disiplin bilik darjah

36
PEDAGOGI DISIPLIN DI BILIK DARJAH Disediakan oleh: Anuar bin Ibrahim Almizawati binti Darus

Upload: nuwa10

Post on 19-Jun-2015

654 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: DISIPLIN BILIK DARJAH

PEDAGOGI

DISIPLIN DI BILIK DARJAH

Disediakan oleh:

Anuar bin IbrahimAlmizawati binti Darus

Page 2: DISIPLIN BILIK DARJAH

PENGENALAN (Charles, 2002, Everton, Emmer & Worsham, 2003,

Gallop & Elam, 1998) menyatakan masalah disiplin merupakan satu masalah dilaporkan oleh guru semasa pengajaran.

Mengawal disiplin bilik darjah – penting untuk menentukan keberkesanan dalam proses pengajaran & pembelajaran.

Masalah disiplin memang wujud walaupun beberapa langkah pencegahan diambil oleh guru-guru.

Page 3: DISIPLIN BILIK DARJAH

Peranan Guru Mesti menerangkan kepada murid-murid

bermasalah – tingkah laku tersebut tidak dapat diterima.

Harus memberi bantuan kepada murid-murid yang bertingkah laku bermasalah supaya meninggikan lagi nilai dirinya.

Mesti memberi bantuan secara ikhlas dan memahami konsep disiplin dan cara-cara untuk menangani masalah itu.

Page 4: DISIPLIN BILIK DARJAH

Ialah peraturan-peraturan yang dikenakan atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran supaya dapat mengawal tingkah laku tersebut.

Di dalam bilik darjah, arahan yang diberi oleh guru-guru harus dikuatkuasakan supaya beliau dapat mengawal keadaan bilik darjahnya.

Bilik darjah yang berdisiplin - digambarkan sebagai sebuah bilik yang harmonis di mana aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sistematik dan lancar tanpa sebarang gangguan.

KONSEP

Page 5: DISIPLIN BILIK DARJAH

Merupakan faktor luaran atau faktor dalaman.

Faktor luaran – yang dapat menjejaskan konsep kendiri murid-murid adalah suasana di rumah, sekolah, status-ekonomi, pergaulan negatif, dan pengaruh psikologi dari keganasan, penderaan dan dadah.

Faktor dalaman - boleh menyebabkan masalah disiplin terdiri dari keupayaan dan harga diri seorang individu selain daripada kadar mental dan perkembangan moralnya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH DISIPLIN DI DALAM BILIK DARJAH

Page 6: DISIPLIN BILIK DARJAH

1. Faktor Dalaman

a. Kadar Perkembangan Mental

● Menurut Kohlberg – semua individu melalui enam peringkat perkembangan yang mempengaruhi tingkah laku dan disiplin diri.

● Empat peringkat awal berlaku apabila individu masih melalui proses persekolahan.

● Murid-murid berfungsi pada peringkat berlainan dan akan mempelajari cara-cara disiplin diri.

● Guru-guru dapat membantu murid-murid melalui peringkat-peringkat perkembangan moral ini jika terdapat sebarang masalah.

Page 7: DISIPLIN BILIK DARJAH

Peringkat Perkembangan

Moral

Ciri-Ciri Tingkah Laku Implikasi Terhadap Kanak-Kanak Bersekolah

Peringkat 1.Kepatuhan Dan Hukuman

Mematuhi semua arahan dan mengelak diri dari segala hukuman

Mereka mungkin degil dan enggan mengikut arahan

Mereka akan mengikut arahan kerana takut

Kanak-kanak tadika adalah dalam peringkat satu. Mereka mungkin mempunyai sikap menentang dan perlu pengawasan.

Mereka akan melalui peringkat ini sebelum umur 4 atau 5. Guru-guru perlu mengawas murid-murid yang mungkin mengganggu.

Page 8: DISIPLIN BILIK DARJAH

Peringkat Perkembangan Moral

Ciri-Ciri Tingkah Laku Implikasi Terhadap Kanak-Kanak Bersekolah

Peringkat 2Individualisme Dan Pertukaran.

Ganjaran Dan Hukuman:Peringkat: 5-9 tahun

Murid-murid tidak akan tertarik dengan mana-mana pihak dan mempunyai pendapat yang berbeza.

Mereka sedar bahawa perkara berbentuk relatif serta bebas untuk mengikuti kegemaran masing-masing.

Mereka mungkin bersikap individualistik dan mementingkan diri.

Kebanyakan kanak-kanak dalam lingkungan umur 8 atau 9 tahun akan melepasi peringkat ini.

Kanak-kanak mempunyai disiplin kendiri yang kurang pada peringkat ini.

Murid-murid yang lebih matang berfungsi pada peringkat lebih baik jika berada di bawah jagaan guru yang tegas

Page 9: DISIPLIN BILIK DARJAH

Peringkat Perkembangan Moral

Ciri-Ciri Tingkah Laku Implikasi Terhadap Kanak-Kanak Bersekolah

Peringkat 3Perhubungan Interpersonal Yang Baik.

Interpersonal dua halaPeringkat: Remaja (anak Belasan)

Murid-murid dianggap sebagai ahli masyarakat dengan nilai norma dan pengharapan yang baik. Mereka juga ingin membantu orang lain dan mempunyai kepercayaan dengan orang lain.

Kanak-kanak bermula untuk mempunyai disiplin kendiri.

Mereka ingin guru-guru dan rakan-rakan menyukai mereka dan mengambil berat tentang apa yang dikatakan.

Mereka mengikut arahan dan patuh kepada guru.Guru-guru harus memuji tingkah laku yang baik dan memberitahu murid-murid mengenai kepentingan memperolehi tingkah laku yang baik.

Page 10: DISIPLIN BILIK DARJAH

Peringkat Perkembangan

Moral

Ciri-Ciri Tingkah Laku Implikasi Terhadap Kanak-Kanak Bersekolah

Peringkat 4:Mengekalkan Kemasyarakatan Sosial

Mematuhi arahan supaya dapat membentuk satu masyarakat yang sihat.

Kebanyakan kanak-kanak di peringkat ini kurang menunjukkan tingkah laku bermasalah.

Peringkat:Sekolah Menengah Atas

Guru-guru akan membentuk beberapa kumpulan supaya murid-murid dapat peluang untuk belajar secara berkoperasi.

Mereka tidak menghargai guru-guru yang tegas

Page 11: DISIPLIN BILIK DARJAH

Peringkat Perkembangan Moral

Ciri-Ciri Tingkah Laku Implikasi Terhadap Kanak-Kanak Bersekolah

Peringkat 5:Perjanjian Sosial dan Hak Individu

Peringkat Dewasa:

Lebih mementingkan prinsip dan nilai yang membentuk satu masyarakat yang baik dan prinsip demokratik di mana semua pihak berhak untuk menyuara

Kebanyakan murid-murid tidak dapat mencapai ke tahap ini di sekolah. Murid-murid di kolej dan universiti mulai dihadapi dengan isu-isu sosial di peringkat ini

Peringkat 6:Prinsip Universal

Peringkat Dewasa:

Meraka akan menentukan prinsip-prinsip mana yang paling adil dan menghormati setiap individu

Sebagai individu dewasa muda, mereka mulai meluaskan fikiran mereka mengenai keadilan.

Mereka akan menyuarakan isu-isu persekitaran dan dunia serta nilai-nilai universal

Page 12: DISIPLIN BILIK DARJAH

b. Peringkat Perkembangan Yang Bercanggah

● Jika seorang murid berada di peringkat tiga, tetapi sebenarnya hanya berada di peringkat perkembangan satu atau dua, dia akan menunjukkan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah.

● Guru-guru akan menghadapi masalah untuk mengawal dan mengawas murid-murid seperti ini.

Page 13: DISIPLIN BILIK DARJAH

c. Personaliti Dan Perangai (Tingkah Laku)

● Murid-murid yang ekstrovet dan suka bercakap juga boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

● Terdapat juga murid-murid yang sensitif dan memerlukan perhatian guru untuk menyelesaikannya.

Page 14: DISIPLIN BILIK DARJAH

d. Kekurangan Kemahiran Sosial

● Murid-murid yang mempunyai kemahiran sosial yang rendah di sebabkan oleh konflik dengan ibubapa juga boleh menunjukkan masalah disiplin.

e. Kurang Keupayaan Mental Dan Fizikal

● Murid-murid yang kurang keupayaan mental dan fizikal di bilik darjah juga mungkin menjadi punca masalah disiplin bagi guru. Sebagai contoh, murid-murid yang hiperaktif sentiasa mengganggu murid-murid yang lain semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Page 15: DISIPLIN BILIK DARJAH

2. Faktor Luaran

a. Pengajaran Di Bilik Darjah

● Guru-guru yang tidak merancang pengajaran dengan berkesan tidak dapat mengawal disiplin di bilik darjah.

● Murid-murid yang berada di dalam keadaan begini akan mengambil kesempatan untuk bermain, bergaduh dan lain-lain.

Page 16: DISIPLIN BILIK DARJAH

b. Saiz Bilik Darjah

● Bilik darjah yang terlalu besar di mana guru tidak dapat mengawal kelas juga menyebabkan masalah disiplin.

● Terdapat murid-murid yang mengambil kesempatan dan duduk di belakang jauh dari pandangan guru untuk menyebabkan kacau di dalam bilik darjah.

Page 17: DISIPLIN BILIK DARJAH

c. Berpuak Dan Geng

● Murid-murid membentuk geng atau kumpulan juga boleh menyebabkan pergaduhan antara satu geng dengan lain.

d. Sistem Persekolahan

● Sekolah yang mengamalkan sistem disiplin yang longgar dan ini menyebabkan masalah disiplin di kalangan murid.

● Terdapat juga sistem persekolahan yang mengamalkan arahan yang terlalu ketat dan ini juga boleh menyebabkan masalah disilin di kalangan murid.

Page 18: DISIPLIN BILIK DARJAH

e. Persekitaran Di Rumah

● Murid yang berasal dari keluarga yang tidak bahagia, ibu bapa yang bercerai juga boleh menyebabkan masalah disiplin.

● Murid-murid seperti ini membawa unsur-unsur negatif ke sekolah dan kurang bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 19: DISIPLIN BILIK DARJAH

Thomas R. McDaniel (1986) mencadangkan 8 penyelesaian bagi menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah iaitu :

1. Mengekalkan fokus

► Guru perlu merancang pelajaran dalam proses pengajaran.

► Guru harus bermula apabila murid-murid bersedia.

CARA-CARA MENANGANI MASALAH DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH

Page 20: DISIPLIN BILIK DARJAH

2. Arahan Secara Langsung ► Guru mesti memulakan pengajaran

dengan memberitahu murid-murid apa yang akan dipelajari dan memberi murid-murid masa untuk mengaturkan diri.

► Arahan, peraturan dan kaedah harus dijelaskan kepada murid-murid.

► Peraturan bilik darjah juga perlu di demonstrasikan.

Page 21: DISIPLIN BILIK DARJAH

3. Mengawasi

► Guru perlu mengawas aktiviti murid-murid dan memberi bantuan jika perlu.

► Guru memberi arahan secara individu jika perlu.

► Jika berlaku sebarang gangguan, murid diberi perhatian dengan serta merta dan tindakan disiplin yang sejajar diambil.

Page 22: DISIPLIN BILIK DARJAH

4. Guru-Guru Teladan ► Guru menjadi teladan apabila mereka

bersuara lembut, mesra dan prihatin. ► Murid dapat mengikut semua arahan

dan peraturan guru.

5. Tanpa Bertutur (Tanda-Tanda Isyarat)► Guru mesti memastikan nilai moral

dapat diteguhkan melalui cara bukan bertutur dengan menggunakan tanda-tanda isyarat-isyarat pergerakan mata, menepuk bahu murid secara lembut.

Page 23: DISIPLIN BILIK DARJAH

► Jika guru ingin memberitahu muridnya, yang beliau tidak setuju dengan kelakuannya, beliau boleh menggunakan tanda isyarat mata dan isyarat mulut tanpa bertutur.

6. Pengawalan Persekitaran

► Guru mesti memastikan persekitaran bilik darjah berada di dalam keadaan terkawal.

► Guru perlu menghias bilik darjah untuk menimbulkan suasana yang mesra dan kondusif untuk pembelajaran.

7. Campur Tangan Secara Berprofil Rendah

► Guru tidak memberi ganjaran kepada murid-murid yang tidak berkelakuan baik.

Page 24: DISIPLIN BILIK DARJAH

8. Disiplin Tegas

► Guru memberikan hanya 5 arahan disiplin yang penting di dalam bilik darjah.

► Setiap kali arahan tersebut dilanggar, murid dikenakan hukuman. Jika murid mengulangi sesuatu kesalahan, guru akan bertindak lebih tegas.

► Ganjaran hanya diberi kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik.

Page 25: DISIPLIN BILIK DARJAH

Dalam proses disiplin ini, guru-guru perlu menghakimi dan membuat penilaian.

Guru mesti menggalakkan teguran membina semasa murid-murid mengganggu dalam bilik darjah atau menunjukkan masalah disiplin.

Ada empat langkah :

1. Mendengar Pendapat Murid-Murid

► Guru mesti mendengar pendapat murid-murid dan mengambil kira perasaan mereka dan tidak berat sebelah.

TEGURAN MEMBINA

Page 26: DISIPLIN BILIK DARJAH

2. Menganalisa Situasi ► Murid digalakkan untuk mengambil nota dan

keterangan dalam menganalisa setiap situasi pembelajaran.

► Murid juga digalakkan untuk menanya soalan apabila mereka kurang jelas mengenai sesuatu.

3. Memberi Pandangan► Guru mesti sentiasa memberi pandangan

secara objektif dan tidak bersifat emosi dengan melibatkan hal peribadi murid-murid. Kendiri murid juga harus dipertimbangkan.

Page 27: DISIPLIN BILIK DARJAH

4. Memberi Cadangan

► Guru mesti membantu murid dengan memberi cadangan berguna supaya murid-murid dapat membaiki atau mengetahui di mana mereka boleh mendapat bantuan/menyelesaikan masalah mereka.

Page 28: DISIPLIN BILIK DARJAH

HUKUMAN

Guru perlu memberi amaran yang mencukupi sebelum mengambil sebarang tindakan disiplin.

Jika murid menunjukkan tingkahlaku bermasalah, guru mesti memberikan amaran dan memastikan murid melaksanakan amaran tersebut.

Hukuman hanya boleh dikenakan selepas semua langkah memodifikasikan tingkah laku lain tidak berkesan.

Page 29: DISIPLIN BILIK DARJAH

MENCEGAH SALAH LAKU

Beberapa teknik bagaimana guru-guru dapat mencegah salah laku: Mengelak daripada menjerit atau mengkritik

secara negatif. Mengelak daripada mengenakan hukuman atau

denda semasa murid-murid menghadapi sebarang masalah tetapi menggalakkan pemberian ganjaran.

Merancang peraturan-peraturan bilik darjah yang mudah dan jelas difahami oleh murid.

Membincang peraturan bilik darjah dengan murid-murid.

Page 30: DISIPLIN BILIK DARJAH

MENCEGAH SALAH LAKU..SAMB

Beberapa teknik bagaimana guru-guru dapat mencegah salah laku: Mengambil langkah-langkah yang sistematik

untuk mengenakan tindakan disiplin seperti peringatan, amaran, amaran bertulis, lawatan ke pejabat Guru Besar, memanggil murid-murid dengan nama mereka, mengadakan kontak mata apabila memberi arahan, memastikan tindakan disiplin dilaksanakan dengan serta merta.

Page 31: DISIPLIN BILIK DARJAH

PENGURUSAN DISIPLIN TANPA STRESS

Menggunakan pengurusan disiplin yang efektif amat penting dalam proses p&p.

Antara peraturan dan strategi-strategi disiplin baik yang boleh diamalkan guru: Merancang persekitaran fizikal dan psikologi

yang baik. Merancang prosedur bilik darjah dan peraturan

secara terperinci. Mengajar secara sistematik. Mengawas kerja murid-murid dengan rapi. Mengatasi masalah disiplin dengan cepat dan

konsisten.

Page 32: DISIPLIN BILIK DARJAH

PENGURUSAN DISIPLIN TANPA STRESS..SAMB

Merancang arahan-arahan yang perlu diberikan kepada murid-murid supaya tugasan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Berkomunikasi dengan jelas dan lancar.

Pengurusan disiplin tanpa stress adalah satu proses kompleks dan tidak boleh dianggap sebagai suatu kerja yang ringan.

Guru harus merancang cara-cara mengumpul maklumat mengenai sesuatu salah laku dan memberi pelbagai cadangan sebelum mengambil suatu tindakan disiplin.

Page 33: DISIPLIN BILIK DARJAH

PENGURUSAN DISIPLIN TANPA STRESS..SAMB

Langkah-langkah yang boleh diamalkan oleh guru-guru dalam pengurusan disiplin tanpa stress: Mengamalkan disiplin peribadi yang tinggi. Empati terhadap murid-murid. Pengajaran – merancang pelajaran, mengurus

bilik darjah dengan bijak, berinovatif serta mengamalkan refleksi.

Pengurusan – mengadakan komunikasi dua hala dengan ibu bapa.

Page 34: DISIPLIN BILIK DARJAH

MENGAMALKAN STRATEGI PENDISIPLINAN YANG SESUAI

Matlamat utama guru adalah untuk menimbulkan tingkah laku yang baik di kalangan murid dan menjauhi diri mereka daripada masalah disiplin.

Memastikan murid-murid mengikuti segala rutin yang ditetapkan oleh guru-guru daripada peringkat awal sekolah.

Memantau tingkahlaku murid-murid supaya sentiasa mematuhi peraturan yang telah disediakan.

Page 35: DISIPLIN BILIK DARJAH

MENGAMALKAN STRATEGI PENDISIPLINAN YANG SESUAI..SAMB

Perhubungan antara guru dengan murid dapat dipertingkatkan dengan penglibatan murid-murid semasa pembelajaran.

Murid-murid tidak memperolehi disiplin diri secara automatik tetapi nilai-nilai dan kemahiran-kemahiran sosial hanya boleh dipelajari daripada contoh-contoh dan permodelan guru.

Page 36: DISIPLIN BILIK DARJAH

Sekian terima kasih…