contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

of 17 /17
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS HARI GURU SMK DEMAK BARU PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI……TERIMA KASIH. RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA2 KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU. MAJLIS MEMOHON TN PENGETUA UNTUK MENYALAKAN LILIN DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN . .UNTUK MAKLUMAN SEMUA,SIMBOLIK DARIPADA NYALAAN LILIN ITU TADI ADALAH GURU LAKSANA LILIN PELAJAR PENYULUH KEGELAPAN PENERANG HATI. SANGGUP MEMBAKAR DIRI DEMI KEJAYAAN ANAK MURID TERCINTA. ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN SAMA KATA SAMA SEPAKAT HARI GURU MARI RAIKAN. JALAN KE DARAT BERPILIN-PILIN CUACA REDUP MENAWAN DUKA GURU IBARAT CAHAYA LILIN MENYULUH HIDUP TIAP KETIKA. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI YG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU

Upload: puteracho

Post on 27-Jun-2015

1.660 views

Category:

Presentations & Public Speaking


4 download

DESCRIPTION

contoh ucapan hari guru

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS HARI GURU SMK DEMAK BARU

PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI……TERIMA KASIH.

RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA2 KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU.

MAJLIS MEMOHON TN PENGETUA UNTUK MENYALAKAN LILIN DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN .

.UNTUK MAKLUMAN SEMUA,SIMBOLIK DARIPADA NYALAAN LILIN ITU TADI ADALAH GURU LAKSANA LILIN PELAJAR PENYULUH KEGELAPAN PENERANG HATI. SANGGUP MEMBAKAR DIRI DEMI KEJAYAAN ANAK MURID TERCINTA.

ISTANA KOTA SEBELAS TINGKATTEMPAT BAHARU NAKHODA PEKANSAMA KATA SAMA SEPAKATHARI GURU MARI RAIKAN.

JALAN KE DARAT BERPILIN-PILINCUACA REDUP MENAWAN DUKAGURU IBARAT CAHAYA LILINMENYULUH HIDUP TIAP KETIKA.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI

YG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATITN HJ BAHARUDIN BIN MANSOR YG DIPERTUA PIBG,SMK DEMAK BARU

PN MISIA BINTI HJ ZAINPENOLONG KANAN AKADEMIK

Page 2: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,EN SELAMAT BIN MASUNI, PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS,EN HIPNI BARAHIM ,EN MOHADIR AMIN , PEGAWAI DARI BANK RAKYAT CAWANGAN SATOK.

WARGA PENDIDIK ,KAKITANGAN SMK ,AJK PIBGDEMAK BARU. BARISAN PENGAWASDAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.

BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI.DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK DEMAK BARU BAGI TAHUN 2009..GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.

.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.

BACAAN DOAHADIRIN YANG DIHORMATI,

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN SAUDARA MOHD AMIRULLAH BIN JOHARI - UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA.DIPERSILAKAN.

.MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA AMIRULLAH-- DIATAS BACAAN DOA ITU TADI.

Page 3: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

ANAK KECIL PERGI BERBURUTIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIADARI KECIL DI ASUH GURUAGAR DEWASA MENJADI MANUSIA.

PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SMK DEMAK BARU ----JACOB FREEMAN-UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA JACOB FREEMAN ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

PUTIK BARU MEKAR DI LAMANKEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKATHARGAIKU SEPANJANG ZAMANAGAR HIDUP BEROLEH BERKAT.

!

HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN EN RAMBLI BIN HAJI HASBI PENGETUA SMK DEMAK BARU BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU DIPERSILAKAN ….

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.

DI MANA ADA KEMAHUANDI SITU ADA JALANJASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKANBUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.

PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA TN HJ BAHARUDIN BIN MANSUR YG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASAIH DIUCAPKAN KEPADA TN HJ BAHARUDIN BIN MANSUR ATAS UCAPAN ITU TADI.

SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

Page 4: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

SETERUSNYA PULA MAJLIS MEJEMPUT EN SELAMAT BIN MASUNI UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .

ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYADI AAK TANGGA DUDUK BERPERIKANKASIH GURU AKAN MURIDNYAMASA DAN TENAGA RELA KOBANKAN

BAIKLAH HADIRIN HADIRAT SEKALIAN MAJLIS KINI MENJEMPUT EN BIN MORNI UNTUK MENGETUAI BACAAN IKRAR GURU..MOHON PARA GURU BERDIRI DI PENTAS …DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN OLEH PARA GURU NYANYIAN LAGU HARI GURU…LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG DAN BIARKU MENJADI LILIN..

SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH TN PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN,MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.

T.KASIH DIUCPKN.MAJLIS AKN DISERIKAN LGI DGN PRSMBHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN PERTUNJUKAN BERAGAM INI.DEMIKIANLAH TADI PRSMBHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.

MAJLIS TIDAK AKN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DGN PRSMBHN OLEH GURU..DIJEMPUT CIKGU NOR SHAFIQ UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK. BERITA KEPADA KAWAN.DENGAN INI DIPERSILAKAN…

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.BERBAKAT JUGA RUPANYA CIKGU KITA.TAHUN DEPAN BOLEHLAH DAFTAR AF8.JANGAN MARAH YA CIKGU.

MAJLIS DISERIKAN PULA DENGAN SATU PERSEMBAHAN TARIAN IBAN YANG BERTAJUK TABOH KUMAN DIBAWAH PIMPINAN CIKGU SAEEI.

Page 5: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

T.KASIH DIUCAP KAN KEPADA KUMPULAN TARIAN ITU TADI.

MAJLIS AKAN DIMERIAHKAN LAGI DGN PRSMBHN NYAYIAN PLJR PNDIDIKAN KHAS.

TERIMA KASIH DIATAS PERSMBHAN ITU TADI.

PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH NYANYIAN LAGU PUISI DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK DEMAK BARU.DIPERSILAKAN.

TERIMA KSIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI.MAJLIS.

.

KITA SUDAH BERADA DI HUJUNG MJLIS DIMINTA SEMUA PLJR BERDIRI UTK SAMA-SAMA MNYANYIKAN LAGU IBU BERTIWIKU

T.K……………………

PENUTUP

AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PG INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BG THN INI…..

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KPD SEMUA GURU UTK M’JD P’DIDIK YG GEMILANG.SEMOGA BENIH2 KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKANTERPANCAR KEJERNIHA DAN KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK.MUDAH MUDAHAN…

AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU…..

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU UNTUK SESI PENGAMBARAN DAN PERHATIAN UNTUK SEMUA PENGAWAS ANDA DIMINTA TINGGAL DI TAPAK LOBI SEKARANG.

.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

Page 6: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

Bismillah…….

Yang Berbahagia .......Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .......

Yang Berusaha ..............Guru Besar......

Yang Berbahagia .................................Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan GuruSekolah .............................Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan Sekolah ....................Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat Sekolah .........

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja bagi Tahun 2013 dengan tema : ......

Awal Bismillah pembuka bicara Kata disusun untuk keberkatan,

Semoga kebaikan datang jua, Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz........  Dijemput dengan hormatnya….

(bacaan doa)Amin Ya Rabbal Alamin.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.

Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,

Page 7: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah........ Sidang dataran dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.  

Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,

Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan ........... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...

(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih..Seterusnya dipersilakan..........................., GPK1 untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.

(ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu dipersilakan ........................selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...

(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan ........................, Yang Di Pertua PIBG Sekolah ....................... untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...

(ucapan)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Page 8: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

Hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan ......., Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .... untuk tampil menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....

(ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan ................... untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

(ucapan)Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan .................itu tadi.

Sidang dataran yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,Moden tradisional bersatu senada;

Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi acara melafazkan ikrar diketuai oleh ........., GPK1. Dipersilakan.... Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....  Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi. Sidang hadirin sekalian,

Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada guru-guru.

Page 9: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan..........menjemput dan mengiringi ............................, Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....

(penyampaian hadiah) Sidang dataran sekalian ;

Maju Bangsa Kerana Bahasa,Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;

Ingatan Diberi Tidak Seberapa,Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........ untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia ............., dipersilakan....... dan seterusnya kepada Yang Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberangAndai memanjat dah sampai ke pucukAndai mendaki dah sampai ke puncakSetiap yang bermula pasti akan berakhirBegitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,Menganyam daun atap jerami,Yang indah, yang berseri bawalah pergiYang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,Tambat perahu di muara Deli.Kalau ada umur yang panjang,InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan

Page 10: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Page 11: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA SK BANGSAR 25 MEI 2014

Kata-kata aluan:- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.- Yang Berusaha Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum,  Pn Nor Shafina Bt Yasak GPK HEM, , Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum, Pn Tanma Rajasegaran Penyelia Petang , guru-guru, para pekerja dan murid-murid yang saya kasihi sekalian. – Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi yang mulia ini, kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan Majlis Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah bagi tahun 2012. 

Istana kota sebelas tingkat,Tempat baharu nakhoda pekan;Sama kata sama sepakat,Hari Guru dan pekerja mari raikan.

-Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.-Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya.-Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”- Hari Pekerja diraikan pada 1 Mei . Tujuan sambutan hari pekerja ini adalah salah satu tanda memperingati para pekerja sebagai tunjang utama bagi kejayaan ekonomi dan sosial negara. Tema Hari Pekerja pada tahun ini ialah “ Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi ”.

Bacaan doa :

Bunga mawar cantik tersemat,Dipetik gadis di tepi titi;Doa dibaca memohon Rahmat,Moga Majlis sentiasa diberkati.

-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Abd Halim Bin Tasliman untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -Amin Amin Ya Rabbal `Alamin-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.Ucapan Wakil Guru Sesi Pagi :

Waktu malam melihat bulan,

Page 12: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

Mendengar pungguk berlagu merdu,Selamat hari guru kita ucapkan,Kerana jasa menaburkan ilmu

-Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan  Encik Adenan Bin Mustapha bagi menyampaikan ucapan wakil guru sesi pagi sempena perayaan Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah. Dipersilakan.-Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Adnan Bin Mustaphadi atas ucapan sebentar tadi. 

Ucapan Wakil Guru Petang :

Burung pipit burung helang,terbang tinggi tidak sejajar;biar sejuta rintangan menghalang,tetapku gagah teguh mengajar.

-Sidang majlis sekalian, seterusnya dijemput Encik Nik Anuar Bin Nik Yaacob untuk menyampaikan ucapan wakil guru sesi petang sempena perayaan Hari Guru dan Pekerja sekolah. Dipersilakan. .- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Nik Anuar Bin Nik Yaacob di atas ucapan sebentar 

Ucapan GPK Tadbir dan Kurikulum:Pohon palma tegak berdiri,Ditanam mari tepi bangunan;Ilmu di dunia terus dicari,Jasa guru dilupa jangan.

-Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohd Ali Bin Kasmun Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar bagi menyampaikan ucapan sempena perayaan Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah. Dipersilakan.-Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Ali Bin Kasmun di atas ucapan sebentar tadi.

Teratai Melati Melur dan Mawar, Bunga-Bungaan Harum dan Wangi, Guru Laksana Pelita Pelajar, Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Page 13: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

- Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru naik ke pentas untuk melafazkan ikrar yang akan diketuai oleh Encik Norhazlesham Bin Mad.- Selepas itu kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru. dengan nyanyian lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema Hari Guru

Sesi Pertukaran Hadiah :Putik baru mekar di laman,Kembang kudup kumbang terikat;Hargaiku sepanjang zaman,Agar hidup beroleh berkat.

Hadirin sekalian,       

-Majlis diteruskan dengan acara pertukaran hadiah. Dimulakan dengan guru bernama _______________________ naik ke pentas untuk memberi hadiah kepada ________________________

Penyampaian Hadiah :Buah beluru buah sawa,Minta sekati bawa ke darat,Azam guru ke hujung nyawa,Tabur bakti sampai ke akhirat.

Hadirin sekalian,-Majlis mempersilakan  Pn Nur Shafina Binti Yasak mengiringi oleh Encik Ismail  Bin Ahmad GPK kokurikulum untuk menyampaikan hadiah sukaneka  dan perlawanan bola sepak.- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Ismail GPK kokurikulum kerana sudi menyampaikan hadiah.

Angin menderu dengan sepoinya,Di anak tangga duduk berperikan;Kasih guru akan muridnya,Masa dan tenaga rela korbankan.

-Majlis mempersilakan  Pn Nur Shafina Binti Yasak mengiringi oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum untuk menyampaikan Anugerah Khas SK Bangsar  sempena Hari Guru dan Pekerja.

- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum  kerana sudi menyampaikan anugerah khas.

Page 14: Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

- Tahniah diucapkan kepada guru dan pekerja  yang telah menerima Anugerah Khas daripada pihak sekolah.Semua murid diminta berdiri untuk kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.-Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga SK Bangsar kerana dapat bersama-sama meraikan sambutan Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah.

Bunga seroja di atas cemara,Jatuh sekuntum di atas para;Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua yang kami pinta.

SEKIAN.SALAM SEJAHTERAWABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…