dakwah ikhwanul muslimin di alaf baru

Upload: safwan-hafizi-masakhoh

Post on 06-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

im

TRANSCRIPT

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    1

    Dakwah IkhwanDakwah IkhwanDakwah IkhwanDakwah Ikhwanul ul ul ul

    MusliminMusliminMusliminMuslimin Di Alaf Di Alaf Di Alaf Di Alaf

    BaruBaruBaruBaru

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    2

    Kandungan

    Mukadimah 3

    Tabiat Marhalah 6

    Pertembungan Sebenar 9

    Bentuk Ancaman 13

    Fokus Risalah 17

    Manhaj Perubahan 21

    Peranan Kita 26

    Jalan Kejayaan 30

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    3

    Mukadimah

    Antara aspek penting yang perlu dimiliki oleh mereka yang telah dikurniakan

    nikmat oleh Allah apabila terpilih untuk menjadi pendokong gerakan bagi

    memartabatkan Islam ialah memiliki persepsi yang jelas.

    % y ?6 y (# r& nu

    t/ O$t r& t u _y t6? $# (

    Katakanlah (Wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata Yusuf: 108

    Kita memulakan misi dakwah kita ini dengan suatu persepsi yang jelas bahawa

    kita ingin menjelaskan kepada manusia seluruhnya tentang matlamat kita dan kita

    ingin bentangkan di hadapan mereka tentang pendekatan yang kita gunakan. Kita mahu

    paparkan dakwah kita dengan berterus terang tanpa berselindung, malah lebih cerah

    daripada sinaran mentari, lebih terang daripada sinaran fajar dan lebih jelas daripada

    terik tengahari. Inilah tanggungjawab yang perlu kita lakukan kepada manusia

    seluruhnya ini, sekaligus bererti seorang duat lebih perlu untuk memahaminya.

    Kita sebenarnya mengajak manusia supaya mereka menerima satu prinsip. Satu

    prinsip yang cukup jelas, tersusun dan telahpun diakui oleh semua manusia. Seluruh

    manusia memahaminya, mengimaninya dan menyakini akan kebenarannya. Mereka

    mengetahui bahawa hanya prinsip ini sahaja yang mampu menyelamatkan mereka dan

    memberikan ketenangan serta ketenteraman kepada mereka. Prinsip ini bukan sahaja

    telah dibuktikan melalui pengalaman malah sejarah sendiri mengesahkan keupayaan

    prinsip ini untuk terus kekal abadi. Prinsip ini telah terbukti kemampuannya sebagai

    penyelesai segala permasalahan. Walaupun kita semua sama-sama amat menyakini

    keupayaan prinsip ini namun beza di antara kita dengan masyarakat kita ialah

    keyakinan mereka kepada prinsip ini selama ini hanyalah suatu khayalan dan masih

    dibuai mimpi. Sebaliknya keyakinan kita sentiasa bersemarak di dalam jiwa. Kita benar-

    benar memahami bahawa Islam telah mengatur segenap aspek kehidupan manusia di

    dunia dan di akhirat. Islam bukan hanya sekadar beberapa upacara pengibadatan atau

    upacara kerohanian.

    Kita sebenarnya memikul suatu agenda Islam yang berlandaskan manhaj

    Nubuwwah. Namun begitu tidak bererti kita sama seperti parti politik lain yang turut

    mempunyai agenda perubahan yang berkonsepkan Islam. Walaupun sememangnya

    politik adalah sebahagian daripada adunan Islam yang bersepadu yang turut menjadi

    acuan kita dan juga sebahagian daripada identiti Islam yang juga menjadi identiti kita.

    Jelas agenda ini berkait rapat dengan peranan umat Islam di dalam hidup ini yang

    digariskan oleh firman Allah:

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    4

    $ y r't % !$# (# t#u (# 2$# (# f$#u (# 6 $#u 3 / u (# =y $#u uy 9 $# 6=y s9 s =? ) (# y_u ! $# , ym $y _ 4 u 38 u;tF_ $# $t u yy_ / 3n=t d9$# 8l tym 4 s' # i 3/ r&

    z t/ ) 4 u 39 y t = 9$# 6 s% u #xy t3u9 9 $# #x /3 n= t (# 3s? u u !#yp n?t $9$# 4 (# % r's n4 n= 9$# (# ?#u u n 4 x. 9$# (# tG $#u ! $$/ u 39s9 t ( z s 4 n< y9 $# z u

    9$#

    Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah pelindung kamu, maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan. Al-Haj: 77-78

    Persepsi yang jelas dalam melihat agenda ini sudah cukup untuk mengenalpasti

    medan pertembungan yang sebenar dan sekaligus menghindarkan diri daripada medan-

    medan pertembungan palsu.

    u t 9#tt 3t =Gs) 4Lym . t t 6 ) (# stG $# 4

    Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) Al-Baqarah: 217

    Persepsi yang jelas ini juga cukup membantu untuk kita mengenalpasti musuh

    yang sebenar dan sekaligus tidak mempedulikan pihak-pihak yang hanya merupakan

    pendokong, boneka, golongan upahan, golongan yang diperguna dan golongan

    berkepentingan.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    5

    s9u 4 ys? y7t u49 $# u 3t| 9$# 4L ym y 6 Ks? tJ= 3

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut cara hidup mereka (yang telah terpesong itu) Al-Baqarah: 120

    Persepsi yang jelas dalam melihat agenda ini juga cukup untuk membantu kita

    memilih pendekatan perubahan yang sebenar dan mengenepikan pendekatan-

    pendekatan yang lain.

    )) ! $# it $t B s)/ 4Lym (# it $t r' / 3

    Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri Ar-Rad: 11

    Persepsi yang jelas ini juga cukup bagi kita untuk mengenalpasti yang mana satu

    ular di celah-celah tali temali dan kayu-kayu yang bergerak-gerak bertujuan

    mengaburi mata kita daripada ular yang sebenar. Oleh kerana kita hidup di dalam

    tempoh masa yang tertentu maka persepsi yang jelas ini juga perlu merangkumi

    pengetahuan tentang situasi sebenar marhalah ini, pertembungan sebenar serta

    memahami segala ancaman yang bakal kita hadapi. Selain itu, kita juga perlu memahami

    dengan jelas intipati risalah ini sesuai dengan zaman ini. Begitu juga dengan

    pendekatan yang kita gunakan dalam proses perubahan ini yang membezakan kita

    dengan yang lain. Seterusnya kita perlu benar-benar memahami peranan yang perlu

    kita mainkan serta memahami matlamat akhir yang ingin kita capai atau dengan kata

    lain ciri-ciri kejayaan di marhalah ini. Di samping itu kita juga perlu memahami ciri-ciri

    kemenangan dan erti kekuasaan yang jika mampu kita capai dalam tempoh ini, bererti

    kita sememangnya mendapat petunjuk Allah dalam halatuju kita. Namun begitu semua

    ini hanya kita perolehi melalui limpah kurnia Allah, sama-samalah kita berharap.

    Mudah-mudahan Allah memberikan taufik hidayahNya kepada saya untuk cuba

    menerangkannya kepada saudara-saudara sekalian.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    6

    Tabiat Marhalah

    Memiliki persepsi yang jelas tentang sesuatu zaman bererti kita perlu

    memahami dengan tepat situasi sebenar sesuatu marhalah. Sebagaimana yang

    dimaklumi dakwah melalui pelbagai marhalah amal Setiap marhalah pula secara

    khususnya melalui maratib amal yang telah kita gariskan. Maratib amal dalam dakwah Islam ialah individu muslim, keluarga muslim (usrah muslimah), masyarakat Islam, kerajaan Islam, negara Islam, khilafah ar-rasyidah 1, akhirnya ustaziah al-alam 2. Manakala proses atau peringkat yang perlu dilalui dalam amal tersebut pula ialah

    takrif (pengenalan), takwin (pembentukan) dan tanfiz (pelaksanaan). Walaupun bagi individu, proses ini perlu berjalan secara berurutan tetapi bagi dakwah secara

    umumnya, proses ini boleh berjalan serentak.

    Berdasarkan kepada situasi masakini dan keanjalan maratib amal ini maka kita

    dapat mengenalpasti situasi sebenar marhalah ini. Marhalah yang dilalui oleh dakwah kita masakini ialah marhalah pembentukan masyarakat Islam. Kenyataan ini sekaligus bererti amal untuk membentuk indiuidu muslim perlu terus dilaksanakan di samping usaha yang telah dilakukan untuk membentuk keluarga muslim. Dengan ini bererti amal perlu dilipat gandakan dalam usaha untuk membentuk institusi-institusi dan struktur masyarakat Islam. Pada dasarnya masyarakat Islam sebenarnya terbentuk daripada keluarga muslim yang dibentuk oleh individu muslim. Dalam ertikata lain, individu muslim dan keluarga muslim sebenarnya adalah dua institusi penting selain institusi-instusi lain yang wujud dalam masyarakat.

    Sehingga kini amal kita agak bertuah kerana Allah masih mengurniakan kepada

    kita peluang-peluang untuk melakukan amal yang umum dan terbuka melalui beberapa

    sektor masyarakat iaitu melalui platform yang sedia ada dan berpengaruh seperti

    kesatuan sekerja, persatuan, pertubuhan, majlis parlimen dan majlis daerah yang

    masing-masing mempunyai pengaruh tersendiri di dalam masyarakat. Melalui

    penglibatan ini masyarakat boleh mengetahui keikhlasan kita dan memahami kemahuan

    kita untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui khidmat masyarakat.

    Manusia dalah keluarga Allah dan orang yang paling dikasihi oleh Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada keluargaNya.

    Melalui pelbagai aktiviti yang kita lakukan telah memberi peluang kepada kita

    untuk sentiasa berkembang dan berjaya menonjolkan keterampilan dakwah kita melalui

    simbol dan tokoh-tokoh yang seterusnya menjadi landasan untuk masyarakat mengikuti

    1 Khilafah Islamiah; satu institusi pentadbiran milik umat Islam yang menjaga segala kemaslahatan Islam dan umatnya

    di peringkat antarabangsa. Ia dikepalai oleh seorang khalifah dan bergabung di bawahnya semua pemerintah-pemerintah negara-negara Islam. (Pent) 2 Peringkat memimpin dan membimbing manusia di seluruh dunia untuk mencapai kemaslahatan mereka di dunia dan

    akhirat. (Pent)

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    7

    jalan kita. Paling menonjol ialah kejayaan kita mendapat pengiktirafan dalam lapangan

    politik tempatan dan ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Pengiktirafan

    ini perlu kita pelihara dan kita tingkatkan lagi dengan menggandakan penerimaan

    masyarakat kepada penglibatan kita dalam isu-isu kemasyarakatan terkini. Terutama

    dengan merapatkan diri kita dengan kelompok atau kumpulan yang berpengaruh serta

    memimpin proses perubahan serta membina dan membangunkan institusi-institusi

    dalam masyarakat berlandaskan prinsip dan nilai-nilai Islam.

    Kita ingin memberitahu masyarakat kita bahawa kita amat menyayangi mereka

    lebih daripada diri kita sendiri; Bahawa jiwa ini sentiasa bersedia untuk berkorban

    demi mempertahankan kemuliaan mereka jika diperlukan dan bersedia menjadikan jiwa

    ini sebagai penebus bagi memelihara maruah mereka, kehormatan mereka, agama

    mereka dan harapan mereka jika perlu. Perasaan inilah sebenarnya yang mendorong

    kita berpendirian sebegini dan perasaan ini begitu sebati dalam diri kita. Perasaan ini

    begitu merangsang jiwa sehinggakan kita tidak dapat tidur lena dan sentiasa

    bergenangan airmata kerana mengenangkannya. Kita tidak sanggup (sememangnya amat

    berat) untuk melihat segala yang berlaku di dalam masyarakat kita dengan hanya

    berpeluk tubuh dan merelakan penghinaan ini. Demi mencari keredhaan Allah, kita

    berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lebih daripada untuk kepentingan diri

    sendiri. Oleh kerana kamu adalah saudara-saudara kami yang memahami Islam secara

    menyeluruh dan kamu mengimani bahawa Islam adalah suatu sistem sosial yang

    menyeluruh dan sesuai untuk segala situasi masyarakat manusia, maka hendaklah kamu

    laungkan kepada masyarakat kamu: Kami adalah hak kamu dan kami hanya semata-

    mata untuk kamu. Kami sama sekali tidak akan memusuhi kamu.

    Memang benar kita mahukan individu muslim, keluarga muslim dan masyarakat

    Islam. Namun begitu semua ini perlu bermula dengan penyebaran fahaman Islam

    sehingga Islam mampu mempengaruhi semua situasi ini dan membentuk situasi ini

    menurut acuan Islam. Sesungguhnya akidah, sistem, bahasa dan tamadun Islam

    menjadi warisan yang amat berharga kepada Mesir. Bukan mudah untuk menidakkannya

    begitu sahaja dan ianya tidak mungkin dinafikan walau apa sekalipun usaha yang

    dijalankan bagi melenyapkannya.

    Oleh kerana itu, dalam marhalah ini peranan utama yang perlu dimainkan oleh

    para duat yang mengajak manusia ke arah menyembah Allah ialah memelihara budaya

    Islam yang masih wujud dalam masyarakat Mesir ini seterusnya membangun dan

    menyokong asas-asasnya.

    spi t7 !$# ( tu | mr& !$# Zpit 7 ( t wu &s! t 7t

    (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    8

    kami dengan corak Islam; dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. Al-Baqarah: 138

    Semua ini dapat dicapai dengan kembali kepada ajaran dan kaedah Islam serta

    berpegang teguh dengannya. Selain itu, usahajuga perlu dijalankan bagi membina

    kebangkitan baru berlandaskan asas tadi dan mencorak semula suasana masyarakat

    berasaskan Islam. Kita telah mewarisi Islam ini dan dengan Islam ini kita telah

    membentuk diri kita sehingga ia bertapak kukuh dan sebati di dalam jiwa dan perasaan

    kita. Seluruh jiwa raga Mesir telah sebati dengan Islam, akidah, bahasa dan

    tamadunnya. Mesir telah mempertahankan Islam malah memperkukuhkan Islam serta

    menentang segala ancaman musuhnya. Demi mempertahankan Islam, ia telah melakukan

    segala bentuk jihad dengan mengorbankan segala harta dan jiwa anak bangsanya

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    9

    Pertembungan Sebenar

    Memahami pertembungan yang sebenar serta isunya, mengenalpasti pihak-pihak

    utama dan kedua yang bersengketa, dan menentukan kedudukan medan pertembungan

    ketika ini merupakan komponen terpenting bagi memiliki persepsi yang jelas. Jika kita

    kaji pertembungan yang wujud kini di antara umat Islam dan musuhnya, seimbas lalu

    kita dapat melihat bahawa pertembungan ini adalah tidak seimbang. Tiada sebab

    pertembungan ini perlu diteruskan kerana keupayaan musuh Islam begitu ketara

    mengatasi umat Islam. Malahan umat Islam tidak mampu untuk menentukan nasib diri

    mereka sendiri. Wujud jurang yang amat luas antara keupayaan ketenteraan musuh

    berbanding dengan apa yang dimiliki oleh umat Islam. Jurang sebegini sudah cukup

    untuk memihak kepada pihak yang lebih kuat malah musuh boleh dianggap telah

    mencapai kejayaan ketenteraan sementara umat Islam boleh dianggap sebagai sudah

    kalah dan kehilangan taringnya.

    Dalam soal politik pula, umat Islam yang wujud di serata muka bumi ini masih

    tidak bebas untuk menentukan pendirian politik mereka sendiri atau menetapkan

    sesuatu keputusan. Dalam kata lain, dalam pertarungan politik juga kita masih

    ketinggalan jauh berbanding kuasa lain. Malah musuh kita mampu menentukan

    keputusan politik negara kita supaya bersesuaian dengan kepentingan politik mereka

    walaupun keputusan tersebut bertentangan dengan kepentingan kita. Mungkin

    kejayaan ini menjadi matlamat utama kebanyakan pihak yang bersengketa dan

    berperang kerana dengan kejayaan ini mereka mampu mengambil alih pendirian politik

    dan mengawal kebebasan membuat keputusan seterusnya menamatkan terus

    peperangan tersebut.

    Dalam soal ekonomi, anda pasti hairan melihat bagaimana umat Islam yang

    menikmati pelbagai sumber kekayaan, tetapi dalam masa yang sama tidak memiliki

    kuasa ekonomi tersendiri. Malah bukan mereka yang mengawal kekayaan mereka. Kita

    sebenarnya masih berhadapan dengan penjajahan ekonomi. Tidak dapat dinafikan

    kebanyakan golongan opportunis di zaman ini melihat bahawa menguasai sepenuhnya

    ekonomi saingannya sudah memadai tanpa perlu melakukan penjajahan ketenteraan.

    Bagi mereka, menundukkan musuh melalui penjajahan ekonomi cukup memberikan

    kemenangan hakiki dan melambangkan kekalahan mutlak musuh mereka. Berdasarkan

    kepada teori dan praktikal, tidak sukar untuk meluaskan jurang perbezaan antara kita

    dengan musuh kita dalam soal ini.

    Jadi, apa sebenarnya yang diinginkan oleh pihak yang telah pun menang ini.

    Pertarungan begini telah memberi peluang kepada salah satu pihak bersengketa untuk

    mencapai kemenangan mutlak mengalahkan musuhnya. Kemenangan ini sebenarnya

    sudah cukup untuk menamatkan api peperangan. Penguasaan ke atas musuh yang

    diperolehi oleh salah satu pihak yang bersengketa sudah cukup untuk memberikan

    jaminan kepada pihak yang menang untuk menguasai sepenuhnya pihak yang kalah.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    10

    Sepatutnya pihak yang menang tidak lagi perlu bimbang dengan sebarang ancaman

    kerana pertarungan ini telah berakhir dan ia telah menguasai segala lapangan.

    Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pihak yang menguasai kita masih

    terus menerus melancarkan serangannya. Mereka masih berkomplot dan menjalankan

    konspirasi mereka. Malah pada tanggapan mereka kita ini masih merupakan musuh

    utama mereka yang perlu sentiasa diawasi gerak gerinya. Pihak yang menang ini masih

    melancarkan serangan ganas seolah-olah peperangan ini tiada penghujungnya. Malahan

    apa yang nyata peperangan ini semakin sengit. Mengapa? Semuanya kerana musuh kita

    benar-benar memahami dengan jelas dan tepat mengenai pertembungan sebenar serta

    isu dan medan pertembungan ini. Mereka memahami pertembungan ini lebih daripada

    anak bangsa kita yang masih terkejut akibat kekalahan yang mereka alami sehingga

    menyebabkan mereka alpa. Musuh kita benar-benar memahami pertembungan yang

    sebenar jauh lebih jelas berbanding sesetengah kalangan umat Islam yang berniat baik

    dengan berusaha berhempas pulas untuk mengembalikan keupayaan umat di bidang-

    bidang peradaban yang kini kita keterbelakang. Dengan harapan usaha ini akan

    membolehkan umat Islam kembali berdaya saing walaupun terpaksa akur buat masa ini

    bahawa pertembungan ini memihak kepada musuh kita. Dalam masa yang sama, musuh

    kita lebih memahami bahawa walau sejauhmana sekalipun kejayaan mereka dalam

    bidang ini, mereka masih belum mencapai kemenangan mutlak dalam peperangan ini.

    Oleh kerana itu mereka masih terus melancarkan serangan mereka. Apakah

    sebenarnya yang ingin mereka capai dalam peperangan ini?

    Dalam zaman penjajahan, musuh kita telah berjaya memisahkan ruh Islam

    daripada individu dan masyarakat Islam. Walau bagaimanapun mereka amat terkejut

    apabila mendapati jiwa individu Islam ini kembali bersemarak dengan Islam sebaik

    sahaja peluang tersedia. Pihak musuh memahami bahawa jiwa individu Islam ini masih

    suci dan masih bersedia untuk mendokong semula Islam pada satu masa nanti. Dengan

    itu, musuh amat memahami bahawa mereka tidak akan mencapai kemenangan yang

    sebenar jika hanya menguasai politik, ekonomi, ketenteraan dan keilmuan semata-mata

    selagimana jiwa individu muslim yang wujud masih sedia untuk mendokong Islam pada

    suatu masa nanti. Oleh kerana itu, medan pertarungan hakiki yang diberikan tumpuan

    oleh musuh kita kini ialah keperibadian muslim itu sendiri. Musuh sentiasa berusaha

    untuk merosakkan keperibadian ini. Mereka melihat seolah-olah peribadi muslim ini

    seperti sebuah bejana yang sentiasa bersedia untuk diisi dengan Islam. Musuh

    mahukan supaya bejana ini dikosongkan daripada Islam dan digantikan dengan yang

    lain. Apabila usaha mereka ini gagal mereka memutuskan untuk menelangkupkan sahaja

    bejana ini supaya bejana ini tidak lagi dapat menakung semula Islam pada suatu masa

    nanti. Jadi medan pertarungan sebenar yang perlu kita berikan perhatian ialah

    peribadi ini dan proses pembentukan jiwa ini. Musuh tidak berpuashati dengan

    kemajuan yang mereka capai di bidang ketenteraan, politik, keilmuan, ekonomi dan

    sebagainya, malah musuh kita masih khuatir dengan orang Islam yang rosak dan lena

    walaupun orang ini tidak mampu untuk menghidupkan kembali Islamnya. Musuh kita

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    11

    amat yakin bahawa masih wujud individu-individu muslim yang bersedia untuk

    mendokong kembali Islam dan bilangan mereka ini semakin bertambah. Di sinilah

    tersembunyi bahayanya. Oleh kerana itu medan pertarungan yang sebenar ialah

    pembentukan jiwa individu muslim.

    Kini, medan pertarungan antara kita dengan mereka ialah identiti, ciri,

    pembentukan dan acuan Islam.

    u t 9#tt 3t =Gs) 4Lym . t t 6 ) (# stG $# 4

    Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) Al-Baqarah: 217

    Musuh kita yang sebenar ialah para pemimpin agenda penjajahan Barat, dan

    Zionis sedunia adalah sebahagian daripada mereka. Pemimpin dunia Islam sebenarnya

    hanyalah alat kepada mereka. Mereka ini terlalu dangkal sehingga sanggup menjual

    akhirat semata-mata untuk keuntungan dunia. Tanpa berselindung musuh-musuh kita

    berusaha melenyapkan keperibadian Islam dan menghilangkan acuan Allah. Mereka

    berusaha sedaya upaya mereka untuk merosakkan keperibadian muslim sehingga

    menjadikan jiwa individu muslim ini tidak lagi bersedia untuk mendokong Islam pada

    masa hadapan. Dengan ini, umat Islam tidak akan mampu lagi untuk mengembalikan

    penguasaan mereka dalam lapangan ketenteraan, politik, ekonomi dan ilmu. Dalam

    menjayakan usaha ini mereka menggunakan kaedah-kaedah pendidikan secara teori dan

    ilmiah melalui media massa, sistem pendidikan di samping merosakkan sistem ekonomi

    dan sistem sosial. Mereka memberikan tumpuan sepenuhnya untuk menjayakan usaha

    ini.

    Bagi pihak kita pula, kita perlu berusaha untuk memelihara keperibadian muslim

    ini supaya memudahkan jiwa ini untuk kembali kepada Islam semula suatu hari nanti.

    Musuh kita menggunakan boneka tempatan untuk memerangi kita. Boneka-boneka ini

    hanya seumpama tali dan tongkat yang digambarkan seolah-olah ia bergerak-gerak.

    Dalam kata lain, mereka ini adalah orang-orang bodoh yang diperdaya sepertimana

    pemimpin Taif yang memperdaya penduduk Taif yang bodoh untuk menyerang

    Rasulullah s.a.w.. Dalam pada itu, tangan-tangan besi yang bekerja di bawah agensi

    milik orang-orang bodoh ini juga begitu bodoh sehinggakan sanggup menjual akhirat

    mereka dengan begitu murah. Mereka menjual akhirat mereka demi menjaga

    kepentingan orang lain iaitu demi para pemimpin mereka yang bodoh.

    Oleh kerana itu, pendirian kita amat jelas apabila kita bertegas untuk bertarung

    hanya di medan pertembungan yang sebenar iaitu pertarungan bagi mendidik,

    membentuk dan memelihara keperibadian Islam. Persepsi kita ini amat jelas. Oleh itu

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    12

    kita tidak akan membabitkan diri kita sama seperti orang lain yang menjadikan boneka

    dan agensi ini sebagai musuh mereka atau fokus mereka dengan mengenepikan musuh

    yang sebenar iaitu kepala kepada semua boneka dan agensi tersebut. Berdasarkan

    kepada persepsi yang jelas inilah, lahirnya pendekatan yang kita gunakan dalam proses

    perubahan kita dengan segala ciri-cirinya yang asasi. Antara ciri pendekatan ini ialah

    menolak keganasan walaupun keganasan ini dilakukan terhadap kita oleh boneka atau

    agensi bodoh ini. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya telah

    menjual akhirat mereka demi orang lain. Oleh kerana persepsi ini jugalah, kita tidak

    akan dapat dilekakan oleh apa jua ancaman dan serangan yang dilancarkan oleh boneka

    ini dan agensi di bawah mereka. Sebaliknya kita akan tetap memberikan tumpuan

    kepada pertarungan yang sebenar. Kita tidak akan diperdaya oleh sebarang tindak

    tanduk boneka yang telah menjual akhirat mereka atau agensi di bawah mereka yang

    telah menjual akhirat mereka demi orang lain. Tindak tanduk mereka tidak langsung

    akan memperdaya kita daripada musuh sebenar kita yang telah memperguna dan

    memperdaya semua boneka serta mengambil kesempatan akibat kebodohan dan

    kedangkalan mereka. Walaupun itulah sebenarnya yang diingini oleh musuh dalam usaha

    mereka untuk memenangi pertarungan ini, iaitu dengan mengalihkan pandangan kita

    kepada boneka-boneka mainan mereka.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    13

    Bentuk Ancaman

    Setelah memahami situasi sebenar marhalah ini, pertembungan yang sebenar

    dan siapakah sebenarnya musuh-musuh kita, eloklah kita teliti pula ancaman-ancaman

    yang sedang kita hadapi. Dalam era perebutan jiwa dan pembentukan jiwa ini serta

    usaha-usaha untuk melenyapkannya, sebahagian ancaman ini sedang kita hadapi dan

    kita dapat kenalpasti. Manakala sebahagian ancaman ini pula memerlukan pemerhatian

    yang lebih mendalam untuk difahami. Pelbagai ancaman kita hadapi dalam usaha mereka

    untuk mewujudkan senario baru di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa.

    Senario ini bertujuan melenyapkan keperibadian Islam daripada identiti kita sehingga

    mengubah ciri-ciri individu, keluarga dan masyarakat kita kepada identiti yang lain.

    Senario ini bertujuan mengubah sifat-sifat seorang muslim yang beriman, berakhlak

    mulia dan bermujahadah kepada sifat-sifat yang lemah iaitu cintakan dunia dan

    takutkan mati. Malah senario ini bertujuan mengubah seluruh fitrah dan melenyapkan

    sifat-sifat asasi yang diperlukan untuk membina sebuah tamadun, termasuklah nilai-

    nilai yang diperlukan bagi mengembalikan kegemilangan ummah seperti jujur, amanah,

    bertanggungjawab, bermaruah, berani, tekun, berdisiplin, bersih, prihatin, belas

    kasihan dan adil.

    Ancaman utama dan paling penting yang sedang kita hadapi ialah cubaan yang

    dijalankan bagi meneruskan agenda Barat dan Zionis, seterusnya membantu agenda ini

    bagi menguasai sumber kekuatan ummah Islam. Sememangnya agenda ini bertentangan

    sama sekali dengan agenda Islam di semua peringkat; antarabangsa, serantau dan

    tempatan. Agenda ini membolehkan mereka mengeksploitasi semua perubahan ekonomi,

    politik dan sosial di tengah kancah pertarungan ini. Sememangnya tidak dapat

    dinafikan bahawa agenda ini wujud dan masih beroperasi. Jadi bukan kita sahaja yang

    wujud di dalam medan ini dan perubahan yang bakal berlaku di alam ini bukan lahir

    daripada hasil usaha kita sahaja. Malah apa jua perubahan yang berlaku adalah hasil

    usaha kita dan juga usaha kuasa-kuasa lain yang memperjuangkan agenda perubahan.

    Ini adalah sebahagian sunatullah dan sebahagian undang-undang hidup yang telah

    dicipta oleh Allah s.w.t:

    $r' s t/ 9$# =y u s [ !$x _ ( $r& u $t xt } $ 9$# ] 3 us F{$# 4

    Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi Ar-Rad: 17

    Selain daripada ancaman tersebut, ancaman yang kita hadapi juga wujud dalam

    bentuk cubaan untuk melemahkan pengaruh dan penampilan kita sebagai pemimpin

    gerakan Islam sedunia walaupun keterampilan kita di alam realiti ini sebenarnya

    disebabkan oleh banyak faktor. Ancaman ini disebabkan oleh pemimpin agenda Barat

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    14

    Zionis amat rnemahami perjalanan sejarah dan mereka menyakini bahawa perjalanan

    sejarah ini selari dengan konsep alamiah Islam. Islam adalah untuk seluruh manusia. Ini bermakna seluruh dunia ini pasti akan menuju ke arah penyatuan di mana seluruh

    ras dan bangsa akan bersatu. Bangsa-bangsa yang lemah akan bersatu padu bergabung

    membentuk suatu kekuatan. Bangsa-bangsa yang selama ini bercerai berai ini akan

    bergabung bagi merasai nikmat penyatuan.

    Situasi ini membuka jalan ke arah penyebaran dan penerapan fahaman

    globalisasi bagi menggantikan fahaman kebangsaan sempit yang diimani oleh manusia

    selama ini. Pada peringkat awal, semua manusia mengimani fahaman ini bagi membentuk

    satu kelompok. Kemudian mereka akan mengenepikan fahaman ini bagi membentuk

    suatu kelompok yang lebih besar dan penggabungan ini hanya bermatlamatkan suatu

    penyatuan. Semua ini terbentuk melalui proses semulajadi walaupun lambat ia pasti

    akan berlaku. Oleh kerana itulah kita jadikan ia sebagai sebahagian daripada matlamat

    kita dan tumpuan kita. Kita perlu jadikan langkah ini sebagai suatu usaha untuk

    membangunkan martabat manusia. Walau bagaimanapun kita tidak pula dipertanggung

    jawabkan untuk menyempurnakan usaha ini kerana ajal setiap manusia telahpun

    ditentukan.

    Dalam pentas nasional pula kita sedang berhadapan dengan usaha-usaha agresif

    untuk melenyapkan kewujudan kita dalam mana-mana platform umum termasuklah

    masjid yang merupakan jantung kepada umat ini. Sejak sekian lama masjid-masjid yang

    ada telah melahirkan ramai para pendokong nur rabbani kepada gerakan Islam. Masjid-

    masjid juga merupakan media yang menyampaikan suara kebenaran kepada seluruh

    manusia. Masjid-masjid adalah rumah Allah di muka bumi.

    Di samping itu, wujud juga usaha-usaha secara besar-besaran bagi menyaingi

    kegiatan kita yang selama ini memperlihatkan kewujudan kita di tengah masyarakat.

    Usaha yang paling ketara ialah aktiviti alternatif yang diwujudkan di bawah pelbagai

    slogan yang boleh dibahagikan kepada dua bentuk:

    Pertama:

    Persaingan sihat melalui kegiatan-kegiatan alternatif yang berfaedah dan

    berguna. Walaupun tujuan mereka adalah untuk menyaingi kita dan mengecilkan

    peranan kita namun begitu adalah tidak salah untuk kita turut menyertainya

    seperti sembahyang hari raya, program-program kemasyarakatan dan

    sebagainya.

    Kedua:

    Kegiatan-kegiatan tidak berfaedah yang menjauhkan masyarakat daripada

    kegiatan kita seperti kelab-kelab pelajar, persatuan-persatuan tertentu atau

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    15

    sebagainya di universiti-universiti dalam usaha mereka untuk melenyapkan

    identiti Islam. Kegiatan-kegiatan sebegini perlu kita boikot malah kita perlu

    berusaha supaya masyarakat menjauhinya dengan cara yang berhikmah dan

    melalui nasihat yang berguna.

    $# 4n< ) 6y y7 n/ u piy3 t: $$ / pis y 9 $#u piu | pt: $# ( 9 y_u L9 $$/ } | mr& 4

    Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik An-Nahl: 125

    Dalam pada itu, terdapat usaha-usaha untuk melenyapkan nama dan tokoh-tokoh

    kita kerana nama dan tokoh-tokoh ini sering dikaitkan dengan semangat sedia

    berkorban, memberi, berkhidmat, hormat serta jujur, sentiasa mengutamakan

    kebajikan, bersikap sederhana, bersikap lembut dengan masyarakat dan menolak

    keganasan. Sifat-sifat inilah yang menjadi halangan kepada serangan media massa di

    samping cubaan untuk mengenakan pelbagai tuduhan dan pelbagai tohmahan kepada

    beberapa anggota kita.

    Dalam masa yang sama gerakan Islam berhadapan dengan serangan-serangan

    yang ditujukan ke peringkat teras. Mereka juga mahu memusnahkan kedudukan penting

    dalam gerakan Islam. Saf dalaman pula terdedah kepada ancaman pihak keselamatan

    bermula daripada cubaan melemahkan kepada pengintipan sehinggalah kepada cubaan

    menyelinap serta mengurangkan sumber-sumber dan ciri-ciri kejayaan dakwah. Imam

    asy-Syahid sendiri pernah menjelaskan kepada kita bahawa kita pasti akan berhadapan

    dengan pelbagai musuh sama ada daripada dalam masyarakat mahupun daripada

    kerajaan. Kita akan terdedah kepada tindakan disiasat, ditahan, dipenjara dan diseksa.

    Apabila kita berhadapan dengan segala tindakan tersebut, barulah kita berada di atas

    jalan pendokong dakwah. Beliau berkata: Kemungkinan ujian ini akan memakan masa

    yang amat lama jadi apakah kamu masih mahu untuk menjadi penolong Allah?

    Walau sebesar manapun ancaman ini, ianya merupakan suatu yang sudah dijangka

    dan suatu yang lumrah. Ancaman ini merupakan suatu tafsiran terkini kepada undang-

    undang Waraqah bin Naufal yang akan sentiasa berlaku kepada mana-mana individu

    yang memikul risalah kebenaran.

    Usaha-usaha bagi menyingkirkan kita daripada medan ini adalah sama

    sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Waraqah bin Naufal dalam undang-undangnya

    ketikamana beliau berkata kepada Nabi s.a.w: Ia adalah Jibril yang pernah datang

    kepada Nabi Musa dahulu. Aku berharap moga-moga aku cekal berada bersamamu

    ketika engkau dihalau keluar oleh kaummu. Nabi s.a.w. bertanya: Apakah aku akan

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    16

    dihalau keluar? Waraqah menjawab: Sesiapa sahaja yang datang membawa apa yang

    engkau bawa ini pasti akan dihalau keluar oleh kaumnya.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    17

    Fokus Risalah

    Medan pertembungan kini adalah identiti individu muslim, ciri-ciri khusus,

    pembentukan dan acuan Islam.

    u t 9#tt 3t =Gs) 4Lym . t t 6 ) (# stG $# 4

    Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) Al-Baqarah: 217

    Oleh itu, musuh kita bukan sekadar berusaha untuk melenyapkan identiti Islam

    serta acuan Allah, malahan mereka cuba meneruskan usaha mereka dengan merosakkan

    pembentukan jiwa individu muslim sehingga jiwa ini tidak lagi mampu untuk memikul

    kembali Islam pada suatu masa nanti. Jadi fokus risalah kita kini ialah memelihara

    acuan dan identiti Islam yang ada dalam masyarakat kita serta berusaha memantapkan

    setiap struktur masyarakat ini. Fokus risalah ini ialah mengubah realiti masyarakat

    dengan membentuk masyarakat ini melalui tarbiah, nasihat dan tunjuk ajar serta

    berusaha meneruskan kebangkitan Islam dengan mengembangkan, memantapkan dan

    memangkinkannya. Di samping itu, kita juga perlu memastikan Islam kekal menjadi

    sumber rujukan sebenar kepada semua anggota masyarakat sama ada lelaki mahupun

    wanita, sama ada individu mahupun institusi.

    Apa yang dimaksudkan dengan identiti ialah: Kita telah mewarisi Islam yang

    suci ini dan kita telahpun membentuk diri kita sepenuhnya dengan acuan Islam. Ianya

    mengalir dalam jiwa dan perasaan sehingga terpahat di sudut hati kita. Mesir telahpun

    terpaut ke dalam Islam baik akidah, bahasa dan tamadunnya. Mesir telah

    mempertahankan Islam, serta mengekang segala serangan musuhnya dan berjuang

    bermati-matian demi Islam ini dengan segala harta dan titisan darah anak bangsanya

    Identiti Islam ini bukan sahaja wujud di kalangan individu yang menganut Islam

    di dunia Islam sahaja malah ianya merangkumi minoriti bukan Islam yang telah bersatu

    sebagai satu bangsa, tamadun dan negara bersama majoriti Islam. Jikalau identiti

    Islam bagi seorang muslim bererti suatu akidah dan syariat, nilai dan tamadun, bangs a

    dan negara, budaya dan sejarah serta warisan, maka bagi minoriti bukan Islam ia juga

    bererti suatu tamadun, bangsa, negara, nilai, budaya, sejarah dan warisan yang wujud

    di dalam fikiran dan undang-undang yang sama dalam segenap lapangan sepertimana

    yang dirasai oleh rakyat Islam.

    Kebangkitan Islam pula adalah suatu kesedaran yang menjadikan para pemuda

    kita kembali mengenali diri mereka. Mereka kembali memahami haluan mereka setelah

    sekian lama hidup dalam kegagalan ketika bersatu di atas dasar selain Islam.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    18

    Kesedaran ini menyebabkan mereka menolak segala corak, pemikiran dan prinsip lain

    yang tidak mampu memberikan apa yang mampu diberikan oleh Islam. Kesedaran ini

    melahirkan suatu gelombang yang bergerak menuju Islam dengan bersumberkan iman.

    Suatu kebangkitan yang hari demi hari sentiasa menerima anasir baru yang datang

    daripada individu Islam yang baik.

    Kebangkitan ini bukan hanya milik anggota gerakan Islam walaupun tidak dapat

    dinafikan mereka agak terkehadapan dalam memahami kewajipan mereka oleh kerana

    itu mereka mara ke hadapan bagi melaksanakannya. Suatu kebangkitan yang diwakili

    oleh arus yang tenang tetapi lebih mantap daripada gunung kerana kemuliaannya

    datang daripada Allah yang Maha Kuat dan Maha Mulia. Suatu kebangkitan yang

    diwakili oleh suatu arus yang keeil tetapi lebih luas daripada seluruh rantau ini kerana

    Islam adalah agama sedunia. Suatu kebangkitan yang diwakili oleh arus yang tidak

    berdasarkan kepentingan peribadi dan ketamakan hawa nafsu, namun begitu

    kebangkitan ini tetap menjanjikan individunya kekuasaan di dunia ini dan syurga di

    akhirat. Inilah yang dimaksudkan dengan kebangkitan ini dan menjadi tanggungjawab

    kita untuk mengembangkannya supaya masyarakat bergabung bersama barisan ini.

    Kita juga bertanggungjawab memantapkannya supaya kita boleh mengatur

    seluruh sudut kehidupan manusia. Kita juga bertanggungjawab memangkin kebangkitan

    ini supaya ia menjadi penjana yang menggerakkan segala amalan yang baik dan berguna

    kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud:

    Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu mengaliri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan. Kemudian aliran itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda (logam) yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah membuat perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu, maka akan hilanglah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia, maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. Ar-Rad: 17

    Kebangkitan ini dilakukan demi Allah dan tiada seorang manusia pun yang mampu

    untuk menyekatnya.

    ) % !$# (# x x. t) s9u r& (# u9 t 6 y !$# 4 $y t) | s O 3s? n=t Z t ym O 7n= 3 z %!$#u (#x x. 4 n

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    19

    membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam. Al-Anfal: 36

    Setiap masyarakat sudah tentu memiliki rujukannya yang tersendiri. Rujukan ini

    adalah dalam bentuk dasar pemerintahan yang menjadi landasan dalam menentukan

    bentuk pentadbiran masyarakat tersebut. Rujukan ini semestinya tidak bertentangan

    dengan dasar yang menguasai hati dan perasaan sesuatu masyarakat, supaya tidak

    wujud dua sistem yang akan hanya membantutkan usaha perubahan. Rujukan negara

    Barat yang menguasai dunia pada hari ini adalah bersifat kebendaan dan sekular yang

    berlandaskan kepada teori bahawa segala yang diterima oleh akal adalah benar:

    Rujukan ini melihat alam ini serta kehidupan manusia dan masyarakat manusia dengan

    pandangan yang berdasarkan kebendaan, sekular dan pandangan yang cetek. Dalam

    masa yang sama ianya bertentangan dengan dasar yang diterima oleh hati dan perasaan

    manusia. Kita pula memiliki rujukan Islam dan rujukan ini telah menentukan kedudukan

    setiap individu baik lelaki mahupun wanita. Rujukan inilah yang menentukan pilihan yang

    perlu diambil oleh mana-mana masyarakat atau institusi ketika menjalankan urusan

    mereka. Rujukan ini adalah praktikal. Ia bukan sekadar suatu teori, kerana rujukan ini

    menjadi landasan kepada segala keputusan dan segala pelaksanaan supaya segala

    tindakan mereka mendapat keredhaan Allah.

    Kita memiliki rujukan Islam yang menggabungkan antara wahyu dan segala

    ilmunya, serta alam semulajadi dan segala ilmunya. Dengan ini wujud keseimbangan di

    antara teori dan praktikal tanpa adanya sebarang pertembungan. Rujukan ini juga

    tidak bertentangan dengan akidah minoriti bukan Islam kerana rujukan ini adalah satu-

    satunya rujukan yang menerima kepelbagaian sepertimana ketika ia menerima

    perkahwinan lelaki mu slim dengan wanita ahli kitab. Rujukan ini juga tidak

    berlentangan dengan keperluan undang-undang untuk golongan minoriti ini kerana

    akidah mereka terpelihara di bawah kerajaan langit ini. Rujukan ini tidak akan

    bercanggah dengan mana-mana sumber rujukan undang-undang di bumi yang mengatur

    segenap kehidupan dunia. Ia juga adalah satu-satunya jalan bagi umat Islam yang

    inginkan perubahan, iaitu bagi mereka yang telah menyerahkan diri kepada agama ini

    dan mencorak dirinya menurut agama ini.

    Mana-mana individu yang inginkan perubahan tetapi menolak pendekatan agama,

    seolah-olah menanam benih di tanah yang tidak sesuai menyebabkan benih ini tidak

    akan tumbuh. Tindakan ini hanya membuang masa dan tenaganya. Dia akan sesat

    sebagaimana sesatnya orang yang berkata: Jalan menuju pemodenan hanya satu. Tiada

    yang lain. Iaitu kita mengikut cara hidup Eropah dan kita tiru tamadun mereka sama

    ada yang baik mahupun yang buruk, segala yang manis mahupun yang pahit, segala yang

    disukai mahupun yang dibenci, segala yang dipuja dan yang dicaci. Kita meniru corak

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    20

    pemerintahan mereka dan kita amalkan corak pentadbiran mereka malah kita tiru

    kaedah perundangan mereka.

    Fahaman seumpama ini sudah tentu memporak perandakan umat Islam kerana

    sumber rujukan yang bercambah, berlawanan, pelbagai pilihan dan merosakkan agama.

    Cara ini akan hanya menjauhkan umat Islam daripada segala peluang untuk menikmati

    pembangunan. Sebaliknya langkah ini akan hanya menguburkan umat ini jika mereka

    menolak perkara yang mampu menghidupkan dan membangunkan mereka.

    $ p r' t z% !$# (# t# u (#7 ftG $# ! =9 u #s) .$ ty $ y 9 6 t (

    Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna Al-Anfal: 24

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    21

    Manhaj Perubahan

    Salah satu elemen penting bagi memiliki persepsi yang jelas ialah memahami

    dengan jelas pendekatan yang digunakan dalam proses perubahan. Perlu wujudnya

    keyakinan yang tinggi bahawa pendekatan yang dipilih adalah tepat dan ianya terikat di

    bawah seliaan dan kawalan syarak.

    Sememangnya perubahan yang dicitakan ini adalah suatu perubahan yang

    mendasar. Paling utama apa yang kita inginkan ialah roh yang peka, hati yang hidup dan

    jiwa serta perasaan yang benar-benar prihatin. Kita mahukan individu muslim, sebuah

    keluarga muslim dan suatu bangsa muslim. Namun begitu apa yang lebih utama yang

    kita mahukan ialah corak pemikiran Islam ini menjadi mantap sehingga mampu

    mempengaruhi segala situasi yang berlaku dan dapat mencorak situasi ini menurut

    acuan Islam. Kita mahu memiliki keperibadian yang tersendiri dan cara hidup kita

    yang tersendiri sebagai sebuah bangsa yang agung dan gemilang hingga mampu memacu

    sesuatu yang paling berharga dan bermakna yang pernah dikenali oleh sejarah.

    Penerapan nilai dan syariah Islam dalam masyarakat perlulah bertapak kukuh dan

    mendalam bukannya sekadar suatu senario atau simbol semata-mata. Tugas bagi

    memelihara hakikat ini bukan semata-mata terbeban di atas bahu individu sahaja atau

    institusi kerajaan sahaja, malah usaha ini memerlukan penggembelengan tenaga segala

    institusi yang wujud, baik institusi kerajaan mahupun bukan kerajaan.

    Perubahan yang mendasar ini adalah suatu urusan agama. Oleh itu, pelaksanaan

    perubahan ini tidak sepatutnya berlaku dengan jalan paksaan, sebaliknya ia perlu

    dicapai melalui kehendak dan pilihan sendiri. Perubahan ini bukan sekadar menukar

    sebuah kerajaan bukan Islam kepada sebuah kerajaan Islam, malahan perubahan ini

    perlu didokong oleh keyakinan dan kehendak rakyat. Oleh kerana itu, bagi mencapai

    hakikat ini, manhaj perubahan yang dipilih perlulah bermula daripada teras dengan

    pendekatan perubahan yang tertentu dan ia dilakukan secara beransur-ansur.

    Perubahan teras berlainan sama sekali dengan perubahan kulit, kerana perubahan ini berlaku apabila wujudnya keyakinan setiap kelompok masyarakat kepada perlunya segala masalah masyarakat diselesaikan melalui penyelesaian secara aman di bawah panji Islam. Perubahan ini juga dikatakan perubahan teras bukannya perubahan kulit kerana ia bermula daripada perubahan setiap individu dan institusi masyarakat. Dirikanlah negara Islam di dalam diri kamu nescaya ianya akan tertegak di bumi kamu. Ianya adalah perubahan teras kerana ianya bermula dari dalam institusi masyarakat dan membangun bersamasama institusi-institusi ini. Perubahan ini bukannya bermula setelah runtuhnya institusi-institusi ini. Ia bermula dengan mendekati setiap individu dan menggembeleng setiap institusi masyarakat. Ia bukan bermula dengan penguasaan tampuk pemerintah dengan tujuan untuk melakukan perubahan. Melalui perubahan teras ini kita menyerap ke dalam institusi masyarakat. Dari sini, kita meraih sokongan mereka dan kita manfaatkan keupayaan mereka.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    22

    Dengan itu kita dapat jauhkan musuh Islam daripada mempergunakan mereka untuk menghalang pelaksanaan Islam. Selain itu kita juga dapat memperolehi pelbagai kemahiran dan pengalaman mentadbir sebuah negara Islam yang dicitakan. Perubahan ini adalah perubahan teras yang bermula dengan rakyat dan diakhiri dengan institusi rakyat.

    )) ! $# it $ t B s)/ 4Lym (#it $ t r' / 3

    Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri Ar-Rad: 11

    Perubahan ini adalah perubahan yang berlaku secara beransur-ansur. Janganlah

    menjadi seperti kata peribahasa baru bertunas sudah dipetik. Sesiapa sahaja yang

    terlalu gopoh ingin mengaut hasil sebelum matang atau memetik bunga sebelum

    masanya, seeloknya berundurlah daripada dakwah ini dan beralihlah kepada yang lain.

    Justeru kita mengawal sentimen kita dengan pandangan akal dan menghubungkan

    khayalan kita dengan alam realiti. Kita tidak akan sekali-kali melanggar undang-undang

    alam kerana undang-undang alam pasti akan menang. Sebaliknya kita akan bersama-

    sama dengan undang-undang alam ini. Malah kita akan menggunakannya, mengikut

    arusnya dan mengeksploit keupayaannya. Perubahan ini adalah perubahan beransur-

    beransur bukannya suatu perubahan drastik dan paksaan bukanlah caranya. Dakwah

    yang sebenar ialah dakwah yang berinteraksi dengan roh pada mulanya, seterusnya

    menyentuh hati dan mengetuk pintu-pintu jiwa manusia. Tidak mungkin dakwah ini

    dapat bertapak melalui cota kayu atau digarap melalui mata pedang atau mata panah.

    Pemimpin tertinggi gerakan Islam sentiasa memelihara prinsip beransur-ansur

    semenjak bermulanya kedatangan Islam. Mereka memulakan gerakan ini melalui

    kekuatan akidah dan iman.

    s9 r& ts? n

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    23

    t 7t t ty_$y 4s9 ) u t g s Zpi y_%tn !$ i (# ?& O u # n? t r& s9 u t% x. 5 pi |$ |yz 4

    Mereka mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat Al-Hasyr: 9

    Setelah itu barulah datang keizinan daripada pemimpin tertinggi buat pertama

    kalinya untuk menggunakan kekuatan tangan ketikamana umat Islam berjaya

    memperolehi negara nukleus di Madinah.

    t & t %# 9 =tG s) r' / (# = 4 ) u !$# 4 n? t t s)s9

    Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Al-Haj: 39

    Inilah kepimpinan yang bijak kerana tidak terpedaya dengan semangat palsu. Ia

    amat memahami bahawa manusia yang paling bersemangat, gopoh dan ghairah,

    berkemungkinan adalah manusia yang paling penakut, lemah dan cepat mengalah apabila

    berhadapan dengan situasi sebenar. Sikap gopoh, ghairah dan semangat yang

    keterlaluan kebiasaannya lahir daripada penilaian yang tidak tepat kepada masalah

    sebenar, bukannya disebabkan oleh semangat atau keupayaan atau kemahuan sebenar.

    Kemungkinan juga disebabkan oleh ketidak upayaan untuk memikul situasi tertekan,

    kesusahan dan kekalahan. Ketidakupayaan ini mendorong mereka untuk bertindak balas

    dalam apa cara sekalipun tanpa menilai kesan tindakan tersebut. Apabila mereka

    berhadapan dengan situasi sebenar barulah mereka dapat rasakan bahawa ianya jauh

    lebih berat dan lebih sukar daripada apa yang mereka jangkakan. Justeru mereka

    adalah orang yang pertama merasa takut, berundur dan mengalah. Sedangkan dalam

    masa yang sama orang yang sebelum ini mengawal diri, sabar memikul segala tekanan

    dan kesusahan kemudian mempersiapkan diri untuk menerima situasi tersebut masih

    tetap berdiri teguh.

    $ s>s |=G . 4n=t $tF) 9 $# #s ) ,s ] i t t s } $9$# piu yx. !$# r& x r& Zpiu yz 4 (# 9$ s%u $ o/u z9 |M 6 tGx. $u n=t t$ tF )9 $# I s9 !$ o s?zr& #n< ) 9y_r& 5=s% 3

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    24

    (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi, lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? An-Nisa: 77

    Kepimpinan ini benar-benar memahami bahawa jalan kamu ini telahpun

    ditentukan setiap langkah-langkahnya dan telah ditentukan batasnya. Benar, mungkin

    jalan ini agak jauh tetapi tiada pilihan lain selain jalan ini.

    Perubahan yang kita inginkan ialah suatu perubahan untuk seluruh dunia dan

    hakikat ini telahpun dinyatakan semenjak awal kedatangan dakwah ini.

    !$ t u y7o= yr& ) Zpi !$2 $ = j9 # Z

    o0 #\ t u

    Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) Saba: 28

    Kelompok multinasional ini buat pertama kalinya muncul apabila para sahabat

    Rasulullah s.a.w. berhimpun sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.:

    Aku perintis bagi orang Arab. Bilal perintis bagi orang Habsyah. Suhaib perintis bagi orang Rom dan Salman termasuk dalam ahli keluargaku.

    Kelompok ini bersifat multinasional semenjak awal kewujudannya lagi tanpa

    mengenal erti sempadan. Dengan ini kita mahu, menggabungkan setiap inci tanahair

    milik Islam yang telah dipisahkan oleh dasar Barat, di mana kesatuan tanahair ini telah

    dibahagikan menurut kehendak Eropah. Kita tidak akan mengiktiraf pemisahan politik

    ini dan kita tidak akan menerima sama sekali perjanjian antarabangsa yang

    menyebabkan negara Islam berpecah-pecah menjadi negara-negara yang kecil dan

    lemah sehingga mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuhnya. Kita tidak akan

    membiarkan kebebasan bangsa ini dirampas dan dikuasai oleh bangsa lain. Setiap inci

    bumi di mana terdapat seorang muslim yang mengucapkan Tiada Tuhan melainkan

    Allah ia adalah sebahagian daripada tanahair kita yang akan kita merdekakan, yang

    akan kita selamatkan dan akan kita bebaskan seterusnya kita satukan. Apa yang kita

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    25

    mahu hanyalah supaya panji Allah kembali berkibar megah di bumi yang pernah suatu

    ketika dahulu menikmati keindahan Islam dan kedengaran suara azan berkumandang

    sambil bertakbir dan bertahlil. Mungkin mereka yang dangkal dan pengeeut akan

    berkata: Semua itu hanyalah khayalan dan angan-angan yang bermain di kepala. Bagi

    kita suara begini hanya lahir daripada orang yang lemah. Namun kita dan juga Islam

    tidak pernah mengenal erti lemah. Kelemahan itu adalah penyakit wahan (cintakan

    dunia dan takutkan kematian) yang telah melanda umat Islam sehinggakan musuh

    berjaya menguasai mereka. Penyakit ini adalah tanda keruntuhan iman di dalam hati

    dan inilah punca kehancuran umat Islam. Oleh itu bagi merealisasikan usaha ini kita

    mempersiapkan diri kita dengan iman yang tidak mudah digugat, dengan amal yang

    berterusan, keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada Allah. Malahan jiwa-jiwa ini

    menanti saat paling bahagia iaitu di hari mereka bertemu Allah setelah gugur syahid di

    jalanNya.

    Kita mahukan perubahan yang dicitakan ini menjadi mantap dan stabil bukannya

    perubahan yang goyah dan sementara. Untuk tujuan itu kita perlu mendidik, memimpin,

    menggembeleng dan menyelaras segala anasir-anasir perubahan supaya lahir keyakinan

    dan kesediaan untuk memikul agenda perubahan. Setiap perubahan memerlukan

    kelompok perintis dan pemimpin. Jadi kita berdoa kepada Allah moga-moga kita

    termasuk di dalam kelompok ini. Perubahan ini juga memerlukan suatu daya kekuatan

    asasi yang padu iaitu bangsa kita. Perubahan ini juga memerlukan kekuatan yang akan

    sentiasa mendokongnya iaitu semua institusi masyarakat. Perubahan ini juga

    memerlukan kekuatan yang menyokong dan membantunya iaitu orang-orang Islam di

    seluruh dunia. Mereka semua perlu berada bersama satu nada satu irama iaitu

    perubahan yang mendasar bukan luaran semata-mata, perubahan teras bukannya

    perubahan kulit, perubahan beransur-ansur bukannya drastik, perubahan kepada

    seluruh dunia bukannya perubahan serantau sahaja, perubahan yang mantap bukannya

    sementara. Oleh itu, kita sendiri perlu memimpin umat Islam menuju perubahan ini

    bukannya sekadar menempel sahaja.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    26

    Peranan Kita

    Mana-mana ummah yang dikelilingi oleh situasi seperti kita serta bangkit

    memikul tugas seperti kita dan berhadapan dengan tanggungjawab seperti kita, tidak

    sepatutnya merasa seronok berdiam diri atau mengelamun dengan pelbagai angan-

    angan. Sebaliknya ummah ini bertanggungjawab untuk mempersiapkan dirinya bagi

    menghadapi perjuangan yang jauh, berbahaya dan pertembungan yang sengit antara

    kebenaran dan kesesatan, antara yang baik dan yang jahat, antara pejuang kebenaran

    dan penentang kebenaran, antara yang mengikutjalan yang lurus dan yang

    menyongsang, antara yang benar-benar ikhlas dan yang hipokrit.

    Hanya satu bekalan sahaja buat ummah ini dalam mengharungi jalan yang

    gersang ini iaitu mereka harus memiliki jiwa yang beriman dan keazaman yang kental

    dan sejati, bersedia untuk berkorban, mara menghadapi pahit getir. Tanpa ciri-ciri ini

    hanya kegagalan menjadi milik mereka.

    Para pemuda Islam yang beriltizam dengan Islam adalah merupakan aset penting

    di masa hadapan. Mereka adalah benteng yang utuh mempertahankan ummah ini

    daripada segala bentuk ancaman, baik yang nampak mahupun yang tidak.

    Para pemuda yang sedemikian rupa seumpama batu-bata yang membina sebuah

    bangunan yang kukuh yang akan menjadi teras kepada pembinaan sebuah negara.

    Orang-orang ini jugalah yang bakal membina keluarga mithali seterusnya menjadi unit

    penting dalam pembinaan sesebuah masyarakat.

    Oleh kerana itu, unsur terpenting yang perlu wujud supaya binaan ini menjadi

    selamat dan kukuh ialah pembinaan warga yang baik yang akan menjadi pemacu bagi

    menghadapi segala konspirasi musuh Islam dan mereka juga menjadi aset dalam

    menghadapi keruntuhan, kelesuan serta pelbagai penyakit yang melanda negara-negara

    Islam kita yang kini seolah berputus asa untuk bangkit semula untuk melakukan

    perubahan dan menyelamatkan diri daripada malapetaka ini.

    Sebenarnya, membina suatu bangsa bukanlah suatu perkara yang mudah kerana

    langkah yang perlu dilakukan sebelum meletakkan batu asasnya adalah melenyapkan

    segala sisa dan saki baki yang boleh melemahkan dan meruntuhkan binaan ini. Setelah

    itu, suatu asas yang dalam dan kukuh perlu diwujudkan sebagai asas kepada binaan

    yang baru ini.

    Oleh kerana itu, terletak di bahu kita kini satu tanggungjawab yang penting bagi

    memikul dan mengembangkan dakwah ini semata-mata demi memelihara acuan dan

    identiti Islam dalam masyarakat Mesir. Di samping itu, kita juga perlu

    memperkukuhkan setiap struktur masyarakat ini melalui tarbiah, nasihat, tunjuk ajar

    dan memastikan kelangsungan, pemantapan, pengembangan dan pemangkinan

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    27

    kebangkitan Islam. Seterusnya menguasai sektor-sektor yang utama dalam

    masyarakat ini.

    Selain itu, masih terdapat satu lagi peranan yang perlu kita mainkan untuk

    ummah ini. Kita perlu berusaha supaya ummah ini memiliki kekuatan dalam segenap

    lapangan yang boleh membantu untuk mencapai matlamatnya.

    Usaha ini boleh dicapai dengan mengubah semua institusi dalam masyarakat dan

    juga individu baik lelaki mahupun wanita melalui kaedah pengembangan menyeluruh

    yang mampu menjadi landasan bagi menyelesaikan segala permasalahan semasa.

    Seterusnya meletakkan cara penyelesaian Islam di masa hadapan sebagai satu-satunya

    cara yang diterima pakai melalui program-program komprehensif yang mampu

    menyelesaikan segala permasalahan manusia.

    Kita mahukan cara penyelesaian ini diterima dengan jelas dan yakin bahawa

    hanya cara penyelesaian Islam sebagai satu-satunya pilihan dan hanya cara ini sahaja

    yang mampu menyelesaikan segala masalah. Ini adalah kerana cara ini datangnya

    daripada Allah, pencipta manusia yang am at mengetahui segala yang baik dan

    bermanfaat buat manusia. Walau bagaimanapun usaha ini bukanlah suatu langkah yang

    baru kerana ianya pernah dilaksanakan dan terbukti mampu membawa kejayaan kepada

    manusia dalam tempoh yang amat lama sebelum negara kita ini dan semua negara-

    negara Islam yang lain terpaksa melalui suatu pengalaman pahit kesan pelaksanaan

    sistem yang diimport hasil ciptaan manusia yang lemah. Pengalaman ini menyebabkan

    masyarakat ini kini terpaksa mengalami pelbagai kesusahan, tekanan, kelesuan,

    keruntuhan dan kongkongan di bawah negara-negara maju yang berkuasa.

    Kita berharap supaya wujud keyakinan di kalangan masyarakat melalui segala

    hujah dan bukti bahawa sistem ciptaan manusia itu sudah gagal dan cara penyelesaian

    Islam kini perlu diketengahkan.

    Oleh itu, orang yang layak untuk memikul beban ini hanyalah orang yang

    menyerahkan hidup mereka seluruhnya untuk dakwah ini dan melatih diri mereka

    supaya sanggup memikul keperitan di sepanjang jalan ini. Mereka berlumba-lumba

    untuk melakukan kebaikan dan mereka sentiasa terkehadapan. Mereka memberikan

    segala-galanya yang mereka miliki. Dalam masa yang sama hati mereka tetap merasa

    takut kerana mereka begitu yakin bahawa mereka pasti akan kembali kepada Tuhan

    mereka.

    Mereka melakukan setiap tugas mereka dengan sempurna dengan harapan moga-

    moga diterima Allah dan mereka tidak akan sama sekali cuai atau bersikap sambil lewa.

    Mereka hanya mengharapkan keredhaan Allah dan mereka tidak akan sama sekali

    merasa bongkak. Hanya mereka yang mempersiapkan diri sahaja yang akan mampu

    melaksanakan tugas ini.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    28

    Oleh itu, siapkanlah diri kamu dan ikutilah tarbiah yang sebenar, ujian yang

    ketat dan ujilah diri kamu dengan melakukan amalan yang berat dan sukar. Kekanglah

    nafsu kamu dan tinggalkanlah segala amalan yang menjadi kebiasaan kamu.

    Sememangnya mudah untuk kebanyakan orang menggambarkannya namun tidak semua

    perkara yang mampu digambarkan di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata.

    Mungkin masih ramai yang mampu untuk memperkatakannya tetapi hanya sedikit

    sahaja daripada mereka itu yang mampu untuk membuktikannya dengan amalan.

    Mungkin daripada sedikit yang mampu untuk mengamalkannya itu, hanya sedikit sahaja

    yang mampu untuk memikul tugas dakwah dan kerja yang tidak mengenal erti penat.

    Melalui pelbagai peristiwa dan sejarah, terbukti bahawa sejauhmana tumpuan

    yang diberikan kepada soal tarbiah, akan menentukan keutuhan satu-satu gerakan

    Islam malah kelangsungan dan perkembangannya. Melalui tarbiah juga akan lahir

    perpaduan di kalangan anggota gerakan Islam dan kekukuhan saf mereka. Dengan ini

    akan wujud kerjasama dan seterusnya membuahkan hasil yang diberkati. Oleh itu,

    tarbiah adalah suatu perkara penting yang perlu dilakukan oleh kita demi untuk

    kebaikan kita juga.

    Pada dasarnya, usaha untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini perlu

    dilaksanakan dengan menegakkan khilafah Islamiah melalui suatu perancangan yang

    teliti. Usaha ini tidak boleh dilakukan secara sepontan atau kerana melatah. Matlamat

    yang besar ini perlu dipecahkan kepada fasa-fasa tertentu dan setiap fasa mempunyai

    perancangan dan kaedah pelaksanaan yang tersendiri, kemudian mesti diikuti dengan

    pelaksanaan.

    Oleh itu, usaha ini memerlukan suatu kajian terhadap situasi sekeliling,

    mengenali segala keperluan yang diperlukan, menentukan individu yang

    bertanggungiawab melaksanakannya, menetapkan tempoh yang sesuai untuk

    perlaksanaan, mengandaikan segala kemungkinan yang mungkin berlaku dan kaedah

    menghadapinya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

    ! ! %

    Sesungguhnya Allah sukakan seseorang yang apabila bekerja, dia melakukannya dengan sempurna.

    Memperkembangkan dan memperbaharui adalah suatu perkara yang digalakkan

    oleh Islam bagi mempertingkatkan lagi kaedah kerja dan cara hidup.

    Sesungguhnya Allah telah mewajibkan setiap perkara dilakukan dengan baik. Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim daripada Umar bin al-Khattab r.a.:

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    29

    ( * + , . /0 /1

    Hikmah itu adalah milik orang yang beriman yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia mendapatinya maka dia lebih berhak memilikinya.

    Demikianlah tuntutan yang perlu dilakukan, selagimana ia berada di dalam batas

    sempadan ajaran dan adab Islam.

    Sabda Rasulullah s.a.w.:

    * ! ! !

    Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak mengikut perintah kami maka amalan itu ditolak.

    Perlu sentiasa diingati ketikamana kita merancang atau memperkemaskan

    pengurusan medan dakwah, kita sebenarnya berinteraksi dengan hati dan jiwa manusia.

    Hati ini di tangan Allah. Mungkin sesetengah hati ini amat mudah untuk disentuh tetapi

    sesetengahnya pula amat sukar. Segala petunjuk itu daripadaAllah, kadangkala Allah

    menyalurkan banyak kebaikan melalui seorang yang tidak dapat dilakukan oleh ramai

    orang. Sememangnya segala-galanya di bawah kekuasaanAllah. Namun begitu, janganlah

    pula berlaku salah faham dengan menganggap perancangan adalah bertentangan dengan

    konsep segala perkara berada di bawah kekuasaan Allah. Allah s.w.t. sendiri telah

    memerintahkan kita supaya beramal dan mencari kekuatan. Walau bagaimanapun hasil

    amalan itu terserahlah kepada Allah. Perancangan bertujuan mencari kekuatan dan

    dalam soal ini kita bertawakkal kepada Allah. Bertawakkal bererti kita mencari

    kekuatan tetapi kita tidak pula berserah kepada kekuatan tersebut sebaliknya kita

    menyerahkan perkara ini kepada Allah.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    30

    Jalan Kejayaan

    Kejayaan, Kemenangan dan Kekuasaan (Tamkin)

    Persepsi yang jelas juga bererti memahami tanda-tanda kejayaan, situasi-

    situasi kemenangan dan hakikat tamkin. Inilah jalan kejayaan yang pernah dilalui oleh

    dakwah; generasi demi generasi. Tidak dapat dinafikan jiwa para duat sentiasa ingin

    melihat kejayaan dan kemenangan. Mereka merasa seronok melihat agama Allah Azza

    wa Jalla bertapak kukuh. Keinginan inilah yang menjadikan jiwa mereka sentiasa tenang

    dan terus bersemarak. Memang benar kita inginkan ketenangan. Barangkali jiwa kita ini

    hanya merasa tenang apabila ia melihat wujudnya tanda-tanda yang kita ketahui ia

    menunjukkan bahawa kita telah mencapai kejayaan. Dengan itu, kita mengucapkan

    syukur kepadaAllah dan kita berharap semoga Allah mengurniakan keikhlasan kepada

    kita, menerima segala amalan kita dan menambahkan lagi ketenangan hati kita dengan

    menunjukkan lagi tanda-tanda kejayaan kita.

    s9 ? x6 x 3 y V{ (

    Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu Ibrahim: 7

    Jikalau anda dapat merasakan bahawa persepsi anda dan saudara-saudara anda

    kini telah jelas, anda semua kini telah memahami dengan jelas situasi sebenar

    marhalah ini, pertembungan yang sebenar, bentuk ancaman, inti risalah ini, peranan

    yang perlu kita mainkan, memahami serta menyakini manhaj perubahan, memahami

    dengan jelas erti kemenangan, tamkin dan tanda-tanda kejayaan. Jikalau persepsi ini

    digandingkan dengan usaha yang mantap bagi mencapai sepuluh tuntutan asasi yang

    perlu dimiliki oleh individu yang telah memperdagangkan dirinya untuk jalan ini dan

    memiliki sepuluh sifat yang melayakkan dirinya untuk amal ini jikalau ini wujud maka

    katakanlah:

    pt : $# ! % !$# $u1y y #xy9 $ tu $ . y tF s] 9 I s9 r& $ u1y y ! $# (

    Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya) Al-Araf: 43

    Yakinlah bahawa ranting matlamat tarbiah kita semakin bercambah, buah-

    buahnya sedang ranum serta pohonnya akan menaungi anasir-anasir baru dan anggota

    yang ramai. Ini adalah elemen kejayaan di dalam proses tarbiah dan takwin.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    31

    Jikalau kita memberikan sepenuh masa dan tenaga kita untuk melakukan yang

    terbaik bagi memenuhi keperluan amal Islam, malah jikalau tugas-tugas dakwah ini

    dipikul oleh semua yang berkemampuan dan masing-masing melakukan yang terbaik

    demi kepentingan Islam ketika itu semua kekurangan sumber akan mampu kita atasi

    dan kita akan berjaya memanfaatkan seadanya. Ketika itu peranan setiap amal akan

    berbeza di mana organisasi akan lebih diutamakan berbanding individu.

    Jikalau ini wujud, kita sebenarnya telah melakukan dakwah Allah dengan

    sempurna. Sabda Rasulullah s.a.w.:

    ! ! %

    Sesungguhnya Allah sukakan seseorang yang apabila bekerja, ia melakukannya dengan sempurna.

    Ini juga bermakna kita telah melakukan yang terbaik untuk dakwah Allah.

    SesungguhnyaAllah telah mewajibkan setiap perkara dilakukan dengan baik. Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim daripada Umar bin al-Khattab.

    Apabila nilai-nilai Islam mula kelihatan berkembang di dalam struktur utama

    masyarakat dan mula mempengaruhi semua tingkah laku golongan pelajar, pekerja,

    profesional dan golongan elit apabila nilai-nilai baik ini mula meresap ke dalam semua

    lapisan masyarakat ketika itu katakanlah:

    t$ s%u b>u _ r& r& t3 r& tF y L9 $# |M y r& n? t

    Dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku An-Naml: 19

    Nantikanlah kemunculan sekelompok manusia yang baik yang bakal lahir daripada

    semua lapisan masyarakat ini. Mereka ini beriltizam dengan Islam sebagai suatu cara

    hidup mereka dan mereka beramal untuk mengembangkannya. Ketika itu, anda akan

    lihat wujudnya keyakinan di kalangan masyarakat betapa pentingnya perubahan Islam.

    Ini sebenarnya adalah hasil kejayaan penyebaran dakwah.

    Apabila wujud kembali benteng dalaman yang memisahkan di antara bangsa kita

    dengan zionis, benteng ini akan menghalang sebarang manipulasi musuh kita (iaitu

    Zionis) ke atas kita. Benteng ini akan menjadi penghalang kepada tipu helah mereka.

    Apabila bangsa kita memiliki visi pengembangan yang menyeluruh dan kita ketengahkan

    visi ini dalam semua lapangan bagi menampilkan pendekatan Islam yang sebenar kepada

    semua persoalan masyarakat kita ketika itu, barulah berjaya program Islam sebagai

    penyelesai masalah.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    32

    Apabila perjalanan kita di atas jalan dakwah Allah ini berjalan lancar walaupun

    menghadapi pelbagai kekangan apabila kita sentiasa mampu melahirkan pendekatan

    baru untuk kebaikan bangsa dan dakwah kita apabila kita kembali terkehadapan

    dengan pelbagai idea-idea baru bagi menghadapi pelbagai isu-isu semasa yang dapat

    diterima oleh bangsa kita, yakinlah bahawa kewujudan kita akan sentiasa dirasai di

    dalam hidup ummah, dan tidak mungkin diabaikan.

    Selagimana saf ini memelihara perpaduannya, keteguhannya, sentiasa

    mendokong kepimpinannya yang mantap serta bersedia untuk berkorban, nescaya

    fikrah kita akan sentiasa berkembang subur, gerakan kita akan sentiasa mendapat

    simpati, tindakan kita akan sentiasa mendapat sokongan dan kita akan sentiasa

    didekati malah kita akan dibantu jika ditindas. Semua ini akan menjadi benteng

    pertahanan untuk kita sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika

    meminta jiwar daripada Mutim bin Adi dan juga daripada Ansar di dalam Baiah

    Aqabah. Baginda bersabda: Aku menerima baiah kamu bahawa kamu akan

    mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan anak isteri kamu. Lalu al-

    Barra bin Marur memegang tangan baginda sambil berkata: Ya, demi Tuhan yang

    mengutusmu sebagai seorang nabi yang membawa kebenaran, kami akan

    mempertahankan engkau sebagaimana kami mempertahankan isteri kami.

    Apabila kalimah Allah berjaya dimartabatkan dan musuh-musuh Allah gagal

    untuk menghalang kita daripada menjalankan tugas kita atau menghalang akidah kita

    apabila golongan sesat gagal untuk memartabatkan kesesatan mereka, ketika itu kita

    akan mengingati erti kemenangan sebagaimana yang pernah dirasai oleh Rasulullah

    s.a.w. ketika baginda berada bersama seorang sahabatnya di dalam gua; ketikamana

    Baginda hanya berdua bersama sahabatnya as-Siddiq tanpa seorang tentera dan tanpa

    sebarang bekalan, sedangkan musuh-musuhnya berada di sekeliling dan begitu jauh

    beza kekuatan antara mereka; ketika segala kekuatan kebendaan berada di tangan

    pihak musuh sedangkan Baginda hanya mempunyai sahabat Baginda. Walaupun begitu

    ianya masih dianggap suatu kemenangan.

    Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad), maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah), sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah ialah yang tertinggi, kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. At-Taubah: 40

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    33

    Kemenangan ini juga pernah dirasai oleh seorang kanak-kanak, Abdullah bin ath-

    Thamir di dalam kisah Ashabul Ukhdud. Ketika itu seorang pemerintah yang zalim

    mengumpulkan rakyatnya supaya mereka melihat beliau memanah budak ini. Cuma untuk

    tujuan itu beliau terpaksa menyebut nama Tuhan budak ini yang selama ini beliau

    nafikan. Apabila sampai masanya, beliau pun memanah budak ini seraya menyebut nama

    Allah Tuhan budak ini, walaupun hati beliau membencinya. Walaupun terbunuh namun

    budak itu tetap beroleh kemenangan kerana tindakan itu menyebabkan orang ramai

    beriman kepada Tuhan budak ini. Mereka mula memartabatkan kalimah Allah. Setelah

    itu kemenangan ini kembali berulang di ukhdud iaitu di dalam parit ketikamana

    keimanan mengatasi segala ancaman, dan kepentingan akidah mengatasi segala

    kepentingan nyawa. Ketika itu pemerintah taghut gagal untuk menguasai jiwa rohani

    walaupun mereka berjaya menguasai jasad. Ianya suatu kemenangan walaupun tidak

    berjaya memperolehi kekuasaan. Begitu juga kemenangan yang diperolehi oleh Nabi

    Saleh ketika Allah menyelamatkan beliau bersama segelintir pengikut beliau di hari

    kaum Thamud dibinasakan. Ianya juga suatu kemenangan walaupun tidak berjaya

    memperolehi kekuasaan. Walau bagaimanapun kemenangan pernah dicapai bersama

    kekuasaan.

    Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan kamu khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa, dan Dia akan menguat dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. An-Nur: 55

    Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Al-Haj: 41

    Pada hari itu, khilafah Islam (pemerintahan Islam) akan kembali. Pada hari itu,

    panji kebenaran akan berkibar dan keadilan akan kembali bertakhta.

    Wahai Umar, engkau telah memerintah kemudian engkau wujudkan keadilan dan

    keamanan. Kini engkau mampu untuk tidur dengan lena.

    Keamanan akan berada di mana-mana.

  • DAKWAH IKHWAN DI ALAF BARU

    34

    Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Al-Anam: 82