dewan rakyat - parlimen.gov.my filepenyata rasmi parlimen parliamentary debates dewan rakyat house...

185
PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eight Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULOT BAGI PERTANtAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Ruangan 37) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Dodang-undang Perbekalan 1993 (Ruangan 37) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan 1993 (Ruangan 37) Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat (Ruangan 128)

Upload: truongtu

Post on 05-May-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHouse of Representatives

P A R L I M E N K E L A P A NEight Parliament

P E N G G A L KEDUA Second Session

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULOT BAGI PERTANtAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Ruangan 37)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Dodang-undang Perbekalan 1993 (Ruangan 37)

USUL-USUL:

Anggaran Pembangunan 1993 (Ruangan 37)

Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskandaripada Peraturan Mesyuarat (Ruangan 128)

DR.16.11.92. - 1 -

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Isnin, 16hb Hovember, 1992

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAM-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANTAAN-PERTANYAAN

PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH MENENGAH - SILIBUS

1. Tuan Saidin @ Yusof bin Adam minta Menteri Pendidikan menyata-kan bilakah Kementerian Pendidikan dapat menyiapkan Sukatan PalajaranPendidikan Muzik untuk Sekolah Menengah, Mangapakah sukatan initidak disegerakan dan dilaksanakan di Sekolah Menegah sedangkanPendidikan Muzik di peringkat. Sekolah Rendah telah berjaya dilaksa-nakan. Adakah pihak Kementerian Pendidikan beranggapan bahawa Pen-didikan Muzik tidak penting dilaksanakan di peringkat Sekolah Mene-agah. Bolehkah di sesebuah Sekolah Rendah tidak menjalankan pendi-dikan muzik kepada murid sekolah.

Timbaian Menteri Pendidikan [Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang

di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendidikan muzik di

sekolah-sekolah menengah adalah merupakan salah satu kegiatan di

dalam program ko-kurikulum,

Tidak ada sukatan pelajaran yang khusus diberikan kepada pendi-

dikan muzik di sekolah-sekolah menengah. Pendidikan muzik di seko-

lah-sekolah menengah hanya bertujuan untuk "memupuk perkembangan ni-

lai estetika dan kreativiti dalam diri pelajar itu sahaja,

Bagi sekolah-sekolah rendah pula, pendidikan musik merupakan

salah satu daripada maca pelajaran teras yang diajar kepada para pe-

lajar. Semua sekolah rendah dikehendaki mangajar mata pelajaran

tersebut.

DR.16.11.92. - 2 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Tuan Wong Wing Onn.

[Soalan No. 2 - Y. B. Tuan Mong Wing Onn tidak hadir

PENCEMARAN LAUT DI SELAT MELAKA - SESAN KS ATAS NELAYAN

3. Tuan Haji Ishak bin Arshad minta Menteri Pertanianmenyatakan:-

(a) jumlah kerugian, kerosakan dan kehilagan pendapatandi kalangan nelayan kita akibat pencemaran yang ber-laku berpunca dari rumpahan minyak dan lain-lain diSelat Melaka;

(b) langkah segera yang berterusan yang dibuat oleh Ke-menterian bagi membantu meringankan bebanan yang di-tanggung oleh nelayan yang terlibat;

(c) jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi memu-lihkan kehidupan nelayan yang terjejas; dan

(d) cadangan-cadangan dan perlaksanaan oleh Kementerianuntuk menentukan nelayan kita di Selat Melaka tidak,akan terjejas pendapatan meraka yang disebabkan olehpencemaran berterusan dari kapal yang lalu di perair-an tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Tuan Mohd. Shariff

bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Jumlah kerugian, kerosakan dan kehilangan pendapatan

di kalangan nelayan kita akibat daripada pencemaran

yang berlaku berpunca daripada tumpahan minyak di

Selat Melaka dan sebagainya bolehlah menyebabkan:-

(i) kematian kepada kehidupan laut termasuk telor

dan 'larvea' ikan dan udang.

(ii) neiayan tidak dapat ke laut kerana kawasan

penangkapan ikan dicemari;

DR.16.11.92 - 3 -

(iii) kerosakan kepada alat-alat menangkap ikan

seperti pukat dan juga sangkar-sangkar untuk

memeiihara ikan.

Pencemaran yang berlaku di kawasan Selat Melaka

akibat tumpahan minyak setakat ini tidak memberi

kesan serius kepada industri perikanan, Namun

demikian, terdapat beberapa kes tertentu di mana

sebilangan nelayan tidak dapat turun ka laut dalam

jangkamasa tertentu dan terdapat tangkapan ikan yang

merosot.

(b) Setiap kali berlaku bencana seperti tumpahan minyak,

pegawai-pegawai dan kapal-kapal dari Jabatan Perikan-

an bersama-sama dengan Jabatan lain akan bekerjasama

bagi melindungi kawasan-kawasan sensitif seperti

kawasan tarnakan ikan dan sebagainya dari tumpahan

minyak atau pencemaran. Nelayan-nelayan yang terli-

bat dimaklumkan dari masa ke semasa termasuk memberi

nasihat dalam menghadapi suasana tersebut. Sebagai

langkah jangka panjang dan berterusan, Kementerian

Pertanian telah dan akan sentiasa bekerjasama dengan

Jabatan Alam Sekitar khususnya dalam penguatkuasaan

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, khasnya peraturan-

peraturan meliputi pencemaran di perairan perikanan

Malaysia.

DR.16.11.92.

(c) Kementerian Pertanian tidak mempunyai rekod perbe-

lanjaan yang khusus untuk memulihkan kehidupan nela-

yan yang terjejas akibat penceniaran. Program pemu-

lihan yang dibuat adalah untuk pemulihan dan pemeli-

haraan sumber perikanan secara keseluruhan termasuk

akibat pencemaran bagi memastikan pendapatan nelayan

tidak akan terjejas dalam masa jangka panjang seperti

melalui pembinaan tukun tiruan dan sebagainya.

(d) Jabatan Perikanan akan sentiasa mengawaselia keadaan

pencemaran di Selat Melaka dan nenentukan ia tidak

akan menjejaskan kedudukan kaum nelayan. Pihak Kera-

jaan Pusat juga akan mengadakan peraturan tertentu

bagi kapal-kapal yang melalui Selat Melaka untuk me-

ngelakkan pelanggaran dan kemalangan. Dengan demiki-

an, masalah-masalah pencemaran dari kapal-kapal yang

menggunakan perairan tersebut boleh di atasi.

Dato' Mohd. Zihin bia Haji Mohd. Hassan; Tuan Yang di-Pertua,

soalan tambahan, Dalam jawapan Seciausaha Parlimen tadi, pencemaran

laut mengakibatkan kekurangan hasil tangkapan ikan dan bagi ikan-

ikan yang hidup, saya percaya ada yang termakan racun. Adakah

ikan-ikan yang termakan racun itu juga dijual oleh nelayan bagi

menampung kekurangaa pendapatan mereka?

DR.16.11.92. - 5 -

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,

tumpahan minyak ini memang mengandungi toksid, memang mengandungi

racun. Tetapi ikan-ikan yang mengandungi toksid ini boleh dimakan,

sebab ikan-ikan itu hidup dan minyak yang dimakan itu akan

dikeluarkan balik. Jadi ikan yang termakan toksid ini, tahap

kandungan racunnya tidak merbahaya dan bolah dimakan, serupalah kita

membeli sayur-sayuran yang ada digunakan racun, tetapi tahap yang

digunakan itu tidak mengancam kesihatan, boleh dimakan - semua Yang

Berhormat dok makan ikan itulah. [Ketawa]

Tuan Fong Rui Lau: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, Saya

ingin. bertanya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, adakah Kerajaan

sudah memajukan tuntutan kerja-kerja membersihkan tumpahan minyak

oleh kapal Nagasari Spirit yang berlanggar di Selat Melaka tidak

lama dahulu. Jika sudah, kepada siapakah tuntutan dibuat dan

berapakah jumlahnya; dan adakah pihak-pihak nelayan kita sudah

memajukan tuntutan mereka?

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-pertua,

berhubung dengan anggaran kerosakan dari segi sektor perikanan,

maknanya kepada kaum nelayan, setakat ini kerosakan yang kita

anggarkan iaitu kepada pengusaha pukat jerut bilis hanya satu sahaja

aduan yang kita dapat iaitu di kawasan Tanjong Dawai yang

dianggarkan sebanyak 320,000.

DR.16.11.92. - 6 -

Dan salah satu lagi kerosakan ialah kerosakan kepada

sangkar-sangkar iaitu sangkar-sangkar kepunyaan Jabatan Perikanan

yang terletak di Pulau Singa, Langkawi. Kos kerosakan adalah

sebanyak $1,000. Jadi, kita akan mengemukakan tuntutan gantirugi

kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Tuan Ruhanie bin Haji Abmad: Tuan Yang di-Pertua, adalah

menggalakkan bagi Seciausaha Parlimen memberitahu bahawa kesan

kepada nelayan akibat daripada tumpahan minyak dan pencemarannya

tidak ada kesan serius tetapi saya ingin tahu bagaimanakah pihak

Kementerian Pertanian telah menjalankan kajian dan mengambil

kesimpulan bahawa perkara ini tidak serius. Adakah kajian-kajian

dilakukan secara saintifik yang mungkin autentik yang boleh kita

sandarkan keputusannya bahawa kerosakan itu tidak serius?

DR.16.11.92

Tuan Mohd. Shariff bia Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, ada dua

kesan. Satu kesan jangka pendek, dan yang kedua adalah kesan jangka

panjang. Kesan jangka pendek, saya sebutkan tadi, kita tidak nampak

dari segi kesan kepada nelayan, kerana jumlah kerosakan yang kita

dapat setakat ini pun kadar 521,000 sahaja, Mungkin dari segi kesan

jangka panjang kepada sumber itu kita belum dapat pastikan lagi

kerana ia memakan masa. Jadi, insya Allah kita akan dapat ketahui

kesan jangka panjang ini apabila masanya sampai, Pihak jabatan

sedang membuat penelitian terhadap perkara ini.

PELABURAN NEGABA ANGGOTA OIC - JUMLAH

4. Tuan Haji Ibrahim bin Wahmood minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) dalam usaha galakan pelaburan ke negara ini,bagaimanakah sambutan para pelabur darinegara-negara anggoca OIC;

(b) nyatakan jumlah nilai, bentuk-bentuk pelaburandan sektor penglibatan mereka; dan

(c) adakah Kerajasn bercadang untuk mewujudkan satublok atau majlis ekonomi sesama aegara anggotaOIC bagi tujuan membina kesatuan kekuatan ekonomiumat Islam. Jika tidak, apa halangan danmasalahnya.

Timbalan Menceri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Tuan

Chua Jui Weng] : Tuan Yang di-Pertua, sambutan para pelabur di sektor

perkilangan dari negara-negara OIC ke negara ini adalah menggalakkan

terutama dari Indonesia dan Iran. Negara-negara CIC lain yang telah

DR. 16. 11.92 -3-

membuat pelaburan di negara ini adalah Saudi Arabia, Arab Emirate

Bersatu, Jordan, Seria, Mesir, Brunei dan Pakistan. Sebanyak 48

projek dari negara-negara OIC telah diluluskan dengan jumlah

pelabursn tarkumpul sebanyak $3.539 bilion dalam tempoh 1987 hingga

Ogos 1992.

Seperti yang telah saya terangkan di atas, jumlah pelaburan

modal terkumpul dari negara-negara OIC setakat ini adalah sebanyak

$3.539 bilion, daripada sejumlah 48 projek di dalam bidang-bidang

berikut;:

Projek Jumlah Pelaburan

Petroleum dan arang batu 2 32.027 bilion

Keluaran besi asas 3 $1.188 bilion

Kayu dan barang kayu 8 $150.4 bilion

Elektrik dan elektronik 2 $45.6 bilion

Perabot dan barang siap 3 $34.2 bilion

Barangan getah 6 $33.8 juta

Tekstil dan barangan tekstil 4 $10.0 bilion

Barangan plastik 3 $8.8 juta

Kertas percetakan 1 $8.38 juta

Barangan bukan besi 2 $7.9 juta

Saya ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Kerjasama

Ekonomi dan Perdagangan negara-negara CIC telahpun mengadakan

beberapa projek kerjasama ekonomi, termasuk sitem keutamaaa

perdagangan, rangkaian maklumat perdagangan dan eksport kredit

insurans serta jaminan pelaburan.

DR.16.11.92 - 9 -

Malaysia telah tarlibat secara langsung dalam rangka

projek-projek tersebut akan terus menyertainya. Projek-projek ini

adalah dalam proses pelaksanaan, dan jika dilaksanakan sepenuhnya

akan mencapai matlamat untuk mengukuhkan perdagangan dan kerjasama

ekonomi di kalangan negara-negara anggoca OIC. Dalam masa yang

sama, Malaysia juga memberikan penumpuan pada perhubungan dua hala

dengan negara—negara anggoca OIC. Walaysia telah menandatangani

perjanjian perdagangan dan perjanjian kerjasama ekonomi dan teknikal

dengan negara-negara Tunisia, Indonesia, Iraq, Iran, Kuwait, Libya,

Pakistan, Qattar, Saudi Arabia, Emirate Arab Bersatu.

Di samping itu, Malaysia juga mengadakan mesyuarat-mesyuarat

Jawatankuasa Bersama bagi mencari jalan untuk mempertingkatkan

perdagangan dan kerjasama ekonomi dengan negara-negara tersebut.

Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua,

soalan tambahan. Adakah pelaksanaan program daripada pelaburan dan

ekonomi di kalangan negara-negara anggoca OIC dilakukan secara

masing-masing negara ataupun secara berorganisasi? Yang kedua,

pernahkah diadakan persidangsn di peringkat Kementerian berhubung

dengan perkara tersebut? Apakah resolusi yang telah diambil dan

adakah terdapat halangan daripada mana-mana kuasa ekonomi di dunia?

Tuan Chua Jui Meng: Tuan Yang di-Pertua, ada projek-projek

ekonomi yang dijalankan secara masing-masing dan ada yang dijalankan

secara berorganisasi. Mengenai persidangan antara

Kementerian-kementerian, ini telah dijalankan. Umpamanya antara

Kementerian saya dengan Kementerian-Kementerian Perdagangan Industri

negera-negara OIC, termasuk Kementerian Pengangkutan, Kementerian

yang berkenaaa dengan komunikasi dan lain-lain.

DR.16.11.92 -10-

Mengenai halangan-halangan, ini satu soalan yang begitu am,

sukar untuk dijawab. Tetapi daripada angka-angka diadakan pada

tangan saya, kita boleh nampak perdagangan ancara Malaysia dengan

negara-negara OIC telah meningkat. Umpamanya tahun lalu berbanding

dengan tahun 1990; di dalam iahun 1990 jumlah perdagangan Malaysia

dengan negara-negara OIC sebanyak $6.19 bilion. Pada tahun lalu,

ini meningkat sebanyak 28.7% kepada $7.79 bilion - satu peningkatan

yang begitu menggalakkan - 28.7% berbanding dengan peningkatan

perdagangan dunia dalam nilainya sebanyak hanya l.5% untuk

perdagangan seluruh dunia. Tetapi untuk negara-negara OIC telah

meningkat dengan satu kadar yang menggalakkan, iaitu saya katakan

tadi 28.7%.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua. Di antara negara-negara OIC yang baru adalah daripada

keluarga CIS (Commonwealth of Independent States) di bawah USSR

dahulu. Dan di antara negara itu adalah Uzbekistan. Adakah pihak

Kementerian telahpun menjalin perhubungan perdagangan dan

perindustrian yang erat dengan negara Uzbekistan.

Tuan Chua Jui Meng: Jawapannya senang - ada. Oleh kerana sejak

tahun 1987 di mana Perdana Menteri kita Dato' Seri Dr. Mahathir

telah memimpin satu rombongan perdagangan dan pelaburan ke

Uzbekistan, selepas itu tahun demi tahun jumlah perdagangan dan

hubungan ekonomi antara kedua-dua negara telah menigkat. Dan pada

tahun ini, Presiden Uzbekistan telah melawat Malaysia, dan dengan

lawatan. itu akan lagi mengukuhkan, mempertingkatkan lagi perdagangan

ekonomi antara kedua-dua negara.

DR.16.11.92 -11-

Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: Tuan Yang

di-Pertua, soalan tambahan. Di dalam soal perdagangan di Malaysia

dengan negara-negara OIC, kita sebagai sebuah negara yang

mengeksport minyak sayuran, kelapa sawit, juga perlu berusaha untuk

mendapatkan pasaran seperti negara-negara tersebut, Misalannya di

negara Iran, saya difahamkan tiap-tiap tahun negara Iran mengimport

500,000 tan minyak kacang soya sebagai minyak bahan masak bagi

negara tersebut. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu apakah

usaha-usaha kita untuk memperkanalkan atau menganjurkan kepada

negara-negara OIC seperti Iran untuk membeli lebih banyak lagi

minyak kelapa sawit daripada negara kira Malaysia?

OR.16.lt.92 - 12 -

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua, dalam lawatan Yang Amat

Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada tahua yang lalu - lawatan

tersebut ialah lawatan ataupun rombongan pelaburan atau perdagangan

daripada Malaysia ke negara Kuwait, Iran dan Turkey - saya ingin

tahu bagi pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

apakah tindakan-tindakan susulan yang telah diambil untuk

menguatkuasakan perjanjian-perjanjian Mermorandum of Understanding

dengan negara—negara tersebut, dan apakah hasil daripada

tindakan-tindakan susulan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhomat,

telah lebih itu, riga soalan.

Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: Cukup,

terima kasih.

Tuan Chua Jui Meng: Tuan Yang di-Pertua, tindakan yang diambil

oleh Kerajaan sampai kini ialah menghantarkan rombongan perdagangan

dan pelaburan ke negara-negara OIC termasuk Iran. Betullah seperti

yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, iaitu Timbalan Perdana

Menteri kita telah mengetuai satu rombongan perdagangan dan

pelaburan ke Kuwait, Iran dan Turkey pada tahun lalu iaitu di antara

25 Ogos sehingga 7 September tahun lalu. Dan hasil daripada itu

ialah kita telah memperkenalkan kebaikan minyak kelapa sawit kepada

DR.16.11.92 - 13 -

negara-negara tersebut termasuk Iran.

Dan selepas itu, pembelian minyak kelapa sawit secara proses

telah meningkat. Umpamanya dalam tahun 1991 di antara bulan Januari

hingga Julai, kita eksport sebanyak 2,898 tan minyak kelapa sawit ke

Iran, tetapi dalam tempoh yang sama pada tahun ini iaitu tahun 1992,

di antara bulan Januari sehingga Julai ini telah meningkat kepada

7,620 tan. Inilah hasil daripada lawatan yang dijalankan oleh

Timbalan Perdana Menteri. Dan saya yakin pengeksportan minyak

kelapa sawit ke Iran dan negara-negara OIC yang lain, mengikuti cara

yang dilaksanakan oleh Timbalan Perdana Menteri kita akan meningkat-

kan lagi.

Soalan yang lairt mengenai ....

Dato' Haji Wohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: Soalan yang

pertama tadi, apakah usaha kita untuk meyakinkan pihak negara-negara

OIC seperti Iran mengubah pengunaan mereka daripada minyak kacang

soya kepada minyak kelapa sawit oleh sebab minyak kacang soya ini

adalah daripada syarikat-syarikat di Amerika Syarikat bukan daripada

negara Islam, tetapi minyak kelapa sawi; ini adalah minyak dari

negara Islam, sepatutnya beli daripada kita daripada membeli dari

Amerika. [Ketawa]

Tuan Chua Jui Meng: Kalau begitu, soalan itu telah dijawab

tadi oleh saya iaitu usaha-usaha telahpun diambil melalui rombongan-

rombongan yang dihantar ke negara-negara CIC.

DR.16.11.92 - 14 -

DUTI IMPORT ROKOK - KESAH KENAIKAN

5. Tuan Ahnad bin Omar minta Menteri Kewangan menyatakan -kesandari perlaksanaan duti import ke atas rokok yang dinaikkan bagi'cigars', cerut dan 'cigarillos':

(a) berapakah hasil kutipan dari duti import yangtelah dinaikkan tersebuc;

(b) adakah dasar ini telah menunjukkan pengurangandari segi import atau sebaliknya; dan

(c) melihat dari segi petanda-petanda di atas,adakah kesan positif ke arah hasrat Kerajaanuntuk terus mengurangkan tabit merokok bagimenghindarkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Mustapa bin

Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Hasil kutipan duti import ke atas rokok, cigars,

cerut dan cigarillos bagi tempoh Januari hingga

September 1992 ialah sebanyak $179,820,295,30.

Jumlah kutipan bagi tempoh yang sama pada

tahun lalu ialah sebanyak $154,748,470.98.

Berikutan kenaikan duti import yang diumumkan

dalam Belanjawan baru-baru ini, hasil tahun ini

dijangka naik kepada $284.6 juta pada tahun

hadapan berbanding dengan $230 juta pada tahun

ini.

DR.16.11.92 - 15 -

(b) Kenaikan duti telah mengurangkan import

mengikut angka-angka yang ada pada Kerajaan.

Kuantiti tembakau rokok dan cerut yang

diimport bagi tempoh Januari hingga September

tahun ini ialah 1,330,002 kilogram berbanding

dengan 1,758,505 kilogram pada tahun lalu.

(c) Kenaikan duti import ini telah memberi kesan

positif ke atas hasrat Kerajaan untuk

mengurangkan tabiat merokok bagi menghindarkan

kesan buruk cerhadap kesihatan.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, apa beza di antara

'cigars', cerut dan 'cigarillos'. Sebab saya bukan hisap sangat,

sebab mahal, Ahli Yang Berhormat dari Merbok hisap, saya tidak

berapa mampu. Tetapi saya hendak sebut di sini, yang saya tahu

cerut ini yang dibuat di tempatan, 'cigar' ini saya kurang pasti,

mungkin yang dibeli sebatang-sebatang, 'cigarillos' ini yang

kecil-kecil. Tetapi 'cigars' ini ada juga yang kecil. Jadi saya

tengok beza di antara ketiga-tiga ini dan berapakah duti import.

Soalannya cukup terang, berapakah duti import untuk cigars,

cigarillos dan juga cerut bukan rokok.

Yang keduanya, oleh kerana serangan kita habis-habisan untuk

menghentikan tabiat merokok terutamanya oleh Timbalan Menteri

Kesihatan, ini satu benda ysng bagus, tetapi apakah kesannya kepada

penanam-penanam tembakau di Kelantan sekarang? Ini dua soalan.

DR.16.ll.92 - 16 -

Tuan Mustapa bin Mohamed; Tuan Yang di-Pertua, berkaitan

dengan perbezaan di ancara ketiga-tiga jenis rokok tadi, saya kira

Ahli Yang Berhormat dari Arau sudahpun menjawab, beliau lebih arif

daripada saya dalam hal ini. Cuma saya hendak maklumkan bahawa dari

segi duti importnya, kesemua jenis yang dikatakan tadi, cigars,

cigarillos dan cerut ini dikenakan duti import sebanyak $138 se

kilogram melalui Belanjawan yang diumumkan baru-baru ini - kenaikan

sebanyak 327 - berbanding dengan $ 1 1 1 satu kilogram sebelum

Belanjawan 1993.

Yang keduanya, berkaitan dengan kesan ke atas industri

tembakau, pada masa ini kira-kira 34,000 keluarga bergantung hidup

ke atas tanaraan tembakau daripada mana kira-kira 21,000. adalah dari-

pada Kelantan. Kerajaan berpendapat kesannya tidaklah begitu men-

dadak, terutama sekali oleh kerana adanya dasar Kerajaan untuk

mengurangkan secara beransur-ansur tembakau yang diimport. Saya di-

fahamkan bahawa pada ketika ini kira-kira 70% daripada tembakau yang

digunakan dalam negara ini adalah hasil daripada tanaman tempatan

dan menjadi dasar Kerajaan untuk beransur-ansur menaikkan tahap

penggunaan tembakau tempatan itU daripada 70% beransur-ansur naik.

Dengan lain-lain perkataan hendak mengurangkan penggunaan tembakau

yang diimport,

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, tadi

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menyatakan bahawa hasil daripada

kenaikan cukai import te 1 ah :nemberi kesan yang pos i^if ke at:as

pengurangan jumlah ataupun usaha Kerajaan untuk mengurangkan tabiat

DR.16.11.92 - 17 -

merokok, Adakah satu kajian sebenar telah dibuat tentang perkara

ini iaitu kenaikan cukai import sekali gus telah mengurangkan tabiat

orang merokok? Adakah satu kajian terperinci telah dibuat tentang

perkara ini?

Yang keduanya, saya rasa kalau hendak mengurangkan tabiat

merokok, di satu masa dahulu Kerajaan pernah mengatakan bahawa hanya

kawasan-kawasan tercentu sahaja akan digunakan ataupun boleh orang

merokok.

Jadi, bilakah usaha Kerajaan, sebagai sampingan kepada menaik-

kan cukai import untuk mengurangkan tabiat merokok supaya kawasan-

kawasan awam yang ber'air-conditioned', yang berhawa dingin,

kawasan-kawasan kenderaan awam yang berhawa dingin. dan tempat-tempat

yang khusus dilarang merokok, satu peraturan keras dikenakan, bukan

sahaja dengan menaikkan cukai import?

Tuan Mustapa bin Mohamed: Terima kasih, Ahli dari Kok Lanas.

Mengenai sama ada kajian dibuat berkaitan dengan kesan kenaikan duti

import ke atas penggunaan tembakau, saya ingin memaklumkan bahawa

mengikut angka-angka yang ada pada kami, berikutan dengan kenaikan

duti import dalam Belanjawan sebelum ini, pada tahun 1991 terdapat

pengurangan rokok dalam negara daripada 19.33 ribu juta batang dalam

tahun 1990 kepada 18.74 ribu juta batang dalam tahun 1991. Ini

batang rokok akibat daripada kenaikan duti yang dinyatakan tadi,

Berkaitan dengan soalan yang kedua, saya kira lebih sesuai

dijawab oleh Timbalan Menteri Kesihatan yang pakar dalam hal ini.

DP. 16.11.92 -18-

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Tuan Taimin bin Lumaing.

[Soalan No, 6 Y.B, Tuan Taiain bin Lumaing tidak hadir]

PELABURAH ASING DI LANGKAWI

7. Datuk Haji Abdul Manan bin Othman minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakan:-

(a) setakat ini sudah berapa banyak syarikat-syarikat asingyang melabur di Langkawi; dan

(b) apakah jenis industri yang mereka ceburi,

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabanga dan Industri [Tuan

Chua Jui Meng]: Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada rekod-rekod

yang ada bagi tempoh 1989 sehingga Ogos, 1992, terdapat 7 buah

syarikat yang mempunyai modal pelaburan asing yang telah melabur di

Pulau Langkawi telah diluluskan oleh Kementerian ini. Enam daripada

syarikat berkenaan telah diluluskan dengan lesen pengilang di bawah

Akta Perindustrian, 1975. Juralah modal pelaburan asing di dalam

kesemua syarikat-syarikat berkenaan adalah sebanyak $66.649 juta.

Industri yang mereka ceburi, sebahagian besarnya adalah berkaitan

dengan industri perhotelan dan kompleks pelancongan di samping lain-

lain industri seperti elektrik dan elektronik dan plastik.

Dr. Kua Kia Soong: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat dua tahun

yang lalu Perdana Menteri ada menyatakan bahawa tiap-tiap syarikat

yang melabur di Langkawi mestilah terdiri dari industri-industri

yang tidak mencemarkan alam sekitar. Saya ingin tahu adakah syarat

ini dipaiuhi oleh syarikat-syarikat di Langkawi? Kalau tidak,

kenapa. Kalau ya, mengapa syarat-syarat ini tidak dipatuhi di

seluruh Malaysia?

DR. 16.11.92 -19-

Tuan Chua Jui Meng; Setakat ini tidak ada industri-industri

yang telah diluluskan di Langkawi, yang akan mencemarkan udara, oleh

kerana kebanyakan induscri yang diluluskan adalah industri berkenaan

dengan elektronik, telekomunikasi, telefon, proto-types of power,

transformers, cables, harnea, precision steel shaft, dengan izin,

plastic injection, moulded products, dengan izin, dan projek-projek

yang berkaitan dengan pelancongan dan yang berkaitan dengan

perhotelan. Oleh kerana itu, mengikut rekod kita tidak ada

projek-projek yang akan mencemarkan udara yang begitu indah di Pulau

Langkawi. Mengenai projek-projek lain di Malaysia, ini telah banyak

kali dijawab di Dewan ini di mana kebanyakan projek memerlukan satu

Environmental Impact Assesment Study.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Adakah Kerajaan bercadang untuk menghadkan jenis-jenis

perniagaan atau pelaburan di Pulau Langkawi, kerana kadang-kadang

pelaburan-pelaburan itu juga menjadi persaingan yang kuat dengan

peniaga-peniaga dalam negeri dan juga peniaga-peniaga tempatan.

Adakah Kerajaan juga ingin melihat agar peniaga-peniaga luar negeri

ini tidak bersaing dengan peniaga-peniaga tempatan di dalam bidang

trading, kerana kita dapati ramai orang-orang luar daripada Malaysia

yang masuk ke Pulau Langkswi dan menjalankan perniagaan yang sama

dengan orang-orang tempatan dan orang-orang yang berada dalam

Malaysia. Sekian.

DR. 16.11.92 -20-

Tuan Chuua Jui Meng: Terima kasih, Yang Brhormat dari Jerai.

Sukarlah untuk kita hendak menghadkan persaingan. Malaysia adalah

suatu pasaran terbuka dan kita mengamalkan pasaran yang terbuka di

dunia. Kita menggalakkan negara-negara lain di dunia untuk

melaksanakan pasaran yang sama, oleh kerana itu, seperti yang saya

katakan tadi, sukarlah bagi kita untuk menghadkan (restrict)

persaingan. Tetapi pengisytiharan Langkawi sebagai suatu pelabuhan

bebas cukai mulai 1hb Januari, 1987 telahpun memberikan banyak

manfaat kepada penduduk-penduduk di Langkawi. Manfaat tersebut

ialah dari segi pekerjaan di mana banyak pekerjaan telah diwujudkan

dan muncul untuk manfaat orang-orang di sana. Salah satunya ialah

peningkatan harga tanah, iaitu tanah mereka telah meningkat kosnya.

Olah kerana kita telah memberikan status Pelabuhan bebas kepada

Pulau Langkawi, maka kos kehidupan penduduk-penduduk di sana telah

direndahkan. Ini adalah antara manfaat-manraat yang telah

dan akan diperolehi oleh penduduk-penduduk di Pulau Langkawi.

SISTEM PENGAJARAH DAN PEMBELAJARAN DI TINGKATAN PERALIHAN

8. Dr. T. Marimuthu minta Menteri Pendidikan menyatakanmemandangkan bahawa beberapa masalah dan isu ditimbulkan mengenaisistem pengajaran dan pembelajaran, termasuk isu 'di-learning' dalammatapelajaran Sains dan Matematik di Tingkatan Peralihan, adakahKementerian Pendidikan bercadang untuk menjalankan kajian yangmendalam dan menyemak semula keseluruhan status dan perananTingkatan Peralihan.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dr. Fong Chan Onn]: Tuan Yang

di-pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidi-

kan telahpun meneliti status dan peranan Tingkatan Peralihan sewaktu

memperkenalkan KBSM. Tingkatan Peralihan diperlukan kerana murid-

murid dari SRJK(C) dan (T) perlu menguasai bahasa Malaysia yang

menjadi bahasa pengantar utama sekolah nenengah.

DR. 16. 11.92

Tumpuan utama dalam Tingkatan Peralihan ialah kepada aspek

amalan Bahasa Kebangsaan, bukan mengajar pengetahuan baru. Pelajar

perlu menguasai istilah, laras bahasa, tata bahasa dan juga sebutan

baku. Tumpuan ini -idak dapat dilakukan jika murid-murid itu terus

meningkat ke Tingkatan 1.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat

Timbalan Menteri mengkaji dengan teliti bagaimana Tingkatan

Peralihan tersebut dapat ditamatkan sekiranya bilangan murid-murid

di sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sekarang

standardnya sudah meningkat dan boleh naik ke Tingkatan l tanpa

menghadapi masalah. Bolehkah Yang Berhormat mempertimbangkan

perkara ini supaya mereka dapat mengelakan kerugian 1 tahun, kerana

ada sesetengahnya memang tidak mendapat bantuan di dalam Tingkatan

Peralihan dan ini memang menimbulkan masalah? Setakat ini, bolehkah

kelas-kelas Tingkatan Peralihan ini diperbaiki untuk membantu

murid-murid yang benar-benar memerlukan bantuan?

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak faham

dengan tepat soalan Ahli Yang Berhormat:.

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Dr. Fong Chan Onn: Tidak payahlah, saya boleh jawab.

Dr. Tan Seng Giaw: [Menyampuk]

Timbalaa Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Sabar Yang

Berhormat.

bahawa untuk kebanyakkan murid-murid dari SRJK(C) dan SRJK(T), mereka

adalah memerlukan satu tahun tambahan iaitu kelas peralihan

DR.16.11.92 -22-

untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Malaysia mereka sebelum

mereka dimasukkan di Tingkatan 1. Ini adalah jelas. Namun

demikian, untuk murid-murid yang telah mencapai keputusan cemerlang,

iaitu yang mendapat 4A dan 2C - iaitu lulus dalam peperiksaan bahasa

Malaysia dan setaraf dengan Sekolah Kebangsaan yang

sekurang-kurangnya mendapat gred "C" - mereka boleh dinaikkan terus

ke Tingkatan l. Ini adalah jelas. M«ngapa saya katakan bahawa saya

tidak faham dengan soalan Ahli Yang Berhormat ialah mengenai soalan

yang kedua di mana Ahli Yang Berhormat sendiri telah mengatakan

"bolehkah Karajaan timbangkan untuk memperbaiki kelas peralihan

supaya kita boleh mempertingkatkan penguasaan Bahasa Malaysia untuk

murid-murid yang memerlukan kelas peralihan tersebut. Di situlah

adanya soalan yang tidak konsisten dengan soalan yang pertama.

Sebenarnya tujuan kelas peralihan itu adalah untuk.....

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

nanti dahulu.

Dr. Tan Seng Giaw: Dia tidak faham soalan saya.... Kalau dia

tidak faham soalan, saya hendak bantu dia.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

ini adalah masa untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Jadi, sabar, ya?

Dr. Fong Chan Onn: Apa yang saya katakan ialah soalan yang

kedua itu tidak konsisten dengan soalan pertama. Dalam soalan kedua

dia bertanya, "bolehkah kita mempertingkatkan lagi mutu kelas

peralihan. supaya kita boleh menaikkan taraf murid-murid yang

memerlukannya". Tetapi dalam soalan pertama ia kata, bolehkah kita

tamatkan kelas peralihan. Itu yang tidak konsisten.

- 23 -

Dr. Tan. Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat

Timbalan Menteri....Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Oag Tee Keat): Yang Berhormat,

sabar...

Dr, Fong Chan Onn: Tidak payah, Tuan Yang di-Pertua, saya

sudah jawab kedua-dua soalaa itu. tadi,

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang tidak faham

itu bukan isi kandungan. Itu konsistensi yang dimaksudkan. Yang

Berhormat Padang Serai.

Puan Lim Lay Hoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Memandangkan bahawa semua murid-murid pada masa ini, mereka dapat

menguasai kemahiran yang dipelajari itu melalui tuition dan

sebagainya di Luar bilik darjah, apakah rasionalnya Tingkatan

Peralihan ini perlu diwujudkaa?

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya telah

jawab tadi, iaitu kepada pelajar-pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T)

yang telah nencapai keputusan yang cemerlang iaitu mendapat 4A dan

2C, kita beri mereka kelonggaran dan mereka cerus dinaikkan ke

Tingkatan Satu. Tetapi malangnya ada ramai di kalangan pelajar-

pelajar kita di SRJK(C) dan SRJK(T) yang belum menguasai Bahasa

Malaysia pada tahap yang kita perlukan untuk membolehkan mereka

mengikut kursus-kursus di Sekolah Menengah yang bahasa pangantarnya

ialah Bahasa Malaysia.

DR.16.11.92 - 24 -

Kita haruslah faham bahawa Kelas Peralihan ini ialah untuk

kebaikan murid-raurid dari SRJK(C) dan SRJK(T) supaya kita boleh

mempertingkatkan Bahasa Malaysia mereka dan apabila mereka memasuki

Tingkatan Satu, mereka terus boleh menguasai dan mendapat manfaat

sebenar-benarnya daripada pengajaran dan pembelajaran Sekolah

Menengah.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Oug Tee Keat]: Yang Berhormat

Tuan Wahab bin Suhaili.

[Soalan No.9 Y.B. Tuan Wahab bin Suhaili tidak hadir]

NEGARA-NEGARA ISLAM MEMBANTU BOSNIA - USAHA GALAKAN

10. Dr. Nawawi bia Mat Awin minta Menteri Luar Negeri menyatakanapakah usaha-usaha untuk menggalakkan negara-negara Islam yang jauhlebih besar daripada Malaysia, dari segi penduduk, kuasa ekonomi danketenteraan, untuk meraberi bantuan yang berkesan bagi melindungi danmenyelamatkan mangsa-mangsa keganasan Serbia di Bosnia-Herzegovinadan apakah hasilnya.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato* Dr. Abdullah Fadzil bin

Che Wan]: Tuan Yang di-Pertua, soal bantuan yang diberikan oleh

sesebuah negara itu kepada mangsa peperangan di Bosnia-Herzegovina,

pada dasarnya terpulang kepada Kerajaan negara itu sendiri. Walau

bagaimanapun, negara-negara Islam memang memberi keutamaan kepada

keadaan yang terdapat di Bosnia-Herzegovina serta soal bantuan

kepada mangsa-mangsa peperangan itu.

Selain daripada bantuan yang telah dihulurkan oleh negara-

negara seperti Malaysia, usaha bersama melalui Pertubuhan

Persidangan Islam sedang dijalankan. Malah, dua minggu lagi pada

1hb dan 2hb Disember yang akan datang, Pertubuhan Persidangan Islam

DR.16.11.92 - 25 -

akan mengadakan satu mesyuarat tergempar peringkat Menteri untuk

membincangkan langkah-langkah yang harus diambil setarusnya untuk

memberhentikan peperangan di negara tersebut serta memberi bantuan

yang berkesan, bagi melindungi dan menyelamatkan mangsa-mangsa

keganasan di Bosnia-Herzegovina.

Tuau Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-pertua,

mengapakah berlakunya kelambatan mengadakan Sidang Kemuncak seperti

yang diura-urakan? Apakah halanganaya?

Yang kedua, terdapat berita yang menyatakan ada cadangaa supaya

diadakan persidangan Menteri-Menteri Pertahanan. Adakah majoriti

negara-negara Islam anggota OIC bersetuju dengan Persidangan ini

ataupun majoritinya tidak bersetuju?

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bia Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,

mesyuarat di peringkat Menteri bukannya Sidang Summit seperti yang

diterangkan oleh Yang Berhormat dari Marang tadi. Ia telahpun

diadakan sekaii sebelum ini pada pertengahan tahun ini juga. Ini

kali yaag kedua, satu mesyuarat tergempar peringkat Menteri akan

diadakan bagi membincangkan khusus tentang masalah

Bosnia-Herzegovina.

Pihak Pertubuhan Persidangan Islam telah menyerahkan budi

bicara untuk menyelesaikan masalah itu kepada Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) . Oleh kerana nampaknya masalah ini

belum berkesan sepenuhnya maka tibalah masanya pula untuk pihak OIC

mengadakan persidangannya pada awal bulan hadapan.

DR.16.11.97 - 26 -

Bagi soalan yang kedua, tentang cadangan untuk mengadakan

mesyuarat peringkat Menteri-Menteri Pertahanan, belum ada secara

rasminya lagi.

HAEMODIALYSIS - KEMUDAHAN RAWATAN BAGI PESAKIT LUAR BANDAR

11. Tuan G. Palanivel minta Menteri Kesihatan menyatakan apakahlangkah-Langkah yang cadang diambil oleh Kementeriannya untukmemberi kemudahan rawatan Haemodialysis, khasaya bagi pesakit buahpinggang yang miskin dan daripada kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Mohamed Farid bin Ariffin]:

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan talahpun menubuhkan Unit

Dialysis di Hospital-hospital Besar dan juga di Hospital-hospital

Daerah yang besar. Pada masa ini terdapat sebanyak 128 buah mesin

dialysis di Hospital-hospital kita di Kementerian dan perkhidmatan

haemodialysis akan dipertingkatkan lagi menerusi langkah-langkah

berikut:

(i) meningkatkan pusat-pusat rawatan haemodialysis yang

sedia ada;

(ii) menarabahkan bilangan pusat rawatan di hospital-

hospical secara berperingkat;

(iii) meningkatkan Prograra Home Haemodialysis di mana

pesakit-pesakit dilatih untuk menjalankan

haemodialysis di rumah;

(iv) meningkatkan program latihan kepada semua kategori

kakitangan yang terlibat dalam program rawatan

haemodialysis.

DR.16.11.92 - 27 -

Tuan Yang di-Pertua, Keraenterian juga menggalakkan penubuhan

perkhidmatan haemodialysis oleh pihak swasta. Bantuan dari segi

nasihat teknikal diberikan kepada pihak-pihak tersebut sekirarnya

diperlukan. Bagi pesakit-pesakit yang menjalani rawacan

haemodialysis di hospital-hospital Kerajaan, mereka yang tidak

berkemampuan boleh diberi pengecualian mengikut peraturan di dalam

Akta Fee perubatan yang sedia ada.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, caj yang dikenakan

oleh hospital-hospital hanyalah RM10 sahaja dibandingkan dengan

harga sebenar yang digunakan ialah sebanyak RM150.

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Memandangkan perbelanjaan untuk mengganti buah pinggang adaLah mahal

iaitu di dalara lingkungan RM30,000 hingga RM40,000 jikaiau dijalan-

kan di luar negeri, dan baru-baru ini Menteri Perpaduan Negara daa

Perabangunan Masyarakat ada mengumumkaa bahawa pesakit boleh memohon

pertolongan dari Kementerian Perpaduan Negara daa Pembangunan

Masyarakat dan tidak perlu meminta derma melalui suratkhabar,

Memandangkan Kerajaan Barisan Nasional adalah tanggungan bersama,

saya minta Yang Berhormat Timbalan Menberi memberi butir-butir yang

lebih lanjut mengenai permohonan tersebut.

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, walaupun

soalan ini sebenarnya dijawab oleh Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat, saya ingin menyatakan bahawa dasar sekarang

ini adalah betul iaitu kita menggalakkan pesakit-pesakit untuk

DR.16.11.92 - 28 -

menjalani kidney transplant, dengan izin, tetapi untuk mendapatkan

butir-butir lanjut, saya mohon kebenaran Tuan Yang di-Pertua, untuk

diberi secara bertulis,

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Kaat]: Ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Berapa buah lagikah mesin akan dibeli oleh pihak Kerajaan untuk

menampung keperluannya yang semakin hari semakin meningkat dan

adakah Yang Berhormat sedar bahawa walaupun ada bantuan dari pihak

Kerajaan untuk pesakit-pesakit tersebut, ada sesetengahnya masih

tidak mampu membayar untuk ubat dan sebagainya. Adakah pihak

Kerajaan bercadang untuk memberi bantuan yang lebih lagi kepada

pesakit-pesakit yang tidak mampu?

Memang ada sesetengahnya yang sangat tidak mampu untuk membeli

ubat walaupun pihak Kerajaan ada memberi bantuan melalui hospital,

di dalam beberapa aspek tetapi ada sesetengahnya perlu membeli

ubat-ubat yang tertentu yang sangat mahal dan ini berulang dan

adakah satu angka untuk home haemodialysis? Setakat ini berapa home

haemodialysis dan berapa lagi akan diadakan?

DR.16.11,92 -29-

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, seperti

yang telah saya jawabkan pada peringkat awal tadi, jika seseorang

pesakit itu tidak berkemampuan untuk membayar, kita boleh

menimbangkan pengecualian 100 peratus kapada mereka mengikut apa

yang tercatat dalam Akta Fee Perubatan yang sedia ada. Jika

sekiranya ada lagi masalah-masalah yang mungkin tidak dapat

diselesaikan oleh pesakit tersebut, saya ingin menyatakan di sini

bahawa dasar kita ialah menimbang dari segi the extent of the

disease, dengan izin, rather than the extent of the ability to pay,

dengan izin. Ini bermakna kita melihat seorang pesakit itu daripada

penyakit itu sendiri.

Jadi kalau sekiranya kita boleh menggalakkan orang ramai sebab

banyak sekarang ini berlaku masalah pesakit buah pinggang ini, kita

cuba mnggalakkan orang ramai mengambil tiga langkah untuk

nengurangkan penggantungan kepada Kerajaan dan jika boleh

menggunakan perkhidmatan pihak swasta; pertama kita katakan kita

menggalakkan kidney transplants seperti yang katakan tadi; yang

kedua ialah mengenai dengan Continuous Ambulatory Peritonaeal

Dialysis atau CAPD, iaitu yang dilakukan di rumah empat kali sehari

dengan tidak menggunakan mesin, iaitu caranya ialah, saya tak perlu

pergi secara detai1, walau bagaimanapun, Yang Berhormat yang

bertanya pun seorang doktor boleh datang bersama untak k i t a memberi

jawapan secara bertulis ataupun berbincang dengan lebih mendalam

lagi. This is not a clinic, but, walau bagaimanapun saya hanya

menyatakan dasar yang ada hari ini.

DR.16.11.92 -30-

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua. ....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat): Hendak bertanya

lagi?

Dr. Tan Seng Giaw: Ada lagi, tetapi Yang Berhormat Timbalan

Menteri Kesihatan memang gentleman, saya tahu dia membenarkan saya

Tuan Speaker......

Timbalau Yang di-Pertua [Tuan Cng Tee Keat] : Yang Berhormat,

kerusi itu satu sahaja. [Disampuk]

Dr. Tan Seng Giaw: Kerusi satu, memang, tetapi Timbalan

Menteri Pendidikan tidak gentlaman! [Ketawa] Memang cidak

gentleman!

Timbalan Yang di-Pertua. [Tuan Ong Tee Keat] : Itu sekadar komen

dan pandangan Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Jadi, masalah, saya faham. Jadi, jawapan

itu ada yang baik juga, tetapi walau bagaimanapun, termasuk

continuous Ambulatory Peritonaeal Dialysis ada yang sangat tidak

mampu sebab kita menemui orang-orang seperti ini.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, dengan

izin, jika sekiranya tidak mampu, rujuk terus kepada Kementerian

ataupun kepada diri says sendiri. [Ketawa]

BERITA LDAR NEGERI - KEUTAMAAN LIPUTAN

12. Tuan George Sangkin minta Menteri Penerangan menyatakan samaada Kementeriannya labih mementingkan untuk manyiarkan berita luarnegeri seperti liputan/ siaran di sepanjang pilihanraya PresidenFilipina yang seringkali disiarkan daripada akhbar-akhbar tempatanterutamanya berita daripada negeri Sabah.

DR.16.11.92 -31-

Timbalan Menteri Penerangan [Tuan Sailey bin Haji

Jaffrey]: Tuan Yang di-Pertua, dalam menyiarkan satu-satu berita,

apa yang diutamakan oleh RTM ialah news value, dengan izin, berita-

berita berkenaan. Jika satu-satu berita mempunyai news value yang

penting yang perlu disiarkan, maka RTM akan berbuat demikian, iaitu

menyiarkan.

Tuan Yang di-Pertua, ini tidak bermakna berita-berita tempatan

termasuk berita-berita daripada Sabah tidak mendapat keutamaan.

Tuan George Sangkin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa liputan melalui

Televisyen Malaysia untuk Sabah adalah terlalu sedikit, malah

langsung tidak ada kecuali laporan keadaan cuaca. [Ketawa][Tepuk]

Apakah tindakan yang diambil oleh Kementeriannya untuk memperbaiki

keadaan ini?

Tuan Railey bin Haji Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak

setuju dengan apa saranan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat

dari Bandau. Kalau tidak silap saya pada hemat saya, boleh

dikatakan setiap hari ada berita daripada Sabah; sama ada Berita

Wilayah, Berita Perdana mahupun Berita Inggeris jam 11.30.

Barangkali ada waktu-waktunya Yang Berhormat dari Bandau tidak

menonton TV, Jadi, saya pasti perkara ini berlaku.

Dr. Kua Kia Soong: Tuan Yang di-Pertua, jawapan Yang Berhormat:

Timbalan Menteri adalah menggalakkan oleh sebab beliau mengatakan

apa yang ada news value digalakkan, tetapi kenapa dalam peristiwa

Deli itu yang ada news value tidak digalakkan dan tidak disiarkan.

Adakah Kemementerian Penerangan ada satu garis panduan untuk pegawai

pengarang untuk menetapkan apa yang ada news value ataupun tidak

DR.16.11.92 -32-

ada news value bukan sebaliknya hanya apa yang boleh dipatuhi oleh

Kerajaan?

Tuan Railey bin Haji Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, soal

peristiwa Deli saya rasa tidak timbul dalam hai ini, Walaupun perlu

saya sebutkan di sini soal peristiwa Deli yang keluar pada berita

Dunia Jam 10 beberapa waktu yang lalu dan yang sebenarnya mempunyai

news value, tidak semestinya ianya dikeluarkan jika kita fikirkan

ada kesensitifannya berhubung dengan negara jiran kita yang kica

mengamalkan spiri: dalam ASEAN.

RACUN PEROSAK - JUMLAH KES KERACUNAH/KEMATIAN

13. Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar minta Menteri Pertanianmenyatakan berapakah jumlah kematian akibat dari kesan penggunaanracun serangga dan racun rumput di dalam sektor padi setakat ini.Apakah tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah ini?

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,

berdasarkan kepada statistik Kementerian Kesihatan, dalam tahun 1991

sebanyak 115 kes keracunan dan 2 kematian yang disebabkan oleh

racun perosak semasa bekerja telah dilaporkan di Hospital Kerajaan

seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 81 kes diterima daripada

negeri-negeri penanam padi utama iaitu di Perlis, Kedah, Pulau

Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.

Bagi tahun 1992, sebanyak 22 kes keracunan racun perosak

semasa bekerja telah dilaporkan dengan satu kematian. Daripada

jumlah tersebut, 19 kes diterima daripada negeri-negeri penanam padi

utama.

Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini

ialah:-

DR.16.11.92 -33-

(i) Mendaftarkan semua racun perosak dengan LembagaRacun makhluk perosak.

Semasa pendaftaran, racun perosak akan dinilai dari

segi toksikologi, kemujaraban, kesan sisabaki,

sifat-sifat kimia dan fizik dan lain-lain

maklumat. Ini adalah bagi memastikan semua racun

perosak yang dijual di negara ini adalah bermutu

tinggi, berkesan dan selamat digunakan dan tidak.

mendacangkan kesan buruk kepada pengguna dan alam

sekitar jika mengikut peraturan yang disyorkan.

(ii) Pelabelan

Sebelum sesuatu racun perosak dipasarkan, ia

mestilah dilabel mengikut kehendak peraturan

pelabelan. Antara lainnya label, mestilah memuat-

kan maklumat mengenai kelas kebisaan, tanda-tanda

terkena racun, rawatan kecemasan, rawatan perubatan

dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil

oleh pengguna semasa menggunakan sesuatu racun

perosak.

(iii) Melalui pendidikan dan latihan

Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian

menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan

latihan dalam bidang penggunaan racun perosak

secara selamat kepada petani melalui pegawai-

pegawai pengembangan di peringkat kawasan termasak

penanam-penanam padi.

DR.16.11.92 -34-

Sehubungan dengan ini, pada 26 Mei 1992 yang lalu,

Kementerian Pertanian telah melancarkan Program

Pengembangan Racun Makhluk Perosak di Kampung Maju

Jaya, Johor Bahru bagi melatih para petani mengenai

keselamatan dalam penggunaan racun perosak di

seluruh negara.

(iv) Melalui Akciviti Paneran

Jabatan Pertanian sentiasa mengambii bahagian di

dalam pameran-pameran sama ada di peringkat negeri

ataupun persekutuan bagi memberi kesedaran kepada

orang ramai mengenai pentingnya mengguna dan

mengendalikan racun perosak secara selamat.

Poster dan risalah mengenai perkara yang sama turut

disebarkan kepada petani dan lain-lain golongan

sasar seperti penanam padi.

Dato' Dr, Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan, daripada 100 lebih kes yang disebut oleh Setiausaha

Parlimen tadi, tidak dinyatakan bagaimana racun itu memasuki tubuh

badan petani-petani tadi. Saya ingin bertanya berapa banyakkah

racun-racun yang dimasuki through ingestion iaitu ia masuk melalui

mulut dan berapa banyakkah lagi racun ini yang dimasuki melalui

penghisapan, penghiduan ataupun inhalation kerana amalan petani-

petani di mana-mana sahaja di kebun getah atau di sawah padi,

selepas dia meracun, dia raenghisap rokak. Jadi, penghisapan rokok

itu mencetuskan pengeluaran satu toksid gas yang bernama fosgil

iaitu Ph3. Jadi, jikalau perkara ini diketahui oleh pihak

Kementerian secara mendalam., tidak perlu diadakan kempen yang banyak

yang sofistikated di mana orang kampung yang simple tidak faham.

Jadi, apakah diketahui bagaimana racun ini memasuki tubuh badan

petani tadi?

DR.16.11.92 - 35 -

Tuan Mohd. Shariff bin Omar: Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan

kes-kes keracunan ini oleh kerana terhidu racunlah sepertimana yang

disebutkan oleh Yang Berhormat dari Padang Terap. Jadi, daripada

maklumat kita semuanya oleh kerana terhidu racun. Ini disebabkan

oleh para petani kita masih lagi mengambil sikap "tidak apa". Tidak

patuh kepada peraturan, nasihat ataupun pelabelan yang ada di

botol-botol yang telah menerangkan kepada pengguna apakah langkah

yang patut dibuat misalannya semasa menggunakan racun, patut

digunakan penutup mulut bagi menghindarkan pengguna daripada terhidu

racun dan kita nasihatkan jangan hisap rokok. Sebab itu kita

naikkan cukainya tinggi. Jadi, inilah penerangan-penerangan yang

dibuat oleh Kementerian dan kita telah menetapkan, kita telah minta

pihak pengilang yang membekal racun ini memastikan mereka memasukkan

dalam label cara-cara penggunaan dan apakah tangkah-langkah yang

patut dibuat sekiranya pengguna itu terhida racun.

Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, pertanyaan tambahan adakah

usaha penyelidikan daripada Kementerian Pertanian untuk mencari

usaha-usaha alternatif yang lain daripada menggunakan bahan-bahan

kimia, racun-racan dalam pertanian. Umpamanya di dalam bidang

biological control ataupun menggunakan bahan-bahan lain untuk

mengarangkan penggunaan racun-racun ini, kerana racan-racun ini di

yang sangat besar dan digalakkan sangat orang memakainya, padahal

DR.16.11.92 - 36 -

akibahnya sangat buruk kepada peladang-peladang yang kurang faham.

Pertanyaan saya yang kedua ialah pernah saya dengar pihak

Kementerian Pertanian memelihara burung helang untak dibiakkan di

merata-rata tempat untuk menjadi sebagai alat memusnahkan

tikus-tikus dan berbagai lagi. Jadi saya hendak tahulah banyak mana

sudah biaknya burung-burung ini sekarang ini dalam negara kita?

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-pertua, untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, penggunaan racun perosak pertanian di

Malaysia bagi tahun 1991 adalah dianggarkan berjumlah sebanyak $293

juta. Kita telah menggalakkan, Kementerian telah mengambil langkah

bagi menggalakkan aktiviti pertanian organik, iaitu menggalakkan

penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan kompos bagi

mengurangkan kegunaan racun makhluk perosak. Berhubung dengan

soalan Yang Berhormat tentang kawalan secara biologi menggunakan

musuh semulajadi, mengenai kita menggunakan burung hantu, jadi. saya

tidak dapat hendak bagi tahu populasi burung hantu itu berapa

banyak. Jadi, yang itu kita akan maklumkan kemudianlah.

Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Masa untuk

pertanyaan-pertanyaan untuk Jawab Mulut telah pun tamat.

[Masa untuk Pertaayaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup

dan Jawapan bagi Soalan No.2, 6, 9 dan 14 hingga 32 akan dimasukkan

dalam naskhah bercetak kelak]

DR.16,11.92 - 37 -

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANG AKTA SYARIKAT (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta.

Syarikat (pindaan); dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Setiausaha

Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna; dibacakan kali yang pertama; akan dibacakan kali yang

kedua pada Mesyuarat kali ini.

RANG UNDAUG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1993

Bacaan Kali Yang Kedua

DAN

USULANGGARAN PEMBANGUNAN 1993

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula

perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang

Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" dan "Bahawa

usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah

majlis:

Bahawa Dewan ini mengikut Seksyen 4(3) AktaKumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapaniaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada511,854,471,720 (sebelas bilion, lapan ratus limapuluh empat juta, empat ratus tujuh puluh satu ribu,dan tujuh ratus dua pulah ringgit) dibelanjakandaripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 1993,dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiranperbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawahMaksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai BelanjawanPersekutuan, 1993 yang dibentangkan sebagai KertasPerintah 26 Tahun 1992, adalah dintukkan d i bawahMaksud-maksud yang berkanaaa jumlah-jumlah yangbersetentangan dengan butiran-butiran i t u di ruanganlapan dan sembilan senarai tersebut." [12hb November,1992]

DR.13, 11.92 - 38 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Petaling Jaya

diminta sambung selama 15 minit dan sebelum Yang Berhormat berucap,

saya hendak mengingatkan Yang Berhormat sekalian bahawa hari ini

oleh kerana ada ramai lagi yang belum berucap dan hendak berucap,

jadi saya terpaksa menghadkan tempoh berucap untuk setiap orang

kapada 15 minit sahaja. Dipersilakan Yang Berhormat.

3.34 ptg.

Dr. Kua Kia Soong [Petaling Jaya]: Tuan Yang di-Pertua. ...

Tuan Lim Guan Eng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Yang Berhormat ada

point of order. Kota Melaka. Yang ke berapa?

Tuan Lim Guan Eng: 25.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Oag Tee Keat] : 25. Yang ke 25...

Tuan Lim Guan Eng: Yang ke 25.

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Baca.

Tuan Lim Guan Eng: Kerana Yang Berhormat Menteri Tenaga,

Telekom dan Pos telah membuat satu dakwaan bahawa jawapan yang telah

diberikan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen pada 12hb. November

adalah satu pembohongan di mana beliau Yang Berhormat Setiausaha

Parlinen menyatakan bahawa jawapan yang diberikan di mana saham STM

diberikan bukan kepada MIC tetapi kepada MAIKA Holdings, Ini telah

dinyatakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri S. Samy Vella bahawa ini

adalah satu pembohongan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parl imen di

suratkhabar. Dan di sini saya rasa adalah satu perkara yang serius ,

kerana seorang Menteri sendiri .........

DR.16.11.92 - 39 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Reat]: Yang Berhormat:

Yang Berhormat....

Tuan Lim Guan Eng: Bahawa jawapaa di Parlimen ini adalah satu,

pembohongan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat.

Yang Berhormat nanti sekejap ya. Yang Berhormat boleh bagi

mukadimah. Tetapi saya rasa Peraturan Mesyuarat 25 ini cukup

jelas. Jadi, elok juga Yang Berhormat sabar dan saya akan membuat

keputusan dan bukannya untuk Yang Berhormat mengambil kesempatan ini

untuk berucap.

Tuan Lim Guan Eng: Bukan berucap Tuan Yang di-Pertua, saya

ingin bahawa satu penerangan diberikan oleh Yang Berhormat

Setiausaha Parlimen iaitu Yang Berhormat dari Pendang kerana dia

telah dituduh oleh Samy Vellu bahawa dia bercakap bohong di Dewan

yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Jangan sebut nama

Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan Eng: Okay. Minta maaf. Bahawa Yang Berhormat

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos bahawa dia bercakap bohong dalam

Dewan yang mulia ini, bahawa saham ini diberikan bukan kepada MAIKA

tetapi kapada MIC [Tepuk] dan Yang Berhormat Menteri menyatakaa

sekali lagi bahawa ini tidak diberikan kepada MAIKA, tetapi kepada

MIC dan jawapan Setiausaha Parlimen salah - bohong - ini jawapan

pada 12hb November bahawa saham ini diberikan kepada MAIKA bukan

MIC.

DR.16.11.92 - 40 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

perkataan "bohong" janganlah....

Tuan Lim Guan Eng: Saya rasa ini satu perkara yang penting

Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] kerana seorang Menteri Kabinet

menyatakan jawapaa yaug dibuat oleh Setiausaha Parlimen bagi pihak

Yang Amat Berhomat Pardana Menteri, itu salah.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Baiklah. Saya

akan buat keputusan.

Tuan Lim Guan Eng: Dan kalau perkara ini tidak dibetulkan Tuan

Yang di-Psrtua, ini akan menghina Parlimen sama ada Yang Berhormat

Setiausaha Parlimen telah ditipu oleh Pegawai Kerajaannya atau

ditipu oleh Yang Berhormat Menteri..... [pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

cukup jelas ya dan perkataan "tipu" "bohong", saya rasa bukan

perkataan yang senonoh. Ada perkataan yang lain yang lebih sesuai.

Dan Yang Berhormat saya akan buat keputusan.

Tuan Lim Guan Eng: Bukan perkataan saya. Ini perkataan yang

digunakan oleh Yang Berhomat Menteri, saya tidak gunakan perkataan

ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Baiklah.

Tuan Lim Guan Eng: Saya percaya jawapan yang diberikan oleh

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, tetapi yang dikatakan ialah Yang

Berhormat Menteri mengatakan jawapan ini salah. Ini bohong. Ini

bukan perkataan. saya....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

saya cuba nasihat. Yang Barhormat bersabit dengan apa yang

dibangkitkan tadi oleh Kota Melaka, saya rasa menurut Peraturan

DR.16.11.92 - 41 -

Mesyuarat 25 biasanya penerangan sendiri itu, ita tarpulang kepada

mana-mana seseorang Ahli, kalau dia hendak memberi penerangan, maka

itu tertakluk kepada kuasa Speaker. Tetapi dalam kes ini, saya rasa

yang minta itu Kota Melaka. Dia minta supaya Setiausaha Parlimen

dalam Jabatan Perdana Menteri buat penerangan. Saya rasa itu tidak

kena ya. Tidak kena. Melainkan kalau penerangan sendiri itu

dimohon oleh Setiausaha Parlimen sendiri. Dia boleh buat permohonan

supaya nemberi penerangan...

Dr Kua Kia Soong: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Nanti dulu Yang

Berhormat. Dan itu terpulang kepada Kerusi sama ada hendak beri

atau tidak, hendak masuk dalam Aturan Mesyuarat itu atau tidak.

Faham!

DR.16.11.92 -42-

Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, kalau begitu,

bolehkah saya dapat panduan daripada Tuan Yang di-Pertua karana ini

ialah satu rekod sejarah di mana seorang Menteri, selepas jawapan

diberikan di Parlimen, telah keluar dari Parlimen dan mendakwa

bahawa jawapan ini bohong. Ini dikeluarkan dalam suratkhabar

Tamil....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat!

Tuan Lim Guan Eng: Inilah kali pertama, tak pernah berlaku

dalam sejarah Malaysia ini. Kalau macam ini, siapakah rakyat

Maiaysia patut percaya? Yang Berhormat Menteri iaitu seorang

Menteri Kabinet atau satu jawapan yang dikeluarkan oleh Setiausaha

Parlimen di Parlimen yang menjawab bagi pihak Kerajaan di Dewan yang

mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhomat:,

saya faham apa yang Yang Berhormat sendiri hendak sampaikan. Cuma

saya perlu mengingatkan Yang Berhormat bahawa keputusan yang saya

buatkan tadi, itu berasaskan kepada Peraturan Mesyuarat. Selain

daripada itu, saya tidak berkuasa untuk memaksa mana-mana seseorang

itu untuk membuat penerangan. Yang Berhormat patut faham!

Tuan Lim Guan Eng: Bolehkah saya dapat panduan bagaimana kita

hendak dapat tahu atau dapat kesahihan jawapan yang diberikan,

kerana ini adalah satu penghinaan (smear) kepada Parlimen kalau

jawapan yang diberikan tidak benar.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Yang Berhormat,

apa yang saya putuskan tadi saya rasa sudah cukup.

DR.16.11.92 -43-

Tuan Lim Guan Eng: Bolehkah saya dapat panduan dari Tuan Yang

di-Pertua bagaimana kita boleh membetulkan penghinaan atau

pembohongan ini? Saya tak tahu siapa bohong. Yang Berhomat

Setiausaha Parlimen bohong atau Yang Berhormat Menteri bohong?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

saya rasa itu tak timbul dan apa yang saya putuskan itu dikekalkan,

sebab selain daripada itu, saya tidak berhak memaksa mana-mana pihak

untuk membuat penerangan sendiri, termasuk juga Yang Berhormat

sendiri.

Tuan Lim Guan Eng: Adakah ini bermakna bahawa perkara ini

akan dibiarkan begitu sahaja?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tidak. Yang

Berhormat, saya tidak berniat hendak melanjutkan apa yang saya cakap

tadi. Saya rasa elok kita balik kepada perbahasan Belanjawan. Yang

Berhormat, saya sudah cakap tadi.

Tuan Lim Guan Eng: Saya akan.....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Kalau Yang

Berhormat hendak buat usul, itu terpulang. Itu sahaja.

Tuan Lim Guan Eng: Saya tak mahu buat usul kepada Yang

Berhorinat Setiausaha Parlimen. Saya hendak buat usul kepada Yang

Berbormat Menteri......

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Cukuplah, Yang

Berhormat.

Tuan Lim Guan Eng: Setiausaha Parlimen saya rasa dia buat

jawapan yang diberikan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

berikan masa kepada rakan seperjuangan Yang Berhormat untuk berucap.

DR.16.11.92 -44-

Tuan Lim Guan Eng: Dia ada masa sendiri. Saya berdiri di

a t a s point of order.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, cukuplah

Yang Berhormat. Ya, Petaling Jaya.

Dr Kua Kia Soong: Tuan Yang di-Pertua, for the record, saya

rasa ini bukan soalan perseorangan.. . ..

Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: nanti dahu1u,

Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat hendak berucap.....

Dr Kua Kia Soong: Bukan, ini point of order, 25.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

nanti dahulu. Sebab Yang Berhormat sebut 25, jadi saya kena

kekalkan apa yang disebutkan tadi?

Dr Kua Kia Soong: Bukan, just for the record sahaja, Tuan

Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

cukuplah. 25 itu cukup jelas. Yang Berhormat lebih elok sambung

ucapan Yang Berbormat.

3.42 ptg.

Dr Kua Kia Soong [Pecaling Jaya]: Tuan Yang di-Pertua, minggu

lalu ssya telah mula membongkarkan apa yang sebenarnya berlaku pada

29hb September ataupun the real story behind the big black-out,

dengan izin,

Tuan Yang di-pertua, adakah terputusnya bekalan tenaga elektrik

pada 29hb September, satu tindakan tuhan atau "an act of god,"

seperti yang dikatakan oleh Menteri Tenaga, Telekom dan Pos?

Penjelasan ini adalah hanya satu cover—up oleh pihak pengurusan.

Tenaga dan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos untuk cuba menutupi

kelemahan dan kesalahannya dengan menyifatkan isu tersebut sebagai

takdir tuhan.

DR.16.ll.92 -45-

Tuan Yang di-Pertua, TNB berharap dengan penjelasan ini sudah

cukup baginya untuk mengelakkan daripada terpaksa membayar gantirugi

kepada mangsa-mangsa kejadian cerputusnya bekalan tenaga elektrik

dan berharap cakyat Malaysia akan dengan cepatnya melupakan

malapetaka yang berlaku di dalam pengurusan industri tenaga ini.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin tidak ramai orang yang terbaca

secebis berita kecil yang tersiar di akhbar The Star pada 23hb

Oktober, 1992 yang melaporkan bahawa Jawatankuasa Penyiasatan

kejadian terputusnya tenaga elektrik ini telah menyimpulkan bahawa

kejadian tersebut adalah disebabkan oleh "kilat yang terkena talian

penyaluran elektrik di antara Paka dengan Telok Kalong di

Terengganu". Sungguh berkuasa, bebas dan tegasnya Jawatankuasa

Penyiasatan ini yang mana telah dilantik oleh seorang Menteri yang

dirinya sendiri diragui. Pengerusi Jawatankuasa berkenaan, Mohamad

Anas Mohamad Nor dilaporkan berkata, "walaupun ahli-ahli panel tidak

melawat ke tempat kejadian di mana berlakunya pukulan kilat, tetapi

catatan-catatan bertulis yang dibuat oleh TNB sudah cukup untuk

menyokong kenyataan ini".

Tuan Yang di-Pertua, apakah kenyataan yang sebenarnya? Faktor

pertama, tidak berlaku sebarang kejadian ributt petir pada masa

berkenaan. Mengikut laporsn Perkhidmatan Kajicuaca Kebangsaan pada

29hb September, kawasan berkenaan tidak mengalami ribut petir

sebagaimana yang didakwa di mana kilat sepatutnya telah terkena

talian penyalursn elektrik di antara Paka dengan Telok Kalong di

Terengganu. Sebenarnya tempat berkenaan langsung tidak mempunyai

sebarang sistem pengesanan kilat ataupun lightning detection system,

DR.16.11.92 -46-

dengan izin. Akhbar tempatan juga melaporkan bahawa para penduduk

di kawasan tersebut telah menafikan berlakunya sebarang ribut petir

di sekitar kawasan berkenaan pada masa yang didakwa berlakunya

pukulan kilat. Sebab itulah, sehingga hari ini kerajaan serta pihak

media masih belum dapat menunjukkan sebarang gambar foto tentang

talian elektrik yang sepatutnya telah musnah walaupun Kerajaan

seharusnya berbuat demikian untuk mengurangkan kesangsian orang

ramai. Ini juga menjelaskan mengapa Jawatankuasa Penyiasatan tidak

berminat untuk melawat ke tempat kejadian. Tindakan menudung

kesalahan terlibat di sini, Malapetaka yang sebegitu serius perlu

disiasat oleh satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja dan bukannya disiasat

oleh satu Jawatankuasa yang dilantik dan diluluskan oleh seorang

Menteri yang dia sendiri seharusnya disiasat terlebih dahulu.

Faktor kedua, Tuan Yang di-Pertua, inilah apa yang sebenarnya

berlaku pada 29hb September. Pada pukul 9.15 pagi, satu kebakaran

berlaku di Sonoko, Singapura yang menyebabkan stesen kuasanya

musnah. Oleh sebab sistem janakuasa Singapura dan Malaysia telah

disambung melalui satu talian bergabung ataupun tie-line sejak tahun

1985, maka kejadian ini telah menyebabkan kuasa elektrik terserbu

dari TNB ke PUB Singapura pada pukul 9.25 pagi. Memang benar

Singapura tidak meminta bekalan elekrrik dari kita. Tetapi pada

pukul 9.32 pagi, penyerbuan kuasa elektrik melebihi 250 mw,

seterusnya memusnahkan talian sambungan TNB-PUB. Sejak itu

sisiem—sistem di Malaysia dan Singapura telah putus menerusi satu

sistem perlindungan. Faktor-faktor ini semua didapati dari

rekod-rekod komputer di Sonoko untuk hari tersebut. Sementara itu,

alat keselamaan yang secara automatiknya hubungan di antara Sonoko,

DR.16.11.92 —47—

Singapura dan Sultan Iskandar, Pasir Gudang telah menyebabkan satu

thump effect, dengan izin, sejenis kesan tentang balik kuasa seperti

recoil oleh rifle yang menyebabkan kerosakan ke atas alat penjana-

kuasa di kilang Pasir Gudang. Kerosakan sedemikian yang sukar

dikesan pada mulanya merosakkan penjanakuasa, malah mengakibatkan

letupan 6 jam kemudian pada pukul 3.00 petang hari, sebagaimana yang

telah dilaporkan di dalam New Straits Times pada hari yang

berikutan. Jangkaan ini mungkin benar, kerana setiap orang di dalam

industri kuasa tahu penjanakuasa tersebut telah dikendalikan oleh

sekumpulan orang yang ada hubungan politik yang baik, tetapi tidak

layak untuk menjaga mesin-mesin berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, apabila keadaan overloading seperti yang

berlaku di Pasir Gudang menjadi genting, para jurutera TNB biasanya

ada cuba untuk menyelaras semula penghantaran tenaga elektrik untuk

mengelakkan kejadian overloading merebak ke lain-lain bahagian di

negara ini, tetapi ini tidak berlaku dan menyebabkan berlakunya

litar pintas dan cascade effect, dengan izin, di mana satu demi satu

dari 15 buah stesen kuasa TNB mengalami keadaan overload, mengakibat-

kan pemutusan tenaga elektrik di seluruh Semenanjung Malaysia.

DR. 16.11.92 -48-

Tuan Tang di-Pertua, orang awam juga tidak diberitahu bahawa

salah satu sebab utama mengapa tanaga elektrik belum pulih semula

sepenuhnya selepas 4 hari berlalu adalah kerana bateri turbine gas

kecemasan di Port Dickson telah cacat. Bateri berkenaan telah tidak

berkesan dan itu menyebabkan para jurutera tidak dapat menghidupkan

mesin keceraasan itu.

Tuan Yang di-Pertua, para jurutera di TNB tahu cerita yang

sepenuhnya dan Suruhanjaya Siasatan Diraja mesti mendapatkan

informasi daripada mereka sekiranya seluruh industri tenaga negara

ini ingin dipulihkan kreditabiliti dan sekiranya ingin masa depan

negara kita tidak menjadi satu Wawasan 2020 yang kabur dan malap.

Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya Menteri Tenaga, Telekom dan Pos

sendiri harus disalahkan dan tidak usah salahkan Tuhan. Sebab

mengapa para pengurus TNB dan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos

berkeras mengatakan bahawa semua ini adalah takdir Tuhan, sebenarnya

agak jelas alasan ini sama sahaja dengan alasan yang diberikan

semasa berlakunya pemutusan kuasa elektrik pada tahun 1985,

Pada 29hb Jun, 1985, kehilangan elektrik sebanyak 600 megawatts

DR.16.11.92 - 4 9 -

tiba-tiba merosakkan talian elektrik di Pantai Timur dan menyebabkan

terputusnya kuasa elektrik di 11 buah aegeri. Pada masa tersebut,

para pegawai Tenaga berkata bahawa suhu yang tinggi serta

kemungkinan berlakunya pukulan kilac di kawasan Padang Rumput

sekitar Kemaman telah menyebabkan kebakaran rumput di bawah kawat

tekanan tinggi. Sama juga Tenaga tidak menunjukkan sebarang gambar

foto tentang kerosakan talian penghantaran sebagai bukti.

Jelas sekali, Tuan Yang di-Pertua, dengan menyatakan terjadinya

pemutasan tenaga elektrik sebagai takdir Tuhan, Tenaga sebenarnya

cuba mengurangkan bebannya dari segi undang-undang dan mengelakkan

dari terpaksa membayar tuntutan kepada peniaga yang mengalami

kerugian hasil dari kejadian pemutusan elektrik ini, Saya

difahamkan bahawa para pengusaha swasta serta Federation of

Malaysian Manufacturers (FMM) sedang bersedia untuk memulakan

dakwaan perundingan terhadap TNB dan TNB dan Menteri Tenaga, Talekom

dan Pos tidak harus lari dari tanggungjawab mereka,

Tuan Yang di-Pertua, malah bahagian editorial di

akhbar Business Times pada 1hb Oktober, 1992, telah mengatakan

bahawa dengan menganggapkan suatu malapetaka sebegini sebagai. hasrat

Tuhan sebenarnya ada alasan yang tidak boleh diterima.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan masti bertanggungjawab sepenuhnya

dan mengarabil tindakan yang tegas untuk mangembalikan keyakinan

orang ramai terhadap industri tenaga negara ini.

Skandal yang berlaku di Tenaga Nasional Berhad dan Kementerian

Tenaga, Telekom dan Pos yang saya telah bangkitkan dua tahun yang

DR 16.11.92 - 50 -

lepas, tidak dapat dielakkan lagi, memandangkan berlaku dua

malapetaka yang begitu serius baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, pakar-pakar juga berpendapat bahawa

kebakaran di Subang pada bulan Okcober dan lain-lain kebakaran

disebabkan oleh "thump effect" yang dijadikan oleh pemutusan

elektrik pada 29hb September.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kesalahan pengurusan, korupsi

dan chronosme TNB dan Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos tidak

diatasi sepenuhnya, maka kita boleh menjangkakan lebih banyak

malapetaka akan berlaku di masa-masa depan. Ini akan mengancam

seluruh rancangan industri negara ini serta kebolehan kita di dalam

pandangan seluruh dunia.

Tentang kesalahan pengurusan di TNB, Tuan Yang di-Pertua, kita

lihat dengan muatan yang berlebihan sebanyak 1,690 megawatts di

dalam sistem TNB pada tahun 1991 serta ketidakupayaan sistem

berkenaan untuk menjana lebih banyak tenaga elektrik menunjukkan

bahawa berlakunya masalah besar di dalam pengurusan TNB. Sebagai

contoh, mengapakan kilang penjana yang baru di Paka, di Terengganu

dan Pelabuhan Kelang tidak dapat menghasilkan keperluan sebanyak

2,100 megawatts yang telah dijanjikan sebelum ini? Di sana telah

berlaku beberapa kejadian terpaksa berhenti kerja di kilang-kilang

penjana itu, terutama sekali di Pelabuhan Kelaag di mana tangkai

turbine Unit Satu telah rosak dan Unit Empat terpaksa ditutup

selepas hanya beroperasi selama 5 bulan?

Tuan Yang di-Pertua, walaupun menghadapi keadaan berlebihan

DR.16.11.92 - 51 -

muatan yang begitu serius, pihak pengurusan. TNB masih meminta pihak

pengarah supaya meluluskan program perluasan secara besar-besaran

untuk masa depan. Apabila kita memperhatikan tuduhan-tuduhan

chronosme dan korupsi yang terlibat dalam pembelian turbine dan

lain-lain kontrak, kita dapat memahami sebab di belakang semua ini.

Kedua, tentang ketidakberkesanan. dan kerosakan yang disebabkan

oleh chronosme kerosakan yang berjumlah sebanyak $35 juta di stesen

janakuasa Paka dua tahun lalu adalah disebabkan olah para kontraktor

iaitu Tetracon. Dua tahun yang lepas, saya pernah bertanya mengapa

Tatracon telah dikurniakan kontrak berkenaan walaupun mereka tidak

mempunyai sebarang pengalaman dalam kerja pemeriksaan turbine?

Sehingga ke hari ini, kita masih tidak tahu siapa yang akan membayar

gantirugi sebanyak $35 juta kepada TNB? Adakah Tetracon telah

dibawa ke mahkamah atas tuduhan pengabaian dan diperintah supaya

membayar jumlah kerosakan yang disebabkannya itu? Walaupun Menteri

mempunyai bukti menunjukkan Tetracon telah merosakkan mesin di

stesen-stesen janakuasa Port Dickson dan Prai tetapi ia masih

menerima kontrak-kontrak besar dari TNB, Ini merupakan skandal yang

amat buruk sekali. Adalah jelas bahawa Tetracon mendapat

perlindungan daripada Menteri dan pihak pengurusan TNB sementara

nyawa para jurutera dan juruteknik Malaysia pula diancan jika

berlakunya letupan turbine dan para pembayar cukai terus

diperdayakan.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam jawapan bertulis kepada satu

soalan yang saya bentangkan pada tahun lepas, Menteri Tenaga,

DR.16.11.92 - 52 -

Telekom dan Pos terus mengelirukan Dewan ini tentang laporan Danish

Power Consultant yang berkenaan dengan kerosanan mesin di Port

Dickson dan Prai yang disebabkan oleh Tetracon. Menteri berkenaan

menafikan kewujudan laporan berkenaan walaupuu kita mempunyai bukti.

Tuan Yang di-pertua, saya mempunyai transcript tentang

perbincangan di ancara para penasihat TNB, MINCO dan Sharat Heavy

Electricals yang menunjukkan bahawa Danish Consultant telah

menjalankan kajian ke atas stesen-stesen di Pasir Gudang, Prai dan

Port Dickson. Sama ada laporan berkenaan telah dimusnahkan

seterusnya merupakan persoalan yang berasingan. Ini merupakan satu

lagi isu yang harus disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah dan

Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membongkarkan perkara yang

sebenarnya.

Yang ketiga, tentang pakatan rasuah di dalam kontrak turbine.

Tuan Yang di-Pertua, semasa Mesyuarat Pertama pertama sesi Parlimen

tahun 1991, saya telah menunjukkan bahawa Kerajaan telah membayar

lebih $500 juta untuk membeli 7 buah turbine gas yang dibekalkan

oleh Asia Brown Bovery. Ini dapat dilihat dalam

majalah-majalah Asian Electricity, Jilid April 1991 di mana Korea

telah membeli turbine yang sama dari General Electric dengan harga

$500 juta lebih murah daripada apa yang dibekalkan oleh ABB.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

diminta gulung.

Dr. Kua Kia Soong: Okay. Pada masa tersebut, Menteri

berkenaan cuba mengatakan bahawa apa yang dibeli oleh Korea

merupakan prototype tetapi beliau tidak tahu bahawa ia sebenarnya

merupakan model yang telah dibuktikan ataupun a proven model. Kita

juga tahu bahaua be 1 iau talah bertemu dengan General Electric (USA)

di dalam pejabatnya sendiri pada 8hb Mei tahun lepas.

DR.16.11.92 - 53 -

Tuan Yang di-Pertua, sejak itu saya difahamkan bahawa Kabinet

telah menjalankan penyiasatan mereka sendiri ke atas tindakan

Menteri berkenaan dan saya percaya kontrak turbine ini telah

dibekukan. Tetapi bukankah Menteri Tenaga, Telekom dan Pos harus

bertanggungjawab ke atas tindakannya yang cuba memainkan tipu helah

sebegini yang mungkin mengakibatkan kerugian kepada pembayar cukai

Malaysia sebanyak $500 juta.

Tuan Yang di-Pertua,......

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

masa sudah suntuk.

Dr. Kua Kia Soong: Okay, demi sebab-sebab tersebut di atas

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos seharusnya meletak jawacan, Terima

kasih.

Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Oog Tee Keat]: Kangar.

4.00 ptg.

Tuan Haji Ishak bin Arshad [Kangar]: Tuan Yang di-Pertaa, saya

mengucapkan terima kasih kerana peluang yang diberikan kepada saya

untuk turut sama membahaskan Belanjawan 1993 yang telahpun

dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya mengucapkan

tahniah kepada Menteri Kewangan di atas pembentangan tersebut.

Sesungguhnya Belanjawan ini adalah merupakan Belanjawan yang

amat melegakan terutama sekali bagi masyarakat kampung di luar

bandar. Walaupun ada yang menganggap bahawa Belanjawan ini adalah

merupakan yang terbaik sehinggakan ramalan-ramalan yang pernah

DR.16.11.92 - 54 -

dibuat termasuk perbincangan-perbincangan di media massa agak

meleset tetapi keseluruhannya pengurangan-pengurangan cukai

sekurang-kurangnya ke atas lebih 600 jenis barangan adalah satu

petanda ke arah itu.

Seperti biasa kepada pihak Pembangkang akan melihatnya dari

perspektif yang berbeza. Saya belum pernah lagi terdengar atau

terbaca Pembangkang memuji-muji sesuatu Belanjawan selepas sahaja

ianya dibentangkan. Memanglah mereka tidak akan berbuat demikian

kerana sebagai Pembangkang, sikap rasionalisme mereka adalah suatu

yang bersyarat. Bahkan saya percaya jika pilihanraya umum diadakan

pada tahun hadapan, mereka akan menuduh bahawa Belanjawan ini adalah

Belanjawan Pilihanraya.

Sebenarnya apabila ianya dibentangkan tempoh hari, saya amat

berkeyakinan Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menganggap

Belanjawan ini adalah Belanjawan Rakyat. Saya amat terharu kerana

di sebalik keghairahan kita untuk membangankan negara ini menjadi

sebuah negara perdagangan dan perindustrian sebagaimana yang

terkandung di dalam hasrat dan impian wawasan Perdana Menteri, kita

tidak langsung membelakangkan sifat-sifat kemanusiaan yang menjadi

teras masyarakat penyayang kita iaitu satu perkara yang sering

dilupakan oleh banyak negara yang mengejar pembangunan kebendaan.

Begitulah yang terdapat di dalam Belanjawan ini apabila

usaha-asaha membasmi kemiskinan telah menjadi satu aspek penting

dalam strategi pembangunan. Kejayaan kita mengurangkan kadar

kemiskinan dari 20.7% pada tahun 1985 kepada 15% tahun 1991, adalah

satu bukti yang cukup nyata tentang dakwaan tersebut. Saya

DR.16.11.92 - 55 -

mencadangkan melalui Program PPRT yang mengandungi lebih kurang 40

jenis bantuan di dalamnya disemak semula.

Tuan Yang di-Pertua, bantuan mendirikan rumah-rumah kepada yang

memerlukannya adalah permohonan yang paling popular di dalam skim

ini. Saya mencadangkan supaya peruntukan ini ditambah terutama oleh

kerana rumah-rumah yang diberi seharusnyalah mengambil kira aspek

keselesaan sedikit sebanyak. Lagi pun amat sulit mendirikan

rumah-rumah tersebut secara gotong-royong sehinggakan kos upah

mengambil sebahagian daripada kos rumah. Bantuan-bantuan lain dalam

skim ini patutlah juga menekankan unsur yang membolehkan rakyat

terlibat berdikari dan tidak menjadikannya separuh masa terhadap

bantuan tersebut dari segi mengusahakannya.

Begitu juga skim khas ASB/PPRT. Saya mengucapkan tahniah

kepada Kerajaan kerana bukan sahaja ASN atau ASB tidak dibuat oleh

mana-mana negara lain, apatah lagi dengan skim khas PPRT/ASB ini

yang memberikan saham percuma kepada rakyat termiskin. Memandangkan

masih ramai yang memerlukannya Kerajaan patut menambahkannya lagi.

Peruntukan skim pinjaman khas pertanian adalah langkah ke arah

melahirkan petani yang berdikari. Hari ini ramai petani kita yang

berlumba-lumba cuba mengubah kehidupan mereka dari petani tradisi

kepada yang lebih maju. Selain padi ramai daripada mereka telah

melibatkan diri di dalam jenis pertanian yang lain untuk menambah

pendapatan. Melalui persatuan peladang dan unit pertanian yang

lain, galakan ke arah tersebut menjadi suatu yang menarik.

Peruntukan $30 juta ini saya cadangkan supaya disalurkan melalui

DR.16.11.92 - 56 -

pertubuhan atau persatuan yang mewakili mereka demi untuk memastikan

keberkesanannya.

Satu perkara lain yang patut diberi perhatian dalam bidang

pertanian ialah mempertingkatkan tahap penyelidikan dan

pembangunan oleh agensi yang terlibat. Penghasilan-penghasilan

baru bermakna pertambahan pengeluaran untuk petani. Enam tujuh

tahun yang lalu setelah mendapat bimbingan dan galakan, ramai

petani-petani di tempat saya memilih untuk menanam mempelam secara

komersial, banyak tanah baru dibuka. Pada peringkat awal penanaman

berjalan dengan lancar dan teratur, hasil mula dikutip. Setelah dua

atau tiga tahun pengeluaran, pokok mula diserang oleh penyakit yang

menjejaskan pengeluaran, penghasilan merosot. Petani atau penanam

menjadi serba salah, agensi yang terlibat gagal mencari punca.

Pekebun mula meninggalkan tanaman dan setengahnya menjual tanah

mereka. Di pihak swasta mereka. melipatgandakan pengeluaran.

Akhirnya, hari ini mempelam Perlis sebenarnya adalah merupakan

mempelam yang dihasilkan oleh pihak swasta dan bukan lagi

dikeluarkan oleh pekebun-pekebun seperti dahulu dengan banyaknya.

Petani yang dahulunya cuba menjadi pekebun dan penanam sepenuh masa

kembali ke tahap lama sebagai pekebun sambilan. Masalah penyakit

dan pemasaran kadang-kadang menjadi faktor halangan ke arah

melahirkan petani berjaya. Pihak swasta mempunyai kemampuan

terutama di dalam penyelidikan dan pembangunan bagi menambahkan

pengeluaran.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang sama tidak berlaku kepada

penanam tembakau kita. Jaminan ke arah pemasaran dan bantuan

sokongan serta khidmat dan nasihat yang baik dari agensi yang

DR.16.11.92 - 57 -

terlibat telah meletakkan penanaman tembakau sebagai pilihan yang

berjaya dan lumayan kepada petani-pecani kita di Utara dan di Pantai

Timur. Sekarang mereka menjadi amat pakar di dalam tanaman ini.

Sifat-sifat inilah yang kita kehendaki kepada petani-petani kita

untuk berjaya. Jika keadaan ini wujud di kalangan petani-petani

kita, insya Allah kemiskinan yang bersarang di kalangan mereka akan

ditinggalkan.

Kenaikan 100% ke atas cukai rokok tentu mempunyai

implikasinya. Namun demikian, kepada penanam tembakau seramai

113,000 lebih, jika satu alternatif lain dicari secara

perlahan-lahan, kempen anti merokok kita tentu akan menjadi lebih

berkesan.

Walau bagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian

Pertanian yang tidak pernah jemu-jemu dan berhenti-henti mencari

idea-idea baru dalam usaha membantu petani dan nelayan kita,

Sesungguhnya keadaan tersebut telah meletakkan Kementerian ini

menjadi pengharapan besar ke arah pengubahsuaian yang bererti kepada

mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan

di atas daya usaha menubuhkan Tabung Industri Pengeluaran Makanan

yang mempunyai dana sebanyak $300 juta. Hasilnya nanti tentulah

melalui Tabung ini akan melipatgandakan lagi pertambahan pengeluaran

barang-barang makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan

dan ikan. Ini tidak dapat tidak dengan penggalakan kepada pihak

swasta menceburinya melalui pembaikan sistem pemasaran dan

pengedaran tentulah juga akan menjamin ke arah pengawalan mutu dan

harga barang makanan kita.

DR.16.11.92 - 58 -

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan kita menubuhkan rangkaian pasar

tani di seluruh negara adalah suatu perkara yang tidak dapat

dinafikan terutama ke arah memberi peluang secara langsung kepada

petani menjual barang pertanian mereka di samping pengguna

memperolehi bekalan makanan segar yang agak murah, Bagi

memperkukuhkan kedudukan tersebut, saya mencadangkan supaya pihak

Kerajaan memberikan perhatian yang lebih serius kepada pasar-pasar

sehari yang sangat popular yang juga telah mengambil peranan yang

sama. Banyak pasar-pasar sehari ini kurang mendapat perhatian pihak

berkuasa dan ditadbir oleh oraag perseorangan atau pertubuhan

tertentu. Dengan adanya bantuan langsung dan khidmat nasihat dari

Kerajaan, tentulah ianya akan memainkan peranan yang berkesan ke

arah membantu sistem pemasaran dan penawaran barang makanan di

negara ini. Melalui pentadbiran yang teratur dan tersusun dan

memperbanyakkan lagi kewujudannya, ini tentulah akan menjadi satu

rangkaian langsung kepada petani, peniaga kecil dan pengguna

mendapat manfaat daripadanya. Insya Allah, usaha-usaha kita untuk

mengawal kenaikan kadar harga barang makanan yang berada pada tahap

6.8% sekarang seperti yang disebut di dalam Belanjawan ini dapat

dikurangkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan

khasnya Kemencerian Belia dan Sukan yang berjaya meletakkan

pembangunan sukan negara ke tahap yang membanggakan. Kerajaan kita

menganjurkan Sukan Komanwel pada Cahun 1998 adalah satu peng-

iktirafan dunia kepada fasiliti sukan yang terbaik dan terurus.

DR.16.11.92 - 59 -

Galakan. yang berterusan termasuk di dalam Belanjawan, ini akan

menjadikan Malaysia tempat melahirkan jaguh-jaguh sukan di rantau

ini. Saya masih berpendapat pembangunan sukan sebenarnya boleh

dipertingkatkan melalui perabangunan sukan di daerah-daerah dan di

kampung. Kemudahan yang baik patut disediakan di sini. Pusat

latihan patut diadakan di setiap daerah dan kawasan di seluruh

negara. Insentif dan galakan-galakan tertentu mestilah ditumpukan.

Bermula di kalangan murid-murid sekolah terutaraa di peringkat

rendah. Kemudahan yang baik terutama di sekolah-sekolah rendah dan

menengah akan menjadi tapak kepada penyediaan asas perkembangan

sukan negara sepertimana yang dilakukan oleh negara-negara yang

berjaya dalam bidang ini sekarang. Insya Allah, apabila dipandang

dari sambutan dan sikap masyarakat sekarang, kita boleh melihat ke

arah kecemerlangan sukan di negara ini akan muncul dalam satu tempoh

yang terdekat.

Tuan Yang di-Pertua adalah tidak wajar jika dalam perbahasan

ini saya tidak menyentuh tentang Kementerian Penerangan yang telah

diperuntukkan sejumlah hampir $298 juta, lebih-lebih lagi dengan

pertambahan yang besar kepada penoncon-penonton TV dari 8.1 juta

dalam tahun 1985 kepada 9.3 juta pada tahun 1990. Lebih tepat lagi

kalau saya katakan TV sudah menjadi media yang paling berpengaruh

dewasa ini di Malaysia. Memandangkan keadaan tersebut, sudah

sewajarnyalah peranan media elektronik ini menjadi unsur penting ke

arah pembentukan dan kewujudan masyarakat Malaysia yang dikehendaki

sepertimana yang dihasratkan oleh wawasan Perdana Menteri.

DR.16.11.92 - 60 -

Saya mencadangkan agar Kementerian menyemak semula program-

program TV, lebih-lebih lagi program hiburan yang diimport.

Semangat cintakan Malaysia melalui toleransi perkauman, perse-

fahaman, kebudayaan dan penghormatan kebebasan beragama menjadi

unsur dalam rancangan tempatan mesti diperbanyakkan. Sikap cintakan

bumi Malaysia dan alam semulajadi dan menghayati penganugerahan

Ilahi kepada negara yang amat bermakna ini akan membantu kepada

pemupukan nilai kasih sayang yang sebenar. Begitu juga memper-

banyakkan program tempatan lain yang boleh menimbulkan sikap bekerja

keras, inovatif, rajin dan tidak berputus asa adalah galakan kepada

pembinaan generasi Malaysia muda.

DR.16.11.92 -61-

Walau bagaimanapun, saya ucapkan syabas kepada Kementerian

Penerangan yang berjaya memainkan peranan yang baik sebagai penyebar

maklumat yang berkesan kepada rakyat, sehinggakan musuh-musuh kita

termasuk golongan anti Kerajaan dalam dan luar negara ini didapati

amat sulit untuk merobah dan meracuni fikiran rakyat terbanyak

sehinggakan semua dasar dan rancangan dijalankan oleh Kerajaan,

dijalan dengan lancar dan teratur.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kadar ekonomi Malaysia berkembang

pada kadar 8,5% ketika ekonomi dunia pada kadar 1.1% tahun ini,

dengan kadar pengangguran berada pada 4.1% atau hampir pada

guna tenaga penuh, dan pendapatan perkapita $7,554 di samping inflasi

yang terkawal pada kadar 4.6%, sesungguhnya kita telah melihat

tentang masa depan yang cemerlang terutama ke arah pencapaian

Wawasan 2020 nanti. Adalah malang bagi kita seandainya pembinaan

bangsa dan negara yang kita rancang dan impikan ini gagal di tengah

jalan.

Oleh itu, sukalah saya menyeru kepada Kerajaan agar terus

mempertahankan kebebasan demokrasi seperti apa yang kita ada

sekarang. Kebebasan demokrasi tidak bermakna siapa sahaja boleh

bercakap apa sahaja yang ingin dicakapkan atau membuat apa sahaja

yang diingin dibuatkannya. Sesungguhnya kebebasan yang tidak

terkawal akan dengan mudah menyebabkaa timbulnya salah faham dan

DR.16.11.92 -62-

hilang kepercayaan satu-satu pihak kepada pihak yang lain. Sebelum

kebenaran dapat dicari, kadang-kadang kepalsuan dan fitnah menjadi

pegangan dan ikutan. Lebih-lebih kita di Malaysia yang hidup dalam

masyarakat multi-racial ini, di mana perpaduan itu amat rapuh

sekali. Lebih-lebih lagi jika sekiranya ada orang-orang yang

sanggup mengapi-apikannya dengan unsur-unsur yaag negatif,

sememangnya membina ini amat sulit dari merosakkannya.

Untuk itu saya mencadangkan kepada Kerajaan untuk terus

mengawasi orang-orang yang bertanggungjawab menyebar dan melayangkan

berita palsu atau membuat kenyataan palsu yang tidak

bertanggungjawab yang bertujuan untuk menimbulkan rasa kurang

keyakinan rakyat kepada pemimpin dan Kerajaan. Mereka ini mungkin

terdiri daripada orang-orang yang telah tawas di dalam pilahanraya

atau yang seumpama dengannya atau orang-orang yang amat tidak senang

dengan kejayaan kita ke arah pembangunan negara dan masa depan

negara yang cemerlang. Kerajaan harusmenggunakan apa sahaja untuk

menghadapi mereka ini dan jangan sekali-kali atas apa alasan

sekalipun bersikap toleransi dengannya kerana hasilnya nanti tidak

lain melainkan kemusnahan dan kehancuran.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Telok Intan.

4.14 ptg.

Tuan Ong Tin Kim [Telok Intan]: Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bangnn untuk mengambil

bahagian dalam perbahasan mengenai Belanjawan 1993 yang telah

dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini.

DR.16.11.92 -63-

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan

kerana beliau dapat menyediakan suatu Belanjawan yang memang adil

dan balanced. Dalam Belanjawan ini, masalah-raasalah serta

kekangan-kekangan yang sedia ada dan mungkin akan dihadapi oleh

ekonomi negara kita telah dibincang dengan mendalam. Langkah-

langkah bagi mengatasi segala masalah i t u juga dicadangkan dalam

Belanjawan 1993 ini. Satu daripada masalah-masalah ini yang saya

akan membangkitkan di sini ialah masalah inflasi. Walaupun kadar

inflasi di Malaysia kini pada keseluruhannya tidaklah begitu serius

seperti yang dihadapi oleh negara-negara lain, namun adalah wajar

bagi Kerajaan Barisan Nasional sebagai sebuah Kerajaan yang

bertanggungjawab mengatasi masalah ini dari awal-awal lagi. Ini

adalah kerana kestabilan harga merupakan suatu pra-syarat penting

untuk menggalakkan pelaburan khasnya dari sektor swasta. Sekiranya

masalah inflasi dibiarkan sahaja, maka iklim pelaburan akan

dijejaskan. Tambahan lagi dan tidak kurang penting daripada itu,

pengabadian suatu kadar inflasi yang rendah akan mempertahankan

kuasa beli pendapatan rakyat jelata, khasnya mereka yang berpendatan

rendah. Pengagihan pendapatan antara yang kaya dan yang miskin

tidak akan diperluaskan selagi kestabilan harga dapat dikekalkan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hai ini saya difahamkan selain

daripada dasar kewangan serta monetary yang ketat yang kini

dilaksanakan oleh Bank Negara, Kerajaan sedang mengkaji dan

mereformasikan keseluruhan sistem pencukaian di negara ini dengan

tujuan hendak mempertingkatkan keefisiensi sistem pencukaian ini.

DR.16.11.92 -64-

Salah satu reformasi yang mungkin diperkenalkan ialah suatu bentuk

cukai penggunaan atau dengan izin, consumption tax. Memang cukai

seumpama ini telahpun diperkenalkan di banyak negara dengan

keputusan yang boleh disifatkan sebagai menggalakkan. Apabila

diperkenalkan cukai ini mungkin akan nempertingkatkan kadar tabungan

serta menambahkan hasil Kerajaan Persekutuan. Di bawah keadaan

sedemikian, sumber-sumber kewangan yang ada bagi membiayai pelaburan

di kedua-dua sektor swasta dan awam akan meningkat. Kadar cukai

pendapatan bolehlah kemudian dikurangkan, ini akan menggalakkan

penawaran usaha yang lebih kuat oleh para pekerja.

Tuan Yang di-pertua, walaupun adanya faedah-faedah tertentu

daripada cukai asas penggunaan, namun saya berharap Kerajaan akan

mengkaji segala aspek cukai ini sebelum ianya diperkenalkan, Salah

satu aspek ialah kesannya ke atas inflasi dan justerunya kesan-kesan

sosial, ekonomi yang buruk ke atas mereka yang berpendapatan

rendah. Jika hendak diperkenalkan, Kerajaan mesti mempastikan

bahawa kesan buruknya ke atas golongan yang berpendapatan rendah

mesti diminimakan. Umpamanya barang-barang mesti harus dikecualikan

daripada cukai ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada masalah inflasi,

kekurangan tanpa tenaga manusia yang berkemahiran juga merupakan

suatu kesan kekangan, iaitu constraint, dengan izinnya, serius yang

kini dihadapi oleh ekonomi negara kita. Kekangan ini jika tidak

diatasi akan menjejaskan usaha negara kita menuju ke arah menjadi

DR.16.11.92 -65-

sebuah negara perindustrian yang moden, matang dan maju. Memang

kejayaan Negara-negara Perindustrian Baru atau, dengan izin, Tuan

Yang di-Pertua, the Newly Industrialised Countries, iaitu kerana

mereka telah dari awal lagi membangunkan secara besar-besaran tenaga

manusia mereka, khasnya dalam bidang vokasional, teknikal dan

kejuruteraan. Memandangkan pada ketika ini, Kerajaan harus juga

melaburkan secara besar-besaran dalam pendidikan pada amnya dan

pendidikan vokasional dan teknikal khasnya. Walaupun prestasi

negara kita dalam hal ini adalah agak menggalakkan, namun prestasi

ini tidaklah setanding dengan apa yang telah dicapai oleh NIC, iaitu

Newly Industrialised Countries. Justeru itu, kita harus kuat

berusaha lagi dalam hal ini.

Di sini saya ingin membangkitkan suatu perkara yang agak

serius. Di kebanyakan taman perumahan baru di Malaysia, bilangan

isirumah telah meningkat pada kadar yang pesat. Permintaan untuk

pendidikan khasnya pendidikan aliran Cina di peringkat rendah telah

turut meningkat. Namun tiada sekolah-sekolah rendah aliran Cina

yang baru didirikan di taman-taman ini bagi memenuhi permintaan yang

kian bertambah ini.

Tuan Yang di-Pertua, sekolah aliran Cina dan Tamil adalah suatu

daripada aliran sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan kita.

Seperti sekolah kebangsaan, sejak dahulu sekolah-sekolah aliran Cina

dan Tamil telah memainkan peranan yang penting dalam bidang

pendidikan negara kita dan dalam bidang latihan tenaga manusia.

DR.16.11.92 -66-

Masing-masing telah menyumbangkan besar kepada negara kita bukan

sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam aspek sosial,

ekonomi dan cultural. Semasa kita memperkembangkan sekolah

kebangsaan kita, haruslah kita juga membuat dan menyediakan

program-program bagi memperkembangkan sekolah-sekolah aliran Cina

dan Tamil. Saya merayu kepada Kerajaan supaya membuat

program-program mendirikan lebih banyak sekolah-sekolah rendah

aliran Cina di taman-taman baru di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu mendirikan sekolah baru hanya

merupakan suatu langkah percama sahaja. Kerajaan hendaklah juga

memastikan sekolah-sekolah baru ini dibekalkan dengan cukup

guru-guru yang boleh mengajar dalam bahasa Cina dan Tamil. Dalam

hal ini, saya ingin mencadangkan bilangan pelatih yang diambil masuk

ke maktab-maktab perguruan diperbanyakkan lagi pada kadar yang

tinggi agar dapat mengatasi masalah kekurangan guru ini. Dalam

mengambil pelatih-pelatih baru, saya merayu kepada Kerajaan supaya

mempertimbangkan juga mereka yang berlepasan dari sekolah-sekolah

menengah swasta.

DR.16.11.92 - 67 -

Ini adalah kerana beribu-ribu pelajar yang berkebolehan keluar dari

bangku sekolah-sekolah ini, mereka merupakan suatu sumber Malaysia

yang bakal boleh dieksploitasikan demi kepentingan negara.

Tuan Yang di-Pertua, satu aspek lagi dalam hal pendidikan, saya

hendak juga menyentuh, di negara kita ada beribu sekolah jenis

kebangsaan. Ini termasuk sekolah-sekolah mission, conforming

school, dengan izin, SRJK(C) & (T). Kebanyakan sekolah-sekolah ini

telah berusia berpuluh-puluh tahun. Di antara mereka ada

sekolah-sekolah yang terkenal sekali seperti St. Michael, Sekolah

Menengah Anderson, Convent St. Xavier, Chong Leng High School dan

lain-lainnya. Banyak di antara sekolah-sekolah jenis ini kerana

usianya lama, bangunannya telah uzur, retak di sana sini, keadaan

penuh sesak, bangunannya dan kelas-kelas baru harus dibenar ditambah

untuk gantian ataupun tambahan tetapi mereka tidak berupaya niendapat

peruntukan untuk membina bangunan baru atau bangunan tambahan»

alasannya "tanahnya bukan tanah Kerajaan. Tetapi bukan sahaja soal

bangunan, kebanyakan sekolah-sekolah jenis ini tidak diberi

kemudahan dan alat-alat kelengkapan yang sesuai dengan sebuah

sekolah.

Saya telah melawat beberapa buah sekolah jenis ini di kawasaa

saya. Saya juga dapat peluang melawat beberapa buah sekolah jenis

ini di kawasan-kawasan lain juga, bilik kimia dan science lab itu

tidak ada peralatan dan perkakas yang cukup dan sesuai. Soal kurang

bilik, kurang typewriter, ada meja dan kerusi murid-murid itu

DR.16.11.92 - 68 -

yaug telah digunakan sejak tahun 60an. Keadaan yang sedih sekali

ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di ladang-ladang dan

estet-estet. Kurang kelas/darjah, meja murid-murid retak, pecah

kakinya capek, kerusi retak, kakinya goyang seolah-olah hendak

runtuh di bawah keberatan murid yang kurus dan kecil itu. Ini

adalah gambaran sebenarnya sekolah-sekolah rendah di ladang-ladang

dan kampung pedalaman pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan perkara ini kerana anak

murid-murid di sekolah-sekolah jenis ini adalah anak kita juga.

Saya bangkitkan perkara ini kerana saya anggap sekolah-sakolah ini

adalah anak-anak sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan kita

juga. Saya bangkitkan perkara ini kerana mereka sering datang

kepada saya memohon pertolongan dan peruntukan. Tetapi dengan

peruntukan saya yang kecil itu, dapat saya tolong apa?

Tuan Yang di-Pertua, saya pastikan ini bukan polisi negara kita

menjadikan anak-anak kita mendapat layanan yang berbeza-beza.

Tuan Yang di-Pertua, satu hal lagi saya hendak bangkitkan di

sini, baru-baru ini saya baca di suratkhabar The Star, headline

news, dengan izin, Persatuan Bank Malaysia (ABM), sedang membuat

satu cadangan kepada Bank Negara supaya menentukan suatu ceiling

charges bagi perkhidmatan. Mengikut Presiden ABH, cadangan ini akan

mempertingkatkan efficiency perkhidmatan bank.

Tuan Yang di-Pertua, dalam cadangan ABM ini, bukan sahaja suatu

maintenance fees, dengan izin, yang maksimum akan dikenakan ke atas

DR.16.11.92 - 69 -

akaun semasa iaitu current account tetapi suatu transaksi cheque

charges juga akan dikenakan ke atas setiap transaksi cek. Mengikut

cadangan ini bagi setiap cek perseorangan, 50 sen akan dikenakan dan

$2 charge akan dikenakan bagi setiap cek perniagaan selepas satu

bilangan cek telah digunakan. Selain daripada itu, savings account

dikenakan maintenance fees, dengan izin, sebanyak $2 setiap bulan

dan $12 setahun bagi ATM card.

Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya cadangan ini adalah

suatu cadangan yang paling tidak kena pada tempat dan masanya.

Kerajaan sedang cuba sedaya upaya untuk mengawal situasi inflasi,

cukai dikurangkan atau dipotong supaya dapat mengurangkan harga

barang-barang keperluan kehidupan kerana hendak mengawaL situasi

inflasi. Tetapi masa ini juga, bank-bank kita cuba hendak menaikkan

charges perkhidmatan, mengutip lebih wang, lebih upah, ini ternyata

adalah bertentangan dengan polisi ataupun strategi ekonomi negara

kita,

Tuan Yang di-Pertua, perlu diingatkan bahawa perkhidmatan bank

dan kegunaan cek merupakan suatu aspek kehidupan iaitu 'way of

'Lfe', dengan izin, dalam zaman sekarang. Untuk kemudahan dan

keperluan perniagaan dan lain-lain aspek kehidupan, cek telah

menjadi suatu keperluan dalam kehidupan harian rakyat kita.

Mengenakan fees atau ke atas setiap transaksi cek bakan sahaja akan

merabebankan rakyat kita yang berpendapatan rendah tetapi ini akan

memberi kesan yang sangat buruk dan luas atas ekonomi negara kita.

Mengikut Presiden ABM, dalam sistem yang dicadangkan, cuma

DR.16.11.92 - 70 -

perniagaan besar akan kena teruk tetapi 'small people', dengan izin,

akan menikmati keuntungan.

Tuan Yang di-Pertua, Presiden ABM mungkin telah lupa bahawa

setiap charges yang dikenakan akan dipindah bebannya kepada

pengguna-pengguna. Harga barang-barang akan naik, kos perkhidmatan

akan melompat, akhirnya rakyat juga yang menderita.

Tuan Yang di-Pertua, institusi bank merupakan institusi

kewangan yang paling penting di suatu masyarakat yang memain peranan

yang penting dalam membina ekonomi sesuatu masyarakat dan negara.

Oleh yang demikian, selain daripada mendapat keuntungan,

institusi bank adalah suatu sosial "tanggungan", suatu sosial

"kewajipan" terhadap sosial dan masyarakat. Kita telah lama dengar

cerita-cerita rakyat, betapa susahnya hendak mendapat pinjaman

perumahan di bawah $100,000 untuk membeli rumah kos rendah dan kos

sederhana. Kita semua maklum sebab-sebab kesusahan ini, ini semua

telah lepas; sekarang pula kita dapat tahu ada cadangan fees

perkhidmatan bank akan dinaikkan. Saya cuma hendak merayu kepada

ABM dan institusi bank-bank supaya lebih sedar terhadap keperluan

sosial masyarakat negara kita, lebih sedar terhadap sosial

"kewajipan" mereka, agar mereka dapat menarik balik cadangan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kita hendak mempesatkan

pertumbuhan serta menjanakan pendapatan yang kita meningkat, kita

tidak harus melupakan komitmen-komitmen Karajaan Barisan Nasional

kepada suatu matlamat bagi yang sama penting iaitu keadilan sosial.

Pertumbuhan mesti selalu disertai dengan kesedaran atau ekuiti.

DR.16.11.92 - 71 -

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah

cukup.

Tuan Ong Tin Kim: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya lanjutkan

lima minit lagi?

Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh Yang Berhormat, sudah lebih.

Tuan Oug Tin Kim: Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua,

saya mohon menyokong.

Tuan Yang di—Pertua: Kapit.

4.28 ptg.

Tuan James Jimbun Anak Pungga [Kapit]: Tuan Yang di-Pertua,

saya bangun untuk menyokong Belanjawan 1993 yang dibenCang oleh

Menteri Kewangan pada 30hb Oktober 1992 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah

kepada Menteri Kewangan dan Kementeriannya kerana telah

mempertahankan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar kita masih

dalara lingkungan 8.6% dalam tempoh empat tahun berlanjutan. lni

telah menunjukkan bahawa negara kita telah berjaya mengawal tekanan

inflasi.

Tuan Yang di-Pertua, lembah Sungai Rejang masih mempanyai hasil

kekayaan yang masih belum dicerokai iaitu tanah. Pada masa sekarang

tidak terdapat sebarang pembangunan tanah diusahakan di kawasaa ini.

Satu-satunya kegiatan sosio-ekonomi adalah pembalakan dan pengutipan

hasil hutan di mana penduduk setempat mengambil bahagian secara

DR.16.11.92 - 72 -

langsung atau sebaliknya. Saya harap Kerajaan Pesekutuan ataupun

mana-mana perbadanan yang berkaitan sepatutnya memperluaskan

pembangunan di kawasan lembah Sungai Rejang. Salah satu cara yang

patut dijalankan ialah rancangan pembangunan tanah bersepadu atau

LADP yang telah dibentuk untuk pembangunan infrastruktur dan

kemudahan asas seperti perparitan, kawalan banjir, jalan raya dan

sebagainya. Bagi kawasan lembah Sungai Rejang kemudahan tersebut

akan memberi lebih banyak kegunaan dan produktiviti untuk kawasan

bukit-bukau seperti ini.

DR. 16.11.92 -73-

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi rancangan yang patut diberi

perhatian adalah meluaskan program pemulihan dan penyatuan tanah

seperti yang diusahakan oleh FELCRA dan SALCRA di Sarawak. Di

samping semua ini, saya berharap Kerajaan Persekutuan dan pihak yang

berkaitan akan memberi insentif kepada pihak swasta untuk melabur di

Sarawak terutama di kawasan lembah Sungai Rejang, di bawah konsep

Baru Pembangunan Tanah,

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan perkembangan semasa di dalam

keperluan tempatan dan antarabangsa untuk bahan pertanian, saya

percaya minyak kelapa sawit, koko dan nenas adalah suatu projek

pilihan yang patut diusahakan. Di samping cadangan ini, usaha

patut juga dijalankan untuk memberi kemudahan perkhidraatan seperti

latihan kredit dan pemasaran, di mana yang diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, dalara tahun 1970an di bawah Rancangan

Malaysia kedua, semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak,

satu cadangan telah dibuat untuk membangunkan kawasan tigasegi iaitu

Kapit, Tatau dan Belingan di lembah Sungai Rejang. Saya berpendapat

adalah amat sesuai bagi pihak Kerajaan Persekutuan untuk melihat

kembali cadangan tersebut sebagai ganti pengurangan industri

pembalakan. Di samping itu dengan perlaksananya cadangan projek

hidro, kawasan ini mungkin menjadi pusat Permulihan dan Penyatuan

kepada mereka yang terlibat dan kalau dilaksanakan lebih awal, maka

adalah lebih baik.

DR. 16.11.92 -74-

Tuan Yang di-Pertua, dengan pelaksanaan Pembangunan Pertanian

bagi kawasan ini bukan sahaja akan membawa penduduk setempat untuk

bekerjasama rapat dalam pembangunan ekonomi dan perhubungan baik

dengan Kerajaan, malah ianya akan membuka bahagian Tengah Sarawak

dan akan menjadi pusat perhubungan di antara Bintulu dan Tanjung

Manis iaitu dua buah kawasan perindustrian yang terkemuka di negeri

ini. Ianya juga akan membantu pertumbuhan sektor pertanian yang

sememangnya begitu penting bagi penduduk luar bandar sesuai dengan

hasrat Karajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan menubuhkan

pertalian dengan sektor-sektor lain dalam bidang ekonomi.•

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Keenam, Kerajaan

telah memberi peruntukan sebanyak $1,777 juta untuk program

Pembangunan Sosial. Pada pendapat saya penduduk Lembah Sungai

Rejang sepatutnya di beri bahagian yang adil dalam peruntukan

tersebut untuk pembangunan sosial di kawasan ini. Pembangunan

sosial adalah merupakan bahagian penting dalam keseluruhan

pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara dan memberi sumbangan

kepada pembangunan masyarakat yang penyayang. Oleh yang demikian,

sebahagian daripada program khas rancangan rumah murah yang

dicadangkan, iaitu sebanyak 343,800 buah dalam Rancangan Malaysia

Keenam harus diperluaskan di Sarawak, khasnya di daerah lembah

Sungai Rejang seperti Kapit, Kanowit, Song dan Belaga. Dalam

Rancangan Malaysia Keenam ada cadangan untuk membina sebanyak 73,924

buah rumah kos rendah di Sarawak.

DR. 16.11.92 -75-

Tuan Yang di-Pertua( pembahagian kepada sesebuah kumpulan

adalah luas. Oleh itu, saya ingin memberi perhatian khas kepada ahli

Pasukan Keselamatan yang telah bersara yang kebanyakannya datang

dari kawasan Lembah Sungai Rejang. Setakat ini mereka tidak

mendapat perhatian setelah bersara ataupun tamat kontrak

perkhidmatan. Di Sarawak, kebanyakan mereka tidak mendapat bantuan

berupa material untuk memulakan hidup baru. Setelah berkhidmat

begitu lama dengan pasukan keselamatan adalah amat sukar untuk

mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Apakah yang akan

terjadi kepada mereka yang telah memberi sumbangan kepada

keselamatan negara? Mereka diabaikan dan jumlah mereka adalah

ramai. Di sini saya sekadar memberi sebahagian sahaja sebagai

contoh. Satu, ialah masalah keluarga dan sosial.

Tuan Yang di-Pertua, tanpa pendapatan tetap seperti yang

diperolehi semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera, mereka tidak

dapat menyara keluarga dengan sempurna dan dengan itu menimbulkan

masalah psikologi di kalangan keluarga mereka yang menyebabkan

keruntuhan rumahtangga dan sebagainya. Terdapat beberapa kes, di

mana ahli bekas Anggota Tentera terlibat dalam kegiatan jenayah.

Sebagai seorang yang terlatih dalam tentera, membunuh adalah

perkara biasa bagi mereka dan mereka akan mudah menjadi ganas.

Mereka tidak mempunyai kelayakan untuk mencari kerja dan dengan itu

mereka akan melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan yang tidak

sihat. Ini sudah tentu akan menimbulkan masalah.

DR. 16.11.92 -76-

Tuan Yang di-Pertua, keduanya ialah masalah politik. Mereka

tidak menimbulkan masalah politik pada masa sekarang, mereka mungkin

akan menimbulkan masalah di masa akan datang seperti yang terdapat

di negara-negara maju di mana mereka melibatkan diri secara langsung

di dalam politik. Pihak yang bertanggungjawab dengan kebajikan

bekas tentera patut membuat perancangan untuk memberi kemudahan

kepada mereka seperti program latihan berupa perancangan rumah

murah, biasiswa, pendidikan bagi anak-anak mereka untuk melanjutkan

pelajaran ke peringkat tinggi. Mereka juga harus diberi latihan

dalam bidang masing-masing, bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman.

dan juga melibatkan mereka dalam skim pertanian. Mereka juga harus

dibantu untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran

masing-masing demi untuk mereka memulakan hidup baru.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan sosio-ekonomi bergantung kepada

keupayaan dari segi pendidikan, kemahiran dan latihan kepada

pekerja-pekerja. Oleh itu, program latihan dan pendidikan haruslah

diperluaskan dan diperbaiki, bukan sahaja untuk menambahkan

pengetahuan dan kemahiran, tetapi untuk mengeluarkan warganegara

yang bermoral dan beretika. Ini sudah tentu akan memberi sumbangan

kepada objektif national development policy untuk mengurangkan kadar

kemiskinan dan mengatur program kemasyarakatan.

Tuan Yang di-Pertua, di Bahagian Tengah Ulu Rejang, pendidikan

adalah amatlah diperlukan oleh penduduk setempat. Ini dibuktikan

dengan kadar kegagalan pelajar-pelajar sekolah di kawasan tersebut.

Oleh itu saya menggesa supaya Kerajaan Pusat memberi pertimbangan

semasa kepada sistem pendidikan di kawasan ini.

DR. 16.11.92 -77-

Tuan Yang di-Pertua, sekolah-sekolah di luar bandar haruslah

diperbaiki dan diharap di Kapit, sekolah yang lengkap dengan

keperluan dan sekolah vokasional dapat ditubuhkan untuk mengeluarkan

pekerja-pekerja yang layak, mahir dan terlatih. Tanpa ini objektif

sosio-ekonomi tidak akan tercapai dan Wawasan 2020 tidak akan

menjadi kenyataan.

Tuan Yang di-Pertua, kekurangan kemudahan pendidikan di Negeri

Sarawak. Dalam Rancangan Malaysia Keenam, Jabatan Pendidikan Negeri

Sarawak memohon sebanyak $654 juta dan dari jumlah itu $636 juta

diberi untuk negeri Sarawak untuk membina sebanyak 20 buah sekolah

menengah dan lain-lain kemudahan. Peruntukan sebanyak $230 juta ini

memang tidak mencukupi untuk menyediakan 2,444 bilik darjah sekolah

rendah, 380 sekolah menengah dan tempat tinggal 29,650 untuk sekolah

rendah, 57,000 untuk sekolah menengah.

DR.16.11.92 -78-

Rumah guru - 800,615 untuk sekolah rendah; 4,373 untuk sekolah

menengah.

Pada tahun 1993, bilik darjah sekolah menengah di negeri

Sarawak dikurangkan dari 380 kepada 1,578. Ini disebabkan semua

murid Tingkatan Tiga secara automatis boleh menyambung pelajaran

mereka ke Tingkatan Empat.

Kita di negeri Sarawak adalah bernasib baik kerana Menteri dan

Timbalan Menteri Pendidikan, kedua-duanya adalah anak Sarawak. Kita

berharap dan memohon kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalannya

supaya menambahkan peruntukan untuk menyelesaikan masalah bilik

kelas, asrama dan bilik guru di negeri Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

ada 20,597 tenaga guru. Dari jumlah itu, 13,626 mengajar di 1,621

buah sekolah rendah dan 6,971 mengajar di 135 buah sekolah

menengah. 1,584 guru kita yang mengaiar di sekolah rendah dan 8,028

yang mengajar di sekolah menengah belum berlatih. Masalah ini akan

dapat diatasi bila dibina Maktab Perguruan dalam Rancangan Malaysia

Keenam.

Ramai murid kita terutama dari kawasan pedalaman lemah dalam

pelajaran Matematik, Inggeris dan Bahasa Nalaysia. Kita berharap,

ramai lagi guru diberi kursus dalam matapelajaran tersebut.

DR.16.11.92 -79-

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat telah

cukup. Ahli-ahli Yang Berhormat saya akan panjangkan mesyuarat

pada malam ini sehingga pukul 8.00 supaya lebih ramai lagi Ahli-ahli

Yang Serhormat yang hendak berucap. Ya, Seputeh.

4.43 ptg.

Tuan Liew Ah Kim [Seputeh]: Terima kasih. Berapa minit?

Tuan Yang di-Pertua: 15 minit.

Tuan Liew Ah Kim: Banyak barang. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua,

banyak bahan. Apabila Perdana Menteri mulai sedar betapa pentingnya

bahasa Inggeris bagi mencapai matlamat negara maju, sepatutnya

Ahli-ahli Barisan Nasional sedar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

kerana seorang anti Bahasa Malaysia. Oleh itu, MCA tidak sepatutnya

bimbang kedudukan mereka terpencil di dalam Barisan Nasional

sekiranya memberi sokongan moral kepada Dong Zhiau Jong dalam

mempertikaikan masalah Pendidikan Cina.

Dato' Haji Mohd, Zihin bin Haji Mohd. Hassan: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat.

Dato' Haji Mohd, Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Point of order

36(6).

Tuan Yang di—Pertua: Yang Berhormat Seputeh, ada point of

order.

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Point of order

36(5), sangkaan jahat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

yang kita kasihi.

Tuan Yang di—Pertua: Sangkaan jahat pula.

DR.16.11.92 -80-

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Mengatakan Yang

Amat Berhormat tidak suka kepada Bahasa Malaysia. Minta ditarik.

balik dengan segera.

Tuan Tang di-Pertua: Saya ingat tidak mengapalah yang itu.

Sila teruskan.

Tuan Liew Ah Kim: Patut dia faham apa yang saya kata. Apakah

Dong Zhiau Jong melakukan jenayah besar dalam mengkritiik Kerajaan

dan MCA atau adakah rakyat Malaysia menjadi penjenayah yang lebih

dahsyat daripada skandal BMf? Kalau mereka bersikap anti Kerajaan

dan anti Barisan Nasional, apakah bersikap anti Kerajaan bererti

mereka anti Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rasah, bekas seorang

pendidik, tentu boleh membezakan istilah "anti Kerajaan" dengan

"anti Malaysia". Mereka yang mencemarkan negara dengan berbagai

skandal separutnya dianggap anti Malaysia kerana menyebabkan rakyat

Malaysia mengalami kegelisahan. Bolehkah Yang Berhormat Rasah

memberitahu Dewan yang mulia ini tujuan kenyataannya bahawa Loke

Tong Yee, Naib Presiden Zhiau Jong, sepatutnya ditahan semasa

Operasi Lalang? Adakah ianya merupakan ugutan untuk menyalahgunakan

kuasa sehingga menunggu pilihanraya akan datang? Adakah Yang

Berhormat Rasah dan MCA mahu menjadikan Loke Teng Yee sebagai

kambing korban seperti mereka pernah lakukan kepada mendiang Lim

Leng Kiok, bekas pemimpin Doag Zhiau Jong? Sehingga akhir hayatnya,

mendiang Lim menjadi rakyat yang tidak berwarganegara setelah

kerakyatannya ditarik balik semata-mata memperjuangkan bahasa

ibundanya iaitu bahasa Cina.

DR.16.11.92 -81-

Dong Zhiau Jong hanya sebuah badan pengarah, pengurus atau

persatuan guru-guru sekolah Cina bukan parti politik yang mempunyai

kepentingan seperti MCA atau GERAKAN. Mereka adalah sekumpulan

rakyat yang sedar akan kepentingan masa hadapan generasi mereka

dalam menghadapi arus pembangunan dan cabaran abad ke 21. Tidak ada

sebab mengapa MCA mesti membuli mereka seperti Amerika Syarikat

membuli negara-negara kecil yang sedang membangun.

Tuan Yang di-Pertua, DAP mengutuk keras sikap MCA membuli

pertubuhan massa seperti Dong Zhiau Jong yang tidak mempunyai apa-

apa kepentingan peribadi. Saya juga mencabar Yang Berhormat Rasah

memberitahu Dewan ini sama ada Yang Berhormat Hulu Langat yang

sekarang menutup mulut mengenai pendidikan Cina disebabkan beliau

terselamat daripada Operasi Lalang tahur, 1987 yang lalu itu.

Saya juga mencabar MCA dan GERAKAN membuktikan kejujuran mereka

dengan mendesak Menteri Pendidikan mempamerkan segera Akta

Pendidikan baru kepada orang ramai untuk memberi pandangan bagi

menentukan sejauh mana peranan MCA dan GERAKAN mahu melindungi

Pendidikan Cina di negara ini sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, DAP mengucapkan tahniah kepada Dato' Dr.

Mazlan Ahmad dilantik menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru.

Dato' Dr. Mazlan diharap tidak menghampakan harapan 1.2 juta

penduduk Kuala Lumpur yang menghadapi pelbagai masalah, sekalipun

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahu menjadikan Kuala Lumpur

DR.16.11.92 -82-

sebagai sebuah bandaraya bercahaya. Tanggungjawab utama bagi Dr.

Mazlan sudah tentulah menyiasat kes pembelian 23 buah kereta Volvo

DBKL dan perbelanjaan hampir berjuta ringgit rombongan ke

Cassablanca dan Barcelona dalam bulan Julai 1992.

Di samping itu, masalah banjir kilat yang berlaku tidak kurang

20 kali sepanjang tahun di Jalan Chan Sow Lin, Jalan Klang Lama dan

sepanjang Sungai Kerayong mestilah diberi perhatian serius. Apakah

DBKL lebih berbangga dengan projek pembangunan di tapak Lumba Kuda,

Jalan Ampang atau padang golf di Bukit Kiara daripada masalah

kesesakan lalulintas dan penderitaan setinggan? Atau adakah DBKL

mahu menunjukkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke ibukota

dengan mempamerkan kehidupan penjaja-penjaja yang tidak teratur,

yang selalu diganggu oleh Penguatkuasa DBKL?

DR.16.11.92 - 83 -

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak memerlukan Datuk Bandar

semestinya anak negeri Selangor. Sejak perlantikan Datuk Bandar

dibuat, Kerajaan sendiri sentiasa membelakangkan Perjanjian Tahun

1974 dengan tidak memilih anak negeri Selangor. Memang wajar

jawatan Ketua Pentadbir Kuala Lumpur diserahkan kepada anak Malaysia

kerana Wilayah Persekutuan adalah hak rakyat MaLaysia dan bukan

dikhaskan kepada rakyat Selangor dan tentulah aneh kenapa Kerajaan

tidak mahu menghapuskan Perjanjian 1974 itu setelah sekian lama

membelakangkannya. Dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri di

Jabatan Perdana Menteri di Dewan ini baru-baru ini, beliau

menegaskan Kerajaan tidak akan menghapuskan syarat perjanjian itu

kerana pemilihan Datuk Bandar terletak di tangan Duli Yang Maha

Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,

Tuan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong hanya memperkenankan lantikan itu kerana

Baginda sendiri tidak berkuasa membuat lantikan kecuali dicadangkan

oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apakah Duli Yang Maha

Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh menolak calon

yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kemudian

Baginda sendiri melantik Tun Mohd. Salleh Abas, bekas Ketua Hakim

Negara, misalnya? Oleh itu dalam melantik Datuk Bandar ini Kerajaan

tidak perlu berdolak-dalik dengan mengaitkan Duli Yang Maha Mulia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Siapa sahaja rakyat

Malaysia boleh diberi peluang menjadi Datuk Bandar.

Oleh itu syarat Perjanjian 1974 yang menetapkan anak Selangor

DR.16.11.92 - 84 -

itu perlu dihapuskan atas alasan sejak beberapa waktu yang lalu

Kerajaan sudahpun mengenepikan syarat perjanjian itu. Ada masa

lagi?

Tuan Yang di-Pertua: Ada sedikit sahaja lagi ya. Ada 3 minit

lagi, Yang Berhormat.

Tuan Liew Ah Kim: Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Belanjawan

Tahun 1993 yang dibentangkan pada 30 Oktober yang lalu kalau tidak

dibawa ke Dewan ini pun memang 18 juta rakyat Malaysia sudah tahu

keputusannya. Belum pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri

Kewangan, pada 25hb Oktober lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

sudah memberikan komen ketika merayakan Hari Deepavali kononnya

untuk menghindarkan kemelesetan ekonomi. Kerajaan tidak boleh

berbohong kepada 18 juta rakyat Malaysia bahawa demokrasi di negara

ini berada di satu tahap di mana hendak dikatakan demokrasi bukan

demokrasi, tetapi masih lagi disebut demokrasi. Dewan yang mulia

ini hanya sekadar simbol kerana demokrasi sebenarnya sudah dijual

oleh Barisan Nasional dengan harga yang terlalu murah.

DAP masuk Dewan ini bukan mengharapkan belas kasihan daripada

Barisan Nasional, tetapi membawa mandat 48% pengundi yang menolak

Barisan Nasional. Berbanding dengan 52% yang diperolehi oleh

Barisan Nasional dalam Pilihanraya 1990 yang mahukan amalan

demokrasi dipulihkan.....

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang bangun Yang

Berhormat.

Tuan Liew Ah Kim: Tak payahlah!

Tuan Yang di-Pertua: Tak payah?

DR.16.11.92 - 85 -

Tuan Liew Ah Kim: Semenjak tahun 1986, media massa telah

dikawal ketat supaya tidak menyiarkan suara Pembangkang bagi

menyekat rakyat mendengar kritikan terhadap penyelewengan Kerajaan.

Kebebasan suara hanya omong kosong kerana akhbar-akhbar hanya diberi

kebebasan memohon permit sahaja, bukan kebebasan menyiarkan berita-

berita yang positif. Akhbar yang satu ketika dahulu pernah

diingatkan oleh DAP dan parti Pembangkang sering memutarbelitkan

berita Pembangkang telah terbukti memutarbelitkan berita Perdana

Menteri yang bercakap dalam bahasa Inggeris sewaktu diwawancara oleh

wartawan di Indonesia. Jabatan Pengarang akhbar itu telah dirombak

kerana Perdana Menteri telah tersinggung akibat laporan berita

mengenainya diputarbelitkan, tetapi tidak ada apa-apa boleh

dilakukan apabila berita mengenai Pembangkang seringkali

diputarbelitkan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah

cukup ya. Tasek Chenderoh.

4.57 ptg.

Tuan Haji Hamzah bin Haji Hohamed Zain [Tasek Chenderoh]: Tuan

Yang di-Pertua, saya bangun untuk melahirkan rasa syukur saya ke

hadrat Allah setca terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri

Kewangan yang telah dapat mengemukakan satu Belanjawan yang begitu,

dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, thoughtful, penuh daya pemikiran,

matang dan berpandangaa jauh. la bukan sahaja menyerlahkan

ketajaman fikiran orang yang meneraju pengurusan ekonomi negara

kini, tetapi mengajak sambil mengilhamkan kita semua untuk berfikir

dengan lebih mendalam lagi tentang segala isu yang berkaitan dengan

pengendalian ekonomi negara.

DR.16.11.92 - 86 -

Seperti irama dan lagu, ekonomi tidak boleh dipisahkan dari

politik. Kaiau ekonomi negara kita berada dalam keadaan yang

sungguh memberangsangkan pada masa ini, sebab yang paling ketara

ialah kerana kestabilan politik kita serta keyakinan rakyat dan

masyarakat antarabangsa terhadap pucuk pimpinan negara. Sepatutnya

saya tidak perlu menyebutkan hakikat ini, tetapi kerana adanya

suara-suara sumbang dalam Dewaa yang mulia ini seolah-olah mahu

memisahkan politik dengan ekonomi, seolah-olah kita boleh memastikan

ekonomi negara terus mantap tanpa memastikan juga kestabilan politik

terus terjamin.

Golongan ini mendakwa bahawa Menteri Kewangan tidak patut

mendedahkan dalam ucapah Belanjawaa perihal kegiatan dan tindakan

mereka yang cuba mengabui mata rakyat dengan memutarbelitkan

kenyataan. Mereka cuba meracuni fikiran rakyat dengan dakyah dan

fitnah. Dikatakan bahawa mereka ini berpandukan kepada fahaman

agama yang serapit, tetapi sebenarnya kebanyakan mereka tidak faham

apa-apa dan tidak berpandukan apa-apa selain mengikutkan perasaan

dendam, iri hati dan sikap buruk sangka.

Tuan Yang di-Pertua, memanglah amat wajar dan patut sesuatu

Belanjawan itu dilengkapkan dengan menyentuh juga keadaan politik

negara dan antarabangsa. Segala anggaran yang diperbuat harus

mengambilkira semua perkara yang mungkin berlaku. Kita mesti

membuat persediaan untuk menangkis gejala yang ditimbulkan oleh

anasir yang sentiasa mencari peluang untuk menggagalkan sebarang

usaha Kerajaan. Pihak Pembangkang tidak sanggup dan tidak marapu

untuk mengemukakan di Dewan ini suatu Belanjawan alternatif. Mereka

tidak ada wawasan masa hadapan yang memberi semangat dan harapan

DR.16.11.92- 37 -

kepada rakyat dan generasi akan datang. Jadi, apakah taktik mereka?

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tuan Yang di—pertua: Kepong baugun Yang Berhormat.

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain: Minta maaf kerana masa

singkat. Saya cuba habiskan, kalau habis ada masa saya buka untuk

soal jawab, [Ketawa] Jadi, apa taktik mereka kerana mereka ini

gersang dari segi intelek, tidak memahami selok-belok ekonomi

antarabangsa sambil tidak langsung mempunyai sikap bertanggungjawab

terhadap nasib rakyat miskin. Mereka menghabiskan masa mereka dalam

Dewan ini untuk melemparkan maki hamun terhadap peribadi Menteri

Kewangan. Ini sahaja yang mereka mampu lakukan. Inikah golongan

yang mendakwa berdamping dengan ulamak atau mendakwa diri sendiri

alim? Lihatlah bagaimana angkuh dan takburnya Yang Berhormat dari

Pengkalan Chepa; mula-mula dia mengatakan belum yakin Menteri

Kewangan sendiri dapat faham Belanjawan secara menyeluruh. Sudah

tentu Yang Berhormat Pengkalan Chepa merasakan beliaulah lebih arif,

beliaulah atau rakan-rakan beliaulah kononnya guru yang membetulkan

lidah Menteri Kewangan sehingga fasih menyebut kata-kata dari bahasa

Arab.

DR.16.11.92 -88-

Kalau benar dakwaan ini dan ianya tidak benar, dari segi hemah

dan adab sebagai guru sudah tidak betul. Kalau murid kencing

berlari, sekurang-kurangnya salah gurulah yang kencing berdiri.

Tetapi yang lebih mengecewakan lagi ialah Ahli dari Pengkalan Chepa

mengada-adakan perkara yang tidak ada dalam ucapan Belanjawan itu

sendiri. Seperti beliau menyoal apakah orang yang hendak

menjalankan Islam dan hendak melaksanakan hukum syariat Allah itu

sempit, orang yang mengharamkan benda yang Allah haramkan itu jumud,

orang yang patuh kepada ajaran sebenar itu sesat dan seterusnya

beberapa soalan lagi dengan nada yang serupa. Inilah taktik kotor

dan perbahasan cara Yahudi yang beliau sendiri gunakan dengan

memutarbelitkan kata-kata. Jawapan kepada soalan-soalan seperti ini

amat mudah orang yang hendak menjalankan Islam dan hendak

melaksanakan hukum syariat Allah itu bukan sempit, orang yang patuh

kepada ajaran sebenar dia tidaklah sesat. Yang sempit dan yang

sesat ialah pemimpin-pemimpin PAS yang mentafsirkan dan menyebarkan

ajaran-ajaran yang bertentangan dengan kehendak Islam yang sebenar.

Saya percaya ramai penyokong-penyokong PAS memang berniat baik,

mereka sayang kepada agama Islatn dan mahu melihat umat Islam berjaya

di dunia dan di akhirat. Tetapi malangnya pemikiran mereka diracuni

oleh pemimpin-pemimpin mereka yang mahu mereka sahaja dianggap

sebagai ulamak dan mujahid Islam. Orang lain yang tidak sanggup

mengikut fatwa-fatwa mereka yang karut dicap sebagai musuh Islam,

sekular, duniawi, kebendaan, ulamak angguk dan perut. Kalau orang

DR.16.11.92 -89-

UMNO beristeri dua, itu mengikutkan hawa nafsu, kalau pemimpin PAS

beristeri sampai tiga atau empat, itu mengikut sunnah. Kalau orang

lain pakai Pajero itu kebendaaan, kalau pemirapin PAS pakai Pajero,

itu satu kemudahan kurniaan Allah. Kalau orang UMNO patuh kepada

disiplin parti dan hormat kepada pemimpin, mereka dituduh sebagai

pak angguk dan kaki bodek. Kalau orang PAS berbuat begitu, itu

adat berjemaah. Kalau Kerajaan laksanakan skim pelaburan untuk

bumiputera seperti Amanah Saham Nasional dan ASB, itu riba dan

haram. Tetapi apabila ASN dan ASB untuk rakyat termiskin di

Kelantan kononnya tidak diagihkan dengan baik, itu tidak adil dan

pilih bulu. Dan begitulah seterusnya permainan kata-kata dan putar

belit pemimpin-pemimpin PAS ini. Mereka sahaja yang betul. Mereka

sahaja yang berjuang kerana Allah. Mereka sahaja yang pandai.

Lihatlah betapa angkuh dan sombongnya orang yang mengaku diri alim

dengan berkata, "Menteri Kewangan akan lari lebih awal kalau beliau

tidak pernah buka dan jamah kitab-kitab yang besar, bahkan buku

Belanjawan yang dibentang ini pun agaknya susah hendak difaham kalau

tidak disandang dan ditampuk oleh tukang-tukang yang di

sekelilingnya". Lihat muka 136, Penyata Rasmi Dewan Rakyat 9hb

November 1992.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang paling menarik di dalam ucapan

Belanjawan kali ini ialah Menteri Kewangan telah berjaya membebaskan

ucapan itu dari belenggu jargon dan terma-terma teknikal ekonomi

tradisi. Kalau seorang itu tidak faham mauduk yang diperkatakan

seperti dakwaan Ahli Pengkalan Chepa, tidak mungkin Menteri Kewangan

DR.16.11.92 -90-

dapat mengolah ucapan itu dengan gaya bahasa yang tersendiri yang

menarik dan berkesan. Kita semua mengakui bahawa Menteri Kewangan

tidak mempunyai latar belakang formal dalam bidang ekonomi atau

seorang tokoh korporat yang berjaya seperti Menteri-menteri Kewangan

sebelumnya, Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, itulah kekuatan

beliau. Beliau bebas dari pengaruh kepentingan mana-mana aliran

ekonorai atau terkongkong oleh gagasan dan teori seperti kebanyakan

mereka yang dilatih dan dididik di bidang ekonomi di pusat-pusat

pengajian tinggi. Karana apa yang telah berlaku selama ini ialah

ramai cerdik pandai yang mengendalikan ekonomi di kesemua

negara-negara membangun seolah-olah telah dipengaruh oleh fahaman

ekonomi Marxist. Mereka ini menaruh curiga kepada dasar-dasar

seperti penswastaan......

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong

bangun.

Dr. Tan Seng Giaw: Peraturan Mesyuarat 36(1). Saya tidak

nampak daripada hujah-hujah....

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain: Ini tidak ada

kena-mengena.

Dr. Tan Seng Giaw: Memang ada kena—mengena dengan isi-isi

ucapan. Saya tidak nampak ada strategi ataupun cadangan Belanjawan

langsung. Cuma hendak mengampukan sahaja Yang Berhormat Menteri

Kewangan sahaja.

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain: Tunggulah sampai habis

ucapan, [Ketawa] Kalau dia itu langsung saya ingat....

Seorang Ahli: Teruk!

DR.16.11.92 -91-

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain: Saya tidak hendak

sebut, tetapi orang lain sudah sebut, terima kasih. Mereka ini

menaruh curiga kepada dasar seperti penswastaan dan pengurangan saiz

sektor awam. Di samping itu beliau tidak pula terpengaruh sangat

dengan ideologi kapitalis yang mengenepikan sama sekali kepentingan

sosial. Tetapi hasil dari renungan beliau yang tajam membuktikan

bahawa beliau dapat menangani isu-isu ekonomi berdasarkan keadaan

dan keperluan semasa. Beliau seolah-olah membawa kita kembali

kepada satu zaman di mana perbincangan tentang ekonomi merupakan

sesuatu yang mudah, yang menarik dan relevan seperti tulisan

tokoh-tokoh silam ekonomi seperti Adam Smith dan Ibnu Khaldun.

Tuan Yang di-Pertua, adalah lebih bermanafaat sekiranya

pemimpin-pemimpin PAS juga dan pemimpin-pemimpin DAP mahu berbahas

dan berbincaag soal ekonomi negara secara lebih matang dan berilmu.

Janganlah menghentam membabi buta segala perkara yang diajukan oleh

Kerajaan. Berilah pertimbangan yang waras dan saksama. Terimalah

realiti yang ada di hadapan kita. Hormatilah keikhlasan Kerajaan

untuk membina negara ini menjadi sebuah negara Islam yang maju dan

kukuh yang boleh menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain di

dunia ini. Dalam hal ini saya dengan ikhlas hati menghormati

pendekatan yang diambil oleh ahli dari Rantau Panjang, Nilam Puri

bolehlah sikit-sikit. Realiti yang ada di hadapan kita pada hari

ini ialah bahawa kita mampu menjadi negara Islam yang termaju dan

dihormati oleh dunia. Kedudukan ekonomi kita yang kukuh boleh

digunakan untuk membantu mengangkat darjat dan martabat umat Islam

seluruh dunia.

DR.16.11.92 -92-

Pada ketika ini jumlah orang Islam yang dianggap papa dan miskin di

seluruh dunia melebihi seribu juta. Hampir 60% dari mereka terdiri

dari orang-orang Islam. Menurut kajian yang dilakukan oleh Bank

Dunia, jumlah orang yang miskin ini akan bertambah pada tahun 2000.

Di Afrika Utara dan Timur Tengah semuanya negara Islam. Jumlah

bertambah dari 73 juta dalam tahun 1990 kepada 89 juta dalam tahun

2000. Di Afrika Selatan, Sahara terdapat seramai 216 juta manusia

yang menderita kemiskinan. Pada tahun 2000, jumlahnya dijangka

meningkat kepada 304 juta. Ini belum lagi termasuk orang-orang

miskin di Kepulauan Melayu dan Benua Kecil India. Adakah kita rela

menerima keadaan ini dengan tidak berbuat apa-apa?

Tuan Yang di-Pertua: Bolehkah Yang Berhormat gulung.

Tuan Haji Hamzah bin Haji Hohamed Zain: Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua. Pada hemat saya Malaysia harus berpandangan jauh dan

mengusahakan segala cara yang boleh membantu negara-negara Islam.

Malaysia harus memainkan peranan kepimpinan sebagai penggerak

idea-idea kemajuan di kalangan negara-negara Islam. Kita perlu

mengujudkan suatu badan yang mengkaji dan memerhati keperluan

negara-negara Islam. Saya mencadangkan supaya suatu badan

perundingan dan kajian ekonomi diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia

khusus bagi tujuan membantu usaha-usaha pembangunan di negara-negara

Islam.

Tuan Yang di-Pertua, yang harus dilakukan sekarang hanyalah

untuk kita menggembeling tenaga yang ada di kalangan Kerajaan,

akademik dan swasta ke arah yang dituju, iaitu untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi pemimpin kepada ekonomi

dunia Islam kerana negara kita sekarang ini sudah muncul sebagai,

dengan izin, "the Japan of the Islamic World." Kalau..,

DR.16.11.92 - 93 -

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat!

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain: Kalau

pemimpin-pemimpin PAS benar-benar jujur, Tuan Yang di-Pertua, dan

ikhlas memperjuangkan Islam, saya mengajak mereka sama-sama

menyokong usaha ini, meningkatkan pencapaian ekonomi negara serta

meninggikan martabat bangsa.

Tuan Yang di—Pertua: Cukuplah, Yang Berhormat.

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain: Sebaris lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, Yang Berhomat. Saya sudah

beri peluang Yang Berhormat menggulung tadi.

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain: Terima kasih, Tuan

Yang di-Pertua.

Tuau Yang di-Pertua: Rompin.

5.10 ptg.

Dato' Dr Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis [Rompin]: Tuan Yang

di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan.

untuk menyertai perbahasan Belanjawan bagi tahun ini.

Saya seperti rakan-rakan lagi turut berbangga dan mengucapkan

setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan, khususnya

kepada Menteri Kewangan kerana membentangkan satu Belanjawan yang

sungguh baik dan kita semua sudah mengetahui sekarang diterima oleh

semua golongan masyarakat. Hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang

tidak mahu menerima kenyataan dan hakikat ini. Saya hendak sebut

Kepong, dia masih ada saya rasa. Mereka ini merupakan kumpulan yang

saya kira sebagai buta huruf politik (political illiterate) yang

DR.16.11.92 - 94 -

tidak mahu menerima kenyataan dan hakikat dan cuba mengabui mata

rakyat sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, jelas daripada Belanjawan yang

dibentangkan bahawa negara kita mempunyai satu keunggulan dari segi

ekonomi dengaa kadarnya pada tahap 8.5% dan pendapatan perkapita

$7,554, Kadar-kadar seperti jangka hayat, kematian bayi dan

lain-lain jelas menunjukkan kepada keunggulan ekonomi kita itu.

Namun demikian, sebagai sebuah negara yang majmuk oleh kerana

faktor-faktor sejarah dan latar belakang, ada kumpulan-kumpulan yang

lebih maju dan ada kumpulan-kumpulan yang kurang maju.

Saya mengambil kesempatan sedikit untuk mengemukakan beberapa

data:

Anggaran Pendapatan Perkapita, 1990.

Nasional $6,176

Bumiputera $4,900

Cina $8,600

Kalau kita bandingkan dengan purata ini jelas menunjukkan bahawa

masyarakat kumpulan bumiputera masih lagi jelas di belakang.

Di kalangan Profesional pula, satu bidang sahaja yang saya

ingin sentuh, oleh kerana masa amat suntuk, iaitu Akauntan, bidang

yang paling penting dalam pergerakan membawa bumiputera dalam bidang

korporat, iaitu Akauntan. Penglibatan bumiputera hanya 11% sahaja.

Satu lagi data yang saya ingin kemukakan ialah Pecahan Saham di

Syarikat-syarikat Berhad yang disenaraikan dalam BLSE:

Pecahan Saham Syarikat-syarikat Berhad

Syarikat dan industri bumiputera 14%

Bukan bumiputera 46%

DR.16.11.92 - 95 -

Jelas jurangnya amat tinggi.

Perdagangan Borong dan Runcit

Bumiputera Bukan Bumiputera

Borong 10% 90%

Usahawan - Anggaran

Bumiputera $100,000

Bukan Bumiputera $700,000

Daripada data-data yang saya kemukakan tadi, walaupun kita

menerima hakikat bahawa semua lapisan masyarakat telah mendapat

manfaat daripada pembangunan ekonomi negara, namun demikian kadar

kemajuan bumiputera masih lagi ketinggalan. Oleh itu, saya ingin

mengalu-alukan dan menyokong penuh usaha Kerajaan untuk

mempercepatkan lagi kadar kemajuan kumpulan bumiputera dan

kumpulan-kumpulan lain yang ketinggalan. Saya mengharapkan bahawa

bila negara kita maju 30 tahun akan datang (pada tahun 2020) "gap"

atau jurang perbezaan dan ketidakseimbangan antara ekonomi

bumiputera dengan bukan bumiputera ini dapat dihapuskan agar

pengenalan fungsi ekonomi dengan mana—mana kumpulan masyarakat tidak

timbul atau wujud lagi. Pada ketika itu, insya Allah, kita

benar-benar menjadi satu masyarakat yang adil, satu masyarakat yang

sejahtera dan satu masyarakaC yang saksama.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini

menyentuh sedikit tentang pembangunan usahawan bumiputera. Saya

mengucapkan syabas juga kepada Kerajaan dalam Belanjawan ini telah

memberi satu jaminan untuk terus membangunkan usahawan bumiputera.

Saya mengalu-alukan usaha Kerajaaa seperti memperkenalkan pendekatan

DR.16.11.92 - 96 -

baru seperti skim vendor atau di Jepun dinamakan sebagai

"Kareitshu". lanya amat tepat diperkenalkan untuk meningkatkan

pembangunan usahawan bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pembangunan usahawan ini atau dalam

pembangunan penyertaan kumpulan bumiputera dalam bidang ekonomi,

kita mengucapkan syabas Kerajaan telah berjaya membawa penyertaan

bumiputera yang pada tahun 1970 hanya pada tahap 4% sahaja kepada

20% dalam tahun 1990. Namun demikian, kejayaan ini hanya dalam

peningkatan ekuiti sahaja. Dalam pembentukan usahawan kejayaannya

tidaklah membanggakan. Kita mempunyai banyak agensi yang terlibat

dalam pembangunan ini, kira-kira 20 untuk membentuk dan membangunkan

usahawan bumiputera dan banyak perbelanjaan yang besar telah

diperuntukkan. Bermakna Kerajaan telah banyak menumpukan masa,

belanja dan membuka banyak agensi untuk membangunkan usahawan

bumiputera. Tetapi, pada masa sekarang ini sampailah masanya oleh

kerana matlamat itu kurang baik, sasaran yang dicapai kurang baik,

maka sudah sampai masanya Kerajaan mengkaji kembali strategi dan

pendekatan untuk membangunkan usahawan ini. Agensi yang terlibat

dalam pembangunan usahawan hendaklah diselaraskan, disatukan

daripada segi strategi matlamat dan pelan tindakan masing-masing.

Oleh itu, saya mengesyorkan supaya satu pendekatan, satu

strategi dan satu pelan tindakan yang lengkap diwujudkan setiap

tahun bagi setiap agensi yang terlibat; yang mencukupi dengan

matlamat kuantitatifnya setiap tahun. Tidak cukup hanya

mengemukakan cadangan untuk melatih, tidak mencuknpi mengemukakan

cadangan untuk mengadakan pasaran, tidak mencukupi mengemukakan

pelan untuk R&D, tetapi apa yang perlu satu pendekatan yang

kuantitatif jumlah yang diperlukan tiap-tiap tahun.

DR.16.11.92 - 97 -

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang sering kita dengar

bahawa banyak syarikat-syarikat bumiputera tidak visible. Hanya

berada dalam sektor-sektor yang tidak berdaya maju dan sektor-sektor

yang lemah sahaja ataupun industri 'sun-set'. Masalah ini perlu

mendapat perhatian yang utama. Satu contoh, sebagai renungan kita

bersama, 90% daripada syarikat-syarikat bumiputera di bawah modal

$50,000 kesemuanya terlibat dalam industri raakanan ataupun industri

yang berkaitan. Ini bermakna amac kurang sekali penglibatan

bumiputera dalara bidang-bidang lain, terutama dalatn bidang yang

berpotensi tinggi, bidang berteknologi tinggi, bidang 'value added'

yang tinggi atau bidang-bidang, dengan izin, industry of tomorrow.

Ada satu buah pandangan yang menyatakan bahawa masyarakat

bumiputera tidak mempunyai satu jalinan atau networking perniagaan

yang lengkap. Oleh itu, dicadangkan supaya diwujudkan satu

networking, satu jalinan pemiagaan yang lengkap dalam usaha untuk

membentuk usahawan dalam sektor-sektor yang dirasakan berpotensi dan

bermutu tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita dengar seperti yang

saya katakan tadi, Kerajaan mengumumkan konsep payung atau konsep

vendor, ada yang mengatakan konsep franchise. Kita mencadangkan

supaya syarikat-syarikat kepunyaan Kerajaan meletakkan target atau

sasaran jumlah usahawan yang hendak diwujudkan di sektor-sektor

penglibatan syarikat-syarikat ini. Kita juga ada mempunyai

syarikat-syarikat di bawah PNB. Apa salahnya syarikat-syarikat

besar seperti Sime Darby, Guthrie, MMC, IMP dan lain-lain mewujudkan

konsep yang sama atas konsep payung yang telah dikemukakan oleh

DR.16.11.92 - 93 -

Kerajaan. PNB amat berjaya dan kita mengucapkan syabas dalam

pelaksanaan agenda yang pertamanya untuk meningkatkan ekuiti

bumiputera. Hendaklah sebagai agenda yang kedua PNB menggunakan

pegangan ekuitinya dalam syarikat-syarikat mereka itu digunakan

untuk membangunkan usahawan. Dengan izin, they should not be

passive shareholders and in equity accounting only. Selain daripada

kepentingan bottom-Line mereka, perlu juga mereka memikul tanggung-

jawab sosial seperti yang telah disarankan oleh Menteri Kewangan

baru-baru ini.

Bank-bank juga yang dikuasai atau agensi Kerajaan atau PNB

perlu juga memainkan peranannya dalam pembangunan industri bumi-

putera dan usahawan bumiputera sendiri. Di Jepun, contohnya di

tengah-cengah core atau kurapulan-kurapulan industri besar ataupun

dipanggil dalam Jepun "Zaibatsu" seperti Mitsui - ada Mitsui banknya

- dan kumpulan industri Mitsubishi - ada Mitsubishi banknya seperti

ternyata dalam buku 'Japan Incorporation'. Apa salahnya bank-bank

kepunyaan Kerajaan ini juga membantu dan memikul tanggungjawab

sosial untuk membangunkan industri bumiputera?

Tuan Yang di-Pertua, kita mendengar dalam mendapatkan tenaga

manusia, mereka menggunakan skim atau pendekatan yang dipanggil

'head-hunting1. Saya merasakan bahawa ramai keluhan mengatakan

bahawa di kalangan bumiputera tidak ada keupayaan daya saing, tidak

ada keupayaan kepakaran dan keupayaan pengurusan. Tetapi ramai

daripada golongan bumiputera ini yang ada kepakaran, keupayaan dan

juga kepakaran pengurusan ini sedang mengurus syarikat-syarikat

Kerajaan, agensi-agensi Kerajaan ataupun syarikat-syarikat swasta.

DR.16.11.92 -99-

Kita menyarankan supaya pembentukan usahawan ini boleh

dikenalpasti atau headhunting sebagai bakal usahawan, tokoh-tokoh

bumiputera yang berkecimpung dalam syarikat-syarikat atau

agensi-agensi Kerajaan yang saya katakan tadi. Pihak swasta perlu

mengambil peranan juga dalam pembentukan usahawan ini. Ini termasuk

multinational, justeru itu juga membantu Kerajaan untuk mewujudkan

usahawan bumiputera. Hendaklah mereka mengadakan satu pelan

tindakan yang khas atau usahawan bumiputera dibentuk, terutamanya di

kalangan pekerja-pekerja bumiputera dalam syarikat-syarikat mereka

ataupun pembekal-pembekal mereka ataupun subkontraktor—subkoncraktor

mereka. Dalam hal ini, saya agak kesal kadang-kadang syarikat besar

multinational ini hanya mengambil bumiputera sebagai pekerja-pekerja

liason pekerja sahaja, pekerja-pekerja PRO untuk menghubungi

Jabatan-jabatan Kerajaan belaka. Tiada pemindahan teknologi dan

pengurusan diberi dan semua kuasa-kuasa dalam syarikat diletakkan

kepada expatriates di dalam syarikat-syarikat tersebut dan banyak

kuasa, keputusan-keputusan masih dirujuk di Tokyo.

Tuan Yang di-Pertua, isu-isu lain seperti pasaran, barangan

atau produk, keupayaan R&D serta "value-added" masih dihadapi oleh

usahawan bumiputera. Institusi dan agensi yang terlibat seperti

DR.16.11.92 -100-

SIRIM, FAMA, universiti dan-lain-lain eloklah membantu pembentukan

pembangunan usahawan ini. Apa salahnya, misalnya, pihak STM

menyediakan 50% daripada pasaran mereka dalam membeli satu alat

kepada persaingan di kalangan bumiputera sahaja? Apa salahnya pihak

universiti dan syarikat-syarikat Kerajaan seperti SIRIM bila membuat

penemuan-penemua baru atau mengusahakan pembuatan tempatan baru

memberikan keutamaan kepada bumiputera?

Kadang-kadang kala, kami masih juga, Tuan Yang di-Pertua,

mendengar keluhan-keluhan usahawan bumiputera dan kami merasa malu

mendengar keluhan-keluhan ini kerana isu-isu lama yang lapuk seperti

ruang niaga inasih juga dihadapi oleh bumiputera walhal perkara ini

sepatutnya sudah selesai di dalam DEB lagi. Contohnya, masalah

ruang niaga adalah masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di

Bandar Tun Razak.

Yang akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh

sedikit tentang penswastaan.

Penswastaan

Pelaksaan dasar penswastaan dalam negara kita telah banyak

membawa manfaat kepada rakyat seperti menjimatkan perbelanjaan

Kerajaan, meningkatkan kecekapan dan meninggikan mutu perkhidmatan

kepada rakyat. Pihak Pembangkang, terutamaaya rakan saya dari

Kepong - dia tidak ada. Ada, ya? Dia tidur. Dia tidak mahu

menerima hakikat dan kenyataan kejayaan ini dan cuba mengalih dan

mengabui mata rakyat dengan menimbulkan dan mengadakan isu-isu yang

direka dan dicipta.

DR.16.11.92 -101-

Dalam buku panduan penswastaan yang diedarkan, Kerajaan telah

menggariskan penyertaan bumiputera sebagai salah aatu daripada

syarat-syarat penyertaan. Saya mengucapkan syabas. Baru-baru ini,

Kerajaan telah mengumumkan bahawa dua daripada tiga projek IPP

tenaga telah diluluskan kepada syarikat bumiputera. Kita

mengucapkan tahniah.

Saya ingin mengambil kesempatan meminta Kerajaan supaya dalam

semua pelaksanaan projek-projek yang besar sama ada di bawah

penswastaan ataupun pelaksanaan di bawah turnkey, penyertaan

bumiputera seperti pembinaan lapangan terbang mestilah dilaksanakan.

Kerja-kerja perunding, pembinaan dan juga penggunaan barang

buatan bumiputera tempatan diberikan juga keutamaan yang sewajarnya.

Sebagai jurucera yang bertauliah, saya ingin declare pecuniary

interest saya. Kita agak bimbang baru-baru ini, kita dengar terlalu

banyak penglibatan peranan expatriates daripada luar negeri. Kita

tidak menidakkan bahawa kepakaran yang tinggi dan canggih daripada

luar negeri diperlukan tetapi Kerajaan patut mengawalse1ia dan

mewujudkan satu mekanisme seperti menggunakan badan-badan ikhtisas

untuk menentukan jenis ikhtisas atau jenis barang apa yang perlu

diimportkan. Ini adalah kerana sudah wujud kepakaran-kepakaran yang

agak tinggi dan barang-barang buatan tempatan yang agak baik di

negara kita.

Tuan Yang di-Pert;ua, yang akhirnya dalam isu pembangunan luar

bandar. Kita mengalu-alukan Kerajaan untuk terus membina dan

DR.16.11.92 -102-

membangunkan infrastruktur di luar bandar. Hendaknyalah pembangunan

infrastruktur ini mengarah kepada penarikan industri. Penyediaan

kuasa elektrik, telefon, air dan jalan hendaklah menarik kepada

penwujudan industri bukan sekadar untuk kegunaan domestik sahaja.

Kita tidak mahu kuasa elektrik untuk 12 jam, kita tidak mahu telefon

satu hala dan kita tidak mahu air pejabat kesihatan daripada perigi

kerana penyediaan berbentuk ini tidak boleh menarik atau menampung

penubuhan industri di kawasan luar bandar.

Kita menghayati usaha-usaha Kerajaan untuk menjimat

perbelanjaan Kerajaan dengan memperkecilkan saiz agensi Kerajaan.

Kita harapkan, walau bagaimanapun, dalam proses mengurangkan saiz

Kerajaan, dalam proses memperkecilkan perbelanjaan Kerajaan ini,

program dan peruntukan untuk pembangunan di luar bandar "idak

dikurangkan, kalau boleh, dipertingkatkan lagi di masa-masa akan

datang.

Kita juga memahami bahawa pertumbuhan ekonomi negara boleh

menyelesaikan masalah pengangguran tetapi dalam keadaan di mana

taburan industri hanya di bandar-bandar besar sahaja, saya khuatir,

saya rasa dan saya terlalu bimbang kerana masalah pengangguran di

luar bandar yang tidak mempunyai industri besar masih merupakan

masalah.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Saya menggulung,

ya!

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Sudah cukup.

DR.16.11.92 -103-

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Sudah cukup.

Terima kasih. Saya mohon menyokong Belanjawan yang dibentangkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Kuala Langat.

5.26 ptg.

Datuk Haji Basri bin Bajuri [Kuala Langat]: Terima kasih, Tuan

Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Pada keseluruhannya, Belanjawan 1993 merupakan belanjawan yang amat

baik dan diterima baik oleh semua pihak. Belanjawan ini juga jelas

membayangkan betapa prihatin dan kesungguhan Kerajaan untuk

menjadikan negara ini sebuah negara yang benar-benar maju, bermaruah

dan bermartabat. Belanjawan ini juga jelas menggambarkan kepada

kita betapa Kerajaan mahu mengekalkan pertumbuhan ekonomi di samping

membendung inflasi. Justeru itu, adalah sudah sepatutnya tahniah

diberikan kepada Kerajaan, Menteri Kewangan dan pegawai-pegawai

Kementerian Kewangan.

Belanjawan yang dirancang begitu rupa sekaligus telah menutup

peluang Pembangkang dari mempersoalkan kelemahan Belanjawan itu

sehingga mereka terpaksa bercakap perkara-perkara yang menyimpang

dari isu Belanjawan itu sendiri. Mereka lebih banyak bercakap

isu-isu politik dari isu Belanjawan, termasuk isu-isa peribadi dan

isu-isu lapuk yang dibangkitkan setiap kali Parlimen bersidang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang terhad ini, saya hanya

DR.16.11.92 -104-

ingin menyentuh beberapa perkara yang saya rasa perlu untuk

renungan dan tindakan Kerajaan di masa hadapan. Dalam usaha kita

membendung inflasi, usaha-usaha mengurangkan pembaziran, terutama

dalam belanja mengurus harus diberi perhatian berat. Misalnya,

lawatan-lawatan ke luar negeri, pembelian alat dan penggunaan

peralatan pejabat, perjalanan dan sebagainya. Walaupun sudah banyak

Jabatan-jabatan Kerajaan yang telah diswascakan namun perbelanjaan

mengurus Kerajaan masih terus meningkat. Usaha Kerajaan untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 adalah satu

gagasan yang disambut baik oleh semua pihak. Begitu juga dengan

rancangan mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian

bumiputera. Wawasan tersebut adalah satu projek besar yang

memerlukan penglibatan dan penyertaan semua pihak. la juga harus

mengambilkira lintangan dan halangan yang pasti timbul sama ada dari

dalam mahupun dari luar.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha Kerajaan menjadikan Malaysia

negara induscri, kita merasa senang di atas usaha-usaha Kerajaan

menarik pelabur-pelabur asing dan membantu membangunkan

usahawan-usahawan tempatan terutama usahawan-usahawan di peringkat

atasan. Kita banyak melihat golongan korporat yang telah bertambah

berjaya melalui bantuan Kerajaan. Tahniah, saya ucapkan.

Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah sejauh mana pula

ushawan-usahawan yang telah berjaya, terutamanya bumiputera telah

berjaya juga menjadi payung kepada usahawan-usahawan peringkat kecil

dan sederhana. Dan sejauh mana pula, usaha Kerajaan dalam

DR.16. 11.92 -105-

membimbing dan membangunkan usahawan—usahawan tersebut, misalnya di.

sSwiap daerah terdapat ratusan kontraktor, kelas 'F' dan ratusan

peniaga kecil dan penjaja. Mereka perlukan bimbingan sama ada dalam

bentuk ilmu, modal mahupun peluang. Setakat ini, kita masih belum

jelas agensi Kerajaan yang manakah yang dipertanggungjawabkan ke

atas mereka dan kepada siapakah seharusnya mereka bergantung.

Da1am hal ini, saya rasa MARA, PETRONAS dan Pembangunan

Usahawan Bumiputara sedang memainkan peranannya. Terima kasih.

Tetapi bagaimana pula dengan peranan agensi-agensi Karajaan yang

lain seperti UDA, Parnas, Bank Bumiputera dan lain-lain. Begitu

juga dengan agensi-agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan-karajaan

Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan berjumlah $7.286 bilion kepada

Kementerian Pendidiksn sangatlah dialu-alukan kerana ia menunjukkan

betapa Kerajaan memandang berat menmang pentingnya pendidikan dalam

mencapai Wawasan 2020.

DR.16.11.92 - 106 -

Peruntukan yang lebih besar harus diperuntukkan tahun-tahun ke

hadapan bagi memastikan masalah-masalah pokok dapat dikurangkan

terutamanya kekurangan bilik darjah dan kemudahan pembelajaran serta

kekurangan guru-gura terlatih. Kekurangan-kekurangan tersebut jelas

sekali menjejaskan pencapaian KBSR dan KBSM. Kekurangan-kekurangan

tersebut juga bukan sahaja menjejeskan pencapaian murid-murid tetapi

juga menjejaskan pencapaian matlamat dan falsafah pendidikan negara

itu sendiri.

Wujudnya semacara percanggahan di antara falsafah, matlamat dan

sistem pendidikan itu sendiri menjadikan kepincangan-kepincangan

berterusan di sana sini. Jika falsafah pendidikan memberi jaminan

untuk memperkembangkan potensi individu secara berterusan dan

bersepadu, sistem pendidikan pula terlalu memberi penekanan kepada

matapelajaran-matapelajaran tertentu untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar yang diiktiraf cemerlang hanyalah pelajar yang cemerlang di

dalam semua matapelajaran akademiknya. Misalnya, 5 Prinsipal A

dalam STPM, 9A dalam SPM, 9A dalam SRP dan 4A atau 5A dalam UPSR.

Sedangkan, murid-murid yang tidak cemerlang dalam bidang akademik

walaupun cemerlang dalam mata pelajaran tertentu atau bidang-bidang

tertentu mengikut potensi individu itu tidak langsung mendapat

pengiktirafan.

Begitu juga dengan syarat kemasukan ke pusac-pusat pengajian

tinggi seperti politeknik dan maktab-maktab, syarat-syarat terlalu

ketat adakalanya tidak relevan dengan jurusan yang mereka akan

ambil.

DR.16.11.92 -107-

Kalau hendak ambil Diploma Undang-undang misalnya, apakah perlunya

lulusan distinction dalam Matematik dan Sains. Begitu juga kalau

hendak ambil Graphic Arts, umpamanya, apakah perlunya distinction

dalam bidang Matematik dan Sains.

Satu lagi ialah sikap Kementerian Pendidikan sendiri yang tidak

berapa konsisten di dalam usaha mencapai matlamat dan falsafah

pendidikan itu sendiri. Misalnya, Kementerian atau Jabatan

Pendidikan hanya mengiktiraf sekolah—sekolah yang mencapai kelulusan

peperiksaan yang tertinggi, misalnya 100% dalam STPM atau 99% dalam

SPM dan sebagainya sebagai sekolah terbaik. Mana-mana sekolah yang

lemah keputusan peperiksaannya akan diambil tindakan. Keadaan ini

sudah pasti menjadikan guru-guru merasa tertekan. la juga

menjadikan guru-guru tidak merasakan perlunya falsafah pendidikan

diberi keutamaan. Dalam kata lain, keputusan peperiksaan adalah

lebih penting dari falsafah atau matlamat pendidikan itu sendiri.

Kesannya ialah hanya murid-murid yang cemerlang dalam bidang

akademik mempunyai masa depan yang cemerlang. Sebaliknya,

murid-murid yang lemah dalam bidang akademik seolah-olah terbiar,

pada hal mereka adalah golongan majoriti serta mempunyai potensi

dalam bidang masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, usaha Kerajaan untuk mewujudkan MPPB tidak.

akan berjaya tanpa penglibatan Kementerian Pendidikan. Pada tahun

2020 negara ini akan dikuasai oleh anak-anak yang sedang belajar

hari ini dan anak-anak yang baru dilahirkan. Oleh itu, pembentukan

keperibadian rakyat 2020 mestilah dirancang dan dimulakan dari

DR.16.11.92 -108-

sekarang. Kurikulum sekolah hari ini semestinyalah disusun mengikut

keperluan masyarakat 2020. Guru-guru juga harus diberi kefahaman

tentang hasrat negara dan bagaimana melalui pelajaran dan

pembelajaran, hasrat itu dapat dicapai.

Selain dari itu, setiap guru harus juga didedahkan dengan ilmu

perniagaan dan perdagangan supaya guru-guru dapat mengaitkan semua

matapelajaran dengan nilai-nilai ekonomi mata pelajaran itu sendiri.

Secara tidak langsung ia akan menjadi pendorong kepada murid-murid

untuk belajar bersungguh-sungguh terutama kepada matapelajaran yang

mereka minati.

Tuan Yang di-Pertua, maju atau mundurnya sesuatu industri

banyak bergantung kepada faktor manusia atau pekerja. Lebih cekap

mereka bekerja, lebih tinggilah produktiviti mereka. Oleh itu,

sudah sampai masanya Kerajaan memberi perhatian berat terhadap

pembangunan kemanusiaan. Untuk mencapai taraf negara maju, kita

tidak mampu menyimpan terlalu ramai pekerja atau rakyat yang

produktivitinya rendah. Kita tidak juga mampu menanggung terlalu

ramai rakyat atau pekerja yang bersikap makan gaji. Oleh itu,

peranan Biro Tatanegara harus diperluaskan dan peruntukan yang

berjumlah kira-kira $4.5 juta itu haruslah ditambah. Pusat-pusat

latihan pembangunan kemanusiaan atau Bina Insan harus

diperbanyakkan. Program-program tersusun mestilah dirangka. Setiap

pelajar yang hendak melanjutkan pelajarannya sama ada di dalam

mahupun di luar negeri, haruslah diwajibkan raengikuti kursus-kursus

ketacanegaraan dan motivasi. la bertujuan bagi mengelakkan

pelajar-pelajar kita dari menjadi anti-establishment.

DR.16.11.92 -109-

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kita mewujudkan masyarakat

industri, kita haruslah memastikan bahawa setiap rakyat dan setiap

pekerja dijamin kesejahteraannya. Peranan Kementerian Sumber

Manusia mestilah dipertingkatkan. Kementerian ini juga seharusnya

memperluaskan bidangnya terutama dalam usaha mewujudkan tenaga

manusia yang terlatih.

Pusat-pusat latihan perindustrian mestilah diperbanyak dan

dipertingkatkan lagi. Dalam sebuah negara industri, buruh atau

pekerja memainkan peranan yang amat penting dalam kita mengekalkan

pertumbuhan ekonomi. Untuk mendapatkan tenaga manusia yang cekap

dan produktif, keselamatan, kesejahteraan dan masa depan mereka

mestilah diberi perhatian berat.

Kita sedar kita ada SOCSO atau PERKESO yang bertanggungjawab ke

atas keselaraatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja. Tetapi

kecekapan dan keberkesanan Jabatan ini masih boleh dipertingkat.

Kita juga sedar bahawa kita mempunyai undang-undang yang mencukupi

untuk kepentingan pekerja. Tetapi undang-undang sahaja belum

mencukupi jika penguatkuasaan dan pelaksanaannya tidak cekap dan

sempurna. Sebagai yang kita maklum, bahawa semua pekerja adalah

terdedah kemalangan dan penyakit yang berpunca dari tempat kerja.

Oleh itu, selain dari memberi pampasan kepada pekerja yang ditimpa

kemalangan, PERKESO juga harus dipertanggungjawabkan untuk

meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan juga

menjalankan pemulihan pekerja yang cedera. Ini adalah penting

kerana lebih sedikit pekerja mendapat kemalangan, lebih sedikitlah

bilangan tuntutan yang dibuat.

DR.16.1l.92 -110-

Di negara-negara maju, Jabatan atau organisasi seperti PERKESO

ini memainkan peranan yang amat penting dalam pertumbuhan ekonomi

negara. Selain dari dapat mengurangkan kemalangan, mengurangkan

tuntutan, ia juga dapat meningkatkan produktiviti di samping membo-

lehkan pekerja-pekerja yang ditimpa kemalangan atau cacat, diambil

semula bekerja walaupun mungkin dalam bidang yang lain. Australia,

umpamanya mempunyai sistem seperti ini yang sangat baik. Oleh itu

saya suka mencadangkan supaya Kementerian kita mempelajari cara-cara

mereka dari Australia ataupun dari negara-negara lain.

Sebenarnya.....

Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, minta gulung.

Datuk Haji Basri bin Bajuri: Ya, terima kasih. Sebenamya

tidak ada ruginya kita belajar, tidak ada salahnya kita meniru orang

lain dan orang yang pandai tidak pernah mengaku dirinya pandai.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh belia.

Belia adalah pewaris zaman di tangan merekalah masa depan negara

ini terletak. Tercapai atau tidaknya cita-cita negara juga terletak

di tangan mereka. Kita ada Kementerian Belia dan Sukan yang diper-

tanggungjawabkan menangani dan mengatasi masalah belia dan sukan di

negara ini. Di setiap daerah ada seorang pegawai dengan dibantu

oleh seorang kerani untuk mengendalikan masalah puluhan ribu belia

dan kemajuan sukan daerah. Seorang pegawai itulah yang diharapkan

dapat mengendalikan semua bidang seperti Belia Niaga, Belia Tani,

Persatuan Belia, Kepimpinan Belia dan sebagainya. Dengan tenaga se-

orang pegawai dan seorang kerani, kita mengharapkan kecemerlangan

dari belia. Bagi saya ini adalah satu yang amat malang. Oleh itu,

saya mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan menambahkan

peruntukan dan mengambil lebih banyak lagi kakitangannya.

Sekian, saya menyokong dan terima kasih.

DR.16.11.92 -111-

Timbalau Yang di—Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Sungai Benut. Yang lain kena tunggu, ya.

5.40 ptg.

Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut]: Terima

kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang dt-pertua, saya amat

mengalu-alukan strategi Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri

Kewangan baru-baru ini yang telah mengambil kira berbagai aspek

dalam menghadapi perubahan daa perkembangan ekonomi yang kian

mencabar dan penuh dengan tidak kepastian. Apa yang lebih penting

lagi ialah pembentangan Belanjawan ini telah berjaya membuktikan

kepekaan Kerajaan terhadap kehendak rakyat. Belanjawan yang

dibentangkan kali ini ternyata lebih menampakkan keinginan Kerajaan

untuk terus berusaha membangunkan negara tanpa mengabaikan mana-mana

kelompok masyarakat di negara ini. Namun apa yang lebih penting

lagi, kita harus bersyukur dengan nikraat limpahan kemakmuran yang

telah kita kecapi selama ini hasil dari usaha dan perancangan teliti

Kerajaan yang memerintah dan juga kepada rakyat Malaysia yang telah

banyak berusaha untuk memastikan agar Malaysia akan terus dapat

mengecap nikmat pembangunan dan seterusnya menjadi negara maju

menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-pertua, Belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini

telah berjaya memperkenalkan beberapa strategi baru yang ternyata

dapat memenuhi keperluan dan hasrat Kerajaan untuk mengimbangi

pembangunan dari segi ekonomi dan juga memenuhi aspirasi Kerajaan

untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan

bangga dengan identitinya sebagai rakyat Malaysia.

DR.16.11.92 -112-

Tuan Yang di-Pertua, sikap prihatin Kerajaan, mengenai isu

pencemaran alam sekitar perlu diteruskan bagi memastikan agar

generasi yang akan datang akani dapat mewarisi negara yang selamat

untuk dihuni. Alternatif-alternatif baru perlu dicari dalam

penggunaan bahan bakar sama ada untuk kenderaan atau tenaga untuk

industri bagi mengurangkan dan mengatasi masalah pencemaran. Saya

berpendapat penggunaan secara meluas gas asli sebagai sumber tenaga

utama bagi kenderaan, bekalan kuasa untuk kawasan perumahan dan

industri akan dapat mengurangkan masalah ini. Galakan berupakan

subsidi dan potongan cukai tertentu perlu diberikan kepada mereka

yang bertninat untuk menggutiakan bahati ini. Kerajaan juga bolah

memulakan langkah ini dengan menggalakkan pemasangan kenderaan

berenjin yang menggunakan kuasa gas. Kita percaya dengan galakan

yang diberikan oleh Kerajaan, hasrat ini akan terlaksana.

Di samping itu juga, suka saya mencadangkan kepada Kerajaan

agar Projek Kereta Nasional Kedua yang dijangka bermula pada tahun

1994 akan merintis jalan ke arah penggunaan gas sebagai satu

alternatif penting ke arah menggalakkan penggunaan gas sebagai

sumber kuasa. Langkah ini adalah bersesuaian kerana negara dijangka

mempunyai sumber gas yang banyak. Untuk menyelaras perkara ini,

saya juga mencadangkan kepada Kementerian yang berkenaan supaya

dapat mengenakan syarat-syarat supaya di tiap-tiap di stesyen minyak

dapat menyediakan tempat penjualan gas bagi kegunaan kenderaan

tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpeluang melawat negara Sweedan

baru-baru ini dan saya tertarik dangan kaedah yang digunakan oleh

DR.16.11.92 -113-

Kerajaan negara tersebut dalam usaha mengekalkan kebersihan melalui

sistem pemerosesan semula bahan buangan. Perkara ini bukan sahaja

akan dapat mengekalkan kebersihan alam sekitar dan mengurangkan

masalah pencemaran, bahkan juga dapat mempastikan agar bahan buangan

itu dapat digunakan semula. Saya percaya kaedah ini adalah sesuai

untuk dilaksanakan di negara ini, memandangkan kita menghadapi

masalah dalam usaha pelupusan bahan buangan. Saya percaya Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah penguasa tempatan akan dapat

merintis jalan dalam usaha mempastikan agar cita-cita ini akan

tercapai dengan mewujudkan tong-tong sampah yang berasingan bagi

sampah-sampah yang berlainan jenis untuk kemudahan orang ramai

membuang sampah. Saya percaya jika hasrat ini tarlaksana, kita akan

dapat rnengurangkan kos perabersihan dan juga kita dapat memastikan

agar masalah pembersihan dapat dikekalkan, Di samping itu juga,

kita akan dapat mendisiplinkan rakyat supaya mereka lebih peka

tentang kebersihan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat mengalu-alukan strategi

Kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai individu dan juga kadar

cukai syarikat. Ini akan menggalakkan lagi dayausaha pekerja supaya

bekerja dengan lebih gigih dan seterusnya menaikkan produktiviti dan

juga meningkatkan pendapatan. Lebihan pendapatan seterusnya akan

dapat menggalakkan tanggungan, dan ini akan seterusnya dapat

meningkatkan lagi kadar tabungan negara.

Di samping itu, saya juga amat mengalu-alukan langkah Kerajaan

untuk mengurangkan cukai syarikat yang akan dapat menggalakkan lebih

banyak syarikat sama ada syarikat tempatan dan juga syarikat luar

DR.16.11.92 -114-

negeri untuk melabur di negara ini. Walaupun Kerajaan akan

mengalami kekurangan punca pendapatan, tetapi dengan kemasukan lebih

banyak syarikat asing akan dapat mengimbangi keadaan tersebut. Di

samping itu juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk

tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, persoalan ketiga yang ingin saya kemukakan

pada hari ini ialah berkaitan dengan masalah perumahan. Saya amat

mengalu-alukan tindakan Kerajaan untuk memberikan subsidi faedah

bersamaan 1% kepada institusi kewangan bagi mempastikan peminjam

tidak dikenakan kadar yang lebih tinggi daripada 9%. Di samping itu

juga, Kerajaan perlu memastikan bahawa lebih banyak lagi rumah kos

rendah dapat dibina bagi memastikan bahawa lebih ramai rakyat yang

berpendapatan rendah akan berpeluang memilikki rumah sendiri.

Pembinaan rumah berkonsep pasang siap perlu digalakkan kerana ianya

tidak melibatkan kos yang tinggi dan mudah untuk disiapkan dalam

jangka masa yang singkat.

Tuan Yang di-Pertua, strategi Kerajaan untuk mewujudkan sistem

pelaksaan zakat yang lebih teratur dan sistematik perlu diberi

keutaraaan bagi mempastikan setiap umat Islam yang layak membayar

zakat dapat melaksanakan tuntutan ini. Namun begitu, suatu sistem

pungutan yang teratur perlu diwujudkan. Untuk itu, saya

mencadangkan agar sebuah majlis atau badan zakat kebangsaan dapat

ditubuhkan bagi menyelaraskan sistem pungutan zakat agar

pelaksanaannya lebib berkesan. Di samping itu, Kerajaan juga perlu

mempastikan agar wang zakat ini dapat diagih-agihkan dengan

sama-rata dan dapat disalurkan tanpa menghadapi sebarang

DR.16.11.92 -115-

penyelewengan. Kita percaya bahawa seandainya umat Islam di

Malaysia yang layak membayar zakat dapat melaksanakan amanah

tersebut, kedudukan ekoaomi umat Islam akan bertambah mantap dan

meningkatkan lagi semangat muhibbah sesama manusia.

Tuan Yang di-Pertua, strategi Kerajaan untuk melaksanakan dasar

penswastaan yang bertujuan untuk mengurangkan beban pekerjaan dan

meningkatkan kecekapan perkhidmatan seharusnya perlu melibatkan

perancangan dan penelician yang teliti bagi memastikan agar objektif

sebenar dasar ini akan dapat dicapai. Namun begitu, kita sebenarnya

tidak menafikan kejayaan yang talah dicapai oleh dasar ini,

walaupun pada dasarnya terdapat beberapa ruang lagi yang boleh

diperbaiki. Kejayaan yang dicapai oleh syarikat yang telah

diswastakan adalah suatu bukti yang nyata tentang kejayaan dasar

penswastaan. Tetapi apa yang lebih penting lagi ialah badan-badan

yang telah diswatakan itu janganlah terlalu ghairah untuk mencari

keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan kebajikan sosial yang

harus diagihkan dengan saksama kepada rakyat yang tidak

berkemampuan. Janganlah hanya matlamat keuntungan sahaja yang

dikejar, sehinggakan di kawasan tertentu yang pulangan keuntungannya

tidak seberapa tidak disediakan perkhidraatan yang sewajarnya.

Sepertimana secara rasional perlu diteliti agar rakyat yang

berpendapatan rendah turut sama menikmati nikmat kemakmuran,

janganlah terus memotong bekalan elektrik ataupun telefon seandainya

terdapat sebilangan daripada pengguna yang tidak dapat menjelaskan

bayaran tersebut dalam jangka masa yang singkat. Langkah ini akan

tambah menyusahkan mereka kerana bayaran sambungan semula yang

tinggi yang dikenakan kepada mereka.

DR.16.11.92 - 116 -

Oleh itu saya ingin bertanya kepada Kementerian Tenaga,

Telekom dan Pos, berapakah jumlah pungutan dan wang denda kerana

pelanggan terlambat membayar bil telefon semenjak Telekom Malaysia

diswastakan. Dan berapakah jumlah kos penyambungan semula bekalan

telefon ini. Dan apakah yang dikatakan nikmat dari penswastaan.

Oleh itu, saya berharap dan merayu agar wang denda menyambung semula

bekalan telefon sebanyak $50 yang dikenakan itu dikaji semula dengan

kadar yang lebih munasabah bagi kepentingan rakyat khasnya penduduk

luar bandar yang baru menikmati kemudahan bekalan telefon kerana

kadangkala kita dapati bil bayaran telefon itu lebih murah daripada

denda yang dikenakan.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu Kerajaan perlu juga meng-

kaji semula dasar pengambilan pekerja warganegara asing untuk

mengisi jawatan penting dalam syarikat yang telah diswastakan.

Jangan sehingga sampai suatu keadaan di mana lebih kuah daripada

nasi. Ruang hendaklah diberikan kepada rakyat Malaysia yang

berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut bagi memastikan agar

matlamat penswastaan menepati kehendak Kerajaan.

Di samping itu, peluang juga hendaklah diberikan kepada

syarikat-syarikat milik bumiputera untuk mendapat kontrak daripada

badan-badan yang telah diswastakan ini. Kerajaan perlu bertindak

DR.16. 11.92 - 1 1 7 -

dengan menetapkan kuota-kuota yang tertencu yang seharusnya diberi

kepada ayarikat-syarikat bumiputera untuk melaksanakan dan mengen-

dalikan kontrak-kontrak tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, strategi Kerajaan untuk mengatasi dan

mengurangkan masalah kemiskinan terutamanya di kawasan luar bandar

perlu diberikan perhatian dan tumpuan oleh Kerajaan. Kita tidak

mahu dalam kerancakan kita mengejar matlamat untuk menjadi sebuah

negara maju terdapat sebilangan rakyat negara ini yang masih di—

belenggui oleh masalah kemiskinan. Perbezaan dalam jurang

penguasaan ekonomi yang dipisahkan mengikut golongan kaum akan meng-

halang negara untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang ber-

satu-padu. Oleh itu, usaha untuk membasmi kemiskinan perlu diterus-

kan bagi membolehkan pembangunan negara akan dapat dinikmati oleh

semua rakyat. Oleh itu, skim khas Amanah Saham Bumiputera yang

diperuntukkan kepada golongan rakyat termiskin perlu diteruskan

dalam usaha meningkatkan penguasaan dan pemilikan bumiputera dalam

pemegangan saham. Namun begitu, pendekatan ini bukanlah pendekatan

yang terbaik kerana pemilikan ini akan lenyap begitu sahaja jika

tidak dikawal.

Tuan Yang di-Pertua, pepatah Cina ada mengatakan: 'Jika kamu

berikan seseorang seekor ikan, ia akan hidup selagi ikan itu masih

ada, tetapi jika kamu ajarkan dia cara untuk menangkap ikan, sese-

orang itu akan dapat hidup sehingga akhir hayatnya', Saya berpen-

dapat bahawa pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang terbaik

untuk memastikan agar masalah kemiskinan akan dapat diatasi.

DR.16. 11.92 -118-

Skim seperti Skim Amanah Ikhtiar Malaysia yang juga Yayasan Basmi

Kemiskinan perlu digembelengkan untuk melatih masyarakat melibatkan

dalam sektor perniagaan dan pertanian yang lebih komersial.

Insentif-insentif modal tanpa faedah dan juga tanpa cagaran perlu

diberikan kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan dan

bergiat di dalam sektor pertanian. Agensi-agensi Kerajaan yang lain

seperti MARA, FAMA dan sebagainya perlu diselaraskan dan digunakan

dengan sebaik mungkin bagi merpastikan agar matlamat Kerajaan ini

akan tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha Kerajaan untuk mencapai sebuah

negara maju menjelang tahun 2020 nanti, suatu pendekatan yang

menyeluruh terhadap kepentingan bidang penyelidikan dan pembangunan

sama ada dalam sekcor pertanian dan perindustrian perlu diberikan

penekanan. Saya amat mengalu-alukan peruntukan berjumlah sebanyak

$118 juta bagi membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Di samping itu juga, wang sebanyak $210 juta diperuntukkan

kepada beberapa agensi Kerajaan yang lain. Saya percaya dengan

peruntukan-peruntukan yang sebegini besar, kita akan mampu meng-

hasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih bermutu dan mampu untuk

bersaing di pasaran antarabangsa.

Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhorraat, sila gulung.

Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua,

sedikit lagi.

DR.16.11.92 - 1 1 9 -

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, tumpuan juga perlu diberi-

kan kepada beberapa penyelidikan lain seperti mempelbagaikan lagi

penggunaan minyak kelapa sawit sebagai bahan tenaga dan juga peng—

gunaan tenaga solar. Galakan-galakan lain juga perlu diberikan

kepada syarikat-syarikat swasta yang menjalankan aktiviti-aktiviti

penyelidikan. Di samping itu, institusi pengajian tertinggi juga

perlu menubuhkan pusat pengajian penyelidikan sendiri bagi memasti-

kan agar tumpuan secara serius dapat diberikan. Kita percaya dengan

kemampuan yang sedia ada, lebih banyak lagi bidang baru akan dapat

diterokai.

Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Masa sudah cukup.

Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Sekian, saya menyokong

Rang Undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Pagoh.

5.58 ptg.

Tuan Ahmad bin Omar [Pagoh]: Tuan Yang di-Pertua, adalah

menjadi kenyataan bahawa Belanjawan tahun 1993 yang telah dibentang-

kan olah Yabg Berhormat Menteri Kewangan adalah merupakan satu

Belanjawan negara yang kemas disediakan dengan perancangan dan

strategi yang teliti. Justeru itu Belanjawan kali ini tidak banyak

menerima kritikan melainkan daripada parti-parti Pembangkang yang

sengaja mencari dan membangkitkan isu supaya mereka mendapat

perhatian.

DR.16.11.92 -120-

Belanjawan 1993 dibentangkan pada ketika ekonomi Malaysia

berada di dalam keadaan yang sungguh memberansangkan, mencatat kadar

pertumbuhan yang kukuh selama lima tahun berturut-turut dan semakin

menunjukkan ketahanan. Rakyat sentiasa mengharapkan Kerajaan supaya

sentiasa mengambil langkah-langkah yang berkesan dan bijaksana,

Rakyat sedar tentang pentingnya perbelaniaan yang berpegang kepada

prinsip hemat dan cermat. Rakyat sudah tahu tentang buruknya akibat

daripada perbelanjaan yang boros dan membazir.

Soalnya ialah bagaimana Kerajaan dapat mengekalkan ketahanan

kadar pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk tempoh yang panjang.

Kita memuji langkah Kerajaan untuk melakukan perubahan-perubahan

struktur yang berani. Namun begitu, tindakan ke arah perubahan ini

perlulah berlaku secara sistematik dan tidak mendadak. Kesan dari

perubahan ini juga seharusnya dirasai oleh semua lapisan dan

golongan masyarakat serta pelbagai sektor lain di negara ini. Kita

setuju dengan langkah Kerajaan untuk memastikan bahawa kepesatan

pertumbuhan ekonomi akan menjamin keselesaan hidup rakyat. Rakyat

tidak sepatutnya tertipu dengan angka dan peratusan sahaja.

Peratusan dan angka mestilah boleh diterjemahkan kepada

kenyataan yang boleh memberi jaminan ke arah perubahan corak hidup

yang lebih baik, peningkatan pendapacan yang tinggi dan kelegaan

serta keselesaan hidup yang boleh dinikmati oleh setiap rakyat di

negara ini tidak kira dari golongan mana sekali pun, sama ada

DR.16.11.92 - 1 2 1 -

golongan marhaen atau golongan atasan. Soalan setsrusnya ialah

bagaimana pendapatan per kapita negara yang telah dianggarkan

meningkat kepada kadar 11.2% kepada RM7,554 daripada paras tahun

lalu akan dapat dipertahankan. Seterusnya di pertingkatkan sehingga

tamat tempoh Dasar Pembangunan Nasional dan seterusnya ke tahun

2020.

Saya harap, Dasar Perbelanjaan Hemat dan Cermat akan terus men-

jadi dasar dalam perlaksanaan dasar pembangunan dan penyusunan

semula ekonomi negara. Segala perbelanjaan mestilah menitikberatkan

soal-soal:-

(a) Cost effectiveness, dengan izin;

(b) Produktiviti;

(c) Kualiti;

(d) Kewajaran dan keutamaan; dan

(e) Keseimbangan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada

peratusan rakyat yang menerima bekalan air bersih, yang telah

meningkat daripada 70% pada tahun 1987 kepada 86% pada tahun 1990.

Dalam tempoh empat tahun, telah meningkat sebanyak 16%. Ini ber-

makna hitung panjang peningkatan ialah kira-kira 4% setahun. Kalau

dikaji dari segi keperluan sepenuhnya, kita memerlukan peningkatan

peratus sebanyak 14% lagi. Dan kalau didasarkan keperluan pada per-

kembangan yang sedia ada, ini bermakna negara memerlukan tempoh

DR.16.11.92 - 122 -

lebih kurang 3 1/2 tahun lagi untuk memberikan bekalan air bersih

kepada seluruh rakyat. Ini juga bermakna bahawa sebelum tamat

tempoh Rancangan Malaysia Keenam, bekalan air bersih akan dapat di-

nikmati oleh seluruh rakyat. Kita benar-benar berharap perkara ini

tidak tercicir di dalam agenda perlaksanaan projek-projek pem-

bangunan di kawasan luar bandar. Kalau perlu dan kalau boleh, biar-

lah perlaksanaannya dapat diberi keutamaan dan dilaksanakan seberapa

segera yang mungkin. Kalau pun ia memerlukan perbelanjaan yang

besar tetapi ini adalah perkara yang bolah dianggap keperluan asas

dan patut diberikan keutamaan. Jika Kerajaan melaksanakan dengan

memberikan keutamaan kepada projek bekalan air bersih, ini bukanlah

membazir.

DR. 16.11.92 -123-

Pulangan dan faedahnya mestilati dilihat dari segi kualiti hidup

rakyat yang semakin bertambah baik dan bayaran-bayaran bil dari segi

penggunaan air. Saya mengesyorkan supaya pelaksanaan sepenuhnya

dapat dilakukan secepat mungkin, tidak melewati Rancangan Malaysia

Keenam. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan supaya meng-

kaji semula peraturan bagi permohonan dan kelulusan untuk memasukkan

bekalan air ke rumah—rumah. Saya dapati dari segi peraturan, masih

ada beberapa masalah yang perlu diatasi dan dipermudahkan, termasuk

soal status tanah, di mana permohonan dibuat, dan soal pelan.

Seringkali ada persoalan hakmilik tanah dibangkitkan. Keadaan ini

telah merumitkan banyak pengguna. Cara pemeriksaan meter bekalan

air juga patut dikaji semula. Ada bacaan yang kadang-kadang meragu-

kan bila dibandingkan di antara penggunaan dan bayaran yang dikena-

kan. Pemeriksaan juga sepatutnya lebih elok jika dibuat pada setiap

bulan dan bukanlah dua bulan sekali supaya akhirnya pengguna tidak

merasa terbeban kerana jumlah bayaran yang banyak terkumpul.

Saya juga berharap supaya Kerajaan memberi keutamaan untuk

bekalan elektrik kepada rakyat, khasnya di luar bandar. Di dalam

tahun 1987 peratusan bekalan elektrik ialah 66% dan pada tahun 1990

telah meningkat kepada 82%, iaitu peningkatan sebanyak 16%, di mana

hitung panjang ialah kira-kira 4% setahun. Kita harap dengan

segala usaha Kerajaan dan keutaraaan yang boleh diberikan, kedua-dua

bekaian, air bersih dan elektrik ini akan tarlaksana sepenuhnya se-

belum menjelang tamatnya tempoh Rancangan Malaysia Keenam dan saya

mencadangkan kepada pihak Kerajaan supaya diadakan satu pelan induk

sebagai tindakan segera untuk pelaksanaan kedua-dua bekalan ini

DR. 16.11.92 -124-

antara tempoh dua atau tiga tahun dan dengan peruntukan yang

mencukupi. Dengan adanya bekalan air bersih yang mencukupi, bekalan

elektrik yang semakin meluas dan ditambah dengan prasarana yang

bertambah baik dan pelbagai galakan-galakan yang lain, sudah

pastilah akan lebih mendorong dan menggalakkan rakyat untuk

menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan terutama di dalam

industri kecil dan sederhana. Ini adalah sejajar dengan langkah

Kerajaan untuk ingin menjadikan rakyat negara ini maju di dalam

bidang perindustrian dan akhirnya mewujudkan masyarakat perdagangan

dan perniagaan yang berdaya-maju.

Tuan Yang di-Pertua, agenda Kerajaan menegakkan keadilan sosial

dan membela nasib golongan fakir dan miskin bolehlah dianggap

sebagai satu jihad. lai adalah satu langkah tnurni dan selaras

dengan usaha menegakkan hak asasi manusia. Tidak ada satu pihakpun

di negara ini yang patut dikecualikan dan ditindas. Yang susah

perlukan bantuan, yang senang patut menghulurkan bantuan. Cara ini

boleh membentuk ciri-ciri dan amalan baik di dalam pembentukan

masyarakat penyayang yang menjadi asas penting di dalam pembinaan

bangsa yang bersatu-padu dan bermaruah. Di dalam keadaan Kerajaan

berupaya memberi bantuan kepada golongan yang miskin dan yang

memerlukan bantuan, saya memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat

hendaknya janganlah menarik bantuan kepada golongan miskin yang

tidak berupaya dan orang-oraag tua. Terdapat golongan ini, yang

pada masa ini terhimpit kehidupan mereka kerana bantuan-bantuan

kewangan yang sebanyak $30, $40 ataupun $50 sebulan ditarik semula

selepas dua atau tiga tahun menerimanya. Saya rasa langkah ini

adalah tidak bijak, tidak wajar dan tidak sesuai. Kementerian

DR. 16.11.92 -125-

Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mestilah peka dengan

nasib warga tua di negara ini. Fikirkanlah apakah pembelaan kepada

mereka ini sudah mencukupi? Saya tertarik kepada langkah

kmenterian ini di dalam mengadakan program pembinaan asrama orang-

orang tua tidak berwaris yang dikelolakan, bersama secara sukarela

oleh Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Masjid,

bagi menjaga kebajikan orang-orang tua sepanjang hayat mereka. Saya

mencadangkan supaya satu peruntukan yang lebih besar mestilah diada-

kan bagi melaksanakan program ini secara lebih banyak dan menyeluruh

di negara ini. Masanya sudah sampai bagi Kerajaan dan Ahli-ahli

Masyarakat mengambil tanggungjawab sosial ini demi kesejahteraan

seluruh rakyat di negara ini. Dengan ini. warga tua tidak rasa

terpencil, tidak rasa sepi dan menderita di dalam menghabiskan sisa-

sisa hidup mereka yang masih ada.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam pembangunan sesuatu bangsa,

penguasaan ilmu adalah penting di dalam menentukan asas kejayaan.

Di dalam hal ini, pelaburan Kerajaan di dalam pendidikan sentiasa

ditekankan. Sejumlah besar daripada peruntukan pembangunan negara

adalah untuk pendidikan. Sudah pastilah kita tidak mahu matlamat

kita yang ingin menjadikan bangsa kita suatu bangsa yang berilmu

tinggi menemui kegagalan. Di dalam hal ini segala yang perlu bagi

memastikan pembelajaran yang berkesan mestilah diambil dan

dilaksanakan. Saya mendesak Kerajaan supaya memastikan bilangan

bilik-bilik darjah yang masih kekurangan dan diperlukan disegerakan

pembinaannya mengikut jadual, iaitu pada tahan 1992 serta 1993 dan

1994 - bagi sekolah rendah yang berjumlah 12,660 bilik ini perlulah

DR. 16.11.92 -126-

dilaksanakan mengikut jadual dan mengikut masa. Begitu juga bagi

sekolah menengah - bagi tahun 1992, 1993 dan 1994 yang berjumlah

15,270 bilik ini juga perlu disegerakan pembinaannya mengikut masa

dan jadual.

Angka-angka ini dengan sendirinya menerangkan kepada kita

betapa seriusnya kesulitan bilik-bilik darjah yang dihadapi di

sekolah-sekolah di negara ini. Kita harap bilik-bilik darjah ini

dapat dibina mengikut jadual dan pastikan tiada kegagalan dan

kelewatan di dalam pembinaan. Jika berlaku sebarang masalah yang

menyebabkan rancangan ini gagal, maka kesannya adalah buruk kepada

pelajar-pelajar dan akan dirasai di dalam jangkamasa panjang. Dalam

keadaan sekarang di mana guru sudah semakin ramai dan terlatih,

tidak harus dibiarkan tenaga mereka tidak dapat digunakan sepenuhnya

akibat kekurangan bilik-bilik darjah dan terpaksa menempatkan

bilangan murid seramai 40-50 orang di dalam satu kelas, iaitu

melebihi bilangan yang sesuai untuk pembelajaran yang berkesan.

Saya juga mahukan Kerajaan memastikan supaya peruntukan yang

secukupnya diadakan, iaitu dianggarkan kira-kira RM244.9 juta bagi

pembinaan bilik-bilik darjah untuk kelas kemahiran hidup di

sekolah-sekolah rendah. Adalah satu kenyataan bahawa kebanyakan

sekolah-sekolah rendah mengalami kekurangan bilik-bilik darjah untuk

memenuhi kegiatan kurikulum sekolah. Bilik-bilik diperlukan untuk

bilik guru, bilik perpustakaan, bilik sembahyang, bilik pusat sumber

dan lain-lain keperluan. Kalau langkah ini tidak disegerakan, saya

bimbang banyak sekolah akan menghadapi masalah dan boleh membawa

kepada kegagalan kepada kelas kemahiran hidup yang mula diajarkan di

sekolah-sekolah rendah. Tujuan ko-kurikulum ini adalah baik, tetapi

sudahkah sekolah disediakan dengan bengkel-bengkel dan kemudahan

DR. 16.11.92 -127-

yang cukup? Saya perhatikan banyak sekolah yang terpaksa berusaha

sendiri untuk membiria bengkel-bengkel ataupun pondok-pondok di

kawasan sekolah dalam keadaan yang kurang sempurna dengan bantuan

PIBG dan Wakil-wakil Rakyat. Saya rasa ini bukanlah penyelesaian

yang berkesan dan hanya bersifat sementara sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin] : Yang Berhormat, minta gulung.

Tuan Ahmad bin Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin

menarik perhatian Kerajaan kepada kedudukan sekolah-sekolah di luar

bandar seperti di FELCRA dan FELDA. Kenyataan pada hari ini ialah

FELCRA dan FELDA yang mengambil tanggungjawab untuk pembinaan

sekolah, terutama sekolah agama, tetapi tidak dapat melaksanakannya.

Akibatnya anak-anak peneroka menjadi mangsa dari ketiadaan tempat

belajar. Dalam keadaan mendesak, Kerajaan Negeri, terutamanya,

terpaksa mengambil tanggungjawab ini. Saya harap FELCRA dan FELDA

mengkaji semula dasar tanggungjawab asalnya. Sejauhmanakah dasar

ini telah dilaksanakan? Jika FELCRA dan FELDA tidak berupaya,

perlulah satu pendekatan baru diambil supaya tanggungjawab ini tidak

terabai. Kita tidak mahu rakyat yang tidak bersalah menerima beban

dan menjadi mangsa. Kita difahamkan bahawa FELCRA, umpamanya,

membuat potongan pembangunan sebanyak 10% dari pendapatan peserta,

ke manakah perginya Kumpulan wang ini? Apakah yang terjadi dengan

wang ini? Kalau wang ini untuk kepentingan perkhidmatan kepada

peserta, patutlah keutaraaan diberikan kepada pembinaan sekolah dan

kemudahan lain yang lebih penting. Setelah perbelanjaan pembangunan

di FELCRA selesai dibayar oleh peserta, perlukan potongan sebanyak

10% ini dikekalkan? Sekiranya perlu, apakah perlu dikekalkan pada

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bia Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Ahmad bin Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

menyokong. Sekian.

DR.16.11.92 - 1 2 8 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Usul.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN DARIPADA

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Raja Dato'

Ariffin bin Raja Sulaiman]: Tuan Yang di-pertua, saya mohon

mencadangkan:-

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan

Mesyuarat 12(1), Dewan ini tidak akan

ditangguhkan hari ini sehingga jam 8.00 malam

atau jika tiada lagi Ahli-ahli yang hendak

berucap dalam perbahasan mengenai Rang Undang-

undang Perbekalan 1993 dan Usul Anggarsn

Pembangunan pada peringkat dasar mengikut pada

mana yang terdahulu.

Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi [Dato' Haji

Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

menyokong.

DR.16.11.92 - 1 2 9 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah kepada

Majlis bagi diputuskan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan

Mesyuarat 12(1), Dewan ini tidak akan

ditangguhkan hari ini sehingga jam 8.00 malam

atau jika tiada lagi Ahli-ahli yang hendak

berucap dalam perbahasan mengenai Rang Undang-

undang Perbekalan 1993 dan Usul Anggaran

Pembangunan pada peringkat dasar mengikut pada

mana yang terdahulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Jerai.

6.11 ptg.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih, Tuan

Yang di-Pertua. Bismillahhir-rahmannir-rahim. Saya bangun untuk

menyokong Usul Belanjawan Negara bagi tahun 1993 yang saya kira ini

adalah Belanjawan membela rakyat. Inilah yang dikatakan "dari

rakyat untuk rakyat".

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan kali ini memanglah cukup adil

dan bukan sahaja bagi orang-orang yang berada di luar bandar tetapi

juga bagi peniaga-peniaga yang sedang menjalankan perniagaan mereka.

DR.16.11.92 - 130 -

Belanjawan ini boleh dikatakan betul-betul kita memikirkan tentang

nasib rakyat dan juga ingin membela dan membangun rakyat yang

begitu mengharapkan kepada Kerajaan yang telah mereka amanahkan.

Konfiden peniaga-peniaga di luar negeri dan juga di dalam

negeri meningkat dan kira dapat melihat, insya-Allah, ramai lagi

pelabur-pelabur yang akan menjejak kaki di Malaysia dan bagi

peniaga-peniaga tempatan pula, mereka ini akan berusaha untuk

memperbesarkan lagi perniagaan mereka.

Kenaikan indeks dan kecergasan jual beli saham begitu rancak

dengan tersendirinya menunjukkan Malaysia adalah bumi bertuah untuk

mencari peluang perniagaan dan meraih keuntungan. Satu ketika

dahulu, apabila Menteri Kewangan hendak membentangkan Belanjawan

Negara, setiap peniaga-peniaga merasa resah, setiap rakyat merasa

bimbang tentang kenaikan cukai dan peniaga-peniaga mula menyorok

barang-barang tetapi kini ternyata apabila Menteri hendak

membentangkan Belanjawan, rakyat dengan penuh kegembiraan dan

konfiden bahawa Menteri mereka itu tetap membela nasib mereka.

Walau bagaimanapun, saya mengesyorkan kepada Kerajaan agar

peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada Kementerian-kementerian

akan diuruskan dengan teratur, dengan baik supaya rakyat benar-

benar mendapat manfaat dan nikmat daripada peruntukan-peruntukan

yang diberikan.

Tuan Yang di-Pertua, memanglah lazimnya pihak Pembangkang tetap

membangkang walaupun benda itu baik, walaupun benda itu mendatangkan

DR.16.11.92 - 131 -

manfaat kepada rakyat. Saya kira masa telah sampai bagi pihak

Ahli-ahli Pembangkang mengubah haluan daripada mengkritik, mencohmah

dan kadang-kadang mencemuh fitnah-fitnah supaya balik ke pangkal

jalan dan memberikan pandangan-pandangan benas kepada Kerajaan

supaya Kerajaan bersama-sama dengan pihak Pembangkang dapat

membangunkan negara ini, dapat memberikan manfaat kepada rakyat yang

telah memberikan kepercayaan kepada Wakil-wakil Rakyat yang ada di

dalam Dewan yang mulia ini,

Jadi, kalau kita hendak mengkritik, memanglah orang yang begitu

segak sekalipun ada cacat celanya. Manusia yang begitu sopan-santun

kadangkala ada kesilapannya. Jadi, kita ambillah yang baik dan

janganlah kita selalu mengambil yang tidak baik dsn menekankan

benda-benda yang kadangkala menyakitkan hati seseorang itu. Jadi,

saya juga merasa kagum Belanjawan kali ini benar-benar ingin

membangunkan terutama sekali rakyat yang berada di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan di luar bandar begitu penting

dan begitu utama kerana boleh dikatakan daripada Ahli-ahli Dewan

yang mulia ini berasal dari kawasan-kawasan luar bandar melainkan

kebanyakan daripada Wakil-wakil Rakyat DAP yang berada di dalam

kawasan bandar. Jadi, saya kira kalau boleh Kementerian Pembangunan

Negara dan Luar Bandar diperuntukkan peruntukan yang lebih lagi

supaya rakyat yang berada di kawasan luar bandar ini dapat meniktmati

kesejahteraan, kesenangan daripada hasil kemerdekaan dan kepercayaan

yang telah mereka berikan kepada Kerajaan.

DR.16.11.92 - 132 -

Masih terdapat, Tuan Yang di-Pertua, kawasan-kawasan luar

bandar, jalan-jalannya masih lagi berdebu, lubang-lubang di sana dan

di sini, tayar motor di luar bandar terpaksa ditukar boleh kata

kadangkala sebulan dua tiga kali - pancit dan orang tua-tua merungut

kerana pinggang mereka sakit, terpaksa naik gerek kadang-kadang,

jatuh lubang dan sebagainya. Begitu jugalah dengan bekalan air

kepada luar bandar. Masih ada lagi kawasan-kawasan yang terpaksa

menimba air di dalam telaga yang saya kira perlu pada hari ini kita

berilah kepada mereka ini kesenangan. Jadi, tidak payahlah hendak

mandi di tepi telaga, pagar kadang-kadang dengan daun pisang.

Hendak mandi pun kena menyorok-nyorok, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, inilah kadang-kadang nasib orang kampung. Jadi, depa

pesan pada saya, kalau ke Parlimen pada masa budget ini, mintalah,

berilah duit banyak sedikit untuk bekalan air supaya air ini naik ke

rumah. Saya biasa bercakap, kadang-kadang paip sampai dalam bilik

air, buka-buka air tidak keluar, keluar angin, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, inilah rintihan-rintihan daripada rakyat dan begitu juga

seperti yang saya katakan tadi, sekolah-sekolah di luar bandar ini

kadang-kadang agak ketinggalan, Sudahlah nasib orang di dalam

bandar ini, dia pergi sekolah pun, sekolah yang bagus, kipas angin

senantiasa ada, komputer ada. Yang di luar bandar ini kadang-kadang

komputer tidak ada, bila depa masuk ke sekolah menengah, hak lain

tengok komputer hak baru masuk ini dia kata, "Binatang apa itu?

DR.16.11.92 - 133 -

Binatang apa itu yang keluar gambar bila ditekan?" Jadi,

ketinggalan, budak-budak sekolah di luar bandar ini.

Jadi, kalau boleh biarlah agihan kesenangan itu sama raca

kerana bolah dikatakan, macam saya katakan tadi, keseluruhan rakyat

luar bandar ini memberi sokongan padu kepada Kerajaan hari ini dan

mereka mengharapkan agar Kerajaan memberi kemudahan asas yang

sewajarnya, kemudahan pendidikan yang sewajarnya agar apabila mereka

besar, mereka sama setaraf dengan orang-orang yang berada di dalam

bandar.

Kawasan saya sendiri, Tuan Yang di-Pertua, kawasan Jerai, masih

lagi berdebu. Kalau musim panas, berdebu. Kereta warna putih, bila

keluar jadi warna coklat. Kain putih, dia keluar jadi warna

coklat. Musim hujan, budak-budak sekolah kadang-kadang terpaksalah

buka kasut, pakai di jalan kerana lecah. Orang Kedah kata "lecah".

Bahasa Kuala Lumpur saya tidak berapa mengerti, Tuan Yang

di-Pertua. Jadi, dia becak. Jadi, perlulah dipertingkackan dan

bila kita kata luar bandar, Tuan Yang di-Pertua, bukanlah bermakna

jalan itu kena kecil, jalan itu kenalah besar mengikut taraf tempat

lain juga. Kadang-kadang bila musim raya, bila balik anak-anak luar

bandar yang bekerja di bandar, hendak selisih kereta pun tidak

boleh.

Jadi, inilah kita kena ingat, bila orang luar bandar, jangan

kita kata orang luar bandar, dia ini tidak mengerti. Jadi, kalau

jalan itu, biarlah jalan yang elok, yang setaraf dengan luar

bandar. Kadang-kadang kita beri peruntukan yang tidak cukup, tahun

DR.16.11,92 -134-

Ini kita buat minyak tar, tahun hadapan ia berlopak pula, tambah

lagi duit. Jadi, kalau kira untuk jangka masa yang panjang, kita

yang rugi. Jadi, kita buat jalan yang sewajarya untuk orang

kampung. Depa boleh bawa keluar hasil pendapatan yang lumayan, depa

boleh melibatkan diri dalam bidang ekonomi dan ini akan membangunkan

ekonomi diri mereka sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya dapat lihat sekolah-sekolah yang

wujud pada hari ini pun, kadang-kadang bila lepas buat sekolah itu,

maintenance atau penyelenggaraannya itu tidak sewajarnya. Ada

sekolah yang bocor, ada sekolah yang tangkinya bocor. Budak-budak

sekolah hendak belajar pun tidak boleh, Kerusi pun tidak sempurna.

Ini menjadikan masalah kepada mereka, Kalau kita hendak bandingkan

sekolah-sekolah dalam bandar ini macam-macam ada, seperti yang saya

kata tadi. Ada sekolah yang berhawa dingin pun, library atau

khutub-khanahnya berhawa dingin, di kampung-kampung kadang-kadang

buku di khutub-khanah pun tidak cukup. Jadi, kadang-kadang

anak-anak ini apabila masuk ke sekolah-sekolah di bandar ini, mereka

akan berada di dalam keadaan yang orang kata tidak faham dengan

pembangunan, macam orang Kedah kata, "perak".

DR.16.11.92 -135-

Jadi, ini kita kena minta Kementerian pendidikan, tolong

sedikit anak-anak kita di kampung itu. Dan juga biasiswa-biawiswa

yang kita hendak beri ini berilah dengan secukupnya. Jangan

anak-anak kita ini bila pergi ka luar negeri dia menghadapi masalah,

makan tak cukup. Dan saya dengar ada yang makan coklat tengahari

untuk hendak beri isi perut kenyang sahaja. Jadi, yang ini kita tak

mahulah. Berilah, sekurang-kurangnya, dah kita hendak hantar biar

lepas depa dan depa hendak balik dengan ijazah. Balik dengan

Kerajaan, depa ini akan dapac membangunkan negara kita ini. Mereka

inilah waris-waris yang akan terus memajukan negara dan akan terus

membangunkan negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri saya kira perlu

diberi satu peruntukan yang sewajarnya kerana kita dapati kadang-

kadang pegawai-pegawai kita yang berada di luar negeri itu

menghadapi masalah adengan cost of living, Tuan Yang di-Pertua.

Saya biasa mendapat aduan-aduan mengatakan mereka ini kadang-kadang

hendak memanggil duta-duta lain atau Diplomat-diplomat lain untuk

entertainment pun tak berani, tak cukup peruntukan. Jadi, ini kita

kena jaga, mutu kita kena jaga, standard kita kena jaga di luar

negeri. Kereta-kereta pun saya biasa dapat lihat kereta diplomat

ataupun kereta di embassy kita ini rosak di tengah jalan. Jadi,

saya sendiri biasa mengalami, naik-naik, start tak jalan, Tuan Yang

di-Pertua. Turun dengan kot, nasib baik tak pasang bendera

Mataysia. Jadi, yang inilah kita tak mahu.

Sekarang ini kita ada Proton Saga, hantar Proton Limousine,

DR.16.ll.92 -136-

hantar Proton Executive untuk pejabat-pejabat kita di Luar negeri

pakai, tak usah pakai Mercedes atau apa, pakai itu cukup. Ini untuk

melambangkan bahawa Malaysia pun mengeluarkan kereta. lni adalah

Proton Limousine, duta kita naiklah kereta itu, bubuh bendera

Malaysia di hadapan. Lagi elok daripada Mercedes. Jadi, ini dengan

tersendiri kita memarketkan atau memasarkan kenderaan buatan

Malaysia sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos ini

kadang-kadang mementingkan keuntungan dan melupakan tanggungjawab

mereka kepada masyarakat di luar bandar. Kita dapati banyak

pondok-pondok telefon-telefon yang berada di luar bandar rosak,

kadang-kadang sampai 6 bulan pun tak dapat diperbaiki. Kadang-

kadang kita memohon untuk diadakan telefon-telefon di luar bandar,

tetapi dikatakan bahawa line tak cukup, kabel tak ada dan sebagai-

nya. Tetapi kita kena ingat, orang-orang yang duduk di luar bandar

samalah berfikiran, samalah berpandangan seperti oraag-orang yang

berada di dalam bandar ini. Mereka juga memerlukan telefon-telefon

untuk kegunaan kecemasan dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya

berharap Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos dapat melihat agar

Jabatan Telekom ini akan memberikan perkhidmatan yang sewajarnya

kepada rakyat di luar bandar dan bukan semata-mata untuk meraih

keuntungan daripada sistem penswastaan ini.

Memang kita dapat lihat harga saham Telekora di Bursa Komoditi

begitu tinggi, tetapi janganlah pula rakyat di luar bandar ini

merasakan mereka ini dianakatirikan dan ini akan memberikan mereka

ini satu pandangan yang tidak begitu elok terhadap sistem

penswastaan kepada syarikat-syarikat yang tertentu.

DR.16.11.92 -137-

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya saya kira perlu

juga di samping saya mengucapkan tahniah di atas kewujudan

lebuhraya-lebuhraya. Kita perlu ingat jalan-jalan yang masih ada

pada hari ini perlu diberi penyelenggaraan yang sewajarnya. Saya

dapat kira lebih kurang 236 lubang dari Alor Setar ke Kuala Lumpur

yang perlu ditampung oleh JKR. Itu pun lubang-lubang yang besar tak

termasuk lubang-lubang yang kecil. Jadi, inilah kadang-kadang

menyebabkan kemalangan. Untuk mengelakkan lubang itu sahaja kadang-

kadang kita terpaksa bertembung dengan lori. Jadi, saya merasakan

bahawa jalan-jalan ini perlulah diperbaiki terutama sekali dari

Butterworth naik ke Taiping, jalan masuk ikut Ceruk Tokkun dan

sebagaiaya, Bukit Mertajam pun perlu. Kadang-kadang orang Kedah,

orang Alor Setar dia datang ikut situ. Jadi, kita bawa kereta ini

kadang-kadang kena elak, terpaksa elak Tuan Yang di-Pertua, kerana

lubang di kiri dan di kanan, kadang-kadang termasuk di dalam lopak

itu, Jadi, ini membahayakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyarankan agar gaji-gaji

pegawai Kerajaan ini kalau boleh diseimbangkan dengan gaji-gaji

daripada syarikat-syarikat swasta. Kita dapati banyak Hari ini

pegawai-pegawai Kerajaan merasakan pendapatan itu agak tidak

lumayan, mereka i t u apabila dapat peluang, depa lompat kepada

syarikat-syarikat. Ini merugikan kita dan saya kira penambahan

kepada gaji mereka ini kalau kita beri agak lumayan, maka insya

Allah, di samping memberi perkhidmatan yang baik yang saya kira pada

hari ini mereka ini akan terus memberi perkhidmatan yang sewajarnya

DR.16.11.92 -138-

dan mereka sanggup saya ingat bekerja sampai 4.30 petang, bukan 4.15

pada hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddi]: Minta gulung yang Berhormat.

Tuau Haji Badrtiddin bin Amiruldin: Ya, hendak gulung Tuan Yang

di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang saya perlu tekankan

di sini ialah sekolah-sekoLah menengah agama. Kita dapat iihat di

merata-rata daerah wujudnya sekolah-sekolah menengah berasrama dan

di setiap negeri kadang-kadang wujud sekolah-sekolah vokasional,

tetapi saya kira sekolah-sekolah menengah agama ini kurang. Ini

agak membirabangkan generasi-generasi muda kita kerana bagi saya,

saya amalkan, iaitu rakyat yang soleh akan membentuk sebuah negara

yang bersih. Jadi, untuk menjadikan anak-anak kita ini sebagai

anak-anak yang soleh, saya kira kewujudan banyak sekolah-sekolah

menengah agama di tiap-tiap daerah kalau boleh ini perlu diadakan

secepat mungkin supaya ini akan dapat mengurangkan kewujudan pusat-

pusat serenti.

Jadi, peruntukan-peruntukan yang kita beri untuk pusat serenti

ini adalah lebih baik kita berikan kepada mewujudkan sekolah

menengah agama supaya dengan kewujudan ini kita akan dapat melihat

generasi-generasi bangsa kita yang lebih bersopan santun, lebih

tertib dalam hidup mereka itu.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri saya ingin tekankan di

sini juga iaitu kalau boleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa,

dan Industri ini menekankan supaya kewujudan peniaga-peniaga

bumiputera perlu dibimbingkan, perlu dipastikan bahawa bumiputera-

DR.16.11.92 -139-

bumiputera yang berniaga dengan syarikat-syarikat besar daripada

luar negara ini mendapat perhatian, malah saya telah difahamkan Unit

Penyertaan Bumiputera di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri itu sendiri telah dimansuhkan dan pada hari ini

peniaga-peniaga bumiputera mendapati agak sukar tidak ada tempat

untuk merayu masalah-masalah yang mereka sedang hadapi dan ini akan

memberi tekanan kepada mereka dan akan memberi peluang pula kepada

pelabur-pelabur asing untuk menekan peniaga-peniaga bumiputera yang

ingin untuk terlibat sama di dalam bidang-bidang perniagaan yang

mereka laburkan di dalam negara kita ini.

Jelas dapat kita lihat hari ini supporting industries itu

sendiri tidak dapat diterima....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Haji Badruddin bia Amiruldin: Ya, ya, saya sudah hendak

tutup.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Cukup1ah.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, kalau

begitu, saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong Belanjawan

Tahun 1993 dengan sepenuhnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Klang.

6.28 ptg.

Tuan Fong Kui Lun [Klangj: Tuan Yang di-Pertua, tahun ini

ialah tahun kedua bagi Yang Berhormat Menteri Kewangan membentangkan

DR.16.ll.92 -140-

Belanjawan Negara di Dewan yang mulia ini. Jika dibandingkan dengan

Belanjawan-belanjawan tahun lalu, kali ini beliau agak berani

membentangkan suatu Belanjawan negara yang memberi keuntungan

politik, political mileage kepada dirinya selaku Naib Presiden UMNO

dalam persediaan menghadapi era pemilihan baru pucuk pimpinan UMNO

yang dijangka berlangsung pada tahun 1993, iaitu setelah selesai

urusan persempadanan semula bahagian pilihanraya dan pemilihan

ketua-ketua dan jawatankuasa bahagian-bahagian parti UMNO termasuk

bahagian baru yang kononnya dicadangkan oleh Suruhanjaya

Pilihanraya. Mamun begitu, dalam kebaikan yang cuba diberikan kepada

setiap lapisan golongan rakyat, terdapat beberapa kelemahan dalam

Belanjawan kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin membangkitkan

insentif cukai yang disediakan dalam Belanjawan ini. Kadar cukai

pendapatan ke atas syarikat dicadangkan diturunkan dari 35% kepada

34%, diturunkan 1%. Saya ingin mencadangkan supaya kadar ini

diturunkan raenjadi 15% lagi supaya ia boleh meraberi kelegaati kepada

syarikat dan mampu disediakan produk dan perkhidmatan yang lebih

baik kepada golongan sasaran. Jika Kerajaan dapat mengurangkan

kadar peratusan yang tinggi, ini boleh membantu mencegah amalan

setengah-setengah peniaga dan syarikat mengelakkan diri dari

membayar cukai. Sabat tahun Kerajaan mengalami banyak kerugian dan

kehilangan hasil dari cukai pendapatan syarikat kerana kesalahan

Kerajaan sendiri mengenakan kadar cukai yang tinggi.

DR.16.11.92 - 141 -

Misalnya baru-baru ini terdapat dua syarikat yang besar yang

enggan membayar cukai berpunca dari cukai yang tinggi. Penurunan

sebanyak 1% tidak memberi makna apa-apa.

Tuan Yang di-Pertua, satu aspek lagi Kerajaan hendaklah

memperkenalkan satu cukai yang wajib dibayar oleh pekerja-pekerja

asing yang sudah ramai sekarang bagi memenuhi keperluan gunatenaga

di dalam pelbagai sektor ekonomi di dalam negara kita. Bayaran levi

yang dikenakan ke atas mereka tidak mencukupi bagi menjadi hasil

Kerajaan. Jika cukai khas ini dapat dilaksanakan menerusi pengenaan

cukai ke atas pendapatan yang dikenakan cukai diterima oleh para

pekerja asing di samping levi, negara hanya memerlukan jumlah

pekerja asing yang berpatutan yang tidak dibanjiri sehingga

mengancam peluang-peluang pekerja tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan langkah Kerajaan

memansuhkan cukai meskipun ianya boleh dilakukan pada tahun-tahun

sebelum ini. Pemansuhan cukai pembangunan tidak menjadikan golongan

peniaga dan syarikat merasa lega kerana masih lagi rangkaian cukai

yang dibebankan kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga mengecualikan cukai ke atas

faedah dari bon korporat yang tidak disenaraikan di dalara BSKL akan

tetapi mendapat pengiktirafan dari Rating Agency Malaysia (RAM), ia

memberi peluang kepada rakyat memiliki bon-bon korporat di samping

simpanan dan tabungan biasa.

DR.16.11.92 - 142 -

Tuan Yang di-Pertua, sekim rebate eksport ke atas pengeluaran

pertanian yang berjalan sejak tahun 1987 yang kini dicadangkan

supaya ditarik balik mulai 31hb. Oktober 1992 patutlah ditolak.

Bagaimana Kerajaan sejak beberapa tahun lalu hendak menggalakkan

pengeksportan hasil keluaran pertanian kita seperti buah-buahan dan

bunga-bungaan. Jika sekim rebate ini ditarik balik, sekurang-

kurangnya Kerajaan hendaklah mengkaji semula skim rebate ini supaya

eksport hasil pertanian negara kita tidak terjejas.

Tuan Yang di-Pertua, yang sungguh menarik ialah kajian semula

ke atas duti import bagi 649 barangan mulai hari Belanjawan ke arah

mengurangkan atau menghapuskan duti import. Rakyat jelata terutama

golongan miskin dan berpendapatan rendah yang menjadi mangsa

serangan inflasi akan merasa lega kerana harga kebanyakan barang

keperluan mereka akan menurun. Kerajaan hendaklah melancarkan

segera tindakan penguatkuasaan bagi mempastikan para peniaga

mematuhi arahan Belanjawan ini. Dalam itu kita harus mengambil kira

akan nasib dan cabaran yang dihadapi oleh hasil keluaran tempatan.

Jika barang keperluan yang diimport boleh diperolehi pada harga yang

murah, maka peniaga keluaran tempatan akan terpaksa menurunkan harga

sama ada ianya masih boleh menguntungkan atau terpaksa bagi

menghadapi persaingan hebat dengan barangan import. Kerajaan harus

peka dengan masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan gabungan Cukai Jualan dan Cukai

Perkhidmatan (CJP) yang bertujuan meluaskan asas cukai jualan

memerlukan perbincangan dari semua kalangan peniaga dan Kementerian

supaya perlaksanaan CJP ini tidak akan dirasai oleh peniaga dan

pengguna. Hendaklah dipastikan bahawa pengguna tidak dibebankan

DR.16.ii.92 - 143 -

dengan tambahan kos. Tuan Yang di-Pertua, perluasa skop cukai

parkhidmatan 5% supaya meliputi perkhidmatan telekomunikasi,

perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan, kelab rekreasi dan

perkhidmatan agen hartatanah perlu ditimbang semula seadil-adilnya.

Perkhidmatan telefon dan faksimili hendaklah dikeluarkan dari skop

tersebut kerana saya bimbang kos bagi kedua-dua perkhidmatan itu

akan bertambah dan akhirnya akan diserahkan kepada pengguna

memikulnya.

Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan yang wajib dikeluarkan dari

skop cukai ini ialah rawatan hospital swasta, klinik bersalin swasta

serta klinik swasta. Rakyat terpaksa pergi kepada perkhidmatan

doktor dan klinik swasta kerana hospital Kerajaan tidak mampu

menyediakan perkhidmatan yang cekap. Tambahan pula khidmat pakar

seperti di Institut Jantung Negara sangat mahal dan di luar

lingkungan golongan pesakit miskin untuk mendapatkan rawatannya.

Oleh kerana idea ini sudah diperbadankan, maka pesakit miskin tidak

dapat lari dari memikul kos perkhidmatan, rundingan dan sebagaiaya

yang dikenakan oleh institut tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Kewangan walaupun

ada menyebut kecemerlangan pencapaian Proton Saga di dalam dan di

luar negerit tetapi yang menyedihkan sementara orang luar berbangga

dan memuji pencapaian kereta Proton Saga sehingga pernah disebutkan

dalam Dewan yang mulia ini bahawa pejabat-pejabat Kedutaan Malaysia

di luar negeri akan diperkenalkan penggunaan kereta Proton Saga.

DR.I6.ll.92 -144-

Sebaliknya para Menteri dan pegawai-pegawai atasan Kerajaan

dibekalkan dengan kereta Mercedes atau Volvo, mereka lebih berbangga

menggunakan kereta import yatig berprestij. Apa salahnya jika

Belanjawan kali ini memperkenalkan langkah penjimatan oleh pegawai

dan kakitangan Kerajaan dengan memperkenalkan penggunaan kereta

Proton Limousine sebagai kereta rasmi dengan negara berbangga

apabila para Mentari mereka menggunakan kereta mereka sendiri. Jadi

Malaysia yang didakwa mencapai Proton patutlah menggalakkan para

Menteri kita memakai Proton Limousine menggantikan Mercedes.

Seperkara lagi ialah, selama ini para pemimpin negara betapa

keperluan penguasaan dan pemakaian Bahasa Kebangsaan, Bahasa

Malaysia dalam urusan rasmi. Tetapi malangnya Kod Tarif Kastam kita

masih lagi dalam bahasa Inggeris. Bukan cerita yang tidak munasabah

apabila terdapat Pegawai Kastam Taksiran tidak memahami bahasa

Inggeris, pernah berlaku seorang Kastam Taksiran yang salah fahami

erti "cattle" ialah lembu, sebagai "kettle" cerek air dan

menyuruhnya kliennya membawa haiwan tersebut. Jadi, ada baiknya

disediakan terjemahan dalam Bahasa Malaysia supaya mereka yang tidak

faham Bahasa Inggeris boleh menggunakan terjemahan, contohnya

lampiran Kod Tarif di bahagian belakang teks ucapan Yang Berhormat

Menteri Kewangan pun masih berbahasa Inggeris.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan juga harus melihat bahawa

setengah-setengah bidang dalam industri perkhidrnatan harus diberikan

sepenuhnya untuk rakyat negara kita mengendalikannya, misalnya

DR.16.11.92 - 1 4 5 -

bidang penghantaran kargo dan kontena dari dan ke Pelabuhan Kelang

dan bonded warehouse banyak diserahkan kepada pengusaha asing

sedangkan rakyat tempatan tidak kurang pengalaman, kamahiran mereka

dan mampu mengendalikannya.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingia mencabar yang Berhormat

Mencari Pengangkutan yang ada sekarang meletakkan jawatan, bukan

sekadar menukar Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam ke tempat

lain; Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang ada sekarang patut

bertanggungjawab [Tepuk] atas perlakuan siri-siri bencana di bawah

Kementeriannya.

DR.16.11.92 -146-

Saya fikir Yang Berhormat Timbalan Menteri beliau lebih rajin

dan cekap daripada beliau. [Tepuk] Di Laut berlaku kebakaran Kapal

Choon Hong III di Pelabuhan Kelang yang meragut banyak nyawa;

tumpahan minyak akibat perlanggaran kapal-kapal Nagasaki Spirit dan

Ocean Blessing; kegelinciran keretapi baru yang baru diraamikan oleh

beliau sendiri; kebakaran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan, Pulau

Pinang sehingga beliau menyeru perlunya ada bank data di JPJ

sekiranya berlaku kecemasan segala dokumen dan fail jabatan

terselamat dan kebakaran-kebakaran di Lapangan Terbang Antarabaagsa

Kuala Lumpur di Subang sudah cukup membawa bukti bagi seorang

Menteri yang ada akauntabiliti awam untuk berhenti dari

jawatannya. [Tepuk] Tetapi anihnya Kerajaan masih menyimpan Yang

Berhormat Menteri Pengangkutan yang tidak bertanggungjawab ini

sehingga untuk menjawab soalan dan membentang serta menggulungkan

usul dan rang undang-undang tidak berupaya dilakukannya. [Tepuk]

Bersabit dengan kemalangan kebakaran di LTAB Subang, pihak polis

telah melakukan tangkapan ke atas kakitangan-kakitangan Jabatan

Penerbangan Awam kerana mengesyaki punca kebakaran ialah perbuatan

khianat. Ini sudah menunjukkan bahawa kakitangan-kakitangan Jabatan

Penerbangan Awam pun tidak berpuashati. Saya ingin menyeru pihak

polis jangan hanya sekadar menyiasat siapa si pengkhianat itu,

tetapi harus siasat dan dedahkan mengapa mereka melakukannya.....

Puan Lim Lay Hoon: [Bangun]

Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

ada yang bangun.. Padang Serai bangun.

DR.16.11.92 -147-

Tuan Fong Kui Lun: Masa tak cukup.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Memang masa

sudah suntuk, Yang Berhormat.

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, beberapa hari

lalu.....

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Yang Berhormat:,

Yang Berhormat diminta menggulung ya!

Tuan Fong Kui Lun: Okay, sekarang saya gulung. Seberapa hari

lalu Kementerian Pengangkutan sudah menandatangani perjanjian

pembelian radar dan monitor penunjuk kawalan lalulintas udara

bernilai $180 juta dengan Syarikat Alenia Sistem Civile dari Itali.

Pembelian ini nampaknya dibuat terus dan tidak ada tawaran tender

yang bagaimana Kementerian Pengangkutan bolah bertindak melakukan

pembelian yang begitu tepat sekali .

Tuan Yang di-Pertua, saya menggesa Yang Berhormat Menteri

Pengangkutan, Ahli dari Labis menjawab sendiri dan memberitahu

kepada Dewan yang mulia ini mengapa syarikat Itali ini dipiiih dan

tidak syarikat lain. Jika Ahli dari Labis ini enggan menjawab

pertanyaan ini, saya syorkan beliau lebih baik meletakkan jawatan.

[Tepuk] Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Sepang.

6.42 ptg.

Dato' Haji Mohd. Sharif bin Jajang [Sepang]: Tuan Yang

di-Pertua, Belanjawan Negara 1993 dibentangkan oleh Yang Berhormat:

Dato' Seri Menteri Kewangan yang bergelar 'insan kamil lagi

mutakamil' menurut sahabat dsri Nilam Puri, adalah satu Belanjawan

yang disifatkan sebagai suatu yang berhemah, cermat dan rapi.

DR.l6.1l.92 -148-

Belanjawan tersebut adalah memberi pendekatan kepada rakyat supaya

bekerja keras dan menyediakan rakyat yang dapat membina diri untuk

kemajuan. Sesuai dengan saranan mewujudkan bangsa yang bermaruah,

bermartabat, penekanan kepada rakyat tentang tanggungjawab kepada

negara dan masyarakat adalah penting. Serentak dengan itu, faktor

tersebut sangat dipentingkan supaya Malaysia berjaya menempatkan

diri dalam golongan negara maju. Untuk mengenengahkan diri sebagai

bangsa maju di dalam negara maju, rakyat mestilah mempunyai

ciri-ciri kuat kerja, berusaha, daya saing dan punya daya juang.

Masyarakat kita juga perlu didedahkan dengan aspek ini dan ditambah

dengan penguasaan ilmu yang sesuai dengan perkembangan zaman

kemajuan.

Tuan Yang di-Pertua, melihatkan keadaan perkembangan ataupun

komen rakyat jelata terhadap Belanjawan negara ini begitu baik dan

tenyata tidak banyak terdapat ciri-ciri kelemahan dan sebagainya,

tetapi masih lagi dipertikaikan oleh Pembangkang yang sengaja

mencari peluang ini untuk mendapatkan kepentingan politik. Saya

percaya usaha—usaha yang dibuat oleh Pembangkang untuk

mempertidakkan keunggulan Belanjawan yang telah dibentangkan oleh

Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Kewangan sengaja dicari dan

sengaja dicungkil supaya menjadi jaguh, terutama sekali Ahli dari

Bukit Bintang yang konon hendak menjadi jaguh menggeladakkan

time-bomb dengan mengenengahkan isu-isu pemilikan pemberian tanah,

termasuklah melibatkan pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri,

khususnya menyebut nama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri

Selangor sendiri. Saya percaya pemberian ataupun penganugerahan

tanah oleh Kerajaan Negeri merupakan suatu perkara biasa di

DR.16.11.92 -149-

mana-mana juga Kerajaan Negeri, Saya tidak fikir kalaupun DAP

berupaya menerajui negeri ini, tidak akan mengeluarkan mana-mana

tanah kapada rakyat, termasuk rakyat secara individu ataupun rakyat

secara bersyarikat. Apa yang diketengahkan ialah di mana pemberian

tanah atau pengeluaran tanah oleh Kerajaan Negeri Selangor merupakan

suatu perbuatan penyelewengan dan suata rasuah besar adalah tidak

tepat sekali.

Saya bukan berhajat untuk hendak membela Kerajaan Negeri,

tetapi secara lojiknya Kerajaan Negeri berkewajipan mengelaarkan

tanah kepada sesiapa juga. Dalam konteks pengeluaran tanah di Bukit

Cerakah yang dikatakan seluas 400 ekar ini dengan bayaran premiumnya

sebanyak 10 sen dan berjumlah 34,000 kira-kira seekar, saya fikir

adalah sesuai dan patut kerana tanah yang dikeluarkan itu adalah

tanah pertanian. Kalaulah ada orang atau mana-mana pihak yang

sanggup membeli tanah pertanian dengan harga $4 satu kaki persegi,

saya percaya itu tidak boleh dipersalahkan kepada Kerajaan Negeri

ataupun kepada Menteri Besar sendiri. Kalaupun mana-mana syarikat

mempunyai belian atau berupaya membeli tanah dengan harga yang

murah, kamudian dapat peluang untuk menjualnya dengan harga yang

mahal, itu adalah suatu faedah dan keuntuugan kepada syarikat yang

berkenaan.

Saya tidak tahu sama ada pihak Pembangkang akan beranggapan

ataupan mempunyai suatu cara memiliki tanah dengan harga yang mahal,

kemudian dijual dengan harga yang murah. Saya percaya ada banyak

pihak yang ingin mencari ahli-ahli Pembangkang, khususnya daripada

Bukit Bintang. Pengenaan kepada premium yang dikenakan, itu saya

rasa munasabah dan jika terdapat mana-mana syarikat yang ingin

DR.16.11.92 -150-

hendak membeli tanah tersebut dengan harga yang dikatakan $4 satu

kaki persegi dan dikatakan juga terus-menerus syarikat ini beroleh

keuntungan sebanyak $6O juta, yang amat nendukacitakan dikaitkan $60

juta ini akan diraih atau dikaut oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri

Menteri Besar sendiri dan dengan tuduhan wang ini akan digunakan

untuk kepentingan atau tujuan Pemilihan UMNO pada tahun hadapan,

Saya fikir pihak kami, khususnya di periagkat UMNO berupaya

mengenengahkan pemimpim daripada UMNO. Tidak payahlah DAP hendak

menjadi jaguh, hendak berkempen untuk hendak mengenengahkan, apatah

lagi hendak memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin yang ada khususnya

di kalangan UMNO.

DR.16.11.92 -151-

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya tuduhan ini adalah satu

tuduhan yang jahat yang saya percaya sudah kehabisan modal di mana

meletakkan dan menuduh setiap kali pemberian tanah oleh Kerajaan

negeri bererti satu penyelewengan, satu amalan rasuah dan sanggup

mencabar Yang Amat Berhormat sebagai mereka yang sentiasa menerima

rasuah. Ini satu tuduhan yang jahat dan liar. Kita sebagai yang

bertanggungjawab, khususnya Kerajaan Negeri, lebih-lebih lagi tidak

diberi peluang untuk hendak memberikan, membela diri di Dewan yang

mulia ini. Saya percaya lemparan dan tuduhan yang sama ini juga

telah dibuat oleh Ahli-ahli Pembangkang di Dewan Negeri dan telah

dapat dijawab dan dijelaskan.

Saya berharap eloklah Pembangkang lebih-lebih lagi, Wakil dari

Bukit Bintang memberhentikan tujuan-tujuan dan niat jahat politik

seumpama ini yang saya percaya tujuan dan matlamat ini tidak dapat

diterima oleh rakyat dengan kehabisan modal seumpama itu. Secara

logiknya, kalaulah Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita menerima

ataupun setiap kaii mengeluarkan tanah ada diselitkan oleh

unsur-unsur rasuah. Saya percaya bagaimana banyaknya jumlah wang

yang dikatakan rasuah oleh pihak Pembangkang ini tidak terkira,

bukan sekadar $60 juta malahan beribu-ribu juta akan diperolehi

sekiranya ini yang dimaksudkan oleh Ahli dari Bukit Bintang.

DR.16.11.92 - 152 -

dimaksudkan oleh Ahli dari Bukit Bintang.

Tuan Yang di-Pertua, masyarakat perlu diberikan penekanan

terhadap pentingnya ilmu dalam pembangunan masyarakat. Tanpa ilmu,

rakyat tidak akan dapat menguasai kemajuan dan akhirnya mereka akan

ketinggalan. Serentak dengan saranan itu, Kerajaan dan swasta perlu

berganding bahu untuk memberi penyedaran rakyat tentang ilmu dan

pembudayaan ilmu. Kerajaan khususnya, media penerangan seperti RTM,

patut memberi penekanan tentang pentingnya pembudayaan ilmu. RTM

sepatutnya bertanggungjawab terhadap penyerapan nilai-nilai dan

budaya ilmu. Melalui iklan, contohnya, Kerajaan boleh mendidik

rakyat tentang betapa perlunya ilmu dalam kemajuan negara supaya

masyarakar maju, terutamanya orang Melayu. RTM, TV3 dan akhbar

tempatan juga boleh mendidik rakyat tentang ilmu dan pentingnya

membaca. Masyarakat yang maju adalah masyarakat yang dapat

memperolehi dan menggunakan ilmu yang baik dan digunakan untuk

kemajuan. Jadi, rakyat perlu digesa supaya mencintai ilmu.

Apa yang penting, Kerajaan harus menyediakan dengan lebih

banyak peruntukan, khususnya peruntukan bagi melengkapkan

perpustakaan desa untuk memberi kemudahan yang baik kepada rakyat,

Ini adalah satu cara mendorong rakyat supaya membaca. Dengan

demikian, adalah difikirkan sudah sampai masanya Kementerian

Pembangunan Luar Bandar, khususnya menyediakan pemaju-pemaju

masyarakat di dalam bidang perpustakaan.

Malaysia kini sepatutnya sudah mempunyai beberapa tempat yang

sesuai untuk digelar Dataran Ilmu. Pada masa ini, Malaysia

DR.16.11.92 - 1 5 3 -

mempunyai sebuah dataran yang dinamakan "Dataran Merdeka". Pada

masa yang lalu sudah terdapat aktiviti kebudayaan ilmu seperti

diadakan ceramah agama dan sebagainya. Tetapi difahamkan pada masa

ini, pihak DBKL sudah tidak membenarkan lagi aktiviti berbentuk ilmu

dijalankan di dataran tersebut. Sepatutnya, semua negeri dan daerah

mempunyai sanu Dataran Ilmu, mirip Dataran Merdeka yang mempunyai

fungsi tertentu. Di dataran ini, pada setiap minggu atau bulan

diadakan program—program membentuk keilmuan seperti deklamasi sajak,

pembacaan puisi, pertandingan pidato, perbahasan. forum dan sebagai-

nya untuk program pembudayaan ilmu. Ini juga akan menggalakkan

masyarakat, terutamanya golongan belia berminat dengan program-

program tersebut. Jika program ini dapat dijalankan denganjayanya,

merata-rata tempat kita tidak akan lagi melihat golongan belia yang

hanya leka dengan budaya-budaya kuning yang tidak sihat dan

menjejaskan pembudayaan bangsa.

Tuan Yang di-Pertua, golongan muda adalah golongan yang sesuai

untuk diberi penekanan dengan budaya ilmu. Penekanan kepada ilmu

juga bermaksud Kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan untuk

pendidikan tinggi. Kemudahan dan pelbagai aspek tentang pendidikan

tinggi adalah perlu diperbesarkan selaras dengan perkembangan dan

kemajuan negara. Sebagai persediaan kepada Malaysia yang akan

menjadi negara maju sudah sepatutnya Kerajaan menambah bilangan

universiti yang sedia ada. Ini adalah perlu untuk menyediakan lebih

ramai sumber tenaga manusia yang akan menjadi penggerak kepada

kemajuan negara. Di samping itu, pada masa sudah sepatutnya

DR.16.11.92 - 154 -

pengawalan yang lebih teliti terhadap institusi pengajian tinggi

oleh kerana bidang tugas Kementerian Pendidikan yang terlalu luas

dan besar, maka perhatian terhadap institusi pengajian tinggi dan

universiti adalah sukar. Maka ketidakcukupan masa dan tenaga untuk

memberi perhatian sewajarnya kepada mahasiawa dan universiti di

dalam dan di luar negeri menyebabkan masalah-masalah di universiti

yang tidak diberi perhatian yang serius oleh Kementerian. Masalah

yang berlaku di universiti seperti masalah biasiswa, kebajikan

mahasiswa, mahasiswa menentang Kerajaan, masalah kenaikan pangkat

pensyarah, masalah kenaikan jawatan profesor, masalah SSB di

kalangan pensyarah, palajar lemah di dalam bahasa Inggeris, masalah

mahasiswa yang tidak mengambil perhatian terhadap isu-isu dan dasar

negara, masalah tempat tinggal, kolej dan asrama yang usang dan

ketinggalan zaman dan sebagainya sentiasa menjadi perbualan di

univerisiti dan institusi pengajian tinggi.

Jadi, saya fikir sudah sampai masanya Kerajaan mengambil

perhatian yang drastik dengan saya mencadangkan supaya diwujudkan

sebuah Kementerian yang bertanggungjawab dengan pendidikan tinggi,

iaitu Kementerian Pendidikan Peringkat Tinggi. Tugas yang utama

ialah menyelaras perjalanan universiti dan mahasiswa. Satu tugas

yang paling penting adalah mengawal, memberi perhatian yang khusus

kepada institusi dan kolej-kolej swasta yang tumbuh sebagai cendawan

selepas hujan. Kolej dan institusi swasta perlu dikawal dengan rapi

supaya tidak lari dari dasar pendidikan negara. Kita tidak mahu

hasrat dan aspirasi murni rakyat seperti yang terkandung di dalam

DR.16.11.92 - 155 -

Dasar Pendidikan Kebangsaan akan gagal dan terpesong.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

Kerajaaa yang telah tidak berganjak dan akan memutuskan untuk

meneruskan pembinaan lapangan terbang antarabangsa. Walaupun suatu

ketika saya pernah mencadangkan Lapangan Terbang Antarabangsa di

Sepang dinamakan "Mahathir Airport" tetapi oleh kerana Kabinet

telahpun memutuskan menamakannya KL International, saya akur dan

patuh sampai masanya nanti, saya percaya saranan saya ini akan dapat

diterima oleh Kerajaan kerana sudah sewajarnyalah kita menamakan

airport yang tarbesar ataupun antaranya yang terbesar di dunia ini

sebagai "Mahathir Airport".

Saya yakin Kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi walaupun ada

berbagai-bagai ugutan, walaupun ada berbagai-bagai sabotaj untuk

mengagalkan perancangan pembina lapangan terbang antarabangsa dan

saya percaya usaha Kerajaan untuk menyiapkan lapangan terbang

antarabangsa ini sebelum tahun 1997 akan menjadi kenyataan. Dan

juga hasrat Kerajaan untuk hendak melihat olahragawan dari Sukan

Komanwel akan mendarat terus di Lapangan terbang KL Internationai

pada tahun 1998 yang mana Malaysia akan menjadi tuanrumah.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan usaha Kerajaan untuk

meneruskan pembangunan, Lapangan Terbang Antarabangsa KL

International ini di Sepang, saya menyerulah kepada Kerajaan,

khusasnya kepada Kementerian Kewangan, walaupun tidak membuat

apa-apa peruntukan di dalam projek ini, melainkan peruntukan

membayar pampasan mengambil tanah tetapi sudah sampai masanya pada

DR.16.1l.92 - 156 -

tahun ini juga mestilah difikirkan dan disediakan peruntukan-

peruntukan yang memastikan kemudahan-kemudahan awam dan kemudahan-

kemudahan asas di Sepang ini dapat diperlengkapkan supaya pada tahun

1997, terbinanya Lapangan Terbang Antarabangsa di Sepang nanti

segala-gala kemudahan awam dan kemudahan asas ini seperti bekalan

air, bekalan elektrik, jalan-jalan raya, lebuhraya, pembinaan

hospital, pembinaan balai-balai bomba, sekolah-sekolah rendah dan

menengah dan juga sekolah berasrama penuh patut difikirkan mulai

daripada sekarang.

DR.16.11.92 -157-

Saya bimbang dengan pembinaan yang menelan belanja begitu

besar terhadap pembinaan lapangan terbang antarabangsa itu

sendiri, kita lupa bahawa manusia yang akan datang berhijrah, yang

akan datang sebagai petugas-petugas, sebagai pegawai-pegawai di

lapangan terbang antarabangsa nanti, memerlukan kemudahan-kemudahan

rumah dan sebagainya. Kita tidak boleh menyerahkan tugas yang besar

ini, khususnya di dalam membawa pembekalan air yang menelan belanja

yang banyak ini kepada Kerajaan Negeri semata-mata.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

masa suntuk Yang Berhormat.

Dato' Haji Hohd. Shariff bin Jajang: Saya sekali lagi ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan walaupun dalam usaha

yang terdesak di mana kita berharap usaha-usaha untuk mengenengahkan

negara kita sebagai negara maju di dalam konteks menyediakan semua

infrastruktur yang sempurna termasuk jalan-jalan, lebuhraya dan

sebagainya. Saya ingin menyarankan mulai daripada sekarang, kalau

sudah ada usaha Kerajaan untuk memperkenalkan atau mempromosikan

lapangan terbang ini di dalam TV. Saya juga berharap supaya sudah

ada papan-papan tanda atau tunjuk-arah bakal lapangan terbang ini

dibuat di merata tempat daripada Kuala Lumpur, Shah Alam, Utara,

Selatan dan sebagainya.

Dengan demikian, saya yakin bukan sahaja rakyat di Sepang

berasa yakin bahawa lapangan terbang antarabangsa ini akan wujud

DR.16.11.92 -158-

malah rakyat dan negara kita juga akan yakin bahawa akan wujud satu

kebanggaan projek yang terbesar iaitu lapangan terbang antarabangsa

di Sepang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Machang.

7.03 mlm.

Tuan Almad Shukri bin Haji Hassan [Machang]: Terima kasih

Tuan Yang di-pertua. Saya ingin turut membahas ucapan Belanjawan

yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Saya juga turut

mengucapkan tahniah di atas pembentangan ucapan Belanjawan beliau

yang merupakan satu ucapan yang baik yang berpihak kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, sebanyak lebih daripada $7 bilion lebih

peruntukan pada tahun 1993 ini diperuntukkan kepada pendidikan.

Walaupun perkembangan pendidikan di negara kita ini telah maju

dengan cepatnya, tetapi ada satu lagi aspek pendidikan atau sistem

pendidikan yang khusus bagi agama iaitu bagi pengajian Islam agak

ketinggalan. Sistem pendidikan yang khusus bagi pengajian Islam ini

telah lama wujud di negara kita ini, telah berabad-abad lamanya,

yang paling unggul dan yang paling awal muncul di negara kita.

Tetapi buat masa ini pendidikan yang khusus bagi pengajian Islam ini

jauh ketinggalan daripada sistera pendidikan yang lain. Dianggarkan

Lebih kurang 200,000 pelajar-pelajar yang mengikuti sekolah-sekolah

pengajian Islam dan Arab itu di seluruh negara yang meliputi lebih

daripada 900 buah sekolah yang kesemuanya dianjurkan oleh pihak

swasta.

DR.16.11.92 -159-

Adalah amat menghairankan bagaimana satu sistem yang telah

memainkan peranan yang penting sejak berabad-abad lamanya di negara

ini, dilepaskan kepada pihak swasta. Kita masih ingat satu

peristiwa ngeri dan menyedihkan yang telah berlaku di sebuah sekolah

agama di Kedah, yang kalau tidak silap saya bernama Sekolah

Taufiqiah Al-Halimiah di Padang Lumat. Peristiwa yang ngeri dan

yang menyedihkan itu masih lagi di dalam ingatan kita di mana

terdapat ramai pelajar yang telah terkorban daiam satu kebakaran di

asrama sekolah tersebut.

Kejadian ini telah menunjukkan bahawa betapa daifnya, betapa

mundurnya, betapa ketinggalannya sekolah-sekolah yang khusus bagi

pendidikan agama di negara kita ini. Sekolah-sekolah yang

berpendidikan agama ini jauh ketinggalan. Tidak ada asrama yang

lengkap, tidak ada kemudahan persekolahan yang lengkap dan

bangunan-bangunan sekolah telah dibina dengan secara tidak

sempurna. Tidak ada satu sistem pendidikan, tidak ada satu sistem

silibus, tidak ada satu sistera sukatan pelajaran yang menyeluruh

bagi sekolah-sekolah ini. Sekolah-sekolah ini dibiarkan untuk

tumbuh secara ad-hoc, secara tersendiri dan secara masing-masing.

Sudah sampai masanya dan saya mencadangkan supaya Kerajaan

mengambilalih semua sekolah-sekolah agama dan Arab ini supaya ianya

selaras ataupun termasuk di dalam mainstream sistem pendidikan

seluruh negara. Kalau Kerajaan dapat memberi sumbangan kepada

sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti jenis kebangsaan Tamil,

Cina dan sebagainya, mengapa tidak kita mengambilalih dan memberi

-160-

sumbangan yang sepenuhnya kepada sekolah ini kerana sekolah ini

diikuti oleh tidak kurang daripada 200,000 pelajar-peiajar Melayu

Islam. Setiap tahun sekolah ini mengeluarkan tidak kurang dari

30,000 orang pelajar di seluruh Malaysia ini. Ini satu angka yang

bukan kecil, satu angka yang bukan boleh diperlekehkan dan satu

angka yaag tidak boleh dipertidakkan.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya semua pihak mengambil daya

inisiatif untuk menjadikan sekolah-sekolah ini sebagai sekolah

bantuan Kerajaan yang sepenuhnya. Kita berharap walaupun di

sekolah-sekolah swasta agama ini pada kebiasaannya, pada lumrahnya

dikuasai oleh parti-parti Pembangkang, sekolah-sekolah ini biasanya

adalah ranum dengan pengaruh-pengaruh PAS. Kita berharap para

jemaah sekolah, para penganjur sekolah bersedia untuk menyerahkan

pentadbiran sekolah kepada pihak Kerajaan.

Untuk menyelesaikan masalah ini secara jangka pendek, saya

mengesyorkan supaya Kerajaan memberi lebih bantuan, nembina dan

membaiki sekolah-sekolah tersebut, membina asramanya, memberi

kemudahan dan juga menambahkan bantuan per kapita kerana pada

anggaran setengah-tengah pihak, Kerajaan telah dapat menjimatkan

lebih daripada $1 bilion kerana melepaskan tanggungjawab pendidikan

khusus bagi pengajian agama ini kepada pihak swasta.

Tuan Yang di-Partua, banyak masa telah diberikan kepada pihak

Pembangkang. Tiap-tiap pemimpin Pembangkang mendapat masa tidak

kurang dari 2 jam. Jadi, pihak Backbenchers seperti kita ini hanya

mendapat 10 minit, tapi tidak apalah.

DR.16.1l.92 - 161 -

Sepanjang ingatan saya, Menteri Kewangan hanya menumpukan

masanya, menumpukan ucapannya tidak lebih daripada 5% untuk

Pengkritik Kerajaan. Tetapi inilah yang dibesar-besarkan. Hanya

sedikit sahaja, 5% yang dikira tumpuan ucapannya untuk mengkritik

Pembangkang. Tapi inilah yang dibesar-besarkan oleh Pembangkang.

Dan bermacam-macam tohmah telah dilemparkan kepada Menteri Kewangan,

kononnya memulakan satu budaya baru menyindir Pembangkang, memulakan

satu budaya baru menyerang Pembangkang di dalam ucapan beliau.

Nampaknya pihak Pembangkang tidak boleh menerima kritikan. Mereka

melenting apabila menerima kritikan hanya sedikit sahaja, sedangkan

ucapan mereka berjam-jam lamanya seluruhnya mengkritik dasar

Kerajaan. Tidak ada yang kena kepada Belanjawan walaupun lebih 600

jenis cukai telah dikurangkan dalam Belanjawan ini, itu pun tidak

disukai oleh mereka.

Tuan Yang di-Pertua, setiap kali kita mencadangkan satu projek

raksasa, projek pembangunan untuk memperbaiki infrastruktur negara

kita, setiap kali kita mendapat tentangan daripada pihak

Perabangkang. Mereka ini dipengaruhi oleh dakyah dan hasutan oleh

pihak Barat, khususnya pihak Non-Governmental Organisation dan pihak

environtmentalist. Banyak projek-projek pembangunan seperti projek

untuk memperbaiki infrastruktur, menambahkan tenaga letrik di negara

kita, seperti di Rajang, di Bakun misalnya telah ditentang hebat

oleh pihak Pembangkang kerana kata mereka terdapat pakar-pakar dari

luar negeri akan merosakkan alam sekitar. Kita hairan mengapa

dengan tidak semena-mena negara-negara Barat bersimpati dengan kita.

DR.16.11.92 - 162 -

Sedangkan kalau mereka betul-betul bersimpati dengan negara-negara

sedang maju ataupun negara-negara dunia ketiga, mengapa mereka

biarkan keganasan berlaku berleluasa di Serbia, dasar aparthied

terus diamalkan oleh pihak Kerajaan Kulit Putih di Afrika Selatan.

Begitu juga mereka terus biarkan pihak Israel menindas orang

Palestin di Palestin. Tetapi mereka nampaknya hari ini lebih

concern, lebih prihatin terhadap keadaan tumbuhan, cicak mengkarung

di negara kita. Ini adalah satu perkara yang amat kontradiksi.

Mereka lebih sayangkan rumput-rampai, pokok tumbuhan, cicak

mengkarung di negara kita, sedangkan mereka terus biarkan melihat

dengan tidak membuat apa-apa terhadap keganasan yang berlaku di

merata dunia ini.

Jadi, saya berharap kita membuat satu penilaian yang sendiri

tanpa mengira kritikan daripada luar negeri. Kita membuat satu

assessmenmt sendiri terhadap alam sekitar kita apabila kita hendak

melaksanakan sesuatu projek tanpa menerima kritikan, tanpa menghirau

kritikan daripada pihak Barat khususnya. Kerana mereka ini sentiasa

sahaja irihati terhadap pembangunan yang sedang berlaku di

negara-negara membangun. Mereka gementar apa yang disebut empat

buah negara 'harimau' telah muncul di negara-negara membangun. Dan

Malaysia, Idonesia dan Thailand dijangka akan mengikut jejak

langkah ke empat-empat buah negara ini. Dan mereka ini akan berasa

gementar dengan dengan kuasa, dengan pembangunan dan kepesatan

pembangunan yang berlaku di ketiga-tiga buah negara ini. Dan mereka

akan terus menggunakan apa sahaja usaha untuk membantut pembangunan

di negara kita ini, termasuk menggunakan pihak Pembangkang di negara

kita ini.

DR.16.11.92. - 1 6 3 -

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Dewan Undangan Negeri Pulau

Pinang telah tidak dapat meluluskan Pindaan Kawasan Persempadanan

Baru di Pulau Pinang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri, penambahan

kerusi. Jadi, itulah yang menghairankan kita. Sebabnya setiap kali

dia kata, 'one man, one vote policy', Dia kata kica

mendiskriminasikan kawasan bandar, dan selaruh kawasan bandar di

Pulau Pinang adalah kawasan bandar. Apabila kita hendak menambahkan

kerusi di kawasan bandar, mereka menolaknya, sehingga kita tidak

mendapat dua pertiga majoriti. Jadi, ini ialah satu perkara yang

aneh, dan kalau kita biarkan perkara-perkara seperti ini,

pentadbiran negara kita akan tidak jadi seimbang. Suara rakyat

tidak akan menjadi seimbang. Oleh itu, saya harap Perlembagaan di

negara kita ini harus dikaji semula kedudukannya, terutama sekali

berhubung dengan pindaan kawasan, penambahan kawasan.

Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddinj:

Yang Berhormat....

Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan: Perlembagaan kita...

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Masa cukup.

Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan: Rumus?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Tak ada masa lagi, banyak lagi akan berucap. Maran.

7.15 mlm.

Dato' Haji Mohamad bin Abdullah [Maran]: Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih diberi peluang kepada saya untuk bercakap pada petang

ini.

DR.16.11.92 - 164 -

FELDA ialah merupakan satu rancangan tanah bagi penduduk-

penduduk untuk mendapatkan pendapatan yang begitu besar yang

dijalankan oleh Kerajaan. Tetapi beberapa masalah dari masa ke

semasa kita hadapi. Di antaranya ialah bagi kawasan FELDA Rancangan

yang lama ialah mengenai tanam semula bagi tanaman di FELDA-FELDA

yang berkenaan. Apa yang Kerajaan lakukan sekarang ialah tiap-tiap

peserta FELDA mendapat bantuan sara hidup ialah lebih kurang $20

seekar - jadi kalau 10 ekar ialah sebanyak $200. Semua 10 ekar

tanah ini telah diianam semula, tetapi tnereka hanya diberikan sara

hidup ialah sebanyak $200 dalam sebulan. Sudah barang tentu $200

ini tidak mencukupi untuk mereka menyara kehidupan mereka dan

anak-anak mereka hendak pergi belajar dan sebagainya. Oleh itu,

saya bagi pihak penduduk-penduduk FELDA terutama sekali di kawasan

saya merayu kepada Kerajaan kalau boleh sekiranya menaikkan sara

hidup ini daripada $200 sebulan kepada $300 bagi saraan hidup

bulanan mereka.

Yang kedua, kebanyakan peneroka-peneroka terutama sekali

Rancangan FELDA kelapa sawit, peneroka-peneroka ini bekerja hanya

lebih kurang dua minggu dalam sebulan. Jadi, dua minggu lagi

kebanyakan mereka tidak membuat apa-apa kerja. Jadi, cadangan

Kerajaan untuk membolehkan mereka bekerja di ladang-ladang yang lain

adalah merupakan satu cadangan yang baik. Jadi, eloklah pihak

Kerajaan berunding dengan mana-mana swasta ladang yang berhampiran

supaya peneroka-peneroka ini diambil bekerja di ladang-ladang yang

berkenaan. Tambahan pula sekarang ladang-ladang itu sendiri tidak

mencukupi buruh ataupan tenaga kerja, Sebab itu kalau kita dapat

DR.16.11.92 -166-

Sebab itulah dalam membuat kajian ini, Kerajaan. mesti membuat

ketelitian yang sebenarnya supaya hasrat kita untuk memajukan

kawasan—kawasan tersebut akan tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, mana-mana negara dalam dunia ini,

mana-mana negara yang menjadi maju adalah peranan penduduknya itu

sendiri mahukan negaranya maju. Di samping itu, Kerajaan telah

mengutamakan pendidikan ataupun pelajaran menjadikan perkara yang

pokok. Amerika Syarikat, pada tahun 1950, merupakan satu negara

yang mula maju yang mana pendapatan perkapitanya ialah 50 kali ganda

daripada Kanada ketika itu, lima kali daripada Jepun, empat kali

ganda daripada Jerman Barat dan tiga kali ganda daripada Great

Britain. Masa itu Amerika Syarikat menjadi maju ialah kerana

ilmunya diutamakan, teknologinya tinggi, pentadbirannya daripada

segi management tingkat atasan dan bawahan diaturkan dengan begitu

rapi.

Maka ketika itu menjadilah negara tersebut sebuah negara yang

maju sehinggakan boleh naik ke bulan. Dan hampir semua apa sahaja

yang hendak mereka lakukan ketika itu, boleh mereka lakukan. Maka

negara-negara yang baru maju di ketika ini juga adalah bertumpu

banyak kepada ilmu pengetahuan. Sebab itulah hasrat kita untuk

menjadikan negara kita negara yang maju, tumpuan ilmu pengetahuan

mestilah dijadikan keutamaan, Sebab itu dalam bidang ini, perlulah

kita ambil perhatian yang berat kalau kita benar-bensr mahu

DR.l6.ll.92 - 1 6 7 -

menjadikan negara kita negara yang maju.

Tuan Yang di-Pertua, PAS ialah sebuah parti yang telah

menyelewengkan fikiran rakyat PAS bukanlah Islam, PAS adalah

merupakan satu parti. Saya hairan ada yang mendakwakan bahawa siapa

yang tidak masuk PAS bukan Islam. Jadi, saya hendak tanya bagaimana

penduduk-penduduk Islam di negara Arab, dia tidak berparti kepada

parti PAS, adakah mereka itu Islam. Bagaimana penduduk-penduduk.

negara lain yang memeluk agama Islam, mereka tidak masuk PAS. Jadi,

bererti bila mereka tidak masuk PAS, bererti mereka juga tidak

Islam. Ini telah menyelewengkan fikiran rakyat yang begitu ramai,

sehinggakan ada yang menganggapkan seolah-olah PAS adalah merupakan

tambahan kepada Rukun Iman dan Rukun Islam. Rukun Islam lima

perkara, dimasukkan satu lagi mestilah masuk PAS menjadikan Rukun

Islam. Rukun Iman enam perkara, dimasukkan satu perkara lagi -

mesti menganut PAS - mencukupi Rukun Iman. Inilah satu

penyelewengan yang besar diberikan kepada penduduk-penduduk luar

bandar. PAS telah menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan

perkara yang halal.

Saya memberi satu contoh. Apabila sembelihan dibuat oleh orang

yang bukan PAS, katakanlah orang UMNO, maka ada di antara penganut-

penganut PAS yang tidak mahu makan sembelihan orang-orang ini. Ini

merupakan satu perkara yang telah mengharapkan perkara yang halal.

Semasa kita diperintah oleh Inggeris dahulu, tidak ada siapa pun

yang membangkitkan siapakah yang menyembelih kerbau dan lembu.

Tetapi ketika kita merdeka, ada di antara segolongan kecil mem-

bangkitkan perkara ini. Ini adalah satu pemikiran yang mundur,

DR.16.11.92 -168-

yang telah menyesatkan pemikiran orang-orang luar bandar. PAS juga

telah mengharamkan perkara yang halal, ialah memecah-belahkan, kita

mesti bersatu-padu, tetapi mereka telah memecah-belahkan

masyarakat. Ini satu pekerjaan yang amat tidak baik dalam Islam.

Maka saya mengharap kepada pemimpin-pemimpin PAS,

perbetulkanlah perkara ini, sertalah kepada pengikut-pengikut mereka

supaya mereka bersatu dan buatlah serupa biasa, janganlah berpecah-

belah sesama kita orang Islam kerana berpecah-belah ini adalah satu

perkara yang amat tidak baik sesama Islam. Di ketika ini, pemimpin-

pemimpinnya bercakap demikian rupa, tetapi mereka makan apa sahaja

dan tidak bertanya siapa yang menyembelih. Adakah mereka yang makan

di Kuala Lumpur ini menanyakan siapakah yang menyembelih daging

kerbau ataupun lembu di Kuala Lumpur ini. Tidak ada siapa yang

menanya, semuanya mereka makan. Tetapi penduduk-penduduk di luar

bandar, yang telah diracuni pemikirannya, maka ketika ini telah

benar-benar terasa keadaannya, mereka tidak mahu makan lagi

sembelihan orang UMNO, kalau pergi kenduri, hendak hadir sahaja

tetapi tidak mahu makan.

Begitu juga ada di antara masjid-masjid terutama sekali di

Terengganu, tidak kurang daripada dua puluh lebih masjid di

Terengganu ada dua Imam. Ini adalah angkara daripada hasutan PAS

yang mengatakan bahawa orang-orang UMNO tidak boleh jadi Imam. Ini

adalah satu perkara yang memecah-belahkan masyarakat. Sebab itulah

saya mengatakan bahawa mereka ini talah menghalalkan perkara yang

tidak boleh. Jadi, eloklah pemimpin-pemimpin PAS ketika ini

DR.16.11,92 - 1 6 9 -

memperbetulkan balik kepada pengikut-pengikutnya terutama sekali

orang-orang di luar bandar, membenarkan, memberitahu kepada mereka

kesilapan yang telah dilakukan supaya meraka balik ke pangkal

jalan. Berimamlah kepada siapa sahaja, asalkan Imam itu orang

Islam, jangan memilih siapa yang menjadi Imam.

Jadi, makanlah apa sahaja yang disembelih oleh orang Islam,

jangan mengira siapa yang menyembelihnya, asalkan perkara itu

mengikut syarat-syarat untuk sembelihan.

Oleh itu, saya kira kalau kita benar-benar mahu menjadikan

negara kiia sebuah negara yang maju di masa depan, maka perkara-

perkara yang kecil sedemikian rupa janganlah dibesar-besarkan.

Kalau kita memperbesarkan perkara-perkara sedemikian rupa bererti

kita telah memberikan fikiran kepada rakyat supaya berfikir ke arah

ke belakang bukan ke hadapan. Mana-mana negara sekali pun, kalau

rakyatnya itu sendiri berfikiran tidak ke hadapan, sentiasa ber-

fikiran ke belakang, maka hasrat negara tersebut untuk menjadikan

negaranya sebuah negara yang maju amatlah sukar.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama, kita benar-benar mengakui

bahawa negara kita ialah negara Malaysia, di sinilah kita

dilahirkan dan, insya Allah, di sinilah juga kita akan dikebumikan.

Saya tidak tahu, ada di antara parti-parti lain, pengikut-pengikut

parti lain, pemimpin-pemimpin parti lain, ada negara lain yang

mereka akan pergi kalau sekiranya apa-apa berlaku di negeri

Malaysia. Bagi saya, negara saya adalah negara Malaysia dan perlu

kita memperbaiki negara kita sekurang-kurangnya kalau tidak maju

DR.16.11.92 - 170 -

sebagaimana negara-negara yang maju lainnya, sekurang-kurangnya kita

boleh menunjukkan negara kita ini sebuah negara yang maju serta

negara dan penduduknya aman tanpa menjadi satu masalah kepada kita.

Janganlah kita yang duduk tinggal di dalam negara kita sendiri

memecah-belahkan negara kita dan merosakkan negara kita. Ini adalah

satu perkara yang tidak baik kerana kita duduk di sini, perlulah

kita menjaga negara kita kerana untuk kehidupan kita, kesenangan

kita dan anak cucu kita di masa-masa akan datang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yaog di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Ahli-ahli Yang Berhormat, nampaknya masa begitu suntuk, saya ter-

paksa mengambil keputusan untuk memberi dua Ahli lagi untuk berucap.

Saya minta wakil daripada PAS seorang dan wakil daripada DAP se-

orang. Silakan mana-mana seorang wakil PAS dan selepas ini wakil

DAP seorang.

7.28 mlm.

Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood [Kuala Krai]: Tuan Yang

di-Pertua, saya mengambil peluang sama turut serta dalam membahas

anggaran Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat

Menteri Kewangan dalam siri kedua tempoh sebagai Menteri Kewangan

Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh sahabat saya dari

Pengkalan Chepa baru-baru ini, satu hadis yang bermaksud, setiap

kanak-kanak yang dilahirkan kesemuanya suci, bersih. Tetapi oleh

kerana bawaan kedua ibu bapanyalah yang menyebabkan anak-anak

DR.16.11.92 - 171 -

itu tuju hala yang dilukis oleh kedua-duanya' . Pengaruh ibu bapa

berpunca dari pendidikan. Pendidikan pula tidak menentu dan nilai

pelajaran tidak wujud dalam pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, contoh yang terdekat, kita dapat lihat ada

25 Kementerian hari ini, bermula dari Jabatan Perdana Menteri

sampailah kepada Kamenterian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat, dengan tajuk dan Maksud B.I dan secarusnya dalam jumlah

peruntukan sekian banyak. Dari jumlah 25 Kementerian ini, cuba kita

ambil tiga Kementerian sahaja iaitu:-

(i) Kementerian Pendidikan;

(ii) Kementarian Penerangan; dan

(iii) Kementerian Kewangan.

Kalaulah kita asaskan kepada pendidikan, tentunya tidak berlaku

amalan yang bercanggah dengan akidah dan pegangan hidup. Tidak

berlaku perbuatan haram dan salah kepada syarak kerana ajaran suci

dan murni. Kanak-kanak pula bersih mengikut fitrah semula jadi, dan

wujudlah penyelarasan dan keseragaman dalam segala tindakan dan

perlaksanaan. Itulah mungkin satu ketika dahulu iaitu semasa

Menteri Kewangan hari ini memegang tugas sebagai Menteri Pendidikan,

dengan mengubah nama dari Kementerian Pelajaran kepada Kementerian

Pendidikan sepertimana yang ada hari ini, yang tujuannya untuk men-

didik manusia ke arah pembentukan insan soleh, kamil, 'abid dan

sebagainya.

DR. 16.11.92 -172-

Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah Kementerian Kewangan berjudi,

Kementerian Penerangan tidak ada akhlak. Tengok apa yang dilakukan

di dalam televisyen, seperti yang dibangkitkan oleh wakil Labuan

baru-baru ini. Contohnya yang lebih dekat lagi ialah cara

berpakaian kaum ibu, khususnya di dalam Dewan yang mulia ini, sama

ada Wakil Rakyat atau pun Timbalan Menteri. Saya ingin penjelasan

hukum nengikut Islam, setakat manakah pakaian itu menutup aurat.

Dalam yang berbunyi "Illa-ma-zahara-minha". Apakah maksudnya ayat

"Illa-ma-zahara-minha"? Saya berharap ulama-ulama UMNO dapat

membuat garisan atau batasan halal dan haram dalam hal pemakaian,

kerana ini adalah amalan harian,

Kita tahu bahawa Islam menggalakkan kaum wanita untuk

berganding bahu dengan kaum lelaki dari memberi peluang sepenuhnya

aupaya dapat mengisi saham hidup seperti apa yang dilakukan oleh

kaum lelaki supaya tidak dikatakan oleh orang bahawa Islam itu

jumud, kuno, sempit dan sebagainya, dan mestilah ia dilahirkan dan

dikenali sebagai ibu mithali atau ibu contoh, ibu kepimpinan melalui

teladan, bukan Islam menyuruh melanggar dan meredah benda-benda yang

haram dan ditegah oleh syarak. Kalaulah hendak melakukan

benda-benda yang berdosa dan maksiat, dan hendak merosakkan suasana

harmoni dalam masyarakat, lebih baik kaum wanita berada di rumah dan

tidak perlu menjadi wakil rakyat. Apa lagi yang lebih dari itu.

Jika mereka tidak mampu untuk mendidik dan mengasuh dan memberi

contoh Cteladan yang baik kepada masyarakat dan tidak berperanan

sebagai 'Ummaha-til-mukminin", bahkan kerana merekalah dunia huru-

DR. 16.11.92 -173-

hara dan masyarakat hitam pekat. Sebab itulah Rasulullah s.a.w.

bersabada, yang bermaksud "orang-orang perempuaa itu adalah pukat

dan racip syaitan", seperti yang kita lihat sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, tugas Kerajaan mestilah berusaha

bersungguh-sungguh, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., yang

bererti "Kamu sebagai pengembala dan kamulah akan disoal, hala mana

tuju sebagai Kerajaan yang membawa rakyat kamu, berdolak-dalih boleh

sebelum mati, di akhirat Allah memberi amaran yang keras". Di

akhirat, Allah telah menyatakan, yang bererti "pada hari ini Aku

tutup segala mulut-mulut kamu, dan pada ketika itu tangan-tangan

kamu akan bercakap."

Tuan Yang di-Pertua, pembelaan pihak Kementerian Pendidikan

terutama terhadap murid-murid luar bandar, walaupun sekolah-sekolah

telah ada, tetapi masih banyak lagi keperluan asas yang belum

mencukupi. Contohnya di kawasan saya. Contohnya di RKT-RKT, yang

mana bila musim hujan atau musira tengkujuh, perjalanan ke sekolah

amat menyedihkan. Kadangkala sampai tidak bersekolah oleh sebab

jalan lecah, berlumpur yaag hingga sekarang belum ditar lagi.

Kadang-kadang saya malu pula untuk sebut di sini, sebab pada sidang

Dewan yang lalu telah saya sebut dan saya ulang beberapa kali, dan

pada ketika itu pihak Kementerian telah menjawab - akan dilaksana-

kan. Tetapi sampai sekarang masih lagi tidak berubah-ubah. Inilah

di antara sebab-sebab kemunduran pelajar-pelajar di luar bandar

khususnya, dan dalam kawasan rancangaa-rancangan tanah yang disuka.

Hanya 20% sahaja kejayaan murid-murid luar bandar yang pergi ke

sekolah tinggi. Ada yang tidak sempat ke sekolah menengah. Pihak

DR. l4.11.92 -174-

Kementerian perlu membuat siasatan segera mengapa ini boleh terjadi

dan mengapakah mereka diabaikan atau tidak diambil tahu.

Tuan Yang di-Pertua, adakah rakyat tidak membayar cukai dan

adakan Kerajaan tidak pernah memungut hasil daripada rakyat di luar

bandar? Walhal kalaulah tidak kerana keringat anak-anak desa yang

membanting tulang menoreh getah, masakan kereta-kereta Yang

Berhormat Menteri-menteri atau kesemuanya dapat berpusing tayar dan

sebagainya. Rintihan dan rungutan rakyat luar bandar yang

dianiayai di suatu hari nanti akan membawa padah.

Tuan Yang di-Pertua, di antara masyarakat luar bandar yang

tidak diambil tahu oleh Kerajaan sampai hari ini, sebagaimana yang

saya sebutkan tadi, sehingga hampir selesainya Rancangan Malaysia

Keenam, sedangkan mereka belum lagi mengecapi bekalan air bersih,

telefon dan sebagainya. Walaupun ada sekolah-sekolah menengah, ada

Balai Polis, ada sekolah-sekolah kebangsaan, contohnya yang saya

ingin sebutkan, ada empat rancangan, pertama - rancangan Batu

Mengkebang; kedua - rancangan Cucu Puteri; ketiga - Kemalih dan

keempat - Chenerai dan ada 27 buah rancangan lagi yang tertinggal

oleh pihak Kerajaan Pusat dan yang paling aneh lagi ialah di

rancangan Chenerai ada terdapat lebih kurang 100 hektar tanah getah

yang sepatutnya dua tahun dahulu boleh dibuka. Rumah-rumah peneroka

pun telah siap dua tahun dahulu tetapi sekarang hampir runtuh

semuanya. Belum ada tanda-tanda akan dibahagi atau diambil hasil.

Maka saya ingin tahu mengapakah dan bila akan dibuka dan diberi

kepada penerokaan bagaimakah cara pemilihan peneroka itu nanti.

DR. 16.11.92 -175-

Tuan Yang di-Pertua, Warta Kerajaan Kelantan pada tahun 1988,

kalau tidak silap saya, menyatakan bahawa sebarang lebuhraya yang

menghubungi dari Kuala Berang ke Chabang Tiga, Kedai Khamis ke

jalan Sungai Sok dan melalui beberapa rancangan tanah, tetapi

sehinggalah sekarang belum nampak-nampak. Banyak lagi jalan-jalan

asas yang sepatutnya disegerakan oleh pihak Kerajaan Pusat tetapi

dilengah-lengahkan. Contohnya, wang peruntukan geran seimbang untuk

negeri Kelantan pun setakat ini belum dihantar lagi. Apakah

salahnya rakyat negeri Kelantan menggunakan hak mereka untuk memilih

Kerajaan melalui cara demokrasi yang dibenarkan oleh pihak Kerajaan,

tetapi mereka pula dianiayai. Maka saya menyeru cukuplah mendera

dan menyeksa rakyat negeri Kelantan yang tidak berdosa.

Tuan Yang di-Pertua, semasa lawatan Perdana Menteri ke negeri

Kelantan baru-baru ini kain-kain rentang dan sepanduk-sepanduk yang

bertulis "Bersatu, Selamatkan Kelantan".

Tuan Yang di-Pertua, sedarlah kita bahawa UMNO Kelantan adalah

di dalam perpecahan sehingga terpaksa diseru supaya bersatu. Bila

kita lihat "Selamatkan Kelantan" - sepatutnya 'cakap biarlah serupa

bikin'. Ini bererti sebarang kemudahan dan bantuan mestilah diberi

mengikut hak-hak yang wajib oleh pihak Kerajaan Pusat. Kelantan

adalah sebahagian daripada Malaysia. Walaupun Kelantan merupakan

sebatang jari yang halus, tetapi sempurnanya seseorang itu adalah

bila seluruh anggotanya sihat dan segar. Rasulullah bersabda

"Al-mukminuna-akhul-mukmin-almukminu-lilmukminin-kal-jasadal il-wahid

-izastaka' a-tada-sa'ah-wal-jasad ."

DR. 16.11.92 -176-

Tuan Yang di-Pertua, sekarang musim rakyat Kelantan sedang

sibuk turun ke sawah membanting tulang, menanam padi. Apa yang saya

ingin sebut di sini ialah baja padi mestilah diteruskan kepada yang

berhak. Orang-orang Kelantan sudah rela menerima baja walaupun baja

bergambar dacing. Rakyat Kelantan faham bahawa baja bukan hak UMNO,

bukan harta UMNO, baja hak rakyat, Kerajaan hanya

menyelenggarakannya sahaja. Siapa sahaja yang diamanahkan sebagai

Kerajaan, maka dia berhak memberi kemudahan dan bantuan kepada

rakyat jelata. Kalaulah hendak persalahkan rakyat Kelantan, maka

tanyalah dahulu pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan, apakah yang mereka

lakukan selama ini, selama mereka menguasai negeri Kelantan dahulu.

Sesat dihujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pula kepada masalah yang mana

boleh dikatakan adalah dibangkitkan oleh semua Ahli-ahli Pembangkang

iaitu masalah sikap tidak bebas dan tidak adil pihak akhbar,

khususnya terbitan akhbar kumpulan Utusaa Melayu. Saya yakin dan

percaya bahawa segala teguran ini tidaklah semata-mata berhajat

laugsung untuk menjatuhkan sesiapa dari sebarang kedudukan

masing-masing. Yang baik di kalangan akhbar itu, tidak juga kita

berhajat atau berniat untuk membinasakan akhbar dan syarikat itu dan

jauh sekali dari mahu campurtangan hingga boleh mengganggu kebebasan

akhbar. Kita mahu meletakkan akhbar-akhbar, khususnya akhbar

kumpulan Melayu berada di atas landasan yang betul, adil dan

bermaruah. Lebih dari itu kami mahu akhbar itu bebas dari belenggu

kongkongan Kerajaan dan orang-orang yang tertentu atau klik-klik

yang mempunyai kepentingan masing-masing.

DR.16.11.92

Supaya ianya bebas dari belenggu kongkongan Kerajaan dan klik

pimpinan UMNO tertentu. Apa yang Utusan Melayu dan Utusan

Malaysia siar terhadap Pembangkang khususnya PAS dan badan-badan

dakwah tidak dapat kita bayangkan sebagai suatu yang dilakukan oleh

orang lain. la bukan sekadar tidak adil, malah jahat dari berniat

serong terhadap parti Pembangkang khususnya Pembangkang Islam,

walaupua Pembangkang ini suatu yang baik dalam amalan demokrasi dan

suatu perbuatan mengikut rasional semua tamadun.

Reaksi kita terhadap sikap negatif Utusan itu hanyalah sekadar

menegurya dan supaya ia bebas dan merdeka. Lihat pada yang hak.

Reaksi kami jelas dan lembut dan teramat rasional jika dibandingkan

dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang cuma baru

sekali Utusan menyiarkan perkara yang berbeza dengan kemahuan

Perdana Menteri iaitu berhubung dengaa "bahasa," maka UMNO

menggunakaa pengaruhnya memaksa akhbar itu meminta maaf dan selepas

itu mempengaruhi syarikat itu memecat Ketua Pengarang dan Timbalan

Ketua Pengarang serta-merta.

Pemecatan ke atas wartawan-wartawan kanan Utusan itu adalah

satu lagi campurtangan UMNO atau gangguan dari orang-orang UMNO

yang berkuasa dan berkedudukan dalam Kerajaan. Saya tidak tahu apa

malangnya, akhbar-akhbar sentiasa menempuh gangguan dari pihak-pihak

UMNO dan bayang-bayangan orang-orang berkuasa dalam Kerajaan.

DR.16.11.92 -173-

Gangguan dan campurtangan ini mesti dikecam kalau ia mengganggu dan

menjejaskan prinsip kebebasan berakhbar dan bersuara dalam negara

ini. la melanggar semangat demokrasi dan semangat Perlembagaan yang

menjamin kebebasan akhbar tadi. Gangguan-gangguan ini bukan sekadar

meletakkan para wartawan setaraf dengan jurutulis-jurutulis di

serambi-serambi pejabat daerah. Malah ia menjadikan mereka fasiq

dan tidak dinamik. Mereka malah menyekat rakyat mendapat maklumat

betul dan pendidikan yang sewajarnya.

Sesungguhnya bertolak dari situlah kita sukar mendapat rakyat

dan pimpinan yang dinamik dan berjiwa besar. Campurtangan dan

kongkongan secara ini juga di antara yang menggagalkan usaha-usaha

mewujudkan akhbat Islam atau Islamic Press di negara ini.

Timbalam Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin] : Yang Berhomat, sila gulung.

Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood: Oleh yang demikian, saya

menyerulah kepada pihak Kerajaan supaya janganlah akhbar dijadikan

alat kongkongannya. Biarlah mereka dalam keadaan bebas menjalankan

tugas-tugas mereka. Semoga rakyat jelata dapat menikmati keadilan

melalui akhbar-akhbar dan melalui lidah-lidah tulisan mereka dan

rakyat juga adalah rakyat yang sentiasa dalam keadaan bebas dalam

dunia ataupun dalam negara Malaysia ini.

Satu lagi, saya juga tidak berhajat untuk mempertahankan

Wartawan-wartawan Kanan Utusan dari ditamatkan perkhidmatan atau

kerja mereka. Tetapi campurtangan UMNO dan pemimpin-pemimpin

DR.16.11.92 -179-

Kerajaan secara langsuag dan tidak langsung terhadap akhbar itu

mestilah ditentang dan mungkin ini ada hubungkait dengan Perhimpunan

Agung UMNO di tahun 1993 akan datang kerana akhbar ada sangkutan

dengan Menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin atau tokoh-tokoh yang

berpengaruh. Sebagaimana yang kita tahu, Bush baru-baru ini telah

berkata kekalahannya adalah disebabkan oleh berat sebelah akhbar,

Sekian, cerima kasih,

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ya, Pasir Pinji.

7.44 mlm.

Tuan Kerk Kim Hock [Pasir Pinji]: Tuan Yang di-pertua,

baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkata

bahawa Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Badan Pencegah

Rasuah menyiasat sesiapa sahaja termasuk Menteri Kabinet.

Penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu adalah dialu-

alukan oleh kerana sejak penubuhan BPR, pendapat umum terhadap BPR

ialah ia hanya berkemampuan untuk menangkap "ikan bilis" tetapi ia

tidak dapat bertindak secara bebas dalam peperangannya terhadap

"ikan jerung".

Tuan Yang di-Pertua, memang sudah menjadi pendapat umum bahawa

dalam sejarah SPR, kegagalannya yang terbesar sekali ialah

kegagalannya untuk melawan rasuah di peringkat atasan Kerajaan dan

politik. Saya berpendapat kegagalan BPR untuk menbuktikannya

sebagai satu agensi yang berkuasa dan yang boleh bertindak secara

DR.16.11.92 -180-

bebas terutama sekali terhadap rasuah di peringkat atasan Kerajaan

dari politik telah menjadi punca utama. Sebabnya ketua-ketua Jabatan

tidak begitu komited hendak bersama-sama melawan rasuah.

Kekurangan komitmen dan sokongan Ketua-ketua Jabatan boleh

dibuktikan dalam ketidaksanggupan mereka untuk memberi kerjasama

kepada BPR dengan tidak mengambil berat ke atas sebanyak 242 kes

rekomendasi untuk tindakan tatatertib yang telah dibuat oleh BPR di

dalam tempoh tahun 1987 sehingga Julai tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, menurut Ketua Pengarah BPR, mereka yang

sanggup mengambil tindakan tatatertib cuma mengambil tindakan yang

tidak menjadi deterrent. Adalah sedih sekali kedudukan dan imej BPR

yang begitu rendah telah menyebabkan peranannya tidak diambil dengan

serius oleh Ketua-ketua Jabatan Kerajaan.

Saya berpendapat selagi BPR tidak dapat membuktikan ia

berkemampuan dan boleh bertindak secara bebas terhadap "ikan

jerung," imejnya yang rendah itu tidak akan diperbaiki. Tanpa

meningkatkan imejnya ia tentu tidak dapat memainkan peranannya

dengan berkesan. Rasuah adalah satu gejala buruk yang harus dilawan

secara habis-habisan. Peperangan ke atas rasuah tidak boleh

dilancarkan di bibir mulut sahaja atau setakat ucapan rhetoric di

mana-mana forum. Kerajaan haruslah menunjukkan komitmennya dan

kesanggupannya untuk mencegah rasuah dengan melancarkan satu all-out

war, dengan izin, terhadap rasuah.

DR.16.11.92 -131-

Langkah pertama yang harus diambil oleh Kerajaan ialah

memastikan bahawa BPR adalah "seekor harimau yang bertaring" dan

dapat bertindak secara bebas ke atas mereka yang terlibat dalam

rasuah tanpa mengira kedudukan pangkat, kaum dan pengaruh mereka.

Tuan Yang di-Pertua, pada 14hb November tahun ini, selepas

mesyuarat CWC Parti MIC, Yang Berhormat Menteri Tenaga, Telekom dan

Pos telah berkata bahawa jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat

Setiausaha Parlimen, Yang Berhormat Othman Abdul mengenai isu

peruntukan RM10 juta saham Telekom kepada MAIKA Holdings di

Persidangan Parlimen pada 12hb Movember adalah tidak betul. Yang

Berhormat Menteri Tenaga, Telekom dan Pos juga berkata bahawa Yang

Berhormat Setiausaha Parlimen, bukanlah orang yang sesuai untuk

menjawab mengenai peruntukan saham Telekom kapada MIC dan Yang

Berhormat Menteri Kewangan adalah orang yang sesuai untuk menjawab

perkara itu.

Yang Berhormat Menteri Tenaga, Telekom dan Pos juga menegaskan

bahawa RM10 juta saham Telekom yang berkenaan telah diperuntukan

kepada MIC dan bukan MAIKA Holdings. Ini bertentangan dengan apa

yang telah diberikan oleh Kerajaan. Inilah kali yang kedua, Yang

Berhormat Menteri telah menafikan bahawa RM10 juta saham Telekom

diberikan kepada MAIKA Holdings. Pada 23hb Oktober tahun ini, di

Mesyuarat Agung Tahunan ....

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri [Tuan S.S. Subramaniam]:[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin] : Yang Berhormat, Setiausaha Parlimen minta jalan.

DR.16.11.92 -132-

Tuan S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

bertanya kepada Yang Berhormat dari Pasir Pinji adakah beliau

memahami apa perbezaan di antara MIC dan MAIKA Holdings? Jika tidak

memahami perbezaan antara MIC dan MAIKA Holdiags, saya rasa beliau

tidak patutlah melanjutkan ucapannya di atas perkara saham-saham

yang telah diberikan kepada MAIKA Holdings.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya rasa soalan itu tidak payah

jawablah. Siapa tidak tahu perbezaan di antara MIC dan MAIKA

Holdings? Tuan Yang di-Pertua....

Tuan S.S. Subramaniam: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, dia bangun lagi.

Tuan Kerk Kim Hock: Kalau hendak tanya, tanyalah soalan yang

bijak. Sekarang saya tidak ada masa lagi. What is there to

answer for the stupid question,

Tuan Yang di-pertua, saya tidak mahu beri jalan. Soalannya

apakah perbezaan di antara MIC dan MAIKA. Apa soalan ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Pada 23hb Oktober, 1992 di Mesyuarat Aguag

Tahunan Pemegaag-Pemegang Saham MAIKA Holdings, beliau juga telah

menafikan bahawa peruntukan RM10 juta saham Telekoni ialah untuk

MAIKA Holdings. Beliau berkata bahawa MAIKA Holdings tidak meraohon

atau ditawarkan RM10 juta saham-saham berkenaan tetapi MIC telah

DR.16.11.92 -183-

memperuntukkan RMl juta saham kepada MAIKA Holdings.

Tuan Yang di-Pertua, penafian Yang Berhormat Menteri

menimbulkan satu persoalan yang serius. Jawapan yang diberikan oleh

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri pada

12hb bulan ini semasa menjawab soalan dari Ahli Parlimen Kota Melaka

adalah kali ketiga Kerajaan berkata di daiam Parlimen bahawa ia

telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta saham kepada MAIKA akan

tetapi MAIKA cuma terima satu juta saham oleh kerana masalah

kewangan yang dihadapinya.

DR.16.11.92 - 184 -

Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Yang Berhormat Timbalan

Menteri Kewangan, Yang Berhormat Tuan Abdul Ghani bin Othman

masing-masing pada 6hb Mei dan 12hb Mei tahun telah berkata di

Persidangan Parlimen bahawa 10 juta saham Telekom diperuntukkan

Kepada MAIKA Holdings. Olah kerana masalah kewangan, MAIKA

Holdings,...

Tuan S.S. Subramanian: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhomat, dia bangun lagi hendak minta jalan.

Tuan Kerk Kim Hock: Tak beri jalan. MAIKA cuma menerima satu

juta....

Tuan S,S, Subrananiam: [Menyampuk]

Tuan Kerk Kim Hock: Biarkan Menteri jawab sendiri besok. Cuma

menerima 1 juta saham berkenaan dan yang baki telah diperuntukkan

oleh Kementerian Kewangan kepada Advanced Personal Computers Sdn.,

S.B. Management Sdn. Bhd. dan Clearways Sdn. Bhd.

Tuan Yang di-Pertua, satu pembohongan telah berlaku. Soalnya,

siapa yang telah berbohong? Sekiranya penafian Yang Berhormat

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos adalah berasas, ini bermakna bahawa

Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri

Kewangan dan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana

Menteri telah mengelirukan Dewan yang mulia ini. Atas

perbuatan yang sedemikian, mereka boleh dan harus dirujuk kepada

Committee of Privileges. Di sebaliknya Tuan Yang di-Pertua,

sekiranya apa yang dikatakan oleh pihak Kerajaan 3 kali adalah

betul , ini bermakna seorang Menteri Kabinet telah cuba mengelirukan

rakyat jelata di Luar Dewan dan tindakan serius harus diambil

terhadapnya dengan serta merta.

DR.16.11.92 - 185 -

Sebenarnya penafian Yang Berhomat Mencari Tenaga, Telekom dan

Pos adalah satu cabaran langsung dan terang-terang kepada jawapan

yang diberikan di persidangan Dewan yang mulia ini dan ini adalah

satu cabaran yang harus dihadapi dengan serta merta. Yang Berhormat

Menteri Kewangan hendaklah memberi satu penjelasan mengenai penafian

yang dibuat oleh Yang Berhorat Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.

Tuan S.S. Subramaniam: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, dia minta jalan Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya tak beri jalan, masa sudah suntuk dan

dia bertanya soalan yang tidak berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Point of order Yang Berhormat, point of order.

Tuan S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kuorum.

Tuan Kerk Kim Hock: Ini pengecut! Ini cara mahu menyelamatkan

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Bunyikan loceng, ya. Kita kena ikut peraturan ya,

minta maaf.

Loceng dibunyikan.

[Ahli—ahli dikira: Kurang 26 Ahli hadir]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Tak cukup kuorum, mengikut Peraturan mesyuarat kita

bunyikan sekali lagi. Sabar, tunggu ya.

Loceng dibunyikan.

[Ahli-ahli dikira: Kurang 26 Ahli hadir]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat,

kalau tak cukup kuorum, setelah loceng dibunyikan dua kali, kita

kena tangguhkan mesyuarat. Oleh yang demikian, saya tangguhkan

Dewan ini sekarang sehingga jam 2.30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.56 malam.