buruj
TRANSCRIPT
Buruj
"Bagi mereka yang memahami dan meminati astronomi, mereka akan melihat langit
yang penuh dengan bintang itu dengan seribu satu makna, akan tetapi bagi mereka yang tidak
mengenali astronomi, mereka cuma akan melihat bintang itu sebagai penghias malam semata-
mata". Sekiranya kita merenung langit malam yang penuh dengan bintang, sememang kita
akan melihat taburan bintang yang pelbagai warna dan membentuk pelbagai corak dan
kepadatan. Corak bintang yang sama yang dilihat pada hari ini pada pukul 8:00p.m akan
bergerak sedikit pada malam esok pada waktu yang sama. Sekiranya "corak" tersebut diikuti
untuk tempoh dalam masa beberapa bulan, corak tersebut akan terbenam di sebalik kaki
langit pada masa yang sama.
Corak-corak di langit (buruj) ini seringkali dikaitkan dengan dua belas buah corak
yang dikenali sebagai Aries, Taurus, Pisces, Cancer, Leo, Virgo, Sagittarius, Capricorn,
Aquarius. 12 buah corak bintang atau lebih dikenali sebagai buruj itu terbentang di langit dan
mereka terkenal seolah-olah mereka adalah selebriti yang sentiasa meniti dibibir masyarakat.
Tapi buruj yang terdapat di langit bukan itu sahaja, malah terdapat lebih daripada 80 buah
buruj moden yang terdapat di langit.
Selain daripada itu, buruj-buruj di langit ini juga mempunyai system koordinatnya
yang tersendiri, seperti juga pada peta bumi. Paksi -x dan paksi -y, iaitu 'Right
Ascension'(jarak jam), R.A dan juga 'Declination'(jarak kutub) membentuk system koordinat.
Maka utuk menyatakan kedudukan sesuatu objek itu di langit maka, ia boleh juga ditentukan
dengan berdasarkan system koordinat tersebut. Right Ascension adalah sudut berdasarkan
bulatan jam dan diukur ke arah timur sepanjang "khatulistiwa langit" berdasarkan kiraan 0
sehingga 360 atau Jam,minit dan Saat". Ini bermaksa satu jam adalah bersamaan dengan 15.
Declination adalah jarak dalam sudut utara atau selatan daripada "khatulistiwa langit".
Diambil sebagai positif untuk Utara dan Negatif sebagai Selatan.
Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaedah koordinat seperti koordinat berdasarkan kaki
langit, koordinat ekliptik dan koordinat berpusat matahari.
Perkataan buruj itu adalah dari Bahasa Arab yang membawa maksud gugusan
bintang. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut sebagai 'constellation'. Gugusan bintang ini boleh
dianalogikan sebagai negera-negara yang terdapat di dalam bumi kita ini yang dibahagikan
kepada sempadan-sempadan tertentu. Sempadan-sempadan ini yang telah membentuk benua
Asia, Amerika dan sebagainya. Malah setiap benua itu pula terbahagi kepada negara-negara
seperti Jepun dan Korea. Begitu jugalah "negara-negara" yang terdapat di langit ini.
Sejarah Buruj.
Asal usul nama buruj yang digunakan pada hari ini telah hilang ditelan zaman.
Walaubagaimanapun, buruj yang bergelar "Coma Berenices" telah ditambah kepada senarai
buruj pada 200S.M . Semenjak itu tidak terdapat banyak perubahan kepada corak-corak
dilangit ini sehinggalah pada kurun ke-17, apabila Bayer, Hevelius dan ahli astronomi lain
telah membentukkan buruj lain di kawasan langit hemisfera selatan yang tidak dicartakan lagi
secara rasmi. Memang secara asasnya terdapat buruj yang telah dibentuk, tetapi tidak
didokumentasikan dengan baik atau kurang popular. Kurun ke 18 memperlihatkan Lacaille
telah menambahkan 13 buruj baru di hemisfera selatan. Pada asalnya buruj ini tidak
mempunyai sempadan dan kedudukan sesuatu objek langit itu dirujukkan sebagai "pada
bahagian kepala", "pada bahagian kaki" dan sebagainya. Persempadan yang pertama telah
ditulis oleh Bode di dalam carta bintangnya pada tahun 1801.
Persempadan yang telah dilakarkan oleh Bode itu tidak diterima sebagai sesuatu yang
piawai. Malah telah mewujudkan beberapa versi persempadanan yang berlainan oleh ahli
astronomi seluruh dunia kemudiannya. Sehingga tahun 1930 beberapa piawaian sendiri telah
diwujudkan oleh ahli astronomi dan ini telah menimbulkan beberapa kekalutan. Pada tahun
1930, Kesatuan Astronomi Antarabangsa(IAU) telah mempiawaikan persempadanan
sepanjang Right Ascension dan Declination pada epoch 1875 Januari 1 sebagai titik tolak
penyempadan buruj dilangit. Pihak IAU juga sebelum itu telah mewujudkan pemendekan
untuk nama-nama buruj di langit dan menggunakan tiga huruf sahaja. Sebagai contoh, buruj
Aries dikenali sebagai Ari dan buruj Orion dikenali sebagai Ori.
Gambar menunjukkan buruj Orion dengan nama pendek Ori dan juga persempadanan (garisan biru) yang telah dipiawaikan oleh IAU.
Penamaan Bintang
Kebanyakan nama bintang yang terdapat pada hari ini adalah hasil daripada penamaan
bintang oleh zaman klasikal Eropah dan juga zaman kegemilangan Tamadun Islam dan
Zaman Pertengahan Eropah. Walaupun begitu, tidak semua bintang atau objek dilangit dapat
diberikan nama sedemikian berikutan terdapat senarai objek yang hampir infiniti. Satu sistem
penamaan yang telah dicadangkan oleh Bayer pada tahun 1603 adalah lebih sesuai iaitu
penamaan berdasarkan kecerahan sesuatu bintang itu di dalam sesuatu buruj dengan huruf.
Iaitu, bagi bintang yang paling cerah di dalam Orion dipanggil sebagai Alpha Orionis, kedua
cerah sebagai Beta Orionis dan seterusnya. Sekiranya penggunaan Alpha sehingga Omega
telah habis, huruf Romawi kecil iaitu a,b,c dan kemudiannya menggunakan A,B,C dan
seterusnya. Sistem ini telah diterima pakai oleh ahli astronomi seluruh dunia selain daripada
ia cukup mudah dan mempunyai implementasi yang praktikal.
Kesimpulan
Sehingga abad ke 21 ini, tidak terdapat perubahan yang ketara sehinggakan pihak
IAU menetapkan beberapa piawai baru untuk "peta langit" dan kaedah penamaan bintang
yang baru. Jumlah ini telah membentuk 88 buah buruj yang mempunyai persempadan, nama
dan yang penamaan yang seragam serta diterima pakai di seluruh dunia. Walaupun begitu
telah wujud beberapa pengkatalogan untuk objek angkasa seperti nebula, nova, galaksi dan
sebagainya sehinggakan mewujudkan objek yang sama tetapi mempunyai nama yang
berlainan mengikut klasifikasi katalog yang tertentu. Pun begitu, kepelbagaian nama itu tidak
membantutkan perkembangan ilmu astronomi di seluruh dunia.
Gambar di atas menunjukkan sistem penamaan yang terdapat pada buruj Orion. Selain daripada penggunaan nama (Betelgeuse, Bellatrix dan Mintaka), ia juga melibatkan penamaan piawai Alp Ori (Alpha Orionis-? Ori), Gam Ori (Gamma Orionis-? Ori ) dan Del Ori (Delta Orionis-? Ori).