doa selepas solat

Upload: ayufathihah

Post on 10-Jan-2016

927 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Doa selepas solatBismillahirrohmaan nirrohiim, Alhamdulillahi robbil 'alamiin..hamdan syakirin hamdan na'imin..hamdan yu'ani'amahu wakafi u mazidah.. .ya robbana wailana lakal hamdu kama yambaghi lijalali wajhikal karimi wa'azhimi sultonik.. Allahumma sholi 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alii sayyidina Muhammad.

Allahumma inna nas'aluka salamatan fiddiini wa'afiatan filjasadi..waziadatan fil 'ilmi 'wabarokatan fir rizki..wataubatan koblal mauut..warohmatan 'indal mauut wamaghfirotan b'adal mauut .

Allahumma hawwin 'alaina fi syakarotil mauut ..wannajata minannar wal 'afwa 'indal hisaab. Robbana latuzigh kulubana ba'da izhadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.Allahumma ahyina bil imani, Wa amitna bil imani, Wa adkhilnal jannatamaal imani, bi rahmatika ya arhamar-rahimin.

Allahumma ahyina bil hidayati ulama, Wa amitna bil mukhti syuhada, Wa syurna maal zurrati auliak, Wa adkhilnal jannatamaal ambiak.

Rabbana zalamna anfusana, wa in lam taghfir lana wa tarhamna la-nakunanna minal-khaasirin. Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar, waqina 'adzabannar, waqina 'adzabannar. Sallallahu ala sayyidina muhammad, Wa ala alihi wa sahbihi ajmain, Subhana rabbika rabbi i-'izzati 'amma yasifun, wa salamun 'ala mursalin wa l-hamdu li-llahi rabbi l-'alamin.

10 Surah yang Baik Diamalkan Dalam Kehidupan Seharian

Salam Jumaat semua, di sini saya ingin berkongsi kepada semua 10 surah yang baik diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian.

10 surah yang baik diamalkan dalam kehidupan seharian | Surah - suratun merupakan perkataan arab bagi "bab dalam Al-Quran". Surah-surah tersebut telah diturunkan sepanjang 23 tahun dan mempunyai ciri-ciri dan kronologi masa yang tersendiri. Jumlah surah yang terdapat dalam al-Quran adalah 114; yang mana nama-nama dan had-had bagi setiap surah serta susunan ayat itu sendiri adalah menurut ketentuan yang telah ditetapkan dan diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sebahagian dari surah-surah mempunyai satu nama dan ada yang mempunyai lebih dari satu nama.

10 Surah yang Baik Diamalkan.

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah AL-Fatihahsemasa hendak tidurdiikuti dengan membacaSurah Al-Ikhlas 3 kali,Surah Al-FalaqdanSurah An-Nas.Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca Al-Quran seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w juga bersabda: Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun di akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu Hibban). Surah Yaasin ini juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Ayat 35-38

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali selepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikkan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah: "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara ( yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikkan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, di samping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Quran iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca surah ini, akan mendapat faedah syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya: "Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Quran." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suamiku, saya tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu". Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Quran keseluruhannya. "Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan: "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerapa perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari, atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah An-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Quran. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulangkali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahupun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Dan jangan lupa untuk membaca Surah Al-Kahfi di hari Jumaat ni ya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya antara dua Jumaat (dari Jumaat ke Jumaat)". - Riwayat al-Baihaqi.

WIRID SELEPAS SOLAT

Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup dan Berdiri Dengan SendiriNya, dan aku bertaubat kepada-Nya

Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu

Ya Allah Tuhan kami, jauhkanlah kami dari api neraka

Ya Allah, Engkau sejahtera, dan daripada Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau kembalinya kesejahteraan itu, maka hidupkan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami kedalam syurga, negeri yang aman sejahtera

Bertambah-tambah berkat-Mu, Tuhan kami, dan Maha Kuasa, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam

Tuhanku/kami, Penjagaku/kami

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

Segala puji bagi Allah

Segala puji bagi Allah, Penjaga sekalian alam, ke atas tiap-tiap perkara dan kenikmatan

Allah Maha Besar

Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan keEsaanNya, tiada sekutu baguNya, bagiNya segala pemerintahan dan bagiNya segala kepujian, Dialah yang menghidup dan mematikan, dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung

Doa selepas solat.

Ertinya:Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi MahaPenyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruhalam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yangmenambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMusegala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaranzatMu dan agung kekuasaanMu

Ertinya:Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu,syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.

Ertinya:Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahandan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemahkemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu darisifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMudari banyak hutang dan kezaliman manusia.

Ertinya:Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi MahaMengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah,Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untukjunjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitujuga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kamimemohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kamipertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-hartakami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalampemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMudaripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yangmempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan.Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu MahaBerkuasa.

Ertinya:Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkanantara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalankeselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepadacahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatansamada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah,berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami danhati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami danberilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberitaubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur diatas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMumenerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakannikmatMu ke atas kami.

Ertinya :Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikandunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kamidaripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita,Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabatsemuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifatkemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan,kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala pujisemata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.