dokumen sebut harga jpa(sii)28/2014 - docs.jpa.gov.mysii)282014.pdf · spesifikasi : i) pn. wan nur...

32
DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEREKA BENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL MAJALAH BULETIN TRANSFORMASI JPA KELUARAN JULAI – DISEMBER TAHUN 2014 NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)28/2014

Upload: vokiet

Post on 17-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DOKUMEN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN MEREKA BENTUK,

MENCETAK DAN MEMBEKAL MAJALAH BULETIN TRANSFORMASI JPA KELUARAN

JULAI – DISEMBER TAHUN 2014

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)28/2014

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

4. Lampiran 4 : LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUT HARGA

5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

6. Lampiran 6 : SURAT AKUAN PEMBIDA

7. Lampiran 7 : KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH (1997)

8. Lampiran 8 : LAMPIRAN Q

1

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

_________________________________

DOKUMEN PELAWAAN

PERKHIDMATAN MEREKA BENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL MAJALAH BULETIN TRANSFORMASI JPA KELUARAN JULAI – DISEMBER TAHUN 2014

1. PERIHAL

1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa Penyebut harga bagi Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak Dan Membekal Majalah Buletin Transformasi JPA Keluaran Julai – Disember Tahun 2014 arahan kepada Penyebut Harga seperti di Lampiran 1.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA

2.1 Penyebut harga yang dipelawa mestilah daripada mana-mana syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang : 221601 atau 221615. Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga salinan sijil taraf Bumiputera dari Kementerian Kewangan.

2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebut harga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan menggantung/membatalkan pendaftaran akan diambil seperti berikut:

2.2.1 Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;

2.2.2 Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan

2.2.3 Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana Sebut Harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

MUSTAHAK

2

2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut harga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebut harga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut harga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang

3

mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4. SPESIFIKASI TEKNIKAL

4.1 Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan Sebut Harga.

4.2 Penyebut harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

4.3 Sebelum menghantar tawaran Sebut Harga, Penyebut harga hendaklah memeriksa dokumen Sebut Harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

4.4 Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

5. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

5.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran Sebut Harga ini adalah seperti berikut:

Tarikh Tutup : 3 Disember 2014 (Rabu) Masa : 12.00 tengah hari Nombor Rujukan : JPA(SII)28/2014

6. KEHADIRAN LAWATAN TAPAK / TAKLIMAT

Syarikat / wakil diwajibkan hadir ke taklimat yang akan adakan seperti berikut :

Tarikh : 28 November 2014 (Jumaat) Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat TI-Zone, Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian Transformasi Sektor Awam, Aras 7, Blok C3, Kompleks C,

62510, Putrajaya.

7. DOKUMEN SEBUT HARGA

4

7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir

di dalam lampiran berikut:

7.1.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal (termasuk

Lampiran A) 7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 7.1.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut harga 7.1.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 7.1.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida 7.1.6 Lampiran 8 - Lampiran Q

8. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

8.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebut harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) :

8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal (termasuk Lampiran A)

8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 8.3.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut harga 8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 8.3.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida 8.3.6 Lampiran 8 - Lampiran Q

8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke

dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C,

5

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA

8.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 9.4.

8.6 Tawaran Sebut Harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi

penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran Sebut Harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

9. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

10. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen Sebut Harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebut harga kerana urusan Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

11. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

11.1 JPA adalah berhak mempersetujui Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

11.2 JPA tidak terikat mempersetujui Sebut Harga yang rendah sekali atau mana-mana Sebut Harga jua pun.

11.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut harga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

11.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut Harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

6

11.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

12. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD

12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari

Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga ini tidak akan dilayan.

13. BANTAHAN

13.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga.

13.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan & Aset Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

(u.p: Puan Mashitah Binti Nasaruddin)

14. URUS SETIA SEBUT HARGA

14.1 Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 14.2 (Untuk perhatian : Puan Mashitah Binti Nasaruddin)

15. TAWARAN HARGA PENYEBUTHARGA – Lampiran 5

15.1 Merujuk perkara Bil. 4(a) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2013 menyebut kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan

7

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

15.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

16. PENUTUP

16.1 Penyebut harga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

8

LAMPIRAN 1

1

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA (LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : 221601 atau 221615 dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Sebut Harga Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak Dan Membekal Majalah Buletin Transformasi JPA Keluaran Julai – Disember Tahun 2014.

1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah

berurusan terus di alamat: Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan & Aset Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA. (u.p: Puan Mashitah Binti Nasaruddin)

1.3 Semua peralataan dan perisian yang dibekalkan hendaklah merupakan

peralatan yang baru atau tulen dan belum digunakan. Pihak Kerajaan berhak menolak mana-mana mesin yang didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan

1.4 Spesifikasi, kualiti dan model yang dibekalkan hendaklah sama seperti

yang dinyatakan di dalam Sebut Harga ini. 1.5 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos

sewa pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.

1.6 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga

(Lampiran 3) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna

2

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam

sampul surat

2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut:

Spesifikasi :

i) Pn. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail 03-8885 5707

Urus Setia

i) Pn. Mashitah Binti Nasaruddin 03 - 8885 3256 4. KESIMPULAN

Penyebut harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

3

LAMPIRAN 2

4

SPESIFIKASI TEKNIKAL BAGI PERKHIDMATAN MEREKA BENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL MAJALAH BULETIN

TRANSFORMASI JPA KELUARAN JULAI – DISEMBER TAHUN 2014

No Perkara Spesifikasi Mandatori Mandatori

Untuk Dijawab

(Ya/Tidak)

Pematuhan Syarat Spesikasi (Penuh/Separa/Dengan Ubah

Suai/Jika Tidak, Sila Nyatakan Ubahsuai Dengan Terperinci)

1

Majalah Buletin Transformasi JPA

Reka bentuk & Percetakan

A) • Rekabentuk dan

susun atur (Design) akan dicadangkan oleh Penyebut Harga

Kreatif:

• Penyediaan draf reka

bentuk adalah bergantung pada kelulusan JPA dan kos penyediaan draf tersebut tidak dapat dituntut oleh pembekal

• Penyebut harga WAJIB mengemukakan sekurang-kurangnya tiga (3) contoh artwork / mock-up untuk tujuan penilaian

Ya

B) • Saiz : A4

Percetakan:

• Kertas (kulit): 310 gm art card

• Kertas (teks) :157 gm matt art

• Cetakan: Warna penuh

• Helaian: 36 - 40 muka surat termasuk kulit

• Kemasan: Matt lamination

• Jilid: Stapler Binding

Ya

5

LAMPIRAN 3

6

No. Modul Kuantiti/ Tempoh

Harga Seunit (RM)

Jumlah Tawaran (RM)

1.

Majalah Buletin Transformasi JPA

10,000 unit

JUMLAH HARGA TAWARAN

Tempoh perkhidmatan bermula dari tarikh surat setuju terima ditandatangani_________________ (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani) Tempoh perkhidmatan boleh mula dilaksanakan : ........ hari (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani) TANDATANGAN : NAMA : JAWATAN : COP SYARIKAT :

JADUAL TAWARAN HARGA

7

LAMPIRAN 4

8

LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA

1. Nama Syarikat : __________________________

1.1 Alamat Pejabat : __________________________ __________________________ __________________________ 1.2 No. Telefon : __________________________ 1.3 No. Faks : __________________________ 1.4 No. Pendaftaran : __________________________ Syarikat 1.5 No. Pendaftaran : __________________________ Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil) 1.6 Status Bumiputera / : __________________________ Bukan Bumiputera (sertakan salinan sijil)

2. Modal Dibenarkan : RM _______________________

Modal Berbayar : RM _______________________

3. Kedudukan Kewangan:

3.1 Kemudahan Pinjaman Dimiliki : RM _______________________ 3.2 Nilai Aset Semasa : RM _______________________ 3.3 Nilai Liabiliti Semasa : RM _______________________

1. Profil Syarikat :

(i) Pengarah :

Bil. Nama

9

(ii) Pemegang Saham :

Bil. Nama Peratus Pegangan Saham (%)

(ii) Pekerja :

Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

1 Pengurusan

2 Profesional

3 Kakitangan

2. Senaraikan pengalaman Syarikat dalam Sebut Harga ini sahaja (Contoh dalam tahun 2010,

2011 dan 2012).Boleh gunakan kertas tambahan jika ruangan tidak mencukupi dan nyatakan tiada pengalaman sekiranya tiada diruang di bawah

(i) Kerajaan :

Bil. Nama Projek / Perolehan Kementerian / Jabatan

/ Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM) Tempoh Kontrak

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

10

(ii) Swasta :

Bil. Nama Projek / Perolehan Kementerian /

Jabatan / Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM)

Tarikh / Tempoh /

Tahun Perkhidmatan

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

6. Sila lampirkan Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir.

6.1 Baki akaun bank tertinggi : RM _____________________ 6.2 Baki akaun bank terendah : RM ____________________

Nama : __________________________ __________________________ (Tandatangan)

Tarikh : ___________________

Cop Syarikat:

11

F. PERAKUAN

Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Tandatangan : ____________________________________ Nama Penyebutharga : ____________________________________ Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________ Tarikh : ____________________________________ Cap Syarikat :

12

LAMPIRAN 5

13

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya. Tuan, NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)28/2014 PERKHIDMATAN MEREKA BENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL MAJALAH BULETIN TRANSFORMASI JPA KELUARAN JULAI – DISEMBER TAHUN 2014 Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup. 2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami; b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah

atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu Penyebutharga;

d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga adalah muktamad; e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan

ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan; f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah

menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

14

Bagi pihak Penyebut Harga Tandatangan Penyebut harga : ________________________________ Nama Penuh : ________________________________ No. Kad Pengenalan : ________________________________ Alamat / Cap Syarikat : ________________________________ Di hadapan : Tandatangan Saksi : ________________________________ Nama Penuh Saksi : ________________________________ No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________ Alamat : ________________________________ ________________________________ ________________________________

15

LAMPIRAN 6

16

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)

…………………………………………………… Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili …………………………………................................................................ nombor Pendaftaran …...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……………………………...... (Nama dan No.KP) Cop Syarikat : Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

(Nama Wakil Syarikat) (Nama Syarikat)

(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

17

LAMPIRAN 7

18

KLAUSA PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

(a) Without prejudice to any other rights of Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm]. (b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination. (c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”

19

LAMPIRAN 8

20

(Kew. 284-Pin. 2/94) Lampiran Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oieh

.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)

No. Telefon............................................................... Ketua Pengarah Jabatan

No. Pendaftaran dengan Kementerian Perkhidmatan Awam

Kewangan ...... ......... ............................................... Jabatan Perkhidmatan Awam

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Bahagian Khidmat Pengurusan

pembelian ini 221601 ATAU 221615 Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,

Blok C1 Kompleks C, Putrajaya No. Telefon. 03-8885 3256

Tarikh: ________________

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah

tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.

1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda

”No. Scbutharga JPA(SII)28/2014

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas

tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 3 Disember 2014

1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: _____________

No. Sebutharga Bil. JPA(SII)28/2014

21

Nama Pegawai : Sharifah Qameilya Binti Syed Ahmad

Jawatan : Ketua Penolong Pengarah

Bil Perihal barang-barang/perhidmatan dan Syarat-syarat Khas

Unit Ukuran

Kuantiti/ Kekerapan

Kadar Seunit (RM)

Harga Keseluruhan (RM)

Untuk diisi oleh Jabatan Untuk disi oleh

Penyebutharga

Perkhidmatan Mereka Bentuk,

Mencetak Dan Membekal Majalah

Buletin Transformasi JPA Keluaran

Julai - Disember Tahun 2014

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan

ditawarkan.......................................

*sila sertakan sesalinan Sijil

Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan

Unit

10,000

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan

syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

22

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan K/P : .........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : ..........................................