doc1

7
Profil Perniagaan Famous Bakery telah ditubuhkan pada 2011. Jualan utama bakeri ini ialah pelbagai aneka pilahan kek, roti dan minuman. Tempahan khas boleh dibuat sekiranya terdapat permintaan daripada pelanggan. Bakeri ini mempunyai pasaran yang stabil. Famous Bakery ini adalah milikan tunggal En. Hanafi Bin Atan. Walaupun bakeri ini agak baru ditubuhkan, namun kemahiran untuk mengeluarkan produk jualan datangnya daripada usaha pengusaha sendiri yang sebelum ini menjalankan perniagaan daripada rumah selama 5 tahun. Maklumat Am Nama syarikat : Famous Bakery Jenis milikan : Milikan Tunggal Tarikh didaftarkan : 1 Januari 2011 Tarikh mula operasi : 5 Januari 2011 No. Pendaftaran syarikat : 0002278-M Alamat Pejabat : No.telefon : 087-334775 Jenis produk : Menjual pelbagai aneka muffin

Upload: azeez-asyt

Post on 16-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: Doc1

Profil Perniagaan

Famous Bakery telah ditubuhkan pada 2011. Jualan utama bakeri ini ialah pelbagai

aneka pilahan kek, roti dan minuman. Tempahan khas boleh dibuat sekiranya terdapat

permintaan daripada pelanggan. Bakeri ini mempunyai pasaran yang stabil.

Famous Bakery ini adalah milikan tunggal En. Hanafi Bin Atan. Walaupun bakeri ini

agak baru ditubuhkan, namun kemahiran untuk mengeluarkan produk jualan datangnya

daripada usaha pengusaha sendiri yang sebelum ini menjalankan perniagaan daripada

rumah selama 5 tahun.

Maklumat Am

Nama syarikat : Famous Bakery

Jenis milikan : Milikan Tunggal

Tarikh didaftarkan : 1 Januari 2011

Tarikh mula operasi : 5 Januari 2011

No. Pendaftaran syarikat : 0002278-M

Alamat Pejabat :

No.telefon : 087-334775

Jenis produk : Menjual pelbagai aneka muffin

Page 2: Doc1

1.0 Pendahuluan

Famous Bakery ialah perniagaan yang akan menjalankan pembuat dan pengedar

produk berasaskan bakeri seperti aneka jenis kek dan roti. Premis perniagaan yang dipilih

terletak di lokasi yang strategik di kawasan bandar iaitu di Pekan Keningau yang

bersebelahan dengan KFC Branch 2 Keningau.

Famous Bakery adalah milik sepenuhnya oleh En Hanafi Bin Atan. Sebelum

tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri

dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan muffin yang sewajarnya

daripada pengalaman berkursus di beberapa buah kedai kek di sekitar Kota Kinabalu dan

Keningau serta melalui video tutorial di Youtube.

Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk

mempertingkatkan status sosio ekonomi, saya telah berusaha mengumpul wang daripada

pendapatan bulanan yang diperolehi dan telah berjaya membeli 1 buah oven,1 buah

heavy duty cake mixer dan beberapa peralatan lain yang berkenaan. Ini adalah

sebahagian daripada langkah mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang pengurus

syarikat yang bijak dan berkalibar.

Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan

bakeri yang halal untuk pelanggan beragama Islam juga telah menjadi pendorong kepada

saya untuk menceburi bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelori oleh kaum bukan

bumiputera. Seterusnya, saya juga dapat menyumbang ke arah peningkatan bilangan

bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang mencabar ini disamping dapat

mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang lain.

Famous Bakery juga memperbesarkan jualannya melalui tempahan yang boleh

dibuat melalui laman web sesawang kami iaitu www.famousbakery.com untuk melihat

produk ataupun menghubungi kami melalui nombor telefon yang terdapat di dalam laman

web tersebut. Bakeri ini juga beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 8.30 malam. Segala

tempahan akan disiapkan mengikut permintaan pelanggan.

Page 3: Doc1

1.1 VISI

Membuka sebuah galeri roti dan kek popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi

rasa dan bentuk dengan menawarkan harga yang berpatutan

1.2 MISI

Memastikan orang Islam mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk

berasaskan bakeri yang diyakini halal . Selain itu, ia dapat meningkatkan lagi peratusan

orang Melayu menceburi bidang yang selama ini dimonopoli oleh bangsa lain.

2.0 Objektif Rancangan Perniagaan

2.1 Tujuan rancangan perniagaan ini ialah:

• Menyediakan maklumat lengkap bagi tujuan memohon pembiayan kewangan

dari institusi kewangan.

• Menyedikan garis panduan untuk pihak pengurusan, supaya syarikat ini

berjalan dan berkembang mengikut seperti yang di rancang.

• Sebagai bahan rujukan untuk menyakinkan pembekal-pembekal bahan

mentah akan keupayaan perniagaan.

2.2 Nilai pembiayaan yang dipohon bagi memulakan perniagaan adalah sebanyak RM 20000

Page 4: Doc1

3.0 Produk dan Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Chocolate Muffin -

RM0.80/ biji

Red Velvet Muffin–

RM0.80/ 1 biji

Rainbow Muffin –

RM 0.80/ 1 biji

Vanilla Muffin–

RM 0.80/ 1 biji

Blueberry Muffin–

RM 0.80/ 6 biji

Banana Muffin–

RM 0.80/1 biji

Page 5: Doc1

Untuk menghasilkan 20000 muffin, bahan-bahan berikut diperlukan

Jenis BahanKuantiti

Digunakan

Harga

Seunit

(RM)

Jumlah

(RM)

Mentega 210 kg 3.00 630.00

Tepung 417 kg 1.80 750.60

Gula 417 kg 1.80 750.60

Susu segar 417 liter 4.00 1668.00

Baking powder 34 kg 5.00 170.00

Garam 25 kg 1.30 32.50

Telur ayam 1667 0.35 500.10

Esen vanilla 5 kg 10.00 50.00

Serbuk coklat 10 kg 5.00 50.00

Cip coklat 62 kg 3.50 217.00

Jumlah 4818.80

Alamat Pembekal

Hiap Lee Shopping Centre Milimewa Keningau

No. 32, Blk E Pagalan Shopping Complex, Yee Shing Commercial Complex,

Jln Sodomon, Keningau, , 89000 Sabah Lot 3-10 Phase 2, 89009, Keningau,

087-33 1489 Sabah 087-332 500

Page 6: Doc1