ceramah denggi

Download Ceramah Denggi

Post on 11-Jan-2016

15 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

UTK KEGUNAAN CERAMAH

TRANSCRIPT

  • Oleh:Raisin ShimPegawai Promosi KesihatanPejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu

  • KANDUNGANApa itu Demam Denggi?Mengenali nyamuk Aedes.Mengenali tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.Tanda-tanda Demam Denggi.Mengawal dan mencegah Demam Denggi

  • APA ITU DEMAM DENGGI?Sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Denggi.Orang yang sihat boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus ini.

  • APA ITU DEMAM DENGGI?Penyakit ini sangat merbahaya.Boleh membawa MAUT!!!!Tiada ubat untuk merawat penyakit ini.Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit ini ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

  • MENGENALI NYAMUK AEDESSenang dikenali dengan belang hitam & putih pada badan dan kaki.

  • Nyamuk Aedes aktif menggigit pada awal pagi dan awal senja (5am-7am, 5pm-7pm)Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam & di luar rumah.Boleh terbang sejauh 200mMENGENALI NYAMUK AEDES

  • Kitar hidup nyamuk Aedes

    Telur menetas selepas Biasanya akan 1-3 hari dalam keadaan ambil masa 3 hari biasa & ada air

    1-2 hari 6-8 hari7-14 hari

  • Tempat-tempat pembiakan dalam rumah:Di dalam kolah bilik mandi dan baldi;Bekas menakung air peti sejuk;Piring menakung air pasu bunga;Dan lain-lain. MENGENALI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

  • Tempat-tempat pembiakan luar rumah:Tayar terpakai;Saluran air hujan; Tempurung kelapa dan koko;Botol, tin-tin kosong, besi-besi buruk dll.;Pelepah pokok pisang,nenas,daun-daun kering dll. MENGENALI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

  • MENGENALI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

  • Demam kuat yang mengejut.Kekeringan bibir.Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.Ruam merah di kulit.Pendarahan di hidung dan gusi.Sakit kepala, hilang selera makan, muntah-muntah dan sakit perut.TANDA-TANDA DEMAM DENGGI

  • TANDA-TANDA DEMAM DENGGI

  • Memusnah nyamuk Aedes peringkat jentik-jentik :Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan menanam atau membuang semua bekas kosong yang boleh menakung air. MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Memusnah nyamuk Aedes peringkat jentik-jentik :Menggunakan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate atau garam ke dalam semua bekas menyimpan air tiga bulan sekali. MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Memusnah nyamuk Aedes peringkat jentik-jentik :Tutup semua bekas penyimpanan air dengan rapat dan terbalikkan tong-tong kosong untuk mencegah nyamuk daripada bertelur. MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Memusnah nyamuk Aedes peringkat jentik-jentik :Tukar air dalam tempayan,jambangan bunga dan kolah bilik mandi setiap minggu; basuh dan berus hingga bersih sebelum mengisi air yang baru. MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Memusnah nyamuk Aedes peringkat jentik-jentik :Buang air dari piring-piring alas pasu bunga seminggu sekali dan berus piring-piring itu hingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk. MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Memusnah nyamuk Aedes peringkat jentik-jentik :Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung). MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Memusnah nyamuk Aedes peringkat dewasa :Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk. MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Memusnah nyamuk Aedes peringkat dewasa :Semburan kabus secara besar-besaran. MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Mencegah nyamuk dewasa:Tidur menggunakan kelambu (dengan cara yang betul). MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Mencegah nyamuk dewasa :Pakai baju lengan panjang ketika berada di luar rumah pada waktu nyamuk aktif menggigit MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Mencegah nyamuk dewasa :Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah. MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Mencegah nyamuk dewasa :Gunakan insect repellent MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI

  • Tiada Aedes, tiada denggi