contoh karangan

34
CONTOH-CONTOH PENULISAN MASALAH SOSIAL REMAJA SEMAKIN MENGGERUNKAN Keterlanjuran moral dan akhlak masyarakat umumnya remaja masa kini semakin mengkhawatirkan. Masalah ini bukan lagi masalah tersirat yang dialami masyarakat tetapis udah terpampang jelas depan mata. Trend dan gaya hidup orang-orang barat seperti sudah membudaya di negeri ini.Sedangkan kita tahu Indonesia merupakan Negara yang menampung penduduk islam terbesar di dunia. Meskipun bukan berstatus Negara islam dan lebih bersifat moden dan toleransi tetapi bukankah lebih baik jika menerapkan dan menjunjung tinggi nilai-nilai murni dan moral yang diajarkan islam dalam kehidupan harian. Melihat cara pergaulan, pertuturan, cara berfikir dan cara berpakaian terutama kaum wanita sudah sangat jauh terpesong dari apa yang seharusnya dipraktikkan sebagai seorang muslim.Cara berpakaian misalnya, semakin hari semakin mini.Para remaja menganggap ini adalah gaya hidup zaman modern.Tapi justru inilah yang menjadi punca kehancuran akhlak dan peribadi mereka. Mana tidaknya, seorang wanita yang berpakaian singkat dan menampakkan aurat serta perhiasan yang berlebihan sudah pasti bisa menaikkan nafsu syahwat kaum lelaki.Hal inilah yang menyebabkan berlaku kasus-kasus jenayah pemerkosaan seperti yang terjadi belakangan ini. Meski ada yang berpendapat bahawa pakaian mini bukanlah puncanya, tapi itu mungkin hanya pendapat untuk memenangkan mereka yang masih dan sulit untuk meninggalkan amalan berpakaian mini dan seksi ini.Namun menurut kajian ahli sosiologi berpakaian seksi atau mini membuka kebarangkalian besar untuk terjadinya kriminal pemerkosaan. Selain itu wanita yang suka

Upload: faizalhaedee

Post on 27-Dec-2015

196 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Panduan kepada pelajar

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH KARANGAN

CONTOH-CONTOH PENULISAN

MASALAH SOSIAL REMAJA SEMAKIN MENGGERUNKAN

Keterlanjuran moral dan akhlak masyarakat umumnya remaja masa kini semakin mengkhawatirkan. Masalah ini bukan lagi masalah tersirat yang dialami masyarakat tetapis udah terpampang jelas depan mata. Trend dan gaya hidup orang-orang barat seperti sudah membudaya di negeri ini.Sedangkan kita tahu Indonesia merupakan Negara yang menampung penduduk islam terbesar di dunia. Meskipun bukan berstatus Negara islam dan lebih bersifat moden dan toleransi tetapi bukankah lebih baik jika menerapkan dan menjunjung tinggi nilai-nilai murni dan moral yang diajarkan islam dalam kehidupan harian.

Melihat cara pergaulan, pertuturan, cara berfikir dan cara berpakaian terutama kaum wanita sudah sangat jauh terpesong dari apa yang seharusnya dipraktikkan sebagai seorang muslim.Cara berpakaian misalnya, semakin hari semakin mini.Para remaja menganggap ini adalah gaya hidup zaman modern.Tapi justru inilah yang menjadi punca kehancuran akhlak dan peribadi mereka.

Mana tidaknya, seorang wanita yang berpakaian singkat dan menampakkan aurat serta perhiasan yang berlebihan sudah pasti bisa menaikkan nafsu syahwat kaum lelaki.Hal inilah yang menyebabkan berlaku kasus-kasus jenayah pemerkosaan seperti yang terjadi belakangan ini. Meski ada yang berpendapat bahawa pakaian mini bukanlah puncanya, tapi itu mungkin hanya pendapat untuk memenangkan mereka yang masih dan sulit untuk meninggalkan amalan berpakaian mini dan seksi ini.Namun menurut kajian ahli sosiologi berpakaian seksi atau mini membuka kebarangkalian besar untuk terjadinya kriminal pemerkosaan. Selain itu wanita yang suka berpakaian seksi ini terlihat tidak sopan dan kurang anggun. Bukan ingin menyalahkan kaum wanita, tetapi ini merupakan pandangan sebagian orang yang bertujuan untuk kebaikan .

Cara pergaulan dan komunikasi remaja juga semakin keterlaluan. Pergaulan bebas antara laki-laki dan perempuan semakin tidak terbendung lagi.Mereka bebas berpegangan dan berpelukan sesukanya. Yang menghairankan saya, ia dilakukan di depan umum tanpa ada pihak yang menegur atau melarang perbuatan tersebut terutama dimalam minggu. Malam minggu istilah yang semakin disalah gunakan oleh para remaja kita.Bagi mereka malam minggu adalah malam untuk mereka berpacaran dan bermesraan sekaligus memicu kepada peningkatan jenayah sosial di Negara. Ini adalah cara barat, budaya orang-orang barat, tapi kenapa diperankan oleh masyarakat islam di dunia nyata??

Page 2: CONTOH KARANGAN

Masalahsosial lain yang sedang menjadi wabak yang membahayakan remaja kini adalah sex phon dan chating. Sangat ngeri dan menjijikkan. Kemudahan internet dan alat komunikasi yang dibekalkan kepada mereka disalah gunakan untuk keinginan yang sangat tidak bermanfaat. Kebiasaan ini akan menyebabkan mereka sentiasa berfikiran negative, suka berkhayal dan paling buruk suka beronani. Onani memberi dampak sangat jelek pada fizik dan batin remaja. Menurut penyelidikan pakar, remaja yang suka melakukan onani akan terlihat lebih tua dari usia sebenar. Mereka juga tidak focus terhadap pelajaran dan pekerjaan mereka. Apa yang ditakutkan, mereka akan lebih berani untuk melakukan hubungan terlarang dan penzinaan.

Faktor kekeluargaan sangat releven dengan kepincangan akhlak dan moral remaja. Didikan dan asuhan ibu bapa amatlah mempengaruhi sikap dan cara berfiki ranak. Jika sejak kecil anak-anak telah diberi didikan agama yang cukup dan diasuh dengan disiplin tentang cara pergaulan yang baik dan sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga,pasti remaja tidak mudah terjebak dengan masalah sosial seperti ini. Kalau bisa janganlah selalu menimbulkan kericuhan di dalam rumah. Pertengkaran orang tua misalnya bisa menyebabkan anak merasa stress dan tidak betah lalu akhirnya mencari suasana yang lebih enak di luar dan berteman bersama remaja yang tidak sepatutnya.

Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan seharusnya segera mengambil inisiatif agar anak-anak tidak terlalu jauh terjebak dalam masalah ini. Misalnya ibu bapa bisa menjadualkan waktu mereka untuk diluangkan bersama anak-anak satu hari penuh dalam seminggu. Cubalah berbincang dengan mereka, bertanya masalah mereka, mengambil tahu perkembangan pelajaran atau teman-teman mereka agar mereka lebih nyaman dan terbuka pada anda. Walaupun ‘Waktu’ itu ibarat ‘emas’ bagi pengusaha dan orang-orang bisnis, tetapi anak-anak juga merupakan intan permata yang tidak harus dibiarkan hilang sinar akhlak mulia dalam dirinya.

Media television dan para tumpuan awam juga mungkin boleh  berfikir dua kali untuk mempertontonkan imej dan penampilan yang menjolok mata kepada umum. Wanita yang menggunakan pakaian-pakaian yang terlalu singkat sehingga membuka dada dan di atas paras lutut itu bukanlah sesuatu yang wajar untuk diperlihatkan dan menjadi ikutan remaja. TV merupakan media yang sangat berpengaruh besa rkepada remaja. Mereka lebih suka meniru gaya dan trend yang ada di TV. Pihak-pihak yang berkaitan mungkin bisa mewujudkan larangan untuk berpakaian terlalu terbuka di depan umum. Kalaupun tidak mahu bertudung, memakai pakaian yang menutup bahagian dada dan paras lutut, sudah cukup baik untuk masyarakat. Pihak wanita haruslah berfikiran terbuka untuk merima teguran atau pandangan semacam ini.

Masalah sosial, keruntuhan akhlak dan moral remaja bukanlah isu kecil yang hanya dipertanggungjawabkan pada satu-satu pihak. Seluruh lapisan masyarakat harus menggembleng tenaga untuk mencegah dan mengentas masalah ini agar tidak terus mendarah daging dalam diri remaja yang menjadi pewaris bangsa kelak. 

Sumber bahan tulisan berbahasa Melayu Indonesia : http://id.shvoong.com/social-sciences/sociology/2215413-masalah-sosial-remaja-semakin-mengerikan/#ixzz1qPzduTy3

Page 3: CONTOH KARANGAN

Posted 28th March

Program 6P Harus Diperkasa Secara Menyeluruh Bagi Menangani Isu PATI - Oleh Mohd Noor Firdaus Mohd Azil

Isu kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dijangka berterusan selagi Malaysia masih berada pada status negara membangun, ekoran permintaan tenaga kerja yang tinggi dalam sektor berkaitan, terutama pembinaan dan perindustrian. Pemerhati sosioekonomi melihat Malaysia antara destinasi pilihan warga asing termasuk yang tanpa izin untuk mencari rezeki, berikutan kepesatan pembangunan dan kekukuhan ekonomi hasil perancangan kerajaan semenjak sekian lama.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berpendapat ketidakmampuan tenaga kerja tempatan menampung keperluan, membawa kepada kemasukan tanpa izin pekerja asing. "Malaysia mempunyai peluang pembangunan cukup besar, lantaran, kita perlu ramai tenaga kerja dalam menampung kerancakan dan kepesatan pembangunan kita terutamanya dalam sektor industri. Ini menandakan pembangunan kita drastik.

"Dari satu sudut, kurang minat serta sikap tidak serius warga tempatan dalam memenuhi ruang vakum pekerjaan dalam industri-industri ini menyebabkan golongan majikan terpaksa mengambil jalan menggaji pekerja asing bagi memastikan sektor-sektor tersebut bergerak lancar," katanya kepada Bernama baru-baru ini. Walaupun dari satu sudut tenaga kerja asing mampu menyelesaikan masalah permintaan tenaga kerja ini, namun untuk jangka masa panjang beberapa masalah sudahpun dikenal pasti dan dilihat akan memberi kesan kepada kestabilan negara.

Dalam menangani isu PATI, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) bagi mengesahkan kehadiran mereka daripada segi undang-undang. Program yang mula digerakkan pada tahun lepas itu pada awalnya dilihat cukup berkesan, namun stastitik terkini KDN menunjukkan daripada lebih dua juta pendatang yang mendaftar tahun lepas, hanya sekitar 379,000 pendatang diputihkan termasuk 94,856 telah pulang ke negara masing-masing.

Sikap KDN yang sering menangguhkan tarikh tamat proses pemutihan 6P (terkini pada 10 April walaupun sepatutnya tamat pada 15 Feb lepas), mula menimbulkan rasa tertanya-tanya masyarakat mengenai keberkesanan program tersebut. Bagaimanapun, Md Shukri berpendapat KDN tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana proses itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk penguatkuasaan, majikan dan pendatang tanpa izin terbabit.

"Program tersebut mampu dilaksana dengan berkesan seandainya semua pihak bekerjasama,

Page 4: CONTOH KARANGAN

jangan ada pihak yang bersikap lewa dalam menangani perkara ini dan meletakkan kesemuanya di atas bahu kerajaan saja. "Mungkin adalah lebih baik kiranya program 6P tidak dijalankan secara adhoc, tetapi secara berterusan...kerana kita tahu selagi Malaysia sedang membangun, selagi itu tenaga kerja diperlukan, dan selagi itu Pati akan tertumpu ke Malaysia," katanya.

Bagi pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi dari Universiti Teknologi Mara, Dr Syarifah Syahirah Syed Sheikh, pelaksanaan program yang melibatkan, kementerian, Syarikat Pengurus (SP) yang dilantik sebagai pengantara, majikan dan PATI itu harus dipantau secara berkala. "Tapi masalahnya sekarang, yang saya nampak secara umum ialah pelaksanaan, ada yang mungkin elemen-elemen pihak yang tidak bertanggung jawab ambil kesempatan," katanya.

Syarifah Syahirah berpendapat program 6P KDN merupakan satu usaha telus dan murni kerajaan dalam memastikan isu PATI ini dapat ditangani, namun beliau menyarankan agar program itu sentiasa diberi nilai tambah dan diperkasakan dengan lebih agresif serta teliti. Namun, itu semua hanya usaha dari kerajaan Malaysia. Bagaimana pula dengan negara asal seperti Bangladesh, Myanmar, Filipina serta Indonesia yang merupakan penyumbang terbesar pendatang tanpa izin ke negara ini?

Menurut Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Muslim Malaysia (DPPMM) Jamal Nasir, satu memorandum persefahaman (MoU) di antara DPPMM sebagai salah satu SP, telah ditandatangani dengan wakil dari Partai Amanat Nasional Indonesia (PAN) iaitu Jatur Sapto Edy pada 16 Feb lepas, bagi merangka satu mekanisma dalam menangani masalah PATI ini. Beliau berkata melalui memorandum tersebut, kedua-dua pihak akan bekerjasama mewujudkan Pusat Krisis PAN yang bertujuan memberikan perkhidmatan berintegrasi kepada PATI melalui proses 6P itu.

"PAN sebagai salah satu dari parti pemerintah, sedia untuk wujudkan pusat krisis yang akan menjadi satu mediasi, wadah untuk warga Indonesia yang bermasalah datang suarakan masalah. "Jadi tujuan MoU itu adalah suatu program kemanusiaan di bawah DPPMM bersama-sama dengan PAN, kita angkat kepada kedua-dua pihak untuk kesejahteraan warga Indonesia khususnya yang berstatus PATI, dan fokus kita untuk bantu selesai masalah 6P," katanya.

-- BERNAMAPosted 28th March

Memantapkan penggunaan bahasa Melayu - Jasni Majed

PELANCARAN Program Pembudayaan Bahasa memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya penggunaan dan pemantapan bahasa bagi sebuah negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Meskipun kita enghuni sebuah negara yang

Page 5: CONTOH KARANGAN

terdiri daripada berbilang bangsa, bahasa Melayu sudah diiktiraf sebagai bahasa rasmi yang perlu difahami dan digunakan dalam pelbagai urusan terutamanya ketika berurusan dengan badan kerajaan.

Mata pelajaran Bahasa Malaysia yang wajib dipelajari semua murid di negara kita, tidak kira sekolah mana sekalipun menunjukkan usaha ke arah memantapkan bahasa Melayu. Malah, syarat wajib lulus dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadikan Bahasa Melayu berada di tahap yang sepatutnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian program tersebut antara lain berharap bahasa Melayu diberi ruang dalam Indeks Prestasi Utama (KPI) di segenap peringkat eksekutif sektor swasta dan awam. Di samping itu, tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dalam urusan surat menyurat, pengendalian mesyuarat, ucapan dan perbincangan bagi kedua-dua sektor itu akan dijadikan penilaian tahap pencapaian dalam penggunaan bahasa Melayu.

Jelas di sini bahawa pembudayaan bahasa Melayu bukan hanya bergantung sepenuhnya kepada sektor awam, malah sektor swasta turut memainkan peranan besar untuk memastikan kejayaannya. Kerjasama dan pemantauan oleh badan bahasa sangat penting demi memastikan apa yang dicita-citakan ini akan menjadi kenyataan. Kempen demi kempen mengenai bahasa sering kita lakukan namun usaha untuk menaikkan imej bahasa kebangsaan menemui pelbagai masalah. Ada yang menganggap kita semua mampu menggunakan bahasa kita dengan betul ketika kempen diadakan, tetapi selepas itu pertuturan kita menjadi tunggang-langgang.

Jika bahasa itu dilaung-laungkan sebagai lambang jati diri bangsa, maka sudah sewajarnya usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu diperhebatkan dan setiap warga yang bahasa ibundanya bahasa Melayu berusaha mendaulatkan bahasa Melayu. Kita tidak nafikan keaslian bahasa ibunda tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah yang diguna pakai oleh masyarakat di negara kita termasuk orang Melayu sendiri ketika bertutur sesama rakan. Menurut sejarah, bahasa rojak sudah mula dapat dikesan ketika zaman Parameswara lagi iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka.

Di Melaka ketika itu, terdapat 84 bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan, maka tidak hairan bahasa rojak dijadikan bahasa perantara untuk berurusan dalam pelbagai hal. Sampai kini isu bahasa rojak tidak pernah selesai malah bertambah buruk sehingga menjejaskan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan terutamanya di kalangan remaja dikatakan menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Manakala menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), golongan remaja menjadikan bahasa rojak sebagai alat perhubungan dengan alasan bahasa itu ringkas dan mudah bagi mereka. Mereka tidak mempedulikan kesan penggunaan bahasa tersebut kerana bagi mereka apa yang penting adalah mereka boleh berhubung dan memahami antara satu dengan yang lain.

Dalam pada itu, oleh sebab ramai antara pemilik telefon bimbit sekarang terdiri daripada pelajar sekolah, maka tidak hairanlah wujud kebimbangan pelbagai pihak terhadap pengaruh bahasa

Page 6: CONTOH KARANGAN

rojak di kalangan pelajar. Dalam penulisan karangan, kelemahan aspek bahasa pelajar termasuk penggunaan bahasa yang tidak mantap kerana dicampuradukkan dengan bahasa asing yang tidak difahami dengan mendalam maksud perkataan yang digunakan.

Tidak kurang juga penggunaan kata singkatan seperti ‘tak’ ‘yg’ ‘bpun’ ‘jd’ yang diguna pakai dalam khidmat pesanan ringkas itu turut dimasukkan dalam penulisan karangan oleh pelajar sekolah dan boleh menjejaskan pemarkahan dari segi ejaan.

Kepelbagaian jenis pencemaran bahasa di negara kita memerlukan pemantauan yang bersungguh-sungguh oleh pencinta bahasa. Badan yang bertanggungjawab untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, media massa perlu melipat- gandakan usaha ke arah memartabatkan bahasa Melayu supaya diyakini penggunaannya.

Membudayakan bahasa secara ringkas boleh dikatakan mengamalkan penggunaan bahasa kebangsaan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan. Ini tidak bermakna bahasa ibunda lain mesti diketepikan tetapi dalam pelbagai urusan harian yang membabitkan surat-menyurat, surat perjanjian jual beli, ceramah, seminar yang bersifat kebangsaan mesti menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Bagaimanapun, pengaruh bahasa basahan, bahasa remaja dan bahasa rojak sukar dibendung jika tidak disertai kesedaran individu. Agak malang jika pengaruh bahasa ini dicampur aduk dalam urusan rasmi termasuk ucapan dan ceramah dalam majlis. Oleh itu, jika kita mementingkan identiti bangsa yang mampu terpancar menerusi bahasa, tidak perlu kita mencampuradukkan bahasa asing dalam pertuturan harian ketika berurusan atau berbual-bual sesama rakan.

Slogan ‘bahasa menunjukkan bangsa’ tidak berguna lagi jika orang Melayu mencampuradukkan bahasa Melayu dan Inggeris atau Arab dalam perbualan harian mereka. Suatu masa dulu, kita pernah berura-ura untuk mengenakan denda kepada premis perniagaan yang membelakangkan bahasa kebangsaan di papan tanda premis perniagaan mereka.

Kita juga pernah melancarkan operasi mengesan kesalahan ejaan dan tatabahasa pada papan tanda premis perniagaan, lebuh raya dan sebagainya dan mencadangkan agar ditukar kesalahan tersebut. Usaha ini dianggap positif kerana di samping menaikkan imej bahasa kebangsaan, kita juga sebenarnya mendidik orang ramai agar tidak memandang remeh terhadap bahasa kebangsaan.

Kerjasama pihak yang membuat kesalahan dengan bersedia dan berusaha menukar kesalahan mengenai bahasa amat dialu-alukan. Pelbagai pihak yang bersedia merujuk aspek bahasa kepada badan berpengaruh tentang bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan jalan terbaik mengurangkan masalah pencemaran bahasa di negara kita. Meskipun hubungan antara masyarakat tidak terjejas disebabkan pencemaran bahasa, tetapi demi kelangsungan dan ‘jiwa’ Melayu itu, usaha mengangkat martabat bahasa itu sangat penting kerana bahasa melambangkan identiti kita.

Tidak salah kita menggunakan bahasa asing dalam pertuturan seharian, tetapi biar bertempat dan biar tidak dicampuradukkan. Jika bercakap Inggeris, cakaplah bahasa Inggeris sepenuhnya dan

Page 7: CONTOH KARANGAN

jika bertutur bahasa Melayu, bercakaplah bahasa Melayu sepenuhnya.

Posted 28th March

PERSOALAN ALAM SEKITAR BUKAN SEKADAR ISU PENCEMARAN: PERUBAHAN PARADIGMA DIPERLUKAN- Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang

Persoalan alam sekitar bukan sekadar isu keselamatan dan kesihatan awam. Sejak pencemaran alam sekitar mendapat liputan meluas media Barat pada tahun 1960-an, dinamisme perbahasan dan isu melampaui aspek teknikal, saintifik dan pengurusan. Malah, pada hemat saya, persoalan alam sekitar ketika ini menjadi agenda politik dan falsafah utama di peringkat antarabangsa.

Ketika pemimpin negara-negara G8 bersidang di Hokkaido, Jepun pada Jun lalu, isu utama yang dibahaskan ialah komitmen untuk menangani peningkatan suhu bumi. Ketika debat politik kian membara dalam perebutan jawatan Presiden Amerika Syarikat ketika ini, isu alam sekitar juga menjadi antara agenda terpenting semua calon presiden. Hal yang sama turut berlaku di kebanyakan negara maju. Malah rakyat Australia telah komited untuk menukar kerajaan dalam piliharaya lalu kepada parti yang lebih prihatin kepada alam sekitar kerana sebelum itu imej negara tersebut sinonim sebagai “pengotor” bersama Amerika Syarikat di kalangan negara maju.

Justeru ketika memperkatakan persoalan alam sekitar kita tidak lagi boleh memperkecilkan skop dan impaknya. Dalam konteks semasa, impak pencemaran alam sekitar sudah menjadi global yang terserlah menerusi fenomena pemanasan suhu bumi, pencemaran merentasi sempadan dan corak pengembelengan sumber tidak lestari. Berbanding pada awal tahun 1960-an, isu alam sekitar bersikap lokal dan tidak begitu memberi impak jika ditinjau dari perspektif pencemaran dan kesan kepada ekosistem regional atau global. Namun ketika ini, kesan regional dan global begitu dirasakan kerana asas ekosistem sudah tidak lagi mampu menampung beban

Page 8: CONTOH KARANGAN

pencemaran (pollution load). Inilah yang dimaksudkan bahawa ekosistem sudah mencapai tahap tidak lestari.

“Lestari” dalam konteks pengurusan alam sekitar bermakna tahap ekosistem yang masih boleh menampung beban pencemaran untuk suatu tempuh masa jangka panjang. “Tidak lestari” memberi konotasi bahawa ekosistem menerusi keempat-empat komponen utamanya iaitu hidrosfera, atmosfera, geosfera dan biosfera menjadi semakin rapuh sehingga tidak dapat lagi menampung dan menyerap kesan negatif bahan-bahan cemar yang dibebaskan menerusipelbagai proses tabii atau aktiviti manusia.

Dalam suasana yang semakin kritikal ini, banyak gagasan, pendekatan dan inisiatif dikemukakan. Pelbagai konvensyen dan protokol dipersetujui dalam konteks hubungan antarabangsa. Dasar dan pendekatan baru turut diperkenalkan dalam semua aspek dan aktiviti pembangunan. Ideologi dan falsafah hidup juga dianjurkan oleh pelbagai mazhab atau aliran pemikiran dengan kepelbagaiannya. Malah pertubuhan pengguna menganjurkan gagasan “konsumerisme hijau” dan ahli kimia pula dengan gagasan “kimia hijau”.

Kesemua gagasan dan inisiatif ini – jika dikaji secara mendalam – menjurus kepada pendekatan holistik dalam menangani perubahan iklim, pencemaran alam sekitar dan kepupusan sumber alam. Kenapa pendekatan holistik diperlukan sedangkan isu alam sekitar tampak cuma bersifat fizikal dan teknikal? Bukankah teknologi dan pendekatan saintifik boleh menyelesaikan persoalan dan pencemaran alam sekitar? Apa perlu pendekatan “dalaman” dan falsafah? Soalan-soalan sedemikian – jika masih diajukan – menunjukkan tahap kefahaman yang dangkal dan tidak memahami isu pokok. Saya menjelaskan hal ini kerana sering kedengaran hujah atau kenyataan di kalangan pemimpin dan kelompok terpelajar dalampelbagai media yang menanggapi isu alam sekitar sekadar isu pinggiran, remeh dan teknikal, sepertimana isu kesesakan lalu lintas dan cetak rompak.

Kenyataan bahawa pemimpin negara-negara maju, pemikir dan perancang ekonomi membahaskan isu pemanasan bumi, perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar dalam hampir setiap persidangan menunjukkan bahawa tahap kelestarian alam sekitar semakin parah. Dan pendekatan serta kaedah yang diamalkan ketika ini sudah tidak lagi efektif.

Laporan Stern 2006 menjelaskan jika tidak ada perubahan drastik dibuat terhadap paradigma pembangunan dilaksanakan kini maka dunia akan terpaksa menanggung kos penyelesaian bencana akibat peningkatan suhu bumi pada dekad akan datang melebihi kos (dalam bentuk GDP) akibat Perang Dunia Kedua!

Dalam hal ini, saya tertarik dengan buku terkini yang dihasilkan Peter Senge, Sebagai tokoh pemikir dalam bidang pembelajaran organisasi menerusi konsep “Learning organization” dalam bukunya The Fifth Discipline, saya menyedari perubahan keutamaan dalam hidup dan pemikitan Senge. Bagi beliau sesebuah organsasi dan

Page 9: CONTOH KARANGAN

anggotanya perlu peka terhadap perubahan semasa. Bagi beliau, menerusi buku terbarunya, The Necessary Revolution (2008), perubahan terbesar yang sedang berlaku ketika ini ialah pendekatan untuk menangani peningkatan suhu bumi.

Sehubungan itu, Senge mengemukakan tiga prinsip untuk dilaksanakan segera bagi membolehkan kehidupan dunia lebih lestari, iaitu:

• Perancangan dan pelaksanaan berasaskan pembangunan lestari• Tindakan tidak lagi boleh diserahkan kepada kesedaran dan komitmen individu atau      kelompok berkepentingan sahaja• Perubahan perlu dilakukan dengan kaedah dan pemikiran baru

Pembangunan lestari bermakna pembangunan tanpa menjejaskan sumber dan keperluan generasi akan datang. Dengan kata lain, penyelesaian kepada apa  juga masalah semasa – daripada krisis makanan, peningkatan harga bahan api fosil, pengangkutan, urbanisasi sehinggalah pendidikan - perlulah dirumus menggunakan pendekatan lestari menerusi pengurangan tapak ekologi atau analisis kitaran hayat.

Agenda dan tindakan dirumuskan itu perlu didokong bersama-sama, sama ada dalam bentuk organisasi atau komuniti. Menurut Senge, kita tidak boleh lagi mengharapkan komitmen individu secara sukarela untuk melakukan perubahan besar kerana skala perubahan diperlukan untuk melestarikan dunia memerlukan insiatif revolusi pada peringkat global dan sistemik. Itulah rasional perubahan tersebut perlu dilakukan dengan paradigma, kaedah dan asas pemikiran baru. Menurut Einstein, kita tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan kaedah pemikiran sama sehingga menghasilkan masalah tersebut.

Saya bersetuju dengan Senge bahawa kaedah penyelesaian kepada pelbagai masalah ekosistem ketika ini semakin sulit kerana kita terlalu terikat dengan pengkhususan ilmu, kepakaran “profesional”, teknologi dan kerenah birokrasi yang tidak dicerna secara bersepadu. Ini menyebabkan cara berfikir disempitkan sehingga menghalang kita memahami masalah dari perspektif sebenar.

Dalam konteks pemikiran Islam, pelbagai gagasan baru dikemukakan tetapi tidak begitu menjurus kepada isu perubahan suhu bumi. Kebanyakan sarjana yang menulis tentang alam sekitar mengambil pendekatan kosmologikal dan sebahagian lain menerusi kaedah syariah. Pada hemat saya, kesemua pendekatan tersebut relevan dan perlu dimantapkan lagi.Namun demikian, isu alam sekitar sudah sedemikian parah yang juga memerlukan pendekatan yang lebih praktikal dan motivasional. Kita tidak lagi boleh berbicara dengan masyarakat secara umumiyat dengan menyatakan konsep alam, tanggungjawab fardhu kifayah ”memakmurkan bumi” atau tidak ”merosakkan bumi”.

Sehubungan itu, saya menganjurkan kita – umat Islam khususnya - melakukan perubahan paradigma menerusi penghayatan Islam dalam perspektif lebih lestari. Hal ini dimulakan dengan pembentukan minda lestari dan dipraktikan menerusi amalan lestari. Konsep dan ajaran Islam perlu ditonjolkan dengan cara mesra alam dan tidak

Page 10: CONTOH KARANGAN

memperkecilkan peranan alam sekitar dalam konteks pengabdian kepada Yang Maha Pencipta. Sebagai contoh, konsep hijrah boleh digunakan untuk meningkatkan penghayatan hidup lestari. Dalam Al-Quran, kata dasar “h-j-r” digunakan dalam pelbagai keadaan, misalnya untuk meninggalkan perbuatan dosa (menyembah berhala) (Muddatsir: 5), memisahkan isteri dari tempat tidur (An-Nissa’: 34), menjadikan al-Quran sesuatu yang tidak diacuhkan (Al-Furqan: 30), menjauhi mereka (orang yang mendustakan) dengan cara yang baik (Al Muzammil: 10), berpindah ke tempat yang diperintahkan Tuhan (Al Ankabut: 26), berhijrah pada jalan Allah (An Nisa’: 89, Al-Anfal: 72). Hijrah menandakan suatu pembaharuan, pembaikan dan peningkatan dalam pelbagai segi kehidupan, tidak terhad kepada aspek spiritual sahaja. Dari segi pemikiran, hijrah mendorong pembinaan minda positif, proaktif dan lestari.

Dengan keyakinan tinggi, minda positif dan mengharap keredhaan Allah SWT, maka Musa’ab bin Umair sanggup berhijrah meninggalkan seluruh harta, kedudukan dan kemewahannya di Mekah. Dalam konteks semasa, konsep hijrah perlu terus dikumandang dan direalisasikan untuk kejayaan dunia dan akhirat. Sehubungan itu, konsep hijrah wajar dilihat dari perspektif ketamadunan dan pembangunan lestari. Ini selari dengan gagasan Islam Hadhari sebagaimana yang dikemukakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Maknanya, hijrah bukan sekadar pembinaan minda dan peningkatan tahap kerohanian individu, bahkan merangkumi seluruh umat Islam dan meliputi seluruh aktiviti kehidupan dari berkeluarga sehingga aspek ketamadunan, seperti pelestarian alam sekitar. Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal sematamata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran bumi. Tanpa rimbunan pokok maka tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan. Dan tanpa udara yang bebas bahan cemar maka kesihatan awam terancam.

Ajaran agama - tidak terhad kepada Islam - menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar yang kudus dan tertib. Itulah rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras Islam Hadhari. Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat Al-Quran dan Hadith. Dalam surah Ali Imran (ayat 191) misalnya, Allah berfirman yang bermaksud: “(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka”. Ayat ini menunjukkan bahawa alam sekitar fizikal dan seluruh carakawala merupakan tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Orang beriman sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar terpulihara dan bersih, bukan sahaja dalam keadaan aman malah semasa peperangan. Ajaran Islam mengajar umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di sebalik kehijauan hutan dan kebiruan langit, tertera ayatullah yang memperlihatkan sifat Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta.

Page 11: CONTOH KARANGAN

Sehubungan itu, ajaran Islam menerusi pelbagai gagasannya perlu difahami untuk mencetuskan kesedaran baru bagi memperteguhkan komitmen terhadap pelestarian alam sekitar. Setiap umat Islam sewajarnya memperbaharui tekad untuk memantapkan lagi minda lestari dan mengurangkan tapak ekologi (ecological footprint) masing-masing. Ini boleh dilakukan dengan mengurangkan penghasilan sisa dan mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga, air dan bahan mentah dalam kehidupan harian.

Negara-negara Islam pula perlu lebih proaktif mencari peluang untuk menyumbang mengimarahkan bumi dan mengurangkan kesan pemanasan global. Hal ini penting kerana negara-negara Islam nampaknya tidak menonjol membantu warga alam merealisasikan Protokol Kyoto. Apatah lagi untuk menyerlahkan komitmen terhadap inisiatif pasca Protokol Kyoto selepas tahun 2012.

Secara tidak langsung, keadaan ini menunjukkan kepada dunia seolah-olah ajaran dan umat Islam tidak peka dan tidak relevan kepada isu-isu global yang ketika ini menjadi fokus media dan agenda penting peringkat antarabangsa. Umat Islam hanya menjadi “penerima” bukannya “penyumbang” dalam konteks Mekanisme Pembangunan Bersih (CDM). Negara-negara Islam juga perlu menyatakan komitmen dalam konteks perancangan untuk melaksanakan pembangunan lestari secara lebih konkrit. Sebagai contoh, Sweden telah meletakkan sasaran pada tahun 2020, negara itu tidak lagi memerlukan minyak sebagai sumber tenaga! Ini kerana minyak merupakan hidrokarbon utama yang menyumbang kepada pemanasan global. Sementara itu, Amerika Syarikat -walaupun tidak menandatangani Protokol Kyoto - telah memulakan inisiatif mengurangkan pelepasan gas-gas rumah kaca dari sektor automobil 25 peratus menjelang 2016 berbanding 2006.Posted 28th March

Sistem Pendidikan di Malaysia - Punca Masalah Perkauman? Satu pandangan warganegara yang berbangsa Cina - John Lee

Pemimpin-pemimpin kita gemar mengadu mengenai masalah polarisasi kaum. Biarlah di universiti ataupun di pejabat, sesiapa pun boleh lihat bahawa rakyat jelata lebih gemar bergaul dengan rakan dari kaum yang sama. Inilah sebab kerajaan mengadakan program Khidmat Negara - supaya dewasa-dewasa muda tidak perlu takut berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan dari kaum yang lain. Memang benar, usaha ini harus dilaung, tetapi ia bukan satu penyelesaian untuk masalah polarisasi kaum yang sudah ke tahap yang amat serius. Dari umur kecil lagi, masyarakat kita dibahagi mengikut kaum; dan kalau menjelang umur 18 tahun, barulah kita menggalakkan perpaduan kaum, ternyatalah tindakan ini adalah terlalu lambat. Oleh kerana itu, sistem

Page 12: CONTOH KARANGAN

pendidikan rendah dan menengah kita mesti dibentuk semula untuk mengelak pembahagian dan perpisahan mengikut barisan kaum.

Sebelum pemodenan, sebelum tiap-tiap anak memasuki sekolah, tidak susah membuat kawan daripada kaum dan bangsa yang lain. Dalam masyarakat kita yang cukup majmuk, pada bila-bila masa kanak-kanak tentulah bermain dan berborak dengan rakan seumur mereka, tidak kira bangsa. Masalahnya muncul apabila kanak-kanak masuk sekolah. Kalau mereka semua menghadiri sekolah yang sama, tiadalah masalah - tetapi oleh kerana pihak kolonialis enggan menyokong satu sistem sekolah untuk semua rakyat, kita sudah biasa dengan menghantar anak-anak kita ke sekolah mengikut keturunan masing-masing.

Kalau terdapat cukup peluang untuk kanak-kanak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka daripada keturunan lain di luar sekolah, kita masih boleh mengelak persoalan polarisasi kaum. Tetapi dalam zaman urbanisasi ini, kita hidup dalam masyarakat di mana kanak-kanak tidak berinteraksi dengan jiran kerana mereka lebih gemar bersembang dan bergaul dengan rakan sekolah.

Hakikatnya sekarang ialah, anak Melayu pergi sekolah kebangsaan, kalau anak Cina pergi sekolah jenis kebangsaan Cina, kalau anak India pergi sekolah jenis kebangsaan Tamil, mana adanya perpaduan nasional? Realitinya, kita sudah mengamalkan suatu sistem pendidikan berdasarkan segregasi.

Saya kadangkala membangkitkan isu ini dengan rakan keturunan Cina saya, tetapi respon mereka hampir selalunya sama: pendidikan dalam bahasa ibunda kritikal untuk mengekalkan budaya dan identity Cina! Tambahan pula, kata mereka, dengan pembangunan pesat di negara Cina, sesiapa yang fasih dalam bahasa Mandarin, tentulah masa hadapannya cerah. Namun demikian, pada pendapat saya kompromi antara kaum-kaum di Malaysia sangat mustahak, demi masa depan negara kita.

Biasanya penyokong sistem yang diamalkan sekarang akan mengelakkan isu perpaduan dan pergaulan antara pelajar-pelajar daripada keturunan yang berlainan. Tetapi, ini bukanlah isu yang kecil; kalau anda hanya mempunyai kawan baik daripada satu kaum, apa kemungkinan anda boleh bergaul, berinteraksi dengan mereka yang mengamal budaya dan agama yang lain?

Oleh itu, mustahil menafikan kenyataan ini: sistem pendidikan kita pada masa sekarang menjejaskan perpaduan nasional. Penyelidik-penyelidik di Britain sudah mendapati kanak-kanak yang menghadiri sekolah di mana para pelajar terdiri daripada kanak-kanak yang terutamanya dari satu kaum sahaja, lebih mungkin bertembung dengan masalah berkawan dengan dan memahami orang daripada keturunan dan kaum yang lain.Ini bukan maksud kita mesti memansuhkan sekolah jenis kebangsaan; bagi sebahagian rakyat, sistem sekolah ini mungkin lebih sesuai daripada sekolah kebagsaan. Tetapi saya berpendapat sekolah kebangsaan seharusnya memadai bagi kebanyakan pelajar dan ibu-bapa.

Page 13: CONTOH KARANGAN

Jadi bangkitlah soalan seterusnya: mengapa kebanyakan keluarga Cina dan India membuat keputusan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan? Saya fikir terdapat dua sebab utama: isu akademik dan iklim sosial.

Sebagai seorang yang telah menghadiri sekolah kebangsaan, saya boleh beritahu anda: kualiti akademik di sekolah kebangsaan amat rendah. Tiada bandingan dengan sekolah jenis kebangsaan Cina; di sana, guru-guru berdedikasi dan mendorong pelajar-pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran mereka. Di sekolah kebangsaan, guru-guru lebih kerap tiada motivasi untuk mengajar. Tambahan pula, sekolah jenis kebangsaan mengajar bahasa ibunda pelajar Cina dan Tamil; tentulah ibu-bapa Cina dan Tamil lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan.

Masalah yang lain, lebihlah rumit: iklim sosial di sekolah kebangsaan biasanya tidak begitu bertolak ansur. Sebagai contoh, lihatlah kejadian yang baru berlaku sebulan lalu: seorang guru di satu sekolah menengah kebangsaan memberitahu pelajar-pelajarnya bahawa budak India merupakan anak pelacur, di antara banyak lagi kenyataan yang menghina. Kejadian seperti ini bukan begitu jarang; di sekolah menengah kebangsaan saya, seorang guru berkata rakyat Malaysia berketurunan Cina tidak boleh dipercayai untuk mempertahankan negara Malaysia dan memanggil kami "pendatang asing". Di sekolah-sekolah lain, aktiviti-aktiviti kadangkala diadakan pada hari Ahad atau hari perayaan agama yang lain, dan kakitangan sekolah bukan selalunya bertolak ansur. Semua kejadian kecil ini, apabila dijumlahkan, amat menakutkan bagi ibu-bapa Cina dan India.

Kesimpulannya, sistem sekolah kebangsaan haruslah dibentuk semula kalau kita betul-betul mahu memupuk perpaduan. Guru-guru dan kakitangan sekolah mestilah lebih bertolak ansur dan lebih bermotivasi. Mereka yang enggan menerima hakikat bahawa kita tinggal di negara dan masyarakat yang majmuk patut berdepan dengan akibat yang serius. Untuk meningkatkan motivasi guru-guru, gaji harus naik. Kalau kerajaan kita mahu memupuk semangat perpaduan di sekolah kita, guru-guru mestilah jadi su atu contoh untuk para pelajar. Dengan ini, barulah sistem sekolah kebangsaan kita menjadi sistem sekolah kebangsaan, bukan sistem sekolah Melayu.

Selain itu, isu bahasa juga mesti ditangani. Sekolah kebangsaan tidak boleh menggantikan sekolah jenis kebangsaan, tetapi mereka masih boleh mengadakan kelas-kelas untuk bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. Ini lebih baik daripada tidak mengadakan apa-apa kelas untuk bahasa ibunda kaum lain. Apabila isu bahasa ditangani, dan apabila ibu-bapa boleh mempercayai guru-guru ini, tiadalah halangan kepada satu sistem sekolah kebangsaan.

Semua, biarlah masyarakat Melayu ataupun masyarakat-masyarakat bukan Melayu, mesti sedia berkompromi sedikit. Dalam iklim masyarakat yang majmuk, hanya kompromi akan mengelakkan keganasan dan huru-hara. Mungkin cadangan-cadangan saya tidak begitu sesuai untuk masyarakat kita; itu tidak apa. Yang kita mesti tumpukan ialah masalah perpaduan; masalah sistem sekolah kebangsaan. Suatu sistem yang pada terasnya merupakan sistem yang dibahagi mengikut keturunan akan menyumbang kepada polarisasi kaum. Apa-apa sistem pun, biarlah sistem kerajaan, sistem pendidikan, sistem korporat, asalkan mengikut dasar pemecahan rakyat dari segi kaum, akan tetap gagal menyatupadukan rakyat.

Page 14: CONTOH KARANGAN

Posted 28th March

Contoh Karangan : Pencemaran SungaiJun 30, 2007 — mindabahasa

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan  mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.    

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam  Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun  kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang

Page 15: CONTOH KARANGAN

menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.  

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau  diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.

Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan

Page 16: CONTOH KARANGAN

betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

PELAJAR LELAKI DI IPTA DAN IPTS SEMAKIN MEROSOT, SATU PERSOALAN..

Pelajar lelaki di IPTA diberitakan semakin merosot bilangannya dari tahun ke tahun. Sebenarnya bukan sahaja di IPTA, malahan di IPTS dan kolej-kolej swasta juga situasi ini dilaporkan berlaku. Ini membimbangkan ramai pihak. Jika keadaan ini berterusan, bermakna bekalan tenaga kerja profesional lelaki akan berkurangan di pasaran bagi tahun-tahun mendatang. Apa yang lebih menyedihkan, keadaan ini lebih ketara jika statistiknya dilihat dari segi bangsa Melayu. Jumlah pelajar lelaki Melayu, amat ketara berkurangan berbanding pelajar perempuan Melayu.Mengapakah ini berlaku?.

Apabila hal ini di bawa kepada perbincangan umum, pelbagai pendapat dan rumusan dibuat. Namun sehingga kini, tiada satu langkah berkesan yang telah dilaksanakan bagi merubah situasi yang membimbangkan ini. Ada pihak berpendapat situasi ini wujud kerana perubahan budaya semasa. 

Dalam perbincangan seterusnya, kita akan lebih menumpukan kepada pelajar-pelajar Melayu. Berkaitan perubahan budaya ini ialah perubahan akibat proses urbanisasi yang ketara dan pesat membawa kepada satu sikap baru dalam masyarakat Melayu iaitu sikap mementingkan kebendaan (materialistik). Dalam dunia mengejar kebendaan ini, wang sentiasa berada di hadapan apabila keputusan ingin dibuat. Jadi tidak hairanlah apabila tamat persekolahan menengah atas (tingkatan 5), para pelajar Melayu, bersegera mendapatkan kerja. Apabila sudah bekerja dan mendapat wang, mereka mula membeli dan membelanjakan wang yang diperolehi untuk apa yang mereka idamkan selama ini. Akhirnya mereka mula seronok dengan corak kehidupan yang memang jauh menyeronokkan berbanding suasana di zaman persekolahan yang dikatakan tersekat (tidak bebas), kesempitan wang, dipenuhi peraturan dan sebagainya lagi.

Seterusnya, minat mereka terhadap pelajaran dan langkah untuk melanjutkan pelajaran semakin berkurangan. Dalam keadaan sebegini, remaja perempuan Melayu dikatakan bersikap lebih   matang. Mereka memandang lebih jauh ke hadapan. Mereka masih melihat proses melanjutkan pelajaran sebagai satu keperluan. Mereka telah mula berfikir mengenai kehidupan bekeluarga yang memerlukan persediaan yang lebih baik. Bermakna pelajaran perlu diteruskan untuk potensi kehidupan yang lebih baik.

Sebaliknya pelajar lelaki, khasnya remaja lelaki Melayu, lebih mementingkan keseronokan yang mereka telah perolehi. Ingin bebaskan minda mereka dari segala sekatan dan kongongan yang dialami semasa di sekolah dulu. Boleh dikira dengan jari, berapa orang remaja lelaki pada umur sebegini yang mula memikirkan lebih jauh

Page 17: CONTOH KARANGAN

tentang kehidupan du masa depannya. Tentang keluarga yang akan dibinanya dan sebagainya lagi. apa yang kerap terpacul dari mulut mereka ialah "Enjoy!!!". Jika dibandingkan dengan bangsa lain, khasnya remaja Cina, kebanyakan mereka menghabiskan masa luang sementara menunggu peperiksaan ini untuk mempelajari ilmu-ilmu yang tidak mereka pelajari semasa di sekolah seperti menimba pengetahuan komputer, mengikuti kursus menaip dan trengkas, kursus meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris, mengikuti kursus-kursus teknikal, menguruskan perniagaan keluarga dan sebagainya lagi yang bukan sahaja mendatangkan keseronokan semata, tetapi memberi impak positif untuk kehidupan masa depan mereka.

Ada pihak pula menyatakan nisbah penduduk sekarang menjadi punca pelajar lelaki berkurangan di pusat pengajian tinggi. Kajian oleh JAWI menunjukkan nisbah lelaki perempuan adalah 1:14, yakni satu lelaki bagi setiap 14 orang wanita. Jika hal ini benar (dan memang telah dinyatakan bahawa suatu masa nanti nisbah lelaki wanita akan meningkat menjadi 1:50), maka kesannya  tentulah seperti situasi yang berlaku sekarang ini. Tapi ini tidak dapat membuktikan kenapa apabila ada sekolah, jumlah calon yang mengambil SPM adalah seimbang antara lelaki dan perempuan, tetapi selepas keputusan ke IPT diumumkan, hanya sebilangan kecil calon lelaki berjaya menjejakkan kaki ke IPT.

Ada pula pihak menyatakan, sikap memilih lelaki dan suka mengambil jalan mudah merupakan satu lagi faktor penyumbang kepada kemerosotan ini. Pelajar-pelajar lelaki yang memohon ke IPT memohon kursus bukannya mengikut kelulusan dan pencapaian mereka, sebaliknya mengikut populariti dan bidang pekerjaan yang boleh diceburi selepas ikuti pengajian. Akibatnya mereka tersalah membuat pilihan, diletakkan dalam senarai calon simpanan yang panjang dan tempat di IPT tidak diperolehi. Jika selepas tamat SPM, mereka juga memilih jenis kerja, mereka juga memilih jenis kursus yang hendak diikuti, terlalu memilih universiti dan sebagainya lagi. Akhirnya, sikap memilih mereka memakan diri.

 KE MANA perginya pelajar lelaki? Pertanyaan ini memang kerap saya lontarkan dalam semua kelas yang saya masuki pada setiap kali semester baru bermula. Soalan ini tidak dapat saya elak- kan kerana senario beginilah yang menangkap perhatian saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Umumnya, daripada sejumlah 30 pelajar di dalam sesebuah kelas misalnya, yang pasti 70 peratus pelajar perempuan dan selebihnya lelaki, malah ada ketikanya tiada pelajar lelaki langsung?

Dengan nada sinis dan nakal segelintir pelajar perempuan yang mendominasi bilangan pelajar dalam kelas pantas menjawab bahawa lelaki lebih bertumpu di pusat serenti. Namun, adakah itu jawapan sebenarnya. Mungkin ada sedikit kebenarannya justeru lelaki memang majoriti di sana. Beberapa orang pelajar lelaki yang be- rat untuk bersetuju dengan pandangan nakal inimelahirkan rasa bosan dan tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan negara yang didakwanya tidak praktikal.

Page 18: CONTOH KARANGAN

Sistem persekolahan bermula dari sekolah rendah yang disogokkan dengan µbelajar setakat  hendak lulus periksa´ se- lain daripada pembelajaran yang lebih tertumpu kepada membaca dan  hafal dilihat tidak relevan dan tidak memenuhi minat mereka. Kaedah pembelajaran lelaki sebenarnya lebih menjurus kepada hands on dan tidak setakat membaca dan menghafal yang seterusnya dimuntahkan dalam kertas jawapan peperiksaan. Selepas itu, dalam banyak keadaan apa yang dipelajari selama empat tahun di universiti sebenarnya tidak membantu langsung dalam pemilihan dan perkembangan kerjaya mereka.

Justeru itu, kebanyakan penuntut lelaki mencari jalan keluar dengan memilih bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain seperti Institut Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian (ILP), politeknik dan sebagainya.

 Ini disokong oleh fakta bahawa, bilangan pelajar lelaki yang mengikuti pengajian vokasional Atau  teknikal di Politeknik dan Kolej Komuniti mewakili 60 peratus. Menyedari keadaan ini, Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya membina lebih banyak institusi serupa ini agar dapat memenuhi keperluan pelajar lelaki.

Bagaimanapun, ini tentunya berbeza dengan pelajar perempuan yang kelihatannya lebih berminat serta tekun untuk membaca dan menghafal segala fakta dan teori yang terkandung dalam buku teks. Walaupun dianggap kes terpencil, namun pelajar yang hebat dalam akademik tidak dinafikan banyak yang gagal dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar. Kaedah pembelajaran ³kakaktua´ ini bukanlah sesuai lagi dalam keadaan sekarang.

Apabila isu kekurangan penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini ditimbulkan sekali lagi oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan Sul- tan Idris (UPSI), Prof. Dr. Aminah Ayob jurang perbezaan yang semakin melebar memang sudah dijangka kerana sejak tempoh lima tahun lalu, dominasi penuntut perempuan di IPTA memang sudah ketara.

Posted 18th March 2011 by ba

Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana) …..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat) 3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.

Page 19: CONTOH KARANGAN

5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan……6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama. Sepatutnya : ….. mempunyai pilihan yang banyak…/ banyak mempunyai pilihan9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara. Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.16. Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa – (perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula” tidak digunakan untuk isi baharu.

Kesimpulannya:Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.

Isu Teknologi Maklumat

Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi

Page 20: CONTOH KARANGAN

maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan

Page 21: CONTOH KARANGAN

zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

Hadirin yang dikasihi,Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-

Page 22: CONTOH KARANGAN

anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian, terima kasih.

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”. Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur

Page 23: CONTOH KARANGAN

dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud : “ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”. Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud : “Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari- hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan

Page 24: CONTOH KARANGAN

untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung. Posted 9th March 2011 by