doc1

21
Kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir serta pencapaian kimia pelajar Tingkatan Empat. Manniseh Yakun Pengenalan Pendidikan Sains di Malaysia, sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah, adalah berteraskan falsafah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk mencapai matlamat ini, pendidikan sains dirancang untuk memberi penekanan ke atas kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni. Sains adalah suatu susunan ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik tentang alam. Ilmu ini sentiasa berkembang. Untuk penyelidikan sains, lapan kemahiran proses sains asas dan enam kemahiran proses sains intergrasi diperlukan. Semua ketiga belas kemahiran ini boleh diperoleh melalui pembelajaran sains secara aktif. Kajian sains adalah berasaskan pemerhatian terhadap fenomenon semula jadi. Tujuan pemerhatian adalah untuk mendapatkan data yang kemudiannya diorganais dalam bentuk yang bermakna dan dibincangkan. Hasil perbincangan membolehkan kita membuat generalisasi tentang fenomenon yang dikaji itu. Aktiviti makmal merupakan satu kemestian dalam pendidikan sains. Kaedah makmal adalah satu-satunya kaedah yang melatih pelajar menguasai kemahiran saintifik, khususnya melalui aktiviti amali atau eksperimen. Tumpuan diberikan kepada strategi pelaksanaan kaedah eksperimen dan demonstrasi kerana lazimya, kedua-dua kaedah inilah yang dominan digunakan oleh guru semasa mengajar di dalam makmal.

Upload: mimi-hamimi

Post on 02-Feb-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Edu

TRANSCRIPT

Page 1: doc1

Kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir serta pencapaian kimia pelajar Tingkatan Empat.

Manniseh Yakun

Pengenalan 

Pendidikan Sains di Malaysia, sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah, adalah berteraskan falsafah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk mencapai matlamat ini, pendidikan sains dirancang untuk memberi penekanan ke atas kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni.

Sains adalah suatu susunan ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik tentang alam. Ilmu ini sentiasa berkembang. Untuk penyelidikan sains, lapan kemahiran proses sains asas dan enam kemahiran proses sains intergrasi diperlukan. Semua ketiga belas kemahiran ini boleh diperoleh melalui pembelajaran sains secara aktif.

Kajian sains adalah berasaskan pemerhatian terhadap fenomenon semula jadi. Tujuan pemerhatian adalah untuk mendapatkan data yang kemudiannya diorganais dalam bentuk yang bermakna dan dibincangkan. Hasil perbincangan membolehkan kita membuat generalisasi tentang fenomenon yang dikaji itu.

Aktiviti makmal merupakan satu kemestian dalam pendidikan sains. Kaedah makmal adalah satu-satunya kaedah yang melatih pelajar menguasai kemahiran saintifik, khususnya melalui aktiviti amali atau eksperimen. Tumpuan diberikan kepada strategi pelaksanaan kaedah eksperimen dan demonstrasi kerana lazimya, kedua-dua kaedah inilah yang dominan digunakan oleh guru semasa mengajar di dalam makmal.

Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu.

Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal pasti kemahiran proses sains asas sebagai kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran membuat ramalan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menggunakan hubungan ruang dan masa. Kemahiran proses sains bersepadu pula ialah kemahiran mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi, kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran mengeksperimen.

Page 2: doc1

Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran proses sains bersepadu, pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum kemahiran proses sains bersepadu dapat digunakan dengan berkesan.

Kemahiran proses sains bersepadu bergantung kepada keupayaan pelajar untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi dan berfikir lebih daripada satu perkara pada sesuatu masa.

Latar belakang kajian

Secara ringkasnya, amalan pendidikan sains di sekolah masa kini lebih kepada

pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru kerana sistem pendidikan Malaysia yang mementingkan peperiksaan piawai iaitu Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Guru sains merasakan mereka mesti menyampaikan sebanyak mana fakta dan maklumat kepada pelajar bagi persediaan untuk peperiksaan (Rose Amnah Abd Rauf, Abd Rashid Johar, Lilah Halim & Siti rahayah Arifin, 2004).

Pelajar-pelajar sentiasa didedahkan dengan pengajaran yang sebegini mengakibatkan sikap kebergantungan kepada guru sebagai pemberi maklumat adalah tinggi dan akhirnya pelajar menerima bulat-bulat apa yang disuapkan oleh guru mereka tanpa banyak soal. Penekanan terhadap penguasaan kemahiran proses sains tidak dilaksanakan oleh guru kerana dianggap tidak begitu penting jika dibandingkan dengan pemerolehan fakta.

Subjek sains  merupakan pelajaran teras di sekolah menengah di Malaysia. Jesteru itu matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Salah tanggapan pelajar yang mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran yang susah  dan sukar untuk memahaminya. Ini kerana bidng sains merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam hidupan, menyiasat alam fizikal, menyiasat alam bahan, bumi dan alam semesta serta dunia teknologi. Topik ini dianggap susah dan sukar difahami kerana kajiannya lebih mendalam dan lebih daripada  pemerhatian kita.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung penuh kepada buku teks antara factor  yang dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun terdapat sebilangan besar guru yang masih menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan pelajar  yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif.

Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang diberi focus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan pelajar. Ini adalah selaras dengan seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan perkembangan secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

         Falsafah pendidikan sains juga telah menggariskan Sains merangkumi tiga komponen utama iaitu proses, hasil dan sikap. Sains sebagai suatu proses. kemahiran proses sains adalah

Page 3: doc1

asas untuk mempelajari sains.  proses menitikberatkan cara untuk memperolehi pengetahuan sains.   menggunakan prosedur empiris dan analisis untuk menerangkan fenomena   alam   semesta.  melibatkan pengalaman “ hands-on” dan “ minds-on”.   melibatkan pembentukan hipotesis , merancang , mengeksperimen , mengumpul dan menganalisis data serta membuat rumusan.

         Sains teras di menengah atas dibangunkan untuk menghasilkan pelajar yang literate dalam sains, inovatif dan boleh menggunakan pengetahuan saintifik dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Mata pelajaran elektif Sains, iaitu kimia, biologi, sains tambahan dan fizik adalah membantu pelajar untuk lebih memahmi proses sains bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang sains. Kumpulan pelajar ini menjadi pilihan utama bekerja dalam bidang sains dan teknologi dan memainkan peranan dalam pembangunan kebangsaan. (Pusat Pembangunan Kurikulum, 2005)

Pernyataan masalah

Dalam era ini, pendidikan menjadi salah satu yang penting dalam kalangan masyarakat. Malah sesetengah masyarakat mengukur seseorang berdasarkan pencapaian akademik. Oleh yang demikian, keadaan ini menjadikan ibu bapa memaksa anak-anaknya untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang tinggi tanpa meghiraukan perubahan tingkahlaku pelajar itu. Apatah lagi cara pelajar berfikir.

         Menurut Edward de Bono (2006,p.13), pendidikan bukan hanya satu sistem pendidikan sahaja, malah lebih kepada mengajar pelajar bagaimana berfikir. Ini adalah sejajar dengan keperluan kurikulum Kimia.

         Sains melibatkan bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik serta nilai moral. Kesepadaun antara tiga perkara ini adalah sangat penting untuk menentukan kualiti pendidikan sains. Dalam bidang pengetahuan dan ilmu, Sains menyediakan satu keranga konsep yang membolehkan pelajar memahami persekitaran mereka.

         Seperti yang dinyatakan dalam silibus kimia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005), Sains juga merupakan satu proses inkuiri dan penyelesaian masalah. Oleh yang demikian, sains membina kemahiran dalam mengkaji tentang persekitaran. Ini melibatkan kemahiran berfikir, strategi berfikir dan kemahiran saintifik. Pengetahuan semestinya hasil utama  dalam sesuatu kajian tersebut. Inkuiri sains juga menginginkan dan membolehkan pelajar membina sikap saintifik dan nilai moral.

         Seperti yang dinyatakan sebelum ini, dalam pendidikan sains, kemhiran proses Sains asas perlu dikuasai dahulu sebelum menguasai kemahiran proses sains bersepadu. Isu sains dan matematik yang dibawa oleh Wan Fuzaini (2007), sifat keterbukaan kurikulum. Beliau mengungkapkan bahawa, kurikulum haruslah sejajar dengan keperluan masyarakat setempat.

         Oleh itu, kurikulum haruslah mampu menyediakan masyarakat yang diperlukan oleh pembangunan masyarakat diingini. Selain itu agensi-agensi luar seperti PETROSAINS, Planetarium, dan Pusat Sains Negara perlu mengambil tanggungjawap bagi memupuk minat dalam bidang sains (dalam Robiah Sidin, 2003 dan Wan Fuzaini, 2007).

Page 4: doc1

         Namun demikian, adalah usaha untuk membudayakan sains dan teknologi ini membantu pelajar dalam menguasai proses sains yang asas? Menurut Anizah(2004), tahap kemahiran pelajar mengendalikan peralatan makmal adalah ditahap sederhana. Sedangkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains, kemahiran ini adalah asas untuk melakukan sesuatu penyiasatan tentang persekitaran.

         Kassim, Abu Hassan (2003) dalam kajiannya, menyatakan bahawa aspek kemahiran saintifik iaitu membuat inferens dan mengawal pembolehubah hanya dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran pada tahap sederhana. lebih menyedihkan lagi adalah aspek membuat ramalan dan membuat hipotesis adalah di tahap yang lemah.

         Walau bagaimanapun dalam kajian yang lain, Kasim, Abu Hasan dan Rohana Hussin (2003) tahap penguasaan aspek membuat hipotesis, mentafsir maklumat dan membuat ramalan oleh pelajar adalah di tahap yang baik. Sedangkan kemahiran membuat inferens masih di tahap yang sederhana.

         Oleh yang demikian, seandainya kurikulum bersepadu sains yang dibangunkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ini diteliti dan diamalkan oleh para pendidik, ia sememangnya mampu menghasilkan pelajar berdaya saing yang diingini.

         Berdasarkan kepada situasi dan saranan dalam KBSM, kajian ini ingin meninjau tahap penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir pelajar dan kesannya terhadap pencapaian kimia.

         Kemahiran saintifik yang ingin dikaji adalah menjurus kepada kemahiran membuat inferens. Kemahiran ini juga mengarahkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. KBKK yang ingin dikaji berdasarkan kemahiran membuat inferens ialah, kemahiran menginferens, menganalisis, membezakan dan kemahiran menghubungkait.

Objektif kajian

Objektif dalam kajian ini adalah ditetapkan seperti berikut:

a)      Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam kemahiran membuat inferens.

b)      Mengenalpasti tahap kemahiran berfikir pelajar dari aspek menghubungkait.

c)      Mengenalpasti tahap kemahiran berfikir pelajar dari aspek membezakan.

d)     Mengenalpasti tahap kemahiran berfikir pelajar dari aspek menganalisis.

e)      Mengenalpasti kesan kemahiran membuat inferens terhadap KBKK yang ditentukan.

f)       Mengenalpasti kesan KBKK terhadap pencapaian kimia

g)      Menyatakan perbezaan tahap kemahiran proses sains mengikut jantina

Soalan Penyelidikan/ Hipotesis.

Page 5: doc1

        i.      Apakah tahap pencapaian pelajar dalam kemahiran proses sains, dalam aspek membuat inferens pelajar?

      ii.      Apakah tahap kemahiran menghubungkait pelajar dalam kimia?

    iii.      Apakah tahap kemahiran membezakan oleh pelajar dalam proses sains?

    iv.      Apakah tahap kemahiran pelajar dari segi aspek menganalisis?

      v.      Apakah kesan kemahiran proses sains terhadap kemahiran berfikir pelajar?

    vi.      Apakah kesan kemahiran berfikir terhadap pencapaian kimia?

  vii.      Adakah perbezaan antara tahap pencapaian kemahiran proses sains antara perempuan dengan lelaki?

Signifikan kajian

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pembelajaran sains meliputi proses, sikap dan nilai. Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dalam pembelajaran sains. Namun demikian, pembelajaran sains banyak menumpukan dalam aspek proses. Oleh yang demikian, kemahiran proses sains adalah lebih diutamakan dalam proses pembelajaran sains.

            Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah untuk memenuhi kehendak KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara amnya. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan akan memberi implikasi yang buruk terhadap pencapaian pelajar dan cita-cita falsafah Pendidikan Negara. Diharap dapatan kajian ini akan memberi maklumat kepada pihak-paihak berkenaan sperti pentadbir sekolah, guru-guru tentang keberkesanan penggunaan Kaedah Pembelajaran Inkuiri dalam mata pelajaran Sains. Di samping itu ia akan memberi peluang dan pengalaman  kepada guru-guru Sains untuk mengetahui dan mempelajari teknik-teknik yang digunakan dalam kaedah Pembelajaran Inkuiri.

          Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada guru-guru mata pelajaran lain untuk mencuba pendekatan kaedah Inkuiri ini. Kepada pihak PPD dan JPN  akan dapat mengambil langkah proaktif memperkenal dan melaksanakan pendekatan kaedah Inkuiri ini di sekolah-sekolah khususnya untuk mata pelajaran Sains dan mata pelajaran lain amnya.

          Daripada dapatan ini juga diharap perancang kurikulum atau perancang modul pembelajaran memberi penekanan terhadap penggunaan pendekatan Pembelajaran Inkuiri.

Apakah perlunya kita mengutamakan penguasaan kemahiran proses sains? Berdasarkan Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan, kemahiran proses sains melibatkan pemerhatian, pengkelasan, pengukuran, berkomunikasi, menggunakan nombor, membuat inferens, membuat ramalan dan penggunaan perhubungan ruang-masa.

Page 6: doc1

            Kesemua kemahiran yang dinyatakan adalah kemahiran yang digunakan untuk mendapatkan pengetahuan daripada alam sekeliling. Kemahiran-kemahiran ini diaplikasikan dalam penyelesaian masalah. Selain daripada itu, ia digunakan untuk mencari jawapan daripada persoalan-persoalan yang timbul daripada kehidupan harian pelajar.

            Di Malaysia, Kurikulum Sains Sekolah Rendah adalah menggunakan strategi penyelidikan terarah. Melelui inkuiri ini, pelajar dibimbing untuk menjalankan proses sains tersebut. Strategi ini adalah untuk menyediakn pelajar untuk lebih menguasai kemahiran proses sains peringkat tinggi seperti membuat inferens, membuat ramalan dan penggunaan perhubungan ruang-masa. Proses ini amat bernilai dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kimia.

            Justeru itu, kajian ini menyingkap tahap pencapaian kemahiran proses sains pelajar sekolah menengah. Ini adalah membantu guru untuk memberikan peluang kepada pelajar menguasai proses sains ini semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

            Selain daripada itu, memberikan peluang kepada pelajar untuk menigkatkan lagi usaha dalam mendapatkan pengetahuan sains memlalui proses sains tersebut. Dengan cara ini, pelajar mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

            Hasil kajian ini juga boleh membantu para pendidik memberikan penekanan kepada aspek yang dikaji semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Memandangkan kemahiran proses sains asas perlu dikuasai oleh pelajar untuk memudahkan penguasaan kemahiran proses bersepadu.

            Seperti Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Australia, mereka memberikan fokus pengajaran dalam kemahiran proses berbanding dengan pengetahuan isi kandungan semata-mata. Namun ia juga merangkumi aspek-aspek lain seperti penyelesaian masalah harian melalui teknologi, sains dalam konteks budaya dan sosial serta peluang untuk perkembangan kendiri.

            Tidak ketinggalan di Malaysia, berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan perkembangan secara meyeluruh dan merangkumkan aspek budaya dan sosial dalam pendidikan Sains. Pengenalan PPSMI juga telah membantu pendidikan dalam penyelesaian masalah melalaui teknologi.

            Oleh yang demikian, kajian ini boleh membantu pelajar dalam perkembangan kediri berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan.

Definisi Istilah

Pencapaian

Dalam kajian ini pencapaian merujuk kepada pencapaian peperiksaan penggal dan ujian topikal. Matapelajaran kimia diberi keutamaan dalam pencapaian peperiksaan pelajar.

Page 7: doc1

            Selain daripada itu, pencapaian dalam kajian ini merujuk kepada tahap pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran proses sains. Kemahiran proses sains yang diuji adalah aspek membuat inferens.

Membuat inferens

Membuat inferens ialah proses membuat kesimpulan awal yang munasabah, yan gmungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Kemahiran membuat inferens ini juga menggunakan pengalaman lepas atau himpunan data terdahulu kearah membuat kesimpulan dan membuat penerangan terhadap apa yang telah berlaku. Ringkasnya membuat inferens ialah penerangan terhadap pemerhatian.

            Lazimnya, proses membuat inferens ini sering menggunakan perkataan sebab dan kerana. Dalam satu pemerhatain, inferens mungkin lebih daripada satu dihasilkan. Terdapat tiga jenis inferens iaitu inferens bebas, inferens terkawal dan inferens jitu.

            Inferens bebas memberikan penerangan munasabah terhadap pemerhatian. Manakala inferens terkawal pula adalam penerangan yang munasabah tentang pemerhatian berdasarkan satu ransangan yang diberi. Inferens jitu pula adalah pernyataan inferens yang tepat dengan menyatakan pemerhatian tambahan.

Kemahiran berfikir

Seperti yang dinyatakan dalam KBSM, Kemahiran proses sain tidak berdiri sendiri untuk mendapatkan pengetahuan sains. Oleh yang demikian, kemahiran proses sains ini sentiasa seiring dengan kemahiran berfikir.

M. Najib (1959), defini yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

            Kemahiran berfikir adalah potensi yang dimiliki oleh seseorang untuk menyelesaikan persoalan dalam pelbagai cara. Kepelbagaian ini menghasilak lebih daripada satu jawapan yang diterima.

            Dalam kajian ini, kemahiran berfikir yang diperhatikan ialah, membeza dan membanding, menganalisis, menghubungkait dan membuat inferens

Membeza dan membanding

Proses yang digunakan untuk mencari kesamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti cirri-ciri, unsur, keadaan dan kualiti sesuatu konsep atau sesuatu kejadian.

            Proses ini boleh diukur melalui penyampaian idea pelajar terhadap kesamaan atau perbezaan kosep yang digunakan.

Page 8: doc1

Menganalisis

Proses menganalisis ialah proses menguji informasi dengan lebih terperinci. Proses pengujian ini adalah dengan cara mebahagi-bahagikan informasi tersebut kepada bahagian yang lebih kecil untuk mendapatkan makna yang lehih implicit. Dalam masa yang sama, proses ini adalah unrk mendaptkan hubungan setiap informasi yang deiperolehi.

Menghubungkait

Kebolehan pelajar menghubungkaitkan sesuatu situasi untuk menentukan struktur atau patern  hubungan situasi, informasi dan konsep.

Skop Kajian

Daerah Kota Belud terdiri daripada pelbagai suku kaum. Mengikut perangkaan pada tahun 2000, penduduk daerah Kota belud adalah kira-kira 72,7337 penduduk.

            Berdasarkan Sistem Maklumat Murid pada tahun 2008, daerah Kota belud terdiri daripada 8 buah sekolah menengah. Bilangan pelajar dalamkelapan-lapan buah sekolah menengah ini adalah 8880 pelajar.

Hanya 289 pelajar tingkatan empat yang berada dalam kelas sains. Dalam kajian ini, hanya sebuah sekolah yang dipilih iaitu SMK Narinang. Sekolah ini terdiri daripada 53 pelajar tingaktan empat yang mengambil matapelajaran kimia pada tahun 2009.

Oleh yang demikian skop kajian hanya terdiri daripada 30 orang pelajar yang dipilih secara rawak bertujuan. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar tingkatan empat sahaja.

Selain daripada itu, pemilihan sampel kajian ini juga tertumpu kepada pelajar sains yang mengambil SPM kimia pada tahun 2010. Kajian ini menjurus kepada penentuan tahap pencapaian dan penguasaan pelajar kepada kemahiran proses sains.

Batasan kajian

Untuk mendapatkan kajain seperti yang dirancangkan, beberapa batasan kajain telah digariskan. Antara batasan kajian ini adalah seperti berikut;

1.      Kajian ini hanya melibatkan pelajar tingkatan empat sahaja dari sebuah sekolah di daerah Kota Belud. Sekolah yang dimaksudkan ialah SMK Narinang.

2.      Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 orang pelajar sahaja. Pemilihan adalah 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan.

3.      Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set ujian topikal yang mempunyai item membuat inferens. Selain itu, laporan eksperimen yang dijalankan oleh pelajar dalam makmal juga dijadikan instrumen kajian.

4.      Kekangan masa menyebabkan kajian in hanya terhad kepada sebuah sekolah sahaja dalam daerah Kota Belud. Oleh sebab itu, kajian ini hanya sah kepada sekolah yang dikaji

Page 9: doc1

sahaja. Dari segi pemboleh ubah yang dikaji, kajian ini membataskan kemahiran proses sains membuat inferens sahaja. Manakala kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif pula tertumpu kepada kemahiran membezakan dan membanding, menganalisis, menghubungkait dan membuat inferens.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kajian ini menjurus kepada kajian yang melibatkan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kajian ini juga menggunakan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kimia untuk mengenal pasti dan mengira tahap pencapaian kemahiran proses pelajar.

            Selain daripada itu, kajian ini juga menggunakan laporan amali pelajar untuk menilai pencapaian pelajar. Cara pemarkahan Penilaian Berasaskan Sekolah yang telah disyorkan Kementerian Pelajaran Malaysia digunakan sebagai alat mengukur pencapaian pelajar melalui laporan pelajar ini.

            Daripada pencapaian pelajar dalam ujian yang dijalankan di peringkat sekolah, dapat dikaitkan KBKK yang diuji, iaitu, kemahiran membuat inferens, menganalisis, membanding dan membeza serta kemhiran menghubungkait. Melalui analisis yang dijalankan nanti dapat diperhatikan sama ada kemahiran proses sains ini memberi kesan terhadap pencapaian kimia pelajar atau tidak.

            Antara batasan kajian ini adalah hanya pelajar tingaktan empat dari sebuah sekolah sahaja. Data akan dianalisis mengikut jantina untuk melihat perbezaan pencapaian mengikut jantina.  

TINJAUAN LITERATUR

Pengenalan

Pengajaran sains adalah seperti mengajar mengenai sesuatu yang wujud disekeliling kita. Manusia mempunyai perasaan ingi tahu lebih-lebih lagi terhadap apa saja yang ada disekeliling mereka. Perasaan inilah yang menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup. Perasaan inkuiri ini akhirnya akan membawa kepada penemuan demi penemuan. Perasaan inkuiri yang hadir dalam diri pelajar sejak lahir perlu diperkembangkan dalam proses mencari  jawapan ataupun penemuan. Mencari jawapan dalam sains melibatkan proses membina pengetahuan atau konstruktif. Konstruktif merujuk bagaimana individu membina pengetahuan sendiri dan bukan hanya menerima pengetahuan orang.

Pembelajaran inkuiri

Berdasarkan epistemology, pendidikan sains moden ialah proses yang mendidik pelajar berhubung sifat sains yang tidak muktamat dan boleh lentur. Sifat sains ini ditunjukan oleh sejarah yang memperihalkan bagaimana teori yang diusulkan oleh Francisci Redi telah menolak hipotesis yang diyakini oleh kebanyakan orang dikala itu. Ketika itu ramai yang 

Page 10: doc1

beranggapan bahawa beluncas (larva) terhasil secara spontan daripada daging yang sedang mereput . Redi kemudiannya telah melaksanakan ujikaji ringkas untuk membuktikan hipotesisnya. Ujikajinya telah membuktikan hipotesisnya benar. Redi kemudiannya menolak andaian yang diyakini oleh orang ramai ketika itu berhubung dengan penghasilan beluncas. Penolakan hipotesis itu menunjukan bahawa ilmu dalam bidang sains boleh diperbaharui dan diformulasikan semula berdasarkan penemuan bru yang diperolehi daripada kaedah saintifik (Martin 1985).

        

          Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian masalah  yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi cabaran mereka untuk menyelidik dan meneliti secara mendalam.Ini bermakna menggunakan kaedah inkuri –penemuan dalam pengajaran akan membolehkan pelajar mengambil peranan  matematik mengenai strategi pengajaran yang mereka amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang  mencari dan menemukan fakta melalui kaedah sainstifik yang mereka lakukan sendiri. Ini bermakna pelajar seharusnya membina hipoesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya, kemudian menguji hipotesis untuk menunjukan kebenarannya. Melalui langkah ini ahli sains berupaya memperolehi ilmu baru dan menolak data sains yang ditemui sebelum ini. Oleh yang demikian, dijangkakan melalui pendekatan pembelajaran inkuiri, pelajar dapat memahami sifat sins yang didak muktamat dan boleh lentur.(Martin 1985)

Tinjauan kajian lepas

Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka.Pelajar memilih dan mengintepresikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman yang membolehkan individu “melangkau maklumat yang diberikan” Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan.

          Brooks & Brooks (1993) Menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Mereka membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek , idea dan perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan peraturan yang telah mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat meerangkan maklumat yang baru ini dengan lebih baik.

          Menurut Zahari (1992), Jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang diajar serta menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan, maka latihan yang disediakan akan menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. Pelajar- pelajar lebih berminat dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi pengajaran yang digunakan dibilik darjah.(S.Sukumaran ,1991; Burden dan Byrd, 1994)

Page 11: doc1

          Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul dalam setiap diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita- citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajar berminat dengan subjek dan kaedah yang dijalankan.

          Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia boleh merupakan pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu sendiri. Oleh itu minat berkait rapat dengan desakan ,motif, gerak balas emosi dari aspek disiplin kerja dan hasil penglaman dalam alam sekitar. Menurutnya lagi Jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana ia kan menghsilkan produk yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat.

Kesimpulan

Berdasarkan kajian literature, didapati kaedah inkuri dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran  yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai tajuk  yang diajar tetapi melahirkan interaksi yang baik diantara pelajar. Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam bidang tertentu.

METODOLOGI   KAJIAN

Pengenalan

Tujuan bab ini adalah untuk membincangkan pelbagai prosedur metadologi yang digunakan untuk mengumpul data, prosedur kajian, analisis data dan kaedah pengajaran. Bab ini juga menerangkan mengenai kajian dan peringkat pengumpulan data hingga keperingkat penganalisan dan pentafsiran. Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah inkuiri  menggunakan kemahiran proses sains.

Reka bentuk kajian.

Kajian deskriptif ini dilakukan dengan menggunakan kaedah perbandingan skor. Menurut  Majid (1993), penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk meneroka sesuatu bidang yang belum atau kurang diterokai. Best dan Kahn (1998) pula menyatakan bahawa kajian deskripsi dapat menerangkan dan menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Ia juga menjelaskan keadaan atau perhubungan, pendapat pada proses yang berlaku, keberkesanan dan corak yang dibangunkan. Ini disokong oleh Gray (1996) bahawa kajian deskripsi melibatkan data dalam usaha menguji hipotesis atau menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa terhadap perkara yang dikaji. Penilaian deskripsi berguna untuk menilai sikap, maklumat demografi, suasana dan prosedur.

Page 12: doc1

          Pengkaji membuat dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Setiap pelajar diberi ujian yang sama. Selepas ujian pra, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang mempunyai bilangan dan tahap pencapaian yang setara.

Kumpulan pertama kan diberi tugasan eksperimen dalam tajuk yang ditentukan. Semasa eksperimen, pelajar-pelajar diwajibkan memberikan inferens mereka sendiri. Kumpulan yang kedua pula diberi eksperimen yang sama namun guru akan memberikan inferens terhadap pemerhatian dalam eksperimen tersebut.

Kumpulan kedua adalah sebagai kumpulan kawalan, yang mana pelajar tidak diberi peluang untuk membuat inferens mereka sendiri. Semua pelajar akan diarahkan membuat laporan amali yang telah dijalankan.

Kemudian itu, semua pelajar diberikan soalan ujian. Soalan bagi ujian pos ini, adalah sama dengan soalan pra tetapi susunan soalan telah ditukarkan. Soalan-soalan  bagi soalan pra dan pos diambil daripada buku- buku rujukan yang sedia ada. Soalan membuat inferens, menghubungkait, menganalisis dan kemahiran membanding beza digunakan untuk   membandingkan keputusan skor ujian pra dan ujian pos. Perbandingan skor diambil kira untuk mengukur tahap kefahaman pelajar.

Populasi dan sampel

Daerah Kota Belud terdiri daripada pelbagai suku kaum. Mengikut perangkaan pada tahun 2000, penduduk daerah Kota belud adalah kira-kira 72,7337 penduduk.

            Berdasarkan Sistem Maklumat Murid pada tahun 2008, daerah Kota belud terdiri daripada 8 buah sekolah menengah. Bilangan pelajar dalamkelapan-lapan buah sekolah menengah ini adalah 8880 pelajar.

Hanya 289 pelajar tingkatan empat yang berada dalam kelas sains. Dalam kajian ini, hanya sebuah sekolah yang dipilih iaitu SMK Narinang. Sekolah ini terdiri daripada 53 pelajar tingaktan empat yang mengambil matapelajaran kimia pada tahun 2009.

Oleh yang demikian skop kajian hanya terdiri daripada 30 orang pelajar yang dipilih secara rawak bertujuan. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar tingkatan empat sahaja.

Selain daripada itu, pemilihan sampel kajian ini juga tertumpu kepada pelajar sains yang mengambil SPM kimia pada tahun 2010. Kajian ini menjurus kepada penentuan tahap pencapaian dan penguasaan pelajar kepada kemahiran proses sains.

Instrumen

Instrumen yang digunakan ialah peperiksaan penggal pertama yang disediakan oleh pihak sekolah. Disamping itu ujian topikal yang disediakan juga merupakan salah satu instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data.

            Data pencapaian daripada ujian topikal dan peperiksaan pertengahan tahun dia ambil untuk menentukan tahap kemahiran proses sains dan kemahiran membuat inferens pelajar.

Page 13: doc1

Laporan amalai yang dibuat pelajar sebaik sahaja habis menjalankan amali dalam makmal juga merupakan instrumen yang digunakan dalam kajian. Skala pemarkahan adalah mengikut skala yang diberikan oleh penggubal PBS dari KPM yang juga digunakan dalam penilaian PEKA.

Prosedur pengutipan data

Aktiviti pengumpulan data adalah seperti berikut:

Mendapatkan kebenaran daripada EPRD.

Berjumpa dengan guru tngkatan untuk tujuan kajian dan mendapatkan senarai nama pelajar aliran sains yang mengambil kimia di tingkatan empat.

Menjalankan pemilihan sampel berdasarkan keputusan Sains PMR dan ujian topikal kimia yang setara.

Mentadbir ujian pra kepada pelajar berdasarkan tajuk eksperimen yang akan diberikan kepada pelajar.

Menganalisis data-data yang diperolehi.

Memberikan ujian post berdasarkan tajuk yang dipilih dalam eksperimen yang dijalankan oleh pelajar.

Mendapatkan keputusan peperiksaan kimia pertengahan tahun.

Menganalisis data dengan t-test dengan SPSS.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan proses pengumpulan data kajian. Ianya lebih menumpukan kepada reka bentuk kajian, populasi dan pemilihan sampel kajian, penyediaan instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan penganalisisan data.

            Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat tambahan kepada para guru dan murid serta ibu bapa dalam mengenalpasti tahap kemahiran proses sains dan kemahiran membuat inferens pelajar dalam mata pelajaran kimia.

Posted by omisay   at 12:08 AM 

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Page 14: doc1

Subscribe to: Post Comments (Atom)

FOLLOWERS

There was an error in this gadget

ABOUT ME

omisay

View my complete profile

DIGITAL CLOCK

DAILY CALENDAR

BLOG ARCHIVE

►     2015   (1)

►     2014   (1)

▼     2013   (17)

►     June   (3)

▼     March   (8)

Wawasan 2020 Semester 2 Pengajian Am

Kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir sert...

Kajian Tindakan: Projek 100 hari Pengajian Am, ...

Mengenalpasti Stail pembelajaran Pelajar Sains Tul...

Carta Pai Bertingkat (tong)

Alih Bentuk Komunikasi

Feeling Sabahan during uncertain

How my Students See Me

►     January   (6)

►     2012   (25)