dijamin simple dan tak memeningkan kepala.. · inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan!...

38
Hakmilik CSPRO MOHD NASYIT pengasas CSPRO dan Pullbackforextrading.com “Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala..”

Upload: others

Post on 14-May-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

Hakmilik CSPRO MOHD NASYIT pengasas CSPRO dan Pullbackforextrading.com

“Dijamin Simple dan tak

memeningkan kepala..”

Page 2: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 1 | 37

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Penulis melibatkan diri dalam FOREX secara separuh masa bermula dari 2009 lagi.

Kini penulis aktif dalam menulis artikel berunsurkan Pendidikan forex melalui laman

blog persendirian iaitu pullbackforextrading.com dan juga laman facebook beliau.

Selain itu, penulis juga bergiat aktif dalam private group forex milik beliau melalui

telegram dan whatsapp untuk membincangkan mengenai peluang trade dan juga

Analisa teknikal.

Penulis adalah introducer broker bagi berberapa broker antarabangsa dan terkini

merupakan IB bagi broker Mocaz Financial Limited.

Menyedari keperluan trader-trader baru dan lama dalam Pendidikan berkaitan

forex dalam Analisa teknikal dan juga trading price action membawa kepada

penulisan ebook ini. Tujuan utama ebook ini adalah agar lebih ramai trader boleh

mendapatkan teknik yang ringkas dan sangat menguntungkan dan paling penting,

ianya adalah percuma. Oleh itu penjualan ebook ini adalah dilarang sama-sekali.

Diharapkan ebook ini akan memberikan pengetahuan yang baik dan membantu

anda dalam sepanjang perjalanan karier anda sebagai trader.

Sekian terima kasih!

Mohd Nasyit

Pengasas blog : www.pullbackforextrading.com

Membership : www.cspro.pullbackforextrading.com

Page 3: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 2 | 37

Penafian…………………………..page 3

1. Candlestick………………...page 5

2. Support Resistance…….…page 8

3. Fibonacci…………………...page 15

4. Teknik Fibo50……………….page 22

5. Penutup……………………..page 37

Page 4: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 3 | 37

Page 5: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 4 | 37

Pasaran kewangan terbesar! Dengan 5.1 trillon dollar

sehari anda punyai peluang menjana keuntungan

umpama tanpa had 5 hari seminggu 20 hari sebulan!

Tidak perlu susah-susah jual produk atau cari downline!

Dengan kecanggihan teknologi telefon pintar masakini,

akses kepada pasaran forex kini boleh dilakukan hanya

melalui hujung jari anda.

Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan!

Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun

mana-mana mesin ATM di seluruh dunia.

Berbeza dengan pasaran kewangan lain, FOREX tidak

memerlukan modal yang besar. Apa yang anda perlu

hanyalah deposit serendah USD30 sahaja!

KLIK SINI untuk mula buka akaun sebenar anda!

Page 6: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 5 | 37

Sejarah ringkas candlestick

Maksud candlestick?

Candlestick merujuk kepada harga buka, teringgi, terendah dan penutup. Ia lebih

dikenali sebagai Open, High, Low dan Close.

Candlestick chart diasaskan pada

kurun ke-18 oleh Munehisa

Homma(1724-1803) iaitu seorang

pedagang beras dari Sakata,

Jepun. Steve Nison kemudiannya

memperkenalkan kaedah

candlestick ini kepada dunia barat

melalui buku beliau berjudul

‘Japanese Candlestick Charting

Techniques.’

Page 7: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 6 | 37

Candlestick chart

Terdapat banyak jenis candlestick. Anda boleh dapatkan lebih banyak maklumat

candlestick melalui pautan ini

Link : https://en.wikipedia.org/wiki/Candlestick_pattern

Candlestick setup yang digunakan untuk teknik ini?

Kita akan menggunakan dua candle ini sahaja.

CANDLESTICK

BULLISH

BEARISH

PIN BAR

ENGULFING

Page 8: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 7 | 37

Ada banyak jenis candle lain kenapa focus dua ini sahaja?

Jawapannya adalah kita nak mudahkah trade kita. Tak perlu susahkan dengan

bermacam-macam candle lepas tu ia berakhir dengan kebingungan dan

kekeliruan.

Dua candle ini senang difahami ciri-cirinya dan mudah dikenal-pasti.

Candlestick ini mempunyai peranan penting untuk kenal-pasti trade setup anda.

Oleh itu fahamkan betul-betul ciri-cirinya.

Lihat gambar di bawah;

Akan tetapi untuk dapatkan ketepatan yang lebih baik, anda perlu filter signal

anda. Oleh itu boleh lanjutkan kepada mukasurat berikutnya mengenai support

resistance.

Untuk maklumat lanjut mengenai candle engulfing atau candle setup yang lain, sila

ke halaman ini http://pullbackforextrading.com/part-1-candlestick/

Page 9: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 8 | 37

Untuk pelajari lebih lanjut mengenai support resistance, anda boleh ke laman ini

Link : http://pullbackforextrading.com/part-2-snr/

Support Resistance yang anda perlu tahu;

Istilah Fungsi Penggunaan

Support, harga

support, harga

sokongan

Menyokong kepada

uptrend,

menghalang

kepada downtrend

Buy pada harga support

atau, buy di support

level

Resistance, harga

resistance, harga

rintangan

Menyokong kepada

downtrend,

menghalang

kepada uptrend

Sell pada harga

resistance, atau sell di

resistance level

Support become

Resistance, SBR

Support yang

bertukar fungsi

apabila berlakunya

breakout

Jika sebelum ini buy

pada support, kini

support ini menjadi

tempat untuk sell

Resistance become

Support, RBS

Resistance yang

bertukar fungsi

apabila berlaku

breakout

Jika sebelum ini sell

pada resistance, kali ini

ia menjadi tempat untuk

buy

Page 10: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 9 | 37

Fungsi Resistance : Menyokong kepada downtrend, menghalang

kepada uptrend

Fungsi resistance adalah untuk

sell. Apabila price naik ke

resistance, entry sell akan

dibuat.

Resistance

resistance sell

Page 11: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 10 | 37

Apa itu RBS ? - Resistance yang bertukar fungsi kepada support

apabila berlaku breakout.

resistance

…menjadi support

resistance

…menjadi support

Page 12: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 11 | 37

Fungsi Support : Menyokong kepada uptrend, menghalang

kepada downtrend.

Fungsi support adalah untuk

buy. Apabila price turun dan

sentuh support, entry buy

akan dibuat.

Support

buy support

Page 13: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 12 | 37

Apa itu SBR? -Support yang bertukar fungsi kepada resistance

apabila berlakunya breakout.

..menjadi resistance

support

support

..menjadi

resistance

Page 14: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 13 | 37

Marking Support dan Resistance

Marking boleh dibuat berdasarkan dua cara;

1. Marking ikut body candle

2. Marking pada shadow candle

Marking ikut body candle.

Garisan melintang akan diletakkan pada body candle seperti dalam gambar.

Page 15: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 14 | 37

Marking pada shadow candle.

Garisan melintang akan diletakkan pada hujung shadow candle.

Marking apakah yang lebih baik?

Anda boleh gunakan kaedah marking pada body candle kerana tidak penting

untuk tahu adakah candle akan break atau tidak pada marking SNR tetapi apa

yang penting di sini adalah apakah candle pattern yang terbentuk jika candle

susah sampai ke marking SNR. Adakah akan membentuk candle setup atau tidak.

Page 16: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 15 | 37

Sejarah ringkas mengenai Fibonacci

Fibonacci Retracement

Fibonacci merupakan asas utama kepada teknik ini. Sempena itu juga teknik ini

dipanggil sebagai teknik fibo 50.

Angka 50 tersebut adalah dari salah-satu level dalam Fibonacci retracement.

Edit setting

Anda perlu ubah setting fibo anda seperti berikut;

Untuk tips dan trick lain menggunakan Fibonacci sila ke halaman ini

http://pullbackforextrading.com/?s=fibonacci

Fibonacci, juga dikenali sebagai

Leonardo Fibonacci(1175-1250)

merupakan ahli matematik Itali.

Selain mempopularkan system

numeral Hindu-Arabic pada dunia

barat, beliau juga memperkenalkan

kepada eropah mengenai

sequence kepada Fibonacci

numbers.

Page 17: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 16 | 37

Padamkan level 23.6, 38.2 dan 61.8. Tinggalkan level 50.0 sahaja.

Double

Click

Page 18: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 17 | 37

Penggunaan fibo ini akan diterangkan lebih lanjut pada halaman berikutnya.

Fibo anda mesti

kelihatan seperti ini…

Page 19: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 18 | 37

Cara sambungan Fibonacci

Sambungan Fibonacci adalah berikut;

UPTREND ATAU BUY SETUP

Sambungan adalah dari atas candle ke bawah candle iaitu dari high kepada low.

DOWNTREND ATAU SELL SETUP

Sambungan adalah dari bawah candle ke atas candle iaitu dari low kepada high.

High

Low

High

Low

*note :

Salah satu dari candle di bawah

*note :

Salah satu dari candle di atas

Page 20: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 19 | 37

Ada banyak level fibo, kenapa singkirkan yang lain dan

tinggalkan satu sahaja?

Tujuan utama adalah untuk memfokuskan entry pada satu level sahaja iaitu level

50. Teknik ini asalnya dikenali sebagai fibonacci 50% retracement, ia diguna-pakai

oleh majoriti professional trader. Anda boleh google dan buat kajian sendiri

mengenainya.

Fibo 50 adalah ringkasan kepada 50% fibonacci retracement.

Apabila anda ringkaskan entry anda kepada satu level sahaja, anda tidak perlu

risau lagi untuk pantau level manakah price akan pergi. Anda hanya perlu tahu

adakah price atau candle sudah sampai ke 50.0 ini atau tidak. Itu sahaja.

Melalui kaedah ini juga anda hanya perlu trade apabila ia trigger dan abaikan jika

tidak trigger. Trigger bermaksud PO anda open apabila price pergi ke situ.

Jika tidak trigger, delete sahaja order itu.

Ingat, trading tidak semestinya perlu system yang rumit dan padat, apa yang

penting adalah anda faham apa trade setup anda, di mana entry anda, dan di

mana Stoploss dan Take profit anda. System anda perlu jelas agar trading anda

akan lebih mudah. Trading juga tidak perlukan anda habiskan masa selalu di depan

chart!

Always Keep it simple!

Entry anda pada

Candle kedua ini..

Entry anda pada

Candle kedua ini..

Page 21: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 20 | 37

Page 22: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 21 | 37

Page 23: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 22 | 37

Pada halaman ini anda akan pelajari mengenai;

1. Analisis ringkas 15 minit

2. Set and Forget(pasang entry dan tinggalkan)

Rahsia analisa ringkas 15 minit

Untuk membuat Analisa pantas dan berkebarangkalian tinggi untuk sukses, anda

perlulah melihat pada timeframe yang lebih besar.

Timeframe yang anda perlukan adalah Monthly ataupun Weekly.

Teknik ini boleh digunakan pada timeframe Daily dan juga H4 namun untuk hasil

lebih baik dan lebih tinggi ratio profit, anda mesti menggunakan pada timeframe

lebih besar iaitu sekurang-kuranya pada Weekly.

Ingat, matlamat utama teknik ini adalah menjana profit secara part time bukannya

full time. Full time bermaksud anda akan habiskan banyak masa untuk melakukan

trade, memantau trade itu dan melakukannya lagi secara ulangan pada hari

berikutnya.

Jika anda melakukan demikian, anda akan habiskan lebih banyak masa untuk

analisis dan bukannya 15 minit! Oleh itu teknik ini bukanlah untuk anda.

Membuat analisis pada timeframe Weekly, apa yang perlu?

Anda hanya perlu lihat dan kenal-pasti tiga perkara ini iaitu,

1. Kenal-pasti pergerakan trend(adakah menaik atau menurun ataupun mendatar),

2. Support Resistance terdekat dengan candlestick semasa,

3. Candlestick minggu lepas

Note : Semua ini hanya perlukan masa kurang dari 15 minit bahkan kurang dari 5

minit jika anda sudah mahir menggunakannya. Analisa 15 minit ini mestilah dibuat

pada hari sabtu atau ahad ketika market tutup atau selewatnya isnin awal pagi.

Entry akan ditetapkan pada isnin.

Perhatian:

Dalam keadaan tertentu anda boleh langkau atau skip analisa SNR.

Page 24: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 23 | 37

Lihat contoh di bawah;

Langkah 1. Kenal-pasti jenis atau arah trend

Berdasarkan trend pair AUDNZD ini, ia kelihatan mendatar atau sideways.

Langkah 2. Kenal-pasti SNR terdekat

Tujuan marking SNR ini adalah untuk kenal-pasti adakah candle minggu ini sudah

betul-betul reject di sesuatu SNR itu atau belum. Jika belum, bermakna ia mungkin

masih hendak meneruskan pergerakan ke SNR tersebut. Untuk ini, elakkan trade.

Akan tetapi jika sudah sampai dan rejected seperti dalam gambar, bermakna

anda boleh trade pada candle tersebut.

Page 25: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 24 | 37

Langkah 3. Kenal-pasti pattern candle minggu lepas

Untuk tujuan ini sila baca semula dua jenis candlestick yang digunakan dalam

teknik ini untuk kenal-pasti trade setup iaitu pin bar dan juga engulfing. Untuk trade

setup, salah satu dari candle ini perlu terbentuk. Jika tiada, abaikan dahulu.

Jika candle mencukupi syarat sebagai candle setup, sila lukis fibo pada candle

tersebut.

Cukup dengan analisis 15 minit ini seterusnya anda sudah boleh menetapkan entry.

Cara entry anda adalah secara set and forget.

Set and Forget

Cara set and forget adalah kaedah menggunakan pending order. Ini bermaksud

anda tetapkan entry anda(Entry, SL dan TP) kemudian tinggalkan trading anda!

Jenis Pending order(PO)

Jenis PO yang anda gunakan adalah BUY LIMIT jika trade setup anda BUY dan SELL

LIMIT jika trade setup anda adalah SELL.

Entry, SL dan TP

Anda boleh rujuk kepada price yang tertera pada fibo anda untuk SL, ENTRY DAN

TP anda.

Untuk TP, anda boleh pilih salah satu dari 3 cadangan TP berdasarkan fibo anda

atau anda boleh tetapkan 3 entry dengan TP berlainan.

Page 26: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 25 | 37

Lihat hasilnya;

Entry trigger

Exit trigger

Page 27: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 26 | 37

Lihat contoh lain,

NZDUSD Weekly – Candlestick pin bar terbentuk di atas marking SNR dan closed di

atasnya. Ini petanda kukuh bakal berlaku kenaikan.

Trade adalah seperti berikut;

3 lot trade ditetapkan pada pending order buy limit 0.6516.

TP #1 – 0.6604

TP #2 – 0.6652

TP #3 – 0.6712

Stoploss ditetapkan pada 0.6429

Kesemua trade ini trigger pada minggu berikutnya. Setelah floating dalam masa

seminggu selepas order ditetapkan, trade ini akhirnya hit kesemua TP pada minggu

kedua iaitu apabila satu candle engulfing bergerak naik terus menuju ke TP ke-3.

Hasilnya adalah seperti berikut.

TP 1 : +88 PIPS

TP 2 : +136 PIPS

TP 3 : +196 PIPS

TOTAL : +420 PIPS

Page 28: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 27 | 37

NZDUSD Weekly – Price bounce di atas 0.6285 selama 3 minggu sebelum closed satu

candle pin bar petanda kepada rejection price di kawasan price tersebut.

3 lot entry buy di 0.6318

TP 1 – 0.6399

TP 2 – 0.6442

TP 3 – 6498

Stoploss 0.6237

Kesemua trade ini tidak ambil masa lama untuk trigger dan hit TP 1 dan TP 2 pada

minggu berikutnya iaitu minggu yang sama selepas PO disetkan. TP ke-3 hit pada

minggu yang seterusnya.

Hasilnya adalah seperti berikut;

TP 1 : +81 PIPS

TP 2 : +124 PIPS

TP 3 : +180 PIPS

TOTAL : +385 PIPS

Page 29: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 28 | 37

NZDUSD Weekly – Satu candle rejection terbentuk di atas marking line/price 0.7251.

Fibo dilukis dan entry order adalah seperti berikut;

Buy limit 3 lot di 0.7315

TP 1 – 0.7441

TP 2 – 0.7509

TP 3 – 0.7595

Stoploss – 0.7190

Disebabkan candle pin bar adalah bearish, oleh itu jika ia sentuh pada level entry,

sila entry manual jika perlu. TP dan SL masih sama berdasarkan fibo level.

Hasilnya adalah seperti berikut;

TP 1 : +126 PIPS

TP 2 : +194 PIPS

TP 3 : +280 PIPS

TOTAL : +600 PIPS

Page 30: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 29 | 37

NZDUSD Weekly – Lanjutan kenaikan price dan sampai ke support yang sudah break

dan bertukar fungsi sebagai resistance(rujuk topik SNR dalam ebook ini), candle pin

bar atau candle rejection terbentuk sebagai petanda kemasukkan seller dan price

yang bakal turun.

3 PO Sell limit ditetapkan pada 0.7618

TP 1 – 0.7542

TP 2 – 0.7500

TP 3 – 0.7446

Stoploss 0.7695

Trade ini tidak ambil masa lama untuk hit TP pada ketiga-tiga trade ini apabila ia hit

dalam minggu yang sama dan kemudiannya closed sebagai pin bar pula.

TP 1 : +76 PIPS

TP 2 : +118 PIPS

TP 3 : +172 PIPS

TOTAL : +366 PIPS

Page 31: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 30 | 37

Bagi yang ingin trading dalam tempoh yang lebih lama dan mungkin mengambil

masa lebih sebulan atau mungkin berbulan-bulan lamanya, bolehlah

menggunakan kaedah ini pada timeframe monthly.

Cara masih sama cuma dari segi risk dan reward ratio sahaja berbeza dengan

timeframe weekly.

Lihat dalam gambar ini apabila trade sell NZDUSD trigger pada 0.7330. Trade ini float

profit selama sebulan sebelum close iaitu hit kesemua TP pada bulan seterusnya.

TP 1 HIT @ +196 PIPS

TP 2 HIT @ +302 PIPS

TP 3 HIT @ +438 PIPS

TOTAL PROFIT : +936 PIPS

3 entry sell total profit +936 dalam masa 2 bulan. Boleh tahan kan?

Page 32: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 31 | 37

Satu candle pin bar terbentuk pada monthly timeframe pair AUDNZD. Entry trigger

pada bulan berikutnya. Akan tetapi trade ini float agak lama sikit berbanding pair

NZDUSD yang sebelum ini. Trade buy ini float lebih dua bulan sebelum hit 1st TP pada

bulan ke-3, kemudian TP 2 pada bulan ke-5 dan TP ke-3 pada bulan ke-7 berikutnya.

3 trade ini mengambil masa yang sangat lama hingga lebih setengah tahun

lamanya. Tetapi penantian 7 bulan itu berbaloi dengan hasil profit berikut;

TP 1 HIT @ +207 PIPS

TP 2 HIT @ +319 PIPS

TP 3 HIT @ +462 PIPS

TOTAL PROFIT +988 PIPS

Cepat atau lambat sesuatu TP itu hit adalah bergantung dengan pergerakan

sesuatu pair itu. Jika ia aktif, biasanya dalam masa 1-2 bulan sudah TP.

Page 33: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 32 | 37

Bagaimana jika hendak trading pada Daily timeframe?

Teknik fibo ini boleh digunakan di semua timeframe. Tetapi apa yang membezakan

adalah kekerapan entry dan juga risk reward yang terlibat. Dipenghujungnya kita

akan lihat berapa win dan loss sahaja.

Berikut contoh pada Daily timeframe.

GBPJPY Daily – Pin bar terbentuk setelah uptrend berberapa bulan. Entry sell trigger

pada keesokannya. Pergerakan yang kurang sideways kerana market yang aktif

membuatkan TP hit pada hari yang sama ia dibuka.

Kiraan profit adalah seperti berikut;

TP 1 : +44 PIPS

TP 2 : +67 PIPS

TP 3 : +97 PIPS

TOTAL : +208 PIPS

Page 34: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 33 | 37

GBPJPY bounce di bawah resistance 149.26. Terdapat juga berberapa candle

reject terbentuk.

Candle setup terbentuk sekali lagi di bawah resistance ini dan trade trigger apabila

price sentuh level entry fibo.

Trade ini exit pada kesemua TP area.

TP 1 HIT @ +61 PIPS

TP 2 HIT @ +95 PIPS

TP 3 HIT @ +167 PIPS

TOTAL : +323 PIPS

Jika dibandingkan pada timeframe lain sebelum ini, Nampak trading pada Daily

lebih mudah dan cepat untuk hasilkan ratusan pips berbanding berbulan-bulan

lamanya.

Akan tetapi ia bukanlah semudah itu. Kerana berberapa perkara perlu

dipertimbangkan.

JIKA ENTRY TAK TRIGGER APA PATUT DIBUAT?

-Delete PO anda. Sila abaikan trade tersebut dan lihat pada pair lain pula.Juga

abaikan trade jika sudah terlepas peluang.

Page 35: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 34 | 37

Signal harian

Bagi fulltime trader, trading pada timeframe daily adalah sangat sesuai untuk anda.

Ini adalah kerana anda boleh membaca trend hari ini hanya dengan mentafsir

trend kemarin(hari sebelumnya). Jika hari isnin, anda boleh rujuk trend hari jumaat.

Risk kecil dan Reward Ratio besar

Trading Daily mempunyai risk SL lebih kecil berbanding Monthly dan Weekly. Untuk

take profit pula, anda boleh dapatkan maksima TP melalui Fibonacci extension

level. Dengan membuka lot lebih dari satu, minima SL dan maksima TP, anda boleh

dapatkan lebih banyak profit setaraf dengan trading part time di Weekly dan

Monthly.

Minimakan risiko dengan supporting analysis

Tidak dinafikan signal itu tidak semuanya akan tepat namun sebagai trader yang

bijak, pastilah signal itu akan melalui berberapa proses tapisan yang dipanggil

sebagai filter signal. Umumnya kita mengetahui sesetengah trader membuat filter

trade menggunakan indicator dan confirmation melalui candle pattern.

Belajar kaedah supporting analysis

Untuk trading pada Daily, anda perlu dan wajib untuk belajar supporting analysis.

Dari kaedah ini anda boleh membuat keputusan samada perlu ambil trade itu atau

abaikannya.

Beberapa kaedah supporting berikut anda perlu kuasai, antaranya;

1. Pivot analysis

2. Jenis-jenis SNR(Fibo, trendline, dinamik SNR, EMA 200)

3. Overlap level

4. Minimum SL FRE dan Max profit FE 261.8

Signal false?

Signal betul?

Page 36: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 35 | 37

Melalui kaedah filter secara supporting analysis ini anda akan trade lebih yakin dan

profitable!

Sila ke laman ini untuk maklumat lanjut:

http://cspro.pullbackforextrading.com/ketahui-teknik-yang-akan-anda-pelajari/

Note: support group disediakan untuk bantuan analisis dan signal.

Page 37: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 36 | 37

Page 38: Dijamin Simple dan tak memeningkan kepala.. · Inilah kebebasan sebenar dalam perniagaan! Pengeluaran secara terus melalui bank mahupun mana-mana mesin ATM di seluruh dunia. Berbeza

P a g e 37 | 37

Penutup

Semoga dengan ebook ringkas ini anda boleh mendapat

manfaat dan boleh mengubah trading anda kepaa

yang lebih baik.

Jangan lupa untuk kongsikan ataupun ajarkan kepada

rakan-rakan agar lebih ramai lagi yang mendapat

manfaat dari ilmu ini samada untuk memperbaiki

mahupun menambah lagi ilmu pengetahuan dalam

trading.

Akhir kata dari saya semoga maju jaya dan menjadi

super-trader!

Mohd Nasyit Akses membership :

www.cspro.pullbackforextrading.com