doc1

9
KETUPAT RENDANG Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai

Upload: micheal-chien

Post on 30-Sep-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ahahahahahahahaha

TRANSCRIPT

KETUPAT

RENDANG

Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya.

Ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.

~Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang.

Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.

~Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau yang kemudian menyebar pada Melayu bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya.

2.5 kg daging 500 ml santan 100 gm kerisik Sedikit garam dan gulaBahan-bahan dikisar: 4 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 2 cm halia, 1 cm lengkuas, 15 tangkai cili kering(yg tahan pedas), 100 gm buah keras

RESEPI Bahan-Bahan 200 ml minyak masak 4 kuntum bunga lawang 50 gm serbuk jintan manis 2 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit 1 camca teh serbuk kunyit

Cara: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. 2. Biar keluar bau hingga garing. 3. Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak.4. Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar.5. Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut. 6. Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati dan api jangan terlalu besar.

Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau terus makan begitu saja.