan atau selepas penghantaran.

3.4. Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

3.5. Jaminan mutu barangan selama satu (1) tahun dari tarikh penghantaran/penerimaan (Peralatan ICT). Sebarang kerosakan barangan di dalam tempoh jaminan hendaklah diganti oleh syarikat tanpa sebarang kos.

3.6. Penyebutharga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan piawai (jika ada) yang dinyatakan dalam pelawaan ini.

3.7. Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui (tidak mengikut spesifikasi), tawarannya boleh ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

Page 15: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

14

4. JADUAL PENGHANTARAN

4.1. Penyebut Harga yang berjaya WAJIB membuat penghantaran ke Unit ICT, Aras 1, Institut Integriti Malaysia, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur. INTEGRITI berhak ke atas penghantaran berdasarkan permintaan yang munasabah dan bagi kes-kes kecemasan.

4.2. Penyebutharga yang berjaya perlu menyediakan dan menanggung risiko kos barang tersebut, buruh, pengangkutan dan segala yang perlu bagi membekal dan menghantar barang tersebut ke tempat penghantaran yang telah ditetapkan.

4.3. Penyebutharga adalah bertanggungjawab ke atas sebarang kesukaran atau kerosakan yang timbul akibat penghantaran atau dari penggunaan barangan yang dibekalkan yang tidak mengikut spesifikasi dan menanggung semua kos yang terlibat.

5. PEMBAYARAN

Pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Pembayaran akan dibuat di setiap peringkat berdasarkan jumlah yang ditetapkan di Jadual Tawaran Harga setelah pembekal membekal dan menghantar sepenuhnya kuantiti yang dikehendaki di peringkat penghantaran tersebut.

6. SURAT SETUJU TERIMA

Surat Setuju Terima (LOA) akan dihantar oleh INTEGRITI kepada Penyebutharga yang berjaya dan Surat Akuan Penyebutharga ke atas Surat Setuju Terima Sebut Harga itu akan dianggap sebagai Kontrak yang mengikat di antara INTEGRITI dan Penyebutharga.

7. MODAL PUSINGAN

Pembekal yang berminat mestilah mempunyai kemampuan kewangan dari segi modal pusingan, kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap dan sebagainya.

Page 16: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

15

LAMPIRAN C SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.

1. Penyebut Harga jika berjaya adalah dikehendaki berbincang dengan pihak INTEGRITI untuk :

i. Mengatur program kerja; ii. Taklimat mengenai peraturan-peraturan INTEGRITI, dan iii. Lain-lain perkara yang berkaitan

2. Penyebutharga hendaklah mengemukakan senarai nama pekerja yang akan

menjalankan kerja-kerja membekal peralatan-peralatan seperti yang dicadangkan. Senarai nama hendaklah mengandungi nama penuh, bangsa, kerakyatan dan nombor kad pengenalan/no. pasport. Bagi pekerja - pekerja yang bukan warganegara Malaysia adalah menjadi tanggungjawab penyebutharga bahawa mereka mempunyai permit kerja yang sah.

3. Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI atau wakil-wakilnya adalah sentiasa berhak untuk memeriksa kerja-kerja yang sedang dilaksanakan. Penyebutharga dikehendaki memberi kerjasama untuk menilai serta memeriksa kerja-kerja yang sedang dijalankan.

4. Pihak INTEGRITI berhak pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatan ini di antara Penyebutharga dan INTEGRITI sekiranya didapati perkhidmatan yang diberi oleh Penyebutharga tidak memuaskan atau melanggar syarat-syarat Sebutharga/perjanjian.

Page 17: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

16

LAMPIRAN D

KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA

1. Nama Syarikat : 2. Alamat Syarikat

Alamat Berdaftar Alamat Surat-menyurat Poskod : Poskod : No Telefon : No Telefon : No Fax : No Fax : E-Mel : E-Mel :

3. Pendaftaran Syarikat

3.1. No. Pendaftaran Kementerian Kewangan : 3.2. Tarikh ditubuhkan : 3.3. Tarikh Mula Pendaftaran : 3.4. Tarikh Tamat Pendaftaran :

4. Jenis Syarikat (tandakan kotak yang bersesuaian) Private Limited Limited Limited by Shares Limited by guarantee 5. Taraf Syarikat (tandakan kotak yang bersesuaian)

5.1 Syarikat Tempatan Bumiputera

Bukan Bumiputera

5.2 Syarikat Luar Negeri 5.3 Perkongsian Antara Syarikat Tempatan/Luar Negeri 6. Komposisi Modal : Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham

Komposisi Modal Bilangan Pemegang Jumlah Unit % Bumiputera Bukan bumiputera

Page 18: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

17

7. Ahli Lembaga Pengarah

Bil Nama No. KP Nilai Saham (RM)

% Warganegara

1. 2. 3.

8. Komposisi Kakitangan (Maklumat kakitangan yang terlibat dalam projek ini):

Nama NRIC/Passport Jawatan Kelayakan

9. Komposisi Modal

Modal Yang Dibenarkan Modal Berbayar

10. Maklumat Bank

Nama Bank Alamat Bank No. Akaun Bank

11. Aset *:

Semasa RM Tetap RM

Jumlah RM 12. Liabiliti**:

Semasa RM Tetap RM

Jumlah RM 13. Nilai Kewangan :

a. Semasa : RM b. Tetap : RM c. Jumlah : RM

Page 19: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

18

14. Kemudahan Kredit (Jika Ada) :

Nama Bank Alamat Bank No. Akaun Bank

15. Bentuk Dan Baki Jumlah Yang Boleh Digunakan Untuk Projek Ini:

Overdraf atau Talian Kredit RM Overdraf Bercagar RM Pinjaman tetap yang akan/layak diperolehi untuk Projek

RM

Jumlah RM Peringatan Penting:

* Sila Sertakan salinan Akaun Syarikat bagi dua (2) tahun kewangan terakhir, yang disahkan dan diaudit oleh Juru Audit bertauliah (Certified Accountant) atau sekiranya tiada, bagi tahun kewangan setahun sebelumnya bagi menyokong data-data yang diberi.

** Sila sertakan Penyata Bank bagi tiga(3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup

tender. Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.

Tandatangan Penyebutharga : Nama : Jawatan Rasmi Dalam Syarikat : Tandatangan Saksi : Nama : Jawatan :

Tarikh: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Page 20: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

19

LAMPIRAN E

SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA

Kepada :

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin,

Off Jalan Tuanku Abdul Halim,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tuan,

NOMBOR RUJUKAN SEBUTHARGA : INTEGRITI/SH/02/2017 MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, DAN MENGUJITERIMA KOMPUTER MEJA DAN KOMPUTER RIBA UNTUK PEGAWAI SERTA KAKITANGAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat ___

mengambil bahagian dalam Sebutharga

Membekal, Menghantar, Memasang, Dan Mengujiterima Komputer Meja Dan Komputer

Riba Untuk Pegawai Serta Kakitangan Institut Integriti Malaysia. Harga yang ditawarkan

dalam sebutharga ini adalah (berjumlah RM________________)

2. Syarikat sebagai Penyebutharga dengan ini bersetuju menerima serta mematuhi dan

terikat dengan syarat-syarat sebutharga dan spesifikasi yang terkandung dalam dokumen

sebutharga. Syarikat juga telah memahami bahawa INTEGRITI berhak menerima atau

menolak tawaran ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama

dengan harga tawaran-tawaran lain.

3. Syarikat bersetuju bahawa harga sebutharga yang ditawarkan ini laku (valid) selama

sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebutharga. Dalam tempoh tersebut syarikat

tidak boleh menarik diri daripada sebutharga ini dan meminda harga.

Page 21: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

20

4. Kami yang bertandatangan di bawah ini, setelah menyemak, adalah dengan ini

mengesahkan bahawa dokumen sebutharga yang digunakan untuk sebutharga ini adalah

yang sebenarnya diguna oleh syarikat ini.

_________________________________

(Tandatangan orang yang diberi kuasa)

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan :

Alamat :

Nama Saksi :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan :

Alamat :

Page 22: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

21

LAMPIRAN F

JADUAL SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, DAN MENGUJITERIMA KOMPUTER MEJA DAN KOMPUTER RIBA UNTUK PEGAWAI

SERTA KAKITANGAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

JADUAL TAWARAN HARGA

BIL ITEM/JENAMA ATAU

SETARAF DENGANNYA

KUANTITI YANG

DIPERLUKAN

HARGA SEUNIT

(RM)

JUMLAH KESELURUHAN

(RM)

1.

KOMPUTER RIBA JENIS A (MEDIUM) 23 unit

2. KOMPUTER RIBA JENIS B (HIGH) 1 unit

3. KOMPUTER MEJA 12 unit

4. KOMPUTER

WORKSTATION (SERVER TOWER)

2 unit

Page 23: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

22

LAMPIRAN G

JADUAL SPESIFIKASI PERKAKASAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, DAN MENGUJITERIMA PERKAKASAN KOMPUTER DI

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (INTEGRITI)

1. KOMPUTER RIBA JENIS A (MEDIUM) (23 Unit)

BIL PERKARA SPESIFIKASI MINIMUM YA /TIDAK SPESIFIKASI CADANGAN PENYEBUT HARGA

1 Model dan tahun dikeluarkan 2016 2

Processor Type 7th Generation Intel® Core™ i5 processor

3 Memory RAM Min. 4 GB DDR4-2133 SDRAM

4 Display

Screen: 14" diagonal display HD anti-glare LED-backlit Resolution: (1366 x 768)

5 Storage Min. 1 TB 7200 rpm SATA 6 Graphics Intel HD Graphics

7 Wireless

Intel® Dual Band Wireless-AC 8260 802.11a/b/g/n/ac (2x2) WiFi Bluetooth 4.0 wireless technology

8

Ports 1 USB 2.0 (power port); 1 USB 3.0; 1 USB 3.0 Type-C™ port; 1 HDMI; 1 RJ-45; 1 VGA; 1 headphone/microphone combo; 1 AC power

9 Battery Life Up to 15 hours and 30 minutes

Page 24: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

23

10 Weight 1.64 kg 11

Audio Integrated stereo speakers; Headphone/microphone combo jack; Integrated microphone

12 Battery Type 3-cell, 48 Wh Long Life Li-ion

13 Accessories USB Optical Mouse

14 Security Fingerprint Reader; Security lock slot; Preboot Authentication; Security Manager

15 Exterior

Casing: Colour: Physical buttons: Volume, Power

16 Keyboard Click pad with gestures support, two-way scroll

17 Operating System (OS) Genuine Windows 10 Pro 64 bit

18 Carrying Case Business Slim Backpack

19 Tempoh Jaminan (Warranty)

3 Years Next Business Day, Onsite Service Response (Parts Labour, on-site repair) with 3 years’ parts on warranty.

20

Software

Microsoft Office Pro 2016 Adobe Reader Terkini (Freeware) Google Chrome Terkini Mozila Firefox Terkini

21 Brochure 1 salinan asal

Page 25: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

24

2. KOMPUTER RIBA JENIS B (HIGH) (Seunit)

BIL PERKARA SPESIFIKASI MINIMUM YA /TIDAK SPESIFIKASI CADANGAN PENYEBUT HARGA

1 Model dan tahun dikeluarkan

2016

2 Processor Type Intel Core™ i7 6th Gen

3 Memory RAM Min. 8 GB RAM

4 Display Screen: 15.6" diagonal LED backlit FHD Resolution: (1920 x 1080)

5 Storage Min. 1 TB 5400 rpm Hard Drive

6 Graphics Intel® HD Graphics

7 Wireless & Networking

802.11ac Wi-Fi wireless networking; IEEE 802.11a/b/g/n compatible Integrated Bluetooth 4.0 wireless technology Intel I218-LM Gigabit Network Connection

8 Ports Side: 3 USB 3.0; 1 USB 3.0 charging; 1 DisplayPort; 1 stereo microphone-in/headphone-out combo; 1 AC power; 1 RJ-45; 1 docking connector; 1 VGA

9 Battery Life Up to 11 hours and 45 minutes 10 Weight 1.91 kg

11 Webcam and audio

720p HD webcam DTS Studio Sound™ (Windows operating systems only). Integrated stereo speakers and integrated microphone Stereo microphones Stereo speakers with Dolby audio

12 Battery Type 3-cell, 50 WHr Li-ion 13 Accessories USB Optical Mouse 14 Security TPM 1.2 Embedded Security Chip; Security lock slot;

Page 26: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

25

15 Expansion Slots 1 secure digital; 1 smart card reader

16 Keyboard Spill-resistant keyboard and drain; Touchpad with on/off button, two-way scroll

17 Operating System (OS) Genuine Windows 10 Pro 64 bit

18 Carrying Case Business Slim Backpack

19 Tempoh Jaminan (Warranty)

3 Years Next Business Day, Onsite Service Response (Parts Labour, on-site repair) with 3 years parts on warranty.

20 Software

Microsoft Office Pro 2016 Adobe Reader Terkini (Freeware) Google Chrome Terkini Mozila Firefox Terkini

21 Brochure 1 salinan asal

3. KOMPUTER MEJA (12 unit)

Page 27: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

26

BIL PERKARA SPESIFIKASI MINIMUM YA /TIDAK SPESIFIKASI CADANGAN PENYEBUT HARGA

1 Model dan tahun dikeluarkan 2016 2 Processor Type Intel® Core™ i5 processor latest

3 Memory RAM Min. 4 GB RAM (4 memory slot)

4

Display Min. 17 Inch

5 Storage Min. 1 TB 7200 rpm SATA 6

Graphics Intel® HD Graphics 530

7

Ports

Front: 2 USB 3.0; 1 audio line in; 1 audio line out Back: 2USB 3.0; 4 USB 2.0; 1 serial; 1 serial (optional); 1 parallel (optional); 2 PS/2 (keyboard and mouse); 1 VGA; 1 DisplayPort; 1 audio line in; 1 audio line out; 1 RJ-45 1 full-height PCIe 3 x16; 3 full-height PCIe 2 x1

8 Power 280 W, up to 92% efficient, active PFC 9 Weight 7.0 kg

10 Security TPM chip for enterprise security

11 System Components Microtower 12 Keyboard USB Keyboard

13 Operating System (OS) Genuine Windows 10 Pro 64bit

14 Tempoh Jaminan (Warranty) 3-year (3-3-3) limited warranty and service offering

includes 3 years of parts, labor and on-site repair.

Page 28: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

27

Terms and conditions vary by country. Certain restrictions and exclusions apply

15

Software

Microsoft Office Pro 2016 Adobe Reader Terkini (Freeware) Google Chrome Terkini Mozila Firefox Terkini

16 Brochure 1 salinan asal

4. KOMPUTER WORKSTATION /SERVER TOWER (2 unit)

Page 29: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

28

BIL PERKARA SPESIFIKASI MINIMUM YA /TIDAK SPESIFIKASI CADANGAN PENYEBUT HARGA

1 Model dan tahun dikeluarkan 2016

2 Processor Type Intel® Xeon® E3-1245 v5 Processor (3.5 GHz, up to 3.9 GHz with Intel Turbo Boost Technology, 8 MB cache, 4 cores)

3 Memory RAM Min. 8 GB RAM (4 memory slot)

4 Display Min. 17 Inch

5 Storage Min. 1 TB 7200 rpm SATA

6 Graphics NVIDIA® Quadro® K620 (2 GB)

7 Ports

2 USB 3.1 Gen 1 Type - C 4 USB 3.0 (1 Charging) 2 DisplayPort 1.2 1 audio line-in 1 audio line-out

8 Power 135 W 89% efficient, wide-ranging, active PFC 200 W, up to 89% efficient, active PFC

9 Weight Kurang dari 3kg 10 Security TPM chip for enterprise security 11 Form Factor Mini Form Factor 12 Keyboard USB Keyboard 13 Operating System (OS) Genuine Windows Server 2016 64bit

14 Tempoh Jaminan (Warranty) 3-year (3-3-3) limited warranty and service offering includes 3 years of parts, labor and on-site repair. Terms and conditions vary by country. Certain

Page 30: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

29

restrictions and exclusions apply

15 Software Adobe Reader Terkini (Freeware) Google Chrome Terkini Mozila Firefox Terkini

16 Brochure 1 salinan asal

Page 31: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

30

LAMPIRAN H

SENARAI PENGALAMAN DALAM PEMBEKALAN PERALATAN ICT DI LAIN-LAIN AGENSI

Bil. Nama / Jenis Kontrak Nama dan Alamat Penuh

Jabatan/Institusi

Harga Kontrak (RM) Tempoh Kontrak

Mula Tamat

*Sila sertakan bersama Salinan Surat Setuju Terima/Pengesahan Prestasi Pembekal di lain-lain agensi *Sila guna helaian berasingan sekiranya tidak mencukupi

Page 32: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

31

LAMPIRAN Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebutharga. Kepada (Nama Syarikat) ……................

……………………………………………….

……………………………………………….

No. Tel: ……………………………………

No. Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan: ……………………………….

Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh Kementerian/ Jabatan INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA MENARA INTEGRITI PERSIARAN TUANKU SYED SIRAJUDDIN OFF JALAN TUANKU ABDUL HALIM 50480 KUALA LUMPUR No. Telefon: 03 - 6209 2042 / 2046

Tarikh:

Kod bidang pendaftaran yang relevan

dengan pembelian ini ...............................

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1. Syarat penyerahan/penyempurnaan DIHANTAR SENDIRI OLEH PEMBEKAL

KEPADA URUS SETIA

1.2. Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki SEPERTI SPESIFIKASI YANG DITETAPKAN

1.3 Arahan pengiriman INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

1.4. Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul berlakri dan

bertanda nombor sebutharga No. Sebutharga: INTEGRITI/SH/02/2017

1.5. Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 3.00 petang 24 Mac 2017 (Jumaat).

1.6. Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

No. Sebutharga

INTEGRITI/SH/02/2017

Page 33: DOKUMEN SEBUTHARGA - Integriti | Institut Integriti Malaysiaintegriti.my/wp-content/uploads/2017/03/Sebut-Harga-ICT.pdf · maintenance. 210102 Hardware (high ... melampirkan Surat

32

Tarikh: ............................. Tandatangan: ...............................................

Nama Pegawai: Umar Chong B Shafie Abdullah Jawatan: Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan

Bil. Perihal bekalan/

perkhidmatan dan Syarat-syarat khas

Unit Ukuran

Kuantiti/ Kekerapan

Kadar (RM)

Harga (RM)

Untuk diisi oleh Jabatan Untuk diisi oleh Penyebutharga

SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, DAN MENGUJITERIMA KOMPUTER MEJA DAN KOMPUTER RIBA UNTUK PEGAWAI SERTA KAKITANGAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA Tarikh Penyerahan/ penyempurnaan Ditawarkan MENGIKUT PENENTUAN KERJA DITETAPKAN DI LAMPIRAN F DAN LAMPIRAN G * Sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan

JUMLAH

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan (ii) Tarikh penyerahan/penyempurnaan ialah ................................................ Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas. Tandatangan Penyebutharga ............................................................................ Nama dan K/P : ............................................................................ Alamat Syarikat : .............................................................................

………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………..

Tarikh : ..............................................