diftong

3

Click here to load reader

Upload: sharif-zulkarnain-sh-ahmad

Post on 22-Jul-2015

731 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diftong

Diftong

Diftong berasal daripada perkataan Inggeris yang menyatakan bahawa dua vokal hadir di

dalam konteks sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Terdapat tiga diftong di dalam

bahasa Melayu, ia itu [ au, oi, ai ].

Menurut Arbak Othman (1983), diftong adalah rentetan dua vokal yang mengandungi satu

puncak kelantangan, yang tatkala menghasilkan tidak ada hentian sebentar atau hiatus yang

memisahkan kedua-dua vokal binaannya itu.

Raminah Hj. Sabran (1985) menyatakan diftong adalah gabungan dua bunyi vokal yang

disebut secara berterusan (dalam satu hembusan) dan di dalam penghasilannya terdapat ciri

geluncuran. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana

membunyikan sesuatu vokal kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.

Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat di dalam satu suku kata, yang disebut secara

berterusan tanpa ada segmen. Di dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada

satu puncak. Ada tiga jenis diftong di dalam bahas

Posted by Cikgu Azrein at 05:370 comments

Contoh soalan fonetik

1. Bidang fonetik, fonologi dan fonemik merupakan bidang kajian yang menyajikan deskripsi

dan perbincangan yang saintifik tentang sistem dan fungsi bunyi-bunyi bahasa termasuk

bunyi-bunyi bahasa Melayu.

Beri takrifan yang lebih khusus tentang istilah yang berikut;

(a) Bunyi bahasa

(b) Fonetik

(c) Fonologi

(d) Fonemik

2.Nyatakan EMPAT sifat bunyi vokal?

3.Nyatakan EMPAT fungsi intonasi.

4.Nyatakan prinsip-prinsip pengajaran fonologi.

5.Terdapat EMPAT unsur bahasa yang dinamakan unsur-unsur suprasegmental.

Berikan tafsiran anda tentang maksud suprasegmental dan bincangkan EMPAT unsur yang

dinamakan suprasegmental.

6.Alat-alat artikulasi memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

Kerosakan yang berlaku pada alat-alat artikulasi akan menjejaskan sebutan dan pertuturan

seseorang.

Berikan contoh-contoh alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan bunyi-bunyi

bahasa, kemukakan analisis tentang fungsi/kepentingannya.

(sumber:koleksi soalan fonetik)

Posted by Cikgu Azrein at 05:350 comments

Contoh soalan fonetik

1. Bidang fonologi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonemik.

Jelaskan perbezaan antara KEDUA-DUA bahagian tersebut.

Page 2: Diftong

2.Organ artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa.

Nyatakan fungsi organ-organ di bawah dalam penghasilan bunyi bahasa.

(i) Bibir

(ii) Gigi

(iii) Gusi

(iv) Lelangit lembut

3. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu.

(a) Nyatakan KETIGA-TIGA jenis diftong tersebut dengan mengemukakan contoh kata yang

sesuai untuk setiap jenis.

(b) Jelaskan konsep diftong dan perihalkan keadaan lidah sewaktu bunyi-bunyi tersebut

diujarkan

Posted by Cikgu Azrein at 05:320 comments

Fungsi Alat Pertuturan

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.

Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan

belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis

penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam

pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung

lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut

untuk membuat penyekatan.

Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.

Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam

penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri

daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan

mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada

rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada

rongga mulut.

Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga

mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang

berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.

Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.

Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat

diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.

Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut

Page 3: Diftong

dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui

rongga hidung.

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka

atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan

atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan

bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang

yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.