d phpshuxqwxnndq edkdzd gdq .hudmddq 1hjhul … · 3djh _ % 2%-(.7,) *dulv sdqgxdq lql phqjjdulvndq...

14
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA GARIS PANDUAN PERMOHONAN NOTIS PENDAFTARAN LESEN KELAS A. KEPERLUAN PERMOHONAN NOTIS PENDAFTARAN LESEN KELAS 1. Seksyen 20(1)(a) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) memperuntukkan bahawa seseorang yang memiliki sistem bekalan air persendirian atau sistem pembetungan persendirian atau mana-mana bahagian sistem itu hendaklah memegang suatu lesen kelas. Bagi pemilikan sistem, lesen kelas kemudahan akan dikeluarkan. 2. Seksyen 20(1)(b) Akta 655 memperuntukkan bahawa seseorang yang mengusahakan, menyediakan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan atau sebahagian daripada perkhidmatan itu dengan cara mengendalikan suatu sistem bekalan air persendirian atau sistem pembetungan persendirian hendaklah memegang lesen kelas. perkhidmatan. Bagi pengendalian sistem, lesen kelas perkhidmatan akan dikeluarkan. 3. Seksyen 20(1)(4) Akta 655 memperuntukkan bahawa seseorang yang melanggar seksyen 20(1) Akta 655 iaitu tidak memegang suatu lesen kelas, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. 4. Perintah 3 di bawah Perintah Industri Perkhidmatan Air (Pelesenan) (Pengecualian) 2007 memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah dikecualikan daripada kehendak lesen kelas di bawah Akta. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikehendaki untuk mematuhi kewajipan dan obligasi di bawah Akta seolah-olah ia adalah pemegang lesen kelas.

Upload: nguyenkhanh

Post on 05-Aug-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN NOTIS PENDAFTARAN LESEN KELAS A. KEPERLUAN PERMOHONAN NOTIS PENDAFTARAN LESEN KELAS

1. Seksyen 20(1)(a) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655)

memperuntukkan bahawa seseorang yang memiliki sistem bekalan air persendirian atau sistem pembetungan persendirian atau mana-mana bahagian sistem itu hendaklah memegang suatu lesen kelas. Bagi pemilikan sistem, lesen kelas kemudahan akan dikeluarkan.

2. Seksyen 20(1)(b) Akta 655 memperuntukkan bahawa seseorang yang mengusahakan, menyediakan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan atau sebahagian daripada perkhidmatan itu dengan cara mengendalikan suatu sistem bekalan air persendirian atau sistem pembetungan persendirian hendaklah memegang lesen kelas. perkhidmatan. Bagi pengendalian sistem, lesen kelas perkhidmatan akan dikeluarkan.

3. Seksyen 20(1)(4) Akta 655 memperuntukkan bahawa seseorang yang

melanggar seksyen 20(1) Akta 655 iaitu tidak memegang suatu lesen kelas, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

4. Perintah 3 di bawah Perintah Industri Perkhidmatan Air (Pelesenan)

(Pengecualian) 2007 memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah dikecualikan daripada kehendak lesen kelas di bawah Akta. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikehendaki untuk mematuhi kewajipan dan obligasi di bawah Akta seolah-olah ia adalah pemegang lesen kelas.

Page | 3

B. OBJEKTIF Garis panduan ini menggariskan tatacara permohonan yang perlu diikuti bagi permohonan notis pendaftaran lesen kelas. SPAN berhak mengubah atau mengemaskini garis panduan ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang pemberitahuan.

C. DEFINISI

Untuk rujukan, definisi berikut adalah terpakai: Terma Definisi Akta Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atau Akta 655 SPAN Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau Suruhanjaya Pemegang Lesen Kemudahan

Orang yang dilesenkan di bawah Akta 655 untuk memiliki suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan atau mana-mana bahagian daripada sistem bekalan air atau sistem pembetungan itu

Pemegang Lesen Perkhidmatan

Orang yang dilesenkan di bawah Akta 655 untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan atau mana-mana bahagian daripada perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan itu

Pengendali atau Operator

Orang yang bertanggungjawab melaksana, mengurus, menyelia, dan mengatur segala hal ehwal berkaitan operasi harian

Perkhidmatan Bekalan Air

Perawatan air yang diambil daripada alur air dan pengagihan dan pembekalan air yang telah dirawat kepada pengguna dan termasuklah pengendalian dan penyenggaraan sistem bekalan air

Perkhidmatan Pembetungan

Pengumpulan, pembawaan, perawatan dan pelupusan kumbahan atau enap cemar kumbahan, dan termasuklah pengendalian dan penyenggaraan sistem pembetungan dan penyahenap cemar tangki septik

Sistem Bekalan Air Persendirian

a) Sistem bekalan air yang digunakan semata-mata untuk maksud membekalkan air kepada pemilik atau penghuni sesuatu premis atau tetamu atau jemputan pemilik atau penghuni itu untuk penggunaan persendirian; atau

b) Apa-apa sistem bekalan air lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya

Air Berhubung dengan pengagihan atau pembekalan air, ertinya air yang telah dirawat

Page | 4

Terma Definisi Alur Air Termasuklah sungai, anak sungai dan suak termasuk mana-

mana cawang sungai, cabang sungai atau lencongan buatan mengenainya, laut, tasik, air bawah tanah, empangan, takungan, longkang, parit dan laluan, selain paip, yang air mengalir melaluinya bagi pembekalan air ke mana-mana premis.

Sistem Pembetungan

Sistem yang mengandungi pembetung, paip pelupusan, stesen pengepam atau tempat rawatan kumbahan atau apa-apa kombinasinya dan segala struktur, kelengkapan dan perlengkapan lain (selain perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama atau tangki septik) yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi pengumpulan, pembawaan, pengepaman atau perawatan kumbahan dan enap cemar kumbahan atau pelupusan efluen kumbahan terawat atau enap cemar kumbahan terawat selain daripada sistem pembetungan awam

Sistem Pembetungan Awam

a) Sistem pembetungan yang disambungkan dengan , atau yang membawa kumbahan ke, pembetung awam;

b) Sistem pembetungan yang tidak disambungkan dengan atau tidak membawa kumbahan ke pembetung awam tetapi ditentukan oleh Suruhanjaya sebagai atau menjadi sebahagian daripada sistem pembetungan awam;

c) Sistem pembetungan dalam suatu pembangunan yang telah diserahkan kepada pemegang lesen individu yang menyediakan perkhidmatan pembetungan mengikut seksyen 47 Akta;

d) Mana-mana sistem pembetungan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Sistem Pembetungan Persendirian

Sistem pembetungan selain sistem pembetungan awam

Kumbahan Apa-apa lepasan cecair yang mengandungi kumuhan manusia, haiwan atau bahan nabati dalam bentuk terampai atau larutan yang diperoleh daripada aktiviti domestik dan terhasil dari premis rumah, komersial, institusi dan industri termasuk lepasan cecair dari tandas, besen,singki, bilik air dan apa-apa perkakas kebersihan lain tetapi tidak termasuk air hujan dan efluen terlarang.

Page | 5

D. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN NOTIS PENDAFTARAN LESEN KELAS 1. Kelayakan untuk mengemukakan permohonan:

1.1 Pemohon merupakan orang atau golongan berikut: a) syarikat yang diperbadankan di Malaysia; b) individu warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; c) badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang

Malaysia; dan d) mana-mana orang atau golongan orang yang lain

sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri dari semasa ke semasa

1.2 Sistem bekalan air atau sistem pembetungan persendirian yang dimiliki atau dikendalikan pemohon mematuhi spesifikasi dan kehendak di bawah Akta 655 atau perundangan subsidiarinya atau diluluskan oleh Suruhanjaya/Jurutera Profesional yang berkelayakan (Qualified Person) seperti berikut: a) Sistem dibina selepas Akta 655 berkuat kuasa

i. Sistem Bekalan Air Persendirian Surat Kelulusan daripada Suruhanjaya

ii. Sistem Pembetungan Persendirian

Surat Pengesahan Siap Kerja (LOC) yang dikeluarkan oleh JPP/ Agensi Perakuan yang dilantik oleh Suruhanjaya

b) Sistem dibina sebelum Akta 655 berkuat kuasa

Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)/ Sijil Layak Menduduki (CF)/ Surat Pengesahan Siap Kerja (LOC) yang dikeluarkan oleh JPP.

1.3 Pemohon/ pemilik juga boleh mengemukakan Akuan Berkanun sepertimana format di dalam Borang SPAN 3 untuk mengesahkan bahawa sistem mematuhi kehendak di bawah Akta 655 dan perundangan subsidiarinya sekiranya tidak dapat mengemukakan dokumen 1.2 (a) dan 1.2 (b).

Page | 6

1.4 Bagi notis pendaftaran lesen kelas kemudahan, pemohon

hendaklah mengemukakan dokumen pemilikan seperti geran tanah atau cukai tanah atau apa-apa dokumen untuk membuktikan pemilikan.

1.5 Bagi notis pendaftaran lesen kelas perkhidmatan, pemohon

hendaklah memiliki kelayakan untuk mengendalikan sistem bekalan air persendirian atau sistem pembetungan persendirian. Pemohon hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang berkelulusan teknikal yang mempunyai pengalaman kerja untuk mengendalikan sistem bekalan air atau sistem pembetungan.

1.6 Untuk notis pendaftaran lesen kelas sistem bekalan air, pemohon

telah memohon atau telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri yang berkaitan untuk mengambil air dari saluran air.

1.7 Pemohon perlu mengemukakan laporan ujian kualiti air terawat bagi sistem bekalan air dan/atau laporan ujian kualiti efluen bagi sistem pembetungan sepertimana di LAMPIRAN 1 dan laporan tersebut hendaklah merujuk kepada laporan terkini dan tidak melebihi 6 bulan dari tarikh kelulusan SPAN. Laporan kualiti air terawat dan/atau kualiti efluen mestilah mematuhi piawaian atau standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan/ atau Jabatan Alam Sekitar. Permohonan yang kualiti air/ efluen yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan untuk kelulusan. Sistem pembetungan jenis stesen pam kumbahan dikecualikan daripada mengemukakan laporan kualiti efluen.

1.8 Laporan kualiti efluan tidak perlu dikemukakan semasa

permohonan awal bagi sistem pembetungan persendirian yang baru siap dibina. Kelulusan akan diberikan berdasarkan kelulusan Perancangan, Reka Bentuk dan Pembinaan (Planning Design Construction – PDC 8) yang dikeluarkan oleh Agensi Perakuan SPAN. Pemegang lesen kelas dikehendaki untuk mengemukakan laporan kualiti efluen 6 bulan dari tarikh kelulusan. Selanjutnya laporan kualiti hendaklah dikemukakan setiap enam bulan sekali.

Page | 7

1.9 Pemohon hendaklah memberikan pengesahan bahawa syarikat yang memohon notis pendaftaran lesen kelas tidak melakukan sebarang pelanggaran dan adalah bebas daripada sebarang siasatan atau tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 655 dan perundangan subsidiarinya dan bebas daripada siasatan pihak polis berhubung perkara berkaitan dengan apa-apa lesen/permit yang dikeluarkan di bawah Akta 655.

2 Keterangan jenis sistem

2.1 Notis pendaftaran lesen kelas diperlukan bagi pemilik atau pengendali kesemua jenis sistem bekalan air persendirian di mana sistem hendaklah memenuhi kehendak proses rawatan air secara konvensional atau dengan teknologi.

2.2 Notis pendaftaran lesen kelas tidak diperlukan bagi pemilik atau pengendali tangki septik individu (IST) atau tangki septik komunal (CST). Walau bagaimanapun, pendaftaran lesen kelas diperlukan bagi sistem rawatan kumbahan kecil (SSTS) dan tangki septik mekanikal yang berkapasiti kurang daripada 150 P.E seperti sistem SATS (MA1126) atau mana-mana model yang tangkinya bersaiz 31 hingga 149 P.E

E. TATACARA PERMOHONAN NOTIS PENDAFTARAN LESEN KELAS

1. Mengemukakan dokumen sokongan sepertimana di dalam senarai

semak. Semua permohonan hendaklah mengepilkan senarai semak, borang-borang berkaitan (Rujuk borang di item 2 di bawah) dan dokumen sokongan yang lengkap.

2. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dengan mengisi borang-borang berikut: a) permohonan SPAN 1 - pengenalan pemohon; b) borang SPAN 2 – laporan kualiti air terawat/laporan kualiti efluen; c) dua (2) Borang D iaitu Notis Pendaftaran Lesen Kelas yang

ditandatangani oleh pengurusan kanan berserta cop rasmi Kesemua borang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi SPAN di www.span.gov.my.

Page | 8

3. Permohonan lengkap bersama dokumen sokongan, hendaklah

dikemukakan kepada Ibu Pejabat SPAN untuk perhatian Pengarah Eksekutif Jabatan Kawal Selia Pasaran (JK Pasaran).Sila rujuk LAMPIRAN 2 untuk alamat dan nombor telefon.

4. Tempoh masa yang diambil bagi memproses satu permohonan baru dan pembaharuan adalah 21 hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap.

5. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan semula dan pemohon perlu mengemukakan semula permohonan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh surat pemberitahuan dikeluarkan atau apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

6. Carta aliran proses pengurusan permohonan notis pendaftaran lesen kelas adalah sebagaimana di LAMPIRAN 3.

7. Permohonan pembaharuan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua

(2) bulan sebelum luput pendaftaran. Tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya pemohon gagal memperbaharui lesen kelas setelah lesen kelas tamat tempoh di mana seseorang yang melanggar seksyen 20(1) Akta 655 iaitu tidak memegang suatu lesen kelas, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

8. Permohonan hanya akan diproses di Ibu Pejabat. Sebarang pertanyaan

boleh dimajukan kepada:

a) Bahagian Pelesenan & Tarif, JK Pasaran di Ibu Pejabat SPAN; atau

b) Pejabat Wilayah atau Cawangan SPAN

Nota: Sila rujuk Lampiran 3 untuk alamat dan nombor telefon Ibu Pejabat, Pejabat Wilayah dan Pejabat Cawangan SPAN

Page | 9

F. FI PENDAFTARAN 1. Bayaran fi pendaftaran hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank, kiriman

wang, wang pos atau cek syarikat sebanyak RM500 bagi setiap lokasi sistem atas nama SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA

2. Fi pendaftaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemakluman kelulusan pendaftaran lesen kelas diberikan. Notis pendaftaran lesen kelas hanya akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah bayaran fi tersebut telah dijelaskan di bank. Nota: Bayaran cek- dianggap jelas apabila cek berjaya ditunaikan di bank

3. Surat kelulusan dan notis pendaftaran yang telah diendors oleh SPAN akan dihantar melalui pos atau boleh diambil sendiri oleh pemohon atau wakil (dengan surat perwakilan) di Ibu Pejabat SPAN. Nota: Pengambilan surat kelulusan dan notis pendaftaran di kaunter pada hari yang sama bayaran fi dibuat hanya boleh dibenarkan jika instrumen bayaran dibuat melalui bank draf atau wang pos

4. Lain-lain fi yang berkaitan dengan lesen kelas adalah seperti berikut: Jenis-Jenis Fi Fi (RM) Permohonan untuk salinan notis pendaftaran lesen kelas yang diakui sah

50 Permohonan untuk salinan lesen kelas yang diperakui benar 50 Fi bagi penukaran maklumat dalam pendaftaran lesen kelas 50 Fi untuk membuat salinan, atau mengambil petikan dari daftar 50

G. TEMPOH SAHLAKU PENDAFTARAN Tempoh sahlaku pendaftaran adalah selama tiga (3) tahun daripada tarikh kelulusan diberikan. Tiada pemulangan fi akan dibuat sekiranya pendaftaran dibatalkan sebelum tamat tempoh sahlaku.

H. PERINGATAN 1. Sekiranya terdapat perubahan butir-butir pada notis pendaftaran lesen

kelas yang telah mendapat kelulusan, pemegang lesen kelas hendaklah memaklumkan kepada SPAN secara bertulis dengan mengisi Borang

Page | 10

SPAN 1 bersama dengan notis pendaftaran yang telah dikemaskini (jika perlu) berserta fi yang telah ditetapkan seberapa segera yang mungkin.

2. Jika pertukaran butir-butir adalah berkenaan lokasi sistem atau jika terdapat perubahan kepada sistem seperti peningkatan kapasiti atau perubahan lokasi sistem, pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan notis pendaftaran yang baharu berserta fi pendaftaran.

3. Permohonan yang didapati mengandungi maklumat tidak benar atau

palsu, kelulusan awal akan dibatalkan serta merta. Adalah diingatkan bahawa pemohon adalah tertakluk kepada Seksyen 130 Akta 655 di mana tindakan boleh diambil sekiranya maklumat diberi adalah palsu atau mengelirukan.

4. Pihak SPAN boleh mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah

peruntukan Akta kepada mana-mana pemilik dan/atau pengendali sistem rawatan air persendirian dan sistem pembetungan persendirian yang tidak memegang lesen kelas.

I. SYARAT DAN SEKATAN KE ATAS PEMEGANG LESEN KELAS 1. Seksyen 26(1) Akta 655, pemegang lesen kelas hendaklah mematuhi

syarat-syarat yang ditetapkan bagi lesen kelas dan apa-apa syarat lain yang dikenakan dari semasa ke semasa.

2. Bagi pemegang lesen kelas perkhidmatan sistem rawatan air, persampelan dan analisa air perlu dilaksanakan berdasarkan Malaysia Standard Drinking Water – Quality Requirement MS2320:2010 dan memastikan kualiti air menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia pada setiap masa. Sila rujuk parameter dan kekerapan minima yang dikehendaki oleh SPAN di LAMPIRAN 1;

3. Bagi pemegang lesen kelas perkhidmatan sistem pembetungan, ujian

kualiti efluen perlu dilaksanakan berdasarkan undang-undang alam sekitar yang telah ditetapkan. Sila rujuk LAMPIRAN 1 untuk parameter yang dikehendaki oleh SPAN.

4. Seksyen 25(4) Akta 655, pendaftaran lesen kelas adalah bersifat peribadi

kepada pemegang lesen kelas.

Page | 11

5. Seksyen 21(1)(a) dan 21(2)(a) Akta 655, pemegang lesen kelas dilarang

memajakkan, melesenkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan sistem persendiriannya untuk membekalkan air atau menyediakan perkhidmatan pembetungan kepada orang awam melainkan ia dilesenkan di bawah Akta.

6. Seksyen 21(1)(b) dan 21(2)(b) Akta 655, pemegang lesen kelas

hendaklah tidak terlibat dalam sebarang perdagangan atau perniagaan membekalkan air atau menyediakan perkhidmatan pembetungan kepada orang awam melainkan ia dilesenkan di bawah Akta.

7. Seksyen 27(1) Akta 655, pendaftaran lesen kelas boleh dibatalkan oleh

SPAN jika pemegang lesen kelas tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat lesen atau peruntukan Akta atau perundangan subsidiarinya atau atas apa-apa sebab yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Tarikh Pindaan: [JPK Bil 2/2015, Tarikh: 5 Mac 2015 , diluluskan Mesyuarat Suruhanjaya 25 Mac 2015] [JP Bil 3/2015, Tarikh: 9 Oktober 2015, diluluskan Mesyuarat Suruhanjaya 20 Oktober 2015] [JP Bil 2/2016, Tarikh: 21 Mac 2016] [JPK Bil 5/2016, Tarikh: 27 Jun 2016]

Page | 12

LAMPIRAN 1 LAPORAN KUALITI AIR TERAWAT DAN LAPORAN KUALITI EFLUEN 1. Bagi pemegang lesen kelas perkhidmatan sistem rawatan air, persampelan dan

analisa air perlu dilaksanakan berdasarkan Malaysia Standard Drinking Water – Quality Requirement MS2320:2010 dan memastikan kualiti air menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada setiap masa sepertimana parameter berikut:

No. Test Parameter a) Baki Klorin b) pH c) Aluminium d) Kekeruhan e) E. coli

2. Laporan kualiti air di Para 1 perlu dikemukakan untuk permohonan pembaharuan

notis pendaftaran lesen kelas. Hanya kualiti air yang menepati piawaian KKM sahaja akan dipertimbangkan untuk kelulusan. Laporan yang dikemukakan hendaklah merujuk kepada laporan kualiti air terkini atau tidak melebihi 6 bulan dari tarikh kelulusan permohonan.

3. Selain itu, sebagai salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen kelas perkhidmatan sistem bekalan air, laporan kualiti ujian analisa kualiti air minima di Para 1 perlu dikemukakan setiap 6 bulan kepada Pejabat Wilayah/ Cawangan SPAN yang berkenaan.

4. Laporan kualiti efluen dengan parameter berikut perlu dikemukakan untuk permohonan pembaharuan notis pendaftaran lesen kelas. Hanya kualiti efluen yang menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) sahaja akan dipertimbangkan untuk kelulusan. Laporan yang dikemukakan hendaklah merujuk kepada laporan kualiti efluen terkini atau tidak melebihi 6 bulan dari tarikh kelulusan permohonan. No. Test Parameter SP sebelum tahun 2009 SP selepas tahun 2009 (/) (/) a) BOD b) COD c) Pepejal Terampai d) Minyak Dan Gris e) Nitrogen Ammonia (Badan Air Yang Terkepung)

f) Nitrogen Ammonia (Sungai) g) Nitroge Nitrat (Badan Air Yang Terkepung) h) Fosforus (Badan Air Yang Terkepung)

Page | 13

5. Selain itu, sebagai salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen

kelas perkhidmatan sistem pembetungan (SP), laporan kualiti efluen minima seperti di para 4 perlu dikemukakan setiap 6 bulan kepada Pejabat Wilayah/ Cawangan SPAN yang berkenaan.

6. Laporan kualiti efluan tidak perlu dikemukakan semasa permohonan awal bagi sistem pembetungan persendirian yang baru siap dibina. Kelulusan akan diberikan berdasarkan kelulusan Perancangan, Reka Bentuk dan Pembinaan (Planning Design Construction – PDC 8) yang dikeluarkan oleh Agensi Perakuan SPAN. Pemegang lesen kelas dikehendaki untuk mengemukakan laporan kualiti efluen 6 bulan dari tarikh kelulusan. Selanjutnya laporan kualiti hendaklah dikemukakan setiap enam bulan sekali.

Peringatan: Persampelan dan analisa kualiti air terawat dan/atau kualiti efluen perlu dilaksanakan oleh makmal yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia melalui Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM)

Page | 14

LAMPIRAN 2 ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON PEJABAT SPAN

IBU PEJABAT Aras Bawah & Aras Satu, Prima Avenue 7, Blok 3510 Jalan Teknokrat 6 63000 Cyberjaya Selangor

Tel : 03-8317 9333 Faks : 03-8317 9339/6/467

PEJABAT WILAYAH/ CAWANGAN Wilayah Selatan Wilayah Tengah Tingkat 22, Menara MSC Cyberport No. 5 Jalan Bukit Meldrum 80300 Johor Bahru Johor

Aras Bawah, Prima Avenue 8 Blok 3508, Jalan Teknokrat 6 63000 Cyberjaya Selangor

Tel : 07-222 5843 Tel : 03-8317 9333 Faks : 07-222 5844 Faks : 03-8317 9460 Email : [email protected] Email : [email protected] Wilayah Utara Wilayah Timur Tingkat 5, Kompleks Sempilai Jaya Jalan Sempilai, 13700 Seberang Jaya Pulau Pinang

Tingkat 2, Wisma PERKESO Lot 2467 Jalan Air Jernih 20538 Kuala Terengganu Terengganu

Tel : 04-397 0533 Tel : 09-624 6087/78 Faks : 04-397 0531 Faks : 09-624 6088 Email : [email protected] Email : [email protected] Pejabat Cawangan Perak Pejabat Cawangan Pahang Lot 6.3 Tingkat 6, Bangunan KWSP Jalan Greentown 30450 Ipoh Perak

Lot 2.01A, Tingkat 2 Bangunan KWSP Pahang Persiaran KWSP Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Tel : 605 - 241 3209 / 10 Tel : 09-573 0153/52

Faks : 605 - 241 3213 Faks : 09-573 0149 Email : [email protected] Email : [email protected] Pejabat Cawangan Melaka Lot 4.2 & 4.3, 4th Floor Bangunan Bank Rakyat, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Tel : 281 6314 / 6559 Faks : 281 9343 Email : [email protected]

Page | 15

LAMPIRAN 3

Permohonan diterima & direkod oleh JKES

Semakan oleh BPT

Senarai semak lengkap?

Surat/emel notifikasi tidak lengkap atau/dan

berserta pemulangan permohonan

Penilaian oleh bahagian teknikal

Tidak

Ya

Menepati kriteria teknikal?

Pembentangan kertas pertimbangan untuk kelulusan

Tidak

Ya

Permohonan diluluskan?

Tidak

Ya

Surat tolak permohonan

Maklumkan kepada pemohon dan minta bayaran fi

Pemohon perlu mengemukakan

permohonan lengkap dalam tempoh 30 hari dari

tarikh notifikasi

Fi perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari untuk proses pengeluaran surat kelulusan berserta notis pendaftaran

yang telah diendors oleh SPAN

Nota: Anggaran masa diambil bagi memproses permohonan dari (1) hingga (5) adalah 21 hari

1

2

3

4

5