dasar peningkatan daya pengeluaran negara

9
NUR SHAZLINA BINTI YUSOFF 6A1 EN. AWE… DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA

Upload: nur-shazlina-yusoff

Post on 24-Apr-2015

3.730 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

SEMOGA MEMBERI MANFAAT

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar peningkatan daya pengeluaran negara

NUR SHAZLINA BINTI YUSOFF6A1

EN. AWE…

DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN

NEGARA

Page 2: Dasar peningkatan daya pengeluaran negara

PengenalanKadar ketumbuhan ekonomi dunia dan kadar

pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang lembab-kerajaan perlu meningkatkan pendapatan negara.

Pencapaian matlamat ini melalui PDPN melibatkan kedua dua sektor awam dan swasta dalam semua jenis dan peringkat kerajaan.

Daya pengeluaran sektor swasta penting agar sektor ini dapat bersaing di pasaran bebas antarabangsa dan menyumbang kepada pendapatan negara melalui cukai.

Daya pengeluaran sektor awam penting untuk menjayakan matlamat pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan yang bermutu.

Page 3: Dasar peningkatan daya pengeluaran negara

RasionalMalaysia memerlukan penambahan hasil

pendapatan yang meningkat supaya kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dapat dicapai

Pengembelingan tenaga daripada sektor awam dan swasta adalah diperlukan

meningkatkan daya pengeluaran bagi menentukan sumber-sumber ekonomi negara digunakan dengan cara yang optima

sektor awam perlu terus dipertingkatkan memandangkan bahawa tanggungan perbelanjaan sektor ini adalah tinggi dan

Peningkatan daya pengeluaran di sektor swasta adalah penting untuk mempastikan sektor ini dapat bersaing di pasaran bebas antarabangsa.

Page 4: Dasar peningkatan daya pengeluaran negara

Objektif

Untuk meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula struktur dan ketidakseimbangan ekonomi dalam negara

Untuk mempastikan penggunaan sumber-sumber negara dengan optima dan mengelakkan pembaziran yang merugikan

Untuk memperkukuhkan asas perindustrian supaya ianya dapat bersaing di pasaran bebas antarabangsa dengan berkesan.

Page 5: Dasar peningkatan daya pengeluaran negara

Strategi Pelaksanaan

Pembaikan kepada Sistem dan OrganisasiCara ini melibatkan pembaikan keseluruhan terhadap sesuatu organisasi dari segi objektif, strategi dan tatacara kerja, sistem maklumat, sistem fail dan lain-lain. Pendekatan ini didapati perlu untuk menghapuskan kelambatan kerja (bottleneck), pembaziran masa, peranan yang bertindih (overlapping), penyelarasan yang kurang memuaskan, kekurangan perancangan dan sebagainya. Latihan di peringkat pengurusan dan kakitangan rendah di bidang-bidang tertentu juga diadakan di dalam pelaksanaan strategi ini. Penggunaan teknologi yang sesuai Dalam menggalakkan penggunaan teknologi yang sesuai, penekanan dibuat kepada pemindahan teknologi dengan berkesan supaya negara kurang bergantung kepada sumber-sumber teknologi dari luar negeri. Teknologi yang dimaksudkan ini bukanlah terhad kepada jentera dan kemahiran sahaja tetapi juga pengurusan organisasi yang termoden. Penerapan nilai baru Strategi ini melibatkan penyemaian di kalangan pemimpin-pemimpin, pengurus-pengurus, pekerja-pekerja dan rakyat terhadap nilai-nilai dan etika kerja yang menitikberatkan kerja bersungguh-sungguh, kesetiaan kepada perusahaan, dedikasi dan sikap berdikari. Antara lain strategi ini mengutarakan slogan Kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah dan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam.

Page 6: Dasar peningkatan daya pengeluaran negara

Pencapaian

Nilai ditambah bagi setiap pekerja secara keseluruhan meningkat kepada 3.6% setahun antara tahun 1970-1980.

Dalam pelaksanaan dasar ini beberapa masalah telah dikenalpasti antaranya :

1.Program perindustrian Malaysia lebih bercorak industri gantian import dan penggalakan eksport.Industri penggunaan teknologi kurang diberi perhatian

2.Perindustrian negara terlalu bergantung kepada jentera jentera yang diimport

3.Banyak aktiviti perindustrian tertumpu kepada pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa kurang diberi perhatian

4.Masyarakat masih mengamalkan sikap tidak mengambil peduli akan keperluan peningkatan daya pengeluaran negara

Page 7: Dasar peningkatan daya pengeluaran negara

Dasar dasar baru

(i) Dasar Memandang ke Timur Usaha untuk mengubah sikap pekerja dan majikan ke arah pencapaian yang baik serta kepentingan golongan yang mana akan meningkatkan daya pengeluaran di dalam masyarakat Malaysia.

(ii) Dasar Perindustrian Berat Menggalakkan serta menggunakan kemajuan teknologi yang sesuai dan mengandungi cara-cara yang baik dan moden yang cekap dan berkesan.

(iii) Dasar Penswastaan Mengswastakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak awam bagi menggalakkan persaingan dan menambahkan daya pengeluaran agensi berkenaan.

Page 8: Dasar peningkatan daya pengeluaran negara

(iv) Dasar Persyarikatan Malaysia Mewujudkan suasana kerja yang harmoni di antara sektor awam dan sektor swasta.

(v) Dasar Sogoshosha untuk mendapatkan 'synergy' dalam aktiviti perdagangan luar.

(vi) Dasar Pertanian Negara Untuk menggubal strategi dan halacara baru dalam mencapai pembangunan pertanian dan luar bandar.

Page 9: Dasar peningkatan daya pengeluaran negara

SEKIAN,TERIMA KASIH