cover depan

2
PENGGUNAAN KAEDAH DARAB SILANG DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID DALAM PENDARABAN MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA NOMBOR EMPAT DIGIT DENGAN DUA DIGIT

Upload: liyana-rose

Post on 11-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sdfghnmj

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN KAEDAH DARAB SILANG DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID DALAM PENDARABAN MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA NOMBOR EMPAT DIGIT

DENGAN DUA DIGITABSTRAK

Satu kajian tindakan dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran mendarab dengan pengumpulan semula bagi nombor empat digit dan dua digit menggunakan Kaedah Darab Silang. Kajian ini melibatkan seramai 14 orang responden iaitu murid-murid Tahun 4 Bestari di sebuah sekolah. Pemilihan responden adalah berdasarkan Ujian Diagnostik. Instrumen kajian juga meliputi Ujian Pra, Ujian Pasca dan soal selidik. Ujian Pra dan Ujian Pasca dilaksanakan untuk mengukur peningkatan tahap penguasaan responden dalam mendarab melibatkan pengumpulan semula. Selain itu, soal selidik digunakan bagi mengukur adakah responden berminat untuk mengaplikasi Kaedah Darab Silang setelah intervensi dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa pola kesilapan yang sering dilakukan oleh responden antaranya mereka tidak menyusun nombor pendaraban mengikut nilai tempat yang betul, tidak meletakkan hasil darab mengikut nilai tempat yang betul, tidak menambah dengan hasil darab nilai sebelumnya dan juga melakukan kesalahan ketika menambah hasil darab melibatkan dua digit dalam bentuk lazim. Pengkaji berharap melalui Kaedah Darab Silang yang diperkenalkan dapat membantu meningkatkan tahap prestasi responden dalam kemahiran mendarab.