dibawakan oleh: saiful bahari bagaimana untuk masuk ke...

12
Dibawakan Oleh: Saiful Bahari Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

Upload: trananh

Post on 06-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • Dibawakan Oleh: Saiful Bahari

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

  • Kerjaya Kerajaan. Kenapa Menjadi PILIHAN?

    Majoriti graduan apabila selesai graduasi memilih untuk masuk bekerja sebagaiPenjawat Awam. Dengan gaji yang kompetatif dan manfaat lain ianya pasti menjadikerjaya tepat buat graduan

    Lihat sahaja antara manfaat yang dinikmati oleh Penjawat Awam;

    Elaun perumahanCost of living allowance (COLA)Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)Kenaikan gaji setiap tahunKemudahan pinjaman komputer dan kenderaanCuti tahunan mengikut kelayakanCuti bersalinPinjaman perumahanCaruman KWSP atau pencenPeluang kenaikan pangkatPeluang melanjutkan pelajaranPeluang untuk berkursus dari semasa ke semasa

    Bagaimana Untuk Masuk Kerjaya Kerajaan

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah pintu masuk kepada jawatanperkhidmatan awam. Jawatan-jawatan yang ada di Kementerian dan Jabatankerajaan adalah wajib melalui SPA. Terdapat lebih 40 jawatan yang harus melaluiSPA, antaranya;

    1. Ahli Fotografi Gred B17

    2. Ahli Fotografi Gred B27

    3. Ahli Muzik Gred B17

    4. Ahli Muzik Gred B27

    5. Ahli Muzik Gred B41

    6. Akauntan Gred W41

    7. Artis Budaya Gred B17

    8. Artis Budaya Gred B27

    9. Juruaudit Gred W41

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

  • 10. Latihan Separa Perubatan

    11. Pegawai Antidadah Gred S41

    12. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41

    13. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41

    14. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41

    15. Pegawai Kebudayaan Gred B17

    16. Pegawai Kebudayaan Gred B27

    17. Pegawai Kebudayaan Gred B41

    18. Pegawai Keselamatan Gred KP41

    19. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

    20. Pegawai Penerangan Gred S41

    21. Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41

    22. Pegawai Psikologi Gred S41

    23. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

    24. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

    25. Penerbit Rancangan Gred B17

    26. Penerbit Rancangan Gred B27

    27. Penerbit Rancangan Gred B41

    28. Penguasa Bomba Gred KB41

    29. Penguasa Kastam Gred W41

    30. Penguasa Penjara Gred KX41

    31. Penolong Akauntan Gred W27

    32. Penolong Juruaudit Gred W27

    33. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27

    34. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27

    35. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

  • 36. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27

    37. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27

    38. Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

    39. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27

    40. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

    41. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

    42. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

    43. Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27

    44. Perangkawan Gred E41

    45. Pereka Gred B17

    46. Pereka Gred B27

    47. Pereka Gred B41

    Setiap tahun permohonan masuk melalui SPA melebihi 1 juta permohonanmenjadikan ianya satu destinasi prima graduan. Untuk tempoh Januari Disember2013, sebayak 1.6 juta permohonan diterima dan di proses.

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

  • Mulai tahun 2010, SPA telah melakukan transformasi dalam pengambilan calon untuksemua jawatan yang dikendalikannya bagi menangkis persepsi negatif orang ramaimengenai proses pengambilan

    KRONI? Orang dalam?

    SPA memperkenalkan sistem myRecruitment iaitu kaedah pengambilan secaraprofiling bagi menangkis persepsi itu. Ianya dilancarkan pada Januari 2010 oleh DatoSeri Najib Tun Razak.

    Dalam majlis tersebut juga, pengurusi SPA Tan Sri Jamaluddin Haji AhmadDamanhuri berkata Dalam kaedah yang akan dilaksanakan ini, setiap calon yangakan dilantik oleh SPA akan melalui saringan dalam bentuk peperiksaan teori, ujianfizikal dan kecergasan, ujian praktikal, ujian psikologi, penilaian kompentesi dan temuduga

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

  • Apa itu myRecruitment

    Maklumat rasmi SPA

    Kaedah pengambilan secara profiling (MyRecruitment) merupakan transformasikaedah pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA). MyRecruitment bertujuan untuk mengesan calon yang mempunyai profil yangsesuai dari aspek personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan kemahiran. Padananantara keperibadian dan tugas serta jenis pekerjaan adalah penting bagi menjaminkepuasan dalam menjalankan tugas, meningkatkan motivasi kerja dan pencapaianproduktiviti yang tinggi.

    Pelaksanaan MyRecruitment

    PelaksanaanMyRecruitment melibatkan calon perlu melalui empat (4) proses saringansebelum ditawar lantikan iaitu tapisan awal, peperiksaan, penilaian kompetensi dantemuduga

    Proses saringan dalam MyRecruitment dibuat secara berstruktur seperti berikut:

    (i)Tapisan Awal

    Calon yang mendaftar secara online dengan SPA akan ditapis permohonannya samaada memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon;

    (ii) Peperiksaan

    Calon yang telah melepasi tapisan awal dikehendaki menduduki peperiksaan bagimenilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon, daya menyelesaikanmasalah dan kemahiran bahasa. Di samping peperiksaan ini, ujian sahsiah dan minatjuga diadakan;

    (iii) Penilaian kompetensi (Competency Assessment)

    Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi inibertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek

    v Attitude

    v Skill

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

  • v Knowledge

    (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segikemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasa - bahasalain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen,disiplin, teamwork dan lain-lain; dan

    (iv)Temuduga

    Sesi ini bertujuan menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluansesuatu jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yangdibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.

    Pelaksanaan MyRecruitment membolehkan proses pemprofilan calon dimulakandengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil Sepanjang Masa (e -SMSM) dandisenarai pendek mengikut syarat asas dalam sesuatu skim perkhidmatan. Setelahmelepasi penyenaraian pendek tersebut, calon dikehendaki melalui peperiksaan, sesipenilaian kompetensi dan temu duga.Melalui kaedah peperiksaan dan penilaiankompetensi ini, hanya calon calon yang ideal dari segi psikologi, aptitud, sahsiahdan kompetensi sahaja akan layak untuk dipanggil temu duga. Kaedah ini jugamembolehkan bilangan calon

    dipanggil temu duga lebih rendah dan proses temu duga dapat diselesaikan dalamtempoh yang lebih singkat. Setelah selesai urusan temu duga, calon terbaik dikalangan calon-calon berkualiti ini akan diperakukan untuk lantikan.

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

  • Cara Untuk Memohon Jawatan Penjawat Awam diSPA

    Graduan haru mengisi borang SPA8i dan memilih jawatan yang ingin dipohon. Darisemasa ke semasa SPA akan membuat paggilan peperiksaan kepada calon-calonyang layak

    Jika sekiranya GAGAL peperiksaan bertulis, calon akan dipanggil ke sesi peperiksaanyang seterusnya samaada jawatan yang sama atau jawatan yang lain bergantungkepada kekosongan dan permohonan.

    Daftar borang SPA8i di http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsphttp://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

  • Persaingan di SPA. Mudah LULUS atau GAGAL?

    Untuk tahun 2013, sebanyak 111,435 calon menerima lantikan. Satu jumlah yangramai dan pastinya ramai graduan mengatakan ianya mudah kerana begitu banyaklantikan jawatan dikeluarkan oleh SPA

    Satu perkara yang anda kena ingat, jumlah permohonan pada tahun 2013 adalah 1.6juta. Cuba kira berapa peratus sahaja yang lulus dan yang lain gagal! Rujuk data2013 di laman SPA

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, setiap tahun lebih 1 juta permohonan diterimaoleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bermakna, setiap calon bersaingdengan 1 juta graduan yang lain dan calon yang berjaya tidak pernah melebihi 8%

    Maklumat Laporan Tahun SPA 2010, 2011 dan 2012 mendedahkan berapa ramaigraduan yang gagal dalam tapisan SPA

    Tidak dinafikan peluang untuk anda dapat jawatan kakitangan kerajaan besar di SPA,tetapi atas sebab persaingan dan perlaksanaan myRecruitment, ramai calon yang

    terkandas sebelum sampai ke sesi Temuduga.

    Tingkatkan usaha, buat persediaan secukupnya untuk lulus dengan jayanya danditerima masuk ke perkhidmatan awam. Anda boleh melakukannya!

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

  • Cara Alternatif Tanpa SPA

    Tahukah anda, untuk masuk ke skim perkhidmatan awam, anda juga boleh masukmelalui agensi kerajaan atau negeri yang mempunyai system tapisan bebas dari SPA.Kebanyakannya terus menganjurkan sesi temuduga tanpa perlu melalui ujian bertulisseperti di SPA

    Ianya lebih mudah. Tetapi boleh dikatakan, ramai graduan yang mengabaikan kerjayamelalui saluran ini dan sebab UTAMANYA adalah kerana mereka TIDAK TAHU!

    Satu soalan untuk anda.. Dah cuba mohon pekerjaan di;

    Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri PerlisLembaga Pembangunan LangkawiPerbadanan Bukit BenderaYayasan Bina Upaya Darul RidzuanAgensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA)Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)Institut Penyelidikan Pembangunan Belia MalaysiaYayasan Negeri SembilanInstitut Pengurusan & Integriti Melaka (INSPIM)Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

    Semua ini adalah di bawah kerajaan negeri dan agensi kebangsaan. Berapa banyakjawatan kosong di sana dan berapa ramai graduan yang tahu mereka boleh memohonterus di sana?

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

  • Bagaimana Untuk Memohon Kerja Kosong DiAgensi?

    Permohonannya mudah tetapi graduan perlu sedikit gigih kerana;

    1. Perlu rajin melihat laman web / iklan oleh agensi tersebut2. Perlu rajin follow-up dengan pegawai yang berkaitan. Pegawai Sumber Manusia

    biasanya

    Langkah pertama adalah dapatkan sebanyak mungkin senarai Agensi dalamsimpanan dan pengetahuan anda. Dari masa ke masa secara berkala, lawati pejabatatau laman web mereka untuk kerja kosong

    Sebagai contoh, untuk kerja kosong di Perbadanan Bukit Bendera, ianya akandiiklankan di laman rasmi mereka melalui link;

    http://www.penanghill.gov.my/index.php/opportunitie/careers

    Begitu juga untuk agensi-agensi yang lain. Sebenarnya ada ratusan agensi diMalaysia, Cuma calon kena sedikit rajin mencari senarai tersebut

    Untuk 30 Senarai Agensi, anda boleh terus muatturun di sini. Ianya adalah senaraiagensi di pelbagai negeri. Muatturun secara percuma di;

    [+] http://jvsecurepay.com/access/18jl/1699

    Penutup

    Moga sedikit perkongsian ini memberikan sedikit maklumat berguna untuk anda.Jangan hanya tumpu kepada SPA tetapi tambah lagi potensi untuk masuk keperkhidmatan awam juga melalui Agensi Kerajaan (negeri mahupun Persekutuan)

    Kongsikan bersama rakan-rakan yang lain untuk sama-sama memburu cita-citamenjawat jawatan kerajaan.

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://www.penanghill.gov.my/index.php/opportunitie/careershttp://jvsecurepay.com/access/18jl/1699http://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

  • Share this ebook with your friends

    Share on Facebook Share on Twitter Share on Google+

    Click the buttons above to share this ebook with your friends!

    Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan

    Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

    http://www.facebook.com/sharer.php?s=100&p[url]=http%3A%2F%2Fapp.easybrander.net%2Fget%2F6059&p[title]=Kerjaya+Kerajaan&p[images][0]=http://app.easybrander.net/system/covers/303/original/ecover_oo.jpg?1392906948&p[summary]=Risalah+ringkas+bagaimana+untuk+graduan+menjawat+jawatan+Perkhidmatan+Awam.+Melalui+SPA+dan+....http://twitter.com/share?text=Kerjaya+Kerajaan&url=http://app.easybrander.net/get/6059https://plus.google.com/share?url=http://app.easybrander.net/get/6059http://jvsecurepay.com/access/18jl/16991699

    Kerjaya Kerajaan. Kenapa Menjadi PILIHAN?Bagaimana Untuk Masuk Kerjaya KerajaanApa itu myRecruitmentMaklumat rasmi SPA

    Cara Untuk Memohon Jawatan Penjawat Awam di SPAPersaingan di SPA. Mudah LULUS atau GAGAL?Cara Alternatif Tanpa SPABagaimana Untuk Memohon Kerja Kosong Di Agensi?PenutupShare this ebook with your friends