chuzairy bin hanri€¦satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. data dianalisa...

25
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INKUIRI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH CHUZAIRY BIN HANRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 03-Nov-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INKUIRI DI KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH

CHUZAIRY BIN HANRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010

SAYA CHUZAIRY BIN HANRI

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek

Sarjana Muda (PSM).

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INKUIRI DI

KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

(HURUF BESAR)

PM. Dr. MOHAMAD YUSOF B.

HAJI ARSHAD LOT 1080, LORONG HARUAN 1,

JALAN BAKO,

KAMPUNG BAKO INDAH,

93050, KUCHING SARAWAK

Page 3: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Kimia )”

Tandatangan : ………………………………….............

Nama Penyelia : PM.Dr. MOHAMMAD YUSOF B.ARSHAD

Tarikh : ………………………………….............

Page 4: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INKUIRI DI KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH

CHUZAIRY BIN HANRI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC 2010

Page 5: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : CHUZAIRY BIN HANRI

Tarikh : .......................................

Page 6: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

iii

DEDIKASI

Buat keluarga yang tersayang serta teman teristimewa di atas galakan dan sokongan

padu yang telah diberikan.

Page 7: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ALLAH kerana dengan izinNya saya telah dapat

menyempurnakan tesis ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi

Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat.

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia

disertasi PM. Dr. Mohammad Yusof bin Hj. Arshad yang tidak jemu-jemu memberikan

bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat yang berguna.

Penghargaan juga ditujukan kepada Pengetua, rakan-rakan guru dan semua

pelajar dari sekolah menengah di daerah Kota Tinggi yang terlibat dalam kajian ini.

Tidak lupa juga kepada para sahabat yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang

tempoh menyiapkan disertasi ini. Semoga Allah memberi sebaik-baiknya ganjaran dan

balasan di atas sumbangan yang diberikan.

Page 8: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran inkuiri pelajar

sekolah menengah. Sampel terdiri daripada 154 orang pelajar daripada empat buah

sekolah menengah di daerah Kota Tinggi. Satu set soal selidik digunakan sebagai

instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan

Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati pelajar boleh menguasai kebanyakan

kemahiran inkuiri di mana pelajar yang berpencapaian tinggi boleh menguasai

kemahiran inkuiri dengan baik berbanding dengan pelajar yang lemah dan pelajar

perempuan lebih menguasai kemahiran inkuiri berbanding pelajar lelaki. Dengan

demikian, guru haruslah lebih berhati-hati di dalam mengaplikasikan pendekatan inkuiri

di dalam kelas memandangkan terdapat perbezaan penguasaan pendekatan inkuiri di

kalangan pelajar yang berlainan latar belakang.

Page 9: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

vi

ABSTRACT

This research is to analyze the level of mastery of inquiry skills among secondary school

students. One hundred and fifty four participants from four different secondary schools

in Kota Tinggi have been participated in the research. A set of questionnaire was used

as the instrument of this research. The data was being analyzed using Microsoft Office

Excel 2007. The research finding shows that student’s mastery of inquiry skills is good

whereby students with high achievement have higher mastery level of inquiry skills

compare to the low achievers and girls have higher mastery level of inquiry skills

compare to the boys. Hence, teachers should be more careful when implementing the

inquiry approach in classes since there are difference in mastery of inquiry skills among

students with different background.

Page 10: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS

AKUAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Pendekatan Inkuiri

1.2.2 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri dalam

Matapelajaran Sains

1.2.3 Kepercayaan Guru Dalam Pelaksanaan

Pendekatan Inkuiri

1.2.4 Kemahiran Inkuiri

1

4

5

5

6

7

Page 11: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

viii

1.2.5 Kesan Pencapaian Pelajar Kepada

Penguasaan Kemahiran Inkuiri

1.2.6 Isu Jantina

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Rasional Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.7.1 Pelajar

1.7.2 Guru

1.7.3 Bakal Guru

1.8 Skop Kajian

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Pendekatan Inkuiri

1.9.2 Kemahiran Inkuiri

1.9.3 Pelajar

1.9.4 Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan

Bandar

1.9.5 Faktor

1.10 Kesimpulan

7

7

8

9

9

10

10

11

11

12

12

12

13

13

13

14

14

14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Pendekatan Inkuiri

2.2.1 Sejarah Pendekatan Inkuiri

2.2.2 Definisi Pendekatan Inkuiri

2.2.3 Kelebihan Pendekatan Inkuiri

2.3 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri dalam

Matapelajaran Sains

2.4 Kepercayaan Guru Dalam Pelaksanaan Pendekatan

Inkuiri

15

15

16

16

18

18

21

Page 12: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

ix

2.5 Kemahiran Inkuri

2.6 Kesan Pencapaian Pelajar Kepada Penguasaan

Kemahiran Inkuiri

2.7 Isu Jantina

2.8 Rumusan

21

23

24

25

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Persampelan

3.3 Reka Bentuk Kajian

3.3.1 Instrumen Kajian

3.4 Kajian Rintis

3.5 Analisis Data

3.6 Rumusan

26

26

27

28

29

29

30

4 ANALISA DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

4.2 Penguasaan Kemahiran Inkuiri Pelajar

4.2.1 Kemahiran Menyatakan Objektif Kajian

4.2.2 Kemahiran Membuat Pernyataan Masalah

Kajian

4.2.3 Kemahiran Membina Hipotesis

4.2.4 Kemahiran Mengenalpasti Pembolehubah

4.2.4.1 Kemahiran Mengenalpasti

Pembolehubah yang Dimanipulasi

4.2.4.2 Kemahiran Mengenalpasti

Pembolehubah Bergerak Balas

4.2.4.3 Kemahiran Mengenalpasti

Pembolehubah Dimalarkan

4.2.5 Kemahiran Menyenaraikan Bahan yang

Digunakan Dalam Eksperimen

32

32

33

34

36

38

38

39

40

42

Page 13: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

x

4.2.6 Kemahiran Menyenaraikan Alat Radas

4.2.7 Kemahiran Melukis Susunan Alat Radas

4.2.8 Kemahiran Merancang Langkah Kerja

Eksperimen

4.2.9 Kemahiran Membuat Kesimpulan

4.2.10 Analisis Keseluruhan Penguasaan Kemahiran

Inkuiri

4.3 Perbandingan Tahap Penguasaan Kemahiran Inkuiri

Berdasarkan Tahap Pencapaian Pelajar dalam

Matapelajaran Sains

4.4 Perbandingan Tahap Penguasaan Kemahiran Inkuiri

Berdasarkan Jantina

4.5 Rumusan

43

44

47

50

51

52

54

55

5 KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

5.2 Kesimpulan

5.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Inkuiri Pelajar

5.2.2 Perbandingan Antara Pencapaian Pelajar

dengan Tahap Penguasaan Kemahiran Inkuiri

5.2.3 Perbandingan Antara Jantina dengan Tahap

Penguasaan Kemahiran Inkuiri

5.3 Implikasi Kajian

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Penutup

56

57

57

58

58

59

61

62

RUJUKAN

Lampiran A-D

63

73-78

Page 14: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Nama sekolah yang dijadikan sampel 27

3.2 Bilangan responden berdasarkan jantina 27

3.3 Bilangan responden berdasarkan pencapaian 27

3.4 Bahagian set ujian kefahaman 28

3.5 Skala rujukan bagi penguasaan kemahiran inkuiri 30

4.1 Respon serta peratusan pelajar bagi kemahiran

objektif kajian

33

4.2 Respon dan peratus pelajar bagi kemahiran

membuat pernyataan masalah

34

4.3 Respon pelajar bagi item membina hipotesis 37

4.4 Respon pelajar bagi pembolehubah dimanipulasi 38

4.5 Respon serta peratus pelajar bagi mengenalpasti

pembolehubah bergerak balas

40

4.6 Respon dan peratus pelajar bagi mengenalpasti

pembolehubah dimalarkan

41

4.7 Respon dan peratus pelajar bagi menyenaraikan

bahan eksperimen

42

4.8 Respon serta peratus pelajar kemahiran

menyenaraikan alat radas eksperimen

43

4.9 Respon dan peratus pelajar bagi kemahiran

melukis susunan alat radas

44

Page 15: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

xii

4.10 Respon serta peratus pelajar bagi kemahiran

merancang langkah kerja eksperimen

48

4.11 Respon dan peratus pelajar bagi kemahiran

membuat kesimpulan

50

4.12 Peratus pelajar betul bagi setiap item kemahiran

inkuiri

51

4.13 Perbandingan antara pencapaian pelajar dengan

penguasaan kemahiran inkuiri

53

4.14 Perbandingan antara penguasaan kemahiran

inkuiri dengan jantina

54

Page 16: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian daripada

EPRD

73

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian daripada

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

74

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian daripada

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia

75

D Set Soalan Soal Ujian Kefahaman (Instrumen

Kajian)

76

Page 17: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada zaman sekarang, semua negara di seluruh dunia berlumba-lumba untuk

memajukan negara masing-masing ke tahap maksimum. Negara kita, Malaysia juga

tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini. Sekarang, Malaysia juga sedang

membangun dengan pesatnya. Dalam perlumbaan ini, negara haruslah mengukuhkan

lagi ilmu sains dan teknologi memandangkan kemajuan negara bergantung kepada

kemajuan sains dan teknologi. Tanpa kemajuan sains dan teknologi, negara kita

akan ketinggalan dalam perlumbaan ini. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah

memberikan tumpuan yang lebih kepada kemajuan sains dan teknologi. Baru-baru

ini kerajaan telah melancarkan Rancangan Malaysia ke-9 untuk memantapkan lagi

kemajuan sains dan teknologi di negara Malaysia.

Dalam Rancangan Malaysia ke-9, kita dapat lihat bahawa kemajuan sains dan

teknologi amat dititik beratkan dalam usaha mencapai Wawasan 2020. Sains dan

teknologi dijadikan sebagai teras dalam pembangunan negara termasuklah

pertumbuhan ekonomi, peningkatan keupayaan dan inovasi negara. Industri moden,

komersial dan ekonomi berasaskan maklumat bergantung kepada kemajuan sains dan

teknologi.

Dalam usaha kerajaan untuk memajukan sains dan teknologi negara, ia

haruslah dijalankan dari peringkat akar umbi lagi bak kata pepatah melentur buluh

Page 18: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

2

biarlah dari rebungnya. Akar umbi di sini bermaksud kerajaan haruslah

memantapkan lagi profesyen perguruan, menyediakan kemudahan-kemudahan dan

peralatan makmal yang mencukupi di sekolah dan menyediakan kemudahan

teknologi maklumat. Dengan adanya usaha berikut, maka penguasaan pelajar dalam

mata pelajaran sains akan meningkat dan seterusnya memajukan lagi sains dan

teknologi negara Malaysia. Dengan kemajuan yang tinggi dalam sains dan

teknologi, Malaysia akan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan

negara maju yang lain. Selain itu kerajaan Malaysia haruslah merangka kurikulum

yang lebih menyeluruh yang boleh mengasah minda dan fikiran pelajar. Dengan

kurikulum yang mantap, pelajar akan lebih mudah memahami sains secara

menyeluruh dan memantapkan lagi kemajuan sains dan teknologi negara ini.

Kurikulum yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai

tujuan yang khusus iaitu mendedahkan para pelajar dengan pengalaman dan

pembelajaran secara menyeluruh (Abu Hassan, 2003). Selain itu, ia juga bertujuan

untuk membentuk perilaku manusia secara seimbang dan bersepadu dengan tuntutan

dunia dan akhirat (Ishak, 2003). Kurikulum sains pula bertujuan untuk melahirkan

murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tersebut dalam menyelesaikan

masalah harian (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1997). Berdasarkan matlamat

kurikulum negara dan kurikulum sains, maka pendekatan inkuri adalah pendekatan

yang paling sesuai digunakan untuk mengajar sains memandangkan pendekatan

inkuiri menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam proses

penyelesaian masalah menggunakan kaedah eksperimen (Goh dan Khine, 2002).

Namun pada realitinya, pelajar kurang berminat untuk mempelajari

matapelajaran sains. Ini bertepatan dengan hujah daripada Bou Juoude (1992) yang

menyatakan bahawa sains merupakan mata pelajaran yang sukar untuk difahami

berbanding dengan mata pelajaran yang lain di sekolah.

Kesan daripada kurangnya minat terhadap matapelajaran sains akan

menjejaskan lagi matlamat kerajaan untuk memajukan bidang sains dan teknologi.

Ini akan menganggu-gugat matlamat negara untuk mencapai kemajuan selaras

dengan Wawasan 2020. Minat pelajar terhadap matapelajaran sains boleh

Page 19: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

3

ditingkatkan dengan menggunakan pendekatan yang betul dan berkesan di dalam

kelas. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam memainkan peranan dalam mendukung

hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

Guru merupakan penggerak utama dalam proses untuk memajukan sains dan

teknologi di peringkat akar umbi. Guru haruslah menaikkan semangat dan minat

pelajar untuk belajar matapelajaran sains. Dengan meningkatnya minat pelajar

terhadap matapelajaran sains, mereka akan lebih memahami sains dengan lebih

mendalam seterusnya memberikan kesan yang amat mendalam terhadap sistem

pendidikan negara. Apabila ini berlaku, secara tidak langsung bidang sains dan

teknologi di Malaysia juga akan turut bertambah maju. Minat pelajar untuk belajar

di dalam kelas boleh ditingkatkan melalui penggunaan pendekatan-pendekatan yang

sesuai dan berkesan oleh guru. Guru haruslah menggunakan kaedah yang sesuai

supaya pelajar boleh memberi penumpuan yang lebih di dalam kelas. Antara

pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains adalah pendekatan

inkuiri-penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, masteri dan

sebagainya (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006). Guru haruslah bijak memilih

pendekatan yang paling bersesuaian supaya pelajar berminat untuk belajar di dalam

kelas. Pendekatan yang hendak digunakan haruslah bersesuaian dengan sifat sains

itu sendiri agar pengajaran akan menjadi lebih berkesan.

Definisi yang paling sesuai untuk menerangkan sifat semula jadi sains itu

sendiri adalah, sains ialah proses inkuiri di mana para saintis membina penjelasan

berkaitan dengan objek dan kejadian semula jadi (American Association for the

Advancement of Science (AAAS), 1990; Trowbridge dan Bybee, 1990). Pelajar

digalakkan untuk turut serta dalam pross pengajaran dan pembelajaran, dimana

pelajar membina sendiri kefahaman mereka berdasarkan kepada pengetahuan sedia

ada (Hess dan Trexler, 2005; Sewell, 2002), melalui proses eksperimen dan

pemerhatian untuk menyokong kesimpulan proses pengajaran dan pembelajaran

(Alesandrini dan Larson, 2002; Windschill, 2002). Proses ini dinamakan

pembelajaran inkuiri yang bertepatan dengan sifat semulajadi sains itu sendiri iaitu

pembelajaran melalui pemerhatian dan eksperimen. Oleh itu pengajaran inkuiri

Page 20: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

4

adalah satu pendekatan yang paling sesuai untuk mengajar sains bertepatan dengan

sifat semula jadi sains itu sendiri.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengajaran sains berasaskan pendekatan inkuiri telah dianggap sebagai satu

tema yang penting di dalam bidang pendidikan sains di seluruh dunia (American

Association for the Advancement of Science (AAAS), 1993; Driver et al., 2000;

National Research Council (NRC), 1996). Negara-negara maju juga sedang ke arah

menggunakan pendekatan inkuiri untuk mengajar sains contohnya sekolah-sekolah di

China menunjukkan peningkatan di dalam minat untuk menggunakan pendekatan

inkuiri dalam proses pengajaran (The State Council of China (SSC), 2001; Xu, 2001;

Zhang, 2000). Di Israel, makmal berasaskan inkuiri telah dilaksanakan ke dalam

kurikulum di sekolah-sekolah di Israel (Hofstein et al., 2000).

Namun begitu, sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menggunakan

pendekatan inkuiri. Guru lebih gemar untuk menggunakan pendekatan tradisional

berbanding dengan menggunakan pendekatan inkuiri. Ini kerana banyak masalah

yang akan dihadapi oleh guru apabila menggunakan pendekatan inkuiri. Antara

masalah-masalah yang dihadapi adalah kekurangan masa, kepercayaan guru sendiri,

kurang bahan yang bermutu, masalah pedagogi, saiz kelas yang besar, isu

keselamatan dan isu penilaian (Cheung, 2007).

Kajian ini lebih memfokuskan kepada permasalahan kepercayaan guru. Guru

percaya pelajar tidak mempunyai kemahiran inkuiri, dan percaya bahawa pelajar

yang mempunyai pencapaian yang tinggi sahaja yang boleh menerima pendekatan

inkuiri. Selain itu, perbandingan jantina terhadap tahap penguasaan inkuiri pelajar

juga akan dilihat. Oleh itu, kajian ini telah direka unutk mengkaji kebenaran

kepercayaan guru.

Page 21: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

5

1.2.1 Pendekatan Inkuiri

Berdasarkan kepada kenyataan Suchman (1966), inkuiri adalah satu proses

mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, merancang eksperimen,

mengumpul data dan membuat kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen untuk

menyelesaikan masalah. Oleh itu, pendekatan inkuiri dalam proses pengajaran dan

pembelajaran melibatkan aktiviti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran,

meramal, menerangkan, dan membuat inferens. Pendekatan inkuiri adalah lebih

berpusatkan kepada pelajar. Dari peringkat awal, iaitu mengenalpasti masalah,

hingga kepada membuat kesimpulan, pelajar yang melakukan segalanya dan guru

hanyalah sebagai fasilitator kepada aktiviti yang dilakukan pelajar. Maka, pelajar

haruslah menggunakan sepenuh tumpuan di dalam aktiviti yang dijalankan

menggunakan pendekatan inkuiri agar mereka boleh membina kefahaman mereka

sendiri. Namun begitu tanpa adanya kemahiran inkuiri seperti yang disebutkan di

atas, pelajar tidak akan dapat melaksanakan pendekatan inkuiri ini di dalam kelas.

Oleh itu, pentingnya untuk melihat tahap penguasaan kemahiran inkuiri pelajar.

1.2.2 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri dalam Matapelajaran Sains

Terdapat empat strategi yang boleh digunakan dalam melaksanakan

pendekatan inkuiri iaitu penyoalan, perbincangan, tunjuk cara dan eksperimen (Pukal

Latihan Kursus Orientasi Sains KBSM (PuLKOS), 2001). Pelajar perlu

berkebolehan dalam mengemukakan soalan jika pendekatan inkuiri digunakan.

Dialog antara guru dan pelajar adalah penting dalam menggalakkan pelajar untuk

mengemukakan soalan. Guru juga perlu membimbing pelajar andai mereka tidak

dapat mengemukakan soalan. Strategi perbincangan dapat mengembangkan tabiat

inkuiri berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru. Melalui perbincangan,

guru boleh menilai tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik. Ini boleh

membantu guru untuk dalam menentukan rentak proses pembelajaran sama ada

untuk mempercepatkan atau memperlahankan proses pengajaran. Pelajar boleh

mengembangkan lagi idea mereka melalui perbincangan dengan teman sekelas.

Page 22: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

6

Perbincangan juga membolehkan pelajar membina konsep sains yang lebih kukuh

hasil gabungan beberapa idea daripada rakan sekelas. Strategi tunjuk cara di dalam

pendekatan inkuiri bertujuan untuk menunjukkan sesuatu proses yang ringkas dan

menghuraikan sesuatu proses. Tunjuk cara juga boleh menjadi eksperimen sekiranya

pelajar tidak dapat membina konsep sains mereka dengan mudah. Tahap

keterbukaan eksperimen mempengaruhi pembelajaran inkuiri. Tahap keterbukaan

yang tinggi akan menggalakkan lagi pembelajaran inkuiri. Aktiviti eksperimen di

dalam makmal yang dijalankan secara terbuka membolehkan pelajar berfikir secara

kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru. Namun

begitu, wujud persoalan adakah pelajar boleh menyelesaikan masalah menggunakan

teknik eksperimen dengan jayanya tanpa ada kemahiran inkuiri.

1.2.3 Kepercayaan Guru Dalam Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri

Banyak masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pendekatan

inkuiri di kelas. Antara masalah yang dihadapi adalah kekurangan masa,

kepercayaan guru, kurangnya bahan pengajaran secara inkuri yang efektif, masalah

pedagogi, masalah pengurusan, saiz kelas yang terlalu besar, isu keselamatan, risau

berlakunya miskonsepsi, rungutan pelajar dan isu penilaian. Masalah yang menarik

perhatian pengkaji adalah kepercayaan guru dan miskonsepsi. Terdapat guru yang

percaya bahawa pelajar tidak boleh merangka eksperimen dengan betul dan akan

berlakunya miskonsepsi dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Untuk

eksperimen yang berbentuk inkuiri, pelajar dikehendaki merancang sendiri

penyiasatan yang akan dilakukan. Oleh itu, kebarangkalian untuk berlakunya

miskonsepsi adalah besar (Deters, 2005). Miskonsepsi akan berlaku apabila pelajar

tidak boleh merancang eksperimen dengan betul. Oleh itu, penguasaan kemahiran

inkuiri pelajar adalah penting dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, guru

berpendapat bahawa hanya pelajar yang berpencapaian tinggi sahaja yang boleh

menjalankan pendekatan inkuiri. Untuk menjalankan pendekatan inkuiri pelajar

perlu menguasai kemahiran inkuiri. Oleh itu kajian dilakukan untuk melihat

perbezaan antara pelajar berpencapaian tinggi dan rendah terhadap penguasaan

kemahiran inkuiri.

Page 23: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

7

1.2.4 Kemahiran Inkuiri

Antara strategi pendekatan inkuiri adalah mengeksperimen. Oleh itu, boleh

dikatakan bahawa inkuiri dan eksperimen mempunyai satu perkaitan yang kuat.

Inkuiri adalah satu proses penyiasatan yang terlibat dengan kemahiran menyiasat

masalah, membina hipotesis, merancang eksperimen, mengumpul data dan membuat

kesimpulan (Suchman, 1966). Kenyataan ini disokong kuat oleh Goh dan Khine

(2002) kerana inkuiri menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis

dalam proses penyelesaian masalah menggunakan kaedah eksperimen. Kemahiran

yang perlu di dalam eksperimen adalah kemahiran proses sains. Oleh itu, kemahiran

inkuiri adalah kemahiran proses sains.

1.2.5 Kesan Pencapaian Pelajar Kepada Penguasaan Kemahiran Inkuiri

Pencapaian pelajar banyak memberi kesan kepada proses memahami sains.

Memandangkan inkuiri adalah proses memahami sains maka faktor pencapaian

pelajar mungkin mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran inkuiri pelajar. Tahap

pemikiran pelajar yang berbeza mempengaruhi tahap penguasaan pelajar di dalam

kemahiran inkuiri. Ini kerana, proses inkuiri memerlukan pelajar berfikir secara

kreatif dan kritis. Oleh itu, tahap pencapaian pelajar boleh mempengaruhi

penguasaan kemahiran inkuiri memandangkan hanya pelajar yang berpencapaian

tinggi boleh menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

1.2.6 Isu Jantina

Seperti yang kita tahu, lelaki lebih mendominasi pekerjaan dalam bidang

sains, matematik dan kejuruteraan. Pada 2004, wakil Program Pembangunan PBB

(UNDP) Dr. Richard Leete menyatakan bahawa kedudukan Malaysia dalam indeks

jantina UNDP tidak “setinggi yang seharusnya”. Ucapan sebenarnya ialah,

Page 24: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

8

(Wikipedia, 2008)

Banyak kajian yang telah dijalankan tentang perbezaan jantina dalam

matapelajaran sains. Kebanyakan kajian telah mengenal pasti bahawa pelajar lelaki,

secara puratanya, percaya mereka lebih cekap dan cemerlang berbanding pelajar

perempuan semasa di menengah rendah (Anderman dan Young, 1994; Baghetto,

2007; Jovanovic dan King, 1998; Kahle et al., 1993; Licht et al., 1989; Meece dan

Jones, 1996; Simpson dan Oliver, 1990) dan semasa menengah atas (Campbell,

1991). Ini menunjukkan bahawa di dalam pembelajaran terdapat banyak perbezaan

antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, kajian dijalankan untuk melihat samada faktor

jantina juga mempengaruhi penguasaan kemahiran inkuiri pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Secara teorinya pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri adalah satu

pendekatan yang amat baik untuk diamalkan di sekolah. Banyak kajian lepas telah

membuktikan pendekatan inkuiri membawa banyak kelebihan dan faedah kepada

guru dan juga pelajar. Namun begitu pelaksanaan pendekatan ini memerlukan

pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis yang mana tidak semua pelajar boleh

melakukannya dan menerimanya.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran

inkuiri pelajar di sekolah-sekolah menegah di Kota Tinggi, Johor. Faktor yang

mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran inkuiri pelajar iaitu faktor pencapaian

pelajar dan jantina juga diukur.

"I don't know Malaysia's present ranking (in the UNDP's gender

index) offhand but I know it is not as high as it should be because of

this unusual problem. Boys are dropping out of secondary and

tertiary education, with females outnumbering the males with a high

margin".

Page 25: CHUZAIRY BIN HANRI€¦Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati

9

1.4 Objektif Kajian

Fokus utama di dalam kajian ini adalah:

(i) Mengkaji penguasaan kemahiran pendekatan inkuiri pelajar

(ii) Mengkaji perbandingan penguasaan kemahiran pendekatan inkuri

berdasarkan kepada pencapaian pelajar,

(iii)Mengkaji perbandingan penguasaan kemahiran pendekatan inkuri

berdasarkan kepada jantina pelajar,

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian boleh dikenal pasti berdasarkan kepada objektif

kajian iaitu:

(i) Adakah pelajar menguasai kemahiran-kemahiran inkuiri?

(ii) Adakah terdapat perbezaan penguasaan kemahiran inkuiri antara pelajar

cemerlang dan pelajar lemah?

(iii)Adakah terdapat perbezaan penguasaan kemahiran inkuiri antara pelajar

lelaki dan pelajar wanita?