definisi tamadun

44
1.0 DEFINISI 1.1 DEFINISI TAMADUN Tamadun berasal daripada perkataan Arab maddana,mudun,madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah umran,hadarah,madaniyah. Dalam bahasa Inggeris istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Maksud tamadun dari sudut Barat ialah pembangunan lahirah seperti dalam aspek kebudayaan iaitu penulisan undang- undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja Manakala maksud tamadun dari sudut Islam pula meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala 1

Upload: pukattunda

Post on 23-Nov-2015

96 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

definisi tamdun dunia

TRANSCRIPT

1

1.0 DEFINISI1.1 DEFINISI TAMADUNTamadun berasal daripada perkataan Arab maddana,mudun,madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah umran,hadarah,madaniyah. Dalam bahasa Inggeris istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu.Maksud tamadun dari sudut Barat ialah pembangunan lahirah seperti dalam aspek kebudayaan iaitu penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahajaManakala maksud tamadun dari sudut Islam pula meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.

1.2 DEFINISI BUDAYA

Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

Robert H Lowie berpendapat bahawa kebudayaan adalah segala sesuatu yang diperoleh individu dari masyarakat, mencakup kepercayaan, adat istiadat, norma-norma artistic, kebiasaan makan, keahlian yang diperoleh bukan dari kreatifitasnya sendiri melainkan merupakan warisan masa lampau yang didapat melalui pendidikan formal ataupun tidak formal.

Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).

Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.

Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

2.0 KEMUNCULAN TAMADUN INDIA

Sejarah India sebelum 500 S.M.,kurang adalah jelas. Zaman Batu Awal di India bukti-bukti yang agak berkurangan. Arkeologi yang ditemui hanyalah beberapa jenis batu kuarzit yang ditemui di beberapa kawasan di India seperti di daerah Chingleput, Madras dan daerah Banda , Agra. Orang-orang zaman ini secara am dikenali sebagai orang-orang Negrito. Budaya mereka tidak maju sehingga mereka hidup menetap. 3.0 TAMADUN LEMBAH SUNGAI INDUSKajian tentang tamadun India dimulakan dengan Tamadun Lembah Sungai Indus. Ia bermula di bahagian barat laut India dan diairi oleh satu terusan yang dikenali sebagai Sungai Indus atau Sungai Sindhu. Kini kedudukan Lembah Sungai Indus di dalam negara Pakistan di daerah Baluchistan. Penemuan ini yang tertua dan berlaku pada tahun 1920 sewaktu kerja-kerja awal pembinaan jalan keretapi. Ia dipercayai tertimbus di bawah tanah.Bukti-penemuan arkeologi di Mohenjo-Daro di daerah Larkana,Sind dan Harappa di daerah Montgomery, Punjab. Lebih kurang sekitar 3000-1500 S.M., masyarakat Lembah Sungai Indus sudah mencapai suatu tamadun yang tinggi.

3.1 PENCAPAIAN TAMADUN LEMBAH SUNGAI INDUS

Pencapaian Tamadun Lembah Sungai Indus dapat dilihat daripada beberapa aspek, salah satunya ialah daripada aspek pembinaa. Pada zaman ini, rumah-rumah dibina daripada batu-batu salai serta mempunyai bilik air dan perigi. Ia terletak disepanjang jalan raya dan mempunyai ruang lapang di antara satu rumah dengan rumah yang lain demi menjamin peredaran udara yang baik. Juga didapati mempunyai dua bilik. Malam pembinaan jalanraya juga terancang iaitu berukuran 10 M lebar dan dihubungi lorong-lorong yang berukuran 2.1 M.Jalan-jalan ini digunakan oleh kereta lembu dan pejalan kaki. Sistem perparitan dan longkang yang dibina pada tamadun ini juga selari dengan jalanraya utama dan disertakan dengan sistem longkang yang tertutup bagi menjamin kesihatan penduduk agar kekotoran tidak terdedah kepada orang awam. Pembinaan yang paling unik ialah kolam permandiaan ( The Great Bath) yang berukuran 11.8 M panjang, 7 M lebar dan 2.4 M dalam. Terdapat tangga berukuran 2.4M lebar di kedua belah kolam serta serambi sekelilingnya. Air kolam boleh dikosongkan dan diisikan semula dan ia juga digunakan untuk aktiviti keagamaan. Benteng pengawal banjir turut dibina dengan ukuran tingginya melampaui 13.1 M untuk keselamatan masyarakat tempatan. Pembinaan gudang pula menunjukkan tentang kemajuan dalam bidang kegiatan ekonomi bercorak pertanian juga dapat dikesan dengan penemuan sebuah gudang menyimpan bijirin yang besar.

Pencapaian Tamadun Lembah Sungai Indus juga dapat dilihat daripada aspek keagamaan iaitu melalui gambar pada mohor yang menunjukkan seorang yang duduk bersila seolah-olah membuat yoga. Ia ditafsirkan sebagai bentuk penyembahan terawal oleh beberapa sarjana. Penemuan patung-patung wanita turut menandakan wujud penyembahan kepada Dewa Ibu yang dipercayai amat popular di India Selatan khususnya dikalangan orang Tamil.Bahasa juga merupakan satu lagi aspek dalam pencapaian Tamadun Lembah Sungai Indus. Zaman ini telah wujudnya tulisan berbentuk piktografik iaitu bercorak gambar atau simbol. Ini menandakan masyarakat tamadun ini mula merekodkan ilmu-ilmu mereka melalui kaedah ini iaitu Ila(va),pohon kapas Min(ikan,bintang),petani.

Satu lagi aspek yang mempengaruhi pencapaian di dalam Tamadun Lembah Sungai Indus ialah pengangkutan. Terdapat penemuan gambar perahu dan kereta lembu yang dipercayai digunakan sebagai pengangkutan pada masa itu diukir pada batu logam dan patung replika. Terdapat juga penemuan-penemuan lain seperti peralatan yang dibuat dari gangsa,emas, permata dan gading. Juga pakaian yang diperbuat daripada kapas.

3.2 PENEMUAN RANGKA MANUSIA

Tengkorak yang ditemui di Lembah Sungai Indus dibahagi kepada tiga jenis iaitu yang pertama ialah Mediterranean proto yang mempunyai ciri kepala panjang dan hidung yang sempit. Kedua ialah Austroloid proto, ia mempunyai ciri-ciri seperti hidung leper ,bibir tebal dan kepala melengkung pendek. Ketiga ialah Armenoid iaitu terdapat ciri seperti mempunyai kepala yang melengkung tinggi.

3.3 KEJATUHAN TAMADUN LEMBAH SUNGAI INDUSKejatuhan tamadun ini dikaitkan dengan beberapa faktor seperti berlakunya banjir besar, diserang wabak penyakit yang amat serius dan berlakunya siri peperangan antara penduduk Lembah Sungai Indus dan orang-orang Parsi. Keruntuhan peradaban Indus menyebabkan orang-orang Arya mengembangkan peradaban baru iaitu peradaban Indo-Arya akibat percampuran dengan penduduk tempatan yang dikenali sebagai Dasa atau Dasyu.

4.0 KEDUDUKAN GEOGRAFI

India terletak di antara Lautan Hindi dan Pergunungan Himalaya dengan keluasan 2534 175 KM . Ia dibahagikan kepada dua bahagian yang besar iaitu India Utara dan India Selatan. Faktor bentuk muka bumi telah menyebabkan perkembangan dua kebudayaan yang berbeza dari segi rupa bentuk fizikal,bahasa,budaya serta amalan-amalan keagamaan . Masyarakat di India Utara dikenali sebagai orang-orang Indo-Arya manakala masyarakat di India Selatan pula dikenali sebagai orang-orang Dravida. Selain itu terdapat dua lagi golongan. Pertama ialah masyarakat asli iaitu masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan dan hutan. Mereka termasuk kaum Mundas, Bhil dan Khol. Satu lagi masyarakat ialah masyarakat yang memiliki ciri-ciri fizikal orang Mongolia, menetap di kawasan gunung Himalaya dan pergunungan Assam. Mereka termasuk kaum Gurkha, Bhutiya dan Khasi.

4.1 PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA 4.1 (a) ZAMAN KUNO (1 500 s. m. 1 200 m)

Menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-Doab. Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula dibahagikan kepada dua zaman iaitu zaman Vedile Awal (1500 s.m. 100 s.m) dan zaman Vedile Akhir (1000 s.m. 500 s.m.)

Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan melahirkan budaya Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan dibantu oleh anaknya Asoka. Mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang lebih penting dalam perkembangan agama Buddha dan Jainism. Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil. Pada masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola dan Pandhya.

4.1 (b) ZAMAN PERTENGAHAN (1 200 m 1 750 m)Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah melahirkan satu tamadun yang lebih cemeralang. Ajaran Islam tersebar di India melalui dakwah, aktiviti perdagangan, penaklukan dan perkahwinan. Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal.

Agama Islam mula bertapak di India pada abad ke-8 apabila Muhammad Al-Qasim berjaya menguasai Wilayah Sind pada tahun 706 (87 Hijrah). Pada peringkat awal, Islam bertapak di bahagian Utara India.

Kerajaan Islam yang pertama ialah Kerajaan Sabaktaqin memerintah dari 1004-1186. Pemerintahnya ialah Sultan Mahmud Al-Ghaznawi, beliau berjaya menguasai satu kawasan yang luas di utara India. Kerajaan-kerajaan Islam yang lain ialah Kerajaan Ghori (1189-1289), Kerajaan Khilji (1289-1321) dan yang paling terkenal ialah Kerajaan Mughal (1527-1857).Dinasti Mughal memerintah selama 400 tahun dan menjadi kuasa yang dominan dalam sejarah tamadun India dan memiliki kawasan yang luas. Pemimpin-pemimpin Dinasti Mughal yang terkenal ialah Akhbar, Jahangir, Shah Jehan, Aurangzeb, Bahadur Shah. Elemen-elemen dari Timur Tengah telah dibawa masuk dan diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan dan melahirkan budaya baru yang dipanggil Indo-Islam.

4.1 (c) ZAMAN MODEN (1 750 m )

Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di bawah Vasco da Gama. Kedatangan kuasa Eropah ini ke India adalah berasaskan kepada kepentingan perdagangan, politik dan juga agama Kristian. Kuasa Belanda telah menduduki Pulikat, Masulipatar dan Surat. Kuasa British pula telah menawan Surat (1612), Madras (1640), Bombay (1655) dan Calcutta (1690). Pengaruh British ini terus berkembang terutamanya selepas Perang Plassey (1756). Kedatangan penjajah ini telah membawa masyarakat India menerima pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti agama Kristian, bahasa Inggeris dan cara hidup barat.4.2 MASYARAKAT DAN BUDAYA INDIA UTARAPada permulaan zaman Veda, pembahagian yang wujud di kalangan masyarakat India dikenali sebagai sistem Varna. Dalam sistem ini, wujud beberapa kelas masyarakat yang utama yang dikenali sebagai Trivarna. Kelas masyarakat tersebut ialah Brahmin, Ksatriya, Vaisya, Sundra.

4.2 (a) BRAHMIN

Brahmin adalah golongan pertama atau golongan yang menduduki tempat tertinggi dalam hierarki sistem kasta. Golongan ini merupakan golongan pemimpin rohani dan pendeta. Mereka ini dikatakan mempunyai kemampuan untuk memiliki suatu penguasaan naluri yang tajam terhadap nilai-nilai hidup yang terpenting kerana amalan yang tinggi dari sudut kerohanian. Malah lebih jauh daripada itu, mereka juga merupakan pemimpin yang bersifat intelektual. Golongan ini adalah golongan pendeta-pendeta agama iaitu lapisan yang tertinggi dan golongan ini adalah vegetarian. Mereka sangat dihormati oleh masyarakat dan disanjung tinggi serta mempunyai pengaruh yang kuat dalam sesuatu komuniti mereka dan daripada merekalah terbentuknya sami-sami dan guru agama. Di samping bertugas sebagai guru, mereka juga bakal menjadi hakim dan bakal menjadi perdana menteri atau ketua dalam sesuatu pemerintahan dalam sesebuah negara.

4.2 (b) KSATRIYA

Golongan ini menduduki hierarki yang kedua dan mereka memiliki keberanian, bercita-cita tinggi, suka bergaduh dan menimbulkan sedikit kesusahan. Mereka mempunyai bakat sejak lahir sebagai administers dengan kemahiran untuk memperjuangkan masalah-masalah manusia sehingga dapat membawa hasil terbaik. Tanggungjawab puak ini ialah menjaga keselamatan dan keamanan dan daripada golongan inilah juga lahirnya pahlawan-pahlawan. Secara lebih khususnya tugas lapisan kedua ini adalah belajar dan memikul senjata untuk mempertahankan negara dan rakyat.4.2 (c) VAISYA

Merupakan golongan yang ketiga tingkat kasta dalam masyarakat India. Mereka lazimnya sebagai tukang atau penghasil barang untuk keperluan manusia. Sebilangan kecil daripada mereka bekerja sebagai tukang kayu, batu, dan petani. Mereka juga seperti Brahmin dari segi kesucian, perbuatan dan pertapaan tetapi tidak termasuk dalam golongan Brahmin. Golongan ini secara khusus melibatkan diri dengan perniagaan. Di samping itu, golongan ini turut bercucuk tanam, berusaha mengumpulkan kekayaan sedaya mungkin dan menghulurkan perbelanjaan dan bantuan untuk kepentingan agama.

4.2 (d) SUNDRA

Golongan ini merupakan para pengikut yang terdiri daripada buruh kasar yang terdidik. Jika mereka ingin memperolehi sesuatu pekerjaan, mereka harus mengikuti suatu masa latihan yang panjang. Mereka harus bekerja keras untuk mendapatkan apa yang dikehendaki dalam kehidupan. Golongan ini jarang-jarang memegang jawatan sebagai ketua atau penjaga kumpulan. Walau bagaimanapun mereka ini berupaya meningkat naik atau berjaya dalam kehidupan jika ada kesungguhan.Terdapat satu lagi golongan iaitu Panchama atau Chandala. Mereka yang dibuang dari sistem Varna kerana melanggar peraturan-peraturan Varna seperti perkahwinanyangtidakdipersetujuidanpertukaranagama. Sistem ini lenyap pada tahun 500 S.M. dan lahir pula sistem Jati. 4.3 SISTEM JATI/KASTA

Sistem Jati pembahagian kecil dalam sesuatu kasta mengikut pekerjaan di daerah dan di bandar seluruh India. Keanggotaan dalam sesuatu kumpulan Jati ditentukan oleh kelahiran dalam sesebuah keluarga. Sistem Jati merupakan kasta di mana ia dibentuk dari lebih kurang 3000 kumpulan Jati. Ciri-ciri sistem Jati ialah melalui perkahwinan endogamy di kalangan anggota yang sama, pekerjaan tradisional, keahlian turun temurun dan sistem hierarki.

4.4 SISTEM KASTA

Sistem kasta merupakan satu institusi asas di India. Menurut Max Miller ,kasta sebagai satu perbezaan etnik dalam masyarakat di India. Kasta dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut pengkhususan pekerjaan dan masing-masing menjaga kumpulan Jati mereka dan keanggotaannya tidak boleh diubah. Sistem kasta disusun oleh masyarakat sendiri untuk menikmati keistimewaan sosial,ekonomi,politik dan lain-lain.4.5 KEDUDUKAN WANITA

Wanita diberi kedudukan yang tinggi dan dihormati. Ada yang menjadi rishi (pertapa) dan mencipta mazmur-mazmur serta menjalankan aktiviti keagamaan dan pengorbanan seperti lelaki. Jadi tiada pembatasan yang ditujukan ke atas kaum wanita dan mereka diasingkan dan dikecualikan. Dalam hal pemilihan bakal suami , ibu bapa yang membuat keputusan dan menghantar anakgadisdengan hiasan-hiasanemas.

4.6 EKONOMI

Pertanian dan penternakan bertambah maju di samping menjalankan berbagai-bagai pekerjaan baru seperti nelayan, dobi, penggunting rambut tukang periuk dan ceti. Terdapat juga wanita yang bekerja sebagai pembuat pencelup,penenun dan penganyam bakul. Berbagai cukai dikenakan seperti cukai tanah,cukai rumah,kedai dan air. Pedagang dikehendaki membayar cukai kepada antapala ( pegawai tol) yang bertanggungjawab menjaga keadaan jalan raya. 4.7 POLITIK

Kerajaan-kerajaan dibahagikan kepada wilayah, bahagian,daerah dan kampung diperintah oleh raja. Raja bukan seorang yang autokratik kerana mereka menghormati beberapa prinsip demokrasi spt. Pemilihan raja dan penguatkuasaa undang-undang. Wujud dua buah badan kerajaan iaitu Sabha. Kerajaan ini berperanan sebagai parlimen, mahkamah keadilan dan keputusan secara undi majoriti. Satu lagi kerajaan ialah Samiti. Kerajaan ini pula berperanan lebih besar daripada Sabha dan merupakan Majlis Perhimpunan Rakyat. Wilayah ditadbir oleh gabenor terdiri dari ahli keluarga diraja dan dilantik oleh raja. Ia dikenali sebagai Nagaraka.Ketua daerah dilantik oleh Nagaraka. 4.8 PELAJARAN

Pelajaran ialah untuk mencari kebahagiaan dalam kehidupan seharian (duniawi). Selepas upacara Upanayana peringkat brahmacarin bermula bagi seseorang Indo-Arya. Mereka dilatih untuk mengawal pancaindera. Terdapat dua jenis pendidikan iaitu Charaka (institusi) yang berteraskan pendidikan asas di sekolah-sekolah tempatan. Satu lagi pendidikan ialah Parishad (akademi) iaitu pendidikan berteraskan pendidikan tinggi. Kaum wanita dan kaum Ksatriya juga mengambil bahagian dalam persidangan golongan terpelajar. Sistem pelajaran adalah cara hafalan. Matapelajaran yang diajar adalah teks-teks Veda termasuk Vedangas yang perlu bagi membentuk fahaman yang baik. Enam Vedangas yang digunakan ialah Kalpa(upacara pengorbanan), Seksa(fonetik), Chandas(prosodi dan meter), Nirukta(etimologi), Vyakarana(tatabahasa) dan Jyotisa(astronomi) 5.0 PENGENALAN AM ORANG-ORANG TAMIL

Masyarakat Tamil tinggal di Tamil Nadu, India Selatan serta berbahasa Tamil sebagai bahasa ibunda. Masyarakat ini tergolong dalam golongan Dravida bersama kumpulan lain seperti Telegu, Malayalam serta Kannada dan kesemuanya mempunyai kebudayaan yang sama. Zaman kegemilangannya dikenali sebagai Zaman Sangam.Bahan-bahan dan maklumat-maklumat tentang masyarakat Tamil terdapat dalam hasil kesusasteraan zaman ini. Istilah Sangam-menandakan majlis atau akademi penyair-penyair mahir yang berkumpul di Madurai untuk membincangkan dan membentangkan hasil ciptaan masing-masing serta mengawasi perkembangan kesusasteraan dan bahasa Tamil. Puisi-puisi yang dicipta oleh penyair-penyair Sangam menggambarkan segala aspek kehidupan seperti sosial, ekonomi,agama dan politik semuanya berkait rapat dengan ciri-ciri alamsemulajadi. 5.1 MASYARAKAT DAN BUDAYA TAMIL

5.1 (a) KEHIDUPAN DAN ALAM SEMULA JADI

Pemikiran orang-orang Tamil tentang tanah menyebabkan pembahagian negeri kepada kawasan-kawasan menurut bentuk muka bumi tertentu. Pembahagian negeri kepada lima kawasan iaitu Kurinci (kawasan pergunungan), Mullai (kawasan rumput), Palai (kawasan gurun), Marutham (kawasan pertanian) dan Neythal (kawasan pantai). Tiap-tiap kawasan dinamakan sempena dengan nama bunga yang banyak tumbuh di kawasan itu. Unsur-unsur alam seperti tumbuhan,binatang dan gunung- ganang dijadikan latar belakang dalam puisi. Tumbuh-tumbuhan merupakan asas kepercayaan orang-orang Tamil. Bunga pula digunakan dalam pemujaan, hadiah kepada kekasih dan setiap dewa-dewi dikaitkan dengan sesuatu jenis bunga tertentu. Gunung menggambarkan pemerintah yang besar dan berbudi. Kesuburan alam dikaitkan dengan moral yang baik, adat dan sopan santun. Keindahan alam dianggap sebagai mencerminkan keagungan dan kebahagiaan hidup mereka. 5.2 KEHIDUPAN SOSIAL

5.2 (a) PERKAHWINAN

Perkahwinan merupakan kesesuaian sesuatu jodoh diukur berdasarkan beberapa aspek seperti persamaan taraf, keluarga, kekuatan, umur, kesucian, kelakuan dan kekayaan. Terdapat juga amalan memberi gadis kepada pemenang dalam pertandingan menundukkan lembu jantan seperti di kawasan Mullai. Perkahwinan diadakan pada musim, hari dan waktu yang ditetapkan di rumah pengantin perempuan. Upacara yang panjang lebar tidak dijalankan pada zamanSangam. 5.2 (b) MAKANAN

Jenis makanan orang-orang tamil dipengaruhi oleh kawasan kediaman masing-masing tetapi nasi menjadi bahan makanan utama. Pelbagai jenis bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan kacang digunakan.Daging kambing, ayam serta ikan juga dimakan dan susu dan madu juga digunakan. Pada zaman Sangam terdapat pelbagai nama makanan seperti aval iaitu nasi yang ditumbuk, kul pula ialah bubur daripada nasi dan bemiring, kali pula ialah bubur pekat dan motakam pula ialah sejenis kuih. Selain itu terdapat juga makanan seperti appam,tosai dan puttu. Amalan tradisi masyarakat Tamil ialah makan diatas daun pisang. Terdapat amalan dan kepercayaan berkaitan dengan makanan misalnya Viratam (puasa) atau mengelakkan daging pada hari-hari tertentu. Viratam pula dipercayai membawa kebaikan kepada keluarga dan seseorang gadis yang ingin mendapatkan seorang suami yang baik. Upacara korban binatang pula diadakan untuk dewa-dewi.

5.2 (c) PAKAIAN DAN PERHIASAN

Atai atau utai adalah perkataan-perkataan yang biasa digunakan bagi pakaian. Putavai menandakan pakaian untuk lelaki dan perempuan pada zaman awal tetapi kini ia hanya menandakan sari yang dipakai oleh perempuan. Pakaian talai (daun) dan maravuri (kulit pohon) digantikan dengan kampalam (kain bulu) dan kain jenis lain. Kaum lelaki memakai barang perhiasan untuk menunjukkan kekuatan dan keberaniaan manakala wanita pula memakainya sebagai alat perhiasan diri. Nama-nama seperti totu, valai, motiram dan cutti masih digunakan sehingga kini. Barang-barang buatan emas dengan batu berlian, kappu (gelang tangan) dan silambu (gelang kaki) disebutkan dalam karya-karya Sangam.

5.2 (d) KEDUDUKAN WANITA

Kaum wanita dihormati tetapi tidak diberi taraf yang sama dengan kaum lelaki. Seseorang wanita yang bersifat pemalu (nanam), merendahkan diri (madam) dan payirppu digambarkan sebagai wanita yang baik. Mereka juga dikehendaki memainkan peranan yang pasif. Tiga jenis wanita yang dibincangkan dalam kesusasteraan Sangam ialah yang berkahwin dan mempunyai keluarga, yang menjadi pertapa, yang menjalankan kehidupan sebagai pelacur atau perempuan simpanan.

5.2 (e) BIDANG EKONOMI

Pekerjaan golongan ini juga berbeza mengikut kawasan dan yang bersesuaian dengan alam sekitar mereka. Penghuni kawasan kurinci bekerja sebagai pemburu, di palai sebagai perompak, di kawasan mullai sebagai penternak, di marutham sebagai petani dan di kawasan neythal sebagai nelayan. Selain itu terdapat juga masyarakat Tamil yang menjalankan pekerjaan lain seperti pawang, penyanyi yang mengembara, penyajak, pedagang pendeta-pendeta, juru gendang dan lain-lain. Mereka juga menjalankan perdagangan di dalam dan di luar negeri. Perdagangan tukar menukar dijalankan dan terdapat pasar yang dikenali sebagai angadi dimana penukaran barang-barang dijalankan. Cukai yang diperolehi daripada hasil eksport menambahkan pendapatan negara dan raja-raja menggunakan hasil-hasil ini untuk memajukan negeri mereka. Mereka membina kuil-kuil dan menyediakan kemudahan-kemudahanawam.

5.2 (f) BIDANG POLITIK

Sistem pemerintahan pada amnya merupakan monarki dan terdapat tiga kerajaan besar yang memerintah orang Tamil iaitu Chera , Chola dan Pandya. Jawatan raja menjadi warisan turun-temurun.Raja tidak mempunyai kuasa mutlak kerana terdapat majlis menteri-menteri yang mengawal dan menasihatkan raja-raja. Raja-raja zaman Sangam berpendidikan tinggi sehinggakan mereka melibatkan diri dalam diskusi kesusasteraan dan mencipta sajak-sajak. Tentera diraja dibahagikan kepada tentera infantri, kuda, gajah dan kereta kuda. Pasukan infantri mempunyai askar-askar tetap yang disimpan serta dibayar oleh raja dan askar-askar sementara yang dihantar oleh ketua-ketua wilayah untuk tujuan tertentu. Pengintip dan duta juga memainkan peranan penting dalam pentadbiran politik zaman Sangam. 5.2 (g) BIDANG PENDIDIKAN

Ada bukti yang menunjukkan bahawa orang-orang Tamil mengutamakan pelajaran dalam kehidupan mereka. Puisi-puisi Sangam menegaskan kepentingan pelajaran dengan menyatakan bahawa kewajipan seseorang bapa ialah untuk membuatkan anaknya menjadi seorang terpelajar dan berbudi. Kesusasteraan Sangam juga menjadi bukti pencapaian ilmu pengetahuan yang tinggi di kalangan orang-orang Tamil. Tujuan pendidikan ialah untuk memperolehi pengetahuan tentang sains,sastera dan tiga bahagian kesusasteraan iaitu prosa,puisi dan drama. Pelajaran seni halus juga ditekankan bagi kaum wanita dan ada yang mendapat hadiah emas dari raja-raja kerana kemahiran mereka dalam muzik dan tarian. Pelajaran vokasional juga dipraktikkan seperti pembinaan kapal, tukang tenun, tukang kayu dan lain-lain. Putera-putera dan menteri-menteri juga diberikan pendidikan dalam hal-hal politikdanpentadbiran.

6.0 KEDATANGAN MASYARAKAT INDIA KE MALAYSIA

Sejarah telah mencatatkan bahawa, orang-orang india telah datang ke Tanah Melayu lebih kurang 2000 tahun yang lalu dan mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu pendatang awal dan pendatang moden. Pendatang awal merupakan golongan elit kerana mereka datang sebagai saudagar dan mereka menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suverarnabhumi atau Tanah Emas. Manakala pendatang moden pula adalah kalangan mereka yang datang pada zaman penjajahan British dan bekerja sebagai buruh kasar dan mereka dibayar dengan kadar bayar yang rendah untuk bekerja di sektor-sektor perladangan dan pembinaan. Pada peringkat awal kedatangan mereka ke Tanah Melayu, kebanyakan mereka bekerja di lading tebu dan kopi dan hanya pada abad ke-19, mereka barulah beralih pula kepada perusahaan getah yang sebelum ini dikuasai oleh kaum melayu.Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ia dikenali sebagai Malaysia. Kini masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina, india, orang asli, kadazan, bajau, murut dan sebagainya. Masyarakat india merupakan kaum yang ketiga terbesar . Mereka hidup dalam persekitaran budaya yang yang tersendiri yang telah diwarisi sejak dari turun-temurun lagi . Setelah menetap di negara ini untuk sekian lama, mereka telah membentuk komuniti yang tersendiri di kawasan-kawasan yang tertentu seperti di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan beberapa negeri yang lain. Dengan itu, secara tidak langsung wujudlah sosioekonomi dan politik yang tersendiri dikalangan mereka. Dalam pada itu, mereka juga bebas mengamalkan adat istiadat mereka yang merangkumi seperti hal ehwal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Disamping itu mereka juga bebas merayakan perayaan-perayaan yang khusus sebagaimana juga yang terdapat di kalangan masyarakat yang lain. 7.0 UNSUR UNIK BUDAYA TAMADUN INDIA

7.1 SENI HALUS ( TARIAN, TARIDRA DAN MUZIK)

Tarian ,muzik dan taridra telah mencapai kecemerlangan menerusi kewujudan Natya Sastra yang disusun oleh Bharata. Jenis-jenis tarian yang popular di sesuatu kawasan akhirnya diakui oleh keseluruhan masyarakat India dan menjadi warisan bersama seperti Manipuri dan Bharata Natyam. Begitu juga alat - alat muzik sepertitaladansitar.

7.2 KUIL-KUIL HINDU

Seni bina kuil dianggap sebagai tempat suci dewa-dewi. Seni bina kuil mempunyai tiga jenis iaitu jenis Nagara di India Utara. Kuil ini mempunyai menara dan batu berbentuk roda. Satu lagi jenis kuil ialah jenis Dravida di India Selatan. Kuil ini mempunyai tangga menara pyramid. Jenis yang ketiga ialah jenis Vesara di India Tengah. Kuil ini pula ialah jenis kuil yang mempunyai dinding.

7.3 SAINS INDIA KLASIK

7.3 (a) ASTRONOMI

Kedudukan longitud matahari dan bulan telah dibuat berkaitan dengan upacara brahmanik yang biasanya diadakan pada hari purnama. Kedudukan ini dikira dengan menggunakan buruj. 7.3 (b) MATEMATIK

Orang India mengembangkan matematik untuk menentukan upacara pengorbanan menerusi kiraan astrologi. Terdapat bukti-bukti menunjukkan kewujudan unsur-unsur permulaan geometri, algebra dan trigonometri.

7.3 (c) PERUBATANPerubatan bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir.Unsur-unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pernafasan melalui amalan yoga, pembedahan,farmakolofi dan perubatan binatang dianggap penting sehingga kini.

7.4 BAHASA-BAHASA INDIA

Walaupun terdapat lebih kurang 750 bahasa di India hanya 14 bahasa utama yang di akui oleh perlembagaan India. Bahasa-bahasa India boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bahasa-bahasa Indo-Arya dan bahasa-bahasa Dravida.

Bahasa-bahasa dalam Indo-Arya antaranya ialah Bengali, Gujarati, Hindi,Kashmiri, Punjabi,Sanskrit, Urdu dan Sindhi dll.Bahasa Sinhala yang digunakan di Sri Lanka adalah juga bahasa Indo-Arya. Bahasa-bahasa Dravida pula ialah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi, Brahui dan lain-lain.

Secara umumnya, masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) menggunakan bahasa Sanskrit manakala masyarakat Dravidia ( bahagian selatan) pula menggunakan bahasa Tamil. Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa Dravidia. Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan Buddhacharita. Tema-tema yang dibincangkan ialah Ramayana iaitu mengenai peperangan antara Rama dan Ravana. Tema Mahabrata pula ialah mengenai peperangan antara Kaurava dengan Pandara. Arthasastra pula ialah tema mengenai aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan, kesejahteraan negara dan ketatanegaraan.

Zaman Islam dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama ialah Seera Purana oleh Umaru Pulacar. Zaman Mughal pula muncul tokoh seperti Abu Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Sultan yang mengutamakan kesusasteraan ialah Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir.

7.5 AGAMA DAN FALSAFAH7.5 (a) HINDUISME

Sejarah awal kemunculan agama ini sukar ditentukan dan agama Hinduisme ini dianggap sebagai agama semulajadi. Agama ini juga dikatakan tidak mempunyai pengasas dan tidak mempunyai institusi agama yang berpusat. Bukti terawal agama Hindu ditemui di Lembah Sungai Indus iaitu seperti patung-patung Dewa Shiva dan lain-lain. Nama asal aga Hindu ialah Sanata Dharma yang bererti peraturan kerohanian yang kekal abadi contohnya seperti sifat Tuhan yang kekal abadi.

Tahap perkembangan kerohanian di dalam agama ini terbahagi kepada empat peringkat iaitu Politeisme, Henoteisme, Monoteisme dan Monisme. Politeisme mengamalkan upacara pemujaan terhadap unsur-unsur alam semulajadi contohnya seperti api, pokok, angin, sungai dan lain-lain. Henoteisme pula merupakan proses perubahan kepercayaan politeisme iaitu wujudnya fikiran pelbagai dewa-dewi. Sumber kepada orang Indo-Arya memperkenalkan Dewa Visvakarman (dewa pencipta) dan Prajapati (ketua bagi semua makhluk di dunia)

Peringkat Monoteisme pula ialah satu kuasa agung menggerakkan duniawi contohnya sifat penciptaan (dewa Brahma), pemeliharaan (dewa Vishnu), pemusnahan (dewa Pemusnah). Peringkat Monisme pula ialah mengenai segala didunia berasal dari satu sumber yang kewujudannya boleh dirasai dimana-mana.7.5 (b) FALSAFAH AGAMA VEDIK

Agama vedik ini mementingkan lima konsep iaitu Brahman, Atman, Karma, Samsara dan Moksha. Didalam agama Vedik, Brahman merupakan tuhan, Atman pula membawa konsep roh dalam badan manusia bersatu dengan roh duniawi. Karma pula merupakan perbuatan pemikiran dan pertuturan dalam satu kehidupan dan akibat akan dialami dalam kehidupan akan datang. Samsara pula ialah lingkaran kelahiran dan kematian. Moksha pula ialah pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman.7.5 (c) AGAMA - AGAMA HETERODOKS

Buddhisme merupakan salah satu agama Heterodoks. Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama. Didalam agama ini terkandungnya empat kebenaran mulia iaitu Dukka (penderitaan), Samudaya (punca penderitaan), Nirodha dan Marga (cara untuk memadamkan api keinginan). Didalam agama ini juga, penganutnya mempercayai Jalan Lapis Mulia. Konsep yang diamalka Ahimsa ialah menolak penyeksaan serta pembunuhan.

Jainisme pula membawa konsep karma dan samara. Jainisme mempunyai sembilan prinsip atau nava-tattva. Prinsip pertama ialah Jiva iaitu mengenai roh dalam semua benda bernyawa. Prinsip Ajiva pula mengenai benda tak bernyawa. Prinsip Asrava ialah mengenai daya penarik. Papa karma pula ialah prinsip mengenai dosa manakala prinsip Punya Karma ialah mengenai pahala. Prinsip Bandha pula ialah mengenai ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan. Prinsip Samvara pula ialah mengenai menahan pengaliran karma. Prinsip Nirjara pula mengenai penghapusan karma. Prinsip yang terakhir ialah prinsip Siddhi iaitu mengenai pelepasan dan kelahiran semula.8.0 BUDAYA UMUM MASYARAKAT INDIA8.1 ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

Perkahwinan merupakan salah satu peristiwa penting dalam kehidupan masyarakat India. Mengikut adat orang-orang Hindu, cadangan perkahwinan ( melamar ) akan dibuat oleh pihak perempuan. Perkongsian perbelanjaan juga biasa diamalkan antara kedua-dua pihak dan biasanya majlis perkahwinan akan diadakan dirumah pengantin perempuan, kuil atau dewan khas. Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki yang berpakaian pengantin tiba rumah pengantin perempuan yang akan diiringi oleh seorang pengapit khas, ibu, bapa, dan saudara-mara. Selepas upacara arathi ( menghalau roh-roh jahat ), pengantin lelaki duduk di atas pelamin.8.2 ADAT KELAHIRAN MASYARAKAT INDIA

Dalam masyarakat india, adat dan pantang larang ketika mengandung dan melahirkan bayi mesti dijalani oleh wanita yang beranak sulung sahaja. Anak yang berikutnya, cukup sekadar amalan-amalan tertentu sahaja. Antara pantang larang bagi ibu mengandung ialah seorang ibu yang mengandung dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Perbuatan tersebut dipercayai membawa dosa dan mendedahkan seorang ibu kepada kuasa-kuasa jahat dan seterusnya akan mempengaruhi kelakuan serta pemikiran anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu-waktu tertentu khasnya pada waktu malam. Ini kerana adanya kepercayaan bahawa kuasa-kuasa jahat ( makhluk halus ) lebih aktif dan kemungkinan ia akan membawa angkara atau padah kepada ibu dan kandungannya.Ibu mengandung juga dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Dia juga tidak seharusnya berjaga hingga ke larut malam. Ini adalah untuk menjaga kecerdasan bayi dan ibu tersebut. Suami juga dilarang memukul atau menyakiti isterinya yang mengandung. Malah, suami juga dilarang menebang pokok khasnya pokok pisang, menyembelih atau membunuh binatang. Semasa berpantang, ibu juga mengamalkan minum arak dan mandi dengan rebusan daun-daun tertentu untuk memanaskan badan mereka.8.3 PERAYAAN MASYARAKAT INDIA

Kaum India mempunyai beberapa perayaan dalam setahun mengikut kalendar mereka

8.3 (a) Deepavali

Menurut kalendar tamil, perayaan ini dirayakan pada bulan Aippasi. Hari tersebut dikenali sebagai Chaturdasu dalam kalendar Tamil. Deepavali dikenali juga sebagai Neraka-Chaturdasi-Snanam dalam bahasa Sanskrit yang bererti hari penewasan seorang raksasa yang zalim bernama Narakasura. Perkataan Deepavali adalah suatu istilah yang diterbitkan daripada dua perkataan iaitu Deepam dan Vali. Depam bererti pelita, manakala Vali bererti barisan atau deretan. Sebenarnya , perayaan ini memberi ingatan kepada penganut Hindu supaya mengelakkan diri daripada segala kejahatan dan pemikiran negatif dalam kehidupan mereka.8.3 (b) THAIPUSAMPerayaan ini disambut pada malam hari bulan purnama iaitu dalam bulan Thai (januari-februari) menurut kalendar tamil iaitu sewaktu bulan purnama melintasi bintang bersinar yang bernama pusam. Perayaan ini disambut oleh orang-orang Hindu yang tidak memakan daging atau vegetarian dan ia disambut juga oleh golongan lain. Perarakan membawa kavadi ini merupakan kemuncak perayaan thaipusam. Pada masa ini orang-orang yang membawa kavadi akan mencucuk badannya dengan jarum dan benda-benda yang tajam. Perbuatan menyeksa diri ini membawa makna membersihkan diri daripada dosa dan kesusahan.8.3 (c) THAIPONGGAL

Perayaan ini merupakan yang berkaitan dengan masyarakat tani. Sambutan perayaan ini boleh disifatkan sebagai pesta menuai. Perayaan ini lebih bersifat sosial dan dirayakan di rumah-rumah kediaman serta kuil. Thaiponggal membawa maksud Thai iaitu bulan januari hinga februari dan ponggal bererti meruap. Ponggal bermaksud nasi manis yang dimasak bersama susu. Perayaan ini juga dikenali sebagai perayaan makara sankranti di seluruh india. Perayaan ini disambut selama 4 hari. Biasanya pada hari perayaan, satu tapak disediakan di halaman rumah untuk mengadakan ponggal ( menanak nasi dengan campuran susu ). Tempat ini dibersihkan dan dihias dengan koolam iaitu lakaran pelbagai corak dengan menggunakan tepung beras. Koolam di corak oleh kaum wanita. Nasi yang dimasak juga dikenali sebagai ponggal, pukkai, atau trincoru yang bererti manis. Nasi dihidangkan atas daun pisang bersama-sama kuih-muih seperti vaadai, buah-buahan untuk disajikan kepada dewa surai.9.0 KESIMPULAN

Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan Tamadun Asia yang lain. Ini kerana pengaruhnya begitu menyeluruh iaitu dari aspek politik, ekonomi, pendidikan dan juga sosial. Pengetahuan orang India terhadap kerohanian dan keagamaan membangkitkan semangat untuk terus berjuang dan berjaya di dalam pelbagai bidang yang lain. Namun pencapaian Tamadun India tersekat kerana batasan kawasan geografi yang meluas, kemiskinan, kepadatan penduduk yang tinggi, malapetaka dan pergolakan politik dari semasa ke semasa.10.0 RUJUKAN1. Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1999.

2. Besham, A.L., The Wonder That Was India, 3 rd Ed. London, 1967.

3. Basham, A.L., The Wonder That Was India, London, 1961. 4. Majumdar, R.C., et. An Advanced History of India, New Delhi, Calcutta, Bombay Madras, Macmillan India, 1967.

5. Raja Krishnan, R. dan Rajantheran,M, Pengantar Tamadun India, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1994.

6. Mahayudin Hj. Tahya dan Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Islam, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995.7. Metcalf, B.D & Metcalf, T.R. 2002. A concise history of India. Cambridge: Cambridge University Press.8. O Malley. 1974. Indian caste customs. London: Curzon Press.PAGE 32