ciri ciri organisasi

3
Ciri-ciri Organisasi Pembelajaran Senge (1990) menegaskan organisasi atau institusi pembelajaran yang terlibat dalam aktiviti pembelajaaran terutamanya, perlu tidak mengabaikan pembelajaran untuk personel kerana kekuatan organisasi banya bergantung kepada kuasa ilmu, kemahiran atau kompetensi ahli yang ada di dalamnya. Prinsip yang paling penting dalam organisasi pembelajaran ialah kesepaduan dalam tindakan dan pemikiran ke arah pendidikan sepanjang hayat. Kekuatan sesuatu organisasi terletak kepada keupayaannya untuk terus belajar tentang kerja dan aktiviti yang dilakukan. Proses belajar pula bukan berlaku secara bersendirian, tetapi membentuk budaya belajar dari semua pihak atau team learning yang melibatkan semua pihak di dalam organisasi agar ia berjaya menjadi satu budaya yang mantap. Ini akan melahirkan organisasi yang terdiri dari kumpulan manusia atau organisasi yang terus belajar tanpa sempadan masa, kaedah ataupun tempat. Akhirnya terbentuklah saatu sistem pembelajaran yang saling kait mengait di dalam sesuatau organisasi pembelajaran yang dipanggil pemikiran bersistem atau systems thinking. Pembentukan organisasi pembelajaran juga berlaku apabila wujudnya kepakaran kendiri atau personal mastery yang merupakan kekuatan kendiri dalam membina wawasan, ketrampilan, ketabahan dan kapisiti untuk cemerlang dengan dua kekuatan iaitu agama dan sekular. Dua tonggak kekuatan ini tidak dapat dipisahkan untuk menjayakan organisasi pembelajaran kerana ajaran duniawi dan dan akhrawi mampu untuk memberi kekuatan kepada tenaga fikiran agar tidak dibatasi oleh kekurangan semangat. Hasilnya daripada pengetahuan, keterampilan, nilai dan semangat pada individu yang terlibat dalam pembelajaran, akan menjadi himpunan menjadi organisasi pembelajaran. Organisasi pembelajaran perlu dilihat sebagai suatu model mental yang membina gambaran, tanggapan untuk membolehkan ahlinya memahami sesuatu isu dan bertindak balas terhadapnya. Walaupun

Upload: kanakesvary-poongavanam

Post on 28-Dec-2015

89 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri Ciri Organisasi

Ciri-ciri Organisasi Pembelajaran

Senge (1990) menegaskan organisasi atau institusi pembelajaran yang terlibat dalam aktiviti pembelajaaran terutamanya, perlu tidak mengabaikan pembelajaran untuk personel kerana kekuatan organisasi banya bergantung kepada kuasa ilmu, kemahiran atau kompetensi ahli yang ada di dalamnya.

Prinsip yang paling penting dalam organisasi pembelajaran ialah kesepaduan dalam tindakan dan pemikiran ke arah pendidikan sepanjang hayat. Kekuatan sesuatu organisasi terletak kepada keupayaannya untuk terus belajar tentang kerja dan aktiviti yang dilakukan. Proses belajar pula bukan berlaku secara bersendirian, tetapi membentuk budaya belajar dari semua pihak atau team learning yang melibatkan semua pihak di dalam organisasi agar ia berjaya menjadi satu budaya yang mantap. Ini akan melahirkan organisasi yang terdiri dari kumpulan manusia atau organisasi yang terus belajar tanpa sempadan masa, kaedah ataupun tempat. Akhirnya terbentuklah saatu sistem pembelajaran yang saling kait mengait di dalam sesuatau organisasi pembelajaran yang dipanggil pemikiran bersistem atau systems thinking.

Pembentukan organisasi pembelajaran juga berlaku apabila wujudnya kepakaran kendiri atau personal mastery yang merupakan kekuatan kendiri dalam membina wawasan, ketrampilan, ketabahan dan kapisiti untuk cemerlang dengan dua kekuatan iaitu agama dan sekular. Dua tonggak kekuatan ini tidak dapat dipisahkan untuk menjayakan organisasi pembelajaran kerana ajaran duniawi dan dan akhrawi mampu untuk memberi kekuatan kepada tenaga fikiran agar tidak dibatasi oleh kekurangan semangat. Hasilnya daripada pengetahuan, keterampilan, nilai dan semangat pada individu yang terlibat dalam pembelajaran, akan menjadi himpunan menjadi organisasi pembelajaran.

Organisasi pembelajaran perlu dilihat sebagai suatu model mental yang membina gambaran, tanggapan untuk membolehkan ahlinya memahami sesuatu isu dan bertindak balas terhadapnya. Walaupun tanggapan akan berubah mengikut peredaran masa, tetapi ia jugut turut membawa perubahan terhadap tindakan. Fikiran dan tindakan pula merupakan dua aktiviti pembelajaran yang saling berkait. Apabila kedua-dua nya berinteraksi ia akan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih besar maknanya. Pada ketika ini pembelajaran sepenuhnya akan wujud.

Pedler (2003) menekankan bahawa organisasi pembelajaran adalah organisasi yang mempunyai :

· Mempunyai suasana di mana anggota-anggotanya secara individu terdorong untuk belajar dan mengembangkan potensi penuh mereka.· Memperluas budaya belaja sampai pada pelanggan dan stakeholder lain yang signifikan.· Menjadikan strategi pengembangan sumber manusia sebagai kepentingan utama organisasi

Page 2: Ciri Ciri Organisasi

· Berada dalam proses tarnformasi organisasi secara terus menerus

Frago dan Skyrme (2003) pula mengatakan bahawa organisasi pembelajaran memiliki karekter seperti berikut :

· Beroreantasikan pada masa depan dan hal-hal yang sifatnya di luaar dari organisasi.· Arus dan pertukaran informasi yang jelas dan bebas.· Adanya komitmen untuk belajar dan usaha individu untuk mengembangkan diri.· Berkeupayaan dan meningkatkan individu-individu di dalam organisasi.· Mengembangkan iklim keterbukaan dan rasa saling mempercayai.· Belajar daripada pengalaman.

Dari huraian di atas maka dapat disimpulkan bahawa organisasi pembelajaran memerlukan individu yang proaktif untuk meningkatkan keinginan diri, berusaha ke arah kemajuan dan terus belajar dengan menciptakan iklim organisasi yang terbuka. Keaadaan ini akan menghasilkan proses yang berterusan memperbaiki suasana dalaman organisasi dan seterusnya dapat memenuhi segala tuntutan dan keperluan dari luar organisasi.