dasar kebudayaan kebangsaan

17
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Definisi Kebudayaan keseluruhan cara hidup manusia. Kepentingan kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Upload: asyikin-hashim

Post on 22-Nov-2014

39.170 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar kebudayaan kebangsaan

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Definisi Kebudayaan

keseluruhan cara hidup manusia.

• Kepentingan kebudayaan

berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Page 2: Dasar kebudayaan kebangsaan

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.

Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Page 3: Dasar kebudayaan kebangsaan

Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

Satu dasar yang digubal pada tahun 1971 sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan.

Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi.

 

Page 4: Dasar kebudayaan kebangsaan

RASIONAL DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan langkah penting untuk mengekalkan perpaduan.

Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta mengekalkan identiti dan perpaduan dalam masyarakat.

Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia bagi membina bangsa yang bersatu padu dan berdaya

Page 5: Dasar kebudayaan kebangsaan

3 PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu.

Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu.

Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan

Page 6: Dasar kebudayaan kebangsaan

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai.

Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan sebagainya

Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara

3. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

• Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan

Malaysia sebagai sebuah negara Islam

Page 7: Dasar kebudayaan kebangsaan

Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya Islam

Page 8: Dasar kebudayaan kebangsaan

OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional.

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.

Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Page 9: Dasar kebudayaan kebangsaan

STRATEGI DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya

Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan

Page 10: Dasar kebudayaan kebangsaan

Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

Memenuhi keperluan sosiobudaya

Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Page 11: Dasar kebudayaan kebangsaan

Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.

PERLAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 

Page 12: Dasar kebudayaan kebangsaan

Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini.

Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

    

Page 13: Dasar kebudayaan kebangsaan

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.

Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Page 14: Dasar kebudayaan kebangsaan

CABARAN YANG DIHADAPI

Setelah lebih 50 tahun kita merdeka kita masih belum dapat melihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang baru.

Setiap kaum dan etnik masih kuat menyuarakan dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing.

Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing. Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini adalah terbahagi mengikut kaum dan ethnik masing-masing. Apa yang sering dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah 'Malaysia Negara Pelbagai Kaum' yang bebas mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing.

Page 15: Dasar kebudayaan kebangsaan

PENUTUP

     Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian   kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Page 16: Dasar kebudayaan kebangsaan

Contoh-contoh aktiviti yang mengalakkan perpaduan di MalaysiaPendidikan- Sekolah wawasan- Sekolah kluster- Sekolah sukan• Kesenian- Seni suaraContoh: Marhaban, Kelab kebudayaan di

sekolah,

Page 17: Dasar kebudayaan kebangsaan

Seni tari- Kelab tarian, Kelab rehlah, pertandingan

tarian-contoh KAGUM IPG- Seni ukir- Khat