disember 2013 amanat ketua pengarah ... fileortodoks. inovasi dan ... pada majlis pelepasan benih...

10
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera. Pembaca yang dihormati sekalian, Kita kini berada di penghujung tahun 2013. Seperti biasa pada setiap hujung tahun, kita perlu membuat penilaian terhadap usaha yang telah kita laksanakan sama ada mencapai sasaran yang telah ditetapkan atau sebaliknya. Sekiranya prestasi kita baik dan memuaskan, ia perlu diteruskan. Walau bagimanapun, kita jangan mudah berpuas hati terhadap pencapaian semasa, sebaliknya terus berusaha demi memenuhi tuntutan serta harapan kumpulan sasar dan orang ramai. Sekiranya prestasi kita tidak memuaskan, kita hendaklah mengenal pasti kesilapan dan cuba memperbaikinya dan seterusnya berazam untuk meningkatkan prestasi pada tahun hadapan. Ini adalah kerana, harapan orang ramai terhadap akauntabiliti dan keresponsifan dalam sektor awam menunjukkan peningkatan ketara dengan kepesatan pembangunan teknologi. Justeru, kita harus peka kepada teknologi baharu bagi meningkatkan kecekapan tugas dan menambah nilai perkhidmatan. Hanya selepas itu barulah kita boleh menganggap diri kita sebagai bertanggungjawab dan responsif terhadap permintaan semasa. Pembaca yang dihormati sekalian, Bagi seorang pemimpin atau ketua pula, mereka harus bersedia membuat keputusan sukar jika perlu, kerana mereka diamanahkan dalam memastikan tahap tertinggi kebertanggungjawaban, profesionalisme, kebergunaan, kecekapan dan etika diamal serta disampaikan dalam perkhidmatan awam. Ini adalah antara cabaran-cabaran yang perlu ditangani ke arah pembangunan dan pembaharuan perkhidmatan awam seiring perubahan masa. Pembaca yang dihormati sekalian, Pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia memberi penekanan supaya penjawat awam tidak berfikiran statik, jumud dan beku, sebaliknya menjadi kumpulan yang berinovatif dan kreatif. Alhamdulillah, sejak program inovasi diberi perhatian, sektor awam telah menjadi responsif, tidak lagi berfikir secara konvensional dan ortodoks. Inovasi dan kemampuan untuk berinovatif tidak seharusnya hanya dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu sahaja seperti saintis yang menjalankan penyelidikan. Sebaliknya inovasi boleh dipupuk, dibangunkan dalam sektor awam supaya kumpulan sasar atau rakyat akan mendapat kepuasan lebih, sekali gus memberi kesan kepada perkembangan Pendapatan Negara Kasar (GNI) dan meningkatkan ekonomi negara kita. Untuk menjadi sebuah negara maju, Malaysia perlu beralih daripada pelaburan berteraskan input kepada ekonomi berteraskan pengetahuan dan seterusnya sebuah ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Sekiranya kita terus bergantung kepada pelaburan berteraskan input, kita tidak akan mencapai tahap peningkatan yang ketara atau lonjakan berganda yang meletakkan kita ditakrif sebagai negara maju. Disember 2013 http://www.dof.gov.my (bersambung ke muka surat 3) AMANAT Ketua Pengarah Perikanan 1

Upload: dangkhanh

Post on 29-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Disember 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileortodoks. Inovasi dan ... pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen Pasir Salak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SubhanahuWata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan aktiviti

kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kita kini berada di penghujung tahun 2013. Seperti biasa pada setiap

hujung tahun, kita perlu membuat penilaian terhadap usaha yang telah

kita laksanakan sama ada mencapai sasaran yang telah ditetapkan

atau sebaliknya. Sekiranya prestasi kita baik dan memuaskan, ia perlu

diteruskan. Walau bagimanapun, kita jangan mudah berpuas hati

terhadap pencapaian semasa, sebaliknya terus berusaha demi

memenuhi tuntutan serta harapan kumpulan sasar dan orang ramai.

Sekiranya prestasi kita tidak memuaskan, kita hendaklah mengenal

pasti kesilapan dan cuba memperbaikinya dan seterusnya berazam

untuk meningkatkan prestasi pada tahun hadapan. Ini adalah kerana,

harapan orang ramai terhadap akauntabiliti dan keresponsifan dalam

sektor awam menunjukkan peningkatan ketara dengan kepesatan

pembangunan teknologi. Justeru, kita harus peka kepada teknologi

baharu bagi meningkatkan kecekapan tugas dan menambah nilai

perkhidmatan. Hanya selepas itu barulah kita boleh menganggap diri

kita sebagai bertanggungjawab dan responsif terhadap permintaan

semasa.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Bagi seorang pemimpin atau ketua pula, mereka harus bersedia

membuat keputusan sukar jika perlu, kerana mereka diamanahkan

dalam memastikan tahap tertinggi kebertanggungjawaban,

profesionalisme, kebergunaan, kecekapan dan etika diamal serta

disampaikan dalam perkhidmatan awam.

Ini adalah antara cabaran-cabaran yang perlu ditangani ke arah

pembangunan dan pembaharuan perkhidmatan awam seiring

perubahan masa.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 baru-baru ini,

YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri

Malaysia memberi penekanan supaya penjawat awam tidak berfikiran

statik, jumud dan beku, sebaliknya menjadi kumpulan yang berinovatif

dan kreatif.

Alhamdulillah, sejak program inovasi diberi perhatian, sektor awam

telah menjadi responsif, tidak lagi berfikir secara konvensional dan

ortodoks. Inovasi dan kemampuan untuk berinovatif tidak seharusnya

hanya dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu sahaja seperti saintis yang

menjalankan penyelidikan. Sebaliknya inovasi boleh dipupuk,

dibangunkan dalam sektor awam supaya kumpulan sasar atau rakyat

akan mendapat kepuasan lebih, sekali gus memberi kesan kepada

perkembangan Pendapatan Negara Kasar (GNI) dan meningkatkan

ekonomi negara kita.

Untuk menjadi sebuah negara maju, Malaysia perlu beralih daripada

pelaburan berteraskan input kepada ekonomi berteraskan

pengetahuan dan seterusnya sebuah ekonomi yang dipacu oleh

inovasi. Sekiranya kita terus bergantung kepada pelaburan

berteraskan input, kita tidak akan mencapai tahap peningkatan yang

ketara atau lonjakan berganda yang meletakkan kita ditakrif sebagai

negara maju.

Disember 2013 http://www.dof.gov.my

(bersambung ke muka surat 3)

AMANAT

Ketua Pengarah Perikanan

1

Page 2: Disember 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileortodoks. Inovasi dan ... pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen Pasir Salak

5 – 9 September 2013Persidangan Tahunan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Perikanan Malaysia 2013 yang telah dirasmikan oleh YH Dato’ Ahamad

Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia di Miri, Sarawak.

20 September 2013YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri

Melaka menyampaikan bantuan kepada Rakan Fish Paya

Lebar sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan

Nelayan Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka.

2

12 Oktober 2013YBhg. Dato’ Dr. Baharom Bin Jani, Timbalan Ketua

Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani Malaysia (kanan) melepaskan benih ikan

pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum

Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen

Pasir Salak di Kg. Gajah, Perak.

23 Oktober 2013Program Lawatan Kerja Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Dr. Baharom Bin Jani,

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (tengah) ke Projek

Penternakan Udang Laut (EPP6-NKEA) yang diusahakan

oleh LKPP Corp. Sdn. Bhd. dan Pegagau Aquaculture Sdn.

Bhd. di Pulau Permatang Pauh, Pekan, Pahang.

(ber

sam

bung

ke

muk

a su

rat 3

)

Page 3: Disember 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileortodoks. Inovasi dan ... pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen Pasir Salak

3

Sehubungan itu, kerajaan menekankan betapa pentingnya inovasi

untuk diterapkan bukan sahaja dalam sektor swasta tetapi juga dalam

sektor awam pada keseluruhannya. Malaysia kini menduduki tangga

ke-32 dari 142 buah negara yang disenaraikan dalam Indeks Inovasi

Global 2013. Adalah diharapkan kedudukannya dapat diperbaiki

pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Malaysia telah mengadakan Hari

Inovasi 2013 yang bertemakan “Sains dan Inovasi Sebagai Pemacu

Transformasi” bagi memperkukuhkan nilai budaya inovasi dan kreatif

di samping memberi pengiktirafan kepada warga Jabatan yang

terlibat.

Sekian, assalam mualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

(DATO’ HAJI AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

AMANAT Ketua Pengarah Perikanan(sambungan dari muka surat 1)

1 Disember 2013Majlis Perasmian Tukun Tiruan Negeri Kedah 2013 Bersama

Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan oleh YAB Dato’

Paduka Mukhriz Bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah di

Kuala Kedah, Kedah.

14 Disember 2013YBrs. Encik Mohd. Shaupi Bin Derahman, Timbalan Ketua

Pengarah (Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia menyampaikan

hadiah kepada pemenang Pertandingan Inovasi sempena Hari

Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia 2013 yang diadakan di Kuala

Perlis, Perlis.

19 November 2013YBhg. Dato’ Haji Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua

Pengarah Perikanan Malaysia melancarkan Pelan Tindakan

Kebangsaan untuk Mencegah, Menghalang dan

Membanteras Penangkapan Ikan Secara Tidak Sah, Tidak

Dilapor dan Dikawal (Malaysia’s NPOA IUU Fishing)sempena Majlis Perasmian 6th Coordination CommitteeMeeting of the Regional Plan of Action To PromoteResponsible Fishing Practices Including Combating IUUFishing in SEA Region (CC RPOA IUU FISHING) di Kota

Kinabalu, Sabah.

(sambungan dari muka surat 2)

21 November 2013Pameran dan Persidangan Antarabangsa Industri Hiasan

Akuatik Malaysia Ke-Empat (Aquafair 2013) dirasmikan oleh

YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka

di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

9 November 2013YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana

Menteri Malaysia merasmikan Hari Peladang, Penternak dan

Nelayan Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang.

Page 4: Disember 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileortodoks. Inovasi dan ... pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen Pasir Salak

DARI JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2013

Tajuk : Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan

Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana

Yang Berada Di Gred Lantikan

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan

mengenai penambahbaikan pelaksanaan dasar kenaikan

pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan

pegawai Kumpulan Pelaksana yang berada di gred

lantikan.

Tarikh : 10 Oktober 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.jpa.gov.my

ii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2013

Tajuk : Pindaan Terma dan Perubahan Had Umur Kenaikan

Pangkat

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum

dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai

pindaan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

(KPSL) dan perubahan had umur pelantikan secara

KPSL.

Tarikh : 29 Oktober 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.jpa.gov.my

iii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2013

Tajuk : Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik dan Pindaan

Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan, Penolong Jurutera,

Penolong Pegawai Seni Bina dan Penolong Juruukur

Bahan.

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum

dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai

penjumudan skim perkhidmatan Juruteknik dan pindaan

skim perkhidmatan Pelukis Pelan, Penolong Jurutera,

Penolong Pegawai Seni Bina dan Penolong Juruukur

Bahan yang sedang berkuat kuasa.

Tarikh : 29 Oktober 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.jpa.gov.my

iv) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16 Tahun 2013

Tajuk : Pindaan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/ Separuh

Mahir/ Tidak Mahir (R)

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum

dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai

pindaan nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/ Separuh

Mahir/ Tidak Mahir (R) kepada Klasifikasi Perkhidmatan

Kemahiran (H).

Tarikh : 29 Oktober 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.jpa.gov.my

v) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2013

Tajuk : Pindaan Skim Perkhidmatan Operator Loji, Pemandu

Kenderaan dan Penghantar Notis

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum

dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai

pindaan skim perkhidmatan Operator Loji, Pemandu

Kenderaan dan Penghantar Notis.

Tarikh : 29 Oktober 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.jpa.gov.my

vi) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 24 Tahun 2013

Tajuk : Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Kebudayaan,

Penerbit Rancangan, Artis Budaya, Ahli Muzik, Ahli

Fotografi, Jurusolek, Pereka dan Pegawai Berita

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum

dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai

pindaan skim perkhidmatan di bawah Klasifikasi

Perkhidmatan Bakat dan Seni dan skim perkhidmatan

Pegawai Berita yang sedang berkuat kuasa.

Tarikh : 29 Oktober 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.jpa.gov.my

vii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 36 Tahun 2013

Tajuk : Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum

Gred 1 Hingga Gred 54 Di Bawah Sistem Saraan

Malaysia

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk

melaksanakan keputusan kerajaan mengenai

penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum –

Maksimum (JGMM) bagi Gred 1 hingga Gred 54 di

bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM)

Tarikh : 29 Oktober 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.jpa.gov.my

viii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 37 Tahun 2013

Tajuk : Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun

2013

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk

melaksanakan keputusan kerajaan untuk memberi

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada

tahun 2013 kepada pegawai Perkhidmatan Awam

Persekutuan.

Tarikh : 29 Oktober 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.jpa.gov.my

4

(bersambung ke muka surat 5)

Page 5: Disember 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileortodoks. Inovasi dan ... pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen Pasir Salak

i) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Item Makanan Kepada

Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai Kontrak Pusat Sistem Panel

(Kontrak Panel) bagi perolehan item makanan kepada

semua agensi kerajaan di Semenanjung Malaysia.

Tarikh : 3 Mei 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Bagi Membuat, Membekal, Menghantar dan

Menyerah Sampul Surat Kepada Semua Agensi Kerajaan Di

Semenanjung Malaysia

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai kaedah perolehan untuk Kontrak

Pusat bagi membuat, membekal dan menghantar sampul

surat kepada semua agensi kerajaan di Semenanjung

Malaysia.

Tarikh : 27 Ogos 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

iii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Perkhidmatan

Produk Pusat Kompetensi Sumber Terbuka

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai Kontrak Pusat Sistem Panel

(Kontrak Panel) bagi perolehan Perkhidmatan Produk Pusat

Kompetensi Sumber Terbuka [Open Source Competency

Centre (OSCC)], Unit Pemodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Tarikh : 3 Mei 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

iv) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : Bayaran Khas Contract For Service Bagi Tahun 2013.

Tujuan : Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) ini bertujuan

memaklumkan bahawa Akta Majlis Perundingan Gaji

Negara 2011 [Akta 732] Perintah Gaji Minimum 2012 (PGM)

telah diwartakan dan berkuat kuasa secara berperingkat

mulai 1 Januari 2013 dan turut terpakai bagi kontrak-kontrak

kerajaan yang telah ditandatangani sebelum PGM 2012

berkuat kuasa, tetapi tempoh kontrak masih berkuat kuasa

dan melangkaui 1 Januari 2013.

Tarikh : 4 November 2013

v) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : Perubahan Kadar Harga Kontrak Perolehan Kerajaan

Berikutan Penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum 2012.

Tujuan : Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) ini bertujuan

memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi

Bayaran Khas Contract For Service kepada individu

lantikan contract for service setengah bulan bayaran

perkhidmatan tertakluk kepada maksimum RM2,000 atau

minimum RM500. Sehubungan itu, semua individu lantikan

contract for service yang telah memberi khidmat sekurang-

kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti

Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am pada

tahun 2013, layak dibayar Bayaran Khas Contract ForService secara pro-rata (proportionate).

Tarikh : 4 November 2013

DARI PERBENDAHARAAN

5

viiii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2013

Tajuk : Pemakaian Two/Three – Piece Pant Suit Bagi Pegawai

Awam Wanita Semasa Bekerja

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk

melaksanakan keputusan kerajaan yang membenarkan

pemakaian two/three – piece pant suit bagi pegawai

awam wanita semasa bekerja.

Tarikh : 10 Oktober 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.jpa.gov.my

x) Surat Edaran

Tajuk : Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/

Operasi) [PT(P/O)] Gred N17 Ke Gred N22

Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (Sektor Dalam

Negeri)

Tujuan : JPA akan melaksanakan urusan pemangkuan bagi

jawatan ini dan dengan ini memohon semua Ketua-ketua

Jabatan/Agensi untuk mengemukakan maklumat

pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan untuk

pemangkuan bagi jawatan Pembantu Tadbir

(Perkeranian/ Operasi) [PT(P/O)] Gred N17 yang layak

dipertimbangkan bagi pemangkuan ke Gred N22 dengan

syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tarikh : 20 November 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.jpa.gov.my

(sambungan dari muka surat 4)

Page 6: Disember 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileortodoks. Inovasi dan ... pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen Pasir Salak

Kijing Unik Tertulis Kalimah

KUANTAN - Seorang ahli perniagaan yang memiliki kijing unik yang

tertera kalimah serta tulisan jawi pada cangkerangnya menawarkan

kepada sesiapa yang berminat melakukan penyelidikan ke atas spesies

siput dalam simpanannya itu.

Kijing (Tellina virgata) adalah sejenis haiwan yang menyerupai kupang

atau kepah.

Abdul Jabar Abdul Hamid, 48, berkata, beliau terpanggil berbuat

demikian kerana percaya tulisan jawi pada cangkerang kijing yang

ditemuinya sejak lapan tahun lalu itu adalah semula jadi dan bukan

sengaja diukir oleh manusia.

"Mulanya saya dan seorang rakan menemui sebiji kijing besar dan sebiji

kijing kecil di celah batu semasa berjalan dekat sebatang sungai di

Indera Mahkota ketika banjir besar melanda pada tahun 2001.

"Bila dibelek, saya amat terkejut apabila mendapati tertera tulisan jawi

pada cangkerang dua haiwan yang masih hidup itu," ceritanya ketika

ditemui di sini baru-baru ini.

6

Inilah kijing yangmempunyai kalimah dantulisan jawi yang ditemuiAbdul Jabar di sebatangsungai di Indera Mahkota,Kuantan lapan tahun lalu.

Kijing yang biasa.

Page 7: Disember 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileortodoks. Inovasi dan ... pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen Pasir Salak

1. Cara Betul Urut WajahGunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan untuk

mengurut wajah terutamanya selepas bangun dari tidur.

Letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan

jari ke pipi, dari pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi.

Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun

kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan di wajah.

Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam

sebelum mengambil sarapan pagi.

2. Daun Inai Serikan WajahUntuk mendapatkan wajah

yang cantik berseri, gunakan

segenggam daun inai yang agak

tua dan rebus dengan tiga cawan

air. Minumlah air rebusan ini

sebanyak tiga kali seminggu.

Insya-Allah wajah anda berseri.

3. Kunyit Muda Serikan WajahKunyit muda boleh

menaikkan seri wajah

seseorang. Hiris kunyit

m u d a y a n g s e g a r

dan bers ih secara

nipis-nipis. Jadikanya

sebagai ulam semasa

makan nasi. Jika tidak

tahan dengan baunya,

anda boleh mengambil

u l a m l a i n s e b a g a i

sampingan.

4. Pucuk Jambu Batu Rawat JerawatJika anda ada masalah untuk menyembuhkan jerawat,

gunakan beberapa helai pucuk jambu batu dan tumbuk

sehingga halus. Kemudian

sapukannya pada bahagian

yang berjerawat. Untuk lebih

mujarab, pakailah bersama-

sama dengan bedak sejuk.

5. Daun Pandan Wangikan Almari Pakaian Untuk mengharumkan almari pakaian, gunakan beberapa

helai daun pandan yang sederhana tua. Potongnya kepada

tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari

pakaian. Tukar kepada daun pandan yang baharu selepas

tiga hari.

6. Elak Bisa Paku BerkaratUntuk merawat kaki yang luka

kerana terpijak paku yang

berkarat, gunakan bawang putih

yang berdaun. Buang kulitnya

dan celupkanya ke dalam minyak

dan panaskan seketika di atas

api yang sederhana besar.

Kemudian tampalkan bawang

putih itu pada bahagian yang

luka. Tukar bawang putih dua kali

sehari.

7. Menurunkan Tekanan Darah TinggiPucuk dan bunga betik adalah dua jenis bahan yang sangat

baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Celurkan

pucuk dan bunga betik sehingga masak dan jadikannya

makanan sama ada dibuat kerabu atau dimakan dengan

sambal belacan. Selain itu, daun kucai juga berkhasiat

untuk merawat darah tinggi. Bersihkan secekak daun kucai

dan kisar bersama sedikit gula batu tanpa menggunakan

air. Ambil pekatan yang dihasilkan dan embunkan

semalaman sebelum diminum setiap pagi dan sebelum

makan.

8. Melawaskan Kencing dan Batu KarangBagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak

lawas atau berpenyakit batu karang, ambil beberapa biji

lobak putih dan batang

kangkung dengan akarnya

sekali. Bersihkan dan

rebus dengan air yang

sederhana banyaknya.

Apabi la sudah cukup

m a s a k , a n g k a t d a n

biarkannya suam sebelum

diminum.

9. Garam Atasi Sakit Tumit Kaki Goreng satu kilogram garam kasar tanpa minyak dengan

api yang sederhana besar. Apabila garam mulai panas,

angkat dan bungkus di dalam kain bersih. Tuam pada

bahagian tumit yang sakit.

(ber

sam

bung

ke

muk

a su

rat 8

)

7

Daun inai.

Bawang putih.

Lobak putih.Pucuk jambu batu.

Kunyit.

Page 8: Disember 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileortodoks. Inovasi dan ... pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen Pasir Salak

10. Menghilangkan Pahit Daun BetikBagi anda yang suka makan daun betik sebagai ulam, anda

boleh menghilangkan rasa pahit dengan mencampurkan

daun senduduk ketika merebusnya.

11. Udang Sentiasa SegarUntuk menjadikan udang tidak busuk dan sentiasa segar,

perahkan air asam limau nipis ketika anda hendak

menyimpannya di

dalam peti sejuk.

Cara ini boleh

menjadikan udang

sentiasa segar dan

tahan lebih lama.

12. Mencuci Tapak Seterika Taburkan sedikit garam halus ke atas kertas tisu, kemudian

gosok pada tapak seterika yang kotor. Lakukan beberapa

kali dan anda akan dapati kekotorannya akan hilang.

13. Kebaikan Kepala, Tahi Ikan BilisKepala dan tahi ikan bilis berkhasiat untuk ayam dengan

mencampurkan ke dalam makanannya. Ia juga dapat

menyegarkan pokok dengan merendamnya selama

beberapa hari sebelum disiram pada pokok bunga.

14. Segarkan Urat Saraf Dengan Daun Serai Untuk mengembalikan

kesegaran urat saraf, anda

boleh menggunakan air

rebusan hasil campuran

daun serai, daun pandan

d a n d a u n n a n g k a .

Gunakan air tersebut yang

telah suam untuk mandi

selama tiga hari.

15. Ubat Sakit Tekak Untuk merawat sakit tekak, ambilkan air didih nasi

sebanyak satu cawan. Minum air didih nasi itu beberapa

kali sehingga hilang rasa perit dan sakit kerongkong.

16. Daun Rambutan Merawat Gatal Kulit Kepala Campurkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi

tiga gelas air. Hancurkan dan perah dua biji limau nipis serta

kacau hingga sebati. Tapis dan sapukan rata-rata pada kulit

kepala. Amalkan dua minggu sekali.

17. Santan Tidak Pecah MinyakSuri rumah terpaksa mengacau santan berterusan apabila

memasak kuah lemak atau kari supaya santan tidak

berketul. Bagi memudahkan kerja, letakkan senduk di

dalam periuk dan gunakan api yang kecil. Santan tidak akan

pecah minyak.

18. Garam Atasi Sinki TersumbatMasukkan beberapa

sudu garam kasar ke

dalam saluran sinki yang

tersumbat. Selepas itu,

tuangkan air mendidih di

dalam lubang sinki.

Ulang beberapa kali

sehingga perjalanan air

lancar semula.

19. Ikan Tidak BusukBagi mengelakkan ikan menjadi busuk apabila peti sejuk

tidak berfungsi kerana rosak atau disebabkan bekalan

elektrik terputus, gaulkan ikan yang telah disiang dan dicuci

bersih dengan nasi sejuk dengan campuran sedikit garam.

Nasi mestilah benar-benar sejuk. Esoknya, basuh ikan itu

seperti biasa.

20. Sayur Dicelur Tetap SegarCampurkan sedikit minyak masak semasa mencelur sayur.

Toskan airnya. Hasilnya, sayu-sayuran akan nampak segar

dan berkilat.

21. Tembikai Tahan LamaBagi mengekalkan kesegaran tembikai ketika

menyimpannya di dalam peti ais, sapukan kapur makan di

pangkalnya. Insya-Allah, tembikai tidak mudah busuk dan

tahan lama.

(sambungan dari muka surat 7)

8

Limau nipis.

Garam.

Tembikai.

Pokok nangka.

Page 9: Disember 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileortodoks. Inovasi dan ... pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen Pasir Salak

22. Menghilangkan Bau TandasHampas kopi dapat menghilangkan bau tandas. Caranya

ialah dengan memasukkan hampas kopi ke dalam lubang

tandas. Biarkan seketika sebelum disiram.

23. Khasiat Belimbing BuluhBelimbing buluh yang

kaya dengan vitamin C,

boleh dijadikan pencuci

mulut selepas makan dan

boleh dijadikan perencah

masakan terutama apabila

memasak gulai lemak

c i l i ap i bersama ikan

s e m b i l a n g . I a j u g a

berkhasiat untuk menghilangkan penyakit darah tinggi

dengan memakan buahnya yang muda dua biji sehari.

24. Garam Hilangkan Sakit TekakGaram boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya

berpunca daripada cuaca panas. Caranya, bancuh tiga

sudu garam dengan setengah gelas air sejuk dan

berkumurlah dua kali sehari sehingga sakit tekak hilang.

25. Halia Atasi Masalah Kembung Perut

Ambil seinci halia yang sederhana besar, bersihkan, tumbuk

(jangan sampai lumat) dan campurkan dengan setengah air

yang mendidih. Tutup gelas dengan piring selama 10 minit.

Kemudian tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya

diminum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti ais.

Ulang meminumnya, jika perut masih kembung.

26. Kulit Bunga Tanjung Hilangkan JerawatAmbil lapisan dalam batang pokok bunga tanjung, tumbuk

halus-halus dan jadikan bedak. Campurkan dengan sedikit

bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan pada muka

yang berjerawat sebelum tidur pada setiap malam.

27. Menjadikan Gigi Putih BersihUntuk menjadikan gigi supaya sentiasa putih dan

bersih, bakar sebiji pinang dan tumbuk sehingga menjadi

serbuk. Simpannya di

da lam bekas kedap

udara. Apabila hendak

m e n g g u n a k a n n y a ,

campur sedikit garam

dan gosok pada gigi

dengan menggunakan

jari. Amalkan setiap pagi

dan malam sebelum

tidur.

28. Menghilangkan Bau KetiakUntuk menghilangkan bau ketiak yang kurang

menyenangkan, ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan

gosok pada kedua-dua belah ketiak. Amalkan sekali

seminggu sebelum mandi.

29. Melebatkan Bulu KeningUntuk melebatkan bulu kening, ambil isi kelapa tua sebesar

dua jari. Bakar di atas api sederhana sehingga hitam.

Angkat dan biarkan ia sejuk sebelum disapu pada bulu

kening.

30. Daun Peria Ubat KurapAmbil beberapa helai daun peria dan bersihkannya.

Kemudian ramas dan gosokkannya pada badan atau kulit

yang dijangkiti kurap. Lakukannya berulang kali, pasti

hasilnya sangat memuaskan.

Selamatmencuba!!!.

(sambungan dari muka surat 6)

Belimbing buluh.

Buah pinang.

Halia muda.

Daun Peria.

9

Page 10: Disember 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileortodoks. Inovasi dan ... pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen Pasir Salak

Orang ramai dilarang minum air dari dalam botol yang telah

ditinggalkan di dalam kereta dalam jangka masa yang lama.

Ini adalah kerana, haba matahari akan bertindak balas

dengan bahan kimia dari botol plastik yang seterusnya akan

membebaskan dioksin ke dalam air. Dioksin adalah toksin yang

semakin ditemui dalam tisu kanser payudara. Oleh itu, sila berhati-

hati dan tidak minum air botol yang telah ditinggalkan di dalam

kereta. Sebaik-baiknya, gunakan botol 'stainless' (keluli tahan karat)

atau botol kaca bukan plastik.

Maklumat ini sedang diedarkan oleh Pusat Perubatan 'Walter Reed

Army' yang membawa mesej “Tiada bekas dan bungkusan

plastik di dalam ketuhar gelombang mikro, dan tiada botol air di

dalam peti sejuk”.

Kimia dioksin adalah penyebab kanser, terutama kanser payudara. Ia sangat beracun kepada sel-sel dalam badan

kita. Jangan bekukan air dalam botol plastik kerana akan melepaskan dioksin daripada plastik.

Kita juga tidak boleh memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang menggunakan bekas plastik terutamanya

kepada makanan yang mengandungi lemak. Ini adalah kerana gabungan lemak, haba yang tinggi dan plastik

melepaskan dioksin ke dalam makanan.Sebaliknya gunakan kaca, seperti pyrex atau bekas seramik untuk

memanaskan makanan. Anda akan mendapat keputusan yang sama, tetapi tanpa dioksin. Jadi, mi segera atau sup

di dalam cawan dan lain-lain perlu dikeluarkan dari bekas sebelum dipanaskan.

Kertas juga boleh digunakan, namun kita tidak ketahui kandungannya. Oleh itu, adalah lebih selamat untuk

menggunakan bahan kaca dan seramik. Bekas styrofoam dan bungkusan plastik juga merbahaya. Ketika makanan

dipanaskan, haba yang tinggi akan mencairkan bungkusan yang mengandungi toksin beracun yang menyerap ke

dalam makanan. Sebaiknya, tutup makanan dengan kertas tuala.

AIR BOTOL DALAM KERETASANGAT BAHAYA

KUALA SELANGOR: Aktiviti qurban dijalankan bagi menunjukkan kesyukuran kita diatas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Ia juga dapat menimbulkan rasa ketakwaankita kepada-Nya serta dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat.

Atas kesedaran itu, Rakan Fish Sungai Sembilang, Kuala Selangor telah menganjurkansatu program qurban yang disertai Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dato’ Hj. Irmohizam Ibrahim bersama-sama penduduk kampung Sungai Sembilang.

Sempena program ini, Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah menyampaikansumbangan jaket keselamatan dan lampu spotlight untuk kegunaan Rakan Fish.Sumbangan kewangan juga disampaikan oleh Biro Kebajikan Rakan Fish SungaiSembilang kepada ahli yang memerlukan.

Mohd Fazlan Abdul Ghani

Pejabat Perikanan Negeri Selangor

([email protected])

RAKAN FISH SUNGAI SEMBILANGANJUR PROGRAM QURBAN

10