contoh dokumentasi

13
Sebaik sahaja murid tiba di Dewan Za’ba, mereka diberikan sarapan iaitu bihun goreng dan air teh’ o untuk mengalas perut sebelum memulakan program pada hari ini. Murid diminta untuk duduk dalam bulatan dan makan sarapan bersama-sama. Sebelum murid-murid menjamu selera, kami telah meminta salah seorang pelajar dari SK Bukit Pantai untuk membacakan doa makan. Murid-murid kelihatan begitu berselera ketika menikmati sarapan yang disediakan kerana kebanyakan daripada mereka masih lagi belum bersarapan. Mereka juga menyatakan bahawa bihun goreng yang disediakan sangat lazat cuma agak pedas. Walau bagaimanapun, rata-rata murid suka dengan makanan yang disediakan. Sepanjang murid bersarapan, mereka diawasi oleh AJK Makanan dengan kerjasama rakan - rakan lain untuk memastikan murid-murid tersebut dapat makan dalam keadaan yang selamat, selesa dan bersih. Setelah murid-murid selesai bersarapan, mereka diminta untuk kembali ke tempat duduk masing-masing. Semasa murid-murid SK Bukit Pantai bersarapan, tetamu-tetamu penting yang terdiri daripada Puan Noriza binti Sulaiman (Penyelaras Program), Encik Emyzul (Pensyarah Pemantau), Puan Ramlah (Ketua Bidang), Encik Mahdi (Timbalan Ketua Jabatan, Jabatan Sains Sosial) dan Encik Shahrul Rizal (Guru Pengiring) juga dijemput untuk menikmati sarapan yang telah disediakan.

Upload: raja-yong-raja

Post on 02-Feb-2016

57 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pembelajaran berasaskan projek

TRANSCRIPT

Page 1: contoh dokumentasi

Sebaik sahaja murid tiba di Dewan Za’ba, mereka diberikan sarapan iaitu bihun goreng

dan air teh’ o untuk mengalas perut sebelum memulakan program pada hari ini. Murid diminta

untuk duduk dalam bulatan dan makan sarapan bersama-sama. Sebelum murid-murid

menjamu selera, kami telah meminta salah seorang pelajar dari SK Bukit Pantai untuk

membacakan doa makan. Murid-murid kelihatan begitu berselera ketika menikmati sarapan

yang disediakan kerana kebanyakan daripada mereka masih lagi belum bersarapan. Mereka

juga menyatakan bahawa bihun goreng yang disediakan sangat lazat cuma agak pedas. Walau

bagaimanapun, rata-rata murid suka dengan makanan yang disediakan. Sepanjang murid

bersarapan, mereka diawasi oleh AJK Makanan dengan kerjasama rakan - rakan lain untuk

memastikan murid-murid tersebut dapat makan dalam keadaan yang selamat, selesa dan

bersih. Setelah murid-murid selesai bersarapan, mereka diminta untuk kembali ke tempat duduk

masing-masing. Semasa murid-murid SK Bukit Pantai bersarapan, tetamu-tetamu penting yang

terdiri daripada Puan Noriza binti Sulaiman (Penyelaras Program), Encik Emyzul (Pensyarah

Pemantau), Puan Ramlah (Ketua Bidang), Encik Mahdi (Timbalan Ketua Jabatan, Jabatan

Sains Sosial) dan Encik Shahrul Rizal (Guru Pengiring) juga dijemput untuk menikmati sarapan

yang telah disediakan.

AJK Makanan, Salmiah dan Nur Kamalia sedang mengagihkan sarapan

Page 2: contoh dokumentasi

AJK Makanan, Salmiah dan Nur Kamalia sedang mengagihkan sarapan

Murid-murid membaca doa makan sebelum menjamu selera

Page 3: contoh dokumentasi

Murid-murid duduk dalam bulatan sambil menikmati sarapan yang disediakan

Murid-murid duduk dalam bulatan sambil menikmati sarapan yang disediakan

Page 4: contoh dokumentasi

Encik Mahdi, Encik Sharul dan Encik Emyzul (dari kanan) sedang menjamu selera

Puan Noriza dan Puan Ramlah sedang menjamu selera

Page 5: contoh dokumentasi

Para pensyarah meneliti buku program

Murid-murid diminta bersedia untuk memulakan majlis

Page 6: contoh dokumentasi

Setelah selesai sarapan pagi, murid-murid diminta duduk di tempat yang disediakan dan

bersedia untuk memulakan program. Program dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku”

diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Asyraf. Pelajar diminta berdiri dan

mengaminkan doa. Seterusnya, Pengarah Projek iaitu Sitti Khadijah dijemput untuk

menyampaikan ucapan alu-aluan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru

pengiring dan murid-murid SK Bukit Pantai kerana sudi menyertai program yang dianjurkan

selain turut berterima kasih kepada para pensyarah yang banyak memberi bimbingan dan

sokongan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kesemua ahli jawatankuasa yang

bertungkus lumus menjayakan program. Beliau juga telah menerangkan tentang tujuan program

ini dijalankan iaitu untuk memenuhi keperluan kerja kursus bagi subjek Pembelajaran

Berasaskan Projek. Selain itu, pengisian aktiviti yang bakal dijalankan juga telah diterangkan

serba sedikit oleh beliau. Kemudian, program diteruskan lagi dengan ucapan perasmian

daripada Puan Noriza binti Sulaiman selaku Ketua Jabatan, Jabatan Sains Sosial. Beliau

mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan juga peserta selain turut menyatakan

bahawa beliau memberi sokongan penuh kepada pelaksanaan program ini.

Bacaan doa oleh saudara Muhammad Asyraf

Page 7: contoh dokumentasi

Murid-murid mengaminkan bacaan doa

Ucapan oleh Pengarah Projek, Sitti Khadijah

Page 8: contoh dokumentasi

Perasmian oleh Puan Noriza

Perasmian oleh Puan Noriza

Page 9: contoh dokumentasi

Selesai sahaja aktiviti-aktiviti dijalankan, upacara penyampaian sijil dan hadiah

berlangsung. Sebelum itu, Encik Emyzul selaku pensyarah bagi subjek Pembelajaran

Berasaskan Sumber dijemput untuk menyampaikan ucapan. Beliau mengucapkan syabas

kepada semua ahli jawatankuasa dan menyatakan bahawa beliau sangat berpuas hati dengan

program yang dijalankan. Seterusnya adalah berkaitan dengan upacara penyampaian hadiah

dan sijil. Bagi aktiviti eksplorasi sejarah pula, kumpulan Antanom masih mengekalkan

kehebatan mereka apabila Berjaya mendapat tempat pertama. Tempat kedua mejadi milik

kumpulan Dol Said manakala tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Tok Janggut. Kemudian,

penyampaian cenderahati kepada guru pengiring serta penyampaian sijil penghargaan kepada

wakil pelajar turut dijalankan.

Ucapan daripada Encik Emyzul

Page 10: contoh dokumentasi

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Page 11: contoh dokumentasi

Penyampaian cenderahati kepada Encik Shahrul Rizal

Penyampaian sijil penghargaan kepada wakil pelajar