cerita rakyat

30
Cerita Rakyat : Si Tanggang Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja. Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu,

Upload: farah-iziyanti

Post on 31-Jul-2015

137 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Rakyat

Cerita Rakyat : Si Tanggang

Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.

Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.

Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Page 2: Cerita Rakyat

Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira.

Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.

Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.” Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.

Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Page 3: Cerita Rakyat

Cerita Rakyat : Bawang Putih Bawang Merah

Sejak ketiadaan ayah dan ibu kandungnya,Bawang Putih tinggal bersama ibu tirinya, Mak Kundur dan adik tirinya Bawang Merah.Mereka sangat benci akan Bawang Putih.Dia sering dimarahi dan dipukul. Pada suatu malam,Bawang Putih bermimpi bertemu ibunya.Ibunya menyuruhnya masuk ke hutan dan mencari pohon beringin rendang.”Pergilah hiburkan hatimu dan bersabarlah,suatu hari nanti kau akan mendapat kebahagiaan.”

Keesokan harinya,Bawang Putih segera menyiapkan kerja-kerja rumah.Setelah ibu tirinya pergi bekerja dan adik tirinya masih tidur,Bawang Putih pun masuk ke hutan.Dia mencari pohon beringin rendang itu.Setelah puas mencari,dia pun sampai ke situ.Dia terpandan sebuah buaian yang tergantun di pohon beringin.Tempat tersebut seakan-akan sebuah taman tempat puteri kayangan turun ke bumi untuk bermain-main.

Ketika dia duduk di atas buaian itu,tiba-tiba buaian itu berayun dengan sendiri.Semakin lama semakin laju.Dia dapat melihat bunga-bunga yang

Page 4: Cerita Rakyat

mengelilingi pohon beringin itu turut bergoyang-goyang.Hatinya terasa sungguh terhibur.

Tiba-tiba Bawang Putih teringatkan Mak Kundur.Ibu tirinya pasti akan memarihanya bila pulang dan mendapati dirinya tiada di rumah.Namun Bawang Putih tidak tahu bagaimana hendak memberhntikan buaian itu.Bawang putih lalu berkata kepada buaian itu,”Wahai buaian,tolonglah berhenti,akuingin pulang ke rumah.”Tiba-tiba buaian itu pun berhenti dengan sendirina.Pokok-pokok bunga juga turut berhenti bergoyang.

Pada sutu hari Bawang Putih bermaian buaian seperti biasa.Tanpa disedarinya seorng putera raja sedang memerhatinya.Baginda tertarik melihat bagaimana buaian itu boleh berayun sendiri bila Bawang Putih menaikinya.Ketika Bawang Putih hendak pulang baginda menyuruh penirinya mengekorinya.Setelah tahu di mana Bawang Puth tinggal,baginda pergi ke rumah tersebut,Ketika itu Mak Kundur dan Bawang Merah berada di halaman rumah.”Di manakah anak makcik yang seorang lagi?”Tanya baginda.Mak Kundur menyangka baginda adalah orang kaya.”Makcik mana ada anak yang lain.Bawang Merah inilah satu-satunya anak makcik,” kata Mak Kundur.

Baginda menceritakan tentang gadis yang dilihatnya bermain buain di hutan.”Bawang Merah inilah yang bermain buaian itu,”bohong Mak Kundur.Setelah beredar,Mak Kundur memaksa Bawang Putih menunjukkan tempat buaian itu.Mak Kundur membawa Bawang Merah bermaian buaian itu.Namun buaian itu tidak berayun dengan sendiri.Putera raja mengintainya dari sebalik pokok.Baginda menyuruh pengiringnya ke rumah Mak Kundur dan membawa Bawang Putih ke situ.Pengiringnya pun pergi tetapi mendapati Bawang Putih dikurung dan diikat.Maka dia segera membuka ikatan itu dan membawa gadis itu bertemu dengan baginda.Mak Kundur terkejut melihat kehadiran bainda dan Bawang Putih.Bila Bawang Putih berbuai dan menyanyi,buaian itupun berayun laju.”Makcik telah berbohong kepada beta!” kata putera raja.Ketika itu barulah Mak Kundur tahu bahawa lelaki itu adalah putera raja.”Kamu ibu yang zalim.Kamu telah menyeksa Bawan Putih!” kata baginda lagi.Mak Kundur menangis dan meminta ampun kepada baginda.Bawaqng Merah pula meraung dan menanis kerana dewngkikan Bawang Putih.Bawang Putih yan baik hati meminta utera raja mengampunkan Mak Kundur dan Bawang Merah.Baginda kagum dengan sifat kemuliaan Bawang Putih.Putera raja akhirnya mengahwini Bawang Putih.

Page 5: Cerita Rakyat

Cerita Rakyat : Pak Pandir

Pada suatu hari, pagi-pagi lagi Mak Andih mengejutkan Pak Pandir daripada tidurnya. Mak Andih hendak menyuruh Pak Pandir pergi mengangkat pukat. Pukat itu ditahan oleh Mak Andih di tepi sungai. "Pak Pandir! Oh, Pak Pandir!" Mak Andih memanggil. Pak Pandir terdengar suara Mak Andih memanggilnya. Dia membuka matanya sambil menguap. Dia masih mengantuk. "Pak Pandir! Oh, Pak Pandir!" Mak Andih memanggil lagi. "Ada apa, Mak Andih?" tanya Pak Pandir. Dia masih berbaring di tempat tidurnya. "Pergilah awak mengangkat pukat di sungai," kata Mak Andih. Tetapi Pak Pandir menjawab, "Saya masih mengantuk." Mendengar jawapan itu, Mak Andih membiarkan Pak Pandir tidur. "Kasihan, Pak Pandir! Dia masih mengantuk lagi," ujar Mak Andih dalam hatinya. Pak Pandir terlena semula.

Tidak lama kemudian, Mak Andih mengejutkan Pak Pandir sekali lagi. Dia berharap Pak Pandir dapat pergi mengangkat pukat. Jika mendapat ikan, tentulah boleh dijadikan lauk untuk makan pada hari itu. "Pak Pandir! Oh, Pak Pandir!" Mak Andih memanggil. Pak Pandir terdengar lagi suara Mak Andih memanggilnya. Tetapi dia masih mengantuk. "Pak Pandir! Oh, Pak Pandir!" Mak Andih masih memanggil. "Ada apa, Mak Andih?" tanya Pak Pandir. Dia masih mengantuk. "Pergilah awak ke sungai. Angkat pukat," kata Mak Andih. "Masih awal lagi. Matahari belum naik," ujar Pak Pandir. Mak Andih membiarkan Pak Pandir tertidur semula. Tidak lama

Page 6: Cerita Rakyat

kemudian, terdengarlah Pak Pandir berdengkur. Setelah matahari terbit, Mak Andih mengejutkan Pak Pandir semula. "Pak Pandir! Oh, Pak Pandir!" laung Mak Andih. "Ada apa, Mak Andih?" Pak Pandir bertanya dari dalam selimutnya. "Matahari sudah naik. Pergilah angkat pukat," ujar Mak Andih. Tetapi Pak Pandir menjawab, "Saya sejuk. Biarlah matahari naik lebih tinggi." Mak Andih terdiam apabila mendengar Pak Pandir menjawab begitu. "Kasihan Pak Pandir! Dia masih berasa sejuk," kata Mak Andih dalam hatinya.

Mak Andih lalu membiarkan Pak Pandir berdengkur semula. Setelah matahari naik sudah agak tinggi, Mak Andih mengejutkan Pak Pandir semula. "Pak Pandir! Oh, Pak Pandir!" Mak Andih melaung kuat. "Ada apa pula, Mak Andih?" tanya Pak Pandir dengan mata terpejam. Kalau begitu, tunggulah pagi esok pula," sahut Pak Pandir. Mak Andih terdiam. Pak Pandir berasa lega kerana suara Mak Andih tidak kedengaran lagi. "Lega rasanya hatiku. Sekarang aku boleh sambung tidur semula," kata Pak Pandir dalam hatinya. Sejurus kemudian, terdengarlah Pak Pandir berdengkur semula. Dia sudah terlena. Tetapi sejurus selepas itu, terkejutlah Pak Pandir apabila terdengar suara Mak Andih bertempik di hujung kakinya. Suara Mak Andih kuat bagai halilintar. "Awak hendak bangun atau hendak tidur?" Mak Andih sudah naik angin. "Hendak bangun!" jawab Pak Pandir. Dia sudah berdiri. "Awak hendak pergi angkat pukat atau tidak?" Mak Andih benar-benar sudah meradang. "Memukat boleh, menjala pun boleh!" jawab Pak Pandir. Kecut hatinya apabila melihat Mak Andih sudah meradang. "Awak takut pada buaya atau lebih takut pada parang tumpul ini?" tanya Mak Andih lagi.

Kecutlah hati Pak Pandir apabila melihat Mak Andih memegang sebilah parang tumpul. "Saya tidak takut pada buaya. Saya lebih takut pada parang tumpul itu," jawab Pak Pandir dengan suara menggigil. Mahu tidak mahu, terpaksalah Pak Pandir pergi ke sungai. Apabila tiba di tepi sungai, dilihatnya pukat itu sudah tercabut dan berbelit-belit. Pak Pandir berasa hairan. "Mengapa pula pukat ini terjadi begini?" dia bertanya sendirian. Pak Pandir lalu memerhati dengan teliti. Terkejutlah Pak Pandir kerana menyangka di dalam pukat itu terdapat seekor ikan yang sangat besar. Padahal, di dalam pukat itu sebenarnya terdapat seekor ular sawa. Pak Pandir menyangka ular sawa itu ialah ikan haruan. "Ini tentulah ibu haruan!" fikir Pak Pandir. "Wah, besar sungguh ibu haruan ini!" ujar Pak Pandir lagi dalam hatinya. Ia berasa sangat gembira. "Mak Andih tentu gembira!" fikirnya lagi. Tanpa berlengah lagi, Pak Pandir mengangkat pukat itu dan terus membawanya pulang. "Berat sungguh ibu haruan ini," Pak Pandir merungut . Namun, Pak Pandir berusaha memikulnya.

Akhirnya, Pak Pandir sampai di rumah. Pak Pandir membawa naik pukat itu ke atas rumah. "Mak Andih! Kita dapat ikan besar," kata Pak Pandir dengan hati sangat gembira. "Ikan apa?" tanya Mak Andih dari dapur. "Ibu haruan!" jawab Pak Pandir. "Besar mana ibu haruan itu?" terdengar lagi suara Mak Andih bertanya dari dapur. "Besar!" jawab Pak Pandir lagi. "Yalah! Besar mana? Sebesar lengan atau sebesar betis?" Mak Andih ingin tahu. "Besar macam paha. Panjang macam batang

Page 7: Cerita Rakyat

pinang," terang Pak pandir. Mendengar kata-kata Pak Pandir itu, Mak Andih pun terus meluru keluar. Apalagi! Bertempiklah Mak Andih kerana sangat terkejut melihat ular sawa itu. "Ular sawa!" Lintang-pukang Mak Andih lari, terjun dari rumahnya. Pak Pandir turut terkejut setelah mendengar Mak Andih bertempik begitu. Apabila melihat Mak Andih lari lintang-pukang, Pak Pandir turut lari dan terjun dari rumahnya. "Minta maaflah, Mak Andih! Saya fikir ibu haruan. Tetapi rupa-rupanya ular sawa," kata Pak Pandir. Mak Andih terdiam sahaja kerana masih tergaman. Mukanya pucat lesi kerana masih ketakutan. Pak Pandir tersengih-sengih. Dia berasa malu kerana kebodohannya itu.

Page 8: Cerita Rakyat

Cerita Rakyat : Batu Belah Batu Bertangkup

Kononnya, pada waktu dahulu ada sebuah gua ajaib. Gua ini digelar batu belah batu bertangkup dan amat ditakuti oleh ramai penduduk kampung. Pintu gua ini boleh terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak dapat keluar lagi. Suatu masa dahulu di sebuah kampung yang berdekatan dengan gua ajaib ini, tinggal Mak Tanjung bersama dua orang anaknya, Melur dan Pekan. Mak Tanjung asyik bersedih kerana baru kehilangan suami dan terpaksa menjaga kedua-dua anaknya dalam keadaan yang miskin dan daif.

Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke sungai untuk menangkapnya. Bukan main suka hatinya apabila dapat seekor ikan tembakul. "Wah, besarnya ikan yang mak dapat !" teriak Pekan kegembiraan." Ya, ini ikan tembakul namanya. Mak rasa ikan ini ada telurnya. Sudah lama mak teringin untuk memakan telur ikan tembakul ini," kata Mak Tanjung. Mak Tanjung terus menyiang ikan tembakul itu. Dia pun memberikan kepada Melur untuk dimasak gulai.

" Masaklah gulai ikan dan goreng telur ikan tembakul ini. Mak hendak ke hutan mencari kayu. Jika mak lambat pulang, Melur makanlah dahulu bersama Pekan. Tapi, jangan lupa untuk tinggalkan telur ikan tembakul untuk mak," pesan

Page 9: Cerita Rakyat

Mak Tanjung kepada Melur. Setelah selesai memasak gulai ikan tembakul, Melur menggoreng telur ikan tembakul pula. Dia terus menyimpan sedikit telur ikan itu di dalam bakul untuk ibunya. Melur dan Pekan tunggu hingga tengah hari tetapi ibu mereka tidak pulang juga. Pekan mula menangis kerana lapar. Melur terus menyajikan nasi, telur ikan dan gulai ikan tembakul untuk dimakan bersama Pekan.

" Hmmm..sedap betul telur ikan ini," kata Pekan sambil menikmati telur ikan goreng. " Eh Pekan, janganlah asyik makan telur ikan sahaja. Makanlah nasi dan gulai juga," pesan Melur kepada Pekan. " Kakak, telur ikan sudah habis. Berilah Pekan lagi. Belum puas rasanya makan telur ikan tembakul ini ," minta Pekan. " Eh, telur ikan ini memang tidak banyak. Nah, ambil bahagian kakak ini," jawab Melur.

Pekan terus memakan telur ikan kepunyaan kakaknya itu tanpa berfikir lagi. Enak betul rasa telur ikan tembakul itu! Setelah habis telur ikan dimakannya, Pekan meminta lagi. " Kak, Pekan hendak lagi telur ikan," minta Pekan kepada Melur. " Eh , mana ada lagi ! Pekan makan sahaja nasi dan gulai ikan. Lagipun, telur ikan yang tinggal itu untuk mak. Mak sudah pesan dengan kakak supaya menyimpankan sedikit telur ikan untuknya ," kata Melur.

Namun, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Puas Melur memujuknya tetapi Pekan tetap berdegil. Tiba-tiba, Pekan berlari dan mencapai telur ikan yang disimpan oleh Melur untuk ibunya." Hah, rupa-rupanya ada lagi telur ikan! " teriak Pekan dengan gembiranya. " Pekan! Jangan makan telur itu! Kakak simpankan untuk mak," teriak Melur.

Malangnya, Pekan tidak mempedulikan teriakan kakaknya, Melur dan terus memakan telur ikan itu sehingga habis. Tidak lama kemudian, Mak Tanjung pun pulang. Melur terus menyajikan makanan untuk ibunya. " Mana telur ikan tembakul, Melur? " tanya Mak Tanjung. " Err... Melur ada simpankan untuk mak, tetapi Pekan telah menghabiskannya. Melur cuba melarangnya tetapi...."

" Jadi, tiada sedikit pun lagi untuk mak? " tanya Mak Tanjung. Melur tidak menjawab kerana berasa serba salah. Dia sedih melihat ibunya yang begitu hampa kerana tidak dapat makan telur ikan tembakul. " Mak sebenarnya tersangat ingin memakan telur ikan tembakul itu. Tetapi...." sebak rasanya hati Mak Tanjung kerana terlau sedih dengan perbuatan anaknya, Pekan itu.

Mak Tanjung memandang Melur dan Pekan dengan penuh kesedihan lalu berjalan menuju ke hutan. Hatinya bertambah pilu apabila mengenangkan arwah suaminya dan merasakan dirinya tidak dikasihi lagi. Mak Tanjung pasti anak-anaknya tidak menyanyanginya lagi kerana sanggup melukakan hatinya sebegitu rupa.

Melur dan Pekan terus mengejar ibu mereka dari belakang. Mereka berteriak sambil menangis memujuk ibu mereka supaya pulang. " Mak, jangan tinggalkkan Pekan! Pekan minta maaf ! Mak...." jerit Pekan sekuat hatinya. Melur turut menangis

Page 10: Cerita Rakyat

dan berteriak, " Mak, Kasihanilah kami! Mak!" Melur dan Pekan bimbang kalau-kalau ibu mereka merajuk dan akan pergi ke gua batu belah batu bertangkup. Mereka terus berlari untuk mendapatkan Mak Tanjung.

Malangnya, Melur dan Pekan sudah terlambat. Mak Tanjung tidak mempedulikan rayuan Melur dan Pekan lalu terus menyeru gua batu belah batu bertangkup agar membuka pintu. Sebaik sahaja Mak Tanjung melangkah masuk, pintu gua ajaib itu pun tertutup. Melur dan Pekan menangis sekuat hati mereka di hadapan gua batu belah batu bertangkup. Namun ibu mereka tidak kelihatan juga.

Page 11: Cerita Rakyat

Cerita Rakyat : Burung Bangau Dengan Seekor Ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih

Page 12: Cerita Rakyat

ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung  pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam  memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus.  Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau.  Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing.  Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua

Page 13: Cerita Rakyat

binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua. 

Page 14: Cerita Rakyat

Cerita Rakyat : Keldai Dengan Serigala

Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di di situ,jadiia dapat meragut rumput dengan senang hati.

‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini!’’Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke arahnya….

“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu Berjaya mengejar aku,”rungut keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba kea rah seringala.

“Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lai sebaiksahaja ternampak aku?’’tanya serigala yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’Kata keldai dengan berani.

‘’Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,’’kata serigala.’’Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan lebih seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku Berjaya tangkap kamu,aku akan memakan kamu…’’

‘’Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’’tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakan aku.’’‘’Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!’’Kata serigala.Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dendang kuat.

‘’Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya.Akhirnya ia diri dengan kesakitan yang amat sangat.’’Lain kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu!’’jerit serigala dengan marah.

Page 15: Cerita Rakyat

Cerita Rakyat : Anjing Dengan Bayang-bayangnya

Ketika perniaga daging itu sibuk melayan pelangagnnya,anjing liar itu segera melompat menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar sepotong daging.kemudian,ia segera melarikan diri.

‘’Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging aku!’’Jerit perniaga daning dengan marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya.Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tdak dapat mengejarnya.

Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai.Setelah pasti keselamatannya terjamin,ia berhenti dengan termengah-mengah.

‘’Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia menjenguk ke dalam sungai,ia berasa sunguhterkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggoggong sepotong daging yang lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri.‘Aku mesti mendapatkan dagingnya itu,’ fikir anjing liar itu.

Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu.Namun malang baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya,daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.‘’Ahhh…bodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku ada.Bersikap tamak hanyalah merugi kan diri sendiri…’’rungut si anjing liar itu.Ahitnya anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.

Page 16: Cerita Rakyat

Carita Rakyat : Labah-labah Buncit

Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah. Sarangnya lebih besar

daripada sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang membuat sarang itu.

Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu.

Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang. Ia menangkap

mangsanya. Binatang yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari

semakin besar. Perutnya buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa

lapar.

Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah timur dan satu

lagi dari arah barat. Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit

makan kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba

salah. Labah-labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat jemputan.

Jiran di kiri pergi ke jemputan arah barat. Jiran di kanan pergi ke jemputan arah

timur. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.

Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa yang makan dahulu

tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya

tidak terlepas.

Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan

pun menarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah

barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat

membuka ikatan perutnya.

Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut labah-

labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya

pun terhenti. Mereka menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang.

Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang

tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan

itu.

Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya membuka

ikatan di perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar

seperti selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kene cerut. Hingga sekarang

pinggang labah-labah kecil dan genting.

Page 17: Cerita Rakyat

Cerita Rakyat : Sang Arnab Dengan Kura-kura

Pada zaman dahulu, dipercayai semua binantang boleh bercakap sesama mereka. Pada suatu hari Sang Arnab sedang berjalan-jalan di padang. Hatinya riang tidak terkira. Sedang Sang Arnab berlari-lari sambil menyanyi, tiba-tiba Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura sedang berjalan. Sang Arnab terhenti berlari, matanya sedang memerhati Sang Kura-Kura yang sedang berjalan amat perlahan. Terdetik timbul di hatinya untuk bertanya kepada Sang Kura-Kura.

Arnab : “Selamat pagi, Sang Kura-Kura!”. Kura-Kura : “Selamat Pagi Sang Arnab”. Arnab : “Hai Sang Kura-Kura. Kenapa engkau berjalan amat perlahan. Cubalah engkau berjalan laju sedikit. Kasihan aku melihat engkau berjalan sedemikian rupa”. Kura-Kura : “Memanglah aku berjalan macam ini. Buat apa aku nak berjalan laju-laju pula. Lagipun aku sedang menikmati pemandangan yang indah dan sejuk di sini”.

Arnab : “Agaknya kalau aku berlumba dengan engkau tentu aku yang akan menang” Kata Arnab dengan angkuhnya sambil ia melihat muka Sang Kura-Kura yang acuh tidak acuh dengan soalannya. Kura-Kura : “Hmmm…tak semestinya Sang Arnab. Belum cuba belum tahu”. Kata Sang Kura-Kura yang juga tidak mahu mengalah”. Arnab : “Hai, berlagaknya engkau ini. Bagamana kalau kita berlumba lari”. Kura-Kura : “Tidak ada masalah Sang Arnab”.

Page 18: Cerita Rakyat

Arnab : “Lihat pokok besar di hujung jalan sana. Siapa yang sampai dahulu ke pokok besar di hujung jalan itu, dialah yang menang”. Kura-Kura : “Saya setuju”. Arnab : “O.k. Satu! Dua! Tiga!”. Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya. Sambil berlari dia ketawa sendirian kerana memikirkan kebodohan Sang Kura-Kura yang sanggup berlumba dengannya. Sambil berlari Sang Arnab pun memandang ke arah belakang. Kelihatan Sang Kura-Kura sedang berjalan dengan begitu perlahan. Sang Arnab pun berfikir sekiranya ia berehat sebenar tentu Sang Kura-Kura pun masih tidak dapat mengalahkannya. Maka Sang Arnab pun berhenti di sebatang pokok sambil berangan, jika ada hadiah tentu ramai kawan-kawannya memuji atas kehebatannya. Akhirnya Sang Arnab tertidur dengan nyenyaknya.

Sang Kura-Kura pula terus berjalan dan berjalan, sehinggalah Sang Kura-Kura terlihat Sang Arnab sedang tertidur sambil menyandar di sebatang pokok. Sang Kura-Kura berjalan dengan perlahan agar Sang Arnab tidak mendengar sebarang bunyi. Sang Kura-Kura terus berjalan dan berjalan. Tiba-tiba Sang Arnab terjaga dari tidur. Beliau menyangka Sang Kura-Kura masih lagi tinggal di belakang. Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya untuk sampai ke pokok besar di hujung jalan itu. Sampai sahaja di pokok besar itu, Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura telah pun sampai sambil berehat sementara menunggunya. Sang Arnab berasa sangat malu di atas kekalahannya dan juga kerana keangkuhannya terhadap Sang Kura-Kura.

Kura-Kura : “Hai Sang Arnab, kenapa engkau lambat sampai”. Arnab : “Hai Sang Kura-Kura, aku minta maaf kerana kesombongan aku tadi. Sebenarnya aku tertidur untuk melepaskan penat. Aku ingat engkau lambat lagi”. Kura-Kura : “Tidak apalah Sang Arnab. Aku harap kita masih berkawan. Lain kali jangan sangka kita yang terbaik kerana ada lagi tuhan jadikan yang terbaik”. Arnab : “Baiklah Sang Kura-Kura”. Sejak dari itu, Sang Arnab dan Sang Kura-Kura pun menjadi kawan karib.

Page 19: Cerita Rakyat

Carita Rakyat : Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman

Page 20: Cerita Rakyat

akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Page 21: Cerita Rakyat

Cerita Rakyat : Seruling Sakti

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.

Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.

Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua

Page 22: Cerita Rakyat

harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

Page 23: Cerita Rakyat
Page 24: Cerita Rakyat