tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · web viewpengubah masukan t1 di tap tengah, sebagai pemecah...

32
Modul ini memperkenalkan fungsi litar dan kendalian penguat audio, membina, menyambung, menguji dan mengesan kerosakan penguat audio. OBJEKTIF UMUM Memahami ciri, fungsi dan penggunaan alat kelengkapan, alat pengukuran dan alat pengujian elektronik. Membina dan menguji litar elektronik berpandukan perincian yang diberi. Mengesan dan membaiki kerosakan litar penguat. OBJEKTIF KHUSUS Diakhir modul ini murid akan dapat : Menerangkan kendalian litar penguat audio. Membina litar penguat audio lengkap jenis IC. Mengesan dan membaikpulih kerosakan litar penguat audio. Mengamalkan peraturan keselamatan. PENCAPAIAN KOMPETENSI Menyatakan fungsi pra penguat dan penguat kuasa audio. Melakar litar pra penguat dan penguat kuasa audio. Menerangkan kendalian litar pra penguat dan penguat kuasa audio. Membina dan menguji kefungsian litar penguat audio lengkap yang menggunakan IC. Mengesan kerosakan pada litar pra penguat dan penguat kuasa audio dengan menggunakan meter pelbagai, osiloskop dan penjana isyarat audio. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan. 1 PENGUAT MODUL 6

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Modul ini memperkenalkan fungsi litar dan kendalian penguat audio, membina, menyambung, menguji dan mengesan kerosakan penguat audio.

OBJEKTIF UMUM

Memahami ciri, fungsi dan penggunaan alat kelengkapan, alat pengukuran dan alat pengujian elektronik.

Membina dan menguji litar elektronik berpandukan perincian yang diberi. Mengesan dan membaiki kerosakan litar penguat.

OBJEKTIF KHUSUS

Diakhir modul ini murid akan dapat :

Menerangkan kendalian litar penguat audio. Membina litar penguat audio lengkap jenis IC. Mengesan dan membaikpulih kerosakan litar penguat audio. Mengamalkan peraturan keselamatan.

PENCAPAIAN KOMPETENSI

Menyatakan fungsi pra penguat dan penguat kuasa audio. Melakar litar pra penguat dan penguat kuasa audio. Menerangkan kendalian litar pra penguat dan penguat kuasa audio. Membina dan menguji kefungsian litar penguat audio lengkap yang menggunakan IC. Mengesan kerosakan pada litar pra penguat dan penguat kuasa audio dengan

menggunakan meter pelbagai, osiloskop dan penjana isyarat audio. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

6.1 PENGUAT

Penguat ialah satu alat yang membesarkan masukan isyarat kecil supaya dapat mengawal suatu kuasa keluaran yang lebih besar. Kebanyakan peralatan elektronik mengandungi pelbagai jenis penguat seperti penguat frekuensi audio, penguat frekuensi radio, penguat frekuensi pertengahan, penguat frekuensi video dan sebagainya. Dalam modul ini kita hanya akan membincngkan berkenaan penguat frekuensi audio.Penguat frekuensi audio hanya berfungsi tak lain dari menguatkan isyarat audio. Rajah 6.1, menunjukkan rajah blok bahagian penguat frekuensi audio.

1

PENGUATMODUL 6

Bekalan Kuasa dc

Page 2: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Rajah 6.1: Gambarajah Blok Bahagian Penguat Frekuensi Audio

Bagi penguat frekuensi audio yang terdahulu ianya mengandungi beberapa transistor sama ada jenis NPN atau PNP tetapi pada masa kini ianya mungkin hanya mempunyai satu IC sahaja yang mana ia mengandungi beberapa peringkat di dalamnya, contohnya di dalam satu alat pemain pita atau system siar raya (public address system) ia mengandungi peringkat pra penguat, penguat frekuensi audio, penguat pemacu dan penguat kuasa yang akan memacu pembesar suara.

Jenis gandingan

Penguat frekuensi audio mempunyai beberapa jenis pengganding yang menggandingkan isyarat audio dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain antaranya :

i. Pengganding RCii. Pengganding pengubahiii. Pengganding terus

2

Penguat Audio KuasaPra penguat audio

Page 3: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Rajah 6.2 : Jenis-jenis pengganding i) Pengganding RC, ii) Pengganding pengubah dan iii) Pengganding terus.

Kelas Penguat

Penguat mempunyai tiga kelas kendalian asas dimana ia merujuk kepada titik kendalian seperti yang ditunjukkan dalan rajah 6.3.

Rajah 6.3 : Lengkung ciri kendalian transistor menunjukkan Titik kendalian kelas A, B dan C

Kelas Ao Transistor dipincang pada kawasan linar pada lengkung ciri

kendaliannya.o Transistor berfungsi sepenuhnya.o Penguat menghasilkan isyarat keluaran kitar penuh iaitu 360.o Mempunyai keluaran tanpa herotan.o Digunakan dalam litar pra penguat dan penguat pemacu.

3

C

A

I C (m

A)

IB (uA)B

Page 4: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Kelas Bo Transistor dipincang pada takat alihan (cutoff).o Transistor berfungsi pada ½ kitar sahaja.o Menghasilkan isyarat keluaran separuh kitar iaitu 180.o Digunakan dalam litar penguat kuasa audio tolak tarik dan

penguat kuasa audio pelengkap simetri

Kelas Co Transistor dipincang melepasi takat alihan.o Transistor berfungsi kurang dari ½ kitar iaitu kurang 1800.o Menghasilkan isyarat keluaran yang berbentuk denyut.o Digunakan dalam litar penguat IF dan RF.

Suap balik

Terdapat dua jenis suap balik:o Suap balik positifo Suap balik negatif

Jenis suap balik yang digunakan dalam penguat adalah suap balik negatif manakala suap balik positif diperlukan dalam litar pengayun seperti dalam modul 5.

Suap balik negatif bermaksud isyarat keluaran disalurkan semula ke masukan dengan beza fasa 180o.

4

Page 5: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Rajah 6.4 : Suap balik dalam penguat

Rajah 6.4 menunjukkan sistem suap balik, dimana voltan keluaran (VO) di salurkan semula ke masukan melalui rangkaian suap balik.Voltan Vf adalah voltan yang dicampur dengan voltan masukan Vi untuk menghasilkan voltan berkesan ei.Voltan suap balik ialah :

Vf = βVO

Dimana β ialah pecahan gandaan suap balik BVoltan masukan keseluruhan ialah Vi = ei + Vf

Gandaan penguat dengan adanya suap balik adalah :

Gf = VO = VO . Vi ei + βVO

Voltan berkesan masukan ialah ei = 10mV – 2mV = 8mVDiberi gandaan penguat tanpa suap balik ialah G = 100.Maka voltan keluaran VO = 8 x 100 = 800mV.Dengan yang demikian gandaan keseluruhan penguat dengan suap balik adalah :

Gf = VO = 800 = 80 Vi 10

Peratus suap balik β ialah

β = Vf = 2 . = 1 . = 0.0025 atau 25% VO 800 400

5

SUAP BALIK POSITIF SUAP BALIK NEGATIF1) Gandaan tinggi 1) Gandaan rendah2) Lebar jalur sempit 2) Lebar jalur lebar3) Sambutan frekuensi memuncak 3) Sambutan frekuensi mendatar4) Galangan masukan rendah 4) Galangan masukan tinggi5) Gandaan keluaran timggi 5) Gandaan keluaran rendah6) Digunakan dalam pengayun 6) Digunakan dalam penguat sebab Kesetabilannya (ac dan dc) dan lebar jalur yang lebar.

Page 6: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Rajah 6.5 : Perbandingan antara suap balik positif dan suap balik negatif

Suap balik terbahagi kepada dua iaitu suap balik arus dan voltan

Rajah 6.6 : R5 membekalkan suap balik arus dan C2 R3 membekalkan suap balik voltan.

Suap balik arus ialah dimana voltan suap balik berkadaran dengan arus keluaran yang dibekalkan oleh R5.Suap balik voltan ialah dimana voltan suap balik berkadaran dengan voltan keluaran (yang dibekalkan oleh C2 R3.Gandaan penguat tanpa suap balik dipanggil gandaan gelung-buka.Gandaan penguat dengan suap balik negatif dipanggil gandaan gelung tertutup.

6.1.1 Pra Penguat Audio

Alat pemain pita misalnya mesti mempunyai peringkat pra penguat sebab isyaratnya adalah terlalu kecil yang perlu dikuatkan, begitu juga dengan peranti-peranti masukan yang lain seperti mikrofon. Pra penguat juga dipanggil sebagai penguat isyarat kecil sebab ia menerima isyarat ac yang kecil.

Fungsi

Menguatkan isyarat audio dari peranti masukan audio. Memadankan galangan antara peranti masukan dan penguat

frekuensi audio, juga dipanggil sebagai penguat pemacu atau penguat voltan. Menghadkan nisbah hingar isyarat

Rajah 6.7 menunjukkan satu litar pra penguat dengan corak sambungan penguat pengeluar sepunya.

R1 dan R2 sebagai pembahagi voltan untuk memberikan pincang kepada transistor Q.

C1 dan C2 adalah gandingan.

6

Page 7: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

C3 adalah pirau pada pengeluar transistor Q. Kendalian kelas A

Rajah 6.7 : Litar penguat pengeluar sepunya sebagai pra penguat audio (menggunakan transistor jenis silikon dan mempunyai βdc = 150).

Merujuk kepada rajah 6.7, mari kita buat analisa voltan dc dalam litar ini, untuk itu lebih mudah kalau kita lihat litar persamaan dc seperti yang ditunjukkan pada rajah 6.8, harus diingat bahawa dinggap tiada dalam kendalian voltan dc.

Rajah 6.8 : Litar persamaan dc untuk rajah 6.7

Rintangan masukan dc pada tapak transistor Q boleh ditentukan dengan formula :

Rin (tapak) = βdcRE

= (150)(560Ω) = 84KΩ

Pada kebiasaannya nilai Rin(tapak) adalah sepuluh kali ganda lebih besar dari nilai perintang R2.

7

Page 8: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Untuk menentukan nilai VB, VE dan VC :

VB = R2 . x VCC

R1 + R2

= 6.8KΩ . x 12V = 2.83V 28.8KΩ VE = VB - VBE

= 2.83V – 0.7V = 2.13V

Oleh yang demikian

IE = VE .

RE

= 2.13V = 3.80mA 560Ω

Anggap IC = IE sebab nilai IE adalah terlalu kecil, maka

VC = VCC - VRC

VC = VCC – ICRC dimana ICRC = VRC

= 12V – (3.8mA x 1KΩ) = 12V – 3.8V = 8.2V

Akhirnya

VCE = VC – VE

= 8.2V – 2.13V = 6.07V

Kesimpulannya, nilai voltan dc bagi litar tersebut adalah :VB = 2.83VVE = 2.13VVC = 8.2VWalau bagaimana pun bila membina litar ini dan meter pelbagai yang mempunyai kepekaan 20KΩ/V digunakan untuk mengukur voltan ini sedikit perubahan nilai akan berlaku sebab nilai perintang mempunyai had terima.

Sebarang kerosakan berlaku dalam litar, akan mengubah nilai voltan pada transistor.

Contoh:Simptom : Tiada keluaranVB : 0VVE : 0VVC : 12V (= VCC)

Ini adalah disebabkan olih R1 terbuka.

8

Page 9: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Apabila R1 terbuka, tiada arus mengalir pada R2 dan tapak transistor Q, maka tiada voltan pada tapak dan pengeluar, dengan itu transistor tidak berfungsi. Begitu juga pada pemungut, dimana tiada arus mengalir dan oleh yang demikian tiada voltan susut merentas RC maka voltan pemungut akan sama dengan voltan VCC (12V).

Hubungan fasa antara masukan dan keluaran adalah 1800 beza fasa.

Kawalan Nada

o Dalam litar pra penguat terdapat litar kawalan nada iaitu kawalan yang berfungsi untuk mengawal lengkung sambutan frekuensi bagi penguat.

o Kawalan-kawalan itu adalah kawalan:i. trebleii. bassiii. bahana

Rajah 6.9 : Litar kawalan nada

Treeble - kawalan audio frekuensi tinggi yang mengandungi litar penapis lulus tinggi.

Bass - kawalan audio frekuensi rendah yang mengandungi litar penapis lulus rendah. Bahana - kawalan audio keseluruhan iaitu meninggi atau

merendahkan amplitude isyarat audio. Transistor Q - sebagai pra penguat

Kendalian litar pra penguat dan kawalan nada.

Vmasukan menerima isyarat audio dari peranti masukan audio. Isyarat digandingkan melalui C1 ke tapak transistor Q.

9

Page 10: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Isyarat dikuatkan oleh transistor pra penguat Q. Isyarat keluaran dari pra penguat pada pumungut Q akan digandingkan

melalui C3 ke peringkat penguat pemacu atau penguat voltan melalui rangkaian kawalan nada.

VR1 adalah kawalan treeble, kawalan maksima adalah apabila gelangsar VR1 dilaras kearah C4, dimana frekuensi tinggi akan mengalir melalui kapasitor C4 dan terus ke peringkat seterusnya melalui gelangsar, manakala sebahagian rintangan VR1 akan meluluskan frekuensi rendah untuk di bumikan melalui C5.

R5 meluluskan frekuensi rendah. VR2 adalah kawalan bass, kawalan maksima adalah apabila gelangsar

VR2 dilaras kearah R5 C6, dimana pada kedudukan itu C6 berkeadaan pintas maka frekuensi rendah akan diluluskan oleh R5 manakala frekuensi tinggi akan diluluskan oleh C7 untuk disalurkan ke bumi melalui R6.

VR3 adalah kawalan bahana, iaitu mengawal keseluruhan amplitud isyarat audio dari pra penguat. Amplitud maksima apabila kedudukan gelangsar VR3 berada pada sebelah atas iaitu kearah R7.

Kesan sebaliknya apabila VR dilaras ke kedudukan minima.

6.1.2 Penguat Kuasa Audio

Berfungsi sebagai penguat isyarat besar iaitu menguatkan isyarat audio yang akan memacu pembesar suara di bahagian keluaran penguat audio.

Terdapat empat jenis penguat kuasa audio

Penguat kuasa audio hujung tunggal. Penguat kuasa audio tolak tarik. Penguat kuasa audio pelengkap simetri. Penguat kuasa audio IC.

Penguat kuasa audio hujung tunggal

o Penguat jenis ini biasanya dikendalikan dalam penguat kelas A.

o Menggunakan satu transistor.

10

Page 11: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Rajah 6.10 : Litar asas penguat kuasa hujung tunggal

o Mempunyai kecekapan yang rendah.o Hanya boleh menghasilkan kuasa keluaran yang rendah kecuali menggunakan

tiub electron (pentode).

Penguat kuasa audio tolak tarik

o Menggunakan dua transistor yang sama jenis dan dikendalikan dalam kelas B.

o Setiap satu transistor menguatkan hanya separuh kitar isyarat masukan.

o Menggunakan pengubah masukan dan keluaran sebagai pengubah padanan galangan dan pengganding, T1 dan T2 seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6.11.

Rajah 6.11 : Litar penguat audio kuasa tolak tarik

o Pengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa.

11

Page 12: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

o Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah negatif.

o Q1 dan Q2 hanya akan berfungsi apabila tapaknya lebih positif dari pengeluar.

o Oleh yang demikian Q1 berfungsio Arus akan mengalir dari pemungut ke

pengeluar pada Q1.o ½ kitar positif akan teraruh pada belitan

sekunder pengubah keluaran T2.o Pada ½ kitar positif pada Vb, Q2 akan

berfungsi. o Arus akan mengalir dari pemungut ke

pengeluar transistor Q2.o ½ kitar negatif akan teraruh pada belitan

sekunder pengubah keluaran T2.o Tap tengah pengubah T1

menggabungkan dua iayarat ½ kitar tadi untuk menjadikan satu kitar penuh.o Herotan yang sering berlaku pada

penguat jenis ini ialah herotan melintas disebabkan oleh kerana transistor berfungsi di bahagian yang tidak linar pada lengkung cirri kendalian kedua-dua transistor.

o Untuk mengatasi herotan melintas ini, transistor haruslah dipincang pada titik yang betul, dimana R1 dan R2 adalah perintang yang memberikanb pincang untuk Q1 dan Q2.

Penguat kuasa audio pelengkap simetri

o Menggunakan dua transistor yang berlainan jenis iaitu PNP dan NPN.

o Tidak menggunakan pengubah sebagai pemecah fasa dan pengubah keluaran.

o Rajah 6.12 menunjukkan litar asas penguat pelengkap simetri tolak-tarik.

Rajah 6.12 : Litar asas penguat kuasa pelengkap simetri tolak-tarik

o Q1 dan Q2 dipincang dalam kelas B

12

Page 13: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

o Pada masukan ½ kitar positif, Q1 akan ‘on’ manakala Q2 berada dalam keadaan ‘off’.

o Semasa Q1 on arus I1 akan mengalir dan akan menghasilkan ½ kitar positif merentas RL.

o Pada masukan ½ kitar negatif Q1 akan off dan Q2 pula on.

o Semasa Q2 on arus I2 akan mengalir dan ½ kitar negatif akan terhasil merentas RL.

o Maka satu kitar penuh akan terhasil merentas RL dari tindakan Q1 dan Q2 tadi.

o Bentuk gelombang keluaran menunjukkan terdapat herotan melintas, untuk mengatasinya transistor mesti dipincang dengan betul.

o Rajah 6.13 menunjukkan litar penguat pelengkap simerti tolak-tarik yang biasa digunakan.

Rajah 6.13 : Litar penguat kuasa pelengkap simetri tolak-tarik.

o Q1 adalah penguat pemacu yang dipincang pada kendalian kelasA.

o Voltan pincang Q1 diperolehi dari voltan suap balik negatif melalui perintang Rf.

o Voltan dc pada titik A adalah ½ Vcc (4.5V).

o Dalam litar ini, pembesar suara sebagai beban disambung ke bekalan voltan dc dengan C3 adalah kapasitor gandingan.

13

Page 14: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

o Dengan corak sambungan yang demikian ini bermakna C3 akan mengecas semasa Q3 beroperasi. Manakala C3

akan nyahcas melalui Q2 iaitu semasa Q2 beroperasi.o R4 menyediakan sedikit pincang depan

untuk transistor keluaran (Q2 dan Q3) bagi menghilangkan herotan melintas.o R6 dan R7 adalah perintang pengeluar

bagi Q2 dan Q3. perintang ini akan memberi kestabilan dc disamping memberikan sedikit isyarat suap balik negatif untuk memperbaiki jebar jalur penguat.

AKTIVITI 1 6.1 PENGUAT AUDIO 20W

TUGASAN

Mendawai, memasang dan memateri litar penguat audio yang mengandungi peringkat pra penguat dan penguat kuasa audio 20W.

PENCAPAIAN KEKOMPITENAN

Mengenal komponen Menggunakan alat tangan dengan betul Membuat pendawaian, pemasangan komponen dan membuat pematerian dengan baik pada

papan jalur. Menguji kefungsian litar penguat audio. Mengamalkan keselamatan diri dan alat semasa ditempat kerja

BAHAN / PERALATAN:

PERALATAN KUANTITI BAHAN KUANTITISet peralatan tangan kerja pematerian 1 set Perintang 120KΩ ¼ W 1 unitOsiloskop 1 set Perintang 1KΩ ¼ W 4 unitMeterpelbagai 1 set Perintang 6.8 KΩ ¼ W 1 unitBekalan kuasa 1 set Perintang 22KΩ ¼ W 1 unitPenjana isyarat audio 1 set Perintang 10KΩ ¼ W 4 unit

Perintang 1Ω ¼ W 2 unitPerintang 3.3Ω ¼ W 2 unitPerintang berubah 50KΩ 1 unitKapasitor 0.1uF 6 unitKapasitor 22uF 10V 2 unit

14

Page 15: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Kapasitor 47uF 16V 1 unitKapasitor 10uF 16V 1 unitKapasitor 100uF 16V 5 unitKapasitor 2200uF 16V 2 unitKapasitor 5.6nF 1 unitKapasitor 470pF 1 unitPembesar suara 4Ω 10W 2 unitIC TDA2005M 1 unitDawai pelompat berbagai warna secukupnyaPapan jalur 1 kepingBahan pateri secukupnya

LANGKAH KERJA1. Sediakan peralatan tangan dan bahan/komponen2. Rajah 6.14 adalah satu litar skema penguat kuasa audio, dengan menggunakan

alatan pematerian sambungkan litar itu pada papan jalur.3. Setelah semua komponen disambung, pastikan semua sambungan dibuat dengan

betul dan dapatkan pengesahan dari guru.4. Laras bekalan kuasa kepada 12V dan sambungkan voltan bekalan ke litar.5. Dengan menggunakan penjana isyarat audio 1KHz suntik isyarat pada peringkat

masukan penguat kuasa audio di titik A. Pembesar suara akan mengeluarkan bunyi ‘tone’1KHz.

6. Dengan menggunakan osiloskop lihat bentuk gelombang pada keluaran iaitu merentas pembesar suara kanan dan kiri. Pastikan bentuk gelombang keluaran tidak berherut. Jika berherut kurangkan amplitud isyarat masukan dari penjana isyarat audio.

7. Hitungkan gandaan penguat kuasa audio semasa keluaran kanan dan kiri tidak berherut.

8. Dengan menggunakan penjana isyarat audio 1KHz suntik isyarat pada masukan pra penguat audio di punca masukan.

9. Hitung gandaan penguat audio keseluruhan semasa keluaran kanan dan kiri tidak berherut.

10. Gunakan meter pelbagai, ukur voltan dc pada setiap kaki IC penguat audio kuasa dan transistor pra penguat. Catatkan keputusan dalam jadual 6.1.

11. Gunakan litar yang sama dan berfungsi dengan baik. Buat kerosakan seperti dalam jadual 6.2 dan catatkan semua dapatan dalam jadual itu.

12. Dengan menggunakan kaedah suntikan atau surihan isyarat terangkan kesan kepada kendalian litar bagi setiap kerosakan.

ICTDA

2005M

NO. KAKI VOLTAN DC BENTUK GELOMBANG MASUKAN (pada punca masukan)

1

Vpp = ………………………………….

2

3

4

5 BENTUK GELOMBANG KELUARAN (merentas pembesar suara)

15

Page 16: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

7 Kanan :

Vpp = ………………………………….

Kiri :

Vpp = ………………………………….

8

9

10

11

QBC109

Tapak

Pengeluar

Pemungut

Jadual 6.1

Gandaan Penguat kuasa audio kanan = Vout/Vin = …………………………………………………

Gandaan Penguat kuasa audio kiri = Vout/Vin = …………………………………………………

BIL KOMPONEN / JENIS KEROSAKAN

SIMPTOM ICTDA2005

QBC109

1 2 3 4 5 7 8 9 10 11 B E C

1 R4 terbuka

2 R6 terbuka

3 R8 terbuka

4 R9 terbuka

5C dan E transistor pintas

6 C10 terbuka

Jadual 6.2

16

Page 17: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Terangkan kesan kewujudan isyarat audio pada peringkat yang berkaitan :

1. R4 terbuka : ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

2. R6 terbuka : ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

3. R8 terbuka : ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

4. R9 terbuka : ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

5. Pemungut dan pengeluar transistor pintas : ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

6. C10 terbuka : ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

17

Page 18: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

18

RA

JAH

6.1

4

: L

ITA

R P

EN

GU

AT A

UD

IO 2

0W

Page 19: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

6.2 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN

6.2.1 Mengesan kerosakan

Dalam sistem penguat audio terdapat tiga peringkat iaitu pra penguat, penguat pemacu dan penguat kuasa, kerosakan boleh berlaku dimana-mana peringkat. Pemerhatian yang khusus perlu dibuat untuk mengenal pasti kesan (symptom) kerosakan. Pertama pastikan bekalan dc pada litar disambung dengan kekutuban dan nilai yang betul.

Cara menguji penguat audio adalah dengan menggunakan penjana isyarat audio. Kebiasaannya frekuensi audio 1KHz digunakan untuk menguji penguat audio. Apabila isyarat ini dimasukkan ke masukan penguat audio satu bunyi nada akan terhasil di pembesar suara. Bentuk gelombang adalah gelombang sinus.

Apabila penguat audio mengalami kerosakan maka tiada suara akan kedengaran di pembesar suara.

Terdapat tiga kaedah asas mengesan kerosakan penguat audio:

a) Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada yang hangus atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen terbakar.

b) Suntikan dan surihan isyarat.o Menggunakan penjana isyarat audio dan osiloskopo Menggunakan penjana isyarat audio untuk kaedah suntukan

isyarat.o Penjana isyarat audio dilaras kepada 1KHz bentuk

gelombang sinus dan isyarat disuntik ke masukan setiap peringkat. Dengar bunyi nada (tone) di pembesar suara. Jika tiada bunyi nada dipembesar suara maka peringkat tersebut mengalami kerosakan, rujuk rajah 6.15. Contohnya : Apabila isyarat disuntik pada masukan peringkat B ada bunyi nada di pembesar suara tetapi apabila isyarat disuntui pada masukan peringkat A tiada bunyi nada di pembesar suara maka peringkat A mengalami kerosakan.

o Kaedah surihan isyarat adalah dimana osiloskop digunakan untuk menyurih isyarat. Rajah 6.16 menunjukkan bahawa isyarat pada keluaran peringkat B tiada, maka peringkat B mengalami kerosakan.

Rajah 6.15 : Kaedah suntikan syarat

19

Page 20: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Rajah 6.16 : Kaedah surihan isyarat

c) Sukatan voltan dan rintangan.o Setelah peringkat yang rosak telah dikenal pasti maka perlu membuat

sukatan voltan pada komponen utama iaitu voltan pada setiap kaki transistor atau IC.

o Bandingkan nilai voltan normal dan voltan ketika rosak supaya dapat merumuskan komponen yang rosak, dimana kemunkinan komponen yang berhampiran atau yang berkaitan yang menyebabkan perubahan voltan tadi mengalami kerosakan.

o Sukatan rimtangan digunakan untuk menguji kerintangan komponen yang rosak samada terbuka, pintas atau bocor.

o Perlu diambil perhatian bahawa semasa menyukat rintangan, bekalan kuasa pada litar mesti dioffkan terlebih dahulu.

AKTIVITI 2

MENGESAN KEROSAKAN DAN MEMBAIKPULIH

TUGASAN

Pelajar mengesan kerosakan penguat kuasa audio jenis IC.

ARAHAN KEPADA GURU :

Gunakan litar penguat kuasa audio IC (projek aktiviti 6.1) yang berfungsi sepenuhnya dan sempurna.Guru dikehendaki membuat satu kerosakan pada litar itu.

ARAHAN DAN TUGASAN PELAJAR:

Dengan menggunakan alat ujian yang disediakan, kesan kerosakan secara teratur pada penguat kuasa audio IC.

Dengan menggunakan Borang Aa) Tulis langkah-langkah yang dibuat untuk

mengesan kerosakan.b) Nyatakan symptom kerosakan.c) Tuliskan kesimpulan bagi setiap langkah-

langkah yang dibuat.

20

Page 21: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

d) Nyatakan komponen yang rosak dan jenis kerosakannya serta kesimpulannya.

6.2.2 Langkah-langkah keselamatan

i. Keselamatan diri

Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :

Cara berpakaian- Memakai pakaian bengkel- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah- Tidak memakai barang kemas- Tidak memakai tali leher

Sikap- Sentiasa mematuhi arahan- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja- Melaporkan sebarang kerosakan- Menggunakan alat yang betul- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan

Fizikal- Sihat- Tidak rabun warna- Jelas penglihatan

ii. Keselamatan alat

Peralatan elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Antara ciri keselamatan yang perlu diperhatikan adalah:

Penebatan- Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah

mempunyai penebat yang baik dan sempurna. Penggunaan alat pematerian (soldering iron)

- Alat pemateri adalah satu alat untuk meleburkan bahan pemateri, oleh yang demikian hujung alat peteri adalah panas dengan itu elakkan dari meletakkannya dimerata-rata. Letakkan alat pemateri di pemegangnya (holder).

- Elakkan dari mengetuk alat pateri untuk membersihkan hujung alat pemateri dari bahan pateri sebab ia akan merosakkan elemen pemanasnya. Gunakan span basah untuk membersihkannya.

Penggunaan meter pelbagai (multimeter) dan osiloskop- Gunakan julat yang betul - Pastikan kekutuban yang betul- Mengikuti prosedur penggunaan alat yang betul.

iii. Lain-lain

21

Page 22: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Bekalan kuasa hendaklan dibuka (off) apabila membuat pengukuran rintangan.

BORANG ANAMA PELAJAR

NO. KAD PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TARIKH

SIMPTOM

Bil Langkah-langkah kerja Keputusan / Kesimpulan

Komponen rosak dan jenis kerosakan Kesimpulan

22

Page 23: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

Penilaiankendiri

1. Terangkan definasi penguat audio.………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Merujuk kepada rajah 6.7 litar pra penguat pengeluar sepunya, nyatakan komponen yang rosak apabila kesan berikut terjadi :

i. Simptom : Tiada keluaranVoltan Tapak : 0V

Voltan Pemungut : 12VVoltan Pengeluar : 0V

Komponen rosak dan jenis kerosakan …………………………………………….

ii. Simptom : Tiada keluaranVoltan Tapak : berkurangVoltan Pemungut : hamper 0VVoltan Pengeluar : hamper 0V

Komponen rosak dan jenis kerosakan …………………………………………….

iii. Simptom : Tiada keluaranVoltan Tapak : normalVoltan Pemungut : 12VVoltan Pengeluar : bertambah

Komponen rosak dan jenis kerosakan …………………………………………….

iv. Simptom : Tiada KeluaranVoltan Tapak, Pemungut dan Pengeluar normal.

Komponen rosak dan jenis kerosakan …………………………………………….

v. Simptom : Gandaan keluaran berkurangVoltan Tapak, Pemungut dan Pengeluar normal.

Komponen rosak dan jenis kerosakan …………………………………………….

3. Nyatakan titik kendalian bagi penguat :

23

Page 24: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

i. kelas A …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

ii. Kelas B…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

iii. Kelas C…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

4. Nyatakan perbezaan antara penguat kuasa audio tolak tarik dan penguat kuasa audio pelengkap simetri.………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

5. Merujuk kepada rajah 6.13 : penguat kuasa audio pelengkap simetri, terangkan pada waktu bila kapasitor C3 akan mengecas dan nyah cas.………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

6. Terangkan dengan bantuan gambarajah, bagaimana kaedah suntikan isyarat dilakukan untuk mengesan kerosakan litar penguat audio.………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

24

Page 25: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

LampiranPENILAIAN

NAMA PELAJAR

NO. KAD PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TARIKH

MODUL 6.1 PENGUAT KUASA AUDIO 20WBil Perkara yang

dinilai Pertama Kedua Ketiga Catatan

Kompeten Belum kompeten Kompeten Belum

kompeten Kompeten Belum kompeten

MEMBINA LITAR

1 Susunatur komponen

2 Kualiti pematerian

3 Sambungan betul

4 Kefungsian litar

5Melakukan pengukuran voltan

6Mengira gandaan penguat

7

Menerangkan kesan kepada litar apabila berlaku kerosakan

MENGESAN KEROSAKAN

8Mengenal Simptom kerosakan

9Langkah mengesan kerosakan

10

Menetukan komponen & jenis kerosakan

KEPUTUSAN KOMPETEN BELUM KOMPETEN

NAMA GURU

TANDATANGAN TARIKH

25

Page 26: tpgelec.webs.com doc/penguat.doc · Web viewPengubah masukan T1 di tap tengah, sebagai pemecah fasa. Pada ½ kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah

GLOSARI

IC - Intergrated CircuitPenguat isyarat kecil - small-signal amplifierVmasukan - voltan masukanVkeluaran - voltan keluaranVBE - voltan pincang bagi transistorBahana (kawalan bahana) - volume (volume control)VR - perintang berubahIF - Intermediate Frequency (frekuensi perantaraan)RF - Radio Frequency (frekuensi radio)Gandaan gelung-buka - Open loop gainGandaan gelung tertutup - Closed loop gainPentode - Sejenis tiub elektron Pemecah fasa - Phase splitter

26