diyana2 kajian tindakan
TRANSCRIPT
PENYELIDIKAN TINDAKAN 1
PKL 3113
TAJUK
TEKNIK LATIH TUBI DALAM BACAAN PERKATAAN
‘FOUR UPPER GROUPSIGNS’ MURID BUTA TAHUN 5
DISEDIAKAN OLEH:
FATIMAH BT. ABD HADI
PENSYARAH
PUAN JAYAVELOO
1
1.0 PENDAHULUAN
Dalam pendahuluan ini pengkaji akan menceritakan secara terperinci tentang
pengenalan, refleksi pengajaran dan pembelajaran serta refleksi nilai pendidikan.
1.1 Pengenalan
Sejak sekian lama kanak-kanak Cacat Penglihatan (CP) di negara ini berpeluang
mendapatkan pendidikan sama ada di sekolah pendidikan khas atau program
pendidikan khas integrasi masalah penglihatan. Amalan mainstreaming yang
dilaksanakan sejak tahun 1962, memberi peluang kepada kanak-kanak bermasalah
penglihatan mendapat pendidikan dalam sistem arus perdana bersama kanak-kanak
tipikal yang lain. Kanak-kanak CP dianggap hanya mengalami ketidakupayaan
penglihatan dan batasan hanyalah disebabkan ketidakupayaan penglihatan yang
mereka alami. Oleh itu mereka berkeupayaan belajar bersama dengan pelajar tipikal
yang lain menggunakan kurikulum kebangsaan yang digunakan dalam sistem
persekolahan arus perdana. Kurikulum tersebut hanya perlu dilakukan sedikit (minor)
modifikasi dan adaptasi tanpa memerlukan sebarang kurikulum khusus atau kurikulum
alternatif. Pengubahsuaian kurikulum boleh dilakukan sepertimana yang terkandung
dalam Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
1997(1998), bahagian II yang menyatakan bahawa:
“ Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa
bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan.”
Akta Pendidikan 1996 (1998)
Ashman & Elkins (2005), pendidikan untuk kanak-kanak CP adalah dengan
mengunakan kurikulum yang sama bagi kanak-kanak tipikal yang lain. Namun mereka
2
memerlukan “faktor tambahan” (plus factors) atau kurikulum gantian (compensatory
curriculum) seperti pengajaran braille, latihan orentasi dan mobaliti serta kemahiran
kehidupan seharian (daily living skills). Mata pelajaran tambahan ini hanya diajar
kepada pelajar CP yang memerlukan sahaja iaitu bergantung kepada keperluan
individu. Selain itu kelas menaip dan kemahiran menggunakan komputer juga perlu
diajar kepada pelajar CP yang lebih remaja supaya mereka boleh berkomunikasi dan
mendapatkan maklumat melalui pelbagai medium dan tidak semata-mata bergantung
kepada penggunaan mesin braille.
Sungguhpun terdapat pelbagai peralatan yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah
penglihatan namun fungsi braille masih lagi ditekankan untuk mereka berkomunikasi
dengan dunia luar. Keperluan modifikasi dan adaptasi pengajaran dan pembelajaran ini
disebabkan kanak-kanak CP belajar menerusi media sentuhan dan pendengaran.
Kesemua peralatan seperti brailler, komputer bersuara, kanta pembesar, disediakan
untuk membantu kanak-kanak CP tentang kefahaman terhadap sesuatu melalui deria
sentuhan dan pendengaran sebagai gantian kepada persepsi visual.
1.2 Kanak-kanak Berkeperluan Khas Bermasalah Penglihatan
Kanak-kanak cacat penglihatan dianggap mereka yang buta, tidak dapat melihat
dan berjalan menggunakan tongkat. Tanggapan ini sebenarnya salah. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan kanak-kanak yang mengalami cacat
penglihatan kepada buta dan rabun berdasarkan ukura ketajaman penglihatan (visual
acuity) dan sudut atau keluasan kawasan penglihatan (visual field).
a) Ketajaman penglihatan (visual acuity)
Rabun/Pengelihatan terhad (Low vision/ Partially Sighted) - penglihatan
kurang daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60, bagi
3
mata yang leboih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat
bantu penglihatan (cermin mata).
Buta (Blind) – penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik
walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatanh (cermin mata)
b) Sudut / Keluasan kawasan penglihatan (Visual field)
Rabun / penglihatan terhad bidang penglihatan kurang dariapda 20 darjah
setelah pembetulan dan rawatan dibuat.
Buta - bidang penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah pembetulan dan
rawatan dibuat.
Klasifikasi Antarabangsa Semakan ke-10 tentang jenis-jenis penyakit (Tenth
Revision of the International Clasification of Diseases (ICD-10) membahagikan
kecacatan penglihatan kepada beberapa katogari :
Buta – mereka yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan pada jarak kurang
daripada 3060 atau bidang penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah
pembetulan atau rawatan dibuat (kategori 3, 4 dan 5 dalam ICD-10).
Berpenglihatan terhad / rabun – keupayaan penglihatan pada jarak antara
3/60 sehingga 6/18 atau bidang penglihatan kurang daripada 20 darjah setelah
pembetulan dan rawatan dibuat. (kategori 1 dan 2 dalam ICD-10).
1.3 Refleksi pengalaman lalu
Pengkaji bertugas di salah sebuah Sekolah Intergerasi Masalah Penglihatan
yang terletak di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Pengkaji mengajar mata
pelajaran bahasa Inggeris tahap 2, untuk Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Sepanjang
mengajar bahasa Inggeris tahap 2 masalah penglihatan didapati bahawa murid
mempunyai kelemahan dalam membraille kod singkatan bahasa Inggeris. Secara
umumnya memang terdapat kelemahan dalam membraille kod singkatan
4
bahasainggeris dan murid kurang mengingat singkatan kod yang senang ketika
membraille perkataan dalam bahasa Inggeris.
Satu pemerhatian tidak berstruktur telah di buat bagi untuk memastikan
kelemahan dan merancang tindakan seterusnya. Terdapat isu-isu dan masalah utama
yang boleh diketengahkan dengan segera. Masalah utama yang dikenalpasti didapati
salah satu daripada kelemahan murid iaitu murid masih belum menguasai kemahiran
membraille singkatan kod ‘Four Upper Groupsigns’.
‘Four Upper Groupsigns’ ini adalah kod singkatan ‘ed, er, ou, ow’ yang
melibatkan singkatan perkataan. Didapati murid mengalami masalah dalam membraille
perkataan yang melibatkan singkatan ‘Four Upper Groupsigns’ contohnya seperti
berikut:
‘Four Upper Groupsigns’
‘ed’ ‘er’ ‘ou’’ ‘ow’
Bed Her Loud row
Red Baker Route bowl
Pengunaan kod singkatan dalam membraille tahap 2 akan dapat mengurangkan
31% pengunaan sel. Braille adalah salah satu alat komunikasi, yang merupakan
kombinasi 6 titik dalam 2 sel. Oleh itu ketika membraille penjimatan sel dan ruang akan
dapat membantu murid ketika membraille maklumat dan pelajaran. Kemahiran
membraille singkatan kod braille amat penting kepada murid, kerana kemahiran
tersebut murid sukar memperolehi maklumat dan pengetahuan ketika membaca.
Oleh hal yang demikian, pengkaji telah mengambil langkah menjalankan kajian
untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid dalam membraille kod singkatan braille
yang melibatkan ‘Four Upper Groupsigns’. Ujian tersebut dijalankan bertujuan
mengenal pasti tahap murid dalam kemahiran membraille singkatan ‘Four Upper
Groupsigns’. Pengkaji telah memberikan beberapa perkataan yang mengandungi
5
beberapa singkatan ‘Four Upper Groupsigns’. Setiap murid akan diminta untuk
membraille beberapa perkataan yang mengandungi ‘ed, er, ou, ow’ seperti yang
diberikan oleh pengkaji.
Pengkaji telah mengenalpasti 2 murid tahun 5 yang bermasalah penglihatan dan
menggunakan braille dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemudian
satu pre pos kajian dijalankan untuk menilai tahap kemahiran membraille kod singkatan
‘Four Upper Groupsigns’ iaitu ‘ed, er, ou, ow’. Di dapati bahawa kedua-dua murid boleh
membraille tetapi mengalami masalah dalam membraille singkatan yang diberikan.
Melalui pemerhatian murid kurang berminat untuk membraille perkataan yang diberikan
oleh guru. Ini disebabkan murid kurang faham dan tidak dapat mengeja perkataan
bahasa inggeris dengan betul. Murid didapati mengalami kesukaran ketika membraille
perkataan yang agak panjang dan jarang didengari.
Oleh itu, daripada pre pos kajian yang dijalankan, maka pengkaji akan
merancang pelan tindakan yang sesuai dengan kemahiran dan kelemahan murid yang
telah diperhatikan oleh pengkaji.
1.4 Refleksi Nilai Pendidikan
Pengajaran Braille merupakan satu keperluan kepada kanak-kanak CP yang
buta. Tulisan yang diasaskan oleh Louis Braille pada pertengahan abad ke lapan belas
menggunakan enam titik timbul sebagai lambang abjad. Untuk menghasilkan titik-titik
braille mesin braille (brailler) digunakan . kemahiran membarille dan membaca tulisan
braille merupakan satu kemestian kepada kannk-kanak buta yang mempunyai persepsi
sentuhan. Selain peralatan braille terdapat juga peralatan lain yang digunakan untuk
menghasilkan braille seperti ‘slate and stylus’ serta mesin emboser.
Kanak-kanak CP yang telah bersedia dari segi emosi dan persepsi dapat menjalani
pengajaran braille dengan baik. Mereka bersedia untuk mempelajar braille gred 1 diikuti
braille gred 2. Pengajaran braille grad 2 lebih mencabar dan memerlukan latihan insentif
untuk meningkatkan kemahiran mereka. Kemahiran membaca braille dan membraille
6
sangat penting kepada kanak-kanak buta supaya proses pengajaran dan pembelajaran
mengunakan medium bacaan braille dapat berjalan dengan lancar. Kemahiran
menggunakan mesin braille perlu dilatih dan diberi sokongan sepenuhnya supaya mereka
tidak merasa tertekan untuk mempelajarinya.Terdapat beberapa teori pembelajaran yang
dapat dirujuk berkaitan dengan kajian ini. Teori behavioris merupakan salah satu teori
pembelajaran yang berkaitan dengan teknik latih tubi (Yahya bin Othman, 2005). Antara
tokoh-tokoh yang menjadi pelopor kepada teori behavioris ini ialah Watson, Pavlov,
Thorndike dan Skinner dan ahli bahasa, Bloomfield. Menurut Choong Lean Keow (2008),
pendekatan pembelajaran dalam teori pembelajaran behavioris ini dianggap semata-mata
sebagai perolehan tingkah laku baru sahaja. Berdasarkan pernyataan beliau, pengkaji
mendapati teori pembelajaran behavioris amat berkaitan dengan kajian yang dijalankan ini.
Hal ini adalah kerana pembentukan tingkah laku melalui aktiviti pelaziman akan membantu
pengkaji menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pendekatan teori ini menganjurkan penggunaan latih tubi secara lisan (Yahya bin
Othman, 2005). Menurut beliau, penggunaan analogi dianggap dapat memberikan asas
kepada pembelajaran bahasa yang lebih baik daripada analisis.Kanak-kanak lebih sesuai
menggunakan pendekatan penemuan berkaitan aturan-aturan bahasa dan guru bahasa
hanya menghuraikannya selepas aturan itu dikuasai oleh pelajar.
Menurut Kamaruddin bin Haji Hussin (1998), terdapat beberapa teori penting yang
digunakan dalam pembelajaran yang dapat menjadi panduan kepada guru bahasa dalam
pengajaran. Antaranya ialah teori pembentukan kebiasaan, kod-kognitif, fungsionalis,
interaksionalis dan anggapan. Teori pembentukan kebiasaan merupakan teori
pembelajaran yang amat relevan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji iaitu
meningkatkan kecekapan membaca kod Braille dengan menggunakan teknik latih tubi.
Dalam pembelajaran bahasa, kebiasaan dapat membantu pelajar menguasai
bahasa inggeris. Maka aspek mekanis sering diberikan melalui teori ini. Pegangan utama
teori ini adalah pengaruh persekitaran dapat memberikan rangsangan dan tindakan
pelajar pada sesuatu keadaan.Keadaan ini disifatkan sebagai gerak balas pada
rangsangan yang diberikan semasa pelajar mempelajari bahasa inggeris.
7
Salvin (1982), pembelajaran koperatif adalah merujuk kepada kaedah pengajaran
yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan yang kecil
untuk mencapai satu matlamat yang sama. Berhubung dengan penggunaan teknik
koperatif yang diamalkan oleh guru kelas Tahun 5 bermasalah penglihatan, terdapat satu
aktiviti yang dijalankan oleh guru antaranya murid yang boleh membaca kod Braille dengan
baik akan membantu menerangkan perkataan yang tidak dapat dibaca oleh rakan yang
lain. Di samping itu, pengkaji turut memerhatikan strategi P&P yang dijalankan oleh guru
subjek Bahasa Inggeris bagi murid bermasalah penglihatan. Semasa menjalankan
pemerhatian ke atas gaya dan teknik pengajaran guru dalam proses P&P, pengkaji
mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan oleh guru. Antara
kaedah yang digunakan oleh guru berkenaan ialah pembelajaran secara koperatif. Kaedah
koperatif merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan oleh guru di sekolah bagi
membentuk minat murid untuk belajar dan meningkatkan lagi hubungan antara murid
dengan rakan-rakan di dalam kelas.
Pendekatan teknik latih tubi juga digunakan oleh guru dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran bagi murid bermasalah penglihatan ini. Berdasarkan kenyataan beliau,
teknik latih tubi akan digunakan sekiranya murid berkenaan lemah dalam membaca
sesuatu bahan. Guru berkenaan kurang menekankan pengaplikasian teknik latih tubi ini
kerana teknik ini kadang kala akan membuatkan murid cepat bosan dalam proses
pembelajaran mereka. Oleh itu, di sepanjang sesi P&P Bahasa Inggeris dijalankan
kepada murid Tahun 5 bermasalah penglihatan ini, guru berkenaan menggunakan
pelbagai strategi pengajaran bagi membolehkan objektif yang diingini tercapai.
Satu persoalan terlintas di fikiran pengkaji iaitu adakah pendekatan dan kaedah
yang digunakan oleh guru dapat mengurangkan masalah membaca yang dihadapi oleh
murid berkenaan. Setelah melakukan pelbagai rujukan, teknik latih tubi dilihat mampu
meningkatkan kemahiran dan kecekapan membaca Gred 2 dalam kalangan murid buta.
Keberkesanan teknik latih tubi tidak dapat dipertikaikan lagi kerana pelbagai kajian telah
banyak dijalankan dan telah membuktikan keberkesanan teknik tersebut.
8
2.0 Fokus Kajian
Dalam fokus kajian ini, pengkaji akan membincangkan berkenaan isu kajian yang telah
dikenal pasti, tinjauan literatur berkaitan dengan isu kajian tersebut serta istilah-istilah
yang digunakan sepanjang menjalankan kajian
2.1 Isu Kajian
Bagi tajuk di bawah isi kajian ini pengkaji akan menerangkan tentang tinjauan awal,
analisis tinjauan awal serta kriteria pemilihan fokus kajian dengan lebih jelas dan
terpeinci.
2.1.1 Tinjauan Awal
Berdasarkan refleksi pengajaran lalu, pengkaji telah melakukan tinjauan awal
untuk mengetahui samada masalah dalam aspek singkatan kod perkataan bahasa
Inggeris ini wujud dan apakah masalah utama yang dihadapi. Pertama sekali saya
melakukan analisis dokumen iaitu saya telah meneliti hasil kerja murid yang dipilih
secara rawak. Dokumen yang dianalisis merangkumi jawapan-jawapan dalam latihan
lalu yang ditulis dalam kod Braille terutamanya yang melibatkan ‘Four Upper
Groupsigns’ iaitu ‘ed, er, ou, ow’ . Analisis melibatkan pengiraan jumlah perkataan
yang melibatkan singkatan yang betul di braille dan dinisbahkan dengan jumlah
perkataan singkatan kod braille perkataan yang salah.
Setelah menganalisis dokumen, pengkaji akan menjalankan sebuah ujian pre
post untuk menguji tahap penguasaan kod Braille tahap 2 murid. Dalam ujian ini,
pengkaji telah menyediakan perkataan-perkataan yang mengandungi ‘Four Upper
Groupsigns’ iaitu ‘ed, er, ou, ow’ terdiri dari perkataan-perkataan yang boleh
disingkatkan. Singkatan yang diuji adalah terdiri dari singkatan yang pernah dipelajari
9
mereka. Murid telah menulis dalam kod Braille petikan yang didengar dan pengkaji
telah menyemak bilangan singkatan yang dibuat oleh murid.
Berdasarkan refleksi pengajaran lalu dan gambaran awal yang diperoleh melalui
ujian dan analisis dokumen, pengkaji telah mengadakan satu sesi temu bual bersama
kedua-dua murid buta di kelas ini. Fokus utama pengkaji dalam temubual ini adalah
bagi mengenalpasti punca sebenar kepada kelemahan murid buta tersebut dalam
membuat singkatan dalam perkataan bahasa Inggeris.
Jadual analisis Ujian Pre-test (murid A dan B mengingat kod iaitu ‘ed, er, ou, ow’)
Waktu Mata Pelajaran : Bahasa Inggeris
Guru : Puan Fatimah
Masa : 8.30 am – 9.30 am
Tarikh : 28 Februari 2012
Jadual Analisis pre test yang pertama dijalankan.
‘Four Upper
Groupsigns’
Perkataan MURID
A
MURID
B
‘ed
1,2,4,6
Fed
Led
Bed
Red
√
√
X
√
√
√
X
√
‘er Her √ √
10
‘1,2,4,5,6’ Errer
Power
Cheer
√
X
X
√
X
X
‘ow
2,4,6
Bowl
Now
Flow
Row
X
√
X
√
X
√ X
√
‘ou
1,2,5,6
Loud
Cloud
Scout
South
√
X
X
X
√
X
X
X
Jumlah kod yang di braille betul
2.1.2 Analisis Tinjauan Awal
Dari tinjauan awal yang dilakukan, pengkaji telah melakukan analisis ke
atas data-data yang telah dikumpul. Melalui analisis dokumen, pengkaji telah
mengesan begitu banyak singkatan perkataan yang boleh dilakukan tetapi tidak
dibuat oleh murid. Namun begitu, didapati murid kekerapan tidak melakukan
singkatan apabila melibatkan singkatan ‘ed, er, ow dan ou’.
Melalui hasil ujian menulis perkataan bahasa Inggeris dalam kod Braille,
pengkaji mendapati kedua-dua murid tidak melakukan singkatan dalam
kebanyakan singkatan yang ditaip dalam perkataan. Setiap murid melakukan
singkatan di bawah 30% dari jumlah keseluruhan perkataan yang diberikan.
Daripada jumlah keseluruhan singkatan yang tidak dilakukan, 80% daripadanya
adalah singkatan ‘ed, er, ow dan ou’. Selain itu, pengkaji turut mengesan bahawa
terdapat kesalahan penggunaan kod bagi ‘ed, er, ow dan ou’ disingkatkan kod
11
bagi ‘ed, er, ow dan ou’ tertukar diantara empat kod singkatan tersebut.
Kekeliruan ini menyebabkan murid selalu melakukan kesalahan yang sama dan
ada kalanya tertinggal dalam membraille kod singkatan.
Dari temubual yang dijalankan bersama murid, pengkaji mendapati
bahawa kedua-dua murid ini sememangnya sukar untuk mengingati singkatan
yang terdapat dalam kod Braille bahasa Inggeris. Mereka merasa keliru dan
sering tertukar diantara kod bagi ‘ed, er, ow dan ou’. Ini kerana, dot-dot bagi kod-
kod tersebut yang hampir sama. Keadaan ini menjadi lebih sukar disebabkan
sebelum ini mereka kurang didedahkan dengan singkatan perkataan serta
penggunaannya tidak begitu ditekankan oleh guru.
2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
Setelah menjalankan analisis masalah yang dihadapi murid,
pengkaji dapat mengenalpasti beberapa masalah yang berkaitan dengan situasi
ini. Kajian hanya difokuskan terhadap teknik membraille kod bahasa Inggeris
iaitu ’‘Four Upper Groupsigns’ iaitu ‘ed, er, ou, ow’. Murid xselalu tertinggal atau
terus membrail kod braille tahap dua tanpa menggunakan singkatan. Pengkaji
cuba untuk membiasakan murid untuk menggunakan kod ‘Four Upper
Groupsigns’ iaitu ‘ed, er, ou, ow’ ketika membraille bahas inggeris dalam
pengajaran dan pembelajaran dan mengarang dalam bahasa inggeris.
2.1.4 Kebolehtadbiran
Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas bil 9/2002 : Perlaksanaan Mata
Pelajaran Sains Tahap Satu Sekolah Rendah KP (BS) 8591/Jld.XVIII (9), setiap
sekolah telah diberi peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris adalah sebanyak tujuh kali seminggu (210) minit seminggu yang diambil
daripada peruntukan masa bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina
12
dan Bahasa Tamil. Ini bermakna, beberapa waktu yang diperuntukkan ini boleh
digunakan untuk melaksanakan kajian terhadap murid tersebut. Oleh itu ketika
pengajaran dan pembelajaran dijalankan pengkaji boleh manjalankan kajian
ketika waktu mengajar Bahasa Inggeris.
2.1.5 Kebolehgunaan
Dapatan daripada hasil kajian ini nanti boleh dijadikan sebagai
panduan dan informasi kepada guru-guru mata pelajaran bahasa Inggeris bagi
melihat tahap peningkatan keyakinan diri murid dalam membraille ‘Four Upper
Groupsigns’ iaitu ‘ed, er, ou, ow’. Kaedah ini juga akan dapat membantu guru
untuk melatih murid bagi mengurangkan kesalahan ketika membraille singkatan
kod bahasa Inggeris. Kaedah ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran
membraille tahap dua tetapi juga dapat meningkatkan penjimatan penggunaaan
kertas braille sepanjang pengajarand an pembelajaran.
2.1.6 Kepentingan
‘Four Upper Groupsigns’ iaitu ‘ed, er, ou, ow’ adalah merupakan
salah satu kod yang penting dalam ejaan Bahasa Inggeris. Kod ini selalu
digunakan dan hampir semua ayat mengandungi kod singkatan ‘Four Upper
Groupsigns’ iaitu ‘ed, er, ou, ow’. Kemahiran dalam menggunakan kod ini akan
membantu mempertingkatkan tahap pembacaan Bahasa Inggeris murid. Kod
singkatan Bahasa inggeris ini sering kali keluar dalam ayat, oleh itu kemahiran
membraille kod tersebut dapat membantu meningkatkan kemahiran membraille
murid masalah penglihatan.
Kemahiran membaca murid dalam membaca braille Bahasa Inggeris
grade dua akan dapat dipertingkatkan. Bahasa Inggeris murid sedikit sebanyak
dapat dikukuhkan lagi setiap kali kajian dijalankan. Malahan mereka juga senang
13
mengingat kod tersebut sekiranya diberi penekanan dan melalui latihan latih tubi
yang teratur.
Kajian ini akan dapat membantu guru Bahasa Inggeris meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, di samping turut meningkatkan
peratusan markah Bahasa Inggeris sekolah.
2.1.7 Kawalan
Apabila melaksanakan kajian ini nanti, pengkaji akan memastikan semua
perancangan terhadap setiap butir-butir yang akan dilaksanakan dirancang
dengan baik dan teperinci.
2.1.8 Kerelevanan
Kajian ini akan dapat membantu kanak-kanak bermasalah penglihatan
untuk lebih berkeyakinan tinggi dan berdikari dalam mempelajari braille gred 2
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan dapat
mempertingkatkan lagi kemahiran membraille dan membaca dengan lebih lancar
dalam bahas inggeris. Oleh kerana pengajaran dan penggunaan braille amat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran murid bermasalah pengkihatan
kecekapan membraille dan membaca braille akan dapat membantu mengatasi
kelemahan yang lain dalam memelajari bahasa Inggreis di dalam kelas.
1.1.8 Kolaborasi
Bagi menjalankan kajian ini nanti, pengkaji akan melakukan kolaborasi
dengan guru-guru yang mengajar murid Tahun 5. Ini bertujuan untuk
mendpatkan maklumat dan seterusnya memahami secara terperinci kelemahan
bacaan dan kemahiran membraille gred 2 murid tahun 5 yang dijadikan
responden kajian.
14
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian
Dalam tajuk ini, pengkaji akan membentangkan tentang isu berkaitan teori,
model, pendekatan, strategi berkaitan dan juga kajian lepas yang berkaitan dengan
kajian pengkaji.
2.2.1 Kod Braille
Braille merupakan sistem “tanda” timbul yang dibentuk dengan menggunakan
gabungan enam titik yang disusun dan titik dalam “sel” atau ruang dinomborkan 1 2
3 4 5 dan 6 untuk menunjukkan bahagian kiri dan kanan sel (Kod Braille Bahasa
Melayu : Edisi Pindaan , 2001).
Kod Braille gred satu merupakan ejaan huruf A hingga huruf Z manakala kod
Braille Gred 2 pula merupakan singkatan iaitu tanda yang mewakili dua huruf atau
lebih yang mencakupi satu imbuhan, partikel atau kata sendi dan yang boleh
digunakan sebagai satu suku kata atau sebahagian dari suku kata dalam satu
perkataan.
Mengikut Stephen McCall (1997) dalam kajian yang bertajuk “The
Development of Literacy Through Touch”, terdapat dua gred British Braille iaitu gred
1 mengandungi huruf dan tanda baca manakala gred 2 pula adalah lebih kompleks
serta mengandungi 189 singkatan.
2.2.2 Kaedah membaca kod braille
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru bagi mengajar
kod Braille bagi murid buta (totally blind). Berdasarkan artikel yang bertajuk
15
Teaching Reading in Braille (2001) oleh Sarah J. Blake, beliau mencadangkan
beberapa cara untuk membaca kod Braille iaitu bacaan senyap dan bacaan lisan
(oral reading).
Bagi bacaan senyap, beliau menyatakan bahawa bacaan secara senyap
adalah lebih laju berbanding dengan bacaan secara kuat dan beliau mencadangkan
supaya bagi meningkatkan kelancaran dalam bacaan senyap, murid perlu
kurangkan pergerakan bibir. Dalam pendekatan yang dianjurkan ini, kefahaman
mengenai sesuatu bahan yang dibaca adalah lebih penting berbanding dengan
kelajuan membaca sesuatu bahan dalam kod Braille. Sebagai contoh, murid yang
boleh membaca 300 w/m (word/minute) tetapi tidak boleh mengingati dan
memahami apa yang dibaca adalah tidak mempunyai apa-apa kelebihan
berbanding dengan murid yang dapat membaca 175 w/m tetapi mengingati serta
memahami apa yang telah dibaca.
Di samping itu juga, beliau mencadangkan supaya guru bahasa Inggeris
memasukkan pertandingan membaca kod Braille. Hal ini adalah kerana
pertandingan yang dianjurkan ini akan dapat menarik minat murid, menjadikan
murid lebih gembira dan bermotivasi untuk membaca dengan adanya ganjaran.
Seterusnya, ia akan dapat meningkatkan kecekapan membaca kod Braille dalam
kalangan murid.
2.2.3 Teknik Latih Tubi
Proses pembelajaran, pelajar mungkin menggunakan kemahiran yang
diperkukuhkan seperti kemahiran lisan bagi menyatakan maksud mana-mana
petikan ( Yahya bin Othman 2005),. Dalam pengajaran bahasa, guru-guru sering
menggunakan latih tubi bagi tujuan mengukuhkan kemahiran yang diajar. Dengan
cara ini pelajar dapat menguasai kemahiran dengan lebih baik. Justeru itu,
pendekatan teori pembentukan kebiasaan menjadi asas kepada strategi intervensi
yang dipilih iaitu teknik latih tubi dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
16
Muhamad Syafiq (2010), latih tubi merupakan aktiviti yang dijalankan
berulang kali dengan objektif yang sama iaitu meningkatkan keupayaan ingatan dan
kefahaman murid mengenai sesuatu perkara. Pengkaji akan menggunakan kaedah
latih tubi untuk menjalankan kajian bagi memastikan murid dapat mengusai
kemahiran membraille kod singkatan “Four Upper Groupsigns”. Pengkaji akan
menggunakan penggunaan kad perkataan yang pengkaji ingin singkatkan dalam
bahasa Inggeris, sesuai dengan tujuan kajian. Rasional pemilihan pengunaan kad
perkataan ini sebagai ABM agar murid tidak bosan dan dapat menjalani kajian
dengan lebih cekap.
Alan J.K dan Holbrook M.C (1991), terdapat beberapa ciri pembaca kod
Braille yang baik dan cekap iaitu dua belah tangan digunakan ketika membaca,
sekurang-kurangnya empat jari digunakan sepanjang masa dan menggunakan
sedikit tekanan apabila menekan titik Braille. Oleh itu, berdasarkan pernyataan
kedua-dua orang tokoh tersebut, pengkaji dapati bahawa teknik latih tubi yang
digunakan akan dapat meningkatkan kemahiran membaca kod Braille dengan
teknik yang betul dalam kalangan murid buta dan seterusnya melahirkan pembaca
kod Braille yang baik. Hal ini adalah kerana menurut John Bailey (2003),
penggunaan bahan bacaan dan penulisan berasaskan kod Braille secara kerap
pada setiap hari akan meningkatkan kelancaran membaca kod Braille.
Teknik latih tubi amat bersesuaian dalam meningkatkan kemahiran
membaca kod Braille dengan cara yang betul. Menurut Kamarudin Hj Husin
(1998), teknik latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Menerusi teknik latih tubi ini, ia dapat meningkatkan kecekapan murid
dalam mencapai sesuatu kemahiran yang diajar dan murid dapat mengingat
fakta-fakta yang diajar kerana adanya pengulangan mengenai isi-isi
pembelajaran dan hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan daya ingatan
murid terhadap perkara yang telah dipelajari secara berulang kali.
17
2.2.4 Masalah Penglihatan
Pelbagai istilah digunakan untuk mengkatogarikan kanak-kanak yang
mempunyai masalh penglihatan. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan
juga dikenali sebagai cacat penglihatan. Mereka juga turut dikenali sebagai tiada
keupayaan penglihatan atau bermasalah penglihatan. Sistem Pendidikan Negara kita
mengenali kanak-kanak cacat penglihatan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas
masalah penglihatan. Norshidah (2009) Cacat penglihatan bermaksud mereka yang
telah diberi rawatan dan pemulihan tetapi keupayaan penglihatan mereka masih tidak
normal. Kanak-kanak yang telah disahkan oleh pakar perubatan mengalami mengalami
kecacatan penglihatan layak mendapatkan pendidikan dalam program pendidikan khas
bermasalah penglihatan yang disediakan khusus untuk memenuhi keperluan pengajaran
mereka.
Kanak-kanak cacat penglihatan dianggap mereka yang buta, tidak dapat melihat
dan berjalan menggunakan tongkat. Tanggapan ini sebenarnya salah. American
Foundation of the Blind (2001), dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mengklasifikasikan kanak-kanak yang mengalami cacat penglihatan kepada buta dan
rabun berdasarkan ukura ketajaman penglihatan (visual acuity) dan sudut atau
keluasan kawasan penglihatan (visual field).
Mengikut perspektif perundangan, lapangan penglihatan bagi orang cacat
penglihatan pula adalah tidak lebih daripada 20 darjah pada keluasan
diameter.Sebaliknya keupayaan penglihatan bagi orang biasa adalah 180 darjah.
Selain daripada orang cacat penglihatan (buta), terdapat satu lagi kategori orang
cacat penglihatan, iaitu penglihatan separa/rabun (partially sighted).Ketajaman
penglihatan bagi kategori ini ialah adalah di antara 20/70 dan 20/200 pada mata
yang terbaik dengan pembetulan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Wong (2006), beliau telah
menyatakan bahawa terdapat beberapa kategori cacat penglihatan dari perspektif
pendidikan khas.Beliau berpendapat bahawa cacat penglihatan boleh
diklasifikasikan kepada tiga kategori yang utama iaitu penglihatan sederhana,
penglihatan yang menyukarkan (severe) dan penglihatan yang teruk (profound).
18
Kecacatan penglihatan sederhana boleh dibetulkan dengan alat-alat
penglihatan tertentu, pelajar yang tergolong dalam kategori penglihatan yang
menyukarkan (severe) masih boleh menggunakan alat-alat penglihatan untuk
membantu mereka dalam pembelajaran. Jadi, mereka akan menggunakan deria
sentuhan dan pendengaran dalam pembelajaran. Manakala bagi penglihatan yang
teruk (profound), kumpulan pelajar tidak boleh menggunakan alat-alat penglihatan
untuk membantu daya penglihatan mereka. Jadi mereka akan menggunakan deria
sentuhan dan pendengaran dalam pembelajaran.
2.2.5 Membaca Kod Braille Bahasa Inggeris Tahap 2
Menurut Christine Arter (The Primary School Child, 1997), kebanyakan murid
bermasalah penglihatan mempunyai proses membaca kod Braille yang perlahan.
Hal ini adalah kerana proses mengeja adalah tugasan yang susah untuk murid buta
(totally blind). Oleh itu, beliau mencadangkan beberapa pertimbangan khas yang
perlu dilakukan bagi pembelajaran murid buta iaitu penggunaan bahan maujud
dalam pembelajaran, latihan menaip, latihan menggunakan kemahiran mendengar,
latihan mobiliti dan latihan meningkatkan baki penglihatan yang ada.
2.2.6 British Braille
Di Malaysia, pengajaran dan pembelajaran kod braille diwajibkan menggunakan
British Braille sebagai satu rujukan wajib bagi pendidik untuk mengajar murid di
dalam kelas. Britidh Braille di cipta oleh
3.0 Objektif Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan satu objektif umum dan empat objektif
khusus.
19
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan murid buta B1 dalam mengingati
Four Upper Group Sign melalui teknik latih tubi.
3.2 Objektif Khusus
4.2.1 Murid dapat mengingati kod bagi singkatan ‘ed’ selepas teknik
Latih tubi dijalankan.
4.2.2 Murid dapat mengingati kod bagi singkatan ‘er’ selepas teknik
latih tubi dijalankan.
4.2.3 Murid dapat mengingati kod bagi singkatan ‘ow’ selepas teknik
latih tubi dijalankan.
4.2.4 Murid dapat mengingati kod bagi singkatan ‘ou’ selepas teknik
latih tubi dijalankan.
3.3 Persoalan Kajian
3.3.1 Adakah murid dapat mengingati kod bagi kependekan ‘ed’ selepas
teknik latih tubi dijalankan?
3.3.2 Adakah murid dapat mengingati kod bagi kependekan ‘er’ selepas
teknik latih tubi dijalankan?
3.3.3 Adakah murid dapat mengingati kod bagi kependekan ‘ow’ selepas
teknik latih tubi dijalankan?
3.3.4 Adakah murid dapat mengingati kod bagi kependekan ‘ou’ selepas
teknik latih tubi dijalankan?
20
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini, melibatkan dua orang responden dari kelas Tahun 5 Pendidikan Khas
Integrasi bermasalah penglihatan di sekolah X. Responden kajian terdiri daripada
seorang murid lelaki (Melayu) dan seorang lagi murid perempuan (India).
Murid ini mempunyai masalah yang sama iaitu tahap penglihatan buta
sepenuhnya (totally blind). Dari segi tingkah laku di dalam kelas ketika menjalankan
braille tahap 2. Murid A menunjukkan tingkah laku postitif di dalam kelas, memberi
tumpuan dan mendengar arahan guru. Sering mencucuk mata dan mengoyang-goyang
kepala dan badan. Murid B, mempunyai tingkahlaku suka termenung dan kurang
bertanya jika tidak memahami isi pembelajaran. Kurang memberi tumpuan dan kurang
bertindakbalas semasa sesi soal jawab dengan guru.
Berdasarkan pencapaian murid agak sederhana dalam pencapaian akademik
terutamanya mata pelajaran Bahasa Inggeris. Murid A menunjukkan pencapaian yang
lebih baik berbanding murid B. Dalam peratusan akademik Bahasa Inggeris dalam
Ujian Bulanan Mac 2012, murid A 62% manakala murid B 35%.
5.0 Tindakan Yang Dicadangkan
Pengkaji akan menggunakan Model Stephen Kemmis (1983) bagi menjalankan Kajian
Tindakan ini. model ini mempunyai empat peringkat iaitu perancangan, tindakan,
pemerhatian, dan refleksi.
5.1 Kitaran Kajian 1
Dalam kitaran ini akan melibatkan empat peringkat/fasa dalam satu kitaran iaitu
perancangan, tindakan, pemerhatian dan juga refleksi.
21
5.1.1 Perancangan
Berdasarkan analisis tinjauan awal, pengkaji mendapati semasa pengkaji
mengajar murid tahun 5, ada satu tingkah laku yang sering dilakukan secara
berulang-ulang oleh seorang murid yang menarik minat pengkaji untuk
mengkaji tindakannya itu. Tingkah laku tersebut disebut sebagai ‘blindism’. Bagi
mendapatkan kepastian, pengkaji telah membuat pemerhatian dan temu bual
bersama guru, ppm, bapa murid dan juga murid tersebut sebelum menjalankan
intervensi.
5.1.2 Tindakan
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pengkaji akan menggunakan
tekini latih tubi untuk mempertingkatkan kemahiran membrail kod singkatan
bahasa Inggeris ‘Four Upper Groupsigns’ iaitu ‘ed, er, ou, ow’. Pada awal kajian
ini, pengkaji menerangkan kepada murid tentang ‘Four Upper Groupsigns’ iaitu
‘ed, er, ou, ow’. Pengkaji akan menerangkan penekanan terhadap kod singkatan
braille itu akan dijalankan setiap kali sama ada mengunakan 12 perkataan setiap
kali ujian dijalankan. Ujian akan dilaksanakan beberapa kali mengunakan kaedah
latih tubi sehingga murid dapat meningkat kemahiran membraille kod singkatan
‘Four Upper Groupsigns’ iaitu ‘ed, er, ou, ow’.
5.1.3 Analisis Jadual Ujian
Pengkaji akan menganalisis peningkatan murid dnegan graf dan jadual
yang menekankan peratusan dan jumlah perkataan yang dibraillekan betul setiap
kali ujian dijalankan sehingga pengkaji berpuashati bahawa murid dapat
menguasai kemahiran tersebut.
22
5.1.4 Refleksi
Seterusnya pengkaji akan mengumpul maklumat dari kajian kitaran satu bagi
melihat hasil peningkatan kemahiran murid membraille kod singkatan sama ada
terdapat pengkatan atau semakin bertambah kesalahan dilakukan.Jika terdapat
peningkatan dalam analisis ujian yang dijalankan maka pengkaji akanterus
mengunakan teknik dan jenis ujian yang sama sepanjang kajian dijalankan. Tetapi jika
tidak terdapat peningkatan maka pengkaji akan menggunakan method atau jenis ujian
yang baru bagi meningkatkan tahap keupayaan membraille murid dalam kitaran yang
seterusnya.
Selepas menjalankan kajian pada kitaran satu dengan refleksi yang diperoleh,
pengkaji akan membuat perancangan untuk kitaran kedua pula dan seterusnya.
Pengkaji akan menjalankan tiga kitaran semasa menjalankan kajian tindakan ini nanti.
Berikut adalah contoh Model Kitaran Stephen Kemmis (1983) yang akan pengkaji
gunakan semasa menjalankan kajian ini tindakan nanti. Model ini akan dilaksanakan
secara berulang-ulang kali sehinggalah masalah yang dihadapi dapat diselesaikan atau
pun dikurangkan.
23
Model Kitaran Stephen Kemmis (1983)
24
Menilai semulaperancangan
MENGENALPASTIMASALAH
Apa yang sedangberlaku.
Idea umum.Kenalpasti isu/ asalah/situasi
Merancang
TindakanPemerhatian
Refleksi
PerbincanganPerundingan
Penerokaan PeluangMenilai kemungkinan
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa kaedah pengumpulan data
yang bersesuaian berdasarkan permasalahan kajian dan intervensi yang akan
dijalankan. Pengkaji akan menggunakan tiga kaedah berdasarkan principles of
triangulation iaitu Ujian, Pemerhatian dan Temubual. Pemilihan ketiga-tiga kaedah ini
adalah bagi memastikan dapatan yang bakal diperoleh mempunyai kesahan yang tinggi
(Campbell & Fiske, 1959 seperti yang dinyatakan dalam Cohen, Manion & Morrison,
2000).
6.1 Instrumen Pengumpulan Data
6.1.1 Ujian
Kaedah pengumpulan data utama yang akan digunakan adalah ujian yang merangkumi
Ujian Pra, Ujian Formatif dan Ujian Pos. Ujian yang dijalankan adalah berbentuk ujian
lisan yang amat sesuai bagi menilai kebolehan atau kelancaran bacaan murid. Tujuan
pemilihan kaedah ujian adalah bagi mendapatkan maklumat kebolehan murid membaca
Four Upper Group Sign dalam bentuk numeral. Ujian Pra terlebih dahulu dijalankan
sewaktu pengkaji melakukan analisis tinjauan awal. Selepas berakhirnya pelaksanaan
intervensi yang pertama, pengkaji akan menjalankan Ujian Formatif pertama bagi
menilai kebolehan murid. Ujian Pos pula akan dilaksanakan selepas berakhirnya
kesemua kitaran intervensi.
Bagi melaksanakan ujian ini, pengkaji telah membina instrumen yang
mengandungi senarai perkataan yang mengandungi Four Upper Group Sign (Rujuk
Lampiran 1). Data bagi ketiga-tiga ujian ini akan dikumpul ke dalam senarai Guttman
(Rujuk Lampiran 2). Sewaktu murid melakukan ujian lisan dengan membaca senarai
perkataan yang disediakan, pengkaji akan menanda sama ada murid membaca dengan
betul atau membaca dengan tidak betul kependekan perkataan tersebut ke dalam
instrumen yang disediakan. Bagi setiap ujian, pengkaji akan menggunakan perkataan-
perkataan yang berlainan tetapi masih mengandungi Four Upper Group Sign yang
sama seperti yang dipelajari sewaktu intervensi. Ini bertujuan untuk memastikan jumlah
markah yang diperoleh mempunyai kesahan yang tinggi.
25
6.1.2 Temubual
Bagi menyokong data yang diperolehi dari ujian, pengkaji akan menjalankan sesi
temubual bersama murid selepas berakhirnya setiap intervensi. Temubual yang akan
dijalankan oleh pengkaji adalah berbentuk temubual semi struktur (Lim Chong Hin,
2007) iaitu penggabungan temubual berstruktur dan tidak berstruktur. Tujuan utama
pengkaji mengadakan temubual ini adalah bagi mendapatkan maklumat berkenaan
keberkesanan teknik latih tubi dari perspektif kumpulan sasaran sendiri.
Proses temubual yang akan dijalankan adalah secara berkumpulan iaitu di
antara kedua-dua murid dalam kumpulan sasaran dan pengkaji (Fraenkel & Wallen,
2009). Menurut Cohen, Manion dan Morrison (2000), temubual secara berkumpulan
akan menghasilkan perbincangan yang lebih interaktif dan menjimatkan masa.
Temubual ini akan dijalankan sebaik sahaja tamatnya intervensi bagi mengelakkan
kumpulan sasaran dari lupa akan perasaan yang dialami semasa intervensi seterusnya
maklumat yang lebih terperinci dapat diperoleh.
Item Pertama
Pemahaman terhadap pendekatan pengajaran yang digunakan
Item Kedua
6.1.3 Pemerhatian
Cara pengumpulan data yang ketiga adalah pemerhatian yang akan dilakukan bersama
seorang rakan pengkaji. Pengkaji terlebih dahulu akan membuat rakaman video
sewaktu intervensi berlangsung dan rakan pengkaji membuat pemerhatian melalui
rakaman video selepas berakhirnya intervensi. Bentuk pemerhatian yang akan
dilakukan adalah dari jenis pemerhatian berstruktur (Parsons & Brown, 2002; Schmuck,
26
1997, seperti dinyatakan dalam Mertler, 2006). Sebelum melakukan pemerhatian,
pengkaji akan menetapkan kriteria yang ingin diperhatikan dan bersedia bersama
instrumen bagi merekod pemerhatian.
Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji akan dapat mengumpul maklumat
berkenaan reaksi atau tingkah laku murid terhadap latihan yang diberi. Pemerhatian
juga membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu yang tidak
dinyatakan oleh pengkaji semasa sesi temubual serta menyokong dapatan yang
diperoleh melalui ujian dan temubual (Schmuck, 1997). Segala pemerhatian akan
dicatat ke dalam Rekod Anekdot yang disediakan pengkaji.
6.2 Cara Menganalisis Data
Data-data yang dikumpul melalui ketiga-tiga kaedah iaitu ujian, temubual dan
pemerhatian akan dianalisis sebaik sahaja berakhirnya intervensi. Instrumen yang akan
dianalisis adalah Skala Guttman (Ujian), Transkripsi (Temubual) dan Rekod Anekdot
(Pemerhatian).
6.2.1 Ujian
Pengkaji akan menganalisis data utama iaitu data dari skala Guttman yang digunakan
semasa ujian. Bilangan perkataan mengandungi Four Upper Groupsign yang berjaya
dibaca oleh kumpulan sasaran akan dijumlahkan dan menukarkannya ke dalam bentuk
peratus. Tujuan pengkaji membuat penukaran kepada bentuk peratus adalah bagi
membolehkan pengkaji membina graf pembandingan pencapaian murid (Lee Shok Mee
& Mok Soon Sang, 1989). Melalui graf, pengkaji akan mencari julat di antara
pencapaian murid dalam ujian-ujian yang dijalankan. Seterusnya, pengkaji akan
membuat penilaian prestasi murid.
6.2.2 Temubual
Rakaman dari temubual akan dipindahkan ke dalam bentuk transkripsi bagi
membolehkan data lebih mudah dianalisis (Johnson & Christensen, 2000 seperti
dinyatakan dalam Abdul Rahman, 2007) . Pengkaji akan melakukan membuat bacaan
berulang kali analisis Setiap respon yang menjawab persoalan kajian serta menyokong
27
dapataan dari ujian akan ditanda sebagai isi penting. Isi-isi penting yang telah
dikenalpasti akan dikod kepada nombor-nombor yang mewakili persoalan kajian dan
tema-tema bersesuaian berdasarkan isi penting yang mampu menyokong dapatan
utama (Rujuk Jadual 2).
Jadual 2
KOD TEMA
1 Kependekan ‘ed’2 Kependekan ‘er’3 Kependekan ‘ow’4 Kependekan ‘ou’
6.2.3 Pemerhatian
Dari catatan yang dilakukan pengkaji di dalam Rekod Anekdot, pengkaji akan
melakukan bacaan bagi mengenalpasti isi-isi penting yang dapat menjawab persolan
kajian sekaligus menyokong dapatan yang diperoleh dari kaedah ujian dan temubual.
Seperti sewaktu menganalisis data dari temubual, pengkaji juga akan menggunakan
kaedah pengekodan bagi menganalisis data pemerhatian. Pengkaji akan
mengasingkan isi-isi yang dikenalpasti mengikut tema (Rujuk Jadual 3). Untuk
menyokong dapatan dari ujian, pengkaji akan memilih isi-isi penting yang telah
diasingkan mengikut tema-tema.
Jadual 3
KOD TEMA
1 Kependekan ‘ed’2 Kependekan ‘er’3 Kependekan ‘ow’4 Kependekan ‘ou’
28
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Dalam tajuk perancangan perlaksanaan data ini pengkaji akan membentangkan jadual
perlaksanaan dan juga kos kajian dalam bentuk jadual.
5.4.1 Jadual Pelaksanaan
BIL PERKARA FEBRUARI MAC APRIL
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
1 Refleksi pengajaran lalu
/ / / / / / / / / / / /
2 Refleksi nilai pendidikan
/ / / / / / /
3 Mengumpul jurnal penyelidikan
/ / / / /
4 Tinjauan literatur / / / / /
5 Fokus kajian / / / /
6 Kumpulan sasaran
/ / / / /
7 Objektif kajian / / / / /
8 Persoalan kajian / / / / / /
9 Perancangan tindakan
/ / / /
10 Cara pengumpulan data
/ // /
29
11 Instrument kajian / /
12 Cara menganalisis data
/ / / /
13 Kos kajian / / /
5.4.2 Kos Kajian
BIL ALATAN HARGA
SEUNIT (RM)
KUANTITI HARGA (RM)
1 INTERNET 90.00 4 BULAN 360.00
2 KERTAS A4 12.90 1 RIM 12.90
3 PEN 3.90 7 BATANG 27.30
4 INK PRINTER 119.00 1 SET 119.00
5 FOTOKOPI 0.10 400 40.00
6 PENGANGKUTAN 22.00 - 400.00
7 HADIAH 29.90 1 BUAH 29.90
JUMLAH (RM)
Rujukan
Zuhayati Yazid (2009). Pembetulan masalah penglihatan perlu dilakukan sebelum
kanak-kanak berumur lapan tahun supaya sistem penglihatan berkembang
dengan normal. [Online]. Available: http://cikguhaidi.wordpress.com/ [2012,
Mac.5].
Hallahan, D.P. & Kauffman, J.M. (1998). Exceptional children: Introduction to special
education (6th edition). NY: Mc Graw-Hill.
Kneedler, R.D., Hallahan, D.P. & Kauffman, J.M. (1984). Special education for today.
NJ: Prentice-Hall.
30
Chow Fook Meng & Jaizah Binti Mahamud (2011). Kajian tindakan: Konsep & amalan
dalam pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Abdul Ghani Bin Abdullah & Abd. Rahman Bin Abd. Aziz (2009). Mengurus tingkah laku
pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Creig S. Hoyt & Douglas R. Fredrick (1998). Cortically Visually Impaired Children : A
Need For More Study. [Online]. Available: http://bjo.bjm.com/ [2012, Februari.28]
Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2000). Research methods in education (5th
edition). London: Routledge Falmer.
Koenig, A.J. & Holbrook, M.C. (2003). Foundation of education (2nd Edition):
Instructional strategies for teaching children and youth with visual impairment
(Vol 2). NJ: AFB Press.
Lim Chong Hin (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
Selangor: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Shahabudin Bin Hashim, Mahani Binti Razali & Ramlah Binti Jantan (2003). Psikologi
Pendidikan. Selangor: PTS Professional.
31
R. J. Woodward, C. Maginn dan W. A. Johnston (1989). The reduction of self
stimulating behaviours using a Differential Reinforcement of Behaviour
(D.R.O):Symposuium On Behaviour Modification Treatments.
Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar.
Selangor : Penerbitan Multimedia Snd. Bhd.
Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan : Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Snd. Bhd
32