cerpen pungut

19
Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Upload: zahidamatsawali

Post on 08-Jul-2015

674 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen pungut

Pungut Alias Zahara Alias Yap SiewHong

Page 2: Cerpen pungut

Sinopsis

Mak Timah tabah dalam membesarkan seorang anak angkat yang cacat

,iaitu Pungut.Nama sebenar Pungut ialah Zahara,manakala nama asalnya Yap Siew Hong.Pungut dilahirkan cacat,iaitu saiz badannya hanya sebesar sebijibuah betik.Keadaan ini meyebabkan Siew Lan,ibu Pungut tidak mahumemeliharanya berbanding dengan empat orang anaknya yang sihat danmontel.Oleh sebab itu,Bibik,nenek kepada Pungut telah menyerahkannyakepada Mak Timah bersama surat sumpah yang ditukar nama serta wang tunaisebanyak seratus lima puluh ringgit.Mak Timah yang keberatan padamulanya,akhirnya menerima Pungut sebagai anak angkatnya kerana berasakasihan pada Pungut.Desakan Katijah dan Munah yang mahukan adik turutmenguatkan semangat Mak Timah untuk mengambil Pungut sebagai anakangkatnya Mak Timah menyangkakan Pungut yang bersaiz kecil itu akanmembesar sekiranya dipelihara dengan baik dan sempurna.

Page 3: Cerpen pungut

Pungut yang diramalkan boleh hidup selama dua tahun sahajaoleh doktor kini telah membesar menjadi seorang gadis yang berumur 24 tahun.Namun begitu,kecacatan Pungutmenyebabkan dia tidak dapat berdikari dan tidak tahumengurus diri sendiri.Harapan Mak Timah untuk melihatPungut membesar seperti manusia biasa musnah.Malah,harapanMak Timah supaya Pungut membesar dengan sihat dan bekerjauntuk membantunya dan menjaganya apabila dia telah tua tidakkesampaian.Sebaliknya,segala keperluannya diuruskan oleh MakTimah walaupun ketika dia sakit.

Page 4: Cerpen pungut

Keadaan Pungut yang cacat menyebabkan pergerakanMak Timah terbatas untuk ke rumah anak-anaknya. MakTimah terbatas untuk ke rumah anak-anaknya.Mak Timahsentiasa berdoa agar Pungut akan meninggal dunia lebihdahulu sebelumnya kerana dia tahu bahawa pasti tiadaorang yang sudi menjaga Pungut selepas kematiannya . Mak Timah sangat sayang akan Pungut walaupun anak-anaknya yang lain tidak menyenanginya.Anak lelaki Maktimah mencadangkan agar Mak Timah menghantarPungut ke rumah kanak-kanak cacat,namun dia tidaksampai hati kerana dia amat sayang akan Pungut.MakTimah berazam akan memelihara Pungut hingga akhirhayatnya.

Page 5: Cerpen pungut

TemaCerpen ini bertemakan ketabahan seorang ibu dalammembesarkan anak angkatnya yang cacat sejak masih bayihingga dewasa dengan penuh kasih sayang.

Page 6: Cerpen pungut

Persoalan

Perasaan kasih sayang seorang ibu angkat terhadapanak angkatnya.

Ketabahan seorang ibu angkat membesarkan anakangkatnya yang cacat.

Kepercayaan terhadap amalan karut seperti anakmembawa sial.

Sikat tidak berperikemanusiaan ibu kandung yang sanggup menyerahkan anak yang cacat kepada oranglain.

Page 7: Cerpen pungut

Watak dan Perwatakan

Mak Timah

• Ibu kandung kepada Katijah dan Munah

• Seorang yang penyayang,iaitu amat menyayangi Pungutyang dianggap seperti darah dagingnya sendiri.

• Prihatin dan bertanggungjawab,iaitu sanggup mengambilPungut sebagai anak angkat kerana kasihan akan Pungutyang dibuang oleh keluarga kandungnya.

• Isteri yang mengambil berat akan kepayahan hutangsuaminya.

Page 8: Cerpen pungut

Pungut

• Nama sebenarnya ialah Zahara binti Muhammad Alias Yap Siew Hong.

• Badannya bersaiz sebiji buah betik ketika dilahirkan.

• Gadis yang cacat dan tidak dapat berdikari untukmelakukan sebarang perkara.

• Diserahkan oleh neneknya,Bibik kepada Mak Timahsetelah ibunya,Siew Lan tidak mahu menjaganya.

Siew Lan

• Ibu kandung Pungut atau Yap Siew Hong

• Tidak menyukai Yap Siew Hong yang cacat berbandingdengan empat orang anaknya yang lain yang sihat dannormal.

Page 9: Cerpen pungut

LatarLatar Tempat

• Di rumah Mak Timah.Contohnya,tempat Pungut dibesarkandari bayi hingga kini.

• Di rumah Bibik.Contohnya,tempat tinggal Bibik dan Siew Lan.

• Di hospital.Contohnya,tempat Siew Lan melahirkan Pungut

Latar Masa

• Pada tahun 1997.Contohnya,Bibik memberitahu Mak Timahtentang cucunya yang dilahirkan hanya sebesar buah betik danterpaksa ditahan di hospital.

• Waktu petang.Contohnya,Bibik datang menemui Mak Timahdan menyatakan hasratnya kepada Mak Timah untukmenyerahkan cucunya kepada orang lain.

Page 10: Cerpen pungut

Latar Masyarakat

• Masyarakat yang bersimpati atau prihatin terhadapnasib golongan kurang upaya.Contohnya,Mak Timahsanggup mengambil Pungut sebagai anak angkatkerana kasihan akan Pungut yang cacat dan dibuangoleh keluarga kandunganya.

• Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadapzuriat sendiri.Contohnya,Siew Lan sanggupmenyerahkan anak kandungnya, Pungut kepada MakTimah kerana Pungut cacat dan dianggap membawasial.

Page 11: Cerpen pungut

Nilai Nilai kasih sayang.Contohnya,Mak Timah amat menyayangi

Pungut sehingga dia sanggup bersusah payah dan berkorbandemi Pungut.

Nilai belas kasihan.Contohnya,Mak Timah sanggup mengambilPungut sebagai anak angkat kerana kasihan akan Pungut yang cacat dan tidak diterima oleh keluarga kandungannya.

Nilai amanah.Contohnya,Mak Timah memelihara Pungut yang cacat dengan baik sekali.

Page 12: Cerpen pungut

Pengajaran Kita mestilah bersifat penyayang terhadap sesama insan tanpa

mengira seseorang itu normal atau cacat.Contohnya,Mak Timahamat menyayangi anak angkatnya,Pungut walaupun Pungutcacat.

Kita hendaklah bersimpati terdapat orang yang bernasibmalang.Contohnya,Mak Timah sanggup mengambil Pungutsebagai anak angkatnya kerana bersimpati akan nasib Pungutyang cacat dan tidak diterima oleh keluarga kandungnya.

Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dalamhidup.Contohnya,Mak Timah sanggup menghadapi pelbagaidugaan dengan tabah sepanjang memelihara Pungut.

Page 13: Cerpen pungut

SOALAN!

Page 14: Cerpen pungut

Soalan 1.

Page 15: Cerpen pungut

Soalan 2.

Page 16: Cerpen pungut

Soalan 3.

Page 17: Cerpen pungut

Soalan 4.

Page 18: Cerpen pungut

Soalan 5.

Suka tak?sukatak?suka tak???

Page 19: Cerpen pungut

Sekian,Terima Kasih~