cerita rakyat

Click here to load reader

Post on 07-Jul-2015

538 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Tiung melarikan kalungDi atas sebatang pokok di pinggir sebuah hutan, tinggal sepasang burung tiung. Mereka mempunyai dua ekor anak yang masih kecil. Pada suatu hari, mereka mendapati anak mereka tiada lagi di dalam sarang. "Mungkin anak kita terjatuh ke tanah," kata tiung jantan. Mereka cuba mencari di bawah pokok. Rupa-rupanya di bawah pokok itu terdapat seekor ular sawa. Tahulah mereka bahawa anak mereka telah dimakan oleh ular sawa. Tiung jantan tidak sempat melarikan diri. Tiung jantan ditangkap oleh ular sawa. Matilah tiung jantan ditelan oleh ular sawa. Tiung betina berasa sedih. Namun, tiung betina tidak berputus asa. Tiung betina segera terbang ke istana raja. Ketika itu, puteri raja sedang bersiram (mandi) di dalam kolam. Tiung betina melihat di tepi kolam itu terdapat seutas kalung. Kalung itu kepunyaan puteri raja.

Tiung betina segera mengambil kalung itu. "Tolong! Kalung beta dicuri oleh burung," puteri raja itu menjerit.

Beberapa orang pengawal segera mengejar tiung betina. Tiung betina melarikan kalung itu ke tepi hutan.Tiung betina melemparkan kalung itu di hadapan ular sawa.Apabila pengawal tiba, mereka segera membunuh ular sawa itu. Kemudian mereka mengambil kalung itu semula. Demikianlah balasan yang diterima oleh ular sawa yang jahat itu. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk.

Kaki Sang Kancil digigit buayaPada suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan di tebing sebatang sungai. Tiba-tiba Sang Kancil berasa dahaga.Sang Kancil pun pergi ke tepi sungai itu. Sang Kancil turun ke sungai untuk minum air. Tiba-tiba Sang Kancil terasa kakinya tersangkut. Sang Kancil cuba mengangkat kakinya tetapi tidak terdaya. Sang Kancil tahu kakinya ditangkap oleh buaya. Sang Kancil mencari helah untuk melepaskan kakinya."Wahai Sang Buaya, apa kamu buat di dalam air cetek ini?" Sang Kancil bertanya.

Aku sudah tangkap kaki kamu.Aku hendak makan kamu, kata buaya.

"Tetapi itu bukanlah kaki aku," kata Sang Kancil."Kamu menangkap batang kayu," kata Sang Kancil lagi. Buaya terpedaya dengan kata-kata Sang Kancil itu. Buaya pun terus melepaskan kaki Sang Kancil. Sang Kancil segera lari naik ke atas tebing."Sang Buaya, kamu memang bodoh!" kata Sang Kancil. "Kaki aku kamu sangka batang kayu," kata Sang Kancil lagi. Buaya sangat marah mendengar kata-kata itu. Buaya mahu menangkap Sang Kancil. Tetapi Sang Kancil lari masuk ke dalam hutan.

Mengapa kerbau tidak bergigiPada suatu hari, bangau hinggap di atas belakang kerbau. Bangau suka makan kutu di atas belakang kerbau. Bangau ingin tahu sesuatu daripada kerbau. Sambil makan kutu, bangau bertanya kepada kerbau. "Oh, kerbau! Oh, kerbau!" kata bangau."Ada apa hal?" tanya kerbau. "Bolehkah aku tanya sedikit?" kata bangau. "Boleh! Tanyalah!" jawab kerbau."Mengapakah gigi kamu di sebelah atas tidak ada?" tanya bangau."Oh, panjang ceritanya!" kata kerbau. "Ceritalah! Aku mahu dengar," kata bangau."Pada suatu petang, aku asyik ragut rumput. Tiba-tiba kaki aku terpijak ekor puyuh," kerbau bercerita. "Puyuh terkejut lalu mengibaskan sayapnya. Sayapnya terkena mulut aku. Mulut aku berdarah," kata kerbau."Gigi aku tercabut.

Gigi aku tidaktumbuh lagi sehingga sekarang," ujar kerbau.

"Di celah kuku kaki aku ada bulu, bulu itu ialah ekor burung puyuh," kerbau terus bercerita. "Puyuh itu terbang. Tetapi puyuh itu terbang dengan tidak berekor lagi." ujar kerbau. "Begitulah ceritanya," kata kerbau."Kasihan aku mendengar cerita itu," kata bangau. Kononnya, itulah sebabnya sehingga sekarang puyuh tidak ada ekor. Kerbau pula tidak ada gigi di sebelah atas.

Puteri SaadongDi negeri Kelantan, pada suatu zaman dahulu ada seorang puteri raja bernama Puteri Saadong. Puteri Saadong bukan sahaja terkenal kerana berbudi pekerti mulia, malah masyhur kerana wajahnya sungguh jelita. Oleh sebab itu, nama Puteri Saadong menjadi sebutan ramai di segenap ceruk rantau. Ramailah golongan raja dan rakyat jelata ingin mengenali Puteri Saadong. Malah, sesetengah putera raja bercita-cita ingin meminang Puteri Saadong.

Salah seorang yang turut bercita-cita demikian ialah Raja Siam. Baginda pernah menghantar rombongannya untuk meminang Puteri Saadong. Tetapi pinangan itu ditolak oleh Puteri Saadong. Puteri Saadong tidak ingin menjadi permaisuri Raja Siam. Raja Siam berasa sangat kecewa. Namun, Raja Siam tidak berputus asa. Baginda sentiasa berfikir cara untuk mengambil Puteri Saadong menjadi permaisurinya. Pada suatu hari, Raja Siam mendapat khabar bahawa Puteri Saadong sudah berkahwin. Suaminya ialah seorang putera raja bernama Raja Abdullah. Marahlah Raja Siam bukan kepalang!

Akhirnya Raja Siam mengambil keputusan untuk menyerang negeri Kelantan. Berlakulah peperangan dan ramailah rakyat yang terkorban. Puteri Saadong berasa sangat sedih. Puteri Saadong lalu memberitahu suaminya, "Biarlah adinda pergi menghadap Raja Siam itu. Adinda akan cuba memujuk Raja Siam supaya berhenti berperang."Tetapi suaminya tidak bersetuju. "Jika adinda pergi, adinda mungkin akan ditangkap oleh Raja Siam," ujar suaminya.Puteri Saadong cuba memujuk lagi, "Kita tidak mempunyai cara lain lagi. Jika kita kalah berperang, negeri kita akan ditawan oleh Raja Siam." Akhirnya, Raja Abdullah terpaksa bersetuju dengan cadangan isterinya itu. Puteri Saadong lalu pergi ke negeri Siam. Hari demi hari, Raja Abdullah menunggu kepulangan isterinya. Tetapi Puteri Saadong tidak pulang-pulang. Puteri Saadong menjadi tawanan Raja Siam. Namun demikian, Puteri Saadong tetap berada dalam selamat. Setiap kali Raja Siam cuba menghampiri Puteri Saadong, badan Raja Siam itu dipenuhi penyakit kudis. Puaslah baginda cuba mengubati penyakitnya itu. Tetapi tiada sembuh. Setelah setahun berlalu, akhirnya sembuhlah penyakit yang dihidapi oleh Raja Siam itu. Baginda berasa insaf. Baginda lalu membebaskan Puteri Saadong. Puteri Saadong segera pulang ke Kelantan untuk menemui suaminya. Tetapi alangkah terkejutnya Puteri Saadong kerana suaminya sudah mempunyai isteri baharu.

"Pergilah engkau menjadi permaisuri Raja Siam itu!" Raja Abdullah menghina Puteri Saadong. Sedihlah hati Puteri Saadong mendengar kata-kata itu. Lebih menyedihkan lagi, suaminya menghalau supaya dia pergi dari situ. "Di sinilah tempat tinggal adinda. Adinda tidak mahu pergi. Kasihanilah adinda!" ujar Puteri Saadong sambil menangis. Raja Abdullah tersangat marah. Baginda mencabut keris hendak membunuh Puteri Saadong. Terpaksalah Puteri Saadong mempertahankan diri untuk menyelamatkan nyawanya. Dalam pergelutan itu, Puteri Saadong secara tidak sengaja telah tertikam suaminya. Mangkatlah Raja Abdullah. Peristiwa itu sangat menyayat hati! Sejak itu, Puteri Saadong tidak mahu tinggal di istana itu lagi. Dengan linangan air mata, Puteri Saadong berangkat meninggalkan istana tersebut. Semenjak itu sampailah sekarang, tiada seorang pun mengetahui, ke manakah sebenarnya Puteri Saadong membawa diri? Tinggal menjadi kenangan hanyalah peristiwa yang menyayat hati!

Sang Kancil dan Pak BelangPada suatu petang, Pak Belang berjumpa dengan Sang Kancil. "Hmm, dapatlah aku tangkap kancil!" kata Pak Belang. "Janganlah tangkap aku!" kata Sang Kancil. "Sabarlah dahulu wahai hulubalang di rimba!" pujuk Sang Kancil. "Mengapa?" tanya Pak Belang."Sekarang aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menjaga Gong Hikmat," kata Sang Kancil. "Bunyi gong ini sungguh merdu, jika dipalu," kata Sang Kancil."Bolehkah aku mendengarnya?" tanya Pak Belang. "Kamu tidak boleh dengar. Nanti Raja Sulaiman marah," kata Sang Kancil."Berilah aku pukul sekali. Aku mahu dengar bunyinya sekali sahaja," kata Pak Belang.

"Aku pergi bertanya pada Raja Sulaiman dahulu," kata Sang Kancil."Apabila aku bagi isyarat, engkau pukullah gong itu," kata Sang Kancil lagi. Sang Kancil terus lari jauh.Pak Belang sudah lama menunggu. Pak Belang berasa tidak sabar menunggu. Pak Belang pun memukul Gong Hikmat itu. Gong Hikmat itu ialah sarang tebuan. Sarang tebuan itu pecah. Tebuan pun terus menyengat Pak Belang. Pak Belang kesakitan kerana disengat oleh tebuan. Pak Belang lari lintang-pukang.Pak Belang sungguh marah pada Sang Kancil. Namun, Sang Kancil sudah hilang.

Badang gagah perkasaPada zaman dahulu ada seorang petani. Namanya Badang.Badang menebas dan menebang hutan untuk membuat padi huma. Selepas menebas hutan, Badang menahan lukah di anak sungai untuk menangkap ikan. Ikan itu dibakar untuk dijadikan lauk. Pada suatu petang, Badang pergi ke sungai untuk melihat lukah. Lukahnya tidak ada ikan, kecuali sisiknya sahaja. Tulang-tulang ikan berselerakan di tepi sungai. Badang berasa hairan. Siapakah makan ikan di dalam lukahnya? Badang ingin tahu, siapakah yang mengangkat lukahnya? Dia mengintai di sebalik pokok di tepi sungai. Hari semakin malam. Badang masih menunggu lagi.

Tiba-tiba datang suatu lembaga hitam. Rambut dan janggut putihnya panjang hingga ke dada. Badang memberanikan diri. Badang menangkap lembaga itu. Badang hendak membunuh lembaga itu. Lembaga itu meminta maaf. Lembaga itu berjanji akan memberikan sesuatu kepada Badang. Badang mahu menjadi gagah perkasa. Lembaga itu memberitahu supaya makan muntahnya. Badang setuju. Lembaga itu segera muntah pada daun keladi. Badang makan muntah itu sehingga habis. Kemudian Badang cuba menolak kayu berdekatannya. Pokok-pokok yang besar itu dapat ditumbangkannya dengan senang. Badang suka hati. Badang pun melepaskan lembaga itu. Lembaga itu memberitahu bahawa dia datang kerana hendak menolong Badang.

Badang sudah menjadi gagah perkasa. Badang tidak perlu menggunakan kapak lagi untuk menebang pokok.Semenjak itu, Badang semakin rajin dan tekun bekerja.

CERITA RAKYAT

y Tiung melarikan kalung y Sang Kancil digigit buaya y Mengapa kerbau tidak bergigi y Puteri Saadong y Sang Kancil dan Pak Belang y Badang gagah perkasa

NAMA

: NUR IZZATUL AQILABINTI MOHD SENI

TINGKATAN : 1PLUTO NAMA GURU: ENCIK AHMAD NIZAM