cover portal pengguna.ai

42
www.townplan.gov.my Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia MANUAL PENGGUNA PORTAL GUNATANAH JPBD SEMENANJUNG MALAYSIA (LANDUSE PORTAL) Bahagian Maklumat Gunatanah Negara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jalan Cenderasari 50646 Kuala Lumpur Tel: 03-26989211 Faks : 03-2692 9994 Email: [email protected] Url: http://www.townplan.gov.my

Upload: hatuyen

Post on 30-Jan-2017

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

www.townplan.gov.my

Jabatan Perancang Bandar dan DesaSemenanjung Malaysia

MANUAL PENGGUNA PORTAL GUNATANAH JPBD SEMENANJUNG MALAYSIA

(LANDUSE PORTAL)

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jalan Cenderasari 50646 Kuala Lumpur

Tel: 03-26989211 Faks : 03-2692 9994Email: [email protected]

Url: http://www.townplan.gov.my

Page 2: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Tarikh Terbitan : November 2010

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jalan Cenderasari 50646 Kuala Lumpur

Tel: 03-26989211 Faks : 03-2692 9994

Hak Cipta Terpelihara

BBahagian Maklumat Gunatanah Negara

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan kedalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar sertarakaman dan sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,

Semenanjung Malaysia terlebih dahulu

CETAKAN PERTAMA

Page 3: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia i

Page 4: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia ii

Page 5: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia iii

Page 6: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

iv Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Senarai Singkat Kata

ctrl - Control *doc - Microsoft Word Document gif - Graphics Interchange Format ie7 - Internet Explorer 7 id - Identification IP - Indicator Plan JPBD - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa *pdf - Portable Document Format RFN - Rancangan Fizikal Negara RSN - Rancangan Struktur Negeri RTD - Rancangan Tempatan Daerah url - Uniform Resource Locutor *xls - Microsoft Excel Document

Page 7: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

MANUAL PENGGUNA PORTAL GUNATANAH JPBD SEMENANJUNG MALAYSIA

(LANDUSE PORTAL)

Page 8: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

1

1.0 PENGENALAN

Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal) adalah merupakan sebuah portal interaktif data geospatial bagi maklumat gunatanah di Malaysia. Portal ini memberi tumpuan kepada carian maklumat gunatanah bagi kajian Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri dan juga Rancangan Tempatan Daerah yang telah diwartakan. Selain daripada itu, beberapa carian maklumat lain juga turut ditawarkan di dalam portal ini untuk kemudahan pengguna.

Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal) ini telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan pengguna di dalam capaian maklumat guna tanah semasa untuk tujuan perancangan, pembangunan, pentadbiran dan pengurusan tanah, penyelidikan, pendidikan, pemantauan serta meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan JPBD kepada masyarakat luar.

Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal) ini telah dibangunkan secara web-based bertujuan bagi mempertingkatkan produktiviti dan sistem penyampaian perkhidmatan JPBD kepada orang awam, menyediakan sistem pengguna dan penyebaran maklumat gunatanah JPBD secara online, merealisasikan konsep e-kerajaan serta memusatkan maklumat gunatanah bagi kajian rancangan pemajuan dalam satu portal.

Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal) ini boleh dilayari pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, tanpa proses pendaftaran, fungsi carian gunatanah sehingga lot, boleh disimpan dalam format *gif dan banyak lagi.

1.1 Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Rajah 1.0 menunjukkan laman utama Portal Gunatanah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) dan ianya boleh dicapai melalui urlhttp://www.townplan.gov.my/LandusePortal

Rajah 1.0 : Laman Utama

Pada halaman utama ini terdapat 4 butang menu utama dan juga 4 butang menu pautan.

MenuUtama

MenuPautan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Page 9: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 2

1.2 Laman Utama

Secara default, laman ini (Lihat Rajah 1.0) akan dipaparkan apabila pengguna mencapai laman web di url seperti yang dinyatakan.

1.3 Portal Gunatanah JPBD

Pautan ini akan memaparkan halaman bagi ringkasan sistem Portal Gunatanah JPBD (Lihat Rajah 1.1).

Rajah 1.1 : Portal Gunatanah JPBD

1.4 Panduan Pengguna

Pautan ini memaparkan panduan pengguna (Lihat Rajah 1.2) untuk konfigurasi pop-up-blocker bagi pelayar ie7 dan ke atas.

Rajah 1.2 : Konfigurasi Pop-up-Blocker

Page 10: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

3 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

1.5 Hubungi Kami

Pautan ini membawa pelayar ke laman hubungi kami bagi mendapatkan maklumat berhubung potral gunatanah selain sebagai medium untuk pelayar mengutarakan sebarang pertanyaan.

1.6 Capaian Kertas Kerja

Pautan ini (Lihat Rajah 1.3) membenarkan pengguna untuk mencapai kertas kerja dalam format *.pdf mengikut tajuk yang tertera di pautan tersebut.

Rajah 1.3 : Capaian Kertas Kerja

1.7 Manual/Format GIS

Pautan ini (Lihat Rajah 1.4) mengandungi pautan fail dalam format *.doc dan *.xls. Ia juga menyediakan beberapa jenis unjuran peta Malaysia yang boleh dimuat turun oleh pelayar atau pengguna.

Rajah 1.4 : Manual/ Format GIS

Page 11: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 4

1.8 Hyperangkai

Pautan ke laman-laman geoportal yang lain.

Rajah 1.5 : Hyperangkai

1.9 Penafian

Pautan ini (Lihat Rajah 1.6) menyatakan penafian pihak JPBDSM di mana ia tidak akan menanggung sebarang liabiliti ke atas apa-apa kerugian, kerosakan, kecederaan dan lain-lain risiko akibat daripada penggunaan maklumat di dalam portal gunatanah ini.

Rajah 1.6 : Penafian

Selain itu, terdapat ruang pemberitahuan maklumat terkini yang terdapat di JPBDSM (Lihat Rajah 1.7)

Rajah 1.7 : Paparan Maklumat Terkini

Page 12: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

5 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2.0 KAEDAH MUDAH MELAYARI PORTAL GUNATANAH JPBD SEMENANJUNG MALAYSIA (LANDUSE PORTAL)

2.1 Login Portal Gunatanah

Portal Gunatanah JPBDSM menyediakan dua jenis capaian iaitu capaian untuk pengguna umum dan juga capaian untuk pengguna berdaftar (Lihat Rajah 2.0).

Rajah 2.0 : Jenis Capaian Pengguna

2.1.1 Pengguna Umum

Bagi capaian pengguna umum, pengguna hanya perlu klik pada perkataan “Sila klikdi sini”. Perbezaan capaian di antara pengguna umum dengan pengguna berdaftar adalah pengguna umum tidak boleh menggunakan fungsi markup, menjana statistik, pengurusan sistem dan juga fungsi tukar password.

Fungsi-fungsi yang disediakan untuk pengguna umum akan diterangkan secara lebih terperinci di dalam penerangan kemasukan pengguna berdaftar.

2.1.2 Pengguna Berdaftar

Pengguna berdaftar perlulah mendaftar terlebih dahulu dengan pihak pengurusan sistem portal gunatanah JPBDSM untuk mendapatkan id pengguna (Login ID) dan katalaluan (Password).

Rajah 2.1 : Capaian Pengguna Berdaftar

i. Masukkan id pengguna, katalaluan dan tekan butang login.ii. Sekiranya login berjaya maka paparan seperti di Rajah 2.2 akan dipaparkan

dan sebaliknya jika tidak berjaya maka ralat iaitu invalid login akan terpapar.

Page 13: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 6

Rajah 2.2 : Paparan *.gif

Peta

MenuToolbar buttons Zoom &, pan control

Status bar Menu admin

Page 14: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

7 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

3.0 FUNGSI-FUNGSI UTAMA PORTAL GUNATANAH

3.1 Menu *.gif

Menu *.gif mempunyai 5 kategori iaitu;

i. Rancangan Fizikal Negara (RFN) ii. Rancangan Struktur Negeri (RSN) iii. Rancangan Tempatan Daerah (RTD) iv. Carian Lot v. Carian Pelbagai

3.1.1 Rancangan Fizikal Negara (RFN)

Menu ini mengandugi 2 jenis maklumat iaitu;

i. Maklumat Gunatanah 2001 yang mengandungi maklumat berkenaan dengan gunatanah di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2001.

ii. Maklumat Pelan Indikatif yang mengandungi maklumat berkenaan pelan-pelan indikatif (Lihat Rajah 3.0).

Rajah 3.0 : Senarai Maklumat Gunatanah 2001

Page 15: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 8

a. Gunatanah 2001

Rajah 3.1 : Gunatanah 2001

• Untuk mendapatkan maklumat atribut gunatanah, pilih simbol dan klik pada bahagian peta yang dikehendaki.

• Hasilnya paparan seperti pada Rajah 3.2 akan terpapar.

Rajah 3.2 : Maklumat Gunatanah 2001

b. Pelan Indikatif

Sila klik pada perkataan IP1-National Spatial Framework 2020 untuk memaparkan maklumat IP1 dan peta yang berkenaan akan dipaparkan (Lihat Rajah 3.3).

Sila klik pada perkataan Gunatanah 2001 untuk mendapatkan maklumat gunatanah Semenanjung Malaysia, 2001 (Lihat Rajah 3.1).

Page 16: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

9 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 3.3 : Pelan Indikatif- IP1 National Spatial Framework 2020

3.1.2 Rancangan Struktur Negeri (RSN)

Rajah 3.4 : Senarai Rancangan Struktur Negeri

Menu ini akan memaparkan peta Rancangan Struktur Negeri (RSN) mengikut negeri seperti di Rajah 3.4 di bawah.

i. Klik pada negeri yang dikehendaki dan peta Rancangan Struktur Negeri (RSN) negeri tersebut akan dipaparkan.

ii. Klik pada legend untuk memaparkan petunjuk yang mewakil setiap jenis gunatanah.

iii. Paparan peta Rancangan Struktur Negeri (RSN) beserta petunjuk akan dipaparkan (Lihat Rajah 3.5)

Page 17: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 10

Rajah 3.5 : Peta RSN Negeri Kedah

3.1.3 Rancangan Tempatan Daerah (RTD)

Menu ini akan memaparkan peta Rancang Tempatan Daerah (RTD) mengikut negeri dan daerah yang dipilih.

i. Klik pada negeri yang dipilih (Lihat Rajah 3.6 di bawah)

Rajah 3.6 : Senarai Pilihan Rancangan Tempatan

ii. Kemudian pilih daerah yang dikehendaki di bahagian pilihan daerah. Hanya daerah-daerah di dalam negeri yang dipilih sahaja akan dipaparkan pada pilihan daerah seperti di Rajah 3.7 di bawah.

Page 18: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

11 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 3.7 : Senarai Pilihan Daerah

iii. Setelah memilih daerah, tekan butang cari dan peta Rancangan Tempatan Daerah (RTD) yang dikehendaki akan dipaparkan. Lihat contoh seperti di Rajah 3.8 di bawah.

Rajah 3.8 : RTD Kota Setar, Kedah

iv. Klik perkataan legend pada menu carian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) untuk memaparkan legend Rancangan Tempatan Daerah (RTD) yang berkenaan.

3.1.4 Carian Lot

Dengan menggunakan aplikasi carian lot, pengguna boleh memilih negeri, daerah, mukim dan seksyen dari butang drop down yang disediakan. Langkah seterusnya, pengguna perlu memasukkan nombor lot yang dikehendaki pada petak nombor lot yang disediakan (Lihat Rajah 3.9).

Semua petak maklumat yang dipaparkan adalah mandatori untuk diisi. Oleh yang demikian, bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai seksyen, pengguna hanya perlu menetapkan angka 000 pada petak maklumat seksyen yang ditunjukkan.

Page 19: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 12

Rajah 3.9 : Petak Maklumat Carian Lot

i. Klik pada butang cari, sekiranya semua maklumat yang dimasukkan adalah memenuhi kriteria ditetapkan, maklumat berkenaan lot tanah tersebut akan dipaparkan di atas peta (Lihat Rajah 3.10).

Rajah 3.10 : Contoh Hasil Carian Lot

3.1.5 Carian Pelbagai

Aplikasi carian pelbagai menyediakan kemudahan carian pilihan dalam bentuk fizikal seperti yang ditunjukkan di Rajah 3.11.

Page 20: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

13 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 3.11 : Senarai Pilihan Carian Pelbagai

i. Klik pada jenis carian pilihan yang dikehendaki. ii. Untuk pilihan carian pelbagai, selain Rangkaian Jalan dan Indeks

peta, satu pop-up window kecil akan dipaparkan bagi membolehkan pengguna memilih nama dari senarai yang dipaparkan dalam senarai pilihan seperti Rajah 3.12 di bawah.

Rajah 3.12 : Senarai Pilihan Bagi Carian Stadium

iii. Setelah memilih dari butang pilihan, klik pada butang [Cari]. iv. Peta akan dipaparkan berdasarkan kepada carian yang dipilih

berserta dengan maklumat berkaitan. Lihat contoh seperti di Rajah 3.13.

v. Pengguna boleh klik pada butang untuk mengaktifkan layer tersebut ataupun sebaliknya.

Page 21: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 14

Rajah 3.13 : Carian Stadium Shah Alam

Rajah 3.14 : Paparan Carian Indeks Peta

Bagi Carian Pelbagai [Indeks Peta], ianya mempunyai pop-up window berlainan yang mana pengguna perlu memasukkan nombor Index di dalam petak maklumat yang dipaparkan. Berikut adalah langkah-langkah bagi menggunakan Carian Indeks Peta;

i. Klik [Indeks Peta] dan satu pop-up window seperti di Rajah 3.14 di bawah akan terpapar.

ii. Pilih indek negeri dari butang pilihan dan masukkan nombor index peta pada ruang yang disediakan. Sekiranya pengguna tidak memasukkan nombor tersebut, maka seluruh indek peta untuk negeri yang dipilih akan dipaparkan. Lihat contoh paparan indek tanpa nombor indek peta di dalam Rajah 3.15.

Page 22: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

15 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 3.15 : Paparan Hasil Carian Indeks Peta

3.2 Toolbar

Aplikasi toolbar merupakan fungsi asas yang biasa digunakan dalam setiap aplikasi “*gif”. Ikon-ikon yang digunakan adalah merupakan ikon sedia ada yang biasa terdapat di dalam perisia-perisian ”*gif” seperti zoom in, zoom out, zoom previous, print dan link to google earth. Selain daripada itu, terdapat juga ikon-ikon lain yang direkabentuk bersesuian dengan fungsi aplikasi yang dibangunkan seperti markup dan statistik.

3.2.1 Ringkasan Toolbar

Berikut adalah ikon serta fungsi-fungsi ikon (Rajah 3.16)yang disediakan di dalam aplikasi toolbar Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal).

Page 23: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 16

Rajah 3.16 : Ikon-ikon Toolbar

3.2.2 Cara Penggunaan Toolbar

i. Cetak Halaman

Membolehkan pengguna mencetak halaman peta serta membuat setup ke atas peta yang akan dicetak. Berikut adalah kaedah yang perlu diikuti dalam proses mencetak halaman.

Page 24: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

17 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 3.17 : Paparan Arahan Aplikasi Cetak Halaman

• Masukkan tajuk peta dan tandakan pada legend serta North arrow untuk memaparkan legend dan petunjuk arah di dalam peta atau sekiranya anda tidak memerlukan legend dan petunjuk arah, sila kosongkan ruangan tersebut.

• Klik arahan Create Page dan print preview halaman peta akan terpapar.

• Pilih file dalam menu pelayar (browser) dan pilih Print untuk proses mencetak. Lihat Rajah 3.18 di bawah.

Rajah 3.18 : Mencetak Halaman Peta

ii. Kira Jarak

Fungsi ini membolehkan pengguna mengukur jarak sesuatu tempat dengan kaedah melukis segmen garisan Berikut adalah kaedah yang perlu dibuat dalam proses mengira jarak secara interaktif di atas peta.

• Klik pada ikon untuk mengaktifkan fungsi ini dan dialog boxseperti di Rajah 3.18 akan dipaparkan.

Page 25: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 18

Rajah 3.19 : Paparan Aplikasi Kiraan Jarak

• Klik di atas peta untuk menentukan titik permulaan dan titik akhir. • Klik butang stop untuk menghentikan garisan jarak pengiraan.

Sila lihat contoh pada Rajah 3.20 di bawah.

Rajah 3.20 : Kaedah Menanda Kiraan Jarak

• Anda boleh menukar unit pengukuran dengan cara klik pada butang kanan tetikus dan pilih View Options.

• Viewer Options akan dipaparkan di dalam Task Panel di sebelah kanan tetingkap. Sila lihat pada Rajah 3.21 di bawah.

Rajah 3.21 : Viewer Options Aplikasi Kiraan Jarak

Page 26: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

19 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

• klik pada butang pilihan untuk menentukan unit pengukuran yang dikehendaki.

• Tekan butang Save

iii. Kira Luas

Fungsi ini membolehkan keluasan bagi sesuatu kawasan pada peta diukur. Berikut adalah kaedah yang perlu dibuat dalam proses mengira keluasan secara interaktif di atas peta.

• Klik pada ikon untuk mengaktifkan fungsi. • Lukis polygon di atas peta di sekeliling kawasan yang hendak

diukur. • Tekan butang ctrl dan klik pada titik terakhir kawasan yang

berkenaan untuk mendapatkan hasil pengiraan keluasan. • Pop-up window akan memaparkan keluasan yang telah diukur.

Sila lihat contoh di Rajah 3.22 di bawah.

Rajah 3.22 : Hasil Pengukuran Keluasan

iv. Previous View

Klik pada ikon dan paparan pada kawasan peta akan kembali kepada paparan sebelumnya sepertimana di dalam sejarah paparan (view history).

v. Next View

Klik pada ikon untuk pergi ke paparan seterusnya sepertimana di dalam sejarah paparan (view history)

Page 27: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 20

vi. Initial Map View

Klik pada ikon untuk zoom ke keluasan awal pada peta yang telah ditetapkan.

vii Zoom To Rectangle

• Klik pada ikon untuk mengaktifkan fungsi. • Klik dan heret (drag) kursor untuk membentuk kawasan empat

segi di atas peta. • Lepaskan butang tetikus dan kawasan pada peta yang dipilih

akan terpapar.

viii Zoom In

• Klik pada ikon untuk mengaktifkan fungsi. • Klik di atas peta untuk paparan peta yang lebih besar. • Titik klik akan menjadi titik pusat kepada pandangan baru.

ix. Zoom Out

• Klik pada ikon untuk mengaktifkan fungsi. • Klik di atas peta untuk paparan peta yang lebih kecil. • Titik klik akan menjadi titik pusat kepada pandangan baru.

x. Select

• Klik pada ikon untuk mengaktifkan fungsi. • Pilih feature pada peta dengan klik (untuk pilihan satu feature)

atau heret (dragging) pada feature-feature lain yang dikehendaki (multiple selection).

• Ia juga berfungsi sebagai ikon utama untuk memaparkan maklumat bagi pilihan tunggal (single selection). Lihat Rajah 3.23 di bawah.

Rajah 3.23 : Aplikasi Select

Page 28: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

21 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

xi. Clear Selection

Klik pada ikon untuk memadamkan semua objek peta yang telah dipilih.

xii. Pan

Klik pada ikon untuk menahan (hold) peta atau untuk menggerakannya ke semua arah bagi melihat kawasan di sekeliling paparan.

xiii. Link To Google

Fungsi ini boleh digunakan sekiranya perisian google earth telah dipasang (install) di komputer pengguna. Sekiranya perisian google earth belum dipasang (install) ke komputer pengguna, sila muat turun perisian yang berkenaan di laman web http://earth.google.com/.

Fungsi link to google boleh digunakan melalui dua cara iaitu;

a. Papar Tanpa Pilihan Feature (Feature Selection)

• Anda perlu zoom ke kawasan yang dikehendaki.

• Klik pada ikon dan satu dialog box seperti di Rajah 3.24 di bawah akan dipaparkan.

Rajah 3.24 : Arahan Aplikasi Google

• Klik pada ikon Open With Google Earth (default) dan tekan butang OK.

• Google earth akan membawa paparan ke kawasan yang sama sepertimana pada peta di aplikasi gunatanah yang dilayari. Sila lihat contoh di Rajah 3.25 di bawah.

Page 29: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 22

Rajah 3.25 : Pautan Goole Earth Tanpa Feature Selection

b. Papar Dengan Pilihan Feature

• Klik feature pada peta untuk membuat pilihan, dan kemudian klik ikon .

• Feature yang dipilih akan dipaparkan pada Google Earthseperti di Rajah 3.26 di bawah.

Rajah 3.26 : Pautan Goole Earth Dengan Feature Selection

xiv. Statistik

Fungsi ini hanya boleh dicapai oleh pengguna berdaftar sahaja. Ianya digunakan untuk menjana statistik dalam bentuk berbentuk carta pai.

• Klik pada ikon dan satu window baru akan dipaparkan. • Terdapat tiga jenis kategori gunatanah yang disediakan iaitu

RFN, RSN dan RTD. Anda boleh memilih mana-mana pelan bagi kategori gunatanah rancangan tersebut dan tekan butang papar. Lihat pada Rajah 3.27 di bawah.

Page 30: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

23 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 3.27 : Paparan Pada Aplikasi Statistik

• Hasil dari pilihan adalah seperti di Rajah 3.28 di bawah.

Rajah 3.28 : Carta Pai Aplikasi Statistik

xv. Markup

Aplikasi Markup membolehkan pengguna membuka, memadam, meminda atau membuat lapisan baru pada peta atau pelan di dalam portal sekiranya perlu.

• Manage Markup boleh dibuat dengan cara memilih ikon dan paparan sepertimana Rajah 3.29 akan dipaparkan.

Page 31: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 24

Rajah 3.29 : Manage Markup Form

• Pilih layer markup, dan klik Open untuk menambah markup ke peta atau klik New bagi membuat markup layer yang baru.

• Sekiranya anda memilih New, maka kotak dialog New Markup Layer seperti di Rajah 3.30 akan dipaparkan di ruang menu ”*gif”.

• Masukkan nama untuk markup layer anda dan tetapkan titik, garisan, poligon, dan label styles.

A

B

Create New / Open / Delete & refresh

Highlight a layer name and click edit

Page 32: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

25 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 3.30 : New Markup Layer Form

• Setelah membuka atau membuat markup layer, pilih bahagian bawah Manage Markup dan klik Open untuk memaparkan EditMarkup form.

• Gunakan perkakas (tools) pada form ini untuk mendigit (digitize) markup feature yang baru, memadam markup dan mengemas kini nilai teks yang berkaitan dengan featuremarkup tersebut.

• Sekiranya anda memilih Edit, pilih samada poligon, point atau line. Sila rujuk pada Rajah 3.31.

Membuat setup style

Masukkan nama markup

Page 33: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 26

Rajah 3.31 : Edit Markup

• Pengguna boleh memilih polygon untuk membuat markup di atas peta. Tekan butang ctrl serta klik pada butang kanan tetikus untuk menutup polygon tersebut. Hasilnya dialog boxseperti di Rajah 3.32 di bawah akan dipaparkan.

Rajah 3.32 : Contoh Label Pada Aplikasi Markup

• Masukkan label markup (utk dipaparkan atas peta), tekan OK dan paparan seperti di Rajah 3.33 akan dipaparkan.

Page 34: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

27 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 3.33 : Kandungan Label Markup

• Masukkan keterangan untuk markup yang telah diwujudkan. Tekan pada butang OK dan markup akan dipaparkan seperti di Rajah 3.34 di bawah.

Rajah 3.34 : Label Markup Di Atas Pelan

• Pilih markup menggunakan ikon , klik dan maklumat berkenaan markup akan dipaparkan

Rajah 3.35 : Paparan Maklumat Markup

Page 35: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 28

xvi Help

Help berfungsi sebagai panduan kepada pengguna-pengguna berkenaan dengan kaedah betul menggunakan aplikasi portal gunatanah ini secara keseluruhannya.

• klik pada ikon dan satu tetingkap (window) baru akan dipaparkan.

• Pilih maklumat yang dikehendaki berdasarkan kepada kategori yang di senaraikan dan ikuti arahan selanjutnya.

Page 36: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

4.0 PENTADBIR SISTEM

Pentadbir sistem Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal) disediakan dengan satu menu khas agar individu yang terlibat dapat mengurus, mentadbir dan juga mengawal capaian pengguna luar ke aplikasi portal ini untuk tujuan pengemaskinian. Terdapat 2 submenu yang disediakan bagi pentadbir sistem ini iaitu;

• Pengurusan Sistem • Tukar Password.

i. Klik pada Pengurusan Sistem yang terdapat di sebelah bawah menu ”*gif”.

ii. Laman User Management seperti di Rajah 4.0 di bawah akan dipaparkan.

Rajah 4.0 : Paparan Muka Pentadbir Sistem

iii. Terdapat 3 menu utama di laman ini iaitu;

• Pengurusan Pengguna (User Management) • Pengurusan Kelompok (Group Management) • Log Pengguna (User Log)

4.1 Pengurusan Pengguna (User Management)

Menu ini digunakan untuk menambah / mengemaskini rekod pengguna.

4.1.1 Tambah Pengguna Baru

i. Klik pada Add New User, dan dialog box seperti di Rajah 4.1 di bawah akan dipaparkan.

Rajah 4.1 : Paparan Aplikasi Tambahan Pengguna Baru

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

29 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

To add new/adit group, click Group Management

Add New User

Fullname

Agency/Dept.

Username

Password

Group

Save Cancel

[Select Group]

Page 37: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 30

ii. Sebelum menambah pengguna baru, pastikan Group pengguna ada di dalam senarai pilihan. Jika tiada, sila wujudkan Group baru pada Group Management terlebih dahulu (Rujuk Rajah 4.2) dan kemudian kembali semula ke bahagian ini.

iii. Jika Group telah dikenalpasti, anda boleh menambah maklumat pengguna dan kemudian simpan (Save).

4.1.2 Kemaskini Pengguna

i. Klik pada ikon untuk mengemaskini maklumat pengguna. Sila lihat Rajah 4.2 seperti di bawah untuk mengemaskini maklumat pengguna yang berkenaan.

Rajah 4.2 : Mengemaskini Maklumat Pengguna

ii. Reset Password - Menu ini digunakan untuk menentukan semula katalaluan (password) bagi pengguna-pengguna yang terlupa/hilang katalaluan mereka.

iii. Group - Menu ini digunakan untuk menukar kumpulan pengguna.

4.1.3 Block

Fungsi ini digunakan untuk menghalang pengguna dari memasuki atau melayari Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal) ini.

i. Tandakan pada kekotak yang disediakan untuk menghalang pengguna yang dikehendaki dari memasuki atau melayari portal ini.

ii. Kemudian tekan butang Save.

4.1.4 Delete

Fungsi Delete digunakan untuk memadam rekod-rekod pengguna yang berdaftar. Anda hanya perlu klik pada ikon untuk memadam mana-mana rekod pengguna yang berkenaan.

4.1.5 Allow Field

Fungsi Allow Field disediakan bertujuan untuk mengawal capaian pengguna-pengguna berdaftar.

i. Klik ikon pada pengguna yang dikehendaki dan paparan seperti di Rajah 4.3 akan dipaparkan.

To add new/adit group, click Group Management

Edit User

Fullname

Agency/Dept.

Username

Password Reset Password

Group

Save Cancel

JPBD HQ

ppzs02

Page 38: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

31 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 4.3 : Sistem Kawalan Capaian Pengguna Berdaftar

ii. Tandakan pada kekotak untuk memasuki Field Name yang dibenarkan. iii. Tekan butang Save untuk menyimpan dan tekan butang Back untuk kembali

ke menu sebelumnya.

4.1.6 Layer

Fungsi Layer adalah untuk mengawal capaian Layer oleh pengguna berdaftar bagi tujuan pengemaskinian maklumat atribut layer tersebut.

i. Klik pada ikon dan paparan seperti di Rajah 4.4 di bawah akan di paparkan.

Rajah 4.4 : Paparan Muka Pentadbir Sistem

ii. Tandakan pada layer-layer yang dibenarkan untuk capaian pengguna tersebut.

iii. Tekan butang Save untuk simpan dan kemudian tekan butang Close untuk menutup form ini.

Page 39: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 32

4.2 Group Management

Fungsi Group Management disediakan bertujuan untuk mengawal pengguna portal secara berkumpulan.

i. Klik pada Group Management dan laman seperti di Rajah 4.5 di bawah akan dipaparkan.

Rajah 4.5 : Paparan Muka Pengurusan Berkumpulan

• Jika terdapat kumpulan baru, masukkan nama kumpulan baru tersebut ke kotak New Group Name, dan kemudian klik pada bebutang Add to Group List.

• Untuk mengemaskini nama kumpulan, gunakan ruangan Edit (New Name), tukar nama kumpulan pada kekotak yang berkaitan dan klik butang [Save Edit New Name].

• Untuk memadam nama kumpulan, klik pada ikon . Hanya kumpulan yang tidak mempunyai senarai pengguna sahaja yang dibenarkan untuk dipadam.

• Anda juga perlu memastikan sama ada pengguna di dalam kumpulan ini dibenarkan untuk mengemaskini data atau tidak.

ii. Klik pada ikon (Default Fields) dan paparan seperti di Rajah 4.6 di bawah akan dipaparkan.

Rajah 4.6 : Default Field

Page 40: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

33 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

• Tandakan pada kekotak Allow To View bagi membolehkan kumpulan ini mencapai data tersebut dan seterusnya mengemaskini data-data atribut yang berkenaan.

• Tekan butan [Save] untuk simpan dan butang [Back] untuk kembali ke halaman sebelumnya.

4.3 User Log

Fungsi User Log disediakan untuk melihat rekod akses pengguna ke aplikasi Portal Gunatanah ini.

Rajah 4.7 : Paparan Rekod User Log

i. Rekod ini boleh dilihat berdasarkan kepada bulan dan tahun. Pilihan samada bulan ataupun tahun boleh dibuat dari butang yang disediakan.

ii. Kemudian tekan butang Submit dan log fail akan memaparkan maklumat log berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang berkenaan.

4.4 Tukar Kata Laluan (Password)

Fungsi ini hanya boleh dicapai oleh pengguna berdaftar. Fungsi ini membenarkan pengguna untuk menukar katalaluan (password) sedia ada kepada katalaluan (password) yang baru.

Rajah 4.8 : Paparan Arahan Tukar Kata Laluan

Page 41: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 34

4.5 Log Keluar (Logout)

Fungsi ini dapat di capai oleh semua pengguna aplikasi. Kegunaan fungsi ini adalah untuk keluar dari penggunakan aplikasi Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal).

Page 42: COVER PORTAL PENGGUNA.ai

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal)

35 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

5.0 PENUTUP

Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal) yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia ini adalah merupakan inisiatif jabatan di dalam membantu pengguna-pengguna portal untuk mengendali dan melayari produk jabatan ini dengan cara yang betul. Usaha ini juga bertujuan mendokong misi jabatan di dalam memperkasakan sistem penyampaian maklumat yang efisen di dalam perspektif perkongsian data kepada umum.

Panduan-panduan yang disediakan dalam Manual Pengguna Portal Gunatanah JPBD Semenanjung Malaysia (Landuse Portal) ini diharapkan dapat membantu pengguna-pengguna mengendali, melayari dan seterusnya menggunapakai kemudahan ini sebagai salah satu medium perkongsian maklumat gunatanah di Malaysia. Adalah diharapkan, pengguna-pengguna dapat memanfaatkan manual ini dengan sebaik mungkin bagi membantu mendapatkan informasi yang dikehendaki di dalam kemudahan portal yang ditawarkan secara web base ini.