cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang...

88

Upload: dangdang

Post on 31-Jan-2018

241 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan
Page 2: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan
Page 3: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan
Page 4: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

Terbitan Mac 2016

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,

ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua

sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat

kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

CIP / ISBN

ISBN: 978-967-420-090-9

Terbitan: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

ISBN: 978-967-420-091-6

Page 5: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL v

SENARAI RAJAH vi

RUKUN NEGARA vii

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA viii

KURIKULUM KEBANGSAAN ix

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA x

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN

KURIKULUM

xi

BAB 1 TRANSFORMASI KURIKULUM

1.1 Latar belakang 3

1.2 Teras Pembangunan Kurikulum 7

1.3 Prinsip Kurikulum Sekolah Rendah 8

BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM

2.1 Asas Kerangka Kurikulum 15

2.2 Kurikulum Berasaskan Standard 17

2.3 Fokus Kurikulum 18

2.4 Organisasi Kurikulum 18

Page 6: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

BAB 3 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 29

BAB 4 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 35

BAB 5 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.1 Prinsip dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran 41

5.2 Pelbagai Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 42

BAB 6 PENTAKSIRAN SEKOLAH

6.1 Tujuan Pentaksiran Sekolah 51

6.2 Kepentingan Pentaksiran Sekolah 51

6.3 Perekodan dan Pelaporan Pentaksiran Sekolah 52

BAB 7 PENGURUSAN KURIKULUM

7.1 Perancangan 55

7.2 Pelaksanaan 57

7.3 Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum 63

PENUTUP 67

RUJUKAN 71

Page 7: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

SENARAI JADUAL

Bil Tajuk Muka Surat 1 Perbandingan KSSR dengan KSSR Semakan 5

2 Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan

Standard Prestasi 17

3 Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu bagi Tahap I 19

4 Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu bagi Tahap II 20

5 Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu KSSR Pendidikan

Khas Masalah Penglihatan Tahap I

21

6 Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu KSSR Pendidikan

Khas Masalah Penglihatan Tahap II

22

7 Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu KSSR Pendidikan

Khas Masalah Pendengaran Tahap I 23

8 Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu KSSR Pendidikan

Khas Masalah Pendengaran Tahap II 24

9 Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu KSSR Pendidikan

Khas Masalah Pembelajaran Tahap I

25

10 Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu KSSR Pendidikan

Khas Masalah Pembelajaran Tahap II

25

11 Tahap Pemikiran 29

12 Profil Murid 30

v

Page 8: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

vii

SENARAI RAJAH

Bil Tajuk Muka Surat

1 Kerangka KSSR 15

2 STEM sebagai Pendekatan Pengajaran dan

Pembelajaran 47

3 Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran STEM 48

4 Struktur Pengurusan Kurikulum Sekolah 57

5 Peranan Guru Besar 58

6 Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal

Ehwal Murid dan Kokurikulum 59

7 Peranan Ketua Panitia 60

8 Peranan Guru 61

9 Struktur Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 62

10 Fungsi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 63

vi

Page 9: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

vii

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya

dan berbagai corak; dan

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan

usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip

berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 10: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

tuhan. usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

viii

Page 11: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

vii

KURIKULUM KEBANGSAAN

“3. Kurikulum Kebangsaan

3(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk

kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,

kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu

perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,

mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral

yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”

Sumber:Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1996

[PU(A)531/97]

ix

Page 12: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

vii

KATA ALU- ALUAN

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mengupayakan pelaksanaan

transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Pelan Pembangunan ini akan terus

menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang merencanakan pendidikan

seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid. Terdapat 6 aspirasi murid yang ditekankan dalam

PPPM2013-2025 iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran

dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Dalam usaha melengkapi PPPM ini

menggunakan jumlah jam seminggu dalam tahun persekolahan untuk pelaksanaan mulai tahun

2017.

KSSR yang disemak dan ditambah baik untuk pelaksanaan mulai tahun 2017 telah memasukkan

perkara baharu seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), peruntukan masa dalam jam,

penggunaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.

Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik dan bersepadu dapat menjamin kejayaan dan

keberkesanan pelaksanaan KSSR. Pemantauan dan penilaian secara berterusan menuntut semua

pihak berkaitan dalam sektor pendidikan menggembleng usaha dan peranan bagi mencapai

matlamat yang dihasratkan. Justeru, semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan dituntut

memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan retorik yang terkandung dalam

KSSR mencapai outcome yang ditetapkan.

Wassalam.

YBHG. DATO’ SRI Dr. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

x

Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan penggubalan KSSR yang disemak semula

Page 13: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

vii

KATA ALU-ALUAN

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada

tahun 2011 bermula dengan murid Tahun Satu di semua sekolah rendah. Dalam tempoh

pelaksanaan KSSR, terdapat beberapa penambahbaikan dan pengukuhan yang perlu diselarikan

dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025.

KSSR digubal bagi memastikan murid di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan

kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang dan seterusnya menjana suatu sistem

pendidikan yang berkualiti. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard iaitu pernyataan yang

menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada suatu tempoh dan tahap

persekolahan. Kompetensi ini diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Tiga

standard yang perlu dicapai oleh murid ialah standard kandungan, standard pembelajaran dan

standard prestasi yang disediakan bagi setiap tahap.

Dokumen ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan penerangan berkaitan KSSR. Kandungan

dokumen ini merangkumi reka bentuk kurikulum, bidang pembelajaran, elemen merentas kurikulum

dan pelaksanaan kurikulum bagi membantu guru-guru khasnya, dan masyarakat amnya untuk

memahami KSSR.

Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sehingga dokumen ini dapat diterbitkan.

Semoga dokumen ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan dalam

melaksanakan KSSR secara berkesan dan menepati aspirasi pendidikan negara.

Wassalam.

Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL

xi

Page 14: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan
Page 15: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

TRANSFORMASI KURIKULUM

Page 16: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

2

Page 17: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

3

TRANSFORMASI KURIKULUM

1.1 Latar belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengkonsepsikan kurikulum persekolahan peringkat

rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.

6/2008 pada 23 Mei 2008. Konsep kurikulum ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat

Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009 dan dinamakan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR). Penggubalan KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Konsep KSSR mendasari

semua kurikulum mata pelajaran sekolah rendah yang dibangunkan termasuk kurikulum pendidikan

khas. Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

(KSPK).

KSSR dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Tahun 1 pada 2011. Dalam

tempoh pelaksanaan, terdapat keperluan untuk menambah baik dan mengukuhkan KSSR agar selari

dengan saranan PPPM 2013-2025. Sehubungan dengan itu, KSSR disemak semula dan mendapat

kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil.1/2015 pada 5 Februari 2015. KSSR

yang disemak semula telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan

Pendidikan kali ke 208 pada 21 September 2015 untuk pelaksanaan secara berperingkat-peringkat

bermula dengan Tahun 1 pada 2017.

Transformasi kurikulum merujuk kepada usaha menambah baik program pembelajaran bagi

meningkatkan keberhasilan murid untuk mencapai enam aspirasi iaitu pengetahuan, kemahiran

berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional

seperti yang disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Transformasi ini dilakukan ke atas kandungan, pedagogi dan pentaksiran seperti berikut:

Kandungan disusun semula dan ditambah baik untuk memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi

cabaran abad ke-21.

111 BBBAAABBB

Page 18: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

4

Pedagogi menekankan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan

pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Fokus diberikan kepada pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah,

pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan

pendekatan STEM.

Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan perkembangan dan

pencapaian pembelajaran murid. Pentaksiran dalam p&p dilaksanakan dalam bentuk

sumatif dan formatif. Guru mentaksir sejauh mana murid menguasai standard pembelajaran

dengan merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan. Perkembangan dan pencapaian

sebenar tahap penguasaan murid direkod dan dilaporkan secara deskriptif kepada murid

dan ibu bapa.

Bagi memastikan kesinambungan pendidikan prasekolah dengan pendidikan rendah, transformasi

kurikulum dilaksanakan ke atas KSSR. KSSR diperkukuh dan disemak semula bagi memastikan

kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21 serta selari dengan

Pelan Transformasi Kerajaan. Perbandingan KSSR dengan KSSR Semakan ini diperjelaskan dalam

Jadual 1.

Page 19: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

5

Jad

ual

1: P

erb

and

inga

n K

SSR

den

gan

KSS

R S

emak

an

ASP

EK

KSS

R

KSS

R S

em

akan

Re

ka b

entu

k ku

riku

lum

ber

asas

kan

6 T

un

jan

g;

Ko

mu

nika

si

Per

kem

ban

gan

Fizi

kal &

Est

etik

a

Kem

anu

siaa

n

Ket

eram

pila

n D

iri

Sain

s d

an T

ekn

olo

gi

Ker

oh

ania

n, S

ikap

& N

ilai

ber

asas

kan

6 T

un

jan

g;

Ko

mu

nika

si

Per

kem

ban

gan

Fiz

ikal

& E

stet

ika

Kem

anu

siaa

n

Ket

eram

pila

n D

iri

Sain

s d

an T

ekn

olo

gi

Ker

oh

ania

n, S

ikap

& N

ilai

ber

asas

kan

sta

nd

ard

; -

kan

du

nga

n

- p

emb

elaj

aran

-

pre

stas

i

ber

asas

kan

sta

nd

ard

; -

kan

du

ngan

-

pem

bel

ajar

an

- p

rest

asi

Do

kum

en k

uri

kulu

m:

Tah

ap I

(Ta

hu

n 1

, 2 d

an 3

)

Do

kum

en S

tan

dar

d K

uri

kulu

m

Tah

ap II

(Ta

hu

n 4,

5 d

an 6

)

D

oku

men

Sta

nd

ard

Ku

riku

lum

dan

Pen

taks

iran

Do

kum

en S

tan

dar

d K

uri

kulu

m d

an P

enta

ksir

an

Per

un

tuka

n m

asa

Me

ngi

kut

min

it s

emin

ggu

Me

ngi

kut

jam

sem

ingg

u

Org

anis

asi k

uri

kulu

m

Tah

ap I

(Ta

hu

n 1

, 2 d

an 3

)

Mo

du

l Ter

as A

sas,

Mo

dul T

eras

Tem

a &

Mo

dul E

lekt

if

Tah

ap II

(Ta

hu

n 4

, 5 d

an 6

)

Mat

a p

elaj

aran

Ter

as &

Ele

ktif

Tah

ap I

(Ta

hu

n 1

, 2 d

an 3

)

M

ata

pel

ajar

an T

eras

& E

lekt

if

Tah

ap II

(Ta

hu

n 4,

5 d

an 6

)

Mat

a p

elaj

aran

Ter

as &

Ele

ktif

Elem

en M

ere

nta

s K

uri

kulu

m

Bah

asa,

Sai

ns

& T

ekn

olo

gi,T

ekn

olo

gi M

aklu

mat

& K

om

uni

kasi

, K

eles

tari

an A

lam

Sek

itar

, Nila

i Mu

rni,

Pat

rio

tism

e

Bah

asa,

Sa

ins

&

Tekn

olo

gi,T

ekn

olo

gi

Mak

lum

at

&

Ko

mu

nika

si,

Kel

esta

rian

A

lam

Se

kita

r,

Nila

i M

urn

i, P

atri

oti

sme,

Kre

ativ

iti

dan

In

ova

si, K

eusa

haw

anan

, dan

Tek

nol

ogi

Mak

lum

at &

Kom

un

ikas

i (TM

K),

d

an K

eles

tari

an G

lob

al

Page 20: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

6

ASP

EK

KSS

R

KSS

R S

em

akan

Foku

s ku

riku

lum

4M

Me

mb

aca

Me

nu

lis

Me

ngi

ra

Me

naa

kul

4M

Me

mba

ca

Me

nu

lis

Me

ngi

ra

Me

naa

kul

Pen

ekan

an P

edag

ogi

pem

bel

ajar

an

ber

asas

kan

in

kuir

i, p

enye

lesa

ian

m

asal

ah,

pem

bel

ajar

an

kon

teks

tual

, p

emb

elaj

aran

ko

lab

ora

tif

dan

p

emb

elaj

aran

ber

asas

kan

pro

jek

Pem

bel

ajar

an

ber

asas

kan

in

kuir

i, p

embe

laja

ran

b

eras

aska

n

pen

yele

saia

n

mas

alah

, p

embe

laja

ran

ko

nte

kstu

al,

pem

bel

ajar

an

kola

bo

rati

f d

an

pem

bel

ajar

an

ber

asas

kan

p

roje

k,

pen

dek

atan

ko

nst

rukt

ivis

me,

pen

dek

atan

STE

M

Pen

taks

iran

P

enta

ksir

an S

eko

lah

Su

mat

if

Fo

rmat

if

Pen

taks

iran

Ber

asas

kan

Sek

ola

h:

P

enta

ksir

an P

usa

t

P

enta

ksir

an A

ktiv

iti J

asm

ani,

Suka

n d

an K

oku

riku

lum

P

enta

ksir

an P

siko

met

rik

P

enta

ksir

an S

eko

lah

Pen

jen

amaa

n s

em

ula

m

ata

pel

ajar

an

D

un

ia S

ain

s Te

kno

logi

(Ta

hap

I)

TM

K s

ebag

ai m

ata

pel

ajar

an

P

end

idik

an J

asm

ani

P

end

idik

an K

esih

atan

D

un

ia K

esen

ian

(Tah

ap I)

-D

un

ia M

uzi

k -D

un

ia S

eni V

isu

al

P

end

idik

an S

eni V

isu

al (

Tah

ap 2

)

P

end

idik

an M

uzi

k (T

ahap

2)

Sa

ins

TM

K s

ebag

ai m

od

ul t

amb

ahan

P

end

idik

an J

asm

ani

&

Pen

did

ikan

Kes

ihat

an

P

end

idik

an K

esen

ian

(Tah

ap 1

& T

ahap

2)

6

Page 21: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

7

1.2 Teras Pembangunan Kurikulum

Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan menjadi

asas perkembangan ekonomi dan pembangunan negara. Dalam usaha memastikan sistem

pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan misi negara, Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 telah dirangka dan dilancarkan pada 6 September 2013.

Pelan ini memberi tumpuan kepada pembelajaran dan keberhasilan murid dengan menyasarkan

pembangunan murid yang memiliki enam ciri iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran

memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional untuk membolehkan

mereka bersaing di peringkat global. Ciri-ciri ini sangat penting dalam memastikan kemenjadian

murid bagi menghadapi cabaran abad ke-21, selain membolehkan mereka memberi sumbangan

yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Pelaksanaan KSSR Semakan dan KSSM

pada tahun 2017 mengambil kira hasrat PPPM yang melakarkan aspirasi murid bagi memenuhi

keperluan negara.

PPPM berhasrat agar murid yang menamatkan persekolahan menguasai sekurang-kurangnya 3

bahasa bagi membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan mampu bersaing di

peringkat global. Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan

bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Murid juga akan

mempelajari bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil, Semai, Iban dan Kadazandusun sebagai

bahasa tambahan sehingga mampu berinteraksi dalam wacana sosial seperti yang diperincikan

dalam Common European Framework of Reference (CEFR). Sehubungan ini, kurikulum bagi semua

mata pelajaran bahasa dijajarkan dengan CEFR.

Pelaksanaan KSSR yang disemak semula memastikan setiap murid akan dipupuk dengan etika dan

kerohanian dalam diri mereka sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran kehidupan masa

hadapan. Murid diharapkan boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat

pertimbangan, berpegang kepada prinsip serta berani melakukan perkara yang betul. Setiap murid

akan dibentuk menjadi rakyat Malaysia yang cintakan negaranya dan berbangga sebagai rakyat

Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau status sosioekonomi. Murid akan dipupuk dengan

semangat patriotisme serta diajar memahami, menerima dan menghayati kepelbagaian.

Murid yang mengikuti p&p di bawah KSSR yang disemak semula dilengkapi kemahiran yang

diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia yang sentiasa berubah dalam arus kemajuan dengan

Page 22: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

8

mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terdapat dalam bidang Science, Technology,

Engineering and Mathematics (STEM). Tumpuan diberikan kepada pengukuhan asas program sedia

ada dan menggalakkan murid peringkat menengah atas dan lepas menengah untuk mengikuti STEM.

Selari dengan PPPM 2013-2025, kurikulum persekolahan digubal dengan hasrat untuk melahirkan

insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara ini direalisasikan melalui tunjang-

tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,

kemanusiaan dan kerohanian serta sikap dan nilai. Kurikulum berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru

Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak

pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahu (learning to know), belajar untuk bertindak

(learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk

membentuk peribadi (learning to be). Murid yang mengikuti kurikulum persekolahan akan

mempunyai asas berikut:

a. Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial

b. Warganegara yang bertanggungjawab

c. Warganegara yang boleh berperanan di arena global

d. Pekerja berilmu

1.3 Prinsip Kurikulum Sekolah Rendah

KSSR yang disemak semula mengekalkan semua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih

sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut

adalah seperti yang berikut:

a) Pendekatan Bersepadu

Pendekatan bersepadu menjadi tumpuan utama dalam penggubalan kurikulum. Unsur

pengetahuan, kemahiran dan nilai disepadukan untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Konsep kesepaduan dapat dilihat melalui cara berikut:

(i) Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. Sebagai contoh dalam mata

pelajaran bahasa ada empat kemahiran utama iaitu, bertutur, mendengar, membaca dan

menulis. Dua atau lebih kemahiran boleh digabungjalinkan dalam satu-satu mata pelajaran;

Page 23: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

9

(ii) Penggabungjalinan kemahiran antara mata pelajaran. Misalnya, aktiviti melukis boleh

dijalankan dalam mata pelajaran Sains;

(iii) Penyerapan pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran.

Misalnya, unsur sains boleh diserapkan dalam mata pelajaran bahasa;

(iv) Penyerapan nilai dalam mata pelajaran. Misalnya, aspek kebersihan dan keselamatan

diberikan penekanan semasa menjalankan amali;

(v) Elemen merentas kurikulum meliputi bahasa, alam sekitar, sains dan teknologi, patriotisme,

kemahiran berfikir, kemahiran belajar, keusahawanan, TMK, kreativiti dan inovasi;

(vi) Kesepaduan antara kurikulum dan kokurikulum. Aktiviti kokurikulum mengukuh dan saling

melengkapi kepada aktiviti kurikulum di dalam bilik darjah;

Kesepaduan boleh dilaksanakan melalui kurikulum, kokurikulum dan budaya sekolah.

(i) Kurikulum

Unsur-unsur penting bagi menjayakan pendekatan bersepadu dalam kurikulum

adalah:

Pengetahuan dan kemahiran:

• Setiap disiplin dirujuk dan diselaraskan dengan FPK dan Matlamat Pendidikan

Negara. Falsafah dan matlamat ini diterjemahkan ke dalam setiap mata

pelajaran.

• Kandungan kurikulum juga dapat memperkembangkan kemahiran seperti

kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran psikomotor dan kemahiran

sosial yang telah pun mula diperoleh sebelum memasuki alam persekolahan.

• Kandungan kurikulum dapat membina intelek dan mengembangkan daya

pemikiran untuk menghurai, mencerakin, menaakul, merumus dan

menghasilkan idea yang bernas dan inovatif.

• Kandungan kurikulum dikaitkan dengan kehidupan harian dan konteks global.

Nilai Murni:

Nilai murni merupakan unsur yang penting dan diserapkan dalam setiap mata

pelajaran. Nilai murni bersifat sejagat serta selaras dengan agama, budaya dan

norma masyarakat Malaysia.

Nilai-nilai ini juga berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

Page 24: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

10

(ii) Kokurikulum

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang

terancang. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah yang dijalankan melalui pasukan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan

sukan. Aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasi

pendekatan bersepadu dengan menyepadu, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang telah dipelajari melalui pelbagai mata pelajaran dalam bilik darjah.

(iii) Budaya Sekolah

Pendekatan bersepadu harus dijadikan budaya di sekolah dengan mengamalkannya secara

berterusan di dalam dan di luar bilik darjah. Bagi membudayakannya, sekolah harus

mewujudkan persekitaran yang menyediakan peluang dan persekitaran yang kondusif untuk

menyokong murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari

melalui pelbagai aktiviti di sekolah.

Dalam membudayakan pendekatan bersepadu di sekolah, ianya tidak hanya tertumpu pada

aspek budaya ilmu semata-mata. Malahan, penekanan pendekatan bersepadu harus

merangkumi aspek perhubungan dan kemanusiaan. Sekolah dan semua anggotanya perlu

wujud sebagai sebuah keluarga yang harmonis dan bersepadu. Murid yang merasakan sekolah

sebagai tempat yang memberikan kebahagiaan kepada mereka akan mempunyai sikap yang

positif terhadap ilmu, warga sekolah dan sekolah itu sendiri melalui pembudayaan pendekatan

bersepadu di sekolah.

b) Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

Kurikulum digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi

keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi individu tidak boleh dikembangkan secara

berasingan. Setiap potensi yang dikembangkan itu harus dihubung kait atau diselaraskan

dengan potensi yang lain. Misalnya, perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani dalam

permainan tidak boleh dipisahkan dari aspek sosial seperti memperoleh pengetahuan untuk

bermain dengan cara yang betul, cekap dan tangkas serta mempunyai semangat kerjasama,

kekitaan dan berbakti kepada negara. Perkembangan individu secara menyeluruh diperkukuh

dengan pentaksiran formatif yang direkod dan dilaporkan secara berterusan.

Page 25: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

11

c) Pendidikan Yang Sama Untuk Semua Murid

Kurikulum kebangsaan menyediakan program pendidikan yang sama dan memberi peluang

yang luas untuk semua murid bagi mendapatkan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang

menyeluruh dan seimbang melalui pengalaman secara langsung. Misalnya, kandungan

kurikulum menetapkan standard yang sama yang perlu dicapai oleh semua murid.

d) Kurikulum yang memenuhi pelbagai keperluan

Kurikulum yang digubal akan memenuhi keperluan murid mengikut pelbagai keperluan seperti

pendidikan khas, pendidikan pintar cerdas, pendidikan anak-anak asli penan, pendidikan anak-

anak gelandangan, pendidikan sekolah dalam hospital, pendidikan sekolah dalam penjara.

e) Pendidikan Seumur Hidup

Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan. Peringkat persekolahan hanyalah

bahagian awal dalam usaha ini. Oleh itu pendidikan di sekolah menyediakan murid untuk

mengikuti pembelajaran seterusnya dalam hidup mereka. Sesuai dengan prinsip ini,

pengetahuan dan kemahiran yang diberi merupakan asas-asas yang diperlukan oleh semua

murid sebagai keperluan untuk menghadapi kehidupan seharian dan menjadi asas kepada

pendidikan seumur hidup. Oleh itu, proses pendidikan tidak seharusnya terhenti setakat alam

persekolahan sahaja, malah berterusan sepanjang hayat.

Page 26: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

12

Page 27: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

13

REKA BENTUK KURIKULUM

Page 28: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

14

Page 29: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

15

REKA BENTUK KURIKULUM

2.1 Asas Kerangka Kurikulum

Reka bentuk kurikulum yang disemak semula masih berasaskan kesepaduan melalui enam tunjang

bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) yang

berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Enam tunjang dizahirkan untuk mewakili bidang ilmu,

kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan modal insan.

Kesepaduan antara tunjang diambil kira di peringkat penggubalan kurikulum dan perlu dijelmakan

semasa pelaksanaan kurikulum. Tunjang tersebut ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan

estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai

seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1: Kerangka KSSR

222 BBBAAABBB

Page 30: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

16

Tunjang Komunikasi

Memberi penekanan kepada proses mengaplikasi kemahiran berinteraksi dalam bentuk lisan

dan bukan lisan. Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses

pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.

Penguasaan kemahiran komunikasi menyediakan murid untuk membuat pilihan medium

yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. Medium komunikasi yang boleh

digunakan adalah seperti bahasa, teknologi, seni visual dan muzik.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri

dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Tunjang ini mendokong

kemenjadian murid dengan memastikan domain psikomotor, kognitif dan afektif yang

meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi elemen emosi dan fizikal murid

dibangunkan secara positif. Disiplin ilmu seperti pendidikan jasmani dan kesihatan, seni

visual, muzik dan komunikasi adalah displin ilmu yang boleh menterjemahkan tunjang ini

dalam melahirkan murid yang mengaplikasikan nilai dan menghayati keindahan dalam

kehidupan.

Tunjang Kemanusiaan

Memberi penekanan kepada kajian dan penguasaan ilmu serta amalan tentang manusiawi

dengan menggunakan kaedah secara kritis, analitis, spekulasi dan bukan secara empirikal

sains semula jadi. Pertimbangan terhadap tunjang ini berkaitan dengan hubungan manusia

sesama manusia, manusia dengan ruang, alam persekitaran setempat, negara dan global ke

arah meningkatkan penghayatan semangat manusiawi, patriotisme, dan perpaduan dalam

kalangan manusia. Pelbagai disiplin ilmu yang boleh mengaplikasikan tunjang kemanusian

dalam pendidikan seperti sejarah, falsafah, agama, seni visual, seni pentas, muzik, bahasa,

kesusasteraan, psikologi, kajian budaya dan kajian kawasan.

Tunjang Keterampilan Diri

Memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti

kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran

dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum.

Pelibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan

Page 31: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

17

memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri,

rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:

pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalammatematik

pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang

berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu

dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi

murid bukan beragama Islam.

2.2 Kurikulum Berasaskan Standard

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard bagi membolehkan semua murid memperoleh

pendidikan yang sama dan berkualiti. Akauntabiliti pentadbir dan guru dapat memastikan semua

murid melepasi piawaian standard yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. Pernyataan standard

terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid

dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan

Standard Prestasi didefinisikan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi

Penyataan spesifik tentang

perkara yang murid patut

ketahui dan boleh lakukan

dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria

atau petunjuk (indicator)

kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh

diukur bagi setiap

standard kandungan.

Satu set kriteria yang

menunjukkan tahap-

tahap penguasaan

murid sebagai

petunjuk bahawa

sesuatu perkara itu

telah dikuasai.

Page 32: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

18

2.3 Fokus Kurikulum

KSSR yang disemak semula memastikan murid mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan.

Tahap I memberi penekanan kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, dan menaakul (4M).

Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan

menggunakan akal atau logik yang dipandu oleh pegangan agama dan nilai.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping

penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan

sahsiah. KBAT diberi penekanan melalui penyataan secara eksplisit dalam dokumen kurikulum

semua mata pelajaran bagi membolehkan kemahiran berfikir aras tinggi diaplikasi dan dikuasai

murid.

2.1 Organisasi Kurikulum

KSSR yang disemak semula diorganisasikan dalam bentuk linear iaitu mata pelajaran teras dan mata

pelajaran tambahan. Peruntukan masa bagi setiap mata pelajaran adalah berasaskan jam seminggu.

Mata pelajaran teras merangkumi bidang pembelajaran asas. Murid wajib mempelajari semua mata

pelajaran tersebut tetapi terdapat pengecualian untuk dua mata pelajaran iaitu Pendidikan Islam

yang mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Pendidikan Moral yang dipelajari oleh

murid bukan beragama Islam.

Mata pelajaran tambahan merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid untuk

membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.

Murid diberi peluang memilih untuk mempelajari sekurang-kurangnya satu mata pelajaran

tambahan mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid

serta prasarana sekolah.

Page 33: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

19

Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu KSSR Semakan

Tahap I

P&P menekankan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Peratusan masa untuk p&p kemahiran asas dilebihkan pada Tahap I untuk menentukan murid

menguasainya. Peruntukan masa disesuaikan mengikut jam seminggu.

Jadual 3: Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu bagi Tahap I

BIL. MATA PELAJARAN TERAS

Peruntukan Masa

KSSR Semakan

(jam seminggu)

SK SJK

1 Bahasa Melayu 6.0 5.0

2 Bahasa Inggeris 5.0 3.0

3 Bahasa Cina /Bahasa Tamil - 6.0

4 Matematik 4.0 4.0

5 Sains 1.5 1.5

6 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 3.0 2.0

7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 1.5 1.5

8 Pendidikan Kesenian 1.5 1.5

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

9 B. Arab/B. Cina SK/B. Tamil SK /B. Iban/

B.Kadazandusun / B. Semai 2.0 -

Perhimpunan 0.5 0.5

Jumlah Jam Seminggu 25.0 25.0

Page 34: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

20

Tahap II

Penekanan diberikan kepada pengukuhan dan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai

untuk menyuburkan budaya ilmu. Matlamat pendidikan rendah ini dicapai melalui pelaksanaan mata

pelajaran teras dan tambahan yang ditawarkan. Untuk tujuan ini, mata pelajaran Sains, Sejarah dan

Reka Bentuk dan Teknologi diperkenalkan di Tahap II. Peruntukan Masa Sekolah Rendah Tahap II

mengikut jam seminggu adalah seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4: Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu bagi Tahap II

BIL. MATA PELAJARAN TERAS

Peruntukan Masa

KSSR Semakan

(jam seminggu)

SK SJK

1 Bahasa Melayu 5.0 5.0

2 Bahasa Inggeris 5.0 3.0

3 Bahasa Cina /Bahasa Tamil - 5.0

4 Matematik 3.0 3.0

5 Sains 2.0 2.0

6 Pendidikan Islam/P. Moral 3.0 2.0

7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan 1.5 1.5

8 Pendidikan Kesenian 1.5 1.5

9 Sejarah 1.0 1.0

10 Reka Bentuk dan Teknologi 1.5 1.5

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

11 B. Arab/B.Cina SK/B.Tamil SK/ B. Iban /

B.Kadazandusun /B. Semai 2.0 -

Perhimpunan 0.5 0.5

Jumlah 26.0 26.0

Page 35: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

21

Jadual 5: Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu bagi KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Tahap I

BIL MATA PELAJARAN TERAS

MASA DALAM

SEMINGGU

(JAM)

1 Bahasa Melayu 6

2 Bahasa Inggeris 5

3 Matematik 4

4 Sains 1.5

5 Pendidikan Islam/P. Moral 3

6 Pendidikan Jasmani (Suaian) dan Pendidikan

Kesihatan 1.5

7 Pendidikan Kesenian (Suaian) 1

8 Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan

Penglihatan 1

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

9 B. Arab/B. Cina SK/B. Tamil SK /B. Iban/

B.Kadazandusun /B. Semai 1.5

Perhimpunan 0.5

Jumlah Jam Seminggu 25

Page 36: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

22

Jadual 6: Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu bagi KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Tahap II

BIL MATA PELAJARAN TERAS

MASA DALAM

SEMINGGU

(JAM)

1 Bahasa Melayu 5

2 Bahasa Inggeris 5

3 Matematik 3

4 Sains 2

5 Pendidikan Islam/P. Moral 3

6 Pendidikan Jasmani (Suaian) dan

Pendidikan Kesihatan 1.5

7 Pendidikan Kesenian (Suaian) 1

8 Sejarah 1

9 Rekabentuk dan Teknologi

(Suaian) 1.5

10 Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan

Penglihatan 1

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

11 B. Arab/B. Cina SK/B. Tamil SK / B. Iban/

B.Kadazandusun /B. Semai 1.5

Perhimpunan 0.5

Jumlah Jam Seminggu 26

Page 37: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

23

Jadual 7: Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu bagi KSSR Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Tahap I

BIL MATA PELAJARAN TERAS

MASA DALAM

SEMINGGU

(JAM)

1 Bahasa Melayu (Suaian) 5

2 Bahasa Inggeris (Suaian) 5

3 Matematik 4

4 Sains 1.5

5 Pendidikan Islam (Suaian) /P. Moral 3

6 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan 1.5

7 Pendidikan Kesenian 1.5

8 Bahasa Isyarat Komunikasi 3

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

Perhimpunan 0.5

Jumlah Jam Seminggu 25

Page 38: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

24

Jadual 8: Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu bagi KSSR Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Tahap II

BIL MATA PELAJARAN TERAS

MASA DALAM

SEMINGGU

(JAM)

1 Bahasa Melayu (Suaian) 5

2 Bahasa Inggeris (Suaian) 5

3 Matematik 3

4 Sains 2

5 Pendidikan Islam (Suaian)/P. Moral 3

6 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan 1.5

7 Pendidikan Kesenian 1

8 Sejarah 1

9 Rekabentuk dan Teknologi 1.5

10 Bahasa Isyarat Komunikasi 2.5

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

Perhimpunan 0.5

Jumlah Jam Seminggu 26

Page 39: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

25

Jadual 9: Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu bagi KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahap I

BIL MATA PELAJARAN TERAS

MASA DALAM

SEMINGGU

(JAM)

1 Asas 3M 6

2 Pengurusan Kehidupan 7.5

3 Pendidikan Islam /Pendidikan Moral 3

4 Pendidikan Jasmani 2

5 Pendidikan Seni Kreatif 4

Perhimpunan 0.5

Jumlah Jam Seminggu 23

Jadual 10: Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu bagi KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahap II

BIL MATA PELAJARAN TERAS MASA DALAM

SEMINGGU (JAM)

1 Bahasa Melayu 3

2 Bahasa Inggeris 2

3 Matematik 2.5

4 Pengurusan Kehidupan 3

5 Pendidikan Islam /Pendidikan Moral 3

6 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

1.5

7 Pendidikan Muzik 1

8 Pendidikan Seni Visual 1

9 Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar 2.5

10 Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1

11 Kemahiran Hidup Asas 3

Perhimpunan 0.5

Jumlah Jam Seminggu 24

Page 40: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

26

Page 41: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

27

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Page 42: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

28

Page 43: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

29

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,

kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Tahap pemikiran dalam Taksonomi Bloom semakan Anderson menunjukkan tahap pemikiran

mengingat dan memahami dikelaskan sebagai Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR). Manakala

tahap pemikiran yang dikategorikan sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merujuk kepada

kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 11.

Jadual 11: Tahap Pemikiran

Tahap Pemikiran Penerangan

KB

AT

Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang

kreatif dan inovatif

Menilai

Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Menganalisis

Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil

untuk memahami dengan lebih mendalam serta

hubung kait antara bahagian berkenaan

Mengaplikasi

Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai

dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu

perkara

KB

AR

Memahami

Mengingat semula maklumat dan boleh

menjelaskan idea dan konsep

Mengingat Mengingat semula maklumat, fakta, atau konsep

3 BAB

Page 44: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

30

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk penaakulan, penyelesaian

masalah, pembelajaran inkuiri dan projek serta lain-lain. Melalui perancangan aktiviti sebegini,

bimbingan daripada guru mampu menggalakkan murid meningkatkan amalan berfikir menggunakan

alat berfikir seperti peta pemikiran serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah.

Murid akan lebih bertanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.

Peningkatan Keupayaan Murid Melalui Pelaksanaan KBAT

Inisiatif KBAT adalah satu usaha berterusan KPM untuk melahirkan insan yang seimbang dan

bertanggungjawab terhadap kemakmuran negara. Pemupukan dan pembudayaan KBAT dapat

membantu murid melakukan operasi pemikiran seperti membuat analisis dan inferens yang

seterusnya dapat meningkatkan kefahaman serta meningkatkan prestasi pencapaian mereka.

Selaras dengan itu, setiap murid yang dihasilkan diharapkan memperbaiki kelemahan diri serta

mangaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara terurus dalam kehidupan.

Murid yang menguasai KBAT juga mampu menghadapi cabaran dan berani mengambil risiko untuk

mencuba penyelesaian yang baru. Pemupukan KBAT mendorong murid untuk membuat kesimpulan

berdasarkan secara logik, mempunyai bukti berasaskan bacaan dan penyelidikan yang dibuat. Murid

juga dapat membuat ramalan berdasarkan sebab dan akibat serta memberikan cadangan

penyelesaian dengan ciptaan idea yang rasional.

Selaras dengan itu, KPM telah menggariskan Profil Murid yang perlu ada untuk murid berupaya

bersaing pada peringkat global seperti Jadual 12:

Jadual 12: Profil Murid

Profil Murid Penerangan

1. Berdaya tahan

Murid mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati.

2. Pemikir

Murid berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Murid berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai murid. Murid menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Murid berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang baru.

Page 45: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

31

Profil Murid Penerangan

3. Mahir berkomunikasi

Murid menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.

4. Kerja sepasukan

Murid boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. Murid menggalas tanggungjawab bersama-sama serta menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli pasukan. Murid memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif. Ini menjadikan murid pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik.

5. Bersifat ingin tahu

Murid membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baru. Murid mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. Murid menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan.

6. Berprinsip

Murid berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Murid bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan murid.

7. Bermaklumat

Murid mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Murid meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. Murid memahami isu-isu etika / undang-undang berkaitan maklumat yang diperoleh.

8. Prihatin

Murid menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Murid komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar.

9. Patriotik

Murid mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.

KPM berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi diri sepenuhnya seperti yang telah

diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penerapan KBAT di sekolah diharapkan dapat

melahirkan generasi yang pantas menerima perubahan, mampu berkomunikasi serta bekerja secara

sepasukan serta dapat membuat refleksi berdasarkan penaakulan sekali gus berupaya untuk

berinovasi serta mencipta sesuatu yang baharu.

Page 46: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

32

Page 47: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

33

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Page 48: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

34

Page 49: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

35

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (p&p) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-

elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang

dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum

dalam KBSR dan KBSM masih diguna pakai dalam pelaksanaan KSSR dan KSSM. Antara elemen

merentas kurikulum seperti berikut:

1. BAHASA

Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata

pelajaran.

Semasa p&p bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah

dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan

berkomunikasi secara berkesan.

2. SAINS DAN TEKNOLOGI

Menambahkan minat terhadap sains dan dapat meningkatkan literasi sains serta

teknologi dalam kalangan murid.

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada

pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.

Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam p&p mengandungi empat perkara iaitu:

i. Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan

dengan sains dan teknologi)

ii. Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif

tertentu)

iii. Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan)

iv. Penggunaan teknologi dalam aktiviti p&p.

4 BAB

Page 50: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

36

3. TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK)

Penerapan elemen TMK dalam p&p memastikan murid dapat mengaplikasi dan

mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.

Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah menjadikan

p&p lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran.

TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai

pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata

pelajaran.

4. NILAI MURNI

Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan

kepentingan dan mengamalkannya.

Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan akan

menjadi amalan dalam kehidupan harian.

5. PATRIOTISME

Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum

dan khidmat masyarakat.

Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara

dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

6. KREATIVITI DAN INOVASI

Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan

menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan

idea yang ada.

Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan

mempraktikkan idea.

Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan

modal insan yang mampu menghadapi cabaran abad 21.

Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam p&p bagi membangun dan

mengembangkan potensi kreativiti mengikut keupayaan murid.

Page 51: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

37

7. KEUSAHAWANAN

Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan

keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.

Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam p&p melalui aktiviti yang mampu memupuk

sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda

kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.

8. PENDIDIKAN KEWANGAN

Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk dan memastikan semua

murid di Malaysia dilengkapi dengan pendidikan kewangan yang komprehensif.

Pendidikan Kewangan merupakan satu proses yang membolehkan pengguna kewangan

meningkatkan pemahaman mereka mengenai produk, konsep dan risiko kewangan dan

melalui maklumat, panduan dan atau nasihat yang betul, dapat membangunkan

kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih arif mengenai risiko dan peluang serta

dapat membuat pilihan yang bijak, mengetahui saluran bagi mendapatkan bantuan, dan

mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan

mereka.

Antara elemen kewangan berhemat yang diterapkan adalah seperti peranan wang,

sumber pendapatan dan kerjaya, pengurusan dan perancangan kewangan, simpanan

dan pelaburan, pengurusan kredit dan hutang serta perlindungan insuran.

9. KESELAMATAN JALANRAYA

Melahirkan generasi pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab,

berhemah dan berhati-hati di jalan raya.

Membentuk generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang

kepada keharmonian, kemakmuran dan pembangunan negara.

Menambah pengetahuan untuk mengamalkan kemahiran keselamatan jalan raya dari

seawal sekolah rendah hingga ke sekolah menengah sebagai proses pendidikan

sepanjang hayat.

Memupuk sikap menyayangi dan memelihara keselamatan diri serta menghormati hak

pengguna jalan raya yang lain.

Page 52: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

38

10. KELESTARIAN GLOBAL

Kelestarian Global merangkumi tiga elemen iaitu:

- Penggunaan dan Pengeluaran Lestari,

- Kewarganegaraan Global,

- Perpaduan.

Kelestarian Global diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran secara langsung dan

sisipan.

Kelestarian Global bertujuan untuk mendedahkan murid kepada isu-isu semasa yang

mencabar di peringkat tempatan, negara dan global. Kesedaran tentang perkembangan

dunia yang berkaitan alam sekitar, ekonomi, keselamatan, perpaduan, kesihatan,

penghayatan nilai seperti patriotik, integriti, empati, bertanggungjawab dan

menghormati hak orang lain perlu didedahkan kepada murid agar murid dapat

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi dunia global dan

menjadi global player secara lebih berkesan.

Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk

melalui p&p semua mata pelajaran bagi membentuk etika murid untuk menghargai alam.

Page 53: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

39

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 54: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

40

Page 55: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

41

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menyarankan kepelbagaian strategi p&p untuk

menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, berkesan dan sesuai dengan keperluan murid yang

pelbagai latar belakang dan kebolehan. Strategi p&p merujuk kepada pengaplikasian pelbagai

pendekatan, kaedah dan teknik. Kepelbagaian strategi p&p ini membolehkan guru menyalurkan

pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan menerapkan nilai yang dihasratkan dalam kurikulum.

Tujuannya adalah untuk melahirkan murid yang seimbang, kritis, kreatif dan inovatif.

Perancangan strategi p&p perlu mengambil kira kepelbagaian gaya pembelajaran murid, kaedah

pentaksiran, kesesuaian bahan serta fleksibiliti persekitaran pembelajaran.

5.1 Prinsip dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Penekanan kepada prinsip-prinsip dalam proses p&p seperti berikut membantu guru merangka

pelajaran yang membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya

kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5 BAB

1. Memilih strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pemahaman

murid

2. Memahami cara murid belajar untuk membantu memilih strategi

yang sesuai

3. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan relevan

4. Menggalakkan penglibatan murid secara aktif

5. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka potensi diri

6. Melatih murid menguasai kemahiran belajar dan kemahiran berfikir

7. Membantu murid mencapai standard yang ditetapkan

8. Membimbing murid mengakses maklumat daripada pelbagai

sumber

9. Membimbing murid meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan

10. Membuat penilaian berterusan

11. Menggalakkan amalan patriotisme dan perpaduan

12. Menggalakkan amalan nilai murni

Prinsip-prinsip dalam proses

p&p

Page 56: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

42

5.2 Pelbagai Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi p&p yang disarankan dalam KSSR adalah berpusatkan murid,

bersepadu, menyeronokkan dan menekankan perkembangan

kemahiran berfikir dan kemahiran insaniah. Beberapa contoh

strategi p&p ini diterangkan secara ringkas dalam bab ini.

Antara kaedah dan teknik yang disarankan untuk p&p di bilik darjah adalah seperti yang berikut.

Contoh Aktiviti - Nyanyian

- Teka-teki

- Bercerita

- Lakonan

- Berpantun

- Meneka benda dalam beg

- Mencantum gambar - Mencari benda tersembunyi

dalam gambar - Permainan silang kata - Permainan lain

Kaedah Didik Hibur

Strategi Pengajaran

Berpusatkan murid

Bersepadu

Menyeronokkan

Kemahiran berfikir

Kemahiran insaniah

Bagaimanakah melaksanakan kaedah Didik Hibur?

Memilih aktiviti yang sesuai

untuk mencapai objektif

pembelajaran.

Menerangkan tujuan aktiviti.

Menunjuk cara atau kaedah

menjalankan aktiviti.

Membimbing dan mengawasi

murid semasa aktiviti.

Membuat rumusan selepas

aktiviti.

Apakah yang dikatakan teknik Didik Hibur?

Didik Hibur bermaksud mendidik sambil menghibur.

Bersifat santai dan menyeronokkan di bawah keadaan terkawal.

Memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang menyeronokkan.

Menggunakan pelbagai jenis aktiviti yang menarik dan bermakna seperti penyelesaian masalah, kerja projek, berlakon, simulasi, gerakan badan, menyanyi.

Tiada unsur menang, kalah, ganjaran atau dendaan semasa p&p.

Aktiviti berkumpulan atau berpasangan untuk mewujudkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea.

Apakah faedahnya?

Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru, justeru murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu-tunggu untuk sesi pembelajaran yang berikutnya.

Memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan potensi intelek, jasmani, emosi dan sosial.

Page 57: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

43

Bagaimanakah melaksanakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek?

Memberi tajuk projek kepada murid.

Membimbing murid untuk mengenal pasti kaedah menyiapkan projek yang diberikan.

Membimbing murid untuk mengenal pasti bahan, peralatan dan kos yang diperlukan.

Menentukan jangka masa menyiapkan projek.

Membimbing murid menyelesaikan projek.

Membentangkan hasil projek.

Membuat refleksi tentang proses penghasilan projek.

Bagaimanakah melaksanakan kaedah Penyelesaian Masalah?

Memberikan tugasan / soalan kepada murid

Membimbing murid mengenal pasti dan memahami masalah

Berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah

Membimbing murid mencari maklumat untuk menyelesai masalah

Memastikan murid sendiri menyelesaikan masalah

Menyemak cara penyelesaian masalah dan jawapan.

Kaedah Penyelesaian Masalah

Pembelajaran Berasaskan Projek

Apakah yang dikatakan kaedah Penyelesaian Masalah?

Guru merancangkan p&p berkisar atas masalah termasuk situasi autentik yang menyerupai masalah dalam kehidupan seharian.

Pembelajaran dihasilkan daripada proses mengerja ke arah pemahaman dan penyelesaian suatu masalah.

Murid menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

Apakah faedahnya?

Menggalakkan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Mendedahkan murid dengan pelbagai pengalaman pembelajaran untuk menyelesaikan masalah.

Apa yang dikatakan Pembelajaran Berasaskan Projek?

Melibatkan murid untuk mengkaji secara mendalam sesuatu isu/topik, menyiasat isu/topik tersebut dan menghasilkan sesuatu produk. Produk tersebut boleh dalam pelbagai bentuk seperti objek, laporan, persembahan, hasil kerja tangan.

Penilaian dijalankan secara berterusan ke atas proses kerja, hasil kerja, sikap dan nilai yang ditunjukkan oleh murid, perkembangan atau kualiti pembelajaran murid

Murid terlibat secara aktif dalam menghasilkan sesuatu produk sama ada secara persendirian atau berkumpulan.

Page 58: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

44

Apakah yang dikatakan kaedah Pembelajaran Koperatif?

Kaedah p&p dalam kumpulan yang membolehkan murid belajar bersama-sama, dan membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Ahli kumpulan bekerja untuk mencapai matlamat sendiri dan matlamat kumpulan.

Ahli kumpulan berkongsi idea, bahan dan peralatan.

Menghasilkan satu tugasan berkumpulan dan setiap ahli mendapat ganjaran/markah yang sama. Mewujudkan interaksi antara murid, kerjasama antara ahli kumpulan dan semangat berpasukan

yang kuat.

Apakah yang dikatakan pendekatan Inkuiri?

Kaedah yang memerlukan murid berdikari untuk mencari maklumat dan menemui sesuatu melalui kaedah penyiasatan saintifik yang merangkumi aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui.

Pendekatan ini bukan hanya untuk mata pelajaran sains, tetapi sesuai untuk semua mata pelajaran kerana ia melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di mana murid membina sesuatu konsep itu sendiri

Pendekatan tematik, koperatif, luar bilik darjah boleh menggunakan pendekatan inkuiri dalam pelaksanaannya

Meningkatkan rasa ingin tahu dan memotivasikan murid untuk meneruskan tugasan sehingga mendapat jawapan.

Bagaimanakah melaksanakan pendekatan Inkuiri?

Mengenal pasti topik kajian (Guru mewujudkan stimulus yg dpt menarik minat murid ke arah

menimbulkan rasa ingin tahu)

Menerangkan tujuan kajian

Membimbing murid merancang dan melaksanakan kajian

Murid mengumpul maklumat yang berkaitan , mengkaji dan menganalisi maklumat

Berbincang dengan murid tentang dapatan kajian. (sekiranya murid tidak dpt menerangkan dapatan kajian, guru perlu membimbing dengan mengemukakan soalan yang menjurus ke arah

pembinaan konsep oleh murid itu sendiri)

Murid Membuat generalisasi atau rumusan

Pendekatan Inkuiri

Pembelajaran Koperatif

Page 59: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

45

Bagaimanakah melaksanakan kaedah PLBD?

Sebelum Aktiviti

Menentukan tempat, tarikh, masa dan peralatan

Mendapatkan kebenaran pengurusan tempat yang akan

dilawati (jika perlu)

Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga

Menguruskan pengangkutan (jika perlu)

Memberi penerangan/taklimat tentang

tujuan dan tatacara aktiviti serta jenis maklumat dan

kaedah pengumpulan maklumat yang akan

dilakukan semasa PLBD

Semasa Aktiviti Membahagikan murid kepada

kumpulan

Mengawasi keselamatan murid

Membimbing murid mendapatkan maklumat

Memastikan murid membuat tugasan (contohnya: mencatat,

menemu bual, mengambil gambar )

Selepas Aktiviti

Berbincang tentang hasil aktiviti

Membimbing murid merumus hasil aktiviti

Membimbing murid membuat laporan aktiviti

Menggalakkan murid membuat aktiviti lanjutan (seperti

menghasilkan brosur dan buletin, mengadakan pameran, membuat persembahan hasil

aktiviti)

Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)

Contoh Aktiviti PLBD

Lawatan

Kerja lapangan

Apakah yang dikatakan kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah?

Aktiviti p&p yang dilaksanakan di luar bilik darjah(termasuk dalam dan luar kawasan sekolah) secara terancang dan berstruktur serta berpusatkan murid.

Dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang dipelajari semasa di dalam bilik darjah, memberi pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan.

Perancangan kaedah dan jenis maklumat yang akan dikumpulkan semasa PLBD perlu dilakukan sebelum PLBD.

Page 60: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

46

Contoh:

Tema : Pencemaran Alam

Kumpulan 1 – berbincang tentang topik pencemaran udara.

Kumpulan 2 – berbincang tentang topik pencemaran air.

Kumpulan 3 – berbincang tentang topik pencemaran darat.

Perkara yang dibincangkan:

- Contoh pencemaran

- Punca

- Akibat

- Cara mengatasi

Dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan supaya semua murid dapat menghayati hasil perbincangan dan membuat rumusan dengan lebih tepat dan lengkap.

Kaedah Pengajaran Bertema

Apakah yang dikatakan kaedah Pengajaran Bertema?

Kaedah pengajaran yang menggunakan tema untuk perbincangan dalam kelas atau kumpulan.

Semasa p&p, tema boleh dipecahkan kepada topik dan/atau subtopik untuk dibincangkan oleh kumpulan murid pelbagai kebolehan atau kumpulan murid mengikut kebolehan.

Page 61: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

47

Pendekatan STEM

Pendekatan STEM melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk

menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar seperti

dalam Rajah 2.

Pendekatan ini menggalakkan murid bertanya dan meneroka persekitaran mereka melalui inkuiri

dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar ke arah membudayakan amalan

STEM.

Rajah 2: STEM Sebagai Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran

Pendekatan ini menggalakkan murid bertanya dan meneroka persekitaran mereka melalui

inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar ke arah membudayakan

amalan STEM.

Page 62: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

48

CIRI- CIRI P&P STEM

Tujuh ciri p&p STEM dikenal pasti bagi membimbing guru melaksanakan p&p STEM di sekolah. Guru

harus mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai mata pelajaran tersebut untuk

menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan

alam sekitar seperti di Rajah 3.

Rajah 3: Ciri-ciri p&p STEM

Page 63: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

49

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Page 64: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

50

Page 65: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

51

Pentaksiran Sekolah (PS) merupakan satu proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan

murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. Proses ini berlaku

secara berterusan dengan menggunakan kaedah formatif dan sumatif secara formal atau informal

supaya guru dapat menentukan tahap penguasaan sebenar murid. PS perlu dilaksanakan secara

holistik berdasarkan prinsip inklusif, autentik dan setempat (localised). Maklumat yang diperoleh

dari PS akan digunakan oleh pihak sekolah dan ibu bapa dalam merancang tindakan susulan ke arah

peningkatan perkembangan pembelajaran murid.

6.1 Tujuan Pentaksiran Sekolah

PS dilaksanakan bertujuan seperti berikut:

Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

Pentaksiran semasa pembelajaran (assessment as learning)

Pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Pentaksiran untuk pembelajaran:

Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada p&p dan maklumat yang

diperoleh daripada aktiviti-aktiviti pentaksiran boleh digunakan untuk menambahbaik dan

membentuk proses p&p yang seterusnya.

Pentaksiran semasa pembelajaran:

Pentaksiran yang dilakukan secara berterusan semasa di dalam bilik darjah dan boleh berlaku dalam

pelbagai bentuk seperti pemerhatian, lisan, hasil kerja murid dan lain-lain.

Pentaksiran tentang pembelajaran:

Pentaksiran tentang pembelajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat untuk mengesan

tahap pencapaian murid secara keseluruhan setelah murid selesai mengikuti sesuatu kursus, unit

pembelajaran atau program dalam tempoh yang ditetapkan.

6.2 Kepentingan Pentaksiran Sekolah

Kepentingan Kepada Murid

Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran

Memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran

Mengukuhkan pembelajaran untuk mencapai tahap penguasaan lebih tinggi

6 BAB

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Page 66: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

52

Kepentingan Kepada Ibu bapa

Mengetahui perkembangan anak secara menyeluruh

Mengetahui potensi, kekuatan dan kelemahan anak

Mengenal pasti pencapaian anak dalam pembelajaran dari semasa ke semasa

Membantu anak dalam pembelajaran berdasarkan maklumat pentaksiran

Kepentingan Kepada Guru

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke

semasa

Mengetahui keberkesanan pengajaran

Merancang dan mengubahsuai pengajaran

Menjalankan tindakan susulan yang wajar

Kepentingan Kepada Pentadbir Sekolah

Mengetahui perkembangan murid secara keseluruhan

Mengetahui keberkesanan proses p&p guru mata pelajaran

Merancang program peningkatan murid

Memantau pelaksanaan tindakan susulan

6.3 Perekodan dan Pelaporan Pentaksiran Sekolah

Perekodan ialah proses merekod perkembangan pembelajaran murid setelah guru melaksanakan

pentaksiran. Guru menentukan perkembangan pembelajaran murid berdasarkan tahap penguasaan

yang diperjelaskan dalam standard prestasi. Tahap penguasaan murid direkodkan dengan

menggunakan templat perekodan PS secara luar talian (offline).

Hasil yang diperolehi daripada perekodan itu akan dijadikan sebagai maklumat untuk tujuan

pelaporan PS berbentuk formatif. Namun begitu pelaporan PS hendaklah berbentuk sumatif dan

formatif.

Pihak sekolah boleh menetapkan format pelaporan mengikut kesesuaian untuk menyampaikan

laporan bertulis berkenaan dengan tahap pencapaian dan perkembangan pembelajaran murid.

Page 67: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

53

PENGURUSAN KURIKULUM

Page 68: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

54

Page 69: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

55

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM

7.1 Perancangan

Perancangan Strategik Pelaksanaan KSSR

Pentadbir sekolah perlu menyediakan perancangan strategik untuk memastikan KSSR dapat

dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat pendidikan seperti yang dihasratkan.

Perancangan strategik memperincikan perancangan untuk mendaya upaya semua usaha menerusi

pelbagai strategi, pendekatan dan taktik khususnya ke arah mencapai misi dan visi sekolah.

Memandangkan pelaksanaan KSSR merupakan nadi kepada operasi pendidikan, maka perancangan

strategik sekolah perlu memuatkan perancangan melaksana KSSR untuk mencapai hasrat melahirkan

insan seimbang yang mempunyai pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan agar sistem pendidikan negara mampu melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pengurusan sekolah hendaklah merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang untuk

mencapai hasrat kemenjadian murid sebagaimana yang dihasratkan dalam KSSR. Rancangan jangka

pendek dan jangka panjang yang berkenaan wajar menetapkan strategi-strategi pelaksanaan

kurikulum, kokurikulum dan sokongan lain, termasuklah juga penglibatan komuniti, swasta dan

sarana ibubapa.

7 BAB

Page 70: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

56

Faktor kritikal dan menjadi fokus dalam perancangan strategik pelaksanaan KSSR hendaklah

ditumpukan kepada perkara-perkara berikut:

(i) Menyampaikan standard kandungan dan standard pembelajaran untuk memastikan

murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan;

(ii) Melaksanakan pedagogi yang berasaskan inkuiri perlu digunakan supaya

keberkesanan p&p dicapai dan pendidikan di sekolah memberi kesan maksimum dan

mempunyai makna dalam kehidupan murid;

(iii) Melaksanakan pentaksiran sekolah supaya maklumat prestasi murid dapat digunakan

untuk membina strategi dan tindakan bagi mempertingkatkan pencapaian dan

perkembangan pembelajaran murid.

(iv) Mengemaskini bahan sumber dan prasarana di sekolah agar mampu memenuhi

keperluan pelaksanaan KSSR.

Latihan dalaman perlu dirangka secara teliti dalam perancangan strategik supaya dapat

memenuhi keperluan peningkatan profesionalisme guru yang akan menjadi personel utama

menjayakan pelaksanaan KSSR. Justeru peranan setiap panitia mata pelajaran amat penting

untuk menggerakkan pelaksanaan latihan dalaman.

Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community - PLC) pula hendaklah

dirancang dengan jelas untuk membina budaya pembelajaran di sekolah. PLC harus

digerakkan peranannya bagi membantu meningkatkan kualiti guru dari semasa ke semasa

selari dengan PPPM 2013-2025.

PLC membantu guru untuk menterjemahkan kurikulum dalam p&p. Selain itu, aktiviti

kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah diadakan bagi memantapkan

penyampaian pendidikan ke arah meningkatkan pencapaian murid.

Page 71: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

57

7.2 Pelaksanaan

Pelaksanaan kurikulum yang berkesan di peringkat sekolah sangat penting bagi memastikan

pembinaan modal insan yang holistik yang mempunyai ciri-ciri yang memenuhi enam aspirasi murid

seperti yang tersebut dalam PPPM 2013 – 2035. Murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran

dan nilai secara bersepadu.

Bagi memastikan kurikulum dilaksanakan secara berkesan pentadbir haruslah mempunyai

pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kurikulum sekolah. Pengurusan kurikulum

melibatkan proses merancang, mengorganisasi, memimpin, membimbing, memantau dan menilai

pelaksanaan kurikulum persekolahan dengan menggunakan segala sumber bagi mencapai hasrat

kurikulum yang ditetapkan. Pengurusan kurikulum yang berkesan akan memastikan kemenjadian

murid seperti yang termaktub dalam FPK.

Pengurusan kurikulum di peringkat sekolah diterajui oleh Guru Besar dan dibantu oleh Guru

Penolong Kanan, Ketua Panitia dan guru. Permuafakatan semua pihak di sekolah adalah penting

untuk memastikan pengurusan pelaksanaan kurikulum dengan lebih berkesan.

Struktur pengurusan kurikulum di sekolah adalah seperti Rajah 4 di bawah:

Rajah 4: Struktur Pengurusan Kurikulum Sekolah

Page 72: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

58

Peranan pengurus kurikulum di sekolah diterangkan seperti dalam Rajah 5, 6, 7 dan 8 di bawah:

Rajah 5: Peranan Guru Besar

Pemimpin Kurikulum

Menetapkan visi dan misi kurikulum

Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum

Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum

Menentukan jenis-jenis mata pelajaran elektif

Merancang dan mengurus program p&p

Memastikan sumber dan bahan p&p mencukupi

Meningkatkan tahap profesionalisme keguruan

Membudayakan ilmu Pemantau Kurikulum

Memastikan visi dan misi kurikulum sekolah dijayakan

Memastikan amalan p&p relevan dengan pelaksanaan kurikulum

Memastikan penyebaran maklumat dilaksanakan secara berkesan

Penilai Kurikulum

Mengubah suai program dan aktiviti kurikulum bagi mencapai visi dan misi

Menilai keberkesanan amalan p&p

Merancang, mentadbir dan melaksanakan ujian dan peperiksaan

Menilai pencapaian murid

Guru Besar memainkan peranan utama dalam pelaksanaan KSSR sebagai:

Pemimpin;

Pemantau; dan

Penilai kurikulum

Page 73: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

59

Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum

Rajah 6: Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum

membantu Guru Besar mengelola, menyelia dan menilai p&p;

memastikan panitia mata pelajaran berfungsi sepenuhnya;

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar;

membantu dalam pengurusan dan penggunaan bahan kurikulum dan bahan sokongan kurikulum;

mengurus dan melaksanakan pencerapan p&p secara berkala;

mengkaji laporan berkaitan pelaksanaan kurikulum serta mengambil tindakan susulan;

membantu dalam merancang dan menyelaras ujian, penilaian dan peperiksaan; dan

menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Guru Penolong Kanan membantu guru besar bagi melicinkan dan mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan khidmat bantu dalam pengurusan kurikulum.

Page 74: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

60

Peranan dan tanggungjawab Ketua Panitia

Rajah 7: Peranan dan Tanggungjawab Ketua Panitia

Melaksanakan tugas p&p

Mengajar mengikut opsyen

Menjadi guru contoh Pemimpin dan Pengurus Kurikulum

Merancang, melaksanakan, menyelia dan menilai p&p

Mengurus dan menggerakkan panitia

Mematuhi dan melaksana Dokumen Standard Kurilum dan Pentaksiran (DSKP)

Menjadi agen perubahan/ inovasi

Merancang, menyedia dan memastikan penggunaan bahan

Mengurus jadual waktu

Mengurus bilik-bilik khas

Melaksanakan pemantauan

Merancang dan melaksanakan penilaian

Analisis peperiksaan

Tindakan susulan- pemulihan dan pengayaan

Kemajuan Ahli Panitia

Membuat analisis keperluan

Merancang dan melaksana program dalaman

Menilai program

Memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel dan kursus

Penyediaan bahan

Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar

Koleksi Pusat Sumber Sekolah

Ketua Panitia Mata Pelajaran berperanan sebagai penghubung diantara ahli panitia dengan Pengetua.

Page 75: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

61

Peranan dan Tanggungjawab Guru

Rajah 8: Peranan dan Tanggungjawab Guru

Merujuk dan meneliti Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran;

melaksanakan aktiviti p&p dan pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut;

menyediakan bahan sokongan kurikulum yang sesuai dengan murid;

melaksanakan pendekatan dan strategi p&p terkini dan berupaya mengaplikasi di dalam bilik darjah sesuai dengan kebolehan murid;

mengkaji dan menganalisis keputusan pentaksiran serta mengambil tindakan susulan;

menjalankan program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Guru berperanan

untuk memastikan

pelaksanaan

kurikulum

mencapai matlamat

dan objektif KSSR

Page 76: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

62

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

Setiap sekolah harus mempunyai jawatankuasa kurikulum untuk menyelaraskan segala dasar

kurikulum. Contoh struktur dan fungsi jawatankuasa kurikulum sekolah ditunjukkan seperti Rajah 9

dan 10 di bawah:

Rajah 9: Struktur Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

PENGERUSI (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI (Guru Penolong

Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid)

NAIB PENGERUSI (Guru Penolong

Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA (Guru yang

dilantik)

AHLI

Guru Cemerlang Ketua Panitia

Penyelaras Jadual Waktu Penyelaras Pusat Sumber

Penyelaras SPBT Setiausaha Peperiksaan

Guru Bimbingan & Kaunseling Penyelaras Kelas Penyelaras TMK

Page 77: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

63

FUNGSI

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Jawatankuasa ini memainkan peranan dalam memastikan kejayaan

pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Kejayaan pelaksanaan

kurikulum bergantung kepada pengurusan yang cekap, bersistematik

dan berkesan. Sumber tenaga, kewangan, masa dan kemudahan

seharusnya diuruskan dan digunakan sebaik mungkin. Pengurusan

jawatankuasa kurikulum yang berkesan akan menghasilkan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, menyeronokkan,

bermakna dan ini akan meningkatkan kecemerlangan akademik

sekolah.

Rajah 10: Fungsi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

7.3 Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum

Pemantauan perlu dijalankan untuk mendapatkan input pelaksanaan kurikulum dan keberkesanan

p&p bagi tujuan penambahbaikan. Pemantauan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen

seperti soal selidik, temu bual, senarai semak dan pemerhatian.

Page 78: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

64

Page 79: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

65

PENUTUP

Page 80: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

66

Page 81: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

67

PENUTUP

KSSR digubal dengan matlamat untuk memastikan perkembangan murid secara holistik merangkumi

aspek JERI bagi melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya

memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat, negara serta berdaya saing di peringkat global.

Pada Tahap I, KSSR memberi penekanan kepada penguasaan 4M dan kemahiran asas pelbagai

bidang ilmu. Di samping itu penekanan juga diberikan kepada perkembangan pelbagai aspek seperti

kognitif, kerohanian, fizikal, sosioemosi, sikap dan nilai. Manakala di Tahap II, penekanan diberikan

kepada pengukuhan dan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menyuburkan

budaya ilmu. Matlamat pendidikan rendah ini dicapai melalui pelaksanaan mata pelajaran teras dan

tambahan yang ditawarkan.

Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik serta bersepadu dapat menjamin kejayaan dan

keberkesanan pelaksanaan KSSR. Pemantauan dan penilaian secara berterusan menuntut semua

pihak menggembleng usaha dan peranan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan. Sehubungan

dengan itu, semua pihak berkepentingan dalam pendidikan mesti memberikan sokongan, kerjasama

dan komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat KSSR.

Page 82: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

68

Page 83: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

69

RUJUKAN

Page 84: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

70

Page 85: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

71

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025 (Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah)(Bab 1 – 4). Putrajaya:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran

Malaysia 1969 -2009 Pentadbiran dan Hal Ehwal Murid. Putrajaya: Majlis Buku

Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran

Malaysia 1969 – 2009 Kurikulum dan Kokurikulum. Putrajaya: Majlis Buku Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi Di Sekolah

(ms.3-10). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Dasar Pembangunan Kurikulum Kebangsaan

(Bab 4-8). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Persatuan Penerbit Buku Malaysia (2013). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) (ms. 131-

148).Selangor: International Law Book Services.

Page 86: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

72

Page 87: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

73

Page 88: cgnarzuki.comcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager... · rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat ... Konsep ini turut digunakan dalam penggubalan

74