copy of copy of kluster budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa melayu di dalam...

29
H im p unan Resolu s i KONGRES MARUAH MELAYU Di Stadium Malawati, Shah Alam 7 Safar 1441H Bersamaan 6 Oktober 2019, Ahad Anjuran Bersama KLUSTER POLITIK, AGAMA, EKONOMI, PENDIDIKAN DAN BUDAYA

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

HimpunanResolusi

KONGRES

MARUAH MELAYU

Di Stadium Malawati, Shah Alam7 Safar 1441H Bersamaan 6 Oktober 2019, Ahad

An j ura n B e rs a m a

KLUSTER POLITIK, AGAMA,

EKONOMI, PENDIDIKAN

DAN BUDAYA

Page 2: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

Isi Kandungan

Pengenalan ........................................................................................................................................... 1

Rukun Maruah Melayu ................................................................................................................... 4

Ikrar Sumpah Anak Watan ........................................................................................................... 5

Resolusi Pendidikan ........................................................................................................................ 6

Resolusi Agama .................................................................................................................................. 11

Resolusi Alam Budaya Melayu .................................................................................................. 15

Resolusi Ekonomi ............................................................................................................................ 19

Resolusi Politik Baru .................................................................................................................... 24

Page 3: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

1

Pengenalan

Himpunan Resolusi Kongres Maruah Melayu ini adalah hasil daripada pelbagai perbincangan meja bulat,

seminar dan persidangan yang dilaksanakan oleh empat buah universiti awam serta Persatuan Peguam-

Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dalam tempoh dua bulan sejak akhir Ogos 2019. Universiti-universiti

yang terlibat telah membincangkan secara terperinci dan meluas lima bidang khusus dalam tempoh

berkenaan sehingga dapat menggubal pelbagai resolusi seperti terkandung di sini. Universiti berkaitan

adalah seperti berikut:

Universiti Malaya (UM) mengenai bidang politik Melayu

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengenai bidang ekonomi Melayu

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai bidang kebudayaan Melayu

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengenai bidang pendidikan Melayu

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengenai bidang agama Islam

Semua perbincangan telah dilaksanakan dengan kaedah ilmiah, rasional dan sistematis di universiti masing-

masing dan juga di hotel terpilih dalam beberapa pertemuan perbincangan meja bulat, seminar dan

persidangan.

Semua perbincangan telah dimulakan dengan perbincangan meja bulat dalam kalangan sebilangan tokoh

terkemuka untuk memahami akan persoalan dan membentuk gagasan umum berkaitan setiap bidang.

Perbincangan diperluaskan kepada persidangan yang lebih besar untuk meliputi pandangan tokoh-tokoh

lain dalam kalangan penggiat, ilmuwan, badan bukan kerajaan serta tokoh-tokoh perseorangan yang

berminat dan sebilangan pemimpin pelajar sebagai generasi muda.

Dorongan asal untuk mengadakan perbincangan ialah natijah daripada pertemuan antara segolongan kecil

ilmuwan yang meneliti suasana semasa dengan para ahli politik prihatin bagi meneliti kaedah menghadapi

suatu cabaran besar yang telah dan sedang berlaku di dalam masyarakat dan negara.

Untuk sekian lama telah terdapat pelbagai laporan di dalam media massa cetak, elektronik dan media sosial

tentang sikap dan perilaku biadap segelintir orang awam dan ahli politik untuk merendahkan raja-raja

Melayu, menghina agama Islam dan mempersoal kedudukan sah bangsa Melayu sebagai bumiputera di

Malaysia. Sama ada melalui ucapan terbuka, laporan media cetak mahupun menerusi media sosial, segala

tindakan ini menjurus kepada cabaran terhadap maruah bangsa Melayu di Tanah Melayu.

Page 4: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

2

Persetujuan telah tercapai untuk menggembleng tenaga akademik Melayu sahaja di universiti awam untuk

meneliti dan membincangkan secara rasional akan persoalan maruah ini dan mencari jalan untuk

penyelesaian yang lebih meluas dan sahih.

Demikianlah perbincangan berjalan dengan matlamat berikut:

i. Mengumpul tokoh-tokoh ilmuwan, pengamal, pemikir dan penggiat bidang tertentu untuk

membincang secara meluas dan rasional setiap bidang itu.

ii. Mengumpul dan akhirnya merumus pelbagai sudut penelitian dan pandangan sebagai asas

pemahaman dan tindakan untuk mencari penyelesaian.

iii. Mencadangkan kaedah penyelesaian terhadap pelbagai persoalan maruah Melayu dari

berbilang sudut penelitian dan dibawa kepada perhatian pucuk pimpinan negara untuk tindakan

sewajarnya.

Maka melalui perbincangan dengan golongan politik telah diputuskan untuk menyampaikan semua

rumusan dan resolusi kepada YAB Perdana Menteri kerana hanya pada kedudukan berwibawa beliau itu

sahaja segala masalah dan persoalan dapat diselesaikan atau sekurang-kurangnya diredakan. Untuk

mencapai tujuan yang lebih besar dan bermakna maka diputuskan supaya semua universiti dan pertubuhan

bukan kerajaan yang terlibat untuk menganjurkan sebuah Kongres Maruah Melayu yang bersifat nasional

dengan melibatkan semua parti politik Melayu, tokoh Melayu, badan-badan bukan kerajaan Melayu dan

para mahasiswa universiti sebagai pewaris kepada maruah dan kedaulatan Melayu masa hadapan. Semua

yang memegang taruh itu wajar dilibatkan.

Dengan demikian, pada 6 Oktober 2019 bersamaan 7 Safar 1441 dilaksanakan Kongres Maruah Melayu

dengan kehadiran kira-kira 20,000 peserta dari semua lapisan dan golongan masyarakat Melayu di Stadium

Malawati, Shah Alam. Kongres ini juga telah menggubal dan membacakan suatu piagam Sumpah Anak

Watan dan dikembarkan dengan catatan Rukun Maruah Melayu yang akan diserahkan bersama-sama

himpunan Resolusi Kongres Maruah Melayu kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Malaysia yang dijangka menyampaikan amanatnya di dalam kongres itu.

Penggubalan resolusi-resolusi telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Resolusi Kongres yang menegaskan

asas penggubalan itu adalah Perlembagaan Persekutuan. Sebahagian besar daripada resolusi meneguhkan

pegangan anggota-anggota kongres terhadap peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan

serta membuat tafsiran yang lebih wajar berkaitan dengan maruah bangsa Melayu dan juga

bertanggungjawab serta obligasi seluruh warganegara Malaysia.

Page 5: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

3

Dalam rangka keseluruhan tuntutan Perlembagaan Persekutuan inilah maka diharap pelbagai penyelesaian

dapat berlaku terhadap kegiatan-kegiatan yang menyeleweng serta mencabar maruah bangsa Melayu.

Semoga Allah mengurniakan taufik, rahmat, berkat dan hidayah kepada bangsa Melayu dan umat Islam

dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini dan akan datang.

Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling

Ketua Sekretariat Kongres Maruah Melayu

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

5 Oktober 2019

Page 6: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

MEYAKINI dengan sesungguhnya bahawa negara ini adalah tanah watan bangsa Melayu sejak ribuan tahun lampau; bangsa Melayu adalah pewaris yang

hak akan negara ini di sepanjang zaman; kedaulatan Melayu yang ditunjangi oleh pemerintahan raja Melayu sebagai teras kedaulatan negara ini; keistimewaan

bangsa Melayu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan; manakala komuniti lain diterima untuk mendapat kepentingan sah Tanah Melayu dan Malaysia.

MENGAMATI akan perkembangan keadaan semasa yang mencabar, menafikan serta mendustakan keistimewaan dan maruah bangsa Melayu;

MENGINSAFI akan perpecahan, keretakan dan kelemahan bangsa Melayu yang semakin parah pada adab dan nilai terasnya, maka wajiblah bangsa

Melayu meneguhkan perpaduannya demi kewujudan dan kelangsungan di tanah air ini.

Adalah dizahirkan bahawa lima (5) kelompok pemikir, penggerak dan cendekiawan Melayu dari gabungan institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Malaya,

Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Teknologi MARA serta Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia telah bersidang di

dalam beberapa perbincangan meja bulat, seminar dan wacana sepanjang tiga bulan yang bermula pada 27 Zulkaedah 1440H bersamaan 30 Julai 2019 dan

berakhir dengan Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 Safar 1441H bersamaan 6 Oktober 2019 dan dihadiri oleh umat Melayu. Kongres

telah merakam sekian banyak maklumat, pandangan dan ketetapan serta usul. Maka inilah dirumuskan RUKUN MARUAH MELAYU sebagai warkah ikrar

perpaduan bangsa yang bernaung di bawah langit Malaysia.

RUKUN MARUAH MELAYU

MUKADIMAH

RUKUN MARUAH MELAYU

Termaktub pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 Safar 1441H bersamaan 6 Oktober 2019

i. Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara yang termaktub di dalamnya pelbagai peruntukan akan keistimewaan bangsa Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah komuniti-komuniti lain hendaklah dipatuhi sepenuhnya sebagai kewajipan dan tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia. Sebarang perlanggaran hendaklah dihadapkan kepada proses perundangan dan dihukum dengan sewajarnya.

ii. Kebumiputeraan bangsa Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak adalah kebenaran mutlak yang tidak boleh dipersoalkan demi kelangsungan hak kerakyatan yang diterbitkan.

iii. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu yang melahirkan sistem demokrasi raja berperlembagaan tidak boleh diingkari.

iv. Segala peruntukan politik, ekonomi, sosio-budaya, pendidikan dan agama yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan.

v. Adalah hak istimewa bangsa Melayu dan bumiputera menerima sebahagian besar pemilikan, peruntukan dan pengagihan kekayaan oleh negara selaras dengan hak azali dan keistimewaan kedudukan mereka.

vi. Islam adalah agama Persekutuan yang berkuasa untuk menjadi landasan ukuran serta kriteria terhadap segala tindakan dan amalan dalam negara.

vii. Bahasa Melayu dan segala natijahnya dalam perundangan adalah bahasa kebangsaan tunggal yang menjadi landasan pendidikan serta pembinaan peradaban negara Malaysia. Unsur-unsur asing boleh diserapkan sebagai proses pembudayaan semulajadi.

viii. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang sedia ada hendaklah menjadi kerangka pembinaan kebudayaan nasional dan peradaban Malaysia moden berlandaskan nilai teras bangsa Melayu (budi bahasa, budi pekerti, budi bicara dan akal budi).

ix. Sistem pendidikan negara yang berteraskan kepada satu sistem persekolahan adalah teras pembentukan bangsa Malaysia demi perpaduan nasional dan kelangsungannya.

x. Jati diri semua warga Malaysia adalah ditakrif oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap warganegara Malaysia untuk mendaulatkan keseluruhan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan pelbagai perundangan negara yang muktamad demi memelihara keutuhan, kelangsungan serta kemajuan negara yang berdaulat di sepanjang zaman.

Diterbitkan oleh Sekretariat Kongres Maruah Melayu

Page 7: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

BAHAWASANYA KAMI ANAK WATAN

• Berdaulat di tanah air ini

• Mendukung sistem beraja

• Mengamal nilai teras budi

• Menjunjung Islam, Meneguh Iman

dan Memelihara Ihsan

MAKA SESUNGGUHNYA BERASASKAN

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, KAMI BERSUMPAH AKAN:

• Mempertahankan Islam agama bagi Persekutuan

• Memperkasakan bangsa Melayu teras negara

• Menjulang sistem pendidikan tunggal

• Mengimbangi ekonomi negara

• Memartabatkan budaya kebangsaan

INILAH TEKAD DAN SUMPAH KAMI

Termaktub pada Kongres Maruah Melayu

di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 Safar 1441H bersamaan 6 Oktober 2019

IKRAR

“SUMPAH ANAK WATAN”

KONGRES MARUAH MELAYU

Diterbitkan oleh Sekretariat Kongres Maruah Melayu

Page 8: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

P E N D I D I K A N A N A K W A T A N

R E S O L U S I :P E N D I D I K A N

Page 9: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

7

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

RESOLUSI KLUSTER PENDIDIKAN

PENDIDIKAN ANAK WATAN

Perbincangan: Persidangan Meja Bulat Pendidikan Anak Watan pada 7 dan 8 September 2019 (8

dan 9 Muharam 1441); Perbincangan Pemurniaan Resolusi pada 14 September 2019 (15 Muharam

1441) serta Perbincangan Pra-Seminar pada 15 September 2019 (16 Muharam 1441); dan Seminar

Pendidikan Anak Watan 2019 pada 22 September 2019 (23 Muharam 1441) di Auditorium Utama

Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim yang dihadiri

oleh para akademia, guru-guru sekolah, bakal-bakal guru dan pelajar-pelajar universiti.

Bahawasanya kami, para peserta Kluster Pendidikan, menyediakan resolusi dengan mengambil kira

segala isu dan idea berfakta dengan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan berpandukan kepada

Akta Pendidikan:

Menginsafi bahawa pendidikan adalah teras pembinaan tamadun bangsa dan hanya pendidikan

yang mampu mengubah nasib orang Melayu;

Menyedari hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang adalah asas kepada

kepentingan pendidikan orang Melayu; dan

Mengetahui hakikat bahawa pendidikan anak orang Melayu hendaklah sentiasa diperkasa bagi

mendapatkan pewaris bangsa yang teguh jati dirinya;

MAKA, dengan ini diisytiharkan bahawa kami mendesak dan menggesa pihak Kerajaan untuk

bertindak tegas tanpa kompromi dalam perkara-perkara berkaitan pendidikan orang Melayu

bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, perundangan dan dasar-dasar yang telah

ditetapkan.

1. Menambah peratusan bilangan penerima biasiswa untuk golongan B40 dalam kalangan anak orang

Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah (kemudian daripada ini disebut “Melayu”) serta

menubuhkan Tabung Biasiswa Rakyat di universiti-universiti awam. Biasiswa Jabatan

Perkhidmatan Awam hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu melalui Sistem Pengredan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lebih fleksibel, manakala Syarikat Berkaitan

Kerajaan (GLCs) hendaklah memberikan keutamaan tawaran biasiswa kepada calon anak Melayu;

Page 10: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

8

2. Mengembalikan penajaan, bantuan dan biasiswa yang mencukupi kepada pelajar Melayu pada

semua peringkat pendidikan, sama ada Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah. Semua pelajar

Melayu luar bandar hendaklah ditawarkan biasiswa bersandarkan kepada Perkara 153 Perlembagaan

Persekutuan.

3. Menggembling penggunaan zakat dan wakaf demi kepentingan pendidikan pelajar Melayu.

4. Mengkaji semula dasar pengecualian bayaran balik PTPTN bagi mengambilkira keperluan semasa

serta melihat kepada kepentingan pelajar Melayu.

5. Memperbaiki dasar penerimaan masuk ke Matrikulasi supaya lebih fleksibel dengan memberi

keutamaan kepada calon-calon Melayu.

6. Melaksanakan sekolah satu aliran dengan menjadikan Bahasa Melayu, sebagai satu-satunya bahasa

pengantar. Dasar Sekolah Wawasan hendaklah dilaksanakan dengan berkesan dan tersusun bagi

mencapai perpaduan.

7. Meletakkan syarat lulus SPM sebagai syarat utama kemasukan di mana-mana institusi pengajian

tinggi. Kongres membantah sekeras-kerasnya pengiktirafan Sijil UEC.

8. Memastikan sistem aliran Technical and Vocational Education and Training (TVET) diiktiraf setara

dengan sistem aliran akademik, mewujudkan institusi latihan TVET yang lengkap dengan prasarana

The Fourth Industrial Revolution (IR4.0) dan mewujudkan sistem UPU Khas untuk aliran TVET

dan menggalakkan lebih banyak institusi pengajian tinggi serta kemahiran tinggi mengambil pelajar

aliran TVET.

9. Menyeru Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya TVET bagi memastikan pendidikan TVET yang

berkesan dan berdaya saing. Suruhanjaya ini bertanggungjawab dalam menentukan kualiti TVET

serta melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pembelajaran dan kepentingan pelajar TVET.

10. Memastikan penggunaan bahasa Melayu dalam penyampaian syarahan atau kuliah dalam semua

bidang kursus di universiti awam untuk merealisasikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan

dan bahasa rasmi sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Langkah tersebut hendaklah diambil oleh pentadbiran universiti untuk memastikan para pensyarah

melaksanakan dasar ini.

11. Meminta Kerajaan meletakkan syarat supaya semua universiti swasta menawarkan kursus Pengajian

Malaysia (Malaysian Studies) dengan menggunakan modul yang digunakan di universiti awam.

12. Memberhentikan Dual Language Programme (DLP) kerana ia bukan sahaja melibatkan

penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara, tetapi sistem ini juga menyebabkan berlaku

dikotomi atau pengasingan dalam sistem pendidikan dan menggugat hubungan sosial dalam

kalangan pelajar. Peruntukan dana yang sedia ada bagi DLP digunakan untuk program peningkatan

Page 11: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

9

penguasaan bahasa Inggeris. Dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PBSMI) juga hendaklah juga tidak diperkenalan semula.

13. Memperkukuh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan meningkatkan penyertaan pelajar Melayu

dalam kursus berkaitan perdagangan dan perindustrian. Dana pendidikan 100 peratus di bawah

MARA hendaklah diberikan kepada orang Melayu selaras dengan tujuan penubuhannya.

14. Memperkasakan dasar berkaitan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan memberi keutamaan

kepada pelajar luar bandar daripada keluarga kurang berkemampuan yang berpotensi dari segi

akademik dengan memastikan mereka mendapat peluang pendidikan yang baik dan sempurna.

15. Mengkaji semula kurikulum dan pedagogi Pendidikan Islam dengan memastikan pengisian dan

cara penyampaian adalah berasaskan kepada fakta tepat dan bersesuaian dengan perkembangan

dunia semasa. Sementara itu, pendidikan sejarah di sekolah hendaklah berdasarkan fakta sejarah

yang diakui oleh pakar sejarah yang dikitiraf dan menapis segala maklumat dan hujah sejarah secara

intelektual.

PENUTUP

Maka dengan ini, demi kelangsungan intelektual orang Melayu dan demi perpaduan negara, kerajaan

digesa mengukuhkan pendidikan orang Melayu dengan menambahbaik atau mengubah dasar sedia ada

selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Pengukuhan ini termasuklah dalam perkara

berkaitan dana dan pembiayaan pendidikan, Dasar Matrikulasi, penggemblingan manfaat wakaf serta

menjamin keberkesanan dan kepentingan TVET kepada anak Melayu dan memartabatkan kedudukan

bahasa Melayu secara bersungguh-sungguh. Kerajaan digesa untuk mengembalikan fungsi dan agenda

MARA dalam pendidikan anak Melayu sebagaimana dihasrat semasa penubuhannya. Sistem Sekolah

Kebangsaan juga perlu ditambahbaik dan diperkasa, termasuk memperkukuh Pendidikan Islam dan

Sejarah. Pemimpin Melayu adalah bertanggungjawab memastikan orang Melayu mendapat peluang

pendidikan yang sesungguhnya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan perundangan negara.

Page 12: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

I S L A M S E B A G A I A G A M AB A G I P E R S E K U T U A N

R E S O L U S I :A G A M A

Page 13: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

11

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

RESOLUSI KLUSTER AGAMA

ISLAM AGAMA BAGI PERSEKUTUAN

Perbincangan: Persidangan Meja Bulat pada 23 dan 24 September 2019 (24 dan 25 Muharam

1441) di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor dihadiri oleh pelbagai Badan Bukan Kerajaan

Islam (NGO Islam) dan figura Muslim yang dihormati.

Bahawasanya kami, para peserta Persidangan Meja Bulat “Islam Agama Bagi Persekutuan” menyediakan

resolusi ini dengan penuh keinsafan bahawa agama kami, iaitu agama Islam di tanah air kami ini semakin

hari semakin diancam dan diperkotak-katikkan oleh pelbagai pihak. Resolusi kami ini mengambil kira

bahawa:

Agama Islam telah sekian lama, menjadi panduan dan cara hidup bernegara di tanah air kita ini;

Agama Islam telah diangkat sebagai Agama bagi Persekutuan dan menjadi sebahagian daripada

undang-undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub dalam

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan;

Islam adalah agama bagi negeri-negeri yang mana Islam diisytiharkan di dalam hampir semua

Undang-Undang Tubuh Negeri;

Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu adalah berhak dan bertanggungjawab, pada setiap

masa, memelihara agama Islam sebagaimana dimasyhurkan di dalam sumpah jawatan Yang di-

Pertuan Agong dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan berkaitan di

dalam Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing;

Kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah (kemudian daripada ini

disebut “orang Melayu”) serta kepentingan sah komuniti lain adalah termaktub dan dijamin oleh

Perlembagaan Persekutuan;

Page 14: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

12

Kemuliaan dan kedudukan tinggi Raja-raja Melayu khususnya Yang di-Pertuan Agong

sebagaimana diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 39, Perkara 3 dan Perkara

41 dalam mempertahankan kedudukan agama Islam di Malaysia;

MAKA kami, berteraskan kepada jati diri yang kukuh, tegas dan benar serta bertaqwa, dengan

petunjuk daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah

serta sumber lain yang muktabar, dengan tegas mendesak pemimpin tanah air ini secara khusus,

serta umat Islam, secara keseluruhannya, supaya bersikap proaktif dalam segala hal melibatkan

Islam; tidak sekadar bersikap reaktif terhadap isu-isu Islam yang dibangkitkan oleh mana-mana

orang. Kerajaan juga hendaklah bertindak mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai

agama bagi Persekutuan dan menjadikan Islam sebagai cara hidup bernegara.

Pihak Kerajaan dan umat Islam hendaklah membina swadaya orang Melayu berteraskan Islam

Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sudah menjadi jati diri negara sejak sekian lama. Hak yang telah

dijamin dan dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi lambang kemerdekaan

dan kedaulatan tanah air ini mesti dipertahankan.

Justeru, kami dengan ini mendesak dan menuntut supaya Kerajaan bertindak tegas dalam perkara

berikut:

1. Meminda Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan mengisytiharkan bahawa “Islam

beraliran Ahli Sunnah wal-Jamaah adalah doktrin dan kepercayaan bagi Persekutuan”.

2. Memasukkan Perkara 3(1A) dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan bahawa

“Islam beraliran Ahli Sunnah Wal-Jama’ah adalah satu-satunya cara hidup bernegara dan semua

undang-undang, dasar dan amalan negara hendaklah berasaskan kepada fahaman Ahli Sunnah

wal-Jamaáh.

3. Jawatan utama pemimpin negara dan negeri, iaitu Perdana Menteri hendaklah diterajui oleh orang

Melayu yang beragama Islam. Jawatan penting lain, seperti Ketua Hakim Negara, Peguam

Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan lain-lain

jawatan strategik hendaklah digalas oleh orang Islam atau mana-mana individu yang terbukti

mempunyai akhlak terpuji serta berintegriti tinggi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Page 15: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

13

4. Menteri yang dilantik bagi menjaga hal ehwal agama Islam dan Ahli Mesyuarat Negeri yang

bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama bagi negeri hendaklah dilantik dari kalangan mereka

yang dihormati, berilmu dan menuruti fahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah, mempunyai prestasi

cemerlang serta tidak terpengaruh dengan doktrin/fahaman yang mengeliru dan memesong.

5. Institusi Islam hendaklah diperkasa sehingga menjadi institusi yang cekap dan amanah serta

dianggotai oleh orang Islam yang benar-benar layak serta dipantau oleh pemimpin Muslim yang

dihormati.

6. Memartabatkan Mahkamah Syariah dengan memasukkan penubuhan dan organisasi Mahkamah

Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh semua negeri, mempunyai hierarki yang sesuai dengan

keperluan semasa dan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah dari segi hukuman dan

agama pihak-pihak bagi menzahirkan keberkesanan penghakiman oleh mahkamah Syariah.

Seterusnya, kebebasan Mahkamah Syariah hendaklah dijamin oleh Undang-Undang Tubuh di

negeri-negeri. Saraan Hakim di Mahkamah Syariah hendaklah juga sentiasa dipertingkatkan

sehingga dapat menjamin kewibawaan institusi kehakiman Syariah

7. Mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Majlis Peguam, NGO, badan lain atau

individu-individu supaya tidak mencampuri urusan agama Islam dengan bertopengkan kepada

hak asasi manusia.

8. Memastikan kepercayaan dan doktrin yang bertentangan dengan syariat Islam, termasuk

liberalisme dan pluralisme agama serta sekularisme dan hedonisme, disekat sepenuhnya dari

disebar kepada orang Islam. Undang-undang sedia ada hendaklah dilaksanakan dengan tegas dan

tanpa kompromi kepada sesiapa sahaja yang menghina atau tidak menghormati agama Islam

sebagaimana dijamin oleh undang-undang.

9. Memperkukuh institusi fatwa di bawah naungan raja-raja menerusi Majlis Raja-raja dengan

memastikan para mufti serta Jawatankuasa Fatwa negeri-negeri semuanya mencapai persetujuan

sehingga seragam, terutamanya fatwa-fatwa yang mempunyai kepentingan nasional.

10. Mengkaji semula kurikulum Pendidikan Islam pada semua peringkat dengan memberi penekanan

kepada ilmu akidah dan menjadikannya sebagai cara hidup dan bukan hanya amalan ritual.

Page 16: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

14

11. Membenarkan anutan dan amalan agama lain oleh orang bukan Islam selagi mana ia tidak

melanggari peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 11(4) dan undang-undang

negeri berkaitan Islam dan tidak menjejaskan keamanan dan keharmonian kepada negara

sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta tidak mencabar sensitiviti umat

Islam.

12. Memperluaskan peranan masjid sebagai pusat ukhuwah umat Islam, pusat ekonomi dan

pendidikan serta sosial dengan mendekatkan golongan remaja/belia, wanita dan orang tua ke

masjid.

13. Membenarkan amalan perubatan Islam diberi tempat dan ruang di Hospital Kerajaan berdasarkan

Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775) sepertimana rawatan tradisional

dan komplementari yang lain.

PENUTUP

Setelah menelusuri semua isu dan ancaman terhadap agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, pihak

Kerajaan digesa supaya mengambil tindakan-tindakan segera dan tuntas bagi memastikan makna Islam

sebagai agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perkara 3 dan Perkara-Perkara lain, seperti

Perkara 11, 12, Jadual Keempat dan beberapa peruntukan lain dilaksanakan sepenuhnya secara berkesan

pada semua peringkat pentadbiran negara. Kerajaan juga digesa supaya pada setiap masa

mempertahankan agama Islam dalam semua aspek, sama ada dari segi akidah, syariah, ajaran serta

amalan dan juga syiarnya secara menyeluruh.

Page 17: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

P E M E R K A S A A N D A NP E N G H A Y A T A N B U D A Y A

A L A M M E L A Y U

R E S O L U S I :B U D A Y A

Page 18: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

16

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

RESOLUSI KLUSTER BUDAYA

PEMERKASAAN DAN PENGHAYATAN BUDAYA ALAM MELAYU

Perbincangan: Persidangan Meja Bulat Budaya Alam Melayu pada 12 dan 13 September 2019

(13 dan 14 Muharam 1441), Perbincangan Pra Seminar Budaya Alam Melayu pada 18

September 2019 (19 Muharam 1441) dan Seminar Budaya Alam Melayu pada 22 September

2019 (23 Muharam 1441) di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor yang dihadiri oleh para

ilmuan budaya serta mereka yang berkepentingan dalam hal budaya.

Bahawasanya kami, para peserta perbincangan Kluster Budaya menyediakan resolusi ini atas

semangat menjunjung ketinggian Perlembagaan Persekutuan yang menaungi masyarakat pelbagai di

Malaysia:

Menyedari bahawa Malaysia adalah negara yang menjadikan Islam sebagai agama bagi

Persekutuan, tetapi menghormati kepelbagaian tradisi dan budaya;

Menyedari bahawa terdapat usaha pihak tertentu mencampuri dan mempersoalkan kedudukan

Islam sebagai agama bagi Persekutuan yang dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu;

Menyedari hakikat bahawa sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu mempunyai hak untuk

dihormati dan diletakkan pada kedudukan yang sewajarnya, dan hendaklah dijadikan satu-

satunya bahasa urusan rasmi dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan serta bahasa

pengantara sebagai simbol jati diri;

Menyedari bahawa kedudukan tulisan Jawi kini sudah tidak lagi dihormati sebagai tulisan bagi

bahasa kebangsaan dan tulisan warisan negara sejak zaman berzaman; dan

Meyakini bahawa budaya Melayu adalah teras kepada peradaban dan jati diri Melayu, dan

merupakan kesinambungan identiti yang mesti diamal dan diperkukuhkan seperti mana yang

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Wasiat Raja-raja Melayu.

MAKA dengan ini diisytiharkan bahawa kami mendesak dan menggesa pihak kerajaan untuk

bertindak tegas dalam hal-hal berkaitan agama Islam, Bahasa Melayu, tulisan Jawi, peradaban

serta jati diri, dan asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan:

1. Mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencampuri, mencabar dan menggugat

kedudukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan

Persekutuan.

Page 19: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

17

2. Menyekat kemasukan anasir luar yang membawa dan menyebarkan doktrin dan kepercayaan

agama, ideologi dan gejala hidup songsang yang bertentangan dengan ajaran Islam.

3. Mengambil tindakan tegas dalam memastikan keunggulan bahasa Melayu sebagai identiti

tanah air, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, yang menjadi teras dan intisari kebudayaan

serta tamadun Malaysia. Sehubungan itu, penggunaan bahasa Melayu hendaklah

dikuatkuasakan sepenuhnya sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan dan swasta

melalui pengauditan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT). Bahasa Melayu juga hendaklah dipasak dan dipastikan penggunaannya

dalam sistem pendidikan pada semua peringkat.

4. Memartabatkan tulisan Jawi sebagai identiti dan warisan negara dengan meneruskan

perancangan memperkenalkan tulisan Jawi dalam sistem pendidikan negara pada semua

peringkat bersama-sama dengan Bahasa Melayu dan memperluaskan bidang kuasa DBP

sebagai badan pelaksana serta penguat kuasa tulisan Jawi. Penyelidikan berterusan berkaitan

tulisan Jawi hendaklah diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi

membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga warisan tradisi dan budaya Melayu.

5. Menggesa pelaksanaan pemulihan, pengawalseliaan dan pelaksanaan undang-undang terhadap

kelompok transgender dan kegiatan tidak bermoral menurut syariat Islam dengan cara

menepati hukum syarak dan proses perundangan negara.

6. Mengenakan tapisan yang ketat ke atas sebarang usaha membawa masuk budaya asing ke

dalam negara, terutamanya dalam hal berkaitan hiburan dalam bentuk filem, persembahan atau

artis dan seumpamanya.

7. Mengenakan tindakan terhadap perlakuan atau usaha yang membawa kepada kerosakan jati

diri, adab dan adat istiadat Melayu.

8. Memperkasa mata pelajaran moral atau sivik yang mempunyai nilai-nilai kesopanan dan

kesusilaan pada semua sekolah. Guru hendaklah dilatih secukup dan sewajarnya dengan

pendedahan, kesedaran dan keinsafan berkaitan nilai, norma dan budaya negara serta agama.

9. Mengembalikan nilai dan norma dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) sebagai dasar

utama pembinaan kebudayaan dan tamadun Malaysia. Kerangka DKK hendaklah dijadikan

teras kepada pembinaan jati diri seluruh warganegara Malaysia. Pelaksanaan DKK hendaklah

disusun secara strategik serta berkesan sehingga menampakkan impak yang mendalam dalam

kalangan masyarakat.

10. Menggesa kerajaan agar sentiasa dan sehingga bila-bila memelihara dan menjamin

pelaksanaan semua Wasiat Raja-raja Melayu, iaitu perkara-perkara berkaitan negara dan

kepentingan orang Melayu, termasuklah tanah rizab Melayu, Rejimen Askar Melayu,

kedaulatan Raja-raja Melayu, Islam sebagai agama bagi Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi dan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak

tanpa menggugat kepentingan sah komuniti-komuniti lain dalam negara ini.

Page 20: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

18

PENUTUP

Setelah mengkaji, meneliti dan memperhalusi semua isu dan tuntutan yang disuarakan dalam

perbincangan Kluster Budaya dengan ini Kongres menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan dan

langkah-langkah segera untuk menangani segala ancaman tersebut dan secara bersungguh-sungguh

memartabatkan agama Islam, menjadikannya asas dan teras kepada budaya tanah air dan pada masa

sama memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Page 21: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

M O D E L B A H A R UM E M A R T A B A T M A R U A H

E K O N O M I M E L A Y U

R E S O L U S I :E K O N OM I

Page 22: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

20

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

RESOLUSI KLUSTER EKONOMI

MENGANGKAT EKONOMI MELAYU

Model Baharu Memartabat Maruah Ekonomi Melayu

Perbincangan: Pra-Diskusi Siri Pertama Bengkel Mengangkat Ekonomi Bumiputera pada 12

September 2019 (13 Muharam 1441); Pra-Diskusi Siri Kedua Bengkel Mengangkat Ekonomi

Bumiputera pada 17 September 2019 (18 Muharam 1441); Bengkel Mengangkat Ekonomi

Bumiputera pada 21 September 2019 (22 Muharam 1441) di Halaman Shah Alam (Dewan Sri

Bestari INTEKMA); Pasca Bengkel Siri Pertama pada 24 September (25 Muharam 1441); dan

Pasca Bengkel Siri Kedua pada 25 September 2019 (26 Muharam 1441).

Bahawasanya kami, para peserta perbincangan Kluster Ekonomi menyediakan resolusi ini atas

semangat menjunjung martabat maruah serta kedudukan ekonomi orang Melayu dan anak negeri

Sarawak dan Sabah (kemudian daripada ini disebut “orang Melayu”) dan ketinggian Perlembagaan

Persekutuan yang menaungi masyarakat pelbagai di Malaysia:

Menyedari bahawa kemakmuran ekonomi orang Melayu masih perlu dikemaskini dengan

berkesan sehingga mampu berdaya saing;

Menginsafi tentang peri penting kekukuhan dan kekuatan ekonomi adalah tonggak kepada

keutuhan maruah orang Melayu;

Menyedari hakikat bahawa jaminan kekukuhan ekonomi orang Melayu adalah satu prinsip asas

dalam Perlembagaan Persekutuan dan hendaklah ditunaikan.

MAKA dengan ini kami mendesak Kerajaan untuk bertindak tegas dan bersungguh-sungguh

dalam pelaksanaan semua ketetapan berikut:

1. Wawasan Kemakmuran Bersama 2021 – 2030

(i) Pemerkasaan ekonomi orang Melayu merupakan hak yang ditetapkan dalam

Perlembagaan Persekutuan dan hendaklah diteruskan;

(ii) Kongres Maruah Melayu mengalu-alukan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama

2021 – 2030 yang telah diperincikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 5

Oktober 2019. Dalam melaksanakan dasar berkenaan, Kerajaan hendaklah

menyatakan komitmen serta hala tuju dan pelan tindakan yang jelas dalam

mengangkat kedudukan ekonomi orang Melayu;

Page 23: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

21

(iii) Setiap perancangan strategik yang diperkenalkan oleh Kerajaan hendaklah berasas

kepada kepentingan dan kesejahteraan orang Melayu tanpa meminggirkan

kepentingan sah komuniti lain;

(iv) Memastikan jurang pendapatan dalam kalangan orang Melayu dirapatkan, begitu juga

dengan komuniti lain menjelang tahun 2030;

(v) Memastikan orang Melayu adalah berdaya saing, tenaga kerja Melayu perlu dilatih

melalui sistem pendidikan yang melahirkan Melayu yang memiliki kemahiran

teknikal, digital dan multilinggual supaya orang Melayu mampu bersaing pada

peringkat negara dan global.

(vi) Kerajaan hendaklah sentiasa tegas dan konsisten dalam usaha membasmi serta

memerangi segala bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, ketirisan dan

rasuah, sama ada dalam agensi Kerajaan mahupun swasta tanpa mengenal pangkat

dan darjat demi menjayakan Wawasan Kemakmuran Bersama.

(vii) Kerajaan digesa untuk melaksanakan langkah-langkah yang lebih berkesan bagi

membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia

umumnya menjelang tahun 2030.

2. Model Ekonomi Baharu Melayu (MEBM)

(i) Memandangkan orang Melayu masih lemah dalam bidang ekonomi, Kongres

mendesak pihak Kerajaan melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menggubal satu

Model Ekonomi Baharu Melayu yang menekankan tiga (3) teras utama, iaitu;

penyertaan, pemilikan dan penguasaan ekonomi (3P) orang Melayu dalam pelbagai

bidang. Langkah ini amat penting untuk melahirkan orang Melayu yang berupaya

menjadi pemain dan pelaksana utama serta kompetitif dalam ekonomi nasional dan

global.

(ii) Kerajaan perlu melantik “juara” untuk membangun dan memajukan Model Ekonomi

Baharu Melayu dalam Sistem Ekonomi Negara seperti mana Bank Negara Malaysia,

yang telah berjaya memainkan peranan sebagai “juara” kepada pembangunan Sistem

Kewangan Islam.

(iii) Menjadikan rantaian sebagai modus pelaksanaan “konsep payung” bagi mendasari

semua program membentuk orang Melayu yang lebih berdaya saing dalam

kedudukan ekonomi, termasuk dalam bidang pembinaan dan pengeluaran. Dalam hal

berkaitan, kerajaan juga digesa untuk mewujudkan sistem mentor mentee bagi

mengukuhkan rantaian bekalan kepada orang Melayu dalam penyertaan aktif

ekonomi negara.

(iv) Menyusun semula masyarakat Melayu dengan membuka bandar-bandar baharu yang

bermodelkan Shah Alam, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya bagi menyediakan

penempatan dan peluang kepada orang Melayu di bandar bagi membolehkan mereka

terlibat aktif dalam kegiatan pembangunan dan ekonomi negara.

Page 24: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

22

(v) Menubuhkan Suruhanjaya Hartanah dan Perumahan Negara bagi menjamin

pemilikan hartanah orang Melayu, sama ada dalam bentuk premis kediaman atau

perniagaan dalam kawasan bandar agar mereka tidak terpinggir dari arus perdana

pembangunan negara.

(vi) Mewujudkan entiti khas untuk membeli hartanah rizab Melayu yang tidak terjual,

daripada syarikat pemaju hartanah pada kadar harga berpatutan untuk dijual kembali

kepada orang Melayu pada harga yang bersesuaian.

(vii) Tanah rizab Melayu hendaklah dipastikan kekal pada tangan orang Melayu. Justeru,

urusan pindah milik tanah rizab Melayu hendaklah dikawal selia dengan berkesan

sehingga memastikan pemilikan tanah rizab kekal pada tangan orang Melayu. Semua

tanah rizab Melayu yang telah dilupuskan hendaklah diganti dan jumlah atau saiznya

hendaklah ditambah dari semasa ke semasa.

(viii) Menjadikan koperasi sebagai salah satu mekanisme penyertaan ekonomi untuk

meningkatkan penglibatan orang Melayu dalam pelbagai bidang ekonomi.

3. Institusi Kerajaan, GLC dan institusi ekonomi Melayu yang lain

(i) Memantapkan prestasi institusi kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan

institusi ekonomi orang Melayu dengan menyelaras dan menyusun semula agensi

tersebut mengikut bidang berkaitan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan

peranan.

(ii) Kementerian Kewangan dan semua agensi atau perbadanan ekonomi yang berkaitan

Melayu hendaklah diketuai, dipimpin serta diuruskan oleh mereka yang berintegriti

tinggi dan mempunyai roh atau semangat kemelayuan; bertanggungjawab memberi

peluang, ruang dan kemudahan kepada orang Melayu, terutama dalam bidang

keusahawanan dan perniagaan.

(iii) Menubuhkan satu Majlis atau/dan Suruhanjaya Khas bawah seliaan YAB Perdana

Menteri untuk menyelaras dan memantau segala tindakan GLC serta agensi kerajaan

yang bertanggungjawab menjaga kepentingan orang Melayu secara umum dan

ekonomi orang Melayu secara khusus.

4. Keusahawanan Melayu

(i) Memastikan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 dilaksanakan dengan

menjamin kepentingan usahawan Melayu.

(ii) Mewujudkan ekosistem keusahawan Melayu yang holistik dan kondusif bagi

menyokong ekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mapan.

Page 25: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

23

(iii) Membentuk masyarakat Melayu yang mempunyai pemikiran dan budaya

keusahawanan melalui latihan kepada mahasiswa universiti.

(iv) Meningkatkan keupayaan usahawan Melayu dalam industri kecil dan sederhana.

(v) Menggalakkan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan orang Melayu.

(vi) Memantapkan penyelarasan agensi-agensi kerajaan dan mengangkat serta menjadikan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai hub-keusahawanan nasional yang

bertanggungjawab membina, mengendali dan memantau keberkesanan pendidikan,

latihan dan penyelidikan keusahawanan yang komprehensif, sejajar dengan status dan

keistimewaan penubuhan UiTM.

(vii) Memperkasa MARA dari segi pemantauan, pengurusan, peruntukan, dan

pembiayaan.

5. Teknologi Tinggi dan Ekonomi Digital

(i) Sekurang-kurangnya sebuah GLC sedia ada hendaklah ditugaskan secara khusus

untuk memastikan penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi baharu dan

teknologi tinggi dengan berkesan.

(ii) Menyediakan peluang, ruang dan kemudahan teknologi dan ekonomi digital yang

secukupnya untuk membangun para usahawan Melayu.

(iii) Memperkasa revolusi industri dan teknologi digital terkini, terutama dalam kalangan

usahawan Melayu yang celik dan mahir menggunakan teknologi tersebut untuk

membolehkan mereka berdaya saing pada peringkat nasional dan global.

(iv) Mewujudkan bank data dalam kalangan usahawan Melayu yang menceburi bidang

berkaitan teknologi dan ekonomi digital supaya dapat menjadi pusat rujukan dan

rangkaian yang lebih meluas.

(v) Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysian Industry-Government

Group for High Technology (MIGHT), Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia

(MARii) hendaklah bertindak lebih agresif dan proaktif dalam melaksanakan latihan

dan meningkatkan kepakaran golongan usahawan Melayu.

PENUTUP

Kerajaan hendaklah mempunyai agenda ekonomi Melayu yang jelas, tersusun dan teratur agar orang

Melayu mempunyai penyertaan, pemilikan dan penguasaan ekonomi yang kukuh dan berkesan.

Kerajaan juga digesa untuk merangka, melaksana dengan tuntas dan berkesan agenda ekonomi orang

Melayu dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2021 – 2030 dan lain-lain dasar negara agar orang

Melayu lebih berdaya saing dalam kemakmuran negara.

Page 26: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

M E M P E R K A S A K A N K U A S AP O L I T I K M E L A Y U

R E S O L U S I :P O L I T I K

Page 27: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

25

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

RESOLUSI KLUSTER POLITIK

KESINAMBUNGAN POLITIK MELAYU

Perbincangan: Kluster Politik yang diadakan pada 14 dan 21 September 2019 (15 dan 22

Muharam 1441) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dihadiri oleh Majlis Perwakilan

Pelajar Universiti Malaya; Bekas Perwakilan Pelajar; Perwakilan Belia; Wakil-wakil

Persatuan/ Badan Bukan Kerajaan (NGO); Pemimpin Parti Politik; Ahli Parlimen dan

Bekas Senator; Kepimpinan Parti dan Pengamal Politik Tanah Air; Ahli akademik dan

penyelidik dalam bidang; Profesional, Guru; Pesara kerajaan /swasta; Wartawan;

Pemerhati daripada luar negara.

Bahawasannya kami, para peserta Kluser Politik yang diadakan pada 14 dan 21 September

2019 (15 dan 22 Muharam 1441) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, menyediakan resolusi ini

atas asas bagi memperkukuh dan menjamin kuasa dan kekuatan politik orang Melayu dan anak

negeri Sarawak dan Sabah (kemudian daripada ini disebut “orang” Melayu).

Kami menginsafi bahawa bidang politik adalah teras penting kelangsungan orang

Melayu dan Islam, maka, prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan adalah kami sanjung dan kami junjung;

JUSTERU, kami dengan ini mengisytiharkan bahawa kami mendesak dan menggesa

kerajaan untuk bertindak tegas dalam hal ehwal politik orang Melayu dan memastikan

kuasa politik adalah berada pada tangan orang Melayu berdasarkan tuntutan-tuntutan

berikut:

1. Memastikan institusi Raja-raja, kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan orang Melayu dan

agama Islam terus dipertahankan oleh kepimpinan politik Melayu selaras dengan

Perlembagaan Persekutuan.

2. Pindaan peruntukan Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan dengan meletakkan syarat

jawatan Perdana Menteri mesti dilantik dalam kalangan orang Melayu, beragama Islam dan

berperibadi tinggi.

3. Pelantikan jawatan-jawatan strategik negara dalam kalangan orang Melayu bagi memastikan

kepentingan Melayu dan Islam terus terpelihara atau mana-mana individu yang terbukti

mempunyai akhlak terpuji serta berintegriti tinggi dengan syariat Islam.

Page 28: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

26

4. Dasar Afirmatif perlu diteruskan dalam setiap bidang. Ia juga selari dengan komposisi

penduduk, iaitu 68% Melayu. Seterusnya mengangkat semula agensi berjasa kepada

sosioekonomi Melayu, iaitu fungsi Unit Perancang Ekonomi (EPU) perlu dimantapkan.

5. Menuntut supaya seluruh kepemimpinan Melayu dipertingkatkan dalam setiap lapisan demi

memperjuangkan kepentingan orang Melayu, seterusnya ahli politik Melayu didesak untuk

melaksanakan agenda Melayu tanpa mengambil kira ideologi politik.

6. Memastikan program literasi politik dilaksanakan pada semua peringkat. Pendidikan politik

bermula pada peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat Pengajian Tinggi.

7. Menyusun program pembangunan belia Melayu berstruktur bagi melahirkan pemimpin

Melayu unggul pada masa hadapan. Ini dilakukan dengan mewujudkan pelan strategik belia

Melayu. Usaha pengkaderan perlu dilaksanakan dengan mewujudkan institusi atau badan

pengurusan bakat.

8. Menggunakan kuasa dan iltizam politik demi mempertahankan maruah dan masa depan

Melayu. Antaranya melalui penambahan belia Melayu sebagai Ahli Majlis Kerajaan

Tempatan dan melonjakkan penyertaan wanita Melayu dalam pelbagai kapasiti dengan lebih

dinamik.

9. Menuntut Kerajaan menggubal Akta Patriotik untuk memastikan perpaduan dan keharmonian

yang lebih sejahtera. Kerajaan juga diminta menubuhkan urus setia atau sekretariat bagi

tujuan meluruskan mana-mana pemesongan sejarah dan maklumat tidak tepat tentang dasar-

dasar negara.

PENUTUP

Teras politik Melayu hendaklah dijamin dan dilaksana oleh kerajaan bersandarkan

Perlembagaan Persekutuan dan amalan dan budaya tinggi serta memperkukuhkan dasar-dasar

negara yang melibatkan kepentingan orang Melayu. Semua parti politik Melayu mesti

meletakkan agenda kepentingan orang Melayu sebagai keutamaan yang paling tinggi.

Sementara itu, kepentingan strategik orang Melayu mesti dipertahankan dalam segenap aspek

pentadbiran kerajaan. Kerajaan digesa supaya tidak membuat dasar negara yang merugikan

orang Melayu, jangan menimbulkan kebencian orang Melayu, berhenti daripada membuat

naratif negatif terhadap orang Melayu kerana ia merendahkan martabat orang Melayu dan

kerajaan hendaklah tidak bertolak ansur dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan

seterusnya, kerajaan hendaklah menzahirkan kehendak politik bagi mengukuhkan ekonomi

Melayu.

Page 29: Copy of Copy of Kluster Budaya · yang berkait dengan kebumiputeraan bangsa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang sah dan asasi tanpa sebarang persoalan. v. Adalah

BERANI TEGAS TAKWA

Disediakan oleh:

Sekretariat Kongres Maruah Melayu