cpic 13 - perundingimej.com · format kursus penyampaian kursus ... pengambilan dan pengurusan staf...

10
Certified Professional Image Consultant (CPIC) PERUNDING IMEJ PR OFESIONAL KURSUS PENTAULIAHAN KURSUS INTENSIF 7 HARI YANG MEMBEKALKAN MODUL SERTA LATIHAN LENGKAP UNTUK MEMULAKAN KERJAYA SEBAGAI SEORANG PERUNDING IMEJ PROFESIONAL. 27 Januari - 3 Februari 2018 CPIC 13 Professional Image Consultant CPIC www.perundingimej.com

Upload: lenguyet

Post on 27-Aug-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Certified Professional Image Consultant (CPIC)

PERUNDING IMEJ PROFESIONALKURSUS PENTAULIAHAN

KURSUS INTENSIF 7 HARI YANG MEMBEKALKAN MODULSERTA LATIHAN LENGKAP UNTUK MEMULAKAN KERJAYA

SEBAGAI SEORANG PERUNDING IMEJ PROFESIONAL.

27 Januari - 3 Februari 2018

CPIC 13

Professional Image

Consultant

CPICwww.perundingimej.com

Program yang mengubah personaliti dan imej saya 100%. Pasti membantu anda membina kerjaya dari zero sehingga menjadi perunding imej yang berjaya.

Hana Aziani, CPIC Batch 2

Teruja! Setiap sesi pembelajaran bersama Puan Mary amat menyeronokkan. Setiap ilmu baru yang dipelajari boleh dipraktikkan serta-merta ke atas diri sendiri.

Harry Hamid, CPIC Batch 3 Aida Fasehah, CPIC Batch 4

Walaupun konten padat, dengan pendekatan yang segar dan menghiburkan, saya tidak melihat walaupun seorang peserta yang kelihatan bosan atau mengantuk sepanjang tempoh kursus yang Puan Mary kendalikan.

Faridzul Nasaruddin, CPIC Batch 5

Pentauliahan yang diberikan Puan Mary mampu menghasilkan perunding imej yang kompeten. Bimbingan dan material yang diberikan juga sangat lengkap!

Nurulisa Poli, CPIC Batch 6

Program yang menarik, Input yang sangat bermanfaat. Alatan dan bahan program yang mudah digunakan. Dan master trainer yang pastinya seorang yang sangat profesional dan pakar.

Bimbingan daripada Puan Mary yang sangat interaktif dan terperinci. Beliau juga sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat dari semasa ke semasa di mana anda tidak akan dapat dari mana master trainer sepertinya.

Nitti Shahera, CPIC Batch 7 Termizi Aziz, CPIC Batch 8

Amin Idris, CPIC Batch 1

Program yang pasti memberikan penerangan terperinci dan penuh interaktif tentang cara untuk membina kerjaya sebagai seorang perunding imej.

Anbalagan Alagasamy, CPIC Batch 10

Praktikal adalah perkataan yang tepat bagi program ini. Program komprehensif dengan kandungan modul yang tersusun. Bimbingan daripada Puan Mary juga amat membantu permulaan kerjaya CPIC.

TESTIMONI PESERTA KURSUS YANG KINI BERGELAR CPIC

2

Maslina Muhamad Doraji, CPIC Batch 9

Ini yang saya cari! Dimensi hidup saya berubah.Imej bukan sahaja berkaitan fesyen. Tapi bagaimana kita membawa diri. Personaliti individu yang berbeza membuatkan dunia ini penuh warna warni. Terima kasih Puan Mary!

"The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates" To be the best you have to be trained by the best. Thank you Puan Mary who has enlightened and inspired me through the CPIC program.

3

POTENSI KERJAYA SEORANG PERUNDING IMEJ

Seorang perunding imej boleh berurusan dengan individu atau kumpulan melalui sesi konsultansi atau perundingan. Malah, perunding imej juga boleh berurusan dengan klien peringkat korporat untuk melatih kumpulan individu tertentu di dalam organisasi.

Bagi syarikat dan organisasi, imej setiap staf melambangkan reputasi dan kredibiliti keseluruhan organisasi. Untuk itu perunding imej diperlukan untuk membina repu-tasi korporat bermula dengan program berbentuk bengkel dan kursus kepada para staf dalam topik penampilan, komunikasi dan etika.

Perunding imej juga boleh memilih untuk memenuhi keperluan kumpulan klien yang tertentu seperti ahli politik, personaliti media, penceramah profesional dan lain-lain. Terdapat juga perunding imej yang selesa untuk berurusan secara khusus sama ada hanya dengan lelaki, wanita, remaja atau kanak-kanak.

Melalui ilmu dan kemahiran yang ada pada seorang perunding imej yang terlatih, pel-bagai bidang boleh diceburi termasuk menjadi seorang jurucakap, penyelaras pertunju-kan fesyen, perunding pakaian, pendandan hijab, jurusolek, perunding etika, penyelaras protokol, pengusaha butik atau pakar penjenamaan korporat.

Potensi kerjaya seorang perunding imej adalah amat luas. Apa yang perlu diutamakan terlebih dahulu adalah mendapat latihan khusus bagi menyiapkan diri untuk menik-mati pulangan kerjaya sebagai perunding imej profesional yang dihormati dan dipan-dang tinggi.

4

TENTANG KURSUS PENTAULIAHAN CPIC

OBJEKTIF KURSUSSelepas tamat kursus ini, para peserta akan dapat:

• Memahami kesan imej yang terancang dalam kehidupan peribadi dan profesional• Menguasai kemahiran dan teknik asas sebagai perunding imej• Menjalankan program berkaitan imej, konsultansi korporat dan rundingan individu secara berstruktur dan profesional• Menilai keperluan dan potensi imej setiap klien• Memberi khidmat nasihat profesional kepada klien mengikut gaya dan keperluan klien• Memulakan kerjaya dalam bidang perundingan imej setelah tamat kursus dan ditauliahkan sebagai CPIC (Certified Professional Image Consultant) oleh pihak akademi

FORMAT KURSUS

Penyampaian kursus akan dijalankan seperti berikut:

Setiap peserta juga akan diuji kefahaman dan penguasaan kemahirannya sepanjang berkursus. Ujian akan dijalankan dalam bentuk berikut:

• Ceramah interaktif• Aktiviti berkumpulan• Tugasan individu• Latihan praktikal• Demonstrasi

• Ujian bertulis• Ujian kemahiran individu• Ujian kemahiran berkumpulan• Ujian penyampaian maklumat dan presentasi

Untuk mencapai tahap CPIC, setiap peserta wajib lulus kesemua ujian yang dijalankan.

Kursus ini akan memberi penekanan terhadap dua kategori modul, iaitu modul teras dan modul elektif. Modul teras adalah modul wajib mengandungi topik-topik yang mesti dikuasai oleh setiap peserta sebelum mendapat gelaran CPIC daripada pihak akademi.

Modul elektif pula adalah modul ekstra yang disediakan bagi membekalkan maklumat berkaitan pengurusan bisnes untuk berjaya dalam kerjaya sebagai perunding imej pro-fesional.

TENTANG KURSUS PENTAULIAHAN CPIC

5

MODUL KURSUS

MODUL TERAS MODUL ELEKTIF

1. Basic Principles of Professional Image Development2. Face Shape Analysis and the influence on Fashion and Style3. Body Shape Analysis and the influence on Fashion and Style4. Skin Care and Make-Up5. Principles of Men's Wear6. Principles of Women's Wear7. Fundamental Colour Analysis8. Wardrobe Management9. Personal Shopping

1. Modul sesi konsultasi untuk individu2. Modul sesi konsultasi untuk kumpulan kecil3. Modul untuk bengkel dan kursus (workshop) 4. Modul untuk ceramah dan seminar

Behaviour and Communication

Appearance Strategi pembinaan modul berkesan

Strategi menjayakan bisnes secara berterusan

1. Teknik penjenamaan bisnes dan diri2. Teknik memperkenalkan diri kepada pasaran3. Teknik mempromosikan dan memasarkan perkhidmatan

10. Social Etiquette11. Business Etiquette12. Dining Etiquette and Table Manners

6

KELEBIHAN KURSUS PENTAULIAHAN CPIC

Tanpa sebarang caj tambahan, setiap peserta kursus akan memperolehi:• Nota lengkap 12 modul kursus (bercetak dan soft copy)• Slaid lengkap 12 modul kursus (bercetak dan soft copy)• Tools/Alatan asas CPIC

Setiap modul yang dipelajari adalah setaraf dengan sukatan pembelajaran perunding imej profesional antarabangsa. Lebih menarik, setiap modul sudah diuji dan disusun mengikut penerimaan masyarakat Malaysia dan sektor korporat dalam negara.

Personal follow-up secara percuma selama 6 bulan daripada master trainer sendiri. Sesi follow-up ini dikendalikan secara online ataupun melalui pertemuan berjadual (by appointment) untuk membantu CPIC baru memulakan kerjaya dengan lebih lancar.

Dapat menghadiri kelas susulan untuk modul elektif secara percuma. Kelas ini ber-langsung selepas kursus pentauliahan CPIC dan bertujuan memberi pendedahan berkaitan bisnes perunding imej. Topik berkaitan membina pakejing untuk memasuki pasaran korporat turut dikongsikan.

Menjadi ahli kepada grup eksklusif CPIC di dalam Facebook dan Telegram. Grup ini menyediakan platform berkenalan, networking, perbincangan dan perkongsian fail serta dokumen yang bermanfaat untuk CPIC jadikan rujukan dalam menjalankan bisnes perunding imej.

Berpeluang mengikuti master trainer sebagai pembantu atau associate trainer dalam mengendalikan kursus di dalam dan luar negara. Peluang ini juga amat baik untuk mendapat bimbingan secara terus daripada master trainer dalam selok belok men-gendalikan program imej yang berkesan.

PROFIL MASTER TRAINER

Puan Mary menerima pentauliahan dan latihan intensif sebagai: • Perunding Imej Internasional (diiktiraf oleh Poise Image International, Singapore)• Perunding Gaya dan Warna – Master Level (diiktiraf Body Beautiful Institute, USA)• Perunding Gaya, Fesyen dan Warna bertauliah (diiktiraf ByFerial Training & Image Consulting, USA/Australia)• Konsultan Kerjaya bertauliah (Certified Career Coach, CCC, diiktiraf Expert Rating, U.S.A)• Trainer Bertauliah (Certified PSMB Trainer) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Kementerian Sumber Manusia.

Puan Mary, seorang guru imej yang tidak asing lagi, beliau mempunyai pengikut (followers) lebih 70,000 di Facebook dan sering menjadi rujukan utama oleh individu dan organisasi yang mahu mendalami ilmu imej. Kredibiliti beliau turut menjadi faktor beliau kerap diundang berkongsi di media seperti Astro, RTM, TV3, TV Alhijrah, Harian Metro dan lain-lain.

7

Pernah berkhidmat dalam bidang insurans dan perbankan, beliau pernah diberikan tanggungjawab mengurus dan melatih para kakitangan, barisan pegawai khidmat pelanggan dan para pegawai insurans seluruh Malaysia yang berjumlah hampir 17,000 orang. Beliau juga pernah terlibat dalam proses pemilihan, pengambilan dan pengurusan staf serta pemegang biasiswa sepanjang karier beliau dalam pembangunan sumber manusia. Beliau kemudiannya bergerak lebih jauh dengan menceburkan diri sepenuh masa dalam bidang penyediaan modul, penganjuran kursus dan latihan berkaitan imej dan kerjaya melalui syarikat Training Cube International Sdn. Bhd. (TCISB). Klien beliau terdiri daripada syarikat-syarikat korporat serta swasta, rangkaian hotel, kerajaan dan agensi-agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi, di dalam dan di luar negara. Beliau kini juga merupakan master trainer Akademi Perunding Imej Profesional – sebuah akademi yang memberi tumpuan untuk memberi latihan intensif kepada individu yang berminat untuk menjadi perunding imej profesional. Akademi ini turut mempunyai program umum yang menekankan aspek pembangunan penampilan, etiket dan komunikasi. Sehingga kini, melalui kursus popular anjuran akademi beliau iaitu Train-The-Trainer: Certified Professional Image Consultant (TTT: CPIC) dan Certification Course: Certified Men’s Image Consultant (CC: CMIC), beliau telah melatih seramai 126 orang CPIC dan 8 orang CMIC. Selain komited dengan kerjaya, Puan Maryanni turut aktif dalam persatuan profesional. Bagi penggal 2013-2015, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden Komunikasi kepada Association of Image Consultants International (AICI) – sebuah pertubuhan perunding imej antarabangsa yang berkaliber dan dianggotai oleh perunding imej profesional seluruh dunia. Beliau juga merupakan ahli profesional kepada Profesional Association of Resume Writers dan Career Coaches (PARWCC) – sebuah badan antarabangsa yang berprestij dalam bidang konsultansi kerjaya. Beliau kini turut memegang jawatan sebagai Exco Korporat kepada Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Beliau dikenali dengan pendekatan yang praktikal dan bertenaga dalam penyampaiannya. Beliau menitikberatkan interaksi bersama peserta dan memiliki karakter yang amat menyenangkan. Kualiti dan keunikan program yang dikendalikan oleh beliau dibuktikan melalui testimoni positif yang sentiasa beliau terima daripada peserta-peserta program kendalian beliau.

PROFIL PEMBANTU TRAINER

Pendedahan beliau terhadap industri yang berbeza telah menjadikan beliau lebih terperinci dalam tugasan, menyusun maklumat dengan lebih berstruktur dan gaya pemikiran yang lebih bersistematik. Dengan minat yang mendalam terhadap industri imej, maka beliau telah mengambil persijilan sebagai Perunding Imej Profesional Bertauliah (CPIC) dan Perunding Imej Lelaki Bertauliah (CMIC) di bawah Akademi Perunding Imej Profesional. Beliau juga menjadi seorang ahli bersekutu di bawah Institut Pengurusan Malaysia.

Beliau kini berkhidmat dengan Training Cube International Sdn. Bhd, sebuah syarikat latihan yang mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam modul dan latihan pembangunan soft-skill. Beliau juga berada di bawah pantauan sepenuhnya oleh seorang guru imej yang dikenali ramai di Malaysia iaitu Puan Mary.

En. Asnawi Yusof merupakan seorang Perunding Imej Profesional Bertauliah di bawah latihan Akademi Perunding Imej Profesional. Sebelum melangkah ke industri latihan imej, beliau telah memperoleh pengajian formal dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknologi PETRONAS, Perak.

8

Beliau telah dilatih secara intensif dengan modul pembangunan seperti berikut:

- Pengurusan Penampilan dan Imej Profesional

- Membina Penampilan Kerja yang Efektif

- Memilih Gaya Penampilan Mengikut Personaliti

- Etika Bisnes dan Sosial

- Etika Makan Profesional

- Seni pemakaian Bagi Lelaki dan Wanita

- Komunikasi Efektif di Tempat Kerja

- Perkhidmatan Pelanggan

En. Asnawi juga mampu menyampaikan program dan membangunkan modul dalam pembinaan

kerjaya graduan. Beliau telah memberikan khidmat latihan dan nasihat kepada ramai graduan dan

individu yang mencari kerjaya bersesuaian terhadap minat diri. Beliau juga berkemampuan meng-

gunakan ujian personaliti kerjaya dalam mengenali diri untuk mencapai cita-cita yang dicari.

Dengan maklum balas yang baik oleh para peserta, beliau lebih dikenali sebagai seorang yang

energetik, bersemangat dan profesional. Gaya beliau yang santai dan mudah mesra menjadi

latihan dan konsultasi bukan sahaja lebih efektif, malah diingati oleh para peserta yang menghadiri

latihan beliau.

9

BORANGPENDAFTARAN

Nama Penuh :

No. Kad Pengenalan :

E-mel :

Profesyen Terkini :

Nama Syarikat/Majikan :

Alamat Surat Menyurat :

No. Telefon Pejabat :

No. Telefon Bimbit :

MAKLUMAT PESERTA

MAKLUMAT YURAN

Yuran asal, RM8,990.00 seorang (termasuk 6% GST)

Yuran istimewa, RM6,990.00 seorang (termasuk 6% GST)*

* khas untuk individu yang mendaftar sebelum 31 Disember 2018

* pendaftaran perlu dikemukakan dengan deposit sebanyak RM1,000.00 sahaja

MAKLUMAT PEMBAYARAN (Mohon tandakan √ di kotak yang berkaitan)

Cek Berpalang atau Draf Bank

Bayaran melalui akaun/ATM/Online Banking

Bayaran Menggunakan Kad Kredit

No. Cek atau Draf Bank :

Nama Bank / Cawangan :

Tarikh Urusniaga :

No. Rujukan :

Bayaran Perlu Dibuat Ke:

Nama Akaun:

TRAINING CUBE

INTERNATIONAL SDN. BHD.

No. GST: 000976740352

No. Akaun:

860-090-764-2

Bank: CIMB Bank

Kami menawarkan pembayaran ansuran mudah 6 atau 12 bulan bagi pengguna kad kredit CIMB. Hubungi 03-42873564 atau 019-4701610 untuk maklumat lanjut.

TERMA, SYARAT DAN POLISI PEMBATALAN

Saya telah membaca dan memahami terma dan syarat serta menerima syarat-syarat yang terkandung di dalamnya.

Dengan menghantar borang ini, saya mengesahkan semua maklumat yang dinyatakan adalah benar dan saya bersedia memberi komitmen untuk menjadi seorang CPIC (Certified Professional Image Consultant).

1

2 Seandainya berlaku pembatalan atau penarikan diri selepas pembayaran deposit dan pengesah-an pendaftaran, deposit komitmen tidak akan dipulangkan.

3 Peserta ganti adalah dibenarkan tanpa caj tambahan. Penggantian peserta perlu dimaklum-kan secara bertulis kepada pihak penganjur sele-wat-lewatnya 7 hari sebelum program berlangsung.

4 Baki yuran setelah ditolak jumlah deposit henda-klah dijelaskan selewat-lewatnya dua minggu sebelum program berlangsung.

Deposit komitmen sebanyak RM 1,000.00 mesti dijelaskan semasa pendaftaran. Pendaftaran hanya akan disahkan setelah deposit tersebut diterima oleh pihak penganjur.

5

6 Peserta yang sudah disahkan pendaftaran dan telah menjelaskan yuran penuh tetapi tidak menghadirkan diri, yuran tidak akan dikemba-likan.

7 Pihak penganjur berhak menukar lokasi program, menjadualkan semula atau membatalkan program, sekiranya perlu. Namun jika terdapat sebarang perubahan, pihak penganjur akan memaklumkan seawal yang mungkin.

Sekiranya peserta gagal menjelaskan baki yuran sebelum program berlangsung, pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan tersebut dan deposit komitmen tidak akan dikembalikan.

10

PENGESAHAN PENDAFTARAN

Nama Peserta Tandatangan Tarikh