cukai pendapatan pertubuhan -...

16
NOTA PENERANGAN TF 2018 Cukai Pendapatan Pertubuhan Ruang Perkara Muka Surat - Jadual Cukai 13 TAMBAHAN / PINDAAN

Upload: vutuyen

Post on 25-Jul-2019

273 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

NOTA PENERANGAN

TF 2018

Cukai Pendapatan Pertubuhan

Ruang Perkara Muka Surat

-

Jadual Cukai

13

TAMBAHAN / PINDAAN

Page 2: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 1 -

SIAPA YANG PERLU MELAPOR DAN MENGISI BORANG TF

Sesebuah pertubuhan yang didaftarkan atau diwujudkan sama ada untuk menjalankan aktiviti bagi kemudahan dan manfaat ahli atau memelihara dan menggalakkan kepentingan ahli-ahlinya atau memberi perkhidmatan kepada golongan / kumpulan orang tertentu. Pentadbir utama pertubuhan seperti pengerusi, presiden, setiausaha atau bendahari perlu melaporkan pendapatan pertubuhan daripada semua punca dan perbelanjaan dalam Borang TF. Pelaporan hendaklah dibuat mengikut tahun kalendar yang bersamaan dengan tahun taksiran berkenaan. Sekiranya tempoh perakaunan pertubuhan berakhir pada tarikh selain 31 Disember, pelarasan perlu dibuat untuk memastikan pengiraan cukai adalah bagi tempoh asas dari Januari hingga Disember. Ketetapan Umum No. 1/2015 (Kelab, Persatuan Atau Institusi Serupa) di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) boleh dirujuk sebagai panduan: http://www.hasil.gov.my > Perundangan > Ketetapan Umum.

MAKLUMAT ASAS

1

Nama pertubuhan sebagaimana telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau lain-lain.

2 Nombor cukai pendapatan pertubuhan seperti didaftarkan dengan LHDNM.

KEDUDUKAN CUKAI

Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian E di muka surat 8 Borang TF 2018.

Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.

Nota ini disediakan bagi membantu pertubuhan melengkapkan Borang TF bagi Tahun Taksiran 2018. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2018 adalah benar, betul dan lengkap.

Semua rekod, helaian kerja dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang TF

KECUALI bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:

(a) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan

(b) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di

negara asing.

Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7)

tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua

Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

Laporkan amaun dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM). Amaun di ruangan B32a hingga B33, C34a hingga C35, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen, manakala amaun di bahagian lain hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67 Jumlah Cukai Yang Dikenakan (ruang C35) RM 19,322.85

1 Nama Pertubuhan

<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?

K E L A B K E B A J I K A N

F <>>>>>>>>?

0 1 2 3 4 5 6 7 0 9 2 No. Cukai Pendapatan

Page 3: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 2 -

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERTUBUHAN

A1

Pertubuhan bermastautin di Malaysia

Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya pertubuhan ini bermastautin di Malaysia atau ‘2’ sekiranya bermastautin di luar Malaysia.

Secara amnya, pertubuhan dianggap bermastautin di Malaysia dalam tahun asas sekiranya pengurusan dan pengawalan perniagaannya atau mana-mana perniagaannya dijalankan di Malaysia pada bila-bila masa semasa tahun asas; atau pengurusan dan kawalan hal ehwalnya dijalankan di Malaysia pada bila-bila masa dalam tahun asas oleh pengarah-pengarahnya atau pihak berkuasa lain yang mengawalnya.

A2 Negara di mana pengelolaan hal ehwal dijalankan

Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 = 1.

Sila rujuk kod negara di muka surat 13 nota penerangan ini atau senarai terperinci di Lampiran E.

A3 No. majikan Nombor rujukan E majikan (jika berkenaan).

A4 Kelulusan pengecualian cukai

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika pertubuhan telah mendapat kelulusan pengecualian cukai; atau ‘2’ (‘Tidak’) sekiranya permohonan untuk pengecualian cukai tidak / belum diluluskan atau pertubuhan tidak membuat permohonan untuk pengecualian cukai.

Jika pertubuhan mendapat pengecualian cukai, Bahagian B dan C TIDAK PERLU diisi tetapi amaun pendapatan yang dikecualikan perlu dimasukkan di Bahagian M Borang TF.

A5 No. kelulusan pengecualian cukai

Jika pertubuhan telah mendapat pengecualian cukai, isikan nombor kelulusan pengecualian berkenaan.

A6 No. sijil pendaftaran Nombor sijil pendaftaran seperti didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau lain-lain.

A7 Tarikh ditubuhkan Isikan tarikh penubuhan pertubuhan berkenaan.

A8 Jenis pertubuhan

Jenis pertubuhan seperti didaftarkan / ditubuhkan.

Peruntukan di bawah subseksyen 44(7) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) boleh dirujuk untuk menentukan sama ada sesuatu pertubuhan itu termasuk dalam definisi ‘institusi’ atau ‘organisasi’.

Jika pertubuhan berkenaan sukar diklasifikasikan, gunakan nama pertubuhan sebagai asas untuk pengisian jenis pertubuhan; atau pilih ‘8’ (‘Lain-lain’) bagi pertubuhan selain daripada jenis pertubuhan yang dinyatakan di bawah kod 1 hingga 7 di ruang A8.

A9 Peratus perbelanjaan yang digunakan untuk aktiviti pertubuhan

Isikan peratus perbelanjaan daripada pendapatan dan derma yang diterima oleh pertubuhan berkenaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bagi mencapai objektif penubuhannya.

Nota:

Pertubuhan yang mendapat kelulusan pengecualian di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 adalah diwajibkan mengisi ruangan ini.

A10 Penyimpanan rekod Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki di bawah peruntukan ACP 1967. Isikan ‘1’ jika mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

A11a Menjalankan perniagaan e-Dagang

Isikan ‘1’ dalam petak untuk (‘Ya’) jika pertubuhan berkenaan ada menjual apa-apa barang atau memberi perkhidmatan secara dalam talian.

Jika ‘Ya’, isi juga ruang A11b.

Page 4: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 3 -

Pertubuhan dianggap menjalankan perniagaan e-dagang sekiranya dalam menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:

i) menerima tempahan barangan atau perkhidmatan. Contoh:

Pertubuhan menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang atau media sosial dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.

ii) menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan. Contoh: Pertubuhan menerima bayaran tunai digital dengan kredit kad atau kad caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.

iii) membekalkan barangan atau perkhidmatan. Contoh: Pertubuhan:-

menggunakan e-mel, internet atau protokol pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian, dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian dalam bentuk cakera.

menggunakan e-mel berserta laman sesawang untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi nasihat tersebut.

menerima bayaran bagi mengiklankan barangan atau perkhidmatan di internet untuk entiti lain.

adalah pemilik laman sesawang.

Pertubuhan menyediakan perkhidmatan akses ke internet.

Isikan ‘2’ (‘Tidak’) jika pertubuhan tidak menjalankan perniagaan e-dagang atau tidak berkenaan.

A11b Alamat laman sesawang / blog

Isikan alamat laman web / blog (jika ada).

A12a Layak menuntut cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Isikan ‘1’ (‘Ya’) sekiranya pertubuhan berkenaan layak menuntut cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Isikan ‘2’ (‘Tidak’) jika pertubuhan berkenaan tidak layak menuntut, tidak menuntut atau tidak berkenaan.

A12b No.pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan

Isikan nombor pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan seperti didaftarkan dengan JKDM.

A13 Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127

Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri.

(i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-

layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau

layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa atas sebab seperti kerugian perniagaan.

(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-

tidak layak menuntut insentif;

permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri; atau

tidak berkenaan

Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

A14 Alamat surat-menyurat pertubuhan

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

A14A Alamat berdaftar Alamat berdaftar sebagaimana dinyatakan dalam dokumen pendaftaran pertubuhan atau sebarang dokumen rasmi pertubuhan, jika ada.

Page 5: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 4 -

A15

Alamat di mana rekod pertubuhan disimpan

Isikan ‘1’ sekiranya rekod dan dokumen pertubuhan disimpan di alamat surat-menyurat seperti di ruang A14; atau ‘2’ jika disimpan di alamat berdaftar seperti di ruang A14A. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat seperti di ruang A14 dan A14A.

A16 Alamat lain Nyatakan alamat di mana rekod pertubuhan disimpan sekiranya ruang A15 = 3.

A17 Maklumat pentadbir utama pertubuhan

Isikan maklumat pentadbir utama pertubuhan (pengerusi / presiden, setiausaha dan bendahari) yang mana berkenaan.

A17a Nama Nyatakan nama penuh pengerusi / presiden, setiausaha dan bendahari pertubuhan di ruangan ini.

Orang yang sama boleh memegang lebih daripada satu jawatan sekiranya undang-undang pertubuhan itu sendiri membenarkannya.

Jika lebih daripada seorang memegang jawatan berkenaan, isikan nama bendahari dan setiausaha yang pertama sahaja.

A17b No. pengenalan Isi nombor pengenalan (nombor kad pengenalan / polis / tentera, yang mana berkenaan) pengerusi / presiden, setiausaha dan bendahari pertubuhan.

A17c No. pasport Isikan nombor pasport terkini pengerusi / presiden, setiausaha dan bendahari pertubuhan.

A17d No. cukai pendapatan

Isi nombor cukai pendapatan pengerusi / presiden, setiausaha dan bendahari pertubuhan, sekiranya ada.

Contoh: No. cukai pendapatan C 0001234506

A17e No. telefon Isikan nombor telefon pengerusi / presiden, setiausaha dan bendahari pertubuhan.

A18a Nama bank

Nyatakan nama bank di mana pertubuhan mempunyai akaun bank.

Untuk tujuan pembayaran balik secara elektronik, sila pastikan maklumat bagi ruang A18a dan A18b adalah betul.

A18b No. akaun bank Nombor akaun bank pertubuhan berkenaan di bank seperti dinyatakan di ruang A18a.

BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

JIKA A1 = 1, ISI BAHAGIAN INI BAGI PERTUBUHAN YANG BERMASTAUTIN DI MALAYSIA

B1

B3

Pendapatan Berkanun Perniagaan

Keuntungan yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.

Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan daripada pemberian perkhidmatan.

Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perniagaan, sila jumlahkan pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TF.

Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun L dari Helaian Kerja HK-1D.

No. Cukai Pendapatan

A17d <?

<>>>>>>>>>?

C 0 0 0 1 2 3 4 5 0 6 Jenis Fail: SG/OG/C

Page 6: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 5 -

B4

B6

Pendapatan berkanun perkongsian

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.

Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perkongsian, sila jumlahkan pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TF.

Amaun E / G dari Helaian Kerja HK-1B.

Elaun modal

Tuntutan susut nilai atas aset-aset yang digunakan untuk tujuan perniagaan adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ia dibenarkan sebagai elaun modal yang boleh ditolak daripada pendapatan larasan perniagaan / perkongsian. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset. Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A untuk pengiraan

B8 Rugi perniagaan bawa hadapan

Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun / tahun-tahun taksiran terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan / perkongsian sahaja.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B8 melebihi amaun B7, isikan amaun B7 dalam ruang ini.

B10 Faedah

Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.

Diskaun Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.

B11 Sewa Penerimaan daripada sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain yang serupa.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B.

Royalti

‘Royalty’ includes any sums paid as consideration for, or derived from:

a) the use of, or the right to use in respect of, any copyrights, software, artistic or scientific works, patents, designs or models, plans, secret processes or formulae, trademarks or other like property or rights;

b) the use of, or the right to use, tapes for radio or television broadcasting, motion picture films, films or video tapes or other means of reproduction where such films or tapes have been or to be used or reproduced in Malaysia, or other like property or right;

c) the use of, or the right to use, know-how or information concerning technical, industrial, commercial or scientific knowledge, experience or skill;

d) the reception of, or the right to receive, visual images or sounds, or both, transmitted to the public by satellite, cable, fibre optic or similar technology.

e) the use of, or the right to use, visual images or sounds, or both, in connection with television broadcasting or radio broadcasting transmitted by satellite, cable, fibre optic or similar technology.

f) the use of, or the right to use, some or all of the part of the radio frequency spectrum specified in a relevant licence;

Page 7: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 6 -

g) a total or partial forbearance in respect of:

(i) the use of, or the granting of the right to use, any such property or right as is mentioned in paragraph (a) or (b) or any such knowledge, experience or skill as is mentioned in paragraph (c);

(ii) the reception of, or the granting of the right to receive, any such visual images or sounds as are mentioned in paragrapha (d);

(iii) the use of, or the granting of the right to use, any such visual images or sounds as are mentioned in paragraph (e); or

(iv) the use of, or the granting of the right to use, some or all such part of the spectrum specified in a spectrum licence as is mentioned in paragraph (f); or

h) the alienation of any property, know-how or information as mentioned in paragraph (a), (b) or (c).

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5.

B12 Anuiti

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau pelaburan wang yang melayakkan waris atau pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

Bayaran berkala lain Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

B13 Apa-apa perolehan atau keuntungan lain

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

Sertakan Helaian Kerja HK-6 dan baucer asal bersama borang, sekiranya pertubuhan layak menuntut pembayaran balik.

B14 Tambahan mengikut peruntukan perenggan 43(1)(c)

Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat.

Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencari gali di bawah Jadual 4 ACP 1967.

Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

B17 Rugi perniagaan tahun semasa

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan agregat.

Contoh: Kerugian perniagaan pada tahun 2018 ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2018.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3.

Amaun B17 terhad kepada amaun B16. Jika amaun di ruang B17 melebihi amaun di ruang B16, masukkan amaun B16 ke ruang ini.

B19 Perbelanjaan mencarigali – Jadual 4 dan perenggan 44(1)(b)

Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak atau dalam menguji simpanan tersebut, boleh dituntut sebagai potongan.

Amaun ini terhad kepada B18 Borang TF. Baki yang tidak dapat diserap (jika ada) dimasukkan ke ruang K2.

Jadual 4 dan perenggan 44(1)(b) ACP 1967.

B21 – B27 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT

Hadiah wang kepada Kerajaan / Kerajaan Negeri / pihak berkuasa tempatan

Subseksyen 44(6) ACP 1967.

Page 8: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 7 -

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah

Hasil Dalam Negeri. Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967. Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

Subseksyen 44(11B) dan proviso, ACP 1967. Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967.

Terhad kepada 7% daripada B16

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Jabatan Arkib Negara. Subseksyen 44(6A) ACP 1967

Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan

Hadiah wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam serta perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan. Subseksyen 44(8) ACP 1967

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri

Hadiah lukisan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri. Subseksyen 44(11) ACP 1967

ZAKAT PERNIAGAAN Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B16. Subseksyen 44(11A) ACP 1967

B30 Pendapatan perintis kena cukai

Taraf perintis adalah insentif percukaian yang terkandung dalam peruntukan seksyen 5 hingga seksyen 25 Akta Penggalakan Pelaburan (APP) 1986.

Pertubuhan yang mendapat kelulusan ini diberi pengecualian cukai untuk keseluruhan atau sebahagian pendapatan perniagaan daripada aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang berhubung dengan pertanian.

Rujuk Helaian Kerja HK-1E untuk tujuan pengiraan.

B32a

Cukai ke atas yang pertama

Padankan amaun di B31 (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan bercukai yang disediakan di dalam jadual cukai (muka surat 13 nota penerangan ini).

Contoh:

Pendapatan bercukai di B31: RM35,500

Guna pengiraan di kategori D muka m seperti berikut:

Cukai ke atas RM35,000 yang pertama RM 600.00

Cukai ke atas baki RM 500 @ 8% RM 40.00

Jumlah cukai pendapatan RM 640.00

Masukkan di ruang B32a, B32b dan B33 dalam Borang TF seperti berikut:

B32b Cukai ke atas baki

B33 Jumlah cukai yang dikenakan

Page 9: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 8 -

BAHAGIAN C: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

JIKA A1 = 2, ISI BAHAGIAN INI BAGI PERTUBUHAN YANG TIDAK BERMASTAUTIN DI MALAYSIA.

C1

C30

Sila rujuk penerangan di Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) di muka surat 4 hingga 7 nota penerangan ini.

C32 Pendapatan kasar yang tertakluk kepada kadar cukai lain

Bagi pertubuhan yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar selain daripada 28%.

Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F); atau ACP 1967 jika tiada PPPDK.

C32a Faedah Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

C32b Royalti Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

C32c Pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A

Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;

balasan bagi apa-apa nasihat atau bantuan atau perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan pengurusan atau pentadbiran bagi apa-apa duga niaga, usaha, projek atau skim yang bercorak saintifik, perindustrian atau komersial; atau

sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.

Rujukan: Ketetapan Umum No. 11/2018

C32d Pendapatan lain

Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 28%.

C34

C35

PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Pembahagian pendapatan bercukai mengikut kadar cukai masing-masing.

Rujuk Lampiran F atau ACP 1967 jika tiada PPPDK.

Contoh:

Pertubuhan bermastautin di Australia dan pertubuhan ini menerima pendapatan faedah dan royalti.

Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 28% di C31: RM50,500

Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C32a: RM10,000

Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C32b: RM25,000

Masukkan di ruang C34a, C34d, C34f dan C35 dalam Borang TF seperti berikut:

->>_>>_>>?

->>_>>_>>_>? ->>_>>_>>_>?

B32b Cukai ke atas baki

B33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (B32a + B32b)

Cukai ke atas yang pertama

B32a

Atas Kadar (%)

->>_>>_>>_>?

, , , .

<?

->>_>>_>>?

, , ,

, , ,

, , , .

, , , .

B33

6 4 0 0 0

3 5 0 0 0 6 0 0 0 0

5 0 0 8 4 0 0 0

Page 10: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 9 -

BAHAGIAN D: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

D1 Jumlah cukai yang dikenakan

Jumlah cukai yang dikenakan adalah daripada ruang B33 bagi pertubuhan yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau C35 jika TIDAK BERMASTAUTIN.

D2 Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain)

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada amanah.

Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah seksyen 107A.

Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya pertubuhan berkenaan layak menuntut pembayaran balik.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

D3 Pelepasan cukai seksyen 132

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.

Rujuk Lampiran F untuk senarai negara-negara yang telah memeterai PPPDK dengan Malaysia.

Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 untuk membuat pengiraan kredit.

D4 Pelepasan cukai seksyen 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.

Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN E: KEDUDUKAN CUKAI

E1 Cukai kena dibayar Amaun daripada ruang D5

E2 Ansuran yang telah dibayar

Bayaran ini tidak termasuk amaun tunggakan yang diambil kira untuk cukai tahun taksiran kebelakangan.

E3

Baki cukai kena dibayar

E1 tolak E2.

Jelaskan baki ini dalam tempoh yang ditetapkan. Pembayaran boleh dibuat melalui: (a) ByrHaSiL di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

(LHDNM), https://byrhasil.hasil.gov.my.

Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di https://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.php.

Bayaran melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.

C34a

C34f

C34d

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

Pendapatan Bercukai

Kadar (%)

Cukai Yang Dikenakan

28

10

15

<>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>?

->>_>>_>>_>?

, , ,

, , , , , ,

, , ,

.

.

<>_>>_>>_>>?

, , , ->>_>>_>>_>?

, , , . 1 4 1 4 0 0 0 5 0 5 0 0

2 5 0 0 0

1 0 0 0 0

2 5 0 0 0 0

1 5 0 0 0 0

1 8 1 4 0 0 0

->>_>>_>>_>? C35 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (C34a hingga C34g)

C35

->>_>>_>>_>?

, , , .

Page 11: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 10 -

(b) Bank yang dilantik.

kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank.

perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB, Alliance Bank & Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Perbankan Mudah Alih-i TAP Bank Islam dan perbankan telefon Maybank.

Auto Teller Machine (ATM) PBB, Maybank & CIMB, Mesin Deposit Cek PBB dan Mesin Deposit Tunai CIMB & Maybank.

(c) Kad kredit Visa, Mastercard & American Express di kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Cawangan Kota Kinabalu dan Cawangan Kuching.

(d) Kaunter bayaran LHDNM di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Cawangan Kota Kinabalu dan Cawangan Kuching atau pos.

Cek, kiriman wang dan draf bank hendaklah dipalang dan dibayar kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501) yang boleh diperoleh di http://www.hasil.gov.my.

Bayaran melalui pos hendaklah dihantar secara berasingan daripada borang nyata. Bayaran TUNAI tidak boleh dibuat melalui pos.

(e) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online.

E4 Cukai terlebih bayar E2 tolak E1.

Selepas selesai pengiraan cukai sehingga Bahagian E, sila isi Bahagian ‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TF 2018.

BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

F1

Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan aset, dan isi juga ruang F2.

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

F2 Melaporkan pelupusan tersebut Kepada LHDNM

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum.

Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

BAHAGIAN G: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

G1

G3

Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan.

Contoh: Pendapatan faedah bagi tahun 2017 yang hanya diterima pada tahun 2018.

Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN H: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

H1a Baki kerugian tahun semasa

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa yang tidak diserap.

Amaun F dari Helaian Kerja HK-1.3.

H1b Baki kerugian tahun kebelakangan

Baki kerugian tahun sebelum yang tidak diserap dalam tahun semasa. Amaun C dari Helaian Kerja HK-1.3.

Page 12: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 11 -

H1c Kerugian hantar hadapan H1a campur H1b

Amaun G dari Helaian Kerja HK-1.3.

H1d Kerugian perintis

Kerugian perniagaan perintis hendaklah disimpan berasingan daripada kerugian perniagaan lain kerana ianya hanya boleh diserap oleh perniagaan pendapatan perintis sahaja.

Amaun diserap Masukkan amaun kerugian perintis yang telah diserap dalam ruang ini.

Amaun D dari Helaian Kerja HK-1.4.

Baki hantar hadapan Masukkan amaun baki kerugian yang belum diserap di ruang ini.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.4.

H2a

H2f

Elaun modal Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

Elaun Diserap Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa.

Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun H4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D.

Baki Hantar Hadapan Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun H5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D.

H3a – H3e MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

Seksyen 107A

Bayaran kontrak dalam tempoh asas kepada kontraktor bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan mengikut ACP 1967:

10% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh kontraktor tersebut

[Perenggan 107A(1)(a) ACP1967]

Campur

3% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut.

[Perenggan 107A(1)(b) ACP1967]

Seksyen 109

Bayaran faedah / royalti dalam tempoh asas kepada seseorang bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan adalah seperti yang ditetapkan dalam Bahagian II, Jadual 1 ACP 1967:

Faedah – 15% atas jumlah kasar

Royalti – 10% atas jumlah kasar

kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

Seksyen 109A

Bayaran dalam tempoh asas yang berkenaan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia oleh seseorang penghibur awam. Kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar (Bahagian II Jadual 1 ACP 1967).

Seksyen 109B

Bayaran jenis kelas khas di bawah peruntukan seksyen 4A ACP 1967 kepada seseorang bukan pemastautin dalam tempoh asas.

Kadar cukai pegangan seperti yang ditetapkan dalam Bahagian V, Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

Seksyen 109F

Bayaran kepada seseorang bukan pemastautin dalam tempoh asas berhubung perolehan atau keuntungan di bawah peruntukan perenggan 4(f) ACP 1967 yang diperoleh dari Malaysia. Kadar cukai pegangan adalah 10% atas jumlah kasar (Bahagian III, Jadual 1 ACP 1967).

JUMLAH KASAR DIBAYAR

Jumlah bayaran kasar yang dibuat sebelum apa-apa tolakan. JUMLAH CUKAI YANG DIPEGANG DAN DIREMIT KEPADA LHDNM

Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi.

Page 13: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 12 -

BAHAGIAN J: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN POTONGAN DUA KALI

J 1

J 5

Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 14 nota penerangan ini.

BAHAGIAN K: TUNTUTAN INSENTIF

K1 Elaun peningkatan eksport perkhidmatan

Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57/2002] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275/2006] untuk menentukan kelayakan; serta Helaian Kerja HK-1B / HK-1D untuk membuat pengiraan.

Amaun diserap Elaun yang diserap dalam tahun semasa.

Amaun J4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M7 dari Helaian Kerja HK-1D.

Baki hantar hadapan Baki elaun yang belum diserap (baki hantar hadapan).

Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M8 dari Helaian Kerja HK-1D.

K2

Perbelanjaan Jadual 4 Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.

BAHAGIAN L: MAKLUMAT KEWANGAN PERTUBUHAN

L1

L51

Masukkan butiran seperti disediakan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan serta Kunci Kira-Kira pertubuhan bagi tahun semasa dalam ruangan yang berkenaan.

L21A: Cukai input yang tidak boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Ini merujuk kepada amaun cukai input yang telah ditentusahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selepas pengauditan sebagai tidak layak dituntut daripadanya. Amaun cukai input yang telah ditentusahkan sebagai tidak layak dituntut ini boleh dibenarkan sebagai perbelanjaan di bawah ACP 1967. Masukkan amaun / bahagian amaun cukai input tersebut yang berkaitan dengan perbelanjaan bagi tahun taksiran semasa.

Subseksyen 91(6) ACP 1967.

BAHAGIAN M: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

M1

M6

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya pertubuhan ini mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan bagi tahun semasa.

AKUAN PENTADBIR UTAMA PERTUBUHAN

Hanya salah seorang pentadbir utama pertubuhan yang perlu melengkapkan ruangan ini. Walau bagaimanapun, kesemua pentadbir utama adalah bertanggungjawab secara bersama ke atas urusan percukaian pertubuhan berkenaan.

Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses dan Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada pertubuhan berkenaan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

No. Kelulusan Ejen Cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967

Bahagian ini perlu diisi, dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini.

Page 14: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 13 -

JADUAL CUKAI

KATEGORI

BANJARAN

PENDAPATAN BERCUKAI

(a)

PENGIRAAN

RM

(b)

KADAR

%

(c)

CUKAI

RM

(d)

A 0 - 5,000 5,000

pertama 0 0

B 5,001 - 20,000 5,000

15,000

pertama berikutnya

1 0

150

C 20,001 - 35,000 20,000 15,000

pertama berikutnya

3 150 450

D 35,001 - 50,000 35,000 15,000

pertama berikutnya

8 600

1,200

E 50,001 - 70,000 50,000 20,000

pertama berikutnya

14 1,800 2,800

F 70,001 - 100,000 70,000 30,000

pertama berikutnya

21 4,600 6,300

G 100,001 - 250,000 100,000 150,000

pertama berikutnya

24 10,900 36,000

H 250,001 - 400,000 250,000 150,000

pertama berikutnya

24.5 46,900 36,750

I 400,001 - 600,000 400,000 200,000

pertama berikutnya 25

83,650 50,000

J 600,001 - 1,000,000 600,000 400,000

pertama berikutnya 26

133,650 104,000

1,000,000 pertama 237,650

K Melebihi 1,000,000 Setiap ringgit berikutnya 28 ...............

KOD NEGARA

Sebahagian negara-negara yang dikenal pasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E untuk mendapatkan senarai lengkap.

Negara Negara Negara Negara

Negara Negara

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Page 15: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 14 -

KOD TUNTUTAN

ACP 1967 dan warta kerajaan yang berkenaan hendaklah dirujuk bagi menentukan kelayakan sebelum membuat sebarang tuntutan.

TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS

Kod Tuntutan

101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian / penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)

104 Perbelanjaan kebajikan

105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri

106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan atau warisan tempatan serta negara-negara asing:

terhad RM300,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan atau warisan negara asing

terhad RM700,000 bagi keseluruhan perbelanjaan

110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik

114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat

116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius

117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja

121 Potongan bagi hadiah komputer peribadi baru dan / atau fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja (tahun taksiran 2008 hingga 2010)

122 Kos membangunkan laman jaring

133 Perbelanjaan yang dilakukan bagi pembangunan dan pematuhan kursus baru oleh Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan pekerja

141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten (Tahun Taksiran 2010 hingga 2014)

146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Kumpulan Wang PPS)

148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais

149 Potongan bagi perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT

150 Potongan bagi promosi sekolah antarabangsa atau swasta

157 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai

POTONGAN SELANJUTNYA

Kod Tuntutan

201 Premium insurans bagi pengimportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 220/2012]

202 Penggajian bagi pekerja kurang upaya

204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang iperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 219/2012]

205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu (tidak termasuk kayu gergaji dan veneer) [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 218/2012]

208 Premium insurans bagi kredit eksport

212 Potongan bagi bayaran pengangkutan dari Sabah / Sarawak ke Semenanjung Malaysia

216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (tahun taksiran 2008 hingga 2015)

Page 16: Cukai Pendapatan Pertubuhan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TF2018_1.pdf · Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67

- 15 -

217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja

218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja (tahun taksiran 2009 hingga 2012)

219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful

220 Potongan bagi penyertaan dalam pameran kerjaya yang diluluskan

221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

223 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan gaji minimum

224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (tahun taksiran 2014 dan 2015)

POTONGAN DUA KALI

Kod Tuntutan

301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan

302 Sumbangan wang tunai kepada institut penyelidikan yang diluluskan atau bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut / syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak.

306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional

317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (tahun taksiran 2012 hingga 2017)