definisi - penang

8

Upload: others

Post on 21-Oct-2021

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEFINISI - Penang
Page 2: DEFINISI - Penang

DEFINISI ILMU FALAK

ILMUFALAK

Berkaitansains yang mengkaji

pergerakan objek-objekseperti bumi, bulan,

matahari danbintang-bintang.

Suatukajian penggunaan

kaedah-kaedah falak sertasegala maklumat yang bolehdiperolehi dari ilmu ini untuk

tujuan beribadah kepadaAllah atau mengaitkannya

dengan keesaanAllah .

Dalam pelbagailiteratur objek kajian falak

sebenarnya sama dengan objekkajian astronomi iaitu objek-objek

langit, yang meliputi keadaan fizikalobjek langit, ukuran, jarak, posisi,

gerak edar dan pelbagai kesan yangdiakibatkan dari pola hubungan

antara objek-objek langittersebut.

yang diserap dari bahasa Babilonia iaitu ‘fulukku’ yang bererti peredaran.

Arab

Perkataan falak menunjukkan maksud ‘garis edar’ dalam (surah Yasin: 40 & surah al-Anbiya’: 33) dan bermaksud ‘bahtera’ dalam (surah al-Baqarah: 164 & surah Ibrahim: 32).

Al-Quran

‘pilak’ yang bermaksud sesuatu yang berputar.

ia dikenali sebagai astronomi iaitu gabungan dari perkataan ‘astro’ yang bermaksud bintang dan ‘nomos’ yang bermaksud hukum. Secara dasarnya ilmu ini berkaitan mengenai bintang serta objek samawi yang lain.

Sumerian

Yunani

2

Page 3: DEFINISI - Penang

SEJARAH ILMU FALAK

MANFAAT ILMU FALAK

Pelopor: Menurut ar-Razi, Nabi Idris a.s (4533 – 4188 SM) adalah orang yang pertama mengajar menjahit, menata pakaian, ilmu falak dan menulis dengan pena berkaitan pelbagai bahasa, mencipta alat-alat untuk memudahkan pekerjaan, ilmu perhitungan, ilmu alam astronomi dan lain-lain lagi.

Perkembangan: Ilmu Falak dimulai dengan proses penterjemahan karya-karya monumental dari bahasa Yunani ke bahasa Arab. Karya-karya bangsa Yunani yang sangat mempengaruhi perkembangan hisab di dunia Islam adalah:-

The Sphere in Movement(Al-Kurrah al-Mutaharrikah- karya Antolycus).1Ascentions of The Signs(Mathali’ al-Buruj- karya Aratus).2Introduction to Astronomy(Al-Madkhal ila IImi al-Falak- 3Almagest karya Ptolemaeus4

karyaHipparchus).

Mengetahui pergerakan, penyebaran dan karakteristik objek-objek langit.

Terhasilnya suatu sistem kalendar yang teratur mengikut hari dan bulanserta penentuan awal bulan hijriah bagi tujuan ibadah.

Pengurusan sistem waktu yang lebih tepat dari jam ke minit ke saat denganberpandukan kepada pergerakan serta kedudukan objek-objek langit sepertimatahari.

Penentuan arah kiblat dan arah mata angin yang begitu penting bagi tujuanibadah, begitu juga untuk kegunaan bidang pelayaran, penerbangan dansebagainya.

Mengetahui pasang surut air laut.

Penternakan dan pertanian (mengetahui Takwim Piama).3

Page 4: DEFINISI - Penang

TOKOH ILMU FALAKTOKOH ILMU FALAK

Al-Batānī Beliau yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini. Al-Battani membuat hitungan mengenai tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.

Al-Khawārizmī Al-Khawarizmi adalah tokoh falak yang sangat berpengaruh di kalangan umat Islam. Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam bidang astronomi. Beliau yang bertanggungjawab mencipta ‘safihah’ sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari.

Nasr al-Dīn al-Tūsī Beliau merupakan ahli astronomi dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Kaji bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Di sini beliau menyusun Jadual Astronomi yang diberi nama ‘al-Zij al-llkhani’, sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan. Karya tersebut masyhur di seluruh Asia dan China.

Al-Zarqālī Beliau mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan, bumi, bintang dan matahari. Hasilnya umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut dalam membantu perkembangan pesat kegiatan perdagangan dan pelayaran.

4

Page 5: DEFINISI - Penang

Sumbangan: 1. Terciptanya sistem magnitud bagi menilai kecerahan suatu objek di langit dan penerbi tan a l -K i tab yang menerangkan sedikit sebanyak mengenai kedudukan bumi di alam semesta, sifat bintang dan planet.2. Tokoh ilmuan Islam al-Farghani telah menerbitkan kitab yang menerangkan mengenai pergerakan objek-objek langit. Karyanya diterjemah ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12.

Ibn YūnusBeliau menerbitkan satu judul yang sangat berguna mengenai pengiraan waktu berdasarkan matahari. Beliau juga telah melaksanakan hampir 100 cerapan gerhana matahari dan bulan serta ijtimak planet. Beliau melakukan cerapan tersebut bagi menyemak data parameter planet yang disediakan oleh ahli falak Yahya bin Abi Manzur, ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun (kira-kira tahun 810 Masihi). Hasil kajian Ibn Yunus menjadi sumber data bagi pembentukan model peredaran bulan termasuk pengiraan perubahan sekular (secular variations) bagi pergerakan bulan dan planet oleh S Newcomb (1878) dan R Newton (1970) yang digunakan sehingga hari ini.

Ulugh BeghNama sebenar beliau ialah Mohammad Taragay Ibn Shah Rukh. Beliau juga telah membina sebuah balai cerap yang diberi nama Zurkhani Zij. Balai cerap ini menggunakan sebuah sextant gergasi untuk menentukan kedudukan objek-objek samawi yang diberi nama Sextant Fakhri. Tanpa bantuan alatan moden seperti teleskop, Ulugh Begh telah berjaya mengenal pasti dan membina Zij (jadual) menerangkan tentang kedudukan 1012 butir bintang secara tepat.

3. Terhasilnya Balai Cerap Ray yang dibina di Tehran, Iran oleh seorang ahli astronomi Islam, al-Khujandi. 4. Terhasil reformasi kalendar yang lebih tepat daripada Kalendar Julian mirip Kalendar Gregorian.5. Perkembangan ilmu sains kosmologi kian berkembang pesat pada abad ke-20 melalui pengamatan astronomi dan pengkaji fizik seperti radiasi gelombang kosmik, mikro dan sebagainya. 5

Page 6: DEFINISI - Penang

ALATAN FALAK TAMADUN ISLAM

Para ilmuan Islam merupakan ahli astronomi yang pertama membina instrumen saintifik yang sangat besar bagi meningkatkan ketepatan cerapan, di mana ketepatan

bagi sesuatu pengukur adalah bergantung kepada saiz instrumen tersebut.

DefinisiSalah satu instrumen falak yang

digunapakai pada zaman dahulu oleh ahli astronomi, pengembara dan

ahli astrologi era klasik.

Revolusi

Rubu’ Mujayyab ( ) - (Quadrants): pelengkap kepada Astrolab (dicipta oleh Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi pada kurun ke-9). Keistimewaan alat ini adalah ia mampu mengukur waktu dalam bentuk sukuan mahupun satu hari penuh.

Mural Sextants: pelengkap kepada Rubu’ Mujayyab ( ) (dicipta oleh Abu- Mahmud al-Khujandi pada kurun ke-15). Direka khas bagi menentukan kecondongan ekliptik laluan matahari dan latitud bagi bandar-bandar berhampiran.

Al-‘Idad ( ): Menentukan arah serta sudut bagi sesuatu objek. Digunakan bersama-sama dengan Astrolab dan dikenali sebagai Diopter.

KegunaanMenentukan lokasi serta menganggar kedudukan

matahari, bulan, planet dan bintang serta bagi menentukan

waktu tempatan dan arah kiblat.

PenciptaMohammad bin Ibrahim al-Fazari

ASTROLAB

6

Page 7: DEFINISI - Penang

COMPENDIUM (ALAT PERINGKAS)

TORQUETEUM

DefinisiAlatan astronomi serbaguna gabungan

al-‘Idad ( ) dan Jam Matahari Kutub (polar sundial).

DefinisiSatu alat pencerapan dan peranti

komputer analog mekanik.

RevolusiEquatorial Cirle: Bulatan Ekuatorial

(ubahsuai dari compendium)

Horizontal Sundial : Penambahan Jam Matahari Mengufuk

PenciptaIbn al-Shatir pada kurun ke-13

RevolusiMengubah sistem koordinat sfera,

mengambil dan menukar ukuran-ukuran yang dibuat ke dalam tiga (3) set koordinat-koordinat:

Ufuk (Horizontal ) Khatulistiwa (Equatorial ) Perjalanan Matahari (Ekliptik )

PenciptaJabir ibn Aflah (Geber)

“Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana masing-masing beredar di tempat edarannya.”

(Surah Yasin: 40) 7

Page 8: DEFINISI - Penang

Diterbitkan oleh:JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANGTingkat 48, KOMTAR, 10000 Pulau PinangTel: 04 263 2975 Faks: 04 263 2985Web: http://mufti.penang.gov.myEmail: [email protected]

Pasung(berbentuk omega)

'Urwa ( ), Habs ( )

Skematik bahagian-bahagian Astrolab yang terdiri daripada Rete (sarang labah), Tympan (kepingan plat latitud), Mahkota, Pasung, Mater, Womb, Limb, al-‘Idad

( ) dan Tombol Pin.

1. http://en.wikipedia.org/Astronomi_in_medieval_lslam2. http://hikmatun.wordpress.com/2007/01/07definasi-ilmu-falak/

Untuk maklumatlanjut sila rujuk:

Womb(perut ibu cakera)

Limb(lengkungan tepian mater)

Hajra ( ), Tawq,Kuffa ( )

Rete(sarang labah atau

bingkai cakera)Ankabut ( )

Tympan(kepingan cakera plat latitud)

Safihah ( )

Tombol PinQutb ( ), Watad ( )

Mihwar ( )

al-‘Idad ( )juga boleh bertindak sebagai Jarum Penunjukapabila dipasangkan di hadapan (Rete) Safihah

Sumber: Astrolab Mohd Khair Taib oleh Nor Azam bin Mat Noor

Mahkota(kadangkala berukir kalimah)

Kursiy ( )

Mater(ibu cakera)Umm ( )