dan keluarga malaysia (kpkm)...

2
ajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) merupakan kajian bersiri yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) setiap sepuluh tahun sejak tahun 1974. Siri pertama kajian ini ialah Penyiasatan Kesuburan dan Keluarga Malaysia yang telah dijalankan pada tahun 1974. Kajian ini merupakan kerjasama di antara RAND Corporation yang menjalankan 'World Fertility Survey' bersama LPPKN dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Kumpulan sasaran kajian ini adalah wanita pernah berkahwin yang berumur 50 tahun ke bawah. Tujuan kajian adalah untuk mengumpulkan maklumat berkenaan demografi, kesihatan dan isu-isu berkaitan keadaan ekonomi wanita. Hasil kajian ini telah digunakan oleh ramai penyelidik tempatan dalam penerbitan artikel, laporan dan tesis. Antara maklumat penting yang terkandung dalam kajian ini adalah mengenai perkahwinan, pembentukan keluarga, perancangan keluarga, penjagaan anak, pendidikan, migrasi, tenaga buruh dan pendapatan. Seterusnya pada tahun 1984, kalian untuk siri yang kedua iaitu Penyiasatan Penduduk dan Keluarga Malaysia telah dijalankan. Dalam siri kali ini, responden kajian tidak hanya tertumpu kepada wanita pernah berkahwin sahaja tetapi disasarkan juga kepada kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas dan warga berumur 50 tahun ke atas. Siri ketiga kajian yang dinamakan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia pula telah dijalankan pada tahun 1994. Kajian ini merupakan kesinambungan kepada kedua-dua kajian sebelumnya, yang mana tujuannya untuk memberikan data siri masa bagi melihat perubahan-perubahan yang dialami oleh penduduk di Malaysia. Pada tahun 2004, LPPKN telah melaksanakan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke Empat (KPKM- 4). Keunikan KPKM-4 berbanding KPKM terdahulu ialah kajian ini buat pertama kalinya dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia. Selain itu, kumpulan sasaran dalam kajian ini telah diperluaskan, di mana terdiri daripada wanita pernah berkahwin berumur 15 hingga 49 tahun, suami kepada wanita pernah kahwin, remala berumur 13 hingga 24 tahun, warga berumur 50 tahun dan lebih, dan penduduk buiang berumur 25 hingga 49 tahun. Pemilihan tempat kediaman untuk mendapatkan responden telah dibantu oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Rekabentuk pensampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah Pensampelan Berstrata Dua Peringkat, dan rangka pensampelan yang digunakan adalah daripada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2000. Kalian yang bersifat 'national representative' ini telah dipersetujui pembiayaannya dengan menggunakan peruntukan pembangunan Unil Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Kaiian ini merupakan asas utama bagi pengutipan data yang bertujuan untuk menyediakan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai kependudukan, kekeluargaan dan reproduksi manusia. Kajian ini secara asasnya menyediakan maklumat yang meluas mengenai ciri-ciri demografi, sosial, ekonomi, keluarga dan kesihatan. Secara ringkasnya, laporan KPKM-4 initelah dibahagikan kepada enam bahagian utama, iaitu latar belakang, penduduk dan tempat kediaman, perkahwinan dan kesuburan, kesihatan reproduktil dan amalan kesihatan, kehidupan berkeluarga, dan remaja, warga emas dan pembulangan. Bahagian latar belakang mengandungi bab kaedah kajian dan bab profil kumpulan sasaran. Dalam bab kaedah kajian, antara aspek yang disentuh adalah berkenaan dengan objektif, bidang liputan, metodologi dan pelaksanaan kajian. Sementara itu, bab profil kumpulan sasaran pula menceritakan tentang profil responden bagi setiap soal selidik. Bahagian kedua mengandungi bab penduduk dan bab tempat kediaman. Bab penduduk menjelaskan tentang maklumat demografi penduduk yang meliputi struktur umur, status perkahwinan, tahap persekolahan dan penyertaan tenaga buruh. Dalam bab ini juga kita dapat melihat beberapa trend yang wujud hasil daripada Laporan Kajian Penduduk Dan Keluarga Malaysia, 2OO4 . Sabah

Upload: phungtuyen

Post on 11-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: dan Keluarga Malaysia (KPKM) merupakanfamilyrepository.lppkn.gov.my/292/8/Ringkasan_KPKM_2004-Sabah.pdf · anak, pendidikan, migrasi, ... serentak di seluruh Malaysia. ... Bahagian

ajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) merupakan kajian bersiriyang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan KeluargaNegara (LPPKN) setiap sepuluh tahun sejak tahun 1974. Siri pertamakajian ini ialah Penyiasatan Kesuburan dan Keluarga Malaysia yang telahdijalankan pada tahun 1974. Kajian ini merupakan kerjasama di antaraRAND Corporation yang menjalankan 'World Fertility Survey' bersama

LPPKN dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Kumpulan sasaran kajian ini adalah wanita pernah berkahwinyang berumur 50 tahun ke bawah. Tujuan kajian adalah untuk mengumpulkan maklumat berkenaan demografi,kesihatan dan isu-isu berkaitan keadaan ekonomi wanita. Hasil kajian ini telah digunakan oleh ramaipenyelidik tempatan dalam penerbitan artikel, laporan dan tesis. Antara maklumat penting yang terkandungdalam kajian ini adalah mengenai perkahwinan, pembentukan keluarga, perancangan keluarga, penjagaan

anak, pendidikan, migrasi, tenaga buruh dan pendapatan.

Seterusnya pada tahun 1984, kalian untuk siri yang kedua iaitu Penyiasatan Penduduk dan Keluarga Malaysiatelah dijalankan. Dalam siri kali ini, responden kajian tidak hanya tertumpu kepada wanita pernah berkahwinsahaja tetapi disasarkan juga kepada kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas dan warga berumur50 tahun ke atas. Siri ketiga kajian yang dinamakan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia pula telahdijalankan pada tahun 1994. Kajian ini merupakan kesinambungan kepada kedua-dua kajian sebelumnya,yang mana tujuannya untuk memberikan data siri masa bagi melihat perubahan-perubahan yang dialamioleh penduduk di Malaysia.

Pada tahun 2004, LPPKN telah melaksanakan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke Empat (KPKM-4). Keunikan KPKM-4 berbanding KPKM terdahulu ialah kajian ini buat pertama kalinya dilaksanakan secaraserentak di seluruh Malaysia. Selain itu, kumpulan sasaran dalam kajian ini telah diperluaskan, di manaterdiri daripada wanita pernah berkahwin berumur 15 hingga 49 tahun, suami kepada wanita pernah kahwin,remala berumur 13 hingga 24 tahun, warga berumur 50 tahun dan lebih, dan penduduk buiang berumur 25hingga 49 tahun. Pemilihan tempat kediaman untuk mendapatkan responden telah dibantu oleh JabatanPerangkaan Malaysia. Rekabentuk pensampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah PensampelanBerstrata Dua Peringkat, dan rangka pensampelan yang digunakan adalah daripada Banci Penduduk danPerumahan Malaysia, 2000.

Kalian yang bersifat 'national representative' ini telah dipersetujui pembiayaannya dengan menggunakanperuntukan pembangunan Unil Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Kaiian ini merupakan

asas utama bagi pengutipan data yang bertujuan untuk menyediakan satu set maklumat berstatistik yang

komprehensif mengenai kependudukan, kekeluargaan dan reproduksi manusia. Kajian ini secara asasnyamenyediakan maklumat yang meluas mengenai ciri-ciri demografi, sosial, ekonomi, keluarga dan kesihatan.

Secara ringkasnya, laporan KPKM-4 initelah dibahagikan kepada enam bahagian utama, iaitu latar belakang,penduduk dan tempat kediaman, perkahwinan dan kesuburan, kesihatan reproduktil dan amalan kesihatan,kehidupan berkeluarga, dan remaja, warga emas dan pembulangan. Bahagian latar belakang mengandungi

bab kaedah kajian dan bab profil kumpulan sasaran. Dalam bab kaedah kajian, antara aspek yang disentuhadalah berkenaan dengan objektif, bidang liputan, metodologi dan pelaksanaan kajian. Sementara itu, babprofil kumpulan sasaran pula menceritakan tentang profil responden bagi setiap soal selidik.

Bahagian kedua mengandungi bab penduduk dan bab tempat kediaman. Bab penduduk menjelaskan tentangmaklumat demografi penduduk yang meliputi struktur umur, status perkahwinan, tahap persekolahan danpenyertaan tenaga buruh. Dalam bab ini juga kita dapat melihat beberapa trend yang wujud hasil daripada

Laporan Kajian Penduduk Dan Keluarga Malaysia, 2OO4 . Sabah

Page 2: dan Keluarga Malaysia (KPKM) merupakanfamilyrepository.lppkn.gov.my/292/8/Ringkasan_KPKM_2004-Sabah.pdf · anak, pendidikan, migrasi, ... serentak di seluruh Malaysia. ... Bahagian

perbandingan antara KPKM-4 dan Banci 2000. Bab tempat kediaman pula membincangkan tentangkeadaan semasa tempat kediaman, yang meliputi jenis kawasan, status pemilikan, jenis tempat kediamandan bilangan bilik tidur. Di samping itu, bab ini juga menyentuh isu-isu berkenaan isi rumah seperti jenis isirumah, bilangan ahli isi rumah, ketua isi rumah dan pemilikan peralatan isi rumah.

Terdapat dua bab yang dibincangkan dalam bahagian ketiga, iaitu bab perkahwinan dan bab kesuburan.Dalam bab perkahwinan, antara topik yang disentuh adalah berkenaan status perkahwinan semasa, statusperkahwinan pertama, umur perkahwinan pertama, bilangan kali kahwin dan perihal perceraian. Dalambab kesuburan pula, hal-hal yang disentuh adalah berkaitan dengan bilangan anak yang pernah dilahirkan,keinginan melahirkan anak lagi, perihal tiada anak, perihal kegagalan kehamilan dan sub-fertiliti.

Bab kesihatan reproduktit dan bab amalan kesihatan terkandung dalam bahagian keempat. Secarakeseluruhannya, bab kesihatan reproduktif membincangkan tentang penggunaan perancangan keluarga,kaedah yang digunakan, sumber perolehan dan 'unmet needs for contraception'. Manakala dalam bab amalankesihatan pula, hal-hal yang dibincangkan adalah berkaitan pemeriksaan saringan kesihatan, pengetahuanmengenai kesihatan reproduktif, masalah kesihatan yang dialami, amalan bersenam dan pengambilanmakanan tambahan, tabiat merokok dan pengambilan minuman beralkohol.

Bahagian kelima iaitu kehidupan berkeluarga mengandungi bab interaksi keluarga, bab penjagaan anakdan bab penlagaan ibu bapa. Bab interaksi keluarga membincangkan mengenai perihal kekeluargaanseperti caragaya keibubapaan, masalah yang dihadapi dalam keluarga, cara penyelesaian masalah yangdiambil, pembuat keputusan dam haFhal keluarga dan penglibatan ibu bapa dalam kursus kekeluargaan dankegiatan kemasyarakatan. Seterusnya, bab penjagaan anak menyentuh tentang aturan peniagaan anak,bayaran penjagaan anak, bentuk sokongan daripada majikan, dan mengimbangi peranan antara sebagai ibudan pekerja. Bab penjagaan ibu bapa pula adalah berkaitan aturan tempat tinggal dan penjagaan ibu bapa,bantuan yang dihulurkan, dan kekerapan menziarahi ibu bapa.

Bahagian Keenam iaitu Remaja, Warga Emas dan Pembujangan merupakan bahagian yang terakhirdalam laporan KPKM-4. Bahagian ini mengandungi tiga bab, iaitu Bab Remaja, Bab Warga Emas danBab Pembujangan. Dalam Bab Remaja, semua maklumat mengenai remaja berumur 13 hingga 24 tahundianalisis mengikut pembolehubah demograli, sosial, interaksi keluarga, pengaharapan ibu bapa terhadapmereka dan lain-lain lagi. Bab 12 menghuraikan tentang Warga Emas yang berumur 60 tahun dan ke atasmengenai penjagaan, ekonomi, simpanan hari tua, pusat jagaan warga tua dan sebagainya. Bab yangterakhir dalam bahagian ini adalah Pembujangan. Topik ini merupakan topik terbaru dalam siri KPKM danpelbagai maklumat seperti umur sesuai berkahwin, punca lewal kahwin dan sebagainya akan diterangkandalam bab ini.

Laporan Kajian Penduduk Dan Keluarga Malaysia, 20O4 . Sabah