cover coursework sgdu5074.pptx

2
STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION SGDU5074 DISEDIAKAN UNTUK TUAN HAJI KAMARULZAMAN MD. ALI ZAINAL ARIFFIN B. ZAINUDDIN (818075) HASMIZI B. HASHIM (818186) SYED AHMAD BADLI B. SYED ABD. AZIZ (818232) SAIFUL AZMI B. MOHD NOR (818209) MOHD AFFAN B. SALLEH (818064) KUMPULAN M.i-5

Upload: zhynal

Post on 05-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Slide 1

STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATIONSGDU5074

DISEDIAKAN UNTUK TUAN HAJI KAMARULZAMAN MD. ALI

ZAINAL ARIFFIN B. ZAINUDDIN (818075)HASMIZI B. HASHIM (818186)SYED AHMAD BADLI B. SYED ABD. AZIZ (818232)SAIFUL AZMI B. MOHD NOR (818209)MOHD AFFAN B. SALLEH (818064)KUMPULAN M.i-5

BIODATA AHLI M.i-5

Zainal Ariffin bin ZainuddinMemulakan pendidikan awal di SK. Rengas Bekah, Kuala Terengganu, dan di SM. Sains Dungun, Terengganu. Mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Meneruskan pendidikan sarjanamuda di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Sains Sukan. Telah bertugas di beberapa buah sekolah rendah, menengah dan di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu serta Majlis Peperiksaan Malaysia sepanjang 20 tahun perkhidmatan. Langkahan seterusnya, bersama Sarjana ini ingin menawan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasmizi bin HashimMendapat pendidikan awal di SK. Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, sebelum meneruskan pelajaran di SMK. Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Merupakan lulusan ijazah sarjanamuda UTM dan mendapat Diploma Pendidikan dalam KHB dan MPV. Anak watan Bukit Tunggal ini telah berkhidmat di beberapa buah sekolah menengah dalam negeri Terengganu Darul Iman. Bersama Sarjana ini, beliau ingin terus berkhidmat kepada negeri Terengganu.

Syed Ahmad Badli bin Syed Abdul AzizLulusan Ijazah Sarjanamuda daripada Universiti Putra Malaysia, memulakan tugasannya sebagai seorang guru setelah mendapat Diploma Pendidikan di IPG Sultan Mizan Besut, Terengganu. Seorang yang amat arif dalam bidang kokurikulum dan sentiasa menjadi jurulatih kepada pasukan Terengganu dalam sukan Badminton ke peringkat kebangsaan. Jika Ijazah Sarjana dapat dicapai, beliau berhasrat untuk menjadi pendidik yang terbaik diantara terbaik.

Saiful Azmi bin Mohd NorBekas pelajar MRSM Beseri, Perlis ini merupakan lulusan Sarjanamuda Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Sumber Mineral. Dianugerahi Diploma Pendidikan melalui program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan telah berkhidmat selama 11 tahun di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Terengganu. Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang ICT dan sentiasa menjadi sumber rujukan berkaitan ICT dikalangan rakan-rakan guru di daerah Kuala Terengganu.

Mohd Affan bin SallehBeliau adalah Pegawai FasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu. Telah berkhidmat selama 18 tahun di beberapa buah sekolah rendah dan mendapat latihan asas perguruan di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Meneruskan pendidikan peringkat Ijazah Sarjanamuda di Open University Malaysia dalam bidang Teknologi Maklumat. Berhasrat untuk menjadi pentadbir sekolah yang cemerlang. Berpengalaman luas dalam hal ehwal akademik di negeri Terengganu.