cosmic

2
Rujukan Kami : TARIKH : 5 SEPTEMBER 2013 Kepada : Pengurus Besar, Syarikat BB Kawalan Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, MALAYSIA. ( u.p : Encik Adika ) Melalui : Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 KUALA LUMPUR Tuan, PERMOHONAN SUMBANGAN BERSEMPENA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SINGAPURA Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan AJK Lawatan Tahun Enam dengan kerjasama Unit Kokurikulum, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur, akan mengadakan program Lawatan Sambil Belajar pada hari dan tarikh seperti yang berikut: Tarikh : 1 November – 4 November 2013 ( Jumaat - Isnin) Tempoh : 3 hari 4 malam Tempat : Singapura 3. Untuk pengetahuan pihak Tuan, program kali ini akan melibatkan seramai 41 orang murid dan 4 orang guru di mana ianya terdiri daripada golongan murid – murid tahun 6 yang mempunyai masa depan yang cerah tetapi berasal daripada keluarga yang sederhana dan kurang berkemampuan. Melalui lawatan yang dianjurkan ini, mereka akan diterap nilai PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar

Upload: mummy-ila

Post on 18-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

surat sumbangan

TRANSCRIPT

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK

Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri

56000 Kuala Lumpur

Tel : 03-91718584 Fax : 03-91731646

Kepada :

Pengurus Besar,Syarikat BB Kawalan Sdn. Bhd.,

Kuala Lumpur, MALAYSIA.

( u.p : Encik Adika )Melalui :

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Seri Tasik,

Bandar Sri Permaisuri,56000 KUALA LUMPURTuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BERSEMPENA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SINGAPURADengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan AJK Lawatan Tahun Enam dengan kerjasama Unit Kokurikulum, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur, akan mengadakan program Lawatan Sambil Belajar pada hari dan tarikh seperti yang berikut:

Tarikh

:1 November 4 November 2013 ( Jumaat - Isnin)Tempoh:3 hari 4 malam Tempat :Singapura3. Untuk pengetahuan pihak Tuan, program kali ini akan melibatkan seramai 41 orang murid dan 4 orang guru di mana ianya terdiri daripada golongan murid murid tahun 6 yang mempunyai masa depan yang cerah tetapi berasal daripada keluarga yang sederhana dan kurang berkemampuan. Melalui lawatan yang dianjurkan ini, mereka akan diterap nilai sayangkan negara dengan mengambil ikhtibar cara bagaimana negara jiran menjaga kebersihan dan sekali gus membawa balik nilai positif yang terdapat di sana untuk diwar warkan bersama sama rakan rakan mereka yang tidak dapat turut serta dalam lawatan kali ini.4. Bagi membantu murid-murid ini, pihak PIBG dan sekolah telah memulakan rancangan lawatan ini seawal bulan Mac yang lalu bagi mengutip yuran secara ansuran kerana tidak mahu membebankan keluarga. 5. Oleh yang demikian, pihak kami berharap agar pihak tuan dapat membantu kami dari segi peruntukan dana sebuah bas persiaran atau kewangan ( membayar sewa bas ) bagi menampung perbelanjaan pada hari tersebut di mana pihak kami tidak mengenakan sebarang bayaran pengangkutan memandangkan bayaran yang dikenakan adalah tinggi.6.Bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja Program untuk rujukan tuan.

7.Pihak tuan juga boleh menghubungi nombor nombor di bawah jika terdapat sebarang masalah atau perubahan pada saat-saat akhir.

En. Shamsull b Ahmad ( SU Program )

:012 296 1011Pn. Suhaila bt Omar ( NSU Program )

:014 2230 310Email : kekasihkunyerr @yahoo.com.my

Pihak tuan boleh memberikan sumbangan dalam bentuk cek kepada :

PIBG SK SERI TASIK

No akaun : 26417900002787 ( RHB Bank )

8.Harapan kami semoga dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak tuan dapat menganjak sebuah kehidupan yang akan sentiasa dipenuhi sinaran keimanan dan kebahagian dan dapat membentuk sebuah generasi baru yang berimliah dan berakhlak tinggi.

9.Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan untuk sama-sama menjayakan program kali ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

..........

( NASRUDIN B YUSUF )

YDP PIBGSK Seri Tasik, KL.

TARIKH : 5 SEPTEMBER 2013

Rujukan Kami : 06/10/002 ( )