dasar perumahan mampu milik selangor

13
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) 1 DASAR PERUMAHAN MAMPU MILIK NEGERI SELANGOR 1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Pembangunan Rumah Mampu Milik merupakan konsep baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan pemilikan hartanah kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana agar dapat memberikan tahap kehidupan yang lebih selesa. 1.2 Timbulnya konsep baru ini juga disebabkan oleh kesukaran pembeli golongan tersebut untuk memiliki / mendapatkan rumah di bawah harga RM120,000.00 dalam pasaran. 1.3 Statistik jumlah pendapatan penduduk Negeri Selangor bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah 40%. Berikut merupakan pecahan pendapatan penduduk di Negeri Selangor : a) 40% pendapatan kurang RM2,500.00 b) 40% pendapatan RM2,500.00 hingga RM5,000.00 c) 15% pendapatan di antara RM5,000.00 hingga RM7,500.00 d) 5% pendapatan melebihi RM7,500.00 1.4 Di samping itu, ianya juga merupakan opsyen kepada pemaju dalam membina rumah mampu milik terutamanya rumah mampu milik sedia ada.

Upload: bernard-wong

Post on 24-Apr-2015

253 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor is a detailed guideline on those who are egligible in owning their home. It stated why government would commence this act and how government assist those who are incapable of getting their own property

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

1

DASAR PERUMAHAN MAMPU MILIK NEGERI SELANGOR

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Pembangunan Rumah Mampu Milik merupakan konsep baru yang

diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai salah satu

inisiatif bagi meningkatkan pemilikan hartanah kepada golongan

yang berpendapatan rendah dan sederhana agar dapat

memberikan tahap kehidupan yang lebih selesa.

1.2 Timbulnya konsep baru ini juga disebabkan oleh kesukaran

pembeli golongan tersebut untuk memiliki / mendapatkan rumah

di bawah harga RM120,000.00 dalam pasaran.

1.3 Statistik jumlah pendapatan penduduk Negeri Selangor bagi

golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah

40%. Berikut merupakan pecahan pendapatan penduduk di

Negeri Selangor :

a) 40% pendapatan kurang RM2,500.00

b) 40% pendapatan RM2,500.00 hingga RM5,000.00

c) 15% pendapatan di antara RM5,000.00 hingga

RM7,500.00

d) 5% pendapatan melebihi RM7,500.00

1.4 Di samping itu, ianya juga merupakan opsyen kepada pemaju

dalam membina rumah mampu milik terutamanya rumah mampu

milik sedia ada.

Page 2: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

2

2.0 INTERIM

2.1 KONSEP ASAS PERUMAHAN MAMPU MILIK

Konsep / kriteria rumah mampu milik di Negeri Selangor adalah

seperti berikut :-

i. Harga jualan adalah di antara RM85,000.00 hingga

RM120,000.00 seunit;

ii. Keluasan di antara 800 kaki persegi hingga 1,000 kaki

persegi;

iii. Rekabentuk rumah mampu milik yang moden dan terkini;

iv. Mempelbagaikan jenis rumah yang mengandungi rumah

satu bilik, dua bilik dan seterusnya dalam satu blok

bangunan;

v. Penyediaan kemudahan asas dan awam yang selesa

seperti perpustakaan, tadika, kawasan riadah, surau dan

sebagainya;

vi. Mengambilkira aspek kemampanan dari segi binaan dan

persekitarannya;

vii. Menerapkan konsep kejiranan yang baik;

viii. Kos penyelenggaraan yang murah;

ix. Mengambilkira keperluan Warga Emas dan Orang Kelainan

Upaya (OKU); dan

x. Perolehan keuntungan pemaju tidak melebihi 10%.

2.2 SPESIFIKASI REKA BENTUK TERKINI

Bangunan Hijau ‘green building’ merupakan salah satu ciri-ciri

reka bentuk terkini yang ditekankan dalam pembinaan rumah

mampu milik dengan mengikut spesifikasi ‘Green Building Index’

(GBI) yang meliputi ciri-ciri berikut :

Page 3: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

3

i. Jimat tenaga dan jimat air ‘energy saver’;

ii. Tahan lama dan penyelenggaraan murah;

iii. Struktur yang selamat;

iv. Fasiliti yang sempurna dan mencukupi

3.0 PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PEMOHON

3.1 Setiap pemaju yang ingin membangunkan projek rumah mampu

milik diwajibkan berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan

Hartanah Selangor (LPHS).

3.2 Selain itu, senarai nama pembeli rumah mampu milik hendaklah

berdaftar dan diperolehi dari LPHS.

3.3 Golongan sasaran yang diberikan keutamaan untuk ditawarkan

pembelian adalah seperti berikut :

i. Pendapatan bulanan di antara RM2,500.00 hingga

RM5,000.00;

ii. Golongan belia berumur 35 tahun ke bawah;

iii. Pembeli rumah pertama;

iv. Pemilik rumah kos rendah (lebih 5 tahun) yang ingin

kediaman yang lebih selesa;

v. Golongan Kelainan Kurang Upaya (OKU) dan

vi. Warga Emas

3.4 LPHS akan menawarkan hanya kepada pembeli yang layak dan

mematuhi syarat-syarat kelayakan. Syarat-syarat kelayakan

pembeli rumah mampu milik adalah seperti berikut;

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur 18 tahun ke atas;

Page 4: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

4

iii. Pendapatan gaji pokok isi rumah di antara RM2,500.00

hingga RM5,000.00 sebulan;

iv. Pemohon (suami / isteri) tidak mempunyai sebarang jenis

kediaman di Selangor;

v. Pemohon yang telah memiliki rumah kos rendah selama

lima (5) tahun ke atas boleh memohon rumah mampu

milik;

vi. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga

boleh ditawarkan rumah;.

vii. Permohonan adalah untuk didiami dan bukan untuk

disewa;

viii. Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dan

ix. Berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

(LPHS).

3.5 Penapisan dan penawaran pemohon-pemohon dibuat sepenuhnya

oleh LPHS melalui Sistem Pendaftaran Perumahan Rumah

Mampu Milik.

4.0 PROJEK PANGSAPURI RUMAH MAMPU MILIK DI SEKSYEN 3,

BANDAR BARU BANGI

4.1 Projek Pangsapuri Rumah Mampu Milik di Seksyen 3, Bandar Baru

Bangi merupakan projek perintis yang telah dirasmikan oleh Y.A.B

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar

Selangor pada 3 Jun 2011 sebagai simbolik kepada permulaan

projek tersebut.

Page 5: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

5

4.2 KONSEP PEMBANGUNAN

4.2.1 Pembangunan projek tersebut menitikberatkan dari segi

pembangunan fizikal dan insaniah dalam mewujudkan

komuniti berintegrasi dengan semangat kejiranan yang

tinggi.

4.2.2 Pembangunan fizikal termasuklah menyediakan

kemudahan awam seperti surau, dewan orang ramai,

taman didikan kanak-kanak, perpustakaan, pusat tuisyen,

kedai, padang permainan, taman rekreasi, kawasan

bercucuk tanam, pejabat pengurusan serta lorong pejalan

kaki berbumbung.

4.2.3 Unit-unit kediaman dibina dalam pelbagai tingkat dan

keluasan, turut disediakan unit-unit khas bagi warga emas,

orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan keluarga

tiada punca pendapatan.

4.2.4 Pembangunan insaniah pula menitikberatkan ciri-ciri reka

bentuk kondusif dan ekonomikal, unit pangsapuri untuk

warga emas dan OKU dengan reka bentuk menepati syarat

serta kawasan hijau melebihi keperluan perancangan biasa

bagi membolehkan penduduk bertanam cucuk.

4.3 KOS PEMBANGUNAN

Pangsapuri rumah mampu milik ini melibatkan pembinaan 124

unit seluas 3.99 ekar dengan kos keseluruhan pembangunan

berjumlah RM56,000,000.00 juta.

Page 6: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

6

4.4 MAKLUMAT PEMBANGUNAN PROJEK

i. Pemaju : Tetuan PKNS Engineering &

Construction Berhad (PECB)

ii. Tarikh Milik Tapak : 12 Julai 2011

iii. Tarikh Mula Kerja : 16 Ogos 2011

iv. Tarikh Siap : 11 Julai 2012

v. Tempoh Pembinaan : 99 Minggu

vi. Harga Kontrak : RM56,000,000.00 Juta

vii Cadangan Harga

Jualan Seunit

: RM60,000.00 - RM99,000.00

4.5 KOMPONEN PEMBANGUNAN

i. Keluasan : 3.99 ekar

ii. Jumlah Unit / Tingkat : 124 unit / 6 tingkat

Jenis A (700kp) = 4 unit

Jenis B (750 kp) = 16 unit

Jenis C (800 kp) = 104 unit

iii. Kemudahan Komuniti : Surau, Tadika, Bilik Bacaan,

Dewan Komuniti, Pusat

Tuisyen, Ruang Legar di

tingkat bawah, Kawasan

‘Gathering Spaces’.

Page 7: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

7

4.6 PELAN-PELAN PEMBANGUNAN PANGSAPURI RUMAH MAMPU

MILIK

4.6.1 PELAN PERSPEKTIF BANGUNAN

Perspektif 1

Perspektif 2

Page 8: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

8

4.6.2 PELAN TAPAK KESELURUHAN

Tapak Cadangan Kedai Pejabat

0.95 Ekar

4 Unit Kediaman OKU / Warga

Emas

124 Pangsapuri Mampu Milik

3.04 Ekar

Page 9: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

9

4.6.3 PELAN LANTAI KESELURUHAN

Pelan Tipikal Unit 700 Kp (4 Unit)

Pelan Tipikal Unit 750 Kp (16 Unit)

Page 10: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

10

4.6.4 PELAN LANTAI TINGKAT BAWAH

Pelan Tipikal Unit 800 Kp (104 Unit)

Page 11: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

11

4.6.5 PELAN LANTAI TIPIKAL

4.7 Sehingga kini, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan

Negeri Selangor (PKNS) telah mengenal pasti beberapa lokasi

untuk pembinaan perumahan mampu milik seperti berikut :

Bil. Projek Bil. Unit Daerah 1. Kota Puteri 300 Kuala Selangor 2. Seksyen U12,

Shah Alam (Debbin)

96 Petaling

3. Seksyen U12, Shah Alam

(Must Ehsan)

400 Petaling

4. Antara Gapi 128 Hulu Selangor 5. Bernam Jaya - Hulu Selangor 6. Kampung Seri

Tanjung 500 Gambak

7. Taman Sains Selangor 2

400 Sepang

Page 12: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

12

5.0 STATUS SEMASA PELAKSANAAN DASAR RUMAH MAMPU MILIK

5.1 Kajian Menyeluruh Berkenaan Jenis Kediaman Mampu Milik

Berdasarkan Pendapatan Isi Rumah di Kawasan Lembah Klang,

Selangor Darul Ehsan.

5.1.1 Pada ketika ini, kajian adalah di Peringkat Draf Laporan

Akhir di mana data-data telah dianalisis oleh pihak

perunding. Hasil daripada analisis tersebut terdapat

beberapa penemuan penting berhubung kajian tersebut

yang terdiri daripada pemilik dan penyewa rumah.

Penemuan-penemuan kajian tersebut adalah seperti

berikut :-

i). Majoriti penyewa memilih untuk membeli rumah

jenis apartment, teres satu tingkat dan teres

dua tingkat. Sementara pemilik rumah sedia ada

yang berhasrat untuk membeli rumah lagi pada

masa hadapan bercadang untuk membeli rumah

teres dua tingkat dan rumah jenis apartment.

ii). Hasil daripada kajian ini juga mendapati harga

rumah yang mampu dibeli oleh penyewa adalah

dalam lingkungan RM150,000.00 –

RM250,000.00 dan harga rumah yang mampu

dibeli oleh pemilik rumah dalam lingkungan

RM120,000.00 hingga RM200,000.00.

Page 13: Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

13

iii). Selain daripada itu, secara umum penduduk

kawasan Lembah Klang mempunyai pendapatan

isi rumah dalam sela RM1,500.00 hingga

RM4,000.00 sebulan yang meliputi semua tahap

pendidikan daripada hanya Sijil Persekolahan

hinggalah kepada mempunyai kelulusan di peringkat

Institusi Pengajian Tinggi (Diploma atau Ijazah

Sarjana Muda).

iv). Di samping itu, kajian ini juga telah menunjukkan

terdapat keperluan bagi penyediaan rumah

mampu-sewa kepada penduduk yang tidak

berkemampuan dan yang bercadang untuk kekal

menyewa.

5.2 Mengadakan bengkel berkenaan rumah mampu milik bagi

penyediaan model reka bentuk bangunan, spesifikasi bangunan

dan garis panduan penyediaan untuk digunapakai oleh semua

pihak berkuasa tempatan, pemaju dan yang berkepentingan.

5.3 Menyediakan sesuatu dasar mengenai peratus penyediaan

rumah mampu milik dalam satu-satu projek skim

pembangunan perumahan.

5.4 Menyediakan sesuatu dasar berhubung syarat-syarat

pemilikan rumah mampu milik.