diabetes mellitus - mosti.gov.my

17
(KENCING MANIS) DIABETES MELLITUS Intan Suhaina Jamaluddin Jabatan Meteorologi Malaysia PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda. Pembentangan ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Ia tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor untuk rawatan.

Upload: lenhi

Post on 31-Dec-2016

244 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

(KENCING MANIS)

DIABETES MELLITUS

Intan Suhaina Jamaluddin

Jabatan Meteorologi Malaysia

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai

kesihatan anda.

Pembentangan ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis

atau rawatan doktor. Ia tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah

umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari gejala penyakit atau jatuh

sakit, sila hubungi doktor untuk rawatan.

Page 2: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

DEFINISI / PENGENALAN

Penyakit kencing manis atau diabetes

mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat

dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi

kandungan glukosa dalam darah), terutamanya

selepas pengambilan makanan, pada

penghidapnya.

Page 3: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

BAGAIMANA KENCING MANIS BERLAKU

Kencing manis berlaku apabila kelenjar pankreas sentiasa

menggunakan insulin dan kadangkala melebihi paras normal. Pada masa

sama badan tidak dapat menggunakan insulin ini, menjadikan pesakit

dalam keadaan tidak cukup insulin.

Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah.

Apabila kita makan atau minum, kandungan gula dalam makanan atau

minuman itu meransang kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin.

Insulin ‘membenarkan’ gula yang dipecahkan dalam bentuk ringkas

dalam darah berpindah ke sel bagi membolehkan sel berfungsi.

Bagaimanapun, sekiranya proses pemindahan tidak berlaku (akibat

kekurangan insulin), darah akan mempunyai gula yang berlebihan. Maka

dengan itu akan berlakulah kencing manis.

Page 4: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

Penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Page 5: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

TANDA AWAL KENCING MANIS

Sentiasa merasa lapar

Sentiasa merasa haus dan dahaga

Kerap membuang air kecil

Berat badan yang menurun

Pandangan menjadi semakin kabur

Merasa penat & sakit kaki

Page 6: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

PENYAKIT LAIN YANG BOLEH BERLAKU AKIBAT

KENCING MANIS YANG BERLARUTAN

Serangan Jantung

Angin Ahmar (Stroke)

Tekanan Darah Tinggi

Penyakit Buah Pinggang

Koma atau Tidak Sedarkan Diri

Rabun Yang Boleh Mengakibatkan Buta

Gangsen (tisu mati) – kudis yang menular yang boleh menyebabkan kaki dipotong.

Penyakit Saraf (hilang deria rasa sentuh)

contoh: Tidak merasai kesakitan akibat terpijak objek tajam.

Page 7: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

PENGAWALAN DIABETES

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal

seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang

dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi

penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

Pengubatan / Rawatan

Penjagaan pemakanan dan berat badan

Kerap bersenam

Insulin

Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang

lemak dan kalori serta seimbang.

Page 8: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

RAWATAN

Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan

suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan

untuk penyakit kencing manis ialah untuk

melegakan simptom dan mengembalikan paras

gula darah kepada paras normal dan untuk

mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis

yang dibiarkan tanpa kawalan akan

menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata,

kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing

manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat

badan, senaman dan ubat.

Page 9: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

PEMAKANAN

1. Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan.

2. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.

3. Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan dan sayur-sayuran harus diambil.

4. Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah diproses, coklat dan madu harus dielakkan.

5. Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung. Elakkan daripada menggoreng makanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda.

6. Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah.

7. Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.

8. Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal.

9. Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana alkohol akan mengubah paras glukosa darah. Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.

Page 10: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

SENAMAN

Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis dengan diabetes jenis II mempunyai berat badan yang terlalu tinggi. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin untuk bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit menjadi lebih sihat. Senaman yang ideal bagi pesakit kencing manis harus dirancang selepas berjumpa dengan doktor, supaya komplikasi seperti hipoglisemia (kurang gula dalam darah) dapat dielakkan. Berundinglah dengan doktor yang merawat pesakit itu sebelum memulakan sebarang program senaman.

Page 11: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

INSULIN Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula

dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun 1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis dan bakteria. Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut. Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program rawatan yang khas untuk setiap pesakit. Pengkelasan insulin adalah berdasarkan :

1. Masa mula tindak (ia berkaitan dengan kelajuan serapan insulin ke dalam aliran darah).

2. Kesan puncak. Masa insulin mencapai kesan maksimum.

3. Jangka masa tindak. Tempoh masa insulin bertindak.

Page 12: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

HIPOGLISEMIA Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah

boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana :

1. Makan terlalu sedikit.

2. Masa makan yang tidak tetap. 3. Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes. 4. Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu berat. 5. Penyakit misalnya cirit-birit Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.

Page 13: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

SIMPTOM HIPOGLISEMIA ADALAH :

1. Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru.

2. Mudah marah.

3. Pening.

4. Loya dan lemah.

5. Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk.

6. Penglihatan yang kabur. Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.

Page 14: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

PENGAWALAN PARAS GLUKOSA DARAH

Hipoglisemia : > 4 mmol glukosa per liter (mmol/L)

Normal : 4 dan 6.6 mmol/L. (NAMUN PARAS SEHINGGA 7.8 MMOL /L MASIH BOLEH DITERIMA.)

Pesakit Diabetes : < 7.8 mmol/L. < 10 mmol/L selepas makan (pos-prandial).

Page 15: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

KENCING MANIS YANG TERUK

Page 16: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

KESAN PSIKOLOGI

Hilang keupayaan

Hilang tumpuan

Tidak bermaya

Mudah marah

Merasa rendah diri

Page 17: DIABETES MELLITUS - mosti.gov.my

SEKIAN,

TERIMA KASIH