contoh kajian tmk

28
Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) Pelajar Tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa. NAMA AHLI KUMPULAN: 1. IDA HAZIRA SALMINA M20112001099 2. NORDINA ABDUL HAMID M20112001085

Upload: nor-afida-ghazani

Post on 07-Apr-2016

122 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

digunakan untuk kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh kajian TMK

Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat &

Komunikasi (TMK) Pelajar Tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Sentosa.

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. IDA HAZIRA SALMINA M20112001099

2. NORDINA ABDUL HAMID M20112001085

3. SYUHAIDA BINTI SAID M20112001084

SARJANA PENDIDIKAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

Page 2: Contoh kajian TMK

PENGENALAN

1.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )

Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat. Salah satunya menurut

Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer,

komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan

organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga-

tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat.

Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh

dianggap sebagai satu teknologi yang berkesan.

Seterusnya, jika pengetahuan untuk menggunakan komputer ada tetapi tanpa

kebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk berkomunikasi tentu tidak membawa banyak

impak terhadap proses globalisasi yang sering diperkatakan kini. Dengan itu, umumnya,

seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utama

dalam era meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan

maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital.selan itu, menurut Paisley dan Chen

(1982) dipetik daripada Brown (1997), maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang

memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh

disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat

dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang

digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat

berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti

teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan

tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan

kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar

data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan

dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global.

Page 3: Contoh kajian TMK

1.2 Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)

Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud

mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang

dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite (1987), pula

menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan

kebolehan seseorang itu menggunakan komputer.

Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya

yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan

komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang

membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994)

menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja

konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala

kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan

dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap

kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang

komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan

penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer

adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam

definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan

pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown

(1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang

komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain.

Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh

dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu

yang dikehendaki.

Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion kepelajaran.

Pelajar perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan

komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan

konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada

masa hadapan, setiap pelajar perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan

Page 4: Contoh kajian TMK

penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan pelajar-pelajar

menpelajarskannya. Oleh itu, setiap pelajar mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan

dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke - 21. Pencarian

maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada

masa hadapan.

1.3 Sikap Pelajar Terhadap Komputer

Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu daripada

tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan pelajar-pelajar terhadap penggunaan

komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untuk

penerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati

bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa-

apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk

menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer (Kay, 1990). Zhao,

Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa pelajar menggunakan komputer untuk

menghasilan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, menpelajarskan pelajar mereka

dengan cekap, dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar.

Ambigapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa cabaran baru dalam dunia

pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan pelajar-pelajar dan

aktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran dan

pembelajaran yang berterusan. Esah Sulaiman (2003) menyatakan bahawa dengan

perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam

pengajaran, golongan pelajar dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran.

Pelajar mempunyai tanggungjawab menyediakan tenaga kerja berteknologi tinggi dan

berupaya menjadikan negara ini pusat kecemerlangan di rantau Asia Tenggara.

Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan

pelajar-pelajar pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkaji sikap

terhadap komputer dalam pelajar-pelajar pelatih siswazah. Kajian ini telah meninjau

hubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengan komputer

Page 5: Contoh kajian TMK

dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar (2003)

membuktikan dalam kajian mereka bahawa pelajar mempunyai sikap dan persepsi yang

positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetuju bahawa ICT

merupakan alat bantu mengajar yang efektif. Downes (1993) pula menjalankan kajian

terhadap pelajar-pelajar pelatih dan mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan

pengaruh model peranan pelajar yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah

membawa sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan kemungkinan

pelajar-pelajar berkenaan akan menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu, dapat

dirumuskan pendedahan awal terhadap penggunaan komputer boleh memberi impak yang

positif terhadap pembentukan sikap para pelajar.

Kenyataan kajian beliau dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan oleh Zulkifri

dan Raja Maznah (1994) dalam kalangan pelajar-pelajar pelatih siswazah di Universiti

Malaya. Mereka mendapati hanya 12.1 peratus daripada sampel yang mengadakan bahawa

mereka tidak mempunyai pengalaman dengan komputer, manakala mereka yang mempunyai

pengalaman adalah tinggi, iaitu sebanyak 87.9 peratus. Sebanyak 49% daripada mereka yang

mempunyai pengalaman dengan komputer mengalaminya semasa pengajian di peringkat

Ijazah Pertama atau di bangku sekolah. Mereka merumuskan bahawa pelajar-pelajar pelatih

yang mempunyai pengalaman dalam komputer semasa di sekolah atau di universiti

cenderung untuk lebih mahir daripada mereka yang tidak berpengalaman. Di samping itu,

Zulkifri dan Raja Maznah (1994) juga mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai

pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap

kebimbangan yang tinggi terhadap komputer.

Daripada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, & Mohd.

Ghazali ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003 didapati bahawa

penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau melayari

internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ini dapat dibuktikan melalui penggunaan

makmal komputer dalam tiga bulan pertama persekolahan hanya melibatkan 24.56% pelajar-

pelajar sahaja dengan kekerapan penggunaan yang paling tinggi adalah 21 kali dan yang

paling rendah hanya sekali sahaja dalam masa tiga bulan di mana hanya tujuh mata pelajaran

sahaja yang menggunakannya iaitu mata pelajaran matematik, sains, kimia, Bahasa Melayu,

Page 6: Contoh kajian TMK

Bahasa Inggeris, biologi dan geografi. Pelajar-pelajar subjek lain tidak pernah

menggunakannya dalam tempoh tersebut. Daripada rekod penggunaan makmal komputer

untuk penggunaan perisian kursus bestari dan melayari internet hanya 16 daripada 22 kelas

sahaja yang menggunakannya dan 6 buah lagi tidak pernah masuk ke makmal komputer dan

kebanyakannya kelas tingkatan lima. Hasil daripada maklumat yang didapati hanya 40.53%

sahaja masa pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh tiga bulan digunakan oleh

pelajar-pelajar dalam penggunaan komputer yang sebahagian besarnya menggunakan

kemudahan internet untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka. Memandangkan

Sekolah Bestari yang berasaskan penggunaan ICT dan multimedia telah tercetusnya isu

kekurangan penggunaan komputer apatah lagi sekiranya kajian ini diperluaskan ke Sekolah

Menengah. Peranan Pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana mempunyai

tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar meningkatkan penggunaan IT dalam

pengajaran pembelajaran sesuai dengan perubahan era ICT. Inovasi teknologi juga penting

kerana selaras dengan dasar IT dalam pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu

diperluaskan dan mendasari pembaharuan pedagogi serta penpelajarsan pendidikan moden di

sekolah-sekolah di Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi

teknologi ICT perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baru dalam reformasi pendidikan

dan pembentukan sekolah berkesan. Sekolah-sekolah menengah perlu mempunyai

kelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.

1.4 Peranan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah

bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk

meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peralatan

yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripada komputer, overhead

projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan

muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu

dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi

dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide

Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat

Page 7: Contoh kajian TMK

mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini

dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya

mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia

bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses

oleh pelajar dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam

internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan pembelajaran dan

juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya

lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan

terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya

terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan pelajar dapat mencari maklumat yang

terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu pembelajaran juga membantu perkongsian

maklumat di mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui

kaedah forum dalam talian, email, video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini

pelajar dapat berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk

berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapat

disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana

laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang

mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan

maklumat. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu

memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran

boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan pelajar dan sesama

mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat.

ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada pelajar

dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan

terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion kepelajaran, khususnya

dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada pelajar.

Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat

membantu meningkatkan pengajaran pelajar dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji

Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan

komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan

penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah

Page 8: Contoh kajian TMK

tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983;

1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan perisian

pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran

dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pengajaran

dan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan pengajaran pelajar boleh

mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar pelajar sahaja

(Hasselbring, et. al. 1988). Kesimpulannya antara peranan penggunaan ICT dalam

Pendidikan Sekolah Menengah adalah:

• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.

• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.

• Meningkatkan motivasi pelajar.

• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).

• Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

• Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu

mahal untuk diperoleh.

• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

• Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal,

mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

• Meningkat daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

• Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

• Meningkat kemahiran ICT.

Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan pihak

Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu pelajar perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran,

Page 9: Contoh kajian TMK

menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan,

mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar

memahami konsep serta meguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan, menggunakan alat

bantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep, mengajar secara konstruktivisme, masteri

dan lebih kontekstual serta menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai

dan kreatif menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia

2002).

1.5 Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah

Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi Terhadap

Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penilaian Pendidikan Teknik Dan

Vokasional: Ke Arah Pengartikulasian Yang Sepadu” menyatakan bahawa pada abad ke-21,

negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi,

liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and

Communications Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik dan vokasional

terutama dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem penpelajarsan pembelajaran dan peranan

pelajar sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik dan

vokasional di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion

kepelajaran di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk

generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi

menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT.

a) Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus

Daripada temubual dengan beberapa pelajar yang kurang atau tidak menggunakan

komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah

utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana

menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan

diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam

pengajaran. Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan bahawa untuk membina,

membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun

Page 10: Contoh kajian TMK

mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai

kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi

penghalang utama dalam dunia digital.

b) Sikap Negatif Pelajar

Daripada kajian lepas juga terdapat sebahagian pelajar yang telah sebati dengan

kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi

instruksional (Becker & Watt, 1996). Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baru

kepada profesion pelajar dan sistem pendidikan di Sekolah Menengah yang masih

belum mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan

teknologi baharu termasuk komputer, digital, elearning dan sebagainya. Penggunaan

ICT dalam Sekolah Menengah telah membuka perspektif baru tentang liberalisasi

pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah.

Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi maklumat membolehkan

pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam pembelajaran maya

dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya.

c) Kekurangan Kemahiran

Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai

kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang

tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran

komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan

kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk,

visual, pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan

artificial yang penting dalam era ICT.

Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif

yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu

memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,

penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet

atau www masih lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee

Page 11: Contoh kajian TMK

(2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan

pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika

diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih

rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran.

d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar

ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan

dan institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk

generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting pendidikan di

sekolah menengah ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini

bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi

melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan

sebagainya. Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah menengah pada

masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada

juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memilik

sambungan kepada Internet, ada yang tidak. Pelajar-pelajar yang menggunakan

panduan yang terkandung dalam dokumen ini haruslah terlebih dahulu mengetahui

tahap keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah masing-masing sebelum

merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT. Ini bagi

memastikan aktiviti yang dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai

dengan objektif pembelajaran. Sebagai panduan, disertakan di bawah ini matriks yang

menunjukkan perkaitan antara tahap teknologi dan pembelajaran.

Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan

prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran

tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja

tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap pelajar

dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk

memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran.

e) Jurang ICT dan Digital

Page 12: Contoh kajian TMK

Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi

ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan

sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah,

pendidikan dan profesion kepelajaran di negara ini perlu memainkan peranan yang

konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar

bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion kepelajaran perlu memberikan

perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan

meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai

pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar

bandar. Lebih banyak peruntukan dan pelajar-pelajar yang terlatih dalam bidang ICT

dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi

dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.

f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi

membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada

pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited

terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus

perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi

membangunkan pelajar supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar.

Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar.

Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi

menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan

pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.

Cadangan

Page 13: Contoh kajian TMK

a) Kekangan Menghabiskan Silibus

Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu meluaskan dimensi dunia

ICT yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel,

program pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah, dan perisian yang perlu

dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif

dan ekstensif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia,

khususnya powerpoint dan layar tayang boleh memberikan kesan positif kepada

perkembangan minat pelajar. Program pembelajaran disusun dengan sistematik dan

dipantau oleh pelajarpelajar yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang IT.

Pelajar-pelajar perlu didedahkan kepada penggunaan internet, website, on-

line, e-mel dan pendekatan dan kaedah lain berasaskan penggunaan komputer.

Menurut Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran perlu dirancang dengan baik, bukan secara “bidang terjun” atau sebagai

aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Penggunaan ICT

bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan

pembelajaran.

b) Sikap Negatif Pelajar

Pelajar harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan

selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan

teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar

penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi

membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.

Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan

anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers

& Black, 1994). Kajian ini mendapati bahawa persediaan mental dalam kalangan

anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang

dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan

Page 14: Contoh kajian TMK

yang akan dilaksanakan. Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh

pelajar dalam menghadapi cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001).

Justeru, para pendidik perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer

dalam pendidikan tidak terjejas. Dalam mencapai objektif tersebut, pelajar-pelajar

perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam

bilik darjah. (Ambigapathy & Suthagar, 2003).

Menurut Robiah (2003) menyatakan bahawa lantas sikap pelajar yang positif

akan lebih mendorong dan menggerakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran di Sekolah Menengah berjalan secara lancar, pantas dan menyeluruh.

Pelajar perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan

pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Pelajar perlu bersedia

melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pelajar harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang

diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks

penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan

pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini

bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.

Selain itu, pelajar juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan

pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan

inovasi teknologi.

c) Kekurangan Kemahiran

Pelajar perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya

profesion kepelajaran mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak

sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion kepelajaran dalam

konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar pelajar-pelajar yang berkhidmat di

sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam kerjaya profession kepelajaran

mereka. Program perkembangan staf yang melibatkan profesion kepelajaran di

sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik. Ini boleh membawa kepada inovasi

Page 15: Contoh kajian TMK

dan perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan. Profesion kepelajaran

harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam

penggunaan ICT di Sekolah Menengah.

d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia

seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan

Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan

infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk

membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.

e) Jurang ICT dan Digital

Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di

sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu,

usaha akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah

pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar

bandar. Pembangunan perisian untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa

Malaysia, Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan.

Manakala perisian untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan.

f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin

dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali

menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-

sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku

terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT,

sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya

Page 16: Contoh kajian TMK

perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan

teknologi maklumat.Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang

mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering

kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di

sekolah-sekolah.

Page 17: Contoh kajian TMK

METODOLOGI KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Kajian ini merupakan satu kajian mengenai minat pelajar terhadap matapelajaran

Teknologi Maklumat & Komunikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa,

Kuala Lumpur. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat. Kaedah ini

hanya bersifat mendapat maklumat dan pandangan pelajar-pelajar yang berkenaan

mengenai matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi dalam proses pengajaran

dan pembelajaran pelajar disekolah. Ini dapat dilakukan dengan mendapatkan persepsi

pelajar-pelajar di sekolah menengah terhadap paras penguasaan masa kini dan persepsi

pelajar-pelajar di sekolah menengah terhadap apa yang diperlukan untuk menguasai

teknologi maklumat.

Menurut King, et al.(1994) dan Neuman (2000), kajian yang terbaik merupakan

kajian yang sering menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada kajian berbentuk

kuantitatif dan kualitatif. Menurut Neuman (2000) lagi, kelemahan yang terdapat di

dalam kajian berbentuk kuantitatif akan ditampung oleh kelebihan yang terdapat pada

kajian yang berbentuk kualitatif dan begitulah sebaliknya. Ragin (1994) juga mendapati

ciri yang terdapat pada kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif dapat menyokong

kelemahan yang terdapat di antara satu sama lain. Salah satu ciri yang menyokong

kelemahan kedua-dua bentuk kajian ialah kaedah pemungutan data masing-masing yang

berbeza. Kajian berbentuk kuantitatif selalunya lebih kepada proses pengumpulan data

untuk melihat masalah yang besar manakala kajian berbentuk kualitatif selalunya lebih

kepada pemungutan data secara mendalam.

2.2 Tempat Dan Masa Kajian

Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa, pelajaran

Tingkata 4 dan 5. Responden dipilih secara rawak yang mengambil matapelajaran

tersebut di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian dijalankan keatas pelajar

tingkatan 4 dan 5 untuk melihat sejauh mana minat mereka dan minat berkaitan latihan

terhadap matapelajaran tersebut.

Page 18: Contoh kajian TMK

2.3 Kaedah Kajian

Kaedah tinjauan digunakan di dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal

selidik yang diedarkan kepada responden. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih sebagai

responden. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kesemua pelajar dalam sampel kajian

mempunyai peluang yang sama untuk dipilih menjadi subjek atau responden kajian.

Page 19: Contoh kajian TMK

DAPATAN KAJIAN

3.1 Latar Belakang Responden

Kajian ini telah dijalankan sacara rawak dikalangan pelajar-pelajar

Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa yang

melibatkan 63% lelaki dan 37% perempuan. Ini menunjukkan lelaki lebih

berminat dengan matapelajaran ini. 3 agama yang utama terlibat dalam kajian ini

iaitu Islam (35%), Kristian (42%) dan Buddha (23%). Selain itu, tinjauan ini

melibatkan 56% pelajar Tingkatan 4 dan selebihnya Tingkatan 5. Tinjauan tentang

bilangan jam sehari membuat latihan/kerja rumah untuk matapelajaran Teknologi

Maklumat dan Komunikasi rata-ratanya tidak langsung membuatnya (44%).

Diikuti pula dgn 1jam (30%), 30minit (22%) dan 2jam (4%). Responden mungkin

matapelajaran ini senang untuk dipahami berbanding matapelajaran teras. 2 aliran

yang terlibat iaitu Sains (84%) dan Sastera (26%) dan 3 bangsa utama yang

terlibat adalah Melayu (35%), Cina (45%) dan India (20%). Pelajar beraliran

Sains lebih berminta dalam meneroka teknologi maklumat dan komunikasi.

3.2 Berkaitan Minat Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat &

Komunikasi

Bahagian II (A) ini meninjau berkaitan minat terhadap matapelajaran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebanyak 10 soalan diajukan dan 3 pilihan

jawapan untuk dipilih iaitu Ya, Tidak atau Tidak Pasti. Dapatan mengatakan 73%

responden yang telah menjawap soalan kajian selidik ni meminati matapelajaran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Ini kerana matapelajaran ini merupakan

pilihan dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan tarikan yang berteknologi tinggi

menjadi ikutan zaman sekarang. 19% responden mengata tidak berminat terhadap

matapelajaran ini kerana mungkin tidak mempunyai pilihan lain dan mengaggap

matapelajaran ini senang dari yang lain. Manakala 8% mengatakan tidak pasti.

Page 20: Contoh kajian TMK

3.3 Berkaitan Minat Terhadap Latihan Matapelajaran Teknologi Maklumat &

Komunikasi

Bahagian II (B) ini meninjau berkaitan minat terhadap latihan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi.Keputusan menunjukkan 68% responden

mengatakan ya. Latihan yang menarik minat mereka bila melibatkkan kerja

kumpulan atau latihan bersama-sama rakan. Selain itu menjelajah ke dalam blog

dan website membuat mereka lebih berminat dengan matapelajaran ini. % yang

paling tinggi di bahagian ini ialah 93% mengatakan mereka suka membuat latihan

disebabkan pengaruh rakan-rakan, diikuti 89% suka membuat latihan bersama

rakan-rakan dan 83% mengatakan mereka dapat meneroka ilmu baru dari

matapelajaran ini. Manakala 23% daripada responden mengatakan tidak berminat

dengan latihan yang berkaitan dengan latihan ini. Mereka kurang mendapat

pendedahan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Lebihan peratusan itu

mengatakan merak tidak pasti.

Page 21: Contoh kajian TMK

RUMUSAN

Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan

murid-murid yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari

masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia

dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam

pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan

yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat

dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak

pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak. Oleh itu, pengawalan dan

pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini. 

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan

ini memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi

berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagi

meningkatkan ekonomi maka Teknologi Maklumat dan Komunikasi dilihat mampu

memperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan dalam pendidikan.

Bertitik tolak dari sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara

bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Langkah kerajaan

melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah

tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya pada peringkat kebangsaan dan serantau.

MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan teknologi

maklumat dan komunikasi di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak

tidak kira kerajaan ataupun swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat yang

melonjakkan nama negara Malaysia.

Page 22: Contoh kajian TMK

BIBLIOGRAFI

Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan, PTS Profesional Publishing Sdn

Bhd.

Stockley, D. (2003). E-learning Definition and Explanation (E-learning, Online Training,

Online Learning), Sept 3, 2008, http://derekstockley.com.au/elearning-definition.html

Gilbert, J. (2001). Leveraging Effective ICT Strategies for Sustainable Development.

Workshop on Sectoral Planning for Information Technology. Pembentangan di Regional

Initiative for Information and Communication Technology Strategies Conference 2001,

Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Malaysia, 24-26 July 2001.

Jaya Kumar (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di

Sekolah-Sekolah Malaysia, Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

M Sukri Saud et al. (2007) Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning)

Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian

Tinggi (IPTA) Negeri Johor, Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Page 23: Contoh kajian TMK

Borang Kaji Selidik

Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi

(TMK) Pelajar Tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa.

Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda di ruangan yang di sediakan.

1. Jantina Lelaki 6.Aliran Sains

Perempuan Sastera

2. Agama Islam 7. Bangsa Melayu

Kristian Cina

Buddha India

3. Tingkatan Tingkatan 4

Tingkatan 5

4. Bilangan jam sehari 0 jam

membuat ½ jam

latihan/kerja rumah 1jam

Matapelajaran TMK 2jam

>2jam

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

i. Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas tentang minat pelajar terhadap matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) di sekolah menengah.

ii. Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu penyelidik untuk mendapat data kajian.

iii. Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN.

Bahagian I : Latar Belakang Responden.

Page 24: Contoh kajian TMK

Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda.

A. Berkaitan minat terhadap matapelajaran Teknologi Maklumat &

Komunikasi (TMK)

Ya TidakTidak

Pasti

1 Saya menyukai matapelajaran TMK

2Saya dapat meningkatkan motivasi diri apabila belajar

TMK

3 Saya menyediakan jadual waktu untuk belajar TMK

4Saya rasa seronok apabila dapat menjawab soalan TMK

dengan betul.

5Bagi saya TMK sangat mudah sekiranya memahami

konsep.

6Saya dapat mendisplinkan diri saya apabila mempelajari

TMK

7 TMK membantu saya kerana tidak perlu menghafal fakta.

8TMK membantu saya cara berfikir untuk menyelesaikan

masalah.

9Saya di peluang untuk meneroka ilmu bru TMK di dalam

kelas.

10 Saya rasa seronok apabila memasuki kelas TMK

Bahagian II : Kajian Yang Dibuat Kepada Responden.

Page 25: Contoh kajian TMK

B. Berkaitan minat terhadap latihan Teknologi Maklumat & Komunikasi

(TMK).

Ya TidakTidak

Pasti

11Saya suka membuat latihan TMK kerana dapat

meningkatkan kemahiran saya.

12 Saya suka membuat latihan TMK di waktu lapang.

13Ibubapa saya mendorong / mebimbing saya dalam

membuat latihan TMK.

14Saya buat latihan TMK yang kerap dapat meningkatkan

markah saya dalam peperiksaan.

15 Saya suka membuat latihan TMK bersama rakan-rakan.

16Saya suka membuat latihan TMK disebabkan pengaruh

rakan-rakan.

17Setiap kali saya membuat latihan TMK saya rasa puas

hati apabila menyelesaikan tugas saya.

18Saya akan cuba dapatkan latihan TMK melalui blog dan

website.

19 Melalui latihan TMK saya dapat meneroka ilmu baru.

20Saya dapat mengenalpasti kelemahan saya dalam TMK

melalui latihan yang saya selesaikan.

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA