dokumen no. sebut harga: jpa(sii)08/2015sii)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat...

37
DOKUMEN SEBUT HARGA PENYELENGGARAAN SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (SISTEM ASSIST) UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015

Upload: others

Post on 05-Feb-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

DOKUMEN SEBUT HARGA

PENYELENGGARAAN SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (SISTEM ASSIST) UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN

AWAM

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015

Page 2: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

4. Lampiran 4 : LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUT HARGA

5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

6. Lampiran 6 : SURAT AKUAN PEMBIDA

7. Lampiran 7 : KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH (1997)

8. Lampiran 8 : LAMPIRAN Q

Page 3: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

1

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

_________________________________

DOKUMEN PELAWAAN

SEBUT HARGA PENYELENGGARAAN SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (SISTEM ASSIST) UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

1. PERIHAL

1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mempelawa Penyebut harga bagi Penyelenggaraan Sistem Analitik Sumber Manusia Sektor Awam (SISTEM ASSIST) untuk Jabatan Perkhidmatan Awam arahan kepada Penyebut Harga seperti di Lampiran 1.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA

2.1 Penyebut harga yang dipelawa mestilah daripada mana-mana syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang 210101, 210102 dan 210104. Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga salinan sijil taraf Bumiputera dari Kementerian Kewangan serta salinan sijil pendaftaran GST (sekiranya ada).

2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebut harga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan menggantung/membatalkan pendaftaran akan diambil seperti berikut:

2.2.1 Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;

2.2.2 Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan

2.2.3 Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana Sebut

PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

MUSTAHAK

Page 4: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

2

Harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut harga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebut harga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut harga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut harga bersetuju tertakluk

Page 5: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

3

hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

3.1.8 Penyebut harga hendaklah mengemukakan tawaran harga tidak termasuk kenaan GST.

4. LATAR BELAKANG DAN SKOP PERKHIDMATAN

4.1 Pengenalan

4.1.1 Sistem Analitik Sumber Manusia Sektor Awam atau singkatannya Sistem ASSIST adalah sistem berasaskan dashboard yang dibangunkan sebagai satu mekanisma penyampaian dan pelaporan maklumat HRMIS dan sistem-sistem utama JPA lain yang cepat dan berkesan.

4.1.2 Sistem ASSIST ini adalah satu daripada Inisiatif Teras 3 Transformasi JPA yang mana Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD), JPA merupakan penaung kepada inisiatif ini.

4.1.3 Sistem ASSIST mula dibangunkan pada 22 April 2014 dan selesai dibangunkan pada 29 Julai 2014. Komponen paparan (presentation layer) Sistem ASSIST dibangunkan menggunakan perisian Targit.

4.2 Objektif

4.2.1 Objektif utama Sistem ASSIST adalah menyediakan kemudahan di dalam menjana, menganalisis data serta menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara real time bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan dasar dan membuat keputusan.

4.3 Fungsian Sistem ASSIST

4.3.1 Pada masa ini, Sistem ASSIST merangkumi fungsi dan keperluan bahagian di JPA seperti berikut:

a. Statistik umum (Bahagian BPPD, JPA)

b. Landasan eksekutif (Bahagian BBPD, JPA)

c. Perancangan dan Penyelidikan (Bahagian BPPD, JPA)

d. Perjawatan (Bahagian BPO, JPA)

e. Saraan (Bahagian BS)

Page 6: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

4

f. Prestasi (Bahagian BK, JPA)

g. Modal Insan dan (Bahagian BMI, JPA)

h. Personel (Bahagian BKP, JPA)

4.4 Ciri-ciri utama

4.4.1 Berikut adalah ciri-ciri utama Sistem ASSIST:

a. Berasaskan web

b. Kepelbagaian browser

c. Boleh dicapai melalui mobile devices

d. Paparan dashboard

e. Kepelbagaian sumber data

4.5 Senibina Sistem ASSIST

Rajah 1: Senibina Sistem ASSIST

4.6 Skop Sebut Harga ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran 2.

Page 7: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

5

4.7 Penyenggaraan Sistem Analitik Sumber Manusia Sektor Awam (SISTEM ASSIST) adalah seperti di lokasi berikut :

Item

Lokasi

Penyenggaraan Sistem ASSIST

Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pengurusan Maklumat, Aras 3, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya.

4.8 Penyebutharga yang berjaya mestilah mematuhi skop kerja seperti berikut :-

i. Penyelenggaraan Sistem Analitik Sumber Manusia Sektor

Awam (SISTEM ASSIST) Untuk Jabatan Perkhidmatan Awam

mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti di Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal.

ii. Penyebutharga yang berjaya dikehendaki memulakan

pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan yang dicadangkan

dalam tempoh sebulan bermula dari tarikh Surat Setuju

Terima yang dikembalikan, kepada Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

iii. Menyediakan laporan perkhidmatan seperti yang dipersetujui

dalam Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal sebagai bukti

aktiviti telah dilaksanakan.

Page 8: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

6

5. SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1 Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan Sebut Harga.

5.2 Penyebut harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

5.3 Sebelum menghantar tawaran Sebut Harga, Penyebut harga hendaklah memeriksa dokumen Sebut Harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.4 Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

6. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

6.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran Sebut Harga ini adalah seperti berikut: Tarikh Tutup : 16 April 2015 (Khamis) Masa : 12.00 tengah hari Nombor Rujukan : JPA(SII)08/2015

7. DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir

di dalam lampiran berikut:

7.1.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 7.1.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut harga 7.1.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 7.1.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida 7.1.6 Lampiran 8 - Lampiran Q

Page 9: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

7

8. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

8.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah

ditandatangani ringkas oleh Penyebut harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) :

8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal (termasuk Lampiran 2A)

8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 8.3.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut harga 8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 8.3.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida 8.3.6 Lampiran 8 - Lampiran Q

8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke

dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA

8.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 9.4.

8.6 Tawaran Sebut Harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi

penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran Sebut Harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

Page 10: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

8

9. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

10. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen Sebut Harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebut harga kerana urusan Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

11. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

11.1 JPA adalah berhak mempersetujui Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

11.2 JPA tidak terikat mempersetujui Sebut Harga yang rendah sekali atau mana-mana Sebut Harga jua pun.

11.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut harga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

11.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut Harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

11.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

12. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD

Page 11: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

9

12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga ini tidak akan dilayan.

13. BANTAHAN

13.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga.

13.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan & Aset Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

(u.p: Puan Mashitah Binti Nasaruddin)

14. URUS SETIA SEBUT HARGA

14.1 Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 14.2 (Untuk perhatian : Puan Mashitah Binti Nasaruddin)

15. TAWARAN HARGA PENYEBUTHARGA – Lampiran 5

15.1 Merujuk perkara Bil. 4(a) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2013 menyebut kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment)

Page 12: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

10

sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

15.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

16. PENUTUP

16.1 Penyebut harga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

Page 13: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

11

LAMPIRAN 1

Page 14: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

1

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA (LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : kod bidang 210101, 210102 dan 210104 dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Sebut Harga Penyenggaraan Sistem Analitik Sumber Manusia Sektor Awam (Sistem ASSIST) Untuk Jabatan Perkhidmatan Awam.

1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah berurusan terus di alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan & Aset Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA. (u.p: Puan Mashitah Binti Nasaruddin)

1.3 Semua peralataan dan perisian yang dibekalkan hendaklah merupakan

peralatan yang baru atau tulen dan belum digunakan. Pihak Kerajaan berhak menolak mana-mana mesin yang didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan

1.4 Spesifikasi, kualiti dan model yang dibekalkan hendaklah sama seperti

yang dinyatakan di dalam Sebut Harga ini. 1.5 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos

sewa pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.

1.6 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga

(Lampiran 3) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna

Page 15: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

2

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam

sampul surat

2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut:

Spesifikasi :

i) En. Mohd Amir bin Mohd Azir 03-8316 4036

Urus Setia

ii) Pn. Mashitah Binti Nasaruddin 03 - 8885 3256 4. KESIMPULAN

Penyebut harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

Page 16: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

3

LAMPIRAN 2

Page 17: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

4

LAMPIRAN 2

1. SPESIFIKASI TEKNIKAL

Spesifikasi keperluan JPA adalah seperti di Jadual 1dan pihak Penyebut Harga diminta mengisi maklumat berkaitan pada ruang yang disediakan.

Bil Perkara Keperluan Minima Mandatori (Ya/Tidak)

Jawapan Mandatori (Ya/Tidak)

Maklumat/Cadangan Penyebut Harga

1. Penyelenggaraan Sistem ASSIST a) Pembaharuan lesen

perisian Targit Penyebut Harga yang Berjaya MESTI memperbaharui lesen perisian Targit (1 tahun) untuk Sistem ASSIST yang menggunakan konfigurasi semasa berikut:

- 1 x AntServer - 1 x Advanced Reporting &

Mobility Server - 1 x Developer Client - 1 x Advanced Client - 1 x (50 Normal Client User Pack)

Ya

b) Komponen terlibat Penyebut Harga yang Berjaya MESTI melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas komponen-komponen Perisian Targit berikut:

- Targit software upgrades - Pembetulan bugs pada perisian

Targit

Ya

Page 18: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

5

Bil Perkara Keperluan Minima Mandatori (Ya/Tidak)

Jawapan Mandatori (Ya/Tidak)

Maklumat/Cadangan Penyebut Harga

c) Tempoh Kontrak 1 tahun

Ya

d) Latihan

i. Penyebut Harga yang Berjaya MESTI menyediakan satu (1) sesi latihan semula bagi peningkatan Perisian Targit 2K14

2 Perkhidmatan Bantuan/Sokongan a) Perkhidmatan saluran

capaian Penyebut Harga yang berjaya MESTI memberikan perkhidmatan kepada JPA dengan pelbagai saluran capaian panggilan seperti web conference, pusat panggilan, lokasi dan perkhidmatan sokongan e-mel untuk pegawai JPA membuat request service, membuat panggilan dan mengemaskini sebarang masalah yang berlaku dalam persekitaran sistem di JPA. (Sila nyatakan perinciannya).

Ya

b) Sistem berasaskan web

Penyebut Harga yang berjaya juga MESTI memberikan perkhidmatan kepada JPA sistem berasaskan web yang membenarkan JPA untuk log masuk dan melihat kes terdahulu, melaporkan masalah baru, membuat request service dan juga mengambil

Ya

Page 19: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

6

Bil Perkara Keperluan Minima Mandatori (Ya/Tidak)

Jawapan Mandatori (Ya/Tidak)

Maklumat/Cadangan Penyebut Harga

langkah terhadap mana-mana masalah atau sebarang ancaman.

c) Laporan Perkhidmatan Sebarang perkhidmatan yang diberikan perlu disertakan sekali dengan laporan perkhidmatan penyenggaraan dan disahkan oleh pegawai JPA.

Ya

3 Pengalaman / kepakaran

a) Pengalaman syarikat Penyebut Harga yang berjaya MESTI mempunyai pengalaman di dalam melaksanakan projek berkaitan Business Intelligence (BI). (Sila nyatakan tempoh dalam tahun, senarai pelanggan dan nama produk tersebut)

Ya

b) Pengalaman pegawai syarikat Penyebut Harga

Penyebut Harga yang berjaya MESTI mempunyai pegawai yang mahir dalam perisian Targit. (Sila nyatakan bilangan pegawai yang mahir)

Ya

Page 20: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

7

LAMPIRAN 3

Page 21: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

8

JADUAL TAWARAN HARGA Bil Perkara Harga (RM) Catatan/Komen

1.

Penyenggaraan Sistem ASSIST a. Pembaharuan lesen Targit

(1 tahun) berdasarkan konfigurasi semasa Sistem ASSIST berikut: - 1 x AntServer - 1 x Advanced Reporting

& Mobility Server - 1 x Developer Client - 1 x Advanced Client - 1 x (50 Normal Client

User Pack)

b. Perkhidmatan

.....……………………

(1 tahun)

JUMLAH

Perhatian : Tawaran harga yang ditawarkan adalah tidak termasuk kenaan GST. Tempoh perkhidmatan bermula dari tarikh surat setuju terima ditandatangani_________________ (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani) Tempoh perkhidmatan boleh mula dilaksanakan : ........ hari (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani) TANDATANGAN : NAMA : JAWATAN : COP SYARIKAT :

Page 22: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

9

LAMPIRAN 4

Page 23: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

10

LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA

1. Nama Syarikat : __________________________

1.1 Alamat Pejabat : __________________________ __________________________ __________________________ 1.2 No. Telefon : __________________________ 1.3 No. Faks : __________________________ 1.4 No. Pendaftaran : __________________________ Syarikat 1.5 No. Pendaftaran : __________________________ Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil) 1.6 Status Bumiputera / : __________________________ Bukan Bumiputera (sertakan salinan sijil)

2. Modal Dibenarkan : RM _______________________

Modal Berbayar : RM _______________________

3. Kedudukan Kewangan:

3.1 Kemudahan Pinjaman Dimiliki : RM _______________________ 3.2 Nilai Aset Semasa : RM _______________________ 3.3 Nilai Liabiliti Semasa : RM _______________________

1. Profil Syarikat :

(i) Pengarah :

Bil. Nama

Page 24: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

11

(ii) Pemegang Saham :

Bil. Nama Peratus Pegangan Saham (%)

(ii) Pekerja :

Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

1 Pengurusan

2 Profesional

3 Kakitangan

2. Senaraikan pengalaman Syarikat dalam Sebut Harga ini sahaja (Contoh dalam tahun 2010,

2011 dan 2012).Boleh gunakan kertas tambahan jika ruangan tidak mencukupi dan nyatakan tiada pengalaman sekiranya tiada diruang di bawah

(i) Kerajaan :

Bil. Nama Projek / Perolehan Kementerian / Jabatan

/ Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM) Tempoh Kontrak

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

Page 25: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

12

(ii) Swasta :

Bil. Nama Projek / Perolehan Kementerian /

Jabatan / Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM)

Tarikh / Tempoh /

Tahun Perkhidmatan

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

6. Sila lampirkan Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir.

6.1 Baki akaun bank tertinggi : RM _____________________ 6.2 Baki akaun bank terendah : RM ____________________

Nama : __________________________ __________________________ (Tandatangan)

Tarikh : ___________________

Cop Syarikat:

Page 26: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

13

F. PERAKUAN

Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Tandatangan : ____________________________________ Nama Penyebutharga : ____________________________________ Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________ Tarikh : ____________________________________ Cap Syarikat :

Page 27: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

14

LAMPIRAN 5

Page 28: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

15

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya. Tuan, NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)08/2015 SEBUT HARGA PENYENGGARAAN SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (ASSIST) UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup. 2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami; b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah

atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu Penyebutharga;

d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga adalah muktamad; e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan

ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan; f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah

menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

Page 29: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

16

Bagi pihak Penyebut Harga Tandatangan Penyebut harga : ________________________________ Nama Penuh : ________________________________ No. Kad Pengenalan : ________________________________ Alamat / Cap Syarikat : ________________________________ Di hadapan : Tandatangan Saksi : ________________________________ Nama Penuh Saksi : ________________________________ No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________ Alamat : ________________________________ ________________________________ ________________________________

Page 30: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

17

LAMPIRAN 6

Page 31: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

18

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)

…………………………………………………… Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili …………………………………................................................................ nombor Pendaftaran …...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……………………………...... (Nama dan No.KP) Cop Syarikat : Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

(Nama Wakil Syarikat) (Nama Syarikat)

(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

Page 32: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

19

LAMPIRAN 7

Page 33: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

20

KLAUSA PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

(a) Without prejudice to any other rights of Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm]. (b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination. (c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”

Page 34: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

21

LAMPIRAN 8

Page 35: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

22

(Kew. 284-Pin. 2/94) Lampiran Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oieh

.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)

No. Telefon............................................................... Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

No. Pendaftaran dengan Kementerian Jabatan Perkhidmatan Awam

Kewangan ...... ......... ............................................... Bahagian Khidmat Pengurusan

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,

pembelian ini 210101, 210102 dan 210104 Blok C1 Kompleks C, Putrajaya

No. Telefon. 03-8885 3256 Tarikh: ________________

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah

tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.

1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda

”No. Scbutharga JPA(SII)08/2015

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas

tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 10 April 2015

1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: _____________

No. Sebutharga Bil. JPA(SII)08/2015

Page 36: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

23

Nama Pegawai : Sharifah Qameilya Binti Syed Ahmad

Jawatan : Ketua Penolong Pengarah

Bil Perihal barang-barang/perhidmatan dan Syarat-syarat Khas

Unit Ukuran

Kuantiti/ Kekerapan

Kadar Seunit (RM)

Harga Keseluruhan (RM)

Untuk diisi oleh Jabatan Untuk disi oleh

Penyebutharga

Penyenggaraan Sistem Analitik Sumber Manusia Sektor Awam (Sistem ASSIST) Untuk Jabatan Perkhidmatan Awam

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan

ditawarkan.......................................

*sila sertakan sesalinan Sijil

Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan

1 lot

Penyenggaraan

merangkumi

pembaharuan

lesen dan

perkhidmatan

untuk setahun

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan

syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan K/P : .........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : .........................................

Page 37: DOKUMEN NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)08/2015SII)082015.pdf · menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara . real time . bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan

24