dengan bermulanya pelaksanaan kurikulum standard s

Upload: josephkondo

Post on 09-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota kurikulum

TRANSCRIPT

Dengan bermulanya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada Tahun 2011, cabaran kepada insan guru menjadi semakin hebat dan memerlukan komitmen padu insan guru supaya faham, cukup berpengetahuan dan berkemahiran semasa menjalankan tugas m

Dengan bermulanya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada Tahun 2011, cabaran kepada insan guru menjadi semakin hebat dan memerlukan komitmen padu insan guru supaya faham, cukup berpengetahuan dan berkemahiran semasa menjalankan tugas masing-masing. Jika tidak, apa sahaja rancangan yang akan dilaksanakan hanya memberi impak minimum dan sangat perlahan, kalau pun tidak, bakal mengundang kegagalan, membazirkan masa, tenaga dan wang rakyat. Secara khusus, pelaksanaan KSSR dilihat memerlukan komitmen dan kefahaman insan guru, bagi melaksanakan pelbagai program mengikut acuan yang ditetapkan agar transformasi pendidikan negara tercapai. Secara realitinya perlaksanaan KSSR amat bertetapan dengan perkembangan arus pendidikan global di mana KSSR amat mementingkan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul bersesesuaian dengan pembelajaraan abad ke-21.

Kejayaan perlaksanaan KSSR harus seiring kesediaan warga pendidikan menerima perubahan secara positif. Namun sebagai pemimpin di sekolah yang melaksanaan dasar tersebut perlu mengambil langkah-langkah di bawah :

Mendapatkan informasi yang terkini dalam pelaksanaan KSSR. Contohnya bahan-bahan terkini untuk setiap subjek.

Guru-guru diberi latihan dan pendedahan dalam melaksanakan KSSR seperti menghadiri kursu-kursus, LDP yang berkaitan dengan KSSR untuk meningkatkan kemahiran guru.Menyediakan prasarana dan keperluan untuk memudahkan pelaksanaan. Contoh, penyediaan bilik AV atau alat-alat keperluan yang berkaitan

Pemantauan dari masa ke semasa oleh Pihak Pentadbir atau Ketua Panitia seperti pengemaskinian fail-fail murid untuk matapelajaran masing-masing

Memaklumkan ibubapa dan memberi taklimat tentang pelaksanaan KSSR semasa hari pemuafakatan PIBGMemantapkan pengurusan kurikulum di sekolah untuk mengesan keberkesanan pelaksanaan KSSR dengan membuat post-mortem di peringkat sekolah selain program PLC dan lain-lain