contoh surat perjumpaan ibu bapa

2
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT SENTUL (1) Jalan Tanah Lapang, Sentul, 51000 Kuala Lumpur. Tel : 03-40419288 Fax : 03-40458982 Rujukan Tuan : Rujukan Kami : SKCSS 02/04/005 Jilid 9 (63) Tarikh : 6 Januari 2014 Kepada, Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6, SK Convent Sentul Satu, Kuala Lumpur. Tuan / Puan, PERJUMPAAN IBU BAPA / PENJAGA MURID-MURID TAHUN 6 Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan perjumpaan ibu bapa / penjaga untuk semua murid tahun 6. Berikut adalah butiran mengenai “Program Dari Hati Ke Hati” : Tarikh : 9 Januari 2014 (Khamis) Masa : 4.00 petang Tempat : Dewan Seri Puteri, SK Convent Sentul (1) M 2. Objektif program ini diadakan adalah untuk membincangkan program yang akan dilaksanakan kepada murid Tahun 6 serta membuat “Aku Janji” untuk menaikan semangat anak-anak tuan / puan. 3. Keprihatinan pihak sekolah terhadap kejayaan anak-anak tuan / puan amatlah besar. Dengan itu , pihak sekolah amat berbesar hati mengharapkan tuan / puan dapat menyokong dan menghadirkan diri ke sekolah demi kejayaan anak-anak tuan puan di masa hadapan. Sekian, dimaklumkan, terima kasih. Yang menjalankan tugas, ……………………….. Pn. Hjh Auzariah Bt Hj Abdullah Guru Besar, SK Convent Sentul (1) M, Jalan Tanah Lapang, Sentul 51000 Kuala Lumpur ………………………………………..Sila kembalikan keratan ini…………………….…………………….. Kepada, Guru Besar, SK Convent Sentul (1), Kuala Lumpur. Tuan / Puan,

Upload: izzuan-muhd

Post on 28-Nov-2015

883 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

contoh surat perjumpaan ibu bapa murid tahun 6. surat panggilan ibu bapa

TRANSCRIPT

Page 1: contoh Surat Perjumpaan Ibu Bapa

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT SENTUL (1)Jalan Tanah Lapang, Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

Tel : 03-40419288 Fax : 03-40458982

Rujukan Tuan :Rujukan Kami : SKCSS 02/04/005 Jilid 9 (63)Tarikh : 6 Januari 2014

Kepada, Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6, SK Convent Sentul Satu, Kuala Lumpur.

Tuan / Puan,PERJUMPAAN IBU BAPA / PENJAGA MURID-MURID TAHUN 6

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan perjumpaan ibu bapa / penjaga untuk semua murid tahun 6. Berikut adalah butiran mengenai “Program Dari Hati Ke Hati” :

Tarikh : 9 Januari 2014 (Khamis)Masa : 4.00 petang Tempat : Dewan Seri Puteri, SK Convent Sentul (1) M

2. Objektif program ini diadakan adalah untuk membincangkan program yang akan dilaksanakan kepada murid Tahun 6 serta membuat “Aku Janji” untuk menaikan semangat anak-anak tuan / puan.

3. Keprihatinan pihak sekolah terhadap kejayaan anak-anak tuan / puan amatlah besar. Dengan itu , pihak sekolah amat berbesar hati mengharapkan tuan / puan dapat menyokong dan menghadirkan diri ke sekolah demi kejayaan anak-anak tuan puan di masa hadapan. Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

………………………..Pn. Hjh Auzariah Bt Hj AbdullahGuru Besar,SK Convent Sentul (1) M,Jalan Tanah Lapang, Sentul51000 Kuala Lumpur………………………………………..Sila kembalikan keratan ini…………………….……………………..

Kepada,Guru Besar,SK Convent Sentul (1), Kuala Lumpur.

Tuan / Puan,Adalah dimaklumkan bahawa saya telah membaca dan memahami surat puan. Dengan ini, saya ibu / bapa / penjaga kepada anak yang bernama …………………………………………………………dari kelas………….akan hadir / tidak dapat hadir untuk “Program Dari Hati Ke Hati” pada 9 Januari 2014 ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………………….Tandatangan Ibu / Bapa / PenjagaNama :……………………………………………………. No. Kad Pengenalan : …………………………………….No. Telefon :……………………………………